ifolio.ukm.my · web viewprogram ini merupakan program kerjasama antara majalah aspirasi edisi...

22
HHHC 9101 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN Nama Pelajar : Nur Ain Fitria binti Mohd Rezazali No. Matrik : A144375 E-mel : [email protected] Nama Aktiviti : Homeless Helpers (Subprogram Fiesta Sinergi Intelek)

Upload: lamkien

Post on 02-Jul-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

HHHC 9101SOSIAL DAN

KEBERTANGGUNGJAWABAN

Nama Pelajar : Nur Ain Fitria binti Mohd Rezazali

No. Matrik : A144375

E-mel : [email protected]

Nama Aktiviti : Homeless Helpers (Subprogram Fiesta Sinergi Intelek)

Aktiviti : Kolej (Kolej Tun Syed Nasir)

No. JPPEL : DN00189/2014

Jawatan disandang : Exco Perhubungan II

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

1. Nama Aktiviti

Homeless Helpers, subprogram Fiesta Sinergi Intelek

2. Sinopsis Aktiviti

Program ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun Syed Nasir. Program ini merupakan program sukarelawan sulung bagi MA. Program yang diadakan selama satu hari ini berjaya mengumpulkan seramai 24 orang ahli MA37 bersama 14 orang sukarelawan yang merupakan pelajar kampus UKM kampus Bangi dan Kuala Lumpur.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/siswi menghulurkan bantuan kepada masyarakat gelandangan dan juga bantuan kepada anak yatim di rumah kebajikan terpilih. Melalui program ini juga, para pelajar akan dapat menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Dalam pada itu, pendedahan kepada jerih payah golongan yang menderita ini dapat menyedarkan mereka tentang nikmat kehidupan yang diperolehi melalui keamanan dan kesejahteraan negara. Matlamat utama program ini ingin dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa/siswi yang terlibat memupuk sifat keinsafan dalam diri serta menjalinkan hubungan siratulrahim antara masyarakat. Menurut Dr. Fazilah Kamsah, “Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Dasar dan agenda pembangunan belia samada di bawah Kerajaan Persekutuan ataupun pertubuhan sukarela tidak akan terlaksana dengan jayanya tanpa tenaga sukarelawan belia di pelbagai peringkat. Oleh itu, program ini dapat dijadikan batu lompatan bagi membantu negara Malaysia memartabatkan dan menyerlahkan kesukarelawanan sebenar dalam kalangan remaja belia dan masyarakat kita. Kelahiran sukarelawan yang berkualiti diyakini akan lebih dapat membantu menjayakan dasar dan agenda pembangunan belia serta usaha menyemarakkan kerja dan pergerakan belia. Di samping itu, program ini juga mampu mewujudkan peluang komunikasi antara pelajar UKM kampus Bangi dan Kuala Lumpur sekali gus mengurangkan jurang antara kedua-dua kampus.

http://www.youtube.com/watch?v=pz5Fp0PQIkc

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

3. Hasil Pembelajaran

Pada akhir projek ini, saya telah berjaya mencapai hasil pembelajaran Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban berikut:

- Saya berjaya menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik seperti masyarakat gelandangan dan anak yatim dengan membantu mengurangkan beban mereka menerusi bantuan berupa makanan dan sedikit wang. Malah, saya dapat berkomunikasi dengan masyarakat gelandangan bagi menyelami isi hati mereka dan mengetahui pendapat mereka apabila program seperti ini dijalankan. Menariknya, menerusi komunikasi tersebut saya turut mendapat manfaat kerana gelandangan tersebut turut memberi cadangan bagi penambahbaikan program seperti ini.

- Saya dan seluruh organisasi berjaya meyemai dan menyemarakkan semangat kerjasama dalam pasukan menerusi aktiviti ini. Hal ini kerana, kami saling bantu membantu sesama ahli organisasi menyiapkan tugasan untuk program ini tanpa mengambil peduli bidang sama ada ianya merupakan bidang tugas exco lain asalkan manfaatnya bakal kami peroleh bersama. Kerjasama yang erat ini dapat dilihat ketika masalah pertukaran rumah anak yatim yang bakal dikunjungi kerana rumah yang dicadangkan pada awalnya menarik diri di saat-saat akhir. Seluruh organisasi bekerjasama menelefon rumah-rumah kebajikan di sekitar Kuala Lumpur untuk mencari pengganti bagi mempercepatkan proses pencarian tetapi masih di bawah seliaan exco perhubungan kerana ia merupakan tugas exco tersebut. Begitu juga dengan pemasaran, seluruh organisasi ditugaskan untuk melakukan pemasaran tetapi berbeza bidang seperti alat tulis, pakaian dan makanan di bawah seliaan exco pemasaran.

- Saya dapat meningkatkan komunikasi yang berkesan sesama exco dan ahli organisasi. Memandangkan, exco perhubungan I bagi program ini merupakan pelajar UKM kampus Bangi, saya perlu sentiasa memberi info mengenai program ini mernerusi laman sosial seperti Facebook dan juga aplikasi Whatsapp. Meskipon begitu, keberkesanannya dapat dirasakan apabila program ini dapat disertai oleh pelajar kampus Bangi dan berjaya menarik sukarelawan dari kampus Bangi walaupon hanya seorang.

- Saya turut prihatin membela nasib masyarakat gelandangan dan anak yatim dengan memungut derma dan bantuan dalam bentuk wang dan juga keperluan kerana menyedari betapa mereka memerlukannya. Hal ini dapat dilihat apabila kami mengadakan booth sumbangan ketika Rang de Ranggoli, subprogram Fiesta Sinergi Intelek yang lain dan menguar-uarkan mengenai sumbangan yang boleh diberikan buat masyarakat gelandangan dan anak yatim di laman sosial Facebook.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

- Saya juga menjadi lebih peka akan kesusahan yang dialami masyarakat gelandangan dan merasa bertanggungjawab untuk membela nasib mereka apabila turun padang dan melihat sendiri keadaan mereka dan berkomunikasi dengan mereka.

- Saya dan seluruh organisasi belajar untuk menerima masalah yang berlaku ketika program dan menyelesaikannya bersama-sama tanpa menyalahkan mana-mana pihak kerana masalah yang berlaku adalah di luar jangkaan. Kami beruntung kerana mempunyai perancangan alternatif yang dapat memudahkan penyelesaian masalah.

- Akhir sekali, saya lebih menghargai nikmat yang dikurniakan seperti nikmat tempat tinggal dan taraf hidup keluarga yang baik. Saya berasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya mendapat keperluan asas yang cukup iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.Hal ini kerana, kebanyakan gelandangan ini turut bekerja malah ada yang sudah berkeluarga. Namun, pendapatan yang diperoleh mereka tidak membolehkan mereka untuk meyewa rumah dan membeli pakaian baru memandangkan pendapatan itu hanya cukup untuk membeli makanan.

4. Strategi Mencapai Hasil Pembelajaran

Untuk mencapai hasil pembelajaran, saya memastikan bahawa saya:

- Sentiasa memberikan seratus peratus komitmen dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Memandangkan aktiviti ini merupakan aktiviti sukarelawan, komitmen yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan target kami (masyarakat gelandangan dan anak yatim) mendapat manfaat yang maksimum daripada program ini baik dari segi fizikal dan rohani.

- Di samping itu, saya juga sentiasa memastikan saya dapat menyampaikan maklumat yang betul berkaitan aktiviti ini kepada ahli organisasi, para peserta dan sukarelawan agar komunikasi yang berkesan dapat dibina.

- Saya menjadi seorang yang proaktif ketika mesyuarat dijalankan dan sentiasa menyuarakan pendapat ketika idea baru disuakan agar penambahbaikan terhadap idea-idea tersebut dapat dilakukan oleh keseluruhan organisasi di mana akhirnya manfaatnya bakal dinikmati oleh golongan sasaran aktiviti kami.

- Saya memastikan tiada sebarang perselisihan faham dan percanggahan makluma yang berlaku sesama ahli organisasi agar tugas-tugas dapat dijalankan dengan sempurna.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

- Saya berusaha menyelami hati para gelandangan dan anak yatim dengan membaca penulisan-penulisan individu yang pernah menyertai aktiviti kesukarelawanan begini. Hal ini penting agar saya lebih bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku terutamanya apabila berdepan dengan golongan gelandangan di samping susunan aktiviti yang dijalankan mampu memberi kesan yang mendalam pada anak yatim.

- Malah kami turut bekerjasama dengan pasukan Dapur Jalanan yang sentiasa memberikan makanan percuma buat para gelandangan setiap hari Ahad di Jalan Panggung, Kuala Lumpur bagi memastikan aktiviti ini dapat berjalan lancar.

5. Pembuktian Hasil Pembelajaran

Gambar di atas menunjukkan booth kutipan sumbangan yang diadakan semasa Pesta Rang De Ranggoli. Semua ahli organisasi bergilir-gilir menjaga booth tersebut. Kutipan sumbangan yang diadakan telah membolehkan kami berkomunikasi dengan masyarakat dan bergaul bersama mereka dengan baik bagi memastikan kami mendapat jumlah sumbangan yang mencukupi.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

Contoh hebahan yang dilakukan mengenai kutipan sumbangan di laman sosial Facebook.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

Gambar ini menunjukkan saya dan ahli organisasi yang lain sedang mengira jumlah kutipan yang diterima. Hebahan kami mengenai pengutipan dana mendapat sambutan yang baik apabila kami berjaya mengutip sumbangan buat masyarakat gelandangan dan anak yatim sebanyak RM913.20 dalam masa hanya beberapa minggu.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

Gambar ini menunjukkan masalah yang kami hadapi dan bagaimana kami berkomunikasi dan bekerja sebagai satu pasukan dalam saling menenangkan masing-masing. Hal ini penting untuk memastikan aktiviti kami ini dapat dijalankan dengan lancar, ini turut menunjukkan sikap tanggungjawab kami yang mendalam terhadap aktiviti ini kerana kami tahu kerja-kerja sukarelawan ini perlu dilakukan bagi mendidik kami untuk melaksanakan tanggungjawab kami kepada masyarakat yang memerlukan.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

Kedua-dua gambar di atas menunjukkan komunikasi ahli organisasi dengan menggunakan medium laman sosial bagi pemberitahuan maklumat dan tugasan yang perlu dilakukan oleh ahli organisasi. Gambar di atas menunujukkan bahawa saya bertanya soalan bagi mendapatkan kepastian lanjut mengenai tugasan dan saya turt mengemukakan pendapat agar masalah dapat diselesaikan.

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

Gambar di atas diambil ketika saya sedang membantu Exco Program, Nurul Husna dalam memperkenalkan gerakan Senaman Si Tommy kepada adik-adik di Rumah Perlindungan Anak Yatim An-Nasuha. Ketika ini saya dapat melihat reaksi yang positif mula ditunjukkan oleh adik-adik ini. Senaman ini kami adakan untuk menarik perhatian adik-adik tersebut dan alhamdulillah kami telah berjaya menarik perhatian mereka untuk terus menyertai dan menanti-nantikan aktiviti yang akan kami jalankan. Hal ini dilakukan bagi memastikan penyertaan adik-adik tersebut dalam aktiviti yang bakal dijalankan dengan semangat yang tinggi.

Sepanjang aktiviti di rumah perlindungan ini berlangsung, saya ditugaskan untuk membantu Exco Program memberi penerangan mengenai aktiviti yang dijalankan di samping memberikan contoh atau demonstrasi berkenaan aktiviti tersebut. Ketika ini, kami sedang menyanyikan lagu ‘Rumput Yang Cantik’. Lagu ini diadakan atas tujuan untuk membantu adik-adik ini mengenali dan mengingati anggota tubuh badan. Saya turut menyertakan rakaman video aksi kami menyanyikan lagu ini dalam pembuktian. Pautan di bawah juga boleh digunakan untuk melihat video tersebut yang telah dirakam oleh Dr. Mohd Sham bin Othman, Timbalan Pengetua I Kolej Tun Syed Nasir. Menerusi video tersebut, boleh dilihat kegembiraan dan keceriaan terpancar di muka adik-adik ini dan itu sudah cukup menggembirakan hati saya.(http://www.youtube.com/watch?v=pz5Fp0PQIkc)

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

Gambar diatas menunjukkan bukti bahawa kami dapat menarik perhatian adik-adik tersebut. Dengan jumlah sukarelawan yang ramai, kami mampu untuk memastikan adik-adik tersebut dapat bergaul dengan sekurang-kurangnya seorang sukarelawan. Ketika ini kami sedang melakukan aktiviti yang diberi nama kejutan eletrik. Aktiviti ini penting dalam membuktikan komunikasi yang berkesan antara sukarelawan dengan adik yang dijaganya. Cara bermain aktiviti ini mudah tetapi untuk berjaya kerjasama yang penting amatlah diperlukan. Hal ini kerana, kedua-dua mereka perlu memegang tangan dan mengangkat tangan sekiranya nombor yang genap disebut dan menurunkan tangan ketika nombor ganjil disebut oleh exco program. Permainan ini sangat menguji kepekaan dan kerjasama kita justeru ia berjaya merapatkan hubungan antara saya dan adik Syafiqah tersebut.

Ketika pertandingan mewarna diadakan, para sukarelawan boleh membantu adik-adik tersebut dalam mewarnakan gambar yang telah diberikan. Sekotak pensel warna diberikan kepada semua adik di rumah tersebut. Pensel warna tersebut merupakan sumbangan daripada penderma kami. Melalui aktiviti ini, hubungan antara saya dan adik juga bertambah erat meskipun saya tidak menjadi fasilitator dalam kumpulan kerana saya harus membantu Exco Program menerangkan setiap aktiviti. Melalui aktiviti tersebut juga saya mengetahui bahawa adik Yusuf tersebut tinggal di rumah itu bersama abang

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

dan kakaknya. Gambar di bawah menunjukkan gambar-gambar yang telah diwarnakan oleh adik-adik tersebut dengan bantuan para sukarelawan.

Gambar di bawah adalah situasi ketika kami menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Antara kerja yang dilakukan ialah mengupas bawang dan memotong sayur-sayuran.

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

Gambar ini diatas diambil sesudah kami selesai menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Ketika ini kami sedang mendengar taklimat mengenai latar belakang Dapur Jalanan oleh Pak Wan (lelaki yang memakai baju putih di dalam gambar). Pak Wan turut mengadakan sesi soal jawab di mana kami mendapat tahu bahawa pihak Dapur Jalanan bukan sahaja memberi makanan percuma buat gelandangan setiap hari Ahad di Jalan Panggung tetapi mereka turut memberikan khidmat tusyen percuma buat penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan itu. Pak Wan turut berpesan kepada kami untuk menjaga keselamatan dan berhati-hati dengan perilaku golongan gelandangan.yang kadang kala tidak boleh dijangka. Kami juga dilarang memberikan sebarang wang kepada gelandangan tersebut. Interaksi sebegini penting untuk mendapat maklumat yang tidak pernah diketahui sebelum ini, oleh itu saya telah menjadi pendengar yang aktif agar semua maklumat dapat diperolehi.

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

Gambar di bawah sebagai bukti bahawa program ini telah kami jalankan dengan kerjasama pihak Dapur Jalanan.

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

Gambar di atas menunjukkan situasi ketika saya sedang memberikan bungkusan makanan yang mengandungi roti dan air kotak kepada gelandangan di Jalan Panggung sambil berkomunikasi dengan mereka. Melalui gambar ini boleh dilihat ramai gelandangan yang berkeliaran di situ bagi mendapatkan makanan. Hal ini kerana pihak Dapur Jalanan sememangnya akan memberikan makanan percuma di situ setiap hari Ahad. Walaupon, kaki saya telah dipijak kerana golongan gelandangan ini berebut-rebut untuk mendapatkan bungkusan makanan tersebut, namun saya bersyukur kerana dapat melihat betapa berharganya nilai makanan yang biasa dipandang enteng oleh golongan yang berkemampuan terhadap golongan gelandangan yang sukar dan tidak mampu mendapatkan makanan seperti itu. Aktiviti kami ini berlangsung ketika Hari Ibu justeru kek turut disediakan sebagai salah satu makanan bagi meraikan sambutan Hari Ibu ini bersama golongan gelandangan yang juga bergelar seorang ibu. Dapat dilihat riak gembira terpancar di muka golongan ini yang menyebabkan saya berasa cukup terharu. Betapa perbuatan yang kecil ini mampu memberi kebahagian buat golongan sebegini. Keperluan asas bagi mereka bukanlah hanya makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga kasih sayang.

Gambar ini pula menunjukkan situasi di mana kami berkumpul dan berkenalan dan berinteraksi dengan sukarelawan dari universiti lain yang turut menyertai aktiviti ini iaitu dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ketika ini wakil dari UPM telah mengemukakan kegembiraannya yang menyertai aktiviti sebegini buat kali pertama dan dia merasakan bahawa aktiviti sebegini harus menerima sukarelawan yang ramai kerana aktiviti sebegini mampu menyedarkan kita bahawa kita amat beruntung berbanding golongan ini. Wakil dari pihak kami turut diberi kesempatan

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewProgram ini merupakan program kerjasama antara Majalah Aspirasi edisi ke-37 (MA37) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fiesta Sinergi Intelek Kolej Tun

untuk meluahkan pendapat mengenai aktiviti ini dan juga mengemukakan berberapa cadangan penambahbaikan bagi melancarkan lagi aktiviti sebegini.

6. Cadangan Penambahbaikan

- Untuk memastikan program kesukarelawan yang dijalankan mendapat hasil yang positif, kerjasama dengan badan bukan kerajaan dan juga persatuan yang kerap menganjurkan aktiviti kesukarelawan tersebut. Hal ini penting kerana badan dan persatuan sebegini mempunyai pengalaman yang luas dalam menjalankan aktiviti kesukarelawan sedemikian.

- Seluruh organisasi perlu mengadakan perancangan alternatif (a back-up plan) bagi setiap perkara yang dilakukan bagi mengelakkan kelancaran program terganggu sekiranya perancangan awal itu menghadapi masalah.

- Exco perhubungan perlu memahami dan mengetahui dengan sebaiknya jalan ke tempat program yang bakal dijalankan bagi memudahkan untuk menjawab pertanyaan daripada pemandu bas.