03) penulisan modul integriti t6-2014.doc

11
MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014 INTEGRITI LELAKI PENJUAL BELON Seorang lelaki penjual belon. Mempunyai belon pelbagai warna seperti merah, kuning, hijau, biru dan putih. Belon-belon itu dimasukkan gas helium dan kemudian belon- belon itu dilepaskan ke angkasa. Apabila kanak-kanak melihat ia naik tinggi, mereka semua hendak membelinya. Perniagaan lelaki tadi menjadi maju. Pada suatu hari seorang kanak-kanak datang bertanya kepadanya. “Kalau Pak Cik melepaskan belon berwarna hitam, bolehkah ia terbang juga?” Jawab penjual belon itu, “Anak, bukan kerana warna belon tersebut, tetapi apa yang terkandung di dalamnya yang membuatkan ia naik tinggi.” Bukan warna kulit atau bangsa guru, tetapi apa yang terkandung di dalam diri guru itulah yang mengangkat seseorang guru menjadi guru yang hebat, cemerlang dan dijulang. Apa Yang Terkandung Dalam Diri Yang membuatkan individu maju (naik tinggi)/ Disanjung/ Dijulang. INTEGRITI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA ~ 2 ~

Upload: muhamadrizduanfilipecosta

Post on 05-Jul-2016

43 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 03) Penulisan Modul Integriti T6-2014.doc

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

INTEGRITI

LELAKI PENJUAL BELON

Seorang lelaki penjual belon. Mempunyai belon pelbagai warna seperti merah, kuning, hijau, biru dan putih. Belon-belon itu dimasukkan gas helium dan kemudian belon-belon itu dilepaskan ke angkasa. Apabila kanak-kanak melihat ia naik tinggi, mereka semua hendak membelinya. Perniagaan lelaki tadi menjadi maju.

Pada suatu hari seorang kanak-kanak datang bertanya kepadanya. “Kalau Pak Cik melepaskan belon berwarna hitam, bolehkah ia terbang juga?” Jawab penjual belon itu, “Anak, bukan kerana warna belon tersebut, tetapi apa yang terkandung di dalamnya yang membuatkan ia naik tinggi.”

Bukan warna kulit atau bangsa guru, tetapi apa yang terkandung di dalam diri guru itulah yang mengangkat seseorang guru menjadi guru yang hebat, cemerlang dan dijulang.

Apa Yang Terkandung Dalam Diri Yang membuatkan individu maju (naik tinggi)/ Disanjung/ Dijulang.

INTEGRITI

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

~ 2 ~

Page 2: 03) Penulisan Modul Integriti T6-2014.doc

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

FOKUS BICARA:1.0 Konsep Integriti Guru2.0 Citra Guru Berintegriti 3.0 Integriti guru menurut pelbagai perspektif4.0 Isu Penghalang Amalan Integriti Guru5.0 Integriti dalam pentaksiran Pendidikan

1.0 KONSEP INTEGRITI GURU “kejujuran dan ketulusan”- Kamus Dewan Bahasa “integriti = kejujuran”- Ens. Malaysiana “integriti ialah kejujuran, sempurna dan utuh”- Ensiklopedia Dunia Melayu “integrity mean wholeness, entireness, completeness, chastity and purity”-

(The Oxford English of Dictionary)

“Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari hari” (Pelan Integriti Nasional)

2.0 CITRA GURU BERINTEGRITI

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

~ 3 ~

Page 3: 03) Penulisan Modul Integriti T6-2014.doc

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

INTEGRITI bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan. Akarnya dalam, menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau sebagai mahkotanya. Ia berbunga bersama buah-buahan yang merimbun, dengan warna cantik berkilat, ranum dan sedia menaburkan biji benihnya. Unggas dan haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di dahannya yang selamat.

Ciri-Ciri Pokok Tersebut:- Berdiri teguh - Akar tunjangnya kuat dan menjalar jauh ke dalam bumi - Batang yang besar dan tinggi - Daun yang menghijau dan merimbun - Berbunga - Berbuah yang banyak - Buah yang cantik dan berkilat - Masak sehingga ranum - Bila gugur menjadi benih - Menjadi tempat berteduh yang selesa bagi unggas dan haiwan lain di

dahannya yang selamat

Individu Berintegriti….

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

~ 4 ~

Page 4: 03) Penulisan Modul Integriti T6-2014.doc

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

“Individu yang kualiti unggulnya dapat dilaksanakan secara keseluruhan dan padu dalam segala tindak-tanduk, amalan dan urusan sehariannya.”

3.0 INTEGRITI GURU MENURUT PELBAGAI PERSPEKTIF

Integriti berhubung langsung dengan nilai terpuji yang dihayati oleh seseorang dalam melaksanakan sesuatu amal.(Halaman 16 ; Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman, UKM)

Dalam Islam, persoalan dosa dan pahala, syurga dan neraka, keberkatan dan keredhaan Ilahi merupakan asas yang menjelmakan adab dan akhlak terpuji yang menjadikan insan mempunyai integriti yang terpuji.(Halaman 16 ; Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman, UKM)

Firman Allah SWT;

Yang bermaksud : Hendaklah kamu menepati janji, sesungguhnya manusia itu diperiksa tentang janjinya. (Isra’: 34)

Kata Dikota Janji Ditepati

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya!. (Al Quran: 61: 2-3)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

~ 5 ~

Page 5: 03) Penulisan Modul Integriti T6-2014.doc

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

Sabda Rasullullah s.a.w. :له أمانة ال لمن إيمان ال أال

Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah (Riwayat Imam Ahmad)

Berdasarkan ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Perintah di sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya.

“Tidak sempurna iman bagi mereka yang tidak bersifat amanah dan tidak sempurna agama bagi mereka yang tidak menepati janji”(Maksud Hadis)

Menurut Acuan Sendiri…“Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan”

ARAHAN SURAT AKU JANJI“Kerajaan telah memutuskan supaya setiap pegawai awam diwajibkan menandatangani Surat Aku Janji. Tujuannya ialah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan mereka akan betapa pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan professional. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan melahirkan Perkhidmatan Awam yang cekap dan berwibawa supaya Malaysia terus maju dalam suasana yang aman dan harmoni”

Petikan dari Pekeliling PerkhidmatanBil. 17 Tahun 2001, para 3 muka surat 2

SURAT AKU JANJI Saya.......No.KP..... beralamat di ..... Dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi....

1. akan sentiasa taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;2. akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap,

jujur, amanah dan bertanggungjawab 3. tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;4. tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan

peribadi bercanggah dengan tugas awam saya;5. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah

bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam;

6. tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri;

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

~ 6 ~

Page 6: 03) Penulisan Modul Integriti T6-2014.doc

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

7. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburuk dan mencemarkan nama perkhidmatan awam;

8. tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan

9. tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

4.0 ISU PENGHALANG AMALAN INTEGRITI GURU

CONTOH TINGKAH LAKU GURU TIDAK BERINTEGRITI Tidak mengisi dan menghantar Buku Rekod Mengajar. Menggunakan peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi. “Punch Card” untuk orang lain. Meniru tandatangan pengetua/guru besar. Tidak memakai uniform/tidak berpakaian yang sepatutnya. Tidak menanda buku latihan murid. Keluar untuk urusan peribadi. Berniaga/buat kerja luar tanpa kebenaran. Keterhutangan yang serius. Mengambil cuti tanpa izin. Menipu sijil cuti sakit.

5.0 INTEGRITI DALAM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN

Prinsip Etika Kerja Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

o Niat yang betul o Perlakuan yang baik o Penggerak ke arah kebaikan o Berdisiplin dan beradab o Mengotakan yang dikata

Domain DiriPegangan Nilai Diri Guru Yang Sedia Ada:

o Kepercayaan kepada Tuhan o Amanah o Ikhlas ………………………………. o Berilmu

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

~ 7 ~

Page 7: 03) Penulisan Modul Integriti T6-2014.doc

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

o Kasih sayang o Sabar ……………..………………..o Budi bahasa o Adil o Bertimbang rasa ………………….o Daya tahan o Daya saing o Tahan lasak o Cergas, aktif dan sihat o Kemahiran interpersonal dan intrapersonal o Semangat sukarela o Efisien

Domain Profesion

Pegangan Nilai Yang Patut Diamalkan Secara Telus Oleh Guru Dalam Menjalan Tugas Sebagai Guru Profesional:

o Kecintaan terhadap profesion o Berketrampilan o Teladan o Mengamalkan Kerja Sepasukan o Proaktif o Kreatif ……………………….o Inovatif

Domain Sosial

Guru berperanan Sebagai Agen Sosial:o Keharmonian/Motivasi ….o Kemahiran Sosial ………..o Semangat bermasyarakat o Patriotisme ………………. o Kecintaan terhadap alam sekitar ……………………….

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

~ 8 ~

Page 8: 03) Penulisan Modul Integriti T6-2014.doc

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

Ikrar Integriti MalaysiaKami rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati, berikrar, memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan Negara kami.

Ke arah itu kami berikrar: • Mematuhi sepenuhnya perlembagaan persekutuan dan undang-undang; • Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara; • Mempertingkatkan Integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika; • Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang

perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti; • Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang

menggugat integriti masyarakat dan negara, dan • Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan

berpasukan.

RUMUSAN

Kita mesti sedar bahawa kita telah memilih pekerjaan yang sungguh suci, tetapi jika kita tidak ada integriti dalam menjalankan tugas, kita akan merosakkan generasi akan datang dan menggagalkan segala dasar dan perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Guru Berkualiti Kekal Berkualiti Mengamalkan Integriti Sekian…Terima Kasih

Selamat Menjalankan Tugas Sebagai DUTA INTEGRITI

Sebarkan Mesej Integriti Di Setiap Kesempatan; Tanamkan Nilai-nilai Murni Merentasi Sempadan; Jadilah Role Model (Suri Teladan); dan Rancanglah

• Kami Guru Malaysia• Berikrar dan berjanji • Mendidik dan memimpin • Putera puteri negara kita • Pada Seri Paduka

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

~ 9 ~

Page 9: 03) Penulisan Modul Integriti T6-2014.doc

MODUL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP DALAM SISTEM PENTAKSIRAN STPM GURU TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

• Kami tumpahkan setia • Rukun Negara kita • Panduan hidup kami semua • Di bidang pembangunan kami tetap bersama • Membantu, membina negara yang tercinta • Amanah yang diberi kami tak persiakan • Apa yang kami janji • TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN • Guru Berkualiti Kekal Berkualiti Mengamalkan Integriti

• Sekian…Terima Kasih

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

~ 10 ~