panduan musolla al hakim

44
PANDUAN DAN INSTRUMEN PENILAIAN PENGURUSAN SURAU SEKOLAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR (PROGRAM MUSOLLA AL-HAKIM) 2009

Upload: abd-naim

Post on 01-Jul-2015

868 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Musolla al Hakim

PANDUAN DAN INSTRUMEN PENILAIAN

PENGURUSAN SURAU SEKOLAH

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

(PROGRAM MUSOLLA AL-HAKIM)

2009

Page 2: Panduan Musolla al Hakim

A. KONSEP SURAU SEKOLAH

1. Pengenalan

Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian.

2. Rasional 2.1 Surau adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian.

2.2 Menggerakkan aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.

2.3 Pelajar-pelajar kurang berminat dan tidak suka berada di surau malah mereka tidak memanfaatkan setiap detik masa ketika berada di surau

2.4 Terdapat surau yang tidak diurus dengan efisyen dan sistematik sehinggakan ia kelihatan terbiar, lesu dan tidak terurus.

2.5 Penglibatan warga sekolah terhadap aktiviti surau tidak menyeluruh.

3. Visi

Pusat ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat

4. Misi

Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi

2

Page 3: Panduan Musolla al Hakim

5. Objektif

5.1 Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.

5.2 Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik

5.3 Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya

5.4 Melatih pelajar dengan kepimpinan dan syaksiyyah Islamiah yang unggul

5.5 Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa

5.6 Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan pembinaan insan

6. Piagam Pelanggan

Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :

6.1 Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.

6.2 Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.

6.3 Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.

6.4 Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.

6.5 Memaksimumkan pengggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

6.6 Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.

3

Page 4: Panduan Musolla al Hakim

7. Kategori Surau Sekolah

7.1 Surau bangunan sendiri ( berasingan )

7.2 Surau menggunakan bilik darjah ( kelas )

7.3 Surau Asrama

8. Kumpulan Sasaran

8.1 Pelajar Muslim di sekolah

8.2 Pentadbir dan guru-guru muslim

8.3 Kakitangan sokongan muslim

8.4 Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru yang beragama Islam

8.5 Masyarakat setempat

4

Page 5: Panduan Musolla al Hakim

B. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SURAU

1. Jawatankuasa Pengurusan Surau Sekolah

1.1 Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan surau sekolah dibuat oleh

Jawatankuasa Pengurusan Sekolah masing-masing.

1.2 Jawatankuasa Pengurusan Surau Sekolah terdiri daripada :

i. Penasihat : Pengetua/Guru Besar

ii. Pengerusi : Penolong kanan HEM

iii. Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran,

: Penolong Kanan Kokurikulum dan

: Penyelia Petang

iv. Naib Pengerusi : Ketua Bidang Kemanusiaan

v. Setiausaha 1 : Ketua Panitia Pendidikan Islam

vi. Setiausaha 2 : Penyelaras Dakwah

vii. Bendahari : Guru

viii. Ahli Jawatankuasa : Guru

Pengurusan Fizikal.

Pengurusan Kelengkapan.

Pengurusan Aktiviti.

Pengurusan Kebersihan dan keceriaan.

Pengurusan Kebajikan dan Keselamatan.

Pengurusan Penerbitan dan Mini Perpustakaan.

2. Senarai Tugas Jawatankuasa Pengurusan Surau Sekolah

a. Penasihat Memberi nasihat, pandangan dan idea kepada Jawatankuasa

Surau.

Memastikan kemajuan dan kecemerlangan surau.

5

Page 6: Panduan Musolla al Hakim

b. Pengerusi

Menjadi Penggerak utama kemajuan surau.

Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.

Membantu dan bekerjasama dengan jawatankuasa ke arah

pengurusan surau yang efisyen dan sistematik.

Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas

bersama AJK lain.

Melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan.

Memantau dan membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

c. Timbalan Pengerusi & Naib

Pengerusi

Menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya.

Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

d. Setiausaha

Membuat panggilan mesyuarat dan surat menyurat.

Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

Merancang aktiviti surau dan jadual bertugas bersama-sama

AJK lain.

Membantu dan berhubung rapat dengan Pengerusi dan AJK

lain.

Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

6

Page 7: Panduan Musolla al Hakim

e. Naib Setiausaha

Merancang aktiviti surau dan jadual bertugas bersama AJK

lain.

Memberi kerjasama kepada Pengerusi dan Setiausaha

dalam perlaksanaan pengurusan aktiviti.

Menyediakan laporan aktiviti dan dokumentasi.

Membantu dan berhubung rapat dengan Pengerusi,

Setiausaha dan AJK lain.

Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

f. Bendahari

Menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan

laporan penyata.

Merancang usaha-usaha untuk mengisi tabung surau

bersama AJK lain.

3. Kewangan

a Sumber Pendapatan

Sumbangan derma/infak tahunan daripada setiap

pelajar atas kadar budi bicara pihak sekolah.

Sumbangan derma/infak tahunan daripada semua guru dan

kakitangan atas ketetapan pihak sekolah.

Peruntukan tahunan daripada PIBG bagi melaksanakan

aktiviti surau dan aktiviti keagamaan.

Memohon sumber-sumber kewangan daripada agensi

seperti institusi zakat, yayasan dan sebagainya.

Sumbangan ikhlas daripada pihak-pihak yang dibenarkan.

Membuat projek jualan amal yang bersesuaian.

7

Page 8: Panduan Musolla al Hakim

b Perbelanjaan

Semua perbelanjaan hendaklah diurus dengan

berhemah.

Semua perbelanjaan pengurusan aktiviti-aktiviti

surau perlulah mendapat kelulusan Jawatankuasa

Pengurusan Surau Sekolah.

4. Pengurusan fail dan dokumentasi

i. Fail Pengurusan

ii. Fail minit mesyuarat

ii. Fail laporan kewangan

iii. Fail laporan aktiviti

iv. Buku stok dan inventori

v. Buku pelawat

vi. Buku rekod penggunaan

vii. Buku rekod pemantauan

5. Peraturan Surau

5.1. Peraturan Am

1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah

Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang

tugas yang telah ditetapkan

2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan

ibadat

3. solat,melaksanakan amali pendidikan Islam, sambutan hari-hari

4. kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta

kemasyarakatan.

8

Page 9: Panduan Musolla al Hakim

5. Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan

surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang

memuaskan.

6. Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan

selamat.Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.

7. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-

perkara berikut:

Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.

Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan

dan penerbitan yang berunsur politik serta risalah-risalah

ajaran sesat

Makanan dan minuman

8. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster

atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau

jawatankuasa surau

9. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat

melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.

10. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik

dan air serta memastikan suis-suis lampu,kipas,alat siaraya

ditutup selepas digunakan.

5.2. Peraturan khas tatasusila di surau

1. Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke

surau.

2. Dilarang memakai baju T.shirt yang ”fancy” yang mengandungi

gambar-gambar yang tidak sesuai.

3. Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.

4. Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang

disertakan dengan doa.

9

Page 10: Panduan Musolla al Hakim

5. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih

dahulu.

6. Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat

tangan dengan jemaah yang lain.

7. Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap

kiblat.

8. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada disurau.

9. Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.

10.Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan

sempurna.

11.Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat.

12.Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum

meninggalkan surau.

C. PENGURUSAN FIZIKAL DAN PERALATAN

1. PENGURUSAN FIZIKAL

1.1 Surau Bilik darjah/ Bilik Berkembar

a. Mengenal pasti bilik darjah dan lokasi yang sesuai, menarik,

selamat dan selesa.

b. Memastikan tempat mengambil wuduk berdekatan, mencukupi ,

bersesuaian dan berasingan di antara lelaki dan perempuan.

c. Mewujudkan label surau, tunjuk arah dan tempat wuduk.

d. Memastikan keceriaan luaran bilik darjah yang memperlihatkan

identiti surau.

e. Memastikan keceriaan dalaman menarik, kemas dan teratur.

f. Mengadakan tunjuk arah kiblat.

g. Menyediakan rak tempat kasut.

h. Menyediakan almari menyimpan telekung, sejadah dan al-Quran.

1.2. Surau Bangunan Berasingan

10

Page 11: Panduan Musolla al Hakim

a. Menyediakan lokasi bangunan surau yang sesuai, menarik,

selamat dan selesa

b. Memastikan tempat mengambil wuduk berfungsi, mencukupi,

bersesuaian dan berasingan di antara lelaki dan perempuan.

c. Mewujudkan label surau, tunjuk arah dan tempat wuduk.

Kedudukan bangunan hendaklah berdekatan dengan bangunan

utama sekolah. Pengurusan sekolah hendaklah menyediakan

laluan beratap bagi memudahkan murid berulang alik.

d. Memastikan keceriaan luaran bangunan yang menarik.

e. Memastikan keceriaan dalaman yang kemas dan teratur.

f. Ada pemisah antara lelaki dengan perempuan.

1.3. Dewan dijadikan surau

a. Memastikan dewan sentiasa bersih.

b. Menyediakan tikar yang mencukupi.

c. Memastikan tunjuk arah kiblat.

d. Rak tempat kasut

e. Ada pemisah antara lelaki dan perempuan.

f. Almari menyimpan telekung, sejadah dan al-Quran

1.4. Membina surau baru

a. Bagi sekolah yang belum memiliki surau, pihak pengurusan

sekolah hendaklah menyediakan kertas cadangan pembinaan

surau sekolah.

b. Memohon kebenaran dan mengemukakan cadangan tapak

daripada Unit Pembangunan dan Bekalan Jabatan Pendidikan

Negeri

c. Sekiranya tiada halangan, tubuhkan Jawatankuasa Pembangunan

Surau Sekolah beserta surat perlantikan.

11

Page 12: Panduan Musolla al Hakim

d. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa dan mengagihkan tugas.

e. Lampiran-lampiran perlu disertakan seperti syarat-syarat kelulusan

(pelan, keluasan bangunan, kos pembinaan dan sebagainya).

1.5. Surau dinaikkan taraf masjid (diberi kebenaran mendirikan Jumaat)

a. Terdapat sekolah yang mempunyai bangunan surau yang

berasingan, luas dan lengkap seperti sebuah masjid.

b. Bagi sekolah yang ingin memohon kebenaran mendirikan solat

Jumaat, permohonan hendaklah diajukan kepada kepada

Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri/ Jabatan Mufti/ pihak berkuasa

agama negeri.

c. Setelah kelulusan diperolehi, hendaklah dibuat makluman kepada

semua ahli jemaah qariah/kawasan sekolah tersebut.

d. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Masjid.

e. Sentiasa tertakluk di bawah pihak berkuasa agama negeri terutama

dari segi imam, khatib dan teks khutbah.

2. PENGURUSAN KELENGKAPAN DAN PERALATAN

2.1 Melantik Jawatankuasa Kecil di kalangan pelajar.

2.2 Memastikan surau mempunyai kelengkapan dan peralatan serta sesuai

digunakan.

2.3 Peralatan Utama/Asas:

g. Carta organisasi.

b. Jadual tugas Imam/Bilal.

c. Jadual tugas membersih surau.

d. Takwim/Jadual Waktu Solat.

e. Jam Dinding

f. Rak Al-Quran/buku.

g. Tirai Pemisah.

12

Page 13: Panduan Musolla al Hakim

h. Langsir.

i. Sejadah.

j. Mini perpustakaan.

k. White Board.

l. Jam waktu solat.

m.Jadual amali solat.

n. Papan kenyataan.

o. Rak kasut

2.4 Peralatan Lain :

a. PA Sistem (mikrofon, wireless/klip mikrofon, sound speaker,

cd/kaset).

b. Terompah/selipar.

c. OHP / LCD.

d. Cermin Muka.

e. Almari/rak menyimpan telekung, kain sarung dan sejadah.

f. Peti Cadangan.

g. Rostrom dan meja kuliah.

h. Peti derma.

i. Lain-lain peralatan dan kelengkapan yang difikirkan perlu.

2.5Menyediakan buku stok peralatan dan kelengkapan.

2.6Menyediakan buku catatan/rekod penggunaan surau.

2.7Menyediakan sebuah bilik khas dalam bangunan surau sebagai tempat

menyimpan peralatan.

13

Page 14: Panduan Musolla al Hakim

D. PENGURUSAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

1. Melantik Jawatankuasa Kecil Kebersihan dan Keceriaan yang terdiri

daripada pelajar.

2. Memastikan kebersihan dalaman dan luaran surau, tandas dan tempat

wuduk.

3. Membuat projek pembangunan landskap surau.

4. Memastikan sepatu,selipar, kasut dan bag diletak dan disusun

ditempatnya.

5. Memastikan susun atur sejadah, telekung, kopiah, kain, al qur’an, buku-

buku dan rehal, perabut dan meja pengkuliah diletakkan ditempat yang

sesuai dan kemas

6. Menyedia dan memastikan mural, frame, bunga, langsir, tirai sentiasa

kemas dan teratur

7. Menyediakan label-label :

Tempat Solat Lelaki/Perempuan

Bilik Wuduk Lelaki/Perempuan

Tandas Lelaki/Perempuan

Jaga Kebersihan

Sila Susun Kasut

Jaga Ketenteraman

Susun semula selepas membaca

Dilarang tidur

Penuh, rapat dan luruskan saf

8. Mendapatkan peralatan berikut, mengguna dan menyimpannya dengan

baik :

Vacum (penyedut habuk)

Penyapu lidi, penyapu gandum dan plastic

Penyodok sampah

Berus tandas

14

Page 15: Panduan Musolla al Hakim

Sabun, syampu

Penyegar udara (tandas/bilik air)

Tong dan bakul sampah

Plastik sampah

Penyapu bulu ayam

Gunting bunga

Penyodok longkang

Kereta sorong

Pungkis

Cangkul

9. Menyediakan jadual bertugas harian dan gotong-royong kebersihan dan

keceriaan.

E. PENGURUSAN AKTIVITI (Rujuk Lampiran 1)

1. Menyediakan perancangan aktiviti surau berdasarkan analisis

kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan cabaran

2. Menyediakan perancangan berdasarkan matlamat jangka panjang dan

jangka pendek

3. Perlaksanaan aktiviti dibahagikan kepada harian, mingguan, bulanan

dan berkala

4. Perancangan diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti

pembentukan jawatankuasa dan agihan tugas

5. Mengadakan penyelarasan dan pengawalan akativiti bagi memastikan

kelicinan perlaksanaan, pencapaian matlamat dan keberkesanan

aktiviti berkenaan

6. Mengadakan penilaian terhadap perancangan dan aktiviti yang

dijalankan bagi mengenalpasti kejayaan dan kelemahan serta kaedah

untuk mengatasinya.

15

Page 16: Panduan Musolla al Hakim

7. Semua aktiviti yang dilaksanakan didokumentasikan untuk tujuan

pelaporan atau rekod perlaksanaan.

1. Budaya Ilmu

i Ceramah/Kuliah/Forum/Diskusi

ii Taklim

iii Tazkirah/Kajian Kes

iv Usrah/bengkel

v Sambutan Hari Kebesaran Islam

vi Pelaksanaan P&P

vii Pengukuhan P&P Pendidikan Islam

2. Amali

Amali Solat

Taharah

Solat fardu dan Sunat

Khatam al-Quran

Bacaan Tahlil dan Yasin

Doa

Qiyamullail

3. Kursus

Penghayatan ibadat

Pengurusan jenazah

Imam dan bilal

Penghayatan Amalan Mukmin

4. Pusat Islam Sekolah

Pusat pentadbiran kegiatan dakwah Islamiah sekolah

Hubungan dengan masyarakat luar

Mini perpustakaan

16

Page 17: Panduan Musolla al Hakim

Risalah Dakwah

Siaran Islam

5. Pengurusan Penerbitan Dan Mini Perpustakaan

Melantik Jawatankuasa Kecil di kalangan pelajar.

Merancang aktiviti penerbitan untuk edaran dalaman

sekolah.

Mewujudkan Mini Perpustakaan bagi kemudahan

rujukan, simpanan bahan-bahan atau risalah agama.

Melaksana dan menyediakan laporan aktiviti yang telah

dirancang.

Membantu penyebaran, simpanan dan rujukan bahan-

bahan risalah agama dari Kementeriaan Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah

dan Jabatan Agama Negeri.

Menyediakan catatan dan sinopsis bagi aktiviti majlis

ilmu di surau untuk penyebaran, simpanan dan rujukan.

Menerbitkan risalah/buletin samada dalam bentuk

mingguan, dwi mingguan atau bulanan

G. PENGURUSAN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

1. Mewujudkan Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan dari kalangan

pelajar.

2. Menyediakan peralatan surau seperti;

Kipas

Lampu

First Aid

Al-Quran, Surah Yaasin, rehal.

Rak kasut dan alas kaki

17

Page 18: Panduan Musolla al Hakim

Kipas atau penghawa dingin / lampu.

Water Cooler

3. Mendapat kelulusan dan pengesahan keselamatan daripada pihak bomba

dan JKR.

4. Menyediakan Peraturan Penggunaan Surau.

5. Dibina oleh Kontraktor yang diiktiraf (bagi pembinaan bangunan baru).

6. Mempunyai cirri-ciri keselamatan dari pencerobohan manusia dan haiwan

seperti berpagar ber ‘gril’ dan berkunci.

7. Mengadakan penutup longkang terutamanya dibahagian pintu keluar

masuk.

8. Memastikan alatan eletrik dan suis berfungsi dengan baik serta selamat

digunakan.

9. Memastikan tempat wuduk dan tandas sentiasa bersih dan selamat

digunakan.

10.Melapor dan mengambil tindakan terhadap sebarang kerosakan fizikal

dan peralatan kepada pihak bertanggungjawab.

18

Page 19: Panduan Musolla al Hakim

19LAMPIRA

Page 20: Panduan Musolla al Hakim

Lampiran 1 – Aktiviti Surau

PERKARA HARIAN MINGGUAN BULANAN TAHUNAN

1. PROGRAM BUDAYA ILMU

1. Ta’lim waktu rehat2. Tazkirah selepas solat3. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran4.Pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam5. Solat berjamaah

1. Usrah / Bengkel2. Kajian Kes.

1. Diskusi Agama2. Kuliah Bulanan

1. Sambutan Hari Kebesaran Islam :

i. Maal Hijrahii. Maulidul Rasuliii. Isra’ dan Mikrajiv. Nuzul Quranv. Penghayatan Ramadhan

2. AMALI

1. Amali Solat2. Tadarus Quran3. Zikir Asma al-Husna4. Wirid selepas Solat.

1. Bacaan Yasin dan Tahlil.2. Puasa Sunat Isnin dan Khamis.3. Khatam Al-Quran.4. Bacaan Ma’thurat.

1. Qiyamullail2. Solat Hajat.3. Solat Dhuha.4. Solat Tasbih.5. Solat Tasbih

1. Khatam Quran2. Majlis Berbuka Puasa.3. Solat Hajat Peperiksaan.

3. KURSUS

1. Kursus Imam dan Bilal.2. Kursus Asas Fardhu Ain.3. Kursus Pengurusan surau.4. Kursus Tahsin 5. Khemah Ibadat.6. Nadwah Kepimpinan Pelajar.7. Kursus Pengurusan Jenazah.8. Kursus haji dan umrah.

4. PUSAT ISLAM SEKOLAH

1. Siaran Radio ke udara2. Khidmat nasihat.3. Mini Perpustakaan

1. Pungutan derma.

1. Gotong-royong.2. Bulan Muhibbah

1. Khidmat Masyarakat.

5. PENERBITAN

1. Pamplet. 1. Risalah Dakwah.

1. Penerbitan fakta-fakta penting ceramah, diskusi dan tazkirah.

20

Page 21: Panduan Musolla al Hakim

LAMPIRAN 2 :

INSTRUMEN PENILAIAN SURAU SEKOLAHJABATAN PELAJARAN JOHOR

1 PENGURUSAN PENTADBIRAN MARKAH SKOR1 2 3

1.1 UMUMi. Visiii. Misiiii. Matlamativ. Objektifv. Piagam Pelanggan SKOR MARKAH JUMLAH PENUH 15

1.2 STRUKTUR ORGANISASIi. Carta Organisasi Indukii. Carta Organisasi Pelajar SKOR MARKAH JUMLAH PENUH 6

1.3 DOKUMENTASI 1.3.1. Sistem Fail

       i.   Pengurusan      ii. Minit Mesyuarat     iii. Kewangan     iv.   Laporan Aktiviti

1.3.2. Rekodi. Stok/Inventoriii. Buku Pelawatiii. Rekod Pemantauan

SKOR MARKAH JUMLAH PENUH 21

BAHAGIAN 1 ( Pengurusan )

21

Page 22: Panduan Musolla al Hakim

1.4 PERATURAN    i.      Peraturan Am Penggunaan Surau      ii.      Peraturan Khas/Adab/ Tatasusila Surau

SKOR MARKAH JUMLAH PENUH 6

SKOR MARKAHJUMLAH KESELURUHAN 48

KETERANGAN PENILAIAN :1 – Ada 2 – Dipamerkan 3 – Kreativiti

Penilai 1 :

..........................................................( )

Disahkan oleh (Ketua Penilai):

........................................................( )

22

Page 23: Panduan Musolla al Hakim

BAHAGIAN 2 ( Pengurusan Fizikal )

2 PENGURUSAN FIZIKAL MARKAH SKOR1 2 3

i. Bangunanii. Bekalan Elektrikiii. Tempat Wudhuiv. Tandasv. Bilik / Sudut Khas

SKOR MARKAH JUMLAH PENUH 14

SKOR MARKAHJUMLAH KESELURUHAN 14

KETERANGAN PENILAIAN :1 – Ada 2 – Berfungsi 3 – Bersih / Kreativiti

Penilai 2 :

................................................................( )

Disahkan oleh (Ketua Penilai) :

..............................................................( )

23

Page 24: Panduan Musolla al Hakim

BAHAGIAN 3 ( Pengurusan Kelengkapan / Peralatan )

3 PENGURUSAN KELENGKAPAN / PERALATAN

MARKAH SKOR1 2 3 4 5

3.1. PERALATAN UTAMA / ASAS 

i. Jadual Tugas Imam / Bilalii. Jadual tugas membersih Surau

iii. Taqwim / Jadual Waktu Solativ. Jam Dindingv. Rak al-Quran / Bukuvi. Tirai Pemisahvii. Langsirviii. Sejadahix. Sudut Bacaanx. White Board / Papan Hitamxi. Jadual Amali Solatxii. Papan Kenyataanxiii. Rak Kasut

SKOR MARKAH JUMLAH PENUH 65

3.2. PERALATAN LAIN

i. PA Sistemii. Selipar / Terompahiii. OHP / LCD / Televisyen /

VCD Playeriv. Cermin Mukav. Almari / Rak Menyimpan Telekung / Sejadah

24

Page 25: Panduan Musolla al Hakim

vi. Peti Cadanganvii. Rostrum / Meja Kuliahviii. Peti Dermaix. Lain-Lain Peralatan dan

SKOR MARKAH JUMLAH PENUH 32

SKOR MARKAHJUMLAH KESELURUHAN 97

KETERANGAN PENILAIAN :1 – TIDAK MEMUASKAN 2 – MEMUASKAN 3 - SEDERHANA 4 – BAIK 5 - AMAT BAIK

Penilai 3 :

................................................................( )

Disahkan oleh (Ketua Penilai):

..............................................................( )

25

Page 26: Panduan Musolla al Hakim

BAHAGIAN 4 ( Pengurusan Aktiviti )

4 PENGURUSAN AKTIVITI MARKAH SKOR1 2 3 4 5

4.1. HARIANi. Solat berjemaahii. Ta'lim / Tazkirah

4.2. MINGGUANi. Majlis Yasin & Tahlilii. Usrahiii. Solat Dhuhaiv. Kelas Tajwidv. Kelas Fardhu Ain

4.3. BULANANi. Tadarus Al-Quranii. Solat Hajatiii. Gotong Royongiv. Mesyuarat AJK Surauv. Penerbitan Risalah

 4.4. SEMPENA

i. Qiamullailii. Program Hari Kebesaran Islam ( Pilih 3 Sahaja )

Awal Muharram / Maal Hijrah

Maulidur Rasul

Isra' dan Mikraj

Nisfu Sya'ban

Ihya’ Ramadhaniii. Kursus Pengurusan Jenazahiv. Majlis Khatam Al-Quran

26

Page 27: Panduan Musolla al Hakim

4.5. BONUSi. Mini Perpustakaanii. Tadarus Quraniii. Jam Waktu Solativ. Inovasi Surau

SKOR MARKAH JUMLAH PENUH 110

SKOR MARKAHJUMLAH KESELURUHAN 110

KETERANGAN PENILAIAN :1 – TIDAK MEMUASKAN 2 – MEMUASKAN 3 - SEDERHANA 4 – BAIK 5 - AMAT BAIK

Penilai 4 :

................................................................( )

Disahkan oleh (Ketua Penilai):

..............................................................( )

27

Page 28: Panduan Musolla al Hakim

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN :

BIL BAHAGIAN SKOR MARKAH

JUMLAH KESELURUHAN

SKOR%

JUMLAH %

1 PENGURUSAN PENTADBIRAN

48 17.8

2 PENGURUSAN FIZIKAL

14 5.2

3 PENGURUSAN KELENGKAPAN / PERALATAN

97 36.1

4 PENGURUSAN AKTIVITI

110 40.9

JUMLAH KESELURUHAN

269 100

KAEDAH PENGIRAAN :

48 + 14 + 97 + 110 -------------------------- X 100 % = 100 %

269

SENARAI SEMAK

28

Page 29: Panduan Musolla al Hakim

PENILAIAN SURAU SEKOLAHJABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

ADA TIADA1 Visi2 Misi3 Matlamat4 Objektif5 Piagam Pelanggan6 Carta Organisasi Induk7 Carta Organisasi Pelajar8 Senarai Dan Bidang Tugas9 Fail Pengurusan10 Fail Minit Mesyuarat11 Laporan Kewangan12 Laporan Aktiviti13 Buku Stok/Inventori14 Buku Pelawat15 Rekod Pemantauan16 Peraturan Am Penggunaan Surau17 Peraturan Khas/Adab/Tatasusila Surau

BAHAGIAN 1 ( Pengurusan Pentadbiran)

SENARAI SEMAKPENILAIAN SURAU SEKOLAH

29

Page 30: Panduan Musolla al Hakim

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

BAHAGIAN 2 (Pengurusan fizikal)

BIL PERKARATINDAKAN

CATATANADA TIADA

1 Bangunan2 Bekalan Elektrik3 Tempat Wudhu4 Tandas

30

Page 31: Panduan Musolla al Hakim

SENARAI SEMAKPENILAIAN SURAU SEKOLAH

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

ADA TIADA1 Jadual Tugas Imam / Bilal2 Jadual tugas membersih surau3 Taqwim / Jadual Waktu Solat4 Jam Dinding5 Rak al-Quran / Buku6 Tirai Pemisah7 Langsir8 Sejadah9 Sudut Bacaan10 White Board / Papan Hitam11 Jadual Amali Solat12 Papan Kenyataan13 Rak Kasut14 PA Sistem15 Selipar / Terompah16 OHP / LCD / Televisyen / VCD Player17 Cermin Muka18 Almari / Rak Menyimpan Telekung /

Sejadah19 Peti Cadangan20 Rostrum / Meja Kuliah21 Peti Derma22 Papan Tanda Surau23 Al-Quran / Buku Iqra’23 Lain-Lain Peralatan

BAHAGIAN 3 ( Pengurusan Kelengkapan / Peralatan )

SENARAI SEMAK

31

Page 32: Panduan Musolla al Hakim

PENILAIAN SURAU SEKOLAHJABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

BAHAGIAN 4 ( Pengurusan Aktiviti )

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

ADA TIADA HARIAN

1 Solat berjemaah2 Ta'lim / Tazkirah3 Sunat Rawatif4 Wirid

MINGGUAN5 Majlis Yasin & Tahlil6 Usrah7 Solat Dhuha8 Kelas Tajwid9 Membudaya Al-Quarn

10 Kuliah Maghrib dan Subuh11 Tazkirah12 Kelas Fardhu Ain13 Kelas Tahfiz

BULANAN14 Tadarus Al-Quran15 Solat Hajat16 Gotong Royong17 Mesyuarat AJK Surau18 Penerbitan Risalah19 Ihtifal j-Qaf20 Qiamullail21 Awal Muharram / Maal Hijrah22 Maulidur Rasul23 Isra' dan Mikraj24 Nisfu Sya'ban25 Ihya’ Ramadhan26 Solat Terawih27 Solat Hajat28 Majlis Berbuka Puasa29 Majlis Tadarus Al-Quran30 Kursus Pengurusan Jenazah31 Kursus Imam Dan Bilal32 Kursus Haji33 Kem Ibadah34 Majlis Khatam Al-Quran

32