ifolio.ukm.my · web viewkumpulan perempuan telah dibahagikan juga kepada beberapa buah kumpulan di...

13
HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN Pensyarah: EN. KHAIRUZAMAN BIN KADIR Disediakan Oleh : NUR FARHANA BINTI ZOLKEFLI (A 144945) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM JABATAN SYARIAH 2015

Upload: buinhan

Post on 05-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

Pensyarah:

EN. KHAIRUZAMAN BIN KADIR

Disediakan Oleh :

NUR FARHANA BINTI ZOLKEFLI (A 144945)

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

JABATAN SYARIAH

2015

“TABURKAN JASA, SEMAIKAN BUDI”

NAMA PROGRAM : KHIDMAT MASYARAKAT

TARIKH : 19 DISEMBER 2014

LOKASI : SURAU AL-HAFI, PERUMAHAN BUKIT PUTERI, UNIVERSITI

KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

NAMA PENGANJUR: MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM

TARIKH LAPORAN DISEDIAKAN: 19 MEI 2015

1.0 PENGENALAN

Program khidmat masyarakat merupakan sebuah program yang sentiasa mendapat perhatian

daripada orang ramai bagi membantu membersihkan atau mencantikkan sesebuah kawasan

atau institusi terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Oleh itu, kami mahasiswa Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan telah menganjurkan satu program khidmat

masyarakat di Surau Bukit Puteri, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Program ini

dianjurkan bertujuan untuk memenuhi HP Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan

Pembelajaran Sepanjang Hayat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu,

program ini juga mendidik mahasiswa mempunyai tanggungjawab sebagai pemimpin

masyarakat dan meningkatkan kemahiran kerja berpasukan antara mahasiswa sesama sendiri

juga dengan masyarakat luar dalam menggerakkan program sukarelawan masyarakat.

2.0 LATAR BELAKANG

Program ini telah dilaksanakan pada hari jumaat, 20 Disember 2014, di Surau Bukit Puteri,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Program ini telah disertai oleh 31 orang mahasiswa

Fakulti Pengajian Islam. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang

sentiasa bertanggungjawab dan cinta terhadap agama, bangsa dan negara.

Program ini berjalan dengan lancar. Ketua program telah membahagikan kepada dua

kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan. Kumpulan lelaki telah dibahagikan kepada

beberapa kumpulan di mana sebahagiannya membersihkan tandas lelaki dan tempat wudhuk

lelaki dan sebahagian lagi membersihkan dalam surau di bahagian lelaki. Kumpulan

perempuan telah dibahagikan juga kepada beberapa buah kumpulan di mana sebahagiannya

membersihkan tandas perempuan dan tempat wudhuk perempuan, tempat solat perempuan,

mengemas di bahagian dapur dan sebahagian lagi membersihkan halaman surau bersama

beberapa orang lelaki yang ditugaskan. Peralatan-peralatan yang digunakan sepanjang

program ialah seperti penyapu, kain buruk, pencakar sampah, baldi dan lain-lain lagi. Semua

peralatan ini telah disediakan oleh pihak surau.

3.0 HURAIAN PENILAIAN

Surau merupakan salah satu tempat ibadat bagi umat Islam. Oleh itu, setiap tempat ibadat

mestilah sentiasa bersih supaya ibadat yang dilakukan sentiasa tenang dan sempurna.

Sepanjang program ini berlangsung, saya dan ahli kumpulan yang lain mendapat kerjasama

yang baik daripada seluruh pihak surau. Ahli jawatankuasa surau turut membantu

membersihkan dalam dan luar surau. Mereka juga memberi kerjasama dan layanan yang

sangat baik. Surau menjadi sangat bersih dan kemas selepas aktiviti pembersihan selesai

dilaksanakan. Setelah surau menjadi kemas dan bersih, saya dan ahli-ahli kumpulan yang lain

semua diberi makan dan minum petang oleh pihak surau.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Selepas menyertai program khidmat masyarakat ini, saya dapati kemahiran kepimpinan dan

kerja berpasukan saya telah meningkat. Saya telah diberi tanggungjawab sebagai bendahari.

Di mana saya perlu mengumpulkan wang dari setiap ahli kumpulan supaya wang tersebut

dapat di sumbangkan kepada pihak surau. Ini mengukuhkan lagi sifat kepimpinan saya

dengan bertindak sebagai ketua bagi mengumpulkan wang dari setiap ahli pasukan dan

memastikan mereka membayar wang tersebut. Sepanjang proses pembersihan surau tersebut,

saya bekerjasama dengan pihak surau dan juga ahli kumpulan yang lain.

Dalam satu kerja berkumpulan, kerjasama antara satu sama lain adalah sangat

penting. Kerja berpasukan seseorang dapat dilihat melalui kerjasamanya dengan ahli pasukan

yang lain. Saya juga membantu rakan-rakan secara proaktif dan mengatasi masalah yang

dihadapi sebelum dan ketika program berlangsung. Selain itu, saya juga menyampaikan

mesej dengan baik dan membaiki serta menyelesaikan masalah secara kendiri.Ini adalah

perkara yang saya pelajari sepanjang program khidmat masyarakat ini. ·

Di dalam program ini saya dan ahli pasukan yang lain telah mewujudkan struktur

organisasi untuk program ini dengan berbincang dengan semua ahli jawatankuasa yang

terlibat. Ini menunjukkan nilai kepimpinan saya dan ahli pasukan yang lain dalam

mengorganisasika sebuah program. Selain itu, saya juga menyatakan spesifikasi kerja bagi

setiap lapisan jawatankuasa supaya setiap ahli jawatankuasa memainkan peranan masing-

masing dan bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar. Saya juga memimpin,

berbincang dan bertukar pendapat dengan ahli-ahli dalam kumpulan supaya melaksanakan

bidang tugas masing-masing serta memastikan setiap kumpulan dan ahlinya bergerak sebagai

satu pasukan dalam melaksanakan matlamat program secara berpasukan.

5.0 MASALAH YANG DIHADAPI

Masalah yang dihadapi sepanjang program tidaklah begitu ketara. Tetapi terdapat beberapa

masalah yang tidak dikira terlalu besar iaitu kehadiran mahasiswa tidaklah seperti yang

dirancang kerana ada beberapa orang mahasiswa yang tidak menghadirkan diri. Selain itu,

program juga berjalan tidak tepat pada waktunya iaitu terlewat dalam 15-20 minit disebabkan

kelewatan peserta semasa berkumpul. Hal ini juga disebabkan oleh kelewatan peserta

menaiki bas pandu lalu yang disediakan oleh UKM kerana bas-bas tersebut sampai di sesuatu

hentian mengikut waktu-waktu yang telah ditetapkan.

6.0 CADANGAN

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, pada program berikutnya, saya akan cuba

memainkan tanggungjawab sebagai pemimpin dan ahli pasukan yang baik bagi memastikan

setiap mahasiswa yang mendaftarkan diri hadir pada hari program dijalankan dan sekiranya

ada mahasiswa yang tidak dapat hadir, saya akan cuba mencari pengganti supaya apa-apa

yang disediakan oleh pihak surau tidak mengalami kerugian. Saya juga akan memastikan

setiap mahasiswa datang tepat pada waktunya dan saya akan cuba menjemput peserta di

tempat yang lebih mudah mereka berkumpul bagi mengelakkan mereka terlepas bas dan

sebagainya.

7.0 GAMBAR AKTIVITI

Rajah 1 Rundingan dengan Imam

Rajah 2 Perjalanan Aktiviti

Rajah 3 Solat Asar Berjemaah

Rajah 4 Gambar Kenangan

8.0 PENUTUP

Program ini telah berlangsung dengan jayanya. Kerjasama yang diberikan oleh pihak surau

juga membantu memudahkan pengurusan program kami seperti menyediakan peralatan yang

diperlukan sepanjang aktiviti pembersihan dan menyediakan makan dan minum petang untuk

kami semua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Imam dan seluruh ahli

jawatankuasa surau tersebut kerana memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan

program yang memberi manfaat kepada saya sendiri dan seluruh masyarakat sepanjang

kehidupan sebagai hamba Allah. Di samping itu, secara tidak langsung mahasiswa juga dapat

meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dalam diri masing-masing.

BIL NAMA NO. MATRIK

1 MOHD ANSARI BIN MOHD BASEAIR A144754

2 WAN MOHD AMJAD BIN WAN HALIM A144921

3 NIKMAT MOHAMAD BIN MD. YUSOP A144929

4 MOHAMAD NUR IKHWAN BIN NORHAZRI A144930

5 MOHD ANWAR SYAMIN BIN RIDZUAN A144786

6 AHMAD SODIQIN BIN ZULFIKRI A144984

7 HAFIZUDDIN BIN MOHAMAD A144861

8 MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD HATTA A144865

9 MUHAMMAD AIZUDDIN BIN AZMAN A144760

10 NUR ALYA BINTI RAZALI A144787

11 NOR ‘AFIFAH BINTI ABD. RAHMAN A144789

12 MAIZATUL ASHIKIN BINTI SAMSUDEN A144824

13 SITI AMALINAH BINTI MOHD AB MAZIK A146591

14 SITI FARDUS MAKARIM BINTI EASAAM A144853

15 NUR HIDAYAH BINTI HASSAN A146825

16 NURUL SYAZLINI BINTI SAMRI A144849

17 NUR FARHANA BINTI ZOLKEFLI A144945

18 AFIQAH NUR RAJWANI BINTI RAMLI A144932

19 SITI AMINAH BINTI MOHD YUSOFF A144907

20 NURUL AMALYNA BINTI KHAUZI A144782

21 NURUL ATIQAH BINTI ZULKEPLI A144871

22 NORUL HUDA BINTI MOHD YUNOS A144852

23 MIZA IZZATI BINTI KHALID A144889

24 SITI NOOR HANIF FARHANI BINTI MOHD SALLEH A144873

25 SITI AISHAH BINTI ISMAIL A144943

26 SITI HAJAR BINTI YUSOFF A144983

27 NURUL HUDA BINTI MANSOR A144982

28 NURUL AKILAH BINTI MOHD ALWI A144949

29 NURUL SYAFIQAH BINTI ASRONI A144783

30 NUR SALWATI BINTI IBRAHIM A144769

31 SAFINAH BINTI OTHMAN A144775