09 070-078 aizuddin hakim & faudzinaim

9
70 Ketokohan dan Sumbangan Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi dalam Bidang Pendidikan dan Penyebaran Tarekat Aizuddin Hakim Mohd Yusof & Faudzinaim Badaruddin Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Abstrak: Pemikiran ulama Melayu mengenai akidah mempunyai kesinambungan ilmiah dengan pemikiran ulama muktabar sebelum mereka. Antaranya ialah tokoh ulama terkenal, al-Ghazali (m.505H), yang pemikirannya mendasari beberapa penulisan ulama Melayu dalam bidang akidah. Kewujudan kesinambungan pemikiran sebelum ini menggambarkan pola fikir ulama Melayu yang amat menyenangi pemikiran akidah dan tasawuf berdasarkan huraian al-Ghazali. Penelitian terhadap kitab-kitab jawi tulisan mereka jelas membuktikan hakikat ini. Makalah ini meninjau pengaruh tersebut dalam dua karya terkenal di rantau ini iaitu kitab al-Durr al-Nafis dan Sayr al-Salikin. Tinjauan ini perlu dilakukan untuk meneliti sejauh mana wujud pengaruh pemikiran al-Ghazali dalam bidang tersebut dalam karya yang dipilih dan apakah faktor yang menyebabkan pemikiran al-Ghazali berjaya mendominasi ulama Melayu. Makalah ini merumuskan bahawa pengaruh al-Ghazali adalah jelas terdapat dalam karya-karya yang dikaji. PENGENALAN Sejarah Islam di Malaysia telah menyaksikan kemunculan ramai ulama melayu yang berkaliber dan mempunyai karisma yang tersendiri sehingga banyak berjasa kepada sejarah pendidikan Islam umat Melayu di Malaysia. Sejarah telah menyaksi dan mencatatkan ramai tokoh-tokoh ulama Melayu yang ternama seperti Syeikh Daud al-Fatani, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Abdul Samad al-Kelantani, Tok Kenali, Syaikh Muhammad Said Linggi dan ramai lagi. Antara ulama Melayu yang turut memberikan khidmat ilmunya kepada umat Islam di Malaysia ialah Syeikh Abdul Rashid bin Syeikh Muhammad Said al-Linggi, seorang tokoh ulama Nusantara yang sangat dihormati suatu ketika dahulu. Walaupun populariti beliau tidak setanding dengan kemasyhuran bapa beliau (Syeikh Muhammad Said al-Linggi) dan abang beliau (Syeikh Ahmad bin Syeikh Muhammad Said al-Linggi), ketokohan beliau dari sudut keilmuan sering mendapat pujian, sanjungan dan pengiktirafan oleh kebanyakan ulama besar di dalam mahupun di luar negara. Justeru, penulisan artikel ini adalah untuk meriwayatkan sejarah hidup beliau dan mengupas tentang ketokohan dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan serta penyebaran tarekat. Riwayat Hidup Sheikh Abdul Rashid: Sheikh Abdul Rashid dilahirkan pada 3 Oktober 1918 di Kampung Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Ampangan, Seremban. Setelah itu beliau dikatakan mempelajari ilmu agama seperti Fiqh, Nahu dan Soraf bersama abang sulung beliau, iaitu Sheikh Abdullah b. Sheikh Muhammad Said al- Linggi selama tiga tahun (Mustafa t.th: 1). Kemudian itu, Beliau melanjutkan pengajian bersama abang beliau yang bergelar al-‘Alim al- Fadil al-Muhaddith, iaitu Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad Said al-Linggi yang merupakan Ulama terkenal dan penjawat jawatan Mufti di Negeri Sembilan pada ketika itu. Kemudian beliau telah bermusafir ke Bunut Payung, Kelantan, untuk mempelajari beberapa disiplin ilmu daripada Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir selama dua tahun. Di sana beliau telah mempelajari ‘Ilm Nahu, Soraf, Fiqh, Tauhid, Mantiq, Tasawuf, ‘Arud, Qawafi dan lain- lain lagi (Mustafa t.th: 1-2). Pada tahun 1936, beliau telah berlayar ke Makkah al-Mukarramah untuk melanjutkan lagi pelajaran beliau di Masjid al-Haram. Di sana, beliau telah pun berguru dengan beberapa ulama besar pada masa itu. Beliau telah mempelajari ‘Ilm Nahu, Mustolah al-Hadith dan Hadith Matan Bukhari daripada guru Sekolah al-Falah, iaitu Sheikh Khalil ‘Utaibah. Manakala Ilmu-ilmu Hadith (Kitab Muwatta’), ‘Ilm Munazarah dan ‘Ilm Isti’arah dipelajari daripada Tuan Husain Palembang. Sementara daripada Al-‘Alamah al-Adib al- Misri Sheikh Yasin Al-Adib al-Mansuri beliau telah mempelajari ‘Ilm Nahu, Soraf, Balaghah, Bayan, Badi’, Isti’arah, ‘Arud, Qawafi, Tarikh, Tarikh Khulafa’, ‘Ilm Tasawuf, Kitab Bukhari, Kitab Tafsir Jalalain, ‘Ilm Usul Fiqh, Mustolah al-Hadith dan ‘Ilm Tajwid. Selain itu, beliau juga pernah berguru dengan Ustaz Mokhtar al-Afghani bagi disiplin ‘Ilm Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Upload: ammyrogashraf

Post on 31-Jan-2016

96 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

tokoj

TRANSCRIPT

Page 1: 09 070-078 Aizuddin Hakim & Faudzinaim

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

70

Ketokohan dan Sumbangan Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi dalam Bidang Pendidikan dan Penyebaran Tarekat

Aizuddin Hakim Mohd Yusof & Faudzinaim Badaruddin

Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Pemikiran ulama Melayu mengenai akidah mempunyai kesinambungan ilmiah dengan pemikiran ulama muktabar sebelum mereka. Antaranya ialah tokoh ulama terkenal, al-Ghazali (m.505H), yang pemikirannya mendasari beberapa penulisan ulama Melayu dalam bidang akidah. Kewujudan kesinambungan pemikiran sebelum ini menggambarkan pola fikir ulama Melayu yang amat menyenangi pemikiran akidah dan tasawuf berdasarkan huraian al-Ghazali. Penelitian terhadap kitab-kitab jawi tulisan mereka jelas membuktikan hakikat ini. Makalah ini meninjau pengaruh tersebut dalam dua karya terkenal di rantau ini iaitu kitab al-Durr al-Nafis dan Sayr al-Salikin. Tinjauan ini perlu dilakukan untuk meneliti sejauh mana wujud pengaruh pemikiran al-Ghazali dalam bidang tersebut dalam karya yang dipilih dan apakah faktor yang menyebabkan pemikiran al-Ghazali berjaya mendominasi ulama Melayu. Makalah ini merumuskan bahawa pengaruh al-Ghazali adalah jelas terdapat dalam karya-karya yang dikaji.

PENGENALAN Sejarah Islam di Malaysia telah menyaksikan kemunculan ramai ulama melayu yang berkaliber dan mempunyai karisma yang tersendiri sehingga banyak berjasa kepada sejarah pendidikan Islam umat Melayu di Malaysia. Sejarah telah menyaksi dan mencatatkan ramai tokoh-tokoh ulama Melayu yang ternama seperti Syeikh Daud al-Fatani, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Abdul Samad al-Kelantani, Tok Kenali, Syaikh Muhammad Said Linggi dan ramai lagi. Antara ulama Melayu yang turut memberikan khidmat ilmunya kepada umat Islam di Malaysia ialah Syeikh Abdul Rashid bin Syeikh Muhammad Said al-Linggi, seorang tokoh ulama Nusantara yang sangat dihormati suatu ketika dahulu. Walaupun populariti beliau tidak setanding dengan kemasyhuran bapa beliau (Syeikh Muhammad Said al-Linggi) dan abang beliau (Syeikh Ahmad bin Syeikh Muhammad Said al-Linggi), ketokohan beliau dari sudut keilmuan sering mendapat pujian, sanjungan dan pengiktirafan oleh kebanyakan ulama besar di dalam mahupun di luar negara. Justeru, penulisan artikel ini adalah untuk meriwayatkan sejarah hidup beliau dan mengupas tentang ketokohan dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan serta penyebaran tarekat. Riwayat Hidup Sheikh Abdul Rashid: Sheikh Abdul Rashid dilahirkan pada 3 Oktober 1918 di Kampung Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Ampangan, Seremban. Setelah itu beliau

dikatakan mempelajari ilmu agama seperti Fiqh, Nahu dan Soraf bersama abang sulung beliau, iaitu Sheikh Abdullah b. Sheikh Muhammad Said al-Linggi selama tiga tahun (Mustafa t.th: 1). Kemudian itu, Beliau melanjutkan pengajian bersama abang beliau yang bergelar al-‘Alim al-Fadil al-Muhaddith, iaitu Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad Said al-Linggi yang merupakan Ulama terkenal dan penjawat jawatan Mufti di Negeri Sembilan pada ketika itu. Kemudian beliau telah bermusafir ke Bunut Payung, Kelantan, untuk mempelajari beberapa disiplin ilmu daripada Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir selama dua tahun. Di sana beliau telah mempelajari ‘Ilm Nahu, Soraf, Fiqh, Tauhid, Mantiq, Tasawuf, ‘Arud, Qawafi dan lain-lain lagi (Mustafa t.th: 1-2).

Pada tahun 1936, beliau telah berlayar ke Makkah al-Mukarramah untuk melanjutkan lagi pelajaran beliau di Masjid al-Haram. Di sana, beliau telah pun berguru dengan beberapa ulama besar pada masa itu. Beliau telah mempelajari ‘Ilm Nahu, Mustolah al-Hadith dan Hadith Matan Bukhari daripada guru Sekolah al-Falah, iaitu Sheikh Khalil ‘Utaibah. Manakala Ilmu-ilmu Hadith (Kitab Muwatta’), ‘Ilm Munazarah dan ‘Ilm Isti’arah dipelajari daripada Tuan Husain Palembang.

Sementara daripada Al-‘Alamah al-Adib al-Misri Sheikh Yasin Al-Adib al-Mansuri beliau telah mempelajari ‘Ilm Nahu, Soraf, Balaghah, Bayan, Badi’, Isti’arah, ‘Arud, Qawafi, Tarikh, Tarikh Khulafa’, ‘Ilm Tasawuf, Kitab Bukhari, Kitab Tafsir Jalalain, ‘Ilm Usul Fiqh, Mustolah al-Hadith dan ‘Ilm Tajwid. Selain itu, beliau juga pernah berguru dengan Ustaz Mokhtar al-Afghani bagi disiplin ‘Ilm

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Page 2: 09 070-078 Aizuddin Hakim & Faudzinaim

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

71

Nahu, Mantiq, Usul al-Tafsir, Mustolah al-Hadis, Ilmu Tasyri’ dan ‘Ilm Fiqh (Mustafa t.th: 2).

Seterusnya beliau berangkat ke Madinah al-Munawwarah selama dua bulan setengah. Setelah itu, beliau berangkat lagi ke Negara Syria (Ketika Jepun tengah memerintah tanah Melayu). Di sana, beliau telah berguru dengan beberapa orang ulama yang masyhur di timur tengah pada waktu itu. Di antara beliau ialah Sheikh Abdul Karim al-Rafa’i. Bersama beliau, Sheikh Abdul Rashid telah mempelajari ‘Ilm Fiqh, Usul Fiqh, ‘Ilm Wad’i, Hikmat, Ma’qulat dan Ilmu Mantiq. Seorang lagi di antara guru beliau ketika di Syam ialah Sheikh Abdul Qadir al-Shamut. Melalui beliau, Sheikh Abdul Rashid telah mempelajari ‘Ilm Nahu, Soraf, Fiqh, Usul al-Fiqh, ‘Ilm Balaghah, Talkhis, Mantiq, Tarikh, Adab, al-Humasi dan lain-lain lagi selama tujuh tahun setengah.

Kedua-dua guru Sheikh Abdul Rashid ini merupakan ulama yang masyhur dan faqih dalam 4 mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali). Selain itu, mereka berdua ini merupakan murid kepada Ulama Besar Hadis iaitu al-Muhaddith Sheikh Badruddin al-Dimashqi al-Husni (Mustafa t.th: 3). Di sana juga beliau dikatakan pernah menjawat jawatan sebagai seorang Imam di salah sebuah Masjid di Demascus (Sedgwick 2005: 182).

Selepas tamat perang dunia yang kedua, iaitu pada tahun 1947, beliau telah kembali semula ke tanah air beliau, iaitu di Seremban, Negeri Sembilan (Sedgwick 2005: 182). Menurut Md. Zabid (2010), kembalinya beliau ke tanah air ini adalah disebabkan ingin memenuhi hasrat ibu beliau yang mengarahkan beliau berbuat demikian. Selain itu, beliau dikatakan pulang dengan sehelai sepinggang. Semua buku beliau dikatakan telah ditinggal di Demascus, Syria dan beliau telah mengamanahkan seseorang untuk menguruskannya. Menurut Mark Sedgwick (2005), Beliau didapati mengambil semula kesemua buku beliau itu setelah 30 tahun meninggalkan negara tersebut. Tidak lama selepas itu, beliau telah berhijrah ke pula ke Singgapura.

Sewaktu di Singapura juga, Sheikh Abdul Rashid pernah menyertai Jamiyah Singapura (sebuah kumpulan pemikir Islam yang sering membincangkan tentang isu-isu dan hal ehwal umat Islam Singapura). Namun begitu, tempoh kebersamaan beliau dengan kumpulan ini adalah tidak lama. Selepas menarik diri daripada Jemaah tersebut, beliau telah memulakan kerjaya sebagai guru agama secara sukarela, tanpa ikatan dengan mana-mana pihak (Md. Zabid 2010).

Pada tahun 1984, Sheikh Abdul Rashid telah diisytiharkan sebagai Khalifah Tarekat Ahmadiah bagi wilayah Asia Tenggara (Mustafa t.th: 8). Pengisytiharan ini dilakukan oleh Sheikh Amir Abu Fadhl dalam satu Majlis Mu’tamar Maulid al-Rasul al-Sharif, yang dihadiri oleh ratus ribu pengamal Tarekat Ahmadiah di Bandar Dandara, Mesir (Mustafa t.th: 8).

Selepas perlantikan tersebut, beliau sentiasa menerima undangan khas setiap tahun untuk berucap di majlis yang sama bersama ulama-ulama terkemuka dari negara-negara timur tengah, seperti Imam Besar Masjid Jame’ al-Azhar, Mesir, iaitu Sheikh Ismail Mahmud al-‘Adawi, Tuan Qadhi Besar Sudan dan lain-lain lagi (Mustafa t.th: 8).

Usaha dan pengorbanan beliau mengabdikan diri dalam bidang pendidikan sering mendapat pujian dan sanjungan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Asia Tenggara. Beliau sering diklasfikasikan sebagai mubaligh Islam yang tidak pernah mengenal rasa letih, bosan dan jemu dalam usaha mencurahkan ilmu dan pengetahuan agama kepada masyarakat sebangsa dan seagama yang disayangi. Berbekalkan keilmuan yang tinggi, kemuliaan peribadi serta keutuhan jati diri, beliau sanggup berkorban demi untuk memperluaskan empayar syiar Islam yang suci, di samping memperkasai Tarekat Ahmadiah yang dicintainya.Jumlah pengikut yang sedikit bertambah menjadi ribuan.

Namun begitu, senario ini tidaklah berkekalan. Dunia yang makmur terpaksa pasrah tunduk kepada nature kehidupan. Melazimi “adat kefitrahan kehidupan”, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, maka pada tanggal 18. 10. 1992 Syeikh Abdul Rashid telah disahkan meninggal dunia. Menurut anak beliau, Md. Zabid (2010), Syeikh Abdul Rashid meninggal dunia pada hari Ahad, selepas waktu asar kira-kira jam 6 petang. Menurut Mustafa (2010), beliau dikatakan menghembungkan nafas yang terakhir ketika sudah bersiap sedia untuk ke majlis zikir di Singapura. Jenazah Allahyarham Sheikh Abdul Rashid telah disemadikan di makam para pemimpin Tarekat Ahmadiah lain, iaitu di Tanah Perkuburan Tuan Haji Sa’id, Seremban, Negeri Sembilan. Ketokohan Sheikh Abdul Rashid dalam Bidang Pendidikan: Sheikh Abdul Rashid merupakan tokoh ulama yang amat disegani masyarakat. Kealiman beliau sememangnya tidak dapat disangkal oleh mana-mana ulama dunia yang hidup di zaman beliau. Menurut Mustafa (2010), kealiman Sheikh Abdul Rashid pernah diakui oleh beberapa orang mufti di Malaysia, seperti Mufti Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Mustafa menambah lagi, atas sebab pengiktirafan terhadap kearifan beliau inilah yang menyebabkan beliau mendapat tauliah untuk mengajar di Melaka dengan mudah, tanpa perlu diinterview oleh mana-mana pegawai Agama Melaka pada zaman itu. Selain itu, keakuan Mufti Terengganu dapat digambarkan menerusi kata-kata beliau, setelah bermuzakarah dengan Sheikh Abdul Rashid, iaitu: Saya dok (tidak) penoh juppe (jumpa) dengan orang aling (alim) yang macam ni. Setiap kali berhujjoh (hujah), lepah (selepas) tubik (keluar) ayat Qur ang (al-Quran) ni, tubik pulok ayat laing

Page 3: 09 070-078 Aizuddin Hakim & Faudzinaim

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

72

(lain). Lepah tubik (keluar) hadih (hadis) ni, tubik pulok hadih (hadis) laing (lain).

Menurut Mustafa lagi, Sheikh Abdul Rashid pernah diberikan keizinan untuk mengembangkan Tarekat Ahmadiah di Kelantan, selepas bermuzakarah bersama Mufti Negeri tersebut. Pengiktifan kealiman beliau turut diberikan oleh ulama dunia. Pernah dikhabarkan oleh Dr. Mahmood Saedon bahawa beliau telah bermusafir ke Negara Mesir untuk menemui beberapa orang ulama. Di sana mereka (beberapa orang ulama) telah berkata kepada beliau bahawa: Di negara kamu terdapat seorang ulama yang mana ketinggian ilmu beliau sukar dicari bandingannya dalam dunia hari ini. Kemudian Dr. Mahmood Saedon bertanya:Siapakah dia? Mereka menjawab: Dia ialah Sheikh Abdul Rashid yang tinggal di Singapura.

Sementara itu, Hj. Yusof Daud (2010) juga pernah menceritakan bahawa Sheikh Abdul Rashid pernah menjadi guru kepada bekas guru beliau ketika beliau masih menuntut ilmu di Negara Syria. Bagi penulis, peristiwa-peristiwa yang telah diceritakan tadi secara umumnya sudah cukup untuk membuktikan pengakuan serta pengiktirafan terhadap ketinggian darjah keilmuan dan pengetahuan Sheikh Abdul Rashid oleh para ulama dunia.

Menurut Mustafa (2010), beliau telah berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu agama. Beliau dikhabarkan telah menguasai sebanyak 36 jenis disiplin ilmu, antaranya; ‘Ilm Nahu, ‘Ilm Soraf, ‘Ilm Mantiq, ‘Ilm Bayan, ‘Ilm Tajwid, ‘Ilm Ma’ani, ‘Ilm Munazarah, ‘Ilm Khat, ‘Ilm Insha’, ‘Ilm ‘Arud, ‘Ilm Qawafi, ‘Ilm Muhaddith, ‘Ilm Sha’ir, ‘Ilm Fiqh, ‘Ilm Usul al-Fiqh, ‘Ilm Qawa’id al-Fiqh, ‘Ilm Tauhid, ‘Ilm Tasawwuf, ‘Ilm Tafsir, ‘Ilm Hadith, ‘Ilm Usul Hadith, ‘Ilm Hikmah, ‘Ilm Ma’qulat, ‘Ilm Wad’i, ‘Ilm Usul Tafsir, ‘Ilm Tashri’, ‘Ilm Tarikh, ‘Ilm Adab, Ilmu Geografi, ‘Ilm Falak, ‘Ilm Faraid, ‘Ilm Amthal, ‘Ilm Balaghah dan ‘Ilm Isti’arah.

Selain itu, beliau bukan sekadar menguasai disiplin ilmu tersebut, malah turut menghafalnya dengan baik. Menurut Imam Hj. Daud (2010), beliau memiliki daya hafalan dan ingatan yang sangat baik, serta mampu menghafal sesuatu secara terperinci dan sempurna (dhabit). Hakikatnya, kelebihan ini telah berjaya dimanfaatkan dengan baik oleh beliau untuk memudahkan beliau menghafal al-Quran, hadis-hadis, syair-syair serta kesemua jenis ilmu yang telah beliau pelajari.

Sheikh Abdul Rashid juga dikatakan telah menghafal al-Quran sejak beliau kecil lagi (Daud 2010). Berkenaan hadis pula, Mustafa (2010) mengatakan bahawa dia pernah mendengar penjelasan abang Sheikh Abdul Rashid sendiri, iaitu Sheikh Mansor mengenai kewibawaan Sheikh Abdul Rashid dalam bidang hadis ini. Suatu masa dahulu Sheikh Mansor pernah berkata:

Dia (Sheikh Abdul Rashid) telah menghafal puluhan ribu hadis. Oleh itu, janganlah kamu berani menipunya tentang hadis.

Selain daripada menghafal banyak hadis, beliau sendiri pernah mengaku telah berjaya menghafal 5000 buah syair arab (Mustafa 2010). Penting untuk di “highlightkan” di sini bahawa beliau merupakan merupakan seorang “Muhaddith” dan “pakar bahasa Arab”. Menurut Mustafa lagi, beliau mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab menggunakan 5 loghat yang berbeza dalam suatu masa. Antaranya loghat Arab yang mampu beliau tuturkan ialah lahjah Makkah, Mesir,Sudan,Syria dan Fushah Quraniyyah.

Tambahan lagi, beliau juga mempunyai keluasan ilmu yang tidak dapat dibandingkan oleh kebanyakan ulama pada masa kini. Selain daripada mampu menghafal al-Quran dan hadis, beliau juga mahir dalam bidang fekah perbandingan kerana beliau faqih dalam 8 mazhab fekah (Hj. Ranjid 2010). Menurut Khuzaisham (2010), ketika mengajar Ilmu Fiqh, lazimnya beliau akan menperjelaskan secara terperinci pandangan empat imam mazhab muktabar (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) dalam satu masa, berhubungan dengan sesuatu permasalahan Feqah yang dibincangkan.

Antara lain, beliau juga merupakan tokoh pemidato agama yang baik. Ketika berpidato, beliau berjaya membawa perasaan para pendengar bersama menghayati setiap kalam yang terlafaz daripada bibir beliau. Pada Tahun 1984 ketika berada di Majlis Maulidul Rasul di Dandarah, Mesir. Beliau diberikan peluang untuk berucap dalam majlis tersebut. Ketika berucap, tidak sampai 20 patah perkataan, ramai di kalangan para hadiran yang menjerit kalimah “Allah” banyak kali kerana kagum mendengar ucapan beliau. Menurut Mustafa (2010), ketika ditanyakan kepada para hadirin berkenaan dengan hal tersebut, beberapa orang Mesir telah menjawab: Kami tidak menyangka bahawa terdapat insan dari negara yang bukan Arab, juga bukan Orang arab, di dalam majlis orang arab, mampu untuk berucap dengan menggunakan laras Bahasa Arab yang setanding dengan bahasa al-Quran.

Beliau juga dikatakan seorang yang mampu berucap dalam tempoh yang agak lama tanpa rasa letih dan penat. Fenomena ini kerap berlaku ketika proses pengajian sedang dijalankan. Memek keletihan dan kelesuan tidak pernah terpapar di raut wajah beliau, biarpun telah bercakap selama 3 jam tanpa henti (Mustafa 2010). Penglibatan Sheikh Abdul Rashid dalam Tarekat Ahmadiah: Penglibatan Sheikh Abdul Rashid dalam tarekat ini semestinya bermula sejak beliau masih kecil. Ini kerana asas pendidikan awal beliau adalah diperolehi daripada kekanda beliau sendiri yang merupakan pengembang utama Tarekat Ahmadiah, iaitu Sheikh Abdullah dan Sheikh Ahmad. Sementara, penglibatan beliau dari sudut

Page 4: 09 070-078 Aizuddin Hakim & Faudzinaim

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

73

penyebaran doktrin asas tarekat ini pula dikatakan bermula sejak era kekhalifahan Sheikh Ahmad. Ini kerana pada waktu itu, beliau telah bertindak sebagai pembantu kepada abang beliau, dalam usaha mengembangkan empayar pengaruh Tarekat Ahmadiah di seluruh Asia Tenggara. Tambahan lagi, pada ketika itu beliau bukanlah mengajar dan memimpin tarekat di Seremban, tetapi beliau telah memilih Negara Singapura sebagai mauqi’ permulaan sebaran dakwah tersebut.

Bermula pada tahun 1964, beliau telah dilantik sebagai khalifah Tarekat Ahmadiah bagi kawasan Asia Tenggara menggantikan abang kandung beliau sendiri, iaitu Sheikh Ahmad yang telah pulang ke rahmatullah pada tahun tersebut. Bermula daripada tahun perlantikkan tersebut, maka bermulalah episod baru dalam “siri perkembangan” Tarekat Ahmadiah di Nusantara.

Beliau telah memimpin tarekat ini dengan jayanya selama 28 tahun, iaitu semenjak dari tahun 1964 sehinggalah ke tahun 1992. Sepanjang tempoh tersebut, beliau dikatakan telah banyak menabur bakti dalam memperkemaskan lagi stuktur pentadbiran dalaman dan hal ehwal dalam serta luaran tarekat, selain berjaya mengekalkan rentak kecemerlangan dan kegemilangan tarekat ini dari semasa ke semasa. Pada masa beliau ini, beberapa pembaharuan yang telah dilakukan dalam tarekat. Antaranya, beliau telah menukarkan “The centre of Tariqah Ahmadiyyah” daripada berpusat di Negeri Sembilan ke Singapura. Sumbangan Sheikh Abdul Rashid dalam Bidang Pengajaran dan Tarekat: Hampir keseluruhan usia Sheikh Abdul Rashid telah dihabiskan dalam "dunia pendidikan". Siri penglibatan beliau dalam bidang ini bermula daripada usaha mencari ilmu sehinggalah beliau sampai ke tahap ulama yang sentiasa menyampaikan ilmu agama. Hal ini sekaligus menampakkan bahawa beliau amat komited dan mencintai bidang ini. Sepanjang penglibatan beliau dalam arena pendidikan ini, beliau amat dikenali sebagai seorang tenaga pengajar yang berdedikasi, berdisplin, berintegriti, berinovasi dan tinggi moraliti. Kegigihan dan kesungguhan beliau yang disulami dengan "sinar budi pekerti" tatkala ilmu diberi menyebabkan beliau kekal disanjungi, dipercayai, malah, sentuhan petunjuk dari beliau sentiasa dirindui bagi jiwa-jiwa yang menagihi.

Bermula selepas pulang dari Syam, terdapat pelbagai destinasi yang telah Sheikh Abdul Rashid tujui, demi mencurahkan ilmu yang dimiliki kepada rombong penuntut yang meminati. Medan wilayah yang telah dilewati oleh Sheikh Abdul Rashid dalam episod penyebaran ilmu ini, adalah merentasi antara negara dan meliputi rantau Nusantara. Di Singapura, Sheikh Abdul Rashid menjadi guru agama dan mengajar di beberapa lokasi seperti di tempat kediaman beliau sendiri, iaitu di Lorong K, Teluk

Kurau dan di beberapa tempat lain di sekitar di Singapura seperti di Surau Lengkong Tiga Kembangan, Masjid Kasim, Masjid Pasir Panjang, Masjid Kampung Baru, Masjid Teluk Belanga, Tanjung Pagar (Abdul Majid, 2010), Surau Loyang, Masjid Khalid Joo Chiat, Surau Seletar, surau di Lokyang, Changi, surau di Seletar Air Base, Woodlands dan beberapa tempat lain termasuk di Mandai dan Jurong (Md. Zabid, 2010). Di sana terdapat beberapa ilmu dan kitab yang diajarkan oleh Sheikh Abdul Rashid kepada anak murid beliau. Di antaranya ialah:

‘Ilm Nahu, Kitab Ibnu ‘Aqil. ‘Ilm Hadith, Kitab Bukhari, Muwata’ dan

Luma’. ‘Ilm Ma’ani, Kitab Jauhar Maknun, Mukhtasar

al-Ma’ani. ‘Ilm Mantiq, Kitab Idah al-Mubham. ‘Ilm Usul al-Tafsir. ‘Ilm Tauhid, Kitab al-Amir. ‘Ilm Ma’qulat. ‘Ilm Mustalah al-Hadith Ilmu Tafsir, Kitab Tafsir Jalalain dan Tafsir Nur

al-Ihsan. ‘Ilm Fiqh, Kitab Manhaj, Iqna’ dan Mahalli. ‘Ilm Tasawuf, Kitab Hikam dan Minhaj al-

‘Abidin. ‘Ilm ‘Arud. ‘Ilm Qawafi. ‘Ilm Munazarah. ‘Ilm Wad’i,- Kitab karangan ulama besar al-

Azhar, iaitu Sheikh Yusuf al-Dajawi. ‘Ilm Mantiq, lebih dari sepuluh jenis kitab yang

telah diajari.

Selain itu, Syeikh Abdul Rashid juga mengajar di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah Melaka bermula pada tahun 1968 (Mustafa t.th: 7). Menurut Khuzaisham (2010), Semenjak itu, beliau telah memperuntukkan masa tiga hari sebulan, iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di minggu yang pertama, untuk mengajar di sana. Kemudian ditukarkan kepada hari Ahad, Isnin dan Selasa pada awal bulan (Mustafa 2010). Di antara kitab-kitab yang telah diajarkan oleh Sheikh Abdul Rashid di Masjid Ayer Limau ialah:

Hidayat al-Subyan. Hidayat al-Salikin. Faridat al-Fara’id. Matla’ al-Badrain. Sair al-Salikin. Hikam. Sullam al- mubtadi Qawa'id al-Fiqh Mustolah al-Hadith Tafsir al-Quran Nurul Ihsan

Page 5: 09 070-078 Aizuddin Hakim & Faudzinaim

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

74

Selain Melaka, beliau juga turut mengajar di Johor Bharu, Johor, Tanah Datar Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan dan Petaling Jaya, Selangor. Di Petaling Jaya, Sheikh Abdul Rashid mengajar di Petaling Jaya, Selangor, iaitu di rumah Datuk Hj. Sulaiman Daud di Jalan SS 3/78, Petaling Jaya sebelum lokasi mengajar beliau berpindah ke Surau Ahmadiah Rashidiah, Petaling Jaya, bermula dari tahun 1982 sehingga 1990. Pada tahun 1990, apabila surau di Jalan SS1/43A, Kg Tunku, Petaling Jaya telah siap, beliau mengajar dan mengadakan majlis zikir di surau tersebut sehingga beliau meninggal dunia. (Sulaiman Daud 2010)

Sheikh Abdul Rashid juga turut mengajar di dua tempat di Brunei Dar al-Salam, iaitu di Surau Kampung Beribi dan rumah Awang Abdul Hamid (Hj. Ranjid 2010). Di Brunei Dar al-Salam, tarekat ini mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan. Ia bukan sahaja diterima oleh masyarakat dari kalangan orang awam, tetapi juga turut diterima oleh kalangan ulama tempatan (Murtadza & Saedon 1993). Jumlah pengikut Tarekat Ahmadiah di sana sehingga kini dianggarkan dalam 400 orang (Hj. Ranjid 2010). Menurut bekas Pengarah Hal Ehwal Masjid Negara Brunei, iaitu Dato' Seri Setia Hj. Ranjid Hj. Abdul Qadir (2010), Sebanyak 3 buah kitab telah berjaya diajarkan oleh Sheikh Abdul Rashid kepada ikhwan Tarekat Ahmadiah di Brunei. Kitab-kitab yang dimaksudkan tersebut adalah seperti berikut: Sayr al-Salikin Bulugh al-Maram Hikam

Selain memiliki ribuan anak murid di rantau Asia Tenggara, Sheikh Abdul Rashid juga turut mempunyai anak murid di dua buah negara di Eropah, iaitu di Itali dan Perancis (Mark Sedgwick 2005: 70). Walau bagaimanapun, jumlah pengikut beliau di sana tidaklah seramai bilangan penuntut beliau di kawasan Nusantara. Metodologi Pengajaran Sheikh Abdul Rashid: Bagi penulis, Sheikh Abdul Rashid merupakan seorang guru dan mursyid yang cemerlang. Rata-rata anak murid beliau yang ditemu bual mengakui bahawa sentuhan pendidikan dan pentarbiahan beliau telah berjaya mentransformasikan sahsiah diri serta tingkah laku mereka menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Tambahan lagi, terdapat dari kalangan anak murid beliau yang dahulunya sering melakukan maksiat seperti berzina, minum arak, berjudi, meninggalkan solat dan lain-lain, telah kembali ke pangkal jalan dan bertaubat daripada melakukan amalan yang bukan-bukan (Hj. Ranjid 2010). Beliau berjaya mewujudkan kuantiti pelajar dan pengikut yang ramai semasa beliau masih hidup hingga berjaya melahirkan ramai tokoh ilmuan agama (Sidek 2010).

Boleh dikatakan bahawa kaedah penyampaian ilmu dan pengajaran Sheikh Abdul Rashid adalah mirip kepada proses pengajian yang berteraskan kepada sekolah pondok. Ini kerana, beliau hanya menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cara bertalaqqi atau "menadah kitab" sahaja, ketika proses pentarbiahan berlangsung (Ishak 2010). Selain itu, beliau juga sering menjadikan masjid dan surau sebagai "mauqi' penyebaran ilmu" dan menghidupkan majlis zikir (Md. Zabid 2010).

Untuk memastikan kejayaan para murid beliau dalam menguasai segala ilmu yang beliau ajari, beliau sentiasa berusaha memastikan kitab-kitab yang digunakan semasa mengajar tersebut dapat dihabiskan dari kulit ke kulit, disamping berusaha memberikan penjelasan yang lebih terperinci terhadap sesuatu yang telah beliau perbahaskan, seandainya terdapat kemusykilan tentang apa yang telah beliau sampaikan (Md. Ramly 2010).

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, para murid Sheikh Abdul Rashid lazimnya akan memastikan bahawa mereka sentiasa berada dalam kedudukan yang penuh beradab di hadapan beliau dan sedaya upaya memberikan fokus yang terbaik, terhadap setiap perkataan yang beliau pertuturkan. Terdapat beberapa perkara yang sering Sheikh Abdul Rashid lakukan, demi memastikan para murid beliau tidak jemu dan hilang tumpuan ketika mengajar, antaranya; beliau cuba menyisipkan unsur jenaka ketika memberikan huraian, tamsilan serta contoh-contoh terhadap sesuatu perkara (Hj. Long 2010), menyelitkan teka-teki di tengah-tengah majlis ilmu beliau (Mustafa 2010), memainkan emosi dan menaikan semangat anak murid ketika berucap serta menarik daya tumpuan mereka dengan cara menggalakkan mereka menyambung tundaan perkataan ketika beliau katakan, seperti: Hendaklah kita membuat sesuatu kerana All… bukan kerana pahala, bukan kerana dosa, bukan kerana syurga dan bukan kerana neraka, tetapi buat kerana Al…. (Raffick 2010)

Selain itu, setelah diteliti satu-persatu hasil

dapatan kajian, penulis dapati bahawa manhaj pengajaran Sheikh Abdul Rashid ini tidak hanya tertumpu kepada pendidikan ad-dini, malahan, ia turut mencakupi aspek duniawi, ukhrawi, rohani dan jasmani. Hal ini dapat dibuktikan menerusi tindakan beliau yang sering mengingatkan kepada semua murid beliau, agar tidak ponteng kerja hanya kerana ingin belajar atau menemui beliau (Mustafa 2010). Beliau juga pernah menyarankan kepada anak murid agar bekerja dengan baik, jaga disiplin kerja, mudah-mudahan senang dinaikkan pangkat dan cemerlang dalam kerjaya di masa hadapan (Mustafa 2010).

Lazimnya bila sampai di perkarangan rumah murid, kebiasaannya beliau akan meronda keliling rumah mereka, kemudian bertanyakan, “Mana sayur-sayuran yang kau tanam?”, “Mana pokok buah-buahan yang kau tanam?”, “Apa yang kau

Page 6: 09 070-078 Aizuddin Hakim & Faudzinaim

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

75

tanam hujung minggu?” (Mustafa 2010). Apa yang tersirat di sebalik pertanyaan tersebut ialah, beliau sebenarnya ingin menggalakkan kesemua pengikut beliau berusaha mencari sumber pendapatan lain (di samping sumber pendapatan yang sedia ada), supaya ia dapat mengutuhkan lagi sumber ekonomi diri dan keluarga.

Beliau sering mengingatkan anak murid beliau agar menjaga kesihatan badan dan tidak mengamalkan cara selain itu, beliau juga pernah menyenaraikan beberapa jenis sayur-sayuran yang baik untuk dimakan, boleh menjamin kestabilan ekosistem badan serta merawati penyakit luaran, seperti sawi, kubis dan sebagainya (Mustafa 2010); mengenai rohani, rata-rata bekas anak murid beliau yang telah ditemu bual menyatakan bahawa, beliau sering menggalakkan kesemua anak murid beliau agar mengamalkan zikir dan selawat dalam kehidupan harian. Selain itu, beliau sering menegaskan kepada wakil beliau di semenanjung Malaysia, supaya menghidupkan majlis zikir mingguan ketika beliau tiada (Mustafa 2010). Beliau sering berpesan kepada murid-muridnya; “Carilah wang atau harta sebanyak mana yang boleh, asalkan tidak tinggal solat 5 waktu dan tidak meninggalkan zikrullah (Mustafa 2010).

Sepanjang berlangsungnya proses pengajaran, beliau dikatakan gemar menyampaikan ilmu menggunakan kitab-kitab karangan ulama muktabar seperti kitab Hikam, Sayr al-Salikin, Tafsir Jalalain dan sebagainya. Jika sudah khatam mengajar kitab tersebut, beliau lazimnya akan mengulangi semula mengajarkan kitab yang sama selepas itu (Mustafa 2010). Sementara jadual pengajaran beliau pula dikatakan begitu padat. Keadaan ini menyebabkan beliau kurang dapat menumpukan perhatian untuk berkarya dan menulis buku sebagai panduan ilmu bagi para murid beliau.

Biarpun begitu, setelah dilakukan penelitian yang mendalam terhadap sejarah kehidupan beliau, penulis telah menjumpai beberapa buah kitab agama hasil penulisan beliau yang boleh dibaca dan dirujuk sehingga ke hari ini. Di antara karya yang telah beliau hasilkan ialah; Kitab Raf’ al-Hujjah bi al-Adillah al-Qati’ah fi Qawa’id al-Fiqh ‘al Madhhab al-Shafi’e. Talab Al-Hatith Fi ‘Ilmi Mustalah al-Hadith. Zikir dan Wasilah. Al-Suhulah Fi Tafsir Surah al-Fatihah. Tafsir Surah al-‘asr. Penjagaan. Aurad Tariqah Ahmadiyyah-Idrisiyyah. Tarekat Ahmadiah: Antara sumbangan besar yang telah disumbangkan oleh Sheikh Abdul Rashid kepada Tarekat Ahmadiah ialah memimpin tarekat ini selama 28 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, beliau dikatakan telah memimpin dengan baik dan sempurna.

Di era kepimpinan beliau, terdapat beberapa buah cawangan baru Tarekat Ahmadiah di Asia Tenggara telah dibuka, seperti di Melaka (Ayer Limau), Selangor (Petaling Jaya), Negeri Sembilan (Rembau), Singapura, Brunei, Itali (Paris) dan Perancis (Venice). Sehingga kini, proses pembelajaran dan pengajian serta majlis zikir di kawasan terbabit masih berlansung. Tugas menghidupkan budaya keilmuan dan berzikir kali ini masih diteruskan oleh generasi kepimpinan Tarekat Ahmadiah masa kini.

Selain itu, beliau juga telah berjaya menpertingkatkan jumlah pengikut Tarekat Ahmadiah dari semasa ke semasa, di zaman pentadbiran beliau. Sepanjang penganalisaan penulis, penulis telah mendapati bahawa dasar pertambahan bilangan para murid dan pengikut beliau ini adalah disebabkan oleh kepercayaan masyarakat terhadap beliau sendiri, terutamanya pada aspek keluasan ilmu dan pengetahuan agama yang beliau miliki. Ketokohan beliau dalam menguasai pelbagai jenis ilmu inilah hakikatnya yang telah berjaya mengamit hati masyarakat Islam di sekeliling beliau, untuk hadir ke majlis-majlis ilmu yang beliau kendalikan, disamping dapat memperkembangkan lagi pengaruh Tarekat Ahmadiah kepada mereka pada masa yang sama.

KESIMPULAN Berdasarkan kepada perbincangan-perbincangan yang lalu, berpandukan kepada hasil kajian dan penelitian yang telah dilakukan serta segala apa yang telah diketengahkan sebelum ini. Terdapat beberapa perkara yang telah dapat simpulkan mengenai diri Sheikh Abdul Rashid ini. Bagi penulis, beliau merupakan seorang tokoh ulama Nusantara yang begitu soleh dan alim, selain merupakan seorang pemimpin, pendidik dan pendakwah Islam yang sangat berwibawa.

Kearifan beliau dalam bidang ilmu sememangnya tidak dapat dinafikan. Kebolehan beliau menguasai hampir 40 jenis disiplin ilmu amat mengkagumkan semua. Selain menguasai pelbagai jenis ilmu, beliau juga layak digelar sebagai “al-Hafiz dan al-Muhaddith” kerana beliau telah berjaya menghafaz seluruh isi kandungan al-Quran dan puluhan ribu hadis dengan baik dan sempurna.

Kepakaran beliau dalam menguasai Bahasa Arab juga wajar diberikan perhatian. Beliau dilihat bukan sahaja mampu berinteraksi menggunakan bahasa tersebut. Malah turut berkemampuan untuk berbicara mengunakan loghat bahasa yang berbeza-beza dalam satu masa. Keupayaan beliau menguasai sastera arab juga wajar diberikan pujian. Bukan setakat mampu menghafal 5000 buah syair, malah beliau juga berupaya menulis dan berkomunikasi dengan mengunakan laras bahasa sastera Arab yang tinggi.

Page 7: 09 070-078 Aizuddin Hakim & Faudzinaim

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

76

Kewibawaan beliau dari dalam bidang pendidikan dan pentarbihan amat ketara. Selain mempunyai ribuan para pengikut dan anak murid, beliau juga telah berjaya mengawali ‘attitude’ kesemua mereka dan membimbing mereka ke jalan yang diredai Allah s.w.t dan Rasul s.a.w. dengan baik dan sempurna. Kesan didikan rohani yang beliau sematkan ke dalam hati sanubari para murid terus berkekal sehingga ke hari ini, biarpun beliau telah lama meninggalkan mereka semua.

Manhaj pendidikan yang beliau tonjolkan juga wajar diteladani oleh para pendidikan masa kini, di era globalisasi ini. Pendekatan pentarbiahan secara hikmah, rasa kasih dan hormat kepada murid yang tiada berbelah bagi, serta menjadi pendengar yang setia kepada anak murid, merupakan antara faktor utama kejayaan beliau dalam bidang ini. Perwatakan beliau yang mencerminkan imej “berjiwa rakyat” menjadikan beliau sentiasa mudah didekati dan dikasihi sepanjang zaman.

Jasa beliau menyebar luaskan jaringan dakwah Islamiyyah kepada semua juga harus dicontohi semua. Faktor ketinggian ilmu, Kekuatan mental dan fizikal serta keinginan untuk berbakti kepada nusa, bangsa dan agama menyebabkan beliau sentiasa terpanggil untuk melaksanakan usaha tersebut setiap masa. Selain itu, tanggungjawab menyebarkan dakwah secara “sawarjagat” yang beliau galasi patut dituruti oleh para ulama kontemporari. Bukan sahaja berperanan untuk mengislahkan masyarakat Islam, malah turut berusaha memperbaiki “Akidah dan pegangan hidup” bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Kejayaan beliau dalam mengekalkan tradisi kecemerlangan dan kegemilangan Tarekat Ahmadiah perlu dihargai dan diberikan pujian yang tinggi. Selain berjaya mengurus pentadbiran ikhwan tarekat di Nusantara dengan baik, beliau juga telah berjaya memperluaskan lagi empayar pengaruh Tarekat Ahmadiah di beberapa lokasi baru, seperti di Itali, Perancis, Singapura, Brunei, Melaka dan Selangor. Kesimpulannya, Sheikh Abdul Rashid merupakan seorang ulama muktabar, al-Hafiz, al-Muhaddith dan pendakwah yang berwibawa, berilmu dan bertakwa. Kemuliaan akhlak dan peribadi beliau wajar diikuti oleh semua. Pemergian beliau dari “medan perjuangan” di alam fana ini amat sukar dicari ganti. Nama beliau akan terus mekar mewangi di dalam hati sanubari yang pernah mengenali peribadi beliau ini.

RUJUKAN Buku-buku Abdul Rashid b. Mohd Sa’id. 2005. Aurad Tariqah

Ahmadiah-Idrisiyyah.t.tp.t.pt. ____________. t.th. Al-suhulah Fi Tafsir al-

Fatihah.t.tp.: t.pt.

____________. t.th. Raf’ al-hujjat bi al-Adillah al-Qati’ah fi Qawa’idal-Fiqh ‘ala

Madhhab al-Shafi’i. t.tp.: t.pt. ____________. t.th. Talab Al-Hathith Fi Ilmi

Mustalahal-Hadith. t.tp.: t.pt. ____________.t.th.Tafsir Surah al-’Asr.t.tp.: t.pt. ____________.1986. Zikir dan Wasilah.t.tp.: t.pt. Abdul Ghafar Don. Pengaruh Sufism Dalam Gerakan

Dakwah. Dlm. Abdul Ghafar Don, Othman Hj. Talib & Sulaiman Ibrahim (pnyt.). 2008. Isu-isu Dakwah, Tarekat Tasawuf & Ajaran Sesat di Malaysia, hlm. 21-28. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad b. Muhammad Sa’id. 1936. Pengantar Kepada Tarekat Ahmadiyyah. t.tp.: t.pt.

___________. 1953. Fara’id al-Ma’sir al-Marwiyyah. Seremban: Sungai Ujong

Press. ___________. 1953. Setengah Daripada Munaqib

Guru-Guru Yang Mulia. Seremban: Sungai Ujong Press.

___________. 1953. Manaqib al-’arif billah al-Sheikh Muhammad Sa’id. Singapura:

Ahmadiah Press. ___________. 1952. Kanz Mu’id. Singapura:

Ahmadiah Press. Ahmad Sunawari Long. 2007. Pengenalan

Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah,

Fakulti Pengajian Islam, UKM. Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa, Nik

Salida Suhaila Nik Saleh & Adel M. Abdul Aziz. 2008. Biografi Mufti-Mufti Malaysia.

Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Che Zarina Sa’ari. 2002. Haji Muhammad Sa’id Bin Jamaluddin al-Linggi: Amalan dan Sumbangan Dalam Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Malaysia. Dlm. Ab. Aziz Mohd Zin, Che Zarina Sa’ari, Fauzi Deraman, Johari Mat, Ishak Sulaiman, Mohd Yakub Hj. Mohd Yusof & Wan Zailan Kamarudin Wan Ali (pnyt.). Jurnal Usuluddin. Bil. 15. Hlm. 23-24. Selangor: Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Hamdan Hassan. 1990. Tarekat Ahmadiyyah Di Malaysia Suatu Analisis Fakta Secara

Ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ismail Che Daud. 1999. Syaikh Muhammad Said Linggi. t.tp.: t.pt.

Ismail Mat. 1993. Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi, Selangor: Universiti

KebangsaanMalaysia. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. 1998. Ed. Kedua.

Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kautsar Azhari Noer. 2008. Pengaruh Wahdat al-

Wujud Dalam Pemikiran Islam Nusantara.Dlm. Abdul Ghafar Don, Othman Hj. Talib & Sulaiman Ibrahim (pnyt.). 2008. Isu-isu Dakwah,

Page 8: 09 070-078 Aizuddin Hakim & Faudzinaim

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

77

Tarekat Tasawuf & Ajaran Sesat di Malaysia, hlm. 164. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Murtadza b. Haji Ahmad & Mahmood Saedon Awang Othman. t.th. Mengenal At-Tarekat Al-Ahmadiyyah. Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Muhammad Fuad b. Kamaludin. 2007. Sayyid Ahmad Ibn Idris Al Hasani. Negeri Sembilan:Sofa Production.

Mustafa b. Tambichik.T.th. Biodata Tuan Guru Sidi Sheikh Hj. Abdul Rashid.Dlm.

Abdul Rashid b. MohdSa’id.t.th. Raf’u al-hujjat bi al-Adillah al-Qati’ah fi Qawa’idal-Fiqh ‘ala Madhhab al-Shafi’i.t.tp.: t.pt.

Sulaiman Ibrahim al-Baruhi.Juhud al-Sufiyyah fi Nashri al-Islam wa al-Difa’’an al-

Dakwah al-Islamiyyah fi al-’alam al-Malayuwi. Dlm. Abdul Ghafar Don, Othman Hj. Talib&Sulaiman Ibrahim (pnyt.). 2008. Isu-isuDakwah, TarekatTasawuf&AjaranSesat di Malaysia, hlm. 109. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2006. Syeikh Muhammad Sa’id Negeri Sembilan TarekatAhmadiyyahIdrisiyyah. t.tp.t.pt. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ensiklopedia Islam Untuk pelajar. Jilid 6.

2003. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Zakaria Stapa. 2001. Institusi Tarekat Dalam Ilmu Tasawuf Satu Pengenalan. Perak: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak.

Al-Nahbani, Yusuf b. Ismail. 1974. Jami’ Karamah Aulia’. Misr: Mustafa al-Babi.

Sedgwick, Mark. 2005. The Making And Remaking Of The Rashidi Ahmadi Sufi

Order, 1799-2000. USA: Brill Laden. Al-Qarni, Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani. 2007.

Perinsip-Perinsip Tasawuf Islam. Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Penulisan Ilmiah Raja Rosalina Raja Hassan. 1991. Kajian Tokoh

Agama Negeri Sembilan: Tuan Sheikh Haji Ahmad Haji Mohd. Said. Penulisan Ilmiah, Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rohana Mokhtar. 2001. Tarekat Ahmadiah Di Negeri Sembilan: Kajian Terhadap Kepimpinan Dato’ Mufti Sheikh Haji Mohd Murtadza Bin Sheikh Haji Ahmad. Penulisan Ilmiah, Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Temu Bual Abd. Majid b. Othman. 2010. Perkembangan

Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Seremban,

Negeri Sembilan. Temu bual, 25 Mac. Hj. Abd. Razak b. Bahchik. Perkembangan Tarekat

Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Masjid Tanah,

Melaka. Temu bual, 6 Mei. Hj. Daud b. Umar. 2010. Perkembangan Tarekat

Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Seremban,

Negeri Sembilan. Temu bual, 25 Mac. Hj. Md. Ramly b. Ismail. Perkembangan Tarekat

Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Masjid Tanah,

Melaka. Temu bual, 18 November. Hj. Ranjid b. Hj. Abdul Qadir. 2010. Perkembangan

Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi,

Universiti Tun Abdul razak, Kuala Lumpur. Temu bual, 24 November.

Hj. Sulaiman b. Daud. 2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid

Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Petaling Jaya, Selangor. Temu bual, 30 April.

Hj. Yusof b. Daud. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid

Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Petaling Jaya, Selangor. Temu bual, 8 Mei.

Hjh. Hindun bt. Mohd Yapis.2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul

Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Seremban, Negeri Sembilan. Temu bual, 11 Disember.

Ishak b. Hussein. 2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul

Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Masjid Tanah, Melaka. Temu bual, 17 November.

Khuzaisham B. Husin. 2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid

Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Masjid Tanah, Melaka. Temu bual, 3 Mei.

Md. Zabid b. Abdul Rashid. 2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul

Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Petaling Jaya, Selangor. Temu bual, 19 Mei.

Mohd Raffick b. Mohd Nor. 2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul

Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Petaling Jaya, Selangor. Temu bual, 12 Disember.

Munir b. Abdul Rashid. 2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Petaling Jaya, Selangor. Temu bual, 3 November.

Page 9: 09 070-078 Aizuddin Hakim & Faudzinaim

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

78

Mustafa b. Tambichik. 2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Masjid Tanah, Melaka. Temu bual, 3 Mei.

Sidek b. Hj. Inang. 2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul

Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Masjid Tanah, Melaka. Temu bual, 17 November.

Tohfah bt. Hj. Hussain. 2010. Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Era Sheikh Abdul Rashid Sheikh Muhammad Said al-Linggi, Petaling Jaya, Selangor. Temu bual, 12 Disember.

Internet At-Tariqah al-Ahmadiah al-Idrisiah ar-Rasyidiah ad-

Dandarawiah. 2008. Tuan Shaykh Haji Abdullah Haji Muhamad Sa'id (1905-1956). http://www.ahmadiah-idrisiah.com/pemimpin-02.php. 20. Mac. 2010.