01-borang pengesahan status tesis · revolusi maklumat telah membawa perubahan secara menyeluruh...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PEMBANGUNAN SIMULASI ANGGARAN CGPA DALAM SEMESTER
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya MOHD ISA BIN MOHD NOOR
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( � )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
� TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 16490, KAMPUNG WAKAF BARU, JALAN GONG BADAK, 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh : 1 MEI 2009
EN. MEGAT AMAN ZAHIRI B. MEGAT
ZAKARIA Nama Penyelia
Tarikh : 1 MEI 2009
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ____________________________________________
Nama Peyelia : EN. MEGAT AMAN ZAHIRI B. MEGAT ZAKARIA
Tarikh : 1 MEI 2009
i
PEMBANGUNAN SIMULASI ANGGARAN CGPA DALAM SEMESTER
MOHD ISA BIN MOHD NOOR
Laporan Projek Ini Dikemukan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
nukilan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ___________________________
Nama Penulis : MOHD ISA BIN MOHD NOOR
Tarikh : 1 MEI 2009
iii
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah dengan limpah kurnianya maka projek ini berjalan
lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada penyelia projek, En. Megat Aman Zahiri b. Megat Zakaria di
atas segala bimbingan, teguran, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang telah
dihulurkan sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Jutaan terima kasih juga diatas
segala idea yang dikongsikan dan sokongan yang diberikan sehingga projek ini
sempurna dilaksanakan.
Ucapan terima kasih ini juga tidak lupa ditujukan buat semua rakan-rakan
seperjuangan, teman-teman rapat dari fakulti awam dan sains serta sahabat-sahabat
yang turut membantu serta menyumbangkan idea dalam menyiapkan projek ini.
Tidak pula dilupai salam kasih kepada Pengetua, Felo dan Pembantu Felo Kolej Tun
Hussein Onn yang banyak memberi semangat dan pertolongan kepada saya selama
ini.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan khas buat kedua ibu bapa tercinta,
kakak, abang serta adik-adik tersayang di mana mereka semua adalah pendorong
utama kepada saya dalam menyiapkan projek ini. Sekian, terima kasih.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membangunkan simulasi anggaran CGPA dalam
semester yang menyediakan kemudahan untuk mengira gred CGPA dan CPA kepada
pelajar. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam mengira gred dengan hanya
memasukkan markah ke dalam perisian tersebut. Simulasi yang dijalankan dapat
membantu pelajar dalam membuat perancangan awal dan menjadi panduan dalam
mencapai kecermelangan akademik. Model ADDIE telah digunakan sebagai garis
panduan bagi membangunkan perisian simulasi ini. Perisian utama yang digunakan
ialah Microsoft Visual Basic 6.0 dalam menghasilkan perisian simulasi yang menarik
dan fleksibel. Diharapkan perisian simulasi ini dapat membantu para pelajar dalam
membuat perancangan awal bagi menguruskan markah-markah mereka dengan lebih
cekap dan efektif.
v
ABSTRACT
This research is focusing to create the simulation of CGPA estimation of the
semester which provides the facility in counting the grade of CGPA and CPA for the
scholars. The scholars can save time in counting their grades by entering marks into
the software. The simulation that has been carried out can help the scholars to plan
earlier and to be guided in achieving the excellent academic result. The model
‘ADDIE’ had been used as the guidance in establishing the simulation of the
software. In order to create exciting and flexible simulation of the software,
Microsoft Visual Basic 6.0 is being used as the main component of the software.
Hopefully the software simulation will be a big help for the students in planning their
marks effectively.
vi
SENARAI KANDUNGAN
BAB
1
TAJUK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Projek
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Rasional Pemilihan Projek
1.6 Kepentingan Projek
1.7 Batasan Projek
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Buku Panduan Akademik (2006)
1.8.2 Perisian
1.8.3 Simulasi
1.8.4 Perisian Simulasi
1.9 Kesimpulan
MUKA SURAT
i
ii
iii
iv
v
vi
ix
x
1
1
3
5
5
6
6
7
8
8
9
9
10
10
vii
2
3
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Perkembangan Teknologi
2.3 Kecermelangan Akademik
2.3.1 Faktor-faktor Kecermelangan Akademik
2.3.2 Pemarkahan
2.4 Pengaturcaraan
2.5 Kaedah Simulasi
2.5.1 Pengertian serta Kepentingannya
2.5.2 Ciri-ciri Simulasi
2.6 Perisian yang Dikaji
2.6.1 Microsoft Visual Basic 6.0
2.7 Model Reka Bentuk
2.8 Kajian-kajian yang Lepas
2.8.1 Sistem Keputusan Peperiksaan Online di
Sekolah Untuk Akses Ibubapa atau penjaga
2.8.2 Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar
2.9 Kesimpulan
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Fasa Analisis
3.2.1 Perkakasan yang Digunakan
3.2.2 Perisian yang Digunakan
3.3 Fasa Rekabentuk
3.3.1 Carta Alir
3.4 Fasa Pembangunan
3.4.1 Simulasi Anggaran CGPA Dalam Semester
3.5 Fasa Pelaksanaan
3.6 Fasa Penilaian
3.7 Kesimpulan
11
11
11
14
15
16
19
19
19
21
21
22
23
25
25
26
27
28
28
29
29
30
31
31
33
34
35
35
36
viii
4
5
PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Pakej Perisian
4.3 Struktur Asas
4.4 Antaramuka Pengenalan Perisian
4.5 Antaramuka Perisian
4.5.1 Antaramuka Simulator
4.5.2 Antaramuka Keputusan
4.5.3 Antaramuka Panduan
4.5.4 Antaramuka Pengenalan
4.6 Komponen Perisian
4.7 Kesimpulan
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Masalah yang Dihadapi
5.4 Kelebihan Perisian
5.5 Kelemahan Perisian
5.6 Cadangan
5.7 Kesimpulan
37
37
38
38
38
39
39
42
42
43
44
44
45
45
45
46
48
49
50
51
Bibliografi 52
ix
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
2.1
2.2
2.3
TAJUK
Hubungan antara markah, gred dan nilai
Jadual pengiraan GPA
Jadual pengiraan CGPA
MUKA SURAT
17
18
18
x
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
2.1
3.1
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
TAJUK
Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE
Carta Alir Perisian
Kotak Splash
Antaramuka Perisian
Kotak Isian Maklumat (PNGK)
Kotak Isian Maklumat (PNG)
Antaramuka Keputusan
Panduan Perisan
Antaramuka Pengenalan
MUKA SURAT
23
32
39
40
41
41
42
43
44
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penggunaan teknologi komputer pada masa kini menjadi sangat luas dan
digemari oleh sebahagian besar masyarakat dunia. Teknologi ini berkembang
mengikut peredaran zaman dan berfungsi sebagai pemudahcara dalam sesuatu
pekerjaan. Revolusi maklumat telah membawa perubahan secara menyeluruh dan
dramatik kepada cara kita hidup, bekerja dan melihat dunia (William M. Fouri,
1991). Maklumat dapat dibina dan disebarkan dengan mudah hanya dengan
menggunakan teknologi ini dan telah banyak membantu pekerja-pekerja dari sektor
awam mahupun sektor swasta.
Sesebuah organisasi yang cekap mempunyai sistem pengurusan yang
sistematik dan mantap. Maklumat-maklumat dapat disimpan dengan baik melalui
sistem pengfailan yang teratur. Penggunaan teknologi komputer kini telah banyak
diaplikasikan di dalam mana-mana organisasi. Dengan menggunakan teknologi
komputer, maklumat dapat disimpan dengan selamat dan berkesan yang mana ini
akan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan (Robert G.Murdick, 1977).
2
Teknologi-teknologi ini banyak dan boleh diaplikasikan di dalam sistem
pembelajaran ataupun perisian-perisian pembelajaran. Pada masa kini, banyak
perisian-perisian yang dibuat bagi menolong pelajar-pelajar dalam meningkatkan
kemecerlangan akademik mereka. Tanpa mengira tahap pembelajaran mereka,
pembangun-pembangun perisian bertungkus-lumus dalam menyediakan perisian-
perisian yang terbaik dengan menggunakan teknologi-teknologi yang terkini dalam
memastikan kecemerlangan pelajar iaitu client mereka ini berjaya.
Pelajar yang telah memasuki institut pengajian tinggi (IPT) akan mempunyai
matlamatnya yang tersendiri. Perkara yang paling utama adalah kearah
kecemerlangan akademik mereka sendiri. Inilah yang yang menjadi tanda aras
ataupun alat pengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar dalam
bidang akademik di IPT itu sendiri. Kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar itu
menunjukkan ilmu yang telah dikuasai mereka dan ini merupakan perkara penting
disebabkan selepas tamatnya pengajian di IPT, mereka ini bakal berada dalam
masyarakat dan menggunakan ilmu serta kepakaran yang mereka dapati dan pelajari
di IPT.
Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan keputusan yang baik disertai
dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus kekal cemerlang
(Azmahani, 2006). Tanpa usaha dan penat lelah, kejayaan tidak akan datang begitu
sahaja. Untuk menjadi cemerlang atau berjaya, pengorbanan perlulah dilakukan dan
pelajar seharusnya memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis cara. Untuk
berjaya dalam akademik, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan. Perancangan
yang awal diperlukan supaya tidak menyesal di kemudian harinya. Seperti kata
pepatah melayu, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Tiada sesalnya sekiranya bersusah-susah dahulu kerana kemudiannya pelajar itu akan
merasai kejayaan.
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan latar belakang projek,
pernyataan masalah, rasional pemilihan tajuk, objektif kajian, kepentingan kajian,
skop kajian dan definisi istilah.
3
1.2 Latar Belakang Projek
Setiap perisian yang dibangunkan tanpa mengira masa dibangunkan tetap
akan mencapai jangka hayat tertentu. Maksudnya, setiap hari mahupun setiap masa
akan ada manusia di bumi ini akan cuba untuk membangunkan perisian-perisian
yang berguna untuk masyarakat. Ini dapat dilihat dengan cara pengurusan dan
penggunaan teknologi yang semakin berubah dan meningkat hari demi hari. Menurut
Fuori, M (1991), Revolusi maklumat telah membawa perubahan secara menyeluruh
dan dramatik kepada cara kita hidup, bekerja dan melihat dunia. Kecemerlangan
seseorang pembangun perisian adalah bergantung ke atas penggunaan perisian yang
dibangunkan. Oleh itu, sekiranya pembangun itu membangunkan perisian yang
berdasarkan kepada akademik, maka fokus yang perlu ditumpukan adalah kepada
pengguna (client) mereka iaitu pelajar.
Jika dilihat pada prestasi pelajar-pelajar di UTM. Semasa majlis graduasi
mereka mahupun keputusan akademik setiap semester, tahap pelajar-pelajar ini
masih berada ditahap yang boleh dikatakan sederhana. Bilangan pelajar yang
mendapat Ijazah Kelas Pertama amatlah rendah jika di bandingkan dengan pelajar
yang memperoleh Ijazah kedua dan ketiga. Ini menunjukkan kelemahan dan
kesukaran bagi pelajar-pelajar di dalam bahagian akademik.
Pada setiap semester, pelajar akan mengambil beberapa subjek bagi menjalani
sesi pembelajaran. Subjek-subjek inilah yang akan menentukan gred terkahir pada
setiap semester. Untuk mencapai gred-gred tersebut, markah akan diberikan oleh
pensyarah-pensyarah kepada pelajar. Markah akan dikumpul berdasarkan pada ujian,
kuiz, kehadiran, tugasan dan peperiksaan terakhir pelajar-pelajar. Oleh itu
kepentingan markah pada pelajar seharusnya diambil berat agar pelajar tidak
membuat ujian, kuiz, kehadiran, tugasan ataupun peperiksaan terakhir dengan lewa.
Tetapi pada masa kini, kebanyakan pelajar-pelajar tidak terlalu mengambil berat
tentang markah-markah yang diberikan oleh pensyarah. Oleh itu mereka tidak dapat
mengagak gred yang bakal mereka perolehi apabila tamatnya semester.
4
Pemasalahan-pemasalahan ini tidak akan selesai sekiranya pelajar-pelajar
tidak akan sedar akan hakikat markah-markah yang diberikan oleh penyarah amat
penting. Kecemerlangan akademik bergantung kepada gred-gred yang diberikan oleh
pensyarah-pensyarah. Oleh itu perangcangan awal amatlah penting bagi pelajar-
pelajar ini membuat persediaan awal bagi mengumpul markah-markah yang
diberikan oleh pensyarah. Penggabungan teknologi beserta maklumat-maklumat
yang telah dicapai melalui masalah yang dinyatakan menyebabkan satu
pembangunan perisian. Masalah-masalah ini hanya dapat diatasi dengan adanya satu
perisian yang dapat membantu pelajar-pelajar dalam melakukan pengiraan mereka
tanpa dengan hanya memasukkan maklumat di dalam perisian tersebut sahaja.
Oleh itu pembangunan perisian simulasi menjadi satu keperluan kepada
pelajar-pelajar pada masa kini. Ini adalah kerana kelebihannya boleh digunakan pada
mana-mana pelantar (platform) dan boleh di install di mana-mana komputer. Segala
pengiraan CGPA mahupun CPA boleh dikira mengikut bilangan subjek yang
diperlukan tanpa sebarang masalah. Oleh itu masalah untuk mengira keputusan
akademik itu secara manual tidak lagi diperlukan kerana perisian simulasi hanya
memerlukan pelajar untuk memasukkan maklumat di dalam perisian itu sahaja.
Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, pengkaji akan membangunkan
sebuah perisian iaitu Perisian Simulasi Anggaran CGPA dalam Semester supaya
dapat membantu pelajar Fakulti Pendidikan dalam mengira markah akademik.
Perisian ini dibangunkan adalah berdasarkan memberi kesedaran kepada pelajar akan
kepentingan markah-markah yang mereka dapati dari pensyarah dan kepentingan
perancangan akademik supaya mereka ini dapat mencapai kecemerlangan akademik
yang cemerlang.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Perisian Simulasi Anggaran CGPA dalam Semester ini dibangunkan diatas
dasar bagi membantu pelajar untuk mereka mengira gred yang mereka boleh
perolehi. Masalah yang berkaitan dengan akademik iaitu, tiada perancangan dalam
mengejar markah-markah yang diberikan oleh pensyarah, tidak mengambil berat
akan cara untuk mengira CGPA dan CPA, dan niat untuk mendapatkan gred yang
cemerlang tiada dalam diri pelajar itu akan dapat diatasi dengan menggunakan
perisian ini. Oleh itu, pengkaji berhasrat unutk membangunkan sebuah perisian
simulasi anggaran CGPA dalam semester bagi menyelesaikan masalah-masalah ini.
1.4 Objektif Projek
Di antara objektif kajian ini ialah :
a) Mereka bentuk satu perisian simulasi bagi membuat anggaran CGPA di
dalam semester.
b) Membangunkan perisian simulasi dengan menggunakan perisian
Microsoft Visual Basic 6.0
6
1.5 Rasional Pemilihan Projek
Penyebab utama perisian simulasi ini dibina adalah kerana ringkas dan
mudah untuk digunakan serta saiznya yang kecil dan boleh dibawa ke mana-mana.
Kemudahan perisian ini adalah di mana ia dapat membantu pelajar dalam mengira
CPA dan CGPA. Perisian yang dibangunkan secara teratur dan kemas ini banyak
membantu pelajar sekiranya mereka ingin melihat target markah yang boleh mereka
capai dengan segera. Pelajar hanya perlu memasukkan beberapa maklumat mengikut
keperluan yang mereka ingini dan melihat hasil yang akan didapati. Perisian simulasi
ini dibentuk di atas dasar untuk menyedarkan pelajar akan kepentingan markah-
markah yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajar. Markah-markah yang
diberikan oleh pensyarah mempunyai nilai yang tersendiri. Oleh itu pelajar boleh
mencampurkan markah yang mereka dapati bersama markah yang telah mereka
target untuk dicapai pada peperikasaan akhir mahupun ujian-ujian supaya mendapat
markah keseluruhan bagi digunakan di dalam perisian yang dibangunkan oleh
pengkaji suapaya mendapat keputusan CGPA mahupun CPA. Oleh itu dengan
kehadiran sistem simulasi yang dibangunkan ini dapat membantu pelajar dalam
pembelajaran mereka.
1.6 Kepentingan Projek
Antara kepentingan sistem ini dibangunkan adalah:-
a) Untuk membantu pelajar dalam menguruskan markah-markah yang
mereka perolehi daripada pensyarah masing-masing.
7
b) Memudahkan pelajar dalam mengira gred mereka tanpa perlu melakukan
banyak perkara iaitu menulis pada kertas dan mengira dengan
menggunakan kalkulator.
c) Pelajar dapat fokus kepada subjek-subjek yang mereka rasai kepentingan
samaada lulus, cemerlang ataupun berada di tahap biasa.
d) Kos seperti penggunaan kertas dan dakwat pen dan pengurusan yang
menggunakan tenaga kerja dapat dikurangkan.
e) Pengiraan CGPA pelajar yang dijalankan adalah tepat dan jitu.
f) Boleh di install dan digunakan pada mana-mana pelantar (platform).
Contohnya di Ms Windows (3.1, 95, 98, 2000, XP, Vista, 7), Linux dan
Macintosh
1.7 Batasan Projek
Perisian yang dibangunkan ini akan cuba dipakaikan di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. Ia hanya melibatkan skop yang kecil iaitu pelajar-
pelajar tahun 1, 3 dan 4 dari kursus SPT. Projek ini juga terbatas atas sebab yang
demikian:-
a) Jam Kredit bagi sesebuah subjek yang dimasukkan hanya sah sekiranya
1,2,3,4 dan 8.
b) Pelajar hanya boleh memasukkan maklumat sahaja serta melihat gred
yang akan mereka perolehi.