penerapan nilai-nilai murni kbsm dalam · pdf filesetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini...

23
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU SAINS DI LAPAN BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JITRA, KEDAH. MUNIRAH BINTI AHMAD MASDUKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hathu

Post on 01-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU SAINS DI LAPAN BUAH

SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JITRA, KEDAH.

MUNIRAH BINTI AHMAD MASDUKI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU SAINS DI LAPAN BUAH

SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JITRA, KEDAH.

MUNIRAH BINTI AHMAD MASDUKI

Laporan Penyelidikan Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 3: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai
Page 4: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai
Page 5: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

Teristimewa buat UMMI dan AYAH tercinta….

Ayahanda AHMAD MASDUKI & bonda NORAYATI

Tiada ucapan serta kata-kata indah yang dapat diucapkan

melainkan do’a tulus yang tak pernah putus untuk ummi dan ayah yang

tersayang…..semoga hidup ini dibekalkan dengan sepotong do’a dari kalian

untuk menenpuh hidup yang masih jauh ini….terima kasih jua diucapkan kerana telah

mengorbankan segala-galanya demi sebuah kejayaan yang pastinya tidak akan

dapat membalas segala jasa dan kasih sayang yang dicurahkan.

Semoga menjadi insan kesayangan Allah….

Teristimewa buat ALONG,ANGAH, REMY dan ADIK yang tersayang…

Terima kasih juga untuk sokongan dan kasih sayang

yang diberikan….Harapanku semoga kalian akan terus

menjadi hero dan penghibur dalam hidup ini….Semoga Allah

meredhai dan menyayangi kita sekeluarga..

Kita adalah SATU…

Teristimewa juga buat seorang yang bergelar SAHABAT..

Wahidah….

Terima kasih kerana sanggup mengharungi suka dan duka bersama-sama…..

Harapanku sekadar sematkanlah dalam hati bahawa kita adalah

sahabat yang sejati…syukurlah kerana Allah telah memberi

kejayaan kepada kita berdua….

Page 6: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-

pujian dan syukur dipanjatkan hanya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan Hidayah dan

anugerah-Nya dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih ikhlas diucapkan

khusus kepada pensyarah penyelia saya, Encik Roslee Bin Ahmad di atas segala

bimbingan, tunjuk ajar buah fikiran serta nasihat yang telah banyak diberikan selama ini

dan telah bersusah payah dalam membantu dan mendidik saya menyiapkan penulisan ini.

Semoga mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan

Pendidikan Negeri di atas kebenaran yang diberikan untuk menjalankan kajian ini,

pengetua-pengetua sekolah serta guru-guru yang terlibat kerana telah meluangkan masa

dan memberikan kerjasama yang padu

Jutaan terima kasih dan penghargaan juga ditujukan istimewa untuk ibu bapa serta

keluarga kerana telah banyak mencurahkan sokongan dan dorongan yang berterusan

sepanjang melaksanakan kajian ini. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada

sahabat, rakan-rakan dan pihak yang terlibat diatas sumbangan yang diberikan. Dipohon

semoga Allah S.W.T memberi ganjaran yang setimpal dengan jasa yang telah diberikan.

Wallahu’alam….

Page 7: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

ABSTRAK

Tujuan kajian deskriptif ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap penerapan

nilai-nilai murni KBSM di kalangan guru-guru sains dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) di lapan buah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Jitra,

Kedah. Responden yang digunakan adalah terdiri daripada 70 orang guru Sains yang

merupakan sampel dalam kajian ini. Penerapan nilai-nilai murni KBSM dalam proses

P&P di kalangan guru-guru sains dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku dan emosi.

Setiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan

data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social

Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratus. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa tahap penerapan nilai-nilai murni KBSM dalam proses P&P

di kalangan guru-guru sains adalah tinggi bagi aspek kognitif, tingkah laku dan emosi. Ini

bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai murni dalam proses P&P. Hasil kajian

ini diharap dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN), guru-guru, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat bagi

meningkatkan penerapan nilai murni dalam kehidupan seharian. Beberapa cadangan juga

telah dikemukakan bagi meningkatkan usaha menerapkan nilai-nilai murni ini dengan

lebih meluas lagi dalam proses P&P di kalangan guru-guru sains.

Page 8: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

ABSTRACT

The aims of this descriptive study is to investigate the level of using good values

among the Science teacher’s in teaching and learning process at eight Sekolah Menengah

Kebangsaan, Jitra Kedah The respondent involved 70 science teachers who form the

sample of the study. The data is collected through Questionnaire and is analyzed using

the Statistical Packages For Social Science (SPSS) program version 11.5 to obtain the

frequency and percentage values In this research, the focus of using the good values is

on the cognitive, attitude and emotion among the science teachers. The level in each

aspects of using good values is determined based on the frequency and percentage high,

moderate or low. The findings of study were show a high percentage of using good

values among science teachers in teaching and learning for all aspects. The finding of this

research can help Malaysian’s Ministry of Education, Education Department of Jitra,

teachers, schools, parents and society to improve of using good values in life. A few

suggestion had been listed down in order to increase the effort of using these moral

values widely.

Page 9: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SINGKATAN KATA xv

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

Page 10: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Penerapan 9

1.9.2 Nilai Murni 9

1.9.3 Pengajaran 12

1.9.4 Belajar 13

1.9.5 Guru 13

1.9.6 Sains 13

1.10 Rumusan 14

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Penerapan Nilai-Nilai Murni KBSM 16

2.3 Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses

Pengajaran dan Pengajaran 18

2.4 Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan

Guru-Guru Sains 19

2.5 Kajian Lepas Berkaitan Nilai Murni 21

2.6 Penutup 25

Page 11: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Populasi Kajian 26

3.5 Sampel Kajian 27

3.6 Instrumen Kajian 27

3.6.1 Soal Selidik 28

3.6.1.1 Bahagian A 28

3.5.1.2 Bahagian B 28

3.7 Kajian Rintis 30

3.8 Prosedur Kajian 30

3.9 Kaedah Analisis Data 32

3.10 Rumusan 33

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Bahagian A 34

4.2.1 Jantina 35

Page 12: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

4.2.2 Bangsa 35

4.2.3 Agama 36

4.2.4 Umur 36

4.2.5 Mata pelajaran yang di ajar 37

4.2.6 Jawatan di Sandang 38

4.2.7 Pengalaman Mengajar 38

4.3 Analisis Bahagian B 39

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian dari

Aspek kognitif 40

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian dari

Aspek Tingkah Laku 43

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian dari

Aspek Emosi 46

4.4 Rumusan 49

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, IMPLIKASI KAJIAN, RUMUSAN

DANCADANGAN KAJIAN LANJUTAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Perbincangan Bahagian A 51

5.2.2 Perbincangan Bahagian B 53

5.2.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian

dari Aspek kognitif. 53

5.2.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian

Page 13: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

dari Aspek Tingkah Laku 57

5.2.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian

dari Aspek Emosi. 60

5.3 Implikasi Kajian 64

5.4 Rumusan 66

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.6 Kesimpulan 68

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 14: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Skala Likert 29

3.2 Item-item Soalan dan

Nombor Soalan Berdasarkan Aspek. 29

3.3 Tahap Penilaian Responden

Berdasarkan Peratus. 32

3.4 Kategori Bagi Nilai Pemarkatan Item 32

4 1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Agama 36

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Umur 37

4.5 Taburan Responden Berdasarkan

Mata pelajaran yang diajar. 37

4.6 Taburan Responden Berdasarkan

Jawatan yang disandang 38

4.7 Taburan Responden Berdasarkan

Pengalaman Mengajar 39

4.8 Taburan Kekerapan dan Peratus Penerapan

Nilai-Nilai Murni oleh Guru Sains kepada

Pelajar dari Aspek Kognitif. 40

Page 15: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

4.9 Taburan Kekerapan dan Peratus

Penerapan Nilai-Nilai Murni oleh Guru

Sains dari Aspek Tingkah Laku. 43

4.10 Taburan Kekerapan dan Peratus

Penerapan Nilai-Nilai Murni oleh Guru

Sains dari Aspek Emosi. 46

Page 16: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

SINGKATAN KATA

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JERI - Jasmani, emosi, rohani dan intelek

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

SPSS - Statistical Packages For Social Science

n - Bilangan Responden

% - Peratus

Page 17: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tidak dinafikan bahawa pendidikan amat diperlukan dalam masyarakat

bertamadun masa kini. Menurut Peters dalam Abd. Rahman dan Zakaria (1994) kriteria

pendidikan melibatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman dan merupakan suatu

perspektif kognitif yang sentiasa berkembang dari masa ke masa. Pendidikan mempunyai

peranan dan tanggungjawab utama kepada negara bagi melahirkan sumber manusia yang

berkemampuan mengisi keperluan pembangunan negara. Peranan pendidikan sebenarnya

tidak lagi ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran tenaga manusia sahaja,

tetapi ia turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan

pembangunan manusia. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah juga adalah

untuk melahirkan generasi yang cemerlang dan berilmu. Ini kerana martabat bangsa dan

negara bergantung kepada penguasaan, pengembangan dan penggunaan ilmu yang

meluas.

Menurut Cristopher Dawson dalam Tajul Ariffin (1993), sistem pendidikan juga

memberi tumpuan utama dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang. Oleh itu, kita

perlu melihat dari satu sudut falsafah pendidikan yang utuh iaitu falsafah pendidikan

Page 18: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

kerohanian dan moral kerana pendidikan moden sukar untuk membina nilai murni

manusia. Sebagai bukti, walaupun manusia maju dalam sains dan teknologi, tetapi dari

segi akhlak, martabat manusia masih menunjukkan nilai-nilai yang negatif.

Menurut Neaver, et al. dalam Bob Chui (1994) guru merupakan sumber utama

kepada proses pendidikan Negara. Pada mata masyarakat dunia umumnya, tugas guru

dikatakan suatu tugas yang murni dan dihormati oleh masyarakat. Namun begitu, tugas

guru tidaklah semudah yang dijangkakan. Guru melaksanakan tanggungjawabnya untuk

membentuk dan mendidik manusia supaya menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak.

Menurut B.Field dan T.Field (1995) guru tidak sahaja mendidik dan membimbing para

pelajarnya semata-mata tetapi pada masa yang sama guru juga membentuk peribadi,

rohani, emosi dan fizikal para pelajarnya.

Menurut R.Fairbrother, et al. (1996) dan Esah (2002) guru juga diharap dapat

bertindak sebagai agen yang aktif dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan

mendukung prinsip demokrasi. Tanggungjawab guru dalam etika perguruan meliputi

tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab terhadap pelajar,

tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap ibubapa pelajar.

Menurut Esah Sulaiman (2002) lagi, pada masa yang sama didapati banyak gejala

anti-sosial, salah laku, gangsterisme dan jenayah berlaku di sekolah dewasa ini. Oleh itu,

tanggungjawab serta peranan guru perlu disemak semula sejauhmana sempadannya.

Fenomena salah laku ini bertitik tolak daripada beberapa kelemahan yang ketara dalam

sistem pendidikan semasa di negara ini terutamanya dari segi kurikulum yang

dilaksanakan. Hal ini perlu diberi perhatian serius demi mempertingkatkan kualiti dan

prestasi pendidikan ke arah pembentukan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan

terlatih sebagaimana yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Abu

Hassan (2002) pula jika keadaan ini dibiarkan terus berlaku, kemajuan dan kesejahteraan

masyarakat dan negara akan tergugat disamping kesinambungan hidup serta masa depan

bangsa dan negara akan turut terancam.

Page 19: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

Menurut Ray dalam Abu Hassan (2002) tujuan pendidikan adalah untuk

menentukan jenis matlamat yang paling sesuai untuk menjamin kesejahteraan sosial dan

mutu kewujudan tamadun bangsa. Ciri pembentukan insan yang ditegaskan dalam

laporan Jawatankuasa Kabinet 1970 dalam Abu Hassan (2002) ialah dari segi sikap

seperti jujur dan dedikasi terhadap kerja mereka manakala dari segi pemikiran pula

mereka perlu berupaya berfikir dan bertindak dengan baik samada secara sendiri atau

berkumpulan berdasarkan kepada akhlak yang mulia. Pendidikan sepadu merupakan

kesepaduan antara kurikulum dan sahsiah. Oleh itu menurut Mok Soon Sang (1997)

konsep kesepaduan di bawah rancangan KBSM bermaksud penggabungan di antara

pendidikan dengan nilai-nilai murni yang diserap dalam aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) di sekolah. Pendidikan sepadu yang diamalkan akan membawa

kepada kesepaduan antara pembangunan tamadun dengan pembangunan insan sebagai

tunggak kecemerlangan negara dan masyarakat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Mohd Yusuf (1993) zaman remaja merupakan zaman peralihan

kematangan pemikiran seseorang remaja dimana fikirannya tidak dapat membezakan

antara yang benar dan salah serta tidak berjaya mengawal diri daripada menuruti

kehendak nafsu. Isu kemerosotan akhlak remaja merupakan satu isu yang membebankan

negara. Walaupun pihak kerajaan telah berusaha menangani masalah ini, namun ia masih

terus berlaku malah lebih berleluasa setiap hari. Menurut Watson dalam Abd. Rahman

dan Zakaria (1994) tingkah laku manusia bergantung kepada rangsangan dan gerak balas

yang diterima. Oleh itu, manusia boleh bertingkahlaku secara positif atau negatif.

Antara isu keruntuhan akhlak remaja yang serius ialah lahirnya anak luar nikah

dan perlakuan sumbang mahram. Selain itu, isu jenayah seperti lumba haram dan

pembunuhan. Menurut Rogers dalam Kamal (1996) kepincangan moral ini berlaku

kerana individu itu akan memberi penilaian tingkah laku sendiri sama ada baik atau

Page 20: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

buruk berdasarkan nilai-nilai orang lain tanpa mengambil kira sama ada tingkah laku

tersebut memuaskan dirinya atau sebaliknya. Inilah yang disebut sebagai positive regard

from others yang telah membentuk self regard yang positif kepada individu itu sendiri

atau dengan kata lain seseorang itu mengalami proses pembelajaran tingkah laku

daripada pergerakan orang lain.

Selain Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), terdapat sembilan cabaran utama

dalam wawasan 2020 yang perlu diselaraskan dalam proses P&P di sekolah terutama

cabaran ke-empat iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, teguh

dalam nilai agama dan kejiwaan yang didorong oleh tahap etika yang tinggi. Menurut

Plato dalam Tajul dan Nor’aini (1992) beliau memberi penekanan dalam pembentukan

moral melalui sastera, drama dan muzik. Menurut pandangan beliau lagi, unsur-unsur

kebaikan moral akan membolehkan individu itu menjadi warganegara yang baik.

Pemikiran Plato ini selaras dengan cabaran wawasan 2020 yang ke-empat iaitu untuk

mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Dalam usaha mencapai matlamat FPK dan menyahut cabaran wawasan 2020,

pengembangan diri pelajar secara seimbang dan sepadu perlu dilakukan dengan memberi

tumpuan kepada keperluan diri secara menyeluruh yang melibatkan aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelek (JERI). Oleh itu mata pelajaran Pendidikan Islam dan

Pendidikan Moral adalah bertujuan untuk membina masyarakat yang bertaqwa,

berdisiplin serta progresif. Selain dari mata pelajaran ini, pembangunan insan juga

diterapkan melalui nilai-nilai murni yang terkandung dalam kurikulum mata pelajaran

sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik.

Untuk memenuhi matlamat negara maju pula, masyarakatnya perlu dimajukan

terlebih dahulu. Kemajuan masyarakat merujuk kepada pembentukan masyarakat yang

seimbang dari segi ekonomi dan sahsiah. Sehubungan itu, aspek nilai murni perlu

diterapkan di sekolah bagi menjamin tercapainya masyarakat maju dan dinamik. Justeru,

penekanan harus diberikan dalam usaha menghayati matlamat negara maju di mana nilai-

nilai murni perlu diterapkan serta diintegrasikan kepada pelajar dalam setiap mata

Page 21: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

pelajaran yang berbeza melalui strategi pengajaran guru. Dengan ini, aspek nilai sejagat,

ketakwaan dan akhlak yang mulia secara tidak langsung dapat disalurkan kepada pelajar.

Berdasarkan kenyataan Abidin Basri (1991) matlamat pembangunan negara

adalah untuk mencapai taraf negara maju seperti yang telah dicapai oleh Amerika

Syarikat. Rancangan kerajaan hanya akan berjaya dilaksanakan jika masyarakatnya

berkembang dengan nilai yang harmonis dan makmur. Masyarakat yang berilmu dan

mempunyai nilai etika yang tinggi juga mampu mencapai tahap pembangunan yang

tinggi. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Yusof (1993) dimana ianya dapat dilihat di

negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan Taiwan.

Sehubungan itu, menurut Meor Ibrahim (2000) bagi mencapai segala matlamat

yang perlu dicapai oleh negara, langkah awal perlu bermula dari sistem pendidikan.

Sistem pendidikan yang terancang akan melahirkan masyarakat yang berilmu, beramal

dan berwawasan. Selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) dan FPK, kesepaduan di antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan

kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni perlulah dilaksanakan oleh guru dalam

diri setiap pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Grace dalam Musgrave (1978) guru bukan sekadar menurunkan ilmu

pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya kepada seseorang pelajar, tetapi beliau

juga adalah seorang pendidik, pembimbing, kaunselor, motivator, penggilap potensi insan

dan juga pembentuk adab dan akhlak. Oleh itu guru merupakan individu yang

bertanggungjawab dan berperanan dalam mendidik anak bangsa supaya mereka

mempunyai nilai martabat yang tinggi.

Page 22: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

Namun cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan

tanggungjawabnya ialah dari segi peningkatan kes juvana dan masalah keruntuhan akhlak

di kalangan remaja. Menurut Mary Warnock dalam J.Mark Halstead dan Monica J.

Taylor (1996) masalah disiplin pelajar di sekolah dan isu moral memang tidak dapat

dibendung lagi. Masalah ini dilihat semakin hari semakin meningkat. Antara masalah

berat di negara kita yang membebani kerajaan ialah berleluasanya kes rogol,

pembunuhan, dadah, lumba haram serta maksiat. Hal seperti ini disebabkan kurangnya

penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam diri remaja tersebut.

Walaupun nilai-nilai murni di bawah rancangan kurikulum bersepadu telah

disisipkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, namun ia

masih lagi tidak dapat membendung masalah disiplin pelajar yang merosot.

Sememangnya mata pelajaran sains juga turut menekankan penerapan nilai-nilai murni

tetapi guru-guru sains di sekolah masih kurang menerapkan nilai-nilai murni dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran mereka. Menyedari kepentingannya dalam sistem

pendidikan, maka wajar bagi guru-guru sains memberi penekanan terhadap penerapan

nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka selaras dengan hasrat

FPK untuk melahirkan individu dan masyarakat yang seimbang dari segi JERI.

Persoalannya ialah sejauhmana guru-guru sains tersebut peka terhadap

pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum. Oleh demikian, kajian yang

dilaksanakan ini bertujuan mengkaji penerapan nilai-nilai murni di kalangan guru-guru

sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran di beberapa buah sekolah menengah di

daerah Jitra. Penerapan nilai-nilai murni ini dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku serta

emosi.

Page 23: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM DALAM · PDF fileSetiap aspek penerapan nilai-nilai murni ini diukur menggunakan borang soal selidik dan ... bermakna guru-guru sains menerapkan nilai-nilai

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah untuk mengkaji:

a. Adakah nilai-nilai murni KBSM diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) di kalangan guru-guru sains dari aspek kognitif?

b. Adakah nilai-nilai murni KBSM diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) di kalangan guru-guru sains dari aspek tingkah laku?

c. Adakah nilai-nilai murni KBSM diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) di kalangan guru-guru sains dari aspek emosi?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk:

1. Mengenalpasti nilai-nilai murni KBSM yang diterapkan dalam proses

P&P di kalangan guru-guru sains dari aspek kognitif.

2. Mengenalpasti nilai-nilai murni KBSM yang diterapkan dalam proses

P&P di kalangan guru-guru sains dari aspek tingkah laku.

3. Mengenalpasti nilai-nilai murni KBSM yang diterapkan dalam proses

P&P di kalangan guru-guru sains dari aspek emosi.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian penyelidikan yang dijalankan ini penting dalam sistem pendidikan iaitu

sebagai panduan dalam membantu pihak yang terlibat dalam penerapan nilai murni

terhadap pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga dapat digunakan sebagai: