02 kaedah membaca

Upload: frezshue-lea

Post on 08-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 02 Kaedah Membaca

    1/8

    Bengkel PROTIM: 5 Ogos 2010

    KAEDAH-KAEDAH MEMBACADipetik dan diubahsuai oleh Mohd Firdaus bin Abd SalamKetua Jabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Keningau

    1. KAEDAH MENGAJAR BACAAN

    Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajarbacaan kepada murid. Antara kaedah yang sering digunakan adalah:

    i. Kaedah abjad/huruf ii. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataaniii. Kaedah fonik/bunyiiv. Kaedah Gabungan Bunyi-kata

    2. KAEDAH ABJAD/HURUF

    Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalammengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkanmurid mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu murid diajarmengenali huruf-huruf vokal ( a, e, i, o, u ), huruf-huruf konsonan, dandiftong ( ai, au,oi ). Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkatini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku katadan seterusnya perkataan.

    Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z

    Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, uMenggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo,bu

    Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu - batuSeterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

    Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataanBahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.Kaedah ini juga membolehkan murid mengeja perkataan-perkataan baruyang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuhdalam kemahiran membaca.

    3. KAEDAH PANDANG DAN SEBUT / KAEDAH SELURUH PERKATAAN

    Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris,namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalamBahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalahberdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna

    1

  • 8/6/2019 02 Kaedah Membaca

    2/8

    Bengkel PROTIM: 5 Ogos 2010

    seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya,makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

    Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulangmenyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan

    adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah initidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

    Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalakmenggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu hurufdengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut.Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid denganmenyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan sukukata [ ru ].

    4. KAEDAH FONIK / BUNYI

    Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari olehguru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi denganhuruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk BahasaMelayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.

    Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebihdahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnyamembunyikan perkataan. Dalam kaedah fonik, huruf a tidak diejatetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan

    suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ]+ [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

    [ b ] + [ a ] = [ ba ][ t ] + [ a ] = [ ta ][ ba ] + [ta ] = [ bata ]

    5. KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA(Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )

    Dalam Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini murid diajar langkah demilangkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf(abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnyaperkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatanpelbagai deria (multisensory).

    Contoh:

    2

  • 8/6/2019 02 Kaedah Membaca

    3/8

    Bengkel PROTIM: 5 Ogos 2010

    i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar disebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.

    ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama

    huruf.

    v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulishuruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengarkepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.

    vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikanhuruf(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang bolehdidengar).

    vii. Murid menulis atau menyurih huruf dengan mata tertutupuntuk dapat merasakan huruf itu.

    Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guruboleh teruskan dengan latih/tubi berikut;

    i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan hurufdengan kuat (proses bacaan).

    ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak.Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis(proses mengeja).

    Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar

    terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalahvokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajarhuruf dan bunyi vokal pula.

    6. KAEDAH KHAS PEMULIHAN BACAAN

    Terdapat segelintir murid yang mengalami masalah bacaan yang seriusdan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka sepertimurid Disleksia, murid pemulihan, dan murid berkeperluan khas (PKBP).Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah

    seperti kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedahGillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatankinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).

    Kaedah VAK

    3

  • 8/6/2019 02 Kaedah Membaca

    4/8

    Bengkel PROTIM: 5 Ogos 2010

    Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengantulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat danmenyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkaningatannya.Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu

    pelajar : i. memerhati perkataan yang hendak dipelajariii. menyebut perkataan ituiii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, daniv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

    Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis denganbetul.

    Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT(Multisensory Reading Method)

    Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

    V - visual (penglihatan)A audio (pendengaran)K - kinesthetic ( pergerakan )T - tactile ( sentuhan)

    Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran

    dan berdiri ataspremis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yangsensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaranadalah seperti berikut:

    - kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10

    ( menggunakan krayon )- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan,

    huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talamberpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan

    lain-lain.- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;

    i. lihat huruf (V)ii. dengar guru sebut huruf (A)iii. menyebut huruf (A)iv. dengar huruf yang disebut (A)v. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)

    4

  • 8/6/2019 02 Kaedah Membaca

    5/8

    Bengkel PROTIM: 5 Ogos 2010

    vi. rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)vii. lihat pergerakan tangan semasa membuat surihan (V)viii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat

    surihan (A)

    Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yanglebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

    Kaedah Fernald

    Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988)untuk membantu murid yang mengalami masalah bacaan yang teruk.Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa danpembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatanini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

    Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

    i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satuperkataan yang diberi,

    ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam

    petikan, daniv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat

    dalam teks.

    Peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald adalah seperti berikut ( Guy L.et.al. 1994):

    Peringkat 1:- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas

    kertas.- Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan

    mendengar sebutan perkataan itu (A).- Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V)

    .- Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa

    melihat contoh.

    Intipati peringkat ini adalah supaya murid mempelajari perkataan melaluisurihan jari perkataan sambil menyebut setiap bahagian (huruf) perkataanitu. Aktiviti ini diulang-ulang sehingga murid dapat menulis perkataan itutanpa melihat contohnya.

    Peringkat 2:

    5

  • 8/6/2019 02 Kaedah Membaca

    6/8

    Bengkel PROTIM: 5 Ogos 2010

    - Sama seperti peringkat 1, kecuali murid tidak perlu surih setiapperkataan, tetapi belajar sesuatu perkataan dengan hanya melihatperkataan itu, menyebutnya, dan menulis perkataan tersebut tanpamelihat contohnya.

    - Pelajar akan menyimpan perkataan yang dipelajari dalam fail

    perkataan.Peringkat 3:- Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan

    menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar

    sudah boleh membaca daripada petikan mudah atau buku.Peringkat 4:

    - Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkanpersamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, ataubahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.

    - Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk

    mengembangkan minat membaca.

    Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajardan kaedah VAKT.

    Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:

    i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapatditingkatkan atau dikekalkan,

    ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,daniii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan

    yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, danmurid PKBP.

    Kaedah Gillingham

    Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada murid yang menghadapimasalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yanglama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat,iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun(minimum).

    Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggidan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan tekniksurihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yangbersamaan dengannnya.

    6

  • 8/6/2019 02 Kaedah Membaca

    7/8

    Bengkel PROTIM: 5 Ogos 2010

    Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiridaripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkatpermulaan mengajar huruf huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:

    i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf

    dihubungkan dengan bunyinya. Murid tidak perlu menyebutbunyi-bunyi itu.ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan

    digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akanaktiviti mengeja.

    iii. A-K (Auditory Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf dan perkataandigabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut danmenulis.

    iv. K-A (Kinesthetic Auditory). Tangan murid dibantu untukmenyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama ataubunyi huruf tersebut.

    v. V-K (Visual Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkandengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau

    menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

    Langkah-langkah pengajaran;Langkah 1:

    - Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepadamurid.

    - Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru.- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid

    mengikutnya- Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?

    Langkah 2:- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut

    huruf.- Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru

    menggunakan strategi ejaan lisan

    Langkah 3:

    - Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan

    membunyikan huruf itu.- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.

    Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadunhuruf-huruf menjadi perkataan.

    7

  • 8/6/2019 02 Kaedah Membaca

    8/8

    Bengkel PROTIM: 5 Ogos 2010

    Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesankelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cubamembantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkinsupaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

    7. KESIMPULAN

    Keupayaan membaca di kalangan murid adalah berbeza-beza dan guruhendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guruhendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikanpengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajarbacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyaikreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yangdigunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu

    mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi murid yang mengalami masalahbacaan yang teruk dan juga untuk murid berkeperluan khas, kaedahpengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya gurumemilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetapdengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya gurutidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikutsebahagian daripada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakanyang dia menggunakan kaedah tersebut.

    8