02 panduan menulis esei akademik mpw1143

4
1 PANDUAN MENULIS ESEI AKADEMIK ATAU ILMIAH Ada beberapa langkah yang perlu diambil di dalam menyiapkan esei akademik. Antaranya ialah: 1. memahami masalah sebenar yang hendak dikaji dan diselesaikan melalui maklumat yang sudah ada melalui pembacaan awal 2. membuat andaian mengenai jawapan kepada persoalan berkenaan berasaskan maklumat yang diperolehi dan menggunakan kebolehan sendiri membuat penilaian awal 3. merangka satu bentuk penyelidikan berdasarkan andaian tersebut dan segala idea yang mempunyai kaitan dengannya 4. mencari bahan-bahan yang berkenaan, sesuai dan perlu untuk dijadikan sebagai asas penghuraian selanjutnya dan kemudian menyunting atau mengeditnya mengikut kesesuaian 5. menulis laporan berkaitan kajian tersebut berdasarkan bahan atau data-data berkenaan. Dan membuat ulasan, pandangan serta analisa sendiri yang berdasarkan kepada nilai-nilai pemikiran yang ilmiah dan pandangan yang objektif 6. Kesimpulan yang dibuat pada akhir tulisan yang menggambarkan intipati tanggapan dan saranan penulis. Ia hendaklah merupakan sebenarnya kesimpulan terhadap apa yang telah dihuraikan. TEKNIK MENULIS 1. Penaipan a. Jenis huruf : Times New Roman Saiz huruf : 12 poin Jarak : 1.5 line b. Teknik penulisan - Awal- Pendahuluan - Isi - Akhir- Kesimpulan c. Mukasurat- 15 m/s shj. 2. Warna Kulit Kertas i. Pengajian Malaysia : Biru ii. PengajianIslam : Hijau iii. Pendidikan Moral : Kuning iv. Bahasa Kebangsaan : Merah 3. Susunan a. Halaman Judul b. Senarai Kandungan c. Teks / Isi / Fakta d. Rujukan e. Lampiran 4. Halaman Depan a. Lambang UNISEL b. Nama Universiti Selangor c. Judul Assignment d. Nama Ahli Kumpulan dan no matrik e. Kursus f. Kod Subjek g. Subjek h. Nama Pensyarah i. Tarikh j. Nombor-Tel/e-mail

Upload: khairul-anwar

Post on 04-Jul-2015

3.619 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 02 panduan menulis esei akademik mpw1143

1

PANDUAN MENULIS ESEI AKADEMIK ATAU ILMIAH

Ada beberapa langkah yang perlu diambil di dalam menyiapkan esei akademik. Antaranya

ialah:

1. memahami masalah sebenar yang hendak dikaji dan diselesaikan melalui maklumat yang sudah ada melalui pembacaan awal

2. membuat andaian mengenai jawapan kepada persoalan berkenaan berasaskan maklumat

yang diperolehi dan menggunakan kebolehan sendiri membuat penilaian awal 3. merangka satu bentuk penyelidikan berdasarkan andaian tersebut dan segala idea yang

mempunyai kaitan dengannya

4. mencari bahan-bahan yang berkenaan, sesuai dan perlu untuk dijadikan sebagai asas penghuraian selanjutnya dan kemudian menyunting atau mengeditnya mengikut kesesuaian

5. menulis laporan berkaitan kajian tersebut berdasarkan bahan atau data-data berkenaan. Dan

membuat ulasan, pandangan serta analisa sendiri yang berdasarkan kepada nilai-nilai

pemikiran yang ilmiah dan pandangan yang objektif

6. Kesimpulan yang dibuat pada akhir tulisan yang menggambarkan intipati tanggapan dan

saranan penulis. Ia hendaklah merupakan sebenarnya kesimpulan terhadap apa yang telah

dihuraikan.

TEKNIK MENULIS

1. Penaipan

a. Jenis huruf : Times New Roman

Saiz huruf : 12 poin

Jarak : 1.5 line

b. Teknik penulisan

- Awal- Pendahuluan

- Isi

- Akhir- Kesimpulan

c. Mukasurat- 15 m/s shj.

2. Warna Kulit Kertas

i. Pengajian Malaysia : Biru

ii. PengajianIslam : Hijau

iii. Pendidikan Moral : Kuning iv. Bahasa Kebangsaan : Merah

3. Susunan

a. Halaman Judul

b. Senarai Kandungan

c. Teks / Isi / Fakta

d. Rujukan

e. Lampiran

4. Halaman Depan

a. Lambang UNISEL

b. Nama Universiti Selangor

c. Judul Assignment d. Nama Ahli Kumpulan dan no matrik

e. Kursus

f. Kod Subjek g. Subjek

h. Nama Pensyarah

i. Tarikh

j. Nombor-Tel/e-mail

Page 2: 02 panduan menulis esei akademik mpw1143

MPW1143

2

5. Senarai Kandungan

Hendaklah dimulakan dengan halaman baru dengan perkataan KANDUNGAN. Ditaipdi tengah

antara jalur kiri dan kanan. Mestilah mengandungi senarai bahan yang terdapat dalam kandungan

kertas kerja iaitu tajuk-tajuk bahagian, bab dan subtajuk yang berkenaan.

6. Rujukan

Mestilah dimulakan pada halaman yang baru dan mengandungi senarai bahan yang dirujuk dalam teks.

Kesemua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad

7. Lampiran

Dalam penulisan ilmiah seperti assignment/kertas kerja, perlu mengandungi lapiran. Lampiran

hendaklah disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B,………… bergantung pada jenis dan

banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran.

8. Pemarkahan

Isi - 20%

Teknik/ Format/ Kemas - 5%

Komentar/ Ulasan - 5%

9. Senarai Rujukan

i. Buku

Nama Pengarang. Tahun terbitan. Judul buku (condong atau bergaris bawah). Penyunting, penyusun,

penterjemah. Nama siri buku dan jilid atau bilangan siri. Edisi. Bilangan jilid. Tempat terbit kolon

Penerbit.

Contoh:

Nik Rahimah Nik Yaacob. 1991. Perancangan dan Pengurusan Keluaran. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti.

ii. Makalah. Terdapat beberapa rujukan dan contoh berkaitan dengan makalah.

a. Makalah dalam jurnal

Nama pengarang. Tahun. Judul Makalah. Nama Jurnal (condong atau garis bawah). Nombor

keluaran. Halaman seluruh makalah.

Contoh:

Sham Sani. 1989. Aspek Sosio-ekonomi Masyarakat Temuan di Bukit Tampot. Akademika 35: 87-96.

b. Makalah dalam majalah

Contoh:

Page 3: 02 panduan menulis esei akademik mpw1143

MPW1143

3

Ismail Hamid. 1990. Sastera Kitab. Dewan Sastera, Mei: 79-83.

c. Makalah dalam akhbar dibezakan pada dua:

Pertama: Dengan Pengarang

Faisal Othman. 1992. Jaga Kepentingan Umum Asas Pemerintahan Islam. Utusan Malaysia. 30

Oktober: 6

Kedua: Tanpa Pengarang

Mingguan Malaysia. 1992. Masjid di Algeria Jadi Medan Latihan Golongan Pelampau. 23 Februari:

10.

iii. Berita Dalam Akhbar

Pertama: Berita/ rencana dengan nama penulis.

Ahmad Shauqi & Asiah Haji Hassan. 1992. BSN Bayar Dividen: Galak Sijil Simpanan Premium.

Berita Harian, 25 Januari: 1.

Kedua: Berita/ rencana tanpa nama penulis.

Kenaikan Bayaran Pos Wajar. 1992. Berita Harian. 25 Januari: 2.

Ketiga: Surat kepada editor.

Fidani. 1992. Jangan Salahkan Imam, Bilal Saja. Surat. Berita Harian, 30 Oktober: 5.

iv. Tesis atau Latihan Ilmiah

Contoh:

Abdul Rahman Napiah, 1991. Tuah-Jebat Dalam Drama Melayu: Satu Kajian Intekstualiti. Tesis Dr.

Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

v. Internet

Pengarang. Tahun. Tajuk. Nama jurnal dll. Volume. Mukasurat. Tapak/jejak/fail/(tarikh access)

Contoh:

Clark, J.K (1999) Humidity Sensor. Journal of Physics (Online) 2, 9. pada

http://www.cit.edu/phs/sensor.html (20 Julai 1995)

10. Sistem Cacatan Bawah

Catatan bawah merupakan nota-nota di bawah sesuatu halaman tertentu yang menerangkan atau

memberi maklumat tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman

berkenaan.

- Cara penomboran catatan bawah;

a. Menggunakan angka superskrip, misalnya pada tempat yang berkenaan pada sesuatu halaman

dalam teks

b. Menggunakan angka yang sama di bahagian bawah halaman itu dan memberikan catatan atau

maklumat tambahan

Page 4: 02 panduan menulis esei akademik mpw1143

MPW1143

4

c. Panjang garis pemisah antara teks dengan catatan bawah hendaklah tidak kurang daripada 40 mm.

d. Angka yang digunakan haruslah berterusan untuk setiap bab. Dengan kata lain, angka pada suatu

halaman itu tidak boleh diulangi pada halaman berikutnya.

- Pembutiran

Nama pengarang, judul, penerbit, tempat, tahun, jilid, halaman.

Contoh:

1

Mohamad Idris Saleh dkk., Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusa

Publications & Distributors, 1994, hlm. 90.

11. Pelajar juga boleh menggunakan sistem rujukan dalam teks untuk menunjukkan sumber yang dirujuk

oleh pelajar semasa membuat penulisan. Contoh:

Teori prinsip kewajipan ialah suatu teori deontologi-peraturan yang mementingkan peranan peraturan

dalam membuat penilaian dan pertimbangan moral (Muthulagan Thangavelu dll, 2009)- contoh

rujukan dalam teks.

[email protected]