001 isu penduduk menua di kawasan bandar di malaysia

10
1 Isu Penduduk Menua di Kawasan Bandar di Malaysia Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia 11800, Pulau Pinang. ABSTRAK Penurunan kesuburan dan kematian yang berlaku sejak lima dekad yang lalu di negara maju dan membangun terutama di Asia telah mengakibatkan peningkatan jumlah penduduk tua. (65 tahun dan ke atas). Pertambahan jumlah penduduk tua yang semakin ketara sekarang ini sedikit sebanyak telah menimbulkan pelbagai masalah yang juga ada kaitannya dengan perubahan sosio- ekonomi dan institusi keluarga semasa dan ia secara langsung atau tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada corak kehidupan golongan tua masa kini. Kertas kerja ini akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan golongan tua di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia. Data banci penduduk tahun 1970 hingga tahun 2000 merupakan sumber data utama dalam membincangkan fenomena ini. 1.0 Pengenalan Malaysia adalah salah sebuah negara membangun yang maju di Asia. Selain kemajuan sosio- ekonomi, proses pembandaran yang semakin meningkat telah menimbulkan pelbagai masalah sosio-ekono mi, demografi, politik, budaya, persekitaran dan sebagainya. Selain daripada itu  bandar juga mengha dapi pelbagai masala h seperti kebanjiran pendatan g asing, penjenaya h,  pencema ran, banjir, tanah runtuh dan sebagainy a. Di Malaysia salah satu isu penting yang  berlaku seirin g dengan perk embangan dem ografi bandar sek arang adala h pertambahan penduduk menua atau tua yang berumur 60 atau 65 tahun ke atas sejak tahun 1970 hingga 2000. Dalam hal ini, isu kendalian hidup warga tua di kawasan bandar menjadi semakin penting dalam dekad- dekad yang akan datang apabila jumlah mereka semakin bertambah terutama di bandar-bandar  besar. Sewa jarnya isu in i dapat dite rjemahka n dalam sk op yang lebih lua s sama ad a dalam bid ang sosial, ekonomi, psikologi, politik, alam sekitar, perumahan dan sebagainya. Dalam konteks memberikan bantuan, semua agensi kerajaan dan swasta dalam dapat sama-sama membantu golongan tersebut dengan lebih berkesan lagi. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan penduduk menua yang tinggal di bandar-bandar di Malaysia berdasarkan data banci penduduk 1970, 1980, 1991 dan 2000. 2.0 Saiz dan Kadar Pertumbuhan Penduduk Menua Sebelum membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan penduduk menua eloknya dijelaskan apakah sebab golongan tersebut bertambah. Mengikut kajian Hateley dan Tan di Asia (2003) mendapati penuaan penduduk adalah disebabkan oleh penurunan kesuburan dan jangkaan hayat yang semakin meningkat di m ana penduduk dapat hidup lebih lama. Dengan usia yang terus meningkat jumlah warga yang masih hidup tua semakin bertambah sehingga menyebabkan kemunculan permasalahan penduduk menua di Asia terutama di Jepun, Hong Kong, Korea Selatan dan Singapore. Mengikut Weinberger dan Mirkin (2001) dalam konteks wilayah majoriti  penduduk menua dunia, 52.0 peratus atau 216 juta tahun 2000 tinggal di Asia dan akan meningkat kepada 62.0 peratus atau 905 juta pada tahun 2050. Jumlah penduduk menua (65 tahun ke atas) dunia pada tahun 2000 adalah seramai 418 juta dan 1,457 juta orang tahun 2050 (United

Upload: anisnabela

Post on 04-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 1/10

1

Isu Penduduk Menua di Kawasan Bandar di Malaysia

Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron

Bahagian Geografi,Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia 11800,Pulau Pinang.

ABSTRAK

Penurunan kesuburan dan kematian yang berlaku sejak lima dekad yang lalu di negara maju danmembangun terutama di Asia telah mengakibatkan peningkatan jumlah penduduk tua. (65 tahundan ke atas). Pertambahan jumlah penduduk tua yang semakin ketara sekarang ini sedikit

sebanyak telah menimbulkan pelbagai masalah yang juga ada kaitannya dengan perubahan sosio-ekonomi dan institusi keluarga semasa dan ia secara langsung atau tidak langsung telah memberi

kesan negatif kepada corak kehidupan golongan tua masa kini. Kertas kerja ini akanmembincangkan isu-isu yang berkaitan dengan golongan tua di kawasan bandar dan luar bandar

di Malaysia. Data banci penduduk tahun 1970 hingga tahun 2000 merupakan sumber data utamadalam membincangkan fenomena ini.

1.0 Pengenalan

Malaysia adalah salah sebuah negara membangun yang maju di Asia. Selain kemajuan sosio-ekonomi, proses pembandaran yang semakin meningkat telah menimbulkan pelbagai masalahsosio-ekonomi, demografi, politik, budaya, persekitaran dan sebagainya. Selain daripada itu

 bandar juga menghadapi pelbagai masalah seperti kebanjiran pendatang asing, penjenayah, pencemaran, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Di Malaysia salah satu isu penting yang

 berlaku seiring dengan perkembangan demografi bandar sekarang adalah pertambahan pendudukmenua atau tua yang berumur 60 atau 65 tahun ke atas sejak tahun 1970 hingga 2000. Dalam

hal ini, isu kendalian hidup warga tua di kawasan bandar menjadi semakin penting dalam dekad-dekad yang akan datang apabila jumlah mereka semakin bertambah terutama di bandar-bandar

 besar. Sewajarnya isu ini dapat diterjemahkan dalam skop yang lebih luas sama ada dalam bidang

sosial, ekonomi, psikologi, politik, alam sekitar, perumahan dan sebagainya. Dalam konteksmemberikan bantuan, semua agensi kerajaan dan swasta dalam dapat sama-sama membantugolongan tersebut dengan lebih berkesan lagi. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa isuyang berkaitan dengan penduduk menua yang tinggal di bandar-bandar di Malaysia berdasarkandata banci penduduk 1970, 1980, 1991 dan 2000.

2.0 Saiz dan Kadar Pertumbuhan Penduduk Menua

Sebelum membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan penduduk menua eloknya dijelaskan

apakah sebab golongan tersebut bertambah. Mengikut kajian Hateley dan Tan di Asia (2003)mendapati penuaan penduduk adalah disebabkan oleh penurunan kesuburan dan jangkaan hayatyang semakin meningkat di mana penduduk dapat hidup lebih lama. Dengan usia yang terus

meningkat jumlah warga yang masih hidup tua semakin bertambah sehingga menyebabkankemunculan permasalahan penduduk menua di Asia terutama di Jepun, Hong Kong, KoreaSelatan dan Singapore. Mengikut Weinberger dan Mirkin (2001) dalam konteks wilayah majoriti

 penduduk menua dunia, 52.0 peratus atau 216 juta tahun 2000 tinggal di Asia dan akanmeningkat kepada 62.0 peratus atau 905 juta pada tahun 2050. Jumlah penduduk menua (65 tahun

ke atas) dunia pada tahun 2000 adalah seramai 418 juta dan 1,457 juta orang tahun 2050 (United

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 2/10

2

 Nations 2001). Berdasarkan perangkaan ini warga tua di Asia sudah pasti akan tinggal dikawasan-kawasan bandar besar yang terpaksa menyediakan semua kemudahan yang diperlukan

oleh golongan tersebut. Ini merupakan satu cabaran besar yang perlu diberi perhatian secaraserius oleh semua pihak yang menguruskan pentadbiran penempatan bandar dan penduduknya.

 Negara Asia yang pertama menghadapi masalah penduduk menua adalah Jepun. Negara matahari

terbit ini telah mencapai peralihan demografi yang lengkap sejak tahun 1957, kini berhadapandengan masalah penuaan penduduk yang akan meningkat kepada 25.4 peratus pada tahun 2015(Hateley dan Tan 2003). Di Malaysia kadar kelahiran kasar juga telah menurun kepada 18.1 per1,000 penduduk dengan kadar jumlah kesuburan 2.3 kelahiran per wanita pada tahun 2007. Jikatren ini berterusan Malaysia dijangka mencapai kadar jumlah kesuburan 2.1 kanak-kanak perwanita (di bawah paras penggantian) selewat-lewatnya pada 2015. Apabila kadar kelahiran

 berada di tahap yang rendah secara perlahan penduduk menua akan bertambah. Ini akanmemberikan tekanan pembangunan sosio-ekonomi dan politik terutama yang melibatkan

 penawaran jumlah tenaga kerja, gaji, produktiviti dan dalam bidang pendidikan sekolah terpaksaditutup akibat kekurangan murid. Krisis penutupan sekolah ini telah berlaku di negara-negara

Eropah sejak beberapa dekad lalu.

Dalam menjelaskan isu ini, kita mulakan dengan hasil banci penduduk pertama di Malaysia tahun1970. Berdasarkan banci penduduk tahun 1970 jumlah penduduk menua (berumur 65 tahun danke atas) di Malaysia adalah seramai 320, 892 orang atau 3.1 peratus daripada jumlah penduduk

seramai 8,809,557 orang (Malaysia1973:14). Secara perlahan penduduk menua telah meningkatkepada 475,407, 655, 841 dan 900,639 orang atau 3.6, 3.7 dan 3.9 peratus dalam tahun 1980,1991 dan 2000 (Jadual 1). Dianggarkan pada tahun 2010 jumlah penduduk menua menghampiri

5.2 peratus atau 1.3 juta orang (United Nations 2001). Berdasarkan banci penduduk di Malaysia1970-2000 didapati kadar pertumbuhan penduduk tua purata tahunan antara tahun 1970-1980

adalah sebanyak 4.0 peratus setahun. Kemudian ia menurun kepada 3.0 peratus setahun antaratahun 1980-1991. Dalam banci 1991-2000 kadar pertumbuhannya telah meningkat kepada 3.6setahun. Ini bermakna kadar pertumbuhan penduduk menua di bandar-bandar adalah melebihi

kadar pertumbuhan penduduk purata tahunan negara ini di sekitar 2.5 peratus setahun antara

tahun 1970 hingga 2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2000).

Berdasarkan Jadual 1 juga menunjukkan jumlah penduduk menua perempuan melebihi pendudukmenua lelaki. Pada tahun 1970 jumlah penduduk perempuan menua sebanyak 52.8 peratus

meningkat kepada 54.6 pada tahun 2000 meski pun sebelumnya tahun 1991 ia telah meningkatsebanyak 55.8 peratus. Sebaliknya jumlah penduduk menua lelaki semakin berkurangan dikawasan luar bandar dan perempuan pula semakin meningkat. Penduduk lelaki menua menurundaripada 53.8 peratus tahun 1970 kepada 47.7 peratus tahun 2000. Manakala penduduk menua

 perempuan telah meningkat daripada 46.2 peratus kepada 53.2 peratus di kawasan luar bandar.

Secara tidak langsung data ini menunjukkan penduduk menua perempuan merangkumi lebihdaripada 50.0 daripada jumlah penduduk menua bandar dan luar bandar pada masa ini dan tren ini

akan berterusan di masa akan datang. Banyak isu yang boleh diketengahkan dalam membuat

 penilaian dan pentaksiran tentang kesan limpahan ini kepada masyarakat, persekitaran danekologi di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia. Terutama sejauh mana kita mampumemberi perkhidmatan yang terbaik kepada golongan tersebut dan siapakah yang sewajibnyamengurus kehidupan mereka yang amat memerlukan bantuan dan pertolongan.

3.0 Taburan Ruangan Penduduk Menua

Mengikut Phillips (1992) taburan ruangan penduduk menua merupakan satu isu penting yangakan memberikan implikasi kepada sokongan keluarga dan penjagaan sosial terhadap golongan

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 3/10

3

tersebut. Analisis perbezaan data penduduk menua bandar-luar bandar sejak tahun 1970an telahmenunjukkan konsentrasi penduduk menua di bandar semakin meningkat. Isu ini dilihat

semakin penting berhubung kait dengan kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan kepadagolongan tersebut semakin bertambah di bandar-bandar pada masa depan.

Berdasarkan Jadual 1 daripada 320,892 penduduk menua yang berumur 65 tahun dan ke atas pada

tahun 1970, didapati seramai 87,262 orang atau 27.2 peratus adalah tinggal dalam bandar.Bakinya seramai 59, 575 orang atau 72.8 peratus adalah tinggal di kawasan luar bandar. Ini

 bermakna dalam tahun-tahun 1960an warga tua masih mendominasi penempatan luar bandarsebagai tempat kediaman dan bidang pertanian merupakan sumber pekerjaan utama. Walaupun

 begitu keputusan Banci Penduduk tahun 1980 menunjukkan hanya 160,230 atau 27.8 peratusdaripada jumlah penduduk menua di Malaysia tinggal dalam bandar. Ini bermakna dalam dekad

1960an dan 1970an tidak sampai 30.0 peratus daripada jumlah penduduk menua tinggal bandar- bandar di Malaysia. Dalam dua dekad ini ekosistem bandar belum lagi dapat menarik lebih ramai

 penduduk menua tinggal di dalamnya kemungkinan disebabkan kekurangan pekerjaan dan peluang perniagaan.

Pertambahan penduduk menua di bandar seterusnya ada berhubung kait dengan proses

 pembandaran yang semakin meningkat. Paras pembandaran di Malaysia telah meningkat daripada28.4 peratus tahun 1970 kepada 34.0 peratus, 1980; 51 peratus tahun 1991 dan 62 peratus tahun2000 (Jabatan Perangkaan 2005). Kenaikan proses pembandaran yang ketara dalam dekad

1990an secara tidak langsung telah mempertingkatkan jumlah penduduk menua kepada 45.6 peratus tahun 1991 dan 53.2 peratus tahun 2000. Ini bermakna daripada jumlah 900, 638 orang penduduk menua di Malaysia, tahun 2000 didapati seramai 478,955 orang adalah tinggal dalam

 bandar. Berdasarkan perangkaan ini bermakna lebih daripada separuh warga tua di Malaysiatinggal dalam bandar. Ini memberikan banyak implikasi dalam aspek perancangan bandar

contohnya dalam aspek perumahan, pekerjaan, kesihatan, kebajikan dan perlindungan yang akandapat memberi manfaat kepada golongan tersebut.

Kita harus bersedia daripada sekarang menghadap pertambahan jumlah penduduk menua yang

semakin meningkat di bandar-bandar besar di masa akan datang. Dalam hubungan ini aspekkendalian hidup (living arrangement) warga tua perlu dititikberatkan oleh semua pihak termasuk

 peranan keluarga yang amat penting bagi menjaga kebajikan golongan tersebut (Usman Hj.Yaakob 2000). Di Malaysia etnik Cina dan India merupakan golongan terbesar yang tinggal

dalam bandar seperti di Pulau Pinang (Usman Hj. Yaakob 1997). Berdasarkan banci penduduk2000 daripada jumlah 52,468 orang penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas di PulauPinang, seramai 35,648 orang atau 68.0 peratus adalah orang Cina(Jabatan Perangkaan 2001).

4.0 Nisbah Jantina

Dalam demografi, nisbah jantina penduduk sesebuah negara adalah dinyatakan sebagai jumlah

lelaki per 100 perempuan atau jumlah wanita per 100 lelaki. Ini bermakna nisbah jantina melebihi100 adalah tinggi yang bermaksud lelaki lebih ramai daripada perempuan. Manakala nisbahkurang daripada 100 pula bermaksud lelaki pula kurang berbanding perempuan. Di Malaysianisbah jantina mengikut banci penduduk tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000 adalah 102, 101, 102

dan 102 (Jabatan Perangkaan 2000). Yang membawa maksud terdapat 101 hingga 102 lelaki bagisetiap 100 wanita di Malaysia.

Jadual 2 menunjukkan nisbah jantina bagi penduduk menua di kawasan bandar Malaysia 1970-2000. Didapati ciri utama Jadual ini adalah nisbah jantina semakin rendah apabila umur warga

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 4/10

4

tua semakin meningkat. Contohnya pada tahun 1970, nisbah jantina adalah 106.6 per 100 perempuan bagi yang berumur 65-69 tahun berbanding dengan 64.2 bagi warga tua berumur 95

tahun ke atas. Ciri yang sama juga berlaku pada tahun 1980, 1991 dan 2000. Ini bermakna bagikumpulan umur yang semakin tinggi jumlah penduduk lelaki semakin berkurangan dan

 perempuan meningkat. Maksud yang lain, jangkaan hayat perempuan pada masa sekarang adalahlebih tinggi berbanding lelaki. Mengikut kajian, jangkaan hayat perempuan pada tahun 2000

adalah 74.9 tahun berbanding dengan 70.4 tahun bagi lelaki (Jabatan Perangkaan Malaysia2003). Ini bermakna orang perempuan hidup lebih lama daripada orang lelaki.

Secara keseluruhannya nisbah jantina bagi penduduk menua yang berumur 65 tahun dan ke atasadalah 101.9 per 100 lelaki tahun 1970 telah menurun kepada 98.1, 87.1 dan 86.9 per 100 padatahun 2000 (Jadual 1). Situasi ini memberi banyak implikasi dan kesedaran kepada semua supaya

melihat perkembangan ini secara serius terutama peranan keluarga yang akan memberi bantuandan sokongan. Persoalan utama yang diketengahkan oleh banyak pihak ialah dengan siapa

mereka tinggal. Adakah tinggal bersendirian, dengan anak-anak, isteri atau keluarga terdekat.Dalam situasi yang lain pula pengkaji melihat kepada sumbangan mereka dalam bidang pekerjaan

yang boleh diceburi. Dalam keadaan ini status kesihatan warga tua adalah kunci utama samamereka boleh menyertai tenaga buruh atau tidak (Rahman 2001). Penglibatan warga tua dalam

tenaga buruh masa depan amat penting disebabkan kadar kelahiran semakin berkurangan dalamkalangan penduduk bandar sekarang ini. Permasalahan ini perlu dilihat dalam perspektif yanglebih luas termasuklah penghijrahan penduduk bandar keluar secara drastik akan menjejaskan

keupayaan bandar besar terus berkembang seperti mana yang berlaku di bandar-bandar besar diBritain (Jones 1979).

5.0 Isu Nisbah Tanggungan

 Nisbah tanggungan adalah maksud bilangan tanggungan per 100 pekerja yang berumur 15-64tahun. Jumlah penduduk berumur 15-64 tahun dianggap golongan pekerja dalam sesebuahnegara. Jadual 3 adalah menunjukkan nisbah tanggungan penduduk bandar di negeri-negeri di

Malaysia pada tahun 2000. Dalam ruangan jumlah tanggungan didapati negeri-negeri yang maju

seperti Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan mempunyai nisbah tanggungan yangrendah. Misalnya Pulau Pinang mempunyai nisbah 43.5 per 100 di mana 36.3 adalah tanggunganmuda dan 7.2 adalah tua. Sebaliknya Wilayah Persekutuan mempunyai nisbah tanggungan tuayang rendah hanya 4.5 per 100. Pada umumnya indeks nisbah tanggungan sama ada tinggi atau

rendah adalah dipengaruhi oleh tren kadar kelahiran dan kematian dalam sesebuah negara sejak beberapa dekad yang lalu.

Dalam membincangkan isu ini, Pulau Pinang sebagai contoh sememangnya mempunyai kadarkelahiran kasar (crude birth rate) yang rendah sebanyak 19.9 per 1000 penduduk tahun 2000 dan

menurun lagi kepada 15.4 per 1000 tahun 2007 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2003; 2009).Kadar jumlah kesuburan (Total Fertility Rate) di Pulau Pinang tahun 2000 adalah 2.2 kelahiran

 per wanita telah menurun lagi kepada 1.8 tahun 2007 berbanding dengan Kelantan 5.3 dan 3.7

kanak-kanak per wanita dalam tahun 2000 dan 2007 (Jabatan Perangkaan 2003a; 2009).Manakala kadar kelahiran kasar di Kelantan adalah 29.4 dan 21.7 per 1,000 penduduk pada tahun2000 dan 2007. Begitu juga dengan Wilayah Persekutuan yang mencatatkan kadar jumlahkesuburan 2.2 kelahiran per wanita dan kadar kelahiran kasar 22.0 per 1000 pada tahun 2000 dan

diikuti oleh 1.8 dan 16.1 per 1000 penduduk tahun 2007 (Jabatan Perangkaan 2003a; 2007).

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 5/10

5

Jadual 1 : Jumlah penduduk menua berumur 65 tahun dan ke atas mengikut jantina, bandar dan luar bandar di Malaysia 1970, 1980, 1991 dan 2000

hun

Penduduk Bandar berumur 65 tahun dan ke atas

Nisbah Jantina

Bandar Luar Bandar

Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah

Lelaki Perempuan

Jumlah

Lelaki Perempu

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Pe

970 320,892 166,991 153,901 101.9 81,262 41,182 47.2 46,080 52.8 233,630 125,815 53.8 107,815

980 475,407 235,413 239,994 98.1 160,230 74,929 46.8 85,301 53.2 315,177 160,484 50.9 154,693

991 655,841 305,244 350,597 87.1 299,049 132,200 44.2 166,849 55.8 356,792 170,044 47.6 183,748

000 900,638 418,908 481,730 86.9 478,955 217,691 45.4 261,264 54.6 421,683 201,217 47.7 220,466

mber : Di hitung daripada Banci Penduduk 1970, 1980, 1991 dan 2000

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 6/10

6

Jadual 2 : Nisbah jantina bagi penduduk menua di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia, 1970 - 2000

Kumpulan Umur

 Nisbah jantina (Jumlah lelaki per 100 wanita diMalaysia)

 Nisbah jantina (jumlah lelaki per 100 wanita)

Kawasan bandar di Malaysia

1970 1980 1991 2000 1970 1980 1991 2000

60 - 64 109.68 96.66 93.60 99.10 105.50 90.96 89.50 101.00

65 - 69 123.70 101.06 91.14 90.70 106.60 91.80 84.50 90.40

70 - 74 106.44 98.91 87.86 91.10 87.30 90.60 79.00 86.50

75 - 79 103.77 104.51 90.24 79.20 75.20 89.90 80.30 72.50

80 - 84 82.40 86.82 78.42 - 60.80 74.00 71.90 -

85 - 89 82.98 79.48 78.04 - 58.80 59.00 68.50 -

90 - 94 70.07 66.20 65.98 - 50.80 51.20 59.80 -

95 dan ke atas 75.90 76.15 58.42 - 64.20 70.70 53.70 -

Sumber : Dihitung daripada banci penduduk 1970, 1980, 1991 dan 2000

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 7/10

7

Jadual 3 : Jumlah penduduk bandar mengikut kumpulan umur, nisbah tanggungan mengikut negeri-negeri di Malaysia 2000

Negeri

Kumpulan umur penduduk bandar Nisbah tanggungan (jumlah tanggungan per 100 pekerja 15 - 64 tahun)

0 - 14 15 - 64 65 dan ke atas Jumlah Nisbah Tanggungan (Muda) Nisbah Tanggungan (Tua)

Johor 548,835 1,181,430 57,268 51.3 46.4 4.9

Kedah 218,941 404,804 24,233 60.1 54.1 6.0

Kelantan 179,317 251,360 18,222 78.5 71.3 7.2

Melaka 133,240 275,301 18,743 55.2 48.4 6.8

 Negeri Sembilan 138,497 304,268 16,498 50.9 45.5 5.4

Pahang 185,845 340,115 14,893 59.0 54.6 4.4

Perak 374,524 764,214 65,123 57.5 49.0 8.5

Perlis 25,129 41,762 3,189 67.8 60.2 7.6

Pulau Pinang 266,558 733,055 52,468 43.5 36.3 7.2

Sabah 458,534 763,884 26,293 63.4 60.0 3.4

Sarawak 321,390 642,677 32,927 55.1 50.0 5.1

Selangor 1,099,437 2,479,492 88,523 47.9 44.3 3.6

Terengganu 170,336 251,781 15,379 73.7 67.6 6.1

W.P. Kuala Lumpur 352,790 982,459 44,061 40.4 35.9 4.5

W.P. Labuan 21,839 36,147 1,090 63.4 60.4 3.0Malaysia 4,492,212 9,455,704 478,955 52.6 47.5 5.1

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (2001) taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Kuala Lumpur.

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 8/10

8

Sebaliknya negeri-negara Kelantan dan Terengganu mempunyai nisbah tanggungan yang tinggiiaitu 78.5 dan 73.7 per 100. Kadar kelahiran kadar bagi negeri Terengganu juga tinggi di mana

kadar kelahiran kasar pada tahun 2000 dan 2007 adalah 26.8 dan 21.6 per 1000 penduduk.Manakala kadar jumlah kesuburan adalah 4.3 dan 3.3 kanak-kanak per wanita kedua-dua tahuntersebut (Jabatan Perangkaan 2003a; 2007). Atas alasan ini kedua-dua buah negeri pantai Timurini mempunyai nisbah tanggungan yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

6.0 Penduduk Menua dan Pekerjaan

Salah satu isu penting yang perlu diperjelaskan adalah perhubungan di antara pertambahan penduduk menua dengan gaji dan produktiviti. Kajian terhadap negara perindustrian baru di AsiaHong Kong, Singapore, Korea Selatan, Taiwan termasuk Jepun menunjukkan buruh semakin

kurang dan kosnya meningkat dan tegasnya proses penuaan tenaga kerja yang cepat (work force)telah memberikan tekanan kepada kos buruh (Bauer 1995). Menurut kajian ini pengeluar dalam

negara tersebut semakin kurang kompetitif dan mendapati mereka telah bergerak ke arah ‘h ighervalue-added industries’, automasi and the capital-intensity of production dan pemindahan operasi

 pengeluaran perkilangannya ke negara-negara lain. Pemindahan ini telah dilakukan oleh firma-firma Jepun sejak 1970an lagi disebabkan mereka kekurangan tenaga kerja lantaran kadar

kelahiran yang semakin rendah.

Berdasarkan penemuan ini bolehlah dirumuskan penuaan penduduk akan memberi tekanan

kepada penawaran buruh dan situasi ini memberi tekanan kepada kerajaan bagi perlaksanaandasar di mana pihak industri tidak boleh memberhentikan pekerjanya disebabkan faktor umuratau mempertingkatkan umur persaraan wajib sehingga 65 tahun. Selain daripada

mempertingkatkan umur persaraan, langkah lain yang telah diambil adalah pengambilan buruhasing dan kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang ketat bagi pengambilan tersebut.

Dalam hubungan ini negara pengimport pekerja migran termasuk Malaysia telah berhadapandengan pelbagai isu dalam pengurusan penghijrahan buruh antarabangsa yang berlaku di Asiadan Pasifik yang semakin kompleks di masa depan (Abella 2005; Asis 2005). Malaysia yang

mengambil ramai pekerja daripada Bangladesh dan Indonesia bagi menampung kekurangan

 buruh dalam sektor pembinaan (Abdul Rahid Abdul Aziz 2001).

Di Malaysia walau pun masalah penuaan penduduk dilihat tidak membimbangkan tetapi masalahkekurangan tenaga kerja boleh dikaitkan dengan isu ini. Walau bagaimana pun masalah ini tetap

akan berlaku menjelang satu dekad daripada sekarang. Kajian Sushama (1992) pendudukmenua di Malaysia berhak mendapat lebih banyak perkhidmatan dan penjagaan yang berkualitiyang berfaedah kepada mereka demi mewujudkan masyarakat penyayang dan keprihatinanterhadap golongan ini yang telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara. Di Malaysia jumlah

 penduduk menua telah melepasi satu juta lebih, sewajarnya langkah segera diambil untuk

memantau perkembangan ini dan menjangka kesan yang akan berlaku di masa depan.

7.0 Rumusan

Isu penuaan penduduk di Malaysia dijangka akan menjadi isu penting dalam pembangunannegara memandangkan jumlah golongan ini terutama perempuan yang semakin meningkat

 bilangannya tinggal di kawasan-kawasan bandar. Dalam konteks ini, kita harus memikirkan

apakah langkah yang terbaik dapat disediakan bagi menangani isu tersebut. Selain daripada pelbagai perkhidmatan yang disediakan, namun realitinya daripada sudut psikologi memerlukansokongan keluarga dan komuniti bandar bagi memastikan golongan ini tidak diabaikan.Kelestarian sesebuah bandar adalah terletak bagaimana langkah bijak yang dapat diambil supaya

 penduduk bandar tidak menguncup seperti berlaku di bandar-bandar di negara maju sekarang.

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 9/10

9

Persekitaran bandar yang lestari masa depan memerlukan sokongan padu semua pihak dalammengimbangi antara keperluan rohani dan jasmani golongan menua yang amat memerlukan

 bantuan dan pertolongan.

Rujukan

Abdul Aziz Abdul Aziz (2005) Bangladeshi Migrant Workers in Malaysia’s Construction Sector,Asia Pacific Population Journal, 16(1): 3-22.

Abella, M.I. (2005) Social Issues in the Management of Labour Migration in Asia and the Pacific,Asia-Pacific Population Journal, 20(3): 61-86.

Asis, M.M.B. (2005) Recent Trends in International Migration in Asia and the Pacific, Asia-

Pacific Population Journal, 20(3): 15-38.

Bauer, J.G. (1995) How Japan and the Newly Industrialized Economies of Asia are Respondingto Labor Scarcity, Asia-Pacific Population Research Reports, No.3 (March): 1-16.

Hateley, L dan Tan, G. (2003) The Greying of Asia, Eastern Universities Press, Singapore.

Jabatan Perangkaan Malaysia (1973) Pembahagian Umur, Kuala Lumpur.

 ________________________(2000)Laporan Kiraan Permulaan, Kuala Lumpur.

 _________________________(2001) Taburan penduduk Dan Ciri-Ciri Asas Demografi, Kuala

Lumpur.

 ________________________ (2003) Jadual Hayat Ringkas (Keluaran Permulaan), Putrajaya,

Malaysia.

 _________________________(2003a) Perangkaan Penting Malaysia 2003, Kuala Lumpur.

 _________________________ (2005)Laporan Am Banci Penduduk dan Perumahan, Putrajaya,

Malaysia.

 __________________________(2009) Perangkaan Penting Malaysia 2008, Putrajaya, Malaysia.

Jones, C. (1979) Population Decline in Cities. Dalam Urban Deprivation and the Inner City,

Jones, C. (Eds). Croom Helm, London, 191-215.

Mirkin, B dan Weinberger, M.B. (2001) Demography of Population Ageing, Population Bulletin

of the United Nations, Nos,42/43: 37-53

Phillips, D.R. (1992) East and South-East Asia: Issues of Ageing in the Region. Dalam Ageingin East and South-East Asia, Phillips, D.R. (Ed). Edward Arnold, London, 1-21.

Rahman, M.O. (2001) Living Arrangement and the Health of Older Persons in DevelopingCountries: Evidence From Rural Bangladesh, Population Bulletin of the United Nations,

 Nos, 42/43: 330-347.

8/13/2019 001 Isu Penduduk Menua Di Kawasan Bandar Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/001-isu-penduduk-menua-di-kawasan-bandar-di-malaysia 10/10

10

Usman Hj. Yaakob (1997) Pembangunan dan Orang Tua Di Pulau Pinang, Kertas Kerja SeminarIsu-Isu Populasi Di Malaysia, Pusat Peningkatan Kualiti dan Produktiviti, Fakulti Sains

Matematik, UKM, Bangi, Selangor 19 Ogos 1997.

 ________________(2000) Peranan Keluarga Dalam Penjagaan Golongan Tua Di Malaysia,Kertas Kerja Seminar Sehari Isu-Isu Populasi Di Malaysia Ke-3, Pusat Pengajian Sains

Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Bangi, Selangor 1 November 2000.