, seminar pemikiran sn keris mas - dbp.gov.my · pdf filepantun teka-teki. pantun 2 orang...

1
BERITA HARIAN Isnin, 15 Ogos 2005 Halaman Sepuluh SASTERA PENGGERAK BAHASA KUIZ SASTERA SIRI 3 JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 2 PEMENANG Ke Mana Tumpahnya Kuah... WAWANCARA KARYAWAN Seminar Pemikiran SN Keris Mas Syed Mohd Zakir Syed Othman atau nama penanya S.M. Zakir anak Sasterawan Negara ke-9, S. Othman Kelantan yang giat menghasilkan karya kreatif. Sehingga kini, beliau telah menerima sebanyak 22 anugerah sastera. Ikutilah wawancara Editor Klik DBP, Azmi Ibrahim dengan beliau. ) dakah saudara bercita-ci- ta menjadi seperti bapa saudara yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-9? Dalam dunia penulisan, saya ha- nya menulis. Anugerah dan peng- iktirafan yang diberikan, saya ang- gap sebagai rezeki daripada Tuhan. Semua yang baik datangnya dari- pada Allah s. w. t. dan yang buruk datangnya daripada saya. Sejauh manakah DBP berjaya memartabatkan kesusasteraan di Malaysia? Kejayaan memartabatkan kesu- sasteraan ini adalah perkara sub- jektif. Namun begitu, pelbagai usa- ha yang dilaksanakan oleh DBP wajar disokong oleh semua pihak terutamanya penulis. Hubungan baik antara DBP dengan penulis serta ahli akademik harus menjadi pemangkin kepada pencapaian matlamat memartabatkan kesusas- teraan di Malaysia. Menurut pandangan saudara, apakah yang dimaksudkan de- ngan karya sastera yang bermu- tu? Karya sastera yang bermutu ia- lah karya yang menggambarkan si- tuasi pemikiran dan persoalan uta- ma masyarakat sesuatu zaman yang diwakili oleh seseorang pe- nulis itu. Ini bermakna penulis ha- ruslah peka dengan keadaan per- sekitaran di samping berani me- neroka ruang-ruang baharu. Karya yang bermutu bukan sahaja meng- garapkan pemikiran dan karya yang unggul tetapi juga disampai- kan dengan bahasa, gaya, imagi- nasi, kreativiti dan olahan yang mantap yang mampu meninggal- kan kesan mendalam kepada pem- baca. Bagaimana pembaca boleh menghubungi saudara? Saya boleh dihubungi melalui e-mel [email protected]. S.M. Zakir 5 ILA lengkapkan maksud pantun klasik di bawah ini dan namakan jenis pantun berdasarkan tema pantun bagi setiap rangkap pantun tersebut. Pemenang akan menerima cenderamata istimewa daripada KLIK DBP. Apa guna pokok pinang, Daun hijau kuning jadi; ........................................., ........................................... Bakar bara waktu petang, Hendak melayur daun palas; ................................................, ............................................ Syarat Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan 2 September 2005. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat kepada: Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Sastera Siri 3, Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Faksimile: 03-2142 2029 E- mel: [email protected] Pantun 1 Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi? Jenis pantun: Pantun teka-teki. Pantun 2 Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dengan bayang. Jenis pantun: Pantun peribahasa. 1. Tan Bee Ley, Mambang Di Awan, Kampar, Perak. No. K.P.: 641117-08-5782 2. Masriani Ithnin, Felda Keratong 4, Bandar Tun Razak, Pahang. No. K.P.: 910405-01-5482 SERIUS: Dari kiri Datuk Mohd Noor Azam, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan dan Prof. Madya Dr. Idris Zakaria dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Keris Mas di DBP. Oleh Normala Mohamad Yusof 5 EMINAR Pemikiran Sastera- wan Negara (SN) Keris Mas telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2 Ogos hingga 4 Ogos lalu. Antara lain, seminar ini membincangkan karya Keris Mas daripada pelbagai genre secara tuntas melalui pelba- gai teori dan kritikan. Seminar ini juga mengupas pemikiran kreatif beliau dalam karya-karya besar se- perti Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (1982), dan Rimba Harapan (1986). Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Tan Sri Kamarul Ariffin Mo- hamad Yassin dalam ucapannya menyatakan, “Seminar ini merupa- kan satu wahana kepada sarjana dan pemikir sastera membentang- kan kertas kerja yang mengupas pemikiran sastera secara menda- lam tentang teori falsafah dalam 76 buah cerpen, novel-novel besar dan puisi Keris Mas sepanjang tempoh 43 tahun pelibatan beliau dalam pe- nulisan sastera.” Prof. Dr. Haji Awang Sariyan an- tara 26 orang pembentang kertas kerja yang telah membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk, “Perbincangan Gaya Bahasa Sas- tera Tulisan Keris Mas: Analisis daripada Sudut Linguistik” menya- takan, “Keris Mas merupakan sas- terawan besar yang mempunyai pe- nguasaan bahasa yang baik dalam karyanya. Bahasa yang digunakan- nya utuh, baik, berkesan dan antara yang terindah dalam zaman kesu- sasteraan Melayu moden. Bagi be- liau, bahasa yang baik merupakan cerminan peribadi dan pemikiran yang lahir dari jiwa penulis.” Menurutnya lagi, “Bagi Keris Mas kesalahan bahasa dalam karya sastera tidak boleh dianggap seba- gai gaya penulisan. Begitu juga de- ngan pemilihan kata yang tidak te- pat, stail yang keinggerisan dan ayat-ayat yang tidak lengkap serta pemakaian penambahan yang sa- lah dan lain-lain kesalahan bahasa menjadikan sesebuah karya sastera itu cacat, walaupun karya itu baik dari segi isi, plot dan tema. Keris Mas mengetengahkan konsep lin- guistik yang penting, iaitu bahasa yang baik perlu memenuhi dua ciri utama, iaitu bertatabahasa dan ber- makna.” Sasterawan juga tidak seharus- nya tenggelam dalam imaginasi se- mata-mata dengan melampiaskan perasaan peribadi, tetapi perlu menjadikan karya sastera sebagai wahana pembinaan jati diri dan tamadun bangsa. 4 UBA’I berasal daripada is- tilah Arab ruba’iyyah, cip- taan pujangga Parsi pada abad ke-9 atau ke-10 Masihi yang berkembang dalam masyarakat Me- layu sejak akhir abad ke-16 melalui tulisan Hamzah Fansuri. Ruba’i terdiri daripada dua bait (bahagian) yang mengandungi em- pat misra’ (lengan/baris). Lazimnya, setiap misra’ mengandungi 13 suku kata, tetapi terdapat juga yang me- ngandungi 10 hingga 15 suku kata. Sesebuah ruba’i membawa mak- sud yang lengkap dan tidak ber- kaitan dengan ruba’i yang berikut- nya. Rima akhir ruba’i biasanya berakhir dengan aaba , namun ada juga yang berakhir dengan rima aaaa. Tiga misra’ awal ialah pem- bayang, manakala misra’ terakhir (keempat) ialah inti. Ruba’i menjadi selingan dalam pengajaran agama seperti ‘arud, qa- fiah dan balaghah kerana mengan- dungi mesej falsafah, metafizik, ke- agamaan dan pengajaran. Antara tokoh penyair Islam yang menulis ruba'i ialah Jalaludin Rumi, Abd. Rahman Jami, Firdausi, Nizami, Sanai, dan Hafiz. PEDOMAN SASTERA Rubai Pengarang Melayu kini yang me- nulis ruba’i ialah Major Datuk Hj. Muhammad Sa’id Hj. Sulaiman (Da- tuk Paduka Seri Setia Johor) dan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Contoh ruba’i Hamzah Fansuri ialah; Yugia kau pandang kapas dan kain, Keduanya wahid asmanya lain, Wahidkan hendak zahir dan batin, Itulah ilmu kesudahannya main. Contoh ruba'i tentang masa oleh Syed Naquib; Masa bukanlah seumpama sungai mengalir, Tapi s'umpama titik khayal 'nantiasa mungkir, yang lampau, yang hadir, dan yang kemudian kelak, Semuanya di dalam sesaat abadi hadir. Oleh Mohd Jusoh Majid

Upload: buikhuong

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: , Seminar Pemikiran SN Keris Mas - dbp.gov.my · PDF filePantun teka-teki. Pantun 2 Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dengan b aya n g. Jenis pantun: Pantun peribahasa. 1. Tan

BERITA HARIAN Isnin, 15 Ogos 2005Halaman S epuluh

SASTERA PENGGERAK BAHASAKUIZ SASTERA SIRI 3

JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 2

PEMENANG

Ke Mana Tumpahnya Kuah...WAWANCARA KARYAWAN

Seminar Pemikiran SN Keris Mas

Syed Mohd Zakir Syed Othman atau nama penanya S.M. Zakir anak Sasterawan Negara ke-9,S. Othman Kelantan yang giat menghasilkan karya kreatif. Sehingga kini, beliau telah menerimasebanyak 22 anugerah sastera. Ikutilah wawancara Editor Klik DBP, Azmi Ibrahim dengan beliau.

Adakah saudara bercita-ci-ta menjadi seperti bapasaudara yang dinobatkan

sebagai Sasterawan Negara ke-9?Dalam dunia penulisan, saya ha-

nya menulis. Anugerah dan peng-iktirafan yang diberikan, saya ang-gap sebagai rezeki daripada Tuhan.Semua yang baik datangnya dari-pada Allah s. w. t. dan yang burukdatangnya daripada saya.

Sejauh manakah DBP berjayamemartabatkan kesusasteraan

di Malaysia?Kejayaan memartabatkan kesu-

sasteraan ini adalah perkara sub-jektif. Namun begitu, pelbagai usa-ha yang dilaksanakan oleh DBPwajar disokong oleh semua pihakterutamanya penulis. Hubunganbaik antara DBP dengan penulisserta ahli akademik harus menjadipemangkin kepada pencapaianmatlamat memartabatkan kesusas-teraan di Malaysia.

Menurut pandangan saudara,

apakah yang dimaksudkan de-ngan karya sastera yang bermu-tu?

Karya sastera yang bermutu ia-lah karya yang menggambarkan si-tuasi pemikiran dan persoalan uta-ma masyarakat sesuatu zamanyang diwakili oleh seseorang pe-nulis itu. Ini bermakna penulis ha-ruslah peka dengan keadaan per-sekitaran di samping berani me-neroka ruang-ruang baharu. Karyayang bermutu bukan sahaja meng-garapkan pemikiran dan karya

yang unggul tetapi juga disampai-kan dengan bahasa, gaya, imagi-nasi, kreativiti dan olahan yangmantap yang mampu meninggal-kan kesan mendalam kepada pem-baca.

Bagaimana pembaca bolehmenghubungi saudara?

Saya boleh dihubungi melaluie-mel [email protected].

S.M. Zakir

SILA lengkapkan maksudpantun klasik di bawah ini

dan namakan jenis pantunberdasarkan tema pantunbagi setiap rangkap pantuntersebut. Pemenang akanmenerima cenderamataistimewa daripada KLIK DBP.

Apa guna pokok pinang,Daun hijau kuning jadi;

.........................................,...........................................

Bakar bara waktu petang,Hendak melayur daun palas;

................................................,............................................

Syarat Penyertaan:

Penyertaan terbuka kepadasemua pembaca Klik DBP.Tarikh tutup penyertaan2 September 2005.Keputusan muktamad.

Hantarkan jawapan bersertanama, nombor kadpengenalan, nombortelefon dan alamat kepada:

Ketua Editor Klik DBP,Kuiz Sastera Siri 3,

Bahagian PengembanganBahasa Sektor Swasta,

Dewan Bahasadan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Faksimile: 03-2142 2029E- mel:

m a s h i t a h @ d b p. g ov. my

Pantun 1

Dalam batang ada daun,Dalam daun ada isi?

Jenis pantun:Pantun teka-teki.

Pantun 2

Orang tamak selalu rugi,Bagai anjing denganb aya n g.

Jenis pantun:Pantun peribahasa.

1. Tan Bee Ley,Mambang Di Awan,Kampar, Perak.No. K.P.: 641117-08-5782

2. Masriani Ithnin,Felda Keratong 4,Bandar Tun Razak,Pa h a n g.No. K.P.: 910405-01-5482

SERIUS: Darikiri Datuk

Mohd NoorAzam, Prof.

Madya ZainalAbidin Borhan

dan Prof.Madya Dr. Idris

Zak ariadalam Seminar

Pemik iranS asterawan

N e g a raKeris Mas

di DBP.

Oleh Normala Mohamad Yusof

SEMINAR Pemikiran Sastera-wan Negara (SN) Keris Mastelah berlangsung di Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2Ogos hingga 4 Ogos lalu. Antaralain, seminar ini membincangkankarya Keris Mas daripada pelbagaigenre secara tuntas melalui pelba-gai teori dan kritikan. Seminar inijuga mengupas pemikiran kreatifbeliau dalam karya-karya besar se-perti Pahlawan Rimba Malaya(1946), Korban Kesuciannya (1949),Anak Titiwangsa (1967), Sauda garBesar dari Kuala Lumpur (1982),dan Rimba Harapan (1986).

Pengerusi Lembaga PengelolaDBP, Tan Sri Kamarul Ariffin Mo-hamad Yassin dalam ucapannyamenyatakan, “Seminar ini merupa-kan satu wahana kepada sarjanadan pemikir sastera membentang-kan kertas kerja yang mengupaspemikiran sastera secara menda-lam tentang teori falsafah dalam 76buah cerpen, novel-novel besar danpuisi Keris Mas sepanjang tempoh43 tahun pelibatan beliau dalam pe-nulisan sastera.”

Prof. Dr. Haji Awang Sariyan an-tara 26 orang pembentang kertaskerja yang telah membentangkankertas kerjanya yang bertajuk,“Perbincangan Gaya Bahasa Sas-

tera Tulisan Keris Mas: Analisisdaripada Sudut Linguistik” menya-takan, “Keris Mas merupakan sas-terawan besar yang mempunyai pe-nguasaan bahasa yang baik dalamkaryanya. Bahasa yang digunakan-nya utuh, baik, berkesan dan antarayang terindah dalam zaman kesu-sasteraan Melayu moden. Bagi be-liau, bahasa yang baik merupakancerminan peribadi dan pemikiranyang lahir dari jiwa penulis.”

Menurutnya lagi, “Bagi KerisMas kesalahan bahasa dalam karyasastera tidak boleh dianggap seba-gai gaya penulisan. Begitu juga de-ngan pemilihan kata yang tidak te-pat, stail yang keinggerisan dan

ayat-ayat yang tidak lengkap sertapemakaian penambahan yang sa-lah dan lain-lain kesalahan bahasamenjadikan sesebuah karya sasteraitu cacat, walaupun karya itu baikdari segi isi, plot dan tema. KerisMas mengetengahkan konsep lin-guistik yang penting, iaitu bahasayang baik perlu memenuhi dua ciriutama, iaitu bertatabahasa dan ber-makna.”

Sasterawan juga tidak seharus-nya tenggelam dalam imaginasi se-mata-mata dengan melampiaskanperasaan peribadi, tetapi perlumenjadikan karya sastera sebagaiwahana pembinaan jati diri dantamadun bangsa.

RUBA’I berasal daripada is-tilah Arab ruba’iyyah, cip-taan pujangga Parsi pada

abad ke-9 atau ke-10 Masihi yangberkembang dalam masyarakat Me-layu sejak akhir abad ke-16 melaluitulisan Hamzah Fansuri.

Ruba’i terdiri daripada dua bait(bahagian) yang mengandungi em-pat misra’ (lengan/baris). Lazimnya,setiap misra’ mengandungi 13 sukukata, tetapi terdapat juga yang me-ngandungi 10 hingga 15 suku kata.

Sesebuah ruba’i membawa mak-sud yang lengkap dan tidak ber-kaitan dengan ruba’i yang berikut-

nya. Rima akhir ruba’i biasanyaberakhir dengan a ab a , namun adajuga yang berakhir dengan rimaaaaa. Tiga misra’ awal ialah pem-bayang, manakala misra’ terakhir(keempat) ialah inti.

Ruba’i menjadi selingan dalampengajaran agama seperti ‘arud, qa-fiah dan balaghah kerana mengan-dungi mesej falsafah, metafizik, ke-agamaan dan pengajaran. Antaratokoh penyair Islam yang menulisruba'i ialah Jalaludin Rumi, Abd.Rahman Jami, Firdausi, Nizami,Sanai, dan Hafiz.

PEDOMAN SASTERA Ruba�iPengarang Melayu kini yang me-

nulis ruba’i ialah Major Datuk Hj.Muhammad Sa’id Hj. Sulaiman (Da -

tuk Paduka Seri Setia Johor) dan SyedMuhammad Naquib al-Attas. Contohruba’i Hamzah Fansuri ialah;

Yugia kau pandang kapas dan kain,Keduanya wahid asmanya lain,Wahidkan hendak zahir dan batin,Itulah ilmu kesudahannya main.

Contoh ruba'i tentang masa oleh Syed Naquib;

Masa bukanlah seumpama sungai mengalir,Tapi s'umpama titik khayal 'nantiasa mungkir,yang lampau, yang hadir, dan yang kemudian kelak,Semuanya di dalam sesaat abadi hadir.

Oleh Mohd Jusoh Majid