wordpress.com...isi kandungan muka surat sesi 1 membuat pilihan tepat untuk perkara benar-benar...

641

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi
Page 2: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan

Sesi 2Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat

Sesi 3Ajaran Falsafah Tradisi Menjadi Amalan Kehidupan, Berbakti Untuk Masyarakat Seumur Hidup

Sesi 4Perhatian Perlu Dalam Pembelajaran Ajaran Falsafah Tradisi

Sesi 5Selesaikan Asas Sumber Pendapatan Keluarga, Tumpuan Pada Didikan Anak

Sesi 6Asas Kejayaan Dan Kebahagiaan Kehidupan

Sesi 7Kekunci Untuk Menyelesaikan Segala Tabiat Buruk

Sesi 8Ketelitian Untuk Menjaga Badan Fizikal, Jiwa & Batin, Cita-cita Ibu Bapa

Sesi 9Jangan Membiarkan Ibu Bapa Dan Mereka Yang Menyayangi Kita Merisaukan Tentang Diri Kita

11

26

44

59

77

95

114

132

151

Page 3: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

Sesi 10Cara-cara Mendidik Anak Mematuhi Peraturan

Sesi 11Apakah itu Kegembiraan Dan Kekayaan & Kemuliaan Sejati

Sesi 12Tangani Tabiat Buruk Kehidupan

Sesi 13Leraikan Persengketaan Dan Memberi Pengaruh Baik Melalui Keikhlasan Hati

Sesi 14Asas Untuk Memberi Teguran Dan Nasihat Ialah Melalui Kepercayaan Yang Diperolehi.

Sesi 15Empat Prinsip Asas Utama Untuk Mendidik Anak “Xiao”/ “Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa”

Sesi 16Keharmonian Keluarga Tercapai Melalui Kasih Sayang Dan Hormat Antara Adik-Beradik

Sesi 17Leraikan Kemarahan Menjadi Sifat Pemaaf

Sesi 18Kepujian Hanya Diberi Pada Sifat Baik Anak

Sesi 19Pendidikan Tatasusila Dan Etika Yang Memanfaatkan Anak Seumur Hidup

172

190

206

222

238

256

272

292

308

324

Page 4: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

Sesi 20Memperluaskan Perasaan Hormat

Sesi 21Pemupukan Tiga Keupayaan Utama : Kawal Diri, Berdikari, Bekerja

Sesi 22Perkara Remeh, Ilmu Besar

Sesi 23Berwibawa, Keberanian, Ketelitian

Sesi 24Bantuan Baik Akan Diperolehi Jikalau Kewajipan Ditanggung Dengan Kebaikan Hati Sesi 25Keprihatinan Terhadap Orang Lain Membawa Jalinan Perhubungan Yang Lebih Baik

Sesi 26Peradaban Dan Tatasusila Melahirkan Hubungan Yang Paling Indah Sesama Manusia Sesi 27Berbudi Dan Bersyukur, Berakhlak Dan Beretika, Jalinan Persaudaraan

Sesi 28Kepercayaan & Keimanan Dalam Lima Jenis Perhubungan Utama Sesi 29Komitmen Agar Ajaran Falsafah Tradisi Diamal Sepatah Demi Sepatah Daripada Pembelajaran

Sesi 30Sifat Sederhana Dan Jujur Lebih Baik Daripada Bijak Pandai

338

353

369

384

399

413

427

440

450

461

473

Page 5: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

Sesi 31Kebijaksanaan Untuk Membezakan Kebaikan Dan Kejahatan

Sesi 32Sepuluh Kebaikan Dalam Empat Ajaran Liao Fan

Sesi 33Dengan Beriman Dan Berakhlak, Barulah Seseorang Tahu Menghargai Bakat Orang Lain

Sesi 34Menyedari Kesalahan Diri Dan Berani Memperbetulkan Kesalahan Diri, Membawa Kehidupan Berjiwa Lapang

Sesi 35Menyayangi Segala Benda Bersamaan Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai Seorang Anak Yang Taat Kepada Ibu Bapa Dan Berkasih Sayang Kepada Sesama Adik-Beradik

Sesi 36Prihatin Dan Berfikir Dari Sudut Orang Lain Merupakan Satu Kemurahan Hati

Sesi 37Ibu Bapa Mertua Menyayangi Menantu Perempuan, Si Anak Mematuhi Ibu bapa

Sesi 38Hormat Itu Sifat Asas Tatasusila

Sesi 39Tiga Intipati Utama Untuk Mengamalkan Ajaran Falsafah Tradisi

Sesi 40Untuk Menjadi Teladan Baik Di Kalangan Umum, Fahamilah Ajaran Falsafah Tradisi Dan Amalkannya Dalam Kehidupan.

485

500

518

533

552

563

576

591

610

628

Page 6: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

6

Kata Alu-Aluan

Segala puji bagi Tuhan pencipta semesta alam yang dengan izin dan kasih sayangNya telah terhasil sebuah lagi buku, lanjutan dari buku kecil FALSAFAH TRADISI PENTING UNTUK KEJAYAAN HIDUP yang memaparkan pendidikan dari perspektif masyarakat Asia Timur yang boleh digarap keunikannya. Buku Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup mengungkap kepentingan taat kepada ibu bapa, etika orang muda kepada orang tua, peraturan harian, bersifat amanah, menyayangi sesama manusia, belajar dari orang yang berwibawa dan melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera dan agama untuk kehidupan. Dalam masa yang sama buku ini menuntut supaya orang yang paling dekat tarafnya dengan ibu bapa, iaitu guru, juga ditaati dan dihormati sepenuh hati. Kini buku 40 SESI FALSAFAH TRADISI PENTING UNTUK KEJAYAAN HIDUP mencerna minda menjadi lebih halus, sensitif, insaf, membangkitkan kesedaran dan terasa seperti ingin memusing jam kehidupan undur ke belakang apabila membacanya helai demi helai sampai tamat.

40 SESI FALSAFAH TRADISI PENTING UNTUK KEJAYAAN HIDUP yang dibentang merupakan pengajaran serta pendidikan bagaimana menjadi seorang insan yang benar-benar taat kepada ibu, bapa dan guru serta berakhlak mulia dalam keluarga dan masyarakat. Ternyata pedoman dan contoh-contoh baik yang dipaparkan sangat menusuk jiwa tetapi dalam waktu yang sama membangkitkan azam untuk menjadi manusia yang mulia. Pedoman yang telah menjadi tunjang masyarakat Asia Timur dahulu kala ini telah menjadi paksi kesejahteraan masyarakat ribu tahun sebelum Masihi lagi. Tetapi oleh masa yang beredar ia lenyap ditimpa malang dan kedurjanaan manusia sehingga nilai taat kepada ibu bapa tidak dipermuliakan lagi. Kini ketaatan kepada ibu bapa guru didambakan manusia kerana itulah sebenar-benar kunci untuk mendapatkan kesejahteraan kehidupan di dunia ini.

Page 7: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

7

Di Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Melanau, Kadazan, Bidayuh, Iban dan lain-lain suku etnik yang ada kita tetap sama iaitu berpegang kepada budaya taat kepada ibu bapa dan guru. Ketaatan yang sama inilah yang mesti dipupuk hingga kepada taat kepada pemerintah tertinggi negara iaitu Yang DiPertuan Agong yang menjadi lambang kesetiaan seluruh rakyat kepada negara. Malah segala kepekaan dan kehalusan didikan dalam FALSAFAH TRADISI PENTING UNTUK KEJAYAAN HIDUP ini boleh diaplikasikan dalam dunia perniagaan dan korporat yang mewajibkan para kakitangannya jujur, amanah, benar, tepat dan patuh. Akhlak dan etika yang luhur dalam perniagaan pada penghujungnya ialah keuntungan yang membawa kesejahteraan hidup kepada semua pihak dan peningkatan taraf ekonomi negara. Tentu hal ini menjadi idaman setiap peneraju perniagaan dan perdagangan. Ternyata peranan guru dan ibu bapa dalam membentuk anak-anak menjadi bijaksana dalam berfikir dan bertindak bukan perkara yang boleh dipermudah-mudah. Ibu bapa dan guru yang mengajar anak-anak dalam membuat keputusan mesti mengambil kira kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Apakah keputusan yang dibuat membawa manfaat atau membawa keburukan sepanjang hayat. Kebolehan bertindak dengan waras tidak berlaku semulajadi tanpa latihan berfikir dan latihan memilih, kalau tidak mendengar dan taat kepada insan-insan yang mendidik mereka. Ibu bapa dan guru!

40 SESI FALSAFAH TRADISI PENTING UNTUK KEJAYAAN HIDUP merupakan 40 sesi ceramah yang mengupas setiap bab-bab ringkas dalam buku Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup yang diedarkan terlebih dahulu. Sesungguhnya masyarakat alaf baru ini amat tercabar keharmoniannya oleh kemajuan teknologi yang pantas merampas erti ketaatan dan pengorbanan anak-anak kepada ibu bapa. Mereka perlu dituntun semula balik kepada fitrah hukum yang mewajibkan mereka membalas segala pengorbanan ibu bapa mereka yang tiada taranya.

Insan yang telah terdidik menjadi seorang yang sangat luhur akhlaknya zahir dan batin, dengan sendirinya sangat menyantuni anak-anak yatim yang perlukan bantuan dan kasih sayang masyarakat. Orang yang taat pada ibu bapa guru memandang dan melayan adik beradik bagai dirinya sendiri kerana mereka anak-anak ibu bapanya yang dikasihi dan dicintai, mereka

Page 8: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

8

datang dari rahim yang sama. Lelaki atau perempuan yang memandang ibu bapa guru sebagai sumber kebahagiaan hidupnya akan menghormati isteri atau suami masing-masing sebagai pasangan yang perlu dihargai, dilayan, didengar, dipenuhi, disokong, dijaga, dinasihati sepanjang hayat hidup bersama. Anak yang taat pada ibu bapa guru akan berkawan dengan orang lain dengan penuh hormat dan sentiasa membantu dalam keadaan susah dan senang, memandu sahabat ke jalan yang lurus. Begitu akhirnya , anak yang taat itu menjaga maruah dan air muka ibu bapa jika dewasa kelak menjadi pemimpin. Mana mungkin kerana kuasa, ibu bapa yang dihormati dan dipatuhi dicalit harga diri mereka dengan salahlaku dan salahkuasa. Ketaatan kepada ibu bapa menjadi azimat kepada akhlak mulia seorang manusia!

40 SESI ceramah ini pada asalnya disampaikan dalam Bahasa Mandarin dan berkisar pada tinggalan ilmu falsafah yang diasaskan oleh Kung Fu Tze ratus tahun sebelum Masihi yang mana sebelum itu menjadi amalan masyarakat Timur ribuan tahun lamanya. Suatu yang mengagumkan kerana waktu itu masyarakat Timur belum lagi didatangi oleh mana-mana agama yang mengajar konsep ketuhanan. Jadi kehidupan masyarakat dahulu kala tersebut dibentuk oleh satu peraturan akhlak dan etika yang berpegang kepada asas kesejahteraan iaitu taat kepada ibu bapa dan setia pada keluarga. Asas inilah yang menjadi budaya bangsa-bangsa Timur sehingga amalan-amalan seharian mereka begitu padat jalinannya dan tidak kalah dimakan masa.

Merujuk kepada keadaan persekitaran pendidikan di negara kita, buku ini boleh dijadikan asas pendidikan oleh para ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak dari sekecil-kecil umur sampai kepada anak yang telah dewasa. Manakala para guru pula boleh menjadikan kandungannya sebagai pedoman dan modul menanam rasa taat anak didik mereka kepada ibu bapa di rumah. Keadaan yang timbal balik begitu mengukuhkan keberkesanan ajaran-ajaran taat pada orang tua dari rumah ke sekolah, dari sekolah ke rumah. Percayalah generasi yang terdidik di rumah dan di sekolah akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab serta membentuk hidup yang harmoni. Mereka suatu hari nanti akan menjadi pemimpin pula dengan asas ketaatan kepada orang tua, baharulah boleh jadi pengurus

Page 9: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

9

negara yang luhur.

Selaku pihak yang menghidangkan semula ilmu yang berguna ini, kami memohon maaf dan memohon penerimaan seadanya atas segala kelemahan bahasa dan tatabahasanya sewaktu proses menterjemah dan menyaring semula. Cuma dengan hati yang penuh keinsafan kami mengharap masyarakat seluruhnya merenung dengan sejujurnya apakah permata yang kita ada tetapi tertimbus oleh kemodenan dan kebebasan sehingga kita lari dari berpegang kepada peraturan-peraturan asas kehidupan. Hukum taat kepada ibu bapa merentas seluruh kehidupan manusia sampai hari pengadilan nanti apabila manusia cemas menunggu beratnya pahala dia berbakti pada orang tuanya. Dalam pada itu, ada bahagian dalam buku yang hanya sesuai untuk masyarakat asal yang telah menjadi tradisi dalam kehidupan mereka.

40 SESI FALSAFAH TRADISI PENTING UNTUK KEJAYAAN HIDUP tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerjasama dan kegigihan rakan-rakan dan saudara yang sama-sama berkorban waktu dan tenaga menterjemah, menyemak dan menyiapkan sehingga menjadi buku yang membawa diri kepada para pembaca budiman sekalian. Kepada mereka semua, hanya Yang Maha Esa yang akan membalas jasa anda apabila tiba waktunya nanti.

Kami berdoa semoga buku ini ke tengah masyarakat membuka hati dan minda menambah kukuh adat resam yang telah ada yang diamalkan bersama agama yang dianuti. Sesungguhnya semua lapisan masyarakat dari setinggi-tinggi kedudukan sampai peringkat bawahan marilah menghayati ajaran-ajaran taat kepada ibu bapa ini dengan sepenuh hati. Jika suami isteri saling taat, jika anak penuh taat, jika masyarakat hidup dalam ketaatan, jika pemerintah memerintah dengan taat, jika rakyat sangat taat, tidak ada yang boleh merosakkan kehidupan kita melainkan Tuhan yang maha kuasa.

Akhirnya, mari kita bentuk seluruh kehidupan ini untuk berbakti kepada ibu bapa, membalas jasa para guru, masyarakat, agama dan negara. Bukan sesuatu yang mustahil kebaikan yang kita semai ini boleh melimpah ke dalam masyarakat yang jauh dari kita kerana selagi dunia belum kiamat

Page 10: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

10

ibu bapa tetap wujud mengembangkan zuriat dan memakmurkan alam ini.

Setiap yang baik dari Tuhan, yang lemah dari manusia, ilmu taat kepada ibu bapa menjurus kepada suruhan Tuhan, maka kita cuma makhluk pelaksana, timbang taranya oleh Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih.

Hajah Zakiah bt.Md.Lassim1 September 2016

Page 11: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

11

Sesi 1Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan

Salam sejahtera buat anda semua! Ceramah hari ini bertajuk Kebahagiaan Hidup. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kebahagiaan hidup merupakan idaman setiap orang. Bagaimana kita mencapainya? Setelah mengharungi perjalanan hidup selama ini, adakah anda berasa bahagia atau sebaliknya? Ada di antara yang akan tersenyum. Senyuman ini petanda anda menikmati kebahagiaan! Pernahkah anda tersenyum semasa tidur kerana termimpi sesuatu yang menggembirakan? Ada! Apakah sebabnya? Adakah perkara-perkara yang menggembirakan ini semakin lama semakin memenuhi setiap detik kehidupan kita? Jika ini benar-benar berlaku dalam kehidupan kita, hidup kita akan semakin bahagia!

Apakah perkara yang menyebabkan kita gembira dan berasa bahagia sebaik sahaja kita terfikirkannya! Bolehkah sesiapa di antara anda berkongsi dengan kita semua? Sebenarnya berkongsi ini merupakan suatu kebahagiaan kerana bak kata pepatah, “Mereka yang menyumbang selalu menerima kebahagiaan yang lebih besar daripada mereka yang menerima.” Sebagai contoh, ada di antara anda dapat menghadiri kelas ini merupakan hasil jemputan kawan karib anda. Mereka yang membawa kawan datang dengan harapan bahawa “kawan saya boleh mempelajari cara hidup yang betul” akan berasa gembira kerana kawan anda dapat mempelajari cara mendidik anak yang betul dan mempelajari nilai-nilai murni terutamanya sikap menyayangi ibu bapa. Kawan anda mesti tersenyum dalam mimpinya. Perkara inilah yang kita katakan “Kongsi Kebahagiaan”.

Jika kita meneliti secara mendalam kita akan mendapati bahawa setiap kebahagiaan yang kita miliki sebenarnya merupakan hasil daripada keputusan yang betul yang kita buat. Jadi yang paling penting dalam kehidupan kita ini bukannya usaha tetapi keputusan yang dibuat. Pernahkah anda membuat keputusan atau pilihan yang betul sepanjang hidup anda? Kita banyak membuat keputusan dalam kehidupan seharian termasuk pada saat ini! Jika pada saat ini terdapat di antara anda berkata: “biarlah saya tidur sekejap kerana saya amat letih!” Inilah keputusan anda. Adakah anda

Page 12: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

12

hendak melepaskan peluang ini! Manakala ada yang membuat keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran saya. Terdapat satu pepatah Cina yang berbunyi “Yang dirisau oleh lelaki ialah tersalah pilih kerja, yang dirisau oleh perempuan ialah tersalah pilih suami.” Pepatah ini juga berkenaan dengan keputusan dan pilihan yang kita buat! Hal ini memberi pengajaran kepada kita bahawa kita mesti pandai meneliti sama ada sesuatu perkara atau seseorang individu sebelum kita mengambil keputusan untuk memilih! “Tengok” salah maka “pilih” salah! Jadi, bila seorang lelaki “tengok” salah dan “pilih” kerjaya yang salah, masa depan dia mungkin menjadi malap. Manakala perempuan itu jika “tengok” salah dan tersalah pilih suami, mungkin kebahagiaan seumur hidupnya akan musnah! Secara kesimpulannya, “Kebahagiaan Hidup” ini bergantung kuat kepada keputusan dan pilihan yang kita buat sekarang.

Dalam kehidupan kita, masih terdapat banyak perkara yang memerlukan kita membuat keputusan dan pilihan yang betul. Sebagai contohnya, siapa yang ada bersarapan pagi hari ini? Oh! Banyaknya! Baik! Siapa yang tidak bersarapan pagi hari ini? Ah! Ada juga! Para hadirin sekalian, jika kita memilih tidak bersarapan pagi hari ini bermakna badan kita pasti akan kekurangan khasiat dan kurang sihat. Inilah pilihan kita! Pilihan yang betul akan mendapat kesihatan manakala pilihan yang salah akan merosakkan badan kita. Bolehkah kita menikmati kebahagiaan hidup dengan badan yang sakit? Tidak! Jadi, kita perlu membuat setiap pilihan yang betul terhadap setiap perkara yang kita hadapi pada setiap detik demi memastikan kita dapat menuju ke arah destinasi “Kebahagiaan Hidup”. Tadi kita menyentuh mengenai pemakanan. Bagaimana dengan pilihan kawan? Bak kata pepatah: “Di rumah bergantung kepada ibu bapa, di luar bergantung kepada kawan.” Jika kita meneliti secara mendalam perkembangan keadaan semasa, anda akan mendapati bahawa ramai isteri dan ibu bapa sekarang berasa risau dan khuatir terhadap suami atau anak mereka. Mereka khuatir sama ada suami mereka atau anak mereka akan bergaul dengan kawan yang jahat! Suami yang mempunyai kawan yang tidak baik akan menyebabkan isteri makan tak berselera dan tidur tak lena. Begitu juga dengan ibu bapa! Jadi, pilihan kawan yang betul juga menentukan sama ada kita dan keluarga kita dapat hidup bahagia atau sebaliknya!

Page 13: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

13

Dalam hidup kita juga terdapat perkara penting dan yang kurang penting, yang perlu diselesaikan terlebih dahulu atau patut dikemudiankan! Perkara-perkara di atas juga perlu untuk kita membuat pilihan. Kita mengetahui bahawa dalam hidup kita ini “Pendidikan yang betul untuk anak kita” merupakan perkara yang paling penting kerana “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” Jika anak kita kurang ajar, adakah hidup kita akan bahagia? Sama ada nasib seorang baik atau tidak, hidupnya terutamanya pada peringkat matang dan tua akan bahagia atau tidak adalah ditentukan oleh sama ada anaknya bernilai murni atau tidak! Jika anak kita selalu membuat jahat, hidup pada hari tua kita pasti akan penuh dengan kepayahan dan kesedihan. Kita pasti akan hidup dalam kekhuatiran. Tidak tahu apa masalah yang akan dibawa balik oleh anak kita nanti yang perlu kita selesaikan. Oleh itu, mendidik anak kita pada usia yang masih mentah merupakan pilihan yang betul dan penting sekali untuk kita! Setelah mengetahui kepentingan pendidikan anak, sekarang timbul pula pertanyaan: “Bagaimana kita mengajar anak kita?” atau soalan dalam bentuk lain: “Apakah itu pendidikan?” Jawapannya: Pendidikan menerusi “Teladan yang baik”. Ya, betul! Mari kita memberi satu tepukan kepada kawan kita yang menjawab! Jawapan sebegini pasti tidak dapat disumbangkan oleh ibu bapa yang baru berumur 30-an atau 40-an. Yang berpendapat sebegini biasanya ialah mereka yang telah tua. Saya pernah bertanya soalan yang sama terhadap seorang bapa semasa lawatan saya ke Malaysia. Jawapan dia ialah “Tujuan pendidikan ini ialah mencapai markah 100%.” Jawapannya amat terus-terang, menunjukkan orang itu jujur, tidak suka berpura-pura. Pergaulan dengan ibu bapa adalah amat penting dalam proses pengajaran kita terhadap anak-anak mereka. Disebabkan itu, setiap kali apabila kita mengadakan ceramah khas untuk ibu bapa, saya akan melepaskan soalan pertama saya iaitu “Usaha untuk mengajar anak anda menjadi seorang yang bersopan santun lebih penting atau usaha untuk mempertingkatkan pencapaian markah akademik anak kita dari markah 98% hingga markah 100% ? Mana lebih penting? Pertama atau kedua? Jawabnya: Pertama! Kebanyakan kita akan menjawab pertama. Tetapi jika kita meninjau hakikat yang sebenar, kebanyakan ibu bapa sekarang sedang berusaha ke arah perkara pertama atau kedua? Jawab: Kedua! Ibu bapa sekarang apabila mendapat buku rekod pasti akan bertanya: “Mendapat kedudukan kelas berapa? Markah matematik berapa?”

Page 14: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

14

Para ibu bapa sekalian, kita perlu menginsafi kesalahan kita! Kita bukan selalu mengajar anak kita bahawa: “Kata mesti dikotakan!” Sebenarnya, ibu bapa kita ini juga merupakan mangsa kepada pendidikan yang salah, mereka masih tidak mengerti kepentingan “Kelakuan seorang anak boleh mempengaruhi seluruh kehidupannya”. Kebanyakan ibu bapa sekarang berasa teguran kami ini kurang realistik. Bagi mereka markah peperiksaan itu lebih realistik. Keputusan akademik boleh digunakan sebagai alat menonjolkan diri di depan orang. “Anak saya mempunyai tiga mata pelajaran yang mendapat 100 markah”. Adakah kita pernah terfikir bahawa tindakan kita yang menyeret anak kita ke dalam arus persaingan markah ini akan menghasilkan kesan buruk? Percaturan hidup anak kita akan diselewengkan ke arah mana? Ke arah status? Atau wang?

Para ibu bapa sekalian, saya juga merupakan mangsa pendidikan yang berorientasikan prestasi akademik. Saya masih ingat pada masa saya di sekolah menengah, pernah sekali saya menangis sepanjang hari kerana mendapat 98% markah. Mengapa? Hal ini adalah kerana pada masa itu pihak sekolah hendak mengkategorikan semua murid ke kelas-kelas yang berlainan mengikut prestasi akademik mereka. Saya amat gelisah dan risau bahawa saya mungkin tidak dapat memasuki kelas elit iaitu kelas yang terbaik kerana kekurangan dua markah! Masa depan saya akan hancur kerana dua markah ini! Sebenarnya keadaan pada masa itu tidak sebegitu serius seperti yang saya fikirkan! Tetapi mengapa kegelisahan saya begitu hebat? Sungguhpun pada umur yang kecil, saya telah tidak dapat menerima hakikat “kekalahan”. Sindrom “Hidup segan mati tak mahu” begitu kuat menghantui sanubari kecil saya! Adakah hidup saya bahagia pada masa itu? Inilah keadaan sebenar yang anak-anak kita hadapi sekarang! Dalam dunia persaingan ini, mereka yang ingin terus hidup perlu mengalahkan semua pesaingnya, mengeksplotasikan orang lain sebagai batu loncatan demi mencapai idaman mereka! Kita yang hidup dalam dunia ini kadang-kala akan kehilangan harga diri, kehilangan prinsip dan maruah diri.

Selain sikap buruk saya di atas, saya juga mempunyai satu sikap yang amat memalukan! Iaitu apabila cikgu memulangkan balik kertas peperiksaan kita, saya akan menjeling ke arah ruangan markah pada kertas peperiksaan rakan saya. Jika markahnya lebih tinggi daripada saya, saya akan berasa benci!

Page 15: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

15

Inilah sebabnya mata dan hidung saya menjadi kecil! Disebabkan kecil hati! Tidak dapat menerima hakikat “orang lain lebih handal daripada saya”. Pada suatu hari, saya terserempak dengan seorang kawan sekolah menengah. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam kedudukan kelas pada masa sekolah menengah. Apabila ditanya tentang kehidupannya sejak kebelakangan ini dia mengeluh bahawa dia berasa gelisah dan takut hendak bergaul dengan orang lain kerana pada anggapannya semua orang di sekelilingnya adalah berbahaya. Sambil bercakap dia menggigil. Penyakit jiwanya agak serius. Apabila meneliti secara mendalam faktor sebenar dia jadi begitu, saya mendapati bahawa kawan saya ini jarang bergaul dengan orang sejak mula bekerja. Dia asyik membaca buku sahaja. Hatinya kurang toleransi, senang terusik oleh perbuatan rakan sekerja yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja! Dia sudah kehilangan keupayaan bergaul dengan orang lain dan seterusnya kehilangan kebahagiaan hidup!

Marilah kita berfikir bersama-sama, jika kita asyik memaksa anak kita dalam pencapaian akademiknya, memaksa mereka mendapat pangkat universiti, master atau “doctorate”. Adakah kita boleh menjamin bahawa mereka akan mendapat kerja yang baik dan tidak akan menganggur! Mengikut kajian statistik, kebanyakan mereka yang menganggur ialah mereka yang berkelulusan tinggi sama ada universiti, master atau doctorate. Sebaliknya bagi mereka yang berkelulusan rendah tidak menganggur! Apakah sebabnya? Hal ini adalah kerana mereka yang berkelulusan tinggi ini berasa malu hendak bekerja buruh seperti menyapu lantai dan mencuci pinggan. Mereka tidak berminat terhadap kerja yang bergaji rendah. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah kesan buruk status dan sijil terhadap kita sehingga kita tidak sanggup menundukkan diri untuk berkhidmat untuk orang lain. Banyak usaha kerajaan melatih sumber-sumber manusia untuk pembangunan negara akan menjadi sia-sia sahaja kerana kebanyakan mereka yang dilatih tidak rela untuk berkhidmat. Angka pengangguran sekarang sangat tinggi! Jika anda bertanya mereka yang berpangkat CEO atau bertahap pentadbiran atasan bahawa “Pernahkah anda mendapat seorang pekerja yang berbakat, bertanggungjawab dan berkaliber dari golongan pemuda-pemudi sekarang?” Kebanyakan mereka akan menjawab: “Susah”. Bukankah taraf pendidikan kita semakin meningkat dan para siswa siswi kita semakin banyak keluar dari universiti pada masa ini? Tetapi mengapa

Page 16: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

16

masalah “ketandusan bakat” begitu umum berlaku di pelbagai industri kita?

Justeru, para ibu bapa sekalian, jika anda memberitahu anak-anak anda bahawa: “Anda hanya perlu fokus kepada peperiksaan sahaja, semua kerja rumah boleh diketepikan, sasaran anda ialah menempuhi semua peperiksaan sama ada yang besar atau kecil sehingga mendapat kelulusan universiti. Hidup anda akan dijamin bahagia! Anda sebenarnya memberitahu anak anda bahawa mereka yang pandai belajar pasti mendapat keselesaan hidup. Adakah andaian ini benar? Tidak semestinya! Jika anak anda sungguhpun berkelulusan universiti tetapi tingkah lakunya teruk, tidak tahu berbudi bahasa apabila bergaul dengan orang lain, hidup dia pasti akan kehilangan banyak peluang yang baik. Apakah kesan buruknya jika anak kita hanya tahu membaca tetapi tidak sanggup membantu ibu bapa dalam kerja rumah? Anak kita akan kekurangan sikap bertanggungjawab dan kurang amanah! Seorang yang bertanggungjawab akan sanggup memikul beban yang diberi kepadanya, berani memegang amanah yang dipesan kepadanya. Selain itu, mereka yang tidak pernah melakukan kerja rumah sukar memahami kesusahan ibu bapa mereka dan justeru itu kurang sikap menyayangi ibu bapa. Apabila kita memberi arahan kepada anak kita supaya belajar bersungguh-sungguh, mereka mungkin mengikuti arahan kita. Motif mereka berbuat demikian mungkin hanya untuk menjaga muka kita dan bukannya kerana dorongan hati yang “Mencintai ibu bapa”! Sebenarnya masa depan anak kita yang cerah ini bukan sahaja terletak pada keupayaan akademik mereka, tetapi yang lebih penting ialah nilai sahsiah mereka! Jika kita meninjau hakikat sebenar, mereka yang sukses dalam kerjaya seperti pengurus besar atau pengurus eksekutif tidaklah memiliki pencapaian akademik yang terulung!

Marilah kita mengkaji masalah di atas dari perspektif yang lain. Masalah kita sekarang ialah ketandusan sumber-sumber manusia yang berbakat dalam pelbagai bidang pekerjaan. Apakah definisi “pekerja yang berbakat”? Soalan ini tidak semestinya hanya boleh ditujukan kepada pakar sumber manusia. Kita sebenarnya boleh mencari jawapan melalui pengalaman hidup kita. Dalam perjalanan hidup kita mesti terdapat kawan yang sangat berjaya dan yang kurang berjaya. Apakah sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh mereka yang berjaya? Jawapan itu akan didapati jika hati kita tenang.

Page 17: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

17

Jawab : Sikap jujur, amanah dan rendah diri.Tanya : Baik, ada lagi?Jawab : Kata dikotakan, bersabar.

Baik, kita boleh menerbitkan sebuah buku bertajuk “Sifat-sifat yang diperlukan untuk mencapai kejayaan”. Banyak buku yang dipaparkan dalam kedai buku mengenai tajuk di atas juga menyatakan sifat-sifat yang anda sebutkan tadi! Sekarang kita telah mengetahui sifat-sifat yang perlu oleh seorang yang ingin mencapai kejayaan pada masa depan. Kita tahu bahawa sikap jujur amat penting. Para ibu bapa sekalian, adakah anda mengajar anak anda bersikap jujur? Kebanyakan ibu bapa berasa sikap jujur ini amat penting tetapi hati mereka pula gelisah dan berprasangka bahawa “jika anak saya diajar terlalu bersikap jujur, dia mungkin dibuli oleh orang lain apabila besar kelak!” Keyakinan ibu bapa kita itu begitu rapuh! Ada pula yang risau bahawa sikap yang terlalu merendah diri akan kekurangan daya bersaing! Keyakinan diri ini amat penting dan merupakan faktor asas sama ada anak anda akan berjaya pada masa depan atau tidak!

Sebenarnya, kebanyakan usahawan sudah mengetahui hakikat ini. Sejak berpuluh tahun yang lalu, negara-negara barat mementingkan pengurusan kualiti. Apa itu kualiti? Kualiti untuk produk. Pengurusan jenis ini bernama: “Kawalan Kualiti Secara Sempurna” (Total Quality Control). Sebagai contohnya, mikrofon ini memerlukan kualiti yang baik untuk mempertingkatkan daya saingnya dan memastikan pasarannya. Fokus yang kerterlaluan ke atas kualiti barang sahaja akan membawa satu masalah! Pada tahun 1995, terdapat sebuah bank bertaraf antara bangsa dari Britain bernama Barlin Bank diisytiharkan bankrap kerana penggelapan wang oleh seorang “Futures Trader” di cawangan Singapura. Dinasti perbankan yang mencatat sejarah lebih daripada 200 tahun ini musnah begitu sahaja disebabkan kecurangan yang dilakukan oleh seorang pekerja biasa. Para hadirin sekalian, pendidikan ala barat berorientasikan penyelesaian masalah pada permukaan dan bukan pada akar umbinya. Sebagai contohnya, jika kita mendapat penyakit barah. Penyelesaiannya dalam perubatan ala barat ialah menghilangkan gejala-gejala yang timbul. Manakala konsep perubatan tradisional Cina ialah “pembendungan lebih penting daripada penyelesaian”. Perkembangan sains dan teknologi negara barat sangat

Page 18: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

18

cepat tetapi kebanyakannya terletak pada penyelesaian masalah yang sudah timbul. Contohnya, apabila kita mendapat barah hati, cara perubatan barat ialah melakukan pembedahan pada bahagian hati yang mempunyai sel-sel barah. Adakah pembedahan jenis ini boleh menjamin penyakit barah akan sembuh 100%? Tidak boleh! Ia akan kembali semula mungkin dalam masa dua tahun. Kita tidak harus “mendendami” sel-sel barah. Penyakit ini merupakan hasil daripada ketidakseimbangan badan kita. Kita asyik mementingkan selera makan dan memakan makanan yang sedap, yang dapat memenuhi hawa nafsu kita! Selain itu, gaya hidup kita juga mengikut nafsu kita! Pemakanan dan gaya hidup sebegini akan memanjakan sel-sel kita sehingga mereka berkembang secara tidak normal! Proses ini bukan satu atau dua hari tetapi mengambil 10 tahun atau 15 tahun untuk berkembang menjadi tidak normal!

Struktur badan kita amat rumit. Apabila kita menggunakan cara pembedahan, sebenarnya tidak dapat mengatasi masalah pada akar umbinya! Sebaliknya, ia mungkin membawa kesan negatif! Jadi terdapat ramai pesakit barah mendapati badannya menjadi lebih teruk selepas menerima rawatan. Sebenarnya rawatan masa ini boleh disifatkan seperti contoh berikut. Terdapat selonggok sampah di atas lantai. Hal ini menarik kedatangan banyak lalat. Anda berasa terusik dan marah lalu menggunakan ubat pembasmi lalat untuk membunuh semua lalat itu. Masalah lalat nampaknya telah diselesaikan tetapi beberapa minit kemudian lalat-lalat yang lain pula yang datang! Pemikiran kebanyakan orang pada masa ini berorientasikan penyelesaian masalah pada permukaan. Ramai antara kita mengadu bahawa teman lelaki atau teman wanita saya tidak baik. Cara penyelesaiannya ialah “Tukar yang baru”. Adakah ini bermakna masalah telah selesai? Sebenarnya ini bukan masalah orang lain. Masalah ini timbul dari kita sendiri! Kita sendiri tidak tahu mencintai orang lain, tidak tahu menerima kesalahan orang lain dengan hati yang terbuka. Kita mesti menyelesaikan masalah pada faktor akar umbinya dan bukan pada “ranting-ranting ” atau “daun-daun” sahaja! Negara barat mula menginsafi bahawa terdapat satu faktor yang lebih penting yang boleh menentukan kejayaan sesebuah syarikat iaitu “Nilai Sahsiah” pekerja. Pada tahun 2001, terdapat sebuah lagi syarikat

Page 19: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

19

besar diisytiharkan bankrap kerana dua pengurus tingginya melakukan penyelewengan. Syarikat ini bernama “Kumpulan Anlong”. Syarikat merupakan syarikat yang ketujuh besar di dunia. Rekod jualan tahunannya melebihi beberapa ratus juta Dolar Amerika. Syarikat ini roboh begitu sahaja kerana sikap tidak bertanggungjawab dua orang pekerja! Oleh sebab itu, kebanyakan syarikat-syarikat besar dunia sekarang begitu giat melancarkan program “Kawalan Emosi Secara Sempurna” (Total Emotional Management) demi mempertingkatkan kualiti para pekerja, terutamanya tahap moral mereka! Bolehkah masalah di atas diselesaikan melalui program sebegini? Kebanyakan orang mempunyai konsep yang salah, mereka mengatakan bahawa wang berkuasa dan menentukan segala-galanya. Dengan menggunakan wang, anak kita boleh dididik menjadi baik. Kerajaan Amerika mempertingkatkan belanjawan untuk pendidikan sebanyak tiga kali ganda dari 2.5 juta ke 7.5 juta setelah menginsafi kepentingan pendidikan moral. Pada masa yang sama, mereka mengadakan satu kaji selidik psikologi terhadap 8000 orang pelajar sekolah menengah. Keputusan kaji selidik menunjukkan bahawa terdapat 71% pelajar pernah curi tengok semasa peperiksaan, terdapat 68% pelajar pernah terlibat dalam pergaduhan dan terdapat 35% pelajar pernah mencuri barang di pasar raya.

Soalan terakhir dalam kaji selidik itu berbunyi seperti berikut: Secara kesimpulan, adakah anda rasa tahap moral anda tinggi atau tidak? Para hadirin sekalian, adalah tidak dapat dipercayai bahawa terdapat 96% pelajar menganggap yang tahap moral mereka tinggi! Apakah kriteria penilaian pelajar-pelajar di atas? Ini mungkin kriteria penilaian mereka sendiri! Pelajar-pelajar itu mempelajari sikap-sikap buruk di atas dengan siapa? Jika pemimpin negara mereka asyik menyerang negara lain tetapi apabila berdepan dengan penduduk di negara sendiri mereka menyeru supaya: “Jangan Selalu Bergaduh! Inilah amalan yang buruk!” Adakah seruan ini berkesan? Pasti tidak berkesan. Jadi apakah sebenarnya inti pendidikan? Pendidikan ini bukan sekadar bergantung kepada wang, bukan hanya tinggal pada percakapan sahaja dan bukan juga hanya teori dalam buku. Yang penting ialah kefahaman yang betul terhadap konsep sebenar pendidikan!

Pendidikan itu merangkumi dua bahagian iaitu Pengajaran dan Pengasuhan. Pengajaran itu bermakna: “Orang atasan menunjukkan

Page 20: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

20

teladan, orang bawahan mengikut teladannya.” Manakala pengasuhan bermakna: “Mengasuhi generasi baru supaya berkelakuan mulia”. Dua ayat di atas menjelaskan secara terperinci inti dan konsep pendidikan.

Para hadirin sekalian, kepercayaan anda terhadap ajaran nenek moyang kita yang budiman ini terletak pada asas kefahaman anda terhadap buku-buku klasik mereka. Semakin mendalam kajian anda terhadap buku klasik ini, semakin anda menghormati kemuliaan nenek moyang kita. Jadi dalam pendidikan, perkara pertama yang perlu kita ajar ialah “Mengajar generasi muda supaya berkelakuan mulia”. Jika anak kita berhati baik dan berkelakuan baik, kawan-kawan sekelilingnya juga akan baik. Akhirnya, dia sendiri juga akan menikmati kebahagiaan hidup. Bagaimana kita mengajar anak kita berkelakuan baik dan mulia? Caranya bukan memaksa mereka membaca banyak buku. Cara yang betul ialah kita sebagai ibu bapa dan cikgu hendaklah menunjukkan teladan yang baik. Bila kita berkelakuan baik, anak kita akan berasa terharu dan akan terpengaruh. Anda mesti mempercayai konsep ini. Mungkin ada di antara anda tidak percaya apa yang saya kata. Sebabnya mungkin tiada insan yang betul-betul mulia di sekeliling anda yang menunjukkan teladan yang baik yang membuat anda terharu! Bak kata Konfusius: “Naluri setiap insan adalah suci dan mulia”. Teladan yang mulia yang ditunjukkan oleh mereka yang budiman pasti dapat mempengaruhi kita. Ini kerana teladan yang mulia yang mereka tunjukkan selaras dengan naluri kita. Kita pasti akan mencontohi teladan mereka yang mulia ini.

Semasa saya memberi ceramah saya di Shenzhen, saya berpeluang berkenalan dengan seorang guru. Ceramah saya di Shenzhen bertajuk “Tatasusila Pelajar”. Pada mulanya, guru itu kurang berminat terhadap tajuk ini. Bagi dia, tajuk ini sesuai untuk budak-budak kecil sahaja. Dia lebih suka saya mengajar kitab Analects (Lun Yu) (salah satu daripada empat buah kitab terpenting dalam ajaran Konfusius). Sungguhpun dengan hati yang kurang rela, dia tetap menghadiri kelas pertama saya. Setelah menghadiri kelas saya, dia berasa pandangannya yang sebelum ini adalah salah! Dia berasa malu kerana tidak dapat menepati syarat pertama “Tatasusila Pelajar” yang paling asas iaitu “Xiao” (ketaatan kepada ibu bapa). Dia berasa tiba masanya dia mengimbas kembali segala tingkah laku yang pernah dilakukannya selama ini supaya dapat memperbaikinya! Para hadirin sekalian, sikap

Page 21: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

21

mengakui kesalahan sendiri adalah sikap yang mulia. Mereka yang selalu memahami kelemahan dan kesalahan diri merupakan orang yang berhati jernih dan berjiwa luhur. Hidupnya pasti tidak keruan. Bak kata pepatah: “Sikap mengaku salah merupakan jiwa orang yang berani”. Jadi, kita selalu kata hendak bertapa. Bagaimana hendak bertapa? Kita mestilah mengakui kesalahan diri sendiri dahulu barulah hati kita terang bagaikan sinar matahari, kehidupan kita barulah tenteram.

Pada Hari Ibu yang baru lepas, guru yang saya sebut itu berpeluang balik kampung. Dia merasa mesti mengambil kesempatan ini untuk membalas budi baik ibu bapanya. Secara kebetulan, hari itu juga merupakan hari jadinya. Para ibu bapa sekalian, apa yang terlintas dalam fikiran anak-anak sekarang apabila hari jadi mereka tiba? “Kek Hari Jadi”! Ada lagi? Motif pengajaran kita ialah mengasuh anak-anak kita supaya berkelakuan mulia! Adakah hati budak yang penuh dengan materialistik ini layak digelar “mulia”? Jadi, melalui reaksi anak-anak kita sebenarnya telah menunjukkan sama ada pengajaran kita sekarang ini efektif atau tidak? Apakah benih-benih pengajaran yang kita semai dalam sanubari anak-anak kita selama ini? Perkara ini perlu kita renungi secara mendalam! Hari jadi anak kita sebenarnya satu peluang keemasan untuk kita mengajar mereka bahawa hari ini merupakan hari di mana ibu kita telah menempuh kesakitan dan penderitaan. Kesusahan yang dialami oleh ibu semasa mengandung dan detik-detik penderitaan yang diharungi oleh para ibu apabila melahirkan anak harus dijelaskan kepada anak-anak kita supaya jasa ibu tidak luput daripada fikiran mereka. Pengajaran yang boleh menyebabkan anak kita menjadi seorang yang tahu mengenang budi dan membalas budi inilah yang dikatakan pengajaran yang betul! Disebabkan memahami teori di atas, pada Hari Ibu yang mulia ini, cikgu itu mengambil tiga buah kerusi lalu menjemput nenek, ibu dan bapanya duduk. Ibunya terharu dan hatinya terkesan lalu bertanya: “Anak ibu! Apa berlaku?” Cikgu itu lalu berkata: “Maaf ibu, saya sudah banyak membuat nenek, ibu dan ayah risau dan susah sepanjang 30 lebih tahun ini. Sekarang saya sudah insaf apabila mempelajari ajaran-ajaran budiman. Saya berjanji akan menjadi anak yang berbakti, tidak lagi membuat ibu bapa dan nenek risau. Budi dan jasa ibu ayah dan nenek selama 30 tahun ini akan saya simpan dalam hati. Hari ini hari jadi saya, saya hendak mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima

Page 22: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

22

kasih kepada ibu ayah kerana melahirkan saya. Izinkan saya menyembah ibu ayah dan nenek tanda kasih dan khidmat saya!” Lalu dia melutut tiga kali kepada ibu, ayah dan nenek diikuti dengan tundukan sebanyak sembilan kali. Barulah dia rasa selesai menunjuk adab dan hormat pada orang tua.

Apabila guru itu melutut dan menunduk kepada tiga kali pada ibu untuk kali yang pertama, ibunya mula terharu dan menitiskan air mata. Para hadirin sekalian, air mata yang menitis ini penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran hati seorang ibu. Sebenarnya ibu kita tidak pernah terfikir meminta balasan daripada kita. Tetapi jika kita sebagai anak dapat menunjukkan rasa sayang dan taat terhadap mereka, hati mereka pasti lega dan gembira. Di dalam dunia ini, siapa yang paling senang ditipu? Ibu kita! Mereka tidak inginkan balasan sungguh pun banyak berjasa! Mereka akan berasa cukup puas hati apabila mulut kita tidak berhenti-henti dengan kata-kata manis yang memuji mereka! Apabila guru itu mengucup tangan ibu kali yang kedua, anaknya yang darjah tiga mula bergerak ke arah bapanya (suami kepada guru itu) dan mula mengurut badan bapanya. Anaknya terpengaruh oleh suasana pada masa itu dan ingin melakukan sesuatu untuk menunjukkan sayangnya terhadap bapa! Inilah pengajaran melalui teladan. Setelah balik ke rumah sendiri, anaknya berterus terang kepada ibu bapanya: “Papa! Mama! Saya pun hendak sembah mama papa pada hari jadi saya tahun depan”. Inilah pengaruh pendidikan yang betul! “Orang tua menunjukkan teladan, orang muda mengikuti teladan”. Adakah pendidikan jenis ini memerlukan duit? Dalam dunia ini, terdapat banyak perkara yang amat bermakna yang tidak memerlukan duit untuk melaksanakannya!

Mari kita renung kembali apakah yang orang barat buat apabila menghadapi masalah keruntuhan akhlak? Mereka hanya menumpukan perhatian kepada penyelesaian masalah luaran. Tahukah anda apa itu batu asas nilai-nilai keperibadian seseorang? Banyak syarikat besar dari negara barat sekarang memperuntukkan bajet yang besar untuk latihan reformasi kakitangan mereka. Latihan sebegini kebanyakannya hanya untuk satu atau dua bulan sahaja. Cara mereka ini bagaikan “Sediakan payung apabila sudah hujan”. Bolehkah sikap dan kemesraan seseorang dipupuk dalam masa dua bulan? Seorang yang sejak kecil lagi bersikap dingin dan tidak suka senyum pada orang lain setelah melalui latihan selama dua bulan begini mula

Page 23: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

23

tersenyum pada pelanggan-pelanggannya. Apakah kesannya? Kebanyakan pelatih yang datang belajar akan memberitahu mereka bahawa “Jika anda tersenyum pada pelanggan, pelanggan akan gembira dan wang dalam kocek mereka akan berpindah ke dalam kocek anda!” Saya percaya semua pelanggan akan teruja setelah melihat senyum kambingnya! Senyuman mereka pasti tidak ikhlas dan kurang semula jadi. Mengapa? Disebabkan niat yang tidak ikhlas! Senyuman jenis ini memang senyum kambing!

Sebaliknya, pendidikan Konfucianisme mengetahui batu asas nilai-nilai keperibadian seseorang mesti disemai pada usia yang masih mentah. Bak kata pepatah: “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika sudah berusia, baru hendak membetulkannya, baru hendak memberi nasihat, bagaikan mencurah air ke daun keladi. Usaha kita akan sia-sia sahaja. Jadi ajaran ini mesti pada usia yang muda.

Kitab Yi Jing mempunyai satu nasihat yang amat bermakna: “Peringkat percambahan memerlukan pengasuhan dan pembetulan yang sewajarnya, ikhtiar ini paling luhur dan selaras dengan hasrat para budiman”. Peringkat percambahan ini merupakan peringkat yang penting bagi tumbesaran segala benda hidup di atas bumi. Pada peringkat ini, semua benda hidup berada pada keadaan rapuh dan mentah, memerlukan perlindungan yang sepenuhnya dan pengasuhan yang penuh kasih sayang! Selain itu, peringkat permulaan ini juga amat penting untuk kita “melentur buluh” iaitu memperbaiki segala sikap dan tindakannya demi melahirkan keperibadian yang mulia. Usaha-usaha ini begitu berharga dan bermakna. Ia boleh disifatkan ikhtiar yang paling luhur! Jika anda dapat melahirkan seorang Fan Zhongyan, inilah ikhtiar yang luhur! Adakah usaha ini susah? Tidak susah. Jika kita mula mendidik anak kita kepentingan sikap menyayangi ibu bapa, masa depan anak kita pasti menyerlah!

Ramai budak di Shenzhen mula belajar ajaran-ajaran berbudi bahasa. Ramai orang tua terpinga melihat perubahan sikap budak-budak mereka! Apabila mereka memberi ucap salam kepada orang tua, tundukan mereka sampai 90 darjah! Tingkah laku mereka membuat orang-orang tua berasa dihormati. Terdapat seorang budak semasa makan malam dengan keluarganya mulutnya kumat kamit berzikir. Orang-orang tua berasa

Page 24: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

24

hairan lalu bertanya apa yang dia zikirkan? Budak ini menjawab: “Tadi saya berzikir dan berterima kasih kepada ibu bapa yang mengasuh saya selama ini, berterima kasih kepada guru-guru yang mendidik saya, berterima kasih terhadap petani-petani yang bersusah-payah di sawah padi serta berterima kasih kepada semua orang yang menyumbangkan usaha mereka demi menghasilkan makanan hidangan hari ini! Syukur pada Tuhan kerana kita diberi rezeki yang banyak setiap hari.” Semua orang tua terpinga-pinga mendengar jawapan budak itu. Apabila semua orang hanya berfikir hendak makan sahaja, hati budak itu pula penuh dengan rasa mengenang budi yang melimpah-limpah dan bersyukur pada Tuhan! Semua orang tua terharu dan terpengaruh dengan keikhlasan budak itu!

Para hadirin sekalian, tulusnya budak ini? Alangkah bahagianya jika dapat hidup dalam dunia yang sentiasa mengenang budi! Jika kita dapat mendidik anak-anak kita menjadi insan yang baik dan mengenang jasa, dia bagaikan Fan Zhongyan yang hidup semula! Dia pasti mempengaruhi kehidupan banyak orang. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa hendaklah mengenal pasti kepentingan nasihat Kitab Yi Jing yang berbunyi “Peringkat percambahan memerlukan pengasuhan dan pembetulan yang sewajarnya, ikhtiar ini paling luhur dan selaras dengan hasrat para budiman.” Jika anak-anak kita diberi pendidikan budi bahasa yang luhur, adakah para ibu bapa masih perlu gelisah terhadap masa depan mereka? Apa yang perlu kita khuatiri? “Takut kerana salah, berani kerana benar”. Pandangan kita mesti jauh ke hadapan demi mendapat masa depan yang cerah! Jika pandangan kita sempit, masa depan kita pasti penuh dengan kemusykilan, hidup kita akan “hidup segan mati tak mahu! ”

Baru-baru ini, saya diberitahu bahawa terdapat banyak syarikat besar mula mencari sumber-sumber manusia dari pertubuhan-pertubuhan sosial yang mengajar pendidikan Konfucianisme. Bagi mereka, pemuda-pemudi yang menerima pendidikan Konfucianisme ini lebih bertanggungjawab dan boleh dipercayai! Para ibu bapa sekalian, jika pendidikan anak-anak anda adalah berorientasi ke arah menjadi seorang yang berbudi bahasa dan bertanggungjawab, anak-anak anda pasti akan menang dalam semua pertarungan hidup! Tadi kita menyentuh mengenai pilihan yang betul terhadap fokus

Page 25: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

25

pendidikan kita! Para ibu bapa sekalian, pilihan kita yang salah bukan sahaja mempengaruhi anda! Ia juga mempengaruhi keluarga anda dan cucu-cicit anda. Pernahkah anda terfikir bahawa keputusan dan pilihan yang kita buat sekarang akan memberi kesan berpanjangan terhadap generasi yang akan datang? Hidup kita ini bagaikan “bermain catur”. Setiap gerakan yang dibuat mesti difikir masak-masak. Pendirian kita tidak boleh bolak-balik, pergerakan kita tidak boleh hoyong-hayang! Jika seorang pemain catur boleh menganggar apa yang akan berlaku pada gerakan percaturan yang ke-100 atau ke-200 pada setiap pergerakan catur yang dibuat, pemain ini mempunyai gagasan. Jika kita boleh melayari hidup kita seperti pemain catur di atas, hidup kita akan penuh dengan peluang yang terbentang luas.

Orang yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan akan melayani pendidikan anaknya dengan penuh tumpuan dan bersikap berhati-hati. Ibu-ibu bapa yang berpandangan jauh ini banyak terdapat pada masa lampau Negara China. Negara China mempunyai tatasusila keluarga yang paling banyak di dunia. Contohnya seperti buku “Empat Ajaran Liao Fan”, buku “Ajaran Keluarga Zhu Zi”, buku “Ajaran Keluarga Yan” dalam mendirikan keluarga yang bahagia dan sebagainya. Banyak insan yang mulia dan berbudi mencatatkan pengalaman hidup dan pemikiran luhur mereka di dalam buku-buku klasik supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang akan datang. Jadi keputusan kita amat penting!

Apakah kriteria yang kita perlukan untuk membuat keputusan yang betul? Datuk saya merupakan seorang yang buta huruf. Beliau merupakan seorang nelayan. Begitu juga dengan adik-beradik datuk dan anak-anak saudaranya. Sungguhpun hidupnya sebagai seorang nelayan agak senang kerana terdapat banyak saudara-mara yang membantu, beliau rasa bersalah terhadap dirinya kerana buta huruf. Oleh sebab itu, betapa susah pun hidupnya, beliau tetap mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan cucu-cicitnya. Keputusan yang dibuat oleh datuk saya adalah betul. Generasi bapa saya terdapat seorang doctorate, dua orang sarjana muda dan seorang berkelayakan menengah tinggi. Manakala generasi saya pula terdapat dua orang doctorate dan yang lain sekurang-kurangnya berkelulusan universiti! Jadi, kita perlu berhati-hati dalam setiap keputusan yang kita buat demi kebahagiaan hidup masa depan kita. Di sinilah sahaja perbincangan kita untuk sesi yang pertama ini. Sekian terima kasih!

Page 26: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

26

Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat

Selamat sejahtera diucapkan kepada anda semua! Kita memerlukan pemerhatian yang tajam atau keupayaan membeza antara yang betul dengan yang salah dengan tepat supaya kita dapat membuat keputusan dengan betul. Keupayaan sebegini bukan lahir secara semula jadi tetapi menerusi pembelajaran. Keupayaan ini juga amat bergantung kepada sama ada seseorang itu memiliki fikiran yang rasional dan minda yang jelas atau tidak. Jika fikiran kita tidak rasional dan minda kita tidak waras, keputusan yang dibuat akan dilakukan secara terburu-buru dan mungkin menyebabkan kekesalan. Bak kata pepatah: “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Kekesalan itu biasanya terlewat kerana pemerhatian yang tidak cukup dan keputusan salah yang dibuat. Jadi kewarasan minda seseorang perlu dipupuk pada usia yang muda supaya perjalanan hidupnya tidak akan melakukan sebarang kekesalan.

Bagaimana kita mempelajari cara-cara membentuk minda yang waras? Sekarang ramai orang suka membaca. Adakah minda yang waras dibentuk daripada pembacaan yang banyak? Pada zaman moden ini, budaya membaca agak kuat tetapi penyakit jiwa masih begitu lumrah berlaku di kalangan kita. Apakah sebabnya? Terlalu banyak membaca? Semakin banyak buku yang dibaca, semakin sakit jiwa!

Pada zaman moden ini, kita perlu pemerhatian yang tajam dalam pemilihan buku. Zaman ini digelar zaman “Ledakan Ilmu” iaitu pelbagai jenis ilmu pengetahuan sama ada yang baik atau yang buruk bercampur aduk di pasaran. Terdapat ramai budak kecil membaca buku yang salah. Terdapat seorang budak yang baru berumur enam tahun membaca sebuah buku psikologi. Sebelum membaca buku itu, budak tersebut sangat berharap ibunya dapat melahirkan seorang adik untuknya supaya boleh menjadi temannya. Tetapi setelah membaca buku itu, dia bertukar fikiran kerana jika dia ada seorang adik lagi akan menyebabkan kasih sayang ibu terhadapnya berkurangan. Membaca ini sebenarnya tabiat yang baik tetapi jika salah membaca, ia merupakan satu pencemaran minda. Justeru, kita perlu pandai memilih buku yang betul untuk dibaca!

Page 27: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

27

Para hadirin sekalian, terdapat satu pepatah yang berbunyi, “Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.” Nila setitik yang jatuh ke dalam susu ini mungkin hanya mengambil masa satu saat. Tetapi jika hendak memulihkan susu ini daripada pencemaran nila ini memerlukan berapa lama? Masa yang diperlukan mungkin 10 kali ganda atau 100 kali ganda lebih lama. Jadi apabila minda anak anda telah tercemar, anda memerlukan masa yang amat panjang untuk membersihkannya.

Apabila saya bergaul dengan rakan sekerja saya, mereka selalu menyatakan kepada saya betapa menariknya rancangan-rancangan yang lucu yang ditontoninya sehingga dia ketawa berguling-guling. Saya selalu membetulkan mereka dengan bertanya: “Adakah anda rasa mencungkil kesulitan dan kelemahan orang lain untuk dijadikan bahan ketawa ini betul?” Dia menjawab: “Ini tidak betul! Tetapi ia memang amat lucu!”

Adakah kita pernah terfikir bahawa tingkah laku kita ini akan diteladani oleh anak kita! Mereka akan menganggap bahawa tingkah laku kita ini betul. Anak-anak kita lama-kelamaan akan bersikap kurang sopan dan suka melakukan perkara yang menyinggung perasaan orang lain atau mengambil kesempatan terhadap orang lain! Kawan-kawannya mungkin menjadi objek gurauan dan ejekannya! Kadangkala sangat susah atau sudah terlambat apabila kita hendak membetulkan sikap buruk yang sudah tersemat kukuh dalam batin mereka. Nasi sudah menjadi bubur! Kebanyakan isi kandungan sama ada dalam rancangan televisyen atau dalam buku terdapat unsur-unsur yang tidak baik seperti yang saya sebutkan tadi.

Terdapat sebuah buku yang bertajuk: “Bapa Miskin dan Bapa Kaya” (Poor Dad Rich Dad). Buku ini amat popular dan laris belakangan ini. Mungkin ada antara anda pernah membacanya. Terdapat seorang ibu setelah membaca buku tersebut berasa amat gembira dan datang memberitahu saya: “Cikgu Tsai! Buku ini amat berguna. Buku ini telah mengubah sikap malas anak saya. Ia bagaikan ubat yang sangat mujarab. Saya menyuruh anak saya mengelap lantai dengan syarat saya memberi dia duit 2 Renminbi; sidai baju akan mendapat 2 Renmimbi; manakala membasuh pinggan boleh mendapat 3 Renminbi. Anak saya yang sebelum ini berat tulang tiba-tiba bertukar menjadi begitu bersemangat untuk membuat kerja rumah.” Adakah cara ini

Page 28: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

28

berkesan? Ubat yang sangat mujarab ini biasanya amat berkesan. Ubat atau suntikan jika diberi kepada mereka yang batuk atau selsema akan berkesan dalam 5 minit atau 10 minit. Orang ramai pada masa ini sangat gilakan ubat-ubatan yang dikatakan sangat mujarab. Hal ini memberi kesempatan kepada ramai orang jadi penipu! Terdapat seorang isteri yang menghadapi masalah perhubungan dengan suaminya selama 10 tahun, lalu dia pergi mencari seorang bomoh untuk menyelesaikan masalahnya. Bomoh itu memberitahunya bakarlah kertas sihir dan beri minum pada suami, nanti hubungan suami isteri anda akan menjadi mesra!

Perkara seperti ini begitu lumrah berlaku pada zaman moden ini. Adakah hubungan yang sudah lama menghadapi masalah boleh dipulihkan hanya dengan cara minum air abu kertas? Jika kita tiada fikiran yang waras kita akan senang ditipu. Kebanyakan kita kurang sabar dan inginkan “ubat yang sangat mujarab” apabila menghadapi masalah.

Sebenarnya, pemikiran yang sebegini tidak selaras dengan peraturan alam semula jadi. Mereka yang mendapat selesema akan berhingus. Apakah punca utamanya? Para hadirin sekalian, adakah lendir hingus ini merupakan virus? Ia sebenarnya hasil sampingan akibat pertempuran antara daya pertahanan badan kita dengan virus. Keadaan yang sama berlaku pada bahagian badan kita yang luka. Luka akan bernanah yang bermakna sistem daya pertahanan badan anda dapat berfungsi dengan sempurna apabila terdapat serangan virus. Anda sepatutnya berasa gembira jika berhingus semasa selesema. Jika anda berasa kurang selesa terhadap lendir hingus itu dan cuba menahannya dengan makan ubat antibiotik, tindakan anda ini mungkin dapat membasmikan virus tetapi pada masa yang sama ia akan melemahkan daya pertahanan anda dan menyebabkan virus-virus yang baik untuk badan yang terkandung dalam sistem penghadaman anda seperti usus juga terus terbasmi. Justeru didapati budak yang habis makan ubat atau menerima suntikan, mukanya akan menjadi pucat lesi dan kurang selera makan. Kekurangan khasiat akan menyebabkan daya pertahanannya lebih lemah. Jaringan kesan buruk ini akan bertambah serius. Akhirnya daya pertahanan anak-anak kita menjadi begitu rapuh dan senang terdedah kepada sebarang penyakit. Kita kena selalu membawa mereka berjumpa doktor, banyak masa dan wang akan dibazirkan. Jadi banyak teori dalam

Page 29: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

29

buku perlu dibaca secara teliti dan jangan terus dipraktikkan secara membabi buta.

Ibu yang saya sebut tadi itu datang mencari saya dengan muka yang nampak sedih selepas dua minggu mempraktikkan teori yang dibaca dari buku tersebut. Dia mengadu kepada saya: “Cikgu Tsai! Masalah lain pula yang berlaku!” Saya bertanya: “Apa masalahnya?” Dia memberitahu saya bahawa petang itu dia menggunakan cara yang sama untuk menyuruh anaknya menyidai baju kerana dia rasa penat lepas bekerja. Seperti biasa, dia berjanji akan memberi anaknya duit 2 Renminbi. Tanpa disangka, anaknya menjawab: “Saya pun amat letih hari ini dan saya rasa cukup sudah rezeki yang saya dapat hari ini, saya tak mahu sidailah!” Ibu itu terkejut dengan sikap anaknya. “Ubat” yang selama ini dianggap mujarab itu tiba-tiba hilang kesannya! Para ibu bapa sekalian, adakah keluarga itu tempat untuk kita berniaga dan mencari untung? Tidak! Keluarga sepatutnya tempat yang penuh kebahagiaan dan keharmonian dan tidak harus dicemarkan oleh unsur-unsur materialistik. Keluarga tempat kita menyumbangkan usaha dan tempat kita mencurahkan kasih sayang. Keluarga menjadi tapak untuk belajar sikap mengenang budi terutamanya kepada ibu bapa. Keluarga asas untuk kita mengenal erti amanah dan memahami tanggungjawab kita sebagai anak yang soleh! Oleh itu kita memerlukan pemerhatian yang tajam semasa membaca supaya tidak dicemari oleh budaya yang salah dan tercemar.

Selepas ini, marilah kita meninjau pula persoalan: Apakah jenis ilmu pengetahuan yang harus kita timba demi kebaikan minda kita? Marilah kita tinjau bersama-sama. Saya ingin bertanya satu soalan: “Terdapat seorang ahli psikologi, beliau pernah menulis sebuah buku pada umur 40-an dan sebuah lagi pula pada umur 60-an. Para hadirin sekalian, anda ingin membaca buku yang ditulis pada umur berapa? ”Jawab : 60-anTanya : Mengapa?Jawab : Kerana pengalamannya lebih luas!

Pengalaman ini boleh dibahagikan kepada pengalaman yang baik dan pengalaman yang buruk. Ramai antara kita beranggapan bahawa mungkin semakin lama kita hidup dalam masyarakat ini semakin tinggi tahap

Page 30: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

30

kecerdikan kita. Adakah anggapan kita ini betul? Janganlah kita pandai membuat andaian dan memutuskan perkara yang kita tidak pasti dan rasa “mungkin” sahaja! Adakah semakin lama kita hidup semakin tinggi tahap kecelikan kita? Tidak semestinya. Masyarakat kita sekarang ini merupakan satu lembah yang penuh pencemaran. Semakin lama kita berkecimpung di dalamnya, semakin tercemar minda kita. Para hadirin sekalian, minda seorang yang berumur 20-an lebih suci atau minda seorang yang berumur 40-an? Mereka yang suci akal fikirannya dan jernih hati itu lebih celik terhadap kebenaran atau mereka yang kotor jiwa dan karat hati ?

Pendirian kita mesti kukuh dan setiap langkah yang dipilih mesti tepat supaya kita betul-betul mendapat “khazanah” dalam kehidupan. Perjalanan hidup kita ini bagaikan “jalan sehala” yang tidak boleh berpatah balik. Jadi setiap pergerakan kita mesti berhati-hati dan jangan ke tengah dan ke tepi tidak menentu. Jangan kita percaya secara membabi buta terhadap percakapan orang lain yang dia sendiri pun rasa tidak pasti dan hanya “mungkin” benar sahaja. Adalah tidak berbaloi jika kita menggadaikan kebahagiaan hidup kita atau masa depan anak-anak kita kepada sesuatu ideologi, semata-mata ingin membuktikan yang ideologi ini adalah benar! Tindakan kita ini amat berbahaya! Janganlah kita mempercayai sebarang ideologi sebelum kita buktikan kebenarannya. Ilmu dan budaya Cina pada masa lampau ini telah melepasi dan menempuhi segala macam dugaan dan ujian sejarah selama beribu-ribu tahun dan telah terbukti kebenarannya. Kebenaran ini adalah melepasi jangkauan masa dan dimensi!

Marilah kita tinjau bersama-sama. Manusia yang hidup pada lima ribu tahun dahulu mementingkan “Xiao” (Ketaatan Kepada Ibu Bapa). Selepas lima ribu tahun kemudian, adakah kita masih perlukan “Xiao” supaya menjadi seorang yang betul-betul berbudi? Perlu! Jadi kebenaran ini melepasi jangkauan masa! Orang timur memerlukan “Xiao”, bagaimana pula dengan orang barat? Apabila orang barat terbaca cerita berkenaan dengan “Xiao”, apakah reaksi dalam hati mereka? Mereka pasti berasa gembira. Hal ini adalah kerana “naluri setiap insan adalah suci dan murni”. Apabila kita mengadakan kelas “Di Zi Gui” di Australia, sebagai wakil dari negara China yang sejak dulu terkenal dengan gelaran “Negara yang bersopan-santun dan bertolak ansur”, kami memberi ruang duduk di depan kepada tetamu-tetamu warga

Page 31: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

31

Australia dan kami sebagai tuan rumah duduk di belakang. Ayat-ayat dalam “Di Zi Gui” kebanyakannya merupakan hasil pengalaman hidup dan budi para budiman pada masa lampau. Contohnya “Pagi ikhlas menegur, malam selesa tidur” merupakan tingkah laku yang dilaksanakan oleh Maharaja Zhou Wenwang pada Dinasti Zhou; manakala “Bila sejuk panaskan badan, bila panas nyamankan badan” pula merupakan tindakan yang dilakukan oleh seorang budak perempuan pada Dinasti Han yang bernama Huang Xiang terhadap bapanya. Apabila cikgu kita bercerita tentang perkara-perkara di atas, saya yang duduk di belakang mendapati warga-warga Australia yang duduk di depan itu mendengar sambil mengganggukkan kepala mereka. Saya berasa amat hairan terhadap reaksi mereka. Semasa sesi perbincangan, warga-warga Australia itu memberitahu kami bahawa mereka amat bersetuju dengan sikap murni yang terdapat pada pemikir-pemikir budiman dan ahli-ahli falsafah pada masa lampau. Mereka beranggapan bahawa inilah syarat-syarat paling asas untuk kita digelar sebagai manusia. Manusia sepatutnya bersikap sebegini. Oleh itu, sikap menyayangi ibu bapa inilah kebenaran yang melepasi jangkauan masa dan dimensi. Kebenaran sebegini yang patut kita cari dan hayati secara mendalam dalam jangka hayat kita yang pendek ini.

Para hadirin sekalian, kita akan membuat pilihan dan keputusan yang betul jika kita benar-benar berfikiran waras. Satu keputusan dan pilihan yang amat penting untuk kita buat iaitu memilih fikiran dan persepsi kita. Para hadirin sekalian, fikiran dan minda anda sekarang berada dalam keadaan apa? Mengapa fikiran dan minda kita begitu penting? Fikiran anda menentukan kelakuan anda, kelakuan anda lama-kelamaan akan menjadi satu kebiasaan, kebiasaan pula akan menjadi satu tabiat. Akhirnya tabiat itu akan menentukan nasib anda. Seorang itu bahagia atau tidak bergantung kepada apa? Fikiran! Kita boleh tentukan keturunan seseorang itu selagi ibu bapanya berbangsa yang sama dengan dirinya sungguhpun dia mungkin dibesarkan di Amerika. Darah yang mengalir di dalam badannya merupakan baka bangsanya yang tulen. Bagaimana pula dengan pemikirannya? Adakah pemikiran penting atau baka lebih penting? Baka seseorang tidak boleh mempengaruhi hidup dan masa depannya tetapi pemikiran seseorang itu boleh. Jadi kita perlu berfikiran realistik, perlu meneliti benda pada intisarinya dan bukan permukaannya semata-mata.

Page 32: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

32

Mari kita membuat satu kaji selidik. Adakah pemikiran kita ini pemikiran mengikut fikiran asal usul kita atau asal usul orang lain. Para hadirin sekalian, adakah anda sudah ada jawapan? Dalam masyarakat masa ini, kita dapat melihat banyak berlaku perselisihan faham antara individu, dan yang paling lumrah pertengkaran antara bapa dengan anak. Apabila kita membuka suratkhabar, yang terpapar di depan mata kita kebanyakannya berita perselisihan faham dan pertengkaran antara bapa dengan anak, abang dengan adik. Mahkamah yang dibina sekarang semakin hari semakin besar. Mengapa? Disebabkan pertengkaran semakin banyak. Banyak kes pergaduhan menunggu giliran untuk dibicarakan. Selain itu, kes-kes perceraian suami isteri semakin meningkat sejak tahun-tahun belakangan ini. Pertengkaran antara individu-individu ditambah pula dengan pertengkaran antara kumpulan dan perselisihan antara kaum sangat memudaratkan keadaan sekarang. Kumpulan dan kaum yang berbeza sekarang saling berperasaan hasad dengki dan serang-menyerang. Begitu juga dengan hubungan di antara negara yang berbeza. Peperangan sudah menjadi berita yang lumrah dalam suratkhabar. Sungguh rasa bahagia jika hari ini tiada berita mengenai peperangan terpapar dalam akhbar!

Para hadirin sekalian, pertengkaran itu adalah satu akibat. Adakah berguna jika kita hanya mengeluh terhadap perkara yang sudah berlaku? Tidak berguna! Dunia sekarang ini bagaikan sepetak sawah yang dahan padinya tidak sihat dan tumbuh secara merunduk. Adakah berguna jika anda sebagai petani berasa marah dan membentak tangkai-tangkai padi tersebut? Penat bagaimanapun anda memarahi padi itu, adakah padi tersebut akan tumbuh dengan betul dan lurus! Biar sehari suntuk anda membentak pun, padi itu tidak akan lurus balik. Sebaliknya, keadaan mungkin menjadi lebih teruk, padi-padi itu semua mungkin mati lepas dimarahi! Bak kata pepatah, “Yang insaf mencari sebab, yang bingung takutkan akibat.” Mereka yang insaf selalu mencari faktor sebenar berlakunya sesuatu kejadian. Mereka yang bingung pula akan rasa takut dan gementar apabila berdepan dengan akibat. Jadi adalah tidak berguna jika kita selalu gelisah terhadap kesihatan kita, gelisah terhadap samada anak saya akan menghormati saya. Kegelisahan ini tidak akan membantu kita meyelesaikan masalah. Pertengkaran sesama individu atau peperangan di antara negara hanya boleh dielakkan setelah kita dapat mencari faktor akar umbi perselisihan itu. Faktor akar umbinya

Page 33: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

33

ialah pemikiran kita.

Kebanyakan pemikiran orang masa ini adalah berlandaskan egoism. “Saya” paling besar, semua benda dan perkara mesti berpusat pada “saya”. Orang yang ego hanya mementingkan diri sendiri. Jika hanya mementingkan diri sendiri pasti tidak dapat menjaga hak-hak orang lain. Persaingan untuk menuntut hak diri sendiri akan berlaku. Persaingan yang sengit akan menyebabkan persengketaan. Persengketaan yang dinaikkan tarafnya akan menjadi peperangan. Peperangan jika tidak dapat disekat akan tiba pula “Hari Kiamat”. Para hadirin sekalian, bolehkah kita menyekat peperangan dengan bersikap neutral dan menyeru: “Jangan berperang!” Apakah faktor utama berlakunya peperangan? Pemikiran kita merupakan faktor utama! Pemikiran kita ini boleh mendorong tindakan yang kita buat.

Egoism mungkin susah difahami. Egoism dalam perkataan biasa ialah sikap “mementingkan diri sendiri”. Para hadirin sekalian, bila anda mendapat sekeping coklat yang sedap, siapakah yang anda rasa hendak berikan? Saya pernah bertanya soalan yang sama dalam satu kursus. Saya mendapat tiga jawapan yang berlainan. Terdapat seorang pemuda yang berumur 30-an yang duduk di depan menjawab: “Terus makan sahaja!” Pemuda ini amat terus-terang. Yang duduk dua baris di belakang terdapat seorang ibu yang berumur 40-an pula menjawab: “Berikan kepada anak saya!” Manakala yang duduk di baris yang paling belakang pula terdapat seorang yang berumur 60-an pula berkata: “Berikan kepada ibu bapa!” Para hadirin sekalian, siapa yang lebih berbudi dan beramal? Yang berumur 30-an, 40-an ataupun yang berumur 60-an? 60-an! Yang berumur 60-an ini mungkin seorang yang buta huruf. Manakala yang berumur 30-an ini mungkin berkelulusan universiti. Jadi kelulusan yang tinggi tidak semestinya menunjukkan tahap moralnya juga tinggi! Tidak semestinya dia tahu beramal!

Saya selalu bertanya budak-budak kecil. “Adakah mereka yang berkelulusan universiti itu pasti bermoral dan mempunyai nilai kebudayaan yang tinggi?” Mereka akan terus menjawab: “Ya, pasti tinggi!” Saya pula bertanya: “Adakah mereka yang tidak menghormati dan menyayangi ibu bapa ini layak digelar orang yang bermoral dan bernilai kebudayaan yang tinggi?” Mereka pula menjawab: “Tidak!” Akhirnya saya pula bertanya: “Seorang yang

Page 34: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

34

berkelulusan universiti tetapi tidak menghormati dan menyayangi ibu bapa ini layak digelar orang yang bermoral dan bernilai kebudayaan yang tinggi?” Mereka ternganga mendengar pertanyaan saya dan tidak mampu memberi jawapan. Jadi persepsi kebanyakan orang sekarang adalah salah. Tahap moral dan nilai sahsiah seseorang dapat diketahui dengan cepat melalui satu tindak-tanduknya atau satu reaksinya. Orang pertama yang berumur 30-an terlintas dalam fikiran ialah “diri sendiri” iaitu satu pemikiran yang mementingkan diri sendiri. Bagi yang berumur 40-an pula, yang terlintas dalam fikirannya ialah anak sendiri. Adakah fikiran sebegini betul? Jawapan sebegini seolah-olah ada kebenaran dan boleh dilaungkan secara lantang dengan penuh keghairahan. Tetapi jika anda berkata demikian pada 200 tahun dahulu anda pasti diejek dan dikritik. Anda mungkin dituduh tiada akal yang mulia. Hal ini kerana jika kita hanya terfikir akan anak kita sendiri sahaja apabila mendapat makanan yang sedap, anda sebenarnya memberi satu iktibar yang amat buruk kepada generasi yang muda. Mereka akan berasa siapa yang lebih penting dan lebih berkedudukan dalam keluarga ini? “Saya” yang lebih penting. Anda sebenarnya menyemaikan benih-benih yang boleh mendorong nafsu pentingkan diri sendiri dalam hati kecil mereka. Sebaliknya jika coklat ini diberikan kepada datuk dan nenek, anak anda yang duduk sebelah akan rasa terharu apabila melihat kegembiraan dan kelegaan datuk dan nenek. Anda sebenarnya telah mengajar anak anda bagaimana menjadi seorang anak yang mulia!

Contoh di atas harus kita renungi secara mendalam. Jika kita lebih mementingkan diri sendiri, kita tidak layak digelar keturunan orang baik-baik. Sikap mementingkan diri sendiri ini sebenarnya dipengaruhi oleh ideologi kapitalistik dan materialistik. Para hadirin sekalian, berapa orang antara kita sekarang dipengaruhi oleh ideologi sebegini? Angka ini sebenarnya semakin meningkat! Adakah kita ingin melihat angka ini semakin hari semakin meningkat? Adalah susah dijangka akibatnya jika angka di atas terus meningkat dengan tiada batasan! Apakah langkah penyelesaian yang paling asas? Melalui perubahan fikiran! Kebanyakan kita sekarang berasa yang peperangan dan hari kiamat tidak mungkin akan berlaku dalam tempoh hayat yang kita lalui. Apakah definisi hari kiamat? Banyak antara kita beranggapan bahawa apabila hari kiamat berlaku akan terdapat letupan bom-bom nukleur sehingga memusnahkan bumi dan kita semua akan

Page 35: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

35

mati. Sebenarnya apabila peperangan berlaku, yang hidup lebih terseksa berbanding dengan yang mati. Apa jenis kehidupan yang membuat kita rasa amat terseksa dan inginkan mati? Adakah anda mempunyai pengalaman yang sebegini? Nampaknya tiada antara anda yang pernah menempuh detik-detik sebegini! Hal ini menunjukkan anda semua ini amat bahagia. Jika kita ada anak yang selalu membuat kacau dan membuat kita risau serta sedih tiap-tiap hari, hidup kita seolah-olah lebih terseksa daripada mati. Keadaan di atas menghantui semakin banyak keluarga jika masyarakat kita hari ini semakin runtuh akhlaknya.

Di Sichuan, China pernah berlaku satu kes di mana seorang budak berumur 13 tahun menyediakan makanan untuk ibu dan bapanya. Lepas makan hidangan daripada anak mereka, kedua-dua ibu dan bapa itu mati. Disebabkan keluarga itu miskin, mayat ibu dan bapa itu dikebumi secara terus tanpa melakukan sebarang bedah siasat. Semasa majlis membaca doa yang dilangsungkan di pusara ibu bapanya, si anak itu menunjukkan sikap yang tidak sabar. Dia melakukan sembahyang secara sambil lewa dan tidak bertangguh-tangguh untuk menuangkan semua makanan yang disediakan untuk sembahyang ke dalam tong sampah sungguhpun upacara belum habis. Kelakuan budak itu yang kurang sopan diperhatikan oleh makciknya yang juga turut hadir sama. Makcik itu merasa hairan dan timbul persoalan dalam fikirannya. “Mengapa seorang anak boleh berkelakuan kurang sopan di depan pusara ibu bapanya?” Tiba-tiba budak itu tampil di depan makciknya dan bertanya sama ada makcik itu tahu atau tidak bahawa ibu atau bapanya ada membeli insuran nyawa? Makcik itu seorang yang sensitif dan mengagak budak itu mempunyai hasrat yang terpendam di dalam hatinya. Dia mengesyaki budak itu dan dengan segera membuat laporan polis. Dari penyiasatan polis didapati budak itu telah meracun kedua ibu dan bapanya. Motifnya membunuh ialah untuk mendapatkan pampasan insuran nyawa ibu bapanya supaya dapat membeli sebuah telefon bimbit idamannya! Pampasan itu hanya sebanyak 10 ribu Renminbi, tetapi budak kecil itu sanggup menggadaikan nyawa kedua-dua ibu bapanya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, betapa dahsyatnya godaan nafsu kita sehingga melenyapkan naluri kita yang sepatutnya suci dan mulia. Jadi pendidikan kita seharusnya berorientasikan pemupukan nilai-nilai

Page 36: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

36

sahsiah anak kita bukan asyik memperhambakan mereka kepada wang dan nafsu? Dengan satu pilihan kita boleh menghasilkan dua keputusan yang amat bercanggah. Jika anda mengajar anak anda menyayangi ibu bapa dan memahami tanggungjawab diri sendiri, anak anda akan menjadi seorang yang berguna dan amanah kepada masyarakat. Dia akan merasa belajar dengan bersungguh-sungguh itu merupakan tanggungjawab yang paling asas untuknya sebagai seorang anak. Dia pasti tidak akan membuat ibu bapanya risau. Nilai sahsiah sebegini harus dipupuk di kalangan budak-budak sekarang. Jika kita sebagai ibu dan bapa mengemukakan syarat kepada anak-anak kita: “Jika sayang ibu mendapat tempat kedudukan ke-tiga atau ke atas dalam peperiksaan, ibu ayah akan belanja makan di KFC. Kalau masa di sekolah menengah kedudukan dalam peperiksaan pun cemerlang juga, ayah ibu akan belikan kamera digital. Jika berjaya memasuki univerisiti, ibu dan bapa akan belikan sebuah komputer yang canggih!” Jika kita membimbing anak kita begitu, apa akan berlaku? Adakah anda tahu bahawa anda sedang menjerumuskan anak anda ke dalam lembah nafsu dan tidak tahu berterima kasih. Anak anda pasti tidak menghayati tanggungjawab diri sendiri kerana ia sudah terbiasa dengan kemahuan materialistik yang meluap-luap.

Sekarang ramai pelajar apabila berjaya memasuki pusat pengajian tinggi akan meminta daripada ibu bapa mereka: “Belikan saya baju yang berjenama!” Ibu bapa kemudiannya merasa hairan mendengar permintaan tersebut lalu bertanya: “Mengapa?” Anak itu pula menjawab: “Saya berjaya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi awam, saya telah menjimatkan wang ibu dan ayah. Saya patut dapat hadiah dan balasan dari ibu ayah!” Apa reaksi ibu bapa itu jika mendengar alasan yang diberi oleh anaknya? Mereka pasti mengeluh dan menggelengkan kepala seperti anda semua buat sekarang! Tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna! Apakah faktor utama yang menyebabkan anak kita berperangai sedemikian? Ini disebabkan pergaulan kita dengan anak kita selama ini adalah berasaskan nilai materialistik bukan berdasarkan sahsiah? Kesannya anak kita akan hidup semakin ego dan pentingkan diri sendiri!

Jika kita tidak inginkan keruntuhan akhlak dan tumbangnya benteng moral, kita perlu bertindak dari diri kita sendiri. Kebanyakan kita mempunyai anggapan bahawa “Apa boleh kita buat terhadap masyarakat

Page 37: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

37

yang sudah menjadi demikian?” Adakah pemikiran kita ini berguna? Adakah anggapan kita ini mendatangkan manfaat kepada keluarga dan masyarakat kita? Adakah fikiran kita ini waras atau tidak? Kita tidak harus rasa rendah diri dan mempunyai prasangka terhadap keupayaan kita sendiri! Jika kita betul-betul ikhlas, mempunyai gagasan ingin menyedarkan orang ramai yang berada di sekitar kita, ikhtiar kita ini mesti kesampaian! Pada zaman kuno, semasa pemerintahan Dinasti Xia, terdapat seorang maharaja yang bernama Shun yang terkenal dengan sikap menyayangi ibu bapa dan bersopan-santun. Maharaja ini sebelumnya bukan dari keluarga diraja tetapi berketurunan rakyat biasa. Kehidupan pada peringkat kanak-kanaknya amat susah. Ibu kandungnya meninggal dunia apabila dia masih kecil. Bapanya berkahwin lagi supaya Shun dapat dijaga oleh isteri yang kedua ini. Malangnya, ibu tiri itu selalu menyeksa Shun dan memperlembukan Shun untuk membuat kerja-kerja yang amat susah. Namun demikian, Shun tetap menghormati ibu bapanya tanpa sebarang keluhan. Shun memahami makna sebenar “Ibu bapa mengasihi, sikap sopan kita pasti; Ibu bapa benci, sikap sopan kita lagi murni.” Hubungan antara ibu bapa dengan anak bukan satu perniagaan. Tidak sepatutnya kita melawan dengan ganas jika layanan ibu bapa kepada kita teruk. Sebaliknya kita harus selalu mengenang budi baik mereka kerana melahirkan kita. Inilah budi yang paling besar yang patut kita kenang dan membalasnya. Jangan kita hanya asyik mengidam-idamkan layanan yang baik daripada ibu bapa kerana sikap menyayangi ibu bapa kita ini tanggungjawab paling asas sebagai seorang anak. Barulah hati ini ikhlas. Berkat Shun memiliki hati yang amat ikhlas terhadap ibu bapanya akhirnya dia berjaya membuat semua ahli-ahli keluarganya terharu dan bertaubat. Mereka mula mengubah fikiran. Layanan mereka terhadap Shun berubah menjadi baik. Jadi, rumahtangga yang mesra hanya dapat dibina atas landasan perubahan sikap diri kita sendiri. Keperibadian Shun yang mulia ini juga mempengaruhi penduduk yang tinggal sekampung dengannya. Mereka mula mengambil Shun sebagai teladan yang baik untuk dipelajari. Nama Shun semakin hari semakin popular sehingga diketahui oleh Maharaja pada masa itu iaitu Maharaja Yao. Baginda amat kagum terhadap keperibadian Shun yang luhur itu dan akhirnya menyerahkan takhta kepada Shun. Shun dilantik sebagai Maharaja Dinasti Xia yang kedua. Alasan Maharaja Yao menyerahkan pemerintahan negara ini kepada Shun yang mempunyai sahsiah yang mulia ini ialah rakyat jelata akan

Page 38: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

38

hidup dengan penuh kebahagiaan kerana raja yang berperibadi luhur. Jadi perubahan sikap kita menjadi orang yang berperibadi mulia bukan sahaja dapat mendirikan sebuah rumahtangga yang bahagia tetapi juga dapat mendirikan sebuah negara yang aman bahkan dunia yang damai. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, jika kita benar-benar berpegang kepada nilai-nilai yang mulia, kita berkeupayaan untuk mempengaruhi keluarga dan seluruh masyarakat!

Terdapat seorang warga tua perempuan di Singapura yang bernama Hsu Chih. Umur beliau menjangkau lebih daripada 106 tahun. Beliau seorang yang penyayang dan amat menghormati ibu bapanya. Sungguhpun umurnya begitu tua, beliau mampu menjaga 30 lebih orang tua yang umur mereka 20 hingga 30 tahun lebih muda daripadanya. Orang-orang tua itu berumur lebih kurang 70-an atau 80-an. Kasih sayang yang dicurah oleh beliau bukan sahaja membuatkan seluruh rakyat Singapura rasa hiba tetapi juga menusuk kalbu berjuta-juta insan di seluruh dunia. Jadi, sebenarnya tidak susah jika kita ingin menyumbangkan usaha kita demi kebaikan masyarakat dan dunia. Perkara yang paling asas yang perlu kita buat ialah mempertingkatkan tahap moral dan nilai sahsiah kita!

Nenek moyang kita selalu mengingatkan kita tentang kepentingan keperibadian diri sendiri dalam menentukan bangun atau runtuhnya nusa dan bangsa. Jika semakin ramai antara kita berubah sikap bermakna masyarakat kita ini akan mula berubah dan dapat menyambung nafas baru! Tanya: Di mana kita boleh mendapat pendidikan Konfucianisme? Jawab: Di China!

Adakah anda pasti? Negara China pada zaman kuno memang pernah digelar “Negara yang bersopan-santun dan bertolak-ansur”. Tetapi sekarang jika kita hendak mencari pergaulan sesama individu yang penuh bersopan-santun dan bertolak-ansur, bolehkah kita menemuinya di China?Jawab: Di Jepun.Jawab: Di Korea

Jawapan kita sudah berubah! Saya rasa amat risau terhadap suatu perkara yang mungkin berlaku iaitu mungkin pada 50 tahun kemudian,

Page 39: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

39

mahkamah dunia akan membicarakan satu kes yang bertajuk: “Adakah Konfusius berasal dari kalangan bangsa Korea atau berasal dari bangsa Cina?” Para hadirin sekalian, apa keputusan hakim yang anda jangkakan? Hakim itu mungkin menyatakan bahawa “Amalan dalam hidup yang benar lebih praktikal daripada kata-kata yang besar. Dari segi amalan, orang Korea lebih patuh mengikuti ajaran-ajaran yang diajarkan oleh Konfusius, Jadi, Konfusius sepatutnya berasal dari bangsa Korea!” Apabila keadaan itu benar-benar berlaku, kita sebagai orang Cina pasti merasa sedih dan malu! Benarlah kata pepatah: “Sikap mengakui kesalahan diri dan berasa malu ini akhlak yang berani!” Kita sepatutnya bersyukur kerana sikap nenek moyang kita sebegini. Kita sepatutnya benar-benar mengikuti ajaran nenek moyang. Kita mesti menyekat perkara di atas daripada berlaku!

Pada tahun 1988, terdapat 75 pemegang Anugerah Nobel membuat satu pengumuman secara bersepadu di Paris. Dalam isi kandungan pengumuman tersebut menyatakan bahawa manusia pada abad ke-21 ini jika hendak terus hidup dengan aman di dunia ini perlu mengkaji balik ilmu pengetahuan yang diasaskan 2000 tahun dahulu. Mereka mengesyorkan kita supaya menerima pengajaran daripada Konfusius. Para hadirin sekalian, apakah kriteria yang diperlukan untuk mendapat Anugerah Nobel? Apakah latar belakang mereka? Mereka semua ini merupakan pakar-pakar yang terulung dalam bidang masing-masing. Mengapa mereka sama-sama mempunyai persetujuan yang sepakat di mana masalah dunia ini mesti diselesaikan melalui pendidikan Konfusianisme? Sebenarnya jika kita mengkaji secara mendalam, kita akan mendapat jawapannya. Apakah inti pengajaran Konfusianisme? “Ren Ai” iaitu menyayangi orang seperti menyayangi diri sendiri. Dalam perkataan Cina “Buo Ai” bermakna “Cinta kepada semua yang tiada batasan samada kawan atau musuh, baik atau tidak baik”. Semua pengajaran dari timur atau barat mempunyai tujuan yang sama iaitu mengajar kita semua sayang-menyayangi tanpa diskriminasi. Tetapi mengapa masih terdapat banyak persengketaan dan kesengsaraan hidup? Sedangkan jika kita tidak mematuhi pengajaran agama dan segala peringatan nenek moyang kita dahulu dengan betul, buruk padahnya. Sebaliknya jika kita patuh, keadaan yang buruk akan bertukar menjadi baik.

Jika kita meninjau secara mendalam lagi, mereka yang mempunyai

Page 40: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

40

hati yang “Ren Ai” akan sanggup membuka hatinya untuk membantu individu-individu yang lain. Perbuatan sedemikian akan berkembang kepada skop yang lebih luas dan akhirnya dapat mencapai “Dunia Da Tong” , iaitu satu dunia idaman Konfusius di mana hati penghuni dunia ini sudah mencapai tahap keredaan dan tiada diskriminasi antara “saya” dengan “dia”. Dunia ini akan mempamerkan kehidupan bersama yang penuh harmoni dan kebahagiaan. Para hadirin sekalian, “Dunia Da Tong” bukanlah impian yang tidak dapat direalisasikan! Jika seorang benar-benar mempunyai keperibadian “Xiao” dan benar-benar mengerti “Xiao”, dia pasti akan bertindak “Xiao” terhadap orang lain iaitu menghormati juga ibu bapa orang lain. Kitab Xiao Jing ada menyatakan bahawa: “Mereka yang bertindak “Xiao” terhadap ibu bapa sendiri akan melakukan penghormatan yang sama terhadap ibu bapa orang lain.” Cuba kita fikirkan, seorang yang benar-benar berkeperibadian “Xiao” apabila terserempak dengan seorang nenek di dalam bas, apa akan dia lakukan? Adakah dia hanya akan duduk sahaja dengan berpeluk tubuh? Dia pasti akan cepat berdiri dan memberi tempat duduk kepada orang tua itu. Apabila anda bertemu dengan seorang pakcik atau makcik tua sedang berjalan dalam keadaan terhoyong-hayang di tengah-tengah jalan, apa akan anda lakukan? Saya percaya anda pasti akan cepat-cepat pergi memimpin mereka atas dorongan hati “Xiao” dan “Ren Ai”. Jadi apabila kita amat mengambil berat terhadap pemupukan nilai-nilai sahsiah anak-anak kita, sebenarnya kita telah membawa keamanan dan keharmonian kepada masyarakat ini.

Pasaran sekarang amat popular membincangkan tentang Perancangan Hidup. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bagaimana anda merancang hidup anda? Bagaimana anda ingin merancang untuk hidup anak anda? Apabila anak kita ini bersifat pentingkan diri sendiri dan bersifat hedonistik (mementingkan kebendaan), perjalanan hidupnya akan ke arah mana? Mari kita menyelidik secara mendalam. Budak-budak kecil sekarang amat bahagia. Ibu bapa akan membelikan mereka apa jua yang mereka suka. Dia suka makan apa, ibu bapa akan sediakan. Ibu bapa sekarang mempunyai satu konsep bahawa budak kecil ini tidak harus diberi kongkongan terhadap perkembangan mental mereka. Kita harus mengikuti keinginan hati kanak-kanak. Para hadirin sekalian, apakah sebenarnya keinginan hati anak kita itu? Manusia ini mempunyai nafsu yang inginkan keselesaan dan bencikan

Page 41: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

41

pengorbanan dan kesusahan. Kata-kata nasihat ada menyatakan bahawa “Naluri manusia yang sebenarnya suci dan murni akan ditenggelami oleh hawa nafsunya jika tidak menerima pendidikan yang baik dari awal lagi.” Semua telatah dan tabiat yang buruk akan berkembang secara berleluasa. Nenek moyang Cina memahami keadaan ini dengan mendalam. Disebabkan itu mereka amat mementingkan satu perkara apabila mengajar generasi muda mereka iaitu menyekat nafsu keinginan mereka daripada berkembang secara berleluasa. Apa akan terjadi terhadap masa depan generasi muda kita jika mereka bersikap boros, malas dan tidak bersopan? Adakah perjalanan hidup mereka akan menjadi senang atau susah? Pasti akan penuh kemudaratan! Setelah kebiasaan hedonistik menjadi satu tabiat adalah susah untuk diperbetulkan lagi. Bak kata pepatah: “Yang jimat jadi boros senang, yang boros jadi jimat susah”. Jadi jika anda begitu asyik memberikan keselesaan hidup kepada anak anda dan biarkan dia sentiasa dapat apa yang diingini, anak anda akhirnya akan menjadi seorang yang boros. Sikap itu akan tersemat kukuh dalam jiwanya seumur hidup dan susah untuk diperbetulkan.

Jika kita meninjau keadaan sekarang, anda akan mendapati remaja sekarang yang belasan tahun atau 20-an sungguhpun masih bersekolah tetapi sikap boros mereka lebih dahsyat berbanding dengan mereka yang sudah bekerja. Pemuda-pemudi sekarang biasanya mempunyai berapa keping kad kredit? Pengalaman hidup saya masih mentah, bolehkah anda memberi saya sedikit maklumat! Berapa keping? Banyak! Satu keping jika digosok sampai melebihi had boleh memohon sekeping lagi! Nenek moyang kita dahulu akan berasa malu apabila berhutang banyak, tetapi pemuda-pemudi sekarang tidak akan merasa malu sebaliknya akan cuba segala helah untuk berhutang apabila membeli. Kebanyakan pemuda-pemudi sekarang telah mengalami “Kemuflisan Amanah” sungguhpun masih belum mula bekerja! Seorang yang bersikap boros akan terpaksa menghambakan diri kepada kebendaan. Segala usahanya bukan untuk menyara hidup ibu bapa atau anak dan isteri tetapi untuk memenuhi hawa nafsunya semata-mata!

Sebenarnya berapa wang yang perlu kita gunakan untuk menyara kehidupan seharian? Tidak banyak! Tetapi jika kita ketagih terhadap kebendaan dan bersikap boros, hidup kita akan kehilangan kawalan diri,

Page 42: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

42

tidak mampu untuk bertahan dalam dunia yang penuh dengan godaan materialistik. Seorang yang suka membazir akan berhutang banyak. Disebabkan tiap-tiap bulan terpaksa menjelaskan hutang, dia terpaksa berusaha berlipat kali ganda dan cuba sedaya upaya untuk mengalahkan orang lain. Dia sanggup mengeksplotasi hak orang lain demi kepentingan diri sendiri semasa bekerja. Semua orang di sekitarnya menjadi pesaing-pesaingnya yang harus dikalahkan. Tempat kerja ini dalam konteksnya bagaikan medan peperangan. Kita selalu mengidamkan kehidupan gaya barat dan mengagumi hak-hak yang boleh dinikmati oleh warga tua di barat. Jika kita meneliti secara mendalam keadaan yang sebenar, kita akan mendapati bahawa kebanyakan warga tua di barat sungguhpun tinggal di rumah warga tua yang penuh dengan segala kemudahan tetapi sebenarnya mereka amat miskin dari segi rohani. Jika pada suatu hari anak mereka datang melawat mereka, mereka akan berasa amat gembira untuk beberapa hari dan memberitahu kawannya yang lain bahawa anaknya masih mengingati mereka. Perkara ini nampaknya seolah-olah amat menggembirakan tetapi sebenarnya dari persepsi orang timur, keadaan ini suatu yang menyedihkan. Masyarakat timur biasanya menikmati kebahagiaan bukan sahaja pada peringkat umur muda malah kita akan merasa bahagia dalam kehidupan peringkat tua kerana kasih sayang daripada generasi muda.

Sekarang saya ingin bertanya lagi, apakah rancangan hidup yang anda rasa betul? Jika seorang budak sejak kecil lagi sudah memiliki hati yang “Ren Ai” atau penuh kebajikan, sebenarnya dia sudah mula menyemai benih-benih kebahagiaan hidup masa depannya. Benih-benih kebahagiaan ini akan dibajai oleh kematangan nilai-nilai keperibadiannya apabila dia menjadi dewasa. Dengan adanya asas keperibadian yang mulia, dia dapat menggunakan akal yang luhur dan ilmu pengetahuan yang luas yang dikumpul selama ini untuk membantu orang lain. Dia sedang mengumpul pahala. Dengan adanya pahala, dia baru dapat menikmati kebahagiaan hidup di hari tua. Ini barulah kebahagiaan hidup yang sebenar. Anda mesti bertanya, “Bolehkah budak yang sekecil ini mengumpul pahala dan menyemai benih-benih kebahagiaan?” Pepatah ada menyatakan, “Asas kebahagiaan diterokai di dalam sanubari”. Jika seorang budak kecil sejak kecil lagi dalam lintasan fikirannya adalah untuk kebaikan orang lain dan bukan untuk kepentingan diri sendiri, sebenarnya asas benih-benih kebahagiaan telah mula tersemai

Page 43: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

43

di dalam sanubarinya. Keperibadiannya yang mulia akan mendorongnya menggunakan segala kecerdikan, kepandaian dan ilmu pengetahuan untuk berbakti kepada nusa dan bangsanya. Dia sedang membuat pahala dan sedang meneroka landasan kebahagiaan yang lebih luas apabila dewasa kelak. Manakala pada hari tuanya, dia pasti menikmati hasil kebahagiaan hidup! Hari ini sampai sini sahaja, terima kasih!

Page 44: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

44

Sesi 3 Ajaran Falsafah Tradisi Menjadi Amalan Kehidupan,

Berbakti Untuk Masyarakat Seumur Hidup

Selamat sejahtera diucapkan kepada anda semua. Pada hakikatnya, dunia, masyarakat dan keluarga yang aman memang boleh dinikmati dan menjadi realiti. Sikap baik seperti mengenang budi dan rela berkorban sewajibnya dipupuk dalam kehidupan.

Jikalau seseorang itu dididik semenjak kecil lagi agar prihatin dan berfikir untuk kebaikan orang lain, maka sejak itulah dia mula tahu menyemai sifat mulia dan pandai berbakti. Begitu juga dengan ilmu yang dipelajarinya patut digunakan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Maka kebaikan yang dikumpulkan akan meningkat melalui baktinya kepada masyarakat sehingga usia bertambah. Akhirnya dengan izin Tuhan dia akan menikmati kesenangan hidup di hari tuanya. Masyarakat Cina menitikberatkan “Lima Jenis Berkat atau Rahmat”, salah satu darinya ialah “Meninggal dunia dengan tenang.”

Semasa kecil, kita sering mendengar orang tua meninggal dunia dengan tenang semasa tidur. Banyakkah contoh sedemikian pada zaman sekarang? Nampaknya semakin kurang. Mengapakah orang masa dahulu boleh meninggal dunia dengan tenang, sebaliknya orang sekarang ramai yang mengalami nazak dan mungkin diberi bantuan kecemasan, namun sudah tidak sedarkan diri semasa meninggal dunia. Adakah kerana tiada penjagaan badan atau dahulu tidak hirau pada kebajikan orang ramai. Baik hati merupakan faktor asas bagi seseorang memperolehi keberkatan dan rahmat. Diceritakan ramai orang dahulu meninggal dunia dengan tenang kerana sikap mereka yang baik hati dan sentiasa berfikir untuk kepentingan orang lain; sebaliknya orang zaman sekarang ramai yang mementingkan diri dan semasa nazak masih mempunyai banyak perkara dan benda yang enggan dilepaskan. Biarlah kita sentiasa berbuat baik dan berniat baik, melepaskan apa yang patut dan tidak terlampau “menggenggam” terhadap sesuatu, barulah kita berkesempatan menikmati ketenangan hidup di hari tua.

Page 45: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

45

Kebanyakan orang berpendapat bahawa berbakti kepada masyarakat bermula apabila mula bekerja. Sebenarnya kemampuan berbuat kebajikan semakin menurun apabila umur semakin meningkat. Begitu juga dengan kebanyakan pelan perancangan hidup juga menyatakan bahawa tempoh keemasan untuk memberi sumbangan dalam masyarakat ialah semasa berumur 20 tahun hingga 60 tahun. Namun, dalam kehidupan seseorang budak yang menerima pendidikan falsafah tradisi orang-orang budiman zaman silam tidak sekadar 40 tahun sahaja kerana anak ini telah disemai dengan nilai baik hati dan kesusilaan semenjak kecil lagi. Pernah diceritakan ada seorang budak berumur lebih kurang dua tahun yang belajar di kelas kami, selepas pulang dari kelas pertama ibu bapanya pun bertanya tentang apa yang dipelajari pada hari itu. Anak itu menjawab dengan bersemangat, “Mentaati ibu bapa”. Ibu bapanya amat terkejut dengan pembelajaran anaknya yang begitu bernas dan ikhlas.

Ilmu yang dipelajari mesti dipraktis dan diamalkan dalam kehidupan harian. Bagi kali kedua anak tadi menghadiri kelas pembelajaran falsafah tradisi, guru telah memberi peluang kepada ramai anak murid berkongsi pengalaman mereka tentang tanggungjawab yang ditunaikan untuk menjaga ibu bapa semasa di rumah. Setelah mendengar perkongsian abang dan kakak sekelas yang menyatakan mereka membantu mengambil air untuk mencuci kaki, memotong buah untuk ibu bapa dan sebagainya, telah merangsang budak kecil ini untuk meneladani sifat baik tersebut. Ini menunjukkan selain daripada bimbingan oleh orang dewasa, bimbingan sesama budak kecil juga merupakan cara baik untuk pembelajaran. Selepas pulang dari kelas kali kedua, anak kecil tersebut pun menghidangkan air untuk ibu bapanya. Inilah contoh pembelajaran yang meneladani sifat-sifat baik antara satu dengan lain untuk kemajuan hidup masing-masing.

Rakan-rakan sekalian, budak tersebut mulai disemai dengan sifat baik dan memupuk ketaatan semenjak berusia lebih kurang dua tahun. Ini bererti kelakuannya merupakan cara untuk memperbaiki akhlak dan moral, tentu ibu bapanya terharu kerana sifat baiknya. Apabila ibu bapa melihat anaknya yang baru berumur dua tahun sudah pandai prihatin dan berfikir tentang kepentingan ibu bapa, ini akan merangsang mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan lebih baik lagi. Kisah tentang budak

Page 46: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

46

ini telah saya perkongsikan di merata tempat di China dan begitu juga di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Sebab dengan adanya contoh benar yang baik daripada budak ini, barulah kami boleh menyebarluas ajaran falsafah tradisi supaya lebih ramai orang berpeluang belajar dan meneladani sifat baiknya.

Jadi, kehidupan seseorang anak bukan mula bersinar pada umur 20 tahun sekiranya dia diberi pendidikan ajaran falsafah tradisi semenjak budak kecil lagi. Pada umur berapa? Jikalau ibunya memberinya mendengar “Di Zi Gui” semenjak dalam kandungan ibu lagi, apakah yang mungkin dilafazkannya apabila dilahirkan? Mungkin Di Zi Gui. Maka anak ini boleh membantu mengwar-warkan ajaran “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” sejak ia lahir dan kehidupannya memang bernilai semenjak usia kecil lagi. Bagi anak yang menerima pendidikan Falsafah Tradisi sejak awal lagi, bila dewasa kelak akan berbakti untuk masyarakat dengan kebijaksanaan yang semakin meningkat sejajar dengan peningkatan usianya. Apabila tua nanti, dia disegani oleh generasi muda kerana mereka diberi banyak pedoman hidup kerana berdampingan dengannya, maka berkuranglah dugaan-dugaan hidup yang tidak membantu dirinya. Kehidupan anak tersebut tidak tamat pada umur 60 tahun sebaliknya semakin meningkat usianya semakin bernilai lagi kehidupannya.

Guru saya, Master Chin Kung sudah berumur 79 tahun pada tahun ini. Tidak kira di mana jua beliau berada, ramai siswa siswi institut pengajian tinggi sangat berharap mendapat bimbingan beliau. Kini pelbagai badan agama dan bangsa di dunia ini sangat berharap dapat berdamping dengan beliau. Justeru, kehidupan Master Chin Kung pasti tidak berakhir pada umur 60 tahun. Bilakah kehidupan beliau akan berakhir? Tidak ada akhirnya kerana pendidikan dan bimbingan beliau lahir dari keikhlasan jiwa dan keikhlasan ini mampu melangkaui masa dan ruang. Dalam Kitab Zhong Yong menyatakan bahawa “Keikhlasan itu satu kebenaran semulajadi, ia merupakan pangkal permulaan dan penghujung pada semua benda dan perkara.” Keikhlasan pasti boleh menjayakan setiap perkara. Tutur kata, perilaku yang lahir secara ikhlas tidak akan berubah kesan dan pengaruhnya akibat perubahan ruang dan masa. Adakah Konfusius sudah meninggalkan kita? Semangatnya kekal untuk selama-lamanya dan menjadi teladan kepada

Page 47: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

47

generasi akan datang. Adakah Fan Zhongyan sudah meninggal dunia? Pada tahun 2002, satu aktiviti pembacaan falsafah tradisi orang Cina sedunia telah berlangsung di China, perwakilan dari Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan ramai lagi telah hadir di Qufu, Shandong. Salah seorang tetamu jemputan khas ialah cicit keturunan terus Fan Zhongyan. Bangsa keturunannya kebanyakannya mempunyai pencapaian cemerlang walaupun sudah melebihi 800 tahun. Saya mengenali dua orang keturunan Fan Zhongyan di mana mereka mempunyai raut wajah yang baik mengikut penilaian tradisional China. Sehingga hari ini, ajaran Fan Zhongyan masih mempengaruhi cucu-cicit 800 tahun yang kemudiannya. Karya peninggalan Fan Zhongyan, “Yue Yang Lou Ji” dijadikan sebuah lagi buku rujukan oleh generasi mudanya. Nilai sepanjang hidup bagi anak-anak yang diberi ajaran falsafah tradisi sejak kecil adalah sesuatu yang abadi kerana dia tahu mengusahakan kehidupannya dengan keikhlasan dan keprihatinan.

Rakan-rakan sekalian, apabila anda sudah bergelar ibu bapa, anda mengharapkan corak kehidupan yang bagaimana diusahakan oleh anak anda? Ini sangat penting! Anda mengharapkannya menjadi teladan yang baik untuk generasi kemudian? Ataupun mengharap agar dia tidak mati kelaparan? Nilai pemikiran kita akan memberi pengaruh terus kepada anak cucu. Kita harus bercita-cita tinggi, apabila kita menyedari kebudayaan China boleh membantu menyelesaikan masalah sosial dan dunia, kita seharusnya berani memikul tanggungjawab ini. Keberanian ini tidak perlu menggadaikan nyawa mahupun kehilangan darah, bagaimana hendak memulakannya? Bermula dari memperbaiki akhlak diri sendiri kerana kebanyakan perkara besar bermula daripada perkara kecil yang diusahakan sedikit demi sedikit. Dalam Buku “Da Xue” mencatatkan satu ajaran yang sangat penting yang menyatakan bahawa “Tidak kira seseorang itu pemimpin negara mahupun rakyat jelata, memperbaiki akhlak dan moral serta pengetahuan diri merupakan asas untuk mentadbir negara ataupun keluarga.” Apabila kita berakhlak dan berpengetahuan, urusan keluarga, negara dan dunia boleh ditangani dan diurus dengan baik.

Kita juga sedar bahawa apabila setiap orang berjiwa penyayang, maka

Page 48: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

48

keamanan dan keharmonian masyarakat akan tercapai. Tetapi dari mana langkah pertama untuk memupuk sifat penyayang seseorang? Kebenaran akan wujud apabila kita berfikir secara mendalam sehingga asas akar umbi sesuatu perkara. Adakah anda percaya seseorang yang menyayangi dan menghormati orang lain tetapi menderhaka pada ibu bapa sendiri? Dalam Kitab “Xiao Jing” ada menyatakan bahawa “Jika seseorang tidak menyayangi ibu bapanya tetapi menyayangi orang lain, ini sifat yang tidak bermoral kerana ia bertentangan dengan akhlak dan moral seseorang. ”

Saya pernah bertanyakan kepada seorang wanita bujang semasa kursus saya, “Ada seorang jejaka mengurat anda dengan begitu rajin sekali, walaupun sudah puluhan tahun lamanya kerajinan itu tidak pernah berubah. Adakah percintaan sedemikian masih wujud pada zaman sekarang dengan cara layanan yang sama seperti percintaan yang puluhan tahun lamanya? Sudah kian berkurangan pada masa sekarang. Jika sepanjang tiga tahun dia mengurat anda dan sepanjang tempoh tersebut layanan baiknya tidak berubah, apa jua permintaan anda akan ditunaikan dengan sedaya-upaya. Dia akan menemankan anda minum kopi di cafe, mendaki bukit, berkelah bila masa lapang. Namun begitu dia tidak pernah membawa ibu bapa minum kopi di cafe, apatah lagi hendak mendaki bukit. Sepanjang tiga tahun itu, anda pun berpendapat dia memang sangat baik terhadap anda, kemudiannya dia pun melamar anda. Tiba-tiba ada seorang bapa atau ibu saudara yang kebetulan berjiran dengannya memberitahu anda bahawa jejaka ini tidak melayan dan tidak mentaati ibu bapa”. Saya bertanya wanita itu lagi, “Sudikah anda berkahwin dengan jejaka berkenaan?” “Tidak!” Sesetengah wanita jadi ragu-ragu seketika. Ini disebabkan mereka yang terlibat selalunya keliru dengan hakikat sebenar. Jikalau masih ragu-ragu sekarang, dia pasti terjebak dengan kemanisan dan belaian apabila dipertemukan dengan jejaka yang bersifat sedemikian. Harus difahami bahawa budi ibu bapa terhadap kita terlalu besar. Budi ibu mengandung, melahirkan kita, mengasuh dan mendidik. Jika seseorang itu tidak memupuk hati yang mengenang budi, apakah jenis sikap yang akan terbentuk dalam hatinya? Ada ramai ibu bapa berkata, “Anak saya tidak belajar yang tidak baik dan tidak pula belajar yang baik.” Adakah perkara ini berlaku? Kata pepatah: “Pemupukan nilai-nilai baik ini bagaikan mengayuh

Page 49: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

49

sampan mudik ke hulu, jika tidak ke depan pasti ke belakang.” Masyarakat sekarang bagaikan kancah-kancah maksiat yang penuh pencemaran, jika anda tidak mengajar anak anda apa yang baik, dia pasti akan menjadi jahat. Kebanyakan orang berkata bahawa pencemaran di kawasan luar bandar adalah kurang dan remaja di luar bandar lebih berhati lurus dan suci. Tetapi keadaan ini tidak benar. Hal ini kerana sekarang terdapat sejenis syaitan berkuasa besar, yang muncul di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa mencemarkan pemikiran anda dengan ideologi-ideologi yang menyeleweng.

Siapakah syaitan yang berkuasa besar ini?Jawapannya ialah televisyen. Mengapa anda semua mengenalinya? Betul! Kita perlu selalu menyedari bahawa jika kita tidak menyemai nilai-nilai murni dan konsep-konsep yang betul di dalam sanubari anak-anak kita, lama-kelamaan hati mereka akan dicemari oleh unsur-unsur yang negatif. Jadi kita perlu berhati-hati apabila menonton televisyen. Kita harus memilih hanya rancangan-rancangan yang berunsur pengajaran dan mengelakkan yang berunsur negatif dan boleh mencemar minda anak-anak kita.

Jika nilai-nilai murni dan berbudi terbiar dan tidak disemai serta disuburkan di dalam sanubari, apakah nilai yang akan disemai dalam sanubari mereka? Pemikiran yang mementingkan diri sendiri. Dia akan membanting tulang mengejar apa yang dia inginkan. Manakala yang tidak menguntungkan dan tidak diminati dia akan cuba hindari dan jauhi. Apa akan berlaku jika anak-anak kita ini hanya mementingkan diri sendiri sahaja apabila berdepan dengan orang lain? Adakah hubungan sesama manusia yang berasaskan kepentingan material sahaja boleh kekal lama?

Ia pasti tidak dapat diuji oleh dugaan hidup dan akan berubah dalam sekelip mata. Hubungan adik-beradik mungkin mesra pada hari ini, tetapi mereka mungkin bermusuhan pada suatu hari nanti kerana berebut harta benda ibu bapa. Terdapat seorang lelaki sanggup berkorban untuk seorang gadis dalam tempoh tiga tahun berturut-turut dengan penuh rela. Apabila si gadis itu lapar waktu tengah malam dan memberitahu lelaki itu, lelaki itu terus pergi membelikan makanan yang disukainya. Lelaki itu sanggup membuat

Page 50: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

50

semuanya atas dorongan apa? Ada manfaat! Tentu ada kepentingan.

Setelah gadis itu berkahwin dengan lelaki tersebut, tiga tahun kemudian dia melahirkan seorang anak lelaki. Disebabkan kesusahan melahir dan mengasuh anak, mukanya mulai berkedut, tidak secantik seperti dahulu. Dalam masa yang sama, lelaki itu berkenalan dengan seorang gadis yang lebih muda dan cantik semasa bekerja di luar. Maksudnya kedudukan anda yang sebelum itu mendatangkan “manfaat” padanya tiba-tiba bertukar menjadi “mudarat” pula. Yang “memudaratkan” itu akan diketepikan! Ini adalah kerana dalam hatinya hanya inginkan yang memberi manfaat dan ketepikan yang mudarat. Seorang suami jika tidak bertanggungjawab bukan sahaja menghancurkan kebahagiaan satu keluarga tetapi juga boleh mempengaruhi ketenteraman sosial. Kadar perceraian akan semakin meningkat. Ini bermakna pendidikan kepada generasi muda kita juga akan terjejas. Selain itu, mental kanak-kanak yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ibu bapa selalu bertengkar akan menjadi kurang sihat kerana “Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah.” Pengaruhnya terhadap kanak-kanak mungkin kekal seumur hidup.

Kadar perceraian yang tinggi akan menghasilkan kadar jenayah yang tinggi. Saya pernah bertanya kepada seorang pegawai penjara tentang keadaan dalam penjara. Pegawai tersebut memberitahu saya bahawa 60 hingga 70 peratus banduan adalah dari keluarga yang bercerai-berai atau dari keluarga yang porak-peranda. Mereka ini tiada asas keperibadian yang kukuh kerana ketiadaan pendidikan keluarga yang baik. Mereka akan senang dipengaruhi oleh kawan-kawan atau anasir-anasir jahat sewaktu di sekolah dan dalam masyarakat. Adakah anda berasa selamat dan senang hati apabila kadar jenayah masyarakat semakin meningkat, biar betapa tinggi martabat anda dan betapa besarnya kekayaan anda tentu rasa tidak selamat. Pada zaman moden ini, bilangan orang yang berasa selamat makin kurang. Apabila saya berjalan di bandar Haikou, beg saya mesti dipegang di depan perut dan saya mesti berhati-hati. Jika beg saya disandang di belakang, besar kemungkinan akan dirampas oleh penyamun. Situasi ini amat berbahaya.

Keadaan yang tidak aman dan tidak tenteram dalam masyarakat kita ini disebabkan oleh keluarga yang porak-peranda. Ditambah pula dengan

Page 51: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

51

generasi muda yang tidak menerima pendidikan dari para budiman silam yang luhur dan mereka tidak belajar ilmu menghormati ibu bapa (Xiao). Perkahwinan pada masa ini kebanyakannya menghadapi masalah, apakah sebabnya atau faktor akar umbinya? Sebabnya kita tidak belajar “Xiao” atau menjaga keharmonian sejak dari kecil. Setelah memahami kepentingannya, kita akan lebih mementingkan pendidikan yang berorientasikan “Xiao” dan pendidikan para budiman silam yang luhur. Adalah lebih baik jika kita boleh mula melakukan “Xiao” dan mengajar “Xiao” daripada selalu merungut tentang ketidaktenteraman sosial. Kita juga perlu memberitahu anak-anak orang lain tentang kepentingan “Xiao”. Konsep penting ini harus kita sebarkan dengan sepenuh hati. Konfusius dalam kitab Xiao Jing ada menyebut rangkap pengajaran yang amat penting, “Melakukan Xiao atau menyayangi ibu bapa merupakan asas kepada peradaban, segala pendidikan bertitik tolak daripadanya.” Jadi pendidikan ini perlu bermula dari pengajaran “Xiao”. Jika tiada “Xiao”, segala sikap yang beradab dan bersahsiah tidak dapat dipupuk. Para hadirin sekalian, marilah kita melafazkan sekali lagi rangkai kata di atas: “Melakukan “Xiao” atau menyayangi ibu bapa merupakan asas kepada peradaban, segala pendidikan bertitik tolak daripadanya.” Baik! Setelah kita sudah dapatkan asasnya, matlamat kita tidak jauh lagi. Inilah yang dikatakan: “Budiman mementingkan asas, asas terbina “Dao” (Ren Ai) berkembang.” Konfusius pernah berkata dalam buku Lun Yu, “Menyayangi ibu bapa (Xiao) dan menyayangi adik-beradik (Ti) merupakan asas kepada “Ren” iaitu menyayangi orang lain.” Jadi kita perlu memulakan sifat penyayang daripada “Xiao”.

Tajuk ceramah kita ialah penjelasan yang mendalam tentang Di Zi Gui. Di Zi Gui berakar umbi pada “Xiao” dan “Ti”. Oleh sebab itu, pepatah ada menyatakan: “Di dalam melakukan “Xiao” di luar melakukan “Ti”. ” Sebelum kita mula membincangkan tentang “Di Zi Gui”, kita perlu memiliki satu sikap yang betul supaya pembelajaran kita menjadi berkesan. Seperti kata pepatah “Permulaan yang baik menandakan kejayaan sudah setengah jalan.” Pembelajaran itu amat mementingkan menetapkan cita-cita. Kata orang bijak pandai “Pembelajaran mesti menetapkan hasrat.”

Dalam kelas yang pertama yang kami sediakan untuk guru-guru di Haikou kami ada menetapkan satu cita-cita yang berbunyi: “mempusakai

Page 52: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

52

ilmu besar daripada para budiman silam yang luhur, melahirkan ketenteraman yang berlanjutan untuk ribuan generasi yang akan datang.” Kita amat menginginkan keamanan dunia. Apakah sebabnya atau faktornya? Kita perlu memiliki hati yang “Ren Ai”. Demi memiliki minda yang sebegini perlu menerusi pembelajaran ajaran-ajaran daripada para budiman silam yang luhur. Jadi “melahirkan ketenteraman berlanjutan” ini merupakan “akibat”, “memasuki ilmu besar daripada para ahli budiman dan ilmuan yang arif lagi luhur” ini merupakan “sebab”. Demi memperturunkan ajaran-ajaran luhur kita perlu belajar sendiri terlebih dahulu.

Kita mempunyai seorang guru yang mengajar darjah lima. Dia mempunyai satu misi iaitu setiap hari meluangkan tiga jam selain daripada masa pengajaran yang normal untuk mendalami ajaran para budiman dan ilmuan yang arif. Setiap pagi dia akan tiba di sekolah awal dan membuka buku “Di Zi Gui” dan “Xiao Jing” untuk dihafaz. Pelajar-pelajar yang memasuki kelas awal juga mengikuti teladan cikgu tersebut kerana hati mereka tertarik apabila melihat cikgu menghafaz kitab itu dengan hormat. Jadi apakah elemen yang paling penting dalam pendidikan? Menunjukkan teladan! Disebabkan keikhlasan hati cikgu itu, tingkah laku dan prestasi peperiksaan pelajar-pelajar dalam kelas itu bertambah baik. Apabila mengetahui berita baik ini, guru besar sekolah itu bertanya kepada cikgu tersebut: “Bagaimana anda boleh mengajar anak-anak murid anda menjadi begitu baik? Apakah caranya?” Cikgu tersebut itu pula menjawab: “Saya menjemput beberapa ratus budiman dan ilmuan yang arif yang luhur masa lampau itu untuk menjawab masalah anak-anak murid saya!”

Di China terdapat satu siri buku yang bernama “Koleksi Cerita Moral”. Buku-buku tersebut mengandungi cerita-cerita mengenai 700 lebih budiman yang luhur. Buku tersebut dibahagikan kepada lapan bahagian yang merangkumi lapan peradaban: “Xiao” (menghormati ibu bapa), “Ti” (menyayangi abang dan adik serta saudara-mara), “Zhong” (ketaatan) “Xing” (amanah), “Li” (bersopan-santun), “Yi” (sanggup menyumbang dan menolong), “Lian” (jimat-cermat), “Chi” (tahu segan diri). Cikgu itu mengajar dua atau tiga buah cerita peradaban pada setiap hari. Anak-anak murid setelah mendengar cerita-cerita tersebut tahu mana yang baik lalu mencontohinya, dengan harapan dapat menyamai guru mereka. Cikgu itu

Page 53: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

53

juga menjadikan “Di Zi Gui” sebagai peraturan dalam kelas. Anak-anak murid apabila membuat salah akan menyedarinya secara serta-merta tanpa memerlukan teguran daripada cikgu. Sebagai contohnya, jika terdapat anak-anak murid yang berkejaran di dalam kelas dan melanggar kerusi, mereka yang bersalah itu akan secara spontan berkata “Berhati-hati semasa berpusing supaya tidak tersentuh dengan sesuatu”. Apabila anak-anak murid itu melakukan sesuatu yang tidak baik, dia akan terlintas dalam fikirannya ayat dalam Di Zi Gui: “Kesalahan yang sengaja dibuat adalah satu kelakuan yang buruk.” Jadi anak-anak murid itu berani mengakui kesalahan dan berani membetulkan kesalahan diri, tidak berdalih atau menyembunyikan kesalahan mereka.

Para hadirin sekalian, generasi muda kita yang sudah berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Di Zi Gui akan selalu teguh dan mantap apabila berdepan dengan hidup. Mereka akan menjadi seorang yang amat berpengaruh seumur hidupnya. Cikgu yang saya sebut tadi itu berjaya mempengaruhi guru besarnya sehingga guru besarnya menjemput guru-guru lain datang ke sekolah itu untuk mendengar sendiri ilmu yang berguna. Kita juga menggunakan kesempatan itu untuk mengedarkan buku-buku Di Zi Gui di sekolah tersebut. Jadi pengaruh seseorang akan semakin besar jika dia betul-betul menetapkan hasrat untuk “mempusakai ilmu besar daripada para budiman silam yang luhur.” Setelah berkenalan dengan kami selama setengah tahun, cikgu itu mula mengikuti kami pergi memberi ceramah di Negara China. Cikgu itu bukan sahaja berkongsi pengalaman pengajarannya di sekolahnya sendiri malah di merata-rata tempat yang lain.

Para hadirin sekalian, “mempusakai ilmu besar daripada para budiman silam yang luhur” itu bukan satu perkara yang mustahil. Yang penting sekali ialah sama ada hasrat kita ini bersumber dari hati yang tulus atau tidak. Bagaimana kita hendak mempusakai ilmu luhur itu? Kita perlu bermula dengan individu-individu yang paling rapat dengan kita. Kita perlu menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Kita perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak kita. Para hadirin sekalian, saya boleh menjamin hasrat tersebut. Anda mula berhati-hati dan cermat terhadap setiap percakapan dan tindak-tanduk anda. Apabila kita tersalah cakap, anda tidak layak menjadi teladan yang baik untuk anak-anak anda. Kita perlu

Page 54: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

54

menetapkan hasrat untuk menjadi ibu bapa yang baik di rumah, menjadi pengetua dan rakan sekerja yang baik di tempat kerja, malah menjadi rakyat yang taat dalam masyarakat. Terdapat seorang guru kita sewaktu duduk dalam bas secara kebetulan dia ternampak seorang warga tua menaiki bas, dia terus berdiri dan memberi tempat duduk kepada warga tua itu. Sebaik sahaja beliau berbuat demikian, terdapat empat orang lain yang memberi tempat duduk juga. Beliau rasa amat terharu sehingga tidak dapat menahan sebaknya. Situasi ini menunjukkan bahawa naluri setiap insan adalah baik. Jadi, apabila kita berhasrat ingin mengubah budaya masyarakat, kita akan berhati-hati terhadap setiap tindak-tanduk dan percakapan kita. Kita akan cuba mengawal diri sendiri. Tahap moral dan ilmu kita akan terus meningkat atas dorongan keazaman kita. Inilah yang dikatakan menetapkan hasrat.

Kami pernah menanya anak-anak murid berumur lima dan enam tahun di Shenzhen: “Apakah matlamat anda belajar?” Tahukah anda apa yang dijawab oleh mereka? Jawapan mereka begitu sepakat: “Hendak jadi budiman yang luhur.” Bagi mereka tidak berguna belajar jika tidak menjadi seorang budiman yang luhur. Mereka ini apabila pergi tadika akan berebut-rebut mengutip sampah- sarap yang terbuang di sepanjang jalan. Bagi mereka sampah-sarap itu bagaikan berlian yang berharga. Mereka merasa dapat menyumbang untuk masyarakat itu amat besar maknanya. Secara kebetulan mereka bertembung dengan beberapa pelajar sekolah menengah yang sambil berjalan sambil makan aiskrim. Kertas-kertas bungkusan aiskrim mereka buang di sepanjang jalan. Apabila pelajar-pelajar tersebut ternampak anak-anak murid yang lebih kecil daripada mereka sedang mengutip sampah, mereka rasa kagum dan berhenti berbuat salah membuang sampah. Salah seorang pelajar sekolah menengah ini berkata: “Jangan kita membuang sampah lagi, tidakkah kita rasa malu melihat budak-budak kecil itu sedang mengutip sampah kita!” Percakapan remaja itu dalam dialek Kantonis. Di antara anak-anak murid kecil itu hanya seorang yang biasa dengan dialek Kantonis dan boleh memahami percakapan mereka. Budak Kantonis itu apabila balik ke kelas berkongsi dengan semua rakan sekelasnya tentang apa yang dilihat dan didengarnya tadi. Dia bercakap dengan penuh bersemangat. Dalam hati kecil budak itu mula dapat merasai bahawa sebenarnya setiap gerak-geri dan percakapannya boleh mempengaruhi seluruh masyarakat. Dia pasti mengerti maksud: “Belajar menjadi guru kepada insan sejagat,

Page 55: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

55

keperibadian mulia menjadi teladan semua.” Hasrat yang ditetapkan akan menjadi matlamat kehidupan seseorang. Hasrat kita jika dapat ditetapkan dengan betul, hidup akan bermakna dan tidak sia-sia .

Sekarang kita fahami bahawa “pembelajaran ini mementingkan penetapan hasrat.” Sebenarnya, terdapat satu lagi sikap yang juga penting iaitu: “pembelajaran itu mementingkan amalan”. Setelah kita mempelajari satu rangkap, kita perlu cuba melaksanakan atau mempraktikkan satu rangkap lagi, kita perlu cuba melaksanakan atau mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Inilah yang dikatakan “Kefahaman dan amalan ini saling bersangkutan”. Hanya dengan cara inilah peradaban dan ilmu pengetahuan kita dapat dipertingkat. Pada zaman Dinasti Tang terdapat seorang penyajak yang bernama Bai Juyi. Pada suatu hari dia meminta nasihat daripada seorang yang berilmu tentang: “Apakah yang dikatakan peradaban yang paling luhur?” Ilmuan itu menjawab: “Segala yang buruk dielakkan, segala yang baik dilaksanakan.” Apabila mendengar jawapan begitu, Encik Bai tergelak lalu berkata: “Budak yang berumur tiga tahun pun tahu!” Para hadirin sekalian adakah kita tahu keadaan kita semasa berumur tiga tahun? Budak-budak yang hidup pada masa lampau mula terdedah kepada pengajaran tentang apa itu betul, apa itu salah serta cara-cara untuk menjadi insan yang berguna menerusi pendidikan keluarga. Budak-budak pada masa itu sudah mampu membezakan apa yang betul dan apa yang salah sungguhpun belum ke bangku sekolah. Jadi tidak salah bagi Encik Bai berkata: “Budak yang berumur tiga tahun pun tahu.” Ilmuan itu seterusnya menerangkan “Tapi datuk yang berumur 80 tahun pun tidak dapat melakukanya.” Jadi inti kepada pendidikan moral bukan terletak pada “berapa banyak yang anda baca” tetapi pada “berapa banyak yang anda praktikkan”. Sikap yang sebegini patut ada pada kita apabila kita menunjuk ajar anak-anak murid kita dalam pembelajaran ilmu pengetahuan tinggalan para budiman dahulu kala yang luhur.

Pada 15 Mac tahun lepas saya pergi ke Shenzhen memberi tunjuk ajar kepada murid kecil sebuah tadika. Apabila saya memberitahu mereka bahawa saya ingin mengajar mereka Di Zi Gui , mereka menjawab serentak: “Cikgu, ini kami sudah belajar. Kami semua sudah hafal dengan fasih!” Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, apa yang akan terjadi terhadap anak-

Page 56: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

56

anak murid kita jika mereka hanya fasih melafaz Di Zi Gui? Ini hanya akan menambahkan keangkuhan mereka dan menyebabkan mereka tiada rasa rendah diri. Jadi apa yang kita ajar anak-anak murid kita pada peringkat awal amat penting.

Saya tidak terus menafikan anggapan anak-anak murid tersebut tetapi menulis satu perkataan pada papan hitam iaitu Dao (道). Saya memberitahu mereka bahawa perkataan Cina merupakan satu-satunya jenis perkataan yang tersirat nilai dan falsafah serta nilai murni hidup. Perkataan jenis ini dipanggil perkataan tersirat makna. Ada yang boleh mengerti makna di sebaliknya apabila melihat perkataan Cina. Perkataan Dao (道) terbentuk daripada dua bahagian iaitu di sebelah kiri ialah zhi “之” yang bererti menjalankan atau mempraktikkan dan di sebelah kanan pula ialah shou “首” yang bererti yang pertama atau yang paling penting. Kombinasi kedua-dua bahagian itu bererti: Mereka yang benar-benar beradab itu atau memiliki “Dao” ialah mereka yang telah memulakan dengan pelaksanaan diri sendiri. Segala nilai sahsiah mesti dipraktikkan terlebih dahulu dalam kehidupan seharian diri sendiri sebelum diajar kepada orang lain. Inilah orang yang benar-benar memiliki “Dao” dan beradab. Lepas memberitahu anak-anak murid tadika itu tentang kepentingan pelaksanaan terhadap apa yang dibaca, saya pula menanya mereka: “Rangkap yang mana satu dalam “Di Zi Gui” yang anda sudah amalkan?” Apabila terdengar pertanyaan saya, kepala mereka yang pada awalnya terangkat tinggi mula tunduk. Mungkin terdapat ramai antara mereka yang masih tidak dapat menepati rangkap yang pertama “Apabila dipanggil oleh ibu bapa, jawab dengan segera”, lebih-lebih lagi mungkin terdapat yang masih tergamak bertikam lidah dengan ibu bapa. Mereka mula menginsafi diri.

Saya mula memberitahu mereka bagaimana melaksanakan dan mempraktikkan setiap rangkap “Di Zi Gui” dalam kehidupan seharian. Terdapat seorang anak murid menulis dalam diari harian hidupnya bahawa: “Cikgu Tsai berkata yang Di Zi Gui bukan semata-mata untuk dilafaz sahaja tetapi yang lebih penting ialah untuk dipraktikkan.” Konsep ini pasti sudah tersemat kukuh dalam sanubarinya, kalau tidak dia tidak akan mencatatkannya dalam diari harian. Konsep ini boleh mempengaruhi jiwa seumur hidupnya. Jadi, pendidikan mementingkan “Teliti dan berhati-

Page 57: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

57

hati pada peringkat permulaan”. Jika budak kecil itu sejak dari mula sudah dapat menegakkan konsep yang betul, pencapaian masa depannya pasti jauh berbeza dengan orang lain. Terdapat pula seorang lagi anak murid yang bersikap amat bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Dia berdiri di depan pintu bilik tidur ibu bapanya pada keesokan pagi, menunggu ibu bapanya bangun. Apabila ibu bapanya keluar, dia terus tunduk dan mengucapkan selamat pagi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya hairan melihat perubahan anaknya lalu menelefon guru di tadika tersebut dan bertanya: “Apa yang berlaku semalam? Mengapa anak saya tiba-tiba mengucapkan selamat pagi kepada kami pagi ini?” Guru itu memberitahu bahawa sebenarnya semalam mereka mengajar anak-anak murid “Lazimkan diri menegur ibu bapa pada waktu pagi sebagai tanda kita mengingati ibu bapa”. Sebenarnya budak-budak kecil ini senang diajar. Masalahnya adakah kita pernah mengajar mereka?

Di Shantou, terdapat seorang pelajar yang berumur tujuh tahun yang sedang belajar Di Zi Gui. Pada satu aktiviti yang dianjurkan untuk tujuan interaksi antara para ibu bapa, anak serta guru; pelajar itu apabila diajak berkongsi pengalamannya dalam pembelajaran memberitahu orang ramai bahawa “Lepas belajar Di Zi Gui, barulah saya faham bahawa kita sebagai anak wajib menghormati dan menyayangi ibu bapa!” Para hadirin sekalian, konteks ini amat bermakna. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai manusia jika kehilangan pengajaran yang betul akan kehilangan arah hidup. Tidak tahu bagaimana cara beradab, bagaimana hidup secara “Dao”. Budak ini kerana tidak diajar jadi tidak tahu kepentingan “Xiao”. Jadi adalah penting untuk kita cepat mengajar anak-anak kita!

Budak yang sebelum itu apabila diajar “pada waktu malam pastikan ibu bapa dapat beristirahat dengan baik” terus melakukan pada keesokan pagi. Ibu bapanya pula menunjukkan kesungguhan dan sensitiviti mereka terhadap pendidikan kerana terus menelefon pihak sekolah untuk lebih memahami isi kandungan pengajaran di sekolah anaknya. Ibu bapa itu amat memahami kepentingan “kerjasama antara ibu bapa dengan guru dalam pendidikan.” Jika ibu bapa itu memberi satu reaksi yang pelik terhadap anaknya lalu bercakap: “Awak demam ke? Mengapa tiba-tiba menjadi begitu bersopan santun.” Reaksi ibu bapa itu mungkin akan melenyapkan kesungguhan

Page 58: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

58

hati anaknya yang mula meluap dalam pembelajaran “Xiao”. Jadi, jika anak anda selepas belajar Di Zi Gui mula menyediakan satu mangkuk air suam dan membasuh kaki anda, apakah reaksi anda? Jangan anda membentak: “Jangan menyibuk! Nanti kena tangan pulak!” Tindakan anda ini mungkin menghancurkan peluang pembelajaran anak anda! Jadi selain daripada bekerjasama dengan cikgu, ibu bapa juga perlu pandai menyempurnakan hasrat anak anda untuk belajar “Xiao” dan menjadi orang yang beradab!

Terdapat seorang ibu berkata: “Anak saya masih kecil, saya takut nanti dia secara tidak sengaja terjatuhkan mangkuk air itu.” Saya memberitahu dia: “Jika terjatuh lagi baik!” Ibu itu rasa bingung sikit terhadap jawapan saya. Saya pula berkata: “Jika anak anda secara tidak sengaja terjatuhkan mangkuk air ke atas lantai, ini sebenarnya satu peluang pengajaran untuk anda mengajar anak anda cara bagaimana melakukan kerja dengan betul!” Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk berkata kepada anak anda: “Sayang! Ibu amat terharu terhadap keikhlasan hati anak ibu menyayangi ibu sungguhpun sayang ibu masih kecil. Ibu berasa gembira jika sayang dapat melakukannya dengan lebih baik dengan memegang mangkuk air itu secara sempurna! Sayang kena pegang dengan lebih kuat sikit! Baik, mari kita lap lantai sama-sama!” Dengan tunjuk ajar yang sebegini, anda bukan sahaja menyempurnakan hasrat anak-anak itu melakukan “Xiao” tetapi juga mengajar cara bekerja dan tanggungjawab menyelesaikan masalah. Jadi, kita selaku ibu dan bapa jangan terlalu risau dan terlalu memikirkan tentang samada anak kita ini boleh atau tidak. Kita sepatutnya memberi kesempatan untuk anak-anak mencuba dan mengharungi setiap pengalaman hidup! Di sinilah sahaja perbincangan kita untuk sesi ini. Sekian terima kasih!

Page 59: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

59

Sesi 4Perhatian Perlu Dalam Pembelajaran Ajaran Falsafah Tradisi

Selamat sejahtera diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sikap kita tentang pembelajaran pada peringkat permulaan amat penting. Yang pertama “Pembelajaran perlu menetapkan matlamat”. Dorongan tanpa batasan akan membantu kita terus maju dan berkembang ditambah pula jika kita ada matlamat. Yang kedua “Pembelajaran mesti disusuli oleh amalan”. Jangan rasa risau kerana terlambat dalam mempelajari kebudayaan Cina dan ilmu budiman yang luhur. Sebenarnya yang paling penting ialah belajar satu rangkap, amalkan satu rangkap. Ramai orang berasa bahawa biar saya habis belajar dulu baru saya mengajar anak saya atau membantu orang lain. Adakah sempat untuk kita menunggu hingga habis belajar? Tidak sempat. Jika kita belajar sambil mengajar, anak kita atau murid-murid kita pasti terharu terhadap keikhlasan kita. Terdapat ramai di antara guru kita yang sebelum ini jarang terdedah kepada kebudayaan Cina masih mampu membimbing anak-anak murid mereka berpegang kepada prinsip iaitu “belajar bersama-sama dengan anak-anak murid kita”. Sikap suka belajar kita ini pasti menjadi teladan kepada generasi muda kita. Terdapat sebuah tadika mengajar anak-anak muridnya cara bersopan-santun selepas makan iaitu perlu berkata: “Saya ingin minta diri dahulu” kerana selepas ini mereka perlu membersihkan pinggan mangkuk di dapur. Amalan ini lama-kelamaan menjadi satu tabiat. Guru-guru mereka juga berkata: “saya ingin minta diri dahulu” selepas makan. Anak-anak murid akan membalas dengan senyuman yang ikhlas. Apa yang terfikir dalam hati mereka? Mereka akan terfikir: “Guru juga sama seperti kita, mesti bersopan-santun dan mematuhi peraturan.” Sebenarnya kita akan melihat kesan yang baik jika kita belajar dan mempraktikkan amalan yang baik bersama-sama dengan anak-anak murid kita. Terdapat seorang budak masih makan sungguhpun guru-guru dan rakan-rakannya yang semeja denganya sudah habis makan dan minta diri. Apabila habis makan, budak itu berdiri dan tunduk tanda hormat pada meja dan kerusi yang kosong, lalu berkata: “saya ingin minta diri dahulu.” Perbuatan budak tersebut membuat guru-guru yang ternampak tergelak.

Page 60: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

60

Ini menunjukkan bahawa budak tersebut amat jujur, mengikut sahaja apa yang diajar oleh cikgu. Seorang perlu belajar “jujur” dahulu sebelum belajar menjadi “cerdik pandai”. Inilah syarat penting dalam menimba nilai murni dan ilmu. Jika seseorang mula belajar “cerdik pandai” dahulu, dia mungkin tidak mematuhi semua arahan cikgu. Lima peraturan yang diarah, mungkin hanya mematuhi tiga sahaja. Jadi nilai murni dan ilmu memberi pertimbangan akan ketiadaan asas yang kukuh. Akhirnya, masa depan hidupnya mungkin hancur kerana “cerdik pandainya”!

Selain daripada pelaksanaan atau amalan, pembelajaran juga mementingkan turutannya, iaitu apa yang perlu dipelajari terlebih dahulu, apa pula yang kemudian. Kitab “San Zi Jing” ada menyatakan: “orang yang belajar, mesti ada permulaan.” Ini menunjukkan pembelajaran mesti mengikuti turutan. Ia juga menyatakan: “sempurnakan Buku Xiao Xue diikuti dengan Si Shu.” Ertinya ialah kita perlu menyempurnakan “Xiao Xue” sebelum belajar Si Shu. Xiao Xue ialah sebuah buku mengenai pengasuhan dan pendidikan budak kecil yang ditulis oleh tokoh falsafah pada zaman Dinasti Song yang bernama Zhu Xi. Ia mengajar budak-budak kecil bagaimana menyayangi dan menghormati ibu bapa serta tingkah laku yang betul dalam kehidupan seharian. Pernahkah kita membaca buku tersebut? Buku ini ditulis lebih kurang seribu tahun dahulu. Sejarahnya amat lama. Banyak keadaan kehidupan pada masa itu sudah berlainan dengan masa ini.

Mengapa belajar “Xiao Xue” amat penting? Ini disebabkan budak-budak kecil perlu membina asas nilai keperibadian yang kukuh barulah mampu mempelajari buku-buku yang lain. Dengan adanya keperibadian yang kukuh ini, apabila anak-anak kita terdedah kepada pengajaran yang lebih lanjut akan cuba mempraktikkannya dalam pengaulan dengan semua orang serta dalam kehidupan sehariannya. Mereka tidak semata-mata membacanya. Saya pernah membaca dan cuba menterjemah buku tersebut. Hanya 60 hingga 70 peratus isi kandungan buku itu dapat difahami kerana sejarah buku tersebut agak lama. Banyak perkataan tidak dapat difahami. Setelah saya menterjemahkan “Xiao Xue”, saya juga menterjemah sebuah buku lain iaitu “Di Zi Gui”. Saya berasa terharu dan terperanjat apabila membaca “Di Zi Gui” yang ditulis oleh Cikgu Lee Yu Xiu dalam zaman Dinasti Qing. Jangka masa antara Dinasti Qing dengan masa ini tidak

Page 61: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

61

lama, hanya beberapa ratus tahun sahaja. Cikgu Lee menggunakan intisari yang paling penting dalam buku “Xiao Xue” apabila beliau menggubah “Di Zi Gui”. Ia amat serasi dengan kehidupan seharian kita dan amat senang untuk kita praktikkan. Beliau juga berdasarkan satu ayat yang penting dalam kitab “Lun Yu” hasil karya Konfusius dan membahagikan “Tatasusila pelajar, nasihat budiman yang luhur; Berlandaskan kasih sayang terhadap bapa dan ibu, menjalin hubungan adik-beradik yang kukuh, melahirkan insan yang teliti, mempunyai sifat amanah dan jujur, cinta-mencintai tidak mengira agama, kaum dan suku, cuba mendampingi mereka yang berbudi dan berilmu, akhirnya, belajar kemahiran menimba ilmu jika mampu. Inilah pedoman ke arah menjadi seorang budiman yang luhur.” Jadi “Di Zi Gui” sebenarnya berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Konfusius dan merangkumi tujuh bahagian.

Jadi setelah kita mempelajari “Di Zi Gui”, sebenarnya kita telah membentuk asas-asas keperibadian yang kukuh yang terdapat dalam buku “Xiao Xue”. Jika kita tidak mempunyai asas-asas keperibadian yang kukuh dan terus belajar “Empat Kitab dan Lima Karya Klasik”, semakin banyak yang dibaca, semakin hilang landasan dalam kehidupan seharian. Mereka mungkin menggunakan ayat-ayat yang tercatat dalam kitab untuk berdebat dengan ibu bapa mereka. Terdapat seorang budak yang berumur enam tahun, apabila ditegur ibunya membalas secara spontan: Mak! Adakah emak sudah memiliki sifat bersopan santun dan nilai-nilai kerohanian seperti Konfusius? Jika emak masih tidak mampu, jangan pula hendak berlagak dan ingin menegur saya! Ibunya terkejut apabila mendapat balasan sedemikian. Apa akan terjadi jika tahap pelajaran anaknya semakin tinggi?

Saya ada seorang saudara yang telah berumur dan sudah menjadi nenek. Pada suatu hari beliau membawa cucu perempuannya bersama apabila menziarahi kami. Setelah beliau duduk lalu memanggil cucu perempuannya: “Mari kita melafazkan perkataan-perkataan Inggeris di depan pakcik and makcik.” Persembahan budak kecil ini amat bagus, saya percaya bahawa dia mesti melakukan persembahan yang sama banyak kali. Dia melakukan dengan penuh keyakinan. Nenek pula bertanya: “Epal dalam bahasa Inggeris dipanggil apa?” Budak perempuan itu menjawab: “Apple.” “Payung dalam bahasa Inggeris?” Budak perempuan itu menjawab: “Umbrella.” Budak

Page 62: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

62

perempuan itu dapat menjawab soalan yang diaju kepadanya dengan senang. Tiba-tiba budak perempuan itu bertanya balik nenek dia: “Nenek! buku dalam bahasa Inggeris dipanggil apa? Neneknya berkata: “mana saya tahu?” Budak perempuan mengejek: “Nenek, mengapa awak bodoh sangat!”

Anak kita jika tidak mempunyai tingkah laku yang betul, pengetahuan yang dikumpul melalui buku-buku yang dibaca hanya akan menambahkan keangkuhannya. “Keangkuhan” ini halangan yang paling besar dalam pembelajaran kita untuk menimba ilmu. Ilmu pengetahuan kita susah untuk berkembang dan kurang memberi manfaat. Justeru itu, buku “Liji” Bab “Quli” (Tatacara untuk hormat dan merendahkan diri) ada menyatakan “keangkuhan harus dibendung sama sekali.” Ini merupakan nasihat penting daripada nenek moyang kita yang budiman.

Encik Lim Zexu (seorang tokoh berjasa yang banyak menyumbang kepada usaha membanteras ganja dalam Peperangan Ganja, beliau merupakan menteri yang berbangsa Han dalam Dinasti Qing) pernah menetapkan “Sepuluh Perkara Yang Tidak Bermanfaat” dalam hidup. Doktrin-doktrin tersebut merupakan hikmah kesedaran beliau dalam merentasi perjalanan hidup. Doktrin yang pertama berbunyi: “Adalah tidak berguna kita sembahyang dan hormat kepada Tuhan, jika kita masih tidak dapat menghormati ibu bapa sendiri”. Yang kedua: “Adalah tidak berguna jika kita hanya asyik bergaul dengan kawan-kawan sedangkan hubungan kita dengan adik-beradik tidak mesra.” Jika kita tidak tahu menerima kesalahan abang dan adik kita sendiri dan tidak bertolak ansur, sehingga banyak pertelingkahan kekeluargaan berlaku, bolehkah kita mendapat kawan baik yang ikhlas hatinya? Tidak mungkin. Selain itu, antara doktrin-doktrin tersebut, terdapat dua doktrin yang amat penting untuk kita dalam menimba ilmu pengetahuan iaitu: “Adalah tidak berguna untuk kita belajar secara meluas jika hati kita penuh keangkuhan.” “Adalah tidak berguna untuk kita membaca buku jika kelakuan kita ada kecacatan.” Jadi, jika kita bersikap sombong, tahap pelajaran kita yang tinggi hanya akan membuat kita lagi memandang rendah orang lain. Kita mungkin menyalahgunakan ilmu pengetahuan itu untuk kegiatan yang memudaratkan kehidupan orang lain. Manakala jika kelakuan dan sikap seseorang ada kecacatan, dia mungkin susah untuk mengerti maksud sebenar buku-buku, maka

Page 63: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

63

tidaklah dapat manfaatnya. Jadi kita harus menghargai pesanan-pesanan yang ditinggalkan oleh para budiman masa lampau yang luhur. Pesanan-pesanan ini harus dijadikan pedoman hidup supaya kita selalu menginsafi diri sendiri. Kesalahan-kesalahan di atas harus kita elakkan, begitu juga dengan anak-anak kita. Inilah proses pembelajaran yang betul.

Selain itu, terdapat satu petua yang amat penting dalam cara pembelajaran iaitu: “mendalami satu ajaran yang terpilih dan jangan kita berhenti dalam pengajian dan pelaksanaan terhadapnya”. Apakah jenis ajaran yang harus kita dalami? Mengikut pesanan daripada para budiman yang luhur masa lampau, ajaran yang harus kita dalami ialah “Dao De”(道德Moral). “Dao De” merupakan intisari terhadap pengajaran para budiman yang luhur sejak dari beribu-ribu tahun dahulu. Apa itu “Dao”? Apa itu “De”? “Dao” ialah Doktrin Peredaran Alam Semulajadi yang abadi. “De” pula bermaksud hidup dengan bertatasusila supaya selaras dengan keseimbangan alam semula jadi.

Lima Hubungan Asas dalam kalangan manusia merupakan “Dao”. Segala benda di dalam alam semesta ini mempunyai landasan peredaran yang ditetapkan supaya mereka tidak akan berlanggar sesama sendiri. Manusia memerlukan perjalanan hidup yang betul, begitu juga dengan bintang-bintang di angkasa juga mesti beredar pada orbit yang ditetapkan. Apa akan terjadi, jika bintang-bintang itu berpusing pada arah yang berlainan? Pergerakan dan perlanggaran di antara bintang-bintang akan berlaku. Lima Hubungan Asas dalam kalangan manusia juga perlu kita jalinkan dan amalkan demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Lima Hubungan Asas Manusia ialah: 1.Hubungan ibu bapa dengan anak, 2.Hubungan antara adik-beradik, 3.Hubungan suami dengan isteri, 4.Hubungan pemerintah dengan yang diperintah, 5.Hubungan di antara kawan-kawan.

Para hadirin sekalian, terdapat pertelingkahan atau tiada lima hubungan di atas pada masa ini? Banyak! Jawapannya jelas terbentang di dalam suratkhabar. Bagaimana kita boleh menjalin hubungan yang erat di dalam lima jenis hubungan di atas? Di antara lima hubungan asas di atas, mana satukah yang paling penting? Hubungan suami dengan isteri.

Page 64: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

64

Kitab “Zhong Yong” menyatakan: “Dao untuk para Budiman yang luhur bergantung pada hubungan suami isteri.” Mengapa hubungan suami isteri sangat penting? Mengapa pengaruhnya begitu besar? Suami dengan isteri merupakan dua orang yang paling erat yang tinggal di bawah satu bumbung. Jika hubungan suami dengan isteri mesra, anak-anak akan hidup di dalam keluarga yang harmoni. Hubungan bapa dengan anak dan hubungan adik-beradik juga akan menjadi erat!

Hubungan saya dengan dua orang kakak saya amat erat. Ini adalah kerana ibu bapa kami tidak pernah bergaduh di depan kami. Tiadanya pertuturan yang berunsur pertarungan maka hidup keluarga kita penuh keharmonian. Pertelingkahan dan pergaduhan memang susah dicetuskan dalam keluarga kami. Saya mempunyai satu kesedaran yang mendalam iaitu jika hubungan suami isteri baik, hubungan bapa dengan anak akan menjadi baik juga. Begitu juga dengan hubungan adik-beradik!

Baik! Jika “Hubungan Bapa dengan anak” itu mesra, seorang anak akan selalu menghargai pengorbanan ibu bapa terhadapnya. Sifat mengenang budi ini telah dipupuk di dalam hatinya. Dia akan tahu mengenang budi sesiapa yang membimbing dan membantunya apabila berkecimpung dalam masyarakat. Rasa ketaatan antara “yang diperintah dengan yang memerintah” akan tersemai dalam sanubari secara semula jadi. Dia pasti akan menghormati dan mentaati pemerintah. Seperti kata pepatah: “Pengikut yang taat dilahirkan dari keluarga yang soleh.” Pepatah ini amat bermakna! Mengapa kadar mobiliti pekerja sekarang begitu tinggi? Mereka yang bertukar kerja ini mungkin hanya terfikir akan kepentingan diri sendiri dan kekayaan. Adakah mereka pernah menghargai jasa-jasa majikan lama dalam membimbing mereka. Lebih-lebih lagi, ada yang “melompat kerja” ke syarikat pesaing dan mula bersaing dengan syarikat lama! Selain itu, seseorang itu jika mempunyai hubungan di antara adik-beradik akan tahu menjaga hak orang lain. Hubungannya dengan kawan-kawan dan rakan sekerja akan baik.

Jadi Lima Hubungan Asas bersendi pada hubungan suami isteri. Cara menjalin hubungan suami isteri yang mesra merupakan satu ilmu yang amat penting. Para hadirin sekalian, pernahkah anda belajar ilmu mengenai

Page 65: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

65

menjalin hubungan suami isteri yang mesra? Pernahkah anda terbaca dalam buku? Tiada. Mengapa perkara yang penting ini tidak diajar langsung? Cuba kita renungi di sepanjang perjalanan hidup kita sebelum ini, kita belajar banyak ilmu pengetahuan sebagai persediaan terhadap persoalan-persoalan dalam peperiksaan. Kebanyakan ilmu tersebut jarang digunakan dalam kehidupan kita, sebaliknya bagi ilmu yang boleh mempengaruhi kebahagiaan seumur hidup kita ini tidak pernah dipelajari! Kita perlu selalu mengingati petua: “Berhati-hati pada peringkat pertama.” Sebelum kita berkahwin kita perlu mula berhati-hati dalam pemilihan jodoh. Mata kita mesti celik apabila memilih. Jika anda pandai memilih, orang lain juga pandai memilih. Semua orang inginkan jodoh yang bersikap baik. Apakah cara mencari jodoh? Adakah selalu pergi mencari jodoh yang sesuai? Cara ini amat meletihkan! Cara yang paling baik ialah belajar “Bulan Purnama yang diiringi bintang-bintang”. Sebaik sahaja kita berjaya membetulkan tingkah laku kita, kehadiran pasti bagaikan bulan purnama yang diiringi bintang. Disebabkan tingkah laku kita yang sempurna pasti mendapat sambutan yang besar bagi mereka yang ingin mencari jodoh! Pada masa ini anda mempunyai banyak pilihan. Inilah cara mencari jodoh yang terbaik!

Setelah kita mengetahui bahawa kita perlu “berhati-hati pada peringkat permulaan”. Kita akan lebih mengamati dan berhati-hati dalam memilih jodoh. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh dan dilayan secara sambil lewa. Kebanyakan pemuda-pemudi sekarang belajar cara pergaulan antara suami dengan isteri, lelaki dengan perempuan dari lagu-lagu sentimental. Lagu-lagu jenis ini kebanyakannya menunjukkan perantaraan yang penuh pesimistik, percintaan yang gila berahi, percintaan yang mengasyikkan. Pemuda-pemudi sekarang begitu leka terhadap percintaan yang penuh gila berahi dan penuh rintangan. Terdapat satu rangkai kata yang berbunyi: “Pemuda-pemudi akan jadi lebih bergaya jika dapat bersikap gila berahi.” Inilah konteks percintaan dalam hati pemuda-pemudi sekarang. Apabila saya mengajar murid-murid yang darjah lima dan darjah enam, saya perlu lebih berhati-hati. Saya akan memberi “suntikan ubat pencegahan” kepada mereka dengan membetulkan pandangan mereka yang salah terhadap hubungan lelaki dengan perempuan. Pandangan mereka kebanyakannya telah terpesong atas pengaruh lagu-lagu sentimental. Saya memberitahu mereka bahawa hubungan antara individu yang berlainan memerlukan proses yang

Page 66: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

66

berperingkat. Hubungan itu mesti dimulakan dengan “saling berkenalan”, diikuti pula dengan “saling memahami”, lepas memahami barulah boleh “saling menghargai”. Setelah mempunyai penghargaan terhadap pihak lain dan berasa jodoh ini kurniaan yang amat berharga, barulah kita “saling cinta-mencintai”. Seperti kata pepatah: “Jika tak kenal mana nak cinta?” Setelah mengharungi proses perhubungan di atas barulah kita boleh “Berkahwin”. Adakah perkahwinan ini melambangkan titik tolak kepada proses hubungan kedua-dua pihak? Banyak orang berkata “perkahwinan ini kubur kepada percintaan”. Pandangan ini amat menyeleweng. Percintaan ini sepatutnya semakin lama bersama semakin kukuh. Percintaan ini perlu dipupuk.

Apa itu percintaan yang sejati? Saya selalu memberi satu contoh yang dapat membayangkan percintaan yang sejati iaitu terdapat sepasang suami isteri berumur 70-an berjalan-jalan di taman sambil berpegangan tangan. Tiba-tiba si isteri berkata: “Abang! Besok cukup bulan, kita pergi makan vegetarian?” Inilah percintaan dan penghargaan yang setia di antara suami isteri yang sudah lanjut usia. Jenis percintaan ini berbeza dengan jenis yang gila berahi, ia tidak senang berubah. Percintaan yang berlandaskan proses perhubungan yang sihat perlu diajar kepada murid-murid kita.

Jika pada hari pertama terdapat seorang lelaki yang baru berkenalan dengan anda memberitahu anda: “Saya amat mencintai anda!” Dia mesti bercakap bohong dan mungkin hendak menipu anda kerana reaksinya tidak semula jadi. Percintaan sedemikian merupakan satu kesalahan. Terdapat juga yang baru berkenalan dan terus berkata: “Kaulah satu-satunya orang yang ingin saya kahwini dalam hidup saya.” Anda perlu cepat berfikiran waras dan sedar diri apabila terdengar orang memberitahu anda tentang perkara sedemikian. Orang itu berkata sedemikian tanpa pengenalan dan ketahanan yang mendalam terhadap anda. Dia masih belum tahu sikap anda dan latar belakang anda. Ini hanya setakat kata-kata manis. Tetapi kata-kata manis sebegini memiliki kuasa yang amat besar. Jika anda tiada pendirian yang tegas, anda mungkin rebah dalam rayuannya. Justeru, pemuda-pemudi kita mesti dipupuk kefahaman dan ketahanan yang betul terhadap erti sebenar percintaan. Kita mesti berhati kering dan berfikiran waras dalam proses “saling berkenalan” hingga proses “saling memahami”. Sebagai contohnya jika anda berkenalan dengan seorang lelaki, anda

Page 67: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

67

perlu mengamati bagaimanakah bubungan lelaki itu dengan rakan-rakan sekerjanya serta kawan-kawannya. Kita perlu mempunyai daya pemerhatian yang objektif supaya dapat betul-betul memahami sikap seseorang apabila berdepan dengan orang lain.

Jika anda terus keluar dengan lelaki itu pergi menonton wayang, mendaki bukit dan minum kopi secara berdua-duaan, sungguhpun masih belum memahami keperibadian lelaki itu, apa akan berlaku? Lelaki itu mesti menunjukkan sikap yang paling baik di depan anda. Lakonannya pasti hebat. Manakala sikap yang buruk akan disembunyikannya. Penampilan pemuda itu apabila berdepan dengan anda mungkin bukan penampilannya yang sebenar. Jika dia juga memiliki penuh rasa kasih sayang dengan kawan-kawannya dia akan mengambil perhatian terhadap mereka, maka cinta lelaki itu terhadap anda mungkin dari ketulusan hatinya. Pengorbanan dia terhadap anda mesti besar. Justeru pada peringkat “Saling memahami” memerlukan pemikiran yang waras dan subjektif. Jangan sekali-sekali kita keluar dengan teman yang baru dikenali secara berdua-duaan. Tindakan ini amat berbahaya. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, adakah pemuda-pemudi sekarang memahami pantang larang tersebut? Adakah mereka sedar bahawa mereka mungkin mendedahkan diri kepada keadaan yang amat memudaratkan? Terdapat satu rangkai kata yang berbunyi: “Bersatu disebabkan salah faham. Bercerai disebabkan saling memahami” Ini disebabkan kefahaman kita terhadap pihak lain hanya terletak pada permukaan sahaja dan bukannya ketahanan yang kukuh dan subjektif. Jadi, saling memahami ini amat penting dan ia memerlukan pemerhatian yang tajam dan hati yang jernih.

Diikuti pula dengan “Saling menghargai”. Sama-sama menghargai jodoh yang dikurniakan sehingga membolehkan kita berdua berkenalan dan hidup bersama. Inilah asas yang penting dalam percintaan. Lepas itu barulah kita layak berbincang tentang perkahwinan. Sebelum berkahwin, kita perlu memikirkan satu perkara yang penting iaitu: Adakah kita berdua ini berkongsi ideologi yang sama? Muafakat dalam berfikir? Mempunyai tujuan hidup yang sama? Namun begitu, terdapat ramai kawan saya tidak setuju dengan pandangan saya. Mereka berpendirian yang mudah dan berkata: “Fikiran dan ideologi tidak muafakat tidak apa! Saya yakin boleh mengubahnya.” Mereka yakin dan menaruh harapan tinggi! Terdapat

Page 68: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

68

banyak yang berkonsep sedemikian. Cuba dengar kata-kata ini: “Ketahuilah hakikat bahawa medan peperangan itu satu lubuk kematian yang pahit untuk ditempuh, barulah kita faham kegagahan kita di depan pejuang-pejuang yang cuba menunjuk-nunjuk diri ini adalah tidak membawa manfaat!” Jika kita memegang prinsip ini dan teruskan “perjuangan hidup” kita, sebenarnya yang mengecap kejayaan sedikit sekali. Ini adalah kerana tabiat dan sikap seseorang yang berumur 20-an atau 30-an amat susah dibetulkan. Kebanyakan sikap buruk telah tersemat dalam jiwa mereka, kecuali mereka berikhtiar untuk berubah. Jika tidak orang lain susah untuk mengubahnya! Jadi, saya berasa kadangkala kita perlu menyesuaikan diri mengikut situasi, jangan terlalu memaksa diri. Perkahwinan kita hanya akan bahagia jika kita benar-benar bertemu dengan orang yang sealiran kepercayaan dan ideologi dengan kita.

Apakah pula “Saling mencintai”? Apa itu konteks “cinta”? Bagaimana kita boleh menentukan bahawa hubungan kedua-dua orang itu terdapat percintaan? Kebanyakan orang sekarang menggunakan “cinta” sebagai alat untuk mengugut pihak lain. Contohnya: “Anda mesti membuat ini atau itu untuk saya kerana saya amat mencintai anda!” Jika kita tidak mengerti konteks sebenar “cinta” kita mungkin menyalahgunakan “cinta” itu untuk mengawal orang lain, mendatangkan penderitaan hidup kepada orang lain. Bahasa Cina merupakan bahasa yang banyak simbol penuh makna. Cinta dalam bahasa Cina ditulis sebagai “愛”, ditengah perkataan itu terdapat “心” iaitu “hati”, dia dilingkungi oleh perkataan “受” iaitu “merasa” atau “perasaan”. Maknanya, cinta itu sebenarnya ialah menggunakan hati kita untuk merasa. Merasa apa? Merasa keperluan pihak lain. Apabila kita mempunyai seorang teman yang sensitif terhadap keperluan kita, selalu mengambil hati kita, anda pasti berasa amat bahagia dan gembira. Percintaan kita pasti tidak seperti percintaan dalam lagu-lagu sentimental yang penuh penderitaan. Jadi perasaan orang yang bercinta itu ialah penuh kebahagiaan. Kita perlu mempastikan samada percintaan kita ini menepati syarat-syarat di atas, jika tidak, perlu kita membuat keputusan untuk berubah. Jangan kita bertindak secara sembarangan tanpa fikiran yang waras.

Setelah memahami definisi cinta yang sebenar, sekarang kita ingin mengetahui apakah itu “Bahasa Cinta”? Bahasa cinta itu ialah kejujuran dan

Page 69: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

69

ketulusan hati. Bahasa cinta bukannya kata-kata manis dan setakat tanam tebu di bibir sahaja. Seorang lelaki jika suka berkata-kata manis dengan anda, akan melakukan yang sama terhadap perempuan yang lain. Sebaliknya bagi lelaki yang tidak pandai berkata-kata manis anda boleh bergantung kehidupan kepadanya. Ini adalah kerana kerelaan untuk berkorban untuk orang yang dicintanya adalah benar dan bukan setakat kata manis sahaja. Dia tidak pandai bercakap. Dia tidak membazir masa berfikir tentang kata-kata manis yang boleh memukau hati anda. Pernah seorang wanita memberitahu kami tentang kisah pertemuan pertamanya dengan suaminya. Suaminya tidak banyak bercakap pada masa itu. Dia masih ingat apa yang suaminya kata padanya: “Gigi anda kurang baik.” Selepas itu dia menyambung: “Sistem penghadaman anda juga tidak baik kerana gigi anda tidak dapat mengunyah makanan dengan sempurna sebelum ditelan. Ini akan memberatkan lagi beban perut anda.” Apabila mendengar apa yang dicakapkan, wanita itu terfikir bahawa lelaki itu memang tidak pandai mengungkapkan kata-kata manis, tapi dia seorang yang jujur, sanggup memberitahu kekurangan dirinya sungguhpun itu adalah pertemuan yang pertama kali. Dia berasa lelaki itu boleh dipercayai dan akhirnya dia berkahwin dengan lelaki tersebut. Apabila merenung balik keputusan yang dia buat pada masa itu, dia berasa dia mempunyai prinsip dan fikiran yang jelas kerana memahami bahawa orang yang jujur dan berterus terang ini boleh dipercayai. Justeru, “Bahasa cinta” itu ialah ketulusan hati.

Selain itu, percintaan itu tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. Seseorang yang mengambil berat tentang kepentingan orang lain dan menyayangi orang lain, sepatutnya bersikap demikian juga apabila berdepan dengan ibu bapa, isteri, kawan-kawan, malah juga kepada orang-orang yang tidak dikenali. Perhubungan lelaki dengan perempuan sekarang terdapat satu masalah iaitu apabila terdapat satu pihak yang menyatakan ingin memutuskan perhubungan, satu pihak yang lain akan berasa benci dan geram. Malah ada yang melakukan keganasan. Percintaan begini bukan berlandaskan sikap tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya percintaan begitu sudah menjadi satu penguasaan dan kepunyaan yang tinggi. Orang begini menyamar “cinta” untuk menipu orang. Dia bercinta sebenarnya setakat nafsu ingin menguasai dan mengawal sahaja. Ini bukan cinta yang sebenarnya. Mereka yang berkelakuan sedemikian sebenarnya telah menodai

Page 70: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

70

kesucian “cinta”.

Di samping itu, kelakuan cinta ini ialah “menggalak dan menyempurnakan hasrat baik pihak lain”. Ada kisah seorang guru wanita, suaminya mempunyai seorang adik perempuan yang belajar dan tinggal di Hawaii. Pada suatu hari, suaminya memberitahu bahawa dia ingin menghantar semua simpanan wang dalam bank selama tiga tahun kepada adik perempuannya di Hawaii kerana menghadapi masalah kewangan. Para hadirin sekalian, jika itu suami anda, apakah reaksi anda? Mengapa anda semua tidak bercakap? Guru itu terus memberitahu suaminya: “Keputusan abang amat mengharukan hati saya. Kasih sayang abang terhadap adik abang tanpa mementingkan diri sendiri amat mengkagumkan. Ini pasti melegakan hati ibu bapa abang! Baik! Besok saya akan uruskan untuk abang!” Tengok! Isteri itu sanggup melakukan perkara ini untuk suaminya. Inilah kelakuan cinta yang sebenar iaitu “menggalakkan dan menyempurnakan hasrat baik pihak lain”. Apabila guru itu ingin melakukan transaksi wang di bank pada keesokan harinya, ada seorang kawannya yang mengetahui perkara tersebut dan dia juga rasa terharu. Kawannya memberitahu dia bahawa: “Saya boleh menguruskan untuk awak kerana saya ada hubungan yang baik dengan bank.” Jadi tindak tanduk yang baik kita ini pasti membuat orang-orang di sekeliling kita terharu dan terpengaruh!

Dari empat perspektif ini, kita boleh membuat keputusan sama ada bakal kekasih kita ini faham erti sebenar “cinta”. Terdapat kawan saya yang memberitahu saya bahawa selain daripada empat perspektif ini, terdapat lagi satu perspektif yang harus ditambah iaitu “suka membaca buku-buku berkenaan etika dan buku-buku lama para budiman”. Saya amat bersetuju dengan cadangan kawan saya ini. Ini adalah disebabkan akhlak seseorang hanya akan terbentuk setelah mempelajari dari ajaran dan didikan para budiman!

Setelah kita berjaya memilih kekasih yang betul, perbincangan yang berikutnya akan menyentuh tentang “Bagaimana kita hendak mengurus dan membina keluarga yang bahagia secara bersama”. Ini amat memerlukan permuafakatan kedua-dua pihak. Perkara yang paling penting dalam keluarga ialah bagaimana hendak mendidik anak-anak supaya bersikap

Page 71: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

71

dan berakhlak yang betul. Kata pepatah: “Semua perkara yang penting tidak sepenting pendidikan anak.” Mari kita berfikir secara mendalam mengenai kisah ini. Terdapat sepasang suami isteri yang amat kaya dan mempunyai status sosial yang tinggi, tetapi anak-anak mereka selalu melepak sahaja tanpa bekerja, adakah kehidupan masa tua mereka akan bahagia atau tidak? Tidak! Bukan sahaja keluarga ini mesti mengajar anak dengan baik, malah maharaja-maharaja kita pada masa silam juga memahami kepentingan pendidikan generasi muda mereka. Apakah perkara pertama yang mereka lakukan apabila mereka naik takhta? Mereka akan menabalkan putera diraja, iaitu anak maharaja yang bakal menggantikannya. Baginda menetapkan bahawa negara di bawah jajahan dinastinya hidup aman damai dan kekal lama. Baginda faham bahawa kedaulatan dinastinya hanya boleh ditegakkan secara berterusan dengan menegakkan akhlak yang mulia putera-putera diraja yang akan datang. Justeru itu, maharaja-maharaja masa silam akan mencari guru yang paling berakhlak tinggi di negaranya untuk mendidik putera-putera baginda. Jika suami isteri mempunyai hati yang sepakat, keluarga dapat diuruskan secara bersama dengan sempurna!

Dalam lima jenis hubungan itu, hubungan suami isteri itu didefinisikan sebagai: “Suami isteri ada perbezaan” “Suami isteri” merupakan gabungan mengikut Doktrin Alam yang semula jadi maka ia adalah “Dao”, manakala “Ada Perbezaan” ini menyatakan kepada kita ada perbezaan peranan yang penting bagi suami isteri untuk berusaha ke arah melahirkan suasana hidup yang harmoni dan selaras dengan keseimbangan alam. Maka “perbezaan” itu merupakan “De”. Orang dulu-dulu berpegang pada konsep bahawa “lelaki itu bertindak di luar, manakala perempuan itu bertindak di dalam”. Dalam keluarga terdapat dua bahagian yang paling penting, yang pertama bahagian material atau kebendaan, yang kedua bahagian kerohanian. Suami bertindak di luar untuk menyelesaikan masalah kewangan dan keperluan material keluarga. Manakala isteri bertindak di dalam supaya dapat menjaga perkembangan kerohanian anak dan memainkan peranan sebagai pendidik akhlak anak. Zaman sekarang, suami isteri bekerja di luar, pendidikan anak diserah kepada siapa? Pembantu rumah? Cikgu? Rumah pengasuhan anak? Banyak! Jadi sekarang terdapat banyak rangkai kata yang muncul seperti “wakil ibu bapa”. Sekarang terdapat satu jenis “wakil ibu bapa” yang paling popular yang banyak ibu bapa menggajinya untuk mendidik anak-anak

Page 72: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

72

mereka, tahukah apa itu? TV! Ada pula yang berkata: Komputer!

Para hadirin sekalian, manusia pada zaman ini pentingkan duit sahaja, adakah anda dapat mempastikan semua duit yang dikaut itu akan berada di sisi anda buat selama-lamanya? Kita perlu mengetahui satu hakikat yang besar iaitu kekayaan kita ini sebenarnya dimiliki bersama oleh lima “keluarga”. Apakah lima “keluarga” itu ? Lima “keluarga” itu ialah Air (banjir), Api (kebakaran), Pegawai khianat (makan suap), pencuri atau perompak dan yang akhir sekali yang juga paling merbahaya iaitu anak derhaka. Anak sendiri yang boleh menghabiskan semua harta benda yang dengan segala susah payah dikumpul oleh ibu bapa. Bagaikan guni padi yang berlubang di bawah, biar bersungguh-sungguh anda mengisi padi ke dalamnya, ia akan menjadi kosong juga! Jadi, jika kita menyerahkan tanggungjawab mendidik anak kita itu kepada “wakil ibu bapa” akhirnya kita akan dibelenggu kerisauan dan penderitaan. Kita mungkin akan menghidap sakit jiwa dan hidup dalam kedukaan. Hal ini amat berbahaya!

Bagaimana pula jika anak kita diserah kepada pusat-pusat tuisyen? Saya selalu berfikir tentang satu persoalan. Saya pernah menjadi cikgu dan selalu memerhatikan sikap para pelajar saya. Saya mendapati biasanya terdapat lebih kurang 50% pelajar yang merangkul 10 kedudukan yang pertama itu ada menyertai kelas tuisyen di luar sekolah. Saya dapati mereka itu biasanya kurang memberi tumpuan semasa saya mengajar. Mereka beranggapan bahawa tajuk itu mereka sudah belajar semasa di dalam kelas tuisyen. Mereka akan bersikap sambil lewa dan ada yang berlagak sombong di depan kawan lain dan memberitahu bahawa: saya sudah tahu! Bagi yang belum diajar oleh cikgu tuisyen, mereka pula akan berkata: ini akan diajar oleh cikgu tuisyen nanti! Sikap yang ditunjukkan oleh pelajar ini sebenarnya telah mula menanam unsur-unsur kekalahan hidup pada masa depan.

Selain itu, saya juga mendapati pelajar-pelajar tersebut akan belajar bersungguh-sungguh terhadap beberapa keping nota yang disediakan oleh cikgu tuisyen mereka. Nota ini mencatatkan bahagian-bahagian yang mustahak yang disediakan khas untuk peperiksaan. Tanggungjawab membaca dan membuat nota mereka serahkan kepada cikgu-cikgu tuisyen. Mereka hafal dengan bersungguh-sungguh dan selepas peperiksaan

Page 73: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

73

mereka akan berasa lega dan dalam dua atau tiga hari mungkin apa yang dihafal akan dilupakan seratus peratus. Sebaliknya bagi murid-murid yang tidak bertuisyen, mereka akan saling membantu dan membahagikan tanggungjawab untuk menyediakan nota. Selepas dibaca dan dihafal, mereka akan saling bertanya untuk mempastikan bahawa mereka betul-betul hafal dan faham. Proses pembelajaran mereka sungguhpun lambat tetapi amat menguji kesabaran dan kejujuran hati mereka terhadap ilmu pengetahuan. Banyak ilmu yang ditimba di sepanjang proses pembelajaran sebegini. Kebanyakan orang sekarang mempunyai pandangan yang salah, mereka beranggapan bahawa “saya akan mendapat kesan yang efektif, jika saya sanggup membelanjakan wang”. Jadi kita perlu memerhati sama ada anak-anak kita ini benar-benar mendapat manfaat daripada pusat-pusat tuisyen yang mereka sertai itu.

Bagaimanakah pula jika kita menyerahkan tanggungjawab mendidik anak kita kepada pembantu-pembantu rumah. Kadang kala pembantu kita ini mungkin pendatang asing yang tidak pandai bahasa kita. Anak-anak kita ini jika diserah kepada mereka lama-kelamaan bahasa mereka akan terpengaruh. Inilah sebabnya tahap bahasa generasi muda sekarang semakin hari semakin rendah! Para hadirin sekalian, bahasa merupakan asas kepada segala ilmu pengetahuan. Jika bahasa kita lemah, kita akan berasa susah untuk mempelajari subjek-subjek yang lain. Selain itu, apakah peranan yang pembantu-pembantu rumah kita apabila menjaga anak kita? Adakah dia berperanan sebagai ibu bapa? Tidak! Dia akan melayan anak-anak kita seperti melayan bos dia, lebih-lebih lagi, ada yang melayan anak-anak kita ini sebagai maharaja! Oleh sebab itu, kebanyakan budak-budak yang ada pembantu rumah apabila hendak keluar rumah akan melakukan satu perbuatan iaitu duduk di atas kerusi kecil, menghulurkan kaki mereka dan biarkan pembantu rumah memakaikan kasut untuk mereka. Keupayaan kehidupan seharian mereka amat rendah sekali. Budak-budak sedemikian mungkin akan mati kelaparan jika suatu hari nanti anda bankrap dan tidak mampu hendak membiayai dia lagi. Kita mesti menerima satu hakikat benar iaitu “kekayaan itu tidak semestinya kekal seumur hidup”.

Kita mesti berfikir tentang sama ada anak-anak kita berkemampuan untuk berdikari apabila keluarga kita mengalami kesusahan ekonomi atau

Page 74: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

74

tidak. Kita perlu berwawasan dan berfikiran jauh ke hadapan. Terdapat kes berlaku di mana budak-budak yang di bawah jagaan pembantu rumah apabila masuk sekolah dan disuruh menyapu lantai kelas oleh cikgunya, budak itu bercakap dengan cikgunya dan berkata: “Cikgu, saya bagi cikgu duit dan cikgu tolong sapu untuk saya!” Apakah pandangan nilai hidup yang ada pada budak tersebut? Wang itu berkuasa dan boleh menyelesaikan segala masalah. Gejala ini menyedarkan kita bahawa pembantu rumah tidak dapat berperanan seperti ibu dan bapa dalam pendidikan anak!

Selain itu, terdapat ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab mengasuh dan mendidik anak itu kepada datuk dan nenek. Ramai datuk dan nenek mungkin masih rasional dalam mendidik anak-anak mereka apabila mereka masih berperanan sebagai bapa dan ibu. Tetapi apabila sudah dinaikkan status menjadi datuk dan nenek kemudian berdepan dengan cucu yang comel biasanya datuk dan nenek akan mengalah dan mencurahkan kasih sayang yang berlebihan terhadap cucu mereka. Saya masih ingat ibu saya seorang yang serius dan berprinsip sewaktu saya masih kecil dulu. Pernah berlaku satu kali di mana saya meminta sesuatu daripada ibu tetapi permintaan saya ditolak. Permintaan ini agak keterlaluan. Ibu saya terus membaca bukunya dan tidak mempedulikan saya. Saya amat marah lalu bergolek di atas lantai sambil menangis dengan harapan ibu saya akan mengalah dan memenuhi permintaan saya. Namun demikian, ibu saya langsung tidak pedulikan saya dan terus membaca buku. Akhirnya, saya terpaksa berhenti setelah penat bergolek dan menangis. Pada masa itu, saya mula memahami kalau dengan emosi sahaja kita tidak boleh mencapai matlamat. Ibu saya tidak akan mengalah apabila diugut begitu. Peristiwa ini memberi saya satu pengajaran yang amat mendalam. Jadi pengajarannya, anak kita mesti berpegang kepada prinsip yang teguh. Kita tidak boleh asyik memenuhi segala permintaan anak-anak kita yang dikuasai oleh nafsu keinginan mereka. Ini boleh menghancurkan kehidupan mereka. Ibu saya sewaktu mengasuh dan mendidik saya amat berpegang kepada prinsip, tetapi bila sampai masa mengasuh cucu, ibu saya mula mencurahkan kasih sayang yang berlebihan. Ibu saya selalu menegur saya: “Janganlah selalu muka serius terhadap anak saudara”. Saya selalu diam sahaja. Setelah setengah tahun berlalu, ibu saya pula memberitahu saya: “Awak bersikap serius ini sebenarnya betul.” Dia kata begitu kerana dia mula mendapati bahawa

Page 75: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

75

cucunya mula kehilangan kawalan. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika kita menjaga anak-anak kita sendiri dan tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada ibu bapa kita.

Keadaan akan menjadi lebih teruk jika kita memberi tanggungjawab mendidik anak kita kepada TV dan Komputer. Elemen-elemen TV dan komputer ini penuh dengan unsur-unsur tamak, keganasan dan kejahilan. Oleh kerana itu, percakapan pemuda-pemudi sekarang amat kurang ajar dan tidak berbudi bahasa. Semua ini dipelajari daripada adegan-adegan di TV dan komputer. Rancangan TV ini mempunyai daya sihir yang boleh melalaikan minda orang. Pernahkah anda memerhatikan keadaan orang yang sedang menonton rancangan TV. Orang itu seperti berada di dimensi yang berlainan yang susah dijangkau. Biar orang di tepi memanggil mereka tidak dengar. Mengapa? Ini disebabkan bahawa TV mengeluarkan gelombang laser yang boleh memukau pemerhatian minda anda dan membuatkan anda terasa seperti dipencilkan di sebuah rumah yang berlainan. Semakin banyak kita menonton TV, semakin rendah daya pemikiran kita. Inilah sebabnya terdapat banyak produk-produk yang mahal sanggup berbelanja besar untuk membuat iklan melalui media. Mereka memahami bahawa penonton iklan akan kehilangan fikiran yang waras dan akan membeli tanpa berfikir baik buruknya. Saintis telah membuktikan bahawa TV mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan otak kita dan perkembangan mental anak-anak kita.

Setelah kita memahami bahawa pendidikan anak-anak itu bergantung kepada ibu dan bapa, barulah kita layak digelar ibu bapa yang bersedia untuk menyambut kedatangan cahaya mata. Proses tumbesaran anak hanya sekali dan tidak mungkin berulang. Jika saya menyuruh anda mendidik anak anda sendiri, bolehkah anda melakukannya? Mungkin ada yang bercakap: “Cikgu Tsai, kita ini hidup dalam masyarakat moden, kadangkala terikat oleh norma-norma hidup.” Saya amat bersetuju dengan anda. Kebanyakan anda akan risau bahawa ekonomi keluarga akan menghadapi masalah jika kedua-dua suami isteri tidak bekerja. Kita mungkin kelaparan. Sila kita fikirkan secara mendalam, kebanyakan keluarga hanya suami yang bekerja pada zaman generasi datuk dan nenek kita. Kebanyakan keluarga pada masa itu beranak lebih, biasanya tujuh atau lapan ke atas. Adakah mereka mati

Page 76: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

76

kelaparan? Tidak! Sekarang kebanyakan kita hanya mempunyai seorang atau dua orang anak, mengapa kita takut mati kelaparan? Apakah sebenarnya punca kepada timbulnya masalah kewangan sesebuah keluarga? Bersikap boros! Pepatah ada mengatakan: “Sikap berjimat-cermat merupakan asas kepada pengurusan sebuah keluarga.” Jika kita bersikap jimat dan tidak suka boros, sebenarnya adalah cukup untuk membiayai kehidupan sekeluarga! Sebenarnya ada kebaikan jika hanya seorang sahaja yang bekerja kerana inilah satu dorongan untuk kita bersikap jimat-cermat. Anak-anak yang dibesarkan di dalam keluarga yang berjimat-cermat akan menjadi anak yang tekun dan jimat. Mereka yang tekun dan jimat akan teguh dan tidak senang kalah apabila berkecimpung dalam masyarakat yang penuh dengan dugaan hidup! Mereka tidak akan senang memperhambakan diri kepada kebendaan!

Di sinilah sahaja perbincangan kita untuk sesi ini. Sekian terima kasih!

Page 77: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

77

Sesi 5 Selesaikan Asas Sumber Pendapatan Keluarga,

Tumpuan Pada Didikan Anak

Dalam kelas yang lepas kita sudah membincangkan dua perkara utama yang terpenting dalam sesebuah keluarga, iaitu dari segi ekonomi berbentuk material ataupun kebendaan untuk kehidupan dan satu lagi ialah sudut kerohanian dan pendidikan untuk anak. Kebanyakan pasangan suami isteri sekarang bekerja di luar untuk mencari wang. Justeru, tanggungjawab menjaga anak dilepaskan kepada pusat penjagaan kanak-kanak atau kepada pembantu rumah ataupun datuk dan nenek. Sama ada seseorang itu bijaksana atau tidak bergantung kepada keupayaannya dalam membuat keputusan. Keputusan untuk “mengambil atau melepaskan tanggungjawab!” Hendak mengambil peluang mendidik anak atau melepaskan tanggungjawab mendidik anak? Hendak mengambil kesempatan mencari untung atau melepaskan kekayaan demi pendidikan anak? Dalam hidup kita ini: “Ada perlepasan baru ada pendapatan!” Satu keputusan boleh melahirkan akibat yang berlainan! Mari kita lihat perbandingan antara generasi tua yang berumur 50-an dan 60-an dengan generasi muda yang berumur 20-an dan 30-an. Apakah perbezaan mereka? Generasi tua amat bertanggungjawab dan amat mentaati ibu bapa. Bagaimana pula dengan generasi muda? Para hadirin sekalian, jangan rasa malu hendak menjawab! Adakah kita bersikap seperti generasi tua? Adakah ini dikatakan kemajuan atau kemerosotan? Kemerosotan! Adakah generasi tua lebih kaya atau generasi muda? Generasi muda! Mengapa dengan adanya duit yang semakin banyak, tahap moral kita semakin menurun? Jadi wang dan ekonomi ini tidak semestinya boleh menyelesaikan masalah. Generasi yang sebaya dengan bapa saya secara umumnya amat miskin. Tetapi kerana miskin, mereka lebih bersikap jimat cermat. Saya masih ingat sewaktu kecil apabila kami ada makanan yang tertinggal, ibu bapa akan habiskannya tanpa membazir. Mereka mempunyai satu tabiat yang baik iaitu mesti menghargai setiap makanan yang dikurniakan Tuhan. Kehidupan yang miskin ini secara tidak langsung memupuk sikap berjimat-

Page 78: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

78

cermat. Inilah kebaikan yang pertama. Yang kedua, mereka yang hidup dalam kesempitan ekonomi akan lebih mengerti kesusahan ibu bapa dan seterusnya tahu mengenang budi ibu bapa, tahu menyayangi adik beradik sendiri. Bapa dan adik-beradik sebayanya semuanya belajar secara automatik tanpa perlu dikerah-kerah oleh ibu bapa mereka. Mereka memiliki hati yang tulus iaitu berharap dengan adanya pencapaian akademik yang baik dapat menyediakan kebahagiaan hidup kepada ibu bapa pada masa depan. Jadi kemiskinan keluarga ini membuatkan seseorang itu lebih bertekad dan bersemangat, membuatkan seseorang itu lebih menghormati ibu bapa. Kita sepatutnya bersyukur jika terbelenggu dalam kemiskinan.

Sebaliknya generasi muda sekarang disebabkan tahap kehidupan yang lebih tinggi, apa sahaja yang dikehendaki boleh diperolehi dengan mudah. Mereka ini lama-kelamaan bersikap boros dan menjadi kurang menghormati ibu bapa. Mereka yang tidak pernah menempuh kepahitan hidup mungkin kurang keupayaan memikul tanggungjawab. Generasi muda sekarang bukan sahaja menghabiskan wang yang dicari sendiri tetapi juga menghabiskan wang ibu bapa. Generasi muda sekarang suka berbelanja dan berfoya-foya serta pandai menikmati keselesaan hidup. Banyak antara mereka apabila mendapat gaji akan berkata: “Jom mari kita pergi shopping.” Gaji satu bulan mungkin dihabiskan dalam setengah bulan yang pertama. Apa akan terjadi pada setengah bulan yang akan datang? Mereka mungkin terpaksa makan mi segera setiap hari. Ada pula yang tidak tertahan lagi akan balik rumah meminta wang daripada ibu bapa. Kebanyakan bapa sekarang akan memberi reaksi: “Sudah berapa kali ayah bercakap jangan boros berbelanja! Mengapa kamu tidak dengar nasihat? Nah, nak berapa?” Akhirnya bapa kita akan memberi dan terus menyara. Jadi akhirnya kemewahan hidup kita tidak semestinya melahirkan generasi yang waras dan pandai menimbang. Ramai para ilmuan pada masa lampau amat memahami hakikat tersebut. Pada peringkat permulaan pemerintahan Dinasti Han, Maharaja Liu Bang memberi anugerah kepada lebih 100 orang pahlawan yang menyumbang dalam pembentukan dinasti yang baru. Anugerah itu berupa tanah dan sawah. Para pengkaji sejarah Dinasti Han ada membuat kajian dan membuat catatan sejarah yang amat mengkagumkan. Kajian itu mencatatkan bahawa kebanyakan generasi baru pahlawan-pahlawan di atas telah mengalami

Page 79: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

79

keruntuhan dan kemerosotan selepas 100 tahun kemudian. Malah ada di antara mereka yang merayau di jalanan menjadi pengemis. Namun begitu masih terdapat keturunan mereka yang masih hidup dalam keadaan baik. Di antaranya ialah generasi muda Pahlawan Xiao He. Pada masa pembahagian tanah, Xiao He hanya meminta sebidang tanah yang kurang subur dan agak tandus. Alasannya ialah tanah yang tandus memerlukan usaha menanam dan membaja yang berlipat kali ganda. Jika tidak berusaha, mereka yang bersawah di tanah itu akan kelaparan kerana tiada hasil! Xiao He ini seorang yang berpandangan jauh. Beliau mengharapkan keturunannya yang akan datang akan terus berusaha bertungkus lumus dan mengamalkan sikap berjimat-cermat. Mereka yang mendapat tanah yang subur akan menjadi malas dan tamak. Selain itu, tanah yang subur begitu menjadi impian orang ramai dan menjadi rebutan. Ramai orang akan menunggu kesempatan dan menggunakan pelbagai helah untuk merebutnya! Xiao He memahami bahawa mewariskan akal yang cerdik dan mulia kepada cucu-cicit lebih penting daripada menurunkan harta benda yang banyak. Yang lebih penting ialah menegakkan satu contoh teladan yang baik untuk generasi akan datang mengamalkannya!

Encik Sima Guang pernah berkata: “Memberi pusaka berupa wang ringgit kepada cucu-cicit, tidak semestinya lama dimiliki; memberi pusaka buku kepada cucu-cicit, tidak semestinya mereka baca. Adalah lebih baik untuk kita membuat pahala secara rahsia supaya pahala ini dapat memberkati cucu-cicit kita secara berpanjangan.” Kitab Yi Jing menyatakan bahawa: “Keluarga yang menabur budi, pasti selalu berkat dan selamat.” Menabur budi secara senyap tanpa diketahui orang ramai pasti mendapat pahala yang boleh memberkati keturunan kita. Selain itu, ia juga memberi satu iktibar yang baik kepada generasi muda kita. Ibu bapa yang celik akal dan mulia pasti akan mengambil keputusan untuk melakukan demikian.

Kehidupan generasi bapa saya dulu lebih susah namun kelima-lima adik-beradik bapa saya tidak perlu didesak oleh datuk dan nenek dalam pelajaran. Mereka akan belajar secara automatik. Selain itu, hubungan adik-beradik mereka mesra. Jadi selagi ekonomi keluarga kita boleh menyara hidup sekeluarga, tumpuan kita harus kepada pemupukan kerohanian dan perkembangan mental anak-anak kita serta cuba mendirikan sebuah

Page 80: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

80

keluarga yang bahagia.

Adakah pendapatan satu keluarga akan berkurangan jika hanya terdapat seorang sahaja yang bekerja. Ramai suami isteri yang sama-sama bekerja, tetapi pendapatan keluarganya masih tidak mencukupi untuk menyara hidup. Ada yang berpendapatan tinggi tetapi mungkin pernah meminjam dari kawan dan hutang keliling pinggang, atau kena tipu orang apabila membeli sesuatu. Kita perlu memahami faktor utama untuk mendapatkan keuntungan. Mengapa seseorang itu boleh menjadi kaya? Kita perlu mencari sebabnya, supaya kita benar-benar dapat melindungi kekayaan kita!

Pada zaman dahulu di negeri China terdapat seorang yang bernama Fan Li yang digelar sebagai dewa kekayaan. Beliau merupakan menteri yang berkhidmat untuk Raja Yue. Bersama dengan seorang lagi menteri yang bernama Wenzhong beliau membantu pemulihan takhta Raja Yue. Setelah takhta dipulihkan, Fan Li tidak inginkan kekayaan dan anugerah tetapi meminta diri daripada Raja Yue. Sebelum Fan Li beredar, beliau menasihati Wenzhong supaya pergi bersama kerana beliau tahu yang Raja Yue ini hanya boleh berkongsi kepahitan tetapi tidak boleh berkongsi kebahagiaan. Namun demikian, Wenzhong tidak menerima nasihat Fan Li kerana Wenzhong tidak dapat melepaskan kekayaan yang sudah lama ditunggunya. Akhirnya, seperti yang diduga oleh Fan Li, Wenzhong dipaksa oleh Raja Yue untuk membunuh diri. Fan Li pergi bersama-sama dengan isterinya Xishi merantau di sekitar Jiangnan. Mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan pada peringkat permulaan. Mereka cepat mendapat pulangan yang banyak dalam tempoh beberapa tahun sahaja. Fan Li dengan hati yang suci mendermakan semua duit yang diperolehinya dari keuntungan demi membantu orang ramai. Tetapi amat menghairankan, setiap kali beliau mendermakan duitnya yang banyak, pulangan keuntungan yang akan datang menjadi lebih besar. Dalam catatan sejarah perniagaannya, beliau pernah melakukan tiga kali menderma dan tiga kali memperolehi pulangan keuntungan yang besar.

Melalui cerita sejarah di atas, tahukah anda apakah sebabnya seseorang itu mendapat kekayaan? Kekayaan itu satu akibat. Sebabnya ialah “derma”. Fan Li mematuhi ajaran para ilmuan yang luhur. Maka beliau mendapat

Page 81: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

81

kekayaan. Kitab Da Xue ada menyatakan: “Kekayaan jika dilepaskan, orang akan dapat dikumpulkan.” Jika kita sanggup melepaskan kekayaan dan mendermakan kepada orang ramai, apakah yang anda bakal kumpul? Kasih sayang dan pertolongan daripada orang ramai. Hati orang ramai akan mentaati anda. Tidak kira apa jua jenis perniagaan yang anda usahakan, anda pasti mendapat sokongan ramai, mereka pasti membeli dengan anda kerana anda telah berjaya memenangi ketaatan yang ikhlas daripada mereka. Adakah kekayaan yang dilepaskan akan menjadi kosong? Yang tidak dapat dilihat tidak semestinya tiada. Yang tidak kelihatan itu sebenarnya memiliki kuasa yang sangat besar. Ia akan menjadi efektif apabila bertemu dengan situasi yang betul umpama benih yang dibaja akan tumbuh dengan subur. Mari kita meninjau secara mendalam, kekayaan itu kesan (buah), ia mesti ada sebab atau permulaan (baka) dan situasi (baja) barulah boleh kesampaian. Apa itu “baka”? Mendermakan kekayaan. “Baja” ialah usaha anda dan pertolongan daripada orang yang penting serta tibanya peluang keemasan. Dengan adanya “baka” dan “baja”, maka “buah” kekayaan baru boleh dinikmati. Jadi perniagaan mesti diusahakan dan diurus mengikut peraturan-peraturan di atas, jika tidak, usaha seumur hidup anda mungkin sia-sia sahaja.

Kakak saya terus meletakkan jawatan di jabatan kerajaan selepas mendapati dirinya sudah berbadan dua. Ramai saudara-mara dan sahabat handai mengatakan bahawa tindakan kakak saya ini tidak patut, ia amat merugikan. Malah emak mertuanya juga memberitahunya: “Awak pergi bekerja, saya akan tolong jagakan anak!” Tetapi hidup kita ini mesti ada pelepasan baru ada pendapatan. Kakak saya tinggal di rumah saya sepanjang tempoh dia mengandung sampai melahirkan anak. Dia memikul tanggungjawab mengasuh dan menjaga anak. Selepas meletakkan jawatan, keluarga kakak saya hanya tinggal suaminya seorang yang bekerja dan mencari rezeki. Perkara yang paling menghairankan ialah rezeki abang ipar saya semakin bertambah banyak. Mengapa bertambah banyak? Sebabnya kakak saya selalu menyerahkan sebahagian wang yang diberi suaminya kepada saya untuk memberi derma. Dia selalu berkata: “Saya duduk di rumah sahaja, seolah-olah tiada sumbangan kepada masyarakat. Tolong saya dermakan wang ini sama ada untuk penyebaran buku-buku dan VCD-VCD yang memberi pengajaran yang baik atau membuat amal.” Kakak saya ini

Page 82: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

82

pandai membuat amal dan membuat pahala untuk suaminya. Inilah sebabnya rezeki suaminya semakin bertambah. Pada suatu hari, kakak saya dan suami keluar membeli-belah dan kebetulan hari itu merupakan majlis perasmian pasaraya baru yang mereka kunjungi. Pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah sempena perayaan tersebut. Hadiah pertama ialah sebuah kereta mewah. Kakak saya turut serta. Beberapa hari kemudian, pihak pasar raya menelefon kakak saya dengan memaklumkan bahawa kakak merupakan pemenang hadiah pertama cabutan bertuah dengan sebuah kereta mewah. Jadi selagi kita tahu membuat amal dan memberi derma, apa yang sepatutnya ada dalam hidup kita ini pasti akan mendatang. Jadi tidak semestinya kedua-dua suami isteri bekerja akan mendapat rezeki yang banyak. Yang penting ialah sama ada keluarga anda ada menanam “baka-baka” kekayaan.

Ramai kawan yang mengeluh: “Saya tiada duit lebih, bagaimana saya hendak memberi derma?” Sebenarnya menderma kekayaan itu boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu derma kekayaan dalaman dan derma kekayaan luaran. Sumbangan tenaga badan anda dan sumbangan pengalaman dan kecelikan minda anda itu merupakan “derma kekayaan dalaman”. Jadi jika kita bekerja secara bersungguh-sungguh demi majikan kita ini sebenarnya satu “derma kekayaan dalaman” juga. Manakala mendermakan harta-benda, wang dan barangan milik kita itu merupakan “derma kekayaan luaran”. Selain itu, kita juga perlu memahami bahawa tidak semestinya nilai dan jumlah kekayaan yang diderma itu semakin banyak maka pahala kita akan semakin besar! Tidak semestinya. Saya pernah membaca satu laporan, terdapat seorang petani yang sudah lanjut usianya. Beliau dengan isterinya mendermakan kebanyakan wang simpanan mereka kepada sebuah hospital yang baru dibina di sebelah rumah mereka bagi tujuan membeli sebuah kereta ambulan. Jumlah derma mereka menjangkau hingga berpuluh ribu dolar Taiwan. Pada masa yang sama terdapat seorang usahawan besar juga mendermakan berpuluh-puluh ribu kepada hospital yang sama. Pahala siapa yang lebih besar? Yang berpuluh-puluh ribu untuk petani itu merupakan bahagian besar simpanannya seumur hidup. Beliau sanggup mendermakannya atas dorongan hati yang ikhlas untuk membantu beribu-ribu nyawa yang dalam keperluan. Manakala berpuluh-puluh ribu bagi seorang usahawan ini hanya perkara kecil sahaja. Sebenarnya asas kebahagiaan ini harus dihayati di dalam sanubari kita sendiri. Kebahagiaan ini disuburkan di hati kita. Jika

Page 83: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

83

hati kita ikhlas untuk membantu orang ramai, tidak kira berapa duit yang kita dermakan kita akan menerima pahala yang tiada batasan.

Jadi pahala seseorang itu sama ada besar atau kecil bergantung kepada hatinya. Jika hatinya ikhlas untuk melepaskan kekayaan demi membantu orang lain, pahalanya akan berkumpul sedikit demi sedikit. Jadi selagi kita tidak memahami cara untuk mendapat kekayaan, kita akan kehilangan prinsip sendiri. Sebenarnya kita tidak perlu risau apabila melihat orang lain mengaut keuntungan yang banyak.

Setelah isu ekonomi diselesaikan, kita perlu meninjau pula isu pendidikan anak-anak. Pendidikan anak memerlukan persefahaman yang baik di antara suami isteri. Yang lebih penting ialah pengajaran melalui teladan. Orang-orang tua dahulu ada menyatakan bahawa sebagai isteri mesti ada “Tiga kepatuhan dan Empat peradaban” dan hubungan suami isteri boleh dijalin di atas asas di mana “suami rela berkorban dan isteri rela ditegur”. Selaku suami, dia mesti rela berkorban untuk orang yang dia terhutang budi, rela berkorban untuk orang yang dia cintai dan akhirnya rela berkorban untuk orang yang dia harus sayangi. Semangat berkorban seorang bapa itu akan menjadi teladan yang baik kepada anaknya. Seorang suami itu jika dapat mengenang budi ibu bapanya akan rela berkorban untuk mereka. Anaknya akan tahu menyayangi ibu bapa; seorang suami mesti ada prinsip kemanusiaan dan moral terhadap isterinya iaitu rela berkorban untuk isteri yang dicintai. Isteri merupakan watak penting yang mengiringi kita menempuh pahit manis kehidupan. Isteri mempunyai peranan yang besar dalam mendirikan rumahtangga bersama kita. Lebih-lebih lagi isteri memikul tanggungjawab suci melahirkan zuriat untuk kita. Misi ini amat mustahak. Ia tidak dapat dilaksanakan jika kita berseorangan. Kita tidak boleh menggantikan watak isteri. Jadi kita perlu mengenang budi isteri. Hubungan suami isteri tidak seharusnya terletak pada cinta semata-mata tetapi juga harus bersendi kukuh pada budi! Perhubungan suami isteri pasti mesra jika di hati suami itu selalu mengenang budi segala pengorbanan isteri terhadapnya. Akhirnya, suami mesti ada prinsip moral dan keadilan terhadap anaknya iaitu rela berkorban untuk anak yang disayangi! Inilah tanggungjawab asas seorang bapa.

Page 84: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

84

Seorang isteri mesti ada empat ciri mulia, iaitu kemuliaan dalam keperibadian, kedua ialah kemuliaan dalam pertuturan, ketiga ialah kemuliaan dalam menguruskan rumahtangga dan keempat ialah kemuliaan dalam penampilan. Apa akan berlaku jika keperibadian seorang isteri tidak mulia? Mungkin kehadiran isteri itu ke rumah suaminya memporak-perandakan rumahtangga orang lain yang sebelum itu aman damai. Jadi, akhlak yang mulia ini amat penting. Pepatah lama ada mengatakan bahawa “Kesolehan seorang anak tidak sebanding dengan kesolehan seorang menantu”. Kata-kata hikmah ada menyebutkan bahawa: “Jika anak dapat beristerikan wanita yang baik, kemakmuran keluarga akan dapat berlanjutan hingga tiga generasi.” Bagaimana pula jika anak kita beristeri perempuan yang tidak baik? Apa akan terjadi terhadap keluarga kita? Akan berlaku keruntuhan tiga generasi. Jadi apakah syarat pertama jika kita hendak mengahwini seorang wanita? Kahwini seorang wanita yang mulia dan ikhlas. Adakah lelaki sekarang mempunyai pandangan yang sedemikian? Kesedaran ini harus diterapkan dalam pemikiran anak-anak supaya anak-anak kita mementingkan kemuliaan keperibadian seorang wanita apabila memilih jodoh.

Keperibadian seorang ibu yang mulia akhlaknya, pertuturan dan tingkah lakunya pasti mempengaruhi anak-anaknya. Ibu saya selalu berkata pada bapa saya: “Awak terlalu pemurah terhadap orang lain.” Lepas itu ibu saya pula berkata kepada kami: “Kamu semua mesti pemurah seperti ayah!” Saya pula membalasnya: “Ibu pun sama begitu.” Saya teringat ada suatu kali, pada masa saya masih kecil lagi ibu membawa kami pulang menziarahi nenek. Kami pulang dengan menaiki teksi. Pemandu teksi itu kurang mahir akibatnya satu tayar teksi tersangkut di dalam longkang di pertengahan jalan. Paip ekzos kereta itu terlanggar dan menjadi longgar. Jadi teksi itu mengeluarkan bunyi “kong, kong, kong......” di sepanjang perjalanan yang seterusnya. Apabila sampai di rumah nenek, ibu saya membayar lebih NT500 kepada pemandu teksi tersebut.

Pada masa itu saya masih kecil. Ibu saya tidak menyangka bahawa perbuatannya sedang diperhatikan oleh anaknya. Ibu saya juga tidak pernah memberitahu saya sebab dia berbuat demikian. Tetapi perbuatan ibu sebenarnya tersemat kukuh dalam sanubari saya. Saya memahami bahawa

Page 85: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

85

perbuatan ibu saya itu adalah didorong oleh hati yang belas kasihan. Dia kasihan kepada pemandu tersebut. Dia memahami kesusahan pemandu itu mencari rezeki. Kos membaiki kereta itu akan membebankan lagi tanggungan hidup keluarganya. Saya rasa itulah sebabnya ibu saya ingin menghulurkan bantuan. Saya merasa terharu melihat kehalusan perasaan ibu saya ini. Jadi setiap percakapan dan tindak-tanduk seorang ibu sebenarnya memberi pengaruh yang besar terhadap jiwa anak-anaknya. Baru-baru ini saya ada bertanya ibu saya tentang perkara tersebut. Ibu saya berkata bahawa dia sudah terlupa akan perkara lama itu. Dia langsung tidak menyangka bahawa sedekahnya itu begitu mengharukan dan menjadi teladan kepada anaknya! Jadi “kemuliaan keperibadian seorang isteri” amat penting dalam mempengaruhi seorang anak.

Yang kedua, “kemuliaan isteri dalam pertuturan”. Bilakah pertuturan seseorang ibu akan mula mempengaruhi anaknya? Pada masa anaknya masih dalam kandungannya lagi! Pertuturan ibu yang sedang mengandung itu jika lemah-lembut janinnya akan dapat merasai dan berasa selesa. Janin juga akan dapat merasai dan mula mempelajari jika ibu kandungannya bertutur secara kasar dan kuat. Saya selalu menziarahi rumah kawan-kawan saya. Saya dapati terdapat sesetengah keluarga di mana ahli-ahli keluarga seperti sedang bergaduh apabila sedang bercakap. Ini kerana suara mereka terlalu kuat dan menjadi satu kebiasaan. Jadi jika suara percakapan kita terlalu kuat dan kurang sopan-santun, anak-anak kita akan belajar tidak santun. Begitu juga jika pertuturan kita penuh bersopan-santun dan bertolak-ansur. Ibu bapa saya tidak pernah bercerita tentang kesalahan kawan-kawan mereka di depan kami. Ini amat penting. Jika ibu bapa itu selalu menyebut keburukan orang lain apa akan dipelajari oleh anak mereka? Anak mereka akan menjadi angkuh dan selalu melihat serta mengkritik kelemahan orang lain. Oleh kerana itu, kita harus berhati-hati semasa bertutur.

Selain itu, seorang isteri juga harus memiliki kemuliaan dan kecekapan dalam menguruskan rumahtangga. Wanita pada masa silam pandai menjahit baju. Inilah satu kemahiran dalam menguruskan rumahtangga. Wanita pada masa ini mungkin tidak memerlukan keupayaan ini kerana teknologi jahitan lebih canggih sekarang. Namun demikian, wanita sekarang juga perlu memiliki keupayaan yang besar untuk menguruskan sebuah rumahtangga.

Page 86: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

86

Sebagai contoh, keupayaan seorang isteri untuk menguruskan satu tempat kediaman yang bersih dan nyaman untuk tumbesaran anak-anak secara sihat amat diperlukan. Anak-anak yang dididik dalam keadaan yang bersih secara tidak langsung dipupuk dengan sikap suka bersih dan tertib. Dia pasti tahu dan berinisiatif untuk menyusun rapi benda-benda yang berselerak. Di samping itu, keupayaan seorang isteri dalam memasak juga amat penting. Jika suami dan anak-anak asyik makan di luar sahaja, hubungan kekeluargaan pasti kurang mesra. Keharmonian keluarga susah dicapai. Tambahan pula, makanan di luar sekarang kebanyakannya terlebih garam dan minyak. Mereka yang selalu makan di luar akan mudah mengidap penyakit yang berkait dengan sistem darah dalam badan. Ramai pesakit yang menghidap penyakit ini sedang beratur di hospital menunggu giliran untuk masuk wad. Penyakit strok dan tersumbat saluran kardiovaskular begitu lumrah sekarang. Semua ini dapat diselesaikan jika di rumah makan lauk-pauk yang lebih menyihatkan. Selain daripada kesihatan harus dipentingkan keenakan lauk-pauk yang dimasak juga amat penting supaya ahli keluarga suka balik ke rumah untuk makan bersama. Alangkah bahagianya apabila teringat pada masa saya masih kecil lagi, saya suka mejerit: “Pa! Balik makan nasi.”

Selain itu, kewibawaan seorang isteri juga dapat ditonjolkan melalui penampilannya. Kecantikan dan keayuan itu bukan bererti solekan yang berlebihan sehingga muka kita bertukar menjadi seperti sebelum berkahwin. Penampilan seorang isteri sepatutnya menonjolkan kesopanan dan kesederhanaan. Terdapat ramai isteri yang berputus asa dan mengabaikan penampilan selepas melahirkan anak. Mereka mencuaikan penampilan yang sepatutnya. Pakaian mereka serbah-serbih. Apabila suami mereka balik rumah melihat keadaan demikian tentu rasa tidak gembira dan tidak tertarik. Jadi penampilan kita harus sopan dan selesa dipandang. Selain itu, penampilan yang sopan dan sederhana juga menjadi teladan yang baik kepada anak-anak kita! Inilah sikap seorang ibu yang berpandangan jauh. Jadi keluhuran seorang isteri dalam penampilan amat penting.

Benar sungguh jika suami dan isteri dapat bersama-sama menegakkan keluhuran dan kemuliaan dalam keperibadian dan kelakuan mereka akan

Page 87: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

87

dapat memberi pengajaran baik kepada anak-anak. Bukankah kita selalu melaungkan slogan “Hak persamaan di antara lelaki dengan perempuan”. Jadi bukan sahaja isteri perlu menguasai empat keluhuran adab dan jiwa, suami pun demikian juga. Suami mesti memiliki peribadi yang mulia. Suami mesti bertutur secara beradab dan penuh sopan supaya dapat menunjukkan teladan kepada anaknya. Suami perlu ada adab dalam pekerjaannya supaya rezeki keluarganya terjamin. Selain itu, suami juga mesti menunjukkan adab dalam penampilannya. Seorang bapa jika berpakaian selekeh akan memberi pengaruh yang buruk kepada anaknya. Seorang bapa jika duduk dengan kaki terjulur di atas meja, apa yang akan dipelajari oleh anaknya? Jadi, kita perlu selalu berhati-hati kerana kita merupakan teladan kepada anak-anak kita!

Pasangan suami isteri perlu menunjukkan budi dan perwatakan yang mulia dalam mengasuh dan mengajar anak atau dalam konteks hubungan di antara suami dan isteri. Seorang hendaklah mempamerkan watak yang serius dan seorang lagi perlu memperlihatkan watak yang lemah lembut. Ketegasan dan kelembutan mesti saling membantu. Orang Cina silam amat mementingkan “Doktrin Kesederhanaan”. Jangan keterlaluan dan jangan pula tidak kesampaian. Jika kita memanjakan anak-anak, layanan kita terhadap mereka bagai menatang minyak yang penuh, memang baik tetapi apa akan terjadi kepada mereka? Mereka akan hilang rasa hormat terhadap ibu bapa. Mereka akan mengambil kesempatan terhadap ibu bapa. Namun sebaliknya, jika kita asyik menunjukkan “kuasa dan keras”, bersikap terlalu garang terhadap anak-anak, mereka mungkin takutkan kita. Hubungan kita dengan anak akan menjadi renggang. Jadi kelembutan dan ketegasan itu mesti dikawal dengan sempurna.

Selepas kelahiran anak saudara saya, disebabkan kesibukan kerja abang ipar, jadi kebanyakan masa anak saudara akan berada di rumah kami. Oleh itu saya turut memikul tanggangjawab mendidik dan membimbing anak buah ini. Pada pendapat anda,saya ini sesuai dengan watak serius dan tegas atau watak lemah-lembut? Watak serius dan tegas! Bagaimana begitu cepat dapat menafsir sifat saya? Saya masih ingat pada tahun pertama saya mula mengajar di sekolah, oleh kerana ada anak murid yang tidak mematuhi peraturan saya terus menegur mereka. Semasa saya masuk pejabat guru,

Page 88: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

88

rakan sekerja yang lain bertanya dengan perasaan hairan, “Anda juga boleh naik marah?” Sebenarnya kita tidak dapat membimbing murid dengan baik apabila situasi semasa yang memerlukan kita marah dan menegur mereka. Tujuan marah adalah untuk mengingatkan murid agar tidak mengulangi kesalahan berkenaan pada masa hadapan. Kehidupan ini bagai satu sandiwara dan kita patut memainkan watak diri dengan baik dan kena pada tempatnya. Ibu saya pula berwatak lemah-lembut dan kami berdua harus bekerjasama dengan baik semasa mengasuh anak kakak saya.

Pernah sekali pada malam menjelang Tahun Baru Cina, semua orang makan malam di rumah kami. Oleh kerana ternampak anak saudara saya salah memegang penyepit makanan, lalu saya pun berkata dengannya, “Weiwei, cara pegang penyepit macam ini akan ada kuman, awak mesti pegang bahagian atas penyepit”. Dia memandang pada saya dan kemudiannya terus memegang bahagian bawah penyepit, saya berkata lagi dengan penuh sabar padanya, “Cara pegang macam ini akan membawa kuman, awak mesti pegang bahagian atas sini.” Dia terus memandang pada saya tanpa bercakap. Tahukah anda sekalian apakah maksudnya? Ini caranya untuk melihat sejauh mana kesabaran kita? Ramai budak sekarang pandai menguji kesabaran ibu bapa mereka. Jikalau mereka berjaya menguji kesabaran ibu bapa, mereka akan cuba meminta apa sahaja, mereka pun akan menggunakan emosi untuk mengugut ibu bapa bagi memenuhi segala permintaannya apabila ibu bapa berlembut dengannya. Saya pun terus mendukungnya ke bilik saya selepas tiga kali gagal menasihatnya. Mengapa saya membawanya ke bilik? Untuk putuskan segala bantuan yang bakal diberi kepadanya, barulah dia sedar keadaan sudah semakin serius. Ibu saya pula terus menahan saya agar tidak menghukum cucu ini dengan alasan Tahun Baru Cina bakal menjelang. Adakah kesalahan yang dibuat semasa Tahun Baru Cina tidak perlu menerima hukuman? Jika begini caranya, si anak tidak akan mematuhi peraturan.

Sekarang ini ada ramai ibu bapa membenarkan anak bangun lewat pada tengah hari pada hari Sabtu dan Ahad. Adakah keadaan ini berlaku? Kehidupannya normal pada hari Isnin hingga Jumaat manakala tidak normal pada hujung minggu dengan kehidupan yang bercelaru dan tidak berdisplin. Akibatnya bagaimanakah keadaan anak murid semasa bersekolah pada hari

Page 89: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

89

Isnin? Malas dan lembap. Justeru itu, peraturan yang ditetapkan tidak boleh diubah dengan apa jua keadaan yang dihadapi. Sekiranya tidak dipatuhi dengan tegas, anak-anak akan terbiasa asyik suka menikmati kesenangan dan malas, seterusnya menuju ke arah keseronokan dan bersuka-ria dan tidak mematuhi peraturan. Saya berpesan kepada kakak tidak kira ke mana dia membawa anaknya sama ada berkelah ataupun melancong, peraturan tetap peraturan bahawa kitab dan buku harus dibaca pada setiap hari. Disiplin ini harus dipatuhi dan dilaksanakan. Barulah anak akan sedar bahawa tidak kira sewaktu di rumah ataupun di luar, kerja sekolah dan tugasan pembelajarannya wajib disempurnakan. Apabila prinsip anda semakin jelas dan nyata, anak-anak akan menyedari bahawa itu merupakan tanggungjawabnya dan dia tidak akan mencari peluang dan kesempatan kemudian bermulut manis dengan anda agar tidak perlu membuat tugasan yang sudah ditetapkan untuk setiap hari. Ibu bapa harus berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan peraturan diri.

Apabila saya membawa anak saudara ke bilik, perkara terpenting agar dia menyedari kesalahannya pada masa itu, adakah kita suka menghukum budak? Memang tidak! Tujuan saya ialah untuk memberitahunya tiada guna jika terus menangis, hukuman akan semakin berat jika tangisannya semakin kuat. Apa yang berlaku setelah dia mendengar kata-kata tersebut? Bertambah kuat tangisannya. Kemudian dia dipukul sekali pada punggung, sebenarnya dia tidak akan terasa sakit kerana pakai lampin, bagaimana responnya terhadap aksi dan gaya kita? Tergamam. Kemudian beritahu dia bahawa tidak kira betapa kuat tangisannya, emosi tidak membantu untuk mencapai matlamatnya. Apabila anda tegas dengan prinsip itu, dia akan berhenti menangis setelah mendengar kata anda dan sedar cara itu tidak berguna untuknya. Pada masa ini kita harus memberitahu dan menjelaskan kepadanya sebab dan akibat. “Pakcik ajar anda dengan cara ini adalah untuk kebaikan anda, anda harus menerima ajaran orang yang lebih tua.” Kemudian dari muka yang sangat garang bertukar menjadi penyayang. Saya pun keluar dari bilik selepas habis memberi nasihat kepadanya.

Selepas tamatnya watak serius dan tegas, siapa pula yang teruskan lakonan? Watak lemah-lembut. Kakak saya pun berjalan ke arah kami dan si kecil itu terus menerpa ibunya sambil berpelukan dan bermanja-manja

Page 90: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

90

dengan ibu. Kakak saya terus mendukungnya dan berkata, “Apa salah yang awak buat tadi? Cerita!” Si kecil itu enggan bercakap dan kakak pun mendukungnya kepada saya. Kata-kata ini bukan untuk mengingatkannya tentang hukuman pakcik terhadapnya sebaliknya untuk mengingatkan dia tentang kesalahan yang dilakukan. Selepas dia habis menceritakan kesalahannya, kakak pun berkata kepada anaknya, “Pergi minta maaf dengan pakcik.” Ini bertujuan untuk menyempurnakan bimbingan dan didikan mengikut situasai semasa dengan baik.

Semasa mengajar anak, ibu bapa selalunya menghukum dan melepaskan perasaan dan tidak disempurnakan dengan baik. Oleh yang demikian ingatan yang terpahat dalam otak anak ialah tentang sifat ayah dan ibunya yang panas baran. Oleh itu, gandingan watak serius dan tegas dan watak lemah-lembut harus dilaksanakan dengan cermat melalui ketegasan dan kelembutan kedua-dua watak tersebut.

Adakah lagi orang yang memainkan watak serius dan tegas pada zaman sekarang? Adakah bapa sekarang sudi dengan watak tersebut? Tidak sudi. Mengapa? Sebab kesibukan kerja menjadikan mereka rasa bersalah terhadap anak. Semuanya mengharapkan senyuman daripada anak akibat sukar ada masa untuk bersama mereka, jadi apa yang akan dibawa bersama setiap kali pulang ke rumah? Hadiah dan alat permainan. Langsung tiada seorang yang berwatak serius dan tegas, semuanya hanya hendak memegang watak lemah-lembut. Kemudian si anak akan berlari ke arah bapa sambil berkata, “Ayah paling baik!” Dengan segera alat permainan itu dibawa pergi. Kebiasaan memberi hadiah begini berlaku berulang kali. Dua hingga tiga bulan kemudian, si anak akan meluru ke arah ayah sambil menjerit “Ayah!” tetapi dengan mata yang bukan memandang pada ayahnya, apa yang dipandangnya? Hadiah. Dia terus berlari setelah menerima hadiah. Tiba-tiba suatu hari anda pulang dengan tangan kosong, anak akan bertanya kepada ayah mengapa pulang tanpa hadiah hari ini. Janganlah kita menjalinkan perhubungan dengan anak melalui material dan cara ini sangat tidak baik. Gunakanlah kesayangan dan keprihatinan anda untuk mengeratkan perhubungan dengan anak.

Siapakah yang harus memegang watak serius dan tegas jika si ayah

Page 91: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

91

enggan berbuat begitu? Ibulah pulak yang memainkan peranan ini. Sifat penyayang itu sifat semula jadi kaum wanita dan mereka sangat prihatin terhadap anak dan paling natural jika mereka berwatak lemah-lembut. Tetapi sekarang mereka bukan sahaja perlu berwatak lemah-lembut malahan harus berwatak serius dan tegas. Kebanyakan ibu terasa sangat tidak sedap hati selepas berwatak serius dan tegas. Sangat sukar sekali. Baru habis naik darah kemudian harus bersifat penyayang melayan anak. Akibatnya penyakit apakah yang paling serius dihidapi oleh kaum wanita? Gangguan rembesan dalaman, betul tak? Ia menghadapi beban mental dan fizikal yang sangat berat kerana sekejap berwatak serius dan tegas dan sekejap berwatak lemah-lembut. Jadi lebih sesuai untuk kaum lelaki berwatak serius dan tegas kerana sifat lelaki yang perkasa dan kuat dan wanita pula bersifat lemah-lembut, barulah anak tidak mudah berbuat jahat dan berbuat salah. Saya masih ingat semasa kami kecil, kami tahu menjaga perangai dengan serta-merta apabila perasan ayah menjeling pada kami.

Lantaran kesibukan kerja, masa untuk bersama anak bagi seseorang bapa tidak begitu lama, namun yang paling penting ialah hati anda berniat untuk menemankan mereka. Jikalau setiap hari ayah meluangkan waktu 10 minit dengan syarat telefon bimbit dimatikan, tempoh ini adalah untuk bersama anak, anda boleh mengeluarkan buku “Koleksi Cerita Moral” dan membacakan dua cerita moral kepadanya. Usaha terus-menerus daripada anda akan menyedarkan anak bahawa anda mengambil berat padanya. Selepas mendengar cerita daripada anda, bila tiba di sekolah dia akan memberitahu rakan sekolah bahawa dia berpeluang mendengar dua cerita daripada ayahnya pada setiap hari. Bagaimana dengan reaksi rakan-rakan sekolahnya? Pasti dengan renungan yang penuh kekaguman. Kemudian dia pula akan berkongsi dua cerita yang didengarnya dengan kawan. Dari sinilah dia berlatih untuk berkongsi cerita-cerita orang-orang suci dan budiman masa lampau. Untuk mendidik anak dengan baik, yang terpenting ialah dengan adanya niat dan usaha daripada anda.

Perbincangan di atas adalah berkenaan perhubungan suami isteri, yakni perhubungan yang terpenting antara lima jenis perhubungan utama. Apabila perhubungan suami isteri teratur, lima perhubungan utama sesama manusia turut teratur. Dengan mendalami sesuatu bidang secara khusus, maka

Page 92: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

92

dapatlah kita menguasai pedoman moral dan etika, manakala pembelajaran “Di Zi Gui” atau pun buku “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” membolehkan kita menghayati hubungan antara pemahaman dengan perlaksanaan. Selepas pemahaman, ajaran falsafah berkenaan harus diamalkan. Perlaksanaan dan pengamalan membolehkan kita menghayati kebenaran falsafah berkenaan dengan lebih mendalam. Semakin mendalam kefahaman yang diperolehi semakin mantap perlaksanaan yang dilakukan; Pemahaman akan membantu perlaksanaan, perlaksanaan pula akan membantu pemahaman. Jadi, setelah mempelajari satu ayat ajaran falsafah tradisi, kita harus pandai menerapkannya dalam amalan kehidupan dengan segera. “Belajar Dan Praktis Untuk Jangka Panjang”, iaitu setiap masa.

Saya sering memberitahu kawan-kawan asalkan anda membaca “Di Zi Gui” atau buku “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” pada setiap pagi dan malam pada setiap hari secara berterusan, dijamin tiga bulan kemudian anda akan terasa moral dan etika serta pengetahuan anda mencapai kemajuan yang besar.

Semasa saya berada di Haikou, China, ada seorang guru berjaya melaksanakannya dan saya mempunyai gambaran mendalam pada kali pertama guru ini menghadiri kursus kami. Dia sangat fokus dan memberi tumpuan sepanjang pembelajaran, setiap cerita tentang orang-orang suci dan budiman yang saya sampaikan kesemuanya dicatatkan dalam buku nota. Selepas pembelajaran lebih kurang tiga bulan, beliau bercakap dengan saya, “Cikgu Tsai, pendidikan orang-orang suci begitu baik sekali, memang tidak patut hanya keluarga saya yang bermanfaat daripadanya, saya berhasrat pulang ke kampung halaman saya untuk mengajar “Di Zi Gui” di sana. Disebabkan dia sudah berazam dan melalui pembelajaran yang tidak putus dalam jangka masa panjang, membaca buku “Di Zi Gui” setiap pagi dan malam, justeru membawa kemajuan mendadak dalam pembelajarannya. Pembacaan pada waktu pagi bertujuan untuk mengingatkan diri agar hari ini harus menjadikan ajaran falsafah tradisi sebagai amalan hari berkenaan; pembacaan pada waktu malam pula bertujuan menginsafi diri, memberi galakan kepada diri bagi ajaran falsafah yang berjaya dipraktiskan, lebih berwaspada bagi yang masih belum dipraktiskan dan tidak mengulangi kesalahan yang sama lagi. Cara ini akan mendatangkan hasil pembelajaran

Page 93: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

93

yang sangat baik dan boleh dipraktiskan untuk jangka panjang.

Sentiasa mengingatkan untuk memperbetulkan dan memperbaiki diri dari segi pemikiran, pandangan, cara pertuturan dan cara perlaksanaan. Pembetulan diri seharusnya dipraktiskan semasa pertemuan dan pergaulan dengan orang lain, janganlah selepas berlaku salah baru teringin memperbetulkan diri. Seorang kawan berkongsi pengalaman dengan saya bahawa kesalahan dirinya yang paling sukar diperbetulkan adalah dari segi “Kelemahan seseorang janganlah kita hebohkan; Rahsia seseorang tidak harus diberitahu kepada orang lain.” Sebab dia bertabiat sedemikian berpuluh tahun lamanya. Oleh itu dia sangat rajin dan berusaha membaca “Di Zi Gui” setiap pagi dan malam pada setiap hari. Kemudiannya pada setiap kali apabila dia teringin bergosip tentang perihal orang lain, apa yang berlaku dengan ayat ajaran falsafah tradisi tersebut? Ayat ajaran falsafah tradisi “Kelemahan seseorang janganlah kita hebohkan; Rahsia seseorang tidak harus diberitahu kepada orang lain” akan muncul dalam otaknya, dengan serta merta bagaimana dengan mulutnya? Terus ditutup.

Kita sudah membincangkan keseluruhan sikap pembelajaran, antara sikap yang pertama ialah kita harus menetapkan cita-cita dan keazaman diri; kedua ialah perlaksanaan atau pengamalan; ketiga ialah kepentingan urutan pembelajaran, yakni asas moral dan etika harus disemai dan dipupuk terlebih dahulu barulah diikuti dengan pembacaan kitab-kitab falsafah tradisi yang lain; keempat ialah cara pembelajaran harus dengan mendalami sesuatu bidang secara khusus, belajar dan amalkan untuk jangka panjang.

Setelah kita mempunyai sikap yang betul, seterusnya kita akan masuk pembelajaran “Di Zi Gui”. Ramai orang setelah mendengar perkataan “dizi” (弟子) dalam bahasa Cina, mereka akan salah tafsir dan berpendapat ajaran ini untuk dipelajari oleh budak-budak. Sebenarnya, “dizi” di sini bukan merujuk kepada budak-budak, ia merujuk kepada anak-anak murid orang-orang budiman yang digelar sebagai “dizi”. “Gui”(規) merupakan tulisan gabungan bagi “lelaki sejati”(夫) dan pandangan(見). “Gui”(規) bermaksud pandangan atau pendapat lelaki sejati. Pandangan lelaki sejati seharusnya

Page 94: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

94

sejajar dengan didikan orang-orang suci, yakni setiap perkara serta orang dilayan dan diurus dengan berlandaskan kebenaran hidup. Kita sendiri harus menjadi orang pertama mempelajari “Di Zi Gui”, barulah anak kita boleh diasuh dan dibimbing dengan baik. “Didiklah diri sebelum mendidik anak-anak”. Untuk mendidik anak dengan baik, pertingkatkan kemampuan diri terlebih dahulu dan melalui teladan yang baik daripada diri kita, maka kita mampu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.

Mari kita membaca sepintas lalu kata pengantar: “Di Zi Gui” nasihat daripada orang-orang suci, diawali dengan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Etika orang muda dalam kalangan orang yang lebih tua, diikuti dengan peraturan pada setiap masa dan bersifat amanah. Sayang dan mesra sesama manusia dengan saksama, belajar daripada orang yang berwibawa dan berakhlak mulia. Lanjutkan pelajaran dalam bidang sastera dan agama untuk mempertingkatkan kebudayaan dan semangat kehidupan.

Rakan-rakan sekalian, jikalau selepas anda pulang ke rumah terus bersemangat mengamalkan segala ajaran, anak-anak pasti rasa hormat terhadap anda, anak-anak juga akan terharu kerana semangat positif anda.

Baiklah, sesi pembelajaran untuk hari ini dihentikan setakat sini. Terima kasih.

Page 95: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

95

Sesi 6Asas Kejayaan Dan Kebahagiaan Kehidupan

Dalam sesi yang lepas kita sudah menyentuh tentang “Di Zi Gui” dalam Bahasa Cina, “dizi” bermaksud “Pelajar”, tetapi apa yang dimaksudkan dalam Di Zi Gui bukan sekadar merujuk kepada kanak-kanak, sebaliknya perkara itu meliputi setiap orang yang sudi mempelajari didikan tokoh-tokoh ternama berakhlak tinggi tamadun Tamadun China. “Gui” dalam Bahasa Cina pula membawa maksud “Pandangan atau pendapat lelaki sejati”. Dengan mematuhi ajaran “Di Zi Gui”, ia membantu untuk mempertingkatkan nilai sahsiah dan akhlak kita.

“Di Zi Gui” nasihat daripada orang-orang suci. Didikan ini dipetik daripada ajaran Konfusius, iaitu daripada salah sebuah buku falsafah tulisan beliau yang bertajuk “Lun Yu” dan diawali dengan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa (Xiao) Dan Jalinan Persaudaraan Adik-Beradik (Ti).

Tatasusila utama ini menyentuh apakah sifat asas untuk menjadi seorang insan. Sifat asas terletak pada cara bagaimana kita taat kepada ibu bapa, jalinan persaudaraan adik-beradik yang baik dan menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Dari segi “jalinan persaudaraan adik-beradik”, ia merangkumi satu sikap yang amat penting, iaitu perasaan hormat, khususnya hormat pada mereka yang lebih tua. Moral dan pengetahuan seseorang akan meningkat sejajar dengan sifatnya yang taat dan hormat kepada orang lain. Jika seseorang itu berjaya merealisasikan nilai “Ketaatan Kepada Ibu Bapa” dan “Jalinan Persaudaraan Adik-Beradik” secara baik, kita yakin individu tersebut mampu mendamaikan keluarga, mentadbir negara dan mengamankan dunia.

Rakan-rakan sekalian, mungkin anda berpendapat pandangan tersebut dibesar-besarkan! Pada hakikatnya, biarpun sukar untuk difahami tentang maksud sebenar, kebenaran itu sememangnya sesuatu yang sangat asasi dan mudah.

Dalam sejarah China yang berusia beribu tahun lamanya, dinasti Zhou merupakan satu-satunya dinasti yang paling bersejarah, iaitu selama 800

Page 96: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

96

tahun lamanya dan ia juga merupakan dinasti yang paling makmur. Apakah faktornya? Ya, ia berlandaskan pada faktor “Sayang dan Hormat Kepada Ibu Bapa” (Xiao) dan “Jalinan Persaudaraan Adik-Beradik” (Ti) yang baik. Daripada sejarah dinasti Zhou yang cemerlang, kita harus mencari kunci pencapaian dan kehebatan mereka, sudah pasti ia memberi pedoman yang amat berguna.

Daripada salasilah keluarga dinasti Zhou, Zhou Wen Wang dan Zhou Wu Wang merupakan maharaja di zaman kegemilangan dinasti Zhou. Sewaktu Zhou Wen Wang dilahirkan, datuknya iaitu Tai Wang berpendapat cucu ini bakal menjadi waris takhtanya. Tetapi jika dilihat daripada salasilah keluarganya, bapa Zhou Wen Wang merupakan putera bongsu kepada Tai Wang yang memang tidak mungkin dapat mewarisi takhta Tai Wang memandangkan tradisi penurunan pemerintahan biasanya diwarisi oleh putera sulung. Pak long Zhou Wen Wang, iaitu Tai Bo telah nampak kegembiraan ayahandanya yang menaruh harapan tinggi terhadap cucu tersebut dan juga tahu calon yang bakal mewarisi takhta pemerintahan

Berikut adalah salasilah keluarga Dinasti Zhou :

Tai Wang

Tai Bo(anak sulung)

Zhong Yong(anak kedua)

Wang Ji(anak bongsu)

Zhou Wen Wang

Zhou Wu Wang Zhou Gong

Page 97: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

97

ayahandanya. Atas keprihatinan beliau, Tai Bo telah berpakat dengan Zhong Yong dengan alasan membantu ayahandanya mencari ubat herba di hutan, maka dengan alasan ini, mereka berdua pun meninggalkan istana supaya tidak dapat dikesan dan semenjak itu mereka berdua tidak lagi kembali ke istana. Niat Tai Bo dengan Zhong Yong adalah agar ayahandanya dapat melaksanakan penurunan takhta tanpa sebarang kerunsingan. Dengan kehilangan beliau, takhta pemerintahan berjaya diwarisi oleh adik bongsunya, iaitu Wang Ji dan seterusnya diturunkan kepada Zhou Wen Wang.

Dari cerita tersebut, kita dapat lihat keluarga ini sanggup menyerahkan apa saja kepunyaan mereka dan diberikan kepada pihak lain biarpun kuasa pemerintahan. Sifat murni sanggup menyerahkan kuasa pemerintahan itu berjaya melahirkan nilai ketaatan kepada ibu bapa dengan memenuhi hasrat bapa. Selain itu, sifat mulia tersebut juga mencerminkan kasih sayang antara adik-beradik, mereka sanggup menyerahkan kuasa pemerintahan apatah lagi benda-benda yang lain. Di samping itu, sikap ini juga mencerminkan kesetiaan kepada rakyat jelata dengan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada seorang peneraju negara yang berakhlak mulia. Kesanggupan menyerahkan kuasa pemerintahan ini merupakan satu sifat baik dan budaya keluarga yang sebenar-benarnya. Justeru, Konfusius amat menyanjung tinggi akhlak mulia Tai Bo dan Zhong Yong, kerana hanya mereka yang berhati suci yang tiada tolok bandingnya yang dapat menunjukkan tingkahlaku yang sedemikian rupa.

Dari hubungan antara Zhou Wen Wang dengan ayahandanya iaitu Wang Ji, pada setiap hari, Zhou Wen Wang akan menyapa ayahandanya sebanyak tiga kali, iaitu pada sebelah pagi, petang dan malam. Setiap kali berjumpa dengan ayahandanya, Zhou Wen Wang akan mempastikan ayahandanya dalam keadaan baik dan meneliti pemakanan beliau. Zhou Wen Wang berasa sangat gembira apabila mendapati ayahandanya berselera; jika keadaan sebaliknya, Zhou Wen Wang amat risau sekali. Sifat baik Zhou Wen Wang yang menjadi anak yang setia kepada bapanya telah diteladani oleh kedua-dua anaknya, iaitu Zhou Wu Wang dan Zhou Gong. Pernah sekali Zhou Wen Wang jatuh sakit dan Zhou Wu Wang telah menjaga ayahandanya selama 12 hari dengan penuh teliti, dan sepanjang tempoh tersebut, Zhou Wu Wang terlupa menukar pakaian dan juga lupa membuka

Page 98: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

98

topinya kerana terlalu leka menjaga ayahandanya. Disebabkan ketaatan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, akhirnya ayahandanya pun menjadi sihat semula dan hatinya juga penuh kegembiraan kerana sifat-sifat dan layanan baik daripada anaknya itu. Sememangnya ada bukti saintifik yang membuktikan bahawa daya ketahanan penyakit seseorang akan meningkat apabila orang itu sentiasa rasa gembira.

Melalui sifat mulia yang diwarisi kerabat diraja ini, iaitu mentaati ibu bapa, ia berjaya menjadi teladan rakyat jelata seluruh negara. Rakyat jelata pasti akan terharu dan tersentuh dengan sifat pemerintah mereka yang merupakan anak yang setia dan budiman, seterusnya dijadikan teladan oleh orang ramai. Justeru, dalam buku “Da Xue” telah mencatatkan bahawa “Seandainya keluarga pucuk pimpinan mengamalkan sifat bermurah hati, maka ia akan menggalakkan perkembangan nilai murni tersebut di seluruh negara; jika sifat kesanggupan melepaskan barang kepunyaan diri tanpa rungutan pula dijadikan amalan, sudah pasti ia akan menggalakkan perkembangan nilai murni tersebut di seluruh negara.” Dengan adanya nilai murni yang dipaparkan daripada keluarga pucuk pimpinan dan seterusnya menjadi contoh dan teladan rakyat, secara tidak langsung ia membawa kepada keamanan negara. Jadi, kesan teladan-meneladani sememangnya mempunyai pengaruh yang sukar untuk dipercayai.

Selain daripada Zhou Wu Wang mewarisi sifat sebagai anak yang mulia, Zhou Gong juga mewarisi sifat mulia seperti bapa saudaranya, iaitu Tai Bo dan Zhong Yong yang menjalin pertalian mesra sesama adik beradik. Pernah sekali Zhou Wu Wang telah jatuh sakit, Zhou Gong berdoa sepenuh hati memohon supaya usia abangnya dilanjutkan dengan memendekkan usia dirinya. Dari situ, kita bukan saja dapat melihat kasih sayang antara dua adik-beradik tersebut, malah dapat merasai keikhlasan doa beliau agar abangnya mempunyai badan yang sihat supaya dapat mentadbir dan memerintah negara sebaik-baiknya. Selepas kemangkatan Zhou Wu Wang, anaknya Zhou Cheng Wang yang masih muda telah naik takhta dengan bimbingan Zhou Gong. Justeru, Zhou Wu Wang telah melantik beberapa orang guru yang terkenal dengan budi dan ilmu mereka untuk memberi pendidikan kepada Zhou Cheng

Page 99: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

99

Wang, antaranya Jiang Tai Gong sebagai guru utama manakala Zhou Gong sebagai pembantunya. Memang bertuah sekali bagi mereka yang berjaya mendapat didikan dan bimbingan daripada Jiang Tai Gong. Jadi kita harus berusaha mendapatkan guru yang baik untuk anak kita, namun janganlah tergesa-gesa kerana keikhlasan hati kita pasti membantu merealisasikan harapan kita. Sebenarnya, kita sudah ada seorang guru yang begitu baik sekali untuk anak dan diri kita, guru ini ialah buku Di Zi Gui. Buku ini pasti dapat membantu meningkatkan dan melanjutkan tradisi mulia keluarga anda dengan sebaik-baiknya.

Setelah Zhou Cheng Wang menjadi dewasa, beliau sudah mampu memerintah dinasti Zhou dengan adanya didikan dan bimbingan guru yang terbaik. Namun, pada masa itu timbul desas-desus dan khabar angin yang mengatakan Zhou Gong berniat merampas taktha daripadanya. Sebelum anak saudaranya, Zhou Cheng Wang bersuara, Zhou Gong pun meminta diri untuk pergi ke Shandong dengan tujuan supaya Zhou Cheng Wang senang membuat keputusan dan tidak dipengaruhi oleh khabar angin yang tersebar luas. Selepas pemergian Zhou Gong, pada suatu hari semasa Zhou Cheng Wang sedang berjalan-jalan, tiba-tiba beliau ternampak kelainan pada langit dengan dentuman guruh pada siang hari. Orang zaman dulu sememangnya pandai dan sentiasa meneliti akan tingkahlaku diri, Zhou Cheng Wang sangat risau tentang petanda yang amat luar biasa itu. Beliau tertanya-tanya sama ada tanpa disedari dirinya telah melakukan sebarang kesilapan? Rakan-rakan sekalian, adakah itu merupakan satu kepercayaan tahyul? Bukan, sebenarnya hati setiap insan mampu merasai petanda yang diberi oleh Tuhan. Orang sekarang berhati baik atau jahat? Saya tidak sebut kita semua. Disebabkan kejahatan hati manusia, ia telah membawa kepada mala-petaka, tidak kira bencana alam mahupun kemalangan akibat perbuatan manusia sendiri. Justeru itu, kita seharusnya meneliti kelakuan diri-sendiri apabila ternampak petanda yang luar biasa. Kita harus melindungi hati sendiri supaya menjadi orang yang berhati mulia. Zhou Cheng Wang pun meneliti diri-sendiri sejurus menyedari akan fenomena tersebut, dan beliau mula meragui sama ada keputusannya membenarkan bapa saudaranya Zhou Gong meninggalkan istana merupakan satu keputusan yang betul atau tidak? Maka Zhou Cheng Wang bertaubat

Page 100: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

100

dan menyesali akan kelakuannya. Beliau terbaca nota yang ditulis oleh Zhou Gong untuk abangnya Zhou Wu Wang. Beliau amat terharu dengan kesanggupan Zhou Gong yang bersungguh-sungguh berdoa semoga usia Zhou Wu Wang dilanjutkan. Tanpa berlengah lagi dan dengan diiringi oleh para pegawai tinggi istana, Zhou Cheng Wang telah menjemput Zhou Gong balik ke istana. Sifat murni antara Zhou Wu Wang dan Zhou Gong yang mementingkan jalinan persaudaraan adik-beradik telah diteladani oleh anak-cucu mereka. Oleh sebab itu dinasti Zhou mampu bertahan dan berkembang selama 800 tahun. Hal ini demikian tidak lain kerana wujudnya nilai-nilai murni taat kepada ibu bapa dan jalinan persaudaraan antara adik-beradik yang baik dalam keluarga peneraju dinasti tersebut.

Sejauh manakah sebuah keluarga yang memupuk nilai murni taat kepada ibu bapa dan jalinan persaudaraan adik-beradik yang baik dapat berlanjutan? Dalam sejarah China, Konfusius merupakan seorang tokoh yang berakhlak mulia telah memberi pengaruh mendalam kepada cucu-cicit bergenerasi lamanya. Malahan sepanjang lebih daripada 2000 tahun ini tradisi keluarganya tetap utuh dan berpengaruh.

Rakan-rakan sekalian, andai kata suatu hari anda menerima satu berita secara tiba-tiba yang mengatakan anda merupakan keturunan generasi Konfusius, bagaimanakah perasaan anda? Adakah hati anda akan berubah antara hari ini dengan esok? Tentu tiba-tiba kita sangat menjaga kelakuan dan akhlak, pertuturan dan cara membawa diri juga menjadi lebih cermat supaya tidak menjatuhkan nama baik Konfusius. Justeru, pengaruh moral dan etika sememangnya boleh berlanjutan untuk satu tempoh yang panjang.

Semasa saya memberi ceramah di Xiamen, China selama lima hari, kami telah menjemput beberapa orang guru memberi perkongsian, lebih kurang 10 orang guru sudi berkongsi pengalaman mereka. Dalam perkongsian tersebut, seorang guru menyatakan, “Kursus selama lima hari ini menyedarkan saya apakah asas moral dan etika? Iaitu sifat taat kepada ibu dan bapa. Idea tersebut dipetik daripada kitab “Xiao Jing”. Beliau memberitahu ayat tersebut menyentuh perasaannya yang amat mendalam, ini disebabkan dalam kampungnya terdiri daripada lebih kurang 40 keluarga dan kesemuanya mempunyai nama keluarga yang sama iaitu “Wu”(吳).

Page 101: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

101

Daripada 40 keluarga tersebut telah melahirkan 109 orang waris dan 108 orang daripadanya merupakan mahasiswa universiti dan kesemuanya merupakan waris yang berkualiti. Manakala waris yang ke-109 juga berjaya mendapat tawaran untuk belajar di universiti, namun waris ini telah menamatkan pengajiannya pada tahun kedua atas sebab-sebab tertentu. Jadi, jelas sekali majoriti pewaris kampungnya bertaraf lepasan universiti.

Kemudian guru tersebut memberitahu akhirnya beliau mnyedari faktor yang menyebabkan waris generasi tersebut begitu baik sekali. Hal ini disebabkan orang-orang tua di kampung memberitahu anak masing-masing bahawa mereka mesti balik menjenguk ibu bapa setiap kali cuti sekolah ataupun cuti kerja. Pada setiap hari pertama Tahun Baru Cina, mereka akan meninggalkan semua kerja semata-mata untuk menemai ibu bapa sembahyang serta berdoa. Hadirin sekalian, sila angkat tangan, kalau anak anda ada menemani anda bersembahyang pada hari pertama Tahun Baru Cina. Ya, perbuatan tersebut sudah menjadi amalan kaum kerabat keluarga kampung tersebut. Selain itu, mereka juga mengunjungi rumah jiran yang lebih tua untuk memberi ucapan tahun baru. Kelakuan mereka tersebut menunjukkan sifat hormat kepada orang yang lebih tua dan jalinan persaudaraan antara saudara-mara sekampung yang baik. Selepas kunjung-mengunjung tersebut, mereka akan berkumpul di sebuah sekolah rendah dalam kampung itu bagi berbincang dan saling bertukar-tukar pendapat tentang pembelajaran dan pengalaman pekerjaan yang diperolehi sepanjang tempoh tahun yang lepas. Kelakuan ini pula menunjukkan sifat rajin belajar mereka. Mengapakah generasi kampung tersebut memperolehi perkembangan yang begitu baik sekali? Kesemuanya bukan secara kebetulan dan juga bukan disebabkan feng shui yang baik, sebaliknya feng shui dan suasana sekeliling akan berubah akibat pengaruh hati sesama manusia. Oleh yang demikian, sebagaimana yang dinyatakan oleh Konfusius bahawa yang pertama “ketaatan kepada ibu bapa dan orang tua serta jalinan persaudaraan adalah diutamakan”. Apabila seseorang itu berjaya menjadi seorang anak yang berakhlak mulia dan mempunyai jalinan persaudaraan antara adik-beradik yang baik, mereka menjadi lebih bertimbang rasa serta bukan saja mentaati ibu bapa sendiri, ibu bapa orang lain juga dilayan dengan penuh hormat. Justeru, salah satu ajaran yang tercatat dalam Di Zi Gui iaitu

Page 102: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

102

“Anggaplah ibu atau bapa saudara kamu sebagai ibu bapa kandung kamu sendiri, layani saudara mara kamu seperti mana kamu melayani saudara kamu sendiri”.

Rakan-rakan sekalian, dulu semasa saya masih mengajar di sekolah, saya ada satu tabiat buruk iaitu sangat suka peperiksaan, sebab itulah sepanjang kursus beberapa hari ini, saya akan menguji anda sekalian tentang ceramah yang lepas. Sikap penting dalam menimba ilmu ialah mesti rajin membuat ulang kaji dan membuat persediaan. Bagi yang masih belum saya sentuh dalam ceramah, saya berharap anda sekalian cuba banyak membaca Di Zi Gui dalam beberapa hari ini. Dengan cara demikian, apabila saya menyebut tentang sesuatu kandungan dan anda pula tahu tentang kandungan tersebut, maka anda akan lebih peka maka hasil pembelajaran anda akan menjadi lebih baik. Oleh kerana ada kalangan rakan yang tidak hadir pagi dan petang ini kita telah memberi satu petua yang sangat berkesan, dengan petua tersebut pasti menjamin peningkatan moral dan etika serta ilmu anda. Petua tersebut ialah membaca Di Zi Gui sebanyak dua kali pada setiap hari. Pembacaan pada sebelah pagi adalah untuk mengingatkan diri kita harus mempraktiskan ajaran Di Zi Gui; pembacaan sebelah malam pula bertujuaan untuk meneliti balik kelakuan diri pada hari berkenaan. Beri galakan kepada diri-sendiri sekiranya terdapat kelakuan yang sejajar dengan ajaran Di Zi Gui; bagi bahagian yang anda gagal mempraktiskannya, maka anda harus mengingatkan diri untuk memperbetulkannya dengan serta-merta. Bagi pembacaan sebelah malam, janganlah dibaca sebelum tidur, sebab takut anda akan tertidur sebelum habis membacanya. Sebaik-baiknya dibaca selepas waktu kerja, semasa mencuci tangan atau kaki ataupun sebelum makan malam. Masa inilah paling sesuai untuk membuat perbandingan dari segi kelakuan diri sepanjang hari tersebut.

Yang kedua, “Bersifat Cermat Dan Amanah”, “cermat” di dalam konteks ini merujuk kepada tutur kata dan tingkahlaku kita. Kehidupan harian diri harus berdisplin dan janganlah kita mengkecamukkannya. Jika kita tidak berkemampuan menjaga diri-sendiri, bagaimana pula kita hendak menanggung beban keluarga.

“Xin” (信Amanah) merupakan perkataan gabungan “orang”(人)

Page 103: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

103

dan perkataan (言), yang bermaksud percakapan orang. Dalam Di Zi Gui, salah satu kandungannya menyatakan bahawa “Dalam masa perbualan, penting bagi kita bercakap dengan ikhlas”. Konfusius juga mengatakan bahawa seandainya seseorang itu tidak amanah, maka sukar untuknya mencari tempat di mana-mana jua. Dalam didikan Konfusius, ia amat menitikberatkan empat jenis ilmu: Pertama ialah berakhlak mulia, kedua ialah pertuturan, ketiga ialah hal-hal politik dan akhir sekali ialah kesusasteraan. Mengapakah pertuturan menjadi kedua penting selepas akhlak mulia? Ini disebabkan pertuturan mempunyai kadar penggunaan yang paling tinggi dalam perhubungan harian sesama manusia. Dari satu pertuturan, ia mampu menjadikan sesebuah negara berkembang maju atau sebaliknya membawa kepada keruntuhan negara. Pertuturan yang baik juga boleh membawa kepada keluarga harmoni dan jika sebaliknya keluarga akan porak-peranda. Justeru, kerana kepentingannya, kita harus belajar cara pertuturan.

Seterusnya, “Sayang Dan Mesra Sesama Manusia Dengan Saksama. Belajarlah Daripada Orang Yang Berwibawa Dan Berakhlak Mulia ”. Sayang Dan Mesra Sesama Manusia Dengan Saksama, mengajar kita menyayangi dan melayani semua orang secara sama rata tanpa diskriminasi. Dalam konteks moden, ia dikenali sebagai perhubungan sosial sesama manusia yang mengetengahkan cara pergaulan secara harmoni. Pengajaran Di Zi Gui tidak ketinggalan zaman dan amat mementingkan pengetahuan dari segi perhubungan sosial sesama manusia.

“Belajar Daripada Orang Yang Berwibawa Dan Berakhlak Mulia” pula mengajar kita harus berdamping dengan orang yang berakhlak terpuji dan mempunyai tatasusila yang baik. Apabila kita berdamping dengan orang sebegini setiap hari, secara tidak langsung ia amat membantu dari segi peningkatan ilmu tatasusila dan akhlak kita. Sebaliknya kalaulah kawan-kawan kita merupakan orang yang berkelakuan buruk, nescaya pertuturan dan tingkahlaku kita menjadi semakin buruk. Maka, amat penting untuk kita mendampingi orang yang berakhlak tinggi dan mempunyai tatasusila yang baik, ini kerana ia dapat membantu dalam perkembangan kebijaksanaan kita. Dengan adanya kebijaksanaan dalam kehidupan, barulah kita pandai membuat pilihan yang membawa kepada perjalanan hidup yang senang. Seandainya pilihan yang salah telah dibuat, ia akan mengheret kita kepada

Page 104: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

104

kehidupan yang semakin muram.

Akhir sekali ialah, “Lanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Sastera Dan Agama Untuk Mempertingkatkan Kebudayaan Dan Semangat Kehidupan”.

Apabila kita sudah belajar dengan sebaik-baiknya cara-cara untuk membawa diri dalam kehidupan harian dan cara-cara menguruskan kerja dengan baik serta tatasusila yang teguh, maka kita boleh banyak membaca bahan bacaan yang bermutu pada masa lapang. Masyarakat silam di Cina sangat teliti semasa menulis hasil pemerhatian mereka kerana mereka hanya akan meninggalkan artikel yang diyakini dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang sahaja. Bagaimana pula artikel yang ditulis oleh orang zaman sekarang? Mereka menulis mengikut apa yang mereka suka tanpa menghiraukan sama ada penulisan mereka yang mungkin menghuru-harakan keadaan semasa, mereka juga kurang berhati-hati akan percakapan dan tingkahlaku diri. Justeru, adalah lebih terjamin jika kita membaca hasil karangan tokoh-tokoh silam yang bertamadun bagi tujuan melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera dan agama. Ini disebabkan penulisan tersebut telah melalui proses pengesahan beribu tahun lamanya dan betul-betul mampu mengembangkan kebijaksanaan seseorang.

Seterusnya kita masuk ke sesi pertama perbincangan kita iaitu tentang “Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa Semasa Di Rumah”.

Rakan-rakan sekalian, pernahkah anda merasai masa anda tidak cukup untuk diguna? Ya, memang sukar untuk kita meluangkan masa dua jam untuk membaca buku! Justeru, dari segi “Lanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Sastera Dan Agama Untuk Mempertingkatkan Kebudayaan Dan Semangat Kehidupan” apabila masa lapang, kita harus pandai menguasai masa lapang yang bertaburan. Buku Di Zi Gui harus sentiasa berada di sisi. Ayat-ayat yang berhikmah semua saya simpan dalam beg, saya akan hafal dua tiga ayat apabila lapang, jadi sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit, di mana ada usaha, di situ ada jalannya. Kita jangan pandang remeh terhadap usaha yang terkumpul melalui 10 minit atau 20 minit pada setiap hari. Umpama Di Zi

Page 105: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

105

Gui yang mengajar kita “Luangkan masa yang cukup dan kita harus tekun apabila belajar, untuk memahami pelajaran dengan baik, beri tumpuan dan masa”

Dalam tulisan Cina “Xiao”(孝) dibentuk daripada kombinasi perkataan “Tua”(老) di bahagian atas dan perkataan “Anak” (子) di bawah, tulisan “Tua” itu merujuk kepada generasi tua dan “Anak” pula merujuk kepada generasi muda, apabila generasi tua dan generasi muda digabungkan, maka terbentuklah perkataan “Xiao” yakni mentaati. Bagi generasi tua kita, mereka sentiasa berusaha mendidik anak-cucu mereka dengan sebaik-baiknya, adakah ibu bapa zaman sekarang juga berpegang kepada sikap demikian? Semasa saya mengajar di sekolah, saya sering terdengar ibu bapa yang kurang berpendidikan menyuarakan suara hati mereka dengan mengatakan bahawa mereka hanya mendoakan anak mereka tidak menjadi beban kepada masyarakat, inilah tanggungjawabnya sebagai ibu bapa. Walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi, namun melalui suara hati yang diluahkan tersebut meningkatkan perasaan hormat saya terhadap mereka. Inilah tanggungjawab mereka sepanjang hidup ini kerana mereka tahu hendak memberi didikan yang baik kepada anak.

Ibu bapa sentiasa berikhtiar mendidik anak dengan sebaik-baiknya, namun kita harus ada cara yang berkesan untuk memberi didikan kepada anak. Di China, terdapat satu penulisan falsafah pendidikan yang dikenali sebagai “Li Ji-XueJi” (Chinese Philosophy on Teaching and Learning). Dalam buku tersebut menyentuh tentang apa itu pendidikan, iaitu dua paksi utama pendidikan yang menyatakan bahawa seandainya kita ingin mendidik anak dengan baik, kita harus jelaskan kebaikannya dari segi apa yang harus dipertingkatkan, di samping itu kita juga harus mencegah serta memperbetulkan kesalahan-kesalahan anak. Ini disebabkan kebanyakan kanak-kanak mempunyai tabiat buruk yang perlu kita perbetulkan. Bilakah masa yang sesuai untuk memperbetulkan tabiat buruk mereka? Ya, jangan berlengah lagi, ia harus diperbetulkan dengan serta-merta ketika itu juga memandangkan proses belajar bagai mendayung meredah arus. Kita akan ketinggalan apabila gagal mengharungi rintangan arus. Rakan-rakan sekalian, cuba kita fikir sejenak, apakah tabiat-tabiat

Page 106: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

106

buruk kanak-kanak zaman sekarang dan yang mana satu perlu diperbetulkan dengan serta-merta. Saya percaya anda semua lebih berpengalaman daripada saya, sila nyatakan. Ya, melawan cakap ibu bapa, malas, bersikap memberontak atas nasihat dan cakap orang tua, bersikap mementingkan diri-sendiri. Lagi? Mengapa hanya wanita yang memberi contoh? Mengapa kita sebagai bapa tidak sedar tentang tabiat buruk anak sendiri? Ini memang tidak patut berlaku, kita harus prihatin terhadap anak kita! Ya, tidak bertanggungjawab dan tabiat buruk yang keenam ialah kehidupan yang tidak berdisplin.

Kadang-kadang ramai kawan mempunyai ilham yang banyak dan mampu menyatakan 10 jenis tabiat buruk anak mereka. Kami telah mendirikan sebuah pusat pendidikan awal di Haikou, Pulau Hainan. Ramai ibu bapa di sana datang membincangkan tentang masalah anak bersama kami. Disebabkan kawasan pusat latihan kami sangat luas, maka pusat tersebut juga digunakan untuk mengadakan ceramah. Semasa menemani ibu bapa yang datang ke pusat pendidikan itu, sambil berjalan dari pintu masuk sampai ke pejabat dan sepanjang perjalanan lebih kurang 30 saat tersebut, mereka akan mengadu kepada saya tanpa berhenti-henti dengan mengatakan anak mereka sangat mementingkan diri-sendiri, suka melawan cakap dan sangat malas. Biarpun mereka tidak membuat draf tentang apa yang mereka hendak adukan, saya juga risau mereka kehausan kerana mereka bercakap tanpa henti. Justeru, saya pun menjemput mereka duduk dan menghidangkan air. Selepas ibu bapa itu minum, saya pun mula menyoal mereka. Saya memberitahu bahawa sifat mementingkan diri-sendiri adalah akibatnya. Rakan-rakan sekalian, apakah puncanya? Adakah di dahi anak anda tertulis dengan perkataan mementingkan diri-sendiri sejak kelahirannya? Anak bersifat malas juga adalah akibatnya? Apakah puncanya? Pernahkan anda nampak budak yang enggan bergerak semasa berumur 1-2 tahun? Kanak-kanak berumur 1-2 tahun kebiasaannya aktif berlari ke sana-sini, mengapa menjadi malas kemudian harinya?

Seterusnya mari kita lihat kanak-kanak bersifat memberontak bila diberi nasihat dan tidak mendengar cakap ibu bapa, di mana puncanya? Cuba kita fikir sejenak. Pernah atau tidak kita mendengar bahawa memberontak bila dinasihat dan membantah cakap ibu bapa itu satu kelakuan normal?

Page 107: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

107

Ada? Siapa yang berkata sedemikian? Dapatkannya, ini satu pengajaran yang tidak betul? Cuba tanya 50 tahun yang lepas, pernah anda mendengar perkataan memberontak apabila dinasihat dan membantah cakap ibu bapa. Dalam buku sejarah China beribu tahun lamanya, pernahkah anda terbaca perkataan tersebut. Dalam sejarah China selama lebih empat ribu tahun yang lepas juga tidak pernah wujud perkara memberontak apabila dinasihat dan membantah cakap ibu bapa, tetapi kita berjaya mencipta perkataan tersebut dalam masa antara 20-30 tahun, hebat atau tidak? Mengapakah sepanjang tempoh 4000 tahun yang lepas tidak lahir generasi yang memberontak dan menentang cakap ibu bapa? Mengapa pula anak sedemikian dilahirkan dengan begitu pantas sekali dalam beberapa puluh tahun? Ini bukan satu fenomena secara kebetulan! Ini disebabkan adakah didikan yang mereka terima terdiri daripada didikan tokoh-tokoh ternama tamadun China? Adakah mereka dididik cara mentaati ibu bapa dan menjalin persaudaraan antara adik-beradik dengan baik? Tidak sekali! Mereka tidak tahu mentaati dan menghormati ibu bapa dan mereka yang lebih tua, akibatnya percakapan dan tingkahlaku mereka membuat ibu bapa marah.

Saya turut mengimbas kembali, malah bertanyakan ibu saya dengan berhati-hati sama ada saya pernah memberontak nasihat dan cakap ibu bapa? Puas ibu saya berfikir dan jawabnya tidak pernah. Bagaimana pula sikap kami terhadap bapa? Rasa hormat dan takut, bapa sangat berwibawa; apabila kita rasa hormat dan takut kepada bapa, kita langsung tidak berani memberontak nasihat dan cakap beliau. Mengapa kami mempunyai perasaan sedemikian terhadap bapa? Yang paling utama ialah apa yang dicakap sejajar dengan apa yang dilakukannya, malah beliau juga sangat taat kepada ibu bapa. Inilah contoh yang beliau tunjukkan kepada kami. Justeru, bersikap hormat kepada bapa sejak kecil lagi tidak mungkin mengakibatkan anak berani memberontak nasihat dan cakapnya. Ibu bapa seharusnya berfikir dengan baik mengapakah anak kita bersikap sedemikian, mengapa anak tiada rasa hormat terhadap kita? Ini mungkin disebabkan kita cakap tidak serupa bikin. Contohnya anda sedang bermain mahjung, kemudian mengarahkan anak pergi mengulangkaji dengan kiraan masa sampai tiga. Dengan cara sedemikian, sudah pasti si anak rasa keberatan hendak meninggalkan rancangan televisyen yang sedang

Page 108: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

108

ditontonnya. Bila nampak si anak masih menonton di sebalik dinding, emak pasti bertambah naik darah dengan memberi amaran terakhir kepada anak yang masih enggan pergi mengulangkaji kerja sekolahnya, akhirnya anak akan dibelasah teruk oleh emaknya! Sambil menangis, anak pun masuk ke bilik dengan hati yang tidak rela. Persoalan sekarang ialah apabila dia duduk atas kerusi dengan badan di depan meja bacaan, tetapi di mana hatinya terlekat? Ya, di televisyen. Macam mana anda semua tahu jawapannya? Hatinya memang terlekat pada rancangan televisyen dengan memikirkan bagaimana kesudahan hero dan heroin rancangan itu.

Apabila ibu bapa tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak, adakah hati kecil anak akan berpuas hati? Mesti tidak puas hati! Anda memberitahunya mesti bersopan-santun semasa bercakap, tetapi diri anda pula tidak berbuat demikian semasa bercakap dengan datuk dan neneknya. Apabila ketidakpuasan hati sedemikian terkumpul sedikit demi sedikit, agak-agak bila rasa tidak puas hati itu akan meletup? Tunggulah apabila ketinggian badannya sama tinggi dengan anda, buku limanya sebesar buku lima anda, adakah dia masih hendak dengar cakap anda lagi? Sudah pasti dia enggan mendengar cakap anda. Jadi, kita dapat lihat anak memberontak nasihat dan cakap ibu bapa merupakan satu akibat, puncanya ialah anak tidak mempunyai rasa taat dan sayang kepada ibu bapa semenjak usia kecilnya. Perasaan hormat yang wujud merupakan punca asasnya. Dengan adanya punca tersebut dan ditambah pula dengan pencemaran suasana sekitar, tidak kira dia mencontohi rakan sekolahnya mahupun kawan-kawan, maka akhirnya semakin banyak fenomena memberontak nasihat dan cakap ibu bapa berlaku. Bagi menghilangkan fenomena tersebut, perkara paling penting ialah meneruskan didikan tokoh-tokoh tamadun China, manakala ibu bapa pula harus menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.

Seterusnya bagaimana wujudnya sikap mementingkan diri-sendiri? Rakan-rakan sekalian, mulai hari ini, apabila anda menemui masalah dan cuba anda fikirkan, misalnya pada hari ini saya dimarahi rakan sekerja merupakan akibatnya, tetapi apakah puncanya saya dimarah? Pada hari ini, anak orang lain dapat dididik dengan baik merupakan akibatnya, apakah puncanya? Perhubungan antara suami isteri yang harmoni dan

Page 109: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

109

gembira adalah akibatnya, apa pula puncanya? Jika anda pandai mencari punca setiap perkara pada setiap masa, nyata kebijaksanaan anda semakin berkembang pada setiap hari. Apabila anda berjaya mengesan puncanya, sudah pasti masalah tersebut dapat diselesaikan mengikut cara yang betul dan seterusnya membawa perkara itu ke arah perkembangan yang positif.

Cuba kita imbas kembali, pada hari ini anda suami isteri makan bersama anak dan ibu bapa anda, lauk pertama yang diceduk oleh isteri anda biasanya diberikan kepada siapa? Ya, untuk anak sendiri, bagus, inilah jawapan yang standard! Mari kita berikan tepukan. Inilah standard fenomena yang lumrah. Namun, apakah kesan yang bakal wujud daripada cedukan lauk tersebut? Sambil menceduk lauk untuk anak, isteri anda menyuruh anak anda makan lebih sedikit kerana lauk itu dimasak khas untuknya, si datuk dan nenek juga tidak ingin ketinggalan menceduk lauk, untuk siapa lauk yang mereka cedukkan? Ya, untuk cucunya, sambil itu memberitahu cucunya lauk-pauk yang lain juga enak-enak belaka. Maka, pinggan siapa diisi penuh dengan lauk-pauk? Pinggan cucu. Jadi, dalam keluarga tersebut, status siapa paling tinggi? Ya, status cucu tertinggi. Tetapi adakah keadaan sedemikian sudah terbalik? Memang sudah terbalik, begitu juga kanak-kanak! Adakah keadaan sedemikian munasabah? Cuba anda lihat, semua orang mesti memberi servis kepadanya, maka lahirlah seorang raja kecil dalam keluarga.

Dengan kelahiran raja dan puteri kecil, tumpang tanya apakah ciri-ciri raja dan puteri kecil ini? Sikap mementingkan diri-sendiri! Oleh kerana semua orang mesti melayannya, maka mereka hanya akan fikir untuk dirinya sahaja. Pepatah Cina ada mengatakan bahawa mereka yang menjadi pelayan maharaja seolah-olah mendampingi harimau. Dari situ, kita juga dapat lihat kanak-kanak sekarang memang mudah panas-baran. Apabila anda menurut segala kehendaknya, jika 10 perkara yang dimintanya anda hanya menurut kehendaknya untuk 9 perkara sahaja, apakah yang bakal berlaku? Ya, dia akan menangis kuat-kuat untuk memberontak. Diri anda seorang yang tidak berprinsip, apa yang anda akan cakap bila nampak si anak itu panas-baran? Baik, baik, ayah ibu akan belikan untuk anda! Dari sini kita dapat lihat dia telah berjaya menewaskan anda.

Page 110: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

110

Rakan-rakan sekalian, dari mana kita harus mula untuk memberi didikan kepada anak? Di meja makan semasa mencedukkan lauk. Dengan perbuatan kecil ini, ia mampu menyampaikan ilmu yang besar, setiap perbuatan yang kita lakukan akan menjadi contoh yang baik untuk dipelajari oleh anak. Jika lauk yang diceduk oleh anda pada hari ini diberikan kepada bapa anda sambil menyuruh bapa anda makan lebih sikit, apabila babak sedemikian ditunjukkan kepada anak anda, adakah dia akan bertanya mengapa anda tidak ingat akan kehadirannya? Tidak, hati kecilnya pasti akan terharu dengan sifat ketaatan bapanya yang dilihatnya tadi, ini kerana setiap orang mempunyai hati yang baik.

Dalam buku falsafah tamadun China “Da Xue”(Great Learning) menyatakan bahawa: “Bagi setiap perkara yang kita lakukan, jika ia diselesaikan mengikut urutan kepentingannya, barulah dikira anda sudah mendirikan urutan “Dao” ataupun caranya.” Justeru, apabila cara anda menceduk lauk telah dilakukan dengan betul, ini bermakna anda telah mengajar anak cara betul menjadi seorang anak. Apabila kita membuka peti sejuk dan membawa keluar buah-buahan, ia sepatutnya dihidangkan kepada siapa? Cara bapa saya menghidangkan buah-buahan itu cara yang betul, jika beliau menunjukkan cara yang salah, sudah pasti saya tidak berpeluang memberi ceramah kepada anda sekalian pada hari ini. Satu kesalahan kecil boleh membawa kepada akibat yang serius. Anda mungkin bertanya, “Cikgu Tsai, begitu seriuskah akibatnya? Begitu besar pengaruhnya cara menghidang buah-buahan? Adakah ia mempunyai pengaruh? Memang ada. Semasa kecil, kita nampak semua makanan yang dikeluarkan oleh ibu bapa pasti dihidangkan dulu untuk datuk nenek, dengan sendirinya kita akan mencontohi dan mempelajari cara mereka. Sebenarnya, saya juga berkemungkinan menjadi anak yang pemboros, dapatkah anda semua merasainya? Disebabkan saya merupakan anak lelaki tunggal, cucu sulung dan cicit sulung dalam keluarga, manakala datuk saya juga merupakan anak sulung dalam keluarga. Saya masih ingat, semasa kecil saya pergi sembahyang Qing Ming di pusara moyang perempuan saya, pada masa itu saya baru berumur 3-4 tahun, setelah sujud saya mendongakkan kepala dan saya ternampak nama saya tertera di baris pertama atas batu nisan moyang perempuan saya, tiba-tiba saya terasa akan misi saya terhadap

Page 111: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

111

keluarga saya, kegemilangan atau pun keruntuhan keluarga ini pada masa akan datang amat bergantung kepada usaha kami. Tradisi orang Cina yang amat mementingkan anak sulung dan cucu sulung bukanlah sesuatu yang tiada sebabnya. Ini kerana setiap generasi harus ada orang yang menjadi contoh kepada anak-cucunya, barulah generasi muda tersebut dapat dididik secara baik dan seterusnya membawa kepada perkembangan kegemilangan keluarga. Sekiranya saya dimanja oleh ibu bapa malah datuk nenek saya sejak kecil, maka mungkin saya tidak berpeluang mempelajari didikan tokoh-tokoh berakhlak tinggi tamadun Tamadun China, sebaliknya bersikap pemboros sejak kecil lagi. Justeru, nyata sekali pendidikan anak amatlah penting.

Saya tidak tahu sama ada ibu bapa sekarang semasa menghidangkan buah-buahan, adakah datuk nenek yang didahulukan? Saya pernah dengar cerita yang mengatakan sesetengah ibu akan membeli buah-buahan yang mahal tetapi buah itu disembunyikan. Mengapa ada kawan yang tersenyum? Adakah anda juga pernah berbuat demikian dan terasa pula? Buah itu disembunyi sampai datuk nenek telah masuk tidur baru dikeluarkan untuk dimakan, sambil memberitahu anak bahawa buah itu dibeli khas untuknya. Yang pasti si anak makan dengan gembira sekali, namun dia juga belajar semua yang ditunjuk oleh emaknya. Bila dewasa kelak dengan wang yang ada, anak ini akan membeli buah untuk siapa? Untuk anaknya pula, ada pula kawan yang memberi jawapan beli untuk isterinya. Jika cara yang anda tunjukkan itu cara yang anda suka dan tidak suka, maka apa yang dipelajari anak juga cara yang sama, sebaliknya mereka bukan mempelajari hubungan persaudaraan dan mengenang budi.

Maka, kita harus buat mengikut hukum alam semula jadi dengan mempamerkan sifat sayang dan hormat kita bagi merangsang baik hati anak yang semula jadi. Kita sudah menemui punca masalah sikap mementingkan diri-sendiri, sebagai ibu bapa, kita harus menunjukkan teladan mentaati ibu bapa dan sentiasa berfikir dari sudut pihak orang lain.

Rakan-rakan sekalian, adakah masih sempat untuk mengajar anak yang sudah berumur belasan tahun? Anda harus yakin kepada ayat pertama yang tertera dalam kitab “San Zi Jing” (hafalan wajib bagi anak-anak

Page 112: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

112

pada zaman dulu di China) yang mengatakan bahawa sifat semula jadi setiap orang adalah berhati baik. Sebenarnya, bukan orang lain yang tidak boleh berubah, tetapi semua ditewaskan oleh diri-sendiri dengan tidak mempercayai diri-sendiri. Maka, banyak perkara yang anda pasti tidak mampu melaksanakannya apabila anda kurang keyakinan. Kami mengadakan pelbagai kursus di tanah besar China, hadirin terdiri daripada pelbagai lapisan dan peringkat umur dan saya masih ingat ramai murid sekolah menengah turut menghadiri kursus kami. Salah seorang dari peserta telah mencapai kemajuan besar pada setiap hari ia pulang dari kursus selama lima hari berturut-turut. Perubahannya menghairankan emak saudaranya yang tertanya-tanya bagaimana seorang budak belasan tahun mengalami perubahan drastik setelah menghadiri kursus lima hari? Dengan penuh hairan emak saudaranya pun datang mencari kami di lokasi kursus pada hari terakhir, namun secara kebetulan kami telah meninggalkan tempat itu.

Beliau mendapat nombor telefon kami daripada pihak hotel lalu menelefon kami dengan mengatakan bahawa anak saudara perempuannya mempunyai kemajuan yang besar setiap hari dia kembali dari kursus yang dihadiri, sikapnya amat baik sekali tidak kira waktu melayani ibu bapanya mahupun ahli keluarga yang lain. Ini menyebabkan dia dapat merasakan akan kehebatan kuasa budaya tradisi Cina dan beliau juga bertanyakan sama ada anaknya yang masing-masing berumur 2 tahun dan 4 tahun boleh diterima untuk memperolehi didikan daripada kami.

Cuba anda lihat ibu bapa sekarang, apabila mereka menemui sesuatu yang baik, mereka terus serahkan kepada guru dan bukan dimulakan dari dirinya terlebih dahulu. Kami memberitahunya bahawa guru-guru kami ada yang datang jauh dari Haikou, Pulau Hainan dan Shenzhen. Tetapi ibu itu tidak kisah jarak yang begitu jauh malah sudi menghantar anaknya dari Beijing untuk belajar di Shenzhen.

Satu lagi kisah ialah tentang seorang lelaki berumur lebih 40 tahun. Pihak penganjur kursus telah mengatur beliau bertugas sebagai pengawal peribadi saya semasa kursus di Gunung Tianmu, Hangzhou dengan hadirin

Page 113: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

113

sekitar 400–500 orang. Apabila beliau nampak saya ingin berehat, dia akan memberitahu hadirin bahawa saya tidak sesuai untuk bercakap kerana masa untuk berehat, inilah tugas yang beliau uruskan untuk saya. Beliau bukan saja mahir dalam wu shu, dia juga pernah bertugas sebagai polis selama belasan tahun. Beliau juga mengikuti kursus kami dan pada hari ke-3 semasa beliau membawa kami keluar untuk makan, beliau asyik berkata “Bagus sekali, memang bagus sekali” sepanjang perjalanan kami. Sebenarnya kami tidak faham apa yang dimaksudkan, tetapi kami dapat merasai kegembiraan dalam hatinya. Setibanya di restoran, beliau pun berkata, “Cikgu Tsai, perasaan saya sekarang ini hanya boleh disampaikan dengan percakapan kanak-kanak berumur 3 tahun, iaitu bagus sekali!” Seterusnya beliau berkata, “Sepanjang umur saya 40 tahun, baru saya sedar di mana kesilapan yang berlaku dalam kehidupan saya!”

Sebenarnya kami berasa amat sedih setelah mendengar apa yang diluahkannya tadi, lelaki yang berumur 40 tahun ini bukan enggan belajar, tetapi apa yang berlaku? Tiada orang yang mengajarnya! Sikapnya memang baik sekali, setelah belajar dan dengan serta-merta menjadi seperti seorang yang baru dilahirkan, hatinya sangat gembira. Beliau memberitahu akhirnya dia tahu sebab isterinya bercerai dengannya, sebab anak-anak sukar berkomunikasi dengannya, mempunyai jurang antara rakan sekerja yang sangat takut kepadanya. Akhirnya beliau berjaya menemui jawapan untuk soalan-soalannya. Beliau juga memberitahu bahawa perkara pertama yang dia akan lakukan sekembalinya ke rumah ialah beliau ingin berbincang secara baik dengan bekas isterinya.

Kita hanya insan biasa dan bumi mana tidak pernah ditimpa hujan? Yang penting kita mesti sanggup bertaubat dan insaf akan kesalahan diri serta memperbetulkan segala kesilapan yang dilakukan. Semasa kami bersarapan pada hari ke-4, beliau berkata, “Cikgu Tsai, anda sila duduk di sini sebentar, saya hendak berbual-bual dengan anda.” Pada ketika itu, saya terasa suasana amat pelik sekali.

Baiklah, ceramah sesi kali ini sampai sini saja, saya akan bincang jawapannya dengan anda semua di sesi akan datang. Terima kasih.

Page 114: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

114

Sesi 7 Kekunci Untuk Menyelesaikan Segala Tabiat Buruk

Tadi kita memperkatakan tentang kawan yang berumur 40-an ini, beliau terasa amat gembira kerana memperoleh pengertian yang amat besar setelah menerima didikan daripada tokoh-tokoh tamadun China. Sebab itulah pada pagi hari ke-4 sebelum sarapan disediakan, beliau pun memberitahu bahawa beliau ingin berbual-bual dengan saya. Saya terasa amat pelik pada masa itu dan terasa amat tidak selesa semasa duduk di sana. Beliau terus datang ke hadapan saya lalu berkata, “Sepanjang hayat ini, saya hanya memberi sembah sujud kepada ibu bapa dan guru.” Saya mulai terasa situasi masa itu memang tidak kena dan terus bangun dari tempat duduk dengan serta-merta. Memang benar didikan tokoh-tokoh berakhlak tinggi tamadun China telah mengharukannya, namun sumbangan kami tidaklah sebesar mana dan oleh itu kami tidak boleh menerima penghormatan yang sebegini. Akhirnya, lelaki berumur 40-an ini telah memegang kedua-dua belah tangan saya yang kurus sehingga mengakibatkan saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Disebabkan keikhlasannya, kami pun kembali bertenang dan memenuhi kehendaknya bagi menunaikan tanda hormatnya kepada kami.

Kami juga perasan beban tanggungjawab yang dipikul semakin berat, dan kami memang berharap lebih ramai orang dapat memahami akan kebesaran tokoh-tokoh berakhlak tinggi tamadun China melalui kursus kami ini. Melalui didikan tokoh-tokoh berakhlak tinggi tamadun China pasti membolehkan kewujudan keluarga harmoni dan masyarakat yang aman tenteram pada abad ke-21 ini. Jadi rakan-rakan sekalian, sungguhpun anda kini berumur 40-an atau 50-an, ataupun umur anak anda sudah mencecah 20-an, janganlah bimbang kerana dengan keikhlasan hati anda, biar betapa sukar pun pasti membuahkan hasilnya. Janganlah sesekali rasa bimbang orang lain tidak berubah, yang penting hanya persoalkan sama ada akhlak dan ilmu pengetahuan kita mencukupi atau tidak.

Kita lihat yang lain pula, mengapa anak boleh menjadi malas? Apakah puncanya? Rakan-rakan sekalian, saya yakin anda semua sudah boleh membuat analisis sekarang ini, tabiat malas tidak mungkin terjadi selepas

Page 115: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

115

anak sudah membesar. Itulah sebabnya pendidikan harus dimulakan seawal yang mungkin, memang sukar untuk memperbetulkannya jika sudah menjadi tabiat anak. Saya masih ingat tentang anak saudara saya, semasa dia masih kecil dan ternampak ibu saya sedang mengelap meja, secara kebetulan ibu ada hal lain yang perlu diuruskan dan meninggalkan meja yang belum habis dilap. Budak ini telah nampak neneknya telah menghabiskan banyak masa untuk mengelap meja tersebut, maka dia pun mendapatkan sehelai kain dan meniru cara nenek mengelap meja. Kemudiannya, kakak saya pun datang ke sisinya, rakan-rakan sekalian, bagi anda bagaimana anda memberi reaksi perkara sedemikian? Kakak saya pun berkata dengan anaknya, beliau berkata, “Weiwei, anda sudah pandai menyayangi dan menghormati ibu bapa? Anak baik emak, tahu nak membantu emak mengelap meja!” Cara dia mengelap meja pada mulanya mungkin macam bersahaja tetapi kemudiannya semakin bersemangat. Jadi, dengan banyak memberi galakan dan pengiktirafan atas perbuatannya, kita pasti dapat merangsang potensi anak-anak kita. Kemudiannya, setelah dia habis mengelap meja, ibunya pun bercakap dengannya, “Weiwei, jika keempat-empat penjuru meja ini dapat dilap dengan teliti sehingga bersih, maka anda sudah mengelap meja ini dengan sempurna sekali.” Dari sini, ia bukan saja memastikan perasan kasih sayangnya kepada ibu bapa, ia turut memberi tunjuk ajar melakukan sesuatu perkara. Sebab itulah, anak saudara saya ini sangat mementingkan kebersihan, dia juga sudah pandai melipat selimut sendiri seawal usia 3-4 tahun, dan dia kelihatan bersih kerana putih melepak. Jadi, memang penting sekali sikap yang ditunjukkan kepadanya semasa kecil.

Jika ibu itu datang ke sisinya dengan penuh kemarahan sambil menegurnya, “Aduh, apa yang awak buat tu! Pergi, jangan buat kacau di sini.” Dengan tangan anda menolaknya dua atau tiga kali, adakah dia akan datang lagi lain kali? Tidak akan. Jadi, ibu bapa harus tahu memberi didikan semasa peluang datang, jangan sampai terlepas peluang-peluang baik itu untuk memberi tunjuk ajar kepada anak. Jangan sampai dia sudah tidak mahu membantu anda membuat kerja rumah dan pada masa itu biarpun anda marah pun tiada gunanya. Ramai ibu bapa berkata, “Yang penting kamu baca buku dengan baik, jangan peduli tentang perkara lain.” Baguskah cara ini? Cuba anda lihat, anak itu hanya tahu membaca buku, langsung tidak mahu buat kerja yang lain. Bagi dirinya, adakah dia yakin

Page 116: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

116

terhadap kebolehan dirinya? Tidak yakin. Semakin kekurangan keyakinan diri, anak ini semakin tidak berani menanggung beban kerja, adakah anak ini akan bersikap bertanggungjawab? Tidak! Kesemua ini adalah saling berhubung kait dan kita harus fikir dan pertimbangkannya dengan teliti dan mendalam. Jika kita membiarkan anak itu banyak melakukan kerja, ia amat baik untuk otot dan tulangnya. Melalui aktiviti kerja yang dilakukannya, barulah dia dapat merasai: rupa-rupanya kerja-kerja rumah yang dibuat oleh ibu memang tidak mudah, saya baru mop lantai ruang tamu saja sudah keletihan, ibu bukan saja harus bertugas di pejabat, lepas kerja balik rumah kena masak dan banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan. Maka, sambil dia mop lantai, naluri hatinya akan timbul perasaan terhutang budi. Jadi melalui usaha tulang empat kerat ini, barulah anak itu tahu berkorban dan melakukan kerja rumah serta berperasaan terhutang budi dan dapat merasai keperitan mereka yang berusaha. Justeru, jangan sesekali menghalang anak daripada membuat kerja rumah dan jangan membiarkannya tidak dilatih sehingga menjadi tabiat buruknya.

Seterusnya mari kita lihat tentang disiplin kehidupan, mengapakah kehidupan anak-anak tidak berdisiplin? Saya pernah bertanya anak murid saya, “Siapa sudah bersarapan, sila angkat tangan? Memang ramai, hampir separuh yang tidak bersarapan. Seterusnya saya bertanya lagi, “Ibu anda tidak sediakan sarapan? Murid itu menjawab, “Ibu saya masih tidur.” Sarapannya merupakan beberapa duit syiling yang diletak atas meja, dan di atas ditulis dengan nota pendek “Sarapan”. Ibu bapa hanya memberi wang sahaja. Tumpang tanya ibu bapa yang memberi wang, pernahkah anda menyelami keadaan tersebut dengan betul-betul sama ada duit syiling ada ditukar menjadi makan pagi? Ada atau tidak? Tidak! Bagaimana anda tahu? Menjadi apa? Menjadi alat mainan elektronik, menjadi makanan ringan yang penuh dengan pewarna tiruan. Jika anak itu telah makan benda sebegini setengah tahun atau satu tahun lamanya, sudah pasti kesihatan mereka akan menurun secara mendadak. Ramai yang pergi bermain alat mainan elektronik langsung tidak makan pagi.

Mengapa saya tahu semua ini? Hal ini demikian disebabkan kita yang bertugas sebagai guru harus prihatin dan ambil berat tentang anak murid. Saya dapati murid darjah enam yang saya ajar paling mudah kelaparan kerana

Page 117: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

117

masa inilah mereka mengalami tempoh baligh, perut mereka kebanyakannya berbunyi kerana lapar kira-kira pukul 10 pagi. Biasanya saya akan simpan biskut dalam laci dan murid-murid ini sangat suka makan biskut saya dan biasanya mereka akan datang kepada saya. Selalunya lebih kurang 9 pagi atau 10 pagi, muka murid-murid ini mula kelihatan agak pucat semasa kelas sedang berlangsung kerana perut sudah lapar. Selepas kita bertanyakan sebabnya, rupa-rupanya wang yang diberi telah habis dibelanja untuk lain dan bukan sarapan. Jadi, kita sebagai ibu bapa seharusnya menjadi teladan kepada anak supaya anak menjalani kehidupan yang berdisiplin bagi membolehkan anak mempunyai pemakanan secara normal 3 kali setiap hari, kita harus berkorban sedikit dan pengorbanan ini akan memberi pengaruh kepada kehidupan anak sepanjang hayat, ia memang amat penting sekali tidak kira dari segi kesihatan mahupun teladannya.

Rakan-rakan sekalian, bagi kesemua tabiat buruk tersebut, percayakah anda bahawa semuanya dapat diselesaikan dengan timbulnya satu niat berbaik hati. Niat berbaik hati yang mana satu? “Antara ratusan sifat berbaik hati, mentaati ibu bapa mendahului segala-galanya”, dengan mendalami didikan tokoh-tokoh berakhlak tinggi tamadun China, semakin mendalam kita dapat memahami akan maksud yang terselindung di dalam ayat yang berhikmah tersebut. Ayat ini membawa dua maksud, maksud pertamanya ialah mentaati ibu bapa merupakan nilai paling utama dan mendahului ratusan sifat berbaik hati; maksud kedua yang dibawanya ialah apabila hati seseorang telah terbuka untuk melaksanakan tanggungjawab mentaati ibu bapa, secara automatik ratusan sifat berbaik hati turut akan terjadi. Mari kita lihat, adakah orang yang taat kepada ibu bapa bersifat mementingkan diri sendiri? Tidak! Adakah orang yang taat kepada ibu bapa suka melawan cakap? “Apabila dipanggil ibu atau bapa, jawab dengan segera. Apabila disuruh membuat sesuatu, buat secepat yang boleh”. Rakan-rakan sekalian, jangan kita pandang rendah akan Di Zi Gui, melalui bab yang menyentuh tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa semasa di rumah sahaja sudah dapat menyelesaikan semua masalah anak-anak. Apabila anak sedar bahawa ibu bapa akan berasa sedih dan pilu apabila kita sakit, adakah si anak akan menjalani kehidupan yang tidak normal? Tidak! Adakah dia akan menjadi orang yang tidak bertanggungjawab? “Seseorang yang membuat pekerjaan yang salah di sisi undang-undang negara, ia merupakan anak yang

Page 118: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

118

tidak patuh kepada ibu bapa”. Anak akan menjadi lebih tekun kerana dia tahu “Sekiranya mampu, tunaikan apa yang mereka ingin sekiranya ianya baik bagi mereka”, berharap dapat menggembirakan dan menghiburkan ibu bapa.

Justeru, apabila hati anak terbuka untuk melayani ibu bapa dengan penuh kasih sayang dan penghormatan, bagaimana pula jalinan persaudaraan adik beradik? Berkasih sayang! Sebab apabila berlaku pergaduhan antara adik beradik, siapakah yang paling sedih? Ibu bapa. Jadi, “Kakak dan abang seharusnya melayani adik-adik mereka dengan baik, si adik pula seharusnya menyayangi dan menghormati yang tua, dengan jalinan pertalian mesra sesama ahli keluarga adalah tugas kita terhadap ibu bapa”. Kita juga menyedari bahawa jika seseorang itu betul-betul menyayangi dan menghormati ibu bapanya, maka layanannya kepada ibu bapa orang lain juga adalah sama seperti layanan yang diberi kepada ibu bapa kandungnya. Dari sini kita perluaskan fokus kita, dengan sifat ketaatan dan kasih sayang serta hormatnya, adakah dia akan membuli anak-anak orang lain? Tidak. Ini disebabkan dia faham bahawa apabila anak orang lain tercedera, ibu bapanya akan berasa sedih. Dari situ juga, sifat timbang rasanya akan dipupuk secara semula jadi. Justeru, akhlak tinggi seseorang itu bermula dari titik asal ini, iaitu melalui wujudnya perhubungan mesra antara anak dengan ibu bapa dan seterusnya mengembangkan sifat-sifatnya yang mentaati ibu bapa yang lain. Jadi, memang penting sekali bagi kita semua mempelajari cara mentaati orang tua. Mari kita mulakan pembelajaran tentang cara tersebut.

Bagi mengajar anak kita untuk mentaati ibu bapa, terlebih dahulu, kita mesti menjelaskan kepadanya mengapa kita harus berbuat demikian? Dengan mengetahui budi orang barulah dia akan tahu bagaimana untuk membalas budi. Jadi kitalah yang membimbing anak-anak membaca tentang budi dan jasa ibu bapa mereka. Ada suatu kisah tentang seorang tokoh yang berakhlak mulia yang alim pada 2000-3000 tahun yang lalu. Pada suatu hari, orang alim ini telah membawa anak muridnya ke kawasan perkampungan, secara kebetulan, mereka telah menjumpai segugus tulang putih. Beliau mengasingkan tulang tersebut menjadi dua longgok, warna kedua-dua longgok tulang itu berbeza, satu berwarna lebih putih cerah dan yang satu lagi kelihatan agak kelabu dan gelap warnanya. Kebetulan

Page 119: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

119

anak muridnya merupakan murid yang sangat baik dalam pelajaran, mereka akan “catatkan perkara yang memerlukan keterangan dan merujuk kepada orang yang berpengetahuan atau bijak pandai”. Mereka juga sedar untuk memperoleh pengetahuan, mereka harus bertanya apabila terdapat kemusykilan. Orang alim ini pun bertanyakan kepada murid-muridnya sebab warna kedua-dua longgokan tulang itu berlainan? Kemudian beliau menjelaskan bahawa tulang yang berwarna kelabu dan agak gelap itu milik seorang wanita. Mengapa warna tulang wanita lebih gelap dan kelabu? Sebabnya wanita ditakdirkanTuhan mengandung selama 9 bulan 10 hari, dan sepanjang proses mengandung tersebut, semua zat untuk kandungannya diberi melalui darah si ibu. Apabila kandungan itu kekurangan zat kalsium, bekalan kalsium diberi melalui rembesan tulang ibu. Jadi, memang amat memenatkan bagi ibu yang berbadan dua selama 9 bulan 10 hari. Kami pernah menjalankan satu aktiviti bersama budak-budak dengan menyuruh mereka membawa sebiji telur dengan menyimpan di badan mereka, aktiviti ini dikenali sebagai “Melindungi Sebiji Telur dalam sehari”. Aktiviti ini bertujuan membolehkan mereka merasai perasaan bagi melindungi sebiji telur untuk satu hari dan kita dapat lihat sejauh mana usaha mereka untuk melindungi telur itu. Jadi, mereka semua amat cermat dan teliti pada peringkat permulaan, tetapi setelah satu hingga dua jam kemudian, mereka hampir lupa tentang tanggungjawab mereka. Tiba-tiba kedengaran banyak suara…. “Ah…!” Apabila sampai penghujung kelas, telur yang berjaya dilindungi dan tidak pecah tinggal beberapa biji sahaja. Dari situ, guru pun mula memberi didikan dan bimbingan dengan berkata, “Cuba kamu lihat, baru satu hari kamu kena lindung telur itu tetapi kamu telah gagal melaksanakannya, jika emak kamu bersikap seperti ini, melompat ke sana ke mari, apabila kamu dilahirkan pasti ada tanda lebam di sana sini pada badan. Cuba kamu lihat, ibu yang mengandung selama 9 bulan dan menjaga kandungan dengan penuh teliti dan cermat, sudahlah begitu, berat badan kamu kian meningkat setiap hari.

Ibu juga mengalami perubahan fisiologi semasa mengandung, rasa loya dan tiada selera makan, walaupun demikian ibu tetap memaksa diri makan. Murid-murid sekalian, mengapa ibu tetap makan walaupun tidak berselera? Mengapa? Ini semata-mata bagi memastikan badannya dapat membekalkan

Page 120: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

120

zat yang mencukupi untuk anda, tidak kira betapa sedihnya, dia tetap memaksa diri makan. Jadi, murid-murid sekalian, bolehkah anda memilih makanan? Cuba anda lihat ibu anda, beliau sanggup makan semata-mata untuk anda, jadi anda juga harus membalas jasa ibu dengan tidak memilih makanan, apa yang patut dimakan dan yang berkhasiat juga harus dimakan supaya badan sihat, dengan ini ibu akan rasa gembira. Beginilah cara kita membimbing kanak-kanak dan barulah mereka dapat merasai perasaan yang sama.

Pergerakan ibu mengandung 9 bulan sangatlah terbatas akibat berat badan yang semakin meningkat. Kami juga pernah meletakkan bola jaring pada badan kanak-kanak supaya mereka dapat merasai perasaan tersebut, ini disebabkan dengan merasai sendiri tentang perasaan tersebut, barulah mereka dapat faham akan keadaannya. Seterusnya saya juga membimbing kanak-kanak dengan berkata, “Cikgu juga tahu bahawa di kedua-dua sisi katil bilik bersalin dipasang dengan dua batang keluli sebesar ini dan batang keluli yang sebesar ini telah menjadi bengkok. Murid-murid sekali, kuasa apakah yang membengkokkan batang keluli tersebut? Jawapan yang diberi kanak-kanak ialah kuasa kesakitan. Disebabkan kesakitan semasa bersalin memang sangat-sangat sakit dan terpaksa memegang batang keluli tersebut, lama-kelamaan besi itu bengkok kerana perasaan sakit tersebut. Kesakitan semasa bersalin jauh lebih sakit daripada penyakit kanser, mengapakah ramai antara pesakit kanser membunuh diri? Sebab tidak tahan dengan sakitnya. Walaupun ibu terpaksa menanggung kesakitan yang jauh lebih sakit daripada penyakit kanser, namun dia tetap melahirkan anaknya. Apakah ayat pertama yang diucapkannya dan apa pula yang difikirkannya? Sempurnakah anak saya! Disebabkan kasih sayang ibu terhadap anda sampai dia boleh lupa sama sekali akan kesakitannya. Jadi kita harus mengenang budi ibu di dalam hati sepanjang hayat kita.

Lebih sukar lagi ialah asuhan dan didikan yang seterusnya. Seorang rakan memberitahu bahawa sebelum melahirkan anak, beliau sering terfikir agar anaknya dapat dilahirkan dengan secepat mungkin, tetapi selepas bersalin, beliau teringin memasukkan kembali anaknya ke dalam kandungan. Justeru, tanggungjawab memelihara anak jauh lebih besar daripada melahirkan anak! Ini disebabkan ibu terutamanya terpaksa berjaga jika bayinya tidak

Page 121: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

121

tidur-tidur dan menangis pada waktu malam? Apakah yang perlu dilakukan oleh semua ahli keluarga? Ya, bergilir-gilir menjaga budak ini dan saya juga berpengalaman tentang ini. Secara kebetulan anak saudara saya tidak mahu tidur dan saya juga digilirkan untuk menjaganya, namun apabila sampai giliran saya dan baru lebih kurang 20 minit menjaganya, tangan saya terasa kebas. Sambil mendukung bayi ini, saya bercakap dengannya, “Jika anda tidak hormat dan sayang kepada ibu anda kelak, sayalah orang pertama yang akan memarahi dan mendenda anda.” Ini disebabkan sudah beberapa malam ibunya bersusah-payah hendak menidurkannya dan bersengkang mata di malam hari. Ibu bapalah yang bergegas membawa anaknya berjumpa doktor kerana jatuh sakit pada waktu tengah malam. Ibulah yang bimbangkan pemakanan anak dan kesihatannya. Bahu ibu bapa sentiasa dibebani dengan tekanan kehidupan dan tanggungjawab yang berat terhadap anak-anak.

Oleh yang demikian, orang alim yang disebutkan tadi memberitahu muridnya bahawa kita tidak mampu membalas budi dan jasa ibu bapa, maka kita harus berusaha melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh atau solehah. Semasa kami memberitahu kanak-kanak tentang kesusahan ibu bapa dan semasa proses bercerita, terdapat juga kanak-kanak yang menitis air mata kerana terharu. Seterusnya kami memberitahu semua murid bahawa kita juga amat terharu dengan keperitan ibu bapa dan apakah yang harus kita lakukan selepas hati begitu terusik? Anda sudah benar-benar merasai budi dan jasa ibu bapa, maka anda haruslah bertindak segera menunjukkan sifat mentaati dan sayang serta hormat kepada ibu bapa. Apabila anda berjaya menunaikan salah satu pengajaran taat kepada ibu bapa daripada “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup”, ini bermakna anda telah menunjukkan kasih sayang, hormat dan menyempurnakan ketaatan kepada ibu bapa. Apabila hati anak telah terangsang dengan perasaan mengenang budi, tugas kita seterusnya ialah membimbingnya membalas budi. Di manakah titik permulaan bagi melaksanakan tanggungjawab hormat dan sayang kepada ibu bapa? Mari kita baca sepintas lalu tentang ayat pertama dalam Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup ini :“Apabila dipanggil oleh ibu atau bapa, jawab dengan segera; Apabila disuruh membuat sesuatu, buat secepat yang boleh; Sekiranya diberi arahan, dengar arahan itu dengan teliti; Jikalau ditegur tentang sesuatu kesalahan, terimalah dengan baik dan cuba membetulkannya.”

Page 122: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

122

“Apabila dipanggil oleh ibu atau bapa, jawab dengan segera”, ayat ini menyentuh tentang pentingnya sikap kita semasa bercakap dengan ibu atau bapa. Sebenarnya, dari mana kita dapat lihat tentang akhlak dan pengetahuan seseorang? Ya, melalui pertuturan dan tingkah lakunya. Justeru, sikap anak semasa bercakap dengan ibu bapa akan memberi pengaruh yang sangat mendalam. Apabila terbentuknya perasaan sayang dan hormat kepada ibu bapa, maka ia turut membentuk asas yang kukuh dalam proses menimba ilmu. Apabila dia kehilangan sifat kasih sayang dan hormat kepada ibu bapa, sifat macam mana yang akan timbul? Mungkin sifat yang sombong dan angkuh, mungkin tidak hormat pada ibu bapa, kesemuanya ini akan memusnahkan segala pahalanya. Dalam buku Da Xue, terdapat ayat yang mengatakan, “Untuk mewarisi kebaikan kepada dunia ini, tadbir negara dahulu. Ingin mentadbir negara, uruslah keluarga dulu. Ingin mengurus keluarga dengan baik, mestilah kita sendiri yang belajar. Ingin belajar, tegakkan hati. Ingin tegakkan hati, mesti ada hati yang ikhlas. Dengan hati yang ikhlas, mestilah memahami. Ingin memahami, mesti elakkan segala benda, termasuk fikiran yang tidak baik”. Hanya dengan keikhlasan dan kejujuran yang dimiliki anak, barulah dia dapat memupuk akhlak yang tinggi, mengurus keluarga dengan cara memupuk sifat taat, sayang dan hormat sehingga dapat memupuk kejujuran hatinya. Bagaimana pula cara untuk ikhlas dan jujur? Caranya ialah dengan menghapuskan nafsu tamakkan kebendaan dan segala tabiat buruknya. Manakala kelakuan buruk dari segi tiada kesabaran dan sikap angkuhnya mesti diperbetulkan semasa usia kecil lagi. Jadi, semua ilmu besar adalah berasas daripada perkara-perkara yang kecil.

Cuba kita fikirkan sejenak, semasa anda memanggil anak-anak zaman sekarang, “Azman!” Bagaimana cara mereka menjawab? Jawapan yang standard. Seandainya ada seorang budak di sana dan anda memanggilnya, lalu dia datang ke arah anda dan sambil berkata, “Ya, pakcik, ada apa?” Apakah reaksi anda terhadapnya? Mesti rasa hormat kepada budak ini! Inilah budak yang jarang kita jumpai. Jadi, anak-anak mesti diajar dan dididik. Saya memberitahu ramai ibu bapa bahawa kita mengajar anak tentang budi bahasa sejak kecil, memberi salam apabila bertemu dengan orang yang lebih tua. Ibu bapa itu berkata, “Nak mereka beri salam? Janganlah harap, kalau mereka sudi bersenyum dengan anda sudah kira baik!” Rakan-rakan sekalian, adakah betul cara ini kita melayani anak-anak? Cuba lihat, sekarang ini kita

Page 123: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

123

telah menurunkan standard semasa mendidik anak, apakah akibatnya? Satu generasi tidak setanding dengan generasi yang lepas. Bukankah semua akibatnya jelas terpapar? Jadi, kita jangan sesekali mengubah standard mendidik anak kerana perubahan zaman. Dengan berpegang teguh kepada prinsip kita, barulah anak akan memperolehi didikan yang baik. Kita harus membimbing anak mesti menjawab dengan segera apabila dipanggil ibu atau bapa, iaitu dengan menjawab “Ya, ayah, ya ibu, ada apa?” Namun begitu, yang paling penting kita sebagai ibu bapa harus menunjukkan contoh kepada anak, iaitu apabila datuk dan nenek memanggil kita yang berperanan sebagai ibu atau bapa, kita harus menunjukkan cara hormat dan taat kita untuk dicontohi. Tetapi, bagaimana pula jika anda tidak dapat menunjukkan lakonan anda? Alah bisa tegal biasa. Apabila kita menunjukkan kelakuan yang sedemikian, suasana yang penuh dengan sifat taat, sayang dan hormat akan terpupuk dan seterusnya menjadi amalan keluarga.

Selain daripada ajaran “Apabila dipanggil oleh ibu atau bapa, jawab dengan segera.” Sifat hormat sedemikian bukan saja digunakan untuk melayani ibu bapa, ia juga boleh digunapakai semasa kita berhadapan dengan siapa? Ya, untuk guru, iaitu “Apabila dipanggil oleh guru, jawab dengan segera” Lagi? “Apabila dipanggil oleh mereka yang lebih tua, jawab dengan segera”, “Apabila dipanggil oleh pegawai atasan, jawab dengan segera.” Jika besok anda balik ke pejabat dan apabila dipanggil oleh pegawai atasan, anda terus menjawab dengan segera, “Ya, bos, ada apa?” Pengurus anda mungkin berkata, “Anda demamkah hari ini?” Tidak mengapa, kita cuba berubah mulai daripada diri kita dan seterusnya seluruh dunia akan berubah dan kita jangan sesekali memandang kecil akan kuasa kita. Jadi, dalam proses pembelajaran, dengan satu contoh yang sedia ada, kita mampu memberi kesimpulan yang lain dengan merujuk kepada contoh-contoh yang lain. Kesemua ini seharusnya dari sanubari kita, seperti kata pepatah gerak hati sejajar dengan tingkah lakunya.

Segala asas adalah berlandaskan sanubari kita, dan semua tingkah laku merupakan lanjutan daripada hati, apabila perasaan hormat seseorang itu tertanam di dalam sanubarinya, maka dia akan hormat kepada setiap orang. Dalam catatan buku-buku falsafah ada pesanan yang mengatakan “Hormatilah semua insan, perkara dan benda.”

Page 124: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

124

Rakan-rakan sekalian, seseorang itu melayani ibu bapa, adik-beradik dan orang yang lebih tua dengan penuh hormat, bagaimana pula pesanan daripada ibu bapa, apa yang harus dilakukannya? Berusaha melaksanakannya. Apabila lahir perasaan hormat terhadap orang, dia juga rasa hormat terhadap urusannya. Apabila dia hormat kepada orang lain, adakah dia akan bersikap membazir makanan yang dibeli oleh ibu bapa dengan wang yang diperolehi melalui titik peluh mereka. Tidak. Apabila anak dapat melahirkan perasaan hormat terhadap sesuatu perkara, dan dengan sendirinya dia juga akan hormat kepada benda lain.

Bagaimana pula “Apabila dipanggil oleh anak, perlukah kita jawab dengan segera?” Janganlah anda mengatakan kita mesti hormat kepada semua orang, dan bila balik rumah nanti anda dipanggil oleh anak, anda pun terus menjawab, “Ya, anak, ada apa?” Kalaulah ini respon anda, maknanya anda tidak belajar dengan bijak. Anak itu golongan muda dan kita adalah generasi yang lebih tua daripada mereka, kita yang harus biarkan mereka melahirkan perasaan hormat terhadap kita serta membantunya menunaikan perasaan hormati tersebut. Jadi, jika pada hari ini anak anda berkata, “Ayah, mari sini sekejap.” Mahukah anda pergi ke arahnya? Tidak boleh, anda harus berkata dengannya, “Mengapa anda tidak datang kepada ayah?” Setelah si anak datang kepada anda, anda boleh bercakap dengannya, “Anak, mari kita bersama-sama belajar Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup.” Janganlah anda terus mula dengan teguran anda, sebaliknya anda harus mengajarnya dengan baik dan belajar bersamanya, dengan cara ini, dia akan mulai mencontohi kisah moral dengan sendirinya. Justeru, kita harus pandai menggunapakai ilmu apabila berdepan dengan perwatakan yang berlainan.

Cerita tentang seorang guru dengan anaknya pula, pada suatu hari anaknya mengetuk pintu di luar biliknya, ibu mertuanya pun berjalan ke arah anak itu dan mungkin ingin memanggil cucunya makan. Tetapi dengan serta-merta cucu ini terus berkata dengan neneknya, “Janganlah bising!” Mengapa begini? Cuba anda lihat anak ini tiada rasa hormat kepada neneknya. Jadi, pendidikan itu sangatlah penting dan harus dimulakan dengan penuh ketelitian. Anda mesti perbetulkan sikapnya apabila sedar akan sifat buruknya itu, jika tidak, memang sukar untuk diperbetulkan

Page 125: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

125

apabila sudah menjadi tabiatnya. Guru ini sangat peka kepada situasi begitu, dia pun membuka pintu bilik dengan serta-merta dan berkata dengan anaknya, “Cepat minta maaf kepada nenek.” Guru ini juga memperbetulkan cara bercakap anaknya yang angkuh dan tidak hormat pada orang tua ketika itu juga. Namun, anak ini tetap enggan meminta maaf. Kemudiannya nenek berkata, “Cuaca memang panas ini, tidak perlu minta maaflah.” Jadi bagaimana? Inilah masanya ia menguji kebijaksanaan kita sebagai ibu bapa. Akibatnya anak itu enggan meminta maaf dan ibunya pun berkata, “Emak, inilah kesalahan saya kerana tidak mendidik anak dengan baik, saya minta maaf mak.” Sebaik saja emak ini menghabiskan percakapannya, air mata anak itu mengalir. Apakah maksud esakan itu? Rasa malu. Seterusnya guru ini pun memberitahu anaknya, “Cuba kamu lihat, walaupun kamu tidak hormat pada nenek, tetapi nenek tetap berfikir untuk kamu dan takut kamu kepanasan, dapatkah anda merasai niat hati nenek terhadap anda”. Apabila guru ini bercakap bagi pihak mertuanya, ibu mertuanya amat terharu dan kemudiannya beredar dari situ. Kesan daripada kejadian tersebut, perhubungan antara ibu mertua dengan menantunya bertambah erat kerana ibu mertua tadi dapat merasai menantunya faham tentang pemikirannya.

Kemudiannya, guru tersebut pun memberitahu anaknya, “Malam ini anak ibu mesti menulis dalam dairi bagi mengingati dan menginsafi tentang kesilapan diri dengan sebaik-baiknya.” Semasa menulis dalam dairi, budak ini menulis dia mempunyai dua perwatakan “saya”, iaitu saya yang baik hati dan saya yang jahat, dan saya yang jahat sedang berlawan tarik tali dengan saya yang baik hati. Rakan-rakan sekalian, budak ini mula mengalami pergelutan yang begitu besar dalam jiwanya pada usia kecil. Namun ia akan berhadapan dengan pergelutan yang lebih besar apabila dewasa kelak. Jika sejak kecil lagi budak ini dipupuk dengan sifat ketaatan, kasih sayang dan hormat orang lain, maka dia tidak akan berhadapan dengan konflik sedemikian dalam kehidupannya. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang menyebabkannya sesal kemudian hari akibat tiada rasa hormat dan sikap panas baran diri. Oleh yang demikian, sebaik sahaja anak melakukan kesilapan, kita sebagai ibu bapa mesti peka terhadap kesilapannya dan perlu memperbetulkannya secepat mungkin. Melalui pedoman-pedoman

Page 126: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

126

tatasusila seperti “Apabila dipanggil oleh ibu atau bapa, kita mesti jawab dengan segera.”, “Apabila disuruh membuat sesuatu, buat secepat yang boleh.” Ataupun “Jikalau ditegur tentang sesuatu kesalahan, terimalah dengan baik dan cuba membetulkannya.” Kesemua ini harus dilakukan dengan penuh rasa hormat kepada ibu bapa.

Sebenarnya, apabila seseorang itu dapat memahami secara mendalam budi dan jasa ibu bapa, sanubarinya akan lembut dengan sendirinya dan seterusnya mempunyai perasaan hormat. Saya masih ingat pada hari perkahwinan kakak, saya dikehendaki membuka pintu untuk abang ipar saya memandangkan sayalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Upacara perkahwinan tersebut telah berlangsung dengan penuh adat-istiadat yang mempunyai makna tersendiri. Salah satu adat yang menarik hati saya ialah abang ipar bersama kakak telah melakukan sembah sujud perpisahan kepada ibu bapa. Saya berdiri di sebelah untuk menyaksikan perjalanan upacara tersebut. Sebaik sahaja kakak dan abang ipar sujud, saya lihat air mata ayah berlinangan, dan dengan serta-merta air mata saya bergenang. Pada saat itu saya dapat merasai bagaimana perasaan hati sebagai seorang ayah. Sudah 20 tahun lebih ayah menjaga anak perempuannya dan selalu bimbang tentangnya dan sentiasa berdoa agar anak perempuannya ini membesar dengan baik, belajar dengan baik dan juga mendapat pasangan hidup yang baik. Titisan air mata ayah juga tanda kebahagiaan hatinya memandangkan anak daranya berjaya menemui pasangan hidup yang baik. Titisan air mata tersebut juga sebagai tanda kegembiraan hati dan perasaan terharu ayah.

Sungguhpun demikian, adakah keprihatinan dan penat lelah ibu bapa terhadap anak akan hilang setelah mereka berumahtangga? Tidak, sebaliknya kasih sayang dan keprihatinan itu akan berlanjutan sepanjang hayat. Kata pepatah “Biarpun ibu berumur 100 tahun, namun dia tetap sentiasa bimbang tentang anaknya yang sudah 80 tahun”, biarpun sudah berusia 100 tahun, dalam matanya anak yang sudah 80 tahun tetap merupakan seorang budak. Apabila sanubari saya dapat merasai kesusahan dan keperitan seorang ayah, saya pun memberitahu diri sendiri bahawa budi dan jasa ibu bapa tidak akan dapat dibalas sepanjang hayat ini. Justeru saya tidak boleh mengeluarkan biarpun sepatah kata yang mengingkari ibu bapa, ataupun mengucapkan sepatah dua kata yang tidak hormat. Disebabkan kesedaran tersebut, setiap

Page 127: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

127

kali nampak ayah saya, dengan sendirinya saya rasa hormat kepada beliau dan hati terasa gembira. Memang penting untuk kita sentiasa mengingati jasa dan budi ibu bapa dalam hati kita, kemudian dengan sendirinya kita akan menunjukkan pertuturan dan tingkah laku yang penuh dengan rasa hormat.

“Apabila disuruh membuat sesuatu, buat secepat yang boleh”, pedoman ini mengajarkan tidak boleh malas setelah berjanji membantu ibu bapa membuat sesuatu, sebaliknya harus dibuat secepat yang boleh. Pedoman ini amat berguna sekali semasa kita meminta anak membuat sesuatu. Misalnya “Bukankah anda sudah kata hendak mandi? Cepat pergi, apabila disuruh membuat sesuatu, buat secepat yang boleh.” Apabila anda bersama anak berjaya memperolehi bahasa yang sama maka anda dapat berkomunikasi dengan baik bersama anak. Kita juga harus berfikir balik, kini kita sudah dewasa, adakah kita bersikap malas terhadap arahan dan pesanan ibu bapa? Dalam situasi lain, kita berdepan dengan saudara mara dalam satu perjanjian yang menyebabkan kita rasa naik marah, perkara itu berhubung kait dengan siapa? Dengan ibu bapa yang paling mesra dengan kita, ataupun dengan pasangan hidup yang paling rapat dengan kita, sedangkan mereka merupakan insan yang paling penting, paling berbudi dan berjasa dalam hidup kita. Sebaliknya kita paling senang tidak berpegang kepada janji kita dengan mereka. Apakah sebabnya? Kita berfikir akan kerugian jika tidak berpegang pada janji dengan pelanggan, padahal kita boleh mencari alasan sekiranya tidak dapat memenuhi janji dengan mereka, misalnya kita katakan “Baru-baru ini saya sangat sibuk, maaf ya!” Jadi, kita harus berfikir secara mendalam dan menginsafi diri! Sebenarnya kita harus lebih berpegang kepada janji dengan ibu bapa, dan inilah satu sikap yang betul tetapi dalam masa yang sama kita harus berpegang kepada janji dengan semua orang.

Selepas ceramah ini nanti, kita harus berfikir dengan baik, apakah kita pernah berjanji dengan ibu bapa tetapi masih belum ditunaikan, baik kita selesaikannya secepat yang boleh.

Ada seorang guru yang telah menghadiri ceramah ini, beliau memberitahu, kebetulan dia pulang ke rumah beberapa hari yang lepas dan ternampak ayahnya sedang menggunakan pisau cukur yang sudah tumpul,

Page 128: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

128

dia pun berkata, “Ayah, pisau pencukur ini sudah tidak boleh diguna, biar saya beli satu yang baru.” Dia pun terus membuang pisau cukur itu ke dalam tong sampah dan dalam masa yang sama terlupa membeli pisau pencukur yang baru. Kerana tindakan tersebut mengakibatkan bapanya naik darah beberapa hari. Dia tiba-tiba teringat akan peristiwa tersebut selepas penghujung ceramah, lalu menelefon bapanya untuk berminta maaf dan tanpa berlengah lagi dia membeli pisau cukur baru kemudian diposkan kepada bapanya dengan segera. Justeru itu, kita semua sangat perlu pertolongan orang lain untuk mengingatkan kita.

Ada sahabat baik anda menemani di sisi anda, iaitu buku-buku falsafah yang menyedarkan kita akan kelemahan diri sendiri.

Banyak kisah-kisah lalu mengenai anak yang taat, sayang dan hormat kepada ibu bapa mereka pada zaman dahulu. Mereka dapat merasai kehendak ibu bapa lalu tanpa disedari membuatnya tanpa mereka suruh. Pada Zaman Dong Han ada seorang anak yang sangat taat bernama Meng Zong, sayang dan hormat kepada ibunya. Sudah lama ibunya tidak berselera makan. Tiba-tiba suatu hari ibunya teringin makan sup rebung. Dia memandang pada ibu yang tidak berselera sekian lama, perutnya mesti sangat lemah, tetapi sekarang ini teringin makan sesuatu kerana lapar. Namun, apa akan terjadi agaknya kalau gagal menunaikan hasrat ibu. Dia sangat sedih lalu berjalan ke kebun buluh sambil menangis kerana tidak tahu bagaimana hendak menunaikan hasrat ibu. Sedangkan waktu itu musim sejuk dan tidak akan ada rebung buluh tumbuh. Dengan hati yang taat, sayang dan hormat kepada ibu serta penuh ikhlas akhirnya dia menjumpai juga rebung buluh.

Buluh, merupakan sejenis tumbuhan. Hasil kajian Dr. Masaru Emoto, beliau berjaya membuktikan bahawa niat seseorang mampu mempengaruhi mineral dalam air. Apabila niat seseorang itu baik, kristal air yang terbentuk sangat cantik sekali, biar betapa kotor air tasik mampu menjadi bersih dan jernih. Oleh yang demikian, hati manusia dengan alam semesta mempamerkan satu interaksi yang dinamik. Ramai anak yang taat, sayang dan hormat kepada ibu bapa lahir pada zaman dulu, mengapa mereka mampu mengharukan buluh, binatang-binatang liar, biarpun harimau yang buas? Apakah faktornya? Sikap taat, sayang dan hormat mereka. Teladan

Page 129: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

129

baik sedemikian telah ditunjukkan oleh nenek moyang kita sejak beribu tahun yang lepas, patutkah kita terus menunjukkan teladan baik tersebut? Memang patut! Asalkan kita mempelajari sikap mereka yang taat, sayang dan hormat kepada ibu bapa, kita pasti menjadi teladan baik yang mengharukan dalam hidup kita! Setelah makan sup rebung yang direneh oleh anak yang setia tadi, akhirnya ibu itu pun sembuh dari penyakitnya. Anak yang soleh boleh menenangkan dan menggembirakan hati ibu bapa serta menyihatkan badan ibu bapa. Jadi, “Apabila dipanggil oleh ibu atau bapa, jawab dengan segera.”

Ayat seterusnya ialah “Sekiranya diberi arahan, dengar arahan itu dengan teliti.” Semasa ibu atau bapa memberi teguran, kita harus dengar dengan hormat dan janganlah sesekali “melawan cakap”. Seandainya semasa ayah menegur kita dengan menyebut tentang 10 kesalahan kita, tetapi antaranya hanya dua kesalahan itu benar dan terasa ayah salah faham tentang kita dari lapan kesalahan yang lain itu, adakah kita akan melawan cakapnya dengan segera? Hendak atau tidak? Jangan sesekali! Sebab semasa ayah memberi teguran masa itulah dia tengah naik angin, anda cuma perlu jawab “Ya” pada saat tersebut. Mungkin kemarahan ayah pada asalnya sangat besar, namun kemarahan itu akan reda kemudiannya. Apabila dia habis marah, emosinya turut semakin tenang dan tiba-tiba berfikir balik, “Saya macam sudah terlampau memarahi anak ini.” Mungkin dia akan dengan sendiri memotong buah di dapur untuk makan bersama anda bagi meredakan pertikaian. Pada masa inilah anda harus bersahaja dan menunjukkan adab yang baik. Jangan pula dengan serta-merta anda bercakap, “Apa ini, ayah? Nak berdamai dengan saya?” Janganlah terlalu degil pula, kita harus buat yang patut mengikut keadaan.

Jika anda tidak melawan cakap apabila ditegur oleh ibu atau bapa, anda juga menerima dengan tenang atas salah faham mereka terhadap anda, bagaimanapun hormat dan kagum ibu bapa terhadap anda? Semakin meningkat. Apabila ibu bapa semakin hormat kepada anda, maka komunikasi anda dengan mereka menjadi baik akhirnya. Secara beransur-ansur, ibu bapa akan berpendapat siapa yang paling boleh dipercayai? Ya, anak lelaki dan anak perempuannya. Jadi, “jikalau ditegur tentang sesuatu kesalahan, terimalah dengan baik dan cuba membetulkannya.” Jika ayah anda mengidap

Page 130: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

130

penyakit jantung, anda harus bertindak mengikut keadaannya. Misalnya sebaik saja ayah nampak anda dan terus marah dengan teruk sekali dan penyakit jantungnya hampir menyerang, adakah anda masih perlu berdiri di sana “Mendengar teguran dengan teliti.” Perlu atau tidak? Jadi, semasa menuntut ilmu, belajarlah dengan penuh kecerdasan, sentiasa berfikir bagi pihak ibu bapa, anda harus tahu bila waktu yang sesuai untuk menolong.

Ayat seterusnya “Jikalau ditegur tentang sesuatu kesalahan, terimalah dengan baik dan cuba membetulkannya.” Kita harus terima dengan baik semua teguran ibu bapa biarpun dipukul. Cubalah berfikir mengapa ibu bapa begitu marah dan apakah kesalahan kita? Pada masa Chunqiu di Negara Lu, ada seorang anak yang sangat taat bernama Zeng Zi, beliau pernah melakukan satu kesalahan sehingga mengakibatkan ayahnya sangat marah tanpa disedari ayahnya mengangkat sebatang kayu yang sangat kasar hendak memukulnya. Disebabkan anak itu berkata “Jikalau ditegur tentang sesuatu kesalahan, terimalah dengan baik dan cuba membetulkannya”, jadi dia pun berdiri di situ untuk dipukul ayahnya dan tidak mengelak sama sekali. Akibatnya dia dipukul sampai pengsan kerana ayahnya mengikut perasaan dan membalunnya terlalu kuat. Berita ini telah sampai kepada Konfusius yang disebutkan dan beliau pun memberitahu anak muridnya yang lain bahawa cara Zeng Zi tersebut merupakan sikap yang tidak taat, tidak sayang dan tidak hormat kepada bapanya. Mengapa? Konfusius pun menjelaskan bahawa emosi ibu bapa yang sedang naik darah memang sukar dikawal, seandainya salah pukul lalu terpukul di kepala anda. Jika anda mati, siapakah yang paling susah hati? Ibu bapa, betul! Oleh itu, menurut nasihat Konfusius, “Terimalah pukulan jika anda dipukul dengan kayu yang halus”. Kalaulah kayu yang diguna untuk memukul anda sangat besar, jangan tercegat di situ lagi, anda harus lari menyelamatkan diri. Orang zaman dahulu lebih bersopan santun dengan mengatakan “Beredarlah dari situ kalau anda dipukul dengan kayu yang sangat kasar.” Jadi, larilah secepat mungkin apabila nampak kayu yang diangkat ayah untuk memukul anda itu boleh meragut nyawa anda! Janganlah membuat ibu bapa teraniaya dan bersalah kerana memukul anda dengan teruk. Rakan-rakan sekalian, kita mesti pandai menggunapakai ilmu yang kita pelajari daripada tokoh ternama tamadun silam.

Page 131: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

131

Jadi, dari ayat “Jikalau ditegur tentang sesuatu kesalahan, terimalah dengan baik dan cuba membetulkannya.” Biasanya saya akan bertanya kepada murid, “Setiap kali anda ditegur oleh ibu atau bapa, apakah yang terbayang dalam fikiran anda?” Apakah jawaban daripada kanak-kanak itu? “Malangnya! Ayah sudah perasan, ibu sudah perasan, lain kali jangan bagi mereka perasan.” Ternyata bahawa sikap budak-budak itu tidak betul semasa menerima teguran daripada ibu bapa. Jadi kita harus memberi panduan bagi pihak ibu bapanya pada masa yang sesuai untuk membetulkan sikap mereka. Kita akan katakan bahawa, “Semasa ibu bapa menegur atau mendenda atau marah kepada anda, sebenarnya badannya sudah mengalami kecederaan dalaman. Badan kita memerlukan berapa hari untuk pulih normal seperti biasa setiap kali naik angin? Lebih kurang tiga hari. Jadi, cuba fikir, ada sesiapa yang suka marah-marah dan merosakkan saraf diri sendiri? Begitu teruk kesannya terhadap kesihatan, namun ibu bapa sanggup menjejaskan kesihatan badan sendiri agar anda tidak terjerumus dalam kejahatan. Sentiasalah mengingati teguran mereka serta tidak melakukan perkara yang tidak baik untuk diri sendiri. Anda mesti memahami akan niat murni ibu bapa. Bagi meningkatkan nilai sahsiah dan ilmu serta menghalang anda daripada terjerumus ke kancah kejahatan, mereka tidak jemu memberi teguran dan mendenda anda. Jadi, anda harus mengambil berat dan menyayangi ibu bapa.

Cara ibu bapa menyayangi kita ada kalanya merupakan bisikan yang lembut, ada ketikanya sangat garang. Namun, anda harus faham bahawa kedua-duanya adalah tanda kasih sayang mereka. Janganlah kita mempersalahkan didikan ibu bapa atau mensia-siakan teguran mereka terhadap kita dan tidak hirau kerosakan saraf yang mereka alami. Kita harus mengingati kesalahan pada kali ini dan mesti sedar apa yang diperolehi selepas kena marah? Ya, kita harus “tidak mengulangi kasalahan yang sama”. Setelah habis dimarahi oleh ibu bapa pada kali pertama, ingatkannya dan jangan mengulangi perkara yang boleh membuat ibu bapa marah dan sedih semula. Apabila anak disemai dengan sikap sedemikian rupa, dia tidak akan menempa malang lagi dan memperingatkan diri agar tidak melakukan kesalahan pada masa hadapan.

Ceramah hari ini sampai di sini saja, terima kasih!

Page 132: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

132

Sesi 8Ketelitian Untuk Menjaga Badan Fizikal,

Jiwa & Batin, Cita-cita Ibu Bapa

Rakan-rakan sekalian, selamat pagi. Sudahkah anda membaca Di Zi Gui pagi ini? Ada! Bagus! “Orang Yang Rajin Belajar Semakin Mendekatkan Diri Kepada Kebijaksanaan” Teruskanlah dengan sikap rajin begini, anda pasti mencapai kemajuan dari segi tatasusila dan ilmu.

Salah seorang ahli falsafah tersohor dari barat iaitu Socrates akan berkata sedemikian dengan murid-muridnya pada setiap kelas pertamanya, “Hari ini saya cuma akan mengajar satu perbuatan yang ringkas, iaitu angkat tangan anda dan letak di hadapan, kemudiannya dihayun ke belakang, begini cara hayunannya, hayun 300 kali. Selepas selesai menghayun tangan, beliau memberitahu muridnya supaya melakukan perbuatan tersebut satu kali pada setiap hari. Apakah pendapat muridnya? Sangat mudah sekali. Satu bulan kemudian, beliau bertanya, “Siapa masih amalkan perbuatan menghayun tangan, sila angkat tangan?” Rupa-rupanya, hanya tinggal 90% yang masih berbuat demikian. Bila ditanya dua bulan kemudiannya, hanya 30% yang masih mengamalkan perbuatan tersebut. Apabila ditanya satu tahun kemudiannya, hanya tinggal satu orang masih menghayunkan tangan setiap hari sekali. Siapakah orang tersebut? Plato orangnya, iaitu seorang tokoh falsafah barat yang telah mewarisi Socrates, yang mana kemasyhurannya hanya selepas Socrates.

Pada hakikatnya, kita sudah sedar hikmat dari cerita Socrates tentang kepentingan kecekalan kita dalam menimba ilmu. Jika kita mendalami buku Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup secara beransur-ansur pada setiap hari, kita akan memperolehi kemajuan melalui hasil usaha yang dikumpul secara sedikit demi sedikit, akhirnya membuahkan hasil yang berbukit banyaknya. Kita juga harus berpegang teguh dengan sikap tersebut, misalnya menghafal lima atau tiga ayat daripada buku falsafah itu pada setiap hari, dengan amalan sedemikian selama satu tahun, anda mungkin sudah mampu menghafal semua kandungannya. Justeru, kita mesti mengamalkan sikap belajar yang sedemikian secara terus-menerus.

Page 133: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

133

Kebiasaannya, saya akan bertukar-tukar pendapat dengan kebanyakan guru yang tamat kursus ini. Saya mengemukakan soalan, “Sepanjang pembelajaran selama lima hari ini, jika dibandingkan dengan pembelajaran anda sepanjang hayat, pernahkah anda belajar lebih tekun daripada lima hari ini?” Jawapan mereka ialah tidak pernah, majoriti menyatakan mereka belajar paling tekun pada lima hari tersebut dalam sepanjang hayat mereka. Saya memberitahu bahawa ini hanya satu permulaan dan bukan penamatnya dan sikap sedemikian harus diteruskan.

Seorang penyelia pentadbir pendidikan menjemput saya memberi ceramah di sekolahnya selepas beliau menghadiri ceramah kami selama lima hari. Beliau memberitahu bahawa nota yang dicatatnya sepanjang lima hari tersebut jauh lebih banyak berbanding dengan nota yang dibuatnya semasa menuntut di universiti selama empat tahun. Jadi, sebenarnya potensi pembelajaran seseorang memang tiada batasnya. Tetapi, apakah sebabnya keadaan pembelajarannya selama lima hari tersebut begitu baik? Hal ini disebabkan beliau mempercayai ilmu tokoh-tokoh ternama tamadun silam sangat bermanfaat kepada pelajar. Faktor inilah yang memberangsangkan visi di dalam hatinya bahawa potensi seseorang boleh dikembangkan apabila dia mempunyai cita-cita dalam hidupnya. Selain daripada kecekalan berterusan, kita juga harus mengamalkan ilmu tersebut. Semalam kita telah mempelajari: “Apabila dipanggil oleh ibu bapa, jawab dengan segera. Apabila disuruh membuat sesuatu, buat secepat yang boleh. Sekiranya diberi arahan, dengar arahan itu dengan teliti. Jikalau ditegur tentang sesuatu kesalahan, terimalah dengan baik dan cuba membetulkannya.”

Intipati falsafah tradisi tersebut terletak pada perasaan hormat kita terhadap ibu bapa, tidak kira dari segi tutur kata atau pun tingkahlaku diri kita. Selain itu, kita harus memberi layanan yang sama kepada orang di sekeliling kita. “Apabila dipanggil ibu atau bapa”, kita harus menjawab dengan segera dengan sekali panggil sahaja. Begitu juga semasa perbualan kita dengan ibu atau bapa, kita juga harus berbual dengan “penampilan muka yang baik dan suara yang lembut”. Kadang-kadang kita nampak sedang berbual dengan ibu bapa pada zahirnya, walaupun nada suara kedengaran lembut tetapi perasaan hati sangat tidak sabar pada ketika itu. Pada masa inilah kita harus sentiasa mencermin diri dan memperbetulkan perasaan

Page 134: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

134

tidak sabar yang wujud pada ketika itu. Justeru, asas permulaan tatasusila dan ilmu terletak pada kesanggupan diri kita mencermin diri sendiri. Apabila fikiran kita terserong, perbetulkannya dengan serta-merta, barulah tidak berlaku perbezaan yang ketara dari segi tutur kata dan tingkahlaku anda.

Pernah sekali saya pergi melawat seorang kawan dan kebetulan pada masa itu beliau terpaksa membuat pilihan untuk hidupnya, iaitu bertukar tempat pengajian dari pusat pengajian tinggi swasta ke universiti awam. Beliau juga baru saja melaporkan pilihannya kepada ayahnya dan berharap ayahnya menyokong keputusan beliau. Semasa saya sampai di tempatnya, kebetulan mereka anak beranak sedang berbual tentang hal itu. Jadi, sebaik saja melangkah masuk ke pintu, beliau berkata, “Sila duduk dulu, saya perlu habiskan perbincangan dengan ayah saya.” Semasa duduk di sebelah, saya melihat anak muda ini melaporkan kepada ayahnya tentang keadaan kerjanya dengan penuh rasa hormat dan tidak berhenti-henti. Sikap kawan tersebut telah terpahat dalam ingatan saya. Saya percaya, kawan ini berjaya dipupuk menjadi seorang yang budiman melalui suasana bimbingan keluarga yang sedemikian. Cuba kita fikirkan, adakah anak muda zaman sekarang akan bertanyakan pendapat daripada ibu bapa semasa membuat keputusan hidupnya? Adakah mereka akan menjelaskan kepada ibu bapa tentang keadaan hidupnya bagi mengurangkan kerungsingan ibu bapa. Jika ibu bapa langsung tidak jelas tentang keadaan anak, pasti kedua-dua mereka sentiasa rasa bimbangkan anaknya. Oleh yang demikian, keikhlasan dan hormat seseorang terhadap ibu bapa pasti dapat menyentuh perasaan orang-orang di sekelilingnya.

Di samping melayan ibu bapa dengan penuh hormat, bagaimana pula “Apabila isteri memanggil”? Ya, harus dijawab dengan segera juga. Sebenarnya pasangan suami isteri boleh menjadi contoh yang baik kepada anak-anak apabila mereka saling menghormati semasa perbualan. Namun adakah pasangan zaman sekarang mengambil berat tentang ini? Sebenarnya, kita harus lebih menghormati orang yang rapat dengan kita, jangan sesekali bersikap tidak mengambil endah tentang tatasusila yang perlu ada, biarpun bersama ahli keluarga yang terdekat dengan kita, sentiasalah tunjukkan tanda hormat kita kepada mereka. Seorang budak kebetulan terdengar

Page 135: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

135

ibunya sedang berbual-bual melalui telefon, selepas ibunya meletakkan gagang telefon, budak itu pun bertanyakan ibunya, “Tadi ibu berbual dengan ayahkah?” Lihat, dari nada suara percakapan ibu, si anak itu sudah dapat mengecam ibunya berbual dengan ayah. Mengapa? Bagaimana nada suara itu? Baik atau tidak? Ibu sangat terperanjat apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh anaknya. Cuba kita lihat sampai anak kita dapat membezakan sikap kita melayan suami.

Apabila skrin telefon menunjukkan itu panggilan daripada suami, jika inilah caranya anda menjawab panggilan, “Ya, ada apa?” Cuba anda dengar, dengan nada beginilah si anak dapat mengecam itulah panggilan daripada bapanya. Oleh yang demikian, ibu harus perbetulkan caranya dengan segera dan kebetulan suaminya menelefon lagi pada hari itu, si isteri pun menjawab panggilan suami dengan penuh hormat, “Hello, apa khabar?” Jawab suaminya pula, “Maaf, saya sudah salah nombor.” Lantas meletakkan telefonnya. Kemudian suami itu menelefon lagi dan bertanya, “Andakah itu?” Jadi, jangan sesekali memandang ringan akan cara pertuturan kita, apabila kita memperbetulkan sikap diri kita, secara semula jadi suasana keluarga kita akan berubah menjadi harmoni.

Semasa perayaan Tahun Baru tahun ini, beberapa orang guru telah membawa pulang VCD ceramah “Di Zi Gui” sebanyak 40 siri yang diadakan di Hong Kong untuk ditonton oleh rakan-rakan di kampung halaman mereka. Salah seorang guru telah balik ke kampungnya di Ningbo dan melawat kawannya di sana. Kawan guru itu telah menonton VCD tersebut sambil menunggu suaminya yang masih sibuk dengan kerja di pejabat. Suami kawan tersebut telah terlupa menelefon balik pada malam ambang Tahun Baru dan oleh kerana takut dimarahi isterinya, suami itu terus bekerja di pejabat sampai hari yang ke-2 tahun baru dan apabila teringat hendak menelefon isteri, dia bimbang dimarahi isterinya. Akhirnya dia hanya menelefon balik pada hari ke-5 tahun baru. Ketika itu isteri tersebut sedang menonton VCD “Ceramah Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup”, suaminya pula agak gementar dan rasa kali ini pasti dia dimarahi isterinya sambil berkata, “Minta maaf sebab hari ini baru saya telefon anda.” Jawab isteri dengan segera, “Abang sudah bersusah payah bekerja sampai tidak berkesempatan

Page 136: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

136

balik beraya, saya sangat berterima kasih atas kesungguhan abang bekerja di luar.” Suami itu terasa amat pelik sekali dengan kata-kata isterinya. Tidak lama kemudian selepas meletak gagang telefon, dia menelefon lagi isterinya dan berkata, “Baik sayang marah saya, baru saya rasa lega kerana mengabaikan sayang!” Justeru, jalinan perhubungan suami isteri amat mempengaruhi suasana keluarga secara langsung. Jalinan perhubungan yang baik antara suami isteri semesti bermula dari cara perbualan mereka.

“Sekiranya diberi arahan, dengar arahan itu dengan teliti.” Janganlah lupa janji kita untuk melaksanakan pesanan-pesanan ibu atau bapa; begitu juga kita mesti berpegang pada janji-janji kepada isteri dan anak-anak. Apabila kita berpegang kepada janji atas kata-kata kita, anak-anak pasti sangat hormat kepada kita. Sebenarnya, semasa saya mengajar dahulu, guru-guru mesti mengingati kata-kata yang diucap secara tidak sengaja, kerana kami mesti berpegang kepada janji dengan anak-anak murid. Apabila anda menunaikan semua yang pernah dijanjikan, anak murid pasti sangat hormat kepada anda. Saya masih ingat saya pernah ditugaskan sebagai guru tingkatan dan guru darjah pada tahun pertama saya mengajar. Pada suatu hari sukan sekolah berlangsung, semua murid telah beratur di padang dan semua guru juga berdiri di sana untuk menemani murid-murid. Kebetulan saya perlu balik ke pejabat kerana terpaksa mengambil sesuatu, tiba-tiba saya terserempak dengan seorang bapa pelajar yang membawa minuman ke pejabat kami yang terletak di tingkat 4.

Mengapakah bapa pelajar ini menunggu masa murid-murid sedang beratur baru membawa minuman itu ke pejabat, mengapa ya? Saya lihat dia rasa segan. Ini jelas dilihat dari raut wajahnya. Bapa pelajar ini jarang datang ke sekolah dan jarang berkomunikasi dengan guru-guru. Mengapakah ibu bapa pelajar jarang berkomunikasi dengan guru? Kita yang bertugas sebagai guru harus meneliti balik diri sendiri. Apabila kita semakin mengambil berat tentang anak murid, mungkin mereka akan terangsang dan lebih berinisiatif berkomunikasi dengan kita secara positif. Justeru, kita harus memuji anak-anak mereka dalam buku perhubungan dan penilaian dengan lebih kerap, dengan cara inilah dapat menjalin perhubungan dengan berkesan. Bapa pelajar tadi tidak biasa berbual dengan guru-guru, jadi beliau pun mengambil kesempatan waktu lapang tersebut untuk membawa minuman

Page 137: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

137

kepada guru sebagai tanda ikhlasnya. Beliau berhajat untuk terus pulang selepas meletakkan minuman yang dibawanya. Pertembungan kami secara kebetulan ini membuatnya agak terkejut dan terasa agak segan juga. Jadi, saya pun memulakan perbualan dengannya.

Kita harus berpegang kepada satu prinsip apabila berbual dengan sesiapa sahaja, iaitu memberi kata-kata pujian semasa berbual. Anda boleh memberi pujian tentang anak mereka ataupun tentang kelebihannya. Kita semua memang suka mendengar kata-kata pujian. Ibu bapa pelajar memang gembira sekali apabila terdengar pujian tentang anaknya, di samping itu terasa dirinya dihormati. Jika kita terus melaporkan masalah murid satu demi satu sebaik saja bertemu dengan ibu bapa mereka, tindakan sedemikian pasti tidak menyenangkan perasaan hati mereka. Jadi, janganlah kita abaikan perasaan hati mereka dan berbuallah dengan berlandaskan perasaan hatinya. Saya mula berkongsi dengannya dari segi kelakuan baik anaknya sepanjang tempoh saya mengajarnya supaya ayah itu lebih memahami keadaan anaknya.

Sepanjang masa perbualan bapa pelajar tersebut berkata, “Cikgu, jika dibanding dengan guru yang lepas, anak saya lebih menghormati cikgu.” Anaknya sekarang dalam darjah 6 dan saya merupakan guru kelasnya, semasa dia darjah 5 anaknya di bawah jagaan guru kelas yang lain. Menurut bapa pelajar ini, “Guru sebelum ini memberitahu mereka perlu makan tengah hari bersama-sama, tetapi guru itu pula makan dahulu di belakang pelajar sebelum anak muridnya mula makan tengah hari mereka; Cikgu Tsai, anda selalunya mulakan makan tengah hari bersama-sama anak murid”. Pada hakikatnya saya tidak makan bersama. Biasanya setelah semua anak murid telah mengambil tempat duduk mereka, saya akan mengajar mereka sepatah dua kata slanga tempatan yang kaya dengan falsafah hidup yang amat bermakna.

Selepas habis mengajar slanga setempat, murid-murid itu pun mulakan makan tengah hari mereka dan saya pun bangun untuk meronda-ronda di sekeliling mereka. Inilah masanya saya mengamalkan “Di Zi Gui” untuk meningkatkan peraturan hidup mereka dengan mengingatkan mereka “Janganlah terlalu memilih dalam soal makan dan minum.” Jika ternampak

Page 138: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

138

anak murid yang hanya mengambil lauk tertentu sedikit sahaja, saya akan bercakap dengannya, “Perlukah cikgu membantu anda?” Anak murid ini pasti terasa takut dan dengan segera makan lauk tersebut dengan lebih banyak, dengan cara ini barulah mereka dapat pemakanan yang seimbang. Jadi, kadangkala sudah ada dua atau tiga orang murid sudah habis makan apabila saya balik ke tempat duduk untuk meneruskan makan tengah hari. Kebiasaannya, anak murid akan lihat dan ingat kata-kata yang diucapkan secara bersahaja. Maka, untuk mendapat rasa hormat daripada anak murid ataupun kanak-kanak, apa yang kita ucapkan haruslah selaras dengan perbuatan kita.

“Sekiranya diberi arahan, dengar arahan itu dengan teliti; Jikalau ditegur tentang sesuatu kesalahan, terimalah dengan baik dan cuba membetulkannya.” Daripada ayat ini, kita harus faham adakah kita mesti patuh kepada semua teguran dan permintaan bapa? Ini disebabkan ramai orang telah salah faham terhadap budaya Timur sepanjang berpuluh tahun ini. Pada pendapat mereka, “Ajaran silam masyarakat Timur menekankan ketaatan dan kepatuhan kepada segala arahan dan teguran”. Sebenarnya, jika ini caranya ia boleh dikatakan sebagai ketaatan lurus bendul. Sebenarnya, mereka berpendapat sedemikian mungkin disebabkan mereka tidak pernah habis membaca dengan sepenuhnya biarpun hanya senaskah buku falsafah tradisi tamadun masyarakat Timur. Ajaran yang sedemikian tidak diturunkan oleh tokoh-tokoh tradisi tamadun silam. “Kepatuhan” itu bergantung kepada dua situasi, iaitu apabila teguran daripada ibu atau bapa itu betul, maka inilah masa kita harus patuh kepada teguran, kemudian mengingati teguran tersebut dan menggunapakai dengan sebaik-baiknya. Sebaliknya, jika teguran dan permintaan daripada ibu atau bapa dilihat tidak munasabah, kita harus bertindak mengikut keadaan dan jangan sesekali terus bertentangan dengan mereka kerana tindakan sedemikian akan menyemarakkan lagi perselisihan antara anak-anak dengan ibu bapa. Apa yang kita perlu lakukan ialah cuba mengalah dahulu dan kemudian mencari peluang yang baik untuk berkomunikasi dengan mereka. Seperti yang diajar dalam buku falsafah bahawa “Jikalau ibu atau bapa melakukan kesalahan, nasihat mereka dengan penampilan muka yang baik dan suara yang lembut barulah mereka boleh membuat perubahan. Dalam ketaatan kepada ibu bapa yang dititikberatkan oleh budaya Timur silam, ketaatan itu

Page 139: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

139

bukan bermaksud kita mesti patuh kepada semua permintaan ibu atau bapa, sebaliknya kita harus taat dengan cara yang pandai dan tahu membedakan mana yang betul atau salah. Jikalau ibu atau bapa telah melakukan kesalahan dan kita sebagai anak pula tidak memberi nasihat kepada mereka, ini bermakna kita telah menganiayai ibu atau bapa kita dan inilah sikap yang tidak patut berlaku pada anak.

Kita bukan sekadar harus mendengar arahan daripada ibu bapa, arahan daripada guru juga harus didengar dengan teliti. Nilai tatasusila dan ilmu pengetahuan seseorang yang baik, bukan saja bergantung kepada seorang guru yang baik, sikap pembelajaran dirinya juga merupakan satu lagi faktor yang sangat penting. Kita harus bersikap hormat kepada guru secara ikhlas dan tidak boleh bersifat patuh semasa guru ada dan lain pula sifatnya apabila guru sudah beredar. Justeru, sejauh manakah pencapaian ilmu pengetahuan seseorang itu dapat dinilai daripada perasaan hormat kepada guru. Hanya dengan adanya hormat ikhlas yang bersungguh-sungguh akan membuahkan manfaat yang sepenuhnya. Hal ini disebabkan kita mungkin masih belum dapat memahami segala arahan daripada guru. Sebagai contoh, ilmu pengetahuan itu bagai sebuah bangunan 20 tingkat, guru kita sudah berada di tingkat belasan manakala kita hanya baru sampai di tingkat ke-2 atau ke-3. Maka, bolehkah kita melihat pemandangan yang dilihat daripada tingkat belasan? Tidak boleh. Pengajaran guru di sini ialah matlamat jangka panjang. Anda mungkin berkata, “Cikgu, saya tidak dapat melihatnya, saya tidak dapat merasainya, mengapa kita harus berbuat demikian?” Jika kita tidak mematuhinya dengan hati yang sejujur-jujurnya pada masa itu, nescaya kita tidak akan memperoleh manfaat yang sepatutnya.

Mengapakah orang zaman sekarang sukar mengecapi pencapaian dari segi ilmunya? Ya, kebanyakannya telah melakukan satu kesilapan yang agak serius, iaitu kita sering menilai orang yang berakhlak tinggi dengan cara yang tidak budiman. Cara mereka memahami kebenaran hanya mengikut pemikiran diri, seandainya diturunkan dari tingkat 20 sampai ke tingkat yang ke berapa? Ya, diturunkan sampai ke tingkat 2,3, kadang-kala terasa pula kata-kata tertentu daripada para ilmuan tidak betul. Oleh itu, kita jangan sesekali memberi komen sejak permulaan anda belajar daripada guru, sebaliknya buatlah dengan cara yang sejujurnya, kita akan merasai setiap

Page 140: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

140

satunya dengan kejujuran anda. Apabila tahap anda semakin meningkat, maka lambat-laun anda dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru memang benar. Jadi, “Sekiranya diberi arahan oleh guru, kita juga harus dengar dengan teliti.”

Selain itu, kita juga harus dengar dengan teliti arahan yang diberi oleh pegawai kanan. Sama ada seseorang mampu memperolehi pencapaian yang cemerlang dari segi ilmu dan kerjaya, sifatnya yang tahu menghormati dan merendah diri merupakan faktor penyumbang kejayaan. Jadi, biarpun sudah kecundang, kita mesti bersabar dan bersikap fleksibel, kerana cita-cita kita pasti tercapai pada suatu hari nanti. Maka, anak-anak kita harus dididik supaya lebih tahu menghormat orang lain, rendah hati dan pandai menimba ilmu di mana jua berada. Janganlah kita asyik merungut apabila berada di tempat yang baru, sebaliknya kita harus banyak melihat, banyak mendengar dan banyak belajar. Apa jua yang disuruh pegawai kanan harus dibuat dengan jujur dan mengikut cara yang diajar. Biarpun anda mempunyai cadangan yang bernas, anda boleh sampaikan kepada pegawai kanan pada masa yang sesuai selepas anda sudah mempunyai pengetahuan dan pemahaman mendalam tentang syarikat, dan inilah cara yang sebaik-baiknya.

Sekarang mari kita baca bersama-sama falsafah tradisi yang seterusnya: “Pastikan ibu bapa selesa dalam sebarang keadaan cuaca.”“Lazimkan diri menegur ibu atau bapa pada waktu pagi sebagai tanda kita mengingati mereka.”“Pada waktu malam pastikan mereka dapat beristirahat dengan baik”“Sebelum keluar rumah, beritahu ibu atau bapa ke mana arah tujuan kita supaya mereka tidak berasa risau kelak.”“Lazimkan menegur ibu atau bapa apabila kita pulang ke rumah, supaya mereka tahu anaknya sudah selamat kembali.”“Apabila tinggal berasingan, dapatkan tempat tinggal yang tetap dan pekerjaan yang sesuai.”

“Pastikan ibu bapa selesa dalam sebarang keadaan cuaca.” Terdapat satu cerita yang berkaitan tentang falsafah tradisi ini. Iaitu pada Zaman Dong Han di negeri China, ada seorang budak bernama Huang Xiang yang

Page 141: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

141

berumur 9 tahun. Huang Xiang tinggal bersama ayahnya kerana ibunya telah meninggal dunia semasa dia masih kecil lagi. Oleh kerana takut ayahnya yang lemah tidak tahan kesejukan pada musim sejuk, Huang Xiang hanya akan memanggil ayahnya masuk tidur selepas dia panaskan selimut ayahnya dengan badannya. Pada musim panas pula, Huang Xiang akan menyejukkan katil ayahnya dengan kipas dan kemudiannya baru menjemput ayahnya masuk tidur. Dari cerita ini, kita dapat lihat bahawa Huang Xiang sentiasa memerhatikan keperluan ibu bapanya, kita percaya Huang Xiang bukan hanya sekadar menunaikan tanggungjawabnya untuk mempastikan bapanya selesa dalam sebarang keadaan cuaca. Dengan keprihatinannya terhadap bapa pada setiap masa, sudah pasti dia akan berusaha dengan sepenuhnya bagi menjaga kehidupan harian bapanya.

Budak berumur 9 tahun juga mampu menunaikan tanggungjawab anak terhadap bapa semasa di rumah dan sifat baiknya telah mengharukan pegawai setempatnya. Semasa Huang Xiang sudah mencapai usia memegang jawatan sebagai pegawai kerajaan, beliau telah dicalonkan sebagai “Tokoh Budiman” oleh pegawai setempatnya, akhirnya Huang Xiang berjaya menjadi pegawai kerajaan dan jawatan tertingginya ialah “Menteri Besar Negara”. Oleh itu, bagi orang yang soleh atau solehah, mereka juga taat kepada negara dan rakyat jelata. Memang benar sebagaimana yang disampaikan dalam pepatah Cina yang mengatakan bahawa “Keluarga yang melahirkan anak yang soleh akan melahirkan pegawai yang setia”, ini disebabkan hati yang menyayangi dan menghormati ibu bapa dapat disebar luas sehingga dia juga menyayangi semua orang yang bergelar ibu bapa atau anak. Maharaja pada zaman tersebut amat kagum dengan sifat Huang Xiang dengan mengatakan bahawa “Huang Xiang dari Jiang Xia memang tidak ada tolok bandingnya”, Huang Xiang telah menjadi teladan umum sejak turun-temurun beribu tahun lamanya. Adakah tindakan daripada Maharaja dapat memberi pengaruh kepada rakyat jelatanya? Ya, ia telah menjadi satu dorongan kepada rakyat seluruh negara meneladan sifat mulia Huang Xiang. Dari sini kita dapat melihat bahawa setiap tingkahlaku dan tutur kata pemimpin negara mampu menjadi dorongan sehingga ia menjadi ikutan ramai. Begitu juga kita yang berperanan sebagai ibu atau bapa mahupun sebagai guru, apa yang kita titikberat dan benda yang kita minati juga boleh mempengaruhi anak dan murid kita. Jadi, anak akan menitikberat kesusilaan kerana ibu atau bapa

Page 142: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

142

mereka memandang berat akan kesusilaan; apabila guru menitikberatkan kesusilaan, begitu juga anak muridnya akan meneladani gurunya.

Melalui hikmah di sebalik cerita Huang Xiang, kita bukan sahaja mempelajari tentang tanggungjawab kita sebagai anak untuk mempastikan ibu atau bapa kita selesa dalam sebarang keadaan cuaca, namun perkara terpenting ialah kita harus menyelami tentang niat murninya yang merupakan sifat asasnya, manakala mempastikan keselesaan ibu bapa dalam sebarang cuaca pula merupakan tingkahlaku dan tatacaranya. Sifat asas tidak mungkin berubah akibat peredaran zaman, manakala tatacara pula boleh berubah kerana cara hidup sesama manusia akan berubah akibat peredaran zaman. Contohnya, apakah adat yang perlu dipatuhi apabila bertemu dengan raja? Melutut tiga kali diikuti dengan tundukan sebanyak sembilan kali. Apakah sifat asasnya? Iaitu hormat. Disebabkan sumbangan pemimpin kita terpaksa memerah fikiran kerana urus tadbir negara dan sentiasa memikirkan tentang kebaikan untuk rakyat, jadi kita memberi hormat kepada mereka. Adat zaman dahulu memberi hormat secara sembah sujud, tetapi pada zaman moden sekarang, jika kita bertemu dengan perdana menteri negara di lapangan terbang, bolehkah kita terus berlutut dan memberi sembah sujud kepadanya? Mungkin pemimpin negara ini akan bertanya, “Siapa yang ajar semua ini? Mengapa begini jadinya?” Cara tersebut memang tidak sesuai untuk zaman sekarang, namun bolehkah sifat asasnya berubah? Tidak boleh, itu sebabnya ramai orang mengatakan semua mesti berubah kerana zaman sudah berlainan! Namun, apa yang berubah hanyalah tatacara dan bukan sifat asasnya.

Jika kita mengandaikan budaya China seumpama sepohon pokok yang berusia 5000 tahun, semua sifat asas dan prinsipnya bagaikan batang pokok yang telah berdiri teguh tanpa goyah selama 4000-5000 tahun. Namun, pokok ini akan bercambah dengan tunas dan daun baru pada setiap tahun, dan tunas-tunas serta dedaun tersebut akan bercambah mengikut sinar matahari, udara dan sumber air pada tahun berkenaan, dedaun tersebut pasti sesuai dengan cuaca keadaan masa itu. Jadi, semasa kita mempelajari mana-mana satu falsafah tradisi, kita harus belajar dengan berlandaskan sifat asasnya, dan dari situ kita akan menjadi bijak menguasai kunci utama pembelajaran berkenaan.

Page 143: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

143

Melalui tanggungjawab untuk mempastikan ibu atau bapa selesa dalam sebarang keadaan cuaca menyedarkan kita bahawa Huang Xiang sentiasa peka dengan kehendak ibu bapanya. Dari segi apa pula ibu bapa paling memerlukan keprihatinan kita? Badan mereka. Kita boleh simpulkan bahawa kita perlu “menjaga badan ibu bapa, menjaga hati ibu bapa dan menjaga hajat ibu bapa.” Dari segi menjaga badan ibu bapa, kita harus ambil berat dari segi kehidupan harian, makan minum dan pakaian mereka. Jika kita tinggal sebumbung atau tinggal berdekatan dengan ibu bapa, dari segi menjaga pemakanan ibu bapa, kita boleh bawa buah-buahan ataupun sayur-sayuran apabila balik rumah. Saya masih ingat semasa saya kecil, saya sering mengikuti emak pulang ke rumah datuk dan nenek selang dua atau tiga minggu sekali. Dari sinilah saya belajar sayang dan hormat dengan meneladani ibu, di samping itu saya berpeluang menikmati pelbagai makanan dan minuman yang dihidang oleh datuk nenek yang gembira kerana kepulangan kami. Dalam proses makan dan minum tersebut, saya juga dapat merasai kasih sayang datuk dan nenek terhadap kami. Sebenarnya, semakin banyak peluang anak kita berjumpa dengan datuk nenek atau opah mereka, maka dapatlah mereka merasai perhubungan kekeluargaan itu. Lebih kerap mereka pulang ke rumah nenek dan melalui makanan yang dihidangkan, lebih mudah kami dapat perhatikan akan bekalan beras dan minyak di dapur nenek hampir kehabisan, kami pun mengambil inisiatif membeli bekalan tersebut bagi pihak ibu bapa dan dengan perbuatan ini pasti dapat menggembirakan hati ibu bapa.

Selain itu, kesihatan yang merosot merupakan perkara yang membimbangkan apabila usia semakin meningkat, jadi kita harus selalu berbual dengan ibu bapa tentang ilmu kesihatan, kerana dengan pengetahuan kesihatan yang ada maka bolehlah kita membuat pilihan dan keputusan untuk sihat. Biasanya semasa orang tua-tua berjumpa, mereka akan mengatakan biar makan makanan yang kurang baik tidak akan membawa kepada penyakit tekanan darah tinggi atau pun penyakit kanser; Ini disebabkan semakin usia meningkat, makanan yang dimakan semakin ringkas dan secara tidak langsung ia mengurangkan beban kepada badan. Namun, kita harus berbual dengan ibu bapa dan memberitahu mereka secara beransur-ansur tentang kebaikan makan secara ringkas. Disebabkan pengalaman hidup dalam kemiskinan menyebabkan mereka mempunyai

Page 144: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

144

persepsi bahawa kekurangan pengambilan ikan dan daging seolah-olah menjadi kekurangan khasiat. Namun, pemakanan beras perang dan beras embrio sangat digalakkan pada zaman sekarang, ini disebabkan kandungan khasiat penuhnya berbanding dengan beras putih hanya mengandungi zat karbohidrat. Jika kita memberikan ibu bapa kita beras perang dan ubi yang lebih berkhasiat, mereka mungkin beranggapan, “Mengapakah saya diberi makanan sebegini sedangkan kehidupan sekarang sudah jauh lebih baik, saya hendak makan beras putih.” Jadi, kita sebagai anak mesti berbual dan memberi nasihat secara lembut memandangkan mereka masih tidak dapat terima persepsi tersebut. Bagi tujuan membantu ibu bapa dan ahli keluarga mendirikan persepsi yang betul dan dari segi untuk menjaga kesihatannya tidak mungkin tercapai dengan sekelip mata. Janganlah terlalu tergesa-gesa untuk memaksa mereka agar menerima persepsi tersebut: “Jangan banyak cakap, saya beri, makan saja.” Dalam senario sedemikian, adakah mereka akan rasa sedap hati? Tidak. Apabila terasa tidak sedap hati, makanan yang dimakan menjadi sukar dihadam biarpun betapa berkhasiat makanan itu.

Setelah menghadiri ceramah kami, ada seorang rakan wanita telah sedar akan kebaikan untuk kesihatan melalui amalan kurang pemakanan daging dengan lebih sayur-sayuran. Jadi, sebaik saja pulang ke rumah, beliau pun memberitahu suaminya dengan gembira, “Demi kesihatan anda, mulai hari ini saya tidak akan masak makanan berdaging untuk anda dan ini niat baik saya.” Adakah rakan ini bersemangat sekali pada hari itu? Ya, sangat bersemangat! Tetapi tindakannya terlalu tergesa-gesa dan pasti mendatangkan impak buruknya. Seminggu dua kemudian, beliau pun datang menemui kami di pusat pendidikan dengan air muka yang masam sambil berkata, “Suami saya memang degil, demi kesihatannya, saya tidak lagi masak makanan berdaging untuknya, namun niat baik saya tidak diterimanya malah asyik merungut tentang masakan saya.”

Kemudiannya, saya pun menuangkan segelas air untuknya dan semasa dia minum air, saya memberitahunya, “Anda harus bertanggungjawab kalau suami anda mempunyai perempuan simpanan di luar.” Wanita ini rasa terkejut, kata saya lagi, “Anda juga harus bertanggungjawab seandainya suami anda menghidapi penyakit tekanan darah tinggi; peluang bertemu antara anak dengan bapanya yang semakin berkurangan dan

Page 145: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

145

seterusnya mempengaruhi hubungan mereka anak-beranak, anda juga harus bertanggungjawab ke atas perkara tersebut. Beliau semakin bingung setelah mendengar huraian saya dan tidak faham mengapa begini jadinya? Saya bertanya lagi, “Hari ini anda tidak masak makanan berdaging untuk suami, adakah dia ada makan?” Jawabnya, “Ada, dia makan di luar” Saya pun berkata, ya, makan di luar, mungkin makan di restoran dan ramai pula perempuan lain mengunjungi restoran pada masa itu juga, secara kebetulan jodohnya yang tidak baik dipertemukan di sana, mungkinkah berlaku sesuatu yang tidak diingini? Jadi anda harus bertanggungjawab apabila suami anda mempunyai perempuan simpan di luar. Di samping itu, makanan di luar biasanya berminyak dan masin, jika sudah biasa makan di luar selama tiga tahun, ia mungkin mengakibatkan tekanan darah tinggi. Ini juga adalah tanggungjawab anda. Selain itu, perhubungan antara anak dengan bapa mereka menjadi bertambah buruk kerana kurang perbualan dan kurang keprihatinan yang baik sesama anak beranak, jadi anda harus bertanggungjawab ke atas keretakan hubungan tersebut.

Raut wajah wanita ini kelihatan kesal sekali, saya bertanya lagi, “Apakah matlamat anda semasa membuat keputusan tersebut? Dengan niat agar suami dan ahli keluarga lebih sihat. Tetapi, adakah matlamat tersebut sudah tercapai? Kebanyakan orang selalunya mempunyai matlamat yang betul, tetapi mereka akan terlupa tentangnya sebelum tercapai matlamat tersebut, biasanya selalu bertindak mengikut perasaan diri di tengah jalan.” Saya berkata lagi, “Anda tidak boleh memaksa orang lain menerima satu persepsi dalam sekelip mata, sebaliknya anda harus lakukannya tanpa dapat dikesan. Misalnya minggu ini anda masak tiga jenis makanan berdaging, minggu depan pula dikurangkan kepada dua jenis dan seterusnya tinggal sejenis pada bulan seterusnya, biarkanlah ia dikurangkan secara beransur-ansur tanpa dikesan oleh suami anda. Sungguhpun demikian, apabila anda telah menghentikan semua makanan berdaging, masakan anda yang hanya berasaskan sayur-sayuran mestilah sedap dimakan, dengan itu anda harus belajar daripada orang lain cara masakan vegetarian yang jauh lebih sedap daripada masakan berdaging. Apabila suami anda makan dan bertanya, “Lauk apakah ini? Sangat sedap!” Setelah diberitahu anda inilah masakan vegetarian, maka dengan cara ini lebih senang untuknya menerima makanan vegetarian.

Page 146: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

146

Selain itu, anda harus berbual dengan suami sedikit demi sedikit tentang persepsi yang betul ini. Contohnya, kaum wanita boleh mempergunakan sifat lemah-lembutnya sambil berkata dengan suami, “Kebahagiaan saya terletak pada kesihatan anda, jadi kesihatan anda penting sekali, tetapi bagaimana caranya makan secara sihat?” Di samping itu, anda boleh selitkan pandangan yang diketengahkan oleh mana-mana pakar sebagai contoh pandangan yang baik, maka lebih senang untuknya menerima persepsi tersebut setelah anda menyelit sepatah dua persepsi sebagai contoh. Kemudiannya saya memberi cadangan kepadanya, “Sekali-kala bawa bersama suami anda menghadiri ceramah dan kemudian makan tengah hari bersama guru-guru di pusat ini. Dengan cara ini, suami anda tidak akan terasa kekok dan hairan kerana makan makanan vegetarian bersama-sama anda. Sambil makan, guru kami yang duduk disebelah akan bercakap dengannya, “Sedapkan masakan vegetarian ini?” Suaminya akan menjawab, “Ya, sedap, sedap.” Lama-kelamaan wujudlah suasana berpasukan. Beberapa bulan kemudian, suaminya menjadi vegetarian dengan sendirinya.

Justeru, janganlah bertindak tergesa-gesa untuk menunjukkan keprihatinan kita terhadap ibu bapa dan ahli keluarga. Terlebih dahulu, anda perlu ada pengetahuan yang mencukupi sebelum anda prihatin tentang kesihatan orang lain, seperti kata pepatah “Pengetahuan itu adalah kuasa”. Memang ramai orang berpengetahuan luas dalam bidang yang tertentu, namun pengetahuan itu hanya boleh dipertingkatkan apabila perlu digunapakai dalam kehidupan harian. Contohnya, apabila kesihatan emak kita mula bermasalah, pada masa itu kita akan mengkaji tentang masalah tersebut dengan segera. Janganlah kita tunggu sampai kesihatan ahli keluarga sudah bermasalah baru kita belajar tentangnya, cara ini sangat susah. Kita harus belajar dengan sebaik-sebaiknya sekarang juga dan menyampaikan pandangan tersebut kepada ahli keluarga. Dengan cara inilah dikatakan sebagai “Menjaga kesihatan badan ibu bapa”

Seterusnya ialah tentang “Menjaga hati ibu bapa”, supaya hati ibu bapa sentiasa gembira dan selesa. Prasyarat di sini ialah kita mesti mempastikan bahawa semua tingkahlaku kita tidak membimbangkan dan merisaukan ibu bapa. Adakah mereka akan gembira dengan makanan yang enak-enak yang anda sediakan sedangkan tatasusila dan adab sopan anda tidak

Page 147: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

147

baik. Ya, mereka tidak akan rasa gembira, mungkin mereka makan dalam keadaan bimbang. Disebabkan ibu bapa orang China lebih konservatif, jarang meluahkan perasaan mereka dengan tutur kata, kita harus pandai menyelami perasaan dan keperluan ibu bapa kita.

Dalam buku “Lun Yu” ada menyatakan bahawa orang yang budiman dan berakhlak tinggi harus membuat “9 Pertimbangan”, iaitu mereka harus membuat pertimbangan dengan sebaik-baiknya tentang 9 perkara. Yang pertama ialah “Apa yang dilihat harus dilihat dengan pasti dan jangan ada sebarang yang terasa kabur dan tidak jelas”, kedua ialah “Apa yang didengar mesti didengar dengan jelas.” Kita mesti pandai mendengar keperluan ibu bapa melalui pertuturan mereka. Misalnya kita sudah lama tidak menelefon ibu bapa dan bila sampai mereka yang menelefon kita, ini memang merupakan perkara yang tidak sopan bagi kita. Melalui perbualan dalam telefon tersebut, mereka hanya bertanya khabar tentang pekerjaan anda, namun begitu kita harus dapat faham maksud mereka yang sebenarnya ialah kerinduannya terhadap anak dan cucu-cucunya. Apabila kita jelas dengan apa yang kita dengar, maka kita harus menziarahi mereka tanpa disuruh. Pada realitinya, apabila seseorang mencecah umur melebihi 60 tahun, semakin nyata dari segi penuaan mereka. Jika sudah satu atau dua bulan kita tidak berjumpa dengan ibu bapa, apakah perasaan anda sebaik berjumpa dengan mereka? Mengapa mereka kelihatan semakin tua! Justeru, kita harus menghargai peluang bersama ibu bapa, pandai-pandailah prihatin tentang jiwa mereka dan sentiasa bertanya khabar dengan mereka. Inilah yang dimaksudkan “Menjaga hati ibu bapa.”

Satu lagi ialah “Menjaga hajat ibu bapa”. Dalam buku “Xiao Jing” menyatakan bahawa “Kita mesti menjaga badan sendiri supaya tidak mudah tercedera yang mengakibatkan ibu bapa kebimbangan.” Jadi, tanggungjawab utama kita sebagai anak yang soleh dan solehah ialah menjaga badan sendiri dengan baik. Jika kita dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat melalui kesusilaan diri kita, siapakah yang paling gembira dan berpuashati? Ya, ibu bapa dan guru-guru kita. Inilah yang dikatakan sebagai menjaga hayat ibu bapa sebab setiap orang mempunyai satu hati yang baik dan berharap dapat berkhidmat untuk masyarakat. Sebenarnya, ramai ibu bapa telah mendidik anak mereka dengan sepenuh hati dan apabila mereka

Page 148: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

148

teringin memberi sumbangan kepada masyarakat terasa tidak terdaya pula; justeru mereka sangat senang hati bila nampak anak-anak mereka memberi sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat.

Di Haikou, Pulau Hainan, seorang guru kami telah mempelajari “Di Zi Gui” melebihi tiga bulan dan beliau mempraktikkan amalan membaca “Di Zi Gui” dua kali setiap hari, iaitu setiap pagi dan petang. Tiga bulan kemudian, beliau sendiri datang mencari saya dan berkata, “Cikgu Tsai, bagi perkara yang sebaik ini tidak boleh hanya memberi manfaat kepada anak saya sahaja. Kita patut membolehkan lebih ramai kanak-kanak mempelajari falsafah tokoh-tokoh tamadun China”. Oleh yang demikian, beliau mengambil keputusan untuk menyebarluaskan “Di Zi Gui” di kampungnya. Beliau memang bercita-cita mulia, pepatah mengatakan “Tuhan akan memberkati orang yang mempunyai cita-cita melakukan kebaikan dan baik hati”, jadi kita harus berani untuk menanggung dan berkorban untuk cita-cita yang mulia ini. Beliau tidak perlu bimbang sama ada dapat melakukannya atau tidak kerana dia pasti mendapat sokongan dan bantuan daripada orang di sisinya pada setiap langkahnya. Kebimbangan tersebut adalah disebabkan menyebarluaskan “Di Zi Gui” merupakan satu perkara yang baik dan beliau takut perkara tersebut dirosakkan oleh dirinya sendiri. Oleh itu, guru-guru dari pusat kami pun berkongsi dengannya tentang pengalaman mereka dengan segera sebaik saja beliau menyuarakan kebimbangan hatinya. Saya pula menghadiahkan beliau satu set “Koleksi Cerita Moral” yang mengandungi 700 buah cerita. Pemberian itu menggembirakannya sekali dan dari sinilah beliau memulakan pengajaran “Di Zi Gui”.

Dalam bab ke-2 “Etika orang muda dalam kalangan orang yang lebih tua” ada menyebut tentang kita harus “Anggaplah ibu atau bapa saudara kamu sebagai ibu bapa kandung kamu sendiri, layani saudara-mara kamu seperti mana kamu melayani saudara kamu sendiri.” Terdapat seorang guru kami yang bertugas di depot, dia tidak pernah menerima sebarang latihan dari maktab perguruan, namun dengan berbekalkan hati yang baik dan kasih sayang terhadap pendidikan beliau menghabiskan banyak masa untuk mengkaji cara untuk mengajar tentang maksud ayat tersebut di atas. Memandangkan kebanyakan perasaan hati hanya dapat dirasai melalui tindakan yang sebenarnya, justeru, beliau pun membeli sebakul buah laici

Page 149: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

149

dan terus pulang ke kampung halamannya. Semasa dalam kelas, beliau pun mengajar anak muridnya tentang maksud ayat ini, iaitu harus “Anggaplah ibu atau bapa saudara kamu sebagai ibu bapa kandung kamu sendiri, layani saudara-mara kamu seperti mana kamu melayani saudara kamu sendiri.” Beliau memberitahu anak muridnya, “Kita sudah habis mempelajari tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa semasa di rumah dan kini kita sudah sedar dan faham tentang keperitan dan kesusahan ibu bapa kita, oleh itu kita mesti menghormati mereka. Begitu juga tentang ibu bapa orang lain, mereka juga sangat susah dan penat, semua ibu bapa dan ibu atau bapa saudara; bukan hanya ibu bapa orang lain, semua orang yang lebih tua telah memberi sumbangan kepada masyarakat melalui zaman keremajaan mereka. Oleh yang demikian, kita patut menghormati mereka.”

Setelah menamatkan kelas dengan pengajaran maksud ayat tersebut, beliau memberitahu murid-muridnya, “Sekarang, mari kita bawa buah laici ini kepada semua orang yang lebih tua di kampung ini, anda semua mesti bersopan dan bertanya khabar dengan mereka semasa memberikan buah ini.”

Anak-anak muridnya berasa gembira sekali setelah mendengar kata-kata gurunya dan dengan segera mereka berlari-lari ke sana sini dalam kampung itu dan turut memeriahkan suasana di sana. Suasana yang bagaimana telah menyelubungi seluruh kampung pada masa itu? Hormat-menghormati dan kasih sayang dengan mereka yang lebih tua. Kami percaya hati setiap orang tua sangat gembira pada masa diberikan buah laici. Manakala apabila budak-budak itu ternampak kegembiraan pada raut wajah mereka yang lebih tua pasti terpahat dalam hatinya. Tentu menggembirakan dirinya apabila dia memberi hormat kepada orang lain pada suatu hari nanti. Keesokan harinya, bapa guru ini telah menelefonnya dan memberitahu anak perempuannya, “Anak, ramai golongan tua telah menelefon ke rumah kita dan mereka memberitahu bahawa anak perempuan ayah sudah berkahwin, selama ini belum pernah ada orang yang begitu sayang kepada kampung sendiri. Mereka amat terharu sekali kerana anda masih tetap prihatin tentang kampung kita biarpun anda sudah berkahwin.”

Rakan-rakan sekalian, bagaimanakah perasaan hati bapa kepada

Page 150: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

150

guru ini? Pasti rasa bangga sekali, dan inilah cara menjaga hajat ibu bapa. Kemudiannya bapa guru ini memberitahu lagi, “Anak, ayah tumpang gembira kerana anda sudah menjumpai nilai hidup anda.” Rakan-rakan sekalian, berapa lamakah kegembiraan yang dibawa oleh anak perempuan tersebut kerana perilaku baiknya? Selama satu hari atau dua hari? Berapa lama? Rasa senang hati untuk sepanjang hayatnya. Perasaan itu berlainan sekali dengan kita yang membawa sebungkus makanan yang sedap untuk ibu bapa. Jadi, apabila kita mempelajari maksud ayat “Pada waktu malam pastikan mereka dapat beristirahat dengan baik.”, kita harus pandai merasai perasaan tersebut dan biarlah keprihatinan kita terhadap ibu bapa dilanjutkan kepada perkara-perkara lain dalam kehidupan harian, dilanjutkan untuk menjaga badan ibu bapa, menjaga hati ibu bapa dan menjaga hajat ibu bapa.

Sampai sini sajalah untuk ceramah tentang sesi ini. Terima kasih.

Page 151: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

151

Sesi 9Jangan Membiarkan Ibu Bapa Dan Mereka YangMenyayangi Kita Merisaukan Tentang Diri Kita

Rakan-rakan sekalian, selamat petang. Kita sambung ceramah pagi tadi dengan ayat seterusnya, iaitu “Lazimkan diri menegur ibu atau bapa pada waktu pagi sebagai tanda kita mengingati mereka.” Pada waktu malam pastikan ibu atau bapa kita dapat beristirahat dengan baik”

Sebelum ini kita sudah menyentuh tentang “Lazimkan diri menegur ibu atau bapa pada waktu pagi sebagai tanda kita mengingati mereka. Pada waktu malam pastikan mereka beristirahat dengan baik”, Raja “Zhou Wen Wang” dinasti Zhou telah melaksana tanggungjawab ini dengan sempurna kepada ayahandanya, iatu Wang Ji . Sahsiah mulia beliau telah tersebar dan menjadi ikutan rakyatnya kerana mereka terharu dengan sifat taat beliau. Saya pernah diberitahu oleh seorang guru yang menyatakan bahawa “Di Zi Gui” mengandungi “Sekam”. Sekam ialah kulit padi yang tertinggal selepas padi diproses menjadi beras, dan merupakan sisa yang tidak dimakan. Rakan-rakan sekalian, apakah reaksi anda kalau diberitahu sedemikian? Terus berbahas dengannya? Tetapi berbahas mungkin tidak mendatangkan sebarang jawapan. Kita harus meminta tunjuk ajar daripadanya dengan penuh hormat, “Sila tanya ayat mana satu dimaksudkan sebagai sekam dalam “Di Zi Gui”? Beginilah saya meminta tunjuk ajar daripada beliau, dan inilah jawapan beliau, iaitu pada ayat “Lazimkan diri menegur ibu atau bapa pada waktu pagi sebagai tanda kita mengingati mereka. Pada waktu malam pastikan mereka dapat beristirahat dengan baik.”

Saya bertanya lagi, “Mengapa anda berpendapat sedemikian?” Jawab beliau dengan mengatakan perbuatan itu terlalu melecehkan kerana mesti memberi salam sebanyak dua kali pada setiap hari. Saya pun berkata dengan guru ini, “Apabila anak-anak memberi salam kepada ibu bapa pada setiap pagi, maka dapatlah si ibu meneliti keceriaan pada anak dan hati akan terasa senang kerana anak-anaknya tidur dengan baik semalam. Sementara itu, si ibu bertambah ceria dan bersemangat kerana salam daripada anak dan ini menjadi satu dorongan yang baik untuk kerjanya sepanjang hari tersebut. Inilah kebaikan memberi salam pada sebelah pagi. Pada sebelah

Page 152: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

152

malam ataupun selepas sekolah, anak ini bertanya khabar kepada ibu bapa dan memberitahu mereka tentang kepulangannya, apabila ibu bapa nampak raut wajah anak penuh ceria, ini bermakna pembelajarannya di sekolah pada hari berkenaan memang baik dan ini pasti menenangkan hati ibu bapa kerana anaknya tidak bergaduh dengan rakan-rakan sekolahnya. Jadi, salam pada setiap pagi dan malam dapat memberi ketenangan dan kegembiraan kepada ibu bapa.

Kita yang berperanan sebagai anak hanya memberi salam sehari dua kali, sila tanya ibu bapa sekarang. Kita pula menegur anak sebanyak berapa kali pada setiap hari? Seorang ibu memberitahu, disebabkan perubahan cuaca yang amat ketara pada musim bunga dan luruh, dan oleh sebab berasa bimbang anak mengalami kesejukan kerana tidak berselimut dengan baik, maka dirinya pun berselimut nipis sahaja supaya dapat terjaga di tengah malam kerana kesejukan, dengan cara ini si ibu boleh terjaga untuk menjenguk anak bagi mempastikan mereka berselimut dengan baik ataupun selimutkan anak. Rakan-rakan sekalian, ibu bapa sentiasa prihatin tentang anak-anaknya biarpun sudah tidur, fikirkanlah sejauhmanakah keprihatinan ibu bapa untuk kita? Mereka prihatin terhadap anak pada setiap saat. Apabila berkata tentang topik ini, ada satu perkara yang terpahat mendalam dalam hati saya iaitu saya sentiasa dapat merasai seseorang menyelimutkan saya pada tengah malam, dan dengan penglihatan yang kabur saya dapat lihat kadang-kadang ayah dan adakala ibu yang menyelimutkan saya. Dari sini, lahirlah satu interaksi antara anak beranak melalui kasih sayang sesama mereka dengan sendirinya. Saya pun memberitahu guru tersebut bahawa kita yang berperanan sebagai anak yang masih muda tidak mampu memberi sokongan kepada ibu bapa dari segi hidup, pekerjaan ataupun pendapatan. Jadi, perkara paling asas yang kita mesti lakukan ialah jangan biar ibu bapa bimbang tentang kita, dan dengan mengamalkan falsafah ayat “Lazimkan diri menegur mereka pada waktu pagi sebagai tanda kita mengingati mereka. Pada waktu malam pastikan ibu atau bapa kita dapat beristirahat dengan baik” dapat memberi ketenangan kepada ibu bapa kita.

Setelah mendengar kata-kata saya, guru tersebut pun berkata, “Cikgu Tsai, anda mempunyai pembelajaran yang bagus dalam bidang kebudayaan China.” Namun, saya memang tidak berani menerima kepujian beliau dan

Page 153: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

153

rasa tidak tenteram dan berhati-hati, tiba-tiba beliau berkata lagi, “Cikgu Tsai, anda juga tidak melaksanakan amalan tersebut.” Apabila terdengar kata beliau, saya sangat cemas sekali kerana kita yang mempelajari ilmu daripada tokoh-tokoh tamadun China sangat takut dikatakan orang bahawa diri kita juga tidak dapat melaksanakan amalan berkenaan. Dengan itu, saya pun bertanyakannya, “Mengapa anda berpendapat saya tidak dapat melaksanakannya?” Jawabnya, “Cikgu tinggal berjauhan dengan ahli keluarga, adalah tidak mungkin cikgu menegur mereka pada setiap pagi dan malam?” Perkhidmatan telekomunikasi sangat mudah pada zaman sekarang dan kita boleh menelefon pada setiap pagi dan malam. Kata guru itu lagi, “Diri anda juga tidak melaksanakannya!” Saya pun memberitahu guru ini, “Jika saya menelefon ibu saya pada pagi dan malam menelefon lagi, saya pasti dimarahinya kerana kos panggilan jarak jauh sangat mahal.”

Oleh yang demikian, kita mempelajari falsafah dari ayat “Lazimkan diri menegur ibu atau bapa kita pada waktu pagi sebagai tanda kita mengingati mereka. Pada waktu malam pastikan mereka dapat beristirahat dengan baik” adalah bertujuan agar ibu bapa tidak bimbangkan kita. Asalkan kita tetapkan satu masa, misalnya pada setiap malam hari Jumaat menelefon ibu, maka dia pasti duduk menunggu panggilan telefon anak dan sebaik saja telefon berdering, mereka dapat meneka itu mesti panggilan daripada anaknya. Sepanjang perbualan telefon setiap minggu, kami akan memberitahu secara teliti tentang keadaan kerja dan hidup sepanjang minggu tersebut supaya ibu bapa jelas dan tidak rasa bimbang. Perkara paling penting yang kita mesti lakukan ialah pastikan pertuturan dan tingkah laku serta sahsiah kita tidak menyebabkan ibu bapa rasa bimbangkan diri kita. Seandainya anda gagal menguruskan pekerjaan dan keluarga dengan baik, biarpun setiap hari anda menelefon ibu tiga kali setiap hari, bolehkah ibu anda tidak akan rasa bimbang tentang anda? Oleh yang demikian, kita harus menguasai sifat asas pada setiap ayat falsafah yang dipelajari dan amalkannya dengan sebaik-baiknya. Ayat seterusnya ialah “Sebelum keluar rumah, beritahu mereka ke mana arah tujuan supaya mereka tidak berasa bimbang kelak. Lazimkan menegur ibu atau bapa apabila kita pulang ke rumah, supaya mereka tahu anaknya sudah selamat kembali.”

Kita harus memberitahu ibu bapa ke mana arah tujuan kita sebelum

Page 154: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

154

keluar rumah dan lazimkan menegur ibu bapa apabila kita sudah pulang ke rumah. Kita jangan pandang remeh tentang setiap perincian kerana tabiat kanak-kanak itu sangat penting. Apabila anak-anak sudah faham tentang “Lazimkan diri menegur ibu atau bapa pada waktu pagi sebagai tanda kita mengingati mereka. Pada waktu malam pastikan ibu atau bapa kita dapat beristirahat dengan baik”, maka setiap salam yang diberikan mereka kepada ibu bapa dapat meningkatkan jalinan dalam kalangan ahli keluarga. Pada setiap kali memberitahu ibu bapa ke mana arah tujuannya sebelum keluar rumah dan lazimkan menegur ibu bapa apabila dia sudah pulang ke rumah, ini dapat menyedarkannya supaya tidak menambahkan kebimbangan ibu bapa akibat perilaku dirinya. Pernah ada seorang murid tidak pernah menegur ahli keluarga yang lain setiap kali sekembalinya dari sekolah, sebaliknya terus masuk bilik bacaan untuk bermain mainan komputer. Sejam kemudian, ibunya menyangka anak ini masih belum balik rumah dan terus menelefon ke sekolah untuk bertanyakan sama ada anaknya ditahan oleh guru? Kebetulan saya yang menjawab panggilan tersebut, dan saya rasa adalah tidak mungkin anaknya masih belum pulang ke rumah sedangkan sudah sejam lebih anaknya habis sekolah? Ibunya sangat cemas dan bertanya sama ada dia perlu membuat laporan polis? Saya pun memberitahunya baik dicari dengan teliti di rumahnya sebelum membuat laporan polis. Akhirnya mereka berjaya mencari anak tersebut yang rupa-rupanya bersembunyi di bilik bacaan dengan mainan komputernya. Pada masa itu, ibu bapanya sememangnya sangat bimbang tentangnya. Oleh yang demikian, kita harus memupuk tabiat yang baik.

Kita bukan saja harus “memberitahu ibu atau bapa tentang arah tujuan kita sebelum kita keluar rumah”, adakah perlu kita membuat perkara yang sama terhadap ahli keluarga kita, misalnya isteri kita? Ya, mesti memberitahu! Kita seharusnya membuat orang yang ambil berat tentang kita rasa senang hati! Iaitu saling bertimbang rasa. Jadi, beritahulah isteri anda tentang arah tujuan anda setiap kali sebelum anda keluar rumah. Namun, adakah pasangan suami isteri zaman sekarang bersikap ikhlas sesama sendiri? Jika mereka tidak ikhlas dan cuba menyembunyikan sesuatu, yang pasti kehidupannya sangat susah dalam jalinan perhubungan yang berpuluh tahun lamanya. Satu prinsip penting dalam memelihara hubungan kekeluargaan ialah tiada rahsia sesama suami isteri, dengan cara demikian kehidupan berpasangan

Page 155: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

155

pasti lebih ikhlas, saling bertoleransi dan begitu senang serta bebas, jadi jangan sesekali merahsiakan dari isteri ke mana arah tujuan anda. Selain itu, jika sudah tahu diri anda tidak sempat balik makan di rumah, pastikan anda sudah memberitahu isteri sejak awal dan jangan tunggu sampai anda sudah membuat keputusan tidak ingin makan dan tunggu sampai pukul 12 tengah hari baru diberitahu, pada masa itu, sudah pasti isteri anda sudah siap masak untuk anda. Kita harus menghargai kasih sayang dan keprihatinan orang lain kepada kita dan juga faham tentang kesusahannya. Oleh itu, cuba telefon balik seawal yang boleh dan memberitahu emak atau isteri dan ahli keluarga yang lain supaya tidak mensia-siakan usaha mereka. Oleh yang demikian, toleransi yang ada dalam keluarga akan membawa kepada keluarga yang harmoni dan gembira.

Kita bukan sahaja harus memberitahu ibu bapa ke mana arah tujuan sebelum keluar rumah dan lazimkan menegur mereka apabila kita pulang ke rumah supaya mereka tahu anaknya sudah selamat kembali, amalan ini juga harus dipraktiskan di tempat kerja kita. Misalnya, anda mempunyai urusan penting di luar pejabat yang perlu dilaksanakan, katakan anda tidak memberitahu rakan sekerja yang lain mengenai arah tujuan anda dan secara kebetulan tiba-tiba ada urusan penting yang perlukan pendapat anda, apa akan terjadi jika mereka tidak tahu ke mana anda sudah pergi? Sudah pasti semua orang merisaukan anda dan pegawai atasan pula akan rasa marah tentang perbuatan anda. Akibatnya pegawai atasan akan menjadi kurang yakin terhadap anda kerana berpendapat sikap kerja anda yang kurang bertanggungjawab. Justeru , kita harus pandai berkata “Sekarang ini saya hendak pergi ke mana-mana, akan balik 20 minit kemudian” ataupun “Saya ada urusan yang perlu dilaksanakan sekarang ini, sila hubungi telefon bimbit saya kalau ada urusan yang perlu saya selesaikan dengan segera.” Pada masa itu juga anda harus mengaktifkan telefon bimbit anda supaya memudahkan rakan sekerja menghubungi anda, memang kurang baik kalau mereka tidak dapat menghubungi anda kerana telefon telah dimatikan.

Oleh yang demikian, dengan mempraktiskan ajaran daripada ayat falsafah “Sebelum keluar, beritahu ke mana arah tujuan; Lazimkan menegur orang apabila kita sudah pulang” membolehkan kita faham dengan jelas supaya tidak menyebabkan orang di sisi kita berasa risau kerana tidak tahu

Page 156: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

156

ke mana arah tujuan kita. Seterusnya kita juga sentiasa mengingatkan diri sama ada setiap tutur kata dan tingkah laku diri kita menjadi beban kepada orang lain dan berlandaskan prinsip inilah belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh.

Dari segi “tempat tinggal” yang dinyatakan di atas, kita boleh tafsirkannya daripada beberapa sudut yang berlainan, iaitu kerja sekolah pada zaman persekolahan; kerjaya anda setelah menceburi diri dalam masyarakat; hal-ehwal rumahtangga setelah berkahwin. Bagi menguruskan kerja sekolah, kerjaya dan rumah tangga dengan baik, maka hidup anda haruslah berdisplin. Cuba kita lihat anak-anak zaman sekarang, adakah mereka “apabila tinggal berasingan, dapatkan tempat tinggal yang tetap”? Mereka mula bertindak mengikut kehendak hati apabila cuti sekolah jatuh pada hari Jumaat, mereka akan menonton rancangan televisyen sampai larut malam, ada pula yang ke disko sampai awal pagi hari keesokan. Akibatnya, bagaimana mereka menghabiskan hari Sabtu dan Ahad. Ya, tidur dengan sepuas-puasnya. Namun, alangkah baik kalau tidur itu boleh diganti balik, sebaliknya kesihatan akan terjejas secara beransur-ansur kerana tidak dapat ganti balik tidur yang sudah terlepas. Oleh yang demikian, kita harus memperbetulkan sikap mereka sejak kecil lagi supaya tidak membiarkan mereka bertindak mengikut kehendak hati dengan menonton rancangan televisyen terkawal pada setiap malam Jumaat. Jika anda sudah membiasakan dan membiarkan mereka berbuat demikian, lama-kelamaan ia pasti akan menjadi satu tabiat mereka.

Kita harus faham bahawa memang sukar untuk membuang tabiat buruk seseorang, seperti kata pepatah “apabila seseorang terlalu menumpukan pada sesuatu hobi yang tidak berfaedah akan menyebabkannya kehilangan semangatnya.” Apatah lagi kanak-kanak sekarang kebanyakannya tidak bercita-cita, mereka akan menjadi hilang akal apabila sudah terjerumus dalam kancah permainan yang tidak berfaedah. Kita sering membaca dari akhbar yang melaporkan masalah yang timbul daripada pelajar telah mengunjungi kafe-siber hingga larut malam. Pada zaman sekarang, kita selaku orang yang lebih dewasa harus berhati-hati kerana kebanyakan peralatan teknologi moden biasanya mendatangkan keburukan sebelum kita menikmati faedahnya. Kita dapat melihat pelajar sekarang sudah

Page 157: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

157

pandai melayari internet sejak usia yang muda, namun, adakah usaha pelajar untuk kajian ilmu pengetahuan sudah meningkat? Adakah moral dan pengetahuan mereka turut meningkat? Tidak. Ini kerana pendirian kanak-kanak masih belum cukup teguh dan ditambah lagi anda tidak mengambil berat tentang keadaannya semasa dia melayari internet sehingga mereka mungkin berkenalan dengan kawan yang tidak senonoh melalui internet. Disebabkan anak ini tidak pernah mempelajari ilmu tokoh-tokoh tamadun China, tambah lagi mereka tidak bijak membuat penilaian dan tidak pandai berfikir sewajarnya, akibatnya mereka mudah terpedaya dengan kata-kata manis rakan internet sehingga mereka tersesat, kesilapan yang dibuatnya akan menyebabkan kekesalan selama-lamanya. Justeru, ibu bapa harus lebih berhati-hati kerana kesalahan yang dibuat oleh anak mungkin sukar untuk ditebus balik, dan ini mungkin menjadi kekesalan ibu bapa sepanjang hidup.

Terdapat seorang mahasiswa di Shandong, China yang sangat suka bermain permainan komputer dan selalu leka dengan permainan sehingga larut malam dan permainan yang diminatinya jenis keganasan. Oleh sebab terlalu khusyuk dengan permainan tersebut, akibatnya sistem saraf otak belakangnya menjadi kurang normal dan sering terasa ramai orang ingin membunuhnya. Justeru, dia pun menceritakan keadaaannya kepada guru. Gurunya dengan serta-merta memaklumkan kepada ibu bapanya setelah menyedari akan keseriusan keadaannya. Namun, belum sempat ibu bapanya datang menjemputnya, mahasiswa ini telah mencederakan ramai orang dengan pisau di jalanan malah ada beberapa orang mangsa telah terbunuh. Jadi, janganlah terlalu khusyuk dengan sesuatu permainan sehingga memudaratkan semangat kita dan kesilapan tersebut mampu memusnahkan hidup kita.

Jadi ibu bapa sekalian, kita harus membimbing anak-anak kita dengan tabiat membaca yang tetap supaya mengecapi kemajuan stabil dari segi pembelajaran dan hidupnya. Kebanyakan ibu bapa berpendapat matlamat tersebut sukar untuk dicapai memandangkan kanak-kanak sekarang kebanyakannya sangat suka bermain. Fikiran sedemikian terlalu negatif dan ia akan menjadi nyata akibat kita selalu berfikir begitu. Saya masih ingat lagi, saya bersama dengan dua orang kakak tidak menonton televisyen sejak

Page 158: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

158

kecil, mengapakah kami tidak menonton sedangkan bukan susah untuk kami kalau teringin menonton televisyen? Ibu bapa saya tidak pernah melarang kami dengan berkata “jangan menonton televisyen !”. Ibu bapa saya mempunyai satu amalan iaitu mereka berdua akan membaca di bilik selepas makan malam. Pada masa itu umur saya masih kecil dan saya masih ingat apabila membuka pintu bilik mereka, saya hanya ternampak mereka sedang membaca, jadi adakah kami berani menonton televisyen? Memang tidak berani. Dengan sendirinya kami bertiga pun naik ke loteng untuk membaca buku juga. Saya masih ingat semasa saya dalam persekolahan menengah, ibu juga naik ke loteng untuk menyuruh kami masuk tidur dan bukan menyuruh kami membaca buku. Oleh yang demikian, tabiat baik dapat dipupuk hari demi hari apabila sudah biasa dengan amalan itu. Pada realitinya, mendidik anak bukanlah susah sangat sebagaimana yang dibayangkan, yang terpenting ialah ibu bapa harus menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak. Apabila ibu bapa mempunyai tabiat membaca yang tetap, ia akan menjadi contoh kepada anak-anaknya.

Dari segi kerjaya juga harus mematuhi ajaran ayat “mendapat tempat tinggal yang tetap”, ini disebabkan ibu bapalah yang paling risau tentang kita apabila pekerjaan kita tidak tetap dan sentiasa bertukar-tukar kerja. Saya rasa sangat malu apabila menyentuh tentang bab ini, ini disebabkan saya pernah bertukar hampir 10 jenis pekerjaan dalam tempoh satu hingga dua tahun selepas tamat pengajian, dan saya sangat menyesali perbuatan saya tersebut. Rakan-rakan sekalian, mengapakah saya boleh bertukar sampai 10 jenis pekerjaan? Harap anda semua boleh memahami keadaan saya yang pada masa itu tidak jelas bidang mana yang saya benar-benar ingin ceburi dan saya tercari-cari pekerjaan impian saya. Memang segan sekali bila menyebut tentang perkara ini kerana sudah belajar berbelas tahun namun masih tidak tahu di mana hala tuju kehidupan diri. Bapa saya seorang yang sangat baik dan sentiasa menyokong saya, beliau memberitahu saya, “Anda carilah dengan baik, asalkan ia masih dalam lingkungan kemampuan saya untuk menanggungnya, saya sokong anda.” Jadi, saya pun memberanikan diri untuk mencuba memandangkan saya ada seorang ayah yang begitu baik. Pada tempoh tersebut, saya juga pernah mencuba berniaga dengan menghabiskan sejumlah kecil wang daripada ayah. Tetapi ayah hanya berkata, “Baiklah, anggaplah wang itu digunakan untuk menimba pengalaman.”

Page 159: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

159

Akhirnya, takdir menentukan saya telah mendapat kerja sebagai guru ganti selama dua bulan untuk mengajar anak murid darjah satu. Disebabkan belum pernah ada orang menyuruh saya cuba menjadi guru, jadi saya agak gementar kerana tidak tahu sama ada saya sesuai dengan pekerjaan ini. Saya pun berkata, “Saya tidak pernah terfikir hendak menjadi seorang guru, janganlah cari saya, carilah orang lain.” Namun, hidup ini memang penuh dengan keajaiban, kadang-kadang timbul pula babak yang tidak terduga di hadapan mata anda, dan masa inilah anda harus tenangkan hati untuk menelitinya dan mungkin anda sudah ditemukan dengan jodoh yang baik. Selepas satu minggu saya menolak pelawaan tersebut, mereka datang lagi dengan memberitahu mereka masih gagal mencari guru pengganti. Maka hati kecil saya pun terfikir pada masa itu juga, memang tidak baik menolak niat baik orang lain, jadi saya pun memaksa diri untuk menjadi guru ganti. Memang letih sekali tugas sebagai seorang guru ganti khususnya beban mental yang ditanggung dengan harapan anak-anak murid mencapai kemajuan dan selamat pada setiap hari. Selepas mengalami keletihan beberapa hari, tiba-tiba saya terasa sangat gembira sekali kerana saya berjaya menemui pekerjaan yang benar-benar dapat membantu masyarakat. Jadi, saya pun tenangkan hati bagi melaksanakan tugas saya sebagai guru ganti selama dua bulan. Selepas pulang ke rumah, saya pun memohon kemasukan belajar di maktab perguruan dan kemudiannya segalanya berjalan lancar sehinggalah hari ini.

Di samping itu, saya menceburi bidang ini dengan berbekalkan keyakinan dan bukan kerana pendapatan yang diperoleh, sebaliknya untuk misi pendidikan dan saya juga percaya bahawa Tuhan akan memberkati saya, disebabkan saya tidak mempunyai teman wanita. Ini membolehkan saya belajar dengan lebih penuh tumpuan jika dibanding dengan kebanyakan rakan kelas yang sudah ada teman wanita. Pada masa itu, saya belajar jauh lebih bersungguh-sungguh berbanding dengan masa persekolahan menengah dahulu, ini disebabkan apabila kita sudah ada impian diri, maka kita akan berusaha mencari caranya. Matlamat pembelajaran saya pada masa itu ialah saya hendak menguasai semua ilmu yang dipelajari pada setiap sesi kuliah dan jangan sesekali dihantar pulang kerana gagal dalam pembelajaran. Oleh yang demikian pembelajaran saya pada masa itu berjalan dengan sangat lancar. Dari sini nyata sekali bahawa cita-cita amat penting bagi seseorang

Page 160: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

160

dan ini memang benar. Justeru saya berjaya menamatkan pengajian di maktab perguruan dan membolehkan saya menceburi bidang pendidikan selama ini. Oleh kerana saya telah berjaya menemui matlamat hidup saya dan membolehkan saya menepati ajaran falsafah yang menyatakan “Apabila tinggal berasing, dapatkan tempat tinggal yang tetap dan pekerjaan yang sesuai.” Kini, ibu bapa saya tidak lagi bimbang tentang saya.

Saya pernah mengajar di Haikou, Pulau Hainan lebih dari empat bulan. Tahun lepas saya telah balik rumah untuk meraikan Tahun Baru Cina, saya pun bercakap dengan ibu sebaik saja sampai di rumah, kata saya, “Ibu, amalan ibu dari segi ajaran agama memang hebat sekali.” Ibu terpegun setelah mendengar kata saya tersebut sambil bertanya, “Apa yang anda maksudkan?” Saya berkata, “Sepanjang tempoh kerja selama empat bulan lepas, saya mengajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh dan tiada kerisauan dalam hati, ini bermakna sepanjang tempoh tersebut, ibu tidak risau tentang saya dan ini membolehkan saya mengajar tanpa sebarang masalah yang membimbangkan saya. Sebenarnya, bolehkah kita dapat merasai kerisauan ibu bapa terhadap kita? Memang boleh. Seandainya kita gagal merasai kerisauan tersebut, ini bermaksud keprihatinan dan kasih sayang kita terhadap ibu bapa tidak mencukupi.

Zeng Shen, salah seorang pelajar Konfusius. Pada suatu hari seorang kawannya datang melawatnya dari tempat yang jauh tetapi kebetulan Zeng Shen telah pergi ke hutan untuk memungut kayu api. Ibunya terfikir memang kurang sopan kerana membiarkan kawannya menunggu lama ataupun tidak berpeluang berjumpa dengan Zeng Shen apatah lagi kawan ini datang dari jauh. Namun, ibunya juga tidak tahu bila agaknya Zeng Shen akan pulang. Oleh yang demikian, ibu Zeng Shen pun menggigit ibu jarinya. Pada masa itu juga, Zeng Shen terasa hatinya tidak keruan dan terfikir sesuatu telah berlaku di rumah, oleh yang demikian beliau pun balik ke rumah dengan serta-merta. Sebaik sampai di rumah dan ternampak ibu, beliau pun melutut dan bertanya, “Ibu, anda baikkah, apa sudah berlaku?” Ibunya pun berkata, “Ada kawan datang melawat anda dan kerana keadaan terdesak, ibu pun menggigit ibu jari.” Jadi, rakan-rakan sekalian, hati ibu dengan anak sememangnya saling diikat bersama. Semasa mengajar di Haikou, saya juga pernah ada pengalaman sebegini, pada masa itu pukul 12.00 tengah

Page 161: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

161

malam dan saya baru masuk tidur, tetapi secara tiba-tiba terasa jantung amat tidak selesa, perasaan itu memang lain macam memandangkan saya tidak menghidapi penyakit jantung. Saya teringin telefon balik rumah, namun terpaksa menelefon pada hari keesokannya kerana pada masa itu sudah larut malam dan memang tidak sesuai untuk menelefon balik. Setelah saya menelefon balik pada hari keesokannya, saya diberitahu ibu bahawa di tengah malam semalam, pada asalnya ibu ingin makan ubat yang membantunya tidur lena tetapi dia tersilap makan ubat untuk mengembangkan saluran darah sehingga mengakibatkannya tidak selesa sepanjang malam. Oleh yang demikian, kami sebagai anak benar-benar dapat merasai perasaan tersebut.

Selain daripada pelajaran dan kerjaya, kita juga jangan membiarkan ibu bapa kita rasa risau tentang hal-ehwal rumahtangga kita, mereka hanya rasa senang hati dengan melihat kehidupan keluarga anaknya gembira dan harmoni. Selain itu, ibu bapa juga tidak akan rasa bimbang tentang kita apabila nampak cucu-cucunya dididik dengan sebaik-baiknya. Tokoh falsafah tamadun China, Meng Zi mengatakan, “Terdapat tiga jenis ketidaktaatan anak dan ketiadaan zuriat merupakan ketidaktaatan yang paling serius” Rakan-rakan sekalian, apakah yang dimaksudkan sebagai “ketiadaan zuriat merupakan ketidaktaatan yang paling serius?” Adakah ini bermaksud dengan melahirkan seorang anak lelaki dikatakan sudah ada zuriat? Terlalu cetek maksud penjelasan tersebut. Jika anak lelaki yang dilahirkan seorang anak yang pemboros, mungkin datuk neneknya akan rasa sakit hati tentangnya dan mungkin terfikir lebih baik tidak melahirkannya. Jadi, penjelasan maksudnya secara mendalam ialah anak tersebut tidak dididik dengan sebaik-baiknya sehingga menjatuhkan air muka ibu bapa dan nenek moyangnya. Oleh yang demikian, bagi membolehkan ibu bapa rasa senang hati dengan keluarga kita, maka pandai-pandailah kita menjalinkan hubungan harmoni sesama suami isteri, ini kerana hanya dengan cara ini dapat membantu kita mendidik anak dengan baik.

Bagaimana hendak mengekalkan hubungan mesra antara suami isteri? Memang tidak dapat dinafikan bahawa kadar penceraian sangat tinggi pada zaman sekarang. Saya masih ingat pada kali pertama saya tiba di Haikou, Pulau Hainan, saya telah berbual-bual dengan beberapa orang kawan dan sambil makan, saya dapati antara empat orang wanita yang semeja dengan

Page 162: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

162

saya, tiga orang daripada mereka sudah bercerai, seorang lagi bersedia untuk bercerai dengan ada seorang anak baru berumur setahun lebih. Rakan-rakan sekalian, apakah yang boleh kita lakukan apabila nampak perkara sedemikian? Kita memang tidak sampai hati nampak seorang lagi anak menanggung kekesalan hidup akibat perceraian ibu bapanya. Oleh itu saya pun mencari peluang untuk membincangkan tentang hubungan antara suami isteri dengan harapan mampu menyelamatkan krisis tersebut dan mematahkan niatnya untuk bercerai dengan suaminya.

Sambil makan saya pun menukarkan topik perbualan, saya berkata, “Hubungan antara suami isteri hanya perlu berpegang kepada satu moto ini yang pasti menjamin hubungan suami isteri berkekalan sampai ke anak cucu.” Dari sini, kita perlu ada keyakinan semasa bercakap, akibatnya mata rakan sekerja ini kelihatan terbeliak dan bersedia mendengari nasihat saya. Kata saya, “Dari mula berkahwin hinggalah masa tua nanti, jangan lihat pada kelemahan pasangan hidup anda, hanya lihat pada kebaikan yang dia ada.” Sebaik saja saya habis bercakap, dahi dan kening wanita tersebut kelihatan terkedut, pernahkah anda melihat orang yang terkedut dahi dan keningnya? Ada yang terkedut sampai dapat menyepit mati lalat yang terhinggap pada dahi yang terkedut itu. Wanita ini lalu berkata, “Cikgu Tsai, sangat susah!” Rakan-rakan sekalian, sukar atau senang? Susah sangatkah untuk kita mengagumi orang lain, mengagumi isteri atau pun suami? Begitu juga semasa saya memberi ceramah di Zhu Hai, sebaik saja saya menghabiskan kata “Hanya melihat kebaikannya.”, seorang wanita terus menjawab, “Cikgu Tsai, dia langsung tiada kebaikan!”, saya pun menjawab wanita tersebut, “Saya memang kagum dengan anda, suami yang langsung tiada sebarang kebaikan pun anda berani berkahwin dengannya? Jadi, cuba anda lihat manusia ini memang pelupa dan suka bertindak mengikut perasaan.

Saya cuba membimbing mereka dengan menyuruh mereka kembali ke zaman bercinta pada masa dahulu, pernahkan anda mendengar orang yang sedang bercinta itu merungut dan berkata “Saya sangat menderita”, pernah atau tidak? Tidak mungkin! Mengapa semasa bercinta, dalam mata anda hanya nampak dia yang terbaik? Dapatkah anda menangkap maksud kata tersebut? Ini disebabkan pada masa itu hanya ternampak tentang kebaikannya. Malah sentiasa terfikir apa yang anda boleh laku untuknya.

Page 163: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

163

Semasa membaca suratkhabar pun asyik membaca filem mana satu paling bagus, di mana ada pameran buku dan ada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan teman wanita. Semasa di pejabat terasa mengapa masa berlalu dengan begitu lambat dan mengapa masih belum sampai masa balik kerja? Bila terfikir akan makan malam bersama teman wanita selepas kerja nanti, dalam hati anda hanya tinggal satu niat dengan terfikir, “apakah yang saya boleh lakukan untuknya?” Sikap sedemikian sememangnya berketepatan dengan perkataan Cinta yang kita sebutkan semalam, iaitu cinta itu ialah rasailah keperluan pihak yang satu lagi dengan hati anda, jika inilah cara layanan yang diberi kepada anda, sudah pasti anda akan terasa gembira sekali. Baik, ini semasa bercinta, apakah yang boleh saya lakukan untuknya.

Apabila sudah berkahwin dan setelah diturunkan tandatangan atas sijil perkahwinan, niat asal yang sentiasa difikirkan pada asalnya, iaitu “Apakah yang boleh saya lakukan untuknya?” bertukar menjadi “apakah yang dia boleh lakukan untuk saya”, dan ini menyebabkan ada saja permintaan daripada anda. Di samping itu, tekanan semakin besar selepas berkahwin dan setelah lama tinggal bersama, pasti wujud pergeseran sesama sendiri dan lama-kelamaan masing-masing tidak tahu menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh pihak yang lain, tidak tahu bertoleransi dan bermaafan. Jadi rakan-rakan sekalian, niat sejenak ini bermula dari mana dan berakhir di mana? Dari syurga sampai ke neraka. Bukanlah komplikasi sangat antara syurga dengan neraka, ia hanya berlaku daripada niat sejenak yang ada pada anda.

Ada orang yang memang bernasib baik kerana dipertemukan dengan bidadari dan bidadari pun berkata dengannya, “Saya boleh membawa anda melawat ke syurga dan neraka, mana satu anda ingin pergi dahulu?” Kawan ini pun menjawab, “Saya hendak melawat neraka dahulu.” Apabila orang tersebut sampai di neraka, dia ternampak ada satu meja yang disusun panjang dengan lebar meja lebih kurang semeter dan diduduki oleh dua baris orang yang duduk secara bertentangan. Apabila kedua-dua baris telah dipenuhi orang, di atas meja mereka dihidang dengan beraneka jenis lauk-pauk. Apabila mereka diberi isyarat untuk mula makan, disebabkan terlalu kelaparan, maka orang di neraka ini pun masing-masing berebut-

Page 164: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

164

rebut menggunakan kayu penyepit sepanjang satu meter untuk makan. Akhirnya tercetus pergaduhan antara mereka yang duduk bertentangan kerana kayu penyepit yang mereka gunakan terlalu panjang. Pergaduhan mereka semakin sengit dan panas sehingga semua lauk-pauk bersepah dan bertaburan di lantai. Di manakah mereka hidup? Neraka! Di mana mereka saling memarahi dan menuduh.

Setelah melihat senario tersebut, orang itu terasa amat pilu dan berkata, “Saya tak nak tengok lagi, saya hendak ke syurga.” Apabila orang itu sampai di syurga bersama bidadari, beliau terasa sangat hairan kerana mendapati susunan meja, kayu penyepit dan lauk-pauk yang dihidangkan tidak lain daripada apa yang terdapat di neraka, namun beliau terus memerhati dengan penuh perasaan. Apabila isyarat makan diberikan, semua orang pun mengangkat kayu penyepit dengan perlahan-lahan dan lauk yang diambil pula disuapkan ke mulut orang yang duduk berhadapan dengannya. Ada seorang yang diminati ramai pula sekali gus mendapat bantuan tiga orang menyuapkannya makanan, lalu katanya, “jangan tergesa-gesa, nanti tercekik pula.” Jadi, apabila setiap orang sentiasa prihatin dan berfikir bagi pihak yang lain, lauk yang dimakan bukan saja dapat mengenyangkan perut, apa lagi kepuasan yang mereka perolehi? Ya, kepuasan yang menggembirakan dari emosi mereka. Dari cerita ini, kita dapat lihat bahawa syurga atau neraka hanya terletak pada niat yang timbul seketika.

Saya juga pernah memberi ceramah di kawasan luar bandar di Haikou dan ceramah itu istimewa sekali kerana perlu membawa bersama seorang penterjemah. Hal ini kerana orang kampung di sana majoritinya bercakap dalam loghat Hainan yang saya tidak faham langsung. Ketua dan timbalan kampung turut menghadiri ceramah saya dan memang bertuah sekali atas kehadiran kedua-dua pegawai kerajaan ini. Pada hari itu, ketua kampung telah membantu menterjemahkan ceramah dan lawak jenaka yang saya sampaikan kepada hadirin sekalian. Pada hari itu saya juga menyampaikan cerita antara syurga dan neraka untuk mereka semua. Pada malam hari tersebut, saya masih ada satu lagi sesi ceramah yang dijadualkan pada pukul 7.00 malam bertempat di sebuah sekolah rendah di kampung tersebut. Semasa makan malam bersama ketua dan timbalan ketua kampung, mereka berdua asyik mengambil lauk untuk kami sehingga seorang Cikgu Lee yang duduk

Page 165: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

165

bersebelahan berkata, “Kita sudah berada di syurga.” Dari sini kita dapat lihat bahawa interaksi kita dengan orang lain akan menjadi bertambah gembira apabila kita dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari untuk membawa diri dan diaplikasikan dalam kehidupan harian serta perhubungan dengan orang lain.

Saya percaya sekarang ini anda semua rasa sangat gembira pada setiap kali makan nasi, ini kerana kamu akan terdengar seorang pelajar kami yang mengucapkan “Selamat menjamu selera” kepada anda sekalian; Apabila orang melayani kita dengan baik dan penuh sopan santun, sudah pasti kita akan rasa sangat selesa. Rakan-rakan sekalian, jangan sesekali memandang remeh tentang perbuatan tersebut, jika seorang kanak-kanak sejak kecil lagi sudah pandai terfikir tentang pengaruh daripada tingkah lakunya terhadap orang lain, contohnya, katakan anda sedang makan bersama seorang rakan sekerja, kemudiannya anda terus pergi tanpa bertegur sapa selepas perut anda kenyang, imej yang macam mana anda tunjukkan pada orang lain? Orang di sebelah mungkin tertanya-tanya, “Adakah dia marah terhadap saya?” rakan sekerja yang lain pula berkata, “Mungkinkah dia sudah bergaduh dengan teman lelakinya semalam.” Jadi, sopan santun merupakan satu jarak yang sangat indah sesama manusia. Jika selepas makan, kita boleh ambil berat terhadap orang lain sebelum bangun beredar dari situ dengan mengatakan “Sila menjamu selera, saya beredar dulu”, maka perhubungan kita dengan orang lain menjadi lebih mesra dan baik. Di samping itu, cara ini juga dapat mendidik anak supaya sentiasa bersopan-santun dengan orang lain melalui perkara-perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan harian.

Baiklah, melalui cerita tersebut, saya ingin memberitahu anda sekalian bahawa hubungan suami isteri adalah terletak pada sikap kita. Apabila kita sentiasa mengagumi kebaikan pihak yang lain, ini akan membolehkan dia berusaha untuk menjadi lebih baik. Walaupun saya masih belum berumahtangga, namun saya pernah dengar ceramah saya yang paling mendapat sambutan ramai iaitu ceramah tentang topik perhubungan antara suami isteri. Dalam menyentuh tentang perhubungan suami isteri, ini tidak bermaksud kita perlu mengalaminya baru akan berpengalaman tentangnya, kita boleh banyak belajar daripada orang lain juga. Ini disebabkan saya pernah tinggal di rumah Cikgu Yang hampir enam bulan, dari sini saya

Page 166: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

166

dapat sedikit sebanyak tentang petua perhubungan antara Cikgu Yang dengan suaminya. Saya masih ingat dengan jelas bahawa apabila mereka sudah sampai rumah, tidak kira Cikgu Yang atau suaminya, mereka akan berkata, “Saya sudah pulang!” Manakala tidak kira betapa sibuknya orang yang ada di rumah, apakah reaksi mereka? Ya, mereka akan membiarkan kerja yang dilakukan dan keluar sambil menyahut, “Oh….Anda sudah pulang!” Jangan anda pandang remeh terhadap salam yang diberikan, jarak antara manusia akan menjadi semakin berjauhan apabila salam sesama diri telah hilang. Kebiasaannya, bagaimanakah reaksi kebanyakan orang apabila orang lain pulang ke rumah? Ya, kebanyakannya menundukkan kepala dan terus membaca suratkhabarnya tanpa sebarang ekspresi di muka. Jadi, di sebalik kasih sayang bukanlah kebencian, tetapi ialah kedinginan! Sifat kedinginan ini jauh lebih bahaya daripada kebencian. Hal ini kerana anda mungkin naik darah dan kemarahan semasa terasa kebencian, dan ini juga menjalinkan interaksi dalam perhubungan, betul tak? Jadi memang amat menakutkan apabila kedinginan yang ditunjukkan oleh sesama sendiri dengan tidak mengendahkan tentang pengorbanan pihak yang lain.

Pernah sekali semasa saya mengajar kanak-kanak yang mana ada juga ibu bapa turut menemani anak mereka dalam kelas. Pada masa itu, ada seorang budak duduk dalam kelas dengan ditemani ibu bapanya di kiri dan kanan. Kebetulan saya menyentuh tentang dengan satu niat baik kita membolehkan pembentukan kristal air yang sangat cantik, iaitu melalui cara bercakap dengan air “saya sangat berterima kasih kepada anda, saya sayangkan anda”, maka terbentuklah kristal air yang sangat cantik. Sebaliknya jika anda berkata, “Saya bencikan anda, saya tidak suka anda.”, maka kristal air yang sangat hodoh akan terbentuk. Kemudiannya kami pun mulakan uji kaji dengan dua biji epal, sebiji diletak di hadapan pintu dan sebiji lagi di belakang pintu. Epal di hadapan pintu diberi dengan kata-kata pujian, manakala epal di belakang pintu pula dimarah-marah pula! Di sini, apakah pergantungan kepada sesuatu kebenaran? Ya, ia bergantung kepada pengesahan daripada diri kita. Akibatnya, seminggu kemudian, epal di hadapan pintu jauh lebih cantik daripada epal di belakang pintu yang kelihatan sudah berkedut-kedutan. Seorang rakan saya pun berkata, “Mari sini, saya bagi anda makan buah epal yang telah dimarahi oleh orang? Mahukah anda makannya? Adakah kita juga akan menelan semua kata-kata

Page 167: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

167

buruk kena marah setelah makan buah epal tersebut!

Satu lagi ujian dibuat dengan menggunakan nasi putih sebanyak tiga mangkuk, nasi mangkuk pertama dipuji dengan kata-kata, “Kerana anda, badan saya mendapat khasiatnya.” Bagi nasi mangkuk kedua, anda marahnya dengan berkata, “Mengapa anda tidak sedap sangat ni!”, nasi mangkuk ketiga pula dibiarkan begitu sahaja dan tidak bercakap sepatah pun dengannya. Seminggu kemudian, keputusannya ialah nasi mangkuk pertama sudah mula menapai dengan keharumannya; Nasi mangkuk kedua pula kelihatan berwarna hitam dan sudah berbau busuk; Nasi mangkuk ketiga juga berbau busuk malah jauh lebih busuk daripada nasi mangkuk kedua. Mengapa begitu? Disebabkan sikap kedinginan anda yang tidak mempedulikannya. Jadi rakan-rakan sekali, antara perang dingin dengan perang yang panas, mana satu lebih dahsyat? Peperangan yang panas tidak mendatangkan penyakit kanser, sebaliknya perang dingin memudahkan penghidapan penyakit kanser dan sangat menderita.

Ketika inilah, kedua-dua ibu bapa yang duduk di sisi anaknya, si suami pun memandang isterinya dan sambil itu menghulurkan tangan menepuk bahu isterinya. Sungguhpun saya tidak faham apa yang dicakapnya, tetapi dari renungan matanya saya dapat agak, katanya, “Tengok, cikgu tengah cakap tentang anda.” Saya yang berada di atas pentas agak cemas bagi pihak si suami, saya ternampak si isteri pula berpaling kepalanya sambil menjeling suaminya. Saya pun terfikir, sebenarnya si suami ini agak kurang peka dan tidak pandai serta tidak memahami apakah punca isteri perang dingin dengannya? Sebenarnya, memang bukan susah sangat jika hendak berhubungan dengan kaum wanita! Terfikir saya lagi, mungkin si isteri sudah banyak berkorban untuknya, sungguhpun demikian dia tidak pernah mendapat sepatah dua kata pujian daripada suaminya, jadi si isteri pun memendamkan kemarahannya dalam hati, akibatnya semakin lama kemarahan itu dipendam dalam hati, semakin seriuslah keadaannya. Jadi, kaum lelaki harus mengingati kata-kata ini, iaitu “Dengan sepatah kata-kata manis, biarpun terpaksa kerja macam kerbau ataupun kuda, hatinya tetap rela dan sudi.” Si suami harus kerap memberi pujian kepada isteri, misalnya semasa makan lauk yang dimasak oleh isteri, apakah yang harus diucapkan semasa makan? Ya, dengan memujinya dan berkata, “Bagaimana anda masak

Page 168: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

168

lauk ini, sangat sedap!” “Nasi yang anda masak wangi sekali!” Mungkin ini jawapan daripada isteri anda, “Biar saya masak satu lagi lauk untuk anda.” Sebaliknya, jika anda asyik makan, makan dan bila sudah hampir kenyang, anda pula berkata, “Mengapa tak sedap betul!”, dengan kata ini mungkin menyebabkan isteri anda mogok dan enggan masak selama tiga hari. Oleh yang demikian, pasangan suami isteri harus sentiasa memberi pujian kepada pasangannya walau di mana jua.

Saya juga masih ingat ketika Cikgu Yang melihat suaminya pulang dan dia pun pergi menyambutnya sambil berkata, “Anda sudah pulang.”, kemudiannya ternampak tangan suaminya penuh dengan barang yang dibawa, Cikgu Yang pun menolongnya mengambil barang itu dan sambil itu berkata dengan suaminya, “Buat apa susah susah sangat ini bawa begitu banyak barang ni?” Jadi, unsur apa yang harus ditambah ke dalam perhubungan suami isteri dan ahli keluarga? Ya, unsur humor. Selain itu, jangan lupa bahawa tidak kira apa benda yang dibeli oleh suami anda, janganlah sesekali komen ini, komen itu. Mungkin sudah puas dia memilih sepanjang hari dan baru berjaya memilih beberapa biji cawan yang cantik, anda bukan saja tidak menolongnya mengambil malah dengan serta-merta menegurnya dengan berkata, “Mengapa anda beli lagi benda-benda yang tidak berguna ini?” Perasaan hatinya pada masa itu yang penuh semangat terus disejukkan oleh kata-kata anda yang mematahkan semangatnya.

Selain itu, suami Cikgu Yang juga sangat pandai memasak dan membuat teh Cina. Saya dapat perhatikan ini mungkin hasil daripada kata-kata pujian daripada Cikgu Yang. Sebaik saja minum teh yang dibuatnya terus berkata, “Mengapa ada orang mampu membancuh teh yang begitu wangi sekali! Kalau dihidangkan dengan buah oren yang siap dipotong, anda boleh makan sambil memuji dengan berkata, “Oren yang dipotong ini sangat manis!” sebagai tanda anda kagum terhadapnya dan pihak yang satu lagi akan terasa dirinya semakin bernilai dan semakin sudi membantu anda. Kalaulah hari ini suami anda teringin pula menolong anda mencuci pinggan mangkuk, apa yang anda harus lakukan? Adakah anda masuk ke dapur dan terus mengadu, “Mengapa pinggan mangkuk yang dicuci masih kotor lagi?” Sebenarnya anda harus memendamkan rasa marah anda, katakan dia sudah mencuci lima hingga enam biji pinggan dan mungkin ada sebiji yang sangat

Page 169: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

169

bersih dicucinya, maka anda harus keluarkan pinggan yang bersih itu sambil menunjuk kepadanya dan berkata, “Pinggan yang anda cuci ini jauh lebih bersih daripada yang saya cuci pada kali pertama.” Maka, adakah dia akan terus membantu anda lain kali? Sudah pasti dia akan menolong lagi kerana anda sudah memberi kepastian kepadanya. Jadi jelas sekali perhubungan suami isteri akan bertambah baik dengan adanya lebih banyak toleransi dan pujian.

Dalam perhubungan sesama manusia, asalkan anda mematuhi satu cara yang baik, iaitu “Empat Cara Utama” “Memberi Sebelum Diminta” yang pasti menjamin pergaulan mesra antara satu sama lain, inilah yang dipanggil sebagai cara perhubungan sosial. Cara pertama ialah “Bersedekah”, dengan cara moden ia dikatakan sebagai banyak belanja makan dan memberi hadiah. Dalam perhubungan suami isteri, jika si suami sering memberi hadiah kecil kepada isteri, ini pasti menggembirakan hatinya kerana dia dapat merasai akan suaminya sentiasa rindu terhadapnya tidak kira di mana jua dia berada. Jadi, apabila bertugas di luar, satu perkara yang si suami mesti sentiasa ingat ialah membeli hadiah untuk isterinya. Janganlah terus menghadiahkan mutiara pula, ini mungkin terlalu mahal harganya, biarpun hadiah itu murah harganya tetapi maksud yang dibawanya jauh lebih tinggi daripada nilainya. Pada hari jadi isteri ataupun hari ulangtahun perkahwinan pula, bawalah isteri makan di restauran. “Memang bersusah payah anda memasak, mari kita makan di luar.” Dengan itu, isteri akan terasa pengorbanannya memang berbaloi melalui niat baik dan keikhlasan daripada anda.

Cara kedua ialah “kata-kata sayang”, sama seperti yang kita katakan tadi agar memberi lebih banyak kepastian dan kata-kata yang menenangkan hati pihak yang lain. Biarpun “kata-kata sayang” ini tidak semestinya kata-kata yang sedap didengar, kerana kasih sayang itu merupakan prihatin yang ikhlas terhadap pihak yang satu lagi. Bagi isteri yang menjadi suri rumah tangga untuk menjaga anak dan suami di rumah, jika ternampak salah silap dilakukan oleh si suami, maka si isteri harus memberi nasihat kepadanya. Tetapi memberi nasihat juga ada caranya yang mana kita harus menjaga sikap dan caranya. Sikap yang macam mana harus digunakan? Adakah ia diajar dalam “Di Zi Gui?” Ada. Jadi, bolehkah “Di Zi Gui” membantu dalam menyelesaikan masalah antara suami isteri? Boleh! Kerana “Apabila

Page 170: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

170

kita saling menggalakkan membuat kebajikan antara satu dengan lain, kebaikan kedua-duanya akan meningkat, “Ikutilah tabiat orang yang selalu membuat kebajikan.” Apa yang anda nampak hanyalah kelebihannya dan ini pasti sangat menggembirakannya. Seterusnya “kita sewajarnya mencuba untuk membalas segala budi dan memaafkan persengketaan yang ada.” Perhubungan suami isteri pasti bertambah baik apabila anda sentiasa terfikir akan kesusahan suami ataupun isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi pasangan suami isteri, mana mungkin tiada persengketaan? Sungguhpun demikian, anda tidak memendamkan persengketaan itu dalam hati dan sebaliknya “lupakan segala persengketaan yang ada.” Jadi rakan-rakan sekalian, janganlah kita memandang kecil terhadap “Di Zi Gui”, ia boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah hidup kita. Oleh itu, “kata-kata sayang” juga merangkumi memberi nasihat kepada orang lain.

Cara seterusnya ialah “Ingatkan kebaikan yang boleh diberikan kepada pasangan kita melalui perkara yang kita lakukan”. Manusia ini sering bersikap pelupa, jadi kita sering membantu pasangan kita mengingati perkara-perkara yang penting. Ini mungkin menyedarkannya mujurlah dengan adanya anda yang membantunya mengingat semua perkara yang penting, jika tidak banyak masa dan wang yang terbazir. Cara ini mengajar kita sentiasa memikirkan cara untuk memudahkan dan memberi bantuan kepada pasangan kita. Katakan suami anda balik lewat dari kerja pada hari ini, dan bagi menunjukkan keprihatinan anda, jangan lupa pasangkan lampu di koridor supaya suami tidak terasa gelap gulita sebaik sampai di rumah. Di samping itu, tinggalkan satu nota pendek di atas meja makan dengan menulis, “Saya sudah masak mi untuk anda, makanlah sebelum tidur kerana anda sudah berpenat lelah sepanjang hari ini. Hal ini juga disifatkan sebagai satu cara untuk memberi kebaikan kepada pasangan melalui kerja yang anda lakukan, dengan berbuat demikian, biar betapa penat sekali pun, suami anda akan sentiasa terasa ada orang menemani di sisinya.

Akhir sekali ialah “Bersama-sama menguruskan keluarga.” Kerjaya apakah yang diusahakan bersama antara suami isteri? Hal-ehwal rumahtangga. Iaitu menguruskan keluarga dengan baik, mendidik anak dengan baik, maka ini membolehkan pasangan suami isteri banyak berkomunikasi dalam soal pendidikan anak-anak. Masalah ini juga merupakan masalah yang difikirkan

Page 171: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

171

oleh kebanyakan ibu bapa yang fikirkan perlu ada kejayaannya. Apabila kita menyampaikan satu konsep yang betul kepada pasangan kita, maka sikap kita pada masa itu janganlah terlalu keras. Bila balik rumah nanti, janganlah anda bercakap begini dengan suami anda, “Mulai hari ini, anda mesti dengar pendapat saya dalam soal pendidikan anak-anak kita.” Bolehkah anda bercakap dengan cara ini? Tidak boleh! Anda juga tidak boleh berkata, “Saya sudah menghadiri ceramah Cikgu Tsai, anda mesti dengar cakap saya pada masa akan datang.” Kalaulah ini cara anda bercakap, saya pasti tidak berani datang ke sini lagi, ini kerana semasa saya berjalan di tepi jalan, mungkin ada orang datang kepada saya dan bertanya, “Adakah anda Cikgu Tsai?” Saya pasti menjawabnya, “Bukan”, kerana semasa dia datang ke arah saya sudah ternampak kemarahannya. Jadi, dalam usaha menguruskan keluarga bersama-sama, pasangan suami isteri perlu ada persepsi yang betul. Persefahaman ini boleh didirikan secara beransur-ansur melalui VCD Cikgu Yang, VCD “Di Zi Gui”, ataupun VCD ceramah saya. Sesi ceramah hari ini sampai sini sahaja. Terima kasih!

Page 172: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

172

Sesi 10 Cara-cara Mendidik Anak Mematuhi Peraturan

Rakan-rakan sekalian, kita teruskan sesi yang lepas. “Apabila tinggal berasingan, dapatkan tempat tinggal yang tetap dan pekerjaan yang sesuai.” “Hendaklah tekun menjalankan sesuatu kerja dan jangan selalu bertukar ganti.” Bagi menenangkan hati ibu bapa, kita harus mengusahakan pelajaran, kerjaya dan rumahtangga kita dengan sebaik yang boleh. Tadi kita juga ada berbincang bahawa kita harus memilih pekerjaan yang sesuai untuk diri dan mengusahakannya dengan sepenuh hati dan janganlah bersikap belum pandai berjalan ingin cuba berlari pula. Pada zaman sekarang, ramai orang inginkan cepat kaya tetapi manalah ada makan tengah hari yang percuma di dunia ini? Apabila seseorang itu berniat ingin cepat kaya, kita harus sedar bahawa usaha kita tidak akan membuahkan hasil. Apabila kita bertindak terlalu tergesa-gesa, maka perasaan hati kita juga sangat melulu semasa bertukar pekerjaan. Bolehkah seseorang membuat pilihan yang tepat dengan tindakan terburu-buru. Ya, memang sukar. Jadi, setiap kali kita bertukar kerja ibu bapa akan mula risau tentang kesejahteraan kita lagi.

Sementara itu, pada hakikatnya, kredibiliti orang yang sentiasa berpindah kerja dalam masyarakat akan tercemar pada setiap kali dia bertukar pekerjaan. Rangkaian kenalannya yang berjaya diusahakan akan terjejas akibat bertukar kerja. Kita boleh lihat contoh dari pembukaan sebuah hospital, oleh seorang doktor yang tersohor. Walaupun ramai pesakit yang dirawatnya, namun kita harus berfikir secara mendalam bahawa ini bukan sekadar kemahiran ilmu rawatan doktor tersebut, tetapi kerana hospital ini berjaya dipimpin oleh pegawai yang sangat berkaliber dan dengan adanya barisan pengarah yang memberikan peluang pekerjaan. Kita juga seharusnya sentiasa mengingati bahawa hospital ini sudah melalui satu tempoh yang agak panjang dan sepanjang tempoh ini, pekerjaan kita menjadi stabil juga disebabkan oleh sokongan daripada ramai orang. Justeru, kita tidak boleh berfikir bahawa diri kita sahaja yang inginkan kemajuan yang lebih besar, maka anda pun membuka sebuah hospital berhadapan dengan hospital yang sedia ada dan menjadi bos hospital baru itu. Oleh itu apakah yang akan terjejas akibat tindakan tersebut? Ya, keharmonian. Tindakan anda tersebut mungkin melibatkan beberapa orang rakan sekerja dari hospital lama itu.

Page 173: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

173

Sebagai seorang insan, kita harus menjadi orang yang bersikap positif dan pastikan diri kita tidak bertindak terburu-buru. Biarpun kita sudah meninggalkan tempat kerja lama, kita harus meninggalkannya secara baik sebagaimana kita menyertai syarikat itu pada mulanya. Jika cara sebaliknya yang berlaku, hasad dengki akan menjadi penghalang kepada kerjaya kita kelak.

Sementara itu, kekayaan dalam hidup ini tidak semestinya diperoleh walaupun kita berusaha untuk merebutnya. Kita tidak boleh memaksa-maksa diri untuk merebut kekayaan sedangkan rezeki itu merupakan pemberian daripada Tuhan. Selain itu kita juga harus banyak bersedekah dan memberi sumbangan kepada masyarakat yang pasti menjadi sebab kita lebih murah rezeki. Contohnya jutawan Li Ka Shing dari Hong Kong, nilai wang yang diderma oleh beliau pada setiap tahun sangat tinggi. Kampung halaman jutawan ini terletak di Shantou dan saya pernah memberi ceramah di tempat ini, saya difahamkan bahawa kebanyakan kemudahan infrastruktur di kampung tersebut merupakan hasil sumbangan daripada beliau. Oleh yang demikian, kita harus mengusahakan pekerjaan kita dengan sikap yang lebih mantap dan janganlah bersikap besar kepala ataupun bertindak terburu-buru. Hal ini kerana kita mampu mempengaruhi orang di sisi kita walaupun hanya dengan satu tindakan, mereka akan menjadi lebih senang hati apabila kita bekerja dengan bersungguh-sungguh. Mari kita tengok ayat yang seterusnya dan membacanya bersama-sama sepintas lalu:

“Sekiranya sesuatu perkara itu dianggap remeh tetapi perkara itu salah dan tidak adil bagi orang lain, janganlah terus dibuat tanpa mengambil kira akibatnya”. Seseorang yang membuat pekerjaan yang salah di sisi undang-undang negara, ia merupakan perbuatan tidak patuh kepada ibu bapa. Jangan membuat pekerjaan yang salah, walaupun kecil, nescaya ibu bapa kita akan berasa sedih dengan perbuatan yang sedemikian.

Sebenarnya kebanyakan dermawan yang menderma secara besar-besaran bermula dengan angka derma yang sedikit. Begitu juga apabila dikumpulkan dosa-dosa kecil yang dibuat akan menjadi dosa yang besar. Liu Bei (seorang tokoh terkenal di Zaman Tiga Negara) telah meninggalkan satu pepatah yang sangat bermakna untuk anaknya iaitu “Kita harus berbuat

Page 174: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

174

baik biarpun sekecil mana kebaikan itu, janganlah kita cuba berbuat jahat tidak kira sekecil mana dosanya”, kita tidak boleh bersikap cuai terhadap setiap tutur kata dan tingkah laku anak-anak di rumah. Hal ini kerana anak kita mungkin melakukan kesilapan besar di luar kelak apabila kita bersikap bersahaja. Sememangnya jika kita ingin anak kita “janganlah kita membuat sesuatu tanpa mengambil kira akibatnya”, maka ibu bapa harus menjadi contoh kepada anak dahulu dengan “tidak membuat sesuatu tanpa mengambil kira akibatnya”. Contohnya semasa menonton televisyen di rumah, bolehkah kita meletakkan kaki di atas meja? Biarpun perkara ini dianggap remeh, namun perkara itu merupakan satu teladan yang tidak baik bagi anak.

Pengalaman memandu daripada seorang guru kami dari Shenzhen menjadi pengajaran. Pada suatu hari beliau memandu dengan membawa seorang budak berumur lima tahun. Semasa guru tersebut menghentikan keretanya kerana lampu isyarat sudah merah, budak tersebut pun berkata, “Cikgu, anda tidak perlu berhenti kereta, anda boleh terus memandu dan membuat pusingan di sana.” Dari mana budak ini belajar? Ibunya seorang polis. Jadi, “biarpun perkara itu dianggap remeh tetapi perkara itu salah dan tidak adil bagi orang lain, janganlah terus dibuat tanpa mengambil kira akibatnya.” Guru ini agak peka dengan sikap budak ini setelah mendengar kata-katanya dan berpendapat dia mesti menghubungi ibu bapanya dengan secepat mungkin. Semasa anak-anak masih tidak boleh menilai baik buruk tentang sesuatu perkara, memang buruk akibatnya jika kita memberi mereka contoh yang salah. Bagi guru itu pula, semasa menelefon ibu bapa budak tersebut, guru ini pun memberitahu ibu bapanya dengan akal budi, katanya, “hari ini anak anda mengajar saya memandu kereta.” Ibunya tergelak apabila terdengar kata-kata guru ini dan sedar apa yang berlaku. Rakan-rakan sekalian, kita sebagai orang dewasa jangan sesekali terus membuat salah biarpun sudah tahu perkara itu merupakan satu kesalahan. Dari segi perincian pula, kita harus lebih peka dan menjadi contoh baik kepada anak-anak. Apabila sikap sedemikian dijadikan amalan, anda pasti dapat merasai peningkatan dari segi sahsiah diri dan ilmu pengetahuan anda semakin hari semakin meningkat.

Kita juga harus sentiasa berpesan kepada anak-anak tentang banyak

Page 175: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

175

perkara khususnya dari segi keselamatan kerana satu kesilapan yang dibuat boleh mengancam keselamatan nyawa. Kita bukan hanya berpesan sekali sahaja kepada anak, malah harus berulang kali. Tetapi, ibu bapa sekalian, perkara apakah yang kita harus sentiasa berpesan kepada mereka? Ya, tentang melintas jalan raya; pertama sekali adalah untuk tujuan keselamatan, kedua pula ialah inilah sikap mematuhi peraturan. Jadi, kita mesti mematuhi semua peraturan yang berhubung kait dengan keselamatan diri. Misalnya kemalangan yang sering berlaku pada cuti musim sejuk di China, antaranya ialah kebakaran akibat anak-anak bermain mercun, anak keluar berenang bersama kawan tetapi tidak memberitahu ibu bapa tentang tempat tujuan mereka, kesemua ini berlaku kerana mereka telah mengabaikan pesanan nenek moyang kita yang mengatakan “kegembiraan itu ada hadnya” kerana kegembiraan yang keterlaluan akan mengundang malapetaka. Jadi, pesanan sebegini harus diamalkan sejak kecil lagi dan ini akan mendidik mereka sangat peka terhadap keselamatan dirinya. Misalnya semasa anak sedang membawa air panas, anda harus mengingatkannya supaya berhati-hati kerana dengan berbuat demikian boleh mengurangkan risiko kemalangan berlaku.

Selain menjaga keselamatan diri, kita juga harus mengingatkan mereka supaya tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan orang lain. Jika inilah amalannya, maka anak ini akan sentiasa berwaspada supaya tutur kata dan tingkah lakunya tidak mendatangkan keburukan kepada orang lain. Saya pernah membaca satu liputan berita yang melaporkan bahawa perbuatan seorang kanak-kanak yang suka menarik kerusi yang hendak diduduki oleh kawannya telah mengakibatkan rakannya menjadi lumpuh kerana kecederaan serius pada tulang belakang setelah terjatuh kerana tidak menyedari kerusi yang ingin didudukinya telah ditarik oleh budak tersebut. Dengan berpandukan contoh ini kita boleh memberi kesedaran kepada pelajar bahawa kita boleh mengundang keperitan yang sangat besar kepada orang lain akibat daripada satu perbuatan kecil diri kita. Berapa orang yang akan menderita kerana perbuatan tersebut? Kita tidak tahu berapa lama mangsa tersebut harus menghabiskan masanya dengan berbaring di atas katil. Jika disuruh anak-anak sendiri berbaring di atas katil selama tiga hari, sudah pasti mereka akan terasa sangat tidak selesa sama sekali. Selain itu, ibu bapa kepada pelajar yang terjatuh juga pasti akan menderita; Ibu bapa rasa

Page 176: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

176

sangat menderita apabila melihat anak yang telah dibesarkan berbelas tahun kini terlantar. Setiap kali memandang anak yang lumpuh, itu merupakan satu penyeksaan kepada mereka. Perbuatan itu juga mengakibatkan kesan buruk sepanjang hayat kepada ibu bapa mangsa. Selain ibu bapa mangsa, sanak saudara yang menyayangi mangsa juga akan berasa sedih. Jadi murid-murid sekalian, kita jangan sesekali membuat perkara yang boleh membawa penderitaan yang melibatkan begitu ramai orang dengan satu perbuatan kecil kita. Jadi, “sekiranya sesuatu perkara itu dianggap remeh tetapi perkara itu salah dan tidak adil bagi orang lain, janganlah terus dibuat tanpa mengambil kira akibatnya,” yang mana ini melibatkan masalah dari segi keselamatan.

Dari segi peraturan pula, kita mesti mengajar anak mematuhi peraturan agar “sesuatu perkara itu dianggap remeh tetapi perkara itu salah dan tidak adil bagi orang lain, janganlah terus dibuat tanpa mengambil kira akibatnya.” Misalnya peraturan tidak boleh membuang sampah merata-rata, biarpun kita nampak membuang sampah hanya satu perkara kecil sahaja, namun ia boleh menjatuhkan maruah keluarga, diri malah menjatuhkan nama baik negara apabila sifat tersebut telah menjadi tabiatnya. Kita pernah mendengar cerita yang mengatakan bahawa semasa mendaki gunung, apabila anda tidak tahu jalan mana yang harus diikut, bagaimana anda hendak mendaki gunung itu? Ya, mendaki dengan mengikuti sampah yang ada di sana. Cara ini nampak mudah sekali, namun apabila kita berfikir secara mendalam, inilah kedukaan atas tingkah laku manusia yang bukan saja tidak tahu malu malah tidak menyayangi alam semula jadi ini. Adakah orang China beribu tahun dahulu juga bersikap demikian? Ada atau tidak? Mereka telah menerima didikan tokoh-tokoh tamadun China yang mengajar mereka menyayangi bumi subur ini yang telah membesarkan kita kerana “Langit sebagai bapa dan bumi sebagai ibu”. Jadi, janganlah kita membuang sampah dengan sewenang-wenang lagi.

Pernah ada tiga berita yang disebarkan dalam internet, berita pertama yang disebarkan ialah mengisahkan tentang Pearl Harbour di Amerika Syarikat di mana tong sampah di sana ditulis dengan satu barisan perkataan Cina. Di Pearl Harbour, bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perhubungan, dan tulisan Cina di atas tong sampah ialah “sila buang sampah di sini”, ia ditulis untuk bacaan siapa? Berita kedua pula berkaitan dengan

Page 177: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

177

istana di Thailand, iaitu di lokasi pelancongan bertaraf antarabangsa, dalam bilik air mereka juga ditulis dengan sebaris perkataan Cina “Sila simbah air selepas mengguna tandas”, sila tanya notis tersebut ditulis untuk bacaan siapa? Ya, untuk orang Cina. Yang satu lagi ialah terdapat notis dalam tulisan Cina di gereja bersejarah di Perancis, iaitu “Jangan riuh rendah semasa bercakap”. Ketiga-tiga notis adalah tentang tiga perkara yang kecil dengan mengingatkan pelawat supaya menyimbah air selepas mengguna tandas, tidak membuang sampah dan tidak bising semasa bercakap, namun ketiga-tiga perkara kecil itu telah menjadi satu perkara yang serius, mengapa? Sebab maruah orang Cina telah terjejas di seluruh dunia kerana perbuatan kecil tersebut. Apabila kami bercerita mengenai perkara tersebut pada anak murid, mereka berkata, “Cikgu, kita boleh padamkannya.” Saya pun tanya, “Apa caranya?” Bolehkah kita menutup mulut orang lain dan mereka tidak akan mengata kita lagi atas kesalahan yang kita buat? Tetapi bolehkah kita menutup mulut semua orang? Memang tidak boleh! Kita harus rasa malu atas perbuatan kita supaya tidak menjatuhkan maruah negara dan mulai dari diri kita bersikap menjaga kebersihan dan ketenteraman awam dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

Rakan-rakan sekalian, mari kita berfikir secara mendalam pula, pernahkah anda melawat istana di Thailand? Memang bertuah sekali bagi anda yang pernah mengunjung ke sana. Siapa pula pernah melawat ke Paris, Perancis? Saya yakin majoriti orang Cina tidak pernah sampai sana, kalau ada pun hanya golongan yang mampu sahaja sampai ke sana, pelajar Cina yang menuntut di sana, golongan yang kaya raya dan mereka yang berstatus tinggi. Pernahkah anda mendengar seorang petani dari kampung melawat ke gereja bersejarah di Perancis? Memang jarang sekali. Ya, yang mampu sampai ke sana semuanya terdiri daripada mereka yang berpendidikan dan berstatus tinggi, tetapi sayangnya mereka gagal melaksanakan peraturan kehidupan harian melalui tingkah laku mereka. Dari sini juga menjelaskan bahawa pencapaian akademik yang tinggi tidak bermakna orang itu juga berakhlak tinggi. Maka, inti pati pendidikan adalah terletak pada bagaimana kita mendidik seseorang berkelakuan baik dan bersikap betul semasa membuat kerja. Sebenarnya, yang paling penting ialah anak-anak harus diberi didikan sebegini dengan asas yang kukuh semasa mereka masih kecil lagi, memandangkan nisbah seorang guru perlu berhadapan dengan berpuluh

Page 178: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

178

orang murid, biarpun guru telah mengajar dengan bersungguh-sungguh, namun ini memang merupakan satu tugas yang tidak mudah untuk mereka. Apa yang penting ialah pihak ibu bapa harus banyak bekerjasama dengan guru, dengan cara inilah anak-anak dapat dibantu menjalani kehidupan dengan berdisplin.

Jadi, dari segi keselamatan dan peraturan, sentiasa ingat tentang ajaran “Sekiranya sesuatu perkara itu dianggap remeh tetapi perkara itu salah dan tidak adil bagi orang lain, janganlah terus dibuat tanpa mengambil kira akibatnya.” Jika terbuat juga, “seseorang yang membuat pekerjaan yang salah di sisi undang-undang negara, ia merupakan anak yang tidak patuh kepada ibu bapa.” Semasa kecil, kita memang sangat takut orang lain mengatakan kita “kurang ajar”! Tidak kira apa yang dibuat, apabila terdengar perkataan “kurang ajar”, apakah reaksi kita pada masa itu juga? Ya, berubah menjadi lebih baik kerana risau ibu bapa menjadi malu akibat tingkah laku diri kita. Hal ini kerana “Jika kita mengalami kelukaan, nescaya ibu bapa kita akan berasa bimbang tentang kita.”, “Jika kita membuat pekerjaan yang salah, walaupun kecil, nescaya ibu bapa kita akan berasa sedih dengan perbuatan yang sedemikian.” Oleh itu, memang penting untuk seseorang mempunyai rasa malu.

Mari kita lihat ajaran yang seterusnya, “Jangan membuat pekerjaan yang salah, walaupun kecil, nescaya ibu bapa kita akan berasa sedih dengan perbuatan sedemikian.” Disebabkan kanak-kanak masih belum berkebolehan menilai salah atau betul sesuatu perkara, kadang-kadang mereka akan mengambil barang mengikut sesuka hati mereka kerana terasa seronok dengan berbuat demikian. Oleh itu, ibu bapa harus lebih teliti semasa membimbing anak, ini disebabkan setiap kali anak berkelakuan buruk, dari mana kita boleh meneliti akan kesalahan mereka? Ya, dari air muka mereka, kerana mereka akan rasa bersalah. Seorang ibu kebetulan terasa air muka anak yang baru pulang dari sekolah lain dari hari biasa, jadi si ibu pun menyelongkar beg sekolah anaknya dan terjumpa beberapa biji epal di dalamnya. Si ibu berasa hairan dari mana anaknya mendapat epal itu? Sudah pasti si anak tidak sempat mencari alasan dan berasa gementar serta tergagap-gagap apabila disoal ibunya; akhirnya dia mengaku tentang perbuatan dirinya kerana rasa seronok semasa berbuat demikian bersama

Page 179: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

179

sekumpulan kawannya.

Ibu tersebut pun membawa anaknya ke gerai buah-buahan dengan segera tanpa bercakap banyak kepada anaknya. Setiba di sana, si ibu terus menundukkan badan untuk berminta maaf daripada tauke gerai yang sedang sibuk dan juga tidak tahu asal-usul perkara yang berlaku. Si ibu berkata, “Anak saya sudah mengambil beberapa biji epal dari gerai anda tanpa membayar.” Si ibu tetap membayar sungguhpun tauke gerai tidak berkira dengan mereka anak beranak, si ibu juga menyuruh anaknya meminta maaf daripada tauke itu. Apabila anak melakukan kesalahan buat kali pertama terus ditahan supaya tidak terus mengulangi kesalahan tersebut, ia akan ingat pengajaran tersebut buat selama-lamanya dan tidak akan mengulanginya. Bagaimana pula perasaan hati si anak apabila melihat ibunya menunduk badan untuk meminta maaf daripada orang lain? Pasti mereka akan berasa sangat malu sekali. Jadi, dari pengajaran ibu dengan menunjukkan contoh kepada anak boleh membangkitkan rasa malu anak. Adalah mustahil bagi anak kita tidak berbuat salah, namun pada setiap kali dia melakukan kesalahan, ibu bapa harus mengambil peluang terbaik itu untuk memberi tunjuk ajar pada masa yang sesuai.

Cerita kedua pula ialah mengenai seorang ibu yang membawa anaknya bersiar-siar di kedai buku. Pada masa itu, si anak ternampak diari yang dijual di sana kebanyakannya disertakan dengan satu kunci kecil, jadi anak itu pun mengambil kunci kecil tersebut. Setelah mereka keluar dari kedai buku, si ibu baru sedar anaknya telah terambil kunci kecil dari diari, jadi dia pun membawa anaknya balik ke kedai buku untuk memulangkan kunci itu. Juruwang pun berkata, “Kunci ini hadiahkan sajalah kepada anda sebab kami pun tidak tahu dari diari mana satu dia terambil.” Maka, si ibu pun membawa pulang kunci itu dengan tidak mengambil berat akan keseriusan daripada kesan perkara tersebut. Tidak lama kemudian, anaknya sudah bersekolah dan si ibu perasan anaknya sering membawa pulang barang kepunyaan rakan-rakan sekolahnya. Oleh yang demikian, semasa anak masih mentah dari segi kebolehan membuat penilaian terhadap sesuatu perkara, dalam masa yang sama tidak diberi bimbingan yang sebaiknya apabila dia membuat salah, maka lama-kelamaan perbuatan itu akan menjadi satu kebiasaannya. Jadi, ibu bapa harus banyak berkorban dan mendidik dengan cermat semasa

Page 180: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

180

anak berusia lima hingga enam tahun, dengan itu barulah mereka dapat dididik sebaiknya dengan ilmu supaya pandai membuat penilaian.

Oleh yang demikian, ibu-ibu pada zaman dahulu sentiasa beringat mengajar anak mereka supaya tidak bersikap tamak. Seperti kata pepatah yang mengatakan apabila seseorang mencuri jarum semasa kecil, dewasa kelak dia mungkin mencuri emas pula. Anak-anak harus dididik supaya tidak mengambil barang kepunyaan orang lain, jika tidak buruk akibatnya dalam jangka masa panjang. Oleh sebab sikap tamaknya, dia mungkin dipupuk dengan sifat cuba memperolehi barang yang disukainya dengan apa jua cara biarpun mencuri atau merompak. Selepas memupuk sifat tidak tamak, seterusnya anak-anak harus disemai dengan sifat bersih yang sememangnya sangat penting. Orang zaman dulu amat menitikberat tentang sifat bersih seseorang. Keupayaan seseorang untuk memberi khidmat kepada negara diukur dari segi sifat ketaatan kepada ibu bapa dan sifat bersihnya. Memandangkan asas untuk menjadi seorang insan terletak pada “ketaatan kepada ibu bapa”, manakala asas untuk membuat kerja terletak pada sifat “bersih” seseorang. Apabila seseorang bersifat “bersih”, dia akan bersikap adil dan tidak mementingkan diri terhadap kerja-kerja yang diamanahkan kepadanya. Sementara itu, dari mana kita boleh lihat baik buruk politik sesebuah negara? Ya, dari segi nilai bersih. Justeru, asas politik terletak pada nilai bersih. Seandainya ahli politik tidak bersifat bersih, nescaya kehidupan rakyat jelata akan bertambah susah.

Jika kita mengimbas tentang isu-isu semasa masyarakat zaman sekarang, kebanyakannya merupakan masalah pendidikan. Jelas sekali bahawa sudah lama kita telah mengabaikan pendidikan dan tiada gunanya jika kita terus merungut tentang masalah tersebut. Maka, mulai sekarang dengan bermula daripada diri kita dan setiap ibu bapa serta setiap guru harus mula mendidik anak supaya tidak tamak serta disemaikan dengan nilai-nilai baik iaitu bersikap jujur, dan dengan cara inilah akan membawa kepada masyarakat yang aman pada beberapa puluh tahun kemudiannya. Jika masyarakat kita semakin bersih dan jujur pada berpuluh tahun kemudian, anak pula semakin menghormati ibu bapa dan golongan tua, bagaimana pula kehidupan kita pada usia emas masa itu? Barulah masa depan kita lebih cerah kerana usaha yang dicurahkan oleh setiap ibu bapa dan guru tidak

Page 181: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

181

disia-siakan.

Jadi, daripada ayat “Jangan bersikap suka menyorok barang” bukan saja mengajar kita supaya tidak bersikap tamak, malah memupuk keperibadian yang suka berkongsi barang kepunyaan diri dan memupuk anak yang bermurah hati. Jika anak kita seorang budak yang tidak suka berkongsi makanan dengan orang lain, yang pasti lama-kelamaan anak ini akan menjadi orang yang kedekut. Saya masih ingat ada beberapa orang anak murid yang belajar bersama dan tinggal bersama, salah seorang ibu daripada anak murid tersebut telah membawa beberapa botol susu untuk anaknya, di mana si ibu tersebut membawa susu itu? Dibawa ke biliknya kemudian berpesan kepada anaknya, “Semua ini untuk anda.”, gaya si ibu semasa berpesan kepada anaknya seolah-olah takut dilihat oleh anak murid yang lain. Habis, bagaimana cara si anak tersebut bila hendak minum susu? Ya, betul, minum secara curi-curi. Namun, biarpun si anak tersebut sudah memperolehi khasiat daripada minuman susu tersebut, tetapi apakah kesan ke atas keperibadiannya? Saya percaya dia pasti tidak terasa puas semasa minum susu yang dibawa oleh ibunya, kerana terpaksa minum secara curi-curi.

Guru mereka merupakan seorang yang teliti dan memerhatikan tentang isu tersebut, maka pada malam hari berkenaan, guru ini pun berbual-bual dengan anak murid tersebut, “Anda mempunyai begitu banyak susu, bukankah lebih baik anda bergembira dengan semua rakan sekolah daripada seorang diri menikmati susu ini, jika kita ada benda yang bagus, ia harus dikongsikan bersama kawan-kawan baik anda, jadi, sudikah anda membelanjakan susu anda kepada semua rakan sekelas?” Budak yang lurus ini pun menjawab, “Baiklah, kita tuangkan semua susu ke dalam satu botol yang sama.” Manakala anak-anak murid yang lain pula berasa sangat gembira kerana mereka dijamu minum susu. Kemudiannya, setiap orang menuang sedikit susu, pada masa itu timbul suatu keadaan yang sangat unik iaitu apabila seseorang sudi berkorban, ia dapat membangkitkan perasaan gembira ramai orang, malah lebih pandai berfikir bagi pihak orang lain. Apabila terasa susu yang dituang agak terlalu banyak, budak-budak ini akan berkata, “cukup, cukup, murid-murid lain juga hendak minum juga.” Akhirnya semua orang memperolehi sedikit susu dan kemudiannya

Page 182: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

182

diminum bersama-sama dengan gembiranya.

Jadi, tangan yang memberi terasa lebih bahagia daripada mereka yang menerima. Budak itu berasa sangat gembira kerana beberapa orang rakan mengucapkan terima kasih kepadanya semasa hendak minum susu yang dibelanjanya. Pada malam itu juga, dia mencatat peristiwa berkongsi minum susu bersama dengan rakan-rakannya di dalam diari. Dia juga terasa susu yang diminum pada hari itu luar biasa sedap dan wangi. Catatan diari tersebut telah dibaca ibunya secara kebetulan. Apabila si ibu ternampak anaknya begitu bermurah hati dan gembira kerana berkongsi susunya dengan rakan sekelas, perbuatan anaknya itu telah menyedarkan ibunya bahawa cara dia memberi susu kepada anaknya kurang baik. Jadi, hanya orang yang bermurah hati mampu membawa kepada jalinan perhubungan yang baik dengan orang lain yang seterusnya akan membawa kebaikan kepada kehidupan dan kerjayanya. Maka, sikap kita yang tidak tamak dan murah hati dapat menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kita.

Yang Zhen, merupakan seorang pegawai kerajaan yang sangat bersih dan amanah semasa dinasti Han. Di samping itu, beliau juga sering mengesyorkan calon-calon yang berbakat berkhidmat untuk kerajaan. Misalnya semasa beliau berkhidmat sebagai wizurai di Donglai, beliau telah mengesyorkan Wang Mi berkhidmat untuk kerajaan. Kemudiannya, Wang Mi pun menghantar sejumlah emas kepada Yang Zhen sebagai tanda terima kasih. Apabila ternampak emas tersebut, Yang Zhen pun berkata, “saya mengesyorkan anda diberi jawatan pegawai kerana saya sangat memahami anda, tetapi mengapa pula anda langsung tidak memahami saya dan mahu memberi saya emas-emas ini!” Wang Mi pun menjawab, “Ini hanya sedikit sebanyak tanda terima kasih kepada anda, pasti tiada orang lain mengetahuinya sekarang.” Jawab Yang Zhen, “Macam mana tiada orang lain akan mengetahuinya, bukan saja anda dan saya mengetahui perkara ini, malah langit dan bumi juga tahu tentangnya.” Jadi, dari mana kita dapat lihat keperibadian dan tatasusila seseorang? Ya, integriti moral seseorang akan dipaparkan semasa ia berada di tempat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Setelah mendengar kata-kata Yang Zhen, Wang Mi terus beredar dari situ kerana rasa sangat malu terhadap perbuatan dirinya.

Page 183: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

183

Sikap Yang Zhen yang bersih dan amanah telah menjadi contoh yang baik kepada cucu-cicit keturunannya, misalnya anaknya Bing, cucunya Ci dan cicitnya Biao pernah memegang jawatan tinggi semasa berkhidmat untuk kerajaan. Sikap beliau yang tidak tamakkan pemberian emas membolehkan beliau memperoleh pahala yang lebih banyak, seperti kata pepatah yang “Keluarga yang banyak beramal pasti dapat meraih pahala yang besar daripada beramal”, selain daripada balasan atas pahalanya, yang paling penting ialah contoh daripada sifat baiknya. Justeru, kita harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kita.

Seterusnya kita harus membimbing anak kita sayang kepada harta-benda awam dan tidak dijadikan milik diri sendiri. Saya pernah berjumpa dengan ramai tokoh berjaya dan kebanyakannya pernah menyatakan bahawa biarpun ibu bapa mereka pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam, mereka tidak akan menyalahgunakan kenderaan syarikat bagi menyelesaikan urusan peribadi mereka; biarpun telefon di rumah juga tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk kegunaan peribadi. Jadi, sifat mereka yang bersih dan amanah telah memberi tanggapan yang mendalam kepada anak-anak mereka.

Saya sering bertanyakan anak murid saya, “Siapakah yang membeli kerusi meja di sekolah? Siapakah yang membeli harta-benda awam di sekolah? Disebabkan anak-anak murid ini sangat lurus, apakah jawapan mereka? Ya, mereka menjawab ia dibeli oleh guru besar. Saya bertanya lagi, “Dari mana guru besar mendapat wangnya? Guru besar mendapat wang daripada … disebabkan daya pemikiran mereka belum cukup matang dan, saya mengulang pertanyaan, “Dari mana guru besar mendapat wangnya?” Jawab mereka, “daripada kerajaan.” Dari mana kerajaan memperolehi wang? Ia hasil daripada kutipan cukai. Berapa ramaikah pembayar cukai di China? Jawab mereka, “1.3 bilion.” Oh, tidak seramai itu? Saya bertanya sama ada mereka tahu membayar cukai? Jawabnya tidak tahu, dan sekurang-kurangnya berbilion orang yang membayar cukai. Justeru, harta-benda awam di sekolah, kerusi ini mahupun setiap barang di sini, siapakah pemiliknya? Pemiliknya terdiri daripada berbilion orang. Seandainya anda mencuri benda ini bermakna anda berhutang kepada berbilion orang, biarpun anda berpenat lelah bekerja juga tidak mampu membayar hutang

Page 184: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

184

tersebut. Jadi, kita harus membimbing anak-anak kita bahawa setiap barang pasti ada pemiliknya dan tidak boleh dibawa pergi dengan sesuka hati. Jadi, “Janganlah menyorok barang biarpun barang itu sangat kecil, kerana ibu bapa kita akan berasa sedih dengan perbuatan yang sedemikian.” Baiklah, mari kita baca ayat yang seterusnya.

“Sekiranya mampu, tunaikan apa yang ibu bapa ingini sekiranya ia baik bagi mereka. Jauhkan ibu bapa daripada apa yang mereka kurang senang yang tidak memudaratkan diri mereka. Mereka akan berasa sedih dan pilu apabila kita sakit. Mereka pastinya kecewa apabila kita membuat kesalahan atau berlaku curang. Sekiranya kita mempunyai ibu bapa yang penyayang, tidaklah sukar bagi kita menjadi orang yang bersopan. Sekiranya mereka bukan penyayang, kita masih perlu bersopan barulah kita akan menjadi anak yang soleh.”

“Sekiranya mampu, tunaikan apa yang ibu bapa ingini sekiranya ia baik bagi mereka”, bagi setiap harapan ibu bapa terhadap kita, misalnya mereka menginginkan pencapaian akademik dan kerja-kerja sekolah kita baik, maka haruslah kita berusaha menunaikan harapan mereka. Namun, kita harus berfikir secara mendalam apakah yang diingini oleh ibu bapa zaman sekarang? Seandainya reputasi dan kebaikan yang mereka inginkan, apakah kesan-kesan terhadap anak-anak mereka? Mungkin anaknya juga sukakan reputasi dan kebaikan; Apabila terbentuknya sikap yang sedemikian, ia akan memberi kesan kepada anak sepanjang hayat. Justeru, ibu bapa harus bersikap menginginkan pandangan nilai-nilai kehidupan yang betul.

Pada zaman dahulu, maharaja Chu sangat suka kepada gadis berpinggang ramping, akibatnya ramai dayang di istana telah mati kelaparan; Disebabkan orang-orang di bawah selalunya memenuhi kesukaan pihak atasan, maka ia membawa kepada ikutan ramai yang tidak baik. Sebaliknya, “jika sebuah keluarga mengamalkan budaya suka membuat kebaikan sesama insan, maka budaya tersebut akan menjadi ikutan ramai di negara itu; jika sebuah keluarga mengamalkan budaya bertolak-ansur, maka ia juga akan menjadi budaya negara berkenaan.” Satu keluarga akan runtuh kerana budaya keluarga yang tidak betul, begitu juga keadaannya apabila seorang raja terbawa-bawa dengan budaya yang tidak baik yang menjadi ikutan

Page 185: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

185

ramai, nescaya negara itu akan mengalami keruntuhan. Jadi, jika seseorang raja tamakkan kekayaan, akibatnya konflik akan tercetus antara pihak pemerintah dengan rakyatnya. Misalnya cerita tentang Maharaja Zhou di Dinasti Shang yang sangat menyayangi gundiknya, Da Ji yang kemudiannya mengalami keruntuhan negara. Sebenarnya, pada masa itu Maharaja Zhou dibantu oleh ramai menteri yang berpengetahuan dan berakhlak tinggi. Salah seorang menterinya bernama Ji Zi mula rasa bimbang tentang Dinasti Shang mungkin tidak dapat bertahan lama melalui satu perbuatan. Cendekiawan zaman dahulu sememangnya mampu nampak perkara yang bakal berlaku melalui perkara yang halus yang mereka lihat.

Apa yang dilihat oleh Ji Zi ialah beliau ternampak Maharaja Zhou menghadiahkan Da Ji penyepit yang diperbuat daripada gading. Rakan-rakan sekalian, bagaimanakah beliau dapat meramalkan dinasti Shang bakal mengalami keruntuhan daripada sebatang penyepit gading? Mungkin kita akan kata, “Begitu seriuskah?”, mari kita kupaskan perkara itu secara halus, apabila Da Ji menggunakan penyepit gading, seterusnya dia mungkin minta cawan yang diperbuat daripada jed pula, manakala pinggan pula mungkin pinggan emas ataupun perak. Adakah pinggan emas dan perak itu digunakan untuk menghidangkan sayur hijau biasa ataupun tauhu? Pastinya tidak, ia digunakan untuk menghidangkan lauk-pauk yang lazat lagi mewah. Bagaimana pula pakaiannya? Adakah anda akan menikmati makanan yang mewah lagi enak dengan berkemeja T? Pasti tidak, pakaian yang dipakai mestilah diperbuat daripada sutera. Adakah dia akan tinggal di rumah papan yang kecil untuk menikmati makanan yang mewah dan enak? Di mana dia tinggal? Ya, sudah pasti istana mahligai yang tersergam indah. Semua yang kita sebutkan itu perlukan wang? Dari mana wang itu diperoleh? Ya, hasil kutipan daripada rakyat jelata yang akhirnya akan mencetuskan pemberontakan rakyat. Jadi, sesebuah negara pasti akan menjadi huru-hara apabila pemerintahnya bersikap tamak dan zalim. Dari sini, kita dapat menyaksikan bahawa tokoh-tokoh berakhlak mulia pada zaman dahulu sememangnya sangat bijaksana kerana mereka sangat pandai dalam mengupas sesuatu perkara sehingga dapat meramalkan perkara buruk yang bakal menimpa.

Akhirnya, dinasti Shang telah digulingkan oleh Zhou Wu Wang. Pada

Page 186: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

186

zaman dahulu, raja yang bangkit daripada golongan askar pemberontak sebenarnya juga bersifat belas kasihan. Semasa dia meruntuhkan kerajaan dinasti Shang, adakah dia berbuat buruk terhadap rakyat jelata dinasti Shang dan anak cucu Maharaja Zhou? Tidak, malah memperuntukkan sebidang tanah untuk waris-waris Maharaja Zhou supaya mereka dapat meneruskan hidup di sana. Hal ini disebabkan kebanyakan pemerintah zaman dulu amat menitikberatkan tentang sifat murah hati dan suka berbuat baik sesama insan serta akhlak tinggi yang dipaparkan mereka dapat memenangi hati rakyat jelata dan peperangan yang berlaku adalah disebabkan keadaan yang terdesak. Sifat mulia pemerintah dinasti Zhou menjadikan rakyat patuh kepada pemerintahannya.

Justeru, apabila seseorang ibu bapa bersifat mementingkan nama dan kemasyhuran, ia akan membawa kepada pengaruh yang sangat tidak baik kepada keluarganya. Seperti kata kebanyakan orang, matlamat hidup adalah bertujuan mengejar kekayaan dan kehormatan, tetapi apakah itu kekayaan dan kehormatan? Kesibukan yang dilalui sepanjang hayat semata-mata untuk menikmati kekayaan dan kehormatan, tetapi adakah orang itu menikmatinya? Pada hakikatnya, hidup orang zaman sekarang sudah dikelirukan, jika kita lihat buku-buku yang dijual dalam pasaran, apakah itu kejayaan? Banyak jenis buku yang mengajar orang ramai cara memperolehi wang ringgit berjumlah lima juta ataupun 10 juta yang pertama dalam hidupnya, dan buku-buku bertajuk sedemikian dijual dengan larisnya; sebaliknya buku yang mengajar bagaimana mengekalkan perhubungan baik antara suami isteri ataupun buku yang mengajar bagaimana mendidik anak dengan berkesan tidak selaris jualan buku yang di atas. Fokus semua orang sudah terletak pada wang ringgit dan beranggapan kehidupan akan menjadi baik apabila sudah banyak wang, sebaliknya mereka tidak sedar setelah mereka telah membuka pintu nafsu terhadap kekayaan maka kemahuannya tiada batasnya.

Ramai orang berpendapat bahawa dengan wang ringgit yang banyak dikatakan seseorang itu memiliki kekayaan. Sebenarnya, orang yang makin banyak wang ringgit semakin bimbang wangnya akan menjadi semakin sedikit; jika dibanding dengan orang lain, ia sentiasa terasa wangnya tidak cukup banyak. Misalnya bila dia nampak orang lain mempunyai lima billion,

Page 187: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

187

dia pula terasa dirinya sangat miskin kerana hanya mempunyai satu billion; bila dirinya sudah memiliki lima billion tetapi orang lain sudah mempunyai 10 billion, dia juga akan rasa dirinya sangat miskin. Jadi, adakah orang ini memiliki kekayaannya? Tidak. Kekayaan yang sebenar ialah “Orang yang kaya ialah orang yang berpuas hati terhadap apa yang dimilikinya”, dia rasa gembira apabila tahu berpuas hati dengan apa yang ada. Sebaliknya, jika seseorang itu sentiasa tidak berpuas hati, biarpun betapa banyak kekayaan yang dia ada, dia tetap akan terasa kekurangan.

Saya pernah bertemu dengan segolongan usahawan, mereka berkata jika seseorang usahawan tidak pernah mempelajari didikan tokoh berakhlak mulia pada zaman dahulu, mereka ini sememangnya sangat miskin dengan hanya memiliki wang ringgit sepanjang hayat ini. Apabila seseorang hidup dengan memiliki wang tetapi tanpa kebijaksanaan, apa akan terjadi pada wang itu? Malapetaka. Hal ini disebabkan godaan begitu banyak sekali apabila wang yang ada sangat banyak, dia akan menjalani kehidupan yang tidak senonoh kerana wang yang dia ada. Hasil kajian yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa usahawan mengalami beberapa bentuk kesudahan yang berlainan: Kesudahan jenis pertama ialah “Bekerja keras dari segi mental dan fizikal”, usahawan jenis ini bekerja keras sepanjang hari dengan melebihi lapan jam atau 10 jam, tiba-tiba pula mendapati diri telah menghidapi penyakit kanser apabila menjangkau pertengahan usia. Biarpun sudah bekerja keras 10-20 tahun, kini telah sakit tenat dan tetap terpaksa akan mati tanpa sebarang barang yang boleh dibawa bersama. Keadaan inilah yang dikatakan bekerja keras dari segi mental dan fizikal. Kini, adakah hatinya gembira dengan terlantar di hospital? Memang terasa pilu kerana terfikirkan isterinya yang masih muda dan sejumlah besar harta benda yang dimilikinya akan jatuh ke tangan lelaki yang mana satu pula. Bagaimana perasaannya apabila terfikir kekayaan yang dikumpul sepanjang hayat itu hasil titik peluhnya belum lagi dibelanjakan? Sudah pasti sangat dukacita. Adakah ini satu kesudahan yang baik? Tidak! Namun, sememangnya ramai orang zaman sekarang berusaha menuju ke arah kesudahan sebegini.

Kita sering mengatakan kehidupan kita penuh dengan kesibukan, kebutaan dan tidak tentu arah. Apabila seseorang itu sentiasa terlalu sibuk, akhirnya hatinya akan “mati” dan sudah pasti dia tidak dapat merasai keperluan ibu bapa dan isteri serta anak-anaknya lagi. Jika dia

Page 188: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

188

meneruskan kehidupan yang sibuk, lama-kelamaan kehidupan sibuk akan menular ke tahap kedua sehingga matanya dikaburi dan melupakan semua tanggungjawab dirinya; apabila sudah melangkah ke pertengahan usia, dia mula terasa dirinya semakin susah hendak berkomunikasi dengan isteri dan anak-anaknya. Dia pun mula terfikir selama ini dirinya sibuk bekerja semata-mata untuk keluarga ini, tetapi, mengapa kesudahan sebegini yang dia perolehi? Dia mula terasa kehidupannya sangat tidak tentu arah dan tertanya-tanya apa yang telah dirinya lakukan?

Ramai ibu bapa disebabkan terlalu sibuk sehingga sudah lupa anaknya dalam darjah berapa. Misalnya cerita tentang bintang filem Jackie Chan, pernah sekali beliau pergi menjemput anaknya di sekolah kerana kebetulan dia memang lapang pada hari berkenaan. Beliau menunggu dengan gembira di hadapan sekolah, namun setelah puas menunggu sepanjang hari, anaknya masih tidak keluar dari sekolah. Kebetulan seorang guru keluar dari sekolah dan memberitahunya anaknya sudah belajar di sekolah menengah, sedangkan dia datang menjemputnya di sekolah rendah. Jadi, kita harus berfikir balik, apakah matlamat sebenar dalam usaha yang dicurahkan dalam hidup kita? Bukan untuk bermain dalam permainan wang ringgit, kerana ia bukan lagi matlamat asal anda. Bukankah anda berharap memiliki satu kehidupan keluarga yang baik dan ini juga tujuan asal anda berusaha? Jadi kita harus sentiasa mengingati matlamat diri dan jangan menjadi tidak tentu arah apabila sudah sampai sekerat jalan. Namun, memang tidak mudah untuk kita melakukannya kerana terlalu banyak perbandingan dalam masyarakat zaman sekarang. Misalnya pakaian orang lain jauh lebih mahal daripada kita, kereta orang lain lebih berjenama, hati kita akan terpengaruh kerana semua ini. Jadi, janganlah kita hidup dalam kesibukan sehingga mata silau dan menjadi tidak tentu arah. Inilah fenomena yang pertama.

Fenomena kedua yang sering berlaku pada usahawan ialah “Masuk Penjara”, ini disebabkan dalam proses mengaut keuntungan, kebanyakan keuntungan diperolehi dengan menempuh risiko dengan melanggar undang-undang negara. Saya masih ingat semasa saya balik dari Beijing dan dalam pesawat yang sama juga dinaiki oleh seorang jutawan dari Rusia, jutawan ini sangat muda dan umurnya lebih kurang 40 tahun, tetapi kini dia telah menjadi banduan penjara. Justeru, janganlah kita bersikap tamak dan sebaliknya perniagaan harus diusahakan dengan cara jujur dan menepati

Page 189: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

189

janji, dengan cara inilah akan mendapat pulangan secara baik. Kita harus mengajar anak supaya tidak menempuh risiko kelak dan lebih-lebih lagi ajarlah mereka supaya “tidak membuat pekerjaan yang salah di sisi undang-undang negara dan juga tidak membuat pekerjaan yang salah, walaupun pekerjaan itu kecil sahaja.” Ajarlah anak-anak kita dengan nilai-nilai bersih dan amanah, kerana ini merupakan asasnya.

Usahawan jenis ketiga pula ialah jenis yang telah banyak mengaut keuntungan, namun kesihatan terpaksa digadaikan kerana temu janji untuk perhubungan sosial bersama pelanggan terlalu kerap. Jika kesihatan seseorang itu tidak baik pada pertengahan usianya, dapatkah dia menikmati kehidupan yang senang lenang? Mungkin dia terpaksa bertemankan ubat-ubatan sepanjang hayatnya ataupun di penghujung hayatnya, jadi hidup sedemikian bukanlah hidup yang baik.

Kategori terakhir ialah jenis usahawan yang berjaya, tidak kira kerjaya mahupun keluarganya, kesemuanya dapat dijaga dengan baik dan inilah jenis yang paling sempurna. Saya berkenalan dengan seorang pakcik yang dikenali sebagai Pakcik Lu, beliau merupakan seorang yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam dunia korporat dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yamaha yang mengetuai pekerja seramai 80 ribu orang. Usahawan berjaya ini amat berprinsip dalam setiap kerja yang dilakukannya. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau mesti menemani isteri dan anaknya makan tengahari pada setiap tengahari hari minggu. Perasaan yang macam mana dapat dirasai oleh isteri dan anaknya daripada prinsip yang beliau bertegas untuk berbuat demikian? Ya, anak dan isterinya terasa sangat mesra, kerana bapa dan suami mereka sangat menitikberat tentang keluarga mereka, maka perpaduan keluarga tersebut sangat baik sekali. Pada hari tersebut, beliau akan menolak semua temu janji perhubungan sosial dengan pelanggan. Sebenarnya, jika kita menyedari tentang kepentingan keluarga, sudah pasti anda akan melaksanakannya secara aktif dan semua ini bergantung kepada usaha kita dan jangan sesekali mencari alasan kerana gagal melakukannya. Sekiranya anda berpegang teguh kepada prinsip anda, sudah pasti rakan anda akan dengan sendirinya menyesuaikan diri selaras dengan prinsip anda. Ceramah kita untuk hari ini sampai sini saja. Terima kasih.

Page 190: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

190

Sesi 11Apakah itu Kegembiraan Dan Kekayaan Dan Kemuliaan Sejati

Selamat malam! Para hadirin sekalian, pagi tadi kita telah berbincang tentang “Berusaha sedaya-upaya menunaikan sesuatu yang diingini oleh ibu bapa untuk kebaikan mereka. Berwaspada dan meninggalkan apa yang tidak disukai serta disenangi oleh ibu bapa agar mereka berasa senang hati dan hidup dengan kegembiraan”. Perkongsian kita pagi tadi telah menyentuh tentang kegemaran dan perkara yang disukai oleh ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Seandainya ibu bapa berpegang kepada nilai kehidupan yang bermakna, begitu juga anak-anak akan menjejaki langkah ibu bapa. Sebaliknya jika ibu bapa mengejar kehidupan yang keterlaluan kebendaan, hari demi hari anak-anak mereka akan terpengaruh juga. Sering kali kita mengatakan kita mengejar kehidupan yang dilengkapi dengan kekayaan dan kesenangan. Apakah itu kekayaan dan kesenangan hidup yang sebenarnya? Renung-renungkanlah maksud yang sebenarnya!

Apakah itu kekayaan? Apakah jawabannya jika soalan ini dilontarkan kepada seorang murid sekolah menengah? Kekayaan itu ialah mempunyai wang ringgit yang banyak? Mengapa jawaban yang diberi begitu standard sekali? Terpengaruh dengan siapa? Jika ditanya lagi, apakah itu kemuliaan hidup? Bagaimana dijawabnya? Berjawatan tinggi mendatangkan kemuliaan. Kita harus memperbetulkan persepsi anak-anak bahawa kekayaan tidak boleh diukur dengan sebanyak mana wang ringgit yang dimiliki seseorang. Jika seseorang tidak berpuas hati dengan apa yang ada, biarpun sebanyak mana wang ringgit diberi, dia juga tidak akan terasa gembira dan berpuas hati. Seseorang yang benar-benar berpuas hati dengan apa yang ada ialah mereka yang sentiasa gembira dengan benda yang dimiliki dengan penuh kerelaan. Jadi, kekayaan yang sebenar ialah jiwa yang rela dan berpuas hati dengan apa yang dimilikinya. Adakah anda mempunyai kawan yang kaya-raya, adakah mereka rasa cukup dan berpuas hati dengan apa yang mereka miliki? Kebanyakannya berkeinginan agar apa yang mereka punyai akan bertambah banyak. “Keinginan bak lurah tidak terbatas”, seandainya seseorang terjebak dalam lurah keinginan, sukarlah untuknya berpatah-balik. Janganlah kita mengejar kehidupan yang tidak bermakna, biarlah

Page 191: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

191

kehidupan nyata yang bermakna dijadikan matlamat hidup. Berpuas hati dengan apa yang dimiliki ialah kekayaan yang sebenar dan tanamkan nilai-nilai murni sebegini dalam pegangan kehidupan anak agar mereka tidak menjadi hamba kebendaan. Apakah itu “kemuliaan”? Kebanyakan anak menyatakan bahawa berjawatan tinggi memberi martabat yang mulia. Apabila seseorang diamanahkan dengan jawatan tinggi, apakah yang perlu diutamakan? Seandainya seseorang diamanahkan sebagai pemimpin rakyat atau peneraju sesebuah korporat, dia tidak dibenarkan sama sekali menindas orang lain dengan jawatan dan pangkatnya, mahupun mengejar manfaat demi kepentingan diri. Apakah balasan untuk pemimpin yang mementingkan darjat setelah mereka diganti oleh yang lain? Semua orang akan memaki-hamun dan mengenepikannya. Mari kita renung tentang intipati makna “kemuliaan”, “Orang yang mulia akan disanjungi tinggi”. Kemuliaan yang sebenar ialah semua orang berasa gembira dan berasa suka bila mereka nampak saja anda, sanjungan dan penghormatan yang diberi lahir dari naluri dan jiwa mereka.

Apabila diberi amanat memimpin sesebuah korporat ataupun menjadi pemimpin biro kerajaan, keutamaan harus diberikan kepada tugas dan tanggungjawab diri dan bukanlah kekuasaan diri. Seseorang pemimpin korporat seharusnya memberi keutamaan membimbing para pekerja ke arah kehidupan yang bertambah baik. Kepimpinannya tidak terhad pada sumber pendapatan dan ekonomi, tetapi pembangunan mental juga tidak diabaikan. Saya yakin sanjungan dan rasa hormat para pekerja terhadap anda akan semakin meningkat apabila keutamaan tersebut dijadikan objektif kepimpinan anda.

Pemimpin biro kerajaan begitu penting sekali kerana setiap keputusan yang dibuat memberi kesan dan pengaruh yang meluas. Jadi, para pemimpin yang berjawatan tinggi seharusnya lebih berwaspada dengan setiap tingkah laku dan ucapan yang diberi memandangkan ia memberi kesan dan pengaruh yang besar. Apabila setiap keputusan yang dibuat berlandaskan kepentingan dan kebaikan untuk rakyat dan para pekerja, setiap budi dan jasa baik anda pasti dikenang dan disenangi selama-lamanya biarpun anda

Page 192: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

192

sudah meninggalkan jawatan tersebut.

Adakah kemuliaan itu wujud dengan kekuasaan yang dimiliki barulah dihormati ramai? Tidak semestinya! Meng Zi berkata, “Orang yang penyayang akan disayangi ramai; Orang yang menghormati orang lain akan dibalas dengan rasa hormat terhadapnya.” Sebagai contohnya, Mother Teresa Hsu Chih dari Singapura, semasa umurnya 106 tahun, beliau hanya makan dua kali setiap hari. Permintaannya terhadap makanan sangat rendah. Para hadirin, nilai murni beliau sebegini bukan hasil paksaan terhadap diri. Kebanyakan orang mengatakan bahawa setiap hari paling kurang kena makan tiga kali, malah ada pula makan empat kali dan lima kali satu hari. Pernahkah anda terasa setiap kali makan agak membuang masa? Mengapa kita perlu makan? Sebab badan memerlukan tenaga. Jika runsing dan terlalu banyak masalah yang perlu difikirkan dan diselesaikan, maka semakin banyak makanan diperlukan dan sebaliknya!

Sebenarnya, keinginan untuk makan Mother Teresa Hsu Chih begitu rendah adalah sesuatu yang semula jadi kerana kerunsingan beliau kurang dan semua perkara yang diusahakan bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya beliau sentiasa berikhtiar membantu orang lain. Oleh kerana masalah yang merunsingkan kurang dan kebijaksanaannya makin hari makin meningkat. Yan Yuan, salah seorang anak murid Konfusius yang sangat miskin, biarpun kehidupannya serba kekurangan dari segi tempat tinggal dan makan minum, tinggal di lorong belakang, labu yang berbentuk bulat sebagai mangkuk dan buluh sebagai cawan, sehingga orang lain yang melihatnya juga tidak tertahan dengan kehidupannya. Namun, Yan Yuan sentiasa rasa gembira dan berpuas hati. Apabila nilai mental seseorang semakin meningkat, permintaannya terhadap kebendaan akan menurun dan berkurangan.

Selain kurang makan, Mother Teresa Hsu juga tidak pernah membeli pakaian. Bajunya dikutip dari pakaian terpakai dan buangan. Saya fikir, biarpun baju yang dikutip itu mungkin masih boleh dipakai hanya fesyennya sahaja yang sudah ketinggalan zaman memandangkan tempat tinggalnya di Singapura, beliau terasa sayang dengan baju yang dibuang. Selain itu, maksud tersirat beliau memakai pakaian terbuang atas sebab rutin hariannya

Page 193: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

193

perlu menjaga berpuluh orang tua dengan menghantarkan mereka barang keperluan harian, makanan dan pakaian. Mengapakah beliau berpakaian biasa lagi murah setiap kali beliau mengunjungi rumah orang tua? Kerana kehidupan orang tua yang dijaganya kurang baik. Cuba anda bayangkan, kalau setiap kali Mother Teresa Hsu memberi bantuan dengan berpakaian elegan, adakah mereka yang menerima bantuan akan terasa selesa, mereka mungkin takut mengotorkan bajunya. Sebaliknya mereka lebih selesa dan mesra apabila Mother Teresa Hsu berpakaian sama dengan apa yang mereka pakai.

Saya pernah meneliti raut wajah orang tua yang nampak Mother Teresa Hsu, mereka kelihatan begitu gembira dan riang sekali sama seperti mereka sudah jumpa ahli keluarga sendiri. Kemuliaan Mother Teresa Hsu telah memenangi sanjungan tinggi kerajaan dan rakyat Singapura. Begitu juga di luar negara, banyak negara telah menjemput beliau untuk memberi ceramah. Jadi, saya kata Mother Teresa Hsu adalah insan yang benar-benar mulia dan kemuliaan yang dimiliki amat bermakna sekali. Dengan berpandukan teladan ini, bimbinglah anak-anak anda menuju ke arah kehidupan yang bermakna. Saya sering bertanyakan ibu bapa, “Kehidupan yang macam mana anda harapkan untuk anak-anak?” Macam mana anda sekalian? Tidak pernah terfikir? Ke mana ketua keluarga membimbing ahli keluarganya? Bolehkan anda kalian kongsikan? “Sihat sejahtera dan gembira”. Bagus. Tolong beri tepukan kepada kawan ini. Setiap hari kita berdoa agar kehidupan kita sihat dan gembira. Betulkah cara doa kita? Tiada durian runtuh dari langit. Kita ingin gembira, anak hidup gembira, rakan sekalian, adakah anda gembira? Maklum balas dari kebanyakan kawan saya menyatakan, “Saya cuma mengharapkan dia gembira, saya tidak mengharap banyak mana wang ringgit yang dicarinya. Jawab saya pada kawan, “Permintaan anda nampak ringkas, tapi sangat sukar untuk dikecapi, bagaimana anda hendak membimbing anak menjalani kehidupan yang gembira sedangkan diri anda tidak gembira? Apakah itu kegembiraan yang sejati? Sudahkah kalian fikir dengan mendalam? “Orang yang sentiasa berpuas hati dengan apa yang dimiliki adalah orang yang sentiasa rasa gembira. Orang sebegini sentiasa mengenang kebaikan daripada orang lain. Sikap murninya membawa dia

Page 194: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

194

disukai ramai.

Kemudian, apakah lagi merupakan kegembiraan sejati? “Tiada kebimbangan dan kerunsingan”, bagaimana hendak mengecapi kehidupan tanpa kebimbangan dan kerunsingan? Biarlah segala perbuatan diri adalah yang baik dan tidak berdosa. Janganlah kita bimbang tentang anak cucu kita. Tuhan yang menentukannya. Namun ini tidak bermaksud anda tidak perlu mendidik dengan apa yang patut. Janganlah anda bimbang dan risau apa yang tidak perlu. Didikan dan bimbingan asas harus diberi dengan baik semasa mereka masih kecil. Apabila semakin dewasa nanti, tatasusila yang tersemai akan membantu pada kehidupan yang seterusnya. Jangan sesekali cuba mengongkong kerana bukan saja anda terasa rimas dan letih begitu juga dengan anak anda. Umpama seorang pemandu kereta yang mengajar anak membawa kereta, sebelum anak memegang stering, anda harus memberi tunjuk-ajar yang sebaik-baiknya. Janganlah bila sampai dia hendak memandu, anda yang duduk di sebelah asyik cuba mengawal stering kereta. Apakah akibatnya? Berlanggarlah kereta itu.

Tunjuk ajar itu memang perlu, misalnya membimbing mereka tahu menilai orang, cara mencari pasangan hidup perlu diajar. Jika tidak apabila dewasa nanti, anak pula tidak dididik dengan apa yang patut, apabila dia sudah mempunyai calon pasangan hidup yang serasi, anda pula cuba menghalang, tindakan sebegini memang menyeksa kedua-dua pihak. Untuk mengecapi kehidupan tanpa kebimbangan dan kerisauan, kita harus rela terima segala lumrah kehidupan dan kehendak-Nya.

Apa lagi kegembiraan sejati? “Badan sihat”. Kita juga tidak boleh hanya berdoa untuk memperoleh badan yang sihat. Anda juga harus mengawal pemakanan dan emosi diri dengan baik barulah boleh memperoleh badan yang sihat.

Lagi? “Membantu orang lain”. Jika seseorang itu asyik mementingkan diri, dia sentiasa terasa kurang selamat dalam kehidupan. Bolehkah kegembiraan yang diperoleh melalui membantu orang lain diajar kepada anak bukan sekadar cakap sahaja? Anda perlu memberi peluang kepadanya untuk menggunakan tulang empat keratnya membantu orang lain agar

Page 195: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

195

mendapat penghayatan yang lebih mendalam. Contohnya, jika anda berpeluang menjadi sukarelawan di hospital, bawa anak bersama untuk lihat sendiri bagaimana pesakit yang menerima bantuan anda berterima kasih kepada anda. Anak di sisi anda pasti berpeluang belajar sesuatu daripada keikhlasan pesakit dan ahli keluarganya yang mengucap terima kasih kepada anda, di samping itu dia juga dapat merasai niat baik orang lain.

Ada seorang guru, setelah beliau mempelajari kebudayaan Cina, beliau pun menjadikan “Di Zi Gui” sebagai pedoman untuk mendidik anak muridnya. Pada Hari Wanita tahun lepas, muridnya tampil ke hadapan kelas dan berbincang dengan gurunya sambil berkata, “Cikgu, kami telah membuat keputusan. Esok Hari Wanita, kami hendak membeli bunga.” Guru ini terasa hairan kerana dia lelaki, lalu bertanya, “Beli bunga untuk apa?” anak murid itu pun menjawab, “Kami sebulat suara bersetuju satu tangkai untuk semua guru wanita di sekolah dan satu tangkai untuk ibu masing-masing”. Guru itu turut bersyukur atas keputusan anak muridnya dan turut menyokong perbuatan mereka. Beliau tidak pernah terfikir, tetapi anak muridnya yang menerima ajarannya yang berlandaskan nilai-nilai murni seperti menghormati guru dan mentaati ibu bapa, mereka pun sudah pandai mengenang budi guru yang pernah mendidik mereka.

Pada hari berkenaan, anak-anak murid ini menghadiahkan bunga kepada setiap guru wanita. Ada seorang murid masuk kelas dengan senyum lebar dan gurunya berasa hairan dengan reaksinya? Murid ini menjawab, “Semasa saya menghulurkan bunga kepada guru wanita, senyumannya amat ceria dan gembira, sambil itu berterima kasih kepada saya.” Cikgu itu pun bertanya lagi, “Apakah perasaan anda pada ketika itu?” Murid itu menjawab, “Tangan yang memberi lebih bahagia daripada yang menerima!” Jadi, berilah peluang kepada anak untuk memberi sumbangan, barulah dia dapat menghayati pengalaman dan kegembiraan yang diperoleh.

Ada lagi tak? Kita telah memberi beberapa contoh kegembiraan sejati, semuanya tidak boleh datang dengan bergolek, mahupun tanpa sebarang usaha. Untuk mengecapi kehidupan gembira tanpa kebimbangan dan kerisauan perlu ada kebijaksanaan, jadi pembelajaran kita tidak boleh terputus. Lagi? Makan berselera, tidur lena, perkumuhan yang lancar. Hal

Page 196: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

196

ini memang penting, kita tengok mereka yang selalu risau kerana banyak masalah, ataupun yang sakit tenat, apa yang kita sebut tadi memang sukar bagi mereka. Dapat tidur lena dan makan berselera adalah rezeki kita, tapi ini adalah perkara yang sukar dikecapi orang zaman sekarang kerana mereka dibelenggu oleh terlalu banyak masalah yang merisaukan hatinya. Jika hendak tidur lena makan berselera, pertama sekali kurangkan kerisauan, tingkatkan kebijaksanaan.

Meng Zi berkata terdapat tiga kegembiraan sejati dalam kehidupan kita. Pertama, “Ibu bapa masih ada di sisi dan kehidupan semua adik-beradik baik, sihat tanpa ditimpa malapetaka”; Kedua, “Tidak pernah membuat perkara yang berdosa dan khianat.”; kegembiraan sejati ketiga ialah “Berpeluang bertemu dengan orang berbakat dan mendidik.”

Yang pertama, kita sering kata “Orang tua umpama harta pusaka keluarga.” Ini memang benar, sejak kecil kita tinggal sebumbung dengan datuk dan nenek. Bagi ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan orang tuanya, memang sukar bagi mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak yang taat dan bukan mudah bagi anak meneladani sikap taat ibu bapa. Bagi yang tinggal sebumbung dengan ibu bapa, senang untuk mereka mengambil berat dan menyayangi orang tuanya dan seterusnya menjadi ikutan anak sendiri pula. Jadi, rezeki yang paling besar ialah masih berpeluang menjaga dan menyara ibu bapa kita.

Sepanjang perjalanan membalas budi ibu bapa boleh membawa kita kepada kehidupan yang sangat gembira tanpa perasaan kurang selamat. Bagi mereka yang sedang tinggal bersama ibu bapa, hargailah apa yang ada sekarang. Ada seorang guru berkongsi pengalamannya yang sering mencuci rambut bapanya, saya turut terasa gembira apa yang dibuatnya kerana saya tiada peluang sebegini kerana saya jarang berada di rumah buat masa sekarang. Seterusnya, “kehidupan semua adik-beradik baik, sihat tanpa ditimpa malapetaka”, adik-beradiklah merupakan ahli keluarga yang paling lama bersama diri kita, jika mereka semua menjalani kehidupan yang baik, sihat, kerjaya yang maju dan tanpa malapetaka, keharmonian keluarga membawa kepada kemajuan dan kebahagiaan , dan inilah kegembiraan sejati paling utama dalam kehidupan.

Page 197: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

197

Kegembiraan sejati dalam kehidupan ialah “Tidak pernah melakukan perkara berdosa dan khianat dan redha berdepan dengan-Nya” Berusaha dengan sepenuh hati bagi melaksanakan tanggungjawab diri, menjalani kehidupan dengan bermakna membolehkan kita tidur lena makan berselera. Bagi orang yang sering berbuat jahat dan menanggung dosa, takut diketahui orang lain dan cuba sedaya upaya untuk menutup dosa diri, kehidupan begini langsung tidak bermakna. Itu semua kesalahan yang lepas kerana masa itu belum belajar “Di Zi Gui”, bertaubatlah atas dosa yang lepas dan bersumpahlah pada hari ini juga tidak mengulangi perbuatan berdosa. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbetulkan kelakuan dan perangai diri dengan berpandukan didikan ilmuan silam. Saya yakin dengan sikap positif anda akan menjadikan anda semakin disegani dan dihormati. Kegembiraan sejati ketiga ialah “Berpeluang bertemu dengan orang berbakat dan mendidik.” Adakah kegembiraan sejati ini hanya dapat dinikmati oleh mereka yang bergelar guru? Tidak. Seandainya anda arif membantu dan prihatin terhadap orang lain, maka anda sedar membantu orang lain memberi kegembiraan sejati. Misalnya bagi rakan sekerja yang baru masuk kerja pasti terasa gelisah dalam suasana tempat kerja yang baru, bantuan anda yang tepat pada masa supaya ia cepat menyesuaikan diri dan jelas tentang bidang tugasnya amat membantu sekali. Setelah suatu tempoh bekerja bersama, jika dia berhadapan dengan masalah keluarga dan umur anda lebih tua pula, anda boleh berkongsi dengannya nilai-nilai murni yang perlu untuk membangunkan sesebuah keluarga. Saya yakin bantuan yang anda hulurkan pasti mengharukan hatinya. Mungkin ini kata-kata pujian terhadap anda bila berbual dengan orang lain, iaitu “Perjalanan kehidupan saya begitu baik sekali, semua ini hasil jasa seorang rakan sekerja, seorang pegawai atasan saya yang sangat baik.” Dengan erti kata lain, anda bagai seorang guru bagi rakan sekerja ini. Saya yakin, diri anda juga terasa kehidupan sepanjang hayat ini memang berbaloi apabila bertambah ramai orang yang memberi kata-kata pujian sedemikan kepada anda.

Untuk mengecapi kegembiraan tersebut, perkara yang dititikberatkan ialah “tanggungjawab diri”. Apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan? Hidup duniawi ini tidak berkekalan, biarlah sepanjang perjalanan kehidupan ini disempurnakan dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Page 198: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

198

Wen Tian Xiang, seorang pahlawan China di akhir Dinasti Song berkata, “Sejak zaman kuno lagi, siapakah yang tidak pernah mengalami kematian, biarlah masing-masing berbakti untuk meninggalkan sejarah yang boleh menjadi pedoman generasi seterusnya.” Ungkapan beliau memang sejajar dengan kegembiraan sejati yang ketiga. Semoga ungkapan ini dapat memberangsangkan kehidupan anda bertambah sempurna dan bukan sekadar untuk anda hafal sahaja. Sejarah dari bakti kita biarkan sesuatu yang diusahakan dengan penuh keikhlasan.

Seandainya kita pandang balik kehidupan kita berpuluh tahun yang lepas, adakah anda berpuas hati? Gembira atau kebingungan? Banyak perkara belum terlaksana sedangkan usia sudah meningkat. Janganlah kita menyalahkan diri, segala sejarah dari bakti bergantung pada diri anda, di samping itu, siapakah akan bermanfaat daripada segala bakti anda?

Orang di sekeliling kita. Setiap perkara ada urutannya, janganlah berimpian memberi manfaat orang di Amerika Syarikat. Biarkanlah bermula daripada ahli keluarga kita menerima faedahnya dengan menjadikannya sebagai pedoman kehidupan. Seperti kata pepatah China, “Mentaati ibu bapa adalah perkara baik paling mulia antara jutaan perkara baik yang dilakukan.” Sikap mentaati ibu bapa harus bermula dari diri anda dan dilaksanakan dengan sepenuh keikhlasan hati. Nilai murni ketaatan anda akan menyinari sejarah riwayat kehidupan ibu bapa, malahan menjadi sebutan ibu bapa pada setiap perbualannya dengan orang lain. Saya yakin mereka amat gembira dan berbesar hati setiap kali meluahkan akan nilai murni dan ketaatan anak terhadap ibu bapa.

Sejarah bakti anda juga boleh menjadi pedoman kepada anak-anak. Apabila mereka dicurahkan dengan kasih-sayang ibu bapa penuh keikhlasan, menemani mereka sepanjang pembesaran anak, sejajar dengan itu menyemaikan nilai tatasusila dan persepsi kehidupan yang positif. Bila dewasa nanti, jika dibanding dengan orang lain, mereka akan bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang sebegini yang berjaya menyemaikan nilai-nilai murni kehidupan yang positif untuknya. Setiap kali anak-anak mengenang jasa dan bakti ibu bapa, barulah mereka akan mengecapi kejayaan hidup. Kita sebagai ibu bapa telah pun mencatatkan sejarah kehidupan

Page 199: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

199

anak-anak dengan keikhlasan yang mengandungi kebijaksanaan dan kasih sayang.

Selain ibu bapa dan anak-anak, siapa lagi yang akan bermanfaat? Adik-beradik, mengapakah isteri dikemudiankan? Sebab bukan mudah ditakdirkan untuk menjadi adik-beradik. Keserasian dan keharmonian hidup bersama antara adik-beradik paling menggembirakan ibu bapa. Saya mempunyai perhubungan yang sangat baik dengan dua orang kakak saya. Semasa saya mengambil keputusan meletak jawatan untuk memikul tanggungjawab mengembang nilai-nilai murni tradisi China, kakak saya berkata kepada saya, “Anda jangan risau tentang apa yang anda hendak buat, setiap bulan saya bagi anda NT$10,000.00, jangan bimbang.”

Jiwa saya terus tersinar kerana keikhlasan kakak. Ramai orang setelah mendengar cerita saya, mereka terus bertanya, “Cikgu, adakah anda terima wang pemberian kakak?” Apakah yang paling penting? Niat baik kakak. Saya sering terharu kerananya dan nilai inilah menemani sepanjang kehidupan saya, jasa dan budi kakak ini telah tertera dalam sejarah saya dan pedoman kehidupan saya. Atas sokongan padu daripada seisi keluarga, saya pasti berusaha bersungguh-sungguh bagi melaksanakan misi yang dipikul ini.

Satu tahun kemudian, kakak turut gembira dengan misi saya dan semasa menghadiri ceramah perkongsian nilai-nilai murni tradisi Cina, beliau memberitahu bahawa dirinya sebagai wakil ahli keluarga Tsai untuk menghadiri kelas. Beliau turut memberitahu ibu bahawa dia gembira mempunyai saya sebagai adiknya. Budi kakak dibalas dengan keikhlasan hati saya bagi menyinari sejarahnya.

Yang seterusnya ialah suami-isteri yang paling rapat perhubungannya. Bagaimana hendak meninggalkan bakti bagi menyinari sejarah suami ataupun si isteri? Kita telah bincang tadi, bagaimana? Sentiasa lihat pada sifat baiknya, memberi galakan dan dorongan, justeru memberangsang bakatnya. Membantu dengan sedaya-upaya agar dia tiada kebimbangan semasa bekerja. Apabila suami anda berbual dengan kawannya, suami anda akan

Page 200: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

200

berkata, “Isteri saya sangat membantu dalam perkembangan kehidupan saya.” Ini menunjukkan bahawa anda telah meninggalkan jasa yang amat bermakna dalam sejarah kehidupan suami. Janganlah sampai suami anda mengatakan bahawa dia bernasib malang semenjak berkahwin dengan awak. Setiap orang harus bermatlamat jelas berusaha dengan seikhlas hati menyinari jiwa dan kehidupan orang lain.

Siapa lagi? Guru, biarpun hanya satu hari kita berguru dengannya, budinya harus dikenang sepanjang hayat umpama budi daripada seorang ayah. Apakah keutamaan yang diperlukan bagi membolehkan guru terasa bernilai sekali dengan mendidik kita sebagai anak muridnya? Segala perangai dan amalan berpandukan didikan guru. Saya mempunyai seorang guru yang sangat prihatin terhadap saya. Sekiranya anda berusaha dengan sepenuh hati, setiap orang ditakdirkan dipertemukan dengan seseorang insan yang boleh memberi pengaruh besar dalam kehidupan.

Guru ini mula mengajar saya semasa saya Darjah 5, beliau pernah bertanya ibu saya cara pendidikan ibu terhadap saya. Ibu pun memberitahunya bahawa saya tidak berminat belajar. Pernahkah anda sekalian terfikir yang saya ini tidak suka belajar? Ibu juga memberitahu guru bahawa saya sangat jaga air muka. Kemudian guru pun memberitahu ibu dia sudah tahu apa yang perlu dibuatnya.

Pada hari pertama pengagihan kelas, kami semua pelajar yang bakal naik ke Darjah 5 berkumpul dan berbarisan di padang dengan 12 orang guru kelas berdiri di hadapan kami. Setiap nama yang dipanggil dan berkumpul mengikut urutan nombor kelasnya. Saya pula diagihkan ke Darjah 5 Kelas ke-7.

Kemudiannya guru darjah pun membimbing kami balik ke kelas, dan guru pun mula memberi arahan. “Tsai Li Hsu, bawa dua orang rakan kelas pergi untuk mengambil penyapu.” Budak-budak sekolah rendah kebanyakannya sangat bersemangat sekali setiap kali dipanggil oleh guru untuk membantu. Kami bertiga pun melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru dengan secepat mungkin. Selepas itu, saya diberi tugasan baru pula, “Tsai Li Hsu, bawa lima rakan kelas pergi ambil buku teks.” Kami enam

Page 201: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

201

orang terus melaksanakan tugasan baru ini tanpa melengahkan masa.

Selepas semua tugasan habis dilaksanakan, kami semua pun duduk dengan baik di tempat masing-masing. Guru Darjah pun mula berkata, “Sekarang kita perlu pilih Ketua Kelas, cikgu calonkan Tsai Li Hsu, anda semua calonkan rakan yang lain.” Memang demokrasi, betul tak? Bolehkah anda sekalian agak-agak keputusannya? Sebenarnya mereka yang berkenalan tidak seberapa ramai, mereka hanya terdengar nama yang dicalon oleh guru, justeru itu buat kali pertama saya menjadi Ketua Kelas semasa sekolah rendah.

Pada tanggapan budak sekolah rendah, Ketua Kelas bermaksud pelajar itu cemerlang dari segi akademik dan bertatasusila yang baik. Guru ini berjaya memajukan keputusan saya dengan mudahnya. Semenjak itulah pencapaian akademik saya tidak pernah rendah daripada nombor tiga dalam kelas.

Guru ini menjaga saya dengan baik dan saya amat terhutang budi kepadanya. Selepas itu saya berjaya memperolehi pengambilan dari maktab perguruan dan dari situlah bermulanya saya menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Saya berkesempatan belanja guru saya makan bersama dan kami berbual dengan gembira sekali dalam temu janji itu. Oleh kerana saya juga menuruti cita-cita cikgu, guru tersebut pun berkongsi segala pengalamannya dengan saya. Pelayan restoran di situ rasa hairan tentang perhubungan kami kerana dia memerhatikan sepanjang perbualan kami dengan begitu gembira sekali, malahan pelayan restoran itu juga berasa amat terharu setelah diberitahu kami adalah anak murid dan guru.

Setelah saya mengikuti pembelajaran nilai murni tradisi Cina, saya menghadiahkan beliau beberapa buku berkenaan. Semasa menerima buku nilai-nilai murni tradisi, beliau berkata, “Mulai sekarang, saya yang perlu memanggil awak senior!” Saya terus menjawab, “Biarpun hanya satu hari saya berguru, budi guru tetap dikenang sepanjang masa seperti budi daripada ayah, guru tetap guru.” Kemudiannya saya telah meletakkan jawatan selepas dua tahun mengajar di sekolah untuk mengembangkan Falsafah Nilai-nilai Murni Tradisi Cina di Negara China. Sebelum bertolak saya telah menelefon

Page 202: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

202

sambil melaporkan segala kerja yang saya lakukan sepanjang tahun tersebut. Guru saya amat gembira sekali kerana beliau mempunyai seorang anak murid seperti saya ini. Pada masa itu, saya tersedar bahawa ada dua jenis insan yang tidak akan rasa dengki dan cemburu atas pencapaian anda, mereka ialah ibu bapa dan guru kita. Justeru, kita seharusnya berusaha berbakti kepada masyarakat agar guru dan ibu bapa berbangga atas pencapaian kita.

Di samping itu, ajaran dan didikan nenek moyang yang beribu tahun dapat dikembangkan dan dimajukan melalui kita agar kehidupan kita tiada lagi kekesalan. Dengan berpandukan pada misi tersebut, khususnya pada zaman kemerosotan akhlak yang semakin meruncing ini, pengembangan ajaran nilai-nilai tradisi Cina memang perlu dipercepatkan. Ayah saya pernah berkata bahawa memang sukar dalam pengembangan pendidikan kebudayaan, tidak ramai yang berjaya. Jadi saya pun bertanya kepada ayah, “Seandainya 10 ribu orang telah memikul misi ini dan hanya dua orang yang berjaya, adakah misi ini perlu diteruskan?”

Ada dua orang berjaya bermakna ia boleh dimajukan! Betul tak? Kita tidak perlu persoalkan mengapa yang 9,998 orang itu gagal. “Biarkan berikhtiar mengecapi kejayaan, jangan sesekali mencari alasan kerana kegagalan.” Bagi orang yang mudah berputus asa, senang saja untuk mereka memberi ratusan, atau beribu alasan. Keutamaan kita ialah meneliti bagaimana dua orang itu berjaya melaksanakan misinya.

Jika kedua-dua orang ini berjaya atas faktor kekayaan yang dimiliki, ataupun status kuasa besar daripada ibu bapanya, saya tidak akan meneruskan misi tersebut kerana saya tidak berlatar belakang begitu dan sememangnya tiada langsung. Sebaliknya, mereka yang berjaya tidak mempunyai kekayaan mahupun kuasa, contoh beginilah kita boleh pelajari dan meneladani cara mereka.

Saya mengambil Master Chin Kung sebagai contoh, beliau tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai sanak-saudara yang bergaul rapat dengan beliau, semuanya tidak berkemampuan menolong. Sebaliknya beliau berjaya mengembangkan Nilai-nilai Murni Tradisi Cina ke seluruh pelusuk dunia, apakah rahsianya? Rakan-rakan sekalian, sememangnya kebanyakan

Page 203: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

203

perkara adalah tidak komplikasi, hanya berasaskan satu ciri istimewa iaitu “keikhlasan sejati”. Beliau pernah menulis surat kepada beberapa Profesor universiti terkemuka dan professor-profesor ini dapat menilai Master Chin Kung seorang yang rajin dan minat belajar dengan membaca surat daripada beliau. Kesemuanya telah membalas surat beliau untuk memaklumkan mereka sudi menerimanya sebagai anak murid. Sepanjang hayat beliau, beliau mempunyai tiga orang guru yang sangat baik yang sentiasa prihatin terhadap beliau.

Keikhlasan sejati beliau mengundang banyak ilmu yang dapat dipelajari. Disebabkan mempunyai misi dan juga mengharapkan lebih ramai orang bermanfaat daripada pembelajaran nilai-nilai murni tradisi Cina, ramai orang telah menghulurkan bantuan, sokongan dan sanjungan terhadap keikhlasan beliau. Yang sebenarnya, Master Chin Kung telah meneladani segala sifat-sifat murni orang-orang suci, bak pepatah daripada Lao Zi “Tuhan tidak pilih kasih dan sentiasa berada di sisi insan yang berbuat baik dengan sifat mulia.”

Dalam kitab tradisi China, “Zhong Yong” mengatakan bahawa “Keihklasan seseorang, bermulanya dan berakhirnya sesuatu perkara”. Sesuatu perkara yang dilaksanakan dengan keikhlasan sejati tidak kurang kesan pengaruhnya walaupun perkara itu sudah melangkaui masa dan zaman. Misalnya Fan Zhong Yan, seorang tokoh suci sudah berjaya mempengaruhi para cendekiawan beratus tahun lamanya kerana sifat murni keikhlasan sejati yang dimilikinya. Begitu juga dengan guru saya yang berbakti dengan keikhlasan sejati bagi mengembangkan ajaran nilai-nilai murni tradisi China. Saya yakin niat suci dan keikhlasan beliau sudah terpahat dalam jiwa setiap anak muridnya. Keikhlasan kita boleh mengundang kepada perubahan yang positif dan semuanya boleh dibuktikan melalui kehidupan anda sekarang juga.

Sebaliknya, jika kita tidak ikhlas dalam setiap perkara yang dibuat, ia tidak akan membuahkan hasil malahan mengalami kegagalan. Sebagai contoh, anak anda tidak ikhlas maka suatu hari keluarga ini pasti merosot. Ataupun layanan anda terhadap kakitangan tidak ikhlas, biarpun perniagaan anda membawa sedikit keuntungan, tapi lambat-laun perniagaan itu akan

Page 204: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

204

mengalami keruntuhan. Cuba anda perhatikan, mereka yang ikhlas melayan ahli keluarga mahupun pekerja-pekerjanya, nasib keluarga dan kerjayanya berkekalan, jika tidak, kekayaannya yang boleh dinikmati oleh anak-cucunya tidak akan bertahan lama sampai tiga generasi. Tetapi kalau kita perhati dengan lebih teliti lagi, sifat dan perangai orang zaman sekarang sudah melampau batas dan rezekinya merosot dengan mudahnya, maka kekayaan keluarga hanya mampu bertahan satu generasi sahaja.

Jadi, kita harus faham bahawa keikhlasan membantu kita menyempurnakan sesuatu perkara dengan baik. Biarpun dalam era yang terumbang-ambing ini, misi yang kita pikul untuk mengembangkan Nilai-nilai Murni Tradisi untuk membantu pembinaan keamanan dunia. Biarpun beban ini terasa sangat berat, kita tetap berpegang kepada satu prinsip iaitu berusaha dengan sepenuh hati dan setulus hati. Bagi mereka yang bergelar ibu bapa, seandainya anda mengamalkan Nilai-nilai Murni Tradisi sebagai pedoman didikan anak dan kehidupan harian, dengan lain kata anda sedang mengembangkan nilai-nilai murni kebudayaan tradisi China. Jika anda mempraktikkan ajaran nilai tradisi dalam pergaulan rakan sekerja, apabila mereka terasa selesa bergaul dengan anda, maka bolehlah anda berkongsi dengannya bahawa kesemua itu anda belajar daripada “Lun Yu” dan “Di Zi Gui”. Asalkan tugasan untuk membantu mengembang nilai-nilai tradisi China boleh dibuat di mana jua dan pada bila-bila masa yang bersesuaian, anda dikira sudah mencurahkan usaha yang sepenuhnya.

Rakan-rakan sekalian, apabila kita mengembangkan kehidupan kita dengan berpandukan nilai-nilai murni tradisi yang ditetapkan, segala perilaku anda akan menjadi teladan anak-anak kerana mereka kagum terhadap anda, saya yakin mereka turut mempunyai arah kehidupan yang betul. Apabila mereka mempunyai arah yang betul, yang seterusnya kita akan berbincang secara teliti, misalnya bagi anak yang sedang bersekolah rendah, kita harus tahu cara untuk “Berusaha sedaya-upaya menunaikan sesuatu yang diingini ibu bapa untuk kebaikan mereka. Berwaspada dan meninggalkan apa yang tidak disukai serta disenangi oleh ibu bapa agar mereka berasa senang hati dan hidup dengan kegembiraan”. Bagi mereka yang bertugas sebagai guru arif membimbing anak murid, misalnya semua ibu bapa mengharapkan anaknya sihat, belajar bersungguh-sungguh, kesemua ini merupakan

Page 205: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

205

tanggungjawab sebagai anak yang perlu dicapai dengan sedaya-upaya.

Anak-anak soleh zaman kuno sering berusaha memenuhi segala keperluan ibu bapa. Misalnya pada Dinasti Han di China, ada seorang anak yang soleh bernama Tsai Shun, kami mempunyai nama keluarga yang sama dan saya amat berbangga kerana beliau juga nenek-moyang saya. Ibu Tsai Shun suka makan buah mulberi dan pada masa itu tempat tinggal mereka dalam keadaan huru-hara, namun ketidaktenteraman tidak menghalangnya membawa dua bakul kosong untuk pergi memetik buah kegemaran ibunya. Kebetulan dalam perjalanan pulang dari memetik buah, Tsai Shun bertemu dengan perompak. Perompak tersebut rasa hairan mengapa Tsai Shun membawa dua bakul, bukankah satu bakul sudah cukup untuk isi buah, dan buah mulberi dibahagi dua pula. Kenapa ya? Tsai Shun pun menerangkan kemusykilan perompak itu dengan memberitahu bahawa ibunya suka buah mulberi yang manis, maka buah yang cukup masak berwarna gelap dan ungu gelap diisi dalam bakul yang berasingan daripada buah mulberi yang tidak cukup masak dan berwarna merah. Dari sini, Tsai Shun telah menunjukkan perilakunya yang prihatin dan berusaha memenuhi kehendak ibu bapa.

Keprihatinan Tsai Shun mengharukan geng perompak tersebut. Biasanya saya bertanyakan anak murid, “Murid-murid sekalian, adakah geng perompak akan terharu?” Ya! Perompak yang membunuh tanpa belas kasihan akan terharu? Perbuatan jahat sudah menjadi tabiat buruk mereka, biar sejahat manapun setiap insan, tetap ada naluri yang baik, kerana setiap orang dilahirkan dengan sifat baik cuma sekarang mereka telah dikongkong dan dikawal oleh nafsu dan tabiat buruk. Apabila perilaku kita bertatasusila, kita boleh membantu menyedarkannya dari keaiban. “Murid-murid sekalian, apabila kita bertemu dengan orang jahat, mahukah anda pukul dia? Marah dia?” “Tak mahu!” Kita belajar dari Tsai Shun, dia mempengaruhi geng perompak dengan perilakunya yang mulia dan bertatasusila. Mungkin sebaik saja Tsai Shun menghabiskan cerita dan hendak pulang menghantarkan buah untuk ibunya, geng perompak tersebut pula teringat akan ibu masing-masing dan saling berpeluk dan menangis kerana kerinduan pada ibu. Baiklah, kita sambung cerita Tsai Shun dalam sesi kelas selepas rehat. Terima kasih!

Page 206: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

206

Sesi 12Tangani Tabiat Buruk Kehidupan

Rakan-rakan sekalian, apa khabar! Sesi tadi kita telah berbincang tentang cerita Tsai Shun. Ketaatannya terhadap ibu berjaya mengharukan geng perompak yang kemudian melepaskannya. Di samping itu mereka juga memberi makanan kepada Tsai Shun. Andaikata anda ialah Tsai Shun, adakah anda akan terima pemberian itu? Tidak! Itu keikhlasan mereka, macam mana? Sambil itu mereka menyuruh anda bawa pulang untuk ibu, terima atau tidak? Terima! Kenapa begitu cepat anda sekalian berubah, terima atau tidak? Terima! Ok, Tsai Shun ambil cadangan anda semua dan membawa pulang semua pemberian tersebut. Setelah sampai rumah dan baru saja hendak duduk, tiba-tiba pihak berkuasa datang ke rumah dan bertanya “Mengapa beras perompak A ada di rumah anda? Sayur perompak B ada di sini? Mari tangkap dia!” Bagaimana? Masa ini bagaimana anda hendak membela diri? Oleh itu, Konfusius berkata, “Orang mulia sentiasa berfikir dan membuat pertimbangan daripada sembilan sudut.” Bagaimana caranya? Salah satu ialah “Apabila anda hendak menerima sesuatu pemberian, terlebih dahulu anda harus pertimbangkan adakah benda tersebut halal dan tidak bermasalah. Masalah sekarang ialah pemberian itu hasil rompakan! Mestilah tidak boleh terima.

Rakan sekalian, adakah cerita Tsai Shun memberi peringatan yang mendalam? Satu perkara penting yang mesti kita buat semasa kita bercerita kepada anak-anak, kita mesti huraikan nilai-nilai murni cerita kepada mereka. Isu dan perkara serta nilai murni dalam cerita harus digabung dengan baik. Jika sekadar bercerita sahaja dan selepas habis cerita itu, anak akan memberitahu dia pernah dengar cerita itu. Sebaliknya anda sekadar memberitahu moral cerita sahaja, belum cukup lima minit, anak akan memberitahu dia sudah mengantuk. Gabungan kedua-duanya amat bermanfaat untuk mereka yang betul-betul menghayati nilai moral cerita berkenaan.

Setelah menyampaikan cerita sebegini kepada anak, kita boleh memberi huraian terperinci tentang nilai murni watak penting dalam cerita, misalnya cuba kita lihat anak soleh zaman dulu memberi keutamaan dalam

Page 207: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

207

hal mengingati akan ibu bapa. Di samping itu kita boleh bertanya kepada mereka sama ada mereka tahu makanan kegemaran ibu? Mereka mungkin perlu berfikir lama apabila diajukan soalan ini, ada yang lebih baik sedikit mungkin lebih cepat teringat tentang makanan kegemaran ibu, pada hal ramai yang tidak ingat langsung. Dari mimik muka kekok mereka, saya akan bertanya lagi, adakah ibu anda tahu akan makanan kesukaan anda? Mereka terus senyum lebar sambil jawab, “Mestilah tahu!” Saya pun menjawab, “Tengok, apa yang awak suka makan, semuanya ibu awak tahu, tapi awak langsung tidak tahu makanan yang disukai ibu, adakah ini adil? Ibu begitu menyayangi awak, tapi awak langsung tidak menyayanginya. Jadi, apakah tugasan untuk hari ini? Balik rumah perhatikan apakah makanan kesukaan ibu awak. Barulah awak dapat mempraktiskan ajaran “Berusaha memenuhi keinginan ibu bapa dengan benda yang digemarinya.” Lain kali apabila keluar membeli makanan, makanan kegemaran diri dikemudiankan, teladanilah sifat murni orang-orang suci dahulu, makanan kegemaran ibu bapa didahulukan. Dengan berpandukan teladan mereka, kita janganlah mudah berputus asa, asalkan kita berusaha kita juga mampu menjadi orang-orang yang mulia dan soleh.

Semua ibu bapa prihatin tentang kesihatan anak-anak mereka. Kesihatan hanya boleh diperoleh melalui keseimbangan mental dan fizikal. Bak kata pepatah “kerana mulut badan binasa.” Kita harus cermat dengan apa yang dimakan, itulah punca kemunculan penyakit-penyakit zaman moden. Bagaimanakah cara pemakanan sihat? Sesetengah orang mencurahkan masa berpuluh tahun untuk mengkaji tentang ilmu ini. Perlukah anda membaca dari mula? Tidak perlu. Kita sering berkata bahawa kita boleh berpandangan jauh dengan berdiri di atas bahu tokoh tersohor yang disegani dan dikagumi ramai. Siapakah tokoh berkenaan? Kita harus membimbing anak mengecapi kebijaksanaan, Konfusius, Meng Zi merupakan tokoh tersohor yang disegani dan dikagumi ramai. Anda boleh mempelajari pengalaman dan kebijaksanaan mereka. Dari segi kesihatan, siapakah menjadi rujukan kita? Anda boleh selidik di kedai buku, cari buku yang berkongsi tentang kesihatan yang paling laris jualannya dan pelajari daripadanya.

Beberapa tahun yang lepas, saya terbaca buku penulisan Prof. Dr. Lai Chiu Nan, beliau menyentuh tentang kesihatan badan dan menyarankan

Page 208: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

208

kita harus mengurangkan pengambilan daging dan lebihkan sayur-sayuran. Mengapa harus kurangkan pengambilan daging? Kita harus mendalaminya. Apakah punca kemerosotan kesihatan orang zaman sekarang? Kekurangan zat ataupun berlebihan zat? Berlebihan zat. Namun begitu, fikiran otak manusia tersangkut di mana? Adakah anda perasan orang sekarang agak lembap sedikit? Kebanyakannya tersangkut pada takut ini tidak cukup, yang itu tidak cukup, banyak perkara yang kita takuti jarang berlaku. Memang susah hendak nampak budak yang kekurangan zat pada zaman sekarang, kenalah cari di Afrika, susah hendak dicari di Taiwan. Yang kita jumpa ialah kelas untuk kuruskan badan semasa cuti musim panas dan musim sejuk, betul tak? Budak di sana berusaha bersenam, kemudian hati kecilnya berfikir, “Janji saya berjaya menyelesaikan senaman pada hari ini, esok bolehlah saya pergi ke McDonald.” Adakah cara ini berkesan untuk menguruskan badan? Caranya tidak tepat pada punca masalah, semakin banyak senaman dan berpeluh semakin laparlah perutnya. Jadi, masalah sekarang bukanlah kekurangan zat sebaliknya berlebihan zat.

Pada hakikatnya, keperluan protein kita bukanlah banyak sangat, kebanyakan orang pula menyangka daging berprotein tinggi. Ramai tidak tahu pengambilan protein berlebihan memberi kesan buruk kepada hati dan ginjal. Dengan pengambilan 40gm-60gm protein sudah mencukupi untuk keperluan harian setiap orang. Hasil tanaman tidak kekurangan zat proteinnya jika dibanding dengan daging, misalnya kekacang, keladi, rumput laut memang kaya dengan protein. Pengambilan protein berlebihan merupakan punca keasidan badan, badan bersifat asid merupakan punca penyakit kronik. Mengapa? Cuba kita bayangkan, badan kita bersifat keasidan yang sangat tinggi, sementara itu semua organ direndam dalam badan ini. Mungkin tengah malam anda terdengar hati anda menjerit dia sudah hendak lemas. Perut anda pula memberontak dia sudah tidak tertahan dengan keasidan badan anda. Adakah anda terdengar rintihan mereka? Tidak! Kenapa anda sebagai tuan punya badan ini begitu tidak bertanggungjawab! Fungsi organ akan merosot kerana berada dalam badan bersifat keasidan dalam jangka panjang. Keadaan inilah menjadi punca semakin ramai orang muda yang berpenyakit kronik. Saya pernah diberitahu ada seorang anak muda berumur 18 tahun mati kerana strok. Saya tidak tahu ada yang lebih muda atau tidak? Cara pemakanan yang salah mengakibatkan pesakit kronik

Page 209: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

209

dihidapi orang muda.

Selain kemerosotan fungsi organ, osteoporosis merupakan satu penyakit yang sangat merunsingkan. Penyakit ini akan menjadi salah satu daripada 10 penyakit utama punca kematian manusia. Mengapa? Bagi mereka yang menghidap osteoporosis yang serius, apa akan berlaku apabila mereka bersin? Patah tulangnya. Anda semua terkejut mendengarnya? Ini bukan saya yang cakap, ada laporan tentangnya. Kita sering berkata orang tua paling takut apa? Terjatuh! Sekali terjatuh tulang mereka mungkin pecah dan tidak boleh berdiri lagi. Tapi zaman ini ramai orang muda yang menjalani ujian berkenaan, semasa saya menjalani pemeriksaan tulang, raut wajah pegawai pemeriksa kurang menyenangkan dengan memberitahu keadaan saya juga kurang memuaskan! Perkara yang membimbangkan ialah rekod pemeriksaan menunjukkan indeks tulang berumur 80 tahun pada hal umur semasa pemeriksaan ialah 30 hingga 40 tahun.

Mengapakah keasidan punca osteoporosis? Badan manusia umpama kilang kimia yang perkasa, yang berfungsi mengekalkan keseimbangan keasidan dan kealkalian badan. Badan tidak tertahan dengan keadaan yang terlampau keasidan, bagi meneutralkan keasidan tersebut, badan perlu mengeluarkan kealkalian yang ada di dalamnya. Memandangkan kalsium merupakan sumber alkali paling besar dalam badan, maka di manakah gudang kalsium kita? Tulang kita. Tulang akan mengeluarkan rembesan alkali sedikit demi sedikit dan sehari demi sehari. Lama-kelamaan tulang menjadi osteoporosis. Justeru itu, keseimbangan pemakanan sangat penting dan disebabkan kandungan protein dalam daging terlalu tinggi, janganlah makan terlalu banyak.

Selain kandungan protein terlalu tinggi, makanan kita juga mengandungi toksik ataupun racun yang boleh dan tidak boleh ternampak. Apakah toksik ataupun racun yang boleh nampak? Mari kita lihat berapa lamanya tempoh matang ayam yang dibela sekarang? Lebih kurang 5-6 minggu; Dulu? 6 bulan. Ini kemajuan teknologi, betul tak? Tetapi apakah faktor yang mempercepatkan tempoh matangnya? Orang China menyatakan “Kesemulajadian”, ayam yang dibela dengan mengingkari norma semula- jadi. Oleh itu apa yang perlu disuntik? Hormon perangsang tumbesaran dan

Page 210: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

210

banyak lagi yang diberi kepada ternakan. Ke mana perginya semua ubat-ubat dan hormon tersebut? Badan kita! Memang benar. Sebelum saya menjadi vegetarian, ayam goreng dibuka boleh ternampak gumpalan berminyak. Apakah itu? Hormon. Oleh yang demikian, usia anak perempuan kedatangan haid semakin muda dan ada yang seawal pada umur 10 tahun. Semakin awal kedatangan haid, semakin pendek hayat perempuan itu. Janganlah kita menganiayai generasi kita . Keprihatinan dan kepekaan ibu bapa amat penting, begitu juga penjagaan kesihatan pada diri sendiri.

Selain itu, toksin yang tidak boleh kelihatan juga wujud. Cuba kita bayangkan, pada saat menghadapi penyembelihan, emosi ternakan tersebut pastinya penuh dengan ketakutan, kegelisahan dan kemarahan. Kita fikirkan berapa hari untuk meredakan kemarahan setiap kali emosi meletup? Tiga hari. Mengapa? Pernahkah anda jumpa orang yang terasa segar dan gembira selepas marah? Tidak. Sebab rembesan adrenalina yang bertoksin dari kelenjar meningkat tinggi berbanding dengan keadaan biasa, kemudiannya badan menjadi lemah tidak bertenaga. Begitu juga keadaannya bagi ternakan pada saat disembelih dan menyebabkan hasil daging itu mengandungi banyak unsur yang tidak sihat, inilah punca berlakunya bermacam-macam penyakit zaman moden.

Binatang ternakan yang diternak secara besar-besaran juga mendatangkan ancaman kepada bumi. Ramai kawan akan tertanya-tanya mengapa perbincangan ini semakin kompleks? Sebenarnya setiap kehidupan berkongsi muka bumi ini dan saling bergantungan. Janganlah kita memandang remeh terhadap setiap makanan yang diambil pada setiap hari kerana ia memberi kesan besar terhadap planet ini! Disebabkan permintaan terhadap daging yang meningkat, penerokaan hutan asli turut meningkat untuk kegunaan penanaman gandum dan bijirin. Apakah kesan penerokaan hutan asli secara berleluasa? Runtuhan tanah dan hakisan tanah semakin meningkat. Apakah peranan utama hutan-rimba semula jadi di muka bumi ini? Umpama paru-paru manusia yang menapis udara yang kotor lagi tercemar. Apabila semakin berkurangnya hutan-rimba, kualiti udara turut semakin menurun.

Inilah puncanya ketidakstabilan cuaca yang dialami pada zaman

Page 211: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

211

sekarang. Mexico yang bercuaca panas di tropika juga pernah bersalji, inilah ketidakstabilan cuaca yang sangat luar biasa, yang juga dikenali sebagai kesan “greenhouse”. Apakah puncanya? Hasil pembuangan gas berlebihan di samping penebangan hutan yang semakin berleluasa. Jika tanaman bijirin untuk penternakan dijadikan makan manusia, kematian akibat kebuluran tidak mungkin berlaku. Selain daripada memberi kesan buruk kepada udara dan tanah, sumber air juga tidak terkecuali daripada pencemaran. Pembuangan najis daripada binatang ternakan secara besar-besaran telah mencemari sumber air kita.

Seandainya kita arif membuat pilihan dari segi tabiat pemakanan yang bermanfaat pada diri dan alam sekitar, setiap orang dapat hidup dengan lebih senang di tempat yang lebih nyaman dan bersih. Sebenarnya pemeliharaan alam sekitar boleh dilaksanakan pada kehidupan harian kita. Bukankah sangat baik dengan satu pengamalan yang memanfaatkan semua pihak. Jadi, setiap suapan nasi yang dimakan bukan saja penuh makna dengan misi malah untuk pemeliharaan kesihatan muka bumi sejagat. Apabila kita mempunyai ilmu yang betul, barulah kita boleh menjaga kesihatan badan dan seterusnya berusaha menyempurnakan tanggung-jawab diri sebagai anak yang memenuhi apa yang diinginkan oleh ibu bapa dan untuk kebaikan mereka.

“Berwaspada dan meninggalkan apa yang tidak disukai serta disenangi oleh ibu bapa agar mereka akan berasa senang hati dan hidup dengan kegembiraan.” Tabiat buruk diri kita yang tidak disenangi oleh ibu bapa harus dibuang dengan secepat mungkin; ataupun pergaulan anda dengan sesetengah kawan telah membimbangkan hati ibu bapa. Maka anda harus pandai membuat pilihan mencari kawan memandangkan kawan boleh memberi pengaruh yang besar. Ibu bapa sekalian, adakah anda bimbang anak anda bergaul dengan kawan yang tidak baik? Adakah anda bimbang tidak dapat membantu? Jadi, apakah yang harus kita buat? Meningkatkan keupayaan anak dari segi membuat penilaian, barulah dia tahu berhubung rapat dengan orang yang baik hati dan berjauhan dengan kawan yang berbuat jahat dengan cara yang tidak memandang rendah terhadap mereka. Dengan cara ini si anak sedar hanya dengan teladan diri yang baik mampu mengubah rakan-rakan tersebut.

Page 212: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

212

Bagaimana hendak mengajar anak tahu memilih kawan? Sebenarnya kita sudah belajar caranya, bagaimana kita menilai tatasusila dan moral seseorang? Ketaatannya terhadap ibu bapa. Dengan berlandaskan nilai-nilai murni ajaran “Di Zi Gui”, kita mampu membuat penilaian sama ada orang boleh dijadikan kawan atau tidak. Justeru, ramai kawan memberitahu bahawa “Di Zi Gui” umpama cermin sakti yang boleh menonjolkan sifat dan perilaku seseorang sama ada yang baik atau buruk, jadi anda boleh menggunakannya sebagai pedoman untuk memilih kawan ataupun pasangan hidup. Jika seseorang itu memiliki karakter dan perilaku yang sejajar dengan nilai-nilai murni ajaran “Di Zi Gui”, orang ini berbaloi untuk dijadikan kawan selama-lamanya.

“Apa jua yang tidak disukai dan disenangi oleh ibu bapa.”, kita boleh berbincang dari segi “tabiat” dari segi topik ini. Ada tiga orang penjenayah dimasukkan ke penjara yang sama, warden penjara di sana sangat baik terhadap mereka bertiga. Warden penjara berkata, “Anda bertiga dipenjarakan selama tiga tahun, apakah hajat anda semua? Saya akan membantu sejauh mana yang mampu.” Tanpa berfikir panjang, penjenayah Amerika yang pertama sekali menyuarakan hajatnya inginkan sebungkus rokok. Warden pun menguncikan penjenayah ini ke dalam sel penjara setelah menunaikan hajatnya. Penjenayah kedua yang dilayani seorang bangsa Itali, apakah pandangan kalian tentang orang Itali? Berbakat kesenian, romantik, betul tak? Dengan sejenak berfikir, dia memberitahu warden dia perlukan seorang wanita. Warden bersetuju dan kemudiannya kuncikan dia dalam sel. Penjenayah yang ketiga seorang Yahudi, orang Yahudi memang arif berniaga, dia berkata kepada warden, “Saya harus mengingati dan menerima pengajaran dalam kehidupan ini, saya perlukan satu telefon yang boleh berhubung dengan dunia luar.” Warden pun setuju dan menunaikan permintaan penjenayah Yahudi ini.

Tiga tahun kemudian ketiga-tiga penjenayah ini dibebaskan, orang Amerika yang pertama dikeluarkan dari sel penjara dan terus meminta mancis sebaik sahaja keluar dari situ. Apakah yang difikirkannya sepanjang tiga tahun lalu? Menggigil sambil bersungut kerana terlupa meminta mancis. Bagaimana dia menghabiskan masa selama tiga tahun? Dibazir atas tabiat buruknya. Rakan-rakan sekalian, apabila tabiat buruk tersemai,

Page 213: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

213

kehidupannya akan terkongkong oleh tabiat buruk tersebut! Ramaikah orang jenis ini? Bagaimana caranya untuk menjalani kehidupan yang bebas dari kongkongan tabiat buruk? Bimbingan dan didikan sejak kecil, seseorang yang bercita-cita sejak usia kecil tidak mudah terjerumus dalam tabiat buruk bernafsu. Orang Amerika ini tabiatnya suka menghisap rokok dan dia terasa terseksa apabila tidak merokok.

Jangan kita ketawakan orang Amerika, mungkin kita juga mempunyai tabiat buruk yang mana kita juga terseksa jika tidak dapat merokok setiap hari. Contoh lain tabiat buruk ialah mengejar drama bersiri, setiap kali habis menonton, anda mungkin merungut lakonan itu membosankan dan pembikinan drama itu tidak bersungguh-sungguh! Keesokan hari, anda tetap akan duduk depan televisyen. Banyak masa terbuang dan menjadi penonton kehidupan orang lain, adakah ia membantu kehidupan anda? Tidak. Hari demi hari, perkara yang patut dibuat tidak terlaksana, peluang terlepas apabila teringin menyempurnakannya. Konfusius telah meninggalkan satu pepatah semasa beliau nampak air mengalir dengan mengatakan “Masa itu umpama arus sungai yang mengalir, yang terlepas tidak akan kembali.” Janganlah kita membazir masa atas perkara yang tidak memanfaatkan diri.

Tabiat buruk kedua ialah “kaki perempuan”. Dalam tulisan Cina, mereka yang kaki perempuan umpama mengundang maut. Ia boleh membinasakan kehidupan diri anda dan sesebuah keluarga, malahan keruntuhan seesebuah negara. Contohnya Dinasti Tang, China, Maharaja Tang Xuan Zong sebelum dipertemukan dengan gundik Yang Gui Fei, beliau seorang maharaja yang berusaha dalam pentadbiran negara. Selepas memperisterikan Yang, beliau mula mengabaikan pentadbiran dan kepimpinan negara. Jadi rakan-rakan sekalian, siapakah yang seharusnya bertanggungjawab atas keruntuhan Dinasti Tang? Siapa? Kebanyakan kaum lelaki menuding jari pada gundik Yang, manakala kaum wanita mempersalahkan Maharaja Tang Xuan Zong. Kebenaran hanya satu, manusia sendiri yang tergoda dengan nafsu, segalanya berpunca daripada Maharaja Tang Xuan Zong, betul atau tidak? Jika gundik Yang muncul pada zaman moyang Maharaja Tang Xuan Zong, iaitu Tang Tai Zong, mungkin tidak mendatangkan kesan buruk, kerana Maharaja Tang Tai Zong mengutamakan kepentingan rakyat dalam pemerintahan beliau. Banyak dugaan dihadapi sepanjang kehidupan kita,

Page 214: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

214

jangan kita menolak segala tanggungjawab diri atas kesalahan yang berlaku, kita seharusnya sentiasa menginsafi kesalahan diri.

Orang Itali ini kaki perempuan, jadi bila pintu penjara dibuka, sebelum dia keluar dari sel penjara, bunyi apa yang kedengaran? Suara budak-budak. Ramai budak sekolah menengah ketawa terbahak-bahak selepas mendengar cerita ini. Saya pun bertanyakan mereka, siapakah yang paling kasihan? Orang Amerika ataupun Itali? Kedua-duanya! Anak murid saya, seorang budak perempuan menjawab, “Orang Itali, sebab sebaik saja dibebaskan, dia perlu menguruskan kehidupan diri, malah ramai anak yang memerlukan penjagaannya. Mampukah dia memelihara anak-anak tersebut?” Saya yakin anda semua akan menafikan kemampuannya memandangkan sepanjang tempoh tersebut, orang Itali itu hanya memuaskan nafsu dan tiada berhasrat bertanggungjawab.

Dengan berpandukan hikmah di sebalik cerita ini, saya bertanya kepada mereka keutamaan yang perlu semasa mencari pasangan hidup, carilah calon yang bertanggungjawab. Sambil itu saya akan panggil seorang murid yang kebiasaannya tidak bersungguh-sungguh biarpun semasa menyapu lantai dan tidak buat kerja sekolah. Saya akan panggil dia sambil memberitahunya jangan berkahwin. Dia terperanjat sehingga tidak tahu apa yang saya cakap. Saya berkata padanya, “Awak tidak mampu menjaga diri dengan baik, tidak bertanggungjawab pada diri, awak tidak layak berumahtangga; Anak-anak akan teraniaya kerana awak, jadi jangan awak berkahwin sebelum awak mampu menjaga diri! Berapa lama anak murid ini akan mengingati kata-kata saya? Secara luaran saya seakan-akan sedang memarahinya, pada hakikatnya amaran ini ditujukan pada siapa? Anak-anak murid satu kelas. Tanggapan yang macam mana diberikan pada anak murid perempuan? Mereka akan mencari pasangan hidup dengan berpandukan lelaki yang mempunyai sifat tanggungjawab. Anak murid lelaki pula menginsafi diri sama ada mempunyai sifat bertanggungjawab? Sebenarnya pencegahan dan bimbingan awal perlu diberikan pada anak-anak kita, jangan sampai mereka sudah berpasangan baru hendak diberi bimbingan. Tabiat buruk kedua ini mesti dihapuskan dari akar umbinya.

Orang ketiga yang dikeluarkan dari sel penjara ialah Orang Yahudi. Dia

Page 215: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

215

berdiri di hadapan warden dengan penuh hormat dan sambil tunduk sebagai tanda berterima kasih kepada warden, kerana pemberian telefon tersebut membolehkannya berhubung dengan dunia luar dan memperolehi banyak informasi, di samping itu dia juga membuat pelaburan. Dia berjanji akan mengusahakan kehidupan dengan baik kelak kerana sepanjang tiga tahun yang lepas, dia berjaya mengumpul sejumlah harta dan kekayaan. Ketiga-tiga orang tersebut masing-masing membuat pilihan yang berlainan dan akhirnya membuahkan nasib yang berbeza. Oleh itu kita tidak mengharapkan keruntuhan kehidupan anak akibat sesetengah tabiat buruknya, justeru kesemua tabiat buruk harus dihapuskan dari akar umbinya.

Sementara itu, berjudi, satu lagi tabiat buruk yang bukan saja membinasakan diri malahan ia mampu memusnahkan sesebuah keluarga. Janganlah berkawan dengan lelaki yang suka berjudi kerana dia tidak mampu mengawal gian untuk berjudi dan akhirnya mungkin menggadaikan semua harta benda keluarga.

Orang-orang suci Cina zaman dahulu mengkategorikan empat tabiat buruk yang mesti dihapuskan, iaitu “angkuh, pemboros, mengikut nafsu dan asyik bersenang-senang dalam kehidupan harian” Mari kita cermin diri sama ada diri kita, ataupun anak-anak sekarang mempunyai tabiat buruk tersebut. Jika ada, cepat-cepat diperbetulkan. “Angkuh”, jangan membiarkan sifat angkuh berputik kerana ia akan menghalang pencapaian pembelajaran, malah kehilangan peluang memperolehi pertolongan daripada orang lain. Bagi seseorang yang beretika dan berilmu, mereka suka berkawan dengan orang yang bersifat rendah diri. Sikap angkuh akan mengakibatkan kawan menjauhkan diri daripada kita.

Saya agak bernasib baik sebab semasa dalam menengah rendah, seorang guru kimia saya telah menulis serangkap ayat untuk saya, iaitu “Setiap orang jangan bersikap angkuh tetapi jangan pula kehilangan ketabahan dan harga diri.” Saya tidak pernah lupa pesanan guru ini yang telah menerangi jiwa saya. Semenjak kepentingan pencapaian akademik lebih diutamakan daripada pendidikan moral, bimbingan sedemikian memang jarang kedengaran dan pesanan sebegini memberi saya peringatan yang mendalam agar tidak bersikap angkuh.

Page 216: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

216

Semasa mengikuti pembelajaran di Australia, saya berpeluang berkenalan dengan ramai insan baik yang lebih tua daripada saya. Selepas pembelajaran tentang nilai-nilai murni “Layani semua orang yang lebih tua daripada kita bagaikan ahli keluarga kita sendiri”, tiba-tiba saya sedar saya perlu praktiskan semua yang dipelajari malahan insaf memang tidak mudah bagi mereka yang berperanan sebagai ibu bapa. Sebab mereka bukan sahaja berkorban untuk anak-anak malahan memberi sumbangan kepada masyarakat. Justeru, apabila balik ke asrama, saya pun bertanyakan umur setiap pelajar di sana. Bagi yang lebih tua daripada ayah saya, saya panggilnya sebagai Pak long dan sambil memberi salam dengan menundukkan badan. Semua Pak Long yang menerima salam sebegini begitu gembira sekali. Bagi mereka yang lebih muda daripada ayah saya, saya panggil mereka sebagai Pak Su sambil memberi salam yang sama. Tiba-tiba seorang senior muncul di hadapan saya sambil mengatakan dia juga ingin menerima penghormatan begitu, beliau ialah Pakcik Lu yang kemudiannya memberi pengaruh mendalam terhadap diri saya.

Saya memikirkan peristiwa itu kemudiannya. Pakcik itu memang menyayangi kami yang lebih muda dan muncul sendiri di depan mata kami bagi mencipta peluang untuk kami memberi salam agar tiada pakcik yang tercicir. Dengan menundukkan badan, saya memberi salam, “Salam sejahtera Pakcik Lu.” Semenjak itulah kehidupan saya mengalami perubahan yang drastik. Rakan-rakan sekalian, adakah kesopanan perlu diajar?

Perlu sekali! Keesokan harinya saya dipertemukan dengan Pakcik Lu, melalui perbualan kami, saya diberitahu bahawa beliau mula menjawat Pengurus Besar pada umur 29 tahun dan jawatan tersebut bukan ciptaan untuk dirinya. Jawatannya itu menyebabkan dia perlu berhadapan dengan para pemegang saham sebuah korporat dengan memberi nasihat dan cara penyelesaian atas masalah dan krisis serta sumber manusia syarikat. Semuanya memerlukan pengalaman yang mendalam dan diurus dengan baik dan professional. Memang bertuah sekali saya dipertemukan dengan insan yang begitu berkaliber. Disebabkan kesopanan yang dimiliki dan memandangkan memang sukar hendak mencari orang muda yang memiliki nilai sebegini pada zaman ini, beliau terasa amat berbesar hati dan sudi memperkongsikan pengalaman dan kebijaksanaan beliau bersama saya.

Page 217: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

217

Sambil saya mendengar perkongsian beliau, perasaan saya berkecamuk antara kegembiraan dan kegelisahan. Saya gelisah kerana saya kurang ketajaman pandangan dan tidak sedar diri saya berada di sisi seorang insan yang begitu berkaliber. Sementara itu, hal ini juga menyedarkan saya bahawa semakin berkaliber seseorang itu semakin rasa rendah dirinya. Walaupun kami bersebelahan, beliau tidak menunjuk-nunjuk bakatnya. Perbualan selama lebih kurang dua jam itu amat mengharukan saya. Saya teringin melakukan sesuatu, masa itu saya betul-betul menghayati kisahnya sebab orang China memandang berat tentang penghormatan kepada guru. Sebab guru tidak ada kepentingan diri dan hanya mengharapkan boleh membantu kehidupan anak muridnya dengan ilmu yang dimiliki, mereka tidak meminta balasan. Atas kesedaran yang mendalam membawa saya terus membongkok di hadapan guru. Namun, kepantasan tindakbalas Pakcik Lu berjaya menghalang saya memberi penghormatan kepada beliau.

Semenjak hari itu, setiap kali selepas kelas, Pakcik Lu akan mengajak saya berjalan-jalan bersamanya. Sambil berjalan, beliau akan bertanyakan pendapat saya tentang kelas “Di Zi Gui” yang dihadiri dan “Cerita-cerita moral Insan Suci Tamadun China”. Selepas mendengar huraian saya, beliau akan memberi huraian terperinci selepas memberitahu bahawa pandangan saya kurang mendalam dan kurang meluas. Walaupun kami hanyak bersama lebih-kurang dua bulan, beliau telah mencurahkan pedoman kehidupan yang begitu padat dan tidak ternilai harganya malah amat bermanfaat untuk seumur hidup saya. Selepas meninggalkan Australia, saya akan menelefon Pakcik Lu apabila berpeluang dan beliau sentiasa memberi cadangan yang amat membina dan merangsang fikiran saya. Jadi rakan-rakan sekalian, kata pepatah, “Sikap angkuh membinasakan seseorang manakala rendah diri memanfaatkan diri”, semaikanlah sifat rendah diri pada anak-anak kita.

Kedua ialah “pemboros”, memang sukar untuk seorang budak yang bersikap pemboros bertukar menjadi berjimat-cermat. Ada seorang guru kaligrafi, suatu hari ibu bapa anak muridnya menelefon beliau memberitahu dia akan sampai lewat mengambil anaknya. Ibu bapa berkenaan juga bertanyakan guru sama ada anaknya makan malam bersama gurunya sebelum dia datang. Guru kaligrafi bersetuju dengan cadangan ibu bapa berkenaan dan kemudian mereka berdua pun pergi ke restoran untuk makan malam.

Page 218: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

218

Sampai di sana, budak itu mengambil menu dan terus memesan dua botol coca-cola. Selepas pelayan restoran pergi mengambil coca-cola, budak itu pun terus memesan makanan yang ini, yang itu, mengikut kesukaannya. Gurunya terkejut dengan tingkah laku budak itu, sambil meneliti bil pesanan makanan yang dipesan semuanya mahal-mahal belaka.

Rakan-rakan sekalian, budak ini belajar daripada siapa? Bapanya seorang pegawai tinggi dalam birokrasi kerajaan. Anaknya telah mewarisi sifat pemborosnya. Janganlah kita selalu membawa anak makan minum secara mewah di luar. Apabila mereka sudah biasa dengan cara makanan mewah, susahlah untuk mereka menerima makanan yang biasa. Kekerapan makan di restoran besar juga mendedahkan mereka ke atas perilaku yang tidak baik. Jadi, janganlah membawa anak menghadiri tempat yang tidak bersesuaian untuk mereka dan ibu bapa harus berwaspada agar tidak memupuk anak bersikap pemboros.

Ibu saya jarang bersolek dan solekannya pun tidak tebal apabila menghadiri majlis rasmi, jadi begitu juga dengan dua orang kakak saya. Yang paling menarik ialah kulit mereka sangat baik kerana jarang bersolek. Inilah yang dikatakan teladan yang baik. Dalam buku “Ajaran Keluarga Zhu Zi”, salah satu daripadanya mengatakan “Jangan mengupah mereka yang berwajah baik sebagai hamba, Si isteri dan gundik dilarang bersolek tebal” Apakah akan berlaku jika isteri seseorang bermekap tebal dengan dandanan yang cantik? Ia pasti menarik perhatian kaum lelaki di luar sana yang bukan sahaja merimaskan diri tetapi juga orang lain. Ada seorang budak perempuan bertemankan ibu bapa keluar berjalan dan ibunya telah mendandan dirinya dengan cantik, justeru anaknya yang baru mempelajar “Ajaran Keluarga Zhu Zi” pun berkata “Si isteri dan gundik dilarang bersolek tebal.” Pasangan suami-isteri itu pun saling tersenyum lebar dan si ibu setuju dengan pendapat anak dan kemudiannya menipiskan solekannya agar tidak terikut-ikut dengan sikap yang tidak baik itu.

Seterusnya “nafsu”, kebanyakan orang mengkategorikan nafsu sinonim dengan kaum hawa. Sebenarnya, apabila seseorang terjebak dalam sesuatu sehingga tidak terkawal diri, itulah dikatakan sebagai nafsu. Umpamanya seorang budak yang ketagihan dengan permainan komputer

Page 219: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

219

berjam-jam lamanya. Oleh itu penting sekali untuk ibu bapa membataskan permainan yang diminati oleh anaknya. Apabila seseorang mampu menikmati kegembiraan daripada penimbaan ilmu dan misi yang dipikul, maka dia tidak akan membuang masa atas perkara yang tidak penting untuk kehidupannya. Bukankah lebih baik jika kita melapangkan jiwanya dengan membimbingnya menetapkan cita-cita kehidupan daripada asyik suruh dia jangan buat itu, jangan buat ini. Seterusnya yang penting sekali ialah diri kita harus membimbing dan belajar bersamanya untuk memupuk sikap yang baik.

Akhir sekali ialah “Asyik Bersenang-senang”, iaitu hidup untuk menikmati keseronokan berjoli dan malas bekerja. Moto keluarga tradisi di China sangat menitikberatkan pemupukan sikap rajin dan berusaha. Moto Zhu Zi menyatakan bahawa “Anak-anak harus bangun awal sebelum matahari terbit, selepas itu membantu membersih dan menyapu kawasan rumah dari luar sampai dalam. Rehatlah bila waktu senja, sebelum tidur periksalah setiap tingkap dan pintu ditutup dan dikunci dengan baik.”

Dalam keluarga zaman dulu, anak-anak yang membuat semua kerja rumah. Dengan itu anak-anak tidak akan bersikap malas kerana mereka dididik menggunakan tulang empat kerat sejak usia kecil. Apabila anak-anak dipertanggungjawabkan dengan kerja-kerja rumah, mereka lebih menghayati kesusahan dan keperitan orang lain, barulah mereka akan mengenang budi orang lain yang berjasa. Sedarkah anda sekalian bahawa anak-anak zaman sekarang sukar bersyukur dengan apa yang dimilikinya? Apakah puncanya? Sebab mereka sudah biasa dengan layanan yang memenuhi segala permintaannya. Mereka langsung tidak terasa akan keperitan keringat yang dicurah orang lain serta kepahitan hidup orang yang berbakti.

Ada seorang budak yang menerima didikan “Di Zi Gui” daripada gurunya dan dia diberitahu bahawa hari kelahirannya merupakan hari ibunya mengalami kesakitan untuk melahirkannya. Sebelum mempelajari “Di Zi Gui”, dia hanya tahu meminta kek hari jadi. Justeru, guru berkenaan pun mendidik dan membimbingnya harus berbakti pada ibu bapa pada hari berkenaan untuk meringankan beban ibu bapa. Selepas pulang ke rumah

Page 220: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

220

anak perempuan darjah 4 ini pun memberitahu ibunya bahawa dia ingin menggoreng timun untuk ibunya makan. Kerana dapur terlalu tinggi, dia pun berdiri atas bangku, pakai sarung tangan orang dewasa sebelum menuangkan minyak ke kuali kerana takut terpercik minyak panas, lepas itu masukkan timun. Kemudiannya apa sudah berlaku? Minyak masak memercik tinggi dan dalam keadaan yang mencemaskan ini, dia pun memakai topi keledar bapanya untuk melindungi diri. Akhirnya barulah dia berjaya menyiapkan timun goreng yang dimasak khas untuk ibunya dengan bermandi peluh. Apakah perubahan yang akan berlaku dalam jiwanya selepas menghidangkan masakannya untuk ibu? Adakah dia akan memilih dan merungut tentang masakan ibu kemudian hari? Tidak! Selepas pengalaman ini, dia mula sedar kesusahan ibu yang perlu masak untuk seisi keluarga selepas pulang dari kerja.

Cuba ingat kembali masa kali pertama kita menerima gaji yang tidak seberapa, itulah masanya kita baru sedar setiap ringgit yang diperolehi bukanlah mudah. Apabila mengenang sikap boros semasa kecil baru terasa bersalah pada ibu bapa. Setiap insan pasti pernah melakukan kesalahan, yang penting berjimat-cermatlah mulai sekarang.

Kedua, bagi anak yang rajin membuat kerja rumah, ia bukan saja menyihatkan badan malahan ia membantu otaknya berfikir semasa proses membuat kerja yang diamanahkan. Jadi, otak anak-anak yang sering membuat kerja rumah paling cergas. Kita sering rasa marah apabila memberi tugasan kepada anak murid yang mempunyai pencapaian akademik yang baik tetapi tidak pernah membuat kerja rumah, sebab mereka langsung tidak berpengalaman! Saya pernah ada seorang anak murid yang asyik hendakkan ibunya menelefon saya apabila dia mempunyai masalah yang perlu bertanya daripada saya. Saya pun memberitahu bahawa dia jangan menyusahkan ibunya dan dia boleh menelefon saya. Dia hanya menundukkan kepalanya dan akhirnya masih ibunya yang menelefon saya. Cara ibu ini telah merosakkan anaknya kerana anak ini tidak pernah diberi beban tanggungjawab dan dia akan bersikap penakut apabila berhadapan dengan masalah.

Ketiga, keazaman dan kegigihan seseorang akan semakin meningkat

Page 221: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

221

melalui kerja rumah yang dilakukan. Pakcik Lu pernah berkongsi pengalamannya bahawa semasa kecil apabila tong air jiran sudah kosong, ibu akan menyuruhnya mengandar air bagi mengisi tong air jiran. Waktu itu sudah senja dan bagi memenuhkan tong air jiran, dia perlu berulangkali pergi ke anak sungai untuk ambil air, sampai pukul 8-9 malam, barulah tong itu penuh. Adakah beliau berani mengingkari suruhan ibunya? Sebenarnya anak-anak sezaman dengan Pakcik Lu sangat taat dan menghormati ibu bapa, “Apabila disuruh oleh ibu bapa untuk membuat sesuatu perkara, bertindak dengan cepat dan tidak berlengah mahupun bersifat malas” Apabila sampai rumah, lauk makan malam sudah sejuk. Adakah anda sanggup menyuruh anak membuat kerja sedemikian? Tidak sanggup? Jika anda tidak sanggup, maka tiadalah anak berbakat seperti Pakcik Lu. Ibunya faham bahawa dengan cara banyak membantu orang lain, maka keazaman dan kegigihan anaknya akan terlatih.

Pakcik Lu juga berkongsi pengalamannya bahawa setiap kali beliau berhadapan dengan tekanan besar, tekanan kerja, suatu imej akan terpampang di otaknya iaitu dirinya yang mengandar air dari anak sungai. Beliau sentiasa mendorong diri, seandainya dia tidak tertahan lagi, memang tidak bermakna untuk terus tinggal di situ, lebih baik dia terus melangkah gigih untuk melepaskan diri dari tekanan, dan inilah caranya dia menangani setiap cabaran hidupnya. Rakan-rakan sekalian, adakah anak-anak zaman sekarang kekurangan semangat sedemikian? Ya. Jadi, perbanyakkan peluang untuk anak membuat kerja rumah, barulah nilai-nilai murni dan sikap yang baik akan tersemai. Perbincangan kita pada hari ini ditamatkan di sini, terima kasih!

Page 222: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

222

Sesi 13Leraikan Persengketaan Dan Memberi

Pengaruh Baik Melalui Keikhlasan Hati Selamat pagi rakan-rakan sekalian! Semalam kita telah menyentuh tentang topik tabiat-tabiat buruk yang harus dihindarkan, begitu juga tentang tabiat berjudi dan kaki perempuan serta empat sifat buruk yang harus dielakkan, iaitu “angkuh, pemboros, mengikut nafsu dan asyik bersenang-senang”. Untuk mengelakkan sifat asyik bersenang-senang, anak-anak harus dilatih membuat kerja rumah untuk memupuk sikap rajinnya. Semalam kita juga menyentuh tentang kebaikan daripada membuat kerja rumah, antaranya memupuk sifat bersyukur dan mengenang budi hasil usaha orang lain serta memupuk sifat rajin dan keupayaan bekerja yang semakin hari semakin meningkat keupayaan. Akhir sekali ialah keazaman untuk terlatih dan mampu mengikat jalinan sosial yang baik dengan orang lain.

Pengalaman saya semasa mengajar mata pelajaran Sains, banyak peralatan bantuan pembelajaran yang perlu dikemas dan disimpan baik selepas kelas. Ada beberapa orang murid tanpa disuruh terus membantu saya mengemas kelas dan semua peralatan. Apakah perasaan anda dengan anak-anak murid begini? Rasa suka sekali dan pasti lebih mengambil berat terhadap mereka. Jadi, anak-anak yang ringan tulang mudah menerima kasih-sayang dan prihatin daripada orang dewasa. Kerajinannya juga memberi kesan terus terhadap perhubungannya dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya. Andai kata semasa dia melanjutkan pelajaran di universiti, kebetulan rakan sebilik sedang mengemas bilik dan dia pun terus membantu, tanggapan yang macam mana diberikan kepada rakan sebiliknya? Dia seorang yang sedia membantu dan menghargai bakti orang lain. Walaupun belum mula tinggal sebilik, responnya memberi tanggapan baik dalam kalangan rakan sebilik dan ini memudahkan pergaulan baik dalam komuniti universiti.

Sebaliknya, jika anak ini seorang yang tidak pernah membuat kerja rumah, apabila memulakan kehidupan dan pembelajaran di universiti, orang lain sedang sibuk mengemas dan dia pula sibuk menonton televisyen, ini akan meninggalkan tanggapan buruk dalam kalangan rakan pelajar universiti. Dia tidak membantu sebab tidak tahu bersyukur atas bakti dan keperitan

Page 223: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

223

mengemas yang dibuat oleh orang lain kerana tidak pernah membuat kerja rumah. Apabila menggunakan barang awam dia pula asyik lupa meletakkan kembali ke tempat asalnya dan sikap ini menyusahkan orang yang kemudian hari memerlukannya. Sifat ini menyebabkan kebolehpercayaan dan tanggapan yang semakin hari semakin buruk di universiti. Rungutan orang ramai akan mencetuskan pergaduhan pada suatu hari nanti. Dalam Bab “Peraturan Pada Setiap Hari”, salah satu nilai murni yang harus dipelajari ialah “Letakkan topi dan baju di tempat yang disediakan. Jangan mencampakkannya di merata-rata tempat kerana ia akan menjadi keadaan berselerak, kotor dan membuang masa untuk mencarinya nanti”. Tabiat kehidupan yang baik bakal memberi pengaruh dalam kehidupannya di luar rumah; jika tidak berbekal dengan tabiat yang baik, dia bukan sekadar tidak mampu membantu malah menimbulkan masalah untuk orang lain yang perlu hidup bersamanya. Sifat murni rajin dan ringan tulang memberi pengaruh terus atas pergaulan harian seseorang itu.

Ramai siswa dihentikan pelajaran oleh pihak universiti, apakah faktornya? Hal ini berpunca daripada keupayaan mengurus kehidupan diri yang terlalu teruk sehingga guru dan rakan sekelas tidak sudi untuk tinggal bersama-samanya. Ada sebuah akhbar telah melaporkan seorang siswa yang belajar di universiti di Shenzhen telah diberhentikan pengajiannya oleh pihak universti, laporan itu dalam bentuk komik memaparkan seorang siswa bertopi graduan dengan disuap nasi oleh ibunya dan diselit dengan serangkap ayat “Siswa universiti, dungu menguruskan kehidupan diri”. Jangan anda sekalian rasa berita ini telah ditokok-tambah, memang betul ibu menyuapnya makan nasi, dia enggan makan jika tidak disuap ibunya. Sudah besar panjang tetapi masih hendak ibu risau tentangnya.

Apakah punca si anak berperangai sedemikian? Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya! Imbas kembali berapa lama untuk menyuapnya setiap kali makan semasa berumur dua hingga tiga tahun? Bekejaran sekeliling rumah; Sampai hendak patah tulang pinggang setiap kali menyuap semangkuk nasi yang mengambil masa satu hingga dua jam lamanya. Tabiat kehidupan yang baik adalah hasil daripada didikan dan disiplin yang dikenakan. Janganlah mengikut sahaja kehendak anak, kerana memang sukar hendak mengubah tabiat buruk yang terpupuk sejak kecil lagi.

Page 224: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

224

Sebagai contoh, semasa pergi ke rumah guru, dia langsung tidak prihatin tentang waktu yang sesuai untuk mengunjungi rumah guru, jika masa itu guru sedang rehat selepas makan tengah hari, anak ini tidak akan peduli keadaan guru yang memerlukan masa rehat dan dia pun terus menekan loceng rumah. Semasa makan sambil bermain komputer, langsung tidak mempedulikan sisa makanan yang jatuh ke lantai. Jadi tidak kira sama ada guru ataupun rakan sekelas, mereka semua takut dengannya. Justeru, untuk membantu perjalanan kehidupan yang lebih baik bagi anak dewasa kelak, bantulah dia memupuk tabiat yang baik. Janganlah sampai tabiat buruk menjadi halangan dan rintangan dalam kehidupannya. Ibu bapa harus tahu yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan; segala amalan baik dipraktiskan bermula dari diri kita dan seterusnya menjadi teladan dan ikutan anak-anak.

Selain itu, nilai murni “perkara yang disukai atau diinginkan ibu bapa” ini kita juga boleh melanjutkan amalan ini atas harapan semua ahli keluarga kita. Contohnya harapan isteri dan anak yang mengharapkan kita meluangkan lebih banyak masa bersama kita. Satu ungkapan yang menyatakan bahawa semua kejayaan tercapai tidak boleh menggantikan kegagalan keluarga. Ramai mengeluh bahawa mereka sibuk untuk bekerja dan tiada masa untuk anak! Mereka mengeluh mereka terpaksa akur dengan situasi diri, adakah betul cara akur sebegini? Hal ini semata-mata hanya satu alasan. Setiap orang mampu menyempurnakan kerjanya dengan baik sekiranya dia berhasrat dan berkeinginan sedemikian. Memang benar banyak perkara yang mungkin berlaku dalam pelawaan orang lain, namun setiap orang harus belajar satu kepandaian iaitu keupayaan menolak pelawaan orang lain. Jika tidak, banyak masa akan terbazir dalam urusan keraian yang langsung tidak relevan untuk keluarga dan kehidupan diri. Rakan-rakan sekalian, adakah mudah untuk menolak pelawaan orang lain? Memang susah. Tapi ada dua cara terbaik untuk menolak pelawaan orang lain dan mereka tidak akan membuat anda rasa serba salah. Bagi menolak pelawaan yang anda tidak ingin hadir, cara pertama adalah dengan memberitahu bahawa anda sudah berjanji hendak menemani ibu bapa sejak satu hingga dua minggu yang lepas. Dengan cara ini, mereka tidak akan memaksa lagi malah mungkin menyedari bahawa dia juga sudah lama tidak

Page 225: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

225

berjumpa dengan ibu bapa sendiri. Cara kedua ialah isteri dan anak. Bagi menolak pelawaan yang tidak diingini, beritahu mereka bahawa anda sudah berjanji dengan anak akan bercerita dengan anak pada malam berkenaan. Di samping itu, perkongsikan dengan kawan anda bahawa anda mula mempraktiskan ajaran nilai-nilai murni “Di Zi Gui” dan dijadikan sebagai peraturan keluarga. Memandangkan anak masih kecil, anda harus mementingkan apa yang dijanjikan dengannya, sama seperti ajaran Di Zi Gui, iaitu “Adab perbualan dan pertuturan kita hendaklah mengutamakan amanah, ketulusan dan kepercayaan”. Dengan kedua-dua cara ini, kebanyakan kawan tidak memaksa anda lagi. Bagaimana pula kalau kawan itu terus memaksa anda pergi? Anda harus berjauhan dengannya tetapi tetap menghormatinya.

Apabila kita mempunyai masa lapang yang lebih banyak, maka bolehlah kita menunaikan tanggungjawab seorang anak yang berusaha memenuhi segala keperluan dan keinginan yang baik untuk ibu bapa. Kita juga pernah berbincang bahawa ibu bapa sangat gembira kalau anak-anaknya yang kerja di luar kerap pulang ke rumah. Namun, sesetengah generasi muda mereka juga mengambil kesempatan hari minggu balik ke kampung untuk menziarahi kedua-dua orang tuanya. Tetapi bagaimana caranya? Mereka akan membawa anak pulang bersama, sebaik saja sampai rumah mereka akan terus duduk di atas sofa dan kemudian membaca suratkhabar. Anak-anak pula berlari ke hulu dan ke hilir manakala datuk dan nenek pula sibuk dengan urusan mereka. Sejak awal pagi mereka pergi ke pasar dan kemudian sibuk memasak untuk anak cucu. Selepas makan si anak sekeluarga pula memberitahu sudah masa untuk pulang rumah sendiri dan langsung tidak menolong mengemas meja makan ataupun mencuci pinggan mangkuk. Kedua-dua orang tua ini pula kemudiannya tercungap-cungap di atas sofa sambil mengeluh keletihan dan mengatakan bahawa lebih baik anak-cucu mereka tidak pulang, kerana mereka sudah biasa akan suasana tenteram tanpa suara kanak-kanak. Oleh itu, kepulangan kita adalah untuk menunaikan tanggungjawab taat kepada ibu bapa dan bersikap prihatin terhadap mereka. Jadi, kita boleh menelefon ibu bapa sebelum pulang dengan memberitahu kita sudah siap membeli sayur-sayuran. Apabila sampai di rumah ibu bapa, suami-isteri haruslah bekerjasama memasak untuk kedua-

Page 226: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

226

dua orang tua bagi meringankan beban mereka. Dengan cara inilah barulah tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh dilaksanakan dengan baik. Mari kita tengok ajaran nilai murni yang seterusnya.

“Ibu bapa akan sentiasa berasa risau sekiranya kita sakit atau cedera. Moral kita yang tercela akan memalukan ibu bapa”. Semua ibu bapa sangat risau apabila kesihatan anak mereka kurang baik atau tercedera. Semalam kita juga membincangkan bahawa “Sebab mulut badan binasa”. Justeru, kita harus sangat cermat tentang pemakanan harian diri kita agar kesihatan diri tidak menjadi beban kerisauan ibu bapa. Selain itu, ketelitian dalam kehidupan harian juga harus diambil berat, bagi mereka yang tinggal di tempat bermusim, biarlah berpakaian sesuai dengan perubahan musim dan suhu supaya tidak jatuh sakit. Semasa saya mengajar di sekolah, biarpun arus sejuk sudah mula melanda, ramai anak murid saya masih berpakaian baju lengan pendek dan terasa mereka tidak takut sejuk. Apabila berjumpa dengan murid seperti ini, saya akan menegur mereka agar menyarungkan baju yang bersesuaian. Sambil itu saya bertanya, “Siapakah yang akan menjaga awak jika sudah demam?” dengan berfikir sejenak, mereka menjawabnya “Ibu dan ayah”. Kata saya, “Betul, saya tidak berkata jika anda mampu menjaga diri selepas jatuh sakit; tetapi jika setiap kali awak jatuh sakit dan menyusahkan seisi keluarga, maka awak mempunyai tanggungjawab menjaga diri supaya tidak jatuh sakit.” “Cuba lihat, setiap kali awak sakit, ibu harus mengambil cuti dan datang ke sini dengan membawa motosikal untuk menghantar awak pergi berjumpa doktor dan selepas itu membawa kamu pulang ke rumah. Bukan setakat itu sahaja, bolehkah mereka bekerja dengan hati yang tenang semasa berada di pejabat? Tidak!” Jadi, jagalah badan dengan baik agar tidak demam kerana kesejukan. Selain itu, kita akan berpeluh dengan banyak selepas bersukan ataupun mendaki bukit, jadi jangan lupa membawa tuala kecil untuk mengelap peluh dan baju untuk ditukar. Hanya dengan ketelitian terhadap penjagaan kesihatan diri, barulah kurang kerisauan ibu bapa terhadap diri kita.

Ramai remaja mengatakan bahawa ibu bapa banyak mengongkong mereka! Saya akan bertanya, “Mengapa ibu bapa bertindak sedemikian? Semestinya ibu bapa tidak senang hati dengan perangai kalian. Sekiranya kamu pandai menjaga diri dengan baik, mereka pasti lega hati dan kamu pula

Page 227: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

227

memperoleh kebebasan yang sebenarnya. Sebaliknya, jika kamu langsung tidak pandai menjaga diri dan ibu bapa pula tidak mempedulikan kamu, ini bermakna ibu bapa tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Kamu harus prihatin tentang niat baik ibu bapa dan memajukan diri dengan lebih bertimbang rasa, hanya dengan cara ini mampu melegakan dan menenangkan hati ibu bapa. Kehidupan kita harus berdisiplin dan elakkan selalu tidur lewat malam, gaya hidup sebegini akan memudaratkan kesihatan diri kerana kelesuan badan hanya akan dipulihkan beberapa hari kemudian. Bagi pemulihan kesihatan badan, kita harus lebih cermat dari segi penjagaan pemakanan dan kehidupan berdisiplin.

Ada seorang budak jatuh sakit dan dalam diarinya dia telah menulis, “Saya sangat sedih kerana saya sudah demam. Sedih bukan kerana seksaan semasa demam sebaliknya sebab rasa tidak taat terhadap ibu bapa”. Inilah keinsafan diri daripada seorang budak di mana keupayaan meneliti kesilapan diri dan menginsafi diri jauh berbeza daripada budak sebaya dalam apa jua perkara yang ditemui, keupayaan tersebut sudah dipupuk melalui didikan nilai murni Di Zi Gui. Buku “Xiao Jing” (Sebuah buku yang mengajar tentang ketaatan) dalam bab pertamanya telah menekankan ketaatan kepada ibu bapa harus bermula dari perilaku menjaga dengan baik badan fizikal diri sendiri, sebab “Seluruh badan dan setiap rambut serta kulit kita diperoleh daripada ibu bapa, jadi ketaatan kepada mereka bermula menjaganya dengan baik supaya tidak tercedera”.

Ajaran nilai murni yang seterusnya ialah “Moral kita yang tercela akan memalukan ibu bapa”. Ibu bapa dan ahli keluarga serta bangsa sesebuah negara akan menanggung rasa malu kerana kecelaan moral diri kita. Semasa penghujung Dinasti Han, ada seorang menteri bernama Dong Zhuo, yang mempunyai kekuasaan yang luas tetapi malangnya kekuasaan tersebut telah disalah guna untuk memberontak terhadap maharaja. Sifat buruknya itu telah mengundang maut terhadap diri dan ahli-ahli keluarganya yang turut teraniaya kerana dihukum mati kerana kesalahanya. Begitu juga ibunya yang ketika itu sudah berumur lebih 90 tahun. Apabila moral kita tercela, ibu bapa terpaksa menanggung penderitaan jiwa yang tidak terkata. Walaupun hukuman mati yang dijatuhkan sampai kepada ahli keluarga selain pesalah sudah dimansuhkan pada zaman sekarang, namun jika kita

Page 228: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

228

tidak beretika dalam kerjaya yang diusahakan sehingga syarikat majikan kita muflis, perilaku tidak beretika kita akan menyusahkan kedua ibu bapa yang sudah hidup susah berpuluh tahun. Bagi membantu anda mereka terpaksa mengeluarkan semua duit pencen, malahan terpaksa berulang-alik dari rumah ke mahkamah pada usia tua. Memang menyedihkan apabila terbayang keadaan begini. Sifat amanah, bertanggungjawab, berwibawa dan tidak berangan-angan adalah tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh.

Sebaliknya, kemajuan etika dan moral seseorang boleh digunakan untuk berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara. Seperti pesanan “Xiao Jing” yang menyatakan bahawa “Beriltizam berbakti untuk masyarakat, bangsa dan negara, kerana pencapaian yang dikecapi pada usia muda ini membolehkan ibu bapa berbangga kerana anda, inilah pengakhiran ketaatan yang perlu dilaksanakan”. Salah satu ajaran penting Meng Zi mengatakan “Penjagaan kepada siapakah paling penting sekali? Perihal menjaga ibu bapa paling penting dalam kehidupan seseorang”. “Pemeliharaan terhadap apakah paling penting sekali? Pemeliharaan terhadap maruah dan moral diri paling penting” Janganlah melakukan perkara yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang kerana ibu bapa turut berasa malu kerana kesalahan kita. Begitu juga dengan ahli-ahli keluarga serta generasi seterusnya akan menanggung rasa malu kerana keruntuhan moral kita, khususnya pada zaman sekarang yang pesat dengan teknologi maklumat, pergaulan sosial sesama manusia semakin kerap, kita mungkin terjebak dalam kesalahan yang meninggalkan kekesalan seumur hidup, seandainya diri kita kurang arif membuat penilaian dan selalu bertindak terlalu mengikut emosi, maka pemeliharaan moral dan maruah diri begitu penting sekali.

Perhubungan seksual waktu malam yang banyak berlaku pada zaman sekarang bukan sahaja mencela maruah diri, ia mungkin menyebabkan anak-anak terpaksa menanggung malu. Jagalah perilaku diri dan tatacara dalam perbualan, janganlah mengundang malu terhadap diri sendiri. Mengapakah manusia boleh terjebak dalam kesalahan begini? Bagi kaum lelaki, mungkin kerana terlalu mengikut nafsu dan sejak kecil tidak bermatlamat tinggi dan hanya pandai bersenang-senang. Jika dia dibimbing dengan menetapkan matlamat tinggi sejak kecil, dia tidak akan terpengaruh dengan pencemaran

Page 229: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

229

dalam masyarakat. Mengapa pula kaum wanita juga terlibat dalam kesalahan tersebut? Kebanyakannya kerana sifat mementingkan kebendaan dan suka mendengar kata-kata manis. Justeru kaum lelaki yang berniat jahat pun pandai bermulut manis dan kemungkinan inilah membawa kaum wanita tersilap langkah. Oleh itu kita harus menginsafi diri agar tidak terjebak dalam kesalahan begini. Di samping itu, didiklah dan bimbinglah anak supaya tidak tamak kebendaan, sebaliknya membantunya menetapkan matlamat kehidupan supaya dapat menjalani kehidupan yang bermakna, seterusnya peningkatan nilai akhlak dan moral supaya diri tidak tersilap langkah dan terjebak dalam perbuatan maksiat yang meninggalkan kekesalan buat selama-lamanya.

“Sekiranya ibu bapa memiliki sifat penyayang kepada anaknya, maka adalah senang bagi anaknya mengamalkan adab mengasihi ibu bapa dengan sepenuh hati”.

Eratkanlah hubungan mesra antara ibu bapa dengan anak-anak. Anak-anak pula sewajarnya berusaha menjaga dan memelihara ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Kadang-kadang emosi ibu bapa juga kurang baik dan sering naik darah,maka waktu inilah anak harus lebih bertimbang rasa dan bertoleransi memandangkan emosi setiap insan sering berubah. Kita harus sentiasa mengingati dan berpegang kepada satu prinsip penting dalam pergaulan sesama manusia, iaitu “Diri kita mesti membuat apa yang betul, jangan ambil peduli sama ada perbuatan orang lain betul atau tidak”. Andaikata emosi ibu bapa terhadap kita kurang baik pada hari itu, janganlah melayani mereka dengan cara yang sama. Sebenarnya jika ibu bapa sudah membuat salah, begitu juga dengan diri kita. Jadi, jika kita juga membuat salah, adakah kita layak mengkritik orang lain? Tidak layak. Tidak kira siapa yang berada di sisi anda dan telah melayani anda dengan sikap yang tidak betul, kita tetap harus berdepan dan melayani mereka dengan cara yang betul, setidak-tidaknya kita tidak meneladan sikap buruknya. Inilah sikap hidup yang rasional dengan mengutamakan perbuatan yang betul dari diri kita. Disebabkan pegangan dan sikap kehidupan yang sedemikian, ramai orang alim tradisi China masih tetap soleh dan taat kepada ibu bapa dengan penuh keikhlasan biarpun berhadapan dengan masalah “Dibenci oleh ibu bapa yang kurang penyayang”, keikhlasan sejati si anak menunaikan

Page 230: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

230

tanggungjawab sebagai anak soleh ini mampu memulihkan suasana keharmonian keluarganya. Semasa Dinasti Zhou, ada seorang anak soleh bernama Min Ziqian. Ibunya meninggal dunia semasa dia kecil dan ayahnya pun berkahwin lain yang kemudiannya melahirkan dua orang anak lelaki. Layanan ibu tiri terhadapnya sangat buruk.Pada suatu hari semasa musim sejuk dia membuat baju panas beralaskan kapas untuk dua orang anak kandungnya, manakala baju panas untuk Min Ziqian dialas dengan bunga lalang. Sungguhpun baju panas beralaskan bunga lalang nampak tebal dan besar, tetapi ia tidak membantu memanaskan badan. Kebetulan suatu hari dia memakai baju panas tersebut dan ayahnya pula menyuruhnya membawa kereta kuda. Sepanjang perjalanan, Min Ziqian menggigil sambil membawa kereta kerana tidak tertahan dengan kesejukan angin musim sejuk. Si ayah pula nampak Min Ziqian berpakaian tebal tetapi badannya yang asyik menggigil mungkin akan merosakkan nama baik ibu tirinya, kerana orang luar mungkin beranggapan Si Min Ziqian didera oleh ibu tirinya. Oleh itu si ayah sangat marah dan terus menggunakan cambuknya menyebat Mi Ziqian. Akibatnya bajunya terkoyak kerana terkena sebatan sehingga bunga-bunga lalang melayang keluar. Si ayah bertambah marah kerana mula sedar anaknya didera oleh ibu tiri, sampai saja di rumah, si ayah terus melafazkan hasrat untuk menceraikan isterinya dengan penuh kemarahan.

Pada saat genting ini, Min Ziqian terus melutut di hadapan ayahnya, sambil merayu pada ayahnya jangan menceraikan ibu tirinya kerana “Hanya dia seorang yang mengalami kesejukan musim sejuk semasa ibu berada di sisi, seandainya ibu meninggalkan rumah ini, ketiga-tiga orang anak akan hidup kelaparan, kesejukan dan terbiar tanpa penjagaan ibu”. Si ayah terharu dengan kata-kata Min Ziqian dan kemarahannya terus reda. Ibu tiri itu pula terasa malu teramat sangat kerana seorang budak kecil pun pandai bertimbang rasa terhadap kedua orang adik dan dirinya. Ibu tiri itu juga malu dengan sikap tidak ikhlas dirinya yang suka berkira dengan seorang budak kecil. Keikhlasan jitu dan akhlak mulia Min Ziqian berjaya mempengaruhi ibu tirinya dan keluarga itu hidup harmoni selepas peristiwa berkenaan.

Page 231: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

231

Rakan-rakan sekalian, bagaimanakah nasib keluarga Min Ziqian pada kemudian harinya jikalau sikap dan layanan Min Ziqian terhadap ibu tiri tanpa bermaafan, bertimbang rasa dan ketaatan yang seikhlasnya? Berpecah-belah. Jadi, janganlah kita bertindak mengikut perasaan apabila berhadapan dengan setiap masalah,kerana perkara itu tidak dapat diselesaikan secara sempurna kecuali diri kita berinisiatif membalas air tuba dengan air susu. Kita harus yakin bahawa keikhlasan dan ketaatan sejati yang kita ada pasti akan mengharukan orang di sisi kita.

Wang Xiang (王祥), seorang lagi anak soleh yang sangat terkenal dalam catatan sejarah kerana ketaatannya. Catatan sejarah menyatakan bahawa pernah sekali semasa musim sejuk, ibu tiri yang berkeinginan makan ikan menyuruh Wang Xiang pergi menangkap ikan. Di mana hendak mencari ikan pada musim sejuk yang merata tempat diliputi salji tebal sehingga berais? Apa akan berlaku jika Wang Xiang mengingkari pesanan ibu tiri? Mungkin dipukul, ataupun dilarang masuk rumah. Wang Xiang langsung tidak merungut kerana layanan buruk ibu tiri, dia hanya menangis sendirian di luar sana yang lapang dan diliputi salji. Keikhlasannya yang suci mengharukan alam semesta ini, tiba-tiba dua ekor ikan terlompat keluar dari permukaan salji yang merekah dan dibawa pulang oleh Wang Xiang untuk memuaskan keinginan ibu tirinya. Namun, permintaan ibu tiri yang tidak munasabah bukan setakat itu sahaja, tetapi Wang Xiang langsung tidak pernah gentar dengan bermacam-macam dugaan daripada ibu tiri. Pernah sekali hujan hampir turun dan ibu tiri pun berkata dengannya, “Ribut dan hujan sudah hendak datang, jika buah-buah atas pokok gugur nanti, awak akan kena hukum”. Wang Xiang pun cepat-cepat berlari keluar dan memeluk pokok buah sambil menangis serta merayu agar buah-buah atas pokok jangan gugur. Akhirnya memang buah-buah itu tidak gugur. Keikhlasan dan ketaatan menyelamatkan Wang Xiang daripada bahaya. Keadaan tersebut umpama satu reaksi daripada pepohon dan sekalian alam semesta terhadap kesucian hati manusia.

Rakan-rakan sekalian, senangkah kita hendak menyentuh hati orang atau memberi pengaruh baik kepada orang lain? Memang susah! Perkara ini memerlukan kesabaran. Ibu tiri langsung tidak terharu dengan sifat murni yang dimiliki Wang Xiang sejak kecil lagi. Sungguhpun Wang Xiang sudah

Page 232: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

232

dewasa dan berumah tangga, dia bersama isterinya turut didera oleh ibu tiri. Sungguhpun demikian, sifat dan akhlak murninya telah mengharukan adik tirinya yang bernama Wang Lan(王覽). Adik ini sangat menghormati Wang Xiang dan setiap kali mereka didera oleh ibunya, Wang Lan pasti datang membantu bersama isterinya. Lama kelamaan kemuliaan akhlak Wang Xiang bertambah baik dan nama baiknya turut tersebar luas. Ibu tirinya amat dengki dan benci dengan kemahsyuran Wang Xiang lalu menjamu arak yang dibubuh racun untuk Wang Xiang. Wang Lan sudah menyedari niat jahat ibu dan dalam saat genting, Wang Lan merampas arak itu untuk minum bagi pihak abangnya. Rakan-rakan sekalian, bagaimana caranya si adik ini menasihat ibu kandungnya? Dengan nyawanya. Ibu tiri terus menumpahkan arak beracun itu dan terasa sangat malu dengan niat jahat hatinya, manakala anak kandung sendiri sanggup bergadai nyawa untuk abang tirinya. Wang Lan berjaya menyedarkan ibunya lalu bertaubat atas kesalahan yang dilakukan. Akhirnya nasib keluarga ini terus berubah kerana kemurnian dan kesucian akhlak adik-beradik ini.

Pada masa itu ada seorang menteri di istana bernama Lv Qian, beliau mempunyai sebilah pedang pusaka dan kemudiannya dihadiahkan kepada Wang Xiang. Beliau memberitahu bahawa sesiapa yang memiliki pedang pusaka itu akan mencapai kejayaan yang besar sehingga ke anak cucu akan menerima rahmatnya. Sebaik saja menerima pedang tersebut, apakah yang terlintas dalam fikiran Wang Xiang? Dia terus menghadiahkan pedang itu kepada adiknya Wang Lan, sambil itu mendoakan kebahagiaan adiknya sampai ke anak cucu. Memang wujud adik-beradik sebegini yang mempunyai akhlak mulia lagi suci .Anak cucu dan generasi keluarga ini seterusnya pasti memperoleh didikan dan teladan yang baik daripada mereka. Kitab “Yi Jing” menyatakan bahawa “Sesebuah keluarga yang sentiasa berbuat baik dan berbakti untuk orang baik, keluarga ini akan dirahmati dengan kebaikan yang berpanjangan”. Akhirnya cucu-cicit Wang Xiang dan Wang Lan berlanjutan sehingga sembilan generasi berjawatan tinggi di istana, memberi khidmat dan berbakti untuk masyarakat dan negara. Memang benar bahawa dengan keikhlasan hati mampu membantu pembentukan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Inilah yang dikatakan bahawa ketaatan seseorang itu begitu suci dan ikhlas sesungguhpun ibu bapa kurang penyayang terhadapnya.

Page 233: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

233

“Seandainya ibu bapa melakukan kesalahan, nasihati mereka dengan penampilan muka yang ramah dan suara yang lembut agar mereka boleh mengubah dan membetulkannya. Sekiranya nasihat tidak diterima, bersabarlah dan cuba lagi pada masa lain ketika ibu bapa berasa riang atau melalui kaedah lemah-lembut seperti tersedu-sedu bahkan menangis untuk menasihatinya. Sebagai anak kita tidak boleh menyimpan perasaan dendam sekiranya nasihat kita tidak didengari oleh ibu bapa, bahkan kalau kita di marahi atau dipukul oleh ibu bapa sekalipun.”

Perkara ini, menyentuh tentang kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa. Kalau dilanjutkan lagi, kesalahan itu mungkin melibatkan semua ahli keluarga ataupun kawan-kawan kita. Justeru, kita mempunyai tanggungjawab memberi nasihat seperti yang dihuraikan di atas. Ajaran nilai murni tersebut bukan sahaja mengingatkan kita bahawa itu tanggungjawab kita, malah ia mengajar kita cara, sikap dan masa yang betul apabila hendak memberi nasihat.

Semasa memberi nasihat, pertama sekali kita harus utamakan niat sebenar, kedua ialah masa yang bersesuaian, ketiga pula ialah sikap diri kita dan cara yang digunakan, keempat ialah kesabaran yang tinggi. Bukan mudah hendak menasihat seseorang dan memerlukan personaliti yang baik. Pernahkah anda menemui seseorang kawan yang terus memperbetulkan kesalahannya sebaik sahaja habis mendengar nasihat anda. Kalau ada kawan macam itu, saya ingin berkenalan dengannya sebab dia mungkin ialah “Yan Hui” (salah seorang anak murid Konfusius yang sangat soleh) yang dilahirkan semula. Apakah kemuliaan akhlak Yan Hui? Dia tidak mengulangi kesalahan yang sama sebanyak dua kali. Jika ada insan macam ini, galakkannya membantu mengembangkan nilai-nilai murni tradisi kebudayaan China. Perilaku seseorang dewasa terbentuk hari demi hari, bak pepatah China yang mengatakan “Kesejukan sehari dua tidak mungkin menghasilkan ketulan ais setebal tiga kaki”, kalaulah hendak mencairkan ketulan ais yang begitu tebal, ia perlu dibakar sedikit demi sedikit.

Jadi, sebelum mula memberi nasihat kepada ahli keluarga, nilaikan diri niat anda, semua nasihat yang diberi tidak bermaksud hendak memberi kongkongan, sebaliknya demi kebaikan dia. Jangan pula semua nasihat itu

Page 234: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

234

berbunyi “Awak mesti dengar nasihat saya, awak tidak boleh tidak dengar cakap saya”. Kalau sikap dominasi timbul, sikap keras sebegini tidak akan membawa kesan yang baik. Ada yang berpengalaman bahawa dirinya memberi nasihat kepada orang lain tetapi diakhiri dengan pergaduhan kerana cara nasihat itu telah mencetuskan kemarahan pihak berkenaan. Jika ini hasilnya, bermakna kita sudah terpesong daripada niat asal untuk memberi nasihat. Justeru , kita harus berpegang teguh pada niat tersebut yang seterusnya akan membawa kepada perubahan pada cara dan sikap anda.

Bagi kita yang berpengalaman mengajar di sekolah, ramai anak murid suka mengadu tentang rakan kelasnya. Biasanya kita akan bertanya, “Sekarang anda mengadu rakan sekelas tidak berkelakuan baik, apakah niat anda semasa mengadu kepada guru? Terasa padan muka apabila dia dimarahi guru? Ataupun mengharapkan rakan sekelas ini tidak lagi berkelakuan buruk?” Cara bimbingan sedemikian boleh membantu anak murid belajar menilai niat diri. Kemudian kita boleh teruskan bimbingan dengan berkata, “Jika anda berharap rakan sekelas ini memperbetulkan kelakuan buruknya, baik anda sendiri nasihatkannya dan tidak perlu mengadu kepada guru. Namun begitu, sebelum anda memberi nasihat kepada rakan sekelas, terlebih dahulu anda perlu menjalinkan pergaulan baik dengan rakan sekelas dan mempunyai sikap kerja dan membantu yang baik. Misalnya semua orang dalam kelas sudah mempelajari ajaran nilai-nilai murni Di Zi Gui, salah satu daripadanya ialah “Sekiranya kita menghargai teguran dan tidak mengharapkan kepujian, maka kawan yang jujur dan ikhlas akan mendampingi kita”.

Apabila perilaku rakan-rakan sekelas begini caranya, maka senang untuk murid ini memberi nasihat kepada rakan sekelasnya. Cara ini membantu kemajuan moral dan akhlak masing-masing, di samping itu saling berterima kasih kerana sudi membantu memberitahu kekurangan yang masing-masing ada. Apabila anak sudah pandai cara memberi dan terbuka hati menerima nasihat daripada orang lain, perilaku begini sangat membantu dalam perjalanan hidupnya. Jadi, sebelum memberi nasihat kepada orang lain, pertama sekali utamakan niat kita.

Page 235: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

235

Perkara kedua yang perlu dititikberatkan ialah masa yang sesuai. Bilakah masa terbaik untuk memberi nasihat? Kata pepatah China mengatakan bahawa “Kebaikan yang dibuat seseorang harus disebar luas untuk pengetahuan orang ramai; manakala apabila seseorang membuat salah, nasihatkanlah dia dalam bilik tanpa didengari orang pihak ketiga”. Apabila kita hendak memuji tentang nilai-nilai murni seseorang, ataupun perkara baik yang telah dilakukannya, anda boleh mengumumkannya di hadapan khalayak ramai, sebab setelah orang lain mendengar kebaikannya, masing-masing akan menginsafi diri dan meneladani akhlak mulianya; Di samping, perakuan daripada anda sebagai satu pendorong yang akan membantunya lebih aktif dalam kerja baik yang dilakukan. Sebaliknya memberi nasihat harus dilakukan tanpa kehadiran pihak ketiga. Mengapa? Apa yang paling penting bagi seseorang dewasa? Air Muka ! Air muka ini sangat mahal, betul tak? Justeru, untuk mengecapi kemajuan nilai akhlak dan moral, terlebih dahulu kita harus jual satu benda, jual air muka diri kita sendiri. Saya hendak beli kalau sekejap nanti ada orang hendak menjual air mukanya.

Sungguhpun demikian, jangan pula kita abaikan air muka orang lain malah harus prihatin terhadapnya. Ketelitian anda membantu dia lebih faham bahawa anda memang mengambilberat tentang dia. Jika cara sebaliknya digunakan, pertelingkahan dan perbalahan mungkin tercetus. Jadi cari peluang dan masa terbaik untuk memberi nasihat tanpa kehadiran pihak ketiga sangat penting.

“Lun Yu” menyatakan bahawa “Jika itu masa dan peluang terbaik untuk memberi nasihat tetapi anda tidak memberi nasihat sebagaimana yang patut; ini bermakna anda lalai tentang tanggungjawab diri, sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak ataupun seorang kawan”.

“Seandainya itu bukan masa yang sesuai untuk memberi nasihat, tetapi sifat tergesa-gesa mendorong anda menasihatnya yang mungkin membawa anda mungkin tersilap cakap, akibatnya niat baik anda menjadi satu perkara buruk”.

Oleh yang demikian, dalam hal memberi nasihat kepada orang lain

Page 236: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

236

dengan berlandaskan tanggungjawab asas setiap orang dalam lima jenis jalinan perhubungan asas, bapa dengan anak ataupun pemimpin dengan yang dipimpin, semuanya harus saling memberi nasihat. Seandainya anda menerima tawaran pekerjaan daripada sebuah korporat, anda mempunyai tanggungjawab memberi khidmat sokongan dan bantuan kepada syarikat dan pegawai atasan anda. Suami-isteri juga tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini, seterusnya adik-beradik dan antara kawan-kawan. Justeru, adalah penting untuk kita meningkatkan kebijaksanaan untuk memberi nasihat kepada orang lain, barulah kita boleh memberi bantuan dalam kehidupan sanak-saudara melalui kata-kata yang membina.

Di Zi Gui juga menyentuh tentang “Sekiranya nasihat tidak diterima, bersabarlah dan cuba lagi pada masa lain dengan dengan cara yang lemah-lembut”. “Cara lemah-lembut” ini adalah satu ilmu yang mendalam. Apabila buat kali pertama nasihat yang diberi kepada ibu bapa tidak diterima, bila pula masa yang sesuai untuk menyusul dengan nasihat kali kedua? Semasa mereka gembira. Masa ini anda harus pandai bertutur dan mimik air muka yang sesuai. Bagaimana caranya untuk memberi nasihat susulan? Berlemah-lembut dengan ketenangan hati, jika anda naik angin, ibu bapa akan terpengaruh dan turut naik darah. Berapa kali nasihat susulan ini? Berulang-kali dengan penuh kesabaran yang hasil daripada ketaatan dan kasih-sayang serta tanggungjawab kita terhadap ibu bapa.

Seandainya nasihat yang kita berikan tidak mendatangkan sebarang perubahan, maka kita harus sedar bahawa orang yang dinasihat tidak bermasalah, sebaliknya ia ada pada diri kita. Apabila kita sentiasa menginsafi segala, perbuatan dan percakapan diri, secara tidak langsung ia membantu meningkatkan kebijaksanaan kita semasa memberi nasihat kepada orang lain, seterusnya keikhlasan kita akan mengharukan mereka dan sanggup berubah untuk menjadi baik. Jadi, kita juga harus berpegang kepada satu sikap bahawa seandainya nasihat kita tidak diterima orang, maksudnya budi-pekerti, akhlak dan moral kita belum cukup baik sehingga mampu memberi pengaruh yang baik.

Bagaimana pula caranya untuk memenangi kepercayaan orang lain. Kita memang sering dahagakan kepercayaan daripada ahli keluarga dan

Page 237: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

237

rakan-rakan kita. Tetapi bolehkah kepercayaan diperoleh dengan meminta daripada orang lain? Tidak boleh sama sekali. Kadang-kadang kita rasa cemburu dengan mereka yang mudah mendapat kawan? Mengapa begitu dipercayai oleh orang lain? Dari sini kita hanya cuba mencari jawaban daripada hasilnya dan tidak merenung dari segi puncanya. Baiklah kelas dihentikan di sini untuk sesi ini, nanti kita sambung mengapa seseorang itu dapat memenangi kepercayaan orang lain dengan mudah. Terima kasih!

Page 238: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

238

Sesi 14 Asas Untuk Memberi Teguran Dan Nasihat Ialah

Melalui Kepercayaan Yang Diperolehi

Salam sejahtera rakan-rakan sekalian! Pagi tadi kita berbincang tentang prasyarat untuk memberi nasihat kepada orang lain. Kepercayaan daripada orang itu sangat penting. Jika dia tidak mempercayai anda, mungkin dia akan salah faham bahawa anda kurang senang melihatnya? Cuba menfitnahnya? Bagaimana pula untuk mendapat kepercayaan daripada sanak-saudara? Kepercayaan ini tidak mungkin datang dengan bergolek begitu sahaja. Kepercayaan itu hasil daripada keprihatinan dan perhatian yang kita berikan. Ada sesetengah orang memang sangat suka menolong orang lain tetapi kawannya pula cuba mengelak daripadanya, kerana berperasaan orang ini sangat merimaskan dan berleter apabila berjumpa dengannya. Kawannya pula memohon dia supaya jangan menolong dia lagi. Pernahkah anda jumpa orang macam ini? Walaupun dia sudah banyak berkorban tetapi pertolongan yang diberi tidak pernah dihargai. Puncanya ialah bantuan dan keprihatinan yang diberi tidak mengikut keperluan mereka yang dibantu. Oleh yang demikian, kita harus pandai menilai keperluan orang lain barulah menghulur bantuan yang sepatutnya, barulah kepercayaan akan terjalin dan kata-kata nasihat kita akan diterima baik pada masa yang bersesuaian.

Dalam perhubungan antara ibu bapa dengan anak, kalau bapa paling mempercayai anda berbanding dengan anak-anak yang lain, kepercayaan ini wujud kerana anda anak yang paling kurang menimbulkan masalah dan paling taat kepadanya, inilah faktor-faktor yang mewujudkan kepercayaan bapa terhadap anda. Selain itu anda juga melaksanakan tanggungjawab sebagai anak dengan baik pada masa bapa memerlukan pertolongan daripada anda.

Seterusnya ialah perhubungan antara pemimpin dengan orang bawahannya. Apakah yang paling diperlukan oleh seorang pemimpin? Pemimpin paling memerlukan bantuan kita untuk memikul sebahagian tugasnya. Usaha yang kita curahkan berlandaskan keperluannya dan tidak merungut dengan setiap tugasan yang diamanahkan, malahan setiap tugasan itu dilaksanakan dengan sempurna tanpa menimbulkan sebarang masalah

Page 239: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

239

yang merunsingkan. Sifat-sifat kerja begini membantu kita memenangi kepercayaan pemimpin terhadap kita. Perhubungan seterusnya ialah suami-isteri, misalnya isteri bukan saja pandai mengemas rumah dan mendidik anak dengan baik, isteri ini berjaya meringankan beban suami daripada hal-hal rumahtangga dan kebaikan isteri ini pasti boleh memenangi kepercayaan suami, nasihat ataupun cadangan yang diberikannya pasti akan diterima baik oleh suami.

Bagi seseorang perempuan yang baru berumah tangga, bilakah masa yang sesuai untuk memberi nasihat kepada ahli keluarga suami? Nasihat kepada si suami, ataupun sanak-saudara keluarga si suami? Bolehkah si isteri menyatakan ini tidak baik, sana tidak sesuai pada hari pertama masuk pintu rumah suaminya? Apakah akibatnya jika bersifat demikian?

Sifat begini pasti menyinggung perasaan ahli keluarga suami kerana kepercayaan antara satu sama lain masih belum terjalin memandangkan si isteri orang baru dalam keluarga ini. Jadi, adalah penting untuk kita mematuhi peraturan orang lain dan prihatin tentang perasaan orang lain. Pakcik Lu pernah berkongsi dengan saya bahawa apabila kita sampai di satu tempat yang baru, kita harus banyak tengok dan lihat! Hulurkan tangan apabila nampak orang lain memerlukan bantuan. Seterusnya kita harus banyak mendengar, ketelitian mendengar membantu kita memahami keperluan orang lain dan kadang-kadang terdengar pantang-larangnya. Kita juga harus pandai mengelak daripada menyentuh tentang perkara yang mereka enggan suarakan. Selain itu, jangan banyak bercakap dan sibuk memberi cadangan.Semasa kita mula bekerja di syarikat yang baru, kita juga harus banyak melihat dan mendengar serta kurang bercakap! Apabila anda berbuat lebih banyak daripada bercakap, pegawai atasan akan semakin mempercayai anda, dan kemudian harinya cadangan yang anda suarakan pasti akan dipertimbangkan. Cara-cara tersebut sesuai untuk diolah dalam semua keadaan.

Jika kita sudah menjadi menantu orang, kita juga harus pandai meneliti dan memainkan peranan yang perlu mengikut keadaan. Semua ini saya belajar daripada ibu. Semasa ibu berkahwin dengan ayah saya, Mak Su dan Pak Su saya masih bersekolah. Datuk saya pernah menasihat ibu

Page 240: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

240

sebelum perkahwinan berlangsung sambil menganalisa untuk ibu dengan memberitahu, “Calon suami anda anak sulung dalam keluarganya dengan seorang adik lelaki dan perempuan yang masih bersekolah, pendapatan bapa mentua tidak menentu kerana pekerjaannya menangkap ikan. Kehidupan anda mesti susah bila awak kahwin nanti”. Ibu saya menjawab, “Saya tetap hendak berkahwin dengannya”. Mengapa? Sebab ibu tahu ayah saya seorang anak yang soleh. Seorang yang soleh pasti seorang yang berbudi-pekerti, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan mengenang budi. Walaupun ramai anak orang kaya sebagai calon pilihan, namun ibu bertegas dengan pendiriannya memilih ayah saya dan kehidupan mereka agak susah selepas berumah tangga.

Selepas berumah tangga, semua gaji ibu yang bekerja sebagai guru dikeluarkan untuk perbelanjaan keluarga, yuran persekolahan Mak Su dan Pak Su saya. Rakan-rakan sekalian, kalau itulah anak perempuan anda, setujukah anda dengan perkahwinan tersebut? Biarlah kita berpandangan jauh dan pandai menilai orang, seorang anak yang soleh mesti mengutamakan didikan keluarga yang mementingkan nilai-nilai murni ketaatan. Keluarga begini pasti berkembang maju pada masa akan datang. Satu lagi, pepatah China yang mengajar kita “Biarlah kita rugi untuk membina pahala”. Kesanggupan berkorban untuk orang lain pasti membantu anda memenangi penghormatan daripada orang lain. Walaupun ibu saya berasal dari keluarga yang agak berada, tetapi dia sanggup berbakti dan berkorban untuk keluarganya, oleh itu Pak Su dan Mak Su sangat menghormati dan mereka sangat baik terhadap ibu saya.

Oleh kerana orang yang soleh sangat bertanggungjawab kepada keluarganya, maka keadaan keluarga kami pun bertambah baik sehari demi sehari. Selepas lebih kurang 20 tahun berumahtangga, barulah ini masanya ibu saya mula bercakap apa yang patut. Hal ini disebabkan kata-kata yang diucapkan lebih berpengaruh apabila kepercayaan yang diperoleh sudah mencapai suatu tahap yang tertentu. Oleh itu, janganlah kita terburu-buru kerana tiada pencapaian jika kita bertindak tergesa-gesa. Selain itu, bagi cadangan yang disuarakan, janganlah pada asalnya tidak pernah memberi sebarang cadangan, tiba-tiba hendak mula memberi lima hingga enam cadangan sekali gus. Cara begini ada kekurangannya, baik hanyak satu

Page 241: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

241

cadangan dikemukakan semasa anda memberi teguran. Kadang-kadang tidak semestinya cadangan anda akan diguna pakai dan masalah timbul sebagaimana yang anda buktikan, masa itu mereka akan sedar cakap-cakap anda memang tepat sekali dan dari sinilah kepercayaan terhadap anda meningkat hari demi hari!

Jalinan perhubungan antara bapa dengan anak, pemimpin dengan pekerja bawahan dan suami dengan isteri harus dibina dengan berlandaskan kepercayaan dan pemberian sesama sendiri. Begitu juga dengan perhubungan antara adik-beradik, apabila kita semakin menjaga dan prihatin sesama adik-beradik, kepercayaan yang terjalin semakin menebal. Akhir sekali ialah perhubungan antara kawan yang tiada pertalian darah. Jalinan ini bergantung kepada masa, semakin lama perkenalan itu semakin mendalam persefahaman sesama sahabat. Kata-kata nasihat yang diberi hanya akan diterima oleh kawan kita apabila kepercayaan itu terjalin antara kawan dengan kita.

Sebenarnya, ramai orang-orang alim telah memberi teladan yang sangat baik kepada kita. Rakan-rakan sekalian, biar kita renungkan sendiri, sila angkat tangan jika anda berjaya memberi nasihat kepada orang lain dengan kejayaan lebih daripada 50%? Memang tidak ramai! Adakah anda perasan memang sukar hendak memberi nasihat kepada orang pada zaman sekarang! Apabila seseorang tidak pernah menerima didikan dan bimbingan moral nilai-nilai tradisi orang-orang alim zaman dahulu, seperti yang dikatakan bahawa “seandainya seseorang tidak diberi didikan nilai-nilai moral, sifat semula jadinya yang suci akan berubah dan terpengaruh dengan orang lain”. Di samping itu, sikap terlalu tergesa-gesa, menyebabkan kebanyakan orang gagal menguasai kaedah memberi nasihat yang sebaiknya.

Semasa awal pemerintahan Dinasti Tang, Maharaja Li Yuan, ayahanda kepada Tang Tai Zong (Li Shi Min), sepanjang memimpin pasukan tentera berperang di merata tempat, Li Shi Min mengikut bersama ayahandanya. Pernah sekali Li Yuan telah memutuskan satu atur cara dan peta perjalanan untuk menentang musuh, Li Shi Min, pun meneliti semula aturan peta perjalanan pasukan tentera ayahandanya, dari situ dia mendapati atur cara perjalanan tersebut mungkin membawa kepada kekalahan teruk kepada

Page 242: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

242

pihak mereka, kerana jika mereka maju menentang pihak musuh mengikut peta perjalanan yang dirancangkan, mereka mungkin menerima serangan hendap musuh. Justeru, Li Shi Min terus menasihati ayahandanya agar tukar peta perjalanan tentera tetapi nasihatnya tidak diterima oleh ayahandanya. Sehingga awal pagi sebelum pasukan tentera bertolak untuk menentang musuh, tiba-tiba Li Yuan terdengar tangisan kuat dari luar khemahnya. Beliau terasa hairan siapakah lelaki yang sedang menangis? Apabila Li Yuan keluar dari khemahnya, dia ternampak anaknya yang sedang menangis. Li Shi Min sekali lagi menasihat ayahandanya agar tukar pelan perjalanan angkatan tentera yang bakal mengundang kekalahan, tangisannya semakin kuat sambil memberi nasihat kepada ayahandanya. Perbuatan Li Shi Min seperti ajaran dalam Di Zi Gui yang mengatakan bahawa bagi seseorang anak yang soleh akan berulang-kali memberi nasihat kepada ibu bapa sehingga menangis kerana kebimbangan akan keselamatan ibu bapa, biarpun dipukul oleh kedua orang tua pun tidak menyimpan dendam. Setelah meneliti kecekalan Li Shi Min memberi nasihat, akhirnya Li Yuan menerima nasihat anaknya dengan berjaya mengelak daripada kekalahan teruk dengan menukar pelan perjalanan angkatan tenteranya.

Rakan-rakan sekalian, kemurnian dan kesucian hati seorang anak yang soleh telah berjaya menyelamatkan nyawa satu pasukan angkatan tentera. Apakah yang akan berlaku kalau kesemua angkatan tentera itu gagal diselamatkan? Bagaimana pula catatan sejarah China? Rakan-rakan sekalian, pernahkah anda menyedari bahawa ketelitian amat perlu sepanjang perjalanan kehidupan ini? Satu kesilapan mungkin membawa kepada perubahan yang besar. Cuba anda imbas kembali, dalam 10 tahun ini, jika anda telah tersilap membuat keputusan dalam suatu perkara, maka kita tidak mungkin bertemu jodoh duduk bersama menghadiri kelas pembelajaran nilai-nilai murni orang-orang suci tanpa sebarang keraguan dan kerisauan.

Jadi kita harus bersifat cermat dalam setiap hal dan urusan, malahan harus sentiasa bersyukur tentang apa yang ada, sebab sepanjang perjalanan kehidupan kita, ramai sanak-saudara yang pernah memberi nasihat, bimbingan dan peringatan yang membina.

Bagi bapa yang memberi nasihat kepada anak yang sudah dewasa,

Page 243: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

243

memanglah tidak sesuai berteriak sambil menasihat mereka. Lain pula semasa anak masih kecil, kita boleh memberi teguran yang paling tegas. Apabila anak sudah dewasa sudah pandai hendak jaga air muka, teguran secara terbuka bukan sahaja tidak dapat diterima malah mungkin menyebabkan mereka berdendam dalam hati. Ada seorang anak muda berumur 16 tahun, dia membawa ayahnya ke suatu tempat rekreasi dan setelah ayahnya turun dari kereta, dia berjanji dengan ayahnya akan datang untuk mengambil bapanya itu pada pukul empat petang di tempat asal ayahnya turun kereta. Selepas itu anak muda ini pun membawa keretanya untuk mengisi minyak. Setelah itu, dia berasa masih ada berjam lamanya sebelum kembali untuk balik membawa ayah, lalu dia mengambil keputusan untuk menonton wayang di panggung yang bersebelahan dengan stesen minyak, lepas itu baru pergi mengambil ayahnya. Selepas habis menonton wayang, dia terus terlupa akan janjinya dan apabila tersedar, dia sudah terlewat lebih kurang dua jam lamanya. Bagi mengelakkan dirinya dimarahi ayah, dia pun mereka cerita dengan memberitahu bapanya bahawa keretanya dihantar ke bengkel untuk dibaiki kerana tayar pancit. Jangan kita marah anak muda ini sebab dia tidak pernah menerima ajaran nilai-nilai murni Di Zi Gui. “Sekiranya kesalahan yang dilakukan itu disembunyikan, ia akan mengundang kesalahan lain yang berterusan”. “Kesilapan yang tidak disengajakan merupakan kesalahan manakala kesilapan yang disengajakan sebenarnya satu kejahatan”.

Anak muda ini berasa dirinya sangat bijak sambil memberitahu kelewatannya akibat tayar pancit. Ayahnya bertanya mengapa dia menipu? Namun dia tetap dengan kata bohongnya dengan mengatakan bahawa semua yang dikatakan benar-benar belaka. Kemudiannya ayahnya pun berkata, “Saya sudah menelefon stesen minyak ini dan mereka memberitahu kereta awak berparkir di sini sejak tadi”. Pemuda ini terasa sangat malu kerana kata-kata bohongnya sudah terbongkar.

Kemudiannya si ayah ini berkata lagi, “Saya sangat marah, saya bukan marah awak tetapi memarahi diri saya”. “Anak yang saya didik sepanjang 16 tahun ini cuba menipu saya kerana takut saya marah. Saya harus menginsafi kesalahan diri kerana gagal mendidik anak dengan baik. Nanti saya sendiri berjalan kaki balik rumah”. Jarak rumah mereka dari tempat menunggu si ayah sejauh 18 batu. Kalau berjalan kaki, satu jam hanya boleh berjalan

Page 244: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

244

empat hingga lima batu. Si ayah ini betul-betul berjalan kaki balik rumah dan anaknya membawa kereta dengan mengikut di belakang dengan perlahan-lahan. Si anak ini kemudiannya berkata perjalanan itu merupakan perjalanan yang paling menyeksakan dan juga merupakan didikan yang paling baik diterimanya sepanjang kehidupan itu. Si anak ini memberitahu bahawa semenjak itu dia tidak lagi berkata bohong. Di sini, ayah ini berjaya memberi nasihat kepada anak dengan menggunakan perasaan malu dan tatasusilanya menyedarkan sifat rasa malu anak. Inilah cara nasihat seorang ayah kepada anak. Apabila kita hendak memberi nasihat, ia bukan hanya memerlukan keikhlasan dan kebaikan hati dan niat murni seseorang, cara yang digunakan juga satu faktor yang penting.

Nasihat juga harus ada antara pemimpin dengan yang dipimpin. Setiap orang yang dipimpin juga mempunyai tanggungjawab memberi nasihat kepada pemimpinnya. Dalam isu ini, ia mengingatkan saya tentang seorang menteri Dinasti Tang yang bernama Wei Zheng (魏徵). Beliau seorang yang sangat istimewa dan bijaksana berkomunikasi. Wei Zheng berkata dengan maharaja, “ Patik tidak mahu menjadi seorang menteri yang taat, patik hendak menjadi menteri yang baik”. Maharaja Tang Tai Zong rasa hairan dengan kata-katanya, lalu Wei Zheng memberitahu, “Sebab kebanyakan menteri yang taat akan dihukum pancung kepala, hanya menteri yang baik tidak akan dihukum mati”. Maharaja Tang Tai Zong ketawa terbahak-bahak setelah mendengar penjelasan Wei Zheng. Maharaja ini seorang yang sangat bijaksana dan sambil ketawa sambil berfikir, “Siapakah yang menghukum mati menteri yang taat? Maharaja yang kejam; Kalau beta menghukum mati Wei Zheng, ini maknanya saya juga seorang maharaja yang kejam dalam catatan sejarah!” Oleh itu, kata-kata Wei Zheng tadi berjaya menyelamatkan nyawanya buat sementara waktu.

Setiap kali maharaja Tang berbuat salah, Wei Zheng sering memberi nasihat tanpa rasa gentar, beliau sering memberi peringatan kepada maharaja bahawa “Air boleh mengapungkan perahu juga boleh menenggelamkan perahu”. “Rakyat jelata boleh menyanjung tinggi terhadap pemerintah yang membawa kepada kecemerlangan negara. Mereka juga mampu menggulingkan pemerintah yang tidak berjiwa rakyat.” Justeru itu, Tang Tai Zhong sangat berhati-hati sepanjang pemerintahannya. Pernah sekali Tang

Page 245: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

245

Tai Zhong amat murka kerana Wei Zheng sangat tegas dengan nasihat yang diusulkannya. Setelah balik ke kamar beradu dengan penuh kemurkaan, permaisuri sedar hanya Wei Zheng mampu menaikkan darah Maharaja dan dia pun terus menyalin sepasang baju rasmi dan elegan. Kemudian permaisuri pun bersujud di hadapan Maharaja sambil mengucapkan, “Tahniah Tuanku! Tahniah Tuanku!” Maharaja Tang Tai Zhong yang tengah marah ini rasa hairan dengan perilaku isterinya. Permaisuri pun berkata, “Tuanku, pastinya sudah wujud pemerintah yang adil-saksama lagi bijaksana, hanya dengan kehadiran mereka, barulah para menteri berani bercakap benar dan memberi nasihat tanpa rasa takut.” Akhirnya emosi Maharaja Tang Tai Zhong menjadi reda dan gembira dengan kata-kata permaisuri: Beta seorang Maharaja yang bersikap adil lagi bijaksana! Dari sini, kita boleh lihat bahawa seseorang isteri memberi pengaruh besar kepada suaminya. Andai kata buat masa itu permaisuri pula cuba memburukkan Wei Zheng melalui kata-katanya kepada Maharaja, saya yakin catatan sejarah kegemilangan Dinasti Tang zaman pemerintahan Tang Tai Zhong lain daripada yang kita boleh baca pada hari ini.

Justeru, kemakmuran sesebuah keluarga ataupun dinasti merupakan hasil pengorbanan daripada banyak pihak. Dari sini, kita sedar bahawa kita harus mengenang budi mereka yang berbakti dan bersyukur kepada semua orang kerana sesetengah pencapaian yang kita kecapi dalam kehidupan adalah hasil sumbangan bersama. Maharaja Tang Tai Zhong bukan sahaja mempunyai bantuan daripada Wei Zheng dan permaisuri serta menteri-menteri yang berakhlak mulia.

Setelah Wei Zheng meninggal dunia, Maharaja Tang Tai Zhong sangat sedih akan pemergiannya, beliau berkata, “Beta mempunyai tiga cermin (orang zaman dulu menggunakan kepingan gangsa sebagai cermin), “Pemakaian baju boleh dikemaskan dengan bantuan cerminkan diri melalui cermin kepingan gangsa”. “Catatan sejarah boleh digunakan sebagai cermin pedoman untuk mencerminkan diri dalam pemerintahan”. “Sejarah boleh digunakan untuk meramalkan kegemilangan atau keruntuhan sesebuah dinasti, merenungi usaha dan polisi pentadbiran negara yang dilaksanakan dengan berpandukan catatan sejarah, barulah kita akan mengecapi pemerintahan yang mendatangkan kemakmuran dan kegemilangan; malah

Page 246: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

246

juga mengetahui cara pemerintahan yang mengundang kepada keruntuhan sesebuah dinasti”. “Cerminlah diri daripada orang di sisi kita” “Nasihat dan cadangan membina daripada menteri yang berakhlak mulia membantu pemerintah menyedari kebaikan dan keburukan sesuatu polisi pentadbiran yang dilaksanakan, barulah dapat memperbetulkan ketidaksempurnaan yang wujud. Tang Tai Zhong memberitahu dia mempunyai ketiga-tiga cermin tersebut, tetapi sayangnya dia sudah kehilangan satu selepas kematian Wei Zheng. Melalui kisah ini, kita menyedari bahawa seorang pemimpin yang arif lagi adil dan saksama pastinya sangat menghargai orang yang berbakat, barulah pemimpin ini mampu memenangi kepercayaan daripada orang di bawahnya.

Rakan-rakan sekalian, memang tiada perbedaan tidak kira dalam pengurusan pentadbiran negara ataupun sesebuah korporat. Industri dan korporat zaman sekarang amat menitikberat tentang ilmu pengurusan. Sebenarnya “Si Shu” (Empat Buku Utama) peninggalan nenek-moyang kaya dengan kandungan ilmu pengurusan malah semua yang dihuraikan dengan begitu mendalam dan terperinci. Contohnya salah sebuah buku daripadanya, “Zhong Yong” mencatatkan bahawa terdapat sembilan cara yang baik untuk pemerintahan negara, cara pertama “Mempertingkatkan tata-susila dan akhlak diri”, orang yang berakhlak tinggi disegani dan memenangi orang yang baik-baik belaka bekerja bersamanya, asalkan berbekal dengan orang berakhlak di sisi kita, semua perkara boleh diurus dengan baik. Sebuah buku lagi “Da Xue” juga menyatakan bahawa “Di mana adanya orang berakhlak di situ akan berbekal dengan insan berbakat”. Namun, memang sukar untuk mendapat orang yang berbakat biarpun mereka sangat kaya-raya, kewujudan golongan yang menjadi kaya-raya secara mendadak juga sangat ramai pada zaman sekarang, tetapi mereka sukar mengupah pekerja yang baik dari segi akhlak dan mutu kerjanya. Apabila dirinya seorang yang berakhlak mulia dan bermoral, dia akan menarik mereka yang mempunyai cita-cita yang sama datang membantu.

Kedua ialah “Menghormati orang yang berakhlak mulia dan bersifat baik”, tokoh-tokoh bersifat sedemikian bukan boleh diupah dengan wang ringgit. Apakah yang boleh menarik kerelaan mereka membantu anda? Keikhlasan hati, perasaan hormat, mempunyai jiwa berkhidmat untuk rakyat

Page 247: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

247

jelata. Misalnya tadi kita telah membincangkan Tang Tai Zhong sangat menghargai Wei Zheng, sifat baik maharaja ini yang menghormati orang yang berakhlak tinggi dan bersifat baik menarik minat ramai cendekiawan yang taat setia datang membantunya dalam pentadbiran negara. Sebaliknya, andai kata seseorang pemimpin masa sekarang langsung tidak menghormati orang yang berakhlak tinggi dan bersifat baik, malah menaruh dengki dan cemburu terhadap orang dipimpinnya yang berkeupayaan tinggi, ditambah pula pemimpin ini seseorang yang kaki perempuan, maka lambat laun dia akan mengalami kegagalan teruk biarpun buat masa ini pencapaiannya agak memuaskan. Jadi, seorang yang berakhlak mulia tidak akan bercakap buruk tentang orang lain dan menjauhkan diri daripada perkara maksiat.

Cara ketiga ialah “Menyayangi ibu bapa dan sanak-saudaranya”. Teladan daripada seorang pemimpin yang soleh pasti akan mempengaruhi pekerjanya, malah rakyat jelata. Kami ada contoh daripada korporat di negeri China yang telah mengalami kerugian lebih kurang 700-800 million Yuan China, jika bagi korporat yang lain mungkin tidak tertahan dengan beban hutang yang begitu berat, namun korporat ini tetap menggigit lidah untuk terus bertahan dan berusaha. Sepanjang perjalanan usaha untuk membangun semula, selama ini mengamalkan budaya korporat yang sangat murni. Setiap perayaan tradisi yang penting, Pengarah korporat tersebut akan membawa anak-cucunya memberi salam sujud kepada ibunya, ini sebuah keluarga yang amat menitikberatkan nilai ketaatan kepada orang tua dan ibu bapa. Justeru, mereka sangat teliti dan bersungguh-sungguh dalam setiap latihan yang diberikan kepada para pekerja, layanan yang diberikan seperti ahli keluarga sendiri. Di samping itu, kursus dan latihan untuk pekerja juga termasuk didikan nilai murni Di Zi Gui.

Apakah kandungan kursus dan latihan yang diberikan kepada pekerja antara kebanyakan korporat dan industri perniagaan? Cara-cara melariskan produk mereka, betul tak? Lain pula praktis korporat tersebut yang menggunakan Di Zi Gui sebagai sumber kursus dan latihan, niat tersebut dengan harapan para pekerjanya meningkatkan diri dengan belajar menjadi seorang insan yang baik dan juga cemerlang dalam pekerjaannya. Niat murni Pengarah tersebut semata-mata untuk manfaat para pekerjanya biarpun mereka bermajikan baru pada masa akan datang. Dengan berbekalkan

Page 248: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

248

akhlak mulia seorang anak soleh dan keprihatinan dan bimbingan kepada pekerjanya, syarikatnya kini berkembang pesat dan berjaya selepas melalui beban kerugian ratusan million Yuan China. Maka, kebenaran yang disampaikan oleh nenek-moyang memang tidak akan berubah sungguhpun peredaran masa dan zaman berlaku. Apakah faktor kebanyakan korporat tidak boleh bertahan lama? Sebab mereka tidak kembali kepada sikap asas untuk menjadi seorang insan, masih ramai yang mengalami kegagalan masih tidak sedar faktor-faktor kegagalannya.

Kita telah belajar melalui sifat mulia Maharaja Tang Tai Zhong yang arif menerima nasihat dan cadangan para menteri dan rakyat-jelatanya, ini bermakna beliau juga seorang insan yang tahu menghormati orang yang berakhlak tinggi dan bersifat baik. Dengan berteladankan tingkah laku dan pertuturan seseorang pemerintah yang mulia, kita juga dapat mempelajari sebab-sebab pencapaian gemilang yang dikecapinya! Kini kita sudah tahu rahsia kejayaan tersebut, maka apakah harus kita buat? Apakah moral cerita tersebut? Siapakah watak utama dalam perjalanan kehidupan ini? Diri kita! Jadi, sepanjang tempoh mendengar kisah tentang Maharaja Tang Tai Zhong, siapakah Tang Tai Zhong itu? Diri kita ialah Tang Tai Zhong. Kita harus meneladani segala sikap murni dan keperibadiannya yang baik. Jika tidak, sia-sia sahaja semua cerita yang anda dengar.

Kami ada seorang guru yang telah mencapai kemajuan yang sangat memberangsangkan selepas pembelajaran ajaran nilai murni Di Zi Gui. Suatu hari dia memberitahu guru yang lain dengan berkata, “Saya terasa diri saya dimarahi Cikgu Tsai semasa menghadiri kelas beliau”. Adakah saya kelihatan seperti memarahi orang? Namun kata-kata guru tersebut telah menyentuhkan satu fakta penting, mengapakah beliau mengecapi kemajuan dengan begitu cepat? Sebab dia sentiasa memperingatkan dirinya untuk meneladani sifat yang baik, menginsafi dan mengukur diri apabila terlihat dan terdengar tentang sifat yang buruk, cara belajar begini membolehkan dia terasa setiap contoh yang dibincangkan seolah-olah mengata dirinya. Inilah seorang yang bijak belajar. Sebenarnya banyak yang telah kita pelajari dalam suatu kelas tetapi penghayatan dan pemahaman berlainan pada setiap orang. Jadi kebijaksanaan belajar sangat penting dalam pembelajaran ini.

Page 249: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

249

Semasa pemerintahan Han Wu Di, ia telah mengecapi pencapaian gemilang dari segi pentadbiran dan ketenteraan. Malangnya semasa pemerintahan Han Wu Di pada usia tuanya telah berlaku satu pemberontakan yang berunsur Ilmu Hitam (Ilmu sihir). Ada orang menfitnah Putera Mahkota dan Permaisuri mempergunakan ilmu hitam untuk menganiayai orang lain. Setelah mempertimbangkan buruk padah peristiwa itu, akhirnya Putera Mahkota pun mengetuai pasukan tentera membunuh puak jahat yang menggunakan ilmu hitam dengan niat jahat untuk memperdaya Maharaja. Manakala tindakbalas Putera Mahkota menyebabkan Maharaja Han Wu disalahfaham dan menyangka anaknya cuba memberontak, Maharaja pun menurunkan titah menangkap dan mengurung Putera Mahkota dan semua sanak-saudara yang pertalian darah dengan Putera Mahkota, akibatnya huru-haralah dalam seluruh keluarga Kerabat Diraja Dinasti Han. Kemudian Maharaja yang sedang murka pun memerintahkan semua yang dikurung tersebut dibunuh.

Kebetulan pada masa itu seorang cicit Maharaja Han Wu Di baru dilahirkan, bayi ini yang kemudiannya menjadi Han Xuan Di (Maharaja yang ke-10 pada zaman dinasti Han). Pada masa itu, Bing Ji, seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap penyiasatan dan perbicaraan Kes Pemberontakan Ilmu Hitam ini enggan menyerahkan bayi tersebut biarpun orang suruhan Han Wu Di sudah sampai untuk membawa bayi itu. Bing Ji seorang yang bersikap adil, berani dan taat-setia sungguhpun dia sedar Maharaja sangat murka pada ketika itu. Bing Ji memberitahu orang suruhan Maharaja, “Kita tidak patut membunuh mereka yang tidak bersalah, lebih-lebih lagi bayi ini ada pertalian darah dengan Maharaja”. Kata-kata Bing Ji pun disampaikan kepada Han Wu Di dan telah berjaya menyedarkannya. Kemudian maharaja memberi pengampunan kepada mereka yang masih belum dihukum bunuh. Bing Ji telah menggadaikan nyawa untuk memberi nasihat kepada Maharaja di saat genting tersebut kerana Maharaja yang masih murka itu mungkin akan menghukum mati kepada Bing Ji. Keberanian Bing Ji yang tidak takut dihukum mati akhirnya berjaya memberi nasihat dan menyedarkan Han Wu Di.

Setelah Han Xuan Di mewarisi taktah pemerintahan, Bing Ji tidak pernah menyebut tentang peristiwa berkenaan. Mengapakah cendekiawan

Page 250: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

250

zaman dahulu sanggup berkorban nyawa? Bukan atas sebab kebaikan yang bakal diperolehi pada hari kemudian, sebaliknya semata-mata untuk tidak mengingkari ajaran dan didikan orang-orang yang suci. Mereka terasa perbuatan sedemikian sejajar dengan kehendak hati nurani mereka kerana mampu berkhidmat dan berbakti untuk bangsa dan negara pada setiap masa. Inilah teladan-teladan dan nasihat daripada orang dipimpin kepada pemimpinnya yang berlaku pada zaman Dinasti Tang dan Han. Seterusnya mari kita tengok nasihat sesama suami-isteri. Tadi kita juga telah menyentuh tentang kebijaksanaan Permaisuri Tang Tai Zhong yang memberi nasihat kepada Tang Tai Zhong. Bagi seorang wanita yang ingin menasihat suaminya berhenti merokok, bagaimana caranya? Ada seorang wanita menasihat suaminya supaya berhenti merokok, kebetulan suaminya sedang makan bersama kawan-kawannya dan salah seorang kawan pula menghulurkan rokok kepada suaminya, wanita ini terus merampaskan rokok itu, adakah cara ini akan berjaya? Cara ini pasti mempunyai kesan buruknya. Jadi, niat hati kita semasa memberi nasihat itu sangat penting, bukanlah secara mengawal “awak mesti dengar cakap saya”; Sebaliknya kita harus berpegang pada niat hati semata-mata untuk kepentingan dan kebaikan pihak berkenaan. Diikuti pula dengan cari peluang yang sesuai. Di mana hendak diletak air muka suami jika dengan cara merampas tadi? Jatuh air mukanya! Oleh itu sikap orang yang memberi nasihat dan cara yang bakal digunakan harus dipertimbang dengan sebaik-baiknya.

Lain pula cara seorang isteri yang lain apabila menasihati suaminya berhenti merokok, si isteri ini berkata, “Sayang, anak-anak kita masih kecil dan mereka sangat comel sekali. Namun, tempat pergantungan sepanjang kehidupan kami ialah kesihatan anda”. Kata-kata manis yang diluahkan oleh kaum wanita juga ada gunanya dan tiba-tiba menyedarkan si suami bahawa dirinya sangat penting! Dia bukan sahaja menggunakan bahasa yang lembut semasa menasihati suami, malah memberitahunya cara-cara berkesan untuk membantu berhenti merokok. Si isteri juga membeli banyak kuaci dan berpesan kepada suaminya, “Apabila abang terasa ketagih rokok, cepat-cepatlah makan kuaci ini”. Selepas satu tempoh mencuba cara tersebut, dugaan datang dan menggagalkan cubaan berhenti merokok untuk kali pertama. Si suami mencuba makan coklat untuk hilang ketagih

Page 251: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

251

merokok dan cara ini agak berkesan dan ketagihan merokok dapat ditahan untuk suatu tempoh yang agak lama.

Suatu hari datang seorang kawan mengunjungi suami perempuan tadi, kawan ini terus menghulurkan rokok kepada suaminya sebaik sahaja duduk. Kalaulah anda isteri lelaki ini, apakah reaksi anda? Dalam saat genting tersebut, isteri itu tampil ke hadapan mereka, dengan nada suara yang lemah-lembut dan raut wajah yang manis tersenyum, dia memberitahu kawan suaminya sambil berkata, “Harap anda dapat memahami perasaan saya, saya menasihat suami saya supaya berhenti merokok dan kali pertama dia mencuba dengan makan kuaci, tetapi cara ini gagal. Kemudian saya membelikannya coklat dan banyak berbelanja untuk cara ini. Kalau masih gagal lagi, saya tidak tahu berapa banyak lagi masa dan semangat diperlukan, minta tolong ya”. Kalaulah anda kawan si suami, adakah anda masih terus memberikan rokok itu? Tutur kata yang lembut yang digunakan oleh isteri ini berjaya menasihati kawannya, air muka suami pula dapat dijaga dengan baik. Niat baik hati kita, bersesuaian dengan adat pergaulan dan cara yang berkesan, semuanya penting semasa proses memberi nasihat. Jangan pula rasa marah kalau orang lain enggan terima. Tindakan terburu-buru terlalu mengikut perasaan akan membawa kepada kekesalan dalam kehidupan kemudian hari. Carilah peluang yang sesuai dan cara yang betul sebelum memberi nasihat kepada orang lain.

Pada zaman Dinasti Zhou, seorang Raja bernama Zheng Zhuang Gong, beliau berkonflik dengan adiknya, sebab ibunya lebih mengasihi adiknya dengan memberi pelbagai sokongan sehingga adiknya sanggup menentangnya. Oleh itu Zheng Zhuang Gong sangat marah pada ibunya sampai meluahkan kata-kata dengan perasaan yang membara “Biar mati pun kami tidak akan berjumpa lagi dengan ibu”. Pada pendapat anda, apakah perasaan Zheng Zhuang Gong selepas meluahkan kata-kata tersebut? Adakah beliau terasa memang lega sekali? Sebenarnya ramai orang menyesal dengan kata-kata yang diucapkan semasa marah, sebab semuanya tidak boleh ditarik balik. Lebih-lebih lagi beliau seorang Raja yang mesti berpegang kepada kata dan janjinya, akhirnya dia tidak lagi berjumpa dengan ibunya kemudian harinya.

Page 252: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

252

Kita seharusnya sentiasa beringat bahawa pergaulan sesama manusia, perhubungan sesama sanak-saudara dan keluarga sendiri harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Janganlah sesekali berjauhan dengan keluarga tersayang kerana perselisihan kecil yang berlaku. Jangan pula jadi seperti kacang lupakan kulit terhadap semua budi baik dari ahli keluarga selepas permusuhan yang baru timbul. Perbuatan sedemikian berdosa dan tidak mendatangkan pahala, sebab ia bukan sahaja tidak baik untuk diri anda malah mendukacitakan orang lain. Janganlah kita bertindak naif dengan membuat kerja yang merugikan orang lain dan tidak memberi manfaat pada diri-sendiri. Ini satu kebenaran yang membuktikan bahawa perbuatan yang merosakkan orang lain juga tidak menguntungkan diri kita.

Seorang menteri telah menyedari konflik antara Raja Zheng Zhuang Gong dengan ibunya, beliau bernama Ying Kao Shu seorang anak yang soleh. Apabila seorang anak soleh nampak begitu caranya layanan seorang Raja terhadap ibu, apakah reaksinya? Memberi nasihat! Sebab seorang yang soleh dapat menjiwai keperitan insan yang bergelar ibu. Apakah perasaannya apabila nampak ibu orang lain tidak dijaga dan dipelihara dengan baik oleh anaknya? Memang rasa sedih sekali. “Xiao Jing” (Sebuah kitab mengajar tentang ketaatan terhadap ibu bapa) mengatakan bahawa seseorang yang benar-benar taat dan soleh pada ibu bapa, dia juga akan menghormati semua ibu bapa di atas muka bumi ini. Saya sendiri juga terfikir bahawa Ying Kao Shu ini bukan sekadar mempertimbangkan dari sudut ibu Zheng Zhuang Gong, beliau juga berfikir secara mendalam tentang pengaruh peristiwa tersebut. Iaitu apabila seorang pemerintah negara tidak menghormati dan tidak taat kepada ibu, apakah kesan buruknya? Ya, rakyat jelata akan menjawab, “Pemerintah sendiri tidak taat pada ibunya, mengapa harus saya dengar katanya untuk menjadi seorang anak soleh! Maka dalam sekelip mata budaya murni yang diamalkan selama ini akan terpesong menjadi buruk. Jadi, menteri tersebut sedar akan tanggungjawabnya untuk memberi nasihat kepada pemerintahnya dan nasihat yang diberikan harus diterima baik dan penuh kerelaan.

Oleh yang demikian, pada suatu hari Ying Kao Shu telah membawa satu hadiah yang sangat baik untuk diberi kepada Zheng Zhuang Gong. Sebab mengikut adat dan protokol pada zaman tersebut, apabila seseorang menteri

Page 253: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

253

memberi hadiah kepada pemerintahnya, maka pemerintah berkenaan mesti membalas hadiah dan mengurniakan menteri santap bersamanya. Jadi, semua berlaku seperti yang dirancangkan dan semasa beliau dalam majlis makan bersama Raja Zheng Zhuang Gong, Ying Kao Shu pun menyeduk makanan yang enak lagi baik itu dan diasingkan daripada makanan lain yang dinikmatinya. Raja Zheng Zhuang Gong hairan dengan perbuatan Ying Kao Shu, lalu bertanya, “Mengapakah anda tidak makan makanan kurniaan saya?” Ying Kao Shu pun menjawab, “Sejak kecil, semua makanan yang enak akan saya beri kepada ibu makan dahulu, kemudian barulah giliran saya makan; Ibu saya tidak pernah makan makanan kurniaan Tuanku, jadi saya bungkus dan membawa balik untuk ibu, saya makan kemudian apa yang tidak dapat dihabiskan oleh ibu”. Zheng Zhuang Gong terharu dengan ketaatan Ying Kao Shu, lalu mengeluh, “Anda mempunyai ibu untuk dijaga dan dipelihara tetapi beta tidak mempunyai ibu untuk berbuat demikian.”

Kata-kata menteri Ying berjaya menyedarkan ketaatan Raja Zheng yang terpendam, lalu dia pun memberitahu pemerintah negaranya, “Tuanku juga boleh berbuat demikian dengan serta-merta, sebab patik telah menjumpai suatu tempat, di situ ada satu gua yang menghubungi ke satu tempat di bawah tanah yang dikenali sebagai “Huang Quan”(dunia untuk roh orang mati). Tuanku boleh berjanji untuk berjumpa dengan ibu di sana dan kemudian dibawa pulang ke istana, maka semua akan disempurnakan dengan baik.” Atas nasihat Ying Kao Shu, Raja Zhuang menyambut kepulangan ibunya dengan penuh adat dan meriah sekali. Kita boleh bayangkan bahawa bagaimanakah reaksi rakyat jelata semasa sepanjang perjalanan kepulangan ibu Raja Zhuang. Mereka bersorak penuh kegembiraan. Cuba anda kalian lihat, pengaruh dan kesannya memang mendalam sekali hasil nasihat daripada Ying Kao Shu.

Seterusnya kita lihat nasihat sesama adik-beradik, yang ini ada sedikit kesukarannya sebab umur adik-beradik hampir sebaya, melainkan diri anda sangat dikagumi kerana berakhlak mulia barulah dapat melahirkan rasa hormat mereka terhadap anda. Jika tidak, sebelum anda habis memberi nasihat, mereka akan menjawab dengan mengatakan, “Awak dan saya dua kali lima, awak tak layak menegur saya.” Jika kata-kata ini sudah disuarakan oleh adik-beradik kita, apakah perlu kita buat? Masa ini “Berdiam diri”

Page 254: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

254

paling membantu. Jika ini reaksi anda terhadapnya, kata-kata seterusnya mungkin kurang pedas dan dia pula semakin terasa dirinya bersalah sebab menyedari anda memberi nasihat atas niat baik untuk membantunya.

Pada zaman Dinasti Ming, ada seorang cendekiawan bernama Chen Shi En, adiknya seorang yang pemalas dan sering lewat malam baru pulang rumah. Abang sulung Chen Shi En sangat marah dengan sikap adik bongsunya ini dan berfikir hendak mendenda adiknya ini. Adakah marah berkesan sebagai cara menasihati adik yang sudah dewasa ini? Mungkin cara ini mendatangkan kesan buruk pula sehingga adik tersebut cuba mengelak dari balik rumah. Justeru, setiap perkara yang kita lakukan, kita harus pertimbangkan hasilnya. Kita harus memperbaiki cara dan sikap diri kita dengan serta-merta, seandainya kita mula menyedari cara nasihat itu tidak mendatangkan kesan yang baik. Kemudiannya, Chen Shi En pun berkata kepada abang sulungnya, “Abang long, biar saya cuba nasihat adik!” dan semenjak hari itu, Chen Shi En pun menunggu kepulangan adiknya di depan pintu rumah. Apabila perasan waktu semakin lewat dan adiknya masih belum pulang, apakah reaksi yang sepatutnya? Kita mesti menahan emosi supaya tidak naik darah, biar pun selepas itu nampak kepulangan adik, kita harus meredakan kemarahan dalam dada, sebab salah satu faktor penting yang dititkberatkan semasa memberi nasihat kepada orang lain ialah kesabaran diri.

Chen Shi En dengan sabar menunggu kepulangan adiknya dan akhirnya nampak adiknya pulang ke rumah setelah lewat malam. Sebelum adik melangkah masuk, Chen Shi En terus mendapatkan adiknya sambil memegang tangan adik dan berkata, “Adik, awak terasa sejuk tak? Cuaca semakin sejuk di luar”. Sambil itu dia membimbing adik dan berkata pula, “Awak mesti lapar ini, biar saya panggil kakak ipar masak mee untuk awak”. Setelah masuk rumah, Chen Shi En sendiri mengunci pintu rumah dengan baik dan dia berterusan dengan perbuatan tersebut beberapa hari lamanya. Selepas itu, semakin awal adiknya balik rumah dan apabila gaya kehidupan adik kembali normal, masa inilah si abang harus terus menyampaikan didikan murni orang-orang suci zaman dahulu kepada si adik sebagai langkah susulan yang seterusnya. Ini disebabkan bagi membantu adik menguruskan kehidupan dengan baik, dia harus dipupuk dan dibimbing dengan persepsi

Page 255: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

255

kehidupan yang baik dan positif. Manakala yang paling penting ialah Chen Shi En menggunakan keikhlasan dan keprihatinan sejatinya, mempengaruhi dan menasihat adiknya dengan menunjukkan teladan dan bukan sekadar cakap-cakap sahaja. Nasihat secara memberi teladan ini berjaya memenangi jalinan persaudaraan adik-beradik yang kukuh. Inilah contoh bagaimana cara memberi nasihat sesama adik-beradik.

Zheng Jun, seorang lagi cendekiawan pada zaman Dinasti Han, setelah menyedari abangnya yang berjawatan tinggi dalam pentadbiran daerah sering menerima rasuah. Dia terasa sangat gelisah dengan sikap abangnya, kerana dia sedar rahsia perbuatan jahat tersebut pasti akan terbongkar pada suatu hari nanti. Tetapi apakah caranya untuk memberi nasihat jika orang itu abang awak? Cuba anda sekalian fikirkan dan kita akan berbincang dalam sesi kelas selepas ini dan lihat sama ada anda sekalian mempunyai cara nasihat yang sama sebagaimana yang diberi oleh Zheng Jun. Kita jumpa nanti, terima kasih!

Page 256: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

256

Sesi 15 Empat Prinsip Asas Utama Untuk Mendidik Anak “Xiao - Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa”

Rakan-rakan sekalian, tadi kita berbincang tentang Zheng Jun pada zaman Dinasti Han, jika anda ialah Zheng Jun, bagaimana anda hendak menasihat abang? Dia bekerja sebagai orang suruhan selama satu tahun untuk mencari wang dengan tulang empat keratnya dan semua hasil titik peluh tersebut diberi kepada abangnya, sambil menghulurkan wang dia berkata kepada abangnya, “Asalkan kita sanggup berusaha mencari wang dengan titik peluh sendiri, kita boleh beli apa yang kita kurang; Kehidupan seseorang akan dimusnahkan seandainya dia kehilangan reputasinya. Si abang ini rasa sangat malu kerana adiknya sanggup bekerja sebagai orang suruhan selama satu tahun semata-mata untuk menasihatinya. Justeru, dia bertaubat dan menjadi seorang yang amanah dan bersih. Zheng Jun kemudiannya juga memperoleh pencapaian yang agak cemerlang sehingga memegang jawatan bersamaan perdana menteri pada zaman ini bagi membantu pemerintahan maharaja pada zaman tersebut. Jadi, orang yang soleh dan menyayangi adik-beradik dan semua orang yang sebayanya, pastinya seorang yang setia berkhidmat dan berbakti untuk negara. Zheng Jun juga sering memberi nasihat yang membina kepada maharaja dan bagi menghargai khidmat dan bakti beliau, dia dikurniakan gelaran dan berkelayakan menerima ganjaran pencen daripada kerajaan sehingga akhir hayat.

Rakan-rakan sekalian, adakah dia mengalami kerugian besar dengan sanggup bekerja sebagai orang suruhan semata-mata untuk menasihati abangnya? Tidak sekali-kali. Apabila seseorang berakhlak tinggi dan berhati mulia, pahala yang dikumpul semakin banyak, kadang-kadang perbuatannya nampak merugikan tetapi pahala yang diperoleh di sebaliknya semakin menimbun tinggi.

Tadi kita berbincang tentang nasihat sesama adik-beradik. Dalam pertalian sesama kawan pula, saya pernah mengikuti Pakcik Lu untuk melawat seorang kawannya. Persahabatan mereka sudah 17 tahun dan pada masa itu Pakcik Lu telah membawa banyak buku-buku tentang ajaran tokoh-tokoh suci zaman dahulu untuk dihadiahkan kepada seisi keluarga kawan

Page 257: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

257

tersebut. Semasa dalam perjalanan, Pakcik Lu berkongsi dengan saya, “Sudah 17 tahun persahabatan antara saya dengan kawan ini. Saya menyaksikan kemajuannya tidak kira dalam perkembangan perniagaaan mahupun pengumpulan hartanahnya. Namun pada masa itu saya sudah nampak kekayaannya mungkin tidak mampu bertahan lama. Sebab apabila rezeki seseorang semakin bertambah, pasti tidak terkecuali daripada terpengaruh dengan tabiat buruk, jadi apakah kesudahannya dengan kekayaan yang diperoleh? Semua dihabiskan. Di samping itu terpupuk pula sifat membazir dan bersifat angkuh sepanjang perjalanan pengumpulan kekayaan. Apabila seseorang bersifat angkuh, dia mudah memandang remeh dan bertindak melulu sehingga dia membuat penilaian salah yang mengundang kepada keruntuhan kerjayanya dan berhutang.

Ke mana perginya semua yang bergelar kawan semasa dia dibebani hutang? Semuanya sudah menghilangkan diri. Sebenarnya kehadiran perkara yang buruk dan baik adalah seiring, semasa dia kehilangan semua kekayaan, di samping itu pengajaran yang bagaimana yang dia peroleh? Rakan sejati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Pada saat kemurungan, Pakcik Lu datang membantunya menyelesaikan masalah kewangan dengan menaiki kereta berjam-jam lamanya untuk sampai ke rumah kawan ini pada setiap minggu. Pakcik Lu bukan sahaja tidak mengenakan sebarang bayaran malah banyak kali menggunakan duit sendiri bagi menyelesaikan masalah kawannya itu. Dari sinilah kepercayaan yang mendalam dan persahabatan yang kukuh sudah terbina. Bagi menyempurnakan kehidupan dengan sebaik-baiknya bukan bergantung kepada berapa banyak wang ringgit dan kekuasaan seseorang itu miliki, sebaliknya bergantung kepada sejauhmana kebijaksanaan yang ada. Melalui perjalanan tersebut, barulah saya dapat menghayati bagaimana Pakcik Lu mampu menggunakan masa 17 tahun untuk membantu kawannya. Jadi saya harus meneladan sifat baik Pakcik Lu yang tidak mudah mengalah dan menarik diri apabila menghadapi masalah dan halangan. Jadi, apabila kita sedang mencuba menasihati dan membantu orang lain, jika mula terasa kurang senang dan kecewa, ingatkanlah diri dengan angka “17” dan rasa malulah terhadap diri kita, kemudiannya bangkitkan semula semangat kita untuk membantu kawan.

Semasa belajar di Australia, saya juga berpeluang menyaksikan cara

Page 258: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

258

bijak Pakcik Lu menasihati kawan. Sebab pada masa itu kami seramai lapan hingga sembilan orang bersama belajar di Australia dan diaturkan tinggal sebilik. Apakah bakal berlaku apabila lapan hingga sembilan orang kaum lelaki tinggal bersama? Atas meja berselerak dengan sampah (bukan saya yang melakukannya) manakala keadaan bilik juga memang agak bersepah. Saya nampak Pakcik Lu langsung tidak tegurkan kami, setiap kali selepas kami berjumpa dan berbual-bual, beliau hanya akan masuk tidur setelah dia seorang diri mengemaskan bilik tidur dan bilik air dengan bersih lagi kemas. Hari demi hari berlalu,beliau membuat kerja yang sama dan pada hari keempat kemudiannya, tiba-tiba seorang kawan sudah tidak tahan dan bersuara menegur yang lain, “Tidakkah anda semua nampak ada orang tolong mengemaskan bilik ini, tidakkah melampau anda semua terus mengotorkan tempat ini?” Semua rasa malu sekali selepas ditegur dan semenjak hari itulah tempat penginapan kami menjadi bersih dan kemas.

Ajaran Pakcik Lu melalui teladan diri menyedarkan semua orang insaf akan tanggungjawab memelihara kebersihan tempat penginapan kami. Jadi, dalam dunia orang dewasa, kita pasti boleh mempengaruhi yang lain asalkan diri kita sanggup berbuat baik dan menjadi teladan kepada yang lain.

Saya mulai mendekati pendidikan nilai-nilai murni tradisi ketika berumur lebih kurang 25 tahun. Sebelum ini saya menjalani kehidupan yang terlalu mementingkan peperiksaan yang sangat menitikberatkan persaingan. Apabila nampak orang lain memperoleh markah tinggi, hati kecil ini pun mula cemburu dan berasa sedih. Selepas menerima ajaran nilai-nilai murni tradisi, saya amat terharu dan tersentuh.

Saya masih ingat lagi semasa di menengah tinggi, saya sangat lemah dalam subjek bahasa dan Bahasa Cina, mungkin lebih lemah daripada anda semua. Saya pernah gagal dalam peperiksaan Bahasa Cina dengan markah diperoleh hanya 44%, bagi soalan yang saya tidak tahu jawapannya, saya akan menyanyi untuk memutuskan jawapan pilihan objektif, di mana lagu itu habis dinyanyikan di situlah jawapan saya.

Nasib saya kurang baik biarpun sudah di menengah tinggi dan

Page 259: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

259

memang tiada mood langsung. Pernah sekali Guru Bahasa Cina memanggil saya dan berkata, : Tsai Li Hsu, kalau anda terus tidur atau mengantuk semasa kelas saya, saya akan tanda kehadiran anda sebagai tuang kelas. Itu sebabnya saya gagal subjek ini semasa peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Dalam ingatan saya semasa persekolahan menengah tinggi, ada dua kali pengalaman bahawa otak saya seolah-olah berperang, kali pertama semasa saya membawa penulisan “Chu Shi Biao” di mana salah satu ungkapan dalam penulisan tersebut menyatakan bahawa beliau taat dan setia kepada pemerintah baru sehingga ke nafas terakhirnya. Ungkapan ini mengejutkan saya bangun daripada perasaan mengantuk pada ketika itu, namun otak yang tersedar itu hanya bertahan selama lima saat sahaja dan kemudiannya terus dilamuni perasaan mengantuk. Ungkapan kedua pula hasil penulisan Fan Zhong Yan dalam “Yue Yang Lou Ji”, yang berbunyi “Kepentingan rakyat dan negara akan diutamakan dan didahulukan, sanggup bermandi peluh dan bertumpah darah demi kebahagiaan rakyat jelata, sangat gelisah memikirkan nasib dan kemajuan masa depan negara”. Saya rasa sangat terharu semasa membaca ungkapan tersebut walaupun kurang faham tentang maksudnya. Kemudiannya, setelah saya mula berjinak-jinak dengan pembelajaran nilai-nilai murni orang-orang suci zaman dahulu, saya sering membaca “Cerita Moral” dan kesemuanya amat mengharukan hati dan menyedari kesemua tokoh-tokoh suci zaman dahulu sememangnya bersifat amat pengasih, penyayang dan pemaaf yang patut kita teladani.

Pada hari saya melaporkan diri di maktab perguruan yang berjauhan dari rumah saya. Oleh sebab saya menaiki tren paling awal , sayalah orang yang pertama sampai di kelas. Pada masa itu baru tamat cuti musim panas. Sebaik saja melangkah masuk ke kelas, bagaimanakah agaknya kerusi meja di sana? Ya, semua diselaputi dengan habuk. Rakan-rakan sekalian, apa anda akan buat? Kemudiannya diri kita jadi Direktor pula, membayangkan bagaimanakah reaksi rakan-rakan perempuan sekelas sebaik saja masuk kelas dan ternampak habuk yang menebal itu? Mereka pasti berkata, “Kotornya!” Ketidakselesaan mereka ini yang kita boleh bayangkan. Justeru, saya pun mengambil sehelai kain buruk untuk mengelap semua tempat dengan pantas, kenapa? Takut orang lain nampak dan mengatakan saya berpura-pura pula. Selepas habis membersihkan kelas, saya terasa hari ini dilalui dengan bermakna sekali kerana berpeluang berkhidmat untuk orang lain.

Page 260: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

260

Sebab semua rakan sekelas duduk dengan selesa selepas masuk ke kelas ini.

Apabila kita berniat untuk berbuat baik untuk orang lain, adakah kita turut berinteraksi dengannya? Namun begitu, kadang-kadang kita terlalu kuat pendirian dengan beranggapan bahawa hanya perbualan secara bersemuka sesama sahabat itu didefinasikan sebagai komunikasi; Sebenarnya tidak, setiap niat yang timbul di dalam fikiran bermakna kita sudah pun berinteraksi dengan orang bersebelahan kita. Oleh itu, setiap rakan sekelas sangat baik dengan saya pada tahun berkenaan. Ada juga rakan-rakan sekelas di maktab perguruan itu yang juga menghadiri kelas pembelajaran nilai-nilai murni bersama saya pada kelas malam, saya turut gembira tentangnya. Sebab atas niat kita untuk berkhidmat untuk orang lain, maka secara automatik ia akan memberi kesan pergaulan yang baik antara diri kita dengan orang lain. Kebiasaannya saya akan masuk ke kelas lebih awal dan biasanya saya akan membuang sampah yang diletakkan di belakang kelas. Baru beberapa kali sahaja kerja ini saya buat, dan kebetulan ada satu kali baru saja saya hendak membuang sampah, seorang rakan sekelas ternampak dan berlari kepada saya malah menyuruh saya jangan buat lagi dan mereka boleh membantu. Memang benar bahawa dalam pergaulan sesama kawan, pengorbanan itu harus bermula dari diri kita barulah dapat membangkitkan kesedaran orang lain untuk berbuat baik dan saling bertoleransi. Tadi kita telah membincangkan pemberian nasihat antara lima jenis perhubungan dan banyak contoh diberikan, semuanya bertujuan untuk memupuk niat baik hati kita, kemudiannya diamalkan dalam kehidupan harian sama ada semasa kerja ataupun dalam pergaulan dengan orang lain serta meneguhkan kesabaran diri sendiri. Saya yakin, pasti banyak pengalaman yang bakal ditimba dalam kehidupan seharian anda sekalian pada masa yang akan datang kelak. Mari kita tengok ayat ajaran nilai murni yang seterusnya:

“Semasa ibu bapa sakit, jagalah mereka dengan rapi dan penuh kasih sayang serta sentiasa berada di sisi mereka. Apabila ibu bapa meninggal dunia, berkabunglah mengikut adat dan sentiasa memperingati mereka. Tempat kediaman tidak harus diubah suai agar selaras dengan adat peringat terhadap ibu bapa. Jauhkan diri daripada minuman keras, berkenduri besar

Page 261: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

261

dan kehidupan mewah kerana mengenangkan budi ibu bapa yang sukar dibalas. Upacara pengebumian hendaklah dijalankan mengikut adat dan upacara peringatan hendaklah dijalankan dengan penuh ketulusan. Hormati arwah ibu bapa seolah-olah mereka masih hidup.” “Semasa ibu bapa sakit, jagalah mereka dengan rapi dan penuh kasih sayang serta sentiasa berada di sisi mereka.” Ketelitian yang diperlukan merangkumi segala aspek dalam kehidupan harian. Semasa Zaman Dinasti Han, terdapat dua orang pemerintah iaitu Maharaja Han Wen Di dan Maharaja Han Jing Di, pemerintahan mereka berasaskan nilai-nilai murni ketaatan kepada ibu bapa dan orang tua dan membawa kepada kesan pemerintahan yang sangat baik.

Kedua Maharaja tersebut sama-sama meneruskan kebijaksanaan pendahulunya, mereka juga menurunkan pajak sehingga ekonomi pada saat itu benar-benar mencapai puncak kejayaannya. Dalam Sejarah disebut dengan “Wen Jing Zi Zhi” (文景之治). Pada hakikatnya, jika berkeinginan menerajui sesebuah pertubuhan, keluarga mahupun negara, ia tidaklah serumit sebagaimana yang dibayangkan. Maharaja Han Wen Di menjaga ibunya yang sakit genap tiga tahun lamanya, sepanjang tempoh ini dia sendiri yang menyuapkan ibunya ubat herba sehingga kesihatan ibu beransur pulih.

Pada zaman sekarang, pernahkah anda dengar ada seseorang anak yang sentiasa berada di sisi ibu yang sedang sakit? Mesti ada. Sebab sama seperti yang dinyatakan oleh Lao Zi dalam “ (Kitab Falsafah dan Moral Taoisme )” (Dao De Jing) bahawa semasa keadaan negara huru-hara, barulah kita sedar siapakah menteri yang taat kepada negara. Apabila orang semakin berjauhan daripada kesolehan kepada ibu bapa, dari situ kita boleh mengesan anak soleh yang sebenar-benarnya, dia tidak akan terpengaruh dengan keadaan semasa, sebaliknya berpegang kepada prinsip taat kepada kedua orang tuanya. Kita juga percaya bahawa anak yang bersikap sedemikian bermakna kesihatan ibu bapanya pun bertambah baik. Sebelum ini kita berkongsikan cerita “Meng Zong menangis meminta rebung.” Keikhlasan anak soleh ini berjaya mengharukan alam semesta sehingga tumbuhnya rebung pada musim sejuk yang diliputi dengan salji tebal, idaman ibu untuk makan rebung semasa sakit tercapai dan makan dengan gembiranya malah kesihatannya beransur

Page 262: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

262

pulih.

Dalam teks Di Zi Gui mengatakan rasai dahulu ubat sebelum diberi kepada ibu bapa, konteks ini hanya sesuai untuk merasai ubat herba perubatan tradisional Cina yang direneh sudah suam-suam dan senang untuk diminum. Zaman sekarang kalau ubat itu preskripsi perubatan moden, bolehkah kita rasakan dahulu ubat sebelum diberi kepada ibu bapa. Oleh itu dalam pengajaran Di Zi Gui, maksud setiap ajaran nilai murninya harus didalami dan bersesuaian dengan keadaan kehidupan semasa, jangan pula sampai anak murid menelan pil ubat ibu bapanya. Apabila ibu bertanya “Kenapa awak makan pil ibu?” Si anak pula memberitahu bahawa Cikgu yang mengajar bahawa “apabila ibu bapa kita sakit, rasai ubat itu sebelum diberikan kepada ibu bapa.” Oleh itu, kita harus membimbing anak agar mempastikan air yang diberi kepada ibu bapa untuk makan ubat janganlah terlalu panas ataupun terlalu sejuk. Selain itu, kita juga akan membimbing anak berfikir secara mendalam iaitu semasa ibu bapa jatuh sakit ataupun semasa kecemasan, bagaimana kita hendak menangani situasi itu? Andainya ibu yang berpenyakit tekanan darah tinggi tiba-tiba jatuh sakit dan pengsan mengejut, apakah yang harus dilakukan oleh anaknya? Rakan-rakan sekalian, hal tentang menangani krisis bukan hanya perlu untuk korporat, begitu juga untuk setiap keluarga. Jika anak kita diajar sejak kecil lagi tentang cara-cara menangani masalah mengejut ataupun kecemasan, mereka akan pandai menguruskannya tanpa rasa kelam-kabut.

Jadi, apakah yang harus diambil perhatian? Di manakah tempat letak ubat? Bagaimana hendak mencapai ubat tersebut sewaktu kecemasan? Seandainya berlonggok ubat dalam peti ubat, senangkah untuk mendapatkan ubat semasa kecemasan? Kelam-kabut sekali. Lagi, apakah nombor panggilan bantuan kecemasan? 119, 110, minta tolong. Lagi, nombor telefon ahli keluarga terdekat, info-info seperti ini harus diberitahu awal kepada anak, apabila mereka berdepan dengan kecemasan maka mereka akan tahu cara untuk menanganinya. Apabila ibu bapa sakit terbaring atas katil, anak-anak juga harus dibimbing cara untuk menjaga orang sakit dan biar mereka mempraktikkannya apabila berpeluang untuk berbuat demikian. Maka sepanjang proses penjagaan tersebut akan terlatih ketelitiannya dalam membuat kerja, malah semakin memahami keperitan dan keperluan pesakit.

Page 263: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

263

Dalam konteks ini, kita juga mengutamakan bimbingan dengan mendidik anak cara-cara dan sikap yang patut semasa menjaga ibu bapa yang sakit. Bagi seseorang yang sakit, selain mengubati penyakitnya, apakah yang harus dilakukan bagi membantu mempercepatkan pemulihan ibu bapa ataupun ahli keluarga daripada penyakit? Pepatah mengatakan bahawa “Doktor hanya boleh mengubati penyakit tetapi tidak boleh mengubati nyawa.” Cuba kita lihat mereka yang kaya-raya tetapi umur tidak panjang. Bagi memperoleh jangka hayat yang panjang, ia boleh diperoleh dengan cara yang betul.

Contohnya, bagaimanakah caranya untuk meningkatkan kebijaksanaan seseorang? Janganlah kedekut dengan ilmu yang kita ada. Tentang bab ini saya mempunyai penghayatan yang mendalam daripada pengalaman sendiri. Saya masih ingat, semasa saya hendak menduduki peperiksaan untuk kemasukan ke maktab perguruan, saya pun menghadiri kelas tuisyen untuk persediaan yang perlu. Pada masa itu, saya juga berjanji pada diri sendiri bahawa saya mesti faham apa yang dipelajari selepas setiap satu kelas tuisyen. Jadi saya sangat fokus semasa di dalam kelas dan tempat duduk tiga barisan di hadapan merupakan pilihan saya.

Kebiasaannya rakan kelas wanita yang duduk di barisan hadapan dan badan saya lebih tinggi, jadi rakan sekelas mengenali saya melalui bentuk kepala saya. Kebanyakan rakan sekelas wanita saya yang lemah dalam mata pelajaran matematik, fizik dan kimia sering bertanya kepada saya tentang kemusykilan mereka dalam mata pelajaran tersebut. Justeru, saya pun meluangkan sedikit masa untuk memberi penerangan tentang soalan yang mereka tidak faham. Salah seorang kawan saya tidak tahan lagi dan menyuarakan perasaannya, “Sudah melebihi satu jam anda mengajar rakan sekelas ini, anda tidak perlu mengulang kaji lagi?” Memang benar dia hairan melihat saya meluangkan masa untuk orang lain. Justeru, saya pun bersenyum sambil memberitahunya, “Sebenarnya saya yang paling bermanfaat semasa mengajar dia, kalau rakan ini ingin mempelajari soalan ini sampai faham dan pandai, maka saya mesti mengajarnya sampai pandai juga, jadi sepanjang proses mengajar, pemikiran kita semakin jelas dan mendalam.

Page 264: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

264

Oleh sebab mengajar rakan sekelas matematik dan kekurangan masa, saya kurang membuat latihan berbanding dengan rakan-rakan yang banyak membuat latihan termasuk soalan latihan yang diperoleh dari pusat tuisyen yang lain. Selepas peperiksaan pada tahun pertama, markah matematik saya ialah 88%. Pada tahun kedua, saya juga tidak membuat ulang kaji kerana kekurangan masa dan mengambil peperiksaan untuk jawatan guru sandaran, saya telah skor markah 90% untuk matematik. Hal ini demikian bermakna semakin anda rasa suka mengajar ilmu kepada orang lain, maka keupayaan pemikiran logikal juga meningkat secara beransur-ansur. Jadi memang benar bagi orang tidak kedekut dengan ilmu yang dimiliki diajar kepada orang lain membantunya semakin bijaksana dan cerdik.

Lantaran pengalaman tersebut, saya sering bertanyakan satu soalan kepada kawan-kawan saya iaitu sama ada daya ingatan saya tidak sejajar dengan umur? Adakah ia memang begitu? Tidak. Lumrahnya bagaimana daya ingatan seseorang apabila usianya semakin meningkat? Semakin menurun. Penurunan daya ingatan merupakan hasilnya, apakah faktornya? Otak tidak diguna. Lagi? Terlalu banyak perkara yang merunsingkan! Bagai awan mendung sehingga menyebabkan anda tidak mampu mengingatinya! Penurunan daya ingatan berlaku atas faktor anda tidak menggunakan otak dan dirunsingkan dengan pelbagai masalah. Cikgu Li Bing Nan yang mengajar sampai umur 97 tahun, adakah dia sambil mengajar sambil selak buku? Tidak! Memang benar. Jadi semenjak saya mulai menerima pendidikan nilai murni tradisi pada usia 25 tahun, saya belajar dengan bersungguh-sungguh dan daya ingatan saya kekal pada standard ini. Banyak sedekah ilmu yang kita miliki membantu kita semakin bijak dan semua orang mampu melakukannya.

Orang yang banyak bersedekah dan beramal akan dirahmati dengan badan yang sihat dan panjang umur. Contoh yang terbaik ialah Teresa Hsu Chih dari Singapura yang berumur 106 tahun. Beliau mempunyai inisiatif membantu mereka yang sakit dan bermasalah dalam kehidupan. Untuk tujuan agar mudah semasa membantu orang lain, beliau pun mengambil kursus kejururawatan pada umur 50 -an, semangat ini amat mengharukan orang ramai. Bantuan dan kerja amal yang dihulurkan semata-mata untuk membantu menghilangkan kesengsaraan mental dan kehidupan orang, jadi

Page 265: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

265

apakah yang diperolehnya? Badan sihat dan panjang umur, setiap langkah jalannya sangat cergas dan bersuara lantang dan penuh semangat walaupun sudah menjangkau tahap usia emas ini. Bukti kebenaran sebegini membantu mengukuhkan lagi keyakinan kita.

Sebelum saya berlepas ke Australia, datuk saya (berumur 84 tahun) diserang strok pada lewat malam. Apabila sampai di hospital, doktor memberitahu bahawa umur datuk sudah 80 lebih dan mereka tidak berani membuat pembedahan untuknya, walaupun keseluruhan saluran darah sudah tersumbat. (Bagaimana keadaan strok yang biasanya berlaku? Satu saluran darah sahaja yang tersumbat.)Tetapi lain pula keadaan datuk saya pada saluran darah yang meliputi satu kawasan.

Doktor pun memberitahu kami bersedia menghadapi pemergian datuk. Insiden tersebut amat mendadak kerana datuk saya tidak berpenyakit jantung, beliau tinggi lampai dan tidak gemuk, keadaan badan nampak baik sahaja. Sebenarnya sudah ada simptomnya yang kami tidak perasan, kerana pada masa itu, datuk sering pening tetapi tidak ada darah tinggi. Kami hanya menyangka mungkin demam sahaja dan tidak perasan dengan simptom tersebut. Saya nampak ayah dan bapa saudara yang lain sudah panik, justeru itu saya pun mencadangkan kepada ayah sambil berkata, “Ayah, tolong berikan saya NT$50,000.00, duit ini mesti milik atuk dan saya hendak tolong atuk bersedekah dan berkat pahala akan diperoleh atuk secara terus.” Atas kepercayaan ayah kepada saya, kemudiannya beliau pun menyerahkan wang sejumlah yang dicadangkan. Seterusnya saya pun pergi ke wad ICU dan berkomunikasi dengan atuk sambil berkata dengannya, “ Atuk, pada masa ini ramai insan hidup sengsara kerana kemiskinan dan kelaparan, kita mempunyai kemampuan untuk membantu mereka.” Datuk saya langsung tidak berdaya untuk bersuara dan hanya mengangguk bersetuju. Akhirnya wang atuk disalurkan untuk bantuan amal mangsa bencana alam antarabangsa. Kesannya, lima hari kemudiannya, atuk dipindahkan dari wad ICU ke wad pesakit normal.

Pada hari atuk keluar dari wad normal doktor berpesan, “Kebiasaannya orang tua berumur 80 lebih setelah diserang strok, mereka tidak mungkin boleh berjalan lagi. Anda semua harus membuat persediaan.” Kebetulan

Page 266: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

266

pada masa itu saya sudah meletakkan jawatan untuk melanjutkan pelajaran di Australia, dengan itu saya pun berjanji dengan atuk dan berkata dengannya, “Atuk, bila saya balik dari Australia nanti, atuk mesti sudah sihat boleh berjalan ya!” Oleh kerana kursus yang ditawarkan oleh Pure Land Learning College Association Inc. untuk membimbing tenaga pengajar sukarela untuk membantu menyebarkan nilai-nilai murni tradisi China secara kebajikan, saya pun membawa sejumlah wang untuk didermakan kepada pertubuhan kebajikan ini atas nama datuk. Kebetulan pada hari itu setelah menderma, saya pun menelefon ibu dan saya diberitahu bahawa atuk sudah boleh berjalan pada hari itu juga. Sebenarnya, kebanyakan kebenaran akan terbukti melalui sifat tulus dan ikhlas kita dan orang-orang suci masa dahulu tidak mungkin menipu kita. Apabila ibu bapa kita berpenyakit, kita bukan sahaja perlu mengubati penyakitnya malah juga harus mengubati nyawanya dengan banyak bersedekah dan membuat pahala bagi pihak ibu bapa kita.

Penjagaan rapi dengan penuh kasih sayang dan sentiasa berada di sisi ibu bapa yang sedang sakit merupakan perilaku seseorang anak soleh yang dilakukan dengan hati tulus dan ikhlas. Namun begitu, apabila diri anda terasa kurang selesa, rehatlah apabila patut dan jangan cuba bertahan. Tetapi, apabila ibu bapa memerlukan anda, dia boleh memanggil anda dengan mudah. Anda boleh tidur di sisinya dan ikatkan seutas tali pada diri anda, jika anda sedang berehat dan kebetulan ibu bapa memerlukan bantuan, mereka boleh menarik satu lagi penghujung tali untuk mengejutkan anda. Kita harus pandai mereka cipta cara yang bersesuaian, jangan pula beria-ia hendak meneladani Han Wen Di tidak tidur untuk menjaga ibu yang sakit, tidak perlulah macam itu!

Dalam “Xiao Jing” (Kitab yang mengajar cara-cara mentaati ibu bapa dan menjadi anak soleh) menyatakan “semasa ibu bapa masih hidup, jaga dan pelihara mereka dengan penuh hormat dan sentiasa menggembirakan hati mereka. Setelah mereka sudah meninggal dunia, majlis pengkebumian mereka haruslah dengan penuh penghormatan, budi dan kasih-sayang serta didikan ibu bapa harus dikenang. ” Ou Yang Xiu pernah mengatakan bahawa “Adalah lebih baik ibu bapa dijaga dengan baik dan penuh kasih-sayang walaupun kehidupan serba kekurangan selagi hayat mereka masih ada”.

Page 267: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

267

Justeru , hargailah masa semasa ibu bapa masih berada di sisi kita dan peliharalah mereka dengan sebaik-baiknya; seandainya mereka sudah meninggal, kita tidak terasa menyesal kerana kita sudah membuat yang terbaik untuk mereka. “Keinginan dedahan pokok untuk bertenang terhalang kerana tiupan angin yang tidak berhenti, keinginan si anak untuk menjaga ibu bapa terhalang kerana mereka sudah tiada lagi!” Janganlah membiarkan kekesalan demikian berlaku pada diri kita.

Seandainya ibu bapa sudah meninggal dunia, bolehkah kita meneruskan ketaatan terhadap ibu bapa? Sudah pasti boleh! Malahan kita boleh berusaha mendidik anak sendiri dengan sebaik-baiknya supaya zuriat keluarga bertambah baik dan maju bagi membalas jasa dan budi ibu bapa.

Dalam ajaran Di Zi Gui, jika ikut penterjemahan secara terus yang menyatakan bahawa “Dalam tempoh tiga tahun selepas pemergian ibu bapa, sentiasalah menangis kesedihan.” Sebenarnya “tiga tahun” merupakan adat zaman dahulu, maksudnya berkabung selama tiga tahun lamanya. Ramai yang mendefinisikan ayat ini secara bulat iaitu sentiasa menangis kesedihan, kemudian berkata, “Tidakkah ia sangat meletihkan jika perlu menangis selama tiga tahun? Jadi, ajaran Di Zi Gui tidak boleh didefinisi secara bulat mengikut setiap perkataan. “sentiasa menangis kesedihan” menggambarkan seseorang anak soleh pasti mempunyai perasaan dan emosi sebegini secara otomatik, sebab budi dan jasa ibu bapa sudah disimpan dalam hati mereka berpuluh tahun lamanya, agak sukar untuk mereka terima akan pemergian ibu bapa, jadi setiap kali mengingati kedua orang tua dan kerana tidak tertahan, maka air-mata pun berlinang-linang. Inilah yang dimaksudkan sentiasa menangis kesedihan.

Disebabkan perasaan mengenang budi, semasa tempoh berkabung, kehidupan seseorang anak yang soleh turut berubah menjadi lebih ringkas dan tidak mewah, begitu juga dengan permintaan makan-minum harian sehingga tidak terasa ingin makan makanan yang baik ataupun kenduri besar. Kesemua ini lahir dari batin seseorang itu tanpa disuruh orang lain atau buat-buat sahaja.

Majlis memperingati ibu dan bapa yang telah meninggal dunia

Page 268: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

268

janganlah terlalu rumit, yang penting ialah ketulusan hati dan biarlah majlis itu diadakan berpanjangan untuk dipelajari oleh anak cucu kita. Ada seorang bapa dan juga seorang anak soleh yang menjaga ibu bapa dengan baik dan penuh kasih-sayang. Selepas kedua orang tuanya meninggal dunia, beliau pasti menziarahi kubur mereka pada masa yang tetap dan kedua orang anak turut menyaksikan semua yang dilakukannya. Pada suatu hari, kedua anaknya yang belajar di tadika masing-masing mendapat sebiji gula-gula yang sangat sedap, tetapi mereka tidak terus makan sahaja malah membawa pulang untuk dinikmati oleh bapa mereka. Si bapa ini terharu dengan perilaku kedua anaknya dan kedua anaknya berkata, “Ayah, sebelum atuk dan nenek meninggal dunia, setiap kali ayah pasti memberikan atuk dan nenek menikmati terdahulu untuk makanan yang kita ada. Jadi, kami juga hendak memberi ayah menikmati terdahulu gula-gula yang diberi oleh sekolah.” Inilah yang dimaksudkan didikan secara teladan.

Terdapat banyak cara untuk mengajar anak-anak mengasihi dan mentaati ibu bapa dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian dengan sebaik-baiknya. Mari kita fikirkan cara yang bagaimana merupakan cara terbaik untuk mendidik anak mengasihi dan mentaati ibu bapa? Ya, diri kita menjadi teladan yang baik supaya menjadi ikutan anak. Ini jawapan standard dan memang sangat penting sekali. Kedua ialah “kerjasama antara guru dan ibu bapa.” Kerjasama ini membantu perilaku si anak bertambah baik dan mengikut peraturan. Ada sebuah tadika di Shenzhen, China mengadakan kelas Di Zi Gui untuk ibu bapa seminggu sekali. Ibu bapa di sini pandai bekerjasama dengan guru tadika anak mereka.

Kesannya anak-anak mereka mengalami perubahan kelakuan yang positif dengan cepatnya, ini kerana semasa kecil, kata-kata ibu bapa dan guru sangat berpengaruh kepada mereka. Cuba anda lihat, semasa kecil si anak ini paling suka berkata “Ayah saya cakap”, “Ibu saya cakap”, selepas masuk tadika pula menjadi “Cikgu saya cakap”, jadi gunakan peluang kerjasama antara guru dengan ibu bapa dengan sebaik-baiknya.

Seterusnya ialah “kerjasama antara suami-isteri”. Mungkin apa yang diajar oleh guru kurang sebab guru tidak semestinya sedar kepentingan mendidik anak muridnya mengasihi dan mentaati ibu bapanya. Jika ini

Page 269: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

269

yang berlaku, apakah yang anda harus buat? Membawa buku Di Zi Gui ini dan berceramah dengan guru?

Janganlah kita memandang kecil keupayaan diri kita, sebab masyarakat ini saling berinteraksi antara satu dengan lain. Banyak sekolah di Hai Kou, Pulau Hainan mempromosikan pembelajaran Di Zi Gui melalui usaha ibu bapa. Apabila guru mengabaikan pendidikan ini, kita sebagai ibu bapa harus bekerjasama dengan pasangan hidup sendiri untuk mengajar anak di rumah.

Andai kata anda ibu kepada anak, jika diri anda membuka mulut dan memberitahu anak dengan berkata, “Nak, memang sangat susah semasa ibu hendak melahirkan awak, jadi awak mesti mengasihi dan mentaati ibu.” Sanggupkah anda menyuarakannya? Memang nampak pelik, jangan sampai masuk bakul angkat sendiri pula.

Masa inilah si ayah yang harus mengajar anaknya mengasihi dan mentaati ibunya, si ayah boleh berkata, “Anak, anda boleh tidak sayang dan tidak mentaati ayah, tetapi awak mesti mengasihi dan mentaati ibu awak. Tahukah anda mengapa? Sebab semasa ibu mengandungkan anda, setiap hari ibu rasa loya dan muntah, memang sangat susah.”

Maka, si ayah boleh menceritakan semua pengorbanan dan budi ibu satu demi satu. Semakin ikhlas si ayah bercerita tentang kisah ibu, si anak akan terharu selepas mendengarnya dan dari situ dia akan sedar dan mengenang budi serta membalas budi ibu bapa! Jangan pula anda memberitahu saya, “Cikgu Tsai, sebab sibuk, ada sebahagian yang saya kurang pasti tentang kisahnya.” Jika beginilah jawapan dari seorang suami, maka dia seorang suami yang tidak lulus dalam melaksanakan tanggungjawabnya, biar sesibuk mana pun harus pandai meluangkan masa menemani si isteri. Jika inilah yang diberitahu kepada anak, bapa dapat membimbing si anak menginsafi diri dan mengenang jasa dan budi ibu, seterusnya menghargai ibunya.

Si isteri pula harus memuji kebaikan siapa? Ya, memuji suaminya. Apabila anak diberitahu oleh ibu tentang kesusahan ayahnya untuk mencari rezeki di luar, maka anak menjadi lebih memahami beban ayah dan seterusnya

Page 270: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

270

meningkatkan rasa hormat dan kasih-sayang serta taat terhadap bapanya. Pernahkah anda memuji tentang suami? Ini memang perlu! Barulah anak-anak dapat menghayati bahawa tanggungjawab seseorang ibu bapa memang tidak mudah.

Sesetengah kaum wanita bukan sahaja tidak memuji tentang bakti dan jasa suami, malah kadang-kadang mengadu tentang suami di hadapan anaknya, “ayah awak ini…” Percakapan begini akan menimbulkan kesan buruk yang macam mana?

Perasaan hormat anak terhadap ayah semakin hari semakin menurun. Biarpun seburuk mana suami anda dalam hal-hal tertentu, kita sebagai isteri harus pandai “membuang yang keruh ambil yang jernih” yang buruk itu tolong tutupkan dan sebaliknya.

Jika isteri asyik membongkar keburukan suami, anak akan kehilangan perasaan hormat terhadap ayah, jika keadaan ini berlaku, bolehkah ayah dapat merasainya? Suami akan berkata, “isteri memandang rendah terhadap saya, begitu juga dengan anak-anak, baiklah, biar saya menjadi orang yang jahat.”

Akibatnya suami ditolak keluar rumah secara tanpa disedari. Setiap insan ada baik dan buruknya, jika isteri selalu memuji tentang kebaikan suaminya di hadapan anaknya, begitu juga anak akan pandai memuji ayahnya. Apabila seseorang ayah terasa dirinya dipandang tinggi oleh anaknya, maka dia akan bertambah menghargai dan berusaha semata-mata untuk tidak mengecewakan anak yang begitu menyokongnya. Justeru, ia akan memberangsangkan ayah maju ke hadapan untuk perkembangan yang lebih baik. Jadi, suami dan isteri harus berganding bahu untuk mengajar anak-anak mereka mengasihi dan mentaati ibu bapa.

Di samping itu, dalam pendidikan keluarga, suami-isteri harus berpegang kepada satu prinsip yang sama dan mempunyai persefahaman yang sejajar. Jika wujud percanggahan dari segi prinsip dan persefahaman untuk pendidikan anak, maka kepada siapakah yang anak harus dengar? Jika ditambah pula dengan cara datuk dan nenek, anak akan bertambah keliru

Page 271: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

271

lagi. Tetapi yang pasti anak akan memilih mana satu yang dia rasa selamat untuk bersembunyi di belakangnya apabila berbuat salah, dan akibatnya semakin sukarlah untuk mendidik anak itu jika inilah keadaannya. Oleh yang demikian, perbanyakkan komunikasi sesama suami-isteri amat diperlukan.

Ada seorang ibu mengamalkan didikan nilai murni Di Zi Gui secara diam-diam, dia tidak memaksa bapa mertua dan suami mengikut caranya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh semasa mendidik anak. Sebaliknya dia mengajar anaknya secara berdiam diri dan sedikit demi sedikit.

Kebetulan pada suatu hari, anaknya masuk ke bilik datuknya dan bertanya dengan datuknya, “Atuk, bolehkah saya membuka kotak ini untuk melihat apa yang ada di dalamnya?” Datuk ini tiba-tiba merasa terkejut melihat cucunya yang begitu kecil tetapi pandai pula dengan tata-susila. Dengan itu, datuk ini bertanya, “Siapa yang ajar awak cakap macam ini?” Si kecil menjawab, “Ibu yang mengajar, kata ibu “Tidak kira sekecil mana atau remehnya sesuatu perkara, kita tidak boleh lakukannya dengan sesuka hati.”

Datuk ini sangat gembira sekali setelah mendengar kata-kata cucunya dan terus berkata dengan anaknya, “Menantu ayah ini sangat berusaha untuk mendidik anak, anda harus membantu dan bekerjasama dengannya”. Bapa mertua ini juga bercakap kepada menantunya dengan memberitahu bahawa keluarga mereka akan memasang pita pembacaan Di Zi Gui pada setiap pagi .

Apabila kita berbuat baik secara ikhlas, ia bukan sahaja boleh membantu diri kita malah boleh membantu orang lain pada kemudian harinya, di samping itu persefahaman akan tercapai secara beransur-ansur antara mereka yang berada di sekeliling kita. Baiklah, perkongsian untuk sesi ini sampai sini sahaja, terima kasih!

Page 272: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

272

Sesi 16Keharmonian Keluarga Tercapai Melalui

Kasih Sayang Dan Hormat Antara Adik-Beradik

Konfusius mengatakan bahawa terdapat tiga cara yang amat berguna untuk mereka yang mengejar ilmu, iaitu seperti kajian pengetahuan, kebijaksanaan akan dekat (kebijaksanaan), usaha-usaha untuk berbuat baik (kebajikan), berani mengubah sikap buruk (keberanian). “Semakin seseorang itu rajin mengejar ilmu bermakna semakin meningkat kebijaksanaannya; Kemudiannya ajaran orang-orang suci pula dijadikan amalan dalam kehidupan harian, maka penghayatan tentang niat orang-orang suci semakin dirasai, malah semakin mudah memahami keperluan orang ramai, Maka lahirlah kebaikan hati dan bertimbang rasa dalam jiwa; Apabila seseorang itu semakin terasa akan keaiban diri dan menyedari akan kesilapan diri dan seterusnya memperbetulkannya, mengatasi segala kegelisahan dan tabiat buruk, inilah erti perwira yang sebenarnya. Ramai orang sudah merealisasikan kerajinan mengejar ilmu untuk meningkatkan kebijaksanaan, akhirnya, sifat rajin belajar ini mungkin membawa kepada perubahan yang baik untuk keluarga anda.

Saya masih ingat semasa ayah saya berusia 50-an, jabatan bank mereka memulakan urus niaga sekuriti, dan atas sebab ini, pihak majikan mewajibkan perlu ada seorang calon pekerja di jabatan ayah lulus peperiksaan untuk memperoleh lesen urus niaga sekuriti. Atas sebab ini, beberapa orang rakan sekerja telah dicalonkan untuk menduduki peperiksaan tersebut. Ayah saya yang paling senior dengan usia 50-an turut mengambil peperiksaan tersebut. Setiap malam, saya nampak ayah rajin membaca buku.

Akhirnya, selepas keputusan diumumkan, hanya seorang calon sahaja lulus peperiksaan di mana semua rakan sekerjanya yang lebih muda terkandas dan hanya ayah saya yang lulus dalam peperiksaan itu. Ayah saya berjaya memenangi penghormatan kami melalui perilakunya tanpa bercakap banyak. Atas teladan ini, sanggupkah kita sebagai anak sambalewa semasa mengejar ilmu? Bolehkah kita sebagai anak tidak serajin ayahnya semasa mengejar ilmu? Inilah teladan yang patut dicontohi dan apabila kerajinan tersebut berterusan, maka ia akan menjadi satu permulaan yang sangat baik

Page 273: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

273

untuk keluarga anda. Sekarang kita akan masuk Bab ke-2 yang mengajar kita tentang “Etika Orang Muda Dalam Kalangan Orang Yang Lebih Tua”.

Dalam Bahasa Cina (出) dibaca sebagai “Chu”, bermaksud di luar keluarga, kita harus mempelajari (悌) dibaca sebagai “Ti”, yang bermaksud tata-susila dan adab mengasihi dan menghormati adik-beradik, dan seterusnya berpegang kepada sikap yang sama semasa melayan orang lain di luar rumah.

Sebaliknya bagi yang asyik bergaduh dan tiada rasa kasih-sayang dan hormat sesama adik-beradik, adakah mereka akan beradab dan bertata-susila semasa di luar? Tidak mungkin! Dari mana kita boleh mengenali seseorang dengan jelas? Di rumahnya. Kerana di rumahlah tempat kita terlatih dengan cara dan perilaku semasa menangani dan menguruskan banyak perkara, itu sebabnya didikan keluarga begitu penting sekali! Apa yang dikatakan pasangan secocok?

Yang paling penting ialah keluarga dinilai dari segi pendidikan dan tatasusila mereka. Namun, apakah yang menjadi pengukur pasangan secocok pada zaman sekarang? Kekayaan! Bagaimana anda semua tahu jawapannya? Saya kurang berpengalaman tentang ini. Apa yang dijadikan sebagai kayu pengukur untuk ini sudah salah, inilah masalahnya apabila asas pengukur salah digunakan. Jadi, “tata-susila dan peradaban” merupakan asas sesebuah keluarga dan negara, pasti bukan kekayaan sebagai pengukurnya.

Dalam “Xiao Jing” ada mendidik rakyat jelata bagaimana untuk mengasihi dan prihatin kepada orang lain, tiada cara lain yang lebih mendatangkan kesan baik selain daripada mengajar mereka menjadi anak soleh; untuk memberi didikan peradaban dan tata-susila, tiada cara yang lebih baik daripada memberi didikan kepada rakyat jelata tentang cara mengasihi sesama adik-beradik supaya mereka menjadi insan yang bertata-susila dan tahu menghormati orang lain. Ajaran Konfusius juga mengatakan bahawa “Orang yang tidak beradab dan tidak bertatasusila sukar hendak mencari hidup dalam masyarakat.”

Page 274: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

274

Dalam kelas beberapa hari ini, saya juga berkongsi dengan anda sekalian bahawa saya telah terpupuk dengan satu tabiat semasa kecil, iaitu setiap kali rumah kami dikunjungi sanak-saudara yang lebih tua daripada saya, asalkan saya terdengar suara mereka, saya pasti berlari ke hadapan mereka dengan melepaskan dahulu apa yang saya sedang buat.

Kemudiannya saya akan bersalaman dengan mereka dengan mengucapkan , “Apa khabar, pakcik! Apa khabar, makcik!” Senyuman anda sekalian memang serupa dengan pakcik saya. Orang dewasa sememangnya sangat suka jika seseorang kanak-kanak berbudi bahasa. Saya angkat kepala dan nampak mereka sangat gembira dan diri saya berpuas hati. Ini disebabkan apabila seseorang membuat sesuatu dengan bertatasusila, dari batinnya akan memantulkan kegembiraan yang dirasainya. Sikap seseorang yang bertatasusila ini tiba-tiba menyedarkan saya bahawa sama ada seseorang itu akan diketemukan dengan orang baik-baik ditakdirkan sejak zaman kanak-kanaknya. Percayakah anda tentang ini?

Semasa saya mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa, saya memberitahu mereka bahawa saya boleh membuat penilaian pada masa itu juga sama ada anak-anak mereka boleh diketemukan dengan orang baik-baik yang boleh membimbing dan membantu mereka. Mata mereka terbeliak selepas mendengar kata-kata berkenaan. Inilah sifat realiti orang zaman sekarang, mereka sangat fokus apabila kita menyebut tentang sama ada anak mereka bakal mendapat bantuan dan bimbingan orang baik-baik.

Anak yang bakal memenangi kasih-sayang daripada orang ramai tidak kira di mana jua jika anak ini berbudi-bahasa dan bertatasusila; Yang sebaliknya, mereka bukan sahaja gagal memperolehi bantuan dan bimbingan orang baik-baik, malahan percakapan dan perilaku dirinya akan mengundang banyak rintangan. Kanak-kanak ini mungkin tertanya-tanya mengapa diri mereka tidak disukai ramai. Jadi, budi-bahasa sangatlah penting.

Rakan-rakan sekalian, memandangkan begitu pentingnya budi-bahasa, jadi bilakah ia harus diajar kepada anak-anak? Kebiasaannya saya akan bertanyakan ibu bapa sama ada kemajuan markah 2% dalam peperiksaan

Page 275: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

275

lebih penting ataupun si anak dibimbing dan dididik dengan sikap betul semasa membuat kerja. Ya, jawapan majoriti daripada ibu bapa ialah sikap betul semasa bekerja. Namun begitu, kebanyakan masa mereka dihabiskan untuk apa?

Untuk markah! Jangan berlengah lagi, jika terus berlengah dan umur anak pula semakin meningkat, maka terbentuklah tabiatnya. Ada banyak perkara yang kita tidak boleh memandang remeh, walaupun saya tidak mempunyai zuriat tetapi saya juga terasa cemas untuk anda sekalian. Kita harus menitikberatkan tentang nilai moral yang mampu memberi pengaruh besar untuk sepanjang hayat anak-anak kita, malahan membantunya menarik bantuan daripada orang lain.

Mari kita renungkan, andai kata tiada budi-bahasa dan etika dalam pergaulan harian, apakah yang bakal berlaku? Contohnya dari pengalaman saya semasa mendaki Tembok Besar China, di atas sana terpampang dengan papan tanda yang menyatakan “Orang yang tidak mendaki tembok besar bukan lelaki sejati.” Jadi semua pun berpusu-pusu mendaki tembok besar semata-mata untuk bergelar lelaki sejati.

Kebetulan pula struktur binaan pintu masuk tertentu di sana hanya membenarkan satu orang sahaja dari arah bertentangan melalui pintu masuk tersebut. Apabila seorang dari arah kami ingin melepasi pintu itu dan ramai pula yang tidak mematuhi peraturan di belakang pun mengambil tempat lorong untuk laluan orang dari arah bertentangan. Akibatnya apakah yang berlaku seterusnya? Laluan pintu masuk itu tergendala kerana kesesakan dengan orang ramai.

Guru sepasukan kami pun meneliti ke bahagian dalam dan mendapati bahawa oleh sebab orang dari arah belakang tidak memahami situasi sebenarnya di bahagian hadapan, mungkin sesuatu yang tidak diingini berlaku jika mereka terus berhimpit dan begitu juga dengan mereka dari arah yang bertentangan.

Oleh yang demikian, guru kami pun berdiri keluar dan memulakan kawalan trafik dan meminta mereka beratur mengikut barisan. Tindakan

Page 276: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

276

kami pula menyebabkan para pelancong di sana menyangka kami pegawai pihak pengurusan tembok besar.

Ada kalanya, apabila situasi memerlukan kita tampil ke hadapan jangan pula kita berpeluk tubuh. Apakah yang mungkin berlaku jika kita berdiam diri? Mungkin situasi bertambah buruk sehingga kita tidak mampu membantu biarpun berhasrat berbuat demikian. Oleh itu bertindak pada masa yang sesuai sangat penting, dan kemudiannya kesesakan itu berjaya dileraikan. Memang benar bahawa seandainya orang itu tidak berbudi bahasa dan mementingkan diri sendiri dalam pergaulan mungkin perhubungannya dengan orang lain mencetuskan konflik diri.

Pernah sekali saya pergi ke Gunung Tian Mu, Hangzhou, China untuk berceramah selama lima hari di sana, semasa dalam perjalanan menaiki gunung, kami nampak ada dua buah kereta dari arah bertentangan, kami pun terus memberi laluan kepada mereka.

Apabila kereta yang pertama berlalu, penumpang di dalamnya sangat gembira dan melambai-lambai kepada kami dan begitu juga kami membalas lambaian mereka. Apabila seseorang berbudi bahasa, ia memberi kita satu perasaan yang sangat selesa, kenapa tidak kita amalkannya!

Setelah berhenti seketika di bahu jalan untuk memberi laluan untuk kereta kedua tersebut, tetapi pemandunya pula menunggu di arah bertentangan dan kami juga terasa hairan tindakannya, lalu salah seorang daripada kami pun turun kereta untuk bertanya. Rupa-rupanya kereta itu telah berhenti di sana sejak awal lagi untuk memberi laluan kepada kami. Justeru, kami pun beredar dari situ dan semua orang dari kedua-dua kereta tersenyum lebar kerana hal tersebut.

Apabila wujudnya perasaan hormat antara satu dengan lain, ia memang memberi kita satu perasaan yang sangat menyenangkan dan selesa sekali. Sebelum kami bertolak ke Gunung Tian Mu, kami sudah membuat serba sedikit kajian tentang keadaan penduduk di sana dan ini bermakna penduduk di situ hidup sederhana dan jujur.

Page 277: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

277

Oleh yang demikian, kita juga dapat merasakan tentang perlunya kesedaran untuk berbudi bahasa dan bertolak-ansur dalam kehidupan seharian, kerana hanya dengan cara ini dapat membantu mengurangkan rintangan dan halangan dalam perjalanan kehidupan kita serta mengelakkan kesesakan jalan raya dan konflik. Oleh itu, “Tiada cara yang lebih baik daripada memberi didikan kepada rakyat jelata tentang cara mengasihi sesama adik-beradik supaya mereka menjadi insan yang berbudi bahasa, bertatasusila dan tahu menghormati orang lain”. Setiap keluarga merupakan tempat permulaan untuk mengamalkan ajaran nilai murni tersebut dalam kehidupan harian.

Mari kita membaca ajaran nilai murni yang seterusnya: “Adab abang dan kakak adalah mengasihi dan membantu adik-adik manakala adab adik-adik pula adalah menghormati dan mempelajari tunjuk ajar daripada abang dan kakak yang lebih berpengalaman. Sekiranya hubungan ini dijalin dengan baik, maka ibu bapa akan gembira dan wujudlah adab mengasihi ibu bapa yang kukuh dalam kalangan keluarga. Jika jalinan mesra di antara adik-beradik dalam keluarga adalah dianggap lebih penting daripada harta benda, maka perasaan dendam dan perselisihan tidak akan timbul.”

“Adab abang dan kakak adalah mengasihi dan membantu adik-adik manakala adab adik-adik pula adalah menghormati dan mempelajari tunjuk ajar daripada abang dan kakak yang lebih berpengalaman.” Adik-beradik umpama dahan-dahan pokok dengan asal-usul yang sama kerana air dicincang tidak akan putus. Adik-beradik merupakan darah daging sepasang ibu bapa dan merekalah saudara yang paling dekat dan lama menemani kita untuk sepanjang hayat ini.

Seorang alim bernama Fa Zhao telah meninggalkan sebuah sajak terkenal yang mengisahkan persaudaraan adik-beradik, “Adik-beradik umpama cabang ranting pokok yang masing-masing tumbuh dengan mekar dan subur. Janganlah membiarkan ikatan persaudaraan tercalar kerana bahasa perbualan. Setiap kali berjumpa terasa usia masing-masing kian lanjut, berapa lamakah jodoh dan takdir bersama adik-beradik ini. Kesabaran sesama adik-beradik yang tinggal sebumbung penting untuk keharmonian keluarga, janganlah berkonflik atas sebab dan perkara yang

Page 278: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

278

remeh-temeh, apabila masing-masing sudah berzuriat dan generasi baru ini pula bergelar adik-beradik, biarlah kita memberi teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-cucu kita.”

Adik-beradik umpama ranting-ranting pokok yang bercabang daripada batang dan akar, jangan membiarkan bahasa perbualan mencetuskan konflik. Justeru itu jagalah bahasa yang digunakan semasa perbualan untuk mengelakkan konflik. Ajaran murni Di Zi Gui juga menyatakan bahawa “Jagalah tutur kata dan bahasa masing-masing dengan rapi, maka masalah kemarahan dan dendam akan lenyap dengan sendiri.” Ini memandangkan faktor utama yang mencetuskan konflik adalah disebabkan bahasa dan tutur kata.

Setiap kali berjumpa terasa pula usia masing-masing semakin meningkat. Apabila usia kita mencecah 30 hingga 40-an, perasaan tersebut memang sangat terasa dan benar sekali malahan uban turut bertambah banyak. Jadi, berapa lamakah pertemuan dan takdir bersama adik-beradik ini? Semakin meningkat umur kita bermakna semakin mendekati penghujung jangka hayat, oleh itu hargailah jalinan adik-beradik ini.

Bagi adik-beradik yang tinggal sebumbung, kesabaran itu membawa kepada keharmonian keluarga. Masing-masing harus pandai bertolak-ansur dan bertoleransi. Janganlah bergaduh ataupun bertelingkah kerana perkara yang remeh.

Apabila adik-beradik mempunyai zuriat masing-masing, generasi baru ini pula bergelar adik-beradik dan generasi ibu bapa haruslah menunjukkan teladan yang baik dari segi perhubungan antara adik-beradiknya.

Saya masih teringat tentang perkongsian Cikgu Yang Shu Fen dengan saya, oleh sebab beliau sedar bahawa jalinan persaudaraan adik-beradik umpama dahan-dahan pokok dengan asal-usul yang sama, beliau pun berikhtiar menggembirakan hati ayahnya. Beliau menyatakan bahawa untuk menyenangkan hati ayah, ia bergantung kepada anak-cucu yang soleh dan taat serta baik-baik orangnya dengan pencapaian cemerlang. Atas niat suci Cikgu Yang yang mengharapkan salasilah keluarga ibu

Page 279: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

279

bapanya dapat berkembang maju dan makmur, maka beliau pun mengajar anak-anak saudaranya membaca kitab klasik semasa mereka masih kecil lagi. Beliau mempunyai 18 orang anak saudara dan semua tidak terkecuali daripada didikan nilai murni daripadanya.

Atas usaha Cikgu Yang, pencapaian generasi baru keluarganya sangat cemerlang di mana ramai berjawatan sebagai guru dan lahir juga beberapa orang doktor. Kemajuan sesebuah keluarga amat bergantung kepada apa? Teladan daripada generasi yang lebih tua dan sudi menyumbang secara ikhlas.

Jadi, nilai murni kasih-sayang sesama adik-beradik turut berlanjutan kepada generasi baru mereka. Walaupun Cikgu Yang tidak mempunyai zuriat, tetapi pada setiap perayaan hari ibu dan hari ayah, keluarga mereka sangat meriah dengan kehadiran 18 orang anak-anak saudaranya. Bilangan ini mungkin jauh lebih banyak daripada anda sekalian.

Saya pernah tinggal di rumah Cikgu Yang selama enam bulan, memang meriah sekali pada setiap hari perayaan dan anak-anak saudara yang pernah dibimbing oleh Cikgu Yang sangat menyayangi dan taat kepada Cikgu Yang.

Saya juga ada seorang abang angkat yang tinggal di Tai Zhong, Taiwan. Persaudaraan sesama adik-beradik mereka juga sangat mesra sekali. Setiap hujung minggu ataupun apabila masa lapang, mereka akan pulang menziarahi ibu bapa tanpa perlu temu janji sesama adik-beradik. Oleh kerana ayah mereka meninggal dunia lebih awal, mereka adik-beradik yang menemani ibu sehingga usia tua dan telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Saya juga menghadiri upacara perpisahan ibunya dan sangat terharu sekali kerana menyaksikan sifat-sifat baik anak-anak saudara abang angkat itu, mereka saling berkasih-sayang dengan meneladani sifat baik ibu bapa mereka.

Sudah menjadi tabiat saya akan mencari punca apabila menyaksikan sesuatu perkara. Kemudiannya abang angkat ini berkongsi dengan saya bahawa jiwanya sangat tenang selepas pemergian ibunya. Mengapa? Sebab sepanjang kehidupan berpuluh tahun ini, beliau telah menolak banyak temu

Page 280: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

280

janji yang tidak bermakna dan semua masa yang terluang dimanfaatkan untuk menemani ibunya.

Oleh itu, selepas peninggalan ibu, beliau terasa sangat tenang kerana keputusan tepat yang dibuatnya. Jadi, memang penting sekali bahawa kasih-sayang sesama adik-beradik boleh diteladani oleh anak-cucu keturunan keluarga itu.

Terdapat juga kisah yang menceritakan tentang persaudaraan adik-beradik orang zaman dahulu yang sangat mengharukan jiwa kita. Semasa Dinasti Jin, ada seorang budak bernama Yu Gun. Suatu ketika kampung mereka dilandai wabak penyakit dan beberapa orang adik-beradiknya sudah mati akibat wabak tersebut, manakala masih ada seorang abangnya sedang sakit tenat atas katil, dan semua orang dewasa pun berusaha membawa anak-anak mereka beredar dari kampung itu dengan secepat mungkin.

Akibatnya Yu Gun enggan pergi dari situ, sambil itu dia berkata, “Saya tidak boleh tinggalkan abang saya tanpa mengambil peduli tentangnya.” Orang dewasa yang lain terus menasihatnya agar beredar dari kampung memandang keselamatan tempat itu sangat kritikal. Namun, Yu Gun bertegas enggan pindah dari situ dengan memberitahu mereka bahawa dia tidak takut berpenyakit dan meminta mereka membenarkan dia terus tinggal di situ. Orang kampung pun beredar dari situ kerana gagal menasihat Yu Gun yang bertegas dengan keputusannya.

Yu Gun yang kecil ini pun sendiri masak ubat untuk abangnya, waktu tengah malam menangis kesedihan di tempat sembahyang kerana abang yang lain sudah meninggal dunia. Oleh sebab kasih-sayangnya terhadap adik-beradik, akhirnya abangnya sembuh dengan ajaibnya. Rakan-rakan sekalian, mengapakah abang itu boleh sembuh daripada wabak berjangkit?

Kasih-sayang sesama adik-beradik, keprihatinan dan penjagaan membantu meningkatkan daya ketahanan badan abangnya. Dalam cara perubatan Cina, kita tidak berlawan dengan virus, cara lawan ini umpama berkonflik dan tidak akan beralah antara satu sama lain. Cara perubatan Cina untuk menangani virus ialah secara “detoksifikasi” dan bukan “pembasmian

Page 281: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

281

virus”.

Apabila niat kita cukup suci, maka virus itu akan didetoksifikasi secara beransur-ansur. Jadi, kasih-sayang boleh membantu mendetoksifikasi dan begitu juga kebaikan hati seseorang. Kemudiannya ibu bapa dan orang dewasa yang lain pun pulang ke kampung dan mereka amat senang hati dan gembira kerana adik-beradik ini masih hidup dengan baik.

Melalui kisah tentang Yu Gun, kita dapat lihat walaupun dia masih kecil dan pernah membaca buku orang-orang suci zaman dahulu, jadi dalam nilai kehidupannya, ada suatu perkara yang jauh lebih penting daripada nyawanya, apakah perkara itu? Moral dan etika! Inilah pegangan kehidupan orang-orang suci yang meninggalkan banyak kisah yang sangat mengharukan. Inilah cerita tentang sikap Yu Gun terhadap pertalian adik-beradik melangkaui nyawa sendiri!

Li Ji, seorang menteri Dinasti Tang, sebenarnya nama keluarga asalnya ialah Xu. Beliau dikurniakan nama keluarga diraja Li kerana sumbangan dan baktinya terhadap negara. Sebelum ini kita pernah berbincang tentang maharaja Dinasti Tang, Li Shi Min seorang pemerintah yang sangat menghormati dan menyanjungi orang-orang suci yang bermoral dan beretika tinggi, malahan penghormatan yang diberikan oleh beliau dibuat dengan sangat baik sekali.

Ada suatu ketika Li Ji telah jatuh sakit dan setelah dirawat oleh tabib diraja dan menyatakan bahawa janggut manusia diperlukan sebagai salah satu kandungan dalam preskripsi ubat untuk mengubati penyakit Li Ji, maka Maharaja Tang Tai Zong (Li Shi Min) terus memotong janggutnya untuk tujuan tersebut selepas mendengar penerangan tabib diraja. Bagaimanakah perasaan Li Ji apabila mengetahui perkara ini?

Sungguh terharu dan dengan serta-merta sujud di hadapan maharaja untuk menjunjung kasih keprihatinan maharaja terhadapnya. Li Ji bukan sahaja seorang menteri yang taat kepada raja dan negara, yang pastinya beliau juga seorang anak soleh dan berkasih-sayang sesama adik-beradiknya. Kita sedar bahawa semua nilai moral dan etika tingginya hasil daripada ketaatan

Page 282: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

282

kepada ibu bapa dan kasih-sayang sesama adik-beradik.

Pada masa itu, usia Li Ji juga sudah agak lanjut dan beliau mempunyai seorang kakak. Pernah sekali kakaknya jatuh sakit dan beliau pun pergi melawatnya. Kakaknya hendak makan bubur dan dia pun mengarahkan orang suruhan beredar dari situ kerana dia hendak masak untuk kakaknya.

Tahukah anda bagaimana rupanya menteri dan pegawai tinggi orang zaman dahulu? Ya, semuanya berjanggut panjang. Semasa Li Ji sedang memasak bubur, tiba-tiba janggutnya terbakar akibat angin bertiup dengan kuat secara tiba-tiba yang kemudian dipadamkannya dengan serta-merta.

Kakaknya yang duduk di sebelah telah menyaksikan semua yang berlaku, lalu berkata, “Adik, mengapa hendak susahkan diri! Bukankah ramai orang suruhan di rumah ini, tak payahlah awak bersusah-susah di sana, biarkanlah mereka masak.

Jawab Li Ji kepada kakaknya, “Kakak, umur anda sudah lanjut dan saya pula tidak tahu saya ada berapa peluang boleh berkhidmat untuk kakak.”

Rakan-rakan sekalian, jiwa Li Ji penuh dengan penghargaan dan kesyukuran terhadap kakak semasa beliau masak bubur itu untuk kakaknya. Dalam hatinya terpahat dengan budi bimbingan dan sokongan serta bantuan daripada kakak sepanjang perjalanan kehidupannya.

Saya juga sangat bernasib baik kerana mempunyai dua orang kakak yang sangat prihatin menjaga saya. Semasa saya belajar di universiti yang sama dengan kakak sulung, saya juga masih ingat kesihatan saya kurang baik pada masa itu dan perlu makan ubat tradisi Cina. Biasanya ubat herba tradisi Cina ini satu preskripsi dengan bungkusan yang besar dan perlu direneh berjam lamanya untuk mengekstrakkan ubat daripada herba yang direndam dengan satu periuk air menjadi satu cawan kecil ubat.

Masa itu saya tahun pertama di universiti dan menginap di hostel. Bolehkah kita mereneh ubat herba tradisi Cina di hostel? Perhubungan saya dengan orang lain pasti terjejas jika saya berbuat demikian, semua orang

Page 283: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

283

pasti memegang sepanduk berhimpun di luar hostel demi membantah perbuatan saya. Jadi saya memang tidak boleh mereneh ubat di hostel.

Oleh yang demikian, Kak Long yang tinggal di luar kampus setiap hari mereneh ubat dua kali untuk saya, setiap pagi dan malam. Selepas itu dia perlu menghantar ubat ke hostel untuk saya dengan terpaksa berjalan jauh.

Oleh kerana kaum wanita dilarang masuk ke hostel lelaki, jadi kakak saya akan mengetuk tingkap bilik saya sebagai isyarat menyuruh saya keluar makan ubat.

Saya merasa kesihatan saya seolah-olah bertambah baik apabila kakak berdiri di luar menunggu saya. Saya pun berlari keluar untuk makan ubat yang direneh dengan penuh kasih-sayang oleh kakak. Ibu bapa kami juga sangat senang hati kerana terlihat jalinan adik-beradik antara kami begitu baik dan rapat.

Oleh yang demikian, jika sesebuah keluarga penuh dengan kasih-sayang sesama adik-beradik, kami percaya keluarga ini bakal mempunyai perkembangan yang baik. Nilai-nilai murni tersebut bukan sahaja mengharukan orang malah binatang peliharaan di keluarga ini turut akan terharu dengannya. Adakah anda percaya?

Semasa Dinasti Song ada seorang cendekiawan bernama Chen Fang, jumlah ahli keluarganya melebihi 700 orang yang terdiri daripada anak-cucu 13 generasi yang tinggal bersama. Mereka sangat mematuhi peraturan keluarga yang ditetapkan oleh nenek-moyang dan mereka tinggal bersama, masing-masing membuat kerja sendiri kerana tidak mengupah orang suruhan, baguskah cara ini? Bagus!

Rumah mereka memelihara lebih daripada seratus ekor anjing, semuanya makan di kawasan yang sama. Pada waktu makan, secara kebetulan ada seekor anjing yang belum tiba, maka anjing lain akan tunggu sampai tiba barulah makan. Akhlak baik keluarga Chen mengharukan orang ramai bahkan juga Pegawai Negeri Zhang Qi Xian, beliau melaporkan perkara ini ke mahkamah dan akhirnya segala cukai rumah mereka dikecualikan.

Page 284: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

284

Sebelum ini kita telah berbincang bahawa kita harus mengajar anak-anak membuat kerja rumah, perkara ini sangat penting sekali bagi melahirkan rasa syukur, mengenang budi dan bakti orang lain dalam jiwa anak. Jika anak-anak hari-hari kuat berbelanja, maka terpupuklah sifat membazir akibat kemewahan.

Justeru, dia tidak ingin melakukan sebarang kerja rumah, akibatnya? Menjadi pemalas. Anak yang membazir kerana kemewahan selalunya pemalas, sifat malas pula melahirkan sikap suka bergantung kepada orang lain, lepas itu tidak tahu bersyukur dan tidak tahu mengenang budi. Cuba kalian lihat, berapa banyak sifat buruk yang lahir kerana sikap malas. Oleh itu ramai orang tua yang bijaksana dan berpandangan jauh akan bertegas dengan keperluan dan kepentingan didikan tersebut, sebab mereka sedar kesan buruk terhadap anak pada masa akan datang seandainya mereka dididik menjadi seorang pemalas.

Encik Zeng Guo Fan, seorang bangsa Han yang berjawatan tinggi semasa Dinasti Qing. Sungguhpun berpangkat, peraturan keluarganya mewajibkan semua ahli keluarga termasuk kanak-kanak harus menguruskan kerja rumah masing-masing.

Pentingkah keputusan sedemikian? Memang penting! Atas sebab inilah generasi keluarganya berkembang maju ratusan tahun sehingga hari ini. Salah seorang anak-cucu generasinya bernama Zeng Shi Qiang, kini tinggal di Taiwan dan mempunyai pencapaian yang cemerlang. Beliau sering memberi ceramah di merata tempat. Justeru, memang penting sekali untuk anak-cucu mewarisi adat dan peraturan keluarga.

Jika seseorang itu sangat kaya-raya dan berkuasa, dan apabila dia menjadi seorang yang tidak berprinsip, sudah pasti keluarga akan musnah dalam beberapa generasi sahaja.

Jika kita turut mengkaji tentang generasi anak-cucu Lin Ze Xu, Zeng Guo Fan dan Fan Zhong Yan, anda akan mendapati bahawa adat dan peraturan keluarga yang ditetapkan sememangnya berpandangan jauh.

Page 285: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

285

Sementara itu, kebanyakan adat dan peraturan keluarga dari kalangan saudagar musnah dalam masa dua hingga tiga generasi. Apakah yang paling diutamakan apabila seseorang itu sudah memiliki wang ringgit? Mereka menganggap kemewahan itu segala-galanya. Mereka akan memandang rendah sarjana yang mengejar ilmu.

Mereka berpendapat apa lebihnya orang yang berpendidikan tinggi sedangkan kehidupan kurang baik berbanding dengan mereka! Siapakah yang akan berdepan dengan sikap hidung tingginya selepas menjadi kaya? Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi! Ada sebuah buku yang sangat baik dengan bertajuk “Bao Fu Fa” (Cara-cara untuk memelihara kekayaan), iaitu cara-cara yang betul membantu memelihara kekayaan supaya berkekalan sehingga anak-cucu. Apakah kelebihannya sekiranya anda berjaya mengekalkan kekayaan tersebut, bolehkah anda bawa bersama kekayaan itu selepas meninggal dunia?

Apapun tidak mampu dibawa pergi. Sebaliknya mereka yang pandai membuat pahala demi anak cucu dirahmati dengan rezeki dan kebijaksanaan merupakan orang yang benar-benar berkebolehan. Misalnya Encik Nie Yun Tai, yang menetap di Shanghai, China, sebuah kota-raya yang sangat maju dan makmur, di sini didiami ramai saudagar dan jutawan. Selama berpuluh tahun menetap di sana, beliau telah menyaksikan bahawa kebanyakan generasi jutawan hanya bertahan untuk satu hingga dua generasi sahaja yang kemudiannya keluarga mereka musnah berpecah-belah. Oleh sebab itu beliau pun mula mengkaji apakah sebab-akibatnya?

Salah seorang saudagar jutawan yang bernama keluarga Zhou mengusahakan perniagaan bank dengan banyak cawangannya. Pada suatu ketika, di tempat salah sebuah cawangan banknya telah dilanda banjir dan tempat ini serba kekurangan pada masa itu. Oleh yang demikian, pengurus cawangan bank tersebut pun menderma 500 tahil wang perak bagi pihak majikannya. Adakah jumlah ini banyak jika dibanding dengan kekayaan berjuta tahil?

Tidak. Akibatnya tindakan pengurus bank tersebut dimarahi dengan

Page 286: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

286

teruk oleh majikannya, Encik Zhou tersebut. Majikan ini memberitahu pengurus bank bahawa satu-satu caranya untuk mengekalkan kekayaan dan harta-bendanya ialah dengan hanya membenarkan semua wang masuk ke poketnya dan tiada satu pun dibenarkan mengalir keluar. Inilah caranya mengumpul kekayaan.

Rakan-rakan sekalian, apakah akibatnya apabila terlampau mengumpul kekayaan? Merosakkan moral dan etika serta tanggungjawab wajib sebagai seorang insan. Seandainya apabila diri kita hidup kaya raya manakala jiran-jiran yang lain sedang tidur berbantal lengan dan kebuluran, sementara itu anda pula berpeluk tubuh tanpa menghulurkan sebarang bantuan, maka bertambahlah rungutan mereka terhadap anda. Kebetulan pula beberapa hari kemudian rumah anda kebakaran, apakah yang akan berlaku? Jiran-jiran tersebut akan berdiri jauh sambil berpeluk tubuh.

Sambil itu dalam hati masing-masing berbisik: Bagus sekali, Tuhan maha adil! Sebaliknya, budi dan jasa anda sentiasa dikenang jika anda banyak bersedekah dan menghulurkan bantuan dalam kehidupan mereka, memberi bantuan untuk pendidikan anak-cucu mereka.

Apabila rumah anda dijilat api, mereka pasti akan membalas budi anda dengan masing-masing berlumba-lumba hendak menjadi orang pertama yang memadamkan api, betul tak? Ini disebabkan mereka dapat merasai keikhlasan anda semasa anda berusaha membantu mereka. Jasa dan budi anda disimpan dalam hati dan akan dibalas apabila berpeluang.

“Kasih-sayang dan hormat-menghormati yang dicurahkan sesama insan akan dibalas balik dengan cara yang sama.” Inilah kebijaksanaan orang-orang suci zaman dahulu yang harus kita hayati dengan sebaik-baiknya.

Orang Cina mengibaratkan “Kekayaan bak air yang mengalir.” Apakah akan berlaku apabila air itu tidak mengalir kerana tersumbat? Berbau busuk! Begitu juga dengan wang-ringgit yang tidak mengalir mempunyai kesan sampingannya. Semasa saudagar Zhou tersebut dalam keadaan nazak, masa itu awal tahun pembentukan Republik China, harta-bendanya ditukar menjadi matawang Da Yuan ketika itu berjumlah 30 juta Da Yuan, adakah

Page 287: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

287

dia sangat kaya?

Memang kaya-raya sekali. Saudagar Zhou mempunyai sepuluh orang anak-cucu, maka hartanya pun dibahagikan kepada sepuluh bahagian dan masing-masing memperolehi 3 juta Da Yuan. Mengikut penelitian Encik Nie Yun Tai, semua harta-benda yang diwarisi oleh anak-cucu ini masing-masing dihabiskan dalam masa berpuluh tahun tetapi sebaliknya habis dalam masa yang singkat, malahan ada antara mereka terpaksa hidup dengan meminta sedekah di tepi jalan tidak lama selepas itu. Seorang dua daripadanya yang agak berbudi bahasa berbanding yang lain juga habis membelanjakan semua harta yang diwarisi.

Dalam “Yi Jing” menyatakan bahawa “Keluarga yang banyak membuat pahala akan meraih balasan baik.” “Keluarga yang banyak berbuat jahat akan meraih balasan buruk.” Dari sini, kita lihat pula ada orang itu agak baik, namun begitu kenapa pula dia masih kurang bernasib baik?

Mungkin perkara jahat yang dibuat oleh nenek-moyangnya terlalu banyak. Untuk perkara ini anda harus bertegas untuk membuat pahala dengan sebanyak-banyaknya bagi menambahkan pahala diri sendiri yang kemudian hari akan menerima balasan yang baik. Hanya orang yang berpandangan jauh dan bijaksana akan memimpin dan mendidik anak-cucu yang baik, jadi tidak kira Zeng Guo Fan ataupun Chen Fang, mereka sedar akan betapa pentingnya anak-cucu harus membuat kerja rumah dan tidak mengupah pembantu rumah.

Pasti meriah sekali keluarga Chen Fang kerana setiap kali makan, seluruh keluarga seramai 700 orang akan berhimpun makan bersama. Berita tentang keluarga Chen Fang ini disampaikan kepada maharaja ketika itu. Maharaja turut tersentuh dengan kisah tersebut dan menitahkan ahli-ahli keluarga ini dikecualikan daripada khidmat membantu pembangunan negara apabila diperlukan. Pengecualian ini diberikan atas sebab maharaja berpendapat mereka merupakan teladan baik untuk semua rakyat.

Pada zaman Dinasti Ming, ada seorang cendekiawan bernama Bao Shi Fu (包實夫), beliau seorang guru. Pada suatu hari semasa beliau dalam

Page 288: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

288

perjalanan pulang ke rumah untuk menziarahi ibu bapanya, beliau telah terserempak dengan seekor harimau dan diterkam oleh harimau tersebut, kemudiannya harimau itu menggonggongnya ke satu tempat lain untuk dilapah.

Sungguhpun demikian, Bao Shi Fu langsung tidak gementar dan menghadapinya dengan tenang. Seperti kata pepatah tidak kira hidup atau mati, semua sudah ditadkirkan. Beliau langsung tidak panik ataupun ketakutan apabila berhadapan dengan dengan ajal yang bakal menimpa.

Sebaliknya beliau sujud di hadapan harimau itu dengan setulus hati dan ikhlas, sambil itu dia berkata: “Memang takdir kalau saya menjadi hidangan anda, tetapi saya masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara ibu bapa yang sudah berumur 70-an, bolehkah saya datang balik untuk anda makan setelah saya menyempurnakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua sehingga pemergian mereka.

Sang Harimau yang sangat ganas itu kemudiannya pun beredar dari situ kerana terharu dengan sifat murni anak soleh ini. Justeru itu, penduduk tempatan pun menamakan tempat berkenaan sebagai “Bai Hu Gang”(拜

虎崗)(Bukit Sujud Merayu Kepada Harimau) bagi mengenang peristiwa Bao Shi Fu yang merayu kepada harimau untuk membebaskannya supaya dapat balik ke rumah untuk memelihara dan menjaga ibu bapanya.

Sang Harimau, binatang paling ganas juga boleh terharu, apatah lagi anjing binatang yang paling taat dan setia kepada manusia. Selain daripada binatang boleh terharu, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan dan semua yang ada di atas muka bumi ini akan terharu apabila ketulusan dan keikhlasan yang ditunjukkan begitu suci sekali.

Li Zhong(李忠), seorang cendekiawan pada zaman Dinasti Yuan, beliau seorang anak yang soleh dan beliau dikenali ramai di seluruh negara atas sifat murni tersebut. Suatu ketika gempa bumi melanda kampung halamannya dan semua rumah runtuh dan musnah sama sekali.

Sungguhpun demikian, pusat gegaran bumi berpecah menjadi dua

Page 289: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

289

sebelum sampai ke rumah Li Zhong, kemudiannya kedua-dua pusat gegaran itu bersambung semula menjadi satu setelah melepasi rumahnya.Ini kisah benar yang tercatat dalam sejarah.

Dalam Kitab “Zhong Yong” menyatakan bahawa kita boleh meramalkan kehadiran malapetaka dan nasib yang baik, bagaimana caranya? Jika seseorang itu berbuat baik setiap masa, maka apakah yang bakal dihadapinya? Nasib baik atau malapetaka? Bernasib baik! Sebaliknya, orang yang berbuat jahat pula bakal mengundang malapetalaka.

Jadi, sifat murninya sebagai seorang anak soleh membantunya bebas daripada malapetaka. Kita harus percaya kepada kebenaran ini supaya diri kita menjalani kehidupan dengan cara yang betul dan tidak berbuat jahat.

Rakan-rakan sekalian, adakah anda mempunyai keyakinan bahawa anda boleh bernasib baik dan dapat mengelak daripada segala yang buruk sepanjang kehidupan? Ada! Bagus, sila berikan tepukan sebagai galakan untuk diri anda.

Bagaimanakah untuk hidup harmoni antara satu sama lain? Mari kita fikirkannya, contohnya keluarga Chen Fang dengan jumlah ahli keluarga seramai 700 orang dapat hidup dengan harmoni sekali, berapa pula ahli keluarga untuk rumah zaman sekarang?

Walaupun hanya tiga orang dalam satu keluarga juga tidak mampu hidup dengan aman! Kita jauh tertinggal di belakang dari segi kebijaksanaan ini. Ada pula pasangan suami isteri yang masih belum beranak juga susah hidup secara harmoni. Kebijaksanaan hidup bersama 700 orang dalam satu keluarga dengan penuh toleransi dan harmoni memang merupakan satu ilmu yang hebat! Apakah puncanya yang membawa kepada hasil semua orang boleh hidup dengan aman damai?

Puncanya ialah “Layanan adil”. Apabila setiap orang menerima layanan secara adil, hati mereka menjadi tenang dan berpuashati dan tidak akan mencetuskan konflik.

Page 290: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

290

Oleh yang demikian, kita harus berpegang kepada satu prinsip dalam didikan anak, iaitu memberi penjagaan secara adil dan janganlah berat sebelah dan pilih kasih antara anak-anak.

Dalam sejarah China yang beribu tahun, apakah akibatnya bagi mereka yang terlalu manja dan pilih kasih terhadap salah seorang anaknya? Banyak pergolakan berlaku antara adik-beradik oleh kerana perasaan tidak berpuas hati yang terpendam yang kemudiannya mencetuskan konflik.

Mari kita berfikir secara mendalam, andai kata pada hari ini kita memberi layanan dan penjagaan yang lebih baik terhadap salah seorang anak, adakah cara ini membantu untuknya? Adakah anda lebih menyayanginya dan si anak akan membalas kasih-sayang anda dengan cara yang sama? Tidak! Cara anda yang keterlaluan manjakannya akan menjadikan anak semakin mementingkan diri sendiri malahan membinasakannya.

Anak yang terabai pula akan terasa sangat tidak berpuas hati dalam jiwanya. Pendidikan anak dengan cara sedemikian sememangnya sangat kurang waras kerana ia membinasakan kedua-dua anak. Oleh yang demikian, bersikap “adil” sangat penting. Walaupun saya juga anak lelaki tunggal dalam keluarga kami, namun layanan ayah terhadap ketiga-tiga orang anaknya cukup adil. Misalnya pemberian wang sebagai galakan daripada ayah tidak pernah berat sebelah atas sebab saya satu-satunya anak lelakinya, jika keadaan ini berlaku, saya mungkin akan bersikap bongkak kerana terasa diri lebih dimanja dan disayangi oleh ayah.

Pada zaman Dinasti Ming, ada seorang cendekiawan bernama Zheng Lian. Semua ahli keluarganya sebanyak tujuh generasi tinggal bersama. Berapakah generasi yang tinggal bersama bagi keluarga zaman sekarang? Tiga generasi? Terlalu kurang sekadar tiga generasi! Saya pernah dengar ada sekeluarga lima generasi tinggal bersama di China, keluarga Zheng Lian tujuh generasi tinggal bersama. Oleh yang demikian, Maharaja Zhu Yuan Zhang pun menganugerahkan satu papan plak penghargaan “Keluarga No.1 Di Dunia” kepada keluarga Zheng Lian kerana amat kagum terhadap sifat mulianya. Berapakah jumlah ahli keluarga ini? Lebih kurang seribu orang. Selain daripada papan plak penganugerahan, maharaja turut

Page 291: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

291

menganugerahkan dua biji buah pear yang besar, tujuan Maharaja Ming Tai Zhu adalah untuk menguji Zheng Lian dan mengarahkan pengawal sebagai wakil untuk lihat bagaimana caranya menangani ujian tersebut. Rakan-rakan sekali, bagaimana anda hendak menangani perkara ini? Sama-sama kita fikirkannya dan bincangkannya dalam kelas nanti. Terima kasih.

Page 292: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

292

Sesi 17Leraikan Kemarahan Menjadi Sifat Pemaaf

Salam sejahtera, rakan-rakan sekalian! Dalam bab yang lepas, kita telah bercerita tentang Ming Tai Zu telah menghadiahkan dua biji pir kepada Zheng Lian. Jika anda ialah Zheng Lian, apakah yang akan kamu buat? Zheng Lian telah mengambil dua baldi yang penuh diisi dengan air dan memasukkan satu pir ke setiap baldi. Selepas itu, dia telah menghancurkan pir tersebut agar jus dalam pir boleh larut di dalam air. Setelah siap membancuhnya, Zheng Lian telah berkata kepada semua orang, “Marilah minum bersama-sama. Satu orang satu mangkuk.” Inilah keadilan. Setiap orang akan berasa telah dilayan dengan adil tanpa berat sebelah. Terdapat sesetengah orang yang bukan saudara Zheng Lian juga berpendapat bahawa orang tua ini perlu dihormati.

Selepas itu, Ming Tai Zu pun bertanya Zheng Lian, “Bagaimanakah kamu menguruskan seribu orang dalam keluarga? Apakah cara yang telah kamu gunakan?” Zheng Lian telah menjawab dengan menyatakan bahawa jangan dengar kata-kata kaum wanita. Puan-puan sekalian, janganlah marah selepas mengetahui jawapan Zheng Lian. Janganlah kita mentafsir maksud Zheng Lian dengan menggunakan fikiran sendiri. Makna setiap ayat berbeza mengikut zamannya. Kita perlu mengetahui bahawa kaum wanita pada zaman dahulu tidak berpeluang untuk belajar ajaran orang-orang alim. Jadi, mereka tidak dapat mencontohi sifat-sifat baik orang alim lalu menjadi seseorang yang lebih mementingkan diri sendiri. Apabila mereka bersifat mementingkan diri, mereka akan menyimpan apa-apa yang baik untuk anak sendiri, perbuatan sedemikian akan mencetuskan rungutan orang lain. Apabila semua ahli dalam sebuah kaum kerabat telah mula berebut-rebut harta, kerabat ini tidak lagi kukuh.

Kaum wanita pada zaman moden ini semua berpendidikan. Kebanyakan wanita tidak lagi mempraktikkan nilai individualistik. Sebaliknya, ada sesetengah kaum lelaki lebih mementingkan diri sendiri dan sentiasa mengutamakan kebajikan sendiri. Maka, “jangan dengar kata-kata kaum wanita” bermaksud ahli keluarga tidak boleh terlalu berkira antara satu sama dengan lain. Kalau tidak, banyak masalah akan timbul dalam

Page 293: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

293

keluarga tersebut.

“Dalam pergaulan seharian, kita tidak boleh terlalu mementingkan harta benda untuk mengelakkan pertengkaran. Janganlah kita membalas kata apabila mendengar sesuatu yang tidak sedap di telinga. Kita perlu banyak bercakap tentang perkara yang baik dan janganlah sesekali mengutuk orang lain. Kesabaran kita dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan.” Ayat-ayat murni ini dapat menunjukkan arah tuju kepada kita untuk memastikan ahli keluarga dapat berinteraksi dengan mesra dan harmoni.

Pada zaman dahulu, terdapat seorang budak yang berusia lima tahun bernama Kong Rong. Semasa membahagikan pir, dia telah memberi pir yang lebih besar kepada abangnya. Sebenarnya, sikapnya adalah tepat sekali. Hal ini dikatakan demikian kerana kerja rumah yang dilakukan oleh Kong Rong mungkin lebih sikit berbanding dengan abangnya. Pada zaman ini, kita sentiasa berkata bahawa kita perlu melayan anak-anak dengan sama rata. Adakah konsep ini betul? Jawapannya adalah terpulang kepada cara pentafsiran diri sendiri. “Sama rata” harus dititikberatkan dalam minda seseorang. Kita harus menghormati setiap individu.Walaupun orang itu lebih muda, pengalaman hidup mestilah tidak seperti kita, namun kita perlu mendidiknya. Kata-kata orang tua “menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda”. Dengan ini, barulah dia akan menghormati kamu. Jika status kamu dengan dia adalah sama, bagaimanakah dia dapat menghormati kamu? Apabila seseorang anak telah mengetahui bahawa “orang yang lebih tua perlu dihormati dan orang yang lebih muda perlu disayangi”, dia akan memahami bahawa orang yang lebih tua diberi keutamaan dalam semua perkara tidak kira dalam waktu menjamu selera ataupun dalam masa memilih tempat duduk. Mengapakah pada zaman dahulu kita tidak dibenarkan makan selagi ayah belum balik dari kerja? Hal ini merupakan tanda penghargaan terhadap pengorbanan ayah demi keluarga kerana segala beban perbelanjaan keluarga ditanggung oleh ayah seorang sahaja. Jika ayah masih penat setelah bekerja tetapi anak-anak telah mula

Page 294: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

294

makan tanpa mengambil berat akan ayahnya, apakah yang anak ini telah belajar dalam tempoh yang panjang ini? Jawapannya ialah anak ini akan mengutamakan diri sendiri sahaja. Jika anak-anak tidak menerima pendidikan dari awal, nilai murni dalam dirinya akan mula berubah akibat penjejasan daripada persekitaran. Maka, anak-anak sekarang susah untuk dididik. Kita perlu berfikir dengan teliti. Mengapakah pada zaman dahulu banyak orang boleh berkelakuan baik dengan mematuhi undang-undang? Apakah kaedahnya? Jawapannya ialah mengikut ajaran falsafah tradisi! Namun, kita perlu mengikut segala ajaran ini barulah kita akan bermanfaat daripadanya. Kong Rong telah memberikan pir yang besar kepada abangnya kerana dia telah memahami bahawa harta benda adalah tidak penting. Apabila abangnya menerima pir yang diberinya, abangnya pasti akan lebih menyayangi dia.

Pada Zaman Lima Dinasti, terdapat seorang lelaki yang bernama Zhang Shixuan. Dia merupakan seseorang yang rajin belajar. Ayahnya telah meninggal dunia, jadi dia dibesarkan oleh bapa saudaranya. Semasa dia berusia tujuh belas tahun, bapa saudaranya berkata, “Sekarang kamu sudah dewasa. Maka, kita akan membahagikan harta benda nenek moyang kepada dua bahagian. Satu untuk kamu dan satu untuk saya.” Namun begitu, Zhang Shixuan berkata, “Pakcik, kamu mempunyai tujuh anak, jadi kita patut membahagikan harta pusaka nenek moyang kepada lapan bahagian.” Namun begitu, pakciknya tidak bersetuju lalu berkata, “Tidak boleh. Kamu mewakili mendiang ayah kamu. Oleh itu, dua bahagian barulah betul.”

Namun begitu, Zhang Shixuan bertegas dengan pendiriannya bahawa harta tersebut patut dibahagikan kepada lapan bahagian. Adakah dia rugi apabila membahagikan harta kepada lebih ramai orang? Pemberian ini telah menunjukkan betapa tingginya tahap moral Zhang Shixuan membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan membuktikan beliau seorang yang berlapang dada. Apabila seseorang berjiwa besar, pahala yang dia akan dapat juga banyak. Tidak lama kemudian, Zhang Shixuan telah meninggalkan rumah untuk menduduki peperiksaan awam di kota. Zhang Shixuan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam itu. Saya percaya bahawa dia telah menjadi teladan baik kepada cucu-cicitnya, sudah pasti kaum kerabatnya juga akan berkembang dengan baik.

Page 295: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

295

Sebenarnya, apabila kita sedar bahawa apa-apa yang bakal dimiliki pasti akan diperoleh tidak kira apa jua keadaan, jika benda itu bukan milik kita, biarpun kita berusaha untuk memperolehnya secara merebut, apa-apa yang bukan milik kita tidak akan kita dapat tidak kira bagaimana cara kita merebutnya. Sebaliknya kita akan menjadi tenang hati jika kita tidak berkira dengan orang lain.

Sekarang ini kebanyakan orang melakukan perkara yang biasa sahaja, iaitu bukan terlalu jahat dan juga bukan terlalu baik. Lagipun, mereka tidak cukup lapang hati kerana asyik berfikir tentang apa-apa yang berkaitan dengan anak-anak, cucu-cucu, isteri, rumah dan wang ringgit sahaja.

Seorang perompak berjaya merompak dua ratus ribu ringgit, dengan bongkaknya dia berfikir, “Tengoklah betapa hebatnya saya!” Sebenarnya, dia telah menempah keburukan dalam hidupnya. Kamu akan mendapat apa yang telah kamu lakukan. Dia telah merompak dua ratus ribu ringgit tetapi dia tidak boleh memastikan sama ada dirinya berpeluang menggunakan wang tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana dia telah melanggar undang-undang, kemungkinan besar dia akan diberkas oleh polis dan dipenjarakan tidak lama kemudian. Adakah orang seperti ini ramai? Jawapannya adalah amat ramai! Ini disebabkan kebanyakan orang pada zaman ini terlalu mementingkan kekayaan dan status sosial. Mereka sanggup mengambil risiko untuk mencapai sesuatu matlamat.

Sebenarnya, saya berasa amat sedih apabila melihat orang seperti ini. Memandangkan pada asalnya dia juga seorang insan yang baik, tetapi atas sebab tidak menerima pendidikan yang betul, kehidupannya telah hancur. Kita patut bersimpati terhadap orang yang seperti ini. Kita tidak dapat memarahi mereka yang lebih tua daripada kita dari berbuat perkara jahat dan tidak bermoral, kerana mereka tidak dididik untuk membezakan apa yang baik atau buruk. Ibu bapanya tidak mendidik dia, datuk neneknya pun tidak mengajar dia. Apabila nilai moral tidak diajar dan hanya dididik untuk mementingkan keuntungan, dia mesti tidak dapat mengawal diri sendiri apabila berhadapan dengan godaan.

Apabila kita bertembung dengan situasi sekumpulan murid sedang

Page 296: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

296

berebut sesuatu, apakah yang patut kita lakukan? Pada satu hari, sekumpulan anak telah diberikan tembikai sebagai pencuci mulut. Tembikai telah dipotong dan diletakkan di atas meja. Kebanyakan pelajar telah menjamu selera dengan amat pantas. Mengapakah mereka bertindak begini? Mereka ingin pergi merebut kepingan tembikai yang terbesar setelah habis makan. Cikgu itu juga amat tenang walaupun melihat keadaan menjadi huru-hara. Dia telah mendiamkan diri dan menunggu anak muridnya habis makan dan tidur petang.

Dalam kelas pertama pada petang itu, cikgu itu pun berkata, “Murid-murid sekalian, jika kita ialah orang yang pertama pergi memilih tembikai yang paling besar, apakah reaksi orang lain? Adakah sebarang pengaruh akan timbul?” Cikgu ini tidak menyebut siapa orangnya yang pergi mengambil kepingan tembikai yang paling besar. Dia tidak mahu memalukan mereka. Banyak anak murid telah menjawab, “Orang itu memang mementingkan diri sendiri. Dia tergamak merebut yang paling besar. Cikgu ini pun meneruskan hujahnya, “Adakah kamu akan berkawan dengan orang seperti ini?” “Mestilah tidak sanggup!” Cikgu ini telah menggunakan situasi ini untuk memberitahu anak-anak bahawa setiap gerak-geri mereka akan menjejaskan tanggapan orang lain terhadap mereka. Godaan akan mengelirukan seseorang dan menyebabkan mereka bertindak tanpa berfikir panjang. Mereka hanya memastikan diri sendiri dapat merebut tembikai yang terbesar, tetapi tidak peduli akan akibat yang akan timbul selepas itu.

Seterusnya, cikgu ini pun berkata, “Murid ini yang dapat kepingan tembikai yang terbesar akan terasa amat gembira dan makan dengan cepat. Sistem penghadamannya pasti akan terjejas. Mengapa? Oleh kerana cara makannya yang pantas akan mengakibatkan sistem penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik dan makanan di dalam perut tidak dapat dicerna dengan sempurna. Lagipun, berapa lamakah kemegahan yang dirasa setelah memperoleh kepingan tembikai yang paling besar itu? Jawapannya ialah sekejap sahaja. Apabila dia perasan cara orang lain memandang dia, dia terasa tidak selesa. Di samping itu, apabila dia telah berjaya merebut yang terbesar, dia juga ingin mendapat sesuatu yang terbesar juga pada masa akan datang. Jika dia tidak berjaya merebut pada lain kali, dia akan berasa amat terseksa, “Geramnya, tidak dapat merebut yang paling besar!” Apabila

Page 297: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

297

seseorang sentiasa mengharapkan diri dapat merebut sesuatu yang terbaik tetapi dia gagal pula, apakah yang akan dia lakukan? Berkemungkinan besar dia akan berfikir kaedah yang melanggar undang-undang seperti mencuri dan merompak.” Cikgu ini tidak memberi sebarang kesimpulan selepas habis bercerita. Dia hanya meminta murid-muridnya berbincang secara kumpulan. Selepas itu, situasi makan pencuci mulut pada esoknya telah berbeza. Semua murid mahu mengambil kepingan tembikai yang lebih kecil. Hal ini membuktikan bahawa selagi cikgu dan ibu bapa sanggup mendidik, anak-anak pasti akan menerima dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka.

Ayat seterusnya ialah “sekiranya tutur kata dan bahasa sewaktu bersama dijaga dengan rapi, nescaya masalah tidak akan timbul” Janganlah kita membalas kata apabila mendengar sesuatu yang tidak sedap di telinga. Kita perlulah banyak bercakap hal yang baik dan jangan sesekali mengutuk orang lain. Kesabaran kita dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan. Apabila manusia berinteraksi antara satu sama lain, percakapan merupakan pokok pangkal yang menimbulkan pergaduhan. Apabila percakapan telah menimbulkan konflik, baran kita juga akan menjadi buruk. Di manakah pintu rintangan ini? Ia telah menghalang jiwa besar diri kita dan juga hubungan baik sesama manusia. Kamu mungkin hanya mengamuk selama lima minit tetapi berapa lama diperlukan untuk menghilangkan kesan buruk akibat kita naik darah? Ini disebabkan kita sukar berfikiran secara waras mahupun rasional semasa mengamuk ataupun naik darah. Oleh itu ingatlah jangan sesekali kita mengamuk, biarpun hanya sekali, kerana sekali mengamuk keadaan susah dapat dipulihkan seperti asal. Pepatah mengatakan “luka akibat pisau mudah sembuh, tetapi kebencian akibat kata-kata tajam sukar dihilangkan.” Mengapakah kita tidak berinteraksi dengan orang lain secara baik sedangkan kehidupan manusia begitu pendek? Apabila kita mendapati diri sendiri merupakan orang yang panas baran, kita perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, sejauh manakah teknik yang kita perlu ada untuk mengawal kemarahan? Jawapannya adalah dapat bertahan. Perkataan “bersabar” (忍) dalam bahasa merupakan gabungan perkataan “pisau”(刀) dan “hati”

Page 298: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

298

(心). Perkataan ini bermaksud kita tetap bertahan dengan tidak bertindak-balas walaupun hati ditikam oleh orang lain dengan menggunakan pisau, tidak membalas sebarang kata walaupun dimarah dengan teruk. Jika kita dapat bertahan sehingga tahap ini, sudah pasti orang lain akan berasa kagum akan kita. Maka, “bertahan” merupakan satu ilmu yang mendalam. Sebenarnya, tahap ketahanan kita sentiasa diuji dalam kehidupan seharian. Misalnya, ketahanan diri tuan-tuan sedang diuji semasa mendengar ceramah saya. Betul atau tidak? Kamu sedang menahan diri daripada mengantuk. Terdapat seorang peserta pernah bertanya kepada saya, “Cikgu Tsai, adab-adab tradisional memanglah baik sekali, tetapi berapa lamakah saya perlu bertahan?” Puan ini telah berasa amat tidak berdaya terhadap isu kebolehan diri. Saya pun menjawab, “Jika puan mempunyai fikiran seperti ini, saya yakin bahawa puan akan menahan diri sehingga kegeraman puan meletup pada suatu hari.” Sebagai contoh, kita telah mengetahui bahawa suami isteri perlu saling bertoleransi setelah belajar Di Zi Gui. Jadi, kita pun menjadi rajin setelah balik ke rumah. Kita mula menyapu dan membuat kerja rumah. Tetapi, suami tidak memberi sebarang reaksi walaupun kita telah sibuk menjaga rumah selama seminggu. Tiba-tiba, kita terasa amat marah dan membuangkan penyapu ke lantai lalu berkata, “Saya telah melakukan begitu banyak kerja rumah, takkan kamu langsung tidak nampak?” Jika kita tidak dapat menahan kemarahan ini dan membiarkannya meletup, apakah yang bakal berlaku? Segala usaha kita menjadi sia-sia. Suami akan berkata, “Berani kamu mangatakan diri kamu telah belajar Di Zi Gui!” Maka, kita perlu memahami tujuan kita menahan diri. Kita perlu bertahan untuk manfaat semua orang.

Misalnya kedua-dua suami isteri dibesarkan dalam keluarga yang tidak sama, jadi cara kehidupan masing-masing mestilah ada jurang perbezaan yang besar. Seperti kata pepatah, “Ais yang setebal tiga kaki bukanlah hasil akibat daripada kesejukan sehari”, perubahan yang ingin kita capai tidak akan berjaya pada percubaan kali pertama. Pada masa inilah hati kita perlu bertenang. Usah mengambil peduli sama ada orang lain buat betul atau salah kerana itu bukan urusan kita, apa yang kita perlu buat ialah memastikan diri sendiri telah melaksanakan kewajiban dengan sempurna. Kita mestilah melakukan apa-apa yang patut dibuat dengan hati yang tenang. Apabila kita

Page 299: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

299

dapat memahami, kita pun dapat memaafkan orang lain. Maka, jika kamu sekarang balik ke rumah dan meminta anak menjadi seorang yang rajin, kamu tidak boleh marah atas sebab dia tidak menjadi rajin dengan segera. Hal ini bukanlah masalah anak kamu, tetapi adalah sikap kita yang bermasalah. Tabiat yang baik mengambil masa yang panjang untuk dibentuk, jadi kita perlulah menahan diri daripada marah. Apabila kita sentiasa menahan diri daripada melepaskan kemarahan, sifat malu dan kekesalan anak-anak akan dapat dibangkitkan. Semasa saya mengajar di Beijing, terdapat seorang wanita yang berumur dalam lingkungan lima puluhan menelefon adik perempuannya sebaik sahaja kelas tamat. Mereka saling tidak berhubung sejak dua tahun lepas akibat satu pergaduhan yang remeh. Selepas menghadiri kelas, dia menyedari akan kesalahan dirinya lalu dengan segera menelefon adiknya. Dia telah berkata, “Minta maaf, adik!” Setelah dia mengungkapkan perkataan “minta maaf”, adiknya menangis dengan kuat sekali. Sebenarnya, mereka berdua hanya tidak rela untuk menundukkan kepala dahulu sahaja. Saya berpendapat nasib baik keadaan tersebut berlangsung hanya dua tahun sahaja, jika situasi ini berterusan, saya boleh jamin bahawa adik-beradik ini berkemungkinan besar akan menghidapi penyakit barah malahan saluran darah yang aliran darahnya tidak lancar. Mengapakah mereka mahu mendera sesama sendiri dengan cara begini? Maka, marilah kita tengok, satu minta maaf telah meleraikan semua konflik. Apabila salah faham telah diselesaikan, bukan sahaja hati adik-beradik tersebut menjadi tenang, hati siapa lagi yang juga akan lega? Jawapannya ialah ibu bapa mereka. Oleh itu, kehidupan seseorang akan menjadi sempurna dan bahagia sekiranya dia dapat mengubah sifat yang buruk.

Sekarang, kita telah memahami bahawa kemarahan perlu dikawal dengan rasional. Rakan-rakan sekalian, apakah yang akan kamu buat apabila kamu berasa amat marah? Jawabnya : Kasih Sayang dan bersimpati. Amat baik, melapangkan hati sendiri dan sudah pasti segala rintangan dapat dihapuskan. Cara ini amat berkesan, saya masih perlu melatih diri selama tiga atau lima tahun untuk melapangkan hati sendiri.

Page 300: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

300

Saya pernah berbincang dengan kawan-kawan berkaitan dengan topik mengawal kemarahan. Mereka menyatakan bahawa mereka akan menelefon rakan baik dan melepaskan kegeraman mereka dengan merungut kepada rakan. Saya pun berkata, “Dengan ini, kamu akan menjadi gembira tetapi rakan kamu akan berasa kurang selesa. Mereka mungkin akan berfikir bahawa kenapalah begitu banyak konflik dalam kehidupan manusia yang begitu pendek ini.” Maka, janganlah kita membuang “sampah-sarap” merata-rata. Apakah perasaan kawan kamu yang sentiasa menjadi tong sampah kamu? Pada suatu hari nanti, tong sampah akan penuh sehingga melimpah. Kamu mesti pernah nampak banyak pakar sakit jiwa memberikan sesi kaunseling kepada orang ramai, apakah keadaan kawan anda pada akhirnya? Dia juga akan memerlukan rawatan berkenaan. Jadi, kita perlu terus membakar “sampah” sebaik sahaja ia dihasilkan. Hal ini amat memerlukan pencapaian tahap moral kita iaitu gunalah kasih sayang dan bersimpati. Cara menguruskan kemarahan kita adalah amat penting. Apabila kemarahan seseorang tidak dapat dihilangkan dalam jangka masa yang panjang, hal ini akan menjejaskan seluruh keadaan badan dan mentaliti kita. Marilah kita tengok perkataan “marah” (怒) dalam bahasa Cina. Ia merupakan gabungan perkataan “hamba” (奴) dan perkataan “hati”(心), yang bermaksud seseorang akan menjadi hamba bagi hati dan dikawal oleh tabiat yang buruk apabila dia berasa marah. Sikap marahnya yang menyuruh dia pergi ke timur, dia pun tidak berani untuk menuju ke arah barat. Selepas melepaskan kemarahan, kebanyakan orang akan menyesal dan berkata, “Kenapalah tadi saya bertindak begini!” Namun begitu, apa-apa yang berlaku disebabkan oleh kemarahannya tidak lagi dapat diubah.

Terdapat seorang anak yang amat panas baran. Ayahnya ingin mengubah sikap buruk anaknya lalu berkata, “Jika kamu hendak melepaskan kemarahan satu kali, kamu perlu pergi ke halaman rumah dan tukul satu paku ke dalam tiang kayu di situ.” Jadi, anak ini akan mengambil satu paku ke halaman rumah dan menukulnya selepas melepaskan satu kemarahannya. Pada asalnya, dia mengetuk lebih kurang lima atau enam paku ke tiang itu sepanjang hari. Selepas beberapa hari sahaja, tiang kayu itu telah penuh dengan paku dan anak itu sangat terkejut. Tiba-tiba, dia sedari bahawa begitu teruknya pemarah dan barannya dia selama ini. Sebenarnya, ada

Page 301: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

301

banyak orang yang panas baran kadang-kala akan berkata, “Baran saya telah berkurangan. Tidak seperti beberapa tahun yang lepas...” Mereka langsung tidak menyedari bahawa baran mereka amat teruk cuma mereka merasa seperti sudah baik.

Selepas itu, anak ini pun mulai mengubah sikapnya. Dia tidak lagi melepaskan kemarahannnya dengan sesuka hati selama satu tempoh masa yang panjang. Ayahnya pun berkata, “Jika kamu tidak melepaskan kemarahan dalam sehari, kamu dibenarkan untuk mengeluarkan satu paku dari tiang itu.” Anak itu pun mengeluarkan paku dengan bangganya selagi dia tidak marah sepanjang hari. Akhirnya, semua paku telah dicabut. Dia pun berasa amat gembira dan melaporkan hal ini kepada ayahnya dengan segera. Ayahnya pun membawa dia ke hadapan tiang kayu tersebut dan berkata, “Walaupun kamu telah berjaya menanggalkan semua paku, tetapi betapa banyak lubang kecil pada permukaan kayu ini!” Adakah kayu itu dapat kembali kepada keadaan asalnya? Jawapannya adalah tidak! Pepatah mengatakan “luka akibat pisau mudah sembuh, tetapi kebencian akibat kata-kata orang susah dihilangkan.” Pada masa itu, betapa berusahanya kamu meminta maaf pun tidak dapat memulihkan hubungan persahabatan kepada keadaan asalnya.

Maka, kita memahami bahawa kita perlu lebih berwaspada. Lain kali apabila kita ingin melepaskan geram, kita mestilah berfikir bahawa kesabaran kita dapat mengelakkan perselisihan faham dan pergaduhan. Ayat ini mestilah seperti cahaya yang menyinari ke dalam otak kamu, bolehkah kamu mencapai tahap ini? Jika kamu membaca Di Zi Gui setiap pagi dan malam pada setiap hari, sudah pasti ada kesannya. Saya ada seorang kawan yang tinggal di Beijing. Dia sememangnya mempraktiskan tugasan ini pada setiap hari. Dia menyedari tabiat buruknya yang paling sukar untuk diperbetulkan ialah sifatnya yang mudah membongkar kekurangan orang lain. Dia telah biasa dalam mengumpat mengenai orang lain. Jadi, walaupun dia telah habis belajar, dia masih tidak dapat membetulkan kesilapan ini dengan segera. Namun begitu, apabila dia ingin memberi pandangan terhadap hal orang lain, kata-kata hikmat ini pasti akan bermain dalam otaknya. Dengan itu, dia akan berhenti dengan segera. Maka, cara ini amat berkesan.

Page 302: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

302

Manusia mestilah bercita-cita tinggi dan menjadi tuan dalam kehidupan sendiri. Janganlah kita beri peluang kepada sikap buruk untuk menentukan nasib kita. Apabila kamu telah bersemangat untuk membetulkan sikap buruk kamu, kamu telah dapat mengubahkan perkataan “marah”(怒)kepada perkataan “ampun”(恕). Adakah perkataan ini serupa dalam bahasa Cina? Jawapannya adalah amat serupa. Perkataan “ampun” dalam bahasa Cina merupakan gabungan perkatan “sama seperti/umpama”(如)dan perkataan “hati”(心), yang membawa maksud apabila kita sentiasa berfikir sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain tidak kira dalam apa jua keadaan, kemarahan kita akan mereda sekurang-kurangnya separuh. Sepanjang pengalaman saya semasa mengajar di sekolah, saya mendapati bahawa sesetengah anak sememangnya akan bertindak dan berkelakuan kurang wajar. Kadang-kala saya juga tidak boleh faham kenapalah mereka sudah besar panjang ini mempunyai tingkah laku yang begitu sekali. Namun begitu, janganlah kita hanya melihat pada keputusan sahaja. Kita patut mencari faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Kebanyakan anak akan membawa perlakuan seperti keluarganya bermasalah dan tidak bahagia. Kasihan sungguh melihat keadaan mereka, sebab anak-anak ini tidak dijaga dengan baik, maka terpupuklah tabiat yang buruk pada mereka. Apabila kita berfikir dari sudut yang lain, kita tidak akan marah lagi malah akan memberikan kemaafan akan perbuatannya. Pernah sekali di sebuah sekolah saya berkhidmat, berlaku satu peristiwa seorang anak murid telah mencuri duit. Dia telah mencuri sejumlah besar wang kira-kira NT$100,000.00. Pada asalnya dia hanya ingin menarik keluar sekeping NT$1,000.00 sahaja. Pada hari itu, rakan sekerja saya telah mengutip yuran daripada pelajar-pelajar. Berkemungkinan besar anak ini telah terdengar khabar ini. Dia sebenarnya ingin mengambil sekeping wang kertas sahaja, tetapi akibatnya terlalu panik dia pun terambil yang selebihnya.

Rakan sekerja saya juga amat peka dengan berpendapat pelajar ini masih berada dalam sekolah. Jadi, dia pun segera balik ke sekolah dan berjaya menangkap anak itu. Oleh sebab rakan sekerja saya ingin memberi satu pengajaran kepada anak ini, dia pun mengaturkan pihak polis untuk merekodkan perkara ini agar anak ini tidak berani untuk mengulangi perbuatannya lagi.

Page 303: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

303

Selepas bertemu dengan polis, anak ini pun duduk di anak tangga. Kebetulan saya tidak ada kelas pada waktu itu dan lalu di tempat itu. Saya ternampak belakang badan dia. Walaupun saya tidak dapat nampak mukanya, tetapi saya dapat merasa kesedihannya. Saya pun berjalan ke sisinya dan menemani dia duduk di situ. Pada waktu ini, kita tidak patut bercakap dan menasihati dia. Kita perlu memberi masa untuk anak ini menenangkan diri. Selepas seminit, anak ini pun membuka mulutnya. Dia berkata, “Cikgu, saya ingin mati!” Kehidupan kita umpama satu sandiwara, sebagai seorang cikgu juga harus pandai berlakon. Janganlah kamu terus melarang dia mati sebaik sahaja mendengar luahannya. Kita perlulah menenangkan diri. Jadi, saya pun bertanya, “Mengapakah kamu ingin mati?” Kita perlulah membantu anak ini mencari sebab itu. Dia menjawab, “Cikgu, kerana tiada seorang pun suka akan saya lagi. Setiap orang benci akan saya.” Emosinya amat teruk, jadi kita perlu menenangkan dia. Maka, saya pun berkata, “Siapa yang benci akan kamu? Cikgu Fu Yu?” Dengan ini, perasaan dia telah menjadi lebih baik. Saya terus bertanya, “Adakah Cikgu Tsai sangat tidak suka akan kamu?” Dia pun menggelengkan kepala. Perasaan dia telah bertambah baik, saya pun mengambil kesempatan ini untuk bersembang dengan dia. Saya berkata, “Apakah faktor yang menyebabkan orang lain tidak suka akan kamu?” “Sebab saya suka pukul dan marah orang lain.” “Jadi, janganlah kamu pukul dan marah orang lain. Mereka pasti suka berkawan dengan kamu!” Anak ini telah mengeluarkan satu ayat yang mengejutkan saya. Dia berkata, “Cikgu, saya memang ingin mengubahkan sikap buruk saya tetapi saya tidak mampu.” Anak ini hanya belajar sehingga darjah enam sahaja tetapi dia telah berpendapat bahawa dia tidak dapat mengawal kehidupan sendiri. Sesungguhnya, janganlah memberi peluang kepada anak-anak untuk memupuk tabiat yang tidak baik. Apabila kehidupan mereka ditentukan oleh sikap buruk, nasib mereka akan menjadi amat malang.

Saya telah mengeluarkan satu buku catatan dan menulis perkataan “baik”(善) pada sebelah kiri serta perkataan “buruk” (惡) pada sebelah kanan. Saya berkata, “Kamu boleh mencatatkan apa-apa perkara baik yang kamu buat pada sebelah kiri dan apa-apa hal yang jahat pada sebelah kanan. Kamu dikehendaki berkelakuan lebih baik berbanding dengan semalam.”

Page 304: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

304

Anak ini telah berkelakuan jahat selama sepuluh tahun, jika kamu dapat membetulkan segala perbuatannya dalam tiga tahun, kamu memanglah seorang cikgu yang handal. Maka, kita perlulah sentiasa bersabar. Apabila kamu dapat selalu mengampunkan orang lain, sudah pasti seluruh kehidupan anda akan berubah.

Marilah kita tengok ayat yang seterusnya dan baca bersama-sama, “Sama ada pada waktu makan, minum, berjalan atau beriadah, yang muda seharusnya menyusul di belakang yang tua. Jikalau yang tua mencari seseorang, dapatkan orang itu dengan segera, jika tiada maklumkan kepadanya dan berilah apa-apa bantuan yang diperlukan.” “Sama ada pada waktu makan, minum, berjalan atau beriadah, yang muda seharusnya menyusul di belakang yang tua.” Apabila anak-anak telah tahu menghormati orang yang lebih tua, sifat ini pasti juga akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ayat keramat ini hanya menyatakan beberapa perbuatan sahaja. Yang pertama adalah berkaitan dengan menjamu selera. Apabila seseorang anak mengambilkan lauk-pauk untuk orang yang lebih tua makan dahulu, tahap moral dia telah bertambah baik melalui perilakunya. Terdapat seorang anak murid yang hanya berusia tujuh tahun. Dia telah belajar Di Zi Gui selama seminggu. Dahulu, datuk dan neneknya yang akan mengambilkan lauk-pauk untuk dia semasa makan. Selepas menghadiri kelas selama seminggu, dia telah mengambil inisiatif untuk menceduk lauk-pauk untuk datuk dan neneknya. Datuk dan neneknya berasa amat besar hati akan perbuatannya dan dengan segera mereka mengaku akan kepentingan budaya tradisional. Orang pada zaman ini amat realistik, jika kita dapat mendidik anak-anak dengan baik, hal ini secara tidak langsung juga akan menarik perhatian ibu bapa.

Walau bagaimanapun, ibu bapa tetap memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan keluarga. Kata pepatah, “Ajar diri sendiri dahulu sebelum mendidik anak-anak.” Hal ini amat penting kerana bagaimana acuan,begitulah kuihnya. Misalnya, Di Zi Gui telah menyatakan bahawa baju dan topi perlu diletakkan ke tempat asal selepas balik ke rumah agar dapat mengelakkan keadaan berselerak serta barang akan mudah dicari

Page 305: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

305

apabila ingin digunakan. Namun begitu, ayah telah meletakkan stoking sesuka hati dan baring di sofa membaca surat khabar setelah balik ke rumah. Anak ini pasti akan berfikir, “Mana boleh bertindak begitu! Suruh saya patuh tetapi ayah sendiri pula tidak melakukan!” Adakah dia rasa rela hati semasa melaksanakan? Jawapannya tidak. Apakah yang akan anda lakukan jika anda ialah ibunya? Berjalan ke sisi ayah dan berkata, “Adakah kamu tahu anak sedang belajar Di Zi Gui? Cepatlah letakkan stoking ke tempat asal.” Suami ini pasti akan menjawab, “Janganlah belajar buku itu lagi.” Terdapat seorang ibu pula memujuk anaknya dengan berkata, “Ayah telah penat bekerja sepanjang hari. Marilah bantu ayah letakkan stoking ke bakul itu.” Dengan ini, anak akan mudah terima dan mengamalkan tabiat ini.

Yang kedua, orang muda perlu memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua tidak kira semasa berjalan atau sewaktu duduk. Semasa saya di Hai Kou dan Shenzhen, apabila anak-anak habis belajar dan hendak masuk lif, mereka akan memberi laluan kepada semua cikgu masuk ke lif itu dahulu walaupun mereka yang datang dahulu. Namun, kita akan berkata, “Kamu masuk dahulu.” Mengapakah berkata demikian?

Anak-anak masih kecil, kadang-kala pintu lif susah dikawal dan mungkin menyebabkan kemalangan. Terdapat seorang anak mengikuti kami sekumpulan cikgu pergi ke Shenzhen. Anak ini telah belajar kitab-kitab suci selama beberapa tahun. Mukanya amat bulat, telinga juga besar. Apabila kita nampak dia, kami berpendapat bahawa dia pasti seorang yang amat baik. Pada hari itu, terdapat seorang telah menghadiahi kami sekotak biskut yang di dalamnya mengandungi sepuluh keping biskut. Kami semua sembilan orang, jadi setiap orang pun dapat sekeping biskut dan ada baki sekeping lagi. Kemudian, anak ini berlari keluar dari bilik dan berkata, “Biskut ini amat sedap, ada lagi?” Dia pun mengambil biskut yang terakhir dan berjalan ke hadapan saya lalu berkata, “Biskut ini patut bagi kepada Cikgu Tsai.”

Maka, marilah kita tengok, adakah orang yang belajar adab-adab tradisional akan menjadi tegar? Jawapannya adalah tidak! Anak yang beradab akan sentiasa menghormati orang lain dan bertimbang rasa. Oleh itu, otak mereka akan menjadi amat cerdas. Orang pada zaman ini telah

Page 306: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

306

salah mentafsirkan definisi aktif. Apakah itu aktif? Kebanyakan orang berpendapat bahawa seseorang yang tidak boleh duduk diam selama tiga saat, lari ke sini dan sana, itulah aktif! Kadang-kala kita beratur di lapangan terbang, kebanyakan anak tidak dapat berdiri setempat sahaja, mereka akan melanggar sana sini. Pelancong di belakang akan berkata, “Anak ini amat aktif!” Ini bukanlah aktif! Ini merupakan anak-anak yang tidak dididik dengan baik. Orang yang betul-betul aktif adalah mindanya amat aktif, dapat selalu memikirkan perkara daripada sudut pandangan orang lain.

“Sama ada pada waktu makan, minum, berjalan atau beriadah, yang muda seharusnya menyusul di belakang yang tua.” Tabiat ini bukan sahaja mempengaruhi sikap anak-anak menghormati orang lain, malahan dapat menjejaskan perkembangan kerjaya anak-anak pada masa hadapan kelak. Adakah kamu percaya? Pernah sekali seorang pengurus syarikat mengajak seorang pelanggan dari Guangdong untuk makan. Beberapa kakitangan syarikatnya telah dibawa untuk hadir. Kebanyakan pekerjanya datang dari Hunan, mereka suka makanan yang amat pedas tetapi orang dari Guangdong tidak pandai makan pedas. Apakah lauk-pauk perlu dipesan apabila meraikan pelanggan dari Guangdong? Jawapannya mestilah lauk-pauk sesuai dengan cita rasa Guangdong. Apabila mereka sedang makan, beberapa kakitangan itu berkata, “Mengapakah makanan ini begitu tidak sedap dan makanan itu juga sama?” Apakah tujuan untuk membawa mereka bersama? Jawapannya adalah berharap mereka akan melayan pelanggan dengan baik. Namun begitu, apakah mereka telah buat? Mereka telah memburukkan keadaan. Selepas itu, satu lauk yang pedas telah dihidangkan. Pengurus syarikat pun memusingkan lauk itu ke hadapan pelanggan dan pelanggan itu mengambil sedikit sahaja. Pekerja-pekerja tersebut pula memusingkan lauk tersebut ke depan mereka dengan serta merta mula menjamu selera. Pengurus itu pun memusingkan lagi sekali, mereka pula pusingkan balik. Adakah kamu akan mengamanahkan tugasan penting kepada kakitangan seperti ini? Mereka bukan sahaja tidak dapat melengkapkan tugasan dengan cemerlang, malah mungkin membiarkan tugasan itu menjadi lebih teruk.

Jika seseorang anak sentiasa berbudi bahasa, kamu akan berasa lapang dada apabila menyerahkan tugasan kepadanya. Oleh itu, jika pengurus mahu membawa kakitangan syarikatnya ke satu majlis, dia akan melantik

Page 307: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

307

kakitangan yang beradab, yang akan melayan tetamu dengan membantu mengambil lauk-pauk dan menuangkan air. Jadi, kita perlu melatihkan anak-anak sejak kecil lagi. Apabila mereka mempunyai sikap yang baik, masa depan mereka juga akan menjadi cerah. Bab ini saya akan berhenti di sini. Sekian, terima kasih.

Page 308: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

308

Sesi 18Kepujian Hanya Diberi Pada Sifat Baik Anak

Selamat sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Bab dua kita telah bincang semalam, kita telah belajar bahawa “Kakak dan abang seharusnya melayani adik-adik mereka dengan baik.” “Si adik seharusnya menyayangi dan menghormati yang tua.”Hubungan rapat antara adik-beradik juga merupakan salah satu cara untuk menghormati ibu bapa. Pepatah mengatakan, “kebahagiaan keluarga dapat menyumbang kepada kehidupan yang harmoni” dan “jika adik beradik bersatu hati, tanah pun boleh menjadi emas.” Tidak dapat dinafikan bahawa asas keluarga akan menjadi utuh dan kerjaya anggota keluarga akan berjaya jika keluarga tersebut sentiasa dalam suasana yang aman dan riang. Setiap anak yang telah mengetahui cerita yang berkaitan dengan orang-orang alim, akan cuba mencontohi sikap dan perbuatan orang-orang alim dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, anak-anak akan mengikut jejak Kong Rong selepas mengetahui dia telah memilih pir yang terkecil dan memberi pir yang besar kepada kakak dan abangnya. Pada suatu hari, seorang kakak yang murah hati telah memberi pir yang dia ada kepada adiknya, adik ini pun makan dengan gembira. Apabila adiknya sedang makan, tiba-tiba kakak telah merampas balik pir tersebut. Perbuatan kakak itu telah dilihat oleh ibunya. Dengan ini, ibunya pun menghubungi cikgu kerana hal ini merupakan peluang yang baik kepada ibu bapa dan cikgu untuk bekerjasama mendidik anak-anak. Jelaslah di sini bahawa bukan semua perbuatan dalam cerita orang-orang alim dapat diikuti sepenuhnya oleh anak-anak. Oleh itu, didikan daripada orang dewasa wajar dilaksanakan. Pada keesokan harinya, cikgu pun bercerita kepada kakak dan adik tersebut.

Pada zaman Dinasti Han, ada sepasang adik beradik, abang bernama Zhao Xiao manakala adik bernama Zhao Li. Pada suatu hari Zhao Xiao telah diculik oleh sekumpulan perompak. Apabila adiknya telah mendapat tahu hal ini, dia pun pergi berjumpa dengan perompak-perompak tersebut dengan segera di tapak persembunyian mereka. Oleh sebab kumpulan perompak itu telah sangat lapar, mereka ingin membunuh adik Zhao Li dan makan dagingnya. Abang telah tahu rancangan mereka dan berasa amat cemas lalu

Page 309: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

309

berkata: “ adik saya sudah jatuh sakit dan badannya pun kurus, janganlah kamu makan dia, biarlah makan saya, saya lebih gemuk dan tubuh badan saya pun amat sihat”. Adik pun berkata: “Nyawa saya pada tangan kamu, jadi saya yang patut dimakan, usahlah mengaitkan hal ini dengan abangku”. Perompak-perompak berasa sangat terharu kerana adik-beradik ini ingin menyelamatkan antara satu sama lain dengan mengorbankan nyama sendiri. Oleh itu, mereka pun melepaskan kedua-dua adik-beradik tersebut.

Setelah cerita ini tamat, cikgu pun berkata, “anak-anak sekalian, Zhao Li dan Zhao Xiao tidak mengira nyawa demi menyelamatkan sesama mereka. Oleh itu, adakah wajar perbuatan kita bergaduh dengan adik-beradik semata-mata untuk mendapat satu epal ataupun satu pir? Kita patut mengikuti kelakuan baik yang dimiliki oleh orang-orang budiman. Kisah Zhao Li dan Zhao Xiao telah tersebar kepada pengetahuan maharaja, baginda telah melantik mereka sebagai pembesar kerajaan. Tahukan anda kenapa maharaja melantik mereka? Hal ini disebabkan orang yang sayang akan adik-beradik pasti akan menghormati ibu bapa. Apabila insan yang bersifat begitu unggul dilantik sebagai pembesar, mereka tentu akan menjaga kebajikan rakyat.” Oleh sebab itu, jika “diajar taat setia”, dia akan taat kepada semua ibu bapa di dunia, malah “diajar sayang kepada adik beradik”, dia akan sayang pada kakak abang di dunia ini. Sememangnya, kita hendaklah pandai mencari peluang untuk mendidik anak-anak agar dapat membimbing mereka ke arah yang betul. Pada masa yang sama, anak-anak yang berkelakuan baik haruslah dipuji.

Cerita yang lain, kasut seorang anak telah koyak sedikit, maka dia pun membeli sepasang kasut yang baharu. Walau bagaimanapun, dia tidak sanggup untuk membuang kasut yang lama itu lalu menyimpannya di bawah katil. Faktor anak ini berbuat demikian adalah mungkin dia telah belajar pengajaran tentang ‘yang lama jangan dilupai, yang baharu jangan disukai’. Kebetulan pula, kasut rakannya telah koyak sehingga tidak boleh dipakai lagi. Cikgu pun meminta anak itu agar memberi kasut yang disimpan di bawah katil kepada rakannya. Cikgu memberitahu perbuatannya itu ialah menghulurkan bantuan kepada rakannya dan kaki rakan akan sangat sejuk dalam musim sejuk kerana kasutnya telah koyak.

Page 310: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

310

Pada hari kedua, cikgu mendapati bahawa kasut yang lama itu dipakai di kaki anak itu, manakala kasut yang baharu telah dipakai oleh rakannya. Anak tersebut telah berjaya mengaplikasi teori “harta benda tidak penting, keharmonian hubungan antara manusia haruslah diutamakan” dalam kehidupan seharian. Rakannya mesti sangat berterima kasih dan mendapat tahu bahawa kawannya ini amat mengambil berat terhadapnya.

Oleh itu, cikgu pun memuji anak itu dengan menyatakan bahawa dia memang murid yang baik hasil ajaran falsafah tradisi. Selepas itu, cikgu pun berkata, “kamu merupakan abang besar dalam kalangan rakan kamu, maka kamu mesti menjadi teladan yang baik”. Janganlah kita lupa untuk menetapkan satu matlamat kepada seorang anak semasa kita memuji dia. Kita selalu dengar orang ramai berkata “anak yang pandai semasa kecil belum tentu akan menjadi orang yang hebat pada zaman dewasa kelak”. Hal ini merupakan satu fenomena yang ganjil. Kenapa anak yang cerdik pada waktu kecil, tetapi kehidupannya pada apabila dewasa tidak akan berjalan lancar? Puncanya ialah tiada teladan yang baik dapat dicontohi oleh anak-anak. Dengan ini, kita haruslah berfikir baik-baik terhadap masalah ini. Ada seorang ayah pernah berkata, “Semasa anak saya berusia dua tahun, saya berpendapat bahawa apabila dia dewasa nanti, dia akan menjadi seorang pemimpin negara yang berwibawa. Tapi, semasa anak saya di tingkatan satu, saya berasa jika dia dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti pun sudah cukup. Apabila anak saya belajar di tingkatan empat, saya berharap dia boleh mendapat pekerjaan yang ideal selepas tamat pelajaran sekolah menengah”. Kenapakah harapan ayah terhadap anaknya begitu besar perbezaannya dari masa ke masa? Adakah anak akan berjaya jika harapan ayah terhadapnya semakin hari semakin rendah? Jawapannya tidak. Apabila orang dewasa tidak menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, mereka tidak akan mempunyai matlamat hidup yang jelas, lama-kelamaan mereka tidak akan membuat sesuatu yang bermakna dalam hidupnya. Oleh itu, kita harus mementingkan teori “matlamat yang jelas amat penting dalam proses pembelajaran” dan “tujuan yang betul diperlukan dalam menuntut ilmu pengetahuan”. Sebenarnya belajar adalah untuk menjadikan kita seorang yang beriman, namun orang zaman sekarang belajar demi mencari mata pendapatan yang lumayan. Jikalau tujuan belajar telah salah, adakah belajar

Page 311: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

311

dapat membuahkan kehidupan yang bahagia kelak?

Kenapa orang yang pandai pada waktu kecil tidak semestinya akan berjaya apabila dewasa? Hal ini demikian kerana kebanyakan kemahiran dan bakat telah dipupuk atas tujuan untuk menunjukkan kepada orang lain. Sebagai contoh, apabila seorang anak telah dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, ibu bapanya akan membawa anak itu untuk membuat “persembahan” di khalayak ramai. Apakah perasaan anak tersebut akibat tingkah laku ibu bapanya? Anak itu tentu akan berfikir “Semua orang telah bertepuk tangan untuk saya, ada yang menyatakan keinginannya belajar dengan saya, saya memanglah orang yang hebat!” Apabila pujian telah banyak didengar, sudah pasti cadangan dan kritikan yang wajar tidak didengari nanti. Sesungguhnya, kita haruslah memuji anak-anak dengan rasional.

Dalam buku falsafah tradisi telah menyatakan bahawa “sikap sombong tidak patut dimiliki, kemahuan tidak patut berlebih-lebihan, matlamat hidup tidak boleh rendah, keseronokan tidak boleh melampau”. Marilah kita menghayati ayat ini dan membincangkan sama ada zaman moden telah melakukan perkara yang dinyatakan ataupun tidak. Pertamanya, “sikap sombong tidak patut dimiliki”. Apabila seseorang itu sombong hatinya, dia tidak akan menerima sebarang teguran daripada orang lain, lalu dia akan susah untuk menjadi orang yang cemerlang. Jika anak ini telah bersikap sombong sejak kecil, dia tidak akan berjaya sepanjang hayat hidupnya. Hal ini demikian kerana menerima didikan dengan hati terbuka amat mustahak dalam menuntut ilmu, sebab ramai orang yang lebih hebat daripada kita dalam dunia ini. Kedua, “kemahuan tidak patut berlebih-lebihan”. Matlamat hidup kita akan hilang apabila kita ketagihan dalam sesuatu perkara yang buruk. Bukankah banyak kes yang berkaitan telah berlaku di dunia luar! Ketiga, “matlamat hidup tidak boleh rendah”. Kebanyakan pemuda pada zaman ini tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas, mereka selalu melakukan perkara yang tidak bermakna dan berpendapat bahawa hidupnya amat bosan. Sesungguhnya, seseorang perlu mempunyai matlamat hidup yang tinggi agar kehidupannya akan bahagia. Dengan ini, dia akan memberi sumbangan kepada masyarakat dan

Page 312: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

312

negara. Yang terakhir, “keseronokan tidak boleh melampau”. Keseronokan yang tidak terkawal boleh melahirkan hal yang malang dan buruk. Apabila seorang anak tidak mempunyai disiplin diri dan sentiasa asyik bermain, hal yang bahaya berkemungkinan akan berlaku.

Rakan-rakan sekalian, nenek moyang kita telah menyatakan semua ajaran di dalam kitab-kitab suci beribu tahun dahulu, janganlah kita mengecewakan mereka. Oleh sebab saya cucu yang sulung, saya telah mendapat banyak pujian sejak kecil. Apakah tujuan saya dalam menyempurnakan sesuatu perkara? Jawapannya adalah untuk mendapatkan pujian! Saya amat mementingkan sama ada orang nampak usaha saya ataupun tidak, maka hidup saya adalah dalam pujian orang lain.

Pada waktu saya belajar di universiti tahun yang keempat, saya telah memberi peluang untuk memberi ceramah di atas pentas. Seorang senior yang setelah mendengar ceramah saya pun memuji saya dengan gembira dan menyatakan bahawa saya memang orang yang hidup dalam pujian. Pujiannya telah memastikan bakat saya tetapi juga menyebabkan saya insaf. Jikalau perkara yang saya lakukan tidak dapat pujian, adakah saya akan melaksanakan hal itu? Jawapannya adalah tidak. Tetapi, apa yang amat pelik ialah kebanyakan hal-hal yang penting dalam kehidupan kita tidak akan dapat pujian orang lain. Jika seseorang sentiasa hidup dalam pujian orang lain, dia akan mementingkan keuntungan dan kerugian. Oleh ini, dia tidak akan berasa gembira dalam sepanjang hayatnya. Maka, saya pun mula berubah. Oleh sebab saya telah banyak dipuji dahulu, hati saya akan berasa tidak selesa apabila mendengar kritikan orang lain. Oleh itu, saya sentiasa mengingatkan diri tentang ayat dalam falsafah “sekiranya teguran dibenci dan kepujian disenangi, kawan yang jujur akan menjauhi dan kawan yang jahat akan mendekati”.

Kita hanya mempunyai sepasang mata dan sepasang telinga. Berapakah yang dapat kita lihat? Berapa banyak yang dapat kita dengar? Apabila kita rendah hati, kita ada banyak pasang mata yang boleh membimbing kita ke arah yang betul dan banyak pasang telinga untuk mendengar cadangan yang dapat membantu kita. Oleh itu, anak-anak haruslah sentiasa bersikap rendah hati dan jangan terlalu bangga diri. Kita perlu memuji anak-anak

Page 313: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

313

atas sifat-sifat baik yang mereka miliki, bukanlah atas bakat atau kemahiran mereka.

Masalah akan ditimbul jika ibu bapa sentiasa memuji bakat anak. Apakah pujian yang biasa dikatakan oleh ibu bapa? “Kenapakah kamu begitu cantik?” Apakah kelebihan yang anak itu dapat daripada pujian yang berkaitan dengan kecantikan? Kita patut memuji anak-anak dengan berkata, “Sifat kamu memang bagus! Adakah anda belajar Di Zi Gui setiap hari? Ataupun ibu bapa memuji anak, “sungguh mulianya anakku, sentiasa memberi layanan yang sopan santun kepada orang lain.” Pujian seperti ini juga dapat mengulang kaji ayat-ayat keramat dalam falsafah secara tidak langsung. Banyak orang dewasa suka memuji budak perempuan dengan berkata, “Kamu memang ayu, hidung yang mancung, mata besar dan cantik.” Apakah akibat selepas mendengar pujian begitu selepas dua atau tiga tahun? Dia akan membawa satu benda di sisinya. Apakah benda tersebut? Cermin.

Sepasang kakak dan adik belajar di tadika. Kakak amat cantik dan muka adik kacak, tetapi kecantikan kakak lebih menarik perhatian orang ramai. Setiap orang pasti akan memuji kakak apabila bertemu. Oleh itu, si kakak suka mengambil keluar cermin untuk memandang wajah sendiri apabila cikgu sedang mengajar. Dengan ini, pencapaian akademik antara kakak dan adik mempunyai jurang yang besar. Hal ini demikian kerana kakak ini amat mementingkan paras rupa sendiri dan tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya di kelas. Anak-anak seperti kakak ini akan bersikap mudah megah diri pada masa depan kelak. Maka, janganlah kita memuji paras rupa ataupun bakat anak-anak. Kita hendaklah mementingkan sifat anak-anak.

Jikalah kita ingin memuji bakat seseorang, kita hendaklah memberitahu mereka apakah tujuannya dan bagaimana memupuknya. Sebagai contohnya, apakah tujuan bermain piano? Adakah bakat ini untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai sambil menunjukkan kehebatan? Jawapannya adalah salah! Jika anak-anak belajar atas tujuan sebegini, bakat mereka dalam bermain piano tidak akan ada kemajuan yang besar. Kita perlu memberitahu anak-anak bahawa Kebudayaan tradisonal dapat diubah melalui muzik, belajar muzik bukan sahaja dapat mengimbangkan kecerdasan intelektual dan emosi, malahan juga boleh mengubahkan

Page 314: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

314

suasana masyarakat. Oleh itu, kita harus belajar bermain piano dengan hati yang ikhlas barulah kita dapat menggubah lagu yang memberi manfaat kepada masyarakat. Apabila seseorang belajar muzik atas tujuan yang tepat, dia dapat merasai keseronokan dalam proses pembelajaran.

Apabila kamu memuji sifat seseorang dengan berkata, “Kamu memang seorang anak yang soleh!” Dia akan lebih mentaati kedua-dua orang tuanya. Apakah panduan untuk mengukur tahap sifat seseorang? Jawapannya ialah buku Di Zi Gui. Buku ini telah memberi semua isi yang penting berkaitan sifat-sifat murni manusia. Jadi marilah kita mempelajari dan menghayatinya.

Pada suatu hari, seorang ibu telah membawa anaknya ke pusat beli-belah dan bertembung dengan salah seorang rakannya. “Mengapakah kamu tidak pergi ke sekolah?” tanya kawan itu terhadap anaknya. Oleh sebab anak itu masih budak, dia pun bertanya kepada ibunya tentang tujuan untuk belajar. Kawan tersebut pun berebut untuk menjawab dengan menyatakan bahawa matlamat belajar ialah mencari keuntungan yang lumayan. Apakah reaksi anda jika kamu ialah ibunya? Hal ini demikian kerana konsep belajar mereka adalah amat salah. Ibu itu pun mengambil peluang untuk mendidik anaknya lalu berkata, “matlamat belajar ialah untuk menimba ilmu pengetahuan, kita dapat menolong orang lain dan menyumbangkan jasa kepada masyarakat apabila kita telah cerdik. Kita harus sentiasa mengingatkan diri bahawa “masyarakat dan kita adalah badan yang sama.”

Apakah pandangan seseorang anak terhadap setiap bidang pekerjaan apabila dia tahu ahli masyarakat perlu saling membantu? Tentulah dia akan saling menghormati dan bersyukur. Sebaliknya, apabila dia menetapkan tujuan belajar ialah untuk mencari mata pendapatan yang banyak, namun apakah pandangannya terhadap bidang pekerjaan? Pandangannya akan berasas atas keuntungan bidang pekerjaan itu. Hal ini boleh menyebabkan dia memandang rendah terhadap orang yang berpendapatan rendah. Oleh itu, tujuan belajar haruslah mengikut nilai-nilai murni.

Walau bagaimanapun, anak yang masih kecil tidak semestinya akan memahami penerangan ibunya. Sebagai contoh, ibunya pun membeli beberapa biji pau lalu berkata, “Seperti pak cik itu tadi, oleh sebab dia telah

Page 315: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

315

belajar kemahiran membuat pau, dia dapat menghasilkan banyak pau yang enak agar kita dapat menikmatinya. Jadi, kita perlulah berterima kasih kepada dia. Bolehkah kita menghadiahkan pak cik alat permainan kamu seperti patung atau kereta permainan untuk menghargai usahanya? Pak cik itu tidak semestinya memerlukan barang seperti itu, kita boleh menyampaikan tanda penghargaan kita dengan membeli pau daripada pak cik itu. Dengan ini, pak cik akan ada duit untuk membeli barang keperluannya.” Peluang ini boleh mendidik anak bahawa belajar adalah untuk mempunyai satu kemahiran agar dapat berbakti kepada masyarakat. Apabila anak-anak memiliki sifat seperti ini, dia tidak akan menjadi megah diri.

Saya pernah bertemu dengan seorang pemuda, usianya lebih kurang dua puluh tahun, telah mula membaca buku falsafah tradisi. Saya memuji atas perbuatannya. Setelah kami berkawan selama beberapa minggu, saya mendapati satu tabiat yang buruk dalam kehidupan sehariannya. Dengan itu, saya pun menasihatinya dengan nada yang lembut. Apabila saya menasihatinya, ternampak mukanya terus menjadi muram dan saya pun menjadi diam supaya hubungan tidak terjejas. Daripada perkara ini, saya telah mendapati bahawa memuji haruslah berasaskan sifat-sifat yang baik supaya tidak mudah bangga diri.

Tahukah anda mengapa anak sulung dalam sesebuah keluarga pada zaman dahulu lebih cemerlang dan bertanggungjawab berbanding dengan adik beradik lain? Hal ini demikian kerana ibu bapa akan sentiasa memberitahu dia bahawa mereka amat penat untuk menyara keluarga dan berharap dia akan menjaga adik beradik lain dengan teliti. Dengan harapan yang diletakkan oleh ibu bapa, dia akan menjadi orang yang bertanggungjawab dan keupayaannya akan meningkat. Apabila kita mendidik anak-anak, kita akan mempunyai banyak peluang untuk memuji mereka. Maka, kita perlu gunakan peluang seperti ini dengan wajar.

Dalam sesi yang lepas, kita telah membincangkan bahawa orang yang lebih tua diberikan keutamaan dalam semua perkara tidak kira dalam waktu makan ataupun dalam masa memilih tempat duduk. Walaupun hal ini merupakan salah satu hal kecil dalam kehidupan seharian, tetapi hal ini dapat memupuk sifat menghormati orang tua dalam hati anak-anak. Nilai

Page 316: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

316

yang paling penting dalam kehidupan ialah “sentiasa memikirkan keperluan dan perasaan orang”.

Fan Zhong Yan, seorang ahli pendidikan Dinasti Song. Anak sulungnya dinamakan Fan Chun Ren. Apakah tujuan orang Cina memberi nama kepada anak-anak? Orang Cina akan menyampaikan harapannya terhadap anak-anak melalui nama, iaitu anak dapat sentiasa mengingatkan misinya melalui namanya. Fan Chun Ren, perkataan “Chun Ren”(純仁) bermakna beperikemanuasiaan. Marilah kita meneliti perkataan Ren (仁). Perkataan Ren (仁) merupakan gabungan perkataan “manusia (人)” dan perkataan “dua (二)”. Gabungan ini bermaksud dua orang, iaitu diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, kita perlulah melayan semua orang dengan sama rata tanpa berat sebelah. Kita berkomunikasi,berkongsi, menjaga perasaan orang lain, berfikir dari sudut pandangnya tanpa menggunakan cara kita sendiri. Anak ini telah mengetahui harapan ayahnya, maka dia akan sentiasa berkelakuan baik supaya dia tidak akan menghampakan ayahnya.

Dari cerita seperti di bawah, kita tahu Fan Chun Ren tidak pernah mengecewakan ayahnya. Pada suatu hari, Fan Zhong Yan, telah menyediakan 5000kg gandum dan mengarahkan anaknya supaya menghantar gandum balik ke kampung. Dalam pertengahan jalan, Fan Chun Ren telah bertembung dengan kawan lama ayahnya dan didapati ibu bapa kawan lama tersebut telah meninggal dunia. Kawan lama itu hidup dalam kesusahan kerana dia tidak ada duit untuk mengkebumikan mayat ibu bapanya dan ahli keluarga yang banyak perlu disara. Tanpa berfikir panjang, Fan Chun Ren mengambil keputusan menjual semua gandum tersebut dan semua duit diserah kepada kawan lama ayahnya. Oleh sebab duit yang dikumpul tidak mencukupi, Fan Chun Ren pun menjual kapal yang digunakan untuk mengangkut gandum agar masalah kawan lama ayahnya dapat diselesaikan. Setelah Fan Chun Ren siap malaksanakan perkara ini, dia pun balik ke kota dan melaporkan kejadian yang telah berlaku pada ayahnya. Apabila dia memberitahu ayahnya bahawa duit jualan gandum tidak mencukupi, ayahnya pun berkata, “Kamu boleh jualkan kapal itu!” Jelaslah di sini bahawa ayah dan anak bersatu hati, tradisi keluarga Fan tidak akan pupus. Adakah keluarga ini kerugian dengan mempunyai hati yang berperikemanusian? Jawapannya tidak.

Page 317: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

317

Termasuklah nama saya “Tsai Li Hsu”(蔡禮旭). Perkataan “Li” (禮) bermaksud kesopanan dan berbudi bahasa. Ini adalah harapan ayah terhadap saya. Oleh itu, saya akan berusaha menyebarkan perkara mengenai budi bahasa kepada orang ramai seperti pancaran matahari dapat disinar ke setiap pelosok dunia. Dengan ini, saya tidak akan menghampakan harapan ayah terhadap saya.

Maka, ilmu dapat memupuk sifat berperikemanusiaan dan sopan santun. Mengapakah membaca boleh mengubah sifat seseorang? Di manakah perubahan itu bermula? Jawapannya adalah daripada hati. Dalam Di Zi Gui telah memberitahu kita bahawa orang tua diberi keutamaan dalam semua perkara. Misalnya, janganlah kita duduk dan biarkan orang tua berdiri. Sebaiknya kita biarkan yang tua itu duduk dahulu dan tunggu sehingga kita dijemput untuk berbuat demikian. Setelah membaca ayat dalam Di Zi Gui, dia juga dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Apabila dia melaksanakan tabiat baik ini, sifat mulia akan terbentuk dan budi bahasanya akan lebih tinggi.

Kita perlu memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua ketika duduk dan makan. Di Shenzhen, ada sekumpulan anak-anak, cikgu mereka bukan sahaja mendidik dan juga mengajar mereka memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua dan cara duduk yang betul di meja makan. Anak-anak diingatkan bahawa tempat duduk utama meja makan hanya boleh diduduk oleh orang tua atau orang yang berpengalaman seperti cikgu. Adakah pendidikan ini penting? Jawapannya adalah penting. Cikgu juga menjelaskan kepada anak-anak bahawa garisan pada meja yang bercorak itu tidak boleh menuju ke arah tempat duduk utama. Jika berbuat demikian, ini menunjukkan kita tidak hormat pada orang yang duduk di tempat itu. Perbuatan yang kecil ini bukan sahaja dapat membentuk anak-anak menjadi sopan, malahan sifat cermat juga boleh dipupukkan. Dengan rasa syukurnya, saya melawat anak-anak di Shenzhen dan dijamu makan dengan mereka. Saya dipelawa duduk di tempat utama dan didapati anak-anak mula memusingkan meja itu. Saya berasa hairan dan bertanya mengapa. Anak-anak itu memberitahu saya bahawa corak garis tidak boleh menuju ke arah tempat utama, kerana perbuatan ini tidak hormat pada tetamu. Saya berasa amat terharu dan yakin bahawa sikap yang mulia anak-anak ini akan

Page 318: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

318

dimiliki selama-lamanya.

Saya pernah mendengar aduan seorang majikan. Pada suatu hari, majikan tersebut telah membawa beberapa orang pekerjanya bertemu dangan seorang pelanggan untuk membuat perbincangan. Salah seorang pekerjanya masuk ke bilik mesyuarat dan terus duduk di tempat duduk utama. Semua orang amat terkejut akan perbuatannya. Jikalau memberi teguran kepada pekerja itu, dia pasti akan berasa malu. Tempat duduk utama biasanya bertentangan dengan pintu masuk sesuatu bilik dan diduduk oleh majikan atau pemimpin sahaja agar mereka dapat mengawal segala keadaan yang berlaku. Wajarkah bagi seseorang pekerja duduk di tempat duduk utama? Jawapannya tidak kerana dia tidak dapat membezakan latar belakang orang yang menghadiri mesyuarat itu. Justeru, adab atau disiplin sesuatu tempat patut dipatuhi.

Seterusnya, kita mempelajari “Janganlah kita duduk dan biarkan yang tua berdiri”. Seorang anak yang berada dalam darjah empat telah mengikuti ibunya untuk melawat saudara-mara. Selepas masuk ke rumah saudara itu, dia pun menyuruh ibunya duduk di sofa. Ibunya pun membalas dengan berkata, “Kamu duduk dahulu.” Tetapi anak itu masih menyuruh ibunya duduk. Maka, ibunya pun berasa pelik dan berkata, “Saya suruh kamu duduk dahulu, kamu ikutlah pesanan saya. Janganlah banyak membebel.” Anak itu pun berkata, “Jika ibu tidak ingin duduk, saya akan berdiri bersama-sama ibu.” Jelaslah di sini bahawa anak ini telah mengaplikasikan apa yang dia telah belajar. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau cikgu haruslah sentiasa peka agar dapat membantu anak-anak melaksanakan adab murni ini. Siapakah yang akan makan dan duduk dahulu sebelum belajar Di Zi Gui? Mestilah anak yang dahulu. Adab yang betul telah menjadi terbalik, maka tingkah laku anak-anak tentulah terbalik juga. Oleh itu, kita harus membaiki sifat buruk ini dengan segera.

Isu “duduk” patut kita belajar juga. Misalnya, dengan penggunaan pengangkutan awam seperti bas atau kereta api. Kita haruslah mematuhi peraturan dengan beratur dan tidak berebut-rebut. Selepas menaiki bas atau kereta api, kita perlulah masuk ke tempat duduk belakang agar tempat duduk di depan boleh diduduk oleh penumpang yang lain. Janganlah kita memilih

Page 319: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

319

tempat duduk yang hadapan atau berhampiran dengan pintu keluar kerana hal ini akan menyusahkan orang lain. Jikalau penumpang itu merupakan orang yang uzur, sanggupkah anda tengok dia berjalan begitu jauh? Oleh itu, kita haruslah sentiasa memikirkan keadaan orang lain terutamanya orang yang telah berusia. Rakan-rakan sekalian, adakah semua orang mengikuti adab murni ini? Kita boleh perasan dan kita akan dapati apabila sekumpulan orang pergi melancong, orang yang awal sampai ke bas akan duduk di hadapan lalu menyebabkan orang yang lebih lewat perlu duduk di tempat yang belakang.

Ada sebuah sekolah telah mengadakan lawatan ke luar negeri. Kebanyakan cikgu lelaki telah duduk di tempat hadapan apabila menaiki bas. Salah satu cikgu perempuan yang pernah belajar Di Zi Gui tahu perbuatan mereka adalah kurang bersopan tetapi dia tidak boleh menegur mereka kerana orang dewasa lebih mementingkan maruah diri dan mereka mungkin akan berasa tersinggung. Justeru, sebagai seorang cikgu, mesti belajar Di Zi Gui dengan baik agar perbuatan dan pertuturan boleh dicontohi oleh orang lain.

Apakah akibatnya cikgu yang menunjukkan contoh yang salah? Mereka akan masuk ke neraka. Pernah ada satu cerita disebar luas dalam kalangan masyarakat. Seorang doktor telah mengabaikan nyawa pesakitnya dengan memberi rawatan yang salah. Perbuatannya telah menyebabkan dia menerima balasan dari Tuhan. Doktor itu tidak mengaku kesalahannya. Dia tidak tahu bahawa jika dia insaf, kesilapan yang dilakukan akan terampun. Jikalau doktor itu bertaubat pada masa itu, dia mungkin lepas dari seksaan selepas kematiannya. Begitu juga seorang guru, guru juga akan menerima balasan yang berat berbanding dengan doktor? Hal ini demikian kerana guru yang tidak bertanggungjawab akan menjejaskan kebijaksaan seseorang. Nyawa memang terhad tetapi kebijaksanaan mendidik tidak ada batas keperluannya. Murid itu akan ada anak dan anaknya juga akan mempunyai anak sendiri. Jika guru menyampaikan ajaran moral yang betul kepada murid ini, hal ini akan memanfaatkan cucu dan cicitnya. Lagipun, seorang guru sekurang-kurangnya mendidik beratus-ratus pelajar dalam sepanjang hayatnya. Jika guru mendidik dengan baik, dia akan mendapat pahala yang besar. Sebaliknya, jika ajaran yang disampaikan tidak betul,

Page 320: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

320

dosa guru itu juga akan amat besar.

Rakan-rakan sekalian, janganlah kamu tidak menceburi bidang ini selepas mendengar apa-apa yang saya ceritakan. Sebenarnya, kita tidak perlu takut. Apakah kriteria utama untuk menjadi seorang pendidik? Jawapannya ialah hati yang ikhlas. Cara dan pengalaman mendidik dapat dikumpulkan dari masa ke masa, tetapi hati yang ikhlas adalah elemen yang terpenting untuk berinteraksi dengan anak-anak.

Mari kita berfikir, murid yang kita ajar lima tahun yang pertama lebih rapat dengan kita ataupun murid lima tahun yang kemudian? Jawapannya lima tahun yang pertama. Kenapa? Disebabkan oleh keikhlasan kita. Dalam lima tahun yang pertama, kita akan bimbang cara mendidik kita sesuai atau tidak dengan anak-anak, oleh itu kita akan mengajar dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan kasih sayang. Bukan sahaja teknik pengajaran kita penting tetapi sikap ikhlas dan mengajar dengan bersungguh-sungguh diutamakan. Dengan ini, keikhlasan kita pasti akan memberi tanggapan yang baik kepada anak murid. Apabila kita telah lama mengajar, kasih sayang kita terhadap anak-anak semakin kurang. Jadi, seseorang guru janganlah bimbang akan hal yang berkaitan dengan kaedah menyampaikan ilmu. Janji anda ada hati yang ikhlas, pahala anda mesti besar dan masa depan juga akan cerah.

Seseorang guru perlulah mempunyai ilmu yang luas dan akhlak yang tinggi agar dapat menjadi teladan kepada masyarakat. Maka, guru perlu sentiasa belajar supaya dapat meningkatkan tahap ilmu dan moral sendiri. Belajar adalah untuk memberi kemajuan kepada diri sendiri manakala mengajar adalah untuk memberi kemajuan kepada semua insan. Oleh itu, belajar dan mengajar tidak boleh diberhentikan. Belajar dapat meningkatkan ilmu dan membaiki sifat seseorang. Pada masa yang sama, akhlak murid dapat ditambah baik dan konsep moral yang betul dapat dibinakan melalui pendidikan. Jadi, orang yang tidak belajar dianggap sebagai orang yang tidak bijak dan orang yang tidak rela untuk mengajar dianggap sebagai orang yang tidak berperikemanusiaan. Hal ini demikian kerana hanya pendidikan sahaja dapat menyelamatkan seseorang daripada kejahatan. Seseorang guru tidak boleh berhenti menuntut ilmu selepas tamat daripada belajar, malah dia

Page 321: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

321

haruslah banyak membaca agar tidak mengecewakan harapan yang diberi oleh kerajaan, kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa dan takdir hubungan anak murid dengan dia yang dikurniakan oleh Tuhan.

Oleh sebab cikgu perempuan itu tidak boleh menegur perbuatan cikgu-cikgu lelaki tadi, dia pun menggunakan teknik pertuturan yang lain. Cikgu perempuan tersebut pun berkata, “Wanita diutamakan, marilah kita duduk di belakang.” Secara tidak langsung, cikgu perempuan itu telah menjadi teladan orang lain. Tidak lama kemudian, seorang cikgu yang lebih tua telah menaiki bas, cikgu perempuan itu telah berdiri dengan segera dan berkata, “Sila duduk, Cikgu Wu.” Cikgu perempuan itu telah menjadi teladan yang baik kepada cikgu-cikgu yang lain. Apabila seorang sahaja menunjukkan sikap yang mulia ini, dia akan mempengaruhi orang lain terutamanya di sesebuah syarikat, perbadanan atau pertubuhan.

Setelah tiba di hotel, kebanyakan cikgu terus membuka semua lampu di dalam bilik hotel. Mengapakah mereka bertindak begitu? Jawapannya adalah kerana ia percuma. Oleh itu, apabila seseorang sibuk mengira duit yang dia telah gunakan, dia akan melakukan banyak perkara yang menolak pahala sendiri. Apakah sebab lampu dapat dinyalakan? Jawapannya kerana ada elektrik. Elektrik datang dari mana? Kita telah mencipta banyak cara untuk menghasilkan elektrik, tetapi kebanyakan cara perlu menggunakan tenaga bumi. Jika generasi ini membazirkan elektrik, maka elektrik untuk generasi yang akan datang akan semakin kurang. Oleh itu, saya selalu berkata, “Sejak manusia mula bertamadun, generasi yang mana akan dimarah oleh generasi yang akan datang? Jawapannya ialah generasi kita ini.”

Saya selalu berfikir, orang yang hidup pada 100 tahun kemudian akan selalu merungut, “Mengapakah saya mempunyai nenek moyang yang teruk? Apakah kualiti air dan udara yang mereka wariskan kepada kita? Mereka hanya meninggalkan untuk kita udara yang telah tercemar dan tanah yang tidak subur. Mereka yang menyebabkan kita hidup dalam kesusahan.” Adakah anda semua ingin jadi nenek moyang yang teruk sebegitu? Marilah kita cuba berfikir tentang benda yang ditinggal oleh nenek moyang dahulu. Mereka telah bagi kita semua yang terbaik termasuklah kebijaksanaan dengan mencatatkan dalam kitab-kitab suci. Oleh itu, kita perlulah menjadi

Page 322: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

322

nenek moyang yang dihormati oleh generasi yang akan datang.

Walau bagaimanapun, cikgu perempuan itu pun tidak memberi sebarang teguran tetapi dia tidak mengikuti perbuatan mereka. Seseorang guru haruslah tahu bahawa semua tingkah laku dan pertuturannya haruslah memberi tanggapan yang positif kepada anak murid serta masyarakat. Ramai guru berkata, “Dengan ini, menjadi seorang guru memang memenatkan.” Sebenarnya, orang yang mengeluarkan pendapat ini merupakan orang yang belum melaksanakan ajaran orang-orang beriman. Jikalau dia betul-betul telah melakukan, dia tidak akan berfikir begini kerana ajaran orang-orang beriman adalah untuk membantu kita hidup dalam keselesaan.

Sebagai contoh, kita haruslah mempunyai postur duduk yang betul. Tetapi, kebanyakan orang tidak akan peduli dengan berpendapat bahawa baring di atas sofa lebih selesa. Keselesaan baring di atas sofa mungkin mengakibatkan tulang belakang menjadi senget. Akibatnya terpaksa selalu berurut, kesakitan yang akan dialami pasti tidak dapat dibayangkan. Sesungguhnya, badan kamu akan sihat dan kehidupan kamu akan selesa apabila kita mendengar ajaran orang-orang yang beriman dalam kehidupan seharian. Apabila semua ajaran telah menjadi sesuatu kebiasaan, kita akan berasa senang untuk melaksanakannya. Tetapi, apabila kita tidak mengikuti ajaran orang-orang beriman dengan melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hati, maka dosa kita menjadi semakin banyak.

Manusia sentiasa menimbulkan kesalahfahaman akibat tidak belajar atau tidak faham. Untuk mengelakkan perkara begitu, bergantunglah pada orang yang belajar. Orang yang telah mempelajari patutlah menjadi teladan kepada orang lain. Lama-kelamaan perbuatan kita yang mulia akan menarik perhatian dan memberi keyakinan kepada orang lain yang belum belajar. Orang yang membaca buku orang-orang beriman akan hidup lebih ceria dan senang mendapat kawan. Janganlah kamu belajar kitab-kitab suci sehingga muka menjadi masam. Hal ini akan menyebabkan orang lain tidak berani untuk mencuba. Oleh itu, sebagai pelajar, kita sentiasa mengamalkan sikap “membuang yang buruk, belajar yang baik” untuk meningkatkan tahap akhlak and ilmu. Sekarang, sama-sama kita mempelajari “Jikalau yang tua mencari seseorang, dapatkan orang itu dengan segera, jika tiada maklumkan

Page 323: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

323

kepadanya dan berilah apa-apa bantuan yang diperlukan”.

Pada zaman dahulu, kebanyakannya keluarga besar, kadang-kadang tetamu yang melawat ingin berjumpa dengan datuk atau pakcik, berilah apa-apa bantuan yang diperlukan. Jika datuk atau pakcik tiada di rumah, kita haruslah maklumkan kepadanya. Kita haruslah menghulurkan bantuan dengan serta merta. Jikalau tidak dapat membantu apa-apa pun, kita boleh menyampaikan mesej selepas datuk atau pakcik balik ke rumah. Kita patut bersopan dengan tetamu kita. Sebagai contoh, apabila tetamu datang ke rumah, bertanyalah , “Siapakah yang anda ingin berjumpa?” Jika mereka ingin bertemu dengan pakcik, apakah yang kita harus lakukan? Kita mencari pakcik dengan segera sebagai tanda penghormatan kepada mereka. Jika pakcik telah keluar, kita perlu berkata, “Minta maaf, pakcik saya sudah pergi bekerja, saya sudi menyampaikan mesej.” Tanyalah nama dan mecatatkan nombor telefon tetamu. Bak kata pepatah “orang tidak akan datang jika tiada apa-apa perkara.” Maka tetamu itu mesti ada hal yang mustahak.

Adakah kamu akan berasa lega jika anak-anak kamu mampu berbuat begitu sejak kecil? Jawapannya pastinya hati akan lega. Janganlah kita memandang rendah akan adab yang kecil ini. Adab yang kecil ini merupakan panduan hati yang sempurna dan hati yang tenang. Oleh itu, semua adab dalam kehidupan seharian dapat membina akhlak baik seseorang anak. Ceramah hari ini kita akan berhenti di sini. Sekian, terima kasih.

Page 324: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

324

Sesi 19Pendidikan Tatasusila Dan Etika

Yang Memanfaatkan Anak Seumur Hidup

Rakan-rakan sekalian, selamat sejahtera. Dalam bab yang lepas, kita telah mempelajari “Jikalau yang tua mencari seseorang, dapatkan orang itu dengan segera, jika tiada maklumkan kepadanya dan berilah apa-apa bantuan yang diperlukan”. Perbuatan ini amat penting dan dapat diguna daripada pelbagai aspek. Sebenarnya, perbuatan ini merupakan adab untuk melayan tetamu. Adakah anak-anak pada zaman ini telah tahu adab melayan tetamu dengan betul? Sebagai contoh, apakah tindakan seseorang anak apabila mak cik menziarahi keluarganya semasa dia sedang melayari Internet? Dia akan menjerit kuat-kuat, “Ibu, mak cik sudah datang!” Adakah tindakan ini wajar? Apabila tindakan ini dijadikan sebagai kebiasaan. Dia akan menjadi malas dan meletakkan budaya menghormati orang tua ke tempat kedua. Yang manakah lebih penting kepada dia? Tentulah masa melayari Internet. Lama-kelamaan, sifat menghormati akan hilang dan hal ini pasti akan menimbulkan perkara kekok dalam kehidupan sekolah dan bekerja kelak.

Kita pernah mengajar setiap anak cara melayan tetamu yang betul dan mengarah mereka untuk berlatih. Ayat-ayat dalam kitab suci bukan sahaja perlu dijelaskan, malah kita perlu mengajar anak-anak untuk melaksanakan dan perkara tersebut perlu diulang untuk beberapa kali. Hal ini adalah untuk memastikan anak-anak dapat berlatih sehingga adab-adab murni itu akan menjadi tabiat.

Pada satu hari, seorang mak cik telah datang semasa waktu makan tengah hari. Semua anak yang sedang menjamu selera dengan gembira telah pun berhenti dengan segera. Apakah tindakan mereka seterusnya? Mereka semua telah berebut-rebut untuk melayan tetamu. Apabila anak-anak dapat mengaplikasikan apa-apa yang dia telah belajar, dia akan belajar dengan lebih seronok. Apabila mak cik itu telah sampai ke pintu masuk, enam orang anak pun telah beratur dalam satu baris dan menundukkan kepala sebagai tanda penghormatan lalu berkata, “Selamat sejahtera, mak cik!” Mak cik itu pun tidak berani masuk dan berasa amat besar hati. Mak cik itu juga berkata, “Tidak ada seorang pun pernah mendapat layanan

Page 325: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

325

yang begitu baik. Jika anak-anak pada generasi yang akan datang semua bersikap seperti ini, kita pasti berasa amat lega hati.” Selepas itu, apabila tetamu masuk ke rumah, kita harus tahu cara meletakkan selipar yang betul. Bagaimanakah sepasang selipar harus diletakkan? Selipar perlu diletakkan di tempat yang dapat dipakai oleh tetamu sebaik sahaja masuk ke rumah. Oleh itu, rakan-rakan sekalian, setiap perbuatan yang kita lakukan perlulah sentiasa memikirkan kebaikan orang lain. Dengan ini, sifat bertimbang rasa anak-anak dapat dipupuk dalam kehidupan seharian. Apabila tetamu telah memakai selipar tersebut, kita harus berkata, “Mak cik, silalah duduk. Saya pergi ambil minuman untuk mak cik.” Seterusnya, kita harus berkata, “Sila minum, mak cik. Saya minta izin untuk panggil ibu saya.” Inilah adab yang tepat dalam melayan tetamu. Setiap keluarga haruslah mempelajarinya dan mengamalkannya.

Selain itu, semasa berada di sekolah, seseorang anak mungkin akan menjerit, “Cikgu, guru di kelas sebelah mencari cikgu!” apabila dia melihat guru di sebelah datang ke kelasnya. Perbuatan anak ini amat biadap. Oleh itu, apabila kita telah ternampak situasi seperti ini, kita perlu mendidik mereka kaedah yang betul dengan berkata, “Cikgu, sila tunggu sebentar. Saya pergi panggil cikgu saya.” Selepas itu, barulah kita pergi cari cikgu. Kita perlu melaksanakan sesuatu perkara dengan sempurna dari permulaan sampai selesai. Apabila anak-anak telah biasa mengamalkan adab-adab seperti ini, mereka akan menjadi seorang yang lebih sabar dan tenang.

Di syarikat, jika tetamu ingin berjumpa dengan kawan atau pengurus, apakah tindak balas kita? Sebagai contoh, jika tetamu ingin berjumpa dengan pengurus, tetapi pengurus mungkin sedang bermesyuarat lalu kita pun berkata, “Pengurus saya di dalam bilik itu.” Wajarkah perbuatan kita? Jika pengurus sedang mengadakan mesyuarat di dalam bilik itu dan tetamu terus membuka pintu, keadaan pastilah akan menjadi kekok. Sama ada mesyuarat diteruskan ataupun tetamu diberi layanan dahulu? Kalau keadaan sebegini sering berlaku, kita mungkin akan hilang pekerjaan. Hal ini demikian kerana kamu bukan sahaja tidak dapat menyempurnakan sesuatu perkara dengan baik, malah juga menyebabkan perkara itu menjadi teruk. Kita seharusnya menjemput tetamu duduk, memberi minuman dan memintanya tunggu sekejap. Dengan cepat kita memaklumkan kepada pengurus. Seterusnya,

Page 326: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

326

kita perlu memberitahu tetamu berapa lama perlu tunggu agar tetamu dapat menunggu dengan sabar. Apabila setiap perkara dalam kehidupan kita dapat mengikut adab, semua orang akan berasa selesa dan senang hati.

Adab melayani tetamu haruslah dilaksanakan di rumah, di sekolah, di syarikat-syarikat dan di jabatan kerajaan. Siapakah yang akan dilayan oleh kakitangan jabatan-jabatan kerajaan? Berkemungkinan besar ialah orang luar negara. Jika sebagai seorang kakitangan pun tidak tahu adabnya melayani tetamu dengan betul, maka maruah negara akan tercemar sampai ke luar negara dan juga menyebabkan rakyat negara kita hilang keyakinan akan kakitangan kerajaan. Oleh itu, adab sememangnya amat penting. Konfusius selalu berkata, “Seseorang yang tidak tahu adab tidak akan berjaya dalam kerjaya dan dalam kehidupan bermasyarakat.” Seterusnya marilah kita membelajari ayat “Apabila menegur orang yang lebih tua daripada kita, gunakan gelaran atau pangkat yang bersesuaian.”

Kita tidak boleh memanggil nama penuh orang yang lebih tua dan ini menunjukkan tanda penghormatan. Saya mempunyai dua orang kakak dan saya sentiasa memanggil mereka “kak long” dan “kak ngah”. Jika saya ditanya nama penuh kakak, dan selepas menjawab, seluruh badan saya akan berasa tidak selesa kerana berasa macam tidak hormat. Jadi, janganlah kita pandang rendah akan panggilan nama. Apabila kita memanggil “kakak” atau “abang” dalam tempoh yang lama, hubungan adik-beradik akan semakin rapat. Sebagai contoh, sepasang suami isteri sentiasa memanggil nama penuh antara satu sama yang lain, lama-kelamaan hubungan mereka akan menjadi semakin jauh. Oleh itu, kita perlu mementingkan adab apabila memanggil nama orang yang lebih tua. Gunalah panggilan “mak cik”, “pak cik”, “pengerusi”, “encik” dan sebagainya apabila bertegur sapa. Hal ini bukan sahaja dapat menunjukkan penghormatan kita terhadap orang lain, malah orang yang dengar pun berasa senang hati.

Kita sebagai orang dewasa haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Misalnya, kita yang sebagai cikgu tidak harus terus panggil “Cikgu Li Hsu” di depan anak-anak. Hal ini demikian kerana “Cikgu Li Hsu” dengan nama asalnya Li Hsu juga dianggap terus memanggil nama. Jadi, gelaran apa yang patut kita gunakan? “Cikgu Tan”, “Cikgu Chua” dan

Page 327: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

327

sebagainya. Anak-anak akan mengikut panggil orang dewasa, dan sifat hormat-menghormati akan dibina pada masa itu.

Anak-anak orang Barat biasanya memanggil nama penuh ibu bapa sejak kecil, dan mereka langsung tidak ada perasaan dan menganggapnya tidak ada masalah. Saya mempunyai seorang kawan yang mengajar anak perempuannya memanggil nama asalnya. Setelah belajar Di Zi Gui, dia berkata perbuatannya itu adalah salah. Anaknya tidak lagi begitu hormat pada ibu bapanya. Akibatnya, status ibu bapa dan anak setaraf, dan anak yang begini amat susah dididik lagi. Oleh itu, gelaran yang betul dapat mengiktiraf status seseorang dan adab ini harus diamalkan dalam setiap generasi sejal kecil lagi. Ayat yang seterusnya “Janganlah kita berlagak di hadapan orang tua. ”

Janganlah kita menunjukkan kehebatan dan kebolehan kita di depan orang yang lebih tua. Apabila anak-anak berbakat dalam sesuatu bidang, kita harus memberi pendidikan yang betul kepada dia dengan menjelaskan tujuan yang benar. Rakan-rakan sekalian, apakah tujuan ibu bapa memupuk anak-anak dalam membelajari pelbagai bakat? Hal ini sangat penting kerana matlamat ibu bapa akan membawa anak-anak ke arah kejayaan.

Saya mempunyai seorang murid yang telah pergi kelas tuisyen untuk empat mata pelajaran semasa dia belajar di darjah enam. Saya pun berpendapat bahawa dia tidak perlu pergi tuisyen untuk begitu banyak subjek jika dia telah memberi tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas. Oleh itu, saya pun cuba menjelaskan kepada dia dengan berkata, “Empat mata pelajaran adalah terlalu banyak, apa kata kamu pergi kelas tuisyen untuk dua subjek sahaja.” Pelajar ini pun berjawab, “Tidak boleh, cikgu. Semua rakan kelas saya pun mengambil empat mata pelajaran di pusat tuisyen.” Di sini kita dapat tahu bahawa tujuan anak-anak pergi ke kelas tuisyen adalah untuk mengatasi orang lain. Tujuan pergi ke kelas tuisyen sama dengan mempelajari bakat dalam banyak aspek. Kawan belajar piano, jadi saya juga perlu mahir bermain piano. Kawan pandai menari, maka saya juga perlu belajar menari. Jika semua bakat telah dipelajari atas tujuan untuk bertanding, maka tidak gunalah kita belajar. Sebaliknya, bakat ini akan menyebabkan kita menjadi seorang yang mudah bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk di hadapan

Page 328: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

328

khalayak ramai. Jika seseorang anak yang belajar bakat, kita harus memastikan dia belajar ke arah tujuan yang baik agar bakatnya dapat dimanfaatkan untuk masyarakat. Kita boleh membantu dia ke arah yang cerah dengan berkata, “Kamu cuba tengok lagu yang digubal oleh Encik Lee Shu Tong yang sampai sekarang masih dapat membentuk sifat seseorang. Kamu yang sedang belajar muzik juga perlulah seperti beliau. Gunakan muzik untuk menambahbaikkan suasana masyarakat.” Apabila kita memberi pendidikan kepada anak-anak, sudah pasti pembelajaran anak dengan orang lain akan mempunyai perbezaan. Jika seseorang anak belajar bakat atas tujuan untuk menunjuk-nunjuk, pembelajarannya mestilah akan menghadapi rintangan. Hal ini demikian kerana dia suka bertanding dengan orang lain, dia akan amat mementingkan kemenangan dan emosinya akan tidak stabil. Dengan ini, dia sukar menghadapi halangan dalam pembelajarannya. Tetapi, jika dia mempunyai cita-cita yang baik, dia akan sentiasa menggalakkan diri untuk belajar. Jadi, tujuan yang betul menentukan tahap kejayaan anda.

Dalam buku “Ajaran Pendidikan Keluarga Zhu Bolu”, beliau pernah menekankan bahawa pembelajaran haruslah atas tujuan untuk menjadi seorang yang beriman. Apakah tujuan belajar bagi orang pada zaman ini? Jawapannya ialah mendapat keuntungan yang lumayan kelak. Oleh itu, mereka akan berasa amat penat dan susah apabila belajar serta sentiasa merungut kerana tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Matlamat ini telah salah dan kita harus mencari asas yang terpenting dalam belajar. Apakah tujuan Fan Zhongyan belajar? Tujuannya adalah untuk mencari dan memegang setiap peluang yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat. Apakah perbezaan antara pencapaian dia dan pencapaian orang yang belajar atas tujuan keuntungan? Tentulah mempunyai perbezaan yang besar. Pendidikan perlu menitikberatkan titik permulaan iaitu tujuan. Jadi, kita perlu membimbing anak-anak yang ingin belajar bakat atau kemahiran ke arah yang betul. Sesungguhnya, sifat “merendah diri” membawa berkat dalam semua aspek. Dalam Shu Jing (Kitab Hikayat) juga berpendapat bahawa kesombongan membawa akibat yang teruk dan kesederhanaan mendatangkan faedah. Oleh itu, orang yang merendah diri akan mendapat banyak faedah dalam kehidupannya.

Page 329: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

329

Dalam buku “Ajaran Keluarga Liao Fan” bab yang keempat menceritakan kebaikan yang diperoleh dengan sifat merendah diri. Beliau pernah mengambil bahagian dalam peperiksaan awam beberapa kali dan mendapati calon yang merendah diri dan melayani orang dengan mesra walaupun usia muda, beliau berpendapat bahawa mereka pasti akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu. Oleh itu, kita perlulah sentiasa mengingati anak-anak agar menjadi orang yang merendah diri. Tidak kira betapa hebatnya bakat kita, adakah semua ini usaha kita? Jawapannya tidak. Dalam proses pembelajaran kita, ada banyak orang telah menjaga dan membimbing kita. Maka, apabila bakat kita semakin tinggi, kita perlu semakin menghargai bantuan orang lain agar kita tidak mudah bangga diri. Seterusnya, “apabila bertemu dengan orang tua yang kita kenali, tegur mereka sambil tunduk dengan hormat”.

Ibu saya pernah memberitahu saya bahawa sebahagian murid yang pernah diajar olehnya akan segera bersembunyi apabila mereka bertembung dengannya. Rakan-rakan sekalian, apakah faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku? Memang ada banyak faktornya. Misalnya, hubungan kita sebagai cikgu dengan anak murid tidak cukup rapat, jadi mereka pun melarikan diri. Ada juga kerana murid tersebut tidak mempunyai kebiasaan untuk bertegur sapa dengan orang lain sejak kecil. Walau bagaimanapun, tidak kira apa sebabnya, kita harus memberitahu anak-anak bahawa mereka perlu bertegur sapa dan tunduk hormat apabila bertembung dengan orang yang lebih tua. Ini merupakan satu adab. Rakan-rakan sekalian, adakah tunduk hormat suatu perkara yang susah? Jika sekarang saya berpesan supaya tunduk hormat kepada orang lain, kebanyakan orang mungkin tidak boleh membiasakan diri. Ada sebuah tadika di Shenzhen telah melatih anak-anak tunduk hormat selama dua bulan dan sampai sekarang masih diteruskan. Tujuannya adalah untuk memupuk sikap hormat pada yang tua dan menanam sikap dalam hati anak-anak. Lama-kelamaan perbuatan tunduk hormat akan dilakukan secara otomatik apabila bertemu dengan orang tua.

Ada seorang anak yang ibunya mempunyai tiga adik-beradik dan ayahnya ada empat kakak tetapi keluarganya hanya ada seorang anak iaitu dia. Oleh itu, semua ahli keluarga amat sayang akan anak ini. Rakan-rakan

Page 330: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

330

sekalian, anak seperti ini senang atau susah untuk dididik? Jawapannya adalah susah. Atuk dia pernah berkata, “Jumpa anak ini adalah sama dengan jumpa saya, apa-apa yang dia kata adalah mewakili saya. Jadi, sesiapa yang pukul dia adalah dianggap memukul saya.” Jika keadaan ini diteruskan, apakah yang akan berlaku terhadap anak ini? Anak ini berkemungkinan besar akan menjadi seorang yang amat sombong. Ibu bapanya yang menyaksikan segala keadaan ini berpendapat senario ini tidak wajar untuk diteruskan. Oleh itu, mereka pun membawa balik anak ini dan mendidiknya semula. Dulu, ada satu kali mereka ada jamuan di rumah atuk, lauk-pauk yang dihidangkan terlalu sedikit. Anak ini pun meletakkan kaki di atas meja dan berkata, “Saya tak nak makan kerana lauk amat sedikit!” Adakah perbuatan ini wajar? Tetapi, hal ini dikira biasa kerana orang dewasa amat memanjakannya sehingga menganggap dia ialah raja di rumah itu. Berapa banyakkah jenis lauk-pauk seorang raja makan? Jawapannya ialah 100 jenis lauk-pauk! Oleh itu, dia tidak akan makan apabila lauk-pauk terlalu sedikit.

Pada suatu pagi selepas ibunya membawanya balik ke rumah, ibunya telah memasak bubur yang amat berkhasiat, tetapi dia telah berkata, “Saya hanya makan mi dan tidak makan bubur.” Ibunya tidak memarahi dia kerana tabiat buruk ini sudah lama dipupuk. Maka, kesabaran amat diperlukan untuk membetulkan tabiatnya. Oleh itu, ibunya pun menjawab, “Saya akan meletakkan bubur ini di dapur.” Apabila sampai pukul sembilan, dia pergi memberitahu ibunya bahawa dia telah lapar lalu ibunya pun menghidangkan bubur itu semula, tetapi dia masih tidak mahu makan. Apakah yang kita boleh buat apabila anak-anak bertindak sebegini? Janganlah kita tegur mereka. Kita perlu bersabar. Jika dia tidak makan, kita pun simpan balik. Akhirnya, dia tidak dapat menahan kelaparannya apabila sampai pukul sembilan setengah. Dia telah makan dengan cepat setelah bubur itu dihidangkan semula. Selepas habis makan, dia berkata, “Sebenarnya, bubur ini agak sedap juga.”

Semasa anak ini belajar di tadika, ibu bapanya bekerjasama dengan cikgu untuk melatihnya tunduk hormat. Sampai di sekolah, ibunya memanggil dia supaya tunduk hormat pada cikgu tetapi dia asyik berdiri tegak. Dengan ini, ibunya pun mula tunduk hormat kepada cikgu tersebut sambil berkata, “Kamu perlu melakukan seperti ibu apabila berjumpa dengan cikgu.” Ibu ini telah tunduk hormat hampir sepuluh kali, tetapi anak ini masih tidak

Page 331: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

331

ikut. Oleh sebab hendak pergi bekerja, ibu pun beredar dahulu. Apabila ibu sampai di pagar tadika, dia berpendapat langkah pertama mendidik anak amat penting, jika tidak mengajar dengan baik pada mulanya, akan menjadi susah nanti. Oleh itu, dia pun menghubungi suaminya supaya datang ke tadika dengan secepat mungkin. Kedua-dua suami isteri pun berjalan ke hadapan anak itu dan berkata, “Mari kita tunduk hormat bersama-sama.” Ayahnya pun mula tunduk hormat. Tanpa mengira berapa kali perbuatan ini, tiba-tiba anak ini mula menangis. Keikhlasan ayah ini telah mengharukan hati degil anak ini lalu dia pun tunduk hormat kepada cikgu. Apabila dia telah cuba tunduk hormat, perbuatan ini akhirnya menjadi satu kebiasaan. Ibu ini juga seorang yang amat sensitif terhadap pendidikan. Oleh sebab anaknya telah dimanjakan oleh ramai orang, anak ini tidak akan menghormati orang lain. Jadi, ibu ini sentiasa mengambil peluang dalam kehidupan seharian untuk menghapuskan sifat sombong dalam jiwa anaknya agar anaknya dapat menjadi seorang yang berbudi bahasa.

Mereka akan bertemu dengan seorang pengawai keselamatan pada setiap kali mereka berjalan keluar dari taman perumahan. Ibu ini akan memanggil anaknya bertegur sapa dengan pengawai keselamatan tetapi anaknya tidak mahu berbuat demikian. Ibunya pun berkata, “Jika tidak tunduk hormat, kamu dilarang keluar dari rumah.” Namun, anaknya masih tidak mengendahkan hal ini. Ibunya pun menerangkan pada dia, “Setiap orang di dunia ini tidak kira rakyat biasa ataupun pemimpin negara telah berjasa kepada masyarakat dan patut kita hormati. Kamu yang masih muda telah dijaga oleh ibu bapa dan banyak orang telah berkhidmat untuk kamu seperti pak cik pengawai keselamatan ini. Oleh itu, kamu harus berterima kasih dan bertegur sapa dengan pak cik ini.” Ibu ini telah mendidik anakya di depan pengawai keselamatan itu. Apabila anak ini memahami semua adab ini dan tunduk hormat dengan orang yang lebih tua, sudah pasti sifat menghormati insan lain telah dipupuk dalam hatinya secara tidak langsung dan banyak manfaat akan datang dalam sepanjang hayatnya.

Bagi kanak-kanak, tunduk hormat sebagai tanda bertegur sapa. Namun, apakah kaedah bertegur sapa di antara orang dewasa? Berjabat tangan. Apakah perihal yang kita perlu beri perhatian semasa berjabat tangan? Misalnya, siapakah yang menghulurkan tangan dahulu? Senior atau junior?

Page 332: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

332

Jawapannya senior yang menghulurkan tangan dahulu, selepas itu junior barulah berjabat tangan. Siapakah yang menghulurkan tangan dahulu antara pemimpin dan pekerja? Jawapannya ialah pemimpin. Apabila kamu pergi ke syarikat lain dan bertemu dengan majikan, kamu menghulurkan tangan dahulu dan menegur sapa. Pihak majikan itu tidak kenal dengan kamu dan tidak berjabat tangan dengan kamu, kamu akan berasa amat kekok. Jadi, apabila berjumpa dengan pemimpin atau pihak majikan syarikat lain, kamu perlu menunggu beliau menghulurkan tangan dahulu. Susunan ini tidak boleh diterbalikkan agar perkara yang kekok tidak akan berlaku. Siapakah yang lebih wajar untuk menghulurkan tangan dahulu antara lelaki dan perempuan? Jawapannya ialah perempuan. Jika lelaki yang menghulurkan tangan dahulu dan perempuan itu tidak menjabat tangannya, lelaki itu juga akan berasa kekok.

Apabila berjabat tangan, kita perlu memandang muka kawan kita. Jika tidak akan dianggap tidak ikhlas. Selain itu, cara berjabat tangan juga penting. Genggaman kita janganlah kuat sangat sehinga pihak lain berasa sakit dan juga tidak terlalu ringan pula. Jika kita hanya menyentuh tangan sekejap dan ringan sahaja, dia tidak dapat merasai keikhlasan kita. Di samping itu, masa berjabat tangan janganlah terlalu lama, jika tidak pihak lawan tidak tahu bila kamu ingin melepaskan tangannya, terutamanya apabila kita yang sebagai lelaki berjabat tangan perempuan yang cantik. Apabila kita faham semua aspek seperti di atas maka orang akan berasa selesa apabila berjabat tangan dengan kita.

Selepas berjabat tangan, kita perlu saling memperkenalkan diri. Susunan memperkenalkan diri amat unik iaitu terbalik dengan susunan berjabat tangan. Memperkenalkan junior kepada senior dahulu, memperkenalkan pihak bawahan kepada pihak majikan dahulu dan memperkenalkan lelaki kepada perempuan dahulu. Marilah kita cuba bayangkan, apabila rakan kamu bertemu dengan ayah kamu, adakah kamu akan memanggil ayah kamu pergi mengenali kawan kamu. Situasi ini amat pelik. Sebenarnya, adab ini adalah mengikut keadaan semasa. Tidak ada orang akan membawa orang yang lebih tua pergi berkenalan dengan orang yang lebih muda.

Dalam proses saling mengenali, berkemungkinan besar orang lain

Page 333: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

333

akan memberi kad nama dia kepada kamu dan kamu akan menerima. Cara memberi dan menerima kad nama amat penting. Bagaimanakah kita perlu memberi kad nama kita kepada orang lain? Janganlah kamu mengeluarkan kotak kad nama keluar lalu memberi orang ini sekeping dan orang itu sekeping. Hal ini sebenarnya amat biadap dan tidak menghormati orang lain. Apabila seseorang tidak menghormati orang lain, dia telah dianggap tidak menghormati diri sendiri juga. Kad nama mewakili kamu, tidak harus beri sesuka hati. Oleh itu, kita harus menggunakan kedua-dua tangan untuk memegang kad nama semasa memberi. Arah manakah kad nama itu perlu menuju semasa memberi? Kad nama itu perlu menuju ke arah pihak lawan supaya dapat membaca dengan segera selepas menerima. Jika arah itu telah diterbalikkan, dia perlu memusingkan kad nama itu untuk membaca. Perincian ini yang dapat menunjukkan kamu seseorang yang bertimbang rasa.

Kita perlu membaca kad nama sebaik sahaja kita menerima. Jika dia ialah seorang pengurus atau penyelia, kita haruslah bertegur sapa dengan dia dengan menggunakan gelarannya. Dengan ini, dia akan berasa gembira. Jadi, kamu perlu meneliti nama keluarga dia dengan baik. Sebagai contoh, nama keluarganya ialah Tan, kamu perlu berkata, “Selamat pagi, penyelia Tan.” Janganlah kamu menerima kad nama orang lain tanpa membaca. Hal ini demikian kerana situasi akan menjadi kekok jika kamu mengeluarkan kad nama dia semula semasa sedang bersembang dengan dia.

Di manakah kad nama perlu diletakkan selepas menerima? Kebanyakan orang akan terus meletakkan kad nama itu di atas meja makan. Pihak lawan tadi akan terus menjerit, “Kad nama saya!” apabila ternampak kad namanya telah kotor akibat dititis oleh kuah atau sup. Adakah dia akan menjalankan urusan perniagaan dengan kamu? Adakah dia akan bekerjasama dengan kamu? Tanggapan yang buruk akan kamu beri kepada pihak lawan apabila kamu tidak menghormati kad namanya. Sebaliknya, apabila kita sentiasa bersopan dan menghormati orang lain, kita akan memberi tanggapan yang baik kepada mereka dan hubungan persahabatan dapat dijalin secara tidak langsung.

Apakah cara yang betul semasa bertemu dengan ibu bapa sedangkan

Page 334: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

334

apa-apa yang kita bincangkan merupakan cara bertegur sapa dengan orang lain? Kebanyakan pelajar universiti hanya bertegur sapa dengan ibu bapa mereka tanpa melanjutkan sebarang perbualan selepas balik ke rumah. Kehidupan mereka di rumah lebih sibuk berbanding dengan di sekolah. Apakah perkara yang mereka sedang sibuk? Mereka sibuk untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama. Cubalah kamu berfikir bahawa ibu bapa telah menunggu kamu balik ke rumah selama beberapa tahun dan ingin bersembang dengan kamu, tetapi kamu pula mengabaikan perasaan ibu bapa. Perkara seperti ini juga saya pernah lakukan dan sampai sekarang saya pun berasa amat menyesal.

Selepas bersalaman dengan ibu bapa, kamu sepatutnya meletakkan bagasi ke dalam bilik lalu terus bersembang dengan mereka. Oleh sebab ibu bapa telah ada lama tidak berjumpa dengan kamu, sudah pasti mereka tidak tahu keadaan terkini kamu dan menyimpan banyak kerisauan dan kebimbangan. Pada masa ini, kamu mestilah duduk di atas sofa dan menemani mereka membaca buku atau minum teh. Masa seperti ini tidak boleh dijimatkan. Banyak orang akan berkata, “Ibu saya tidak ada perkara untuk diceritakan pada saya pun.” Sebenarnya, hal ini adalah disebabkan kamu terus masuk ke bilik selepas bertegur sapa sedikit, hal yang ibu bapa ingin ceritakan akan terpendam dalam hatinya semula. Jika kamu seorang anak yang prihatin, kamu patut menemani ibu bapa dan lama-kelamaan mereka tentulah ada perkara yang ingin diberitahu kepada kamu. Jadi, kita perlu sabar apabila bersembang dengan ibu bapa. Kita bolehlah duduk sekejap menemani ibu bapa. Jika mereka memang tidak ada hal untuk ditanya, barulah kita mengundurkan diri.

Saya telah melawat datuk saya pada tengah hari selepas balik ke rumah dari Haikou. Kemudian, saya pun bersembang dengan ibu bapa selama tiga jam pada waktu malam tanpa mempedulikan hal lain. Saya telah melaporkan segala berkaitan kehidupan saya dan urusan kerja dengan teliti kepada mereka agar mereka tidak akan bimbang akan saya semasa saya bekerja di luar. Saya ingat lagi akan situasi saya bercerita kali pertama saya balik ke rumah. Mata ayah saya berlinang dengan air mata sepanjang mendengar cerita saya. Hal ini demikian kerana dia telah mendapati bahawa ramai anak telah balik ke rumah dan mentaati ibu bapa masing-masing selepas belajar adab-adab

Page 335: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

335

tradisional daripada saya di Haikou dan Shenzhen. Selepas itu, saya pun balik ke Haikou untuk meneruskan urusan kerja. Saya telah menelefon ayah dan dia telah berkata, “Kamu bekerja baik-baik di situ. Janganlah bimbang akan urusan di rumah. Ayah dapat mengendalikannya.” Ayah saya cuba menenangkan hati saya agar saya tidak bimbang akan mereka.

Saya pernah memberitahu ayah saya satu peristiwa yang berkaitan dengan murid saya di Haikou. Oleh sebab cikgunya telah mendidik dia dengan Di Zi Gui, jadi dia ingin sujud kepada ibu bapanya pada Tahun Baru Cina sebagai tanda penghargaan akan penjagaan ibu bapanya terhadap dia. Anak ini telah menghidangkan dua cawan teh ke ruang tamu dengan hati yang gementar. Dia bertambah cemas apabila dilihatnya ada beberapa orang tetamu duduk di atas sofa. Namun begitu, dia masih memberanikan diri berjalan ke hadapan ibu bapanya lalu berlutut. Semua orang yang sedang bersembang pun telah senyap sebaik sahaja dia berlutut. Ada satu kuasa yang misteri telah menyebabkan semua orang berhenti bercakap. Selepas itu, anak ini pun berkata, “Saya amat berterima kasih akan penjagaan teliti ibu bapa selama ini. Dalam tahun yang baru ini, saya berharap ibu bapa akan sentiasa sihat dan sejahtera.” Kemudian, dia telah sujud sebanyak tiga kali. Tetamu yang lain merasa amat terharu akan tindakannya.

Anak ini telah menulis satu karangan setelah sampai ke sekolah. Dia telah menyatakan bahawa dia berasa amat gementar semasa ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, tetapi mindanya tiba-tiba menjadi amat jelas pada saat dia berlutut. Oleh itu, menjejak langkah pertama adalah amat susah, tetapi apabila kamu memberanikan diri untuk melakukannya, semua perkara akan menjadi senang.

Pada zaman dahulu, apabila kita duduk di atas kuda dan bertembung dengan orang yang lebih tua, kita perlu segera turun dari kuda. Hal ini demikian kerana perbuatan bertegur sapa dengan duduk di atas kuda merupakan amat biadap. Pada zaman sekarang, kita patut keluar dari kereta dan tunduk hormat apabila kita berada dalam kereta pada situasi itu. Hal ini juga akan digunakan dalam kehidupan seharian. Misalnya, kamu sedang melayari Internet semasa ada tetamu datang ke rumah. Kamu patut berdiri dan bertegur sapa. Kita tidak boleh lupa akan adab yang kita belajar dalam

Page 336: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

336

apa-apa jua keadaan.

Walau bagaimanapun, jika kamu duduk dalam kereta yang sedang bergerak laju dan tiba-tiba ternampak pak cik kamu sedang memandu, apakah yang kamu boleh laku? Bolehkah kamu membuka tingkap kereta dan menjerit kuat-kuat “Pak Cik! Pak Cik!” Dengan ini, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Jadi, adab harus dilaksanakan dengan menyesuaikan keadaan semasa.

Di samping itu, kita haruslah berdiri di tempat yang asal dan menunggu orang yang lebih tua telah berjalan jauh, barulah kita beredar. Hal ini boleh dikaitkan dengan adab menghantar tetamu. Apabila menghantar orang yang lebih tua atau tetamu balik, kita perlu menunggu dia telah hilang dari penglihatan barulah beredar. Semasa saya menjelaskan adab ini di kelas, saya akan menyuruh anak murid saya membuat lakonan dengan satu murid sebagai tuan rumah dan satu murid sebagai tetamu. Apabila tetamu telah jalan sampai ke pintu rumah, tuan rumah pun mengucapkan selamat jalan lalu terus tutup pintu rumah. Murid lain terus tergelak apabila melihat babak ini. Saya pun bertanya tetamu itu, “Apakah perasaan kamu jika orang lain menghantar kamu balik seperti situasi ini?” Dia telah berjawab, “Tuan rumah itu berkelihatan tidak sabar untuk mengusir saya, saya tidak akan datang lagi!”

Selain daripada lakonan, kita juga telah mengadakan sesi perbincangan. “Murid-murid sekalian, pada pendapat anda, apakah cara yang wajar untuk menghantar tetamu balik?” Semua murid pun mula berfikir. Ada yang berkata, “Hantar dia ke lif dan menemani dia sampai ke bawah, barulah kita balik ke rumah sendiri.” Apakah perasaan tetamu ini? Tentulah berasa amat gembira. Saya pun berkata, “Jika rumah kamu tidak ada lif?” “Kita akan hantar dia ke tangga barulah balik ke rumah.” Orang dulu memang dapat mengaplikasikan adab yang tepat semasa menghantar orang yang lebih tua atau guru balik. Mereka akan beredar setelah guru hilang dari pandangannya. Semasa saya pergi belajar di Australia, saya dan rakan-rakan akan menghantar guru balik ke tempat tinggalnya selepas kelas tamat. Saya akan berdiri tegak di situ sehingga guru masuk ke bilik barulah beredar. Rakan-rakan yang lain pun berasa pelik akan tindakan saya itu. Saya pun menjelaskan ayat yang

Page 337: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

337

saya belajar dalam Di Zi Gui. Sebenarnya, hati saya berasa amat gembira apabila saya menunggu guru saya masuk ke bilik. Hal ini demikian kerana pada waktu ini saya akan berfikir bahawa jika kehidupan saya tanpa ajaran guru, kebijaksanaan saya tidak akan berkembang dan masalah akan sentiasa berlaku. Oleh sebab ada bimbingan guru pada sepanjang masa, kehidupan saya barulah lancar. Jadi, semasa memerhati guru beredar, hati kita akan lebih bersyukur dan menghargai hubungan kita dengan guru. Orang dulu amat mengenang budi dan inilah sebab mereka dapat mengarang banyak karya yang amat berkesan dalam jiwa pembaca. Bab ini kita berhenti di sini. Sekian, terima kasih.

Page 338: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

338

Sesi 20Memperluaskan Perasaan Hormat

Selamat sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Dalam bab yang lepas, kita telah menyatakan bahawa orang dahulu amat menghargai hubungan antara saudara dan kawan. Oleh itu, penghargaan seperti ini akan tampil melalui interaksi dalam kehidupan seharian. Li Bai telah menulis sebuah puisi perpisahan sahabat bertajuk “Perpisahan dengan Meng Hao Ran di Menara Huang He di rantau Guang Ling” dan kandungannya seperti berikut:

“Melambai selamat tinggal di Menara Huang He.Kawan nak pergi ke Yang Zhou bulan Mac.

Kapal yang dilayar semakin hilang di langit biru.Hanyalah Gelombang Sungai Yangtze dilihat mengalir di langit.”

Li Bai telah menunggu sehingga rakannya hilang dari pandangannya, barulah dia beredar dengan hati yang berat. Penghargaannya terhadap hubungan persahabatan boleh dilihat dari cara dia menghantar rakannya. Bolehkah anak-anak pada zaman ini menulis kata-kata seperti ini? Jawapannya adalah amat susah. Hal ini demikian kerana anak-anak sekarang tidak berasa perlu berbudi bahasa dan mereka lebih panas baran. Jadi, kita harus memupuk sikap menghormati orang lain dalam diri melalui adab-adab.

Abang angkat saya pernah datang dari Tai Zhong semata-mata untuk mendengar ceramah saya. Dia hanya mendengar dua jam dan terus balik pada tengah hari akibat ada urusan lain. Dia telah memberitahu saya bahawa dia akan berasa amat sedih jika tidak dapat menghadiri ceramah saya. Abang angkat saya telah memberi banyak sokongan kepada saya. Kemudian, saya pun menemani dia berjalan ke stesen kereta api. Pada waktu dia beredar, saya memerhatikannya sehingga kereta api hilang dari pandangan saya. Saya telah mengingati bahawa dia telah menyokong akan kebanyakan keputusan saya pada sepanjang masa kami berkenalan. Walaupun saya telah gagal beberapa kali, tetapi dia tetap amat percaya akan saya. Dia pernah berkata, “Kamu hanya perlu sentiasa mempunyai hati yang ikhlas dalam menguruskan semua hal dan melayani orang lain, dengan ini kamu pasti dapat melakukan

Page 339: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

339

sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat.” Dia memang sentiasa mengambil berat akan saya dan berasa amat lega hati apabila melihat saya begitu bertungkus lumus dalam bidang pendidikan.

Marilah kita membincangkan ayat seterusnya, iaitu “jika orang tua berdiri, anak muda juga harus berdiri; jika orang tua duduk, anak muda hanya boleh duduk setelah dapat keizinan.” Perkara ini merupakan adab yang penting dalam kehidupan. Adab harus digunakan dengan fleksibel. Misalnya, apabila kamu berada dalam lif yang penuh dengan orang dan ternampak pak cik kamu masuk ke dalam lif, adakah kamu perlu tunduk hormat kepadanya? Jika kamu bertindak begitu, orang di sisi kamu mungkin akan berada dalam keadaan lebih sempit dan kurang selesa. Selain daripada itu, perlukah kita tunduk hormat semasa bertembung dengan orang yang lebih tua di dalam tandas? Jawapannya adalah tidak perlu. Kita boleh menunggu mereka keluar dari tandas barulah bertegur sapa dengan mereka. Ada seorang guru telah belajar bahawa orang muda hanya boleh duduk selepas dapat keizinan walaupun orang tua telah duduk. Pada satu hari, dia pun pergi ke sesuatu tempat untuk mengendalikan urusan kerja. Dia telah mengadakan perbincangan dengan seorang pihak berkuasa wanita. Mereka berdua telah lama berdiri lalu pihak berkuasa ini pun duduk di atas sofa tetapi pihak berkuasa ini tidak menjemput dia untuk duduk bersama. Jadi, dia pun terus berdiri dan pihak berkuasa ini pun perlu mengangkat kepala untuk bersembang dengan dia. Tiba-tiba, pihak berkuasa ini berasa lehernya amat lenguh dan berkata, “Kamu duduklah! Kepala saya telah berasa amat tidak selesa.” Apabila kita melihat orang lain telah mengangkat kepala, janganlah kita tunggu keizinan mereka lagi. Kita patutlah duduk. Sesungguhnya, adab perlu disesuaikan mengikut keadaan.

Ada seorang budak perempuan yang berumur tiga tahun saja. Pada satu petang, dia dan ibu bapa serta neneknya telah pergi ke taman. Ayahnya telah duduk di atas kerusi untuk membaca surat khabar dan dia pula duduk di atas bangku. Tiba-tiba, neneknya telah berjalan ke arah mereka dan budak ini pun melompat turun dari bangku. Oleh sebab bangku itu agak tinggi, dia tidak dapat berdiri dengan stabil selepas melompat lalu dia pun terjatuh. Nenek dan ayahnya pun berasa amat pelik dan segera pergi memapahnya.

Page 340: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

340

Mereka bertanya, “Kenapakah kamu tiba-tiba tergesa-gesa ingin turun dari bangku?” Budak perempuan itu pun menjawab, “Apabila orang yang lebih tua sedang berdiri, orang muda tidak boleh duduk.” Ayahnya berasa amat malu selepas mendengar jawapannya kerana ayahnya masih duduk dengan selesa sambil membaca surat khabar semasa nenek datang. Maka, kita sebagai orang dewasa juga perlu belajar Di Zi Gui dengan baik dan mengaplikasikannya seperti anak-anak kita yang tekun belajar kitab-kitab suci.

Adab seterusnya ialah suara percakapan kita di depan orang yang lebih tua daripada kita perlulah rendah tetapi jika rendah sehingga orang lain tidak dapat dengar dengan jelas juga kurang wajar. Semasa bertemu dengan orang yang lebih tua, kita perlu berjalan dengan cepat. Sebaliknya, kita perlu berjalan dengan perlahan apabila mengundur diri daripada depan orang yang lebih tua. Apabila orang lain bertanya kepada kita soalan, kita perlulah menumpukan perhatian yang sepenuhnya. Janganlah kita memandang ke sana dan ke sini.

Apabila orang yang lebih tua sedang bersembang, kita perlulah merendahkan suara kita agar tidak menjejaskan perbualan mereka. Anak-anak pada zaman ini tidak dapat membezakan bila masanya yang sesuai untuk bercakap dan bila pula tidak boleh. Anak-anak selalu akan menjerit dan bermain tanpa kawalan apabila mereka telah bertemu bersama. Pada masa inilah kita perlu mengawal keadaan yang bising ini. Jika mereka telah biasa untuk bertindak begitu, kita akan susah untuk membetulkan tabiat buruk ini pada kemudian hari. Oleh itu, apabila kita mendapati suara percakapan anak-anak amat tinggi dan telah menjejaskan perbualan orang lain, kita patut berkata, “Kamu perlu merendahkan suara kamu.” Ada sesetengah anak akan merendahkan suara mereka apabila diarahkan. Tetapi, berapa lamakah mereka dapat mengekalkan nada suara mereka? Jawapannya tiga minit. “Rendahkan suara kamu lagi!” Nada suara tinggi balik pada tiga minit kemudian. Orang yang lebih tua akan berkata, “Tidak apalah. Jangan pendulikan mereka.” Adakah perbuatan ini wajar? Jawapannya tidak! Kesabaran amat diperlukan dalam mendidik orang lain.

Orang Cina di negara China amat mementingkan nilai kesederhanaan

Page 341: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

341

dan nilai ini dapat dipaparkan melalui tabiat-tabiat seseorang dalam kehidupan seharian. Misalnya, adakah cara berpakaian dapat menunjukkan sifat kesederhanaan? Pakai terlalu banyak baju akan berasa panas tetapi pakai terlalu sikit pula akan menyebabkan seseorang jatuh sakit. Apa kata daripada segi pemakanan? Makan terlalu banyak akan mengakibatkan sakit perut tetapi makan terlalu sikit pula tidak dapat menghilangkan kelaparan. Dalam segi percakapan pula? Suara percakapan kita di depan orang yang lebih tua perlulah direndahkan. Tetapi, jika apa-apa yang kita ingin sebut tidak dapat didengar oleh orang lain dengan jelas, perbuatan kita juga dianggap biadap. Jadi, apabila kita bersembang dengan orang yang lebih tua daripada kita, nada suara kita perlulah sederhana agar mereka dapat dengar dengan jelas. Lagipun, kita perlu memastikan bahawa mata kita sentiasa menatap mereka dalam sepanjang perbualan. Berapa lamakah anak-anak sekarang dapat fokus pada muka kita apabila kita berbual dengan mereka? Jika ada sepuluh saat pun dapat dikira baik. Kebanyakan anak pada zaman ini tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa bersembang dengan orang lain. Hal ini membuktikan bahawa hati mereka adalah tidak tenang dan mereka kurang menghormati orang lain. Mengapakah hati mereka kurang tenang? Hal ini adalah kerana ketandusan pendidikan berkaitan adab dalam diri mereka yang menyebabkan mereka menjadi lebih bersikap individualistik.

Apabila kita bertemu dengan orang yang lebih tua, kita perlulah berjalan ke hadapan mereka dengan cepat agar mereka tidak akan menunggu kita terlalu lama. Sebaliknya, apabila perbualan antara kita dengan orang yang lebih tua telah habis, kita perlulah mengundur diri dengan perlahan. Janganlah kita terus berlari untuk mengundur diri selepas bersalam balik dengan mereka. Hal ini akan memberi satu tanggapan kepada orang yang lebih tua bahawa kamu tidak rela untuk bersembang dengan mereka sehingga satu saat lebih pun tidak ingin berada bersama dengan mereka. Kita perlulah sentiasa bertimbang rasa dalam segala situasi.

Ayat terakhir ialah kita perlu melayani orang yang lebih tua daripada kita seperti melayani ayah sendiri dan melayani rakan sebaya seperti melayani adik-beradik sendiri. Orang yang lebih tua daripada kita termasuklah pak cik sebelah ibu dan ayah manakala rakan sebaya pula termasuklah sepupu

Page 342: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

342

sebelah ibu dan ayah yang mempunyai hubungan saudara. Cubalah kita berfikir bahawa pak cik dan mak cik juga telah menemani kita dalam sepanjang masa kita membesar. Mereka juga telah mendukung kita banyak kali dan sentiasa berdoa agar kita akan sihat sepanjang masa. Bak kata pepatah Cina, “budi yang diterima walaupun sedikit tetapi harus diingati selama-selama dan dibalas dengan budi yang lebih besar.” Dengan sikap ini, kita akan menjadi orang yang lebih berkasih sayang dan kehidupan akan bahagia.

Dalam ceramah ini, banyak orang yang lebih tua daripada saya dan rakan-rakan saya ada yang dua atau tiga tahun tidak berjumpa atau yang telah kenal dalam beberapa tahun ini pun telah hadir. Setelah berjumpa, mereka berasa amat berbesar hati dan berharap saya akan lebih memajukan diri. Apabila menerima doa yang ikhlas daripada orang lain, kita perlu mengingati dalam hati dengan baik sebagai sokongan moral. Kemudian, kita perlu berusaha untuk menyumbang bakti kepada masyarakat agar orang yang berdoa untuk kita akan berasa gembira. Pak cik, mak cik dan semua sepupu telah memberi bimbingan dan sentiasa mengambil berat akan kita. Budi ini patut dihargai. Oleh itu, kita perlu menghulurkan bantuan kita sebaik mungkin apabila mereka berada dalam kesusahan.

“Orang yang lebih tua daripada kita” dan “rakan sebaya” bukan sahaja dikaitkan dengan orang yang ada hubungan persaudaraan dengan kita, malah kita dapat mentafsirkannya dengan lebih luas iaitu orang ramai. Orang ramai itu ialah ibu bapa sesiapa sahaja yang juga perlu kita hormati. Selain itu, kita juga perlu menyayangi dan prihatin akan adik-beradik orang lain. Apabila kita memberi tafsiran seperti ini, hati kita akan menjadi amat lapang dan secara tidak langsung pahala kita akan besar.

Teresa Hsu Chih merupakan orang yang amat disanjungi di Singapura. Beliau telah menghabiskan kebanyakan masa dalam hayatnya untuk menjaga pesakit dan kebajikan orang miskin. Maka, ada wartawan bertanya kepada beliau, “Anda telah bertungkus lumus membantu orang lain...” Wartawan itu belum habis soalannya, Teresa Hsu Chih telah berkata, “Adakah saya membantu orang lain? Semua yang saya tolong merupakan adik-beradik saya.” Oleh itu, di manakah rumahnya dalam fikiran beliau? Jawapannya

Page 343: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

343

ialah seluruh dunia. Wartawan itu pun bertanya, “Anda rajin menjaga orang lain, tetapi siapakah akan menjaga anda?” Teresa Hsu Chih berasa amat gembira dan berkata, “Saya tidak memerlukan orang lain untuk menjaga saya, Tuhan akan menjaga saya.” Marilah kita tengok, betapa positifnya sikap beliau! Sikap ini dan ayat-ayat dalam falsafah tradisional adalah sama.

Lao Tze pernah berkata, “Tuhan tidak membezakan setiap insan di dunia ini. Jadi, kita perlu memberi layanan yang sama rata kepada semua orang.” Orang yang baik hati akan mendapat pahala yang tidak terhad. Jadi, Teresa Hsu Chih selalu berkata bahawa peti sejuknya selalu ada banyak sayur-sayuran dan beliau pun tidak tahu siapa yang memberinya. Rakan-rakan sekalian, kenapakah beliau tidak tahu siapa yang meletakkan sayur-sayuran itu? Hal ini demikian kerana Teresa Hsu Chih tidak mahu balasan orang lain apabila beliau menghulurkan bantuan, jadi orang yang ingin membalas jasanya juga menyembunyikan identiti sendiri. Jika kita memberikan hadiah atas tujuan tertentu dan telah menekankan nama sendiri semasa memberi, orang yang menerima akan berasa terbeban dan macam telah berhutang budi kepada kita. Sebaliknya, Teresa Hsu Chih tidak mengharapkan apa-apa apabila beliau membantu orang lain. Beliau telah menganggap bahawa membantu adalah satu kewajiban. Oleh itu, orang yang menerima bantuannya akan merasa amat terharu. Mereka akan mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk membalas jasanya.

Cikgu Yang telah mengajar anak-anak untuk membaca kitab-kitab suci dan menulis kaligrafi. Cikgu Yang akan mendapati sayur-sayuran dan buah-buahan telah diletak di atas meja dalam dapur pada setiap kali habis kelas. Dia pun tidak tahu siapa yang menghadiahkannya. Oleh itu, kita memang boleh menggunakan satu hati yang ikhlas untuk berkawan dengan orang lain. Apabila kita menganggap semua orang ialah adik-beradik kita, semua orang juga akan melayan kita seperti adik-beradik sendiri. Dalam kitab Xiao Jing menyatakan bahawa, “hormat pada bapa anaknya gembira, hormat pada abang adiknya gembira, hormat pada ketua stafnya gembira, hormat pada seorang ribu juta orang akan gembira”.

Sebenarnya, hubungan antara manusia sememangnya tidak kompleks. Jika kamu mempunyai hati yang ikhlas, sudah pasti kamu akan disukai oleh

Page 344: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

344

orang ramai. Apabila kita menghormati ayah orang lain, anaknya pasti akan berasa amat gembira dan kita mestilah dapat berkawan dengan ahli keluarga mereka dengan baik. Apabila kita menghormati abang atau kakak orang lain, sudah pasti adik-beradik mereka juga akan berasa besar hati. Apabila kita sentiasa menghormati orang lain, secara tidak langsung kita dapat berkawan baik dengan semua orang.

Selain menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan rakan sebaya, kita juga perlu menghormati saudara mereka. Misalnya, kita perlu menyayangi anak-anak kepada abang dan adik atau anak-anak kepada pak cik tidak kira sebelah ibu atau ayah. Pada Dinasti Ming, ada seorang wanita yang bernama Zhang Jia Ying (張佳英). Ibu bapanya telah meninggal dunia semasa dia kecil, oleh itu dia ialah seorang anak yatim piatu. Dia mempunyai tiga orang abang, tetapi semua abangnya juga meninggal dunia pada usia muda. Jadi, dia bersama dengan kakak-kakak iparnya telah menjaga semua anak saudara. Namun, malang sekali, ketiga-tiga kakak iparnya juga telah meninggal dunia. Dalam situasi ini, Zhang Jia Ying telah menggalas tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak saudaranya. Dengan sikap seperti ini, dia memang telah melakukan ajaran Di Zi Gui yang menyatakan bahawa kita perlu melayan orang yang lebih tua daripada kita seperti melayan ayah sendiri dan melayan rakan sebaya seperti melayan adik-beradik sendiri. Apabila dia bertindak seperti ini, abang-abang dan ibu bapanya pasti akan berasa lega hati. Walaupun pada akhirnya dia tidak berkahwin, tetapi adakah dia telah mengalami sebarang kerugian? Dia dengan ikhlas hati menyayangi anak-anak saudaranya, sudah pasti anak-anak saudaranya akan mentaati dia seperti mentaati ibu bapa sendiri semasa dia telah tua.

Semasa saya mengajar di sekolah, ada juga murid saya yang ibu bapanya telah meninggal dunia dan dijaga oleh mak ciknya. Apabila mak ciknya berkenalan dengan teman lelaki, dia akan memberitahu teman lelakinya bahawa dia akan membawa dua anak saudara bersama semasa berkahwin. Semakin lama saya bersembang dengan mak cik ini, saya semakin menghormati dia. Air mata saya berlinangan dalam perbualan itu kerana saya dapat merasai pengorbanannya demi anak-anak saudara. Apabila setiap orang yang lebih tua dapat menyayangi anak-anak saudara mereka, saya percaya bahawa keluarga yang malang juga akan menjadi bahagia pada

Page 345: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

345

kemudian hari.

Pada zaman dahulu juga mempunyai orang yang seperti Teresa Hsu Chih yang melayan semua insan seperti ahli keluarga sendiri. Dalam Dinasti Jin, ada seorang cendekiawan yang bernama Zhu Ti. Pada masa itu, negaranya berada dalam keadaan yang tidak aman dan pekan tempat dia tinggal selalu diserangi oleh musuh. Jadi, dia terpaksa membawa lebih kurang seratus buah keluarga yang termasuklah saudara-mara dan jiran-jiran untuk berhijrah ke Huai Si (Shandong). Dalam sepanjang perjalanan, semua kereta kuda telah diberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua manakala dia sendiri pula berjalan kaki. Selain itu, dia telah berkongsi semua hartanya termasuklah ubat-ubatan yang ada di rumahnya dengan semua orang agar mereka juga dapat menggunakannya. Maharaja pada masa itu amat mengagumi perbuatannya lalu melantiknya sebagai pengawai kerajaan.

Dalam waktu perlindungan, Zhu Ti sentiasa bimbang akan kehidupan semua orang. Oleh itu, dia mengajar mereka cara untuk melakukan pertanian untuk mendapat padi dan sayur-sayuran yang baik. Dalam zaman peperangan, mereka akan sering ternampak rangka tulang manusia. Jadi, Zhu Ti akan menyuruh semua orang untuk mengumpulkan rangka-rangka tulang manusia itu dan mengebumikan dengan rapi. Dia juga telah mengadakan upacara sembahyang untuk mendoakan roh-roh manusia yang telah meninggal dunia. Segala perbuatannya telah menyebabkan orang-orang yang mengikutinya amat terharu. Pernah satu kali mereka sedang makan bersama dan banyak orang tua telah berkata, “Usia kita telah begitu tua dan Zhu Ti telah melayani kita seperti ibu bapa dia. Jika kita dikehendaki mati sekarang pun tidak akan ada sebarang sesalan.” Sifat baik hati yang pada Zhu Ti telah mengharukan ramai rakyat jelata. Semasa Zhu Ti meninggal dunia, semuanya sedih dan kehilangan.

Semasa saya belajar di Australia, saya telah berkenalan dengan seorang pak cik yang usianya lebih tua daripada ayah saya. Ada suatu hari saya telah bertembung dengannya di kolej saya. Pada masa itu, mukanya sangat pucat kerana sakit dan muntah darah. Oleh itu, saya pun segera menghubungi kakitangan di kolej dan menghantarnya ke hospital. Selepas pemeriksaan doktor, dia tidak ada apa-apa masalah tetapi dia dikehendaki

Page 346: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

346

untuk mempunyai rehat yang mencukupi agar dapat kembali kepada keadaan yang sihat. Dalam tempoh dia berehat, dia memerlukan jagaan orang lain. Oleh itu, saya pun berkata, “Biarlah saya menjaga pak cik. Saya ingin mengalami perasaan mentaati ibu bapa.” Saya telah tinggal dengan ibu bapa walaupun saya telah dewasa. Ramai kawan memuji saya dengan berkata, “Kamu memang mentaati ibu bapa!” Saya berasa amat malu kerana kesihatan ibu bapa lagi baik berbanding dengan saya. Nampaknya seperti saya yang menjaga mereka, tetapi sebenarnya mereka yang menjaga saya pada kebanyakan masa. Sekarang pak cik ini telah jatuh sakit dan saya pun dapat mengalami perasaan “menjaga ibu bapa semasa mereka sakit”. Saya berasa amat puas hati. Walaupun saya tidak dapat menghadiri kelas dalam tempoh tersebut, tetapi saya dapat belajar untuk mengaplikasikan apa-apa yang telah saya pelajari melalui penjagaan terhadap pak cik ini.

Oleh sebab gastriknya pernah berdarah, dia tidak boleh makan makanan yang susah dicerna. Jadi, dia perlu makan makanan bayi seperti gandum, malah dia perlu makan dua jam sekali. Saya pun memasak oat untuk dia setiap dua jam. Dalam proses itu, saya telah dapat meningkatkan tahap keprihatinan sendiri dan pak cik itu pun berasa amat gembira. Selain itu, saya juga dapat belajar adab-adab kehidupan seharian daripada pak cik itu. Pak cik itu merupakan seorang pekerja buruh yang sangat sibuk. Kadang-kala dia perlu pergi ke longkang yang dalam untuk melaksanakan tugasnya. Oleh kerana banyak orang asing telah berhijrah ke Singapura untuk bekerja, maka dia pernah memimpin pekerja buruh daripada pelbagai negara. Apabila pekerjanya dalam kesusahan, dia akan menghulurkan bantuan kepada mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Walaupun dia seorang pekerja buruh yang tidak mendapat pendidikan tinggi, tetapi dia amat suka akan budaya tradisional, malah dia boleh menulis kaligrafi yang kemas. Sememangnya, kita perlu sentiasa menghormati semua orang. Banyak orang yang baik hati ada di sisi kita, tetapi kita tidak akan mengetahui. Jika kita menghormati orang lain, kita dapat berkenalan dengan ramai orang yang dapat memberi pengetahuan kepada kita. Dengan ini, kita dapat belajar daripada mereka. Hal ini akan menambahbaikkan sifat baik kita dan mengurangkan kesilapan yang mungkin dilakukan.

Page 347: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

347

Tidak lama selepas itu saya perlu balik ke rumah dan pak cik itu pun menghantar saya ke lapangan terbang. Hubungan persahabatan antara dua orang lelaki ini telah amat dihargai. Oleh itu, bukan sahaja lelaki dan perempuan mempunyai hubungan yang rapat, tetapi hubungan antara lelaki juga boleh rapat. Yang penting ialah kita perlu melayani semua orang dengan hati yang ikhlas tanpa berat sebelah.

Sekarang, marilah kita belajar Bab 3 Berwaspada (Peraturan Pada Setiap Hari). Apakah yang kita dapat dikaitkan apabila kita melihat perkataan “berwaspada”? Jawapannya ialah kita perlu sentiasa berhati-hati akan percakapan dan perbuatan kita. Adab-adab yang dibincangkan seperti “anak-anak perlu berdiri apabila orang yang lebih tua sedang berdiri dan anak-anak perlu dapat keizinan untuk duduk walaupun orang yang lebih tua telah duduk” serta “orang yang lebih tua diberikan keutamaan dalam semua perkara termasuklah ketika makan atau urutan duduk dan berjalan”, semua ini pun memerlukan sikap berwaspada.

Ada sebuah syarikat yang terkenal di Beijing sedang mengadakan aktiviti pengambilan kakitangan. Calon-calon perlu lulus banyak ujian termasuk peperiksaan bahasa Inggeris barulah boleh sampai ke peringkat terakhir. Pada peringkat terakhir, seorang pengurus datang ke bilik dan duduk dengan mereka lebih kurang sepuluh minit. Selepas itu, pengurus itu pun berkata, “Minta maaf, saya ada urusan sekarang. Saya perlu keluar sekejap.” Selepas pengurus itu beredar dari bilik, semua calon yang duduk selepas beberapa minit mereka pun berdiri. Mereka ternampak ada dokumen di atas meja lalu membacanya. Seorang yang habis membaca telah menyerahkan kepada orang yang seterusya. Selepas sepuluh minit, pengurus itu pun masuk balik ke bilik itu. Pengurus itu telah memberi pengumuman bahawa semua calon telah tidak berjaya dalam peringkat ini. Bilik itu telah dipasang dengan litar kamera tertutup dan segala perbuatan mereka telah dirakamkan. Apabila calon-calon telah mengetahui keputusan ini, mereka berasa amat marah kerana hal ini amat tidak adil kepada mereka. Setelah pengurus itu menjelaskan sebab mereka ditolak, mereka pun berkata, “Tidak ada orang pun pernah memberitahu kita bahawa kita tidak boleh membaca dokumen orang lain dengan sesuka hati.”

Page 348: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

348

Kita mungkin akan menyusahkan orang lain apabila kita tidak berwaspada pada perkara yang kecil. Misalnya, kita yang tidak ada posisi duduk yang betul dengan sengaja menjulurkan kaki kita sehingga menyebabkan orang lain terjatuh. Jika kita tidak berhati-hati dalam perkara yang besar, kita mungkin akan mengakibatkan kemalangan dan kematian orang lain dengan secara tidak langsung. Sebagai contoh, sebuah helikopter di Amerika Syarikat telah terhempas dan menyebabkan beberapa orang telah mati. Faktor kemalangan ini ialah helikopter ini telah ada kerosakan sebelum itu tetapi tidak ada seorang pekerja pun yang menemui masalah ini. Akibatnya, banyak nyawa telah terkorban.

Saya telah melawat banyak negara untuk memberi ceramah dengan menaiki kapal terbang. Jika saya seorang yang tidak berwaspada, apakah yang akan berlaku apabila saya terlupa membawa pasport semasa saya perlu pergi ke Malaysia untuk memberi ceramah? Bukan sahaja saya sendiri akan berasa amat panik dan takut akan terlewat, malahan saya akan berasa bersalah kepada orang yang menunggu saya. Jika seorang majikan tidak sentiasa berhati-hati, dia mungkin akan melakukan satu kesilapan yang kecil yang menyumbang kepada kerugian yang besar. Oleh itu, sikap berwaspada perlulah dipupuk sejak kecil.

Ada satu kes di China telah menyebabkan ramai orang berfikir secara membina, iaitu kes pembunuhan Ma Jiajue. Ma Jiajue merupakan seorang pelajar universiti yang pernah menyertai banyak pertandingan seperti pertandingan kimia dan biologi dan telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan peringkat negara. Adakah dia seorang yang cemerlang? Jawapannya adalah amat cemerlang. Akhirnya, dia telah membunuh empat orang rakannya atas alasan mereka tidak sependapat dengannya. Kes ini telah mengejutkan seluruh bidang pendidikan. Semua orang mulai memikirkan masalah moral orang muda zaman ini. Saya telah bertanya beberapa rakan tentang pandangan mereka akan perbuatan Ma Jiajue. Ada rakan yang berkata, “Orang seperti dia patut dibunuh dengan segera!” Sebahagian rakan yang menceburi bidang pendidikan telah berfikir daripada sudut pandangan yang lain. Mereka amat bersimpati akan Ma Jiajue. Apakah yang menyebabkan seorang mahasiswa melakukan sesuatu perkara yang begitu kejam?

Page 349: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

349

Dalam perkara ini, keluarga dan pihak sekolah perlu berfikir secara membina. Kenapakah seorang mahasiswa yang mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang tidak mempunyai fikiran moral yang setaraf? Sebelum perkara ini berlaku, dia merupakan kebanggaan kepada ibu bapanya. Hal ini demikian kerana dia berasal dari tempat yang terpencil dan dia merupakan mahasiswa yang pertama di kampungnya. Sesungguhnya, mata kita tidah harus buta oleh kemasyhuran atau pangkat. Kita harus menitikberatkan sifat-sifat mulia, barulah kehidupan kita akan lancar dan sempurna. Janganlah melihat latar belakang akademik, tengoklah sifat seseorang. Ma Jiajue tidak pernah belajar Di Zi Gui. Jika dia telah belajar bahawa “semua insan perlulah saling menyayangi”, dia tidak akan bertindak begitu. Jika dia telah belajar “manusia perlu menghormati sesama lain” dan “janganlah begitu kecil hati akan harta benda serta memberi perhatian dalam percakapan”, tragedi ini tidak akan berlaku.

Mengapakah Ma Jiajue membunuh rakannya? Hal ini berlaku kerana kawan-kawan selalu mengejek dia atas alasan dia terlalu miskin dan tidak ada baju yang kemas untuk dipakai. Apabila ditempatkan di dalam penjara, dia telah berkata kepada pengurus penjara, “Baju penjara ini ialah baju yang terbaik saya pernah pakai.” Apabila semua rakan mengejek-ngejek Ma Jiajue serta menghina dirinya maka dia sangat malu, sedih, tertekan dan terhina yang amat sangat sehingga hilang kewarasan dan rasional fikiran. Saya telah memberitahu para ibu bapa bahawa kita juga perlu memikirkan masalah daripada sudut pandangan yang berlainan. Mengapakah rakan-rakan itu dibunuh? Adakah hal ini merupakan satu kebetulan? Jawapannya adalah bukan. Oleh sebab mereka tidak menghormati orang lain dan tidak belajar bahawa “janganlah menyenangkan hati orang yang berpangkat tinggi dan memandang rendah akan orang yang miskin” serta “janganlah mendedahkan keburukan orang lain dan mengejek hal peribadi orang lain”, mereka telah mempermain dan menjadikan satu gurauan akan hal peribadi Ma Jiajue, tidak hairanlah Ma Jiajue akan membalas mereka dengan perbuatan tidak rasional. Bak kata pepatah, “Mendedahkan keburukan orang lain merupakan satu perkara yang jahat dan kritikan yang melampau akan membawa tragedi yang malang kepada diri sendiri.”

Sememangnya, kita perlu berfikir secara membina daripada hal ini. Kita

Page 350: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

350

perlu mendidik anak-anak agar mereka tidak akan mencederakan orang lain, janganlah seperti Ma Jiajue. Pada masa yang sama, kita juga harus mendidik anak-anak agar mereka tidak akan melakukan sesuatu sehingga orang lain benci akan dia. Apabila anak-anak memerli dan memandang rendah orang lain, kita perlulah berwaspada kerana kehidupannya telah ada tanda-tanda bahaya.

Marilah kita baca ayat-ayat seterusnya bersama-sama, “Sebaik-baiknya kita bangun pagi sebelum ibu bapa kita bangun. Pada sebelah malam pula kita hanya tidur selepas ibu bapa kita sudah tidur. Apabila kita menyedari yang masa itu tidak dapat diganti dan setiap tahun umur kita meningkat, kita akan menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Cuci muka dan mandi sebaik sahaja kita bangun pada waktu pagi dan terus menggosok gigi. Bersihkan tangan sebaik sahaja kita menggunakan tandas.”

Pada waktu pagi, kita perlu bangun lebih awal. Pada waktu malam, kita perlulah tidur lebih lewat sedikit. Kebanyakan ibu bapa berpendapat bahawa tabiat ini akan menyebabkan kesihatan anak mereka terjejas. Oleh itu, mereka lebih gemar untuk memberi anaknya tidur lebih lama. Sesungguhnya, tidur memang lebih penting berbanding dengan makan. Hal ini demikian kerana semasa manusia sedang tidur, semua organ dalam badan barulah dapat rehat. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Namun, apabila seseorang itu amat bercita-cita tinggi, masa tidurnya akan semakin kurang.

Kita selalu berkata bahawa Cikgu Yang ialah seorang yang “bangun awal dan tidur lewat”. Apa maksudnya? Tidur pada pukul dua malam dan bangun pada pukul tujuh pagi. Inilah maksud sebenar “bangun awal dan tidur lewat”. Adakah kamu semua pernah berjumpa dengan Cikgu Yang? Beliau hanya tidur empat jam sehari tetapi beliau sentiasa bersemangat. Kita yang lebih muda pun berasa amat malu. Pernah satu kali seorang tabib perubatan Cina yang amat handal telah membuat permeriksaan kesihatan untuk Cikgu Yang. Tabib itu telah berkata, “Kamu tidur begitu sikit tetapi kamu boleh bersemangat pada setiap hari. Hal ini adalah kerana kamu telah menghisap Qi (aura dan semangat) dari tanah dan langit.” Apakah itu Qi dari tanah dan langit? Apabila kita sentiasa ingat sifat-sifat yang

Page 351: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

351

dimiliki oleh orang-orang beriman, Tuhan akan beri keadaan tubuh badan kita semakin baik. Walau bagaimanapun rakan-rakan sekalian, setiap keputusan yang bagus memakan masa yang panjang untuk mencapainya. Janganlah anda berkata, “Saya mahu ikut tabiat CikguYang. Hari ini saya akan tidur empat jam sahaja.” Nanti seminggu berlalu, anda pun menjadi tidak bermaya. Saya tidak akan bertanggungjawab akan perbuatan anda. Kita boleh melakukan lebih banyak aktiviti seperti membaca buku untuk menyeronokkan kehidupan kita. Apabila kita berasa bermotivasi, keinginan untuk tidur akan berkurangan.

Dalam buku “Ajaran Pendidikan Keluarga Zhu” telah menyatakan bahawa “Bangun awal, bersihkan rumah, subuh rehat, malam tutup pintu”. Pada awal pagi, kita perlulah bangun dan membersihkan rumah serta membuat segala kerja rumah. Pada waktu malam, kita haruslah meronda di sekeliling rumah untuk memastikan semua pintu dan tingkap telah ditutup. Selepas itu, kita perlu mengucap salam kepada ibu bapa. Kita haruslah tidur selepas kedua-dua orang tua telah tidur. Oleh itu, “malam harus tidur lewat”. Kita selalu dengar sajak-sajak dahulu yang membawa maksud “orang rajin membaca buku sampai pukul tiga malam dan bangun untuk membuat urusan lain pada pukul lima pagi”. Apabila seseorang mempunyai matlamat yang jelas, dia akan menghargai masa dan tidak rela untuk membazirkan masa. Orang Cina amat menghargai masa kerana masa itu ibarat emas. Sememangnya, kamu tidak boleh membeli masa yang telah berlalu walaupun kamu amat kaya dan mempunyai harta benda yang banyak. Apabila seseorang anak amat berwaspada, dia tidak akan mensia-siakan masa dengan melakukan perkara yang tidak bermakna. Pada zaman dinasti Han, ada sebuah sajak yang telah menyatakan bahawa apabila kita tidak berusaha pada masa muda, kita akan menyesal apabila tua kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. Kita berharap bahawa anak-anak kita tidak akan ada sesalan seperti ini. Jadi, kita mestilah memastikan anak-anak menghargai masa sejak kecil dan mempunyai rutin kehidupan yang betul. Janganlah memberi peluang kepada anak-anak untuk bangun waktu tengah hari semasa cuti sekolah.

Apabia kita mengajar anak-anak untuk membaca kitab suci, kita juga perlu memberi penekanan akan rutin kehidupan. Kita perlu memberitahu

Page 352: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

352

anak-anak bahawa bangun pada pukul enam setengah pagi dan membaca Di Zi Gui pada pukul tujuh pagi tepat. Anak-anak telah mengamalkan rutin ini sejak berusia enam tahun. Ada seorang budak perempuan telah tidur lewat pada malam sebelum Tahun Baru Cina. Ibunya pun telah memasangkan jam loceng sejam lewat agar dia dapat tidur dengan cukup. Namun, anak ini telah biasa akan rutin yang diamalkannya. Dia telah bangun pada pukul enam pagi, tetapi balik tidur semula apabila dia ternampak jam locengnya menunjuk pada pukul lima pagi. Tetapi, dia telah berasa semakin tidak selesa masa dia tidur. “Kenapakah masa berlalu dengan begitu lambat?”, dia berfikir. Apabila dilihatnya jam loceng menunjukkan tujuh pagi. Dia pun keluar dari bilik dan telah mendapati waktu yang sebenar ialah lapan pagi. Anak ini pun mula menangis sekuat-kuatnya sambil berkata, “Dah pukul lapan pagi tetapi saya belum menghafal Di Zi Gui!” Kenapakah anak ini menangis? Hal ini demikian kerana dia telah menganggap perkara menuntut ilmu sebagai satu kewajiban. Dia telah mengikari pesanan cikgunya. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlulah bekerjasama dengan cikgu dalam memantau anak-anak. Anak-anak tidak akan terjejas apa-apa pun jika kurang tidur setengah jam. Namun, jika anak-anak hilang sifat menghargai ilmu, hal ini akan mendatangkan kerugian yang besar. Bab ini akan berhenti di sini. Sekian, terima kasih.

Page 353: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

353

Sesi 21Pemupukan Tiga Keupayaan Utama :

Kawal Diri, Berdikari, Bekerja

Selamat sejahtera, rakan-rakan sekalian. Dalam bab yang lepas, kita telah menyentuh topik “Etika orang muda dalam kalangan orang yang lebih tua” yang berkaitan dengan cara-cara melayan dan menghantar tetamu. Dalam adab melayan tetamu, ada lagi satu adab yang kita tidak boleh abaikan iaitu adab menjawab telefon. Adakah anak-anak pada zaman ini menyambut panggilan dengan tatacara yang bersopan santun? Saya pernah menelefon kawan saya dan kebetulan pada masa itu anaknya yang menjawab panggilan saya. Saya berkata, “Adakah ayah kamu berada di rumah?” Dia menjawab, “Tidak ada.” “Di manakah ayah kamu pergi?” “Tidak tahu!” Dia telah menamatkan panggilan tanpa mengucapkan apa-apa. Jika seseorang anak tidak tahu tatacara menjawab telefon, dia bukan sahaja tidak mempunyai sifat berbudi bahasa, malahan dia telah menjatuhka maruah keluarganya dengan secara tidak langsung. Oleh itu, adab menyambut panggilan telefon yang tepat dan bersopan santun perlulah kita ajar kepada anak-anak.

Kita hendaklah memberi latihan yang pratikal kepada anak-anak apabila mengajar mereka cara menyambut penggilan telefon. Menjawab panggilan dengan berkata, “Selamat sejahtera. Saya ialah Tsai Li Hsu.” Kita perlulah melaporkan identiti sendiri. Seterusnya, kita harus berkata, “Siapakah yang anda ingin cari?” Jika pihak lawan bertanya, “Adakah ayah kamu berada di rumah?” Jikalau ayah berada di rumah, kita harus membalas dengan berkata, “Sila tunggu sebentar. Saya pergi panggil ayah saya.” Dengan ini, kita perlulah meletakkan telefon dan pergi memanggil ayah dengan segera. Jikalau ayah tidak berada di rumah, anak-anak haruslah tahu tatacara yang betul untuk memberitahu pihak lawan. “Minta maaf. Ayah saya telah keluar. Siapakah yang membuat panggilan? Ada apa-apa pesanan yang perlu saya beritahu pada ayah?” Tanyalah pesanan orang kerana tentulah ada urusan yang penting hingga orang lain membuat panggilan. Jadi, kita haruslah bertanya dengan jelas agar orang lain tidak membazirkan usahanya untuk menelefon. Kita boleh memberitahu nombor telefon bimbit ayah kepada dia. Jika seseorang anak telah mahir akan tatacara menyambut panggilan telefon sejak kecil, sudah pasti cara dia mengendalikan sesuatu perkara akan

Page 354: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

354

memuaskan hati semua pihak. Tatacara menyambut panggilan telefon juga mempunyai langkah terakhir yang amat penting, iaitu kita perlu menunggu orang yang lebih tua untuk menamatkan panggilan dahulu, barulah kita menamatkan. Hal ini demikian kerana orang yang lebih tua mungkin ada perkara yang lain untuk dimaklumkan. Jika kita menamatkan panggilan dengan cepat, apa-apa yang dia ingin sampaikan akan tergantung. Perbuatan ini juga dapat menunjukkan sifat menghormati orang yang lebih tua. Kita haruslah sentiasa berwaspada akan tingkah laku dan perbuatan kita kerana “satu ayat boleh membangunkan negara kita dan pada masa yang sama satu ayat juga dapat menjatuhkan negara”. Maka, apabila kita berhati-hati dalam kehidupan seharian, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan banyak kesalahan, malah tragedi malang mungkin juga dapat dielakkan.

Ada seorang telah mengajak tiga rakan baik untuk menjamu selera, tetapi hanya dua kawan telah sampai tetapi seorang lagi tidak hadir. Sambil menunggu di pintu masuk restoran dia merungut dengan berkata, “Mengapakah yang patut datang tidak tiba-tiba lagi.” Salah seorang rakannya yang terdengar rungutan lalu berkata, “Yang patut datang tidak tiba lagi? Adakah saya dikira sebagai orang yang tidak patut datang?” Jadi, kawan yang telah hadir ini tidak gembira lalu dia pun beredar balik. Maka, siapakah yang menemani orang itu untuk makan malam? Jawapannya dia perlu menjamu selera sendirian. Walaupun situasi di atas seperti satu jenaka, tetapi hal ini telah mengingatkan kita bahawa setiap orang perlu berfikir betul-betul sebelum mengeluarkan kata-kata. Kita haruslah meningkatkan tahap sensitiviti kita dengan selalu bertanya kepada diri sendiri, “Adakah ucapan saya akan menyinggung perasaan orang lain?” Oleh itu, orang sentiasa berkata, “Janganlah kita bercerita perkara yang menyedihkan di hadapan orang yang murung.” Hal ini telah mengajarkan kita agar menjaga perasaan orang lain dalam percakapan kita.

Namun, percakapan dan perbuatan merupakan fikiran seseorang. Oleh itu, orang yang betul-betul telah beribadat pastilah akan berwaspada. Dia akan berwaspada semasa fikiran mula dibentuk. Apabila setiap fikirannya pun sentiasa berwaspada, percakapan dan perbuatannya tidak akan mempunyai perbezaan yang besar daripada nilai-nilai moral. Misalnya, dalam topik “berwaspada” ini, ia telah mengajar setiap orang agar sentiasa berhati-hati.

Page 355: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

355

Janganlah sesekali mencuba untuk membazirkan masa dan mensia-siakan makanan. Fikiran yang berkaitan pembaziran, ketamakan, kemalasan dan kebiadapan perlu dihapuskan dengan segera sebelum fikiran tersebut mula dibentuk.

Apabila kita membuat kesimpulan akan topik “berwaspada”, kita dapati topik ini telah melatih orang daripada tiga aspek, iaitu keupayaan untuk mengawal diri, keupayaan untuk menjalani kehidupan secara berdikari dan keupayaan dalam mengendalikan urusan. Anak-anak pada zaman moden ini masih tidak mempunyai ketiga-tiga keupayaan ini. Maka, kita perlu mendidik mereka dengan baik. Dalam bab yang lepas, kita pernah membangkitkan kisah seorang budak lelaki yang berumur tujuh tahun di Shan Tou, Guang Dong yang telah belajar Di Zi Gui daripada seorang cikgu selama dua bulan. Cikgunya telah menyuruh budak ini menceritakan perasaan dan pandangannya sepanjang tempoh pembelajaran ini. Budak ini pun naik ke pentas dan ayat pertama yang disebutnya “Setelah saya belajar Di Zi Gui, barulah saya tahu kita perlu mentaati ibu bapa kita”. Adakah ayat ini amat bermakna? Kata kunci dalam ayat ini ialah “barulah”. Kita sebagai orang dewasa selalu berkata, “Dia telah begitu besar, sepatutnya dia tahu.” Perkataan “sepatutnya” harus dibincangkan secara mendalam. Ajaran-ajaran orang-orang beriman telah pupus sejak dua generasi dahulu. Jadi, kita tidak boleh memarahi anak-anak apabila tingkah laku mereka kurang wajar. Sebaliknya, kita perlu membuat semakan semula terlebih dahulu dengan berfikir sama ada kita pernah mengajar mereka atau tidak. Hal “mengajar” di sini bukanlah menggunakan mulut sahaja, tetapi sama ada kita telah menjadi suri teladan yang baik atau tidak. Budak ini telah meneruskan ucapannya dengan berhujah, “Sebelum saya belajar Di Zi Gui, saya telah berfikir kaedah-kaedah untuk melawan dan ingkar suruhan serta nasihat ibu bapa saya pada setiap hari.” Budak lelaki ini hanya berusia tujuh tahun sahaja! Ibunya yang duduk di hadapan pentas terkejut mendengar pengakuan anaknya. Ibunya tidak percaya bahawa anak kandungnya tergamak berfikir demikian rupa.

Rakan-rakan sekalian, adakah kita telah memahami apa-apa yang difikir dalam otak anak kita? Adakah kita telah tahu segala perbuatan dan pertuturan anak-anak kita pada setiap hari? Jika kita sendiri pun tidak boleh

Page 356: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

356

pasti fikiran anak-anak, bagaimanakah kita harus mendidik anak-anak kita? Maka, mendidik sememangnya memerlukan kesabaran dan keprihatinan. Kita perlulah menggunakan lebih banyak masa untuk memahami dan mengambil berat, barulah anak-anak dapat menjadi seorang yang rasional. Mengapakah seorang anak yang baru berumur tujuh tahun ingin mengingkari ibu bapa sendiri? Hal ini adalah kerana hubungan antara dia dan ibu bapa tidak rapat. Apakah kemungkinan yang menyebabkan hubungan antara anak-anak dan ibu bapa tidak rapat? Apakah faktor yang menyumbang kepada masalah ini? Ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki sehingga tidak ada masa untuk menemani anak-anak. Siapakah yang lebih rapat dengan anak-anak? Jawapannya ialah cikgu di kelas tuisyen atau pembantu rumah. Kadang-kala ibu bapa ingin menjaga maruah diri, jadi mereka akan menghantar anak-anak ke banyak kelas tuisyen. Hal ini telah menyebabkan anak-anak berasa semakin panas baran apabila semakin lama belajar. Adakah ibu bapa menyelami perasaan anak-anaknya? Berkemungkinan besar ibu bapa telah mengabaikan emosi anaknya. Maka, kita perlulah memberi lebih banyak usaha untuk memahami perasaan, pandangan dan fikiran anak-anak. Kita mestilah mencari sebab musababnya, barulah dapat mendidik anak-anak dengan berkesan. Anak-anak zaman ini tidak mempunyai keupayaan mengawal diri yang cukup. Oleh itu, topik “berwaspada” telah mendidik kita agar “bangun awal supaya masa tidak akan dibazirkan dan kita tidak akan menyesal apabila telah tua”. Kehidupan seseorang patutlah sistematik dan janganlah selalu tidur sampai waktu tengah hari. Hal ini juga dapat menunjukkan keupayaan seseorang dalam mengawal diri sendiri. Kita juga perlu memberi perhatian dalam pemakanan seharian. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan banyak makan sayur-sayuran dan kurang makan daging. Janganlah kita memilih makanan dan makan terlalu banyak. Hal ini akan membebankan badan kita lalu memudaratkan kesihatan kita. Dari segi pemakanan juga dapat meningkatkan keupayaan kita untuk mengawal diri.

Yang kedua, iaitu keupayaan untuk menjalani kehidupan secara berdikari. Selepas balik ke rumah, baju dan topi yang telah dipakai perlulah diletakkan ke tempat asalnya. Hal ini adalah untuk mengelakkan kekotoran dan memudahkan kita untuk mencari benda-benda tersebut apabila kita

Page 357: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

357

ingin memakainya semula. Walaupun kita telah menyebut dua benda sahaja, iaitu baju dan topi perlu diletak balik ke tempat asal, namun bolehkah kita hanya mendidik anak-anak untuk meletakkan dua benda tersebut sahaja ke dalam almari? Apakah yang patut kita ajar? Jawapannya ialah segala barang patut diletakkan ke tempat asalnya. Apabila kita telah menggunakan sesuatu benda, kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita untuk meletakkannya ke tempat di mana kita ambil. Apabila anak-anak mempunyai keupayaan untuk menjalani kehidupan secara berdikari, barulah mereka tidak akan menjadikan kehidupan sehariannya dalam keadaan yang huru-hara.

Kebanyakan mahasiswa pada zaman ini telah mengupah pembantu rumah untuk membasuh baju dan mengemaskan rumah. Duit siapakah yang mereka guna untuk membayar gaji pembantu rumah? Jawapannya ialah ibu bapa. Sememangnya, keupayaan untuk menjalani kehidupan secara berdikari dalam mahasiswa sekarang perlu diperkuatkan. Apabila dia sendiri pun tidak dapat menjaga kehidupan sendiri, adakah dia dapat melaksanakan kewajiban dalam kerja dan keluarga dengan sempurna pada masa hadapan kelak? Jawapannya adalah mungkin boleh tetapi akan sangat sukar. Jika kita sebagai ibu bapa tidak melatih anak kita sekarang dan telah meletakkan semua urusan ke bahu sendiri, berapa lamakah kita dapat menanggung? Kebanyakan orang sekarang telah menyerahkan anaknya kepada nenek dan datuk untuk dijaga selepas mereka berkahwin dan bersalin. Sampai bilakah datuk dan nenek dapat merehatkan diri mereka? Saya berasa sehingga mereka memejamkan mata pun ada perkara untuk dibimbangkan. Adakah hayat kehidupan seperti ini dikira baik atau tidak? Pada zahirnya, mereka telah membantu anak-anak tetapi sebenarnya mereka telah menyebabkan anak-anak tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Kita patut memulangkan segala kerja dan kewajiban yang perlu dilaksanakan oleh anak-anak kepada mereka. Dengan ini, kehidupan mereka akan bermakna, penuh dengan pahala dan bahagia.

Yang ketiga, iaitu keupayaan untuk mengendalikan urusan. Apabila kita sedang melakukan sesuatu perkara, janganlah kita berasa panik dan gementar kerana hal ini dapat menimbulkan kesilapan. Janganlah kita berasa teragak-agak apabila menghadapi cabaran dalam melakukan sesuatu hal. Kita juga tidak boleh menyempurnakan sesuatu perkara dengan

Page 358: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

358

bersahaja dan sambil lewa. Janganlah kita berjanji untuk menyempurnakan sesuatu urusan dengan permintaan yang tidak wajar dan tidak sesuai. Jika kita telah berjanji tanpa berfikir panjang, hal ini akan menyebabkan kita dalam keadaan yang susah untuk menentukan sama ada urusan itu harus dilaksanakan atau tidak. Semua ini berkaitan dengan keupayaan untuk mengendalikan urusan. Maka, semua aspek dalam topik “berwaspada” telah dapat memajukan keupayaan anak-anak dengan baik. Seterusnya, marilah kita membincangkan satu ayat demi satu ayat, iaitu “Sebaik-baiknya kita bangun pagi sebelum ibu bapa kita bangun. Pada sebelah malam pula kita hanya tidur selepas ibu bapa kita sudah tidur. Apabila kita menyedari yang masa itu tidak dapat diganti dan setiap tahun umur kita meningkat, kita akan menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada.”

Orang-orang beriman di negara China pada zaman dahulu amat mementingkan masa. Peribahasa Cina yang sering disebut ialah “emas susah untuk ditukarkan kepada masa”. Walaupun orang dahulu telah berpendapat seperti ini, tetapi adakah anda mempunyai perasaan ini? Marilah kita pergi bertanya remaja sekarang sama ada mereka mempunyai perasaan yang sama atau tidak. Jawapannya kebanyakan remaja tidak berpendapat bahawa masa amat berharga. Kita semua telah mengetahui bahawa kebanyakan orang yang ternama pada zaman dahulu amat menghargai masa.

Misalnya, Sima Guang telah menggunakan sembilan belas tahun untuk menghasilkan karya yang sangat penting, iaitu Zi Zhi Tong Jian. Oleh sebab takut membazirkan terlalu banyak masa sewaktu tidur, jadi dia telah mencipta satu bantal dalam bentuk bola dan diperbuat daripada kayu. Apakah kesan tidur di atas bantal yang berbentuk bola? Jika dia memusing badan sedikit pun, berkemungkinan besar kepalanya akan terjatuh. Dengan ini, dia akan terjaga daripada tidur. Dia mengganggap dirinya telah mempunyai rehat yang mencukupi lalu meneruskan kerjanya. Oleh sebab Sima Guang mempunyai semangat yang tinggi ini, barulah dia dapat menghasilkan karya yang begitu terkenal. Motivasi apakah yang menyebabkan dia rela tidur sikit dalam menyiapkan Zi Zhi Tong Jian? Jawapannya ialah motivasi untuk menyumbang tenaga kepada negara dan berbakti kepada generasi yang akan datang. Hal ini demikian kerana sejarah umpama sekeping cermin, jika kita telah memahami apa-apa yang dinyatakan dalam Zi Zhi Tong Jian, sudah

Page 359: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

359

pasti kita tidak akan melakukan banyak kesilapan dalam kehidupan seharian kerana apa-apa kesalahan yang pernah berlaku dahulu dapat mengingatkan kita jangan mengulanginya pada masa yang akan datang.

Encik Wang Yangming pernah menyatakan bahawa “seseorang tidak akan berjaya dalam semua perkara jika dia tidak menetapkan satu matlamat hidup yang jelas dari mula lagi.” Adakah seseorang dapat melaksanakan semua urusannya dengan baik dalam sepanjang hayatnya tanpa satu matlamat hidup yang jelas? Jawapannya ialah tidak. Oleh itu, kita perlu menghargai masa. Yang pertama, kita perlu menetapkan matlamat hidup sendiri. Hayat manusia amat pendek. Dalam hayat yang terhad ini, kita perlulah membalas jasa kepada ibu bapa yang telah membesarkan kita, adik-beradik yang telah menjaga kita, orang-orang tua yang banyak membimbing kita dan negara yang menyara kita. Apabila seseorang sentiasa berfikir akan jasa yang dia hutang pada orang lain, dia akan berusaha untuk mentaati ibu bapa, menyayangi adik-beradik dan berkhidmat untuk masyarakat. Jadi, seseorang yang menghargai masa sudah pasti adalah disebabkan dia sangat menghormati orang lain. Apabila dia menghormati ibu bapa dan orang yang sayang akan dia, dia akan menjaga diri sendiri dengan sempurna agar mereka tidak akan berasa sedih dan kecewa. Oleh itu, seseorang yang tahu melaksanakan kewajibannya dengan hati yang penuh tanggungjawab tidak perlu disuruh pun sendiri akan rajin mengusahakannya.

Namun, kebanyakan orang akan mengabaikan masa, iaitu mereka tidak sedar bahawa masa yang telah berlalu tidak dapat dikejar balik. Seorang orang beriman pernah berkata, “Hanya ada satu perkara tidak pernah berhenti sejak seseorang telah lahir.” Apakah perkara itu? Manusia telah menuju ke arah kematian sejak lahir ke dunia ini. Setiap kali kita menyambut tahun baru, hal ini bukan sahaja satu tahun yang baru telah menjelang, malah juga menunjukkan satu tahun yang lama telah berlepas pergi. Ada berapa banyak perkara yang patut dilaksanakan tetapi belum lagi kita lakukan? Ada seorang pelukis yang bernama Wen Jia pada zaman dinasti Ming telah merangka sebuah sajak yang mengandungi harapan dan pesanannya terhadap kita. Makna sajak ini ialah kita perlu menghargai masa dan janganlah menangguhkan perkara yang patut dihabiskan pada hari ini ke esok hari. Jika kita selalu berfikir kita boleh menyiapkan sesuatu perkara

Page 360: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

360

pada hari esok atau pada tahun hadapan, masa akan hilang dari tangan kita tanpa disedari. Hal ini amat menyedihkan.

Saya telah tinggal di Haikou, Hainan selama empat bulan dan saya telah mendapati satu pengajaran, iaitu “apabila kamu mendapati kamu ada banyak perkara mesti dilakukan, kamu mesti habiskan. Namun, apabila kamu ingin melaksanakan tetapi kamu tidak ada keupayaan lagi, kamu akan berasa amat menyesal dan sangat menderita pada masa itu”. Oleh itu, kita perlu pandai mengambil peluang untuk menyebarkan budaya tradisional. Hal ini demikian kerana kita akan berasa susah hati apabila kita ingin menyebarkan budaya taat kepada ibu bapa sebagai dasar kehidupan tetapi tidak ada keupayaan lalu tidak dapat membantu masyarakat dan negara. Hal ini sama seperti melihat seorang yang hampir lemas tetapi kita sendiri tidak tahu berenang lalu tidak dapat menyelamatkannya. Selain itu, apabila kita mendapati anak-anak perlu dididik dengan baik tetapi kita pula yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan, hal ini boleh dianggap sebagai masalah yang amat besar. Janganlah kita membiarkan penyesalan berlaku dalam sepanjang hidup kita. Jadi, kita perlu berusaha untuk memajukan diri agar menjadi seorang yang berilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana hanya ilmu pengetahuan dapat menyelesaikan segala masalah dalam kehidupan.

Oleh itu, matlamat pertama dalam kehidupan kita bukanlah untuk mendapat keuntungan yang lumayan tetapi adalah untuk meningkatkan kebijaksanaan. Tanpa kebijaksanaan, kita akan membuat banyak pilihan yang salah dalam kehidupan sendiri. Kita mestilah menghabiskan kebanyakan masa dalam sepanjang hayat untuk membaiki atau membetulkan pilihan yang tidak tepat. Adakah seseorang itu akan menjadi lebih rajin atau tidak setelah tamat belajar di universiti? Kebanyakan orang tidak menyentuh buku selepas graduasi dari universiti. Sebenarnya, kebanyakan kemahiran yang kita perlu gunakan dalam kehidupan adalah dilatih semasa kita mula bekerja. Tetapi, sikap kita pula telah berhenti belajar, jadi tidak hairanlah kehidupan kita jadi semakin susah semakin lama kita bekerja. Ramai orang telah berasa kecewa apabila banyak hal tidak berjalan lancar seperti yang mereka ramalkan dan mereka tidak tahu cara untuk menyelesaikannya, lalu mereka pun melakukan perkara-perkara terlarang untuk menenangkan diri.

Page 361: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

361

Lantaran itu, kita perlu pandai membezakan hal-hal yang penting dalam kehidupan dan meluangkan lebih banyak masa untuk belajar daripada orang-orang yang beriman dan berilmu.

Kita sendiri perlu mempunyai sikap menghargai masa, barulah kita dapat mendidik anak-anak untuk menghargai masa. Ada seorang anak yang suka membazirkan masa dengan tidak belajar. Ayahnya sangat berharap dapat mengajar anaknya untuk mementingkan masa, jadi dia telah mencari satu kayu yang panjangnya lapan puluh inci. Mengapakah ayahnya telah menggunakan kayu yang begitu panjang? Ramai kanak-kanak berpendapat bahawa kayu itu akan digunakan untuk memukul anak tersebut. Memukul orang menggunakan kayu yang begitu panjang adalah sangat dahsyat. Ayah itu berkata kepada anaknya, “Hayat manusia adalah seperti kayu ini, lapan puluh inci mewakili lapan puluh tahun. Sebelum kamu berumur 20 tahun, kamu tidak ada keupayaan untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Kamu hanya boleh menerima perkhidmatan dan bantuan orang lain. Dalam sepanjang masa ini, kamu tidak dapat menyumbangkan apa-apa, jadi kita perlu potong kayu ini”. Ayah ini telah mengambil kapak lalu memotong bahagian hadapan kayu yang lebih kurang dua puluh inci. Perbuatan ini telah mengejutkan anaknya.

Seterusnya, dia pun berkata, “Manusia jatuh sakit dan tua setelah berusia enam puluh tahun lalu tidak dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat. Jadi, tempoh masa ini juga perlu disingkirkan.” Ayah ini pun membuang satu potong. Dia telah membahagikan kayu yang tinggal kepada tiga bahagian dan berkata, “Kamu akan membazirkan satu per tiga masa untuk tidur dari dua puluh tahun ke enam puluh tahun, jadi kita perlu potong lagi.” Anak ini telah mula berasa gementar. Selepas itu, ayahnya berkata lagi, “Kamu perlu mandi dan rehat pada setiap hari. Semua urusan ini juga akan mengambil satu per tiga kayu, jadi kita perlu potongkan.” Anak ini pun merayu dengan berkata, “Ayah, janganlah potong lagi. Saya sudah faham.” Ayah ini membalas, “Kamu tidak faham. Manusia juga menggunakan sebahagian masa untuk sembuh apabila mereka telah jatuh sakit. Jadi, sebahagian kayu ini juga perlu dipotong lagi.” Anak ini pun menarik tangan ayahnya dan berkata, “Ayah, saya janji bahawa saya tidak akan membazirkan masa lagi.” “Anakku, kamu tidak faham. Tengok, berapa

Page 362: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

362

banyak perkara yang tidak penting telah kamu sebut pada setiap hari.” Oleh itu, kita perlu menggunakan cara yang lebih kreatif untuk mendidik anak-anak kerana anak-anak sekarang tidak suka mendengar nasihat orang-orang tua.

Di samping itu, ada seorang ibu yang anaknya sedang belajar dalam darjah satu. Anak ini suka bangun lambat setiap pagi. Ibunya tahu anak ini pasti akan lewat apabila sampai ke sekolah, tetapi ibunya tidak memarahi dia. Adakah tindakan ini wajar? Ibunya mahu dia menanggung akibat daripada perbuatannya sendiri. Anak sekarang telah menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang mempunyai kartun atau gambar yang menarik. Semasa menggosok gigi, anak ini masih lagi bermain sekejap. Akibatnya, anak ini lewat sampai ke kelas. Anak ini telah balik ke rumah pada tengah hari untuk berehat. Ibunya nampak dia balik rumah dengan melompat dan mukanya bersenyum, ibu mengagak cikgunya pasti tidak mendenda anaknya, jika tidak mukanya pasti kelihatan malu. Jika anda ialah ibu tersebut, apakah akan anda laku? Maka, pendidikan perlu sentiasa dilaksanakan dan menitikberatkan permulaan kehidupan. Jika kesilapan anak-anak tidak dibetulkan pada permulaan lagi dan kesilapan itu telah menjadi satu tabiat, kita akan amat penat untuk mengubahnya.

Oleh itu, ibu ini pun mengambil inisiatif untuk menghubungi guru kelas anaknya. Dia telah berkata: “Cikgu, anak saya telah lewat ke sekolah pada hari ini.” Cikgu ini pun berkata, “Takpa, takpa.” Ibu ini pun berkata, “Mana boleh takpa?” “Saya cakap takpa kerana saya berfikir bahawa puan ingin memberi penjelasan atas kelewatan anak puan.” Jadi, daripada reaksi guru ini, kita menyimpulkan bahawa ibu bapa sekarang suka membantu anak-anak untuk menutup kesalahan mereka. Hal ini telah menganiaya diri mereka secara tidak langsung. Ibu ini telah berkata, “Cikgu, hal ini amat penting. Cikgu mesti mengenakan hukuman kepada anak saya.” Cikgu ini pun tergelak sambil berkata, “Jarang-jarang ada ibu yang menyuruh cikgu mendenda anak mereka.”

Pada petang itu anak tersebut pulang ke rumah dengan wajah yang sedih. Dia telah mengeluarkan jam loceng yang baru dibeli setelah masuk ke rumah. Akhirnya, jam loceng itu telah menyelesaikan masalahnya. Dia telah

Page 363: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

363

menetapkan waktu bangun pagi pada pukul enam setengah, barulah hatinya lega. Ibunya tertawa melihat perbuatan anaknya lalu berkata, “Kamu set jam pada pukul enam setengah, nanti jam loceng itu akan berbunyi sewaktu kita makan malam.” Anak ini tidak tahu bahawa sehari semalam ada dua puluh empat jam dan ada enam setengah pagi serta ada enam setengah petang. Barulah anak itu sedar apabila ibunya menjelaskan begitu. Jadi, dia pun berkata, “Ah, saya patut menetapkan masa pada jam loceng selepas makan malam.” Ibu ini tidak menegurnya, tetapi ibu telah mengambil peluang untuk mendidik anaknya. Kemudiannya anak ini telah membawa jam loceng bersama dengannya tidak kira di mana dia pergi selepas kejadian tersebut. Apabila anak-anak telah memupuk tabiat yang baik ini, dia tidak akan lewat dan menangguhkan masa lagi. Maka, kita perlu pandai mengambil peluang dalam usaha mendidik anak-anak.

Bagaimanakan seseorang dapat menghargai masa? Melalui cerita-cerita yang saya kongsikan, kita semua telah mendapati bahawa seseorang perlu menetapkan satu matlamat dahulu dan seterusnya barulah mengajar anak-anak dengan bersistematik. Kita perlu menetapkan matlamat mengikut jangka, iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Dengan ini, barulah kita menemui kaedah yang betul untuk melaksanakan pendidikan yang berkesan. Dalam masa yang sama, kita hendaklah kurang menyebutkan perkara-perkara yang tidak penting. Berapa lamakah seseorang akan bercakap apabila dia mula mengeluarkan perkataan yang pertama? Sudah pasti sekurang-kurangnya satu jam atau dua jam. Masa akan dibazirkan dengan cepat dan tanpa disedari. Maka, bercakap sikit lebih baik daripada bercakap banyak dan bercakap hal yang baik-baik dan berguna lebih baik daripada bercakap sedikit. Sebutlah perkara yang patut disebut sahaja dan jangan sesekali mengungkit perkara yang tidak baik. Kita perlu mengeluarkan fikiran yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Kita boleh menggunakan masa yang habis kerana bercakap dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Lagipun, jika kita banyak sangat mengeluarkan pendapat, semuanya akan tersebar kepada orang ramai, konflik dan pertentangan akan timbul secara tidak langsung. Akhirnya salah faham akan berlaku dan ini akan merimaskan kita pada setiap hari.

Selain itu, kita tidak perlu hanya memikirkan masalah sahaja.

Page 364: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

364

Berdasarkan kajian, lima puluh peratus masalah yang difikir adalah berkaitan dengan masa depan, empat puluh peratus pula berkaitan dengan perkara yang telah berlalu dan hanya sepuluh peratus masalah adalah berkaitan dengan perkara sekarang atau semasa. Satu kajian telah dilaksanakan dengan menyuruh semua orang yang hadir menulis masalah yang mereka hadapi pada waktu itu pada sekeping kertas dan menyimpan di dalam laci. Selepas satu minggu, mereka diarahkan untuk mengeluarkan kertas itu dari laci. Mereka mendapati bahawa kebanyakan perkara bukan masalah lagi. Selepas dua minggu kemudian, mereka dikehendaki membaca semula masalah yang mereka tulis dulu. Rupanya semua perkara itu tidak lagi menjadi masalah kepada mereka. Ada satu simpulan bahasa Cina yang membawa maksud bahawa manusia suka berfikir masalah-masalah berasaskan perkara yang tidak penting. Hal ini akan membazirkan masa dan duit kita sahaja. Oleh itu, kita patut berusaha untuk meningkatkan tahap kebijaksanaan supaya kita dapat membuat keputusan yang tepat. Dengan ini, kita tidak akan berjalan ke hala tuju yang salah. Namun, tempoh masa kita belajar tidak boleh dikurangkan. Semua ini adalah untuk memberi kita beberapa gambaran berkaitan dengan konsep menghargai masa. Marilah kita baca ayat seterusnya bersama-sama. “Cuci muka dan mandi sebaik sahaja kita bangun pada waktu pagi dan terus menggosok gigi. Bersihkan tangan sebaik sahaja kita menggunakan tandas.”

Ayat-ayat di atas adalah berkaitan dengan cara penjagaan kebersihan diri. Pepatah Cina mengatakan, “kebersihan diri merupakan asas untuk memperoleh badan yang sihat”. Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya virus dan bakteria tidak menyerang badan kita. Lagipun, seseorang itu telah mentaati ibu bapanya secara tidak langsung apabila dia menjaga badan sendiri dengan sempurna.

Dalam buku Xiao Jing berkata, “Taat setia bermula dari badan, rambut dan kulit dari waktu dilahirkan oleh ibu bapa lagi, tidak berani dilukai”. Di Zi Gui juga telah berkata, “Kita perlu menghargai badan kita dan jangan sesekali mencederakan badan kita agar ibu bapa tidak akan bimbang.” Maka, dalam topik “berwaspada”, apa-apa yang kita belajar nampaknya fokus akan diri sendiri, tetapi sebenarnya diri sendiri dan orang lain adalah berkaitan. Jika kita tidak dapat menjaga badan kita dengan baik, ibu bapa kita sudah

Page 365: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

365

pasti akan berasa amat bimbang.

Konfusius telah mengemukakan satu ajaran dalam buku Lun Yu, iaitu “ibu bapa akan risau jika kita sakit”. Kita boleh mengganggap perkataan “sakit” sebagai penyakit ataupun tabiat yang buruk. Cinta akan kebersihan diri barulah dapat menjamin kesempurnaan badan. Seterusnya, kita harus mengamalkan rutin kehidupan seharian yang bersistematik. Hal ini merupakan pokok pangkal untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat dan kuat. Lagipun, apabila kamu mengendalikan urusan dengan berhati-hati, kamu akan jarang melakukan kesilapan dan hal ini dapat menyenangkan hati ibu bapa. Jadi, perkataan “sakit” ini dapat ditaksirkan dengan luas, iaitu tubuh badan yang sihat dan tidak melakukan kesalahan apabila berinteraksi dengan orang lain serta dalam mengendalikan urusan. Ibu bapa tidak akan bimbang lagi apabila kita dapat melaksanakan semua ini. Seseorang yang menghargai tubuh badan sendiri dan mementingkan kebersihan diri juga dianggap sebagai insan yang menghormati orang lain. Kata-kata hikmat telah mengatakan, “Manusia perlulah menghormati diri sendiri dahulu barulah orang lain akan menghormati dirinya”. Apabila kamu menitikberatkan kebersihan diri dan baju yang dipakai juga kemas, orang lain akan mempunyai tanggapan yang baik akan kamu lalu menghormati kamu. Namun, apabila rambut kita kusut masai dan baju pun kotor, apakah tanggapan orang lain sebelum mereka berkenalan dengan kita? Mereka akan memandang rendah akan kita. Maka, janganlah kita marah atau tegur orang lain apabila mereka memandang rendah akan kita. Apakah yang kita patut buat dahulu? Kita perlulah meneliti diri sendiri sama ada kita ada kekurangan dalam adab-adab kehidupan seharian.

Selepas bangun pagi, kita mestilah membasuh muka dan menggosok gigi agar kita nampak lebih bersemangat dan mempunyai satu permulaan yang baik untuk hari yang baru. Menggosok gigi dapat mengatasi bau nafas yang tidak sedap. Hal ini amat penting kerana kita telah banyak bercakap dalam pergaulan seharian, jadi kita perlu menitikberatkan aspek ini. Jika seorang anak tidak gosok gigi dan mengeluarkan nafas yang busuk, bagaimanakah hubungan dia dan rakan sebaya di sekolah? Sudah pasti akan kurang baik. Apabila seseorang anak tidak berkawan rapat dengan rakan sebayanya sejak kecil, hal ini akan mengancam tahap keyakinan dalam dirinya. Saya pernah

Page 366: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

366

mengajar seorang pelajar yang pakaiannya sentiasa dalam keadaan kotor. Hal ini telah menyebabkan semua rakan sekelasnya telah meminggirkannya. Jika kita sebagai orang dewasa mengeluarkan bau nafas yang tidak sedap, kita juga susah untuk mendapat kawan. Seseorang akan mempunyai bau nafas yang busuk kerana toksik dalam badannya terlalu banyak sehingga terkeluar dari mulut. Mengapakah toksik dalam badan seseorang menjadi banyak? Hal ini adalah berkaitan dengan pemakanan kerana kebanyakan penyakit adalah akibat makanan yang kita makan. Selain itu, ada satu lagi faktor yang akan menyumbang kepada masalah ini, iaitu makan lewat malam.

Kebanyakan orang yang suka makan lewat malam mempunyai nafas yang busuk. Apakah faktor yang menyebabkan keadaan ini? Hal ini terjadi kerana mereka selalu makan selepas pukul sepuluh atau sebelas malam ataupun pada tengah malam. Ada yang makan makanan laut, ada yang makan daging dan ikan. Selepas satu jam, mereka pun tidur. Apabila kita tidur hanya dua organ sahaja yang menjalankan tugasnya iaitu paru-paru yang membantu kita bernafas dan jantung. Jika jantung berhenti berfungsi, kita akan mati. Organ yang lain akan berkata, “Tuan, saya perlu tutup pintu dan berehat. Esok saya akan kerja.” Maka, gastrik akan berhenti daripada mencerna. Makanan yang baru kita telan, terutamanya daging akan menjadi masam dan busuk. Gastrik kita ada jus gastrik dan suhu badan kita ialah tiga puluh tujuh celsius. Oleh itu, makanan akan basi dengan cepat. Toksik yang dihasilkan akan berkitar dalam seluruh badan. Sesungguhnya, makan lewat malam telah memberi banyak keburukan kepada kita. Kita perlulah memberi lebih banyak perhatian dalam hal ini.

Seterusnya, kita perlulah membasuh tangan selepas keluar dari tandas. Tabiat yang baik ini haruslah dibiasakan supaya kita sentiasa dalam keadaan yang sihat. Kita perlu sentiasa menitikberatkan kebersihan tangan dengan membasuh tangan secara teliti selepas habis menggunakan tandas. Manusia akan menggunakan tangan apabila makan. Jika tangan kita ada kuman, kita akan mudah jatuh sakit. Selain daripada membasuh tangan selepas keluar dari tandas, apakah waktu lain yang kita patut basuh tangan juga? Jawapannya adalah sebelum makan. Rakan-rakan sekalian, kita perlu banyak membuat pemerhatian. Hal ini demikian kerana apabila kita memberi penjelasan yang semakin teliti, tahap kecermatan anak-anak akan semakin tinggi.

Page 367: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

367

Janganlah kita mengabaikan pengaruh yang kita dapat hasilkan apabila kita mengingatkan anak-anak sedikit demi sedikit. Sebenarnya, anak-anak mempunyai kemampuan mengingat yang amat baik, mereka akan ingat apa-apa yang mereka pernah dengar atau nampak. Saya sering ingatkan anak-anak sesetengah perkara, tetapi saya juga akan lupa sekali-sekala. Pada waktu itulah mereka yang mengingati saya. Saya selalu melihat kebanyakan orang dewasa suka membelek wang kertas sambil menjilat jarinya apabila mereka sedang mengira wang kertas. Hal ini merupakan contoh yang salah. Sememangnya, kita perlu menjaga kebersihan diri agar dapat menjamin kesihatan tubuh badan dan menjadi suri teladan kepada anak-anak. Marilah kita tengok ayat yang seterusnya, “kita perlu mementingkan kekemasan cara pemakaian kita. Topi perlu dipakai dengan tepat, butang baju perlu ditutup dengan rapat, stokin perlu dipakai dengan kemas dan tali kasut perlu diikat dengan ketat.”

Hal di atas adalah berkaitan dengan cara pemakaian yang sesuai. Jika saya yang memberi ceramah pada hari ini telah tetapi dua butang teratas di baju tidak dikancing, apakah reaksi anda? Mungkin lebih kurang separuh hadirin akan beredar. Hal ini demikian kerana orang yang tidak tahu berpakaian tidak layak untuk memberi ucapan, Maka, orang dahulu amat mementingkan penampilan diri sendiri. Mereka sentiasa mengingatkan kita bahawa kita perlu memastikan “tiga ketat”. Yang pertama ialah topi perlu dipakai dengan ketat, yang kedua ialah tali pinggang perlu dipakai dengan ketat dan yang ketiga ialah tali kasut perlu diikat dengan ketat. Mereka akan sentiasa memeriksa sama ada topi senget atau tidak dan sama ada tali pinggang telah diikat dengan baik. Malulah jika seluar tiba-tiba terlucut. Tali kasut juga perlu diikat dengan ketat dan janganlah dibiarkan longgar. Orang lain akan memandang rendah akan kita jika kasut kita mengeluarkan bunyi semasa berjalan.

Ada satu kali saya perlu memberi ceramah tetapi masa yang ada sebelum ceramah bermula hanya tinggal sedikit sahaja. Di Haikou, ada sejenis pengangkutan yang dikenali sebagai “motorteksi”, “motor” merupakan motosikal manakala “teksi” ialah kereta sewa. Jadi, pengangkutan ini merupakan penunggang motosikal akan membawa seorang penumpang untuk menuju ke destinasi tertentu. Saya segera memanggil sebuah

Page 368: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

368

“motorteksi” agar sempat sampai ke tempat ceramah. Selepas sampai, saya pun mula memberi ceramah. Selepas habis memberi ucapan, saya pun pergi ke tandas. Saya telah dapati rambut saya kusut-masai apabila saya melihat cermin. Hal ini disebabkan angin yang kencang di sepanjang jalan. Saya telah memberi ceramah selama dua jam tetapi tidak ada satu orang pun memberitahu saya. Kemudian, apabila saya bertembung dengan cikgu-cikgu lain, saya berkata, “Kenapalah kamu semua tidak mengingatkan saya. Saya telah malu selama dua jam!” Maka, kita perlu sentiasa menjaga rupa dan pemakaian agar tidak menjatuhkan maruah diri di khalayak ramai. Pada Dinasti Chun Qiu, ada seorang pembesar yang bernama Zhao Xuanzi di Negara Jin. Pada masa itu, Jin Linggong merupakan maharaja negara itu. Walaupun baginda amat muda, tetapi dia tidak menerima pandangan orang lain dan juga tidak menjaga kebajikan rakyat jelata. Zhao Xuanzi merupakan seorang yang amat jujur dan selalu menasihati Jin Linggong apabila baginda melakukan kesilapan. Akibatnya, Jin Linggong berasa amat marah dan mengarahkan seorang pembunuh bernama Chu Ni (seorang yang amat kuat) untuk mengambil nyawa Zhao Xuan Zi. Mesyuarat pagi di istana biasanya diadakan pada awal pagi, oleh itu Chu Ni telah sempat datang ke rumah Zhao Xuanzi sebelum mesyuarat pagi bermula. Dia ternampak Zhao Xuanzi sudah bersiap sedia dengan pakaian yang lengkap dan kemas untuk menghadiri mesyuarat. Zhao Xuanzi sedang duduk dengan tegak sambil matanya tertutup rapat untuk merehatkan minda. Penampilan dan perbuatan Zhao Xuanzi menyentuh hati Chu Ni. Chu Ni telah berkata, “Zhao Xuanzi di tempat yang tidak ada orang pun begitu sopan, sudah pasti Zhao Xuanzi akan mengendalikan urusan negara dengan cekap dan melayan orang dengan rendah diri serta berbudi bahasa di tempat awam.” Dia berpendapat bahawa orang seperti ini mestilah harapan negara dan pemimpin rakyat. Maka, Zhao Xuanzi tidak boleh dibunuh. Jika Zhao Xuanzi dibunuh, dia telah menjadi seorang pengkhianat. Namun, perkara ini merupakan arahan Jin Ling Gong. Jika arahannya tidak diikuti, dia telah menjadi seorang yang tidak menepati janji. Oleh itu, Chu Ni telah mengambil keputusan untuk membunuh diri. Melalui cerita ini, kita mendapati bahawa apabila seseorang itu sentiasa dalam keadaan yang sopan, dia akan dihormati oleh semua orang. Jadi, ketelitian dalam kehidupan tidak harus diabaikan. Baiklah, kita akan berhenti di sini. Terima kasih.

Page 369: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

369

Sesi 22Perkara Remeh, Ilmu Besar

Rakan-rakan sekalian, selamat sejahtera! Tadi kita berbincang bahawa “kita perlu mementingkan kekemasan cara pemakaian kita. Topi perlu dipakai dengan tepat, butang baju perlu ditutup dengan rapat, stokin perlu dipakai dengan kemas dan tali kasut perlu diikat dengan ketat.” Keterampilan seseorang amat penting. Apabila anda menitikberatkan keterampilan diri, orang lain akan semakin menghormati anda. Sebaliknya jika pemakaian kita pelik, hal ini bukan sahaja akan menyebabkan orang lain tidak menghormati anda, hal ini juga akan mendatangkan kesan buruk. Oleh itu, teladan dari segi pemakaian selebriti-selebriti amat penting. Jika pemakaian mereka terlalu mencolok mata, ini berkemungkinan akan mendorong satu trend budaya yang tidak elok dalam masyarakat. Oleh itu, sesiapa yang menjadi selebriti haruslah selalu mempertimbangkan secara teliti tentang pengaruh mereka terhadap masyarakat, dan selalu berhati-hati atas kelakuan sendiri. Sebagai ibu bapa, pemakaian kita akan menjadikan teladan kepada anak-anak. Bagi seorang ibu yang biasa dengan pakaian mencolok mata, anak-anak pula akan terpengaruh sejak kecil. Apabila dewasa kelak, pemakaiannya juga akan mencolok mata. Hal ini akan mendatangkan kesan buruk kepadanya, orang lain akan memandang serong terhadapnya bahkan mengundang bahaya untuk dirinya.

Pemakaian seseorang sememangnya akan menjejaskan keadaan dalamannya. Ambil contoh di luar negara, terdapat peruntukan bahawa berpakaian rasmi diwajibkan ketika menghadiri majlis-majlis yang penting atau persembahan yang besar. Contoh lain ketika kita melawat ke pusat kebudayaan, kita haruslah berpakaian sopan barulah kita lebih fokus ketika menyaksikan persembahan berkenaan. Memang tidak sesuai jika hanya berselipar dan seluar pendek untuk menyaksikan persembahan rasmi. Akan tetapi semasa kita mendaki bukit, bolehkah berpakaian sekemas seperti saya sekarang? Pasti tidak sesuai juga. Kita perlu sesuaikan diri semasa mendaki bukit, jadi perlulah kita berpakaian yang sesuai.

Joe Gerard, seorang pakar jualan dalam industri pemasaran. Beliau sangat pandai menjual kereta. Pernah sekali semasa beliau sedang tidur di

Page 370: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

370

rumah, tiba-tiba beliau terjaga dari tidur, kemudiannya pergi ke hadapan cermin dengan segera dan terus salin pakaian dengan memakai sut dan tali leher. Setelah selesai, barulah beliau secara hormat mengangkat telefon dan menghubungi pelanggannya. Selepas tamat perbualan, barulah beliau meletakkan telefonnya dan membuka tali leher serta menanggalkan sutnya, selepas itu terus tidur dengan berselimut. Isterinya ternampak lalu berkata, “Gilakah anda?” Joe Gerard menjawab, “Walaupun pelanggan tidak nampak saya, seandainya saya berpakaian kasual, sudah pasti saya akan bersahaja semasa perbualan, pelanggan boleh merasai sikap bersahaja saya. Jika saya berwaspada dan serius dengan pemakaian saya, kesungguhan saya akan disampaikan kepadanya.” Justeru, sememangnya pemakaian akan mempengaruhi keadaan mental seseorang. Setelah dia berjaya memupuk tabiat baik ini, sudah pasti dia akan hormat terhadap pelanggan yang ditemuinya setiap kali, biarpun pelanggan tidak melihatnya, beliau tetap berperilaku hormat dan inilah yang dikatakan “cakap serupa bikin”.

Ramai pelajar universiti menghadiri temuduga pengambilan pekerja tetapi sering tidak berjaya. Cikgu Yang Shufen pernah bertemu dengan ramai graduan yang cemerlang dan berbakat, bahkan siswazah juga gagal mencari pekerjaan. Selepas Cikgu Yang memberi nasihat dari segi pemakaian, kebanyakan mereka berjaya mendapat pekerjaan. Jadi, sungguh pun calon itu sangat berbakat tetapi berkemungkinan besar terlepas peluang sekiranya dia berpakaian tidak sesuai semasa menghadiri temu duga. Mari kita lihat kepada ayat yang seterusnya, “Selepas balik ke rumah, baju dan topi yang telah dipakai perlulah diletakkan ke tempat asalnya. Hal ini adalah untuk mengelakkan kekotoran dan memudahkan kita untuk mencari benda-benda tersebut apabila kita ingin memakai.”

Pakaian, topi, dan barang keperluan harian yang lain haruslah disimpan di sesuatu tempat yang tetap, bukannya diletak di merata tempat. Jika diletakkan di merata-rata, barangan tersebut akan menjadi cepat kotor. Jika anda tidak menyayangi sesuatu barang, jangka hayatnya akan menjadi amat pendek dan cepat rosak. Manakala jika anda menggunakannya dengan sebaik-baiknya, barang tersebut boleh tahan guna untuk tempoh yang lama, seperti kata pepatah “Kita akan dibalas dengan kasih-sayang jika kita menyayangi setiap orang dan begitu juga barangan yang kita

Page 371: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

371

gunakan”. Jika anda makan berlebihan pada setiap hari, berapa lamakah perut anda boleh bertahan? Barangkali hanya 30 atau 40 tahun. Jika anda amat menghormatinya, makan pada masa yang tetap dan tidak kelaparan, perut anda akan membalas budi anda dan boleh berfungsi untuk masa yang panjang. Jelaslah di sini bahawa kita harus menyayangi segala benda.

Apabila setiap barang mempunyai tempat letak yang tetap, apakah kesannya terhadap kehidupan kita? Hidup kita akan menjadi teratur. Mari kita lihat anak-anak zaman sekarang, contohnya beberapa pelajar saya yang tidak dapat mencari buku latihan, dia menggeledah rumahnya sehingga dia sendiri naik darah, tetapi siapakah orang yang akan jadi tempat untuk melepaskan geram tersebut? Marahlah diri sendiri. Kemarahannya mengeruhkan suasana keluarga pula. Oleh sebab kecuaian yang kecil, kita mungkin membazirkan masa dan tenaga yang lebih banyak. Seandainya amalan baik ini tidak dipupuk, apabila bekerja kelak, jika ada kontrak penting syarikat yang disimpan oleh anda dan atas faktor kebiasaan amalan, lalu dokumen tersebut diletakkan di merata-rata tanpa kesedaran, apa yang akan berlaku selepas tiga hari kemudian? Terlupa pula. Berkemungkinan besar anda gagal mencari kontrak penting tersebut, dan dipecat. Jadi tabiat kehidupan seharian kita sememangnya akan mempengaruhi seumur hidup seseorang.

Ada seorang budak yang langsung tidak pernah menyapu lantai rumahnya, seorang orang tua mengunjungi rumahnya lalu kemudiannya berkata, “Mengapa tidak menyapu lantai? Lantai ini sangat kotor.” Budak itu menjawab, “Tangan saya ini adalah untuk menyapu dunia”. Adakah budak ini bercakap besar? Ramai budak memberitahu bahawa apabila dewasa nanti, mereka ingin menjadi pegawai tinggi, ingin menjadi usahawan berjaya, tetapi biliknya sangat tidak kemas. Orang tua pun memberitahunya, “rumah pun gagal disapu dan tidak dikemas, bagaimanakah hendak menguruskan dunia?” Rumah pun tidak tersapu, macam mana boleh menyapu dunia nanti? Dengan prinsip yang sama, seandainya anda tidak mampu mengemas rumah sendiri, bagaimana pula boleh menjadi usahawan? Mungkinkah? Tidak mungkin.

Oleh itu Di Zi Gui juga merupakan sejenis pengurusan. Pengurusan

Page 372: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

372

yang asas. Sejak bila amalan pengurusan ini mula disemaikan? Sejak kecil. Janganlah terfikir untuk membiarkan anak-anak belajar pengurusan korporat semata-mata, sebaliknya terlebih dahulu kita harus mengukuhkan asas mereka. Apabila seseorang berkelulusan MBA (Master Of Business Administration) menghadiri temu duga kerja tetapi rumah dan biliknya sangat tidak teratur, jadi, beranikah anda mengupah calon seperti ini? Orang sebegini hanya bercakap kosong tetapi tidak akan mengambil tindakan yang pratikal. Pak Cik Lu pernah memberitahu saya apabila dia melawat ke cawangan syarikat yang lain, beliau akan meneliti meja pengurus syarikat tersebut sama ada kemas atau tidak, fail-fail tersusun atau tidak. Jika perkara-perkara kecil sebegini pun tidak terurus, maka memang sukar untuknya menyelesaikan tugasan dengan baik untuk majikannya. Jadi di sebalik perkara yang kecil juga ada ilmu besarnya, apabila hati seseorang itu tenang, tiada kekeliruan, atau sebaliknya, semuanya dapat diperhatikan melalui gerak-geri kecil seperti yang disebutkan tadi.

Rakan-rakan sekalian, keupayaan kanak-kanak untuk melakukan perkara dan berkelakuan baik mestilah dipupuk sejak kecil. Ini disebabkan sesetengah usahawan berjaya juga pandai menilai orang dengan hanya menelitinya sepintas lalu, kelakuan anak-anak anda tidak dapat menipunya. Ramai orang ingat mereka mampu memperoleh pekerjaan yang baik dengan berkelulusan ijazah ataupun sarjana. Seandainya seseorang itu tidak berkelakuan baik, sudah pasti tidak akan diupah oleh usahawan yang cemerlang. Jika ditawarkan kerja pun usahawan yang mengupahnya tentu tidak berpengalaman dan berpengetahuan cetek, bisnesnya pula tidak akan berterusan untuk masa yang panjang. Oleh itu, demi masa depan anak-anak anda dapat bekerja di korporat berprospektif, perkukuhkanlah asas anak-anak mulai sekarang.

Mengapakah saya begitu terasa tentang pengalaman ini? Semasa saya berada di Australia, saya diatur kerja mencuci pinggan selama beberapa minggu. Saya dikehendaki mencuci pinggan mangkuk yang diguna oleh 60-70 orang dan beberapa peralatan memasak. Seumur hidup saya, itulah masa saya benar-benar mencuci pinggan mangkuk. Pada masa saya mencuci pinggan mangkuk di sana, tiba-tiba saya menyedari sesuatu tentang kehidupan, iaitu apa-apa yang harus dilakukan dalam sepanjang hayat anda, anda tidak dapat

Page 373: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

373

mengelak daripadanya. Oleh itu rakan-rakan sekalian, bilakah masanya untuk melakukan perkara yang patut dilakukan? Mengapakah tidak berusaha semasa masih kuat dan buat apa yang patut semasa muda. Banyakkan bekerja dan berusaha semasa muda, bolehlah menikmati rahmat ketika tua kelak. Jika malas semasa muda, selalu memboros, sudah pasti akan sengsara apabila tua kelak. Oleh itu saya amat gembira mencuci pinggan di sana. Suatu hari, Pak Cik Lu masuk ke dapur, semasa beliau hendak beredar dari situ, tiba-tiba berhenti lalu berkata dengan saya, “Dengan melihat cara anda mencuci pinggan-mangkuk sudah jelas menunjukkan bahawa anda mempunyai hidup yang amat baik.” Lihatlah, hanya melalui cara saya mencuci pinggan sudah terbongkar personaliti sebenar saya, kerana kelihatan tidak kekok. Jadi rakan-rakan sekalian, pengajaran yang saya peroleh ialah anda tidak dapat menyembunyikan apa-apa daripada mereka yang arif lagi bijaksana. Oleh itu, apabila anak-anak anda menghormati orang lain bahkan rajin berusaha, anda tidak perlu risau akan masa depannya.

Apabila kehidupan seseorang terurus lagi teratur, sudah pasti kebijaksanaan orang ini semakin meningkat. Hal ini demikian kerana dia umpama tasik yang jernih lagi tenang tanpa gelombang, dapat membayangi segala benda di sekelilingnya dengan jelas. Semasa saya di Australia, suatu kali apabila saya masuk ke bilik Pak Cik Lu dan kebetulan masa itu beliau hendak mengambil pakaiannya. Pakaiannya disimpan di bahagian tengah katil yang mempunyai ruang kosong untuk menyimpan pakaian. Semasa Pak Cik Lu menolak tilamnya ke atas, lalu saya ternampak baju-bajunya dilipat dan disusun dengan begitu kemas sekali umpama apa yang diamalkan di kedai pakaian. Jika semua barang kita tersusun kemas dan terurus malah mempunyai tempat letak yang tersendiri, maka ia senang dicari apabila diperlukan, justeru itu emosi kita sentiasa tenang dan ini amat membantu kita semasa menangani masalah dan tidak mudah kelam-kabut. Oleh itu, amalan ini memang penting sekali dan ia harus bermula dari diri kita dulu supaya mampu membimbing anak-anak juga mempunyai amalan baik ini. Marilah kita sambung ke ayat yang seterusnya, “Pakaian yang bersih lebih baik daripada pakaian yang mahal; Apabila kita hendak bertemu dengan orang tua atau orang kenamaan gunakan pakaian yang bersesuaiaan; Pakaian di rumah semestinya mengikut tradisi dan kebiasaan keluarga; Jangan terlalu memilih dalam soal pemakanan dan minuman; Apabila kita makan,

Page 374: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

374

makanlah secara sederhana dan jangan berlebihan; Kita tidak boleh minum minuman keras kerana minuman keras haram hukumnya; Kelakuan buruk akan menonjol apabila kita mabuk”

Saya pernah mendengar seorang bapa saudara memberitahu bahawa sebelum beliau berkahwin, beliau ingat memang mudah untuk menyara seorang isteri kerana isterinya tidak kuat makan. Selepas berkahwin, barulah beliau sedar lain daripada apa yang dia fikirkan kerana makanan dan keperluan seharian jauh lebih murah berbanding dengan pakaiannya. Apabila membeli-belah bersama isteri, isterinya pasti akan bertindak pantas membeli pakaian-pakaian kegemarannya. Lama-kelamaan, pengalaman ini menyedarkan beliau bahawa almari wanita selalunya akan kekurangan pakaian. Akan tetapi, fungsi terpenting sesehelai pakaian adalah untuk mengelakkan kita daripada kesejukan selain menjaga kesopanan, dan bukannya untuk menunjuk-tunjuk.

Manusia selalu terlupa tentang tujuan asalnya melakukan sesuatu perkara. Contohnya, seorang professor telah mengambil sepuluh biji cawan, selepas mengajar dua kuliah, beliau tahu pelajarnya pasti sudah dahaga lalu dia pun mengeluarkan cawan-cawannya dan menyuruh pelajarnya minum air. Untuk menghilang dahaga, minum air adalah tujuan utama, betul? Akhirnya, pelajar-pelajar menghadap ke hadapan agak lama tetapi tidak mengisi air, apakah yang sedang mereka lakukan? Mereka hendak memilih cawan yang lebih cantik. Bagaimanakah mereka telah membazirkan masa? Atas pemilihan cawan. Hal ini sama dengan pakaian yang sebenarnya dipakai untuk mengelakkan kesejukan dan menjaga kesopanan, tetapi apabila kita hendak membelinya, kita terlupa tentang niat asal kita, sebaliknya dipengaruhui oleh mentaliti yang suka menunjuk-nunjuk. Saya juga mendapat tahu bahawa segolongan wanita kaya bersama-sama menonton pertunjukan fesyen Paris melalui televisyen. Selepas habis program tersebut, mana-mana pakaian yang disukai dan diingini, mereka akan menaiki kapal terbang ke Paris untuk membelinya pada hari keesokannya. Apakah yang akan berlaku jika kita berbelanja seperti ini? Wang akan habis dan tidak akan mencukupi walau mempunyai berapa banyak pun. Disebabkan teladan seperti ini yang ditunjukkan, siapa akan meniru secara bulat-bulat? Anak-anak. Oleh itu, berapa generasikah yang dapat hidup dengan mewah? Tidak

Page 375: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

375

lebih daripada satu. Marilah kita lihat ayat yang seterusnya, “Jangan terlalu memilih dalam soal pemakanan dan minuman; Apabila kita makan makan secara sederhana dan jangan berlebihan”.

Pemakanan kita mestilah seimbang. Sementara itu, 70% atau 80% kenyang ketika makan sudah mencukupi kerana terlalu kenyang boleh memudaratkan perut kita. Oleh itu, pemakanan kita perlu mempunyai kekangan, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. “badan binasa kerana mulut”, apabila makan kita haruslah bijak membuat pertimbangan supaya mengambil makanan bernutrisi dan bukannya bertoksin. Ramai yang menipu perut ketika makan, asalkan kenyang sudah puas. Terdapat pelbagai makanan yang mengandungi banyak toksin dan karsinogen, berkemungkinan kita tidak mengetahui. Kita sering mendengar tentang “makanan sampah” (makanan yang tidak sihat). Adakah anda mengambil makanan seperti ini? Mengikut kajian dan statistik, terdapat sepuluh jenis “makanan sampah”? Marilah kita bincang tentangnya, tetapi anda semua haruslah bersedia, jangan berkata pula, “Semua itu kegemaran saya, tidak dapatlah saya terus hidup.” Selepas saya memberitahu nanti.

Yang pertama makanan goreng. Sekarang bilangan pesakit yang terbanyak dalam hospital ialah pesakit kardiovaskular. Makanan yang digoreng dan makanan yang berlemak, apabila terlebih makan mudah menyebabkan saluran darah tersumbat, strok atau arteriosklerosis. Jadi kurangkanlah pengambilan makanan seperti ini. (Kalau anda berkata langsung tidak boleh makan, nanti menjadi sangat tertekan pula).

Yang kedua makanan jeruk. Makanan yang dijeruk dengan terlalu masin boleh menyebabkan kanser nasofarinks atau ulser. Oleh itu kurangkan pengambilan makanan seperti ini. Terdapat sesetengah makanan yang dijeruk dengan cara yang lebih natural. Walau bagaimanapun, anda perlu mengetahui proses pengeluarannya.

Yang ketiga daging. Rakan-rakan sekalian, seketul daging segar akan menjadi busuk setelah berapa lama ia diletak terdedah pada udara? Kira-kira tiga jam kemudian. Tetapi pada hari ini, makanan daging diproses boleh disimpan lama, ada yang tahan tiga tahun dan sesetengah lima tahun.

Page 376: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

376

Mengapa begini? Banyak pengawet yang telah digunakan. Saya mendapat tahu bahawa kini memumiakan mayat tidak lagi memerlukan pengawet. Ramai yang telah meninggal dunia mayatnya tidak reput. Hal ini disebabkan oleh pengawet makanan yang diambilnya dalam jangka masa yang panjang. Dalam daging juga mengandungi nitrit yang merupakan salah satu daripada tiga jenis karsinogen yang paling utama. Berapa tinggikah peluang menghidap penyakit kanser kini? Satu perempat. Statistik terkini telah menunjukkan bahawa peluang mendapat kanser telah menghampiri satu pertiga. Adakah menghidapi kanser seperti mengundi? “Malangnya, aku menghidapi penyakit kanser.” Setiap balasan yang berlaku pasti ada sebabnya. Apabila anda mengambil perhatian tentang pemakanan anda, emosi pula sentiasa tenang dan baik, sering mambaca Di Zi Gui, tidak mengambil perhatian tentang kelemahan orang lain, hanya fokus kepada kelemahan diri, mood kita pula akan jarang menjadi buruk. Hal ini demikian kerana kelemahan akan diperbaiki dengan bersungguh-sungguh, anda dapat menikmati kegembiraan atas kematangan diri yang kian bertambah. Punca-punca mendapat kanser, selain daripada diet pemakanan, terdapat lagi satu faktor yang lebih hebat, iaitu emosi. Oleh itu kita haruslah sentiasa menjaga emosi kita. Dengan adanya mood yang baik, diet pula diambil perhatian, sudah pasti anda tidak akan menghidapi kanser.

Yang keempat, biskut. Kini kebanyakan biskut hanya mengutamakan selera pembeli dan intinya disaluti dengan krim yang banyak. Inti-inti dan krim-krim ini pula banyak mengandungi sakarin dan berkalori tinggi. Apabila terlebih makan, gula akan bertukar menjadi lemak. Inilah antara faktor orang kini menjadi semakin gemuk. Dari manakah datangnya budaya suka makanan bergula tinggi ini? Mereka di Eropah dan Amerika sememangnya gemar mengambil makanan yang manis, oleh itu individu yang gemuk di negara kita ini memang tidak setanding saiz dengan mereka. Kadang kala mereka memerlukan beberapa tempat duduk ketika menaiki kapal terbang, menakutkan apabila dilihat. Oleh itu, jangan kita sesekali memanjakan diri, hal ini akan menderitakan orang lain dan menyusahkan ahli keluarga. Jika seseorang lelaki meninggalkan dunia semasa umur pertengahan kerana strok merupakan nasib malang. Oleh itu nasihatkan suami supaya mengambil diet yang betul dan sihat. Apabila menasihati suami perlu ada tekniknya. Pada masa inilah kaum wanita perlu pandai mempergunakan keupayaan sifat

Page 377: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

377

semula jadi kaum hawa, iaitu lemah lembut. Anda perlu memberitahunya, “Sayang, kehadiran anda menyerikan kehidupan saya; Tanpa anda, kehidupan saya hanya berada dalam kebosanan. Lihatlah anak-anak kita, mereka begitu comel, jadi kesihatan anda merupakan kebahagiaan seluruh keluarga kita.” Semakin mendengar suami anda akan semakin gembira, dengan ini suruhlah dia untuk berhenti pengambilan makanan yang tidak sihat secara perlahan-lahan.

Yang kelima minuman berkarbonat. Saya memang sangat berpengalaman tentang minuman jenis ini. Sebab saya salah satu mangsanya, bolehkah anda menyedari tentangnya? Orang yang kurus perutnya tentu tidak baik. Dulu apabila saya menghadiri majlis perkahwinan sanak-saudara, sebelum makanan dihidangkan saya sudah kenyang kerana minum terlalu banyak. Oleh itu yang sepatutnya dimakan tidak dimakan, yang tidak sepatutnya dimakan pula saya makan dengan banyak. Minuman berkarbonat merangsang dan berasid, telah menipiskan dinding perut saya. Akibatnya saya telah mengidap penyakit gastritis semenjak zaman persekolahan menengah. Saya masih ingat dengan jelas, datuk dan neneklah yang menyediakan bubur untuk saya. Lihatlah, apabila seseorang tidak sihat, sememangnya akan berasa bersalah terhadap keluarga. Saya menpunyai pengalaman yang begitu menyakitkan hati, jadi saya berharap agar anak-anak kita tidak akan mengulangi kesalahan saya ini. Konsep tentang pemakanan seseorang ibu bapa yang betul merupakan kebahagiaan anak-anak sepanjang hayat. Biar saya menambah serba sedikit lagi mengenai minuman berkarbonat ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, apakah yang menghasilkan minuman berkarbonat berperisa oren dan air limau yang anda minum? Semuanya petroleum, tentu bukan buah epal dan oren. Bahan “fenol” yang diekstrak daripada petroleum mempunyai rasa seperti oren dan banyak lagi buah-buahan yang lain. Saya pernah membeli bahan-bahan seperti ini untuk membuat minuman berkarbonat berperisa oren kepada pelajar-pelajar saya sebagai pertunjukan. Apa yang dilihat adalah apa yang boleh dipercayai, menunjukkan kepada para pelajar, barulah mereka akan sedar.

Yang keenam ialah mi segera. Mi segera sangat tidak baik untuk kesihatan kerana ia berkalori tinggi, mempunyai banyak pengawet makanan.

Page 378: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

378

Yang ketujuh ialah makanan dalam tin, juga mempunyai banyak pengawet makanan.

Yang kelapan makanan ringan seperti plum yang dijeruk. Khabarnya bahawa serangga seperti lipas pun tidak makan makanan seperti ini disebabkan keupayaannya untuk membezakan mana yang baik dan sebaliknya. Keupayaan membuat penilaian mereka jauh lebih baik daripada manusia. Ini kerana serangga mungkin akan mati walaupun termakan sebiji sahaja, secara natural mereka boleh berasa bahawa makanan ini mengandungi terlalu banyak toksin, lalu tidak memakannya.

Yang kesembilan makanan sejuk. Di sini saya menggunakan satu contoh yang lain. Hidupkan satu enjin yang sedang berputar disiram dengan sebaldi air sejuk, selepas itu dibiarkan berputar lagi sehingga panas. Selepas itu, anda siram lagi dengan air sejuk, adakah enjin ini tahan diguna untuk jangka masa yang lama? Asalnya boleh digunakan selama sepuluh tahun, tetapi sekarang hanya tiga tahun sudah rosak. Tubuh badan kita seperti sebuah mesin yang dikekalkan pada 37⁰C. Setiap kali anda minum air berais, banyak tenaga badan dihauskan akibatnya kesihatan tubuh pun semakin merosot. Inilah perkara yang amat menyakitkan hati saya. Saya tidak diajar semasa belajar. Saya hanya mempelajari ilmu seperti ini semasa di universiti. Selepas itu, makanan seperti ini tidak lagi saya makan. Inilah dipanggil “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Kini banyak penyakit sakit puan yang berkaitan dengan makan ais. Khususnya semasa tempoh haid yang merupakan tempoh detoksifikasi. Apabila anda makan ais, berlakunya peguncupan rahim. Akhirnya toksik yang perlu dikeluarkan dikekalkan dalam badan. Berapa lamakah toksik tersebut akan dikekalkan dalam badan? Jika lancar pun 28 hari. Dalam tempoh ini, toksik tersebut berkitar dalam badan anda, begitulah datangnya penyakit sakit puan. Para rakan wanita, janganlah pandang saya sebegini, anda semua seharusnya membuat pilihan yang betul.

Yang kesepuluh makanan yang dipanggang. Menurut stastistik, seekor ayam panggang mengandungi indeks toksin yang bersamaan dengan 60 batang rokok. Tambahan pula, makanan panggang mengandungi

Page 379: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

379

karsinogen yang paling utama dalam ketiga-tiga jenis karsinogen. Jelaslah bahawa makanan seperti ini sememangnya memudaratkan kesihatan. Kita sedar bahawa terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. Jika inginkan kehidupan bernilai, perlulah kita mempunyai tubuh badan yang sihat. Oleh itu apabila anda benar-benar tidak dapat menahan nafsu untuk makan makanan seperti ini, anda mesti teringat perkataan Wen Tiansiang , “Tiada sesiapa yang terlepas dari maut, tapi biarlah berbuat baik dan berpahala untuk anak cucu kita.” Saya masih mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan, jadi badan mestilah sihat. Dengan ini, anda mungkin tidak lagi makan makanan yang memudaratkan. “Kita tidak boleh minum minuman keras kerana minuman keras haram hukumnya; Kelakuan buruk akan menonjol apabila kita mabuk.” Arak selalu dikatakan sebagai racun yang boleh merosakkan usus, jadi tabiat minum ini mesti tidak boleh dipupuk sejak zaman kanak-kanak. Lagipun, minum arak bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri, tetapi juga mengancam nyawa dan harta orang lain. Apakah yang menimbulkan banyak kes kemalangan? Mabuk kerana minum arak. Selepas minum juga akan menimbulkan kekacauan, akan menimbulkan kesan yang tidak terkawal, jadi jangan minum sejak kecil. Akan tetapi, arak kadang kala digunakan sebagai ubat. Di negara-negara bercuaca sejuk, mereka biasa minum sedikit arak bagi membantu peredaran darah.

Selain arak, kita juga haruslah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang berbahaya, contohnya merokok. Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan sendiri, malah kesihatan orang lain. Perokok yang belum dijangkiti kanser paru-paru ada kalanya isteri dan anak-anak di rumah pula dijangkiti penyakit itu terlebih dahulu. Mungkinkah? Mungkin! Yang disedutnya dapat diluah keluar semula, tetapi yang disedut oleh ahli keluarganya tidak dapat. Maka sesungguhnya kita semua hidup secara berkumpulan, tingkah laku seseorang sudah pasti akan memberi kesan kepada orang lain. Pengaruh yang baik atau yang burukkah yang kita kehendaki? Kita haruslah berazam untuk memberi pengaruh yang positif.

Saya pernah menaiki bas awam di Haikou, dan melihat seorang lelaki sedang merokok, apakah yang harus dibuat? Walaupun saya

Page 380: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

380

berada di luar negara, keseorangan, tetapi saya berasa bahawa saya perlu mempunyai perasaan adil, jadi saya mengadapnya dan meminta supaya tidak merokok. Sebenarnya, mereka tidak pernah belajar Di Zi Gui, “Kesalahan yang sengaja dibuat adalah satu kelakuan yang buruk”, jelas sekali ditulis “dilarang merokok” di dalam bas awam. Akan tetapi jika saya memberitahunya, “Encik, awak tidak tahu membacakah?”, saya mungkin akan berada dalam bahaya. Oleh itu, saya memberitahunya, “Minta maaf, encik, saya menghidapi penyakit asma, bolehkah encik berhenti merokok?” Lelaki tersebut mungkin tidak pernah dinasihati oleh orang lain supaya tidak merokok, dia pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan, saya boleh rasa bahawa dia berasa marah (sedikit). Saya tetap melayannya dengan sopan, secara perlahan, saya berpaling muka dan terus naik bas tersebut. Saya percaya bahawa “Setiap insan adalah suci sejak kelahirannya.” Oleh itu, saya mula berdoa untuknya secara ikhlas, harap-harap dia sedar dan tidak terus merokok. Akhirnya selepas seketika, tiada lagi bau rokok yang saya hidu. Lelaki tersebut telah berhenti merokok. Selepas turun daripada bas, kawan yang bersama dengan saya telah memberitahu saya bahawa encik tadi telah memandang ke arah saya sebanyak dua kali. Ketika ini kita kelihatan tenang, hal ini akan mencetuskan perasaan malunya, lalu dia akan memadamkan rokoknya. Sememangnya, budaya dalam sesebuah masyarakat bergantung kepada usaha setiap orang.

Setelah mendengar kes ini, seorang guru dalam pusat kami pun ingin menasihati orang lain supaya tidak merokok. Pada suatu hari semasa dia berada di bas awam, beliau ternampak seorang yang sedang merokok. Dia segera mengadapnya lalu memberitahunya, “Encik, saya menghidap asma.” Inilah dipanggil kebijaksanaan digunakan mengikut keadaan semasa, memintanya supaya tidak merokok. Encik tersebut pun memadamkan rokoknya dengan segera. Akan tetapi, apabila guru tersebut baru sahaja mengambil tempatnya, terdapat lagi orang yang kedua yang menghisap rokok dan beliau pun mengadapnya dan menasihatinya. Asalnya hendak duduk, tiba-tiba terdapat pula orang yang ketiga yang menghisap rokok. Dalam hati guru itu pun terfikir, “Adakah ini ujian daripada Tuhan yang ingin menguji ketabahan hati saya?” Dia pun menasihati encik tersebut supaya berhenti merokok. Apabila orang yang keempat ingin merokok, orang pertama yang dinasihati tadi pula yang berkata, “Janganlah merokok,”

Page 381: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

381

Dengan hati yang tabah, bolehlah kita menyedarkan nilai bertimbang rasa orang lain, janganlah memandang remeh terhadap kekuatan yang kita miliki. Marilah kita lihat kepada ayat yang seterusnya, “Berjalanlah dengan penuh mantap dan ketenangan; Berdirilah dengan tegak dan teguh; Sekiranya kita menghormati seseorang dengan menunduk kepala, tangan kita diletak di sebelah hadapan; Hormati seseorang dengan penuh keikhlasan; Jangan membiasakan diri berdiri di atas bendul pintu; Jangan berdiri dengan sebelah kaki; Duduk dengan tertib, jangan membongkok atau menengadah; Usah menggoyang kaki semasa duduk.”

Ayat ini mengajar kita bahawa kita patut mempunyai postur berdiri yang betul semasa berdiri dan postur duduk yang betul semasa duduk. Nenek moyang kita telah menggunakan perumpamaan yang baik untuk mengingati kita, misalnya “berdiri tegak umpama pokok pine, berbaring umpama pemanah semasa tidur, bila berjalan setenang angin dan bila duduk biarlah tertib dan setegap loceng besar.” Sebenarnya tabiat ini adalah tiruan daripada alam, paling baik terhadap badan. Oleh sebab “berdiri tegak umpama pokok pine”, tulang belakang anda akan menjadi tegak, tidak akan menyebabkan skoliosis. Kini ramai orangkah yang menghidapi “Bone Spur”? Memang ramai. Mengapa? Rakan-rakan, cubalah anda membuat pemerhatian di stesen bas dan anda mudah mendapat jawapannya. Bagaimanakah setiap penumpang yang berdiri apabila menunggu bas? Yang senget ke sebelah itu banyak. Pemuda kini seperti mempunyai tulang yang lembut, mereka mesti bersandar di mana sahaja kalau ada tempat mereka bersandar, oleh itu tulang akan menjadi bengkok. Generasi kita sebelum ini jika tidak berdiri dengan baik, akan dijeling dengan segera, jika penyepit tidak dipegang dengan baik-baik, tangan pula akan diketuk. Tabiat seperti ini dipupuk sejak kecil, apabila dewasa kelak akan menjadi kebiasaan. Sebaliknya, jika tidak diamalkan sejak kecil, apabila dewasa kelak akan menjadi susah. Adakah anda semua perasaan bahawa saya amat susah kini? Hal ini demikian kerana konsep “berdiri tegak umpama pokok pine” dan diri saya tidak amalkannya dengan baik. Oleh itu rakan-rakan sekalian, jika saya berdiri dengan bongkok kelak, sila tolong ingatkan saya, jangan terasa segan. Menjaga tubuh badan dengan sebaik-baiknya, barulah kita dianggap bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita, orang yang sentiasa menyokong dan menyayangi kita.

Page 382: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

382

Bagaimanakah cara berdiri yang dianggap betul dan baik? Bagi lelaki, apabila berdiri, lebar antara bahu dan kaki adalah sama, tegapkan dada barulah dikatakan mempunyai semangat waja. Jika anda berunding dengan orang lain dalam keadaan seperti ini, hal ini akan menimbulkan kepercayaan orang lain. Jika anda membengkokkan badan semasa membuat perbincangan, walaupun perniagaan yang dibincang besar, namun pihak tersebut akan berasa kurang berminat. Oleh itu, kewibawaan penampilan kita juga dapat menimbulkan kepercayaan orang lain. Selain itu, jangan mengangkat kepala terlalu tinggi kerana hal ini amat buruk terhadap arteri-arteri di bahagian belakang, pandanglah ke hadapan. Berdiri dengan baik sebelum berunding dengan orang lain, bayangkan laut yang terbentang luas di hadapan anda, hati serupa laut, inilah cara berdiri lelaki. Bagaimana pula dengan wanita? Berdirilah dengan cara satu kaki di depan satu kaki di belakang. Mengambil contoh semasa pertandingan ratu cantik, peserta-peserta berdiri dengan cara yang betul, penting juga hal ini. Inilah postur semasa berdiri secara betul.

“Berbaring umpama pemanah semasa tidur”. Semasa berbaring menghadap ke kiri, hati dan perut anda akan berasa tidak selesa. Oleh itu selalunya menghadap ke kanan. Sebenarnya inilah postur tidur terbaik untuk badan. “Bila berjalan setenang angin”, di sini membawa maksud pergerakan yang cepat tetapi berkeadaan tenang dan tidak berbunyi kuat. Oleh itu kita haruslah sentiasa meringankan hentakan semasa berjalan, barangkali kita boleh terdengar bunyi tapak kaki jiran dengan kuat semasa lewat malam, tetapi kita harus bertimbang rasa. Jiran tersebut berasa bahawa kehidupannya terlalu singkat. Cepatlah perkenalkan Di Zi Gui kepadanya, barulah dia sedar bahawa tidak susah juga menyara kehidupan anak-anak. Apabila berjalan, lelaki akan berjalan mengikut dua belah tepi garisan, manakala wanita akan berjalan di atas garisan, hal ini akan kelihatan lebih sopan. Janganlah lelaki menggerakkan bahu ke kiri dan ke kanan semasa berjalan.

Seterusnya, “bila duduk biarlah tertib dan setegap loceng besar”. Apabila duduk, wanita haruslah sentiasa merapatkan kedua-dua kaki, tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, dan meletakkannya di atas paha kiri. Terdapat seorang guru yang membuka sekolah mengajar guzheng, sejenis instrument kuno China (plucked zither). Beliau telah melatih

Page 383: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

383

gurunya tatacara semasa duduk seperti ini. Apabila berbincang dengan ibu bapa, setiap guru duduk seperti yang diajarkan. Apabila tamat mesyuarat, para ibu bapa berkata,” Cikgu Li, dari manakah anda mengupah pekerja seperti ini? Sopannya mereka.” Semasa mesyuarat asalnya ramai ibu bapa yang duduk dengan apa-apa sahaja postur, tetapi setelah melihat tatacara para guru, para ibu bapa pula mula mengubah cara duduk mereka. Jadi keadaan seperti ini amat berpengaruh. Kita haruslah duduk dengan cara yang sepatutnya, budaya keluarga yang kita ingini barulah dapat dipupuk. Jika ayah meletakkan kakinya di meja semasa duduk, hal ini akan ditiru oleh anak-anak pula. Para ibu bapa juga berkata, “Kami sangat yakin untuk menyerahkan anak kepada anda”. Lihatlah, setiap pertuturan, pergerakan dan rupa kita akan menambahkan kepercayaan orang lain terhadap kita. Baiklah, kita akan berbincang tentang cara duduk lelaki esok. Terima kasih.

Page 384: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

384

Sesi 23Berwibawa, Keberanian, Ketelitian

Rakan-rakan sekalian, selamat pagi dan salam sejahtera. Bab sebelum ini kita berbincang bahawa: “berdiri tegak umpama pokok pine, berbaring umpama pemanah semasa tidur, bila berjalan setenang angin dan bila duduk biarlah tertib dan setegap loceng besar.”

Hari ini mari kita praktis sekali lagi cara berdiri kaum wanita. Semasa berdiri, tapak tangan kanan diletak atas tapak tangan kiri, kemudian kedua-dua belah tangan diletak depan badan setinggi pinggang anda, jika anda memakai gaun, biarlah rendah sedikit, jika berseluar panjang, biarlah tinggi sedikit. Kedua-dua tangan juga boleh diletak di sisi badan, yang penting aksi kita haruslah bersopan-santun. Bagi kaum lelaki, semasa berdiri, biarlah bergaya seperti lelaki sejati, kedua belah kaki selari dengan bahu anda dengan mata memandang ke hadapan.

Semalam kita juga telah belajar cara duduk wanita. Hari ini kita bersama-sama belajar bagaimana cara duduk lelaki. Semasa duduk, kedua-dua kakinya membuka sedikit. Tangan kiri letak di atas paha kiri dan tangan kanan letak di atas paha kanan. Rakan-rakan sekalian, adakan postur duduk ini seperti postur duduk ibu bapa kita ketika ambil gambar sekeluarga tiga puluh dahulu yang lalu? Siapakah yang biasa duduk seperti ini? Jawab: Bapa. Nampaknya amat mulia jikalau duduk sebegitu. Ketika saya mengajar di Shantou, Guangdong, China, saya duduk sebegini ketika ambil gambar, tetapi juru gambar itu asyik meminta saya untuk merapatkan kaki. Entahlah apa yang patut buat, saya hanya merapatkan kaki sedikit sahaja, jika tidak akan dianggap mengecilkan hati pula.

Selain daripada itu, “Jangan biasakan diri berdiri di atas bendul pintu; Duduk dengan tertib, jangan membongkok atau menengadah”. Pada zaman dahulu, ruang-ruang di rumah orang Cina mempunyai bendul pintu kayu. Dengan menginjak di atasnya, kita akan dianggap sombong, sambil lewa dan postur juga tidak elok. Lama-kelamaan, bendul pintu akan rosak. Kita haruslah menjaga dan menghargai harta benda supaya senantiasa berada dalam keadaan baru dan lengkap. Kanak-kanak biasanya suka memijak

Page 385: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

385

sesiku kerusi atau sesiku meja semasa duduk. Kelakuan seperti ini tidak sesuai dan mestilah diperbaiki dengan serta-merta. Sama juga ketika cikgu masuk kelas, murid-murid semuanya duduk dengan tegak, tetapi di bawah pula kakinya ada yang memijak di atas sesiku meja, ada yang menggoyangkan kaki ke kiri dan ke kanan. Di sekolah, pernah berlaku kes pelajar jatuh dari kerusi sebab sesiku kerusi yang dipijak itu patah. Oleh itu, banyak perbuatan kanak-kanak haruslah diperbaiki dan diajar supaya menjadi amalan yang baik.

“Duduk dengan tertib, jangan membongkok atau menengadah” bermaksud tidak duduk sehingga senget ke sebelah atau bersandar. Kelakuan sebegini adalah tidak elok. Perkara kecil seperti berdiri dengan tegak pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik, beranikah kita menyerahkan kerja yang penting kepadanya? Kita percaya, perkara yang kecil diabaikan, perkara yang penting tidak mungkin dilaksanakan dengan berwaspada. Bak kata pepatah “Jangan mengabaikan perkara yang baik biarpun sekecil mana kebaikannya, jangan sesekali membuat kerja jahat biarpun sekecil mana kejahatan itu.” Penilaian keupayaaan seseorang dapat diperhati dari perkara-perkara kecil yang dilakukannya. Manakala, perilaku seseorang adalah disebabkan oleh pengabaian perkara-perkara kecil dalam kehidupan sehariannya.

Ayat seterusnya, “duduk dengan tertib, jangan membongkok atau menengadah”, iaitu duduk dengan sopan, janganlah kangkangkan kedua belah kaki dengan luas ketika duduk, terutamanya para wanita, mungkin akan diperkatakan oleh orang lain. “Usah bergoyang kaki semasa duduk”, ketika duduk janganlah bergoyang kaki. Ada sesetengah yang bukan goyang ke kiri dan ke kanan, malah menghenjut ke atas dan ke bawah. Pernah kami menghadiri mesyuarat, sesetengah ketua yang menggoyangkan kaki sejak mesyuarat bermula sehingga tamat, peningnya kepala kita. Jika dalam kelas, orang yang duduk di hadapan asyik bergoyang kaki, berkemungkinan anda akan berasa tidak selesa. Jadi, amalan ini perlu diubah.

Mengapakah mereka berkelakuan sedemikian? Mengapakah seseorang itu mesti bergoyang ketika bercakap? Kerana hatinya tidak tenteram. Apabila hatinya tidak tenang, ketika mengadakan perbualan, individu tersebut telah

Page 386: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

386

melayan anda dengan tidak ikhlas. Banyak perkara lain yang dia berasa lebih penting, seperti pendidikan anak-anak atau hubungan suami isteri yang tidak dapat dia atasi dan selalu terfikir, tetapi dia terpaksa pula melakukan perkara lain secepat mungkin pada setiap hari. Dengan ini, hatinya tidak dapat fokus secara menyeluruh ketika perbincangan. Oleh itu, dia akan mula cemas, badannya pula mula bergoyang. Manusia kini sememangnya hidup penuh kesusahan, jika inginkan hati yang tenang memang susah. Oleh itu, kita haruslah sentiasa menambah pengetahuan kita, selain selalu berwaspada, berhati-hati tentang pertuturan dan perbuatan kita samada mempunyai kesalahan atau tidak. Lama-kelamaan, pertuturan dan perlakuan anda akan terbiasa, selalu berada dalam keadaan yang sopan.

Sewaktu kita menghormati orang lain kita menundukkan kepala. Terdapat seorang individu yang menghadiri kelas pada hari pertama, ternampak orang lain saling bertanya khabar, dia pun hanya tunduk kepala. Apabila hari kelima selepas kelas, dia mengadap ke hadapan guru-guru dan memberitahu bahawa tundukannya selama ini dibuat dengan hati yang tidak ikhlas, jadi sekarang dia ingin tunduk sebanyak tiga kali secara formal di hadapan guru-guru. Bolehkah kita percaya bahawa perbuatan itu ikhlas, hanya kita sendiri yang tahu selain dirasai orang. Etika sememangnya bukan dilakukan secara zahir, tetapi patut “ikhlas dari batin, tunjukkan pada zahir.” Inilah yang disebut tentang keterampilan dan kewibawaan seseorang.

Seterusnya, marilah kita membaca bersama-sama,“Ketepikan tirai perlahan-lahan jangan ditarik dengan kasar; Berhati-hati semasa berpusing supaya tidak tersentuh dengan sesuatu; Tatkala memegang sesuatu bekas kosong anggap seperti bekas itu berisi penuh, jaga dengan baik; Semasa masuk ke kamar-kamar yang kosong anggap seperti kamar itu ada penghuninya; Jangan buat kerja tergesa-gesa sebab ini akan mengakibatkan banyak kesalahan dan kerugian; Jangan kita gementar dengan pekerjaan yang sukar; Jangan kita cuai dengan pekerjaan yang senang; Jauhkan diri dari tempat yang hingar-bingar dan jangan bertanya tentang perkara yang luar biasa.”

Lapan perkara di atas menasihati kita supaya selalu berani tetapi berhati-hati. Kita sering sebut bahawa kita harus berani tetapi berhati-hati,

Page 387: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

387

jadi janganlah takut akan kesusahan semasa menghadapi cabaran, perlakuan pula patut sentiasa sopan. Disebabkan berhati-hati semasa bekerja, secara natural tidak akan berlaku apa-apa. Jadi berani tetapi berhati-hati ialah sikap yang dipupuk daripada perkara-perkara remeh dalam kehidupan seharian.

Marilah kita lihat ayat yang pertama “ketepikan tirai perlahan-lahan jangan ditarik dengan kasar.” Ketika kita membuka tirai kita hendaklah bertindak dengan lembut supaya tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat. Disebabkan manusia hidup berkumpulan, bekerja bersama-sama, hidup bersama-sama, adakah perbuatan kita menimbulkan gangguan terhadap orang lain, kita patut mempunyai kepekaan seperti ini supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang sedang tidur di sebelah, apabila anda membuka tirai, “chah!”, mungkin sebelum ini dia tidak dapat tidur dengan baik selama dua tiga hari, akhirnya baru saja terlelap, perbuatan anda mungkin akan menyebabkannya tidak dapat tidur lagi. Ataupun semasa berada di perpustakaan, perpustakaan merupakan tempat untuk membaca buku, setiap orang di sana amat senyap, jika anda membuka tirai sampai berbunyi kuat, mungkin ada yang akan terkejut kerana perbuatan anda. Walaupun hanya perbuatan membuka tirai, tetapi juga mengingatkan kita bahawa adakah ucapan dan perbuatan kita menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain? Adakah suara terlalu kuat? Apabila kita selalu berfikir untuk orang lain, hati kita pun semakin lembut. Apabila hati semakin lembut, anda benar-benar berhati mulia dan baik.

Dalam kehidupan, kita akan merimaskan perasaan orang lain apabila bersuara terlalu kuat? Pada lewat malam jika berjalan dengan kuat, sudah pasti akan mengganggu orang lain. Lebih-lebih lagi, jika membuka pintu dengan kuat apabila ingin menggunakan tandas pada malam hari, mungkin banyak yang akan terkejut. Saya ingat lagi ketika saya berada di Australia, Pak cik Lu pernah memberitahu saya bahawa kita harus meringankan pergerakan ketika ke tandas pada lewat malam, dan perlu memastikan pintu ditutup ketika mengepam tandas, kalau tidak, ramai yang akan terganggu.

Jadi bagaimanakah kita boleh tahu bahawa seseorang itu berilmu pengetahuan? Kita selalu sebut bahawa berfikir untuk orang lain merupakan

Page 388: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

388

ilmu kelas pertama. Amalan berfikir untuk orang lain bukannya hanya bercakap dengan mulut, tetapi melaksanakannya secara praktikal. Selain bunyi semasa berjalan dan tutup pintu, makan bersama-sama orang lain juga tidak boleh mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat. Jika ketika makan anda bersuara kuat, semua orang akan berasa tidak selesa. Mengapa? Kerana tidak tutup mulut. Jadi saya pernah mengingati ramai kawan, ketika mengunyah makanan patut menutup mulut. Sebab kita bukan sahaja mewakili diri sendiri, tetapi juga mewakili syarikat dan persatuan. Jika anda melancong ke tempat lain, anda juga mewakili negara, jadi anda patut sentiasa mengingati diri sendiri.

Pernah kita sebut tentang satu ayat, iaitu “sila senyap”, yang ditulis dalam Bahasa Cina di Notre Dame. Untuk ditunjukkan kepada siapa? Kini rakyat China yang berbuat bising di tempat awam, sudah pasti di rumah pun sebegini. Akhlak seseorang sudah tentu dipupuk di rumah, sudah tentu dilaksanakan ketika tidak dilihat orang lain. Jadi orang China khususnya menekankan konsep “berhati-hati semasa berseorangan”. Ketika kita bersendirian, perbuatan dan percakapan kita masih perlu lemah lembut. Jika diamalkan menjadi kebiasaan, secara natural kita dapat berkelakuan sopan di tempat awam. Apabila kita melihat budak-budak yang menjerit dan berlari-lari di sekeliling kawasan menunggu lapangan terbang, kita patut memberhentikan perbuatan budak-budak tersebut pada masa yang tepat. Ceritalah persitiwa di Notre Dame kepadanya dan menasihatinya supaya tidak menjatuhkan air muka kita sehingga ke seluruh dunia. Di lapangan terbang terdapat ramai warga asing, mereka akan terfikir bagaimanakah orang China mendidik anak-anak dengan melihat situasi sebegini. Hal ini memang tidak baik. Jika kita mempunyai kepekaan dalam kehidupan seharian, mungkin akan berpengalaman lebih luas lagi berkaitan dengan ayat-ayat yang kita baca di atas tadi. Sebagai contoh, apabila pulang lewat malam, anda akan membuka kunci dengan lembut, matikan enjin kereta dengan segera ketika pulang lewat. Hal ini demikian kerana semakin kita peka terhadap bunyi, ini menunjukkan keupayaan kita berfikir untuk orang lain.

“Ketepikan tirai perlahan-lahan”, selain tidak mengganggu orang lain dengan membunyikan suara yang kuat, juga merupakan sikap menghargai

Page 389: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

389

barang. Jika anda bersikap lembut ketika menggunakan sesuatu, barang tersebut tidak mudah rosak. Jika kita bersikap kasar terhadap barangan yang diguna, sepatutnya barang tersebut boleh bertahan selama lima atau sepuluh tahun, akhirnya rosak dalam masa kurang daripada satu tahun. Jadi dari segi menghargai barang, kita haruslah sentiasa mengingati diri bahawa jangan bersikap kasar. Ambil contoh semasa memakai pakaian, jika perbuatan kita kasar, pakaian akan mudah terkoyak. Jika perbuatan anda lemah lembut, situasi seperti barang terkoyak, merosakkan barang atau terlanggar barang akan jarang berlaku. Saya sering cedera semasa kecil, di sini terluka, di sana gigi tercabut. Saya teringat sekali saya berlari ke dapur dan kemudiannya tergelincir, akibatnya beberapa batang gigi telah rosak kerana terlanggar benda. Sehingga saya mula belajar dengan bersungguh-sungguh di universiti, membaca karya klasik, perkara sebegini jarang berulang, kini saya jarang terluka diri. Jadi, mengapakah manusia tercedera dengan kerap? Sebab yang paling utama wujud dari hatinya, bersikap cuai kemudian bertindak dengan melulu.

Seseorang yang ingin membaiki kesilapan diri harus bermula dari yang paling asas, iaitu dari hatinya. Namun jika kita ingin bermula dari hati, patut pula berusaha dari detik-detik kehidupan harian, perlu arif dan rajin belajar. Semasa di sekolah, melanggar penjuru meja kerap berlaku pada murid-murid, mereka selalu terlanggar penjuru meja secara tidak sengaja. Apakah rasanya ketika terlanggar? Sangat sakit! pasti akan lebam dan tercedera. Jadi, luaskan jarak semasa berpusing, bolehlah kita memberi penerangan dengan lebih lanjut, mengingati para pelajar supaya memberi perhatian atas keselamatan diri di mana jua berada. Kini, kadar kematian akibat kemalangan dari golongan muda semakin meningkat, ini kerana mereka kurang mempunyai kepekaan seperti ini. Jadi orang dewasa, tidak kira ibu bapa, mahupun para guru, perlu sentiasa mengingati kanak-kanak, kalau tidak setelah kemalangan berlaku segalanya sudah terlalu lambat.

Kini ramai golongan muda yang suka merempit. Hal ini juga menunjukkan bahawa mereka kurang peka terhadap keselamatan diri. Apabila difikir, mengapakah mereka merempit? Kita tidak boleh hanya menekankan hasil, tetapi perlu mencari sebabnya, barulah boleh kita membaiki keadaan dan mengisi kekosongan jiwa anak-anak. Apabila dia

Page 390: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

390

tidak mengetahui hala tuju kehidupan, kewajipan diri, maka dia akan mula melepak, dan akhirnya terjerumus ke kancah maksiat. Mengapakah dia merasa kekosongan jiwa? Kerana berasa dirinya tidak bernilai. Jika kita memahami keluarga anak-anak ini dengan lebih mendalam, kebanyakannya kerana kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa. Jadi, sebagai guru, kita mempunyai pengalaman yang mendalam, iaitu semakin anda mengambil berat tentang anak-anak ini, semakin anak-anak ini berubah menjadi baik.

Saya masih ingat dua tahun yang lalu, saya bertanggungjawab untuk menjaga satu kelas. Kelas ini kelas yang paling bising dan paling sukar untuk diurus. Guru mereka yang telah mengajar selama 40 tahun berasa terlalu sukar untuk mendidik, oleh itu ketika semester pertama darjah enam, beliau bersara, semester seterusnya perlu diambil alih oleh seorang guru ganti. Ketika ini kebetulan saya baru pulang dari Australia, rakan saya pun menelefon dan memberitahu saya, “sekolah kita ada satu kelas yang amat sukar diurus, mahukan anda ganti?” Jika dia tidak sebut amat sukar diurus, tidak semestinya saya akan menawarkan diri. Dia sebut pula paling sukar diurus, dengan segera saya bercakap baiklah. Kata orang, tidak mengambil risiko, masakan mendapat hasil, Di Zi Gui juga telah menyebut bahawa jangan takut akan kesusahan. Kerana kita sebagai guru mengharapkan keupayaan diri dapat ditingkatkan dengan cepat, barulah pelajar dapat kebaikan yang lebih banyak. Jika saya bermula dengan yang amat sukar diurus, sudah pasti saya akan menjadi lebih baik. Jadi dengan peluang ini, saya menjadi guru ganti kelas tersebut.

Ketika sampai di sana, guru mula memperkenalkan para pelajar kepada saya dari yang pertama hingga terakhir. Yang pertama sebegini, yang kedua dibela oleh neneknya, bukan senang untuk mendidik, yang ketiga ayah dan ibunya bercerai. Sambil saya mendengar, saya berasa bahawa masalah keluarga kini amat besar, mungkin satu perempat dari mereka berasal daripada keluarga tunggal. Ada pula yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa. Pernah saya menelefon seorang bapa, dia berkata, “Cikgu, setiap hari saya sibuk mencari wang, saya keluar lebih awal daripada anak, pulang lebih lewat daripadanya, saya pun tidak jelas apa yang sedang dia lakukan.” Anaknya selalu melayari Internet, belajar banyak yang tidak baik, ibu bapa pula tidak mengetahui apa-apa. Apakah faktor sebenarnya

Page 391: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

391

ibu bapa begitu rajin mengejar wang? Demi membentuk sebuah keluarga yang lebih bahagia? Demi generasi seterusnya yang lebih baik? Tetapi akhirnya, mencari keuntungan sehingga terlupa akan matlamat asalnya. Sedih sungguh setelah mendengar kisah sebegini.

Apabila guru tersebut habis memperkenalkan 19 orang pelajar lelaki, (17 yang lain pelajar perempuan), dia pun sambung, “lelaki hanya empat atau lima orang yang baik, yang lain tidak senang untuk diurus.” Rakan-rakan sekalian, bagaimanakah perasaan anda jika anda mendengarnya setakat sini? Terasa gelisah? Hanya tinggal lebih kurang empat bulan. Tetapi pada masa itu, saya terfikir satu idea: apabila anak-anak membuat kesilapan merupakan peluang kita sebagai guru untuk mendidiknya supaya berubah, anda patut menghargai kesempatan ini, sudah tentu anda tidak boleh mengamuk dengan sesuka hati. Apabila kita mempunyai sikap seperti ini, secara natural kita akan menerima takdir ini dengan gembira. Sebaliknya jika guru tidak mempunyai sikap seperti ini, contohnya ketika anak-anak berulang melakukan kesalahan, anda pun naik angin: “kenapa anda berbuat demikian lagi? Berapa kali sudah saya cakap!” apabila anda menggunakan sikap seperti ini, pelajar akan berfikir bahawa guru mereka amat garang. Dia akan berfikir bahawa kali ini guru sudah memarahi saya, tidak apa, lain kali apabila membuat kesilapan, sembunyi-sembunyi jangan sampai cikgu nampak. Dia tidak akan insaf dan berubah daripada kesalahan ini. Jadi terdapat banyak peluang untuk mendidik mereka, sebagai guru kita patut menghargai peluang sebegini.

Dari manakah saya pelajari sikap seperti ini? Dalam beberapa tahun ini saya amat bertuah kerana bertemu dengan ramai guru dan golongan tua yang baik-baik. Mengapa begini? Pertemuan ini merupakan hasilnya, apakah sebabnya? Sebab sikap hormat, sebab kita berhasrat untuk memberi manfaat kepada para pelajar dalam industri pendidikan, mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Bijak pandai mengatakan, “apabila kita berniat untuk berbuat baik, Tuhan akan mengizinkan”. Apabila kita mempunyai hati yang baik, mesti kita mendapat berkat dari Tuhan, ramai orang yang berhati mulia akan membantu kita.

Pernah dahulu masa saya masih mengajar tuisyen, masih belum

Page 392: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

392

menjadi seorang guru yang formal, seorang rakan sekolah rendah saya datang berjumpa dan memberitahu bahawa dia baru mempunyai seorang teman wanita. Rakan saya ini jujur orangnya, berumur 20 tahun lebih baru ada teman wanita yang pertama. Persahabatan antara saya dengannya sudah hampir 20 tahun, kawan ini memberitahu dia ingin membawanya ke rumah saya, saya pun setuju, bolehlah kami saling berkenalan. Akhirnya semasa perbualan dengan teman wanitanya, asyik sahaja dia berkata: “guru kita bercakap bahawa…..” jika dia merupakan pelajar pra-sekolah ataupun pelajar sekolah rendah, saya tidak rasa hairan. Marilah kita lihat, anak-anak yang berumur tiga atau empat tahun akan selalu mempunyai perkataan “bapa saya berkata bahawa….”, “emak saya berkata bahawa….” dalam kata-katanya. Oleh itu sebelum pra-sekolah, orang yang paling dihormatinya ialah ibu bapa, jadi anda perlu mengajar sikap-sikap yang penting semasa melakukan sesuatu perkara kepadanya, supaya berguna kepada kehidupannya selama seumur hidup. Apabila berada di sekolah rendah, ucapan anak-anak menjadi “guru kami berkata bahawa…”. Apabila sekolah menengah pula berubah menjadi “rakan saya berkata bahawa….”. Jadi, lihatlah dalam kehidupan seseorang, yang membawa pengaruh yang besar kepadanya akan berubah mengikut umurnya yang semakin meningkat. Apabila melangkah ke dalam masyarakat, janganlah menjadi “artis itu berkata bahawa….”. Jika kita mengkaji karya para cendekiawan, mungkin kita akan berjumpa dengan “Men Zi berkata bahawa….”, “Konfusius berkata bahawa….”. Dengan adanya ingatan daripada para cendekiawan, bolehlah kita menjadi semakin matang.

Disebabkan teman wanitanya telah berumur 20 tahun lebih, masih menyebut tentang gurunya, hal ini menghairankan saya, seperti status guru ini sama taraf dengan ibu bapanya. Semakin mendengar saya semakin terharu, lalu saya meminta “bolehkah saya berkenalan dengan guru anda?” Dia terus bersetuju dengan perasaan amat gembira, “baiklah, saya akan berbincang dengan beliau”. Pada malam tersebut saya terasa pula bahawa permintaan saya itu terlalu kasar, lalu menelefonnya, “Biarlah, kita berbincang tentang hal itu lagi lain kali sahajalah.” Tetapi dia pun berkata, “Saya sudah berbincang dengan guru saya dan beliau ingin berjumpa dengan anda. Beliau berkata bahawa orang seperti anda perlulah berkhidmat dalam sektor pendidikan dengan secepat mungkin.” Gurunya telah mengajar lebih daripada 30 tahun, dalam perbualan dengan gurunya, saya memahami bahawa beliau

Page 393: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

393

bukan sahaja sedang mendidik insan cemerlang, tetapi juga berharap agar lebih banyak orang yang dapat berkhidmat dalam sektor pendidikan, beliau sanggup memberi pertolongan.

Jadi, pada hujung minggu tersebut, rakan saya dan teman wanitanya datang menjemput saya dahulu, kemudian baru menjemput guru tadi. Akhirnya baru saya tahu jarak tempat tinggal guru itu lebih kurang 500 meter sahaja dari rumah saya. Takdir dalam kehidupan Tuhan yang tentukan, takdir yang disebut ini bukannya jarak pada realiti, tetapi jarak antara dua hati. Apabila hala tuju kehidupan kita sama, walaupun jaraknya jauh, tetap akan berjumpa juga, seperti kata pepatah, “Yang ada jodoh pasti dapat dipertemukan biarpun duduk berjauhan”, mengapa saya bercakap begitu? Kerana saya ingin menyebarluaskan nilai-nilai murni budaya tradisi, saya pun pergi ke Australia, akhirnya bertemu dengan cikgu Yang Shu Fen di sana. Lihatlah, walaupun jaraknya jauh, bertemu juga kami akhirnya. Sebab yang paling utama, adalah kerana hati. Saya mempunyai keinginan dan hati untuk belajar cara untuk mendidik anak-anak, akhirnya saya bertemu dengan guru-guru yang begitu baik untuk memberi tunjuk ajar kepada saya.

Walaupun tinggal berdekatan, tetapi tidak berkenalan. Dengan tidak mudah akhirnya dapat berkenalan, saya amat menghargai peluang dapat belajar daripada guru ini. Apabila beliau dijemput naik kereta, beliau duduk di depan manakala saya di belakang. Ayat yang pertama apabila beliau berpusing ke belakang untuk bercakap dengan saya amat saya ingati, beliau berkata, “Sepanjang tempoh saya mendidik, anak-anak murid saya telah banyak mengajar saya.” Pengalaman mengajar selama 30 tahun membuktikan kebenaran, iaitu pendidik dan yang dididik saling memajukan diri dalam proses pembelajaran. Dalam buku klasik “Li Ji”, tertera bahawa, “Kita terasa serba kekurangan setelah belajar, terasa susah setelah menjadi pendidik, insaf akan kelemahan diri setelah meyedari kekurangan diri, majukan diri setelah menyedari akan kesusahan sebagai pendidik.” Sebagai contoh ketika kita mengajar sesuatu dalam kelas, pelajar mengantuk. Hal ini membuktikan bahawa mereka tidak memahami apabila kita mengajar dengan cara begitu. Jadi kita perlu bersikap lebih berdikari, perlu menyelidik cara mengajar, dengan memberi contoh-contoh yang mudah difahami. Atau pun jika anak murid bertanyakan soalan, kalau kita tidak mahir, hal ini akan mendorong

Page 394: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

394

kita supaya mencari maklumat dengan bersungguh-sungguh, dan belajar daripada mereka yang lebih bijak, jadi kita juga dapat memajukan diri.

Ramai juga yang berminat memberitahu bahawa, “Cikgu Tsai, saya juga teringin menyebarluaskan nilai-nilai murni budaya tradisi, tetapi saya bimbang saya tidak berkemampuan.” Rakan-rakan sekalian, janganlah risau kalau tidak berkemampuan, jika tunggu sampai kita berkemampuan baru hendak berkhidmat, pada masa itu sudah terlambat. Keluarga dan masyarakat sudah dalam keadaan haru biru, pada masa itu anda ingin berusaha pun sudah tidak berpeluang lagi. Jadi kita perlu mempunyai sikap belajar semasa melakukan sesuatu, melakukan sesuatu semasa belajar, kerana kita merupakan generasi yang tidak dididik, jadi janganlah membiarkan kekesalan ini berlaku kepada generasi yang akan datang. Apabila ibu bapa, kawan-kawan bertanya sesuatu, jangan kita gelisah. Yang mana kita tahu, jawablah dengan ikhlas, manakala yang tidak tahu, contohilah perbuatan saya, saya akan membalasnya, “Biar saya bertanya kepada Cikgu Yang terlebih dahulu”. Apa yang akan beliau jawab jika beliau juga tidak tahu? “Biar saya bertanya kepada guru saya terlebih dahulu.” Apakah yang anda takut? Jika semasa anda menghadapi masalah, anda tidak mahir tetapi anda sanggup mencari jawapan untuknya, adakah dia akan memandang rendah kepada anda? Tidak. Sebaliknya, dia akan lebih menghormati anda, dan juga berterima kasih kepada anda, kerana anda menolongnya.

Ayat pertama guru ini telah mengejutkan saya. Beliau menyambung, “Anak-anak yang bermasalah merupakan peluang saya mendidik mereka, jadi tidak bolehlah naik angin pada masa itu.” Sebelum saya mengajar, beliau telah memberitahu saya sikap yang betul seperti ini, jadi selepas itu saya tidak pernah merajuk semasa mengajar, tidak pernah marah kerana pelajar bersalah. Sebenarnya ini merupakan salah satu cara yang penting, iaitu cara pencegahan. Sebelum anak-anak bersalah, anda haruslah memberitahunya persepsi yang betul. Sebelum saya menerima kerja ini, saya telah mengetahui persepsi yang betul, inilah yang dikatakan sebagai berhati-hati semasa permulaan, juga mengambil langkah pencegahan supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Jadi apabila guru habis memperkenalkan para pelajar, dalam hati saya muncul perkataan-perkataan ini, jadi saya dapat menghadapi para pelajar dengan gembira.

Page 395: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

395

Dalam kelas ini terdapat sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai “Four Kings Heavenly”, mereka bukan Andy Lau, bukan Jacky Cheung, tetapi pelajar yang sering hadir ke bilik guru disiplin. Setelah saya benar-benar mengenali mereka, saya dapati bahawa anak-anak yang berkelakuan kurang baik sebenarnya baik hati, mereka hanya terabai dari didikan. Apabila anda melayannya dengan baik, dia juga melayan anda dengan baik. Salah seorang darinya nampak garang dan kurang tersenyum, saya pun memintanya berjumpa dengan saya. Kita haruslah banyak berkomunikasi dengan para pelajar, barulah hubungan menjadi mesra. Saya berjumpa dengannya, lalu memberitahunya, “Muka anda selalu nampak garang, adakah cikgu telah melakukan apa-apa yang salah terhadap anda?” dia balas tidak. Saya sambung bertanya, “Sejak bilakah anda mula jadi begini?” Dia memberitahu saya, “Semasa semester pertama darjah lima.” Lihatlah, dia sendiri mengetahui sejak bila dia mula berwajah garang. Jadi kita sebagai ibu bapa, sebagai guru patut selalu memahami keadaan mental anak-anak, kalau tidak anda tidak dapat membimbingnya dari semasa ke semasa.

Kemudian saya berkata kepadanya, raut wajah anda kelihatan begitu garang, orang lain mudah salah faham terhadap anda, mereka ingat anda bermusuhan dengannya, jadi anda perlu relaks,” Setelah habis mendengar dia pun berkata, “Baiklah”. Tetapi adakah dia berubah? Jadi semasa membimbing anak-anak haruslah sabar. Anda tidak mungkin memberitahunya, “Kan cikgu sudah cakap, mengapakah anda belum berubah lagi?” Hendaknya berubah menjadi orang lain dengan serta-merta, mungkinkah?Tidak mungkin. Selepas kejadian itu, saya mencipta peluang untuk melatihnya. Seperti contoh, dalam sekolah perlu mengatur beberapa pelajar sebagai “polis”, berdiri di koridor kawasan sekolah. Apabila ternampak pelajar tingkatan rendah berlari di koridor, abang-abang ini pula akan segera memberi nasihat, “Janganlah berlari, bahaya, nanti mungkin terlanggar orang lain. Kelas manakah anda belajar? Lain kali jangan buat lagi.” Apabila seseorang itu polis, dia akan lebih mengambil perhatian atas perbuatannya. Jadi saya melantikkannya sebagai “polis”, tanpa disedari kelakuannya berubah, hal ini kerana dia takut dirinya melakukan sesuatu yang kurang baik, ditegur pula oleh adik-adik darjah satu nanti, “Abang, kenapa anda juga membuat kesilapan?” Dia akan berasa malu pula.

Page 396: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

396

Suatu ketika semasa waktu rehat, saya terdengar bahawa pelajar tersebut pernah membantu ibunya menjual pakaian di pasar. Apakah yang anda terfikir setelah mendengar berita ini? Seorang budak lelaki darjah enam sanggup membantu ibunya menjual pakaian, hal sebegini jarang berlaku. Jadi, asalkan anak-anak mempunyai ketaatan terhadap ibu bapa, sudah pasti senang dia dididik, jadi saya lebih mengambil berat tentangnya. Semasa dalam kelas, jika dia menjawab soalan matematik dengan baik, saya akan memberi galakan kepadanya, saya akan berkata, “Lihatlah semua, pelajar ini dapat berfikir dengan tangkas, dia dapat berfikir dari segi ini.”

Guru-guru dan kawan-kawan sekalian, janganlah kita memandang rendah kepada pujian ikhlas kita. Kata-kata pujian sebegini akan diingati dalam hati anak-anak. Akhirnya, pelajar ini mendapat tempat kelima dalam ujian bulanan yang kedua, daripada “Four Kings Heavenly” berubah menjadi tempat kelima keseluruhan kelas.

Selain itu saya melantiknya sebagai ketua kelas, saya rasa mungkin dia tidak pernah menjadi ketua kelas. Dia sangat takut apabila diberitahu tugasan baru ini dan dia tidak ingin menerima perlantikan ini. Saya pun berbincang dengannya, “Anda jadilah ketua kelas untuk satu minggu terlebih dahulu, hanya seminggu.” Dari manakah saya pelajari cara melantik ketua kelas ini? Daripada guru sekolah rendah saya. Hal ini demikian kerana dilantik sebagai ketua kelas melambangkan pelajar itu mempunyai kelakuan dan pencapaian akademik yang cemerlang. Jadi teladan yang baik ini perlu dicontohi. Akhirnya dia bersetuju juga, tetapi dengan perasaan agak berat untuk menerimanya. Selepas seminggu menjadi ketua kelas, sejak itulah dia menjadi ketua kelas, sehingga tamat semester tersebut. Jadi bakat seseorang dapat dicungkil menerusi asuhan.

Saya banyak mengkaji dan belajar tentang budaya tradisional bersama-sama dengan para guru di Haikou, Hainan. Selepas satu atau dua bulan, saya akan memberitahu mereka, “Lain kali, bolehkah anda mengajar selama 10 atau 15 minit?” Para guru tidak berani, asyik menolak permintaan saya itu. “Tolonglah, 10 minit pun sudah cukup”, saya berkata. Mereka akhirnya bersetuju juga, tetapi dengan perasaan enggan, baiklah”. Akhirnya pada masa mengajar, mereka asyik sahaja menyampaikan kuliah tanpa menyedari

Page 397: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

397

waktu, saya pula perlu memberi isyarat bahawa masa sudah tamat dari belakang kelas, barulah mereka akan turun daripada podium. Kenapa? Apabila seseorang mempunyai keinginan untuk memikul tanggungjawab, dia akan meningkatkan kecemerlangan diri dengan cepat. Lagipun, kerana benar-benar ingin mengajar dan mendidik, perasaan yang sebenar mereka seperti cetusan hati yang indah, jadi apabila disuruh naik untuk mengajar, secara tidak disedari perasaan dan ilmu di dada disampaikan.

Jadi selepas pelajar ini menjadi ketua kelas, hal ini juga telah menimbulkan perasaan tanggungjawabnya dan keupayaan untuk melaksanakan tugas. Kemudian dia mendapat tempat kelima, sebagai galakan, saya belanja beberapa orang pelajar yang telah berkhidmat untuk sekolah dan untuk kelas bersama dengannya, untuk makan bersama. Ibunya menghantarnya dengan menunggang motosikal, lalu memberitahu saya,” Cikgu, anak saya ini telah belajar untuk lima tahun setengah, tetapi bagai tidak pernah wujud dalam mata guru-guru”. Selepas mendengar perkataan sebegini daripada seorang ibu, saya berasa amat tidak sampai hati, kerana setiap anak pun amat disayangi oleh ibu bapa sendiri, saya percaya bahawa lima tahun ini pun amat pahit kepada ibu bapanya.

Selepas ibunya meluahkan perasaannya, saya segera menyambung ayatnya, “Ibu Wu, anak ini amat pintar, keadaan pembelajarannya baik, daya kepimpinannya juga cemerlang, bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberi kepadanya. Pernah saya menyuruhnya melakukan sesuatu, dia telah menyempurnakannya dengan amat teliti.” Saya pula melaporkan serba sedikit perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini kepada ibunya. Apabila kita memuji seseorang haruslah secara menyeluruh, barulah pihak tersebut akan percaya bahawa perkara sebegini memang berlaku. Jika anda hanya cakap baik, bagus, pihak yang mendengar akan meragui kebenaran perkara tersebut. Jadi saya banyak memuji pelajar tersebut, selama beberapa minit saya berdiri. Walaupun saya memberitahu ibunya, tetapi sebenarnya juga ingin memberitahu pelajar ini. Saya percaya bahawa pujian ikhlas guru-guru akan terpahat dalam hatinya buat selama hidupnya.

Tidak lama kemudian berakhirlah semester itu. Apabila hari graduasi, banyak hadiah yang disampaikan, tetapi tinggal lagi satu pada akhirnya,

Page 398: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

398

apa yang perlu dibuat? Tidak patut saya menyampaikan hadiah ini secara bersahaja, hadiah ini boleh dijadikan sebagai satu peluang untuk mendidik mereka. Saya berkata, “hadiah yang terakhir ini, kita sampaikan kepada pelajar yang mencapai peningkatan yang paling ketara dalam kelakuan dan prestasi akademik, kita buat undian siapa yang terpilih.” Akhirnya bagaimana? Ketua kelas ini mendapat undian yang paling banyak dan menang, saya pun menyampaikan hadiah ini kepadanya. Setelah menerima hadiah, pelajar ini mula menitiskan air mata apabila balik ke tempat duduknya. Di atas podium saya berdiri semasa mengajar, saya sangat jelas tentang segala perbuatan pelajar di hadapan saya. Selepas bertugas sebagai guru barulah saya sedar bahawa cikgu memang perasan apa-apa yang dibuat oleh anak muridnya. Baiklah, setakat sini untuk kelas kita hari ini. Kita akan teruskan pada sesi yang seterusnya.

Page 399: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

399

Sesi 24Bantuan Baik Akan Diperolehi Jikalau

Kewajipan Ditanggung Dengan Kebaikan Hati

Rakan-rakan sekalian, selamat sejahtera! Sebelum ini saya telah berkongsi pengalaman saya dua tahun yang lepas tentang seorang pelajar dalam kelas yang saya ajar, prestasi akademiknya menunjukkan peningkatan yang amat ketara, juga merupakan seorang ketua kelas yang cemerlang. Jadi semasa hari graduasi, saya telah menyampaikan hadiah yang terakhir kepadanya, dia telah menitiskan air matanya. Di atas podium, dalam hati terfikir pula saya telah mengalami banyak kelas sampai saat graduasi, jadi saya tidak akan menangis kerana susah hati. Saya mengharapkan diri saya hanya menitiskan air mata kerana terharu, bukannya kerana kesedihan, kerana menangis disebabkan kesedihan tidak dapat membantu diri atau orang lain. Selepas mengemaskan pasukan, saya mengiringi mereka hingga ke pintu sekolah. Dalam perjalanan, saya mengerling ke arah para pelajar, saya dapati dia masih menangis, saya pun memberhentikan pasukan itu, berjalan ke depannya. Saya ingin memegang tangan kirinya dengan tangan kiri saya, dan menepuk bahunya dengan tangan kanan saya, memberitahunya, “Jangan menangis lagi.” Apabila saya memegang tangan kirinya, dan tangan kanan yang ingin menepuk bahunya, pelajar ini memegang tangan saya, asyik mengucapkan, “Terima kasih cikgu! Terima kasih cikgu! Terima kasih cikgu!” Pada masa itu, saya seperti mendapat kejutan elektrik, rupa-rupanya perkara sebegini akan juga berlaku antara dua lelaki. Keikhlasan pelajar ini membuat saya terharu, air mata saya bergenang, tetapi tidak boleh hilang kawalan, saya perlu terus mengiringi mereka sehingga keluar dari kawasan sekolah. Selepas itu saya menarik nafas dua kali, meneruskan perjalanan dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Apabila saya pulang ke kawasan sekolah bersendirian, saya mempunyai perasaan yang sangat mendalam. Bukan saya yang mengajar pelajar ini, sebaliknya pelajar ini telah mengajar saya sesuatu yang amat penting dalam tempoh saya sebagai pendidik. Dia telah membuktikan bahawa tiada pelajar yang tidak dapat diajar. Seorang pelajar yang dianggap jahat oleh pihak sekolah, dengan kasih sayang yang kita pertaruhkan, akan membawa perubahan yang begitu besar dalam tempoh beberapa bulan sahaja telah

Page 400: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

400

membuktikan bahawa “sifat manusia baik sejak dilahirkan”. Kunci yang penting ialah adakah kita mempunyai keikhlasan seperti ini. Saya juga mendapat pengalaman bahawa, apabila seorang anak dapat merasai seseorang yang benar-benar menyayanginya, mengambil berat tentangnya, dia tidak akan menjadi jahat dan tidak mungkin membunuh diri. Rakan-rakan sekalian, bagaimanakah kadar bunuh diri dalam kalangan orang muda sekarang? Semakin meningkat. Ini merupakan kesannya, apakah sebabnya? Anak-anak kekosongan jiwa, berasa bahawa tiada orang yang mengambil berat tentangnya.

Pernah kita berbincang tentang anak-anak kini merempit, sebenarnya dari membiarkan pihak polis asyik menangkap, menyiasat, lebih baik kita membentuk keluarga yang bahagia terlebih dahulu. Seluruh keamanan masyarakat, keluarga menjadi asas. Jadi saya membenarkan diri saya untuk mengajar hanya di satu sekolah yang sama, tidak bertukar selepas ini. Mengapa? Kerana jika saya hanya berada di sana, selepas mengajar 20 atau 30 tahun, semua pelajar mesti dapat mencari saya. Mendidik seorang anak hanya menggunakan masa dua tahun sahajakah? Mestilah menggunakan masa yang lama untuk menunjuk ajar dan mengingati mereka sesuatu. Jadi dalam satu atau dua tahun ini, dia dapat merasai pengorbanan guru terhadapnya tanpa mengharapkan balasan, bolehlah kita percaya bahawa apabila dewasa kelak, semasa menghadapi masalah, dia akan berjumpa dengan gurunya. Dia mesti tidak akan memilih jalan yang buruk, apatah lagi dengan bunuh diri. Kerana asalkan hati seseorang itu mempunyai kasih, dia tidak akan berasa putus asa.

Selepas dua tahun mengajar, kerana memahami bahawa akhlak anak-anak merupakan asas, saya berharap agar dapat melibatkan diri dalam usaha menyebarkan Pendidikan Cendekiawan Negara Cina ketika masih muda lagi, jadi saya meletakkan jawatan di sekolah itu. Selepas saya meletakkan jawatan, saya berpeluang untuk menyebarkan kebudayaan tradisional di China. Saya juga dapat mengenali para guru semasa menjalankan usaha ini, saling bertukar pendapat tentang pendidikan anak-anak, dan berkongsi pengalaman. Jadi apabila melihat perbuatan anak-anak yang jahat, jangan kita hanya tahu berasa geram, kita patut menyelesaikan masalah dengan mengambil tahu tentang sebabnya.

Page 401: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

401

Apabila dalam hati seseorang itu ada rasa hormat, sikap amat berwaspada, kemungkinan untuk menghadapi kemalangan akan berkurangan. Maka perasaan hormat ini bukannya diingati semasa memandu sahaja, tetapi pada setiap masa. “tidak menghadapi rintangan, tidak akan ada pengalaman”. Sejak rambut saya buras setelah menaiki motosikal, kini setiap kali sebelum naik ke pentas saya akan lihat cermin terlebih dahulu.

Ayat seterusnya, “Tatkala memegang sesuatu bekas kosong anggap seperti bekas itu berisi penuh, jaga dengan baik.” Sebagai contoh menghidangkan pinggan kosong yang lauknya habis dimakan, sudah tentu akan lebih ringan, mengapakah sikap seperti mengangkat pinggan yang penuh dengan lauk patut diminta? Kadangkala apabila kita memegang barang yang ringan kita akan menjadi lebih cuai. Dengan ini berkemungkinan anda akan menjatuhkan dan memecahkannya. Ayat ini juga mengingati kita supaya lebih berhati-hati. Kebanyakan produk teknologi moden amat ringan, tetapi semuanya berharga beribu-ribu ringgit. Jadi apabila kita atau anak-anak cuai atas perkara kecil seperti ini, berkemungkinan gaji sebulan kita terbuang begitu sahaja.

“Semasa masuk ke kamar-kamar yang kosong anggap seperti kamar itu ada penghuninya”. Maksudnya ialah apabila berada di sesuatu tempat yang tiada orang lain, anda tetap perlu menganggap bahawa terdapat orang di sekeliling. Dalam Buku Zhong Yong juga disebut, perlu mempunyai sikap “berhati-hati semasa berseorangan”. Sikap seseorang sewaktu ketiadaan orang lain, tidak boleh diabaikan. Hal ini mengingati kita bahawa kelakuan kita patut sentiasa konsisten, tidak boleh berkelakuan lain dengan apa yang dicakap. Terdapat seorang guru yang memberitahu pelajarnya jangan meludah merata-rata tempat. Tetapi pada suatu hari, dia meludah merata-rata setelah memastikan sekelilingnya tiada orang, yakin bahawa tidak akan berlaku apa-apa. Tiba-tiba terdengar suara dari jauh, “cikgu, mana boleh cikgu meludah?” Malangnya! Ada lagi seorang guru tingkatan yang amat garang, selalu memarahi pelajarnya. Suatu kali apabila disuruh menunjukkan contoh pengajaran kepada semua guru sekolah termasuklah guru-guru yang melawat ke sekolah tersebut. Para pelajar yang selalu dimarahinya telah biasa tidak mesra dengannya, secara tiba-tiba dalam kelas hari itu, cikgu tersebut menjadi ramah mesra, akhirnya para pelajar berasa kurang selesa

Page 402: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

402

sepanjang pengajaran yang disampaikan oleh cikgu tersebut. Tidakkah kita berasa letih jika hidup sebegini? Letih.

Anak-anak lazimnya akan bersuara kuat apabila di sekelilingnya tiada orang lain. Ketika kami mendaki gunung bersama-sama, ramai kanak-kanak yang berbuat bising. Saya memberitahu pelajar, “hari ini kita mendaki gunung, siapakah tuan gunung ini? Memanglah flora dan fauna di sini, mereka telah menetap di sini sejak lama dahulu, mereka tuan. Siapakah anda? Anda hanya tetamu, hanya melawat ke rumah mereka kadang kala. Adakah tetamu yang berbuat bising di rumah orang lain? Jika ada malunya, mesti akan dikata oleh tuan di gunung ini, “biadab betul orang ini.” Kita patut menghormati setiap insan, semasa mendaki gunung janganlah membuat bising, nanti mengganggu ketenteraman binatang di sini. Maka apabila suara seseorang terlalu kuat, gelombang suaranya yang dikeluarkan mungkin akan menggentarkan batu-batan. Pada zaman dahulu, dikatakan bahawa Meng Jiangnv menangis sehingga Tembok Besar Negara China runtuh. Perkara ini sedikit keterlaluan tetapi apabila kita bercakap, gelombang bunyi akan menggentar sehingga batu-batan berjatuhan, hal ini sememangnya berkemungkinan.

Kebanyakan anak-anak semasa melawat ke rumah orang lain, akan membiarkan tuan rumah yang sibuk di dapur, dirinya pula melawat di sekeliling. Betulkah perbuatan ini? Salah, hal ini tidak menghormati tuan rumah. Terutamanya bilik tidur tuan rumah tidak boleh kita masuk dengan sesuka hati. Perkara-perkara seperti ini harus diingatkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, setelah melawat ke banyak bilik dalam rumah tersebut, tuan rumah mendapati bahawa barangnya hilang. Siapakah yang menjadi suspek pertama? Terdapat seorang kawan saya, waktu budak-budak dahulu melawat ke rumah rakannya. Kebetulan bapa rakannya kehilangan sejumlah duit, keesokan harinya rakannya menuduh dia yang mencuri duit, seluruh kelas mula mensyakinya. Ketika ini anda tidak mampu mempertahankan diri walaupun bercakap apa-apa pun, anda tidak dapat membuktikan bahawa anda tidak mengambil apa-apa, anda memang pernah masuk ke dalam bilik itu buat seketika. Jadi, “masuk ke kamar kosong seperti kamar itu ada penghuninya”, ini adalah untuk mengelakkan bangkitnya syak wasangka.

Page 403: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

403

Dalam buku “Chang Li Ju Yao” - sebuah buku yang menyatakan etika sehari-hari, juga tercatat ayat “Di kebun tidak pakai kasut tali yang telah tanggal, di bawah pokok pear tidak pegang pada topi”. Maksudnya apabila anda lalu di ladang tanah orang lain yang menanam sesuatu, jangan berhenti untuk mengikat tali kasut. Kalau dilihat oleh tuannya dari jauh, disangkanya kita ingin mencuri hasilnya. Di bawah pokok buah pear, jangan memakai topi, tangan anda seperti ingin memetik buahnya, perkara-perkara seperti ini patut dielakkan. Jadi, Di Zi Gui mencatatkan bahawa “beri ucap salam atau menyapa dahulu sebelum memasuki sesuatu kawasan”. Apabila melawat ke rumah orang lain, mesti bertanya dahulu, “ada orang?”, perkara seperti ini patut kita ketahui.

Ayat seterusnya “jangan buat kerja tergesa-gesa sebab ini akan mengakibatkan banyak kesalahan dan kerugian”. Jadi apakah caranya untuk mengelakkan berkeliruan? Bertindak secara perlahan. Hal ini dapat mengelakkan kekesalan dan masalah, kita tidak mudah bersalah jika membuat sesuatu secara teratur. Kita perlu tahu tentang bila masanya untuk bertindak atau berundur. Ketika masa perlu berundur, janganlah bertindak secara kekerasan, hal ini dapat mengelakkan berlakunya kesalahan. “Jangan buat kerja tergesa-gesa” perlu dilaksanakan bersama-sama dengan ajaran yang berkaitan dengan berhati-hati, barulah perkara dapat dilakukan dengan baik.

Sebagai contoh, kita pernah berbincang sebelum ini tentang “letakkan pakaian di tempat yang disediakan, jangan campak baju di merata-rata tempat sebab akan kotor nanti”. Inilah seperti amalan binatang yang akan pulang ke tempat yang paling asal. Barang diletakkan di tempat letak yang tetap, anda tidak akan keliru apabila ingin mengambilnya lagi. Contoh lain selepas mandi, jika anda menggunakan pancuran, selepas habis menggunakannya mesti ditukar semula kepada keadaan yang asal kawalan air paip itu. Jika tidak, selepas beberapa jam ketika digunakan lagi oleh orang lain, apabila membuka sahaja, anda akan terdengar jeritan kuat. Apa yang akan berlaku kepada badannya? Semuanya basah. Jadi banyak perkara yang kita perlu berhati-hati sampailah ke penamatnya, sebelum ditinggalkan haruslah dibuat pemeriksaan dengan teliti terlebih dahulu, barulah tidak menjadi gangguan pada diri sendiri ataupun orang lain. Selepas habis menggunakan

Page 404: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

404

sesuatu, periksa terlebih dahulu, adakah benda tersebut diletakkan di tempat asalnya, apabila orang lain atau diri sendiri ingin menggunakannya semula tentulah mudah berjumpa barang tersebut. Apabila ingin meninggalkan rumah, sebagai contoh selama seminggu, masa ini perlulah kita memeriksa sumber elektrik dan gas dapur. Jika tidak kalau air paip tidak ditutup, apabila pulang, entah berapa jumlah air yang telah dibazirkan.

Saya terkenang lagi sekali apabila bekalan elektrik putus sebaik sahaja saya habis mandi, saya pun cuba menekan beberapa butang yang berbeza, akhirnya suis pemanas air elektrik dibuka. Terlupa pula untuk menutup balik. Kemudian saya keluar untuk menyampaikan syarahan selama tiga jam lebih. Apabila pulang, bekalan elektrik telah lama pulih, air pun asyik mengalir. Kesal sungguh hati saya masa melihat keadaan tersebut. Disebabkan kecuaian sendiri, banyak air yang telah terbazir. Apabila kita menggunakan sesuatu alat dengan amat kerap, kita tidak akan melupai sesuatu itu. Sebagai contoh, apabila kita berjanji dengan orang lain, catatkanlah di dalam buku catatan dengan segera. Setiap hari dirujuk seketika, apa yang telah dilaksanakan, tandakan, apa yang belum dilaksanakan, diingatkan sekali lagi, dan perlu melaksanakannya dengan secepat mungkin. Jika anak-anak bersikap sedemikian sejak kecil, dia akan berhati-hati dan mempunyai sikap bertanggungjawab.

Rakan-rakan sekalian, jika kini anak-anak anda berada dalam darjah satu, suatu hari dia menelefon anda, “mak, saya lupa bawa buku latihan, sudah saya siapkan semalam, nanti cikgu hendak periksa, cepat mak ambilkan untuk saya.” Apakah yang akan anda buat? “mak, apa lagi yang mak sedang fikir? Cepatlah mak hantar pada saya”. Kebanyakan ibu bapa akan hantar. Walaupun perbuatan itu kecil, tetapi hal ini akan mempengaruhi mentaliti anak-anak yang salah ini secara serius. Pak cik Lu pernah menerima panggilan seperti ini daripada anak perempuannya. Beliau memberitahu anaknya, “Ini merupakan kesalahan diri, jadi anda perlu bertanggungjawab atas atas kesalahan sendiri ini, kalau patut dihukum, terimalah hukuman”, lalu dia menamatkan panggilan telefon tersebut. Rakan-rakan sekalian, sanggupkah anda berbuat demikian?

Jadi ketika mendidik anak-anak haruslah mengajar disiplin. Ketika

Page 405: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

405

perlu berprinsip, jangan mudah dipengaruhi. Kemudian apabila anaknya pulang, mukanya mencuka. Ketika ini wajarkah anda terus marah anak anda? Jika demikian keterlaluan pula. Selepas menamatkan panggilan telefon sudah amat tegas, seterusnya patut menunjukkan kasih sayang pula. Jadi Pak cik Lu bertanya kepada anaknya, “Dimarahi guru? Didenda?” Anaknya menganggukkan kepalanya, “Ya”. Pak cik Lu sambung, “Biar ayah ajar anda satu perkara, mulai hari ini anda tidak akan didenda lagi kerana lupa untuk bawa buku latihan.” Asalnya anak itu berasa hampa, tetapi kini bersemangat balik. Pak Cik Lu memberitahunya,” Gunakanlah satu buku catatan. Catatkan apa-apa sahaja yang perlu dibawa pada keesokan hari. Semasa mengemas beg sebelum tidur, apa-apa yang sudah dimasukkan ke dalam beg, anda tandakan. Semuanya habis dikemas dengan baik, barulah anda boleh tidur dengan lena.” Jadi ketika anak bersalah, juga merupakan peluang untuk mendidiknya cara yang baik. Jika anda melepaskan geram ketika ini, hilanglah peluang ini. Biar anak mempunyai kebiasaan untuk menggunakan buku catatan sejak kecil untuk mengingatkan diri apa yang perlu dibawa, tidaklah dia melupai apa-apa perkara dengan mudah.

Sudah tentu mendidik anak-anak “jangan buat kerja tergesa-gesa” supaya tidak keliru dan sibuk, yang pertama sekali diri kita patut menjadi contoh yang baik. Saya masih ingat saya sering menaiki kereta ayah, ketika itu saya hanya berusia 10 tahun lebih. Semasa memandu ayah saya akan berkata,” Mengapa perlu mengejar masa? Hanya lima minit yang akan jadi perbezaan.” Perkataan ayah saya ini membawa pengaruh yang besar kepada saya. Kemudian apabila saya tahu memandu, ketika ingin memandu laju sahaja saya akan teringat perkataan ayah saya ini. Ayah saya tidak pernah membunyikan hon, dia rasa tidak perlu. Jadi saya pun tidak membunyikan hon semasa memandu. Sudah tentu pada sesetengah keadaan perlu juga membunyikan hon, apabila anda tidak dapat melihat apa-apa ketika membelok, anda patut memberi amaran terlebih dahulu, jika boleh memberi keutamaan kepada orang lain dahulu, berilah.

Ayat seterusnya, “jangan kita gementar dengan pekerjaan yang sukar” bermaksud janganlah takut kepada kesusahan. Dalam buku Zhong Yong juga tercatat ajaran yang sangat penting, iaitu “orang lain belajar sekali sudah mahir, jika kita kurang pandai, buatlah seratus kali. Walaupun seribu

Page 406: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

406

kali yang perlu kita lakukan, patut juga kita lakukan tanpa putus asa.” Jika mempunyai sikap sebegini, walaupun kurang pandai, sudah pasti kita akan menjadi pandai suatu hari nanti. Apabila kita menghadapi perkara dengan sikap sebegini, tidaklah kita dikalahkan oleh diri sendiri. Cikgu Yang selalu cakap, beliau akan sering menggalakkan dirinya, “saya pasti boleh!”. Siapakah yang akan menemani anda paling lama? Diri anda. Jadi sering menggalakkan diri amat penting.

Setelah saya mengajar selama dua tahun itu, saya memahami bahawa akhlak merupakan asas seumur hidup anak-anak, ingin menceburi bidang untuk menyebarkan budaya tradisional semasa muda lagi, jadi saya telah meletakkan jawatan. Ayah saya berkata, “Pendidikan merupakan rancangan selama beribu-ribu tahun, perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, anda telah berfikir dengan semasak-masaknya?” Kemudian saya membuat analisa untuk ayah saya, yang memang memberi sumbangan dalam sejarah bukannya mereka yang berada dan berkuasa. Mari kita lihat, Konfusius kaya? Beliau berkuasa? Tidak. Semuanya bergantung kepada hatinya yang ikhlas. Cikgu saya juga tidak kaya dan tidak berkuasa, tetapi disebabkan hatinya yang ikhlas, bolehlah beliau menyebarkan ajaran aliran bijaksana ke seluruh dunia. Jadi kita perlu memahami bahawa kejayaan sesuatu perkara bukannya bergantung kepada syarat-syarat secara fizikal, tetapi asalnya daripada hati yang ikhlas. Saya menyambung kata kepada ayah, “Generasi kita ini bukannya mesti melihat kepada hasil yang akan diperolehi sahaja, asalkan budaya ini tidak pupus di depan mata saya, saya sudah berasa gembira dan bersyukur pada Tuhan.”

Selepas itu semasa saya belajar di Australia, timbul dua idea dalam fikiran. Yang pertama saya berharap agar saya dapat menemui seorang guru kebudayaan yang baik. Yang kedua, disebabkan tingkah laku dan akhlak diri saya yang masih perlu diperbaiki, masih banyak tabiat buruk, saya mengharap agar hadir seorang guru yang baik di sisi saya. Ketika di Australia, ketika belajar, di manakah Cikgu Yang? Di atas podium, menyampaikan cerita dan Pak cik Lu di tepi saya, tidak diselangi oleh satu tempat duduk pun. Jadi rakan-rakan sekalian, dari manakah asal alam atau persahabatan yang anda rasai? Dalam hati anda. Hati yang merasakan, alam yang dirasakan. Jika terdapat banyak pertikaian dan tentangan dalam hati kita, bagaimanakah

Page 407: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

407

hubungan antara kita dengan orang lain? Kerap berlaku konflik. Jika kita selalu berfikir untuk menyumbangkan sesuatu, secara natural anda dapat menarik banyak pertolongan yang diterima daripada orang lain. Jadi jangan takut akan kesusahan, asalkan anda mempunyai hati yang ikhlas, pertolongan akan datang dengan izin Tuhan.

Kemudian Cikgu Yang membawa saya ke Haikou. Selepas satu minggu kami pergi ke Qu Fu, Shandong. Disebabkan penyebaran kebudayaan tradisional, kita mesti memperingati Konfusius, kerana beliau merupakan cendekiawan yang memberi sumbangan yang paling besar dalam usaha penyebaran kebudayaan tradisional. Di sana, Cikgu Yang berasa sedih kerana melihat banyak tinggalan sejarah yang telah dirobohkan. Cikgu Yang memberitahu saya, selepas beliau ternampak keadaan seperti ini barulah beliau sedar bahawa kemerosotan kebudayaan tradisional begitu serius, jadi kami terpaksa melakukan sesuatu. Kemudian beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan laman web global di Beijing. Kemudian Cikgu Yang berkata, “Anda baliklah sendiri, saya tidak dapat bersama!” Ketika saya pergi ke Haikou, ayah berpesan secara khas kepada saya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dengan Cikgu Yang. Akhirnya, ditakdirkan selepas satu minggu, saya perlu melakukan secara berseorangan, tiada bantuan dari sesiapapun.

Ketika itu saya teringat pesanan Konfusius bahawa “kita mesti bercita-cita tinggi dan kuat semangat kerana kita memikul misi yang sangat penting, dan jalan ini sangat jauh.” Apabila menganggap merealisasikan misi ini tanggungjawab kita, bukankah ini penting? Buat sampai mati, bukankah ini jalan yang jauh? Sebenarnya apabila kita melakukan sesuatu, jangan berfikir tentang masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu, kata orang “bukan semua kerja dapat memenuhi permintaan, tetapi buatlah dengan penuh ikhlas”, asalkan hala tuju betul, kemudian anda melakukannya secara bersungguh-sungguh, cukup, demikian adanya.

Selepas pulang ke Haikou, saya pun mula menyampaikan syarahan di tempat-tempat lain. Saya masih menghubungi cikgu Yang dan bertanya kepada beliau, “Bagaimanakah boleh saya belajar?” Beliau menjawab secara ringkas, “Sekarang anda tetapkan satu matlamat, sampaikan 300 kali

Page 408: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

408

ceramah terlebih dahulu.” Kemudian ramai yang bertanya saya, “Cikgu Tsai, bagaimana caranya untuk menyampaikan ceramah?” Saya juga membalas secara ringkas, “Sampaikanlah 300 kali ceramah terlebih dahulu, beginilah saya dilatih oleh Cikgu Yang.” Akhirnya semasa ceramah pertama saya di Haikou, saya perlu berdepan dengan lebih 300 orang guru di sana. Bolehkah anda perasan bahawa saya menjadi gelisah? Lihatlah saya yang begini kurus, mana mungkin tidak gelisah. Saya ingat lagi semasa menduduki peperiksaan di universiti, saya gelisah yang amat sangat sehingga tidak dapat tidur, selepas makan dua biji ubat penenang pun tiada kesannya. Sebenarnya bukan tidak berkesan, rupanya kesan ubat tersebut pada keesokan harinya. Jadi saya menduduki peperisaan kali itu memang dalam keadaan pening dan sakit kepala. Namun begitu disebabkan saya biasa mengkaji karya klasik, saya mendapat tahu bahawa orang yang tenang fikiran kerana dia tidak bersalah. Rupanya banyak perkara yang tidak boleh dipaksa, barulah mengubah mentaliti saya. Sehari sebelum memberi ceramah, saya sembahyang terlebih dahulu, mohon supaya kerja saya diberkati dan boleh tidur dengan lena, barulah bersemangat untuk menyampaikan ceramah pada keesokan harinya. Usaha demikian amat berkesan, saya dapat tidur sehingga pagi tanpa terjaga-jaga. Sejak dari hari itu, secara berterusan, asalkan berpeluang saya akan menyampaikan ceramah. Kerana sememangnya tidak kira dalam keluarga, dalam persatuan atau pun di sekolah, yang kurang selalunya pendidikan moral. Akhirnya disebabkan banyak latihan, barulah saya dapat meningkatkan keupayaan diri menjadi semakin maju.

Kemudian dalam bulan Ogos saya menganjurkan kelas yang bernama “Cara Nenek Moyang China sebelum 4000/5000 Tahun Dahulu Mendidik Keturunannya”. Kelas saya ini telah dijalankan selama lapan jam. Kurikulumnya telah saya sampaikan hampir sepuluh kali, sehingga dijemput merakam video pada pertengahan bulan November. Tema yang sama, kali pertama lapan jam, selepas tiga bulan 40 jam, berapa kali ganda? Lima kali ganda. Jadi manusia mempunyai potensi yang amat besar, asalkan kita sudi menerima asuhan. Selepas lebih kurang satu tahun daripada kali pertama ceramah saya, semasa ceramah saya mendapati beberapa muka yang kerap muncul, saya pun meminta pandangan daripada mereka adakah perbezaan ceramah kali pertama saya dengan ceramah saya sekarang. Akhirnya mereka berkata dengan pantas, “Besar perbezaannya!”

Page 409: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

409

Jadi kita sememangnya mempunyai potensi yang hebat, jangan bimbang. Maka apabila anda bertekad untuk melakukannya, banyak pertolongan yang akan muncul secara semula jadi. Semasa mencari tempat di Haikou sebagai pusat pembelajaran, kali pertama saya melawat ke rumah seorang keturunan Shan Tou, seorang wanita, saya berbual dengannya selama dua jam. Etnik ini amat menitikberatkan sikap ketaatan terhadap ibu bapa. Jadi apabila dia mengetahui bahawa kami ingin menyebarkan kebudayaan tradisional, dia amat suka dan gembira, dia segera berjanji membenarkan kami menggunakan tempatnya secara percuma. Pada malam itu semasa dalam perjalanan pulang, saya menitiskan air mata. Sememangnya kita perlu mempercayai bahawa Tuhan adalah adil, dan sentiasa bersama dengan orang yang baik dan belas kasihan. Semasa di sana berseorangan, saya tidak pernah berhubung dengan pegawai-pegawai tempatan, semuanya kawan-kawan setempat yang menolong bersama. Jadi, apabila kita mempunyai hati yang ikhlas, kita dapat menyedarkan keikhlasan dalam hati setiap orang.

Beberapa bulan semasa berada di Haikou, kerja-kerja di pusat pembelajaran kami berkembang dengan pesat. Kemudian terdapat guru dari Shenzhen menjemput saya menganjurkan kelas di sana, jadi saya pun pergi ke sana, bermula menyampaikan kuliah pada 15 Mac tahun itu. Kemudian jadilah saya seminggu di Shenzhen, seminggu di Haikou, beginilah menaiki kapal terbang ke sini ke sana. Dalam pertengahan bulan Julai, percutian musim panas menjelang. Cikgu Yang berkata bahawa masa ini para cikgu mempunyai masa lebih untuk belajar, kami patut menganjurkan empat kali bengkel guru bagi mengkaji dan belajar, sekali berlangsung selama lima hari. Kami menganjurkan bengkel yang pertama di Haikou, pada 13 Julai. Pada 11 Julai, langit di Haikou muncul lapan biji bintang. Bintang-bintang tersebut seperti kami dapat rasai tergantung di bumbung rumah, jaraknya amat rapat. Saya tidak nampak, tetapi keesokan harinya guru-guru di pusat pembelajaran kami menunjukkan saya petikan akhbar berkaitan berita tersebut, memberitahu saya bahawa para astronomi tidak dapat menjumpai asal usul lapan bintang tersebut, kerana beberapa jam kemudian bintang-bintang tersebut telah hilang. Apabila saya membaca artikel tersebut, dalam fikiran muncul lapan perkataan dengan segera, yang mana lapan? 1. Taat kepada ibu bapa2. Sayang pada adik beradik

Page 410: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

410

3. Kesetiaan4. Amanah5. Budi bahasa6. Kebenaran7. Kejujuran8. Rasa Malu

Mari kita fikir bersama, kini tidak kira keluarga, mahupun masyarakat dan negara, apakah masalah yang dihadapi? Kekurangan ajaran moral. Jadi dengan menyebarkan ajaran moral ini, dipercayai dapat membentuk kesejahteraan rakyat seluruh negara.

Pada pertengahan bulan Julai lepas kita telah menganjurkan bengkel selama lima hari di sebuah hotel mewah. Mengapa demikian? Sebelum ini pada akhir bulan Jun, setelah saya pulang ke Taiwan, kawan setempat belanja saya makan, keesokan hari selepas makan baru kami pulang. Pemilik hotel tersebut datang dan makan bersama kami. Beliau gembira dan suka akan kebudayaan tradisional yang diajar kepada peserta. Masa itu saya sedang berceramah tentang Moto Keluarga Zhu, pemilik hotel itu berasa teruja selepas mendengar, lalu berkata, “Jika anda memberi ceramah lain kali, saya mesti hadir. Orang yang berilmu, pasti orang suka datang dekat.” Kami berbual dengan amat gembira dan mesra. Beliau berkata, “Malam ini saya hantar anda balik, pagi esok juga saya hantar anda ke lapangan terbang”. Pada hal ini kali pertama kami bertemu.

Dalam perjalanan pulang, pemilik hotel ini berkata, “Cikgu Tsai, dulu apabila Konfusius mengajar, kerana mempunyai seorang pengikut yang amat kaya, baru beliau dapat mengajar tanpa sebarang kebimbangan.” Selepas itu dia berkata,” Di tingkat atas hotel saya terdapat sebuah bilik mesyuarat yang khas, boleh menampung beribu-ribu orang, lebih-lebih lagi kuasa pedingin hawa di sana kuat.”

Cuaca di Haikou amat panas, pusat pembelajaran kami pula tidak ada hawa dingin. Saya asyik bimbang akan setiap orang yang hadir perlu membawa sapu tangan untuk mengelap peluh. Selepas mendengar kata pemilik hotel itu, dengan segera saya betanya, “Bolehkah kami pinjam

Page 411: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

411

lokasi tersebut?” Dia balas, “Tiada masalah.” Kemudian selepas tamat bengkel (13 Julai hingga 17 Julai), ketika ingin membayar sewa, pelayan di sana memberitahu kami, “semua bayaran telah selesai dibayar.” Kami pun terkejut, setelah lima hari kami menerima perkhidmatan di sana, mengapa tidak perlu bayar? Kemudian kami mendapat tahu keadaan yang sebenar dengan lebih lanjut, rupa-rupanya isteri pemilik hotel itu telah hadir kelima-lima hari bengkel tersebut. Setelah mendengar kuliah yang disampaikan, dia berasa amat terharu, dia berkata, “Anak-anak saya sudah berumur puluh tahun, ketika sekolah rendah dulu pun tidak pernah belajar semua ini.” Kerana yang hadir semuanya guru sekolah rendah, dia berharap agar ceramah ini dapat dianjurkan dengan berjaya, biar lebih banyak pelajar yang memperoleh manfaat daripadanya, jadi dia telah bayar untuk kami.

Jadi, kita perlu memahami kebenaran melalui pengalaman sendiri, sememangnya dengan hati yang ikhlas, akan muncul pelbagai sumber untuk menolong anda. Rakan-rakan sekalian, ada keyakinan atau tidak? Ada. Kejayaan atau kegagalan sesuatu perkara bergantung kepada kepercayaan. Jika anda tidak percaya kepada anak anda bahawa “orang yang baru dilahirkan itu orang baik”, anda akan berasa susah untuk mendidiknya. Jika anda tidak percaya kepada suami anda bahawa “orang yang baru dilahirkan itu orang baik”, anda mungkin akan menghadapi konflik dengannya. Jika kita tidak percaya bahawa “orang yang baru dilahirkan itu orang baik”, kita akan terasing dari karya klasik, jadi kepercayaan amat penting.

Kemudian kami sambung di Shenzhen, Beijing, Shanghai, Hangzhou, Anhui Lujiang, Shantou, Xiamen, dan juga Asia Tenggara. Setiap ceramah yang dianjurkan tiada apa-apa perbelanjaan apa-apa wang ringgit pun. Ketika ceramah berlangsung, ramai yang terharu, lalu menyumbangkan wang secara sukarela untuk menyokong penganjuran ceramah seperti ini di tempat lain. Ada juga yang menyumbangkan wang kepada kami supaya mengeluarkan buku dan menyebarkannya. Jika kita asalnya hanya mengajurkan empat sesi, akhirnya selepas tamat empat sesi, banyak yang meminta kami meneruskan sesi selanjutnya. Bagaimana dengan hubungan keseluruhan? Terjalin.

Jadi apabila anda mempunyai keikhlasan dan keinginan untuk

Page 412: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

412

melaksanakan pengajaran anak taat kepada ibu bapa, jangan bimbang, tingkatkanlah keupayaan diri, secara semula jadi takdir yang akan menentukan segala percaturan, perancangan yang dibuat akhirnya dapat anda lakukan. Tuhan maha belas kasihan, apabila Tuhan menetapkan bahawa anda hanya mampu memikul 20kg, Tuhan akan mengizinkan anda memikul 20kg tersebut. Tetapi anda harus membuat senaman fizikal setiap hari. Nanti apabila anda mampu memikul 50kg, Tuhan akan memberi anda 50kg, Tuhan tidak akan membiarkan anda dikecewakan. Apabila saya berfikir semula apa yang saya alami selama ini, sememangnya takdir dari Tuhan. Tahun pertama tidak menjadi guru tingkatan kerana masih tidak berpengalaman, jadi hanya menjadi guru ganti. Tahun kedua dapat pula membimbing kelas darjah enam yang bakal graduasi. Tahap kesusahan bertambah sedikit, kemudian membimbing pula kelas yang paling nakal di seluruh sekolah, jadi kesukaran semakin meningkat. Saya berlatih sedikit demi sedikit. Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, asalkan mempunyai keinginan, jangan risau, Tuhan yang akan membantu. Baiklah, sehingga di sini, terima kasih semua.

Page 413: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

413

Sesi 25Keprihatinan Terhadap Orang Lain Membawa

Jalinan Perhubungan Yang Lebih Baik

Rakan-rakan sekalian, selamat sejahtera! Ramai yang bertanya, “Cikgu Tsai, tidakkah anda rasa letih?” Ramai guru yang mengikuti saya untuk menyampaikan ceramah di banyak lokasi, nampaknya semakin saya berkongsi fikiran semakinlah mereka bersemangat, jadi perasaan bimbang tidak diperlukan. Kawan-kawan...... orang tidak takut akan keletihan fizikal tetapi orang lebih bimbang akan keletihan mental. Jika keletihan fizikal, selepas tidur untuk selama tujuh jam kita akan bersemangat semula. Tetapi jika keletihan mental, banyak perkara yang diketahui penting perlu dilakukan, tetapi tidak berkeupayaan, ketika itu mental akan menjadi amat letih, dan kita berasa amat susah. Jadi, apabila kita dapat melakukan sesuatu dengan sedaya upaya, sebenarnya hal ini merupakan salah satu keselesaan dalam mental.

Saya ingat lagi sewaktu berada di sekolah menengah, pernah saya membaca sebuah artikel Meng Zi yang mencatatkan bahawa: “Jika Tuhan melantik anda menjalankan misi yang penting, pasti ujian itu mengasah kesabaran anda, melaparkan dan meletihkan badan anda, membuat keadaan huru-hara untuk membisik sesuatu dalam fikiran anda”. Mengapa begitu? Sebabnya dengan berhadapan pelbagai rintangan, barulah jiwa dan semangat kita kukuh. Di samping itu, juga bakat kita akan terserlah.. Apakah pendapat saya selepas mambaca artikel ini semasa berada di sekolah menengah? Jangan sekali-kali menjadi cendekiawan, nanti akan keletihan, apatah lagi perlu bersabar walaupun berpengaruh, perlu pula berlapar. Pada masa itu guru tidak pernah menjelaskan ketulusan perkataan-perkataan ini. Jadi saya pun tidak langsung bercita-cita untuk menjadi seorang cendekiawan. Tetapi apabila benar-benar menyebarkan kebudayaan tradisional, secara tiba-tiba saya merasa perasaan yang sama tentang ajaran ini. Sebagai kesimpulannya, saya rela melaksanakan perkara yang berat dan rela berkorban. Apabila saya mengetahui bahawa perkara ini terlalu penting,apa yang saya terfikir ialah takut jika saya tidak berkeupayaan. Oleh itu apabila menghadapi cabaran, saya akan menerimanya dengan gembira, kerana ini akan dapat meningkatkan kebolehan diri.

Page 414: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

414

Saya berazam dan mempunyai semangat yang kental lalu mengadakan kesepakatan bersama-sama dengan para guru yang ditemui. Saya perlu hadir ke tempat lain untuk menyampaikan kuliah. Pelajaran saya yang asal haruslah diserahkan kepada guru lain. Apabila guru lain menerima notis dari saya, apa yang akan mereka fikir? Adakah mereka akan berkata, “Tidak!” Mereka akan kata, “Memikul tanggungjawab merupakan permulaan untuk berkembang.” Jadi, walaupun saya meninggalkan Haikou, pelajaran tidak putus. Tidak kira hari pertama Tahun Baru Cina ataupun sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina, pelajaran masih diteruskan. Mereka berkata bahawa apabila belajar sesuatu ilmu, dalam musim bergembira pun tidak patut diperlahankan. Jika diperlahankan, kekurangan sehari untuk belajar akan membawa kesan yang besar terhadap anak-anak. Jadi kelas tetap berlanjutan, kurikulum ini juga telah dijalankan sebanyak setahun lebih. Para guru di Haikou, dan Shenzhen, selain melaksanakan kerja sendiri, pada waktu malam dan pada hujung minggu juga akan meluangkan masa untuk membantu kami di pusat pembelajaran. Selepas belajar dengan saya selama empat bulan lebih, mereka mula mengikuti saya untuk menyampaikan kuliah di banyak tempat yang lain. Bermula daripada membaiki akhlak diri sendiri, kemudian membimbing kelas dan menguruskan keluarga dengan baik, kemudian menjaga kelas di Haikou dengan baik, kemudian ke Beijing, ke Shenzhen, ke banyak daerah yang lain untuk menyampaikan kuliah, tujuan utama adalah untuk mencipta keamanan. Jadi empat perkara ini sebenarnya perkara yang sama. Asalkan anda ikhlas, tidak berhenti mengasuh diri dan melepasi keupayaan diri sendiri, secara natural apa-apa yang ingin kita laksanakan akan berjaya dilakukan.

Jika perkara yang patut dilaksanakan oleh anak-anak telah dilakukan oleh ibu bapa, hal ini akan menyebabkan anak-anak kehilangan peluang untuk belajar dan diasah. Pernah saya sebut bahawa Pak Cik Lu tidak menghantar buku latihan kepada anaknya. Jika buku latihan dihantar, kesannya akan berlainan. Anak amat gembira, “Baiknya ayah!” Apa-apa sahaja yang diminta akan dipenuhi. Apakah perubahan yang akan muncul dalam hati anak-anak? Asalkan saya bermasalah, saya ada ayah, ibu, datuk, nenek dan juga orang gaji untuk membantu. Ramai orang yang menyokong saya, bila-bila sahaja boleh membantu saya untuk menguruskan kalau melakukan sesuatu yang buruk. Jadi kebanyakan orang muda kini, setahun

Page 415: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

415

atau dua tahun lebih, ketika bercakap dengan anda akan berasa geram. Benar dan betul! Kata orang tua “sida amat tergesa-gesa, tetapi Maharaja tidak”. Ibu bapa dan semua saudara mara sibuk membantunya tetapi dianggap biasa sahaja olehnya. Saya pernah berjumpa di Haikou. Ibu bapa bersusah payah mendapatkan pekerjaan untuk anaknya, anak itu selamba berkata, “Baiklah, saya kerja tapi sekadar untuk mencuba dan ibu ayah tidak berasa malu”. Terdapat seorang lagi pelajar universiti, ketika menuntut dia telah dibuang dari pengajian sebanyak dua kali. Rakannya bertanya apa yang harus dibuatnya selepas tersingkir. Dia hanya berkata, “Saya pun tidak tahulah.” Jadi lihatlah, sudah berusia hampir 20 tahun, langsung tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Inilah kesannya, apakah sebabnya? Dia jarang memikul tanggungjawab atas apa-apa yang dilakukannya.

Apabila kita membantu anak-anak untuk menguruskan kesalahannya, anak-anak akan berasa bahawa akan ada orang yang membantunya kelak. Jadi apabila anak-anak menjadi dewasa nanti, dia hendak berkahwin pun anda perlu membantunya mengumpulkan duit, dia hendak membeli rumah anda perlu mambantunya. Sehingga bilakah ayah ibu perlu membantunya? Ibu bapa yang sebegini mungkin akan mati dalam keletihan. Mungkin apabila anda hendak melelapkan mata, anda masih perlu berfikir apa yang hendak dibeli untuk cucu. Dalam surat khabar “Shenzhen Khas”, sepasang suami isteri telah menyiarkan sebuah artikel, menasihati ibu bapa yang masih muda jangan memanjakan anak-anak. Dari pengalaman, mereka mendapat anak setelah lanjut usia, oleh sebab itu anak-anak dijaga dengan sebaik mungkin. Semasa berada di pra sekolah, guru memberitahu mereka tentang kelakuan anaknya yang nakal, sebagai ibu bapa diingatkan supaya memberi perhatian. Tetapi sebaliknya mereka pula mencari alasan untuk melindungi anak mereka. Keadaan berterusan, apa yang diminta oleh anak mesti mereka penuhi. Apabila anak itu mempunyai teman wanita ketika belajar di universiti, teman wanitanya memujuk, “Suruhlah ibu bapa sayang pindah dan keluar dari rumah itu, biar kita sahaja yang tinggal di rumah ini, barulah saya akan berkahwin dengan sayang.” Jadi anak tadi terus sahaja menyuruh ibu bapanya, “Emak dan ayah keluar dari rumah ini, kami hendak tinggal di sini!” Ibu bapa tersebut terkejut yang amat sangat. Kini baru mereka sedar betapa seriusnya kesan daripada didikan yang salah yang mereka telah lakukan. Jadi dari pengalaman pahit ini mereka ingin

Page 416: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

416

berkongsi dan menasihati ibu bapa sekalian supaya tidak memanjakan anak-anak. Buruk padahnya.

Di luar negara seorang anak yang berumur 11 tahun memecahkan tingkap rumah orang lain semasa bermain bola sepak, dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 12.50 US dolar. Ketika itu 12.50 US dolar mampu membeli 125 ekor ayam betina, jadi jumlah wang ini sangat besar. Ayahnya memberitahunya, “Dalam perkara ini anda perlu memikul segala tanggungjawabnya, jadi anda perlu mencari duit untuk membayar hutang sendiri”. Sanggupkah ibu bapa di China berbuat demikian? Nampaknya susah. Menurut statistik, anak-anak di China mendapat wang saku yang paling banyak, namun masa membuat kerja di rumah paling sedikit, jadi kesannya mereka amat tidak bertanggungjawab. Akhirnya, anak yang berusia 11 tahun itu mula bekerja, secara beransur-ansur dia membayar hutangnya sampai selesai semuanya. Beliaulah yang akhirnya menjadi perdana menteri America, Ronald Reagan! Jadi anda lihat, semasa anda membiarkan anak untuk menerima asuhan, bukan sahaja membentuk sikapnya yang betul, sikap bertanggungjawab, juga meningkatkan keupayaannya untuk melakukan sesuatu. Jelaslah bahawa dalam menyara anak-anak perlu rasional, tidak boleh hanya memanjakan mereka, hal ini amat penting. Semasa mendidik anak-anak, patut dipupuk sikap berani menghadapi kesusahan dan memikul tanggungjawab.

Orang mengatakan, “masalah setiap keluarga tidak sama”, keadaan sekarang menunjukkan kadar penceraian amat tinggi. Bercerai merupakan sejenis kecederaan terhadap jiwa pasangan suami isteri mahupun terhadap anak. Jadi apabila menghadapi cabaran dalam kehidupan ataupun perkahwinan, kita patutlah berani mengatasinya. Pernah seorang kawan menelefon saya, “Rakan sekerja saya berlaku curang, apa yang patut saya lakukan?” Rakan-rakan sekalian, pernahkah anda mendapat panggilan telefon seperti ini? Walaupun saya tidak berkahwin, tetapi cara penyelesaian bagi masalah yang dihadapi dalam hidup sudah pasti ada dalam karya klasik. Jadi dengan segera saya memberitahunya, “Siapa pun yang salah, masalahnya mesti berpunca dari dalam diri sendiri. Apabila berlaku sesuatu dalam kehidupan, memang tidak mungkin hanya orang lain yang bersalah, hanya sendiri yang betul.” Betulkah keadaan seperti ini? Kerana satu tapak tangan

Page 417: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

417

tidak akan berbunyi jika tidak ditepuk. Jadi apabila suami isteri menghadapi masalah, apa yang perlu difikir terlebih dahulu ialah “Apa kesalahan yang telah saya lakukan?” Untuk mengakui kesilapan sendiri bukannya senang, tetapi jika kita tidak berbuat demikian, pasti hati kita tidak tenteram. Apabila kita asyik memikirkan tentang kesalahan orang lain, sudah pasti kita memendam emosi yang amat negatif, berkemungkinan besar kita akan bertindak mengikut perasaan marah dan geram, jadi masalah menjadi semakin rumit. Saya menyambung, “Sebagai contoh, katakan kesalahan pasangan kita 70 atau 80 peratus, kita bersalah 10 atau 20 peratus, sepatutnya kita bawa bertenang dan fikirkan apakah kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan, dan kemudian cuba membaikinya.” Inilah sikap penting yang pertama, “Apa sahaja masalah berbangkit, mestilah ada masalah dalam diri sendiri.” Saya menyambung lagi, “jika api dalam rumah tidak membakar, api dari luar tidak akan membakar juga.”

Rakan-rakan sekalian, kebakaran rumah, apakah sebenarnya api tersebut? Pertelingkahan. Tidak bertimbang rasa adalah “api”. Dalam keluarga jika tidak bermasalah, maka masalah luar tidak akan dibawa masuk ke dalam keluarga. Jadi jangan menyalahi orang lain, pastikan kesalahan diri sendiri terlebih dahulu. Jadi jangan melepaskan geram kepada orang lain, ini sikap kedua yang amat penting. Sikap ketiga pula, apabila suami betul, anda perlu menganggapnya sebagai ayah, dalam keadaan biasa anggapnya sebagai kawan, apabila suami bersalah, anggapnya sebagai kanak-kanak, sebagai anak. Apabila anak anda melakukan kesalahan,adakah anda akan memberitahunya, “Saya terikat dengan kamu seumur hidup.” Anda akan bercakap begitu? Tidak. Anda tidak akan melayan anak anda seperti itu, tetapi melayan suami anda demikian. Mengapa? Adakah setiap orang melihat ketidaksamaan dalam kalangan manusia?

Segala masalah dan halangan bukannya hanya dari luar, tetapi berpunca juga dari diri sendiri. Siapa yang membawa masalah kepada anda? Sebagai contoh, hari ini ketika berjalan, tiba-tiba seorang yang tidak dikenali telah menampar anda, sebelum anda menyedarinya, orang tersebut telah pun lari. Sambil meraba muka anda berfikir dalam hati “Malangnya nasib aku hari ini. Biarlah, tidak apa”. Anda pun beredar. Rupa-rupanya, hari ini memang anda tidak bernasib baik, suami anda minum arak. Ketika pulang, nampak

Page 418: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

418

sahaja anda, dia menampar anda pula. Adakah hal ini membawa kepada hasil yang sama? “Saya akan terikat dengan kamu seumur hidup”. Peliknya, sama ditampar, kesannya pula berbeza, siapakah yang mengakibatkannya? Diri sendiri sebenarnya mencari masalah. Disebabkan kita tidak cukup besar hati, tidak melihat masalah daripada segi pemikiran orang lain, kita hanya menyelesaikan masalah berdasarkan baik dan buruk. Apa-apa yang disukai akan dibenarkan, yang tidak disukai tidak dibenarkan, akhirnya mendatangkan banyak masalah dan halangan kepada diri sendiri.

Ramai yang berkata, “Dia bukan kanak-kanak lagi, kebenaran seperti ini pun tidak faham.” “Dia sudah besar panjang.” Apa yang membesar? Usia, hidup selama 30, 40 tahun, tetapi membesar tidak semestinya mempunyai ilmu. Anda pula berkata, “Dia patut tahu”. Dia mungkin tidak tahu. Adakah sesiapa yang mengajarnya prinsip sebagai seorang suami atau isteri? Rakan-rakan sekalian, setelah anda belajar sepuluh tahun lebih, pernahkah anda membaca artikel tentang prinsip seseorang suami isteri semasa berinteraksi? Adakah pergaulan antara suami isteri penting dalam kehidupan? Penting! Jika hubungan suami isteri mesra, yang lain tidak menjadi masalah.

Saya pernah mendengar seorang dewasa berkata, “Pendidikan kita mengajar segala-galanya, tetapi masih kekurangan satu perkara.” Apa yang kurang? Kekurangan ajaran moral. Semua subjek diajar, menari, menyanyi dan lain-lain lagi, hanya berkurangan ajaran moral sahaja dan paling kurang cara pergaulan dengan orang lain. Jadi suami anda menjadi mangsa yang perlu saya selamatkan. “Kita bukan orang yang serba sempurna, mesti ada melakukan kesalahan”. Jika anda menganggapnya sebagai anak, dengan segera anda dapat memaafkannya. Dengan adanya sikap sebegini pada anda, barulah dia akan berasa insaf dan membaiki kesalahannya, kerana yang di luar semuanya bukan yang benar. Hanya dengan bersalah, barulah kita sedar mana pihak yang benar. Pihak ketiga mesti bukan wanita yang baik. Wanita yang baik sudah tentu tidak merosakkan kebahagiaan keluarga orang lain. Ditambah dengan ketabahan suami yang tidak cukup kuat dan mudah tertipu oleh kata-kata manis wanita lain.

Cikgu Yang menceburi bidang pendidikan dan pengajian kitab-kitab klasik hampir sepuluh tahun, selalunya beliau mengadakan pengajian kitab-

Page 419: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

419

kitab, kaligrafi sehingga pukul 10 lebih. Selepas kanak-kanak pulang, siapa yang hadir ke kelas? Orang dewasa. Kerana banyak masalah keluarga, wanita-wanita ini tidak dapat mencari jalan penyelesaian, mereka berasa terseksa. Cikgu Yang selalu memberitahu saya bahawa menjadi seorang wanita memang tidak senang, mereka perlu disayangi. Ibu bapa yang menghadapi masalah keluarga atau masalah dalam pendidikan anak-anak akan merujuk kepada Cikgu Yang, beliau juga akan sedaya upaya untuk membantu mereka. Cikgu Yang selalu pulang ke rumah lewat malam, jadi selalunya beliau memakai kot, kemudian dalam kot beliau tersimpan pula payung, supaya dapat digunakan apabila perlu. Keadaan lebih bahaya ketika lewat malam, jadi beliau perlu sentiasa berwaspada, lindungi diri dengan sebaik-baiknya, biar orang tidak dapat mengecam lelaki atau perempuan. Dengan kesiapsiagaan seperti ini, tahulah kita apa yang penting dalam kehidupan Cikgu Yang? Menolong orang diletakkan di tempat pertama dalam hati beliau.

Seorang lagi wanita mengadu bahawa suaminya berlaku curang, apa yang boleh dia lakukan? Cikgu Yang senyap buat seketika. Apabila anda senyap, apa yang akan berlaku? Individu tersebut juga dapat menenangkan hatinya. Cikgu Yang menyambung, “Anda benar-benar ingin menyelesaikan masalah?”, kerana ingin menguji ketabahan hati isteri ini. Isteri ini membalas, “Betul!” “Anda pun telah membuat keputusan, biar saya mengajar anda, tetapi anda mesti benar-benar melakukannya. Dalam situasi seperti ini, anda perlu menggunakan khazanah seorang wanita, iaitu sikap lemah lembut. Bermula dari hari ini, apa-apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh suami anda perlu letakkannya di tempat yang kedua. Anda hanya perlu mengambil perhatian dan menilai adakah diri anda bertindak dengan betul, menjaga anak dengan baik, melayan ibu dan bapa mentua dengan baik, inilah yang paling utama. Memainkan peranan diri dengan baik terlebih dahulu, sedarkannya dengan akhlak mulia dan kebaikan anda.”

Pada keesokan harinya, wanita itu berpakaian kemas, menunggu kepulangan suaminya di rumah. Bolehkah berpakaian compang-camping? Ramai lelaki yang takut sehingga melarikan diri daripada perempuan. Biar kita berpakaian sopan. Isteri tersebut pun berpakaian kemas dan sopan, menguruskan kerja-kerja rumah, mengaturkan anak untuk tidur, dan duduk

Page 420: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

420

untuk menunggu kepulangan suaminya. Kelihatan masa berlalu sedetik demi sedetik, pukul 11 pukul 12. Tiba-tiba dia memahami kebenaran bahawa “Hendak berjaya mestilah sabar”. Jika panas baran ketika ini, segala usaha mungkin akan menjadi sia-sia begitu sahaja, oleh itu dia terus menunggu. Pada pukul satu lebih, kedengaran bunyi pintu dibuka, isteri ini dengan segera mengadap ke hadapan sambil tersenyum, lalu mengambil beg kerja suaminya dan berkata, “Penatnya, abang baru pulang. Abang mesti tengah lapar, biar saya tolong masakkan mi.” Suaminya tidak tahu apa yang telah berlaku. Sejak hari itu, isteri ini akan menunggu kepulangan suaminya setiap hari di rumah. Rakan-rakan sekalian, walaupun suami ini berlaku curang, tetapi dia masih mempunyai harga diri dan sifat baik, dia akan berasa malu terhadap dirinya sendiri. Jadi selepas sebulan dua, suatu hari suaminya pulang awal, dia melutut dan berkata, “Maafkanlah abang! Abang akui kesalahan yang abang buat. Sepanjang masa ini abang amat menderita. Abang tidak boleh berterusan seperti ini.”

Jadi jika ingin mengatasi cabaran dan kesusahan dalam kehidupan, kita perlulah menggunakan keikhlasan dan akhlak mulia, barulah dapat mencapai kejayaan. Tidak kira apa-apa cabaran yang dihadapi, kita tidak patut takut akan kesusahan dan perlu berani memikul tanggungjawab. Rakan-rakan sekalian, fikir balik kehidupan anda, bilakah waktunya anda mencapai peningkatan dengan cepat? Semuanya ketika dalam cabaran dan dugaan, jadi kita perlu berterima kasih kepada cabaran dan dugaan ini. Ini tandanya kita tidak takut akan kesusahan.

Ayat yang seterusnya, “jangan kita cuai dengan pekerjaan yang senang”, iaitu memandang rendah dan mengabaikan sesuatu. Apabila kita memandang rendah dan mengabaikan sesuatu kita telah pun hilang penghormatan dan sikap berhati-hati. Dalam perkara apa kita mudah membuat kesalahan seperti ini? Pada zaman dahulu terdapat sebuah artikel yang menceritakan seorang lelaki melihat ramai orang yang kelaparan, dia pun memberikan makanan kepada mereka. Dia melaung secara bersahaja, “Mari, mari, mari, mari makan.” Tiba-tiba terdapat seorang yang juga kelaparan berkata, “saya tidak akan makan makanan pengemis”. Sikap anda seperti ini seolah-olah tidak melayan manusia sebagai manusia, jadi orang itu rela mati kelaparan, dia tidak sudi makan dalam keadaan terhina. Sikap

Page 421: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

421

kita akan menyinggung perasaan orang, jangan lupa tentang kehormatan dan sikap berwaspada kita. Sebenarnya kita diberi peluang untuk mendapat pahala dan haruslah kita berterima kasih.

Saya telah menyampaikan beribu-ribu ceramah di Haikou, sesetengah nenek-nenek tua yang telah berusia 70 lebih, masih hadir untuk mendengar ceramah. Saya berasa ragu adakah mereka faham apa yang disampaikan, kerana mereka hanya bercakap dalam bahasa Hai Nan. Tetapi agak hairan, saya lihat mereka akan bergurau di bawah. Ramai yang berkata bahawa apa-apa yang kami sampaikan mendatangkan kebaikan untuk mereka, saya pun memberitahu setiap guru yang menyampaikan ceramah, setiap dari mereka yang mendengar ceramah kita, kita harus berterima kasih kepada mereka kerana memberi peluang untuk kita berjaya. Mereka kelihatan mesra, jika anda semua bermasam muka, berkemungkinan kita tidak dapat meneruskan pendidikan ini. Oleh sebab ramai yang memberi peluang kepada kita, barulah kita dapat berkembang. Jadi yang mengajar patut selalu bersyukur dan merendah diri. Dengan ini walaupun kita sedang berbakti kepada masyarakat, kita dapat menjaga hati kita dengan baik dan mencegah sifat tercela.

Ada satu lagi contoh, jika kita ingin menderma pakaian, bolehkah didermakan kepada orang lain dalam keadaan kotor? Ketika menghadiahi sesuatu kepada orang lain sepatutnya dilakukan dengan ikhlas, cuci terlebih dahulu. Saya ingat lagi semasa saya menghadiahi kawan sebuah kereta, ayah pun berpesan, ketika menghadiahkan sesuatu kepada orang lain patutlah penerima menerimanya dengan gembira. Tetapi lazimnya kita akan mengabaikan perasaan orang, kita akan berfikir bahawa, “Saya yang memberi hadiah kepadanya, dia patut berasa puas hati”. Apabila berfikir seperti ini, mungkin asalnya anda berniat baik untuk menghadiahkan sesuatu, tetapi kerana pemberian tersebut bermasalah, pada masa itu penerima itu akan tersinggung perasaannya. Setelah mendengar nasihat ayah, saya telah memeriksa kereta itu. Saya dapati bahawa “gear box” telah digunakan selama berpuluh-puluh tahun. Kemungkinan akan mendatangkan masalah jika dia memandu nanti.. Asalnya perkara baik, nanti mungkin akan mendatangkan kesusahan kepadanya, untuk membaiki pula memerlukan sejumlah wang yang besar, sudahlah dia menghadapi kesusahan kewangan. Jadi kita patut

Page 422: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

422

selalu berfikir untuk orang lain, walaupun menghadiahkan sesuatu, namun perlu menjaga perasaan orang tersebut juga. Akhirnya setelah saya baiki kereta tersebut, barulah saya hadiahkan kepadanya. Selepas memandu selama satu atau dua minggu, dia pun menelefon saya untuk memberitahu bahawa kereta tersebut walaupun telah lama, tetapi masih dalam keadaan yang baik. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mempunyai anak pula. Selepas mendapat anak, jika masih menunggang motosikal seperti dahulu, bagaimana? Tentu sangat bahaya. Persahabatan kami sudah hampir 20 tahun, dialah yang dahulu memperkenalkan guru teman wanitanya kepada saya.

Jadi asalkan kita ikhlas hati untuk mengerjakan dan menyumbang, perhubungan dan persahabatan antara sesama manusia yang baik akan menjadi semakin cemerlang. Sebagai contoh, apabila kawan melawat ke rumah kita, kita juga patut tidak cuai, perlu berfikir apa peralatan kehidupan seharian yang diperlukannya. Walaupun dia bawa, kita tetap perlu menyediakannya. Kerana manusia kadang kala akan terlupa sesuatu, pada masa itu kalau lupa membawa tuala, berasa segan pula untuk meminta daripada anda. Mungkin dia akan terus memakai baju tanpa mengelap badan, dia mungkin akan mendapat selesema nanti. Jadi apabila kita selalu berfikir untuk kawan, biar dia berasa selesa, yakinlah bahawa persahabatan ini akan menjadi semakin rapat. Saya pernah menjawat jawatan “ketua bilik” semasa berada di Australia, bertugas untuk mengurus peralatan kehidupan seharian sesebuah bilik. Jadi selalu memeriksa tisu tandas di bilik air, selepas itu dengan perubahan cuaca, memeriksa tentang selimut cukup atau tidak. Setiap yang kita sumbangkan secara teliti, pasti akan menyebabkan kawan berasa mesra dan gembira. Dari segi pemakanan, pakaian, penginapan dan pergerakan, kita tidak cuai menyumbang dengan bersungguh-sungguh dan mengambil berat.

Dari segi pendidikan anak-anak, sebagai contoh menyuruh anak-anak mengemop lantai, mungkin anak-anak mempunyai mentaliti “Ibu yang menyuruh saya mengemop lantai, asalkan saya buat sahaja cukuplah, saya hendak menonton kartun”. Apabila anak-anak berjanji untuk melakukan sesuatu buat kali pertama, sikapnya selalu sambil lewa, jika anda tidak membetulkan sikapnya ini, maka pada masa yang akan datang dia pun akan

Page 423: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

423

bersikap sambil lewa semasa melakukan sesuatu.

Jadi kali pertama anak mengemop lantai, anda mesti memeriksa sama ada dia mengelap dengan bersih atau tidak, jika sudut-sudut masih kotor, bermaksud dia bekerja dengan sambil lewa. Selain sambil lewa, dia tidak menyiapkan kerja juga. Bagaimanakah seharusnya sesuatu kerja ditamatkan? Patut menjemput ayah untuk memeriksa. Kalau tidak anak anda fikir kerjanya boleh diterima, tetapi mungkin jauh lagi daripada harapan ayah. Sebaik sahaja ayah mendapati sesuatu yang tidak kena, segeralah dibetulkan, katakanlah, “Marilah, anak ibu sudah penat hari ini, boleh tahanlah anda mop”. Manusia suka mendengar galakan. Galakkan dahulu, kemudian beritahu, “Sudut-sudut ini kalau anda lap dengan lebih teliti lagi, pasti jadi lebih bersih. Masa ayah berusia seperti anak sekarang, ayah pun tidak dapat melakukannya.” Memperakui usahanya, pada masa yang sama akan mengajar anak supaya hormat dan berhati-hati terhadap setiap benda ataupun individu.

Satu pengajaran kepada saya, apabila saya bersama-sama dengan Pak Cik Lu, saya merasai beliau melayan orang dengan penuh hormat. Saya ingat lagi apabila pulang dari Australia, Pak Cik Lu melawat saya, beliau membawa buah tangan sekotak gula Konjas. Walaupun saya lebih muda, dia amat baik terhadap saya, memang tidak melayan saya seperti dia seorang yang lebih tua. Beliau membeli gula ini kerana beliau secara tidak sengaja pernah mendengar saya menyebut yang saya nyaris-nyaris bekerja di industri makanan organik, jadi semasa dia melihat ”Gula Konjas Organik” ini, segera teringat akan saya. Semasa bersama-sama dengan orang lain, Pak Cik Lu akan memahami kegemaran dan keperluan orang lain secara teliti. Asalkan berpeluang, beliau akan menyumbang. Beliau juga mengajar orang muda seperti kami ini supaya sentiasa berkelakuan baik dan sentiasa berusaha mengurangkan kerisauan orang lain. Sebagai contoh, anda meninggalkan rumah kawan pada lewat malam, semasa sampai di rumah sendiri, telefonlah kawan, memberitahunya anda telah sampai, jangan risaukannya. Sebagai manusia, lebih wajar kita berbuat demikian, apatah lagi meninggalkan rumah ibu bapa pada lewat malam, apabila sampai di rumah sendiri harus menelefon ibu bapa supaya mereka tidak risau. Perkara-perkara seperti ini patut tidak dicuaikan.

Page 424: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

424

Saya sering menaiki kapal terbang, sering juga bersama Cikgu Yang. Cikgu Yang mempunyai satu kebiasaan, sebelum menaiki pesawat beliau mesti mengenal pasti adakah pesawat berlepas seperti masa yang dirancangkan dan akan mengira masa, sebagai contoh mendarat pada pukul 7:30, beliau akan meminta dijemput pada 7:50, hal ini demikian supaya orang tersebut tidak lama menunggu.

Yang seterusnya, “jauhkan diri dari tempat yang hingar-bingar dan jangan bertanya tentang perkara yang luar biasa.” Ini merujuk kepada tempat yang rumit dan mewah, anak-anak jangan masuk. Mengapakah anak-anak perlu berkunjung ke tempat seperti ini? Kekosongan jiwa, tiada hala tuju kehidupan. Satu lagi masalah yang amat penting sejak mula ialah anak itu tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Dia tidak tahu berkawan dengan orang bagaimana, mendekati tempat bagaimana, buat perkara bagaimana baru betul, baru dapat membantu kehidupannya kelak. Bilakah keupayaan untuk membezakan sesuatu patut dipupuk? Ramai ibu bapa yang amat bimbang tentang sesuatu perkara, mereka akan berkata, “Saya takut anak saya akan berkawan dengan orang jahat kelak”. Rakan-rakan sekalian, dapatkah perasaan bimbang ini membantu? Tidak. Apa yang perlu fikirkan ialah bagaimanakah cara untuk meningkatkan keupayaan anak untuk membezakan sesuatu.

Pernah saya membaca satu laporan, seorang anak melakukan jenayah berat, pihak polis menghubungi ibunya. Selepas menerima panggilan telefon, ibunya berkata, “Pasti bukan anak saya. Tidak mungkin! Anak saya tidak mungkin melakukan perkara seperti ini”. Selepas itu apabila berada di balai polis, masih berkata, “Tidak mungkin, mesti nama yang sama.” Akhirnya apabila dia membuka pintu, yang sedang duduk untuk membuat rekod memang anaknya sambil berkata, “Dipengaruhi rakan jahat”. Sebaris ayat anaknya menolak tanggungjawab sepenuhnya. Betulkah perbuatannya ini? Para cendekiawan mengajar kita supaya “Apa yang terjadi semuanya masalah kita”. Jika kita tidak bersikap seperti ini, kesalahan yang dilakukan dalam kehidupan memang tidak jelas, tidak berbaloilah hidup ini.

Jadi saya memberitahu ramai kawan, bertemu dengan kawan yang baik atau yang jahat, semuanya berkaitan dengan diri sendiri. Kita tidak boleh

Page 425: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

425

mengikut pemikiran kita, sering bimbang, kita sepatutnya lebih rasional menghadapi sesuatu perkara berdasarkan kebenaran. Dalam buku “Yi Jing” menyebut bahawa “orang yang sama watak akan bersama, iaitu orang yang baik akan bersama dengan orang yang baik, orang yang jahat akan menarik kawan yang jahat.” Jadi apabila anak kita baik hati, menitikberatkan akhlak mulia, memang yang menjadi kawan ialah orang yang baik. Jelaslah, apakah perkara yang paling penting? Memupuk sikap baik hati dalam anak-anak.

Anak saudara saya, ibunya mengajarnya Di Zi Gui sejak dia berusia tiga tahun, sentiasa menjelaskan Di Zi Gui kepadanya. Apabila berusia tiga atau empat tahun, anak saudara saya dibawa keluar oleh ibunya untuk bergaul dengan kawan-kawan lain. Apabila anak-anak lain mengeluarkan perkataan buruk atau memukul orang lain, anak saudara saya selepas melihat akan memberitahu ibunya, “Anak-anak ini tidak boleh memukul orang, anak-anak ini tidak boleh memarahi orang”. Mengapakah dia boleh berkata seperti ini? Apabila anda mengajarnya Di Zi Gui, anda mengajar anak supaya taat kepada ibu bapa adalah betul, anda mengajar anak bahawa perbuatan tersebut ialah perbuatan salah. Tahukah dia perbuatan yang salah dan jahat? Apabila anda mengajarnya menyayangi adik-beradik, menghormati orang yang lebih tua, tahukah dia tentang perbuatan salah? Apabila dia tahu bahawa berhati-hati itu amat penting, apabila dia tahu bahawa apa yang dilakukannya patut baik, pada masa yang sama dia akan tahu apa yang jahat. Apabila anak tahu membezakan antara yang baik dengan yang jahat, dia akan tahu untuk menerima atau menolak.

Apabila dia selalu berhati baik, ketika berada di tempat pergaduhan, pasti akan berasa kurang selesa. Sekarang ini jika saya diminta berdiri di pub selama satu minit, saya pasti akan mengalami kesusahan bernafas, sakit kepala, medan magnet di sana amat tidak baik. Contohnya “Jika kita masuk bilik yang berbau wangi bunga, lama kelamaan kita tidak perasan bau wangi tersebut”, anda menerima didikan sempurna, yang boleh berfikir dan buat hanya yang baik, apabila diletakkan di tempat yang jahat, segera akan berasa tidak selesa, secara natural akan menjauhkan diri. Tetapi jika anak-anak tidak tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk semasa kecil, apabila mengenali rakan-rakan jahat semasa berada di sekolah menengah, mereka akan segera dapat dipengaruhi.

Page 426: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

426

Jadi semua yang berlaku disebabkan tarikan dan jodoh. Jika seseorang itu mengenali kawan yang jahat, apakah sebabnya? Tidak tahu antara yang baik dengan yang buruk. Apakah jodohnya? Jodohnya kemunculan kawan yang jahat. Lazimnya, manusia hanya menitikberatkan jodoh atau secara kebetulan, tetapi tidak mencari punca yang sebenarnya. Dalam sejarah, cendekiawan sering berada dalam situasi yang bermasalah, namun mereka tetap tabah hati, kerana dalam fikiran mereka amat jelas tentang kelakuan yang sepatutnya ada pada seseorang. Jadi rakan-rakan sekalian, setelah menerapkan asas tentang kebaikan dan kejahatan yang kukuh, barulah anda akan senang setelah lanjut usia kelak. Jadi kita patut merancang dengan baik kehidupan kita. Baiklah, demikian sahaja kali ini. Terima kasih.

Page 427: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

427

Sesi 26Peradaban Dan Tatasusila Melahirkan

Hubungan Yang Paling Indah Sesama Manusia

Rakan-rakan sekalian, selamat sejahtera! Sesi sebelum ini kita telah mengkaji bahawa anak-anak yang berkawan dengan kawan jahat, menemui keadaan yang buruk, adalah disebabkan mereka tidak tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Jika ingin menyelesaikan masalah ini berdasarkan puncanya, patut menanamkan asas pendidikan anak-anak dengan baik, dengan ini dia tidak akan berhubung dengan kawan-kawan yang jahat, dan mengelakkan diri daripada tempat-tempat yang tidak elok. Terdapat seorang guru yang anaknya baru berumur satu atau dua tahun, setiap kali dia membawanya melalui pusat-pusat permainan, dia akan memberitahu anaknya bahawa tempat seperti ini akan mencemarkan seseorang. Seseorang itu akan menjadi jahat, jadi tempat seperti ini mesti tidak boleh masuk. Kerana diajar sejak kecil, jadi apabila dewasa, lalu di tempat seperti ini pandang pun dia tidak ingin. Inilah yang dikatakan sebagai mendengar kata-kata dari kesan pertama. Jadi pendidikan mesti diajar sebelum anak-anak memupuk atau dipengaruhi budaya yang jahat, apabila telah terpengaruhi susah dididik. Jadi semakin tinggi sensitiviti ibu bapa, semakin mahir ibu bapa boleh menguasai teknik-teknik pencegahan.

Di Shenzhen terdapat enam orang anak yang berumur enam atau tujuh tahun belajar karya klasik bersama-sama. Pada suatu malam, guru bertanya kepada mereka apakah itu baik dan jahat? Jawapan enam anak ini, “Biar saya bacakan supaya rakan-rakan sekalian dapat dengar”. Yang belajar selama satu atau dua tahun, bagaimanakah keupayaan mereka untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk ? Yang pertama baik hati. Pelajar pertama berkata, “Sesuatu benda yang kita hendak, tetapi orang lain juga hendak, patutlah kita memberikannya kepada orang lain. Inilah sejenis sikap toleransi , iaitu baik hati.” Pelajar yang kedua berkata, “Taat kepada ibu bapa, menumpukan perhatian semasa belajar, menghormati orang lain, iaitu baik hati.” Jawab dengan bagus sekali! Ketaatan kepada ibu bapa dan penghormatan merupakan asas akhlak mulia seseorang.

Apabila saya mengajar anak-anak di kelas pertama saya telah melakar

Page 428: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

428

sebuah lukisan, di atas permukaan air terdedah satu arca yang tajam dan kecil.Lalu saya bertanya kepada mereka, “Apakah benda ini?” Selepas itu saya memberitahu mereka ini sebahagian kecil aisberg. Berapa peratuskah sudut kecil daripada keseluruhan aisberg? Hanya 5% manakala 95% aisberg berada di bawah laut, tidak dapat dilihat. Potensi manusia seperti aisberg, kebanyakannya masih tersembunyi. Bagaimanakah cara untuk mencungkil 95% lagi yang tidak terdedah itu? Hari ini cikgu menghadiahkan dua kunci bagi mencungkilnya. Yang mana dua? Yang pertama ialah “taat kepada ibu bapa”, yang kedua ialah “kesopanan”. “Kesopanan”, sebenarnya merupakan hati yang menghormati orang lain. Saya pun memberitahu mereka, pada zaman dahulu disebabkan ketaatan terhadap ibu bapa, Maharaja Purba Shun mempunyai ilmu yang luas. Bukan sahaja berilmu, kerana akhlak baginda yang mulia, seluruh rakyat mencintai dan menghargai jasa baginda, baginda diteladani, jadi potensi baginda digunakan dengan amat baik. Saya juga memberitahu kanak-kanak, kerana cikgu bersopan, jadi dapat berkenalan dengan Pak Cik Lu, dapatlah belajar banyak daripada pangalaman dan pengetahuan beliau untuk meningkatkan keupayaan diri.

Selepas kelas, apabila kanak-kanak tersebut ternampak guru atau ibu bapa lain, mereka akan tunduk dan bertanya khabar. Rakan-rakan sekalian, permintaan kita janganlah terlalu tinggi, jangan anda mengatakan bahawa mereka tidak cukup ikhlas. Asalkan sanggup tunduk, akhirnya akan dihayati dan meresap ke dalam hati. Ramai yang berkata, sesetengah orang melakukan perkara baik demi mendapatkan pembalasan yang baik. Pada pendapat saya, apakah buruknya jika menginginkan perbalasan yang baik? Sekurang-kurangnya orang lain akan mendapat pertolongan jika seseorang berbuat demikian, juga dapat “ikut tabiat orang yang selalu membuat baik”. Jadi apabila sifat baiknya berterusan, ternampak banyak yang memerlukan pertolongan, secara perlahan-perlahan sikap baik hatinya yang asal akan dizahirkan. Jika kita hanya bercakap dan berdiri di tepi bahawa perlakuan baik orang itu hanya demi mencapai sesuatu matlamat, orang yang bercakap itu sama juga. Kita hanya mengawasi orang lain, diri sendiri pula tidak berbuat apa-apa. Apakah kelayakan kita untuk mengkritik orang lain? Apabila orang lain telah membuat sesuatu yang baik, tidak kira dia mempunyai permintaan atau tidak, kita turut berasa gembira atas apa yang baik. Dengan ini dia akan semakin terdorong, semakin gembira dan seronok untuk berbuat kebaikan

Page 429: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

429

dan kebajikan.

Bilakah kedua-dua kunci ini boleh digunakan? Kedua-dua kunci ini tiada had umur, semasa 80 tahun pun boleh. Semasa saya menyampaikan ceramah di Hang Zhou, terdapat seorang warga tua yang berumur 70 tahun, apabila mendengar sehingga hari keempat, dia berjumpa dengan saya ketika masa rehat,” Cikgu Tsai, setelah saya berumur 70 tahun baru saya diajar ajaran pertama dalam hidup, ketaatan kepada ibu bapa!” Tetapi asalkan telah bermula tidaklah terlambat, Konfusius pernah berkata bahawa, “Mendengar ajaran baik pada waktu pagi sebab pada waktu malam kita mati. Maksudnya, kepercayaan dalam kebenaran dan ingin mendapatkannya dengan cepat.” Asalkan kita memahami dan betul-betul melakukannya, seumur hidup kita tidak akan sia-sia begitu sahaja.

Pada satu hari semasa saya menyampaikan ceramah di Shanghai, hari pertama tentang “taat kepada ibu bapa”, seorang orang tua membawa anaknya bersama. Selepas habis ceramah semasa ingin makan, dia datang ke meja para guru kami dengan gembira. Dia berkata bahawa dia sudah tahu mengapa tiada peningkatan dalam kehidupannya selama berpuluh-puluh tahun walaupun dia berusaha meningkatkan kemajuan diri. Tidak kira bagaimana pun dia belajar, dia tetap berasa bahawa hatinya tidak cukup ikhlas dan hormat, tidak dapat juga mencari sebabnya. Setelah habis mendengar “taat kepada ibu bapa”, baru dia sedar, rupa-rupanya tingkat pertamanya tidak dibina dengan kukuh, terus membina tingkat ketiga. Sebenarnya apabila kita berada di tingkat ketiga, kita hanya disokong oleh dua batang buluh, memang berdiri di tingkat ketiga, tetapi akan roboh pada bila-bila sahaja. Dahulu ada orang yang baik hati pernah berkata, “Marilah turun.” Dia pula berkata, “tahap anda lebih teruk daripada saya, suruh lagi saya turun.” Apabila dia memahami bahawa asas yang paling penting, barulah mendapati sebab dirinya dalam keadaan goyah. Apabila memahami kebenaran, barulah kita tenang, setiap tindakan yang dilakukan selepas ini barulah kukuh.

Jadi pelajar yang menyebut taat kepada ibu bapa, menumpukan perhatian ketika belajar, hormati orang lain itu dikatakan baik hati, telah mempunyai asas akhlak yang mulia iaitu ketaatan dan penghormatan.

Page 430: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

430

Yang seterusnya, baik hati itu dapat merealisasikan perkara-perkara yang disebutkan dalam Di Zi Gui.

Seorang kanak-kanak pergi mencari kawannya, kebetulan kawannya tiada di rumah, lalui dia melipat satu kertas dan meletakkannya di depan pintu rumah kawannya itu bagi memberitahu bahawa dia pernah datang. Jadi janganlah kita memandang rendah kepada keupayaan anak-anak untuk bertindak secara fleksible, apa-apa yang dipelajari mereka akan digunakan dalam kehidupan seharian. Yang seterusnya hati yang bijaksana itu hati yang baik. Hati yang melakukan sesuatu tanpa disuruh itu baik. Rakan-rakan sekalian, minda ini telah sampai ke tahap menjaga diri, melihat niat diri itu benar atau tidak. Yang seterusnya, mengetahui bahawa melakukan perkara baik, itu baik hati, yang memahami kebenaran itu hati yang baik.

Seterusnya kita lihat kepada hati yang jahat. Bagaimanakah anak-anak memandang kepada hati jahat? Yang pertama bahawa yang tidak menolong orang lain itu hati yang jahat. Seterusnya, menipu orang dan membazir itu hati yang jahat. Sebagai contoh membazir elektrik, air, nyawa, kehidupan, masa, semuanya hati yang jahat. Daripada jawapan pelajar ini, kita mengetahui bahawa ilmu Di Zi Gui telah dipelajarinya dengan baik, dapat berfikir tentang masa dan kehidupan. Yang seterusnya, menghina orang lain itu hati yang jahat. Bergurau dengan keterlaluan itu hati jahat, tambah pula dengan pernyataan masalah yang ditimbulkan kerana perkataan. Hati yang benci kepada orang lain itu hati jahat. Dilayan dengan baik, tetapi melayan orang lain dengan buruk, tidak tahu membalas jasa orang lain itu tidak bersyukur dan tidak mengenanag budi orang lain.

Yang seterusnya, yang berdendam itu hati jahat. Kecil hati, mengejek kelemahan orang lain, berterusan dengan kesilapan itu hati yang jahat. Di Zi Gui mengajar bahawa jika berkeupayaan, jangan mementingkan diri sendiri sahaja. Seterusnya, tiada kasih, membahayakan orang lain itu hati yang jahat. Tiada belas kasihan, tahu bahawa sesuatu perkara tetapi tidak melakukannya itu hati yang jahat.

Suatu hari di Haikou berlangsung latihan pertahanan udara, guru mengambil peluang ini untuk mendidik para pelajar, biar mereka memilih

Page 431: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

431

benda yang paling diperlukan. Sebagai contoh anda akan berasa dahaga, jadi perlu membawa air. Barang yang ingin diambil oleh setiap pelajar berbeza. Mereka yang berasa tidak selamat akan membawa banyak barang.

Yang seterusnya dikatakan bahawa yang takut kepada kesusahan itu hati yang jahat. Guru mereka akan memberi satu ajaran kepada mereka setiap minggu, “Yang takut akan kesusahan akan susah untuk buat selama hidupnya, yang tidak takut akan kesusahan hanya akan bersusah buat seketika”. Berusaha dengan bersungguh-sungguh sejak muda, apabila tua nanti bolehlah menikmati kesenangan. Yang seterusnya, jika berpura-pura melakukan perkara yang baik, tetapi dalam hatinya berniat melakukan perkara yang buruk itu tanda hati yang jahat. Mereka tahu bahawa percakapan dan perbuatan yang dilakukan haruslah sentiasa selaras. Yang seterusnya dikatakan bahawa tidak taat kepada ibu bapa itu hati yang jahat. Ada lagi, keinginan untuk merosakkan sesuatu juga tanda hati itu jahat. Anak yang mengata ibu bodoh kerana ibu tidak mengetahui sesuatu itu hati yang jahat. Yang seterusnya jika tidak dapat melaksanakan ajaran Di Zi Gui ialah hati yang jahat. Anak yang seterusnya berkata, asalnya boleh lakukan, tetapi asyik sahaja berfikir bahawa tidak dapat melakukannya menunjukkan hati yang jahat. Yang seterusnya dikatakan, memberikan apa-apa yang kita tidak kehendaki lagi kepada orang lain itu hati jahat. Daripada ayat-ayat ini dapat kita lihat, ilmu kebudayaan Cina pelajar-pelajar ini agak baik. Mereka sudah berupaya menyampaikan pelajaran dengan membawa buku moral secara bergilir-gilir. Jadi jangan memandang rendah kepada kecelikan fikiran anak-anak, sebenarnya belajar prosa budaya tradisional bukannya susah.

Ada satu kisah mengenai seorang anak, suatu hari ibunya memberitahunya, “belajar sama seperti berperahu di aliran arus bertentangan, jika tidak bergerak ke hadapan ia mestinya mundur”. Selepas berfikir seketika, dia berkata, “Ibu saya sudah tahu, belajar seperti menunggang basikal di bukit yang curam. Bukan ke hadapan, malah akan berundur ke belakang”. Dia memahami kebenaran dalam kehidupan. Anak seterusnya berkata, berbuat bising, mengganggu orang lain, itu hati jahat. Yang terakhir berkata, menyembunyikan kesalahan yang dilakukan, itulah hati yang jahat. Daripada jawapan anak-anak, kita juga boleh mendapati bahawa dalam hati mereka terdapat ukuran baik dan jahat. Setelah mereka terus diajar ilmu

Page 432: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

432

seperti ini selama tiga atau lima tahun, bolehlah dipercayai bahawa asas peribadi mereka akan kukuh. Sebagai ibu bapa, barulah kita boleh relaks. Jadi pulangan berdasarkan pelaburan dalam kehidupan haruslah dikira dengan bijak.

Perkara yang jahat jangan ditanya, kerana hal ini akan mencemari jiwa sendiri. Jadi pertembungan dengan orang-orang di sekeliling, alam sekitar dan televisyen yang berhubung kait dengan anak-anak patutlah kita berhati-hati. Ibu bapa sebenarnya guru, sebelum anak-anak membesar mereka semestinya melindungi anak-anak, jangan biarkan anak-anak dicemari oleh unsur-unsur. Jika tercemar kemudian berhajat ingin membaikinya semula, perlukan lebih banyak masa dan tenaga. Jadi patut berhati-hati semasa perkara buruk hendak bermula, melarang sebelum berlaku amat penting.

Zaman sekarang bukan sahaja orang dewasa suka mengikut trend, adakah kanak-kanak begitu juga? Wayang yang manakah paling popular kini? Banyakkah filem seram? Selepas anak-anak menonton, terjaga-jaga dalam tidur kerana takut pada malam hari. Manusia selepas kekenyangan makan terpaksa melakukan banyak perkara, sebenarnya tidak membantu dalam kehidupan, mereka mendera diri sendiri pula, inilah yang dipanggil berbelanja untuk menghukum diri. Jadi hobi anak-anak yang salah patut kita larang secara betul, aktiviti mereka kita ketahui. Sebenarnya jika anda mendorong anak-anak melibatkan diri dalam hiburan yang sihat, yang membawa kebaikan terhadap diri, lama-kelamaan anak-anak akan menerimanya dengan gembira. Contohnya aktiviti mendaki bukit dan berkhemah, biar mereka mempunyai pengalaman dan asuhan yang semuanya baik. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti ini, perasaan cinta akan alam sekitar dan sikap tidak mudah berputus asa dapat ditingkatkan sedikit demi sedikit dalam diri anak-anak. Jadi terlebih dahulu kita patut mendorong anak-anak ke arah kebaikan. Mari kita membaca ayat yang seterusnya, “beri ucap salam atau menyapa dahulu sebelum memasuki sesuatu kawasan.”

Sebelum masuk ke dalam bilik orang lain, pertama sekali mesti mengetuk pintu dahulu, jika anda masuk secara melulu ke dalam, hal ini amat tidak menghormati orang lain. Sebagai contohnya, dalam drama

Page 433: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

433

Korea juga dapat kita lihat, sebelum masuk, berdiri di luar pintu lalu berkata, “Boss, saya Shang Wo”. Biar orang di dalam mengetahui siapa anda dahulu. Jika orang di dalam sedang sibuk, beritahu kepada yang sedang menunggu, “Tunggu sebentar”. Jika sebaliknya, berkatalah, “Baik, masuklah”. Jadi kesopanan merupakan jarak yang paling indah antara manusia. Perlakuan seperti ini memberikan keselesaan semasa bergaul dengan orang lain. Inilah yang patut dilakukan sebelum masuk ke sesuatu tempat.

Marilah kita huraikan lagi. Semasa melawat ke rumah orang lain, patut “beri salam” terlebih dahulu. Kemudian boleh bertanya siapakah yang tinggal bersamanya, mungkin ayahnya, ibunya dan kakaknya. Pergaulan antara kawan lazimnya akan berbincang tentang keadaan keluarga. Apabila kita memahami dengan lebih lanjut, di manakah kakaknya bekerja, ibunya menghidapi selesema seketika dahulu, atau makanan kegemaran ibunya, anda patut mengingati selepas mendapat tahu. Apabila berpeluang ketika melawat ke rumahnya, masa ini anda bolehlah membawa makanan kegemaran ibunya bersama sambil berkata “Mak Cik, saya dapat tahu bahawa mak cik suka makan oren.” Bagaimanakah tanggapan pertama? Tentunya baik!

Jadi rakan-rakan sekalian, tahukah cara untuk memikat teman wanita? Mengenali teman wanita bukan hanya mengenali seseorang, bak kata pepatah, “suami dan isteri yang berkahwin mesti bersepadan”. Sememangnya perkahwinan bukan hal dua orang sahaja, ia mempunyai hubungan dengan dua buah keluarga, keamanan kedua-dua buah keluarga tersebut. Perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu bapa, kebanyakannya tidak bahagia.

Ketika mengunjungi rumah kawan, kita juga patut mengambil berat tentang ahli keluarganya, barulah harmoni. Saya pun berpegang teguh kepada prinsip ini semasa berkawan dengan orang lain. Apabila ibu bapa sering mendengar nama anda daripada sebutan anaknya, mungkin ibu bapanya akan berfikir siapakah Tsai Li Hsu ini, mengapakah anak saya rapat dengannya? Apa yang perlu dibuat jika Tsai Li Hsu ini orang jahat? Jadi kita patut mempunyai inisiatif untuk menenangkan hati ibu bapa kawan, ini amat penting. Sejak bilakah saya bersikap sebegini? Semasa berada di sekolah

Page 434: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

434

menengah. Saya amat rapat dengan seorang rakan lelaki. Akhirnya ibunya amat bimbang, kerana masa itu sudah ada keadaan biseksual jadi ibunya bimbang adakah anaknya terlalu rapat dengan saya dengan keterlaluan. Daripada kisah ini bolehlah saya memahami bahawa sememangnya berkawan bukan sahaja perlu rapat dengannya, tetapi juga dengan ahli keluarganya.

Saya mempunyai dua orang kawan yang amat akrab di negeri China, mereka suami isteri. Ada satu ketika saya berkunjung ke rumah mereka, kami hendak memecahkan kebiasaan golongan muda yang kini hanya bergaul dengan golongan muda sahaja, kurang ambil peduli ibu bapa mereka. Saya rasa bahawa tidak baik keadaan sebegini. Jadi saya pun membeli sekotak epal supaya mereka terpaksa menjemput saya ke dalam rumah. Licikkah saya? Kita patut melihat kepada niat, asalkan niatnya baik. Semasa tiba di rumah mereka, tiga buah basikal sudah tersedia di hadapan pintu rupanya mereka hampir bertolak. Saya berkata, “Jarang-jarang saya dapat melawat ke rumah kamu, patut saya bertanya khabar kepada ibu bapa kamu.” sambil mengikuti mereka ke dalam. Apabila berjumpa dengan ibu bapa kawan itu, mereka amat mesra, amat mengambil berat tentang keadaan saya. Lebih kurang tiga atau lima minit kemudian, mereka bekata, “Kamu semua sibuk, jangan berlengah lagi, pergilah.” Sebenarnya mereka baik, selalu berfikir untuk orang lain.

Pada malam itu kawan saya menelefon, “Ibu bapa saya berkata mereka ingin belanja anda makan, ibu sengaja menyediakan makanan sayur-sayuran untuk anda”. Lima atau enam tahun yang lepas saya mendapat tahu bahawa makan sayur-sayuran lebih menyihatkan badan. Jadi saya hanya makan sayur-sayuran sejak itu sehingga kini. Semasa dijamu itu semua makanan dari sayur-sayuran. Orang Cina selalu berkata, “Perasaan lebih baik jika bertemu terlebih dahulu”, ini amat benar. Selepas makan bersama sekali itu, rasanya telah merapatkan hubungan.

Kesan berkenalan melalui jamuan itu kawan saya membuat banyak kajian tentang pendidikan kanak-kanak. Kebetulan ibunya menolong menjaga anak-anak adiknya. Biasanya datuk dan nenek akan memanjakan cucu. Kawan saya selalu membetulkan cara ibunya yang terlalu memanjakan cucu tetapi tidak didengar oleh ibunya, mereka jadi susah hati. Kemudian

Page 435: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

435

selepas makan, ibunya berbual tentang isu mendidik anak-anak dengan saya, antaranya menyebut pula tatacara makan dan cara mengambil lauk kepada siapa dahulu.

Ibunya tiba-tiba menyedari sesuatu, “Betullah!” Saya menerangkan bahawa ketika mendidik anak patut menggunakan cara yang keras dan lembut bersama-sama. Ibunya berkata, “Betul! Betul!” Kawan saya berada di sebelah pula berkata, “Sejak awal saya memberitahu ibu, hanya ibu yang tidak dengar.” Rakan-rakan sekalian, patutkah menyampuk ayat ini? Tidak perlu. Ketika ini diam lebih baik daripada bersuara. Ketika anda berkata demikian, ibu anda akan berasa tidak selesa. Kadang kala apabila anda berdiam diri, ibu anda akan berasa bahawa sebenarnya anda berpengetahuan juga.

Makan malam itu berlangsung dengan meriah dan bermakna, saya memahami bahawa “mengajar mengikut tahap pembelajarannya”, contohnya jika anak-anak anda mengikuti anda pada setiap hari ke kelas falsafah ini, dia akan mahir sesetengah ilmu dan pengajaran kerana selalu mendengar, tetapi dalam masa yang sama dia akan abaikan. Tetapi pada suatu hari jika kawan baik anda mengingatinya, masa itu dia pasti akan berkata, “Rupa-rupanya bukan sahaja ayah saya yang bercakap sedemikian, pak cik pun juga”. Sikapnya ini akan kukuh. Jadi jika anda mempunyai kumpulan kawan yang baik, senanglah usaha anda mendidik anak anda.

Ketika berada di Shenzhen kami belajar bersama-sama dengan para guru lain juga, bertukar-tukar pendapat, anak-anak mereka juga bersama-sama belajar. Suatu hari Cikgu Li bertanya kepada kanak-kanak ini, “Jika anda mempunyai seratus juta, apakah yang anda semua ingin lakukan?” Seorang kanak-kanak berkata bahawa dia ingin melakukan empat perkara. Yang pertama, mendirikan sebuah sekolah, sekolah yang khas untuk menyebarkan ajaran mulia, inilah cita-cita pertamanya. Rakan-rakan sekalian, pernahkah anda dengar mana-mana kanak-kanak yang cita-cita pertama seperti ini? Jadi sebenarnya bukan anak ini cemerlang tetapi yang paling utama ialah alam yang baik. Selain ibu bapa, orang lain, rakan-rakan yang bersamanya turut mempunyai sikap sebegini, perspektif sebegini, jadi dia telah dipengaruhi. Semasa saya mengajar di Shenzhen, jangan anda rasa mereka berusia muda, mereka berkata bahawa mereka akan belajar sehingga

Page 436: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

436

menjadi cendekiawan, kalau tidak mengapa belajar!

Cita-cita yang kedua ialah mendiri sebuah hospital supaya mereka yang sakit dan susah mendapat penjagaan yang bagus.

Cita-cita ketiga, melancarkan TV Da Ai (Sebuah stesen televisyen milik Persatuan Tzu Chi Taiwan), kerana saya menyiarkan drama “Berpegang Tangan Dalam Hidup”. Dalam drama tersebut, Encik Ma Wenzhong seorang guru, walaupun dia cacat, tetapi masih menyumbang dalam pendidikan dengan bersungguh-sungguh. Dia mendirikan sekolah. Seorang yang kurang berupaya dalam pergerakan pun masih lagi menyumbang dalam pendidikan mendirikan sekolah, jika anda kawannya, apakah yang akan anda katakan padanya? Seseorang yang mempunyai tujuan hidup yang baik, lalu merealisasikannya, bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya, selain usahanya, pasti terdapat kawan-kawan dan saudara mara yang amat baik untuk menyokongnya. Beliau mempunyai seorang ayah yang amat baik, selalu menggalakkannya supaya mengejar impiannya, akhirnya beliau memang berjaya mencapainya. Sepanjang kehidupan beliau telah membuktikan kata-kata dalam Buku Zhong Yong, “Orang yang betul-betul ikhlas, akan melaksanakan apa sahaja dengan sempurna”. Di manakah letaknya kekalahan dan kemenangan apabila melakukan sesuatu perkara? Sejak permulaan sehingga ke akhirnya berkaitan dengan keikhlasan hati. Jika seseorang itu tidak ikhlas, pasti tidak dapat melakukan sesuatu.

Rakan-rakan sekalian, ini kebenaran. Kini ramai yang tidak ikhlas memandu kereta mewah, tinggal di dalam rumah besar, semuanya itu mungkin ayah atau datuknya yang tinggalkan. Apabila dia menjadi tidak ikhlas, rahmatnya ini akan hilang sedikit demi sedikit, kemudian budaya membazir ini akan menyebar ke generasi seterusnya, keluarganya akan musnah dan gagal. Jadi jika kita ingin melihat sesuatu perkara secara menyeluruh kita perlu menggunakan ilmu. Hanya dengan membuat sesuatu perkara secara ikhlas barulah perkara itu menjadi teguh.

Saya pernah diberitahu ada kanak-kanak kerana pernah menonton drama “Berpegang Tangan Dalam Hidup”, jadi teringin sangat hendak memiliki satu stesen TV, supaya program yang baik dapat mendidik orang

Page 437: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

437

ramai dan mengubah budaya masyarakat. Oleh sebab itu janganlah kita memandang rendah kepada keupayaan anak-anak untuk membezakan antara perkara yang baik dengan yang jahat. Pernah saya mendapat tahu daripada guru saya, jika ingin menyelamatkan masyarakat ini, dua jenis orang yang paling berkuasa, iaitu pemimpin negara dan mereka yang terlibat dalam industri media massa. Merekalah yang boleh menyebarkan ajaran moral ini ke seluruh dunia dalam masa yang singkat. Anak-anak yang menerima didikan ini sejak kecil, mereka akan mengingatinya dalam hati setiap masa. Ini cita-cita yang ketiga. Yang keempat, dia berkata bahawa dia ingin menjadi Cikgu Tsai.

Para ibu bapa sekalian, jika itu anak anda, gembirakah anda? Tentu amat gembira. Mungkin selepas ibunya mendengar, dia menelefon anaknya lalu berkata, “Wahai anakku, anda mempunyai cita-cita ini, ibu berasa amat gembira. Tetapi bercita-cita begini, bukannya mempunyai seratus juta baru boleh dicapai.” Rakan-rakan sekalian, sensitiviti ibu ini amat baik. Dia berharap anaknya tidak bercita-cita kosong sahaja, cita-cita mesti bermula daripada kehidupan. Jadi selepas ibunya berkata demikian, anak ini mula berfikir. Lalu ibunya menyambung, “Cikgu Tsai mempunyai seratus juta ke? Asalkan kita mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, hati yang baik, walaupun tiada seratus juta, dapat juga kita menyumbang kepada masyarakat.” Ibu ini membantunya mengembalikan cita-citanya kepada kenyataan, kenyataan supaya memperkayakan lagi ilmu dan keupayaan diri.

Jadi anak-anak yang mempunyai mentaliti dan perspektif seperti ini, yang paling utama ialah perlu mempunyai persekitaran yang baik. Rakan-rakan sekalian, kita boleh selalu belajar dengan kawan-kawan yang bermatlamat yang serupa, bersama-sama mendaki bukit, menjalinkan hubungan persahabatan yang baik, juga memberi peluang kepada generasi seterusnya untuk mempunyai pergaulan yang baik. Barulah dapat menghasilkan suasana yang sesuai untuk mendidik dengan sebaik-baiknya. Kemudian anda akan lebih senang mendidik berbanding jika bergantung kepada suami dan isteri sahaja. Ayat seterusnya, “Sebelum masuk ke kamar ataupun pejabat, beri salam supaya penghuninya tahu ada tetamu datang.”

Kita pernah berbincang sebelum ini, semasa melawat ke rumah orang

Page 438: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

438

lain, jika mereka tiada di rumah, mesti jerit terlebih dahulu, “ada orang?” Kita tidak boleh masuk ke dalam, berhati-hati dalam perkara ini. Kalau tidak nanti apabila orang itu kehilangan sesuatu di rumahnya, anda tidak dapat menafikan apa-apa, susah jadinya. Seumur hidup kita patut menitikberatkan imej dan kepercayaan kepada diri sendiri, janganlah dicemari kerana tidak hati-hati.

“Sekiranya ditanya siapa kamu, beritahu nama kamu jangan berkata “saya” sebab ini tidak jelas”. Contohnya apabila membuat panggilan telefon katalah,” Apa khabar? Saya Tsai Li Hsu.” Dengan ini orang lain dengan segera mengetahui bahawa anda yang menelefonnya. Kini sesetengah orang akan berkata, “Ini sayalah, anda tidak tahu? Anda lupa akan saya?” Orang yang menjawab itu mungkin sedang menguruskan sesuatu perkara, disebabkan siapa anda pun dia perlu tanya, tentu orang yang dilawan bercakap itu tidak selesa. Jadi apabila kita menelefon, kita patut berkata, “Apa khabar? Saya Tsai Li Hsu.” Selalulah berfikir untuk orang lain, mereka akan selesa. Perkara ini patut diajar kepada anak-anak juga, sebagai contoh anak-anak menekan loceng pintu di bawah, orang di tingkat atas bertanya, “Siapa itu?” dia menjawab, “Sayalah!”. Bagaimanakah orang lain tahu bahawa “saya” ini siapa sebenarnya? Perkara-perkara kecil seperti ini perlu sentiasa diingati.

“Kita perlu meminta kebenaran sebelum meminjam barangan orang lain, sekiranya tidak ia dikata mencuri.” Anak-anak apabila anda tidak mengajarnya, dia belum mahir dan kurang jelas lagi tentang yang baik dan yang buruk. Mungkin dia rasa bahawa benda ini kelihatan cantik, lalu diambilnya untuk melihat. Terdapat sepasang adik-beradik perempuan. Pada suatu hari kakak memarahi adik, selepas itu adik berasa amat susah hati lalu menangis. Sambil menangis dia mencari ibunya di dapur sambil bercakap kepada ibunya “Mak, kakak marah saya”. Rakan-rakan sekalian, bagaimanakah caranya anda menangani perkara ini? Tanpa menyiasat, mungkin anda berkata, “Kakak, mari sini. Mengapa marah adik?” Setiap perkara mesti berdasarkan kebenaran, perlu mengenal pasti kesalahan dan kebetulan sesuatu perkara terlebih dahulu, tidak boleh mengatakan bahawa yang lebih besar mesti bersalah. Ibu ini tidak terburu-buru, sambil memasak sambil bertanya, “Mengapa dimarahi kakak?” Adik pula berkata, “Saya ambil alat permainan kakak tetapi tidak memberitahunya, jadi kakak marah”. Ibu

Page 439: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

439

ini menyambung, “meminjam barangan......”. Adik sambung, “meminta kebenaran sebelum meminjam barangan orang lain, sekiranya tidak ia dikata mencuri”. Akhirnya apabila disebut perkataan “curi”, adik itu mulai menangis, “Saya tidak hendak menjadi pencuri.” Bolelah kita lihat daripada perkara ini, dengan mempunyai bahasa yang sama, prinsip kehidupan yang sama, boleh kita berinteraksi dengan anak-anak secara baik. Anak-anak telah biasa membaca Di Zi Gui, ada pula suasana seperti ini, jadi berapa lamakah dia akan mengingati ayat tersebut? Seumur hidup, juga hal ini akan mendatangkan kebaikan terhadapnya sepanjang hidupnya.

Kita mendidik anak-anak “meminta kebenaran sebelum meminjam barang orang lain”, maka sebagai orang dewasa kita patut melaksanakan juga. Ada suatu kisah mengenai sebuah syarikat pelaburan asing yang ingin mengupah pekerja dalam sekumpulan besar yang hadir hanya beberapa orang sahaja yang berjaya meneruskan temu duga peringkat kedua. Namun ketika pengujian semula itu, majikan itu berkata, “Saya perlu menguruskan sesuatu di luar sementara, saya akan pulang dalam masa 10 minit lagi”. Sebaik sahaja majikan keluar, orang-orang muda ini mula megusik dokumen-dokumen, akhirnya semua tidak diambil bekerja. Mereka berkata, tiada orang yang mendidik mereka sejak kecil dan berasa tidak adil kerana tidak pernah belajar. Jadi kita bertanggungjawab untuk mengajar mereka ajaran moral. Apabila kita ingin menggunakan barang orang lain, tidak bolehlah meminta kebenaran, “Pen ini boleh saya pinjam?” selepas mengambilnya. Mungkin pen tersebut hadiah daripada teman lelakinya, hanya dia seorang yang menggunakannya. Tetapi anda telah pun mengambilnya dalam tangan, tentu dia berkata, “Baiklah!” Jadi kita tidak patut meminjam sesuatu dengan cara sebegini. Apabila meminjam benda tersebut haruslah diberi kepada anda oleh orang itu sendiri, baru sopan. “Bolehkah anda meminjamkan saya pen?” Jika dia ingin meminjamkan pennya kepada anda, biar tuan punya sendiri yang membuat keputusan dan mengambil untuk anda. Jadi perkara-perkara kecil seperti ini kita juga patut selalu berfikir untuk orang lain. Demikian sahaja sesi ini, terima kasih.

Page 440: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

440

Sesi 27Berbudi Dan Bersyukur, Berakhlak Dan Beretika,

Jalinan Persaudaraan Salam sejahtera, rakan-rakan sekalian. Marilah kita lihat pada ayat yang seterusnya, “Pulangkan kembali barangan yang dipinjam seperti yang dijanjikan, supaya senang untuk dipinjam pada masa hadapan”. Apabila kita meminjam sesuatu daripada orang lain, kita haruslah sentiasa mengingati tarikh patut dipulangkan. Hal ini demikian kerana orang tersebut berbudi kepada kita apabila dia sudi meminjamkan kita sesuatu. Kalau kita tidak dapat memulangkan tepat pada waktunya, kita amat tidak berbudi bahasa. Apabila kita telah menetapkan masa pulang dan takut terlupa, kita boleh mencatatkannya pada kalendar atau buku nota kecil. Orang lain akan sudi meminjamkan barang mereka kepada kita kelak jika kita dapat pulangkan tepat pada waktu.

Pada zaman Dinasti Ming terdapat seorang bernama Zhen Lian dikehendaki memulangkan buku yang dipinjamnya selepas sepuluh hari. Sepuluh hari merupakan masa yang singkat tetapi dia masih bersyukur kerana orang lain sudi meminjamkannya buku. Pada hari yang kesepuluh cuaca bersalji, tetapi Zhen Lian tetap datang memulangkan bukunya. Tuan buku tersebut berasa terharu dan kagum serta berjanji dengannya bahawa dia boleh meminjam segala bukunya pada masa akan datang. Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan orang lain bila mereka tidak rela meminjamkan barang mereka. Apa yang harus kita lakukan? Kita harus sedar diri. Kredibiliti kita perlu dikumpulkan sedikit demi sedikit. Usah kita berasa dengki apabila orang lain dipercayai ramai, kita harus berusaha untuk menjadi sepertinya.

Kini, orang yang meminjam duit merupakan tuan dan orang yang pinjamkan duit merupakan hamba. Orang yang meminjam duit berstatus tinggi dan orang yang pinjamkan duit perlu minta duitnya balik daripada orang yang meminjam. Tidakkah masyarakat kini terbalik? Keadaan ini diburukkan lagi apabila orang yang meminjam duit tersebut berpendapat tidak perlu memulangkan duit yang dipinjam. Adakah kredibiliti pada zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang? Berbeza. Pada zaman dahulu, kredibiliti diumpamakan seperti maruah diri, tidak perlu resit

Page 441: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

441

apabila meminjam duit. Lebih kurang 50 hingga 60 tahun sebelum ini, China mempraktikkan nilai murni seperti ini. Sebagai contoh, datuk saya membuka kedai menjual beras dan kami akan memberi beras kepada orang yang miskin juga. Apabila musim perayaan, mereka akan datang membereskan hutang mereka. Hanya segelintir sahaja yang tidak datang sebab mereka tidak sempat mengumpul duit yang mencukupi, datuk saya pun tidak akan meminta daripada mereka. Ini adalah kepercayaan sesama manusia dan kita percaya bahawa sekiranya mereka mempunyai duit tersebut, mereka akan datang memulangkannya. Jika mereka tidak datang memulangkannya pasti ada sebab di sebaliknya, kalau kita pergi minta juga, kita langsung tidak berperikemanusiaan.

Apakah kredibiliti mengikut budaya Barat? Resit. Mereka akan menganggap kita merupakan orang yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Kita perlu membuktikan kepada mereka bahawa kita ini boleh dipercayai. Inilah perbezaan antara budaya Barat dengan budaya Timur terhadap kredibiliti seseorang. Kini, adakah kita lebih kepada sikap Barat atau sikap Timur apabila kita berurusan dengan orang lain? Sikap Barat. Oleh itu, adakah kita lebih maju atau lebih mundur? Kita perlu memikirkannya.

Apa yang perlu kita pulangkan tetapi kita tidak berbuat demikian, nampaknya kita untung, tetapi sebenarnya, kita sedang mempergunakan kredibiliti kita. Terdapat seorang peniaga di Shenzhen membuat urusan jual beli dengan seorang petani. Petani berjanji akan menjual tanahnya kepada peniaga tersebut tetapi peniaga tadi hanya membayar separuh daripada amaun yang dijanjikan. Petani tersebut amat marah kerana ini merupakan apa yang dia hanya ada dan peniaga tersebut berhutangnya 6000 Renminbi. Akhirnya, dia membawa bom ke rumah peniaga dan kedua-dua orang tersebut mati bersama-sama. Berapa nilai nyawanya? Hanya 6000 Renminbi. Oleh itu, kredibiliti amat penting.

Pertama, kita perlu menjaga kredibiliti masing-masing. Kedua, kita perlu sentiasa mengingati bahawa orang sudi meminjamkan barang adalah untuk membantu kita, janganlah kita melupakan budi orang lain. Dengan ini, kita akan sentiasa berhati-hati dan boleh dipercayai oleh orang lain. Konfusius sentiasa membincangkan kepentingan kredibiliti dalam “Lun Yu”,

Page 442: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

442

iaitu “Kelakuan mestilah beramanah”. Ini bermaksud bahawa seseorang tidak dapat menjalankan pergaulan sosial dalam sesebuah masyarakat sekiranya dia tidak mempunyai kredibiliti. Jika orang lain tidak mempercayai kita, kita akan ditinggalkan dan hidup tidak dapat berkembang. Konfusius juga pernah memberitahu bahawa “orang mesti beramanah”. Ini bermaksud bahawa seseorang yang hidup tanpa kredibiliti dan tidak dipercayai oleh orang lain, tiada pekerjaan yang sesuai dengan orang tersebut.

Dalam tulisan Cina, perkataan amanah (信), sebelah kirinya (人) bermaksud orang manakala sebelah kanannya (言) bermaksud bahasa atau cakap. Ini membawa maksud bahawa seseorang perlu menjaga apa yang dicakapkan atau dijanjikan. Selain itu, perkataan ini juga bermaksud berbudi pekerti. Kadang-kala, kita tidak perlu memberitahu orang lain adakah kita berhutang budi kepadanya, tetapi budi tersebut haruslah dikenang sehingga bila-bila. Sebagai contoh, kita tidak memberitahu ibu bapa bahawa kita akan taat pada mereka, tetapi dalam hati kita, kita tahu apa yang kita perlu buat sebagai seorang anak untuk membalas budi mereka. Oleh itu, perkataan ini secara tidak langsung juga membawa maksud kewajipan kita sebagai seorang manusia. Kita semua tahu bahawa ajaran nenek moyang adalah untuk mengajar kita cara untuk bergaul dengan harmoni sesama manusia dan nilai murni yang perlu kita simpan dalam hati agar kita menjadi seorang yang baik. Antara lima hubungan penting yang perlu dijaga merupakan hubungan antara bapa dengan anak, rakyat dengan pemimpin, suami isteri, orang tua dengan orang muda dan hubungan dengan kawan. Adakah pemimpin yang meminta rakyatnya untuk mentaati pemerintah? Tidak, kerana ini merupakan kewajipan sebagai seorang rakyat.

Sebagai seorang bapa, kita perlu mempunyai kredibiliti. Hanya dengan kredibiliti, keluarga akan bahagia dan anak akan menghormati serta mempercayai kata-kata kita. Sekiranya bapa gagal mematuhi apa yang telah ditetapkan, mungkinkah anak menghormatinya? Tidak. Jika anak dipaksa untuk menuruti kata-kata bapa tersebut, pastinya dia akan memberontak apabila besar nanti. Ada sebuah cerita di mana isteri Zeng Zi ingin pergi ke pasar. Anaknya ingin ikut tetapi isterinya tidak ingin membawa anak mereka sekali. Oleh itu, isterinya menipu anaknya bahawa dia akan menyembelih seekor ayam untuk makan apabila dia balik nanti. Apabila isterinya balik,

Page 443: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

443

Zeng Zi pun menyembelih ayam yang dijanjikan. Isterinya bertanya, “Saya hanya bergurau dengan anak, kenapa pula sembelih ayam itu betul-betul?” Zeng Zi menjawab, “Jika kita sebagai ibu bapa tidak menepati janji kita terhadap anak, anak tidak akan mempercayai kita lagi seumur hidupnya.” Oleh itu, ibu bapa haruslah berhati-hati apabila membuat janji dengan anak. Janji hendaklah ditunaikan dan ibu bapa perlu memikirkan kesannya terhadap anak kemudian hari. Jangan kata dan fikir bahawa kita mampu berbelanja dan memberi segala-galanya kepada anak, apa yang diperlukan oleh anak sahaja kita berikan. Di Zi Gui mengatakan bahawa “Jangan bersetuju apabila diarah membuat sesuatu yang kurang baik ataupun tidak betul. Ingatlah apa jua cara yang dibuat pasti disalahkan.”

Selain mempunyai kepercayaan anak, seorang bapa juga perlu menyayangi anak. Saya selalu mendengar kawan saya mengatakan bahawa, “Sekiranya kita melahirkan, itu merupakan kewajipan seorang bapa untuk mendidik anak tersebut.” Saya amat suka mendengar kata seperti ini kerana ia membawa tenaga yang positif dan saya berasa selesa berbual dengan orang seperti ini.

Pada zaman dahulu, anak yang mentaati ibu bapa sememangnya tidak akan melupakan jasa dan budi ibu bapa mereka. Pada zaman Dinasti Song terdapat seorang yang bernama Zhu Shouchang. Ibunya bukan isteri pertama ayahnya dan isteri pertamanya memaksa ibunya berkahwin lagi dengan orang lain. Seorang budak yang hanya berumur tujuh tahun dipaksa berpisah dengan ibu kandung merupakan cabaran yang susah tetapi dalam hatinya dia telah membuat keputusan untuk mencari ibunya balik apabila dia besar nanti. Semua orang berasa terharu melihat seorang budak yang hanya berumur tujuh tahun sanggup berbuat sedemikian. Banyak orang menganggap bahawa budak tujuh tahun tidak tahu apa-apa lagi tetapi realitinya bukan seperti itu. Jika kita mengajarnya tatasusila dan prinsip menjadi seorang manusia yang berguna sejak kecil, budak tersebut akan membuat kita semua berasa kagum. Selepas 10 tahun kemudian, kerjayanya berkembang dan dia telah menjadi pemimpin tempatan. Setelah dia berumur 57 tahun, dia telah mencari ibunya selama 50 tahun. Dia telah membuat keputusan bahawa jika dia gagal mencari ibunya, dia tidak akan balik. Rakan-rakan sekalian, adakah dia berjaya? Pertalian antara ibu dengan anak

Page 444: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

444

akan terjalin buat selama-lamanya. Disebabkan hujan, dia telah berhenti di Tongzhou dan dia telah mendapat berita ibunya di sini.

Rakan-rakan sekalian, apabila saya mengadakan kelas di Wenzhou, sudah beberapa bulan tidak hujan. Sebaik sahaja kami sampai, hujan turun. Keadaan yang sama telah berlaku di Pulau Qinhuang, sebaik sahaja kami tiba, salji turun. Ini membuktikan bahawa kita juga mempunyai pertalian dengan alam sekitar. Jika kita berbuat baik, negara maju, manakala jika kita berbuat jahat, bencana alam akan berlaku. Jika kita ingin menukar tabiat masyarakat sekarang, kita perlu melakukan dari hati kita tanpa rungutan, seterusnya mempengaruhi orang yang berada di sekeliling kita dan sekali gus masalah sosial dalam masyarakat dapat diubah.

Akhirnya, Zhu Shouchang berjaya mencari ibunya. Pada masa itu, ibunya sudah berumur 70 tahun. Ibunya berasa terharu dan menangis apabila berjumpa dengannya. Dia bukan sahaja membawa balik ibunya, dia juga membawa balik adik-beradik tirinya. Adakah adik-beradik tirinya menandatangani perjanjian dengannya? Tidak. Bila adik-beradik hidup rukun, itulah cara kita berbakti kepada orang tua.

Seorang lagi yang bernama Huang Tingjian dari Dinasti Song. Dia seorang pemimpin yang berpangkat tinggi tetapi dia tetap menolong mencuci tong kencing ibunya setiap hari. Bukannya tiada orang suruhan, tetapi dia ingin melakukan kewajipan sebagai seorang anak. Dia sanggup melakukan kerja seperti ini bermakna dia juga akan melakukan kerja lain dengan penuh daya usaha. Walaupun dia seorang pemimpin yang berkuasa dan terkenal, hati yang mentaati ibunya tidak berubah. Mari kita lihat pada masyarakat sekarang. Apabila seseorang berjaya menjawat jawatan yang tinggi dan berpendapat tinggi, adakah hati yang mentaati ibu bapa tidak berubah? Berubah. Banyak berlaku orang menggunakan duit untuk mentaati ibu bapanya tanpa hati yang ikhlas.

Pada zaman dahulu, hubungan antara cikgu dengan anak murid juga memainkan peranan yang penting. Kata pepatah, “sehari sebagai guru, seumur hidup umpama bapa”. Mengikut tradisi Cina, apabila ibu bapa meninggal dunia, anak perlu berkabung selama tiga tahun, jika cikgu

Page 445: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

445

yang meninggal dunia penghormatan kepadanya juga sama. Apabila kita mengajar murid, kita memerlukan kredibiliti supaya anak murid kita menghormati dan mempercayai kita. Apa yang telah kita janji dengan guru kita juga perlu kita laksanakan. Konfusius mempunyai 3000 orang anak murid dan 72 orang yang berpengetahuan tinggi. Apabila Konfusius meninggal dunia, anak-anak muridnya telah mendirikan rumah di sebelah kuburnya dan berkabung selama tiga tahun di sana. Adakah ini ditetapkan oleh undang-undang? Tidak, mereka melakukan ini untuk mengenang jasa dan budi guru mereka yang telah mendidik mereka selama ini. Terdapat seorang anak muridnya yang bernama Zi Gong telah berkabung selama enam tahun. Hal ini demikian kerana Zi Gong berasa serba salah kerana dia tidak berada di sisi gurunya sewaktu gurunya meninggal dunia. Selepas tiga tahun, dia tambah lagi tiga tahun. Talian antara guru dengan murid yang ikhlas ini tidak mungkin kita boleh merasainya pada zaman sekarang.

Dalam Dinasti Ming terdapat seorang pemimpin yang terkenal, Shi Kefa, gurunya bernama Zuo Guangdou. Pada masa itu, Zuo Guangdou merupakan pengawas peperiksaan. Pada masa dahulu, guru-guru seperti Zuo Guangdou mempunyai satu kewajipan iaitu mencungkil bakat pemuda-pemuda yang boleh menjadi bakal pemimpin negara. Sebelum peperiksaan, dia telah menyamar sebagai rakyat biasa dan berjalan di sekeliling tokong untuk melihat kualiti calon peperiksaan pada kali ini. Kenapa dia memilih tokong dan bukan restoran? Kerana pelajar yang berbakat kebanyakannya berasal dari keluarga miskin. Mereka belajar bersusah payah selama 10 tahun tidak diketahui sehingga berjaya dalam peperiksaan awam.

Apabila Zuo Guangdou masuk ke dalam bilik Shi Kefa, dia telah tertidur selepas menulis sebuah esei. Eseinya telah dipenuhi dengan semangat patriotism dan ini sangat mengagumkan Zuo Guangdou. Apabila Zuo Guangdou membaca jawapan calon peperiksaan selepas peperiksaan, dia berasa teruja dan telah memberikannya tempat pertama. Bagaimana Zuo Guangdou mengetahui bahawa itu merupakan esei Shi Kefa? Esei yang ditulis serta ucapan seseorang merupakan hasrat seseorang dari hatinya. Dia dapat merasainya. Pada hari yang mulia, Shi Kefa telah datang ke rumah Zuo Guangdou untuk diiktiraf sebagai anak muridnya. Apabila dia sampai, Zuo Guangdou memberitahu isterinya bahawa Shi Kefa merupakan orang

Page 446: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

446

yang akan meneruskan kerjayanya, bukan anak mereka.

Dengan ini, bolehlah kita lihat bahawa guru-guru pada zaman dahulu tidak risau jika mereka tidak mempunyai anak. Apa yang mereka risau ialah tidak mempunyai orang berbakat yang boleh memimpin negara pada masa akan datang dan tiada orang yang boleh mewarisi pengetahuan dan pemikiran yang diwarisi daripada nenek moyang. Kenapa saya dapat merasainya dengan mendalam? Kerana cikgu saya tiada hubungan dengan saya tetapi mereka amat menyayangi saya dan telah mengajar saya segala yang mereka tahu. Daripada mereka, saya dapat merasai perasaan sebagai seorang guru pada zaman dahulu.

Kemudian, Shi Kefa telah menjadi pemimpin bersama dengan Zuo Guangdou tetapi malangnya Zuo Guangdou dianiayai oleh penjahat dan dipenjarakan. Dalam penjara, mereka telah mendera Zuo Guangdou dengan perlakuan yang kejam seperti meletakkan besi yang baru dibakar pada matanya dan memotong kakinya. Shi Kefa amat risau dan meminta kebenaran dari askar yang menjaga penjara untuk menjenguk gurunya. Keikhlasannya telah mengagumkan askar tersebut dan askar tersebut mengajarnya supaya berpakaian kotor seperti orang yang mengutip sampah apabila masuk ke dalam. Apabila dia nampak gurunya, dia menangis dan memeluk kaki gurunya. Zuo Guangdou pada masa itu membuka matanya dengan jarinya apabila mendengar suara Shi Kefa. Dia marah Shi Kefa kerana meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya kerana sekiranya dia mati, tiada sesiapa lagi yang boleh memimpin negara. Dia membaling batu pada anak muridnya dan Shi Kefa terpaksa meninggalkan penjara serta-merta.

Rakan-rakan sekalian, gurunya telah berada dalam keadaan seperti itu. Apabila anak muridnya datang menjenguk, adakah dia fikir tentang diri sendiri? Apa yang terlintas dalam mindanya ialah masa depan negara dan keselamatan anak muridnya. Lepas itu, Zuo Guangdou meninggal dunia dan Shi Kefa telah menjawat jawatan yang amat penting. Apabila dia menjadi panglima yang menjaga sempadan negara, dia berehat sekali dengan askarnya. Dia tidak ingin tidur kerana risau diserang oleh musuh. Askarnya risau akan kesihatannya dan menyuruh dia pergi tidur tetapi Shi Kefa berkata, “Kalau negara diserang disebabkan saya tidak menjalankan tugas dengan

Page 447: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

447

penuh tanggungjawab, saya akan berasa serba salah terhadap guru saya.” Shi Kefa bukan sahaja mengingati ajaran gurunya, dia juga mempraktikkannya. Setiap kali dia balik ke kampungnya, dia mesti menziarahi keluarga gurunya terlebih dahulu. Dia menjaga keluarga gurunya dengan baik, ini merupakan caranya mengenang budi gurunya.

Dalam hubungan maharaja dan menteri, apa yang maharaja katakan mesti menepati janji, Apa yang menteri janjikan, mesti dibuat dengan bersungguh-sungguh. Pada zaman dahulu, terdapat seorang maharaja bernama Yao. Pada suatu hari dalam perjalanan baginda ke sesuatu tempat, baginda ternampak dua orang lelaki yang ditangkap kerana mencuri. Baginda berasa amat rimas dan bertanya kepada mereka sebab ditangkap. Mereka ditangkap sebab makanan, keluarga mereka kelaparan kerana lama tidak hujan. Selepas bertanya, baginda menyuruh askarnya melepaskan pencuri itu kerana baginda berpendapat bahawa ini merupakan kesalahannya. Disebabkan baginda tidak berbuat baik, hujan tidak turun. Disebabkan baginda gagal mendidik rakyatnya dengan baik, kecurian berlaku. Selepas peristiwa itu hujan pun turun. Ini telah membuktikan bahawa sekiranya seseorang mempunyai hati yang ikhlas untuk menyayangi rakyatnya, rakyatnya akan rela mentaatinya.

Oleh itu, janganlah kita pandang ringan terhadap hati yang ikhlas. Kenapa pemimpin-pemimpin dahulu diingati sehingga zaman sekarang? Kerana mereka ikhlas terhadap rakyat mereka. Dalam Dinasti Xia, pemimpin yang pertama bernama Da Yu. Pada masa itu, negara yang diperintahnya sentiasa dilanda banjir. Sekiranya masalah tersebut tidak diselesaikan, ia akan mempengaruhi kehidupan rakyat. Da Yu telah meninggalkan isterinya selepas empat hari berkahwin dan selama lapan tahun tidak pulang ke rumah kerana masalah pengaliran air. Adakah cara Da Yu boleh digunakan pada zaman sekarang? Dari contoh Maharaja Yao dan Maharaja Da Yu menunjukkan bahawa seseorang pemimpin haruslah memimpin rakyatnya dengan ikhlas agar rakyat akan mentaatinya. Pemimpin perlu sentiasa memikir untuk rakyatnya dan rakyat perlu sentiasa mengingati jasa dan budi pemimpin. Oleh itu, kita memerlukan suasana yang harmoni seperti ini juga di tempat kerja agar majikan dan pekerja dapat bekerjasama untuk mencari rezeki. Apabila pemimpin melakukan kesalahan, kita haruslah

Page 448: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

448

memberitahunya.

Mengusahakan sebuah syarikat adalah sama dengan menjaga sesebuah negara. Majikan harus memikirkan kepentingan pekerjanya dan bukan hanya keuntungan diri sendiri. Jika majikan hanya mementingkan kepentingan diri sendiri, pasti tiada pekerja yang sanggup bekerja dengannya. Meng Zi pernah mengatakan bahawa sekiranya majikan menyayangi pekerjanya seperti tangan dan kakinya, pekerja akan mentaati majikan mereka seperti hati dan perut. Sebaliknya jika majikan mempergunakan pekerjanya seperti kuda, kuda hanya sebagai kenderaan dan boleh dilupuskan apabila tidak perlukan lagi. Oleh itu, apabila majikan meminta pekerjanya membuat kerja tambahan, mereka pun akan minta bayaran tambahan. Hubungan seperti ini tiada perasaan, tiada komunikasi. Jika majikan langsung tidak mementingkan pekerjanya, maka pekerja juga tidak akan mementingkan pekerjaannya. Saya pernah mendengar ada pekerja sebuah restoran telah mengkhianati makanan yang disediakan untuk pelanggan dan akhirnya restoran tersebut terpaksa ditutup.

Contoh di atas telah mengajar kita bahawa sekiranya sesuatu syarikat tidak berjalan dengan lancar, siapa yang akan bertanggungjawab? Majikan. Oleh itu, sikap dan peranan majikan adalah amat penting kerana ini akan menentukan suasana bekerja di syarikat. Jangan kita asyik berasa pekerja itu teruk, apa yang kita perlu fikir ialah keupayaan yang ada pada diri sendiri terlebih dahulu.

Sebagai pekerja, kita juga perlu memikirkan budi majikan. Saya pernah melihat di mana sebuah syarikat menghadapi masalah kewangan, pekerjanya terus membuat protes. Adakah perbuatan seperti ini baik? Saya berasa sedih apabila melihatnya. Dalam kehidupan kita ini mesti mempunyai onak dan duri. Baik individu atau sesebuah keluarga, mereka mempunyai masalah masing-masing, apatah lagi sebuah syarikat. Kenapa dalam sepuluh tahun ini anak mendapat pendidikan yang baik? Ekonomi yang stabil? Jasa siapa? Jangan lupa setiap hari selepas kita habis bekerja, berehat di rumah, majikan kita masih lagi memikirkan masa depan syarikatnya, berusaha menyelesaikan masalah kewangan syarikatnya serta cuba sedaya upaya untuk menanggung risiko yang dihadapi oleh syarikat. Oleh itu, kita tidak boleh hanya melihat

Page 449: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

449

pada keuntungan mereka yang lebih daripada kita, jasa mereka terhadap syarikat tidak kurang daripada kita. Kita harus mengenang jasa, tidak boleh melulu. Siapa yang mendapat kebaikan melalui protes? Tiada. Pada asalnya, syarikat tersebut masih boleh diselamatkan tetapi sekiranya protes berlaku, syarikat tersebut akan hilang peluang untuk bangkit semula.

Oleh itu, kita tidak boleh membuat keputusan secara melulu. Kita perlu memberi cadangan secara rasional kepada majikan. Pekerja di Jepun tidak akan protes apabila berasa tidak puas hati dengan majikannya. Mereka akan menulis perkataan protes pada kain putih dan ikat pada kepala mereka serta teruskan pekerjaan mereka. Apabila majikan nampak, dia akan mencari jalan penyelesaian melalui perbincangan dengan pengurus dan membuat pembetulan. Jika majikan mengambil berat, pekerja akan meneruskan kerja mereka dengan rela dan puas hati. Sekiranya kita berhubung dengan majikan, kita perlu menjalankan kewajipan masing-masing dan mengingati jasa mereka.

Baiklah, setakat sahaja untuk hari ini. Terima kasih.

Page 450: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

450

Sesi 28Kepercayaan & Keimanan

Dalam Lima Jenis Perhubungan Utama Salam sejahtera, rakan-rakan sekalian! Dalam kelas yang lepas kita telah berbincang tentang kredibiliti seseorang, apabila telah menjanjikan sesuatu, kita perlu menepatinya. Perkara juga membawa maksud kewajipan. Kita tidak perlu memberitahu orang lain setiap hari tetapi perlu sentiasa menyimpan dan menyematkannya di dalam hati. Zhu Shouchang telah menemui ibunya selepas 50 tahun dan menjaga adik-beradik tirinya dengan baik. Hal ini demikian merupakan cara kita mengenang budi dan menjalankan kewajipan kita sebagai seorang anak dan abang.

Setiap kali saya mendengar cerita yang disampaikan oleh Cikgu Yang Shufen sewaktu berada di Australia, saya akan menitiskan air mata sebab berasa terharu. Berada di sisi saya seorang kawan yang berasal dari Hong Kong. Setiap kali dia ternampak air mata saya bergenang, dia akan menghulurkan kertas tisu kepada saya. Tindakannya ini menunjukkan dia seorang yang lembut hati. Kenapa saya terharu dan menangis? Ada sekali cikgu telah menceritakan kisah seorang budak yang bernama Zi Lu. Walaupun dia dan keluarganya hidup dalam kemiskinan, dia tetap mentaati ibu bapanya. Sewaktu kecil, dia sentiasa dikehendaki untuk membeli beras dari kedai yang terletak jauh dari rumahnya dan membawa balik ke rumah. Dia bukan sahaja tidak berasa berat hati, malah dia berasa senang hati dan gembira kerana berpeluang untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang anak dan berbakti kepada ibu bapanya. Apabila besar, dia menjawat jawatan yang tinggi dan menjadi seorang yang kaya. Walaupun dia dihidangkan dengan lauk-pauk yang enak setiap hari, namun dia tidak berselera untuk menikmatinya. Sebaliknya, dia berasa sedih kerana ibu bapanya telah meninggal dunia dan tidak sempat menikmati kesenangan bersama dengannya. Cerita seperti ini telah merangsang saya bahawa kehidupan kita harus seperti kehidupan Zi Lu.

Saya dan kawan-kawan sentiasa mengadakan perbincangan tentang cara bagaimana mempraktikkan pengajaran nenek moyang ini. Sebenarnya, apakah yang patut kita pelajari? Perkara terpenting ialah mempelajari

Page 451: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

451

mengenai jiwa mereka yang mulia. Mereka meletakkan ketaatan, kesetiaan, budi bahasa, kredibiliti diri, maruah diri dalam hati mereka pada setiap masa agar dapat mempraktikkannya apabila bergaul dengan orang lain. Kalau kita boleh melakukan seperti yang mereka lakukan, lama-kelamaan tabiat buruk kita akan hilang. Oleh itu, apabila kita belajar Di Zi Gui, kita perlu sentiasa memikir cara kita bergaul dengan orang berbanding dengan mereka. Jikalau seseorang itu mengamalkan sikap yang mulia dalam kehidupan dan pergaulannya dengan orang lain, pasti kita akan mendapat impak yang baik.

Di dalam kelas yang lepas kita telah berbincang tentang budi dan kepercayaan antara majikan dengan pekerja. Kita patut berkomunikasi secara rasional dan bukan mengambil tindakan secara melulu. Kenapa pertelingkahan mudah berlaku? Hal ini disebabkan oleh kurang komunikasi. Kalau keadaan seperti ini telah lama berlaku, percanggahan idea mudah meletus dan akhirnya membawa kepada pertelingkahan. Oleh itu, pihak pemimpin juga perlu membuka pintu kepada pekerjanya untuk memberi cadangan dan komunikasi, malah pekerja juga bertanggungjawab untuk menasihati pihak pemimpin.

Rakan-rakan sekalian, beranikah anda menasihati majikan anda? Saya pernah mendengar kawan saya yang berkata dia tidak berani, sesetengahnya pula berasa risau kerana mereka mempunyai beberapa orang majikan dan mereka tidak pasti arahan siapa yang perlu mereka dipatuhi. Jikalau mereka mematuhi majikan yang betul, mereka pasti akan berjaya nanti. Jika kita mempunyai fikiran seperti ini apabila bekerja, adakah hidup kita senang? Kita perlu melihat emosi majikan setiap hari, keletihan mereka mengurus dan menyelia kita. Apa yang akan berlaku kepada kita sekiranya kita mematuhi majikan yang salah? Jika pemimpin yang kita taati memberi rasuah dan telah dinaikkan pangkat, adakah kehidupan kita menjadi lebih senang? Tidak semestinya. Jika pemimpin tersebut memerlukan rasuah dari kita untuk kenaikan pangkat, kejayaannya tidak kekal lama kerana dia telah melakukan penyelewengan dalam pekerjaan.

Apakah yang sepatutnya kita lakukan sebagai kakitangan awam kerajaan? Kita perlu menjalankan tanggungjawab kita mengikut keperluan rakyat. Jika kita memiliki hati yang ikhlas, kita akan berani menasihati

Page 452: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

452

pemimpin yang ada dan keupayaan kita akan ditingkatkan sedikit demi sedikit setiap hari. Apabila pemimpin yang berkaliber naik pangkat, siapa yang akan dia pilih untuk membantunya? Mestilah juga orang yang berkaliber dan boleh dipercayai. Pada masa itu, peluang tersebut akan datang kepada kita tanpa dipinta. Oleh itu, sekiranya kita hidup dengan jujur, kita tidak perlu hidup dalam kebimbangan. Kesimpulannya, pekerja perlu menasihati pemimpin kerana ini merupakan antara kewajipannya sebagai seorang pekerja.

Sepuluh tahun yang lalu, ketika negara-negara di Asia Tenggara menghadapi kegawatan ekonomi, kebanyakan negara menghadapi cabaran yang besar, malah ada kerajaan yang jatuh disebabkan masalah kewangan. Di Korea, terdapat sebuah syarikat yang muflis tetapi pekerjanya mengeluarkan duit sendiri dan menyerahkannya kepada pihak majikan. Sememangnya, antara pihak pekerja dengan pihak majikan, masing-masing perlu mengenang budi antara satu sama lain. Adakah keadaan seperti ini dapat dilihat di China? Dari manakah orang Korea belajar nilai murni seperti itu? Kini, orang Korea belajar tradisi dan budaya nenek moyang mereka dan mereka sentiasa berasa bangga dengannya. Inilah kepercayaan yang patutnya wujud antara pihak majikan dengan pekerjanya.

Seterusnya, marilah kita berbincang tentang kepercayaan antara suami isteri. Kepercayaan antara suami isteri amat penting. Apa yang akan berlaku sekiranya tiada kepercayaan? Pasangan suami isteri tersebut akan sentiasa berasa curiga terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan yang lain dan akan menyindir sesama suami isteri apabila bercakap. Akhirnya hubungan tersebut menjadi tegang. Saya terdengar bahawa suami isteri zaman sekarang menyimpan duit masing-masing dan mempunyai rahsia masing-masing. Mungkinkah masing-masing ada perasaan tidak jujur? Kita akan hidup dalam keadaan tidak tenteram sekiranya tidak jujur dan ini akan mempengaruhi kesihatan kita. Oleh itu, sikap yang patut diamalkan dalam rumahtangga ialah jujur dan tiada rahsia antara suami isteri.

Setiap kali ibu saya menerima gajinya, dia akan menyerahkan segala-galanya kepada ayah saya kerana ayah saya mengurus ekonomi di rumah. Ibu saya tidak pernah menyoal ayah saya tentang duitnya. Apabila ibu saya

Page 453: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

453

mempercayai ayah saya sepenuhnya, kehidupan mereka menjadi senang dan bahagia. Setiap kali ibu ingin keluar, ayah saya akan membawanya dan bagaimana perasaan ayah saya? Dia berasa gembira. Kemudian, apabila saya mampu memandu kereta, saya juga akan membawa ibu. Oleh itu, seseorang tidak perlu menjadi terlalu bijak serta ingin mengawal segala-galanya kerana ini akan menyebabkan orang lain berasa dirinya tidak berkemampuan dan akhirnya kehidupan kita pula menjadi susah. Kebijaksanaan kita perlu digunakan dengan elok dan jangan sesekali kita menindas orang lain. Perkara seperti inilah yang dimaksudkan dengan kesederhanaan.

Suami isteri perlu sentiasa bersyukur dan mengenang budi antara satu sama lain kerana pasangan kita telah menemani kita separuh daripada kehidupannya. Kita sebagai lelaki mesti sentiasa mengingati bahawa isteri kita telah membantu kita melaksanakan tugas yang paling penting iaitu meneruskan zuriat keluarga. Budi isteri tidak terbalas buat selama-lamanya. Sekiranya kita sentiasa mengenang jasa dan budi pasangan kita, pertelingkahan mudah dielakkan dan diselesaikan. Kita patut berasa gembira, bahagia dan bersyukur dengan apa yang pasangan kita lakukan demi kita. Dengan secara tidak langsung, apabila suami isteri hidup penuh dengan kegembiraan, keluarga akan bahagia dan sejahtera.

Maharaja Dinasti Han, Guang Wudi mempunyai seorang menteri bernama Song Hong yang bertanggungjawab menjaga kerja pembinaan negara. Kakak Maharaja Guang Wudi seorang janda dan baginda ingin mencarikan kakaknya seorang suami. Kakaknya telah memilih Song Hong dan baginda telah berjumpa dengan menteri tersebut untuk menguji hasratnya tentang perkahwinan itu.

Rakan-rakan sekalian, jika Song Hong bersetuju, statusnya akan naik dari rakyat biasa menjadi golongan bangsawan. Bagi orang lain, ini merupakan peluang yang susah ditemui. Song Hong menjelaskan kepada baginda dengan alasan “Isteri yang sanggup melalui kesukaran bersama dengan saya, tidak akan saya lupa jasanya”. Ayat tersebut bermaksud apabila kita berada dalam kesusahan, kita banyak dibantu oleh rakan kita dan sekiranya kita telah berjaya, kita tidak boleh melupakan budi mereka; isteri kita yang membantu kita sejak dahulu ketika kita berada dalam kemiskinan

Page 454: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

454

tidak boleh dilupakan dan dinafikan jasanya.

Cara Song Hong menolak permintaan Maharaja Guang Wudi amat baik kerana dia telah menggunakan kesetiaan terhadap kawan sebagai pembukaan terlebih dahulu dan baginda akan bersetuju dengan kesetiaannya terhadap kawannya. Seterusnya, jika dia ingin menolak perkahwinan tersebut, baginda tidak akan menyusahkannya. Oleh itu, ketika kita bertutur ada caranya. Sebagai contoh, jika hari ini anda ingin memberi nasihat kepada kawan anda, anda tidak boleh masuk kepada topik dan memberitahu kesalahan yang dilakukannya serta-merta kerana ini pasti akan menyinggung perasaannya. Anda perlu memujinya terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan kesalahannya. Inilah seni bertutur.

Peristiwa Song Hong menolak perkahwinan dengan kakak Guang Wudi bukan sahaja mempengaruhi kehidupan keluarganya, sikap menteri-menteri yang lain, malah mempengaruhi pemikiran generasi demi generasi dalam tempoh seribu tahun yang akan datang. Kebanyakan orang akan berfikir untuk bertukar isteri selepas dia menjadi kaya, namun selepas memahami perbuatan Song Hong, fikiran mereka telah berubah kerana kesetiaan Song Hong terhadap isterinya yang tiada tandingan. Saya pasti selepas perbuatan Song Hong, tiada menteri lain yang sanggup menukar isterinya. Sebagai seorang yang berpendidikan, kita haruslah memegang kepada prinsip di mana kita perlu menjadi contoh kepada orang lain pada setiap masa dan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Kita juga harus mencontohi Song Hong, menjadi teladan yang baik kepada keluarga dan masyarakat. Inilah kesetiaan dan cara kita mengenang budi pasangan kita.

Hubungan keempat yang akan kita bincangkan ialah hubungan antara adik-beradik. Kita perlu memegang apa sahaja janji kita terhadap adik-beradik kita. Jika kita gagal menunaikan janji, pertelingkahan mudah berlaku dan ini akan mempengaruhi kehidupan keluarga kita. Ibu bapa kita akan berasa senang hati jika anak-anaknya dapat bersatu padu dan tolong-menolong antara satu dengan lain. Seperti yang dimaksudkan dalam Di Zi Gui “Menjalin pertalian mesra sesama ahli keluarga menunjukkan kita taat pada ibu bapa”. Dalam ingatan saya, ayah tidak pernah mengajar saya bahawa saya perlu menyayangi kakak saya. Dia juga tidak pernah memberitahu

Page 455: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

455

kakak saya bahawa dia perlu menjaga adiknya. Apa yang penting ialah ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Jika kita sebagai ibu bapa dapat melakukannya di depan mata anak, mereka akan berasa gembira untuk mengikut jejak langkah kita. Jika ibu bapa hanya memberitahu dan menyuruh anak-anaknya tanpa teladan kemudian tidak menitikberatkan silaturahim, pertelingkahan antara anak dengan ibu bapa juga mudah berlaku.

Kita dapat melihat pada zaman sekarang banyak adik-beradik yang membawa kes ke peringkat mahkamah demi harta ibu bapa. Orang bijaksana zaman dahulu pernah mengatakan bahawa pantang dalam sebuah keluarga mempunyai kes mahkamah. Hal sedemikian menyebabkan kita kehilangan keharmonian dan kepercayaan sesama sendiri, malahan keluarga tersebut tidak akan berkembang maju. Apabila kita mendakwa ahli keluarga kita demi harta, kita telah meninggalkan contoh yang tidak baik kepada generasi akan datang dan imej keluarga tersebut akan runtuh.

Di zaman Dinasti Ming terdapat seorang perempuan, Chen yang telah kehilangan ibu bapanya pada usia muda. Ibu bapanya telah meninggalkannya sedikit harta. Dia mempunyai dua orang adik yang berusia lima dan enam tahun. Jika dia berkahwin, apa yang akan berlaku pada dua orang adiknya? Siapakah yang akan menjaga mereka? Oleh itu, dia telah membuat keputusan untuk menjaga adiknya terlebih dahulu. Dia tahu bahawa saudaranya mempunyai niat untuk mengambil harta yang ditinggalkan oleh ibu bapanya. Pada suatu hari, dia memasang banyak lilin dalam rumahnya agar rumah menjadi terang dan menyediakan banyak lauk-pauk. Dia tahu bahawa saudara-maranya sentiasa mengelilingi rumahnya untuk mencari peluang, dia sengaja menyediakan makanan dan menjemput mereka dari luar rumahnya untuk menikmati bersama. Saudaranya berasa malu dan memberi alasan bahawa mereka hanya ingin meminjam lilin. Semenjak hari itu, tiada lagi saudara yang datang mengeliling rumahnya. Ini membuktikan dia seorang yang berhati besar kerana dia tidak bertelingkah dengan saudara-maranya, sebaliknya dia telah membuatkan saudaranya insaf serta memahami keputusannya yang ingin menjaga adiknya dan keluarganya dengan baik. Kemudian, kedua-dua orang adiknya masing-masing telah berumahtangga dan Chen pula berkahwin pada umur 45 tahun dan tidak

Page 456: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

456

beranak. Apabila dia sudah tua, adik-adiknya mentaati dan menjaganya dengan baik.

Bolehlah kita memahami cara orang zaman dahulu menjaga keluarganya dengan pengorbanan sebegitu. Kebanyakan orang suka berfikir apa yang akan kurang pada dirinya apabila dia berkorban untuk adiknya. Apabila kita asyik berfikir dan mengira kerugian kita, kehidupan kita tidak akan sempurna. Apabila adik-beradik kita menghadapi masalah atau kesusahan, kita haruslah cuba sedaya upaya untuk membantu mereka.

Terdapat seorang guru di Shenzhen yang adik suaminya bekerja di Hawaii dan mempunyai kehidupan yang susah. Pada suatu hari, suami guru itu memberitahu isterinya tentang hasratnya untuk mengirim duit simpanan mereka kepada adiknya. Jika orang yang disebut tadi ialah suami anda, apa akan anda lakukan? Anda haruslah memahami hasratnya dan memberi sokongan kepadanya untuk membantu adiknya. Jika ibu suami tersebut nampak abang sanggup berbuat demikian untuk menjaga adiknya, mereka akan berasa gembira dan senang hati. Guru tersebut berasa kagum dengan perbuatan suaminya lalu dialah yang mengirim duit tersebut. Kesannya hubungan suami isteri mereka semakin erat. Walaupun kita kehilangan duit, tetapi sebenarnya kita beruntung dari segi kemesraan dan kebahagiaan keluarga. Oleh itu, kita haruslah menjalankan kewajipan kita dalam kehidupan seharian, jangan asyik berfikir tentang kehilangan. Inilah semangat kesetiaan antara adik-beradik.

Hubungan yang seterusnya ialah hubungan antara sahabat. Kita harus mempunyai semangat setia kawan. Ketika Dinasti Han, terdapat dua orang sahabat bernama Zhang Shao dan Fan Shi. Mereka belajar bersama dan hubungan mereka amat akrab. Selepas itu, mereka balik ke kampung masing-masing dan telah membuat perjanjian iaitu selepas dua tahun, Fan Shi akan pergi menziarahi Zhang Shao di kampungnya. Selepas dua tahun, Zhang Shao memberitahu ibunya bahawa kawannya akan datang pada hari itu tetapi ibunya berfikir bahawa kawan tersebut mungkin telah lupa perjanjian tersebut. Walau bagaimanapun, Zhang Shao percaya pada kawannya dan Fan Shi datang seperti yang dijanjikan. Ibunya telah menyediakan berbagai hidangan dan ternyata hubungan mereka semakin akrab.

Page 457: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

457

Tidak lama kemudian, Fan Shi jatuh sakit dan dia meminta isterinya untuk menjemput Zhang Shao datang berjumpa dengannya buat kali terakhir. Ketika Zhang Shao menerima berita buruk itu, dia segera ke kampung Fan Shi tetapi Fan Shi telah meninggal dunia sebelum ketibaannya. Sebelum Zhang Shao sampai, pekerja yang mengukur tanah untuk mengebumikan Fan Shi asyik gagal mendapat ukuran yang betul dan pengebumian telah ditangguhkan. Sebaik sahaja Zhang Shao tiba, ukuran kubur itu menjadi betul dan Zhang Shao sempat mengkebumikan Fan Shi. Agaknya mengapa ini berlaku? Sesungguhnya kepercayaan terhadap sahabat dan semangat setia kawan yang ada pada mereka memungkinkan perbuatan baik sampai akhir perhubungan. Fan Shi percaya bahawa Zhang Shao akan menjaga ahli keluarganya dengan dengan penuh tanggungjawab. Saya berasa amat terharu dengan kepercayaan antara mereka itu.

Pada zaman dahulu, ada lagi seorang bernama Zhu Hui yang menemui rakannya yang bernama Zhang Kan semasa belajar. Walaupun belajar bersama, mereka jarang bercakap. Zhang Kan telah memerhatikan Zhu Hui dan berasa kagum dengan sikap mulianya serta berasa dia merupakan seorang yang boleh dipercayai. Pada suatu hari, Zhang Kan memberitahu Zhu Hui tentang hasratnya agar Zhu Hui menjaga keluarganya apabila dia tiada. Zhu Hui tidak memberi reaksi terhadap permintaan sahabatnya kerana perhubungan mereka tidak begitu rapat. Tidak lama kemudian ditakdirkan Zhang Kan meninggal dunia. Apabila Zhu Hui menerima berita tersebut, dia segera membawa anaknya dan menghantar makanan serta duit kepada ahli keluarga Zhang Kan. Anak Zhu Hui berasa pelik terhadap perbuatan ayahnya, lalu Zhu Hui memberi penjelasan bahawa Zhang Kan sanggup meminta bantuannya walaupun mereka tidak begitu karib, ini menunjukkan bahawa dia amat percaya pada Zhu Hui. Zhang Kan telah melayan Zhu Hui sebagai rakan, begitu juga dia perlu melayan Zhang Kan sebagai kawan. Orang zaman dahulu akan memegang perjanjian dan kewajipan mereka pada bila-bila masa. Mereka berasa serba salah jika tidak berpegang pada janji. Oleh itu, walaupun persahabatan mereka tidak begitu akrab, dia tetap sudi menjalankan kewajipannya sebagai seorang kawan.

Apakah kewajipan kita sebagai seorang kawan? Pertama, kita perlu saling menasihati. Jika kawan kita melakukan kesalahan dan kita tidak memberi nasihat, ini bermakna kita telah gagal menjalankan kewajipan kita.

Page 458: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

458

Kedua, kita perlu saling mengambil berat. Ketiga, kita perlu saling memuji. Keempat, kita tidak boleh menyebarkan perkara buruk yang berlaku pada keluarga kawan. Yang terakhir, kita perlu memberi bantuan sejauh mana yang boleh.

Dalam kelas kita, banyak topik tentang memberi nasihat dibincangkan. Mengapa? Hal ini demikian kerana komuniti dan masyarakat sekarang semakin rumit, sedangkan kita hanya mempunyai sepasang mata, tidak mungkin kita boleh mempertimbangkan semua aspek. Oleh itu, kita semua memerlukan nasihat dari kawan. Kita bukan sahaja perlu menerima nasihat daripada kawan, tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu mengetahui cara memberi nasihat kepada kawan kita.

Yang kedua ialah mengambil berat tentang hal orang lain. Kita tidak boleh mengajar anak kita supaya hanya perlu mengambil berat tentang ahli keluarga sendiri sahaja,dan usah menjaga tepi kain orang lain. Apabila dia tidak mengambil berat tentang hal orang lain, adakah dia mengambil berat mengenai ahli keluarganya? Susah. Jika dia mampu mengambil berat hal orang lain, apatah lagilah hal ibu bapa dan ahli keluarga yang paling dekat dengannya. Oleh itu, kita perlu mengingatkan anak-anak kita, sekiranya mereka ternampak orang kurang upaya, mereka perlu memberi penghormatan. Kehidupan orang kurang upaya tidak mudah berbanding dengan orang lain dan jika kita melihatnya dengan cara yang berbeza, mereka akan berasa tidak selesa. Apabila kita ternampak orang tua, wanita dan kanak-kanak ketika berada dalam pengangkutan awam, kita perlu memberi tempat duduk kita kepada mereka. Sebagai ibu bapa, kita perlu melakukannya bersama-sama dengan anak agar nilai murni ini dapat disemai dalam jiwa mereka.

Bukan sahaja mengambil berat tentang hal kawan, kita juga perlu mengambil berat tentang hal ahli keluarganya. Apabila kita menghormati ayahnya, dia bersama ahli keluarganya akan berasa gembira dan kita dapat bergaul dengan keluarganya dengan mudah. Setiap kali saya menelefon kawan saya, saya juga akan bertanya tentang keadaan ibu bapanya. Perbuatan begini akan menggembirakan kawan kita. Sekarang kita telah belajar Di Zi Gui, bukan sahaja ibu bapanya, pendidikan anaknya juga saya ambil berat. Sekarang semua keluarga bimbangkan pendidikan anak masing-

Page 459: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

459

masing. Perbuatan kita mempromosikan pendidikan tradisi dan budaya selama setahun ini telah memberikan faedah kepada banyak keluarga, dan perubahan telah berlaku di kalangan mereka.

Apabila saya mengadakan kelas di Shenzhen, seorang wanita telah membawa keluarganya sekali. Kedua-dua orang anaknya yang belajar di sekolah menengah turut datang mengikuti kelas kami. Selepas kelas, wanita tersebut bercerita bahawa dia kerap bertelingkah dengan suaminya dan asyik menganggap suaminya tidak bagus. Selepas mengikuti kelas, dia berasa dirinya juga tidak sempurna, jadi dia tidak sepatutnya cerewet. Begitu juga dengan pandangannya terhadap anak-anaknya. Dulu, dia sentiasa berasa anaknya tidak sebaik anak orang lain, tetapi sekarang dia akan memikirkan kesalahan diri sendiri sebagai seorang ibu terlebih dahulu. Apabila pemikiran kita berubah, halangan akan hilang secara otomatik.

Seterusnya kita perlu saling memuji dan memberi sokongan. Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa beremosi. Pada masa itu, kita paling memerlukan sokongan kawan. Akan tetapi, kita mudah pula menjadi sombong dan dengki terhadap kejayaan orang lain. Marilah kita berfikir sejenak. Jika seseorang itu berasa ilmu pengetahuannya lebih tinggi daripada orang lain, sebenarnya statusnya semakin menurun. Adakah dia sentiasa berjaya dengan ilmu yang dia sedia ada? Tidak mungkin. Orang yang berilmu pengetahuan ialah orang yang mesra dan tidak sombong.

Oleh itu, faktor utama kita belajar cara didikan nenek moyang kita dahulu adalah untuk mengubati hati kita yang mudah berasa dengki. Jika kita sentiasa berasa dengki dengan kejayaan orang lain, bukan kita sahaja yang bermasalah, malah sikap kita akan mempengaruhi masyarakat lain juga. Sebagai contoh, jika seseorang itu sangat tinggi ilmu pengetahuannya dan mempunyai ramai pelajar, kita pula menfitnahnya dan menyebabkan pelajarnya kehilangan keyakinan terhadapnya, dosa kita amat besar. Sekiranya kita selalu berasa dengki terhadap kejayaan orang lain, kita akan menjadi semakin lembab kerana kita telah merampas peluang orang lain dari menerima ilmu pengetahuan. Jadi, kita perlu menerima kelebihan orang lain dengan hati yang terbuka kerana kata pepatah “menghargai kebaikan seseorang adalah suatu kebaktian”. Jika kita dapat saling memuji sesama kawan, kita akan saling suka menyukai dan suasana yang aman dapat dibina.

Page 460: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

460

Keharmonian seperti ini amat penting terutamanya dalam satu pasukan dan komuniti.

Yang keempat ialah tidak menyebarkan perkara buruk yang berlaku pada keluarga kawan. Disebabkan kepercayaan terhadap kita, kawan akan memberitahu serta membincangkan hal yang peribadi dengan kita. Hal seperti ini kita harus uruskan dengan berhati-hati, jangan disebarkan pada orang lain kerana kadang-kala kawan kita pula akan diumpat orang. Perkara sebegini akan menyedihkan dan menghampakan kawan kita. Apabila kita dipercayai oleh kawan, kita harus sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita lakukan. Sudah tentu, hal-hal peribadi jangan diberitahu kepada orang lain sesuka hati. Sebagai contoh, jika suami anda melakukan kesalahan, janganlah diumpat merata-rata tempat kerana akhirnya khabar tersebut mungkin akan sampai juga kepadanya. Pada masa itu, pasti dia akan rasa marah dan akhirnya merosakkan hubungan suami isteri pula. Bukan itu sahaja, mungkin anda akan dipandang rendah oleh orang lain kerana telah mengumpat suami sendiri. Oleh hal yang demikian, kita harus simpan keburukan suami kita dan hanya menyebarkan kebaikannya. Jika dia tahu pada suatu hari nanti, dia akan fikir, “Saya bukannya baik sangat pun, tetapi isteri saya memuji saya pula di depan orang lain, saya mesti berusaha agar tidak menghampakan harapannya”.

Yang terakhir sekali, kita perlu memberi bantuan sejauh mana yang boleh. Bukan hanya bantuan kewangan, kita juga perlu menghulurkan bantuan bukan kebendaan. Contohnya bantuan mengenai ilmu pengetahuan, tenaga dan pengalaman. Kehidupan manusia sentiasa ada onak dan durinya. Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa kawan kita menghidapi penyakit dan dia memerlukan duit perubatan, kita harus meminjamkan duit padanya sebanyak yang kita mampu. Kita juga perlu sentiasa mengambil berat keadaannya. Sewaktu saya kecil, banyak saudara mara yang tidak mempunyai duit pendaftaran bagi anaknya bersekolah. Saya masih ingat ayah saya pasti akan mengeluarkan duit untuk membantu sebanyak yang mungkin. Perbuatan ayah telah mempengaruhi saya sehingga sekarang.

Baiklah, setakat ini sahaja untuk hari ini. Terima kasih.

Page 461: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

461

Sesi 29Komitmen Agar Ajaran Falsafah Tradisi Diamal Sepatah Demi Sepatah Daripada Pembelajaran

Salam sejahtera, rakan-rakan sekalian! Sebelum ini kita telah bincang tentang kewajipan kita sebagai seorang kawan. Kita perlu saling menasihati, saling mengambil berat dan saling memuji. Kita tidak boleh menyebarkan perkara buruk yang berlaku kepada keluarga kawan. Selain itu, kita juga perlu menghulurkan bantuan kepadanya tidak kira dari segi kekayaan atau bukan kebendaan. Kata pepatah “selamatkan yang cemas bukan yang miskin”. Rakan-rakan sekalian, apakah yang dimaksudkan dengan miskin sebenarnya? Adakah tiada duit bermaksud miskin? Jika seseorang itu miskin tetapi dia sanggup belajar dengan bersungguh-sungguh, dia akan menjadi kaya juga pada suatu hari nanti. Yang membimbangkan ialah orang yang tiada duit dan tidak sanggup berusaha. Jika kita membantu orang yang mempunyai sikap seperti itu, samalah seperti kita menganiayanya kerana lama-kelamaan, dia akan bergantung kepada bantuan kita dan tidak mahu berusaha.

Oleh itu, memberi bantuan kepada orang lain juga perlukan ilmu pengetahuan. Kalau tidak, kita akan melakukan dosa juga walaupun dengan hati yang mulia. Sebagai contoh, jika seseorang itu seorang yang tidak bertanggungjawab, tidak menjaga keluarganya dengan baik dan merupakan seorang kaki botol, haruskah kita meminjamkan duit kepadanya? Tidak wajar sama sekali. Akan tetapi, kita juga tidak boleh menghalaunya, jemputlah dia datang ke rumah kita. Jika kita berpegang kepada prinsip sendiri, tiada orang yang boleh mengubah prinsip kita. Berbuallah dengannya, berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kita dengannya supaya dapat meluaskan fikirannya. Kalau boleh, berikan sebuah buku Di Zi Gui kepadanya. Jangan kita memarahi dan mengejeknya dengan mengatakan dia tidak pernah belajar moral dengan baik. Kita boleh bercakap dengannya ini, “Anak kamu sangat pandai, jika dia membaca buku ini, pastinya akan mendapat faedah”. Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik untuk anaknya dan melalui nasihat seperti ini, sudah tentu pemikirannya akan berubah sedikit demi sedikit. Sekiranya dia berjaya belajar dan memahami ilmu dan cara yang ada di dalam buku ini, dia akan dapat menjaga keluarganya dengan baik.

Page 462: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

462

Cara seperti ini bukan sahaja membantunya buat sementara waktu, malah boleh membantunya seumur hidup. Inilah bantuan bukan kebendaan yang dimaksudkan.

Marilah kita berfikir sejenak, bagaimana nenek moyang kita melahirkan ajaran seperti ini yang banyak membantu cucu cicitnya? Selama beberapa ribu tahun ini, mereka telah banyak mengalami perkara yang tidak boleh dilupakan dan meninggalkan ilmu pengetahuan yang murni ini. Ilmu pengetahuan tersebut bukan ditinggalkan secara kebetulan sahaja. Beberapa tahun lalu, cikgu saya memberitahu saya bahawa ajaran kuno yang masih tinggal di dunia ini hanya di China.

Kemudian, cikgu saya memberitahu saya bahawa nenek moyang kita mempunyai banyak ilmu pengetahuan, seperti “jarang kita nampak orang tua yang berumur 70 tahun”. Apabila sampai usia 40 atau 50 tahun, kebanyakan orang akan memikirkan jalan yang pernah dilaluinya separuh hayat lalu. Mereka turut befikir jika diberi peluang untuk hidup sekali lagi, mereka pasti tidak akan melakukan kesalahan yang pernah dilakukan. Oleh itu, nenek moyang kita telah terfikir masalah ini. Sekiranya mereka tidak meninggalkan ilmu pengetahuan, setiap orang pastinya akan mengalami kesalahan yang pernah mereka alami dahulu. Disebabkan ingin mewasiatkan ilmu pengetahuan mereka, mereka telah mencipta alatnya iaitu prosa tradisional (Perkataan Klasik Bahasa Cina).

Seseorang yang sanggup melakukan sesuatu yang begitu mulia, yang paling penting ialah hati budinya. Mereka juga terfikir, jika bahasa dengan tulisan tidak dibezakan, ilmu pengetahuan pasti tidak boleh diwariskan. Adakah tamadun Rom meninggalkan ilmu pengetahuan mereka? Ada. Tamadun Rom telah meninggalkan banyak karya tetapi tiada orang yang memahaminya. Adakah Tamadun Mesopotamia meninggalkan karya mereka? Ada. Namun, tulisannya tidak difahami, apatah lagi maksudnya. Seorang kawan saya pernah memberitahu saya bahawa dia telah meninggalkan kampungnya selama 20 tahun. Pada masa dia pulang, dia berasa susah untuk berkomunikasi dengan ahli keluarganya kerana terdapat perbezaan dalam bahasa yang digunakan. Ini dapat membuktikan bahawa bahasa akan mempunyai perubahan yang kecil dalam masa 20 tahun dan

Page 463: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

463

perubahan yang amat besar dalam 200 tahun. Jika nenek moyang kita menulis karya dalam bahasa mereka, mungkinkah kita memahami maksud karya tersebut selepas beberapa ribu tahun kemudian? Tidak mungkin. Oleh itu, mereka menulisnya dalam bentuk prosa tradisional. Apabila kita memahami prosa tradisional, kita boleh menjadi pelajar Konfusius dan Meng Zi juga walaupun selepas 2000 tahun kemudian. Oleh itu, prosa tradisional merupakan tinggalan yang paling kita hargai sekarang.

Ketika saya mendengar cikgu saya berkata demikian, saya berasa amat kesal kerana saya tidak pernah belajar prosa tradisional dengan serius, saya seringkali mengantuk dalam kelas prosa tradisional dahulu. Nenek moyang kita bergadai nyawa meninggalkan pusaka berharga untuk kita tetapi saya pula membuangkan begitu sahaja usaha mereka ke dalam tong sampah. Saya menangis sendiri oleh kekesalan dan kesilapan diri. Apabila kawan menuangkan teh, kita berterima kasih kepadanya, sebaliknya kita mensia-siakan usaha nenek moyang kita. Pada masa itu, saya telah memutuskan bahawa saya ingin belajar ilmu pengetahuan tersebut dengan bersungguh-sungguh. Lepas itu, bila saya belajar Di Zi Gui dan Lun Yu sekali lagi, segala-galanya seakan telah menjadi mudah. Saya mula menyukainya kerana kagum akan kebijaksanaan nenek moyang. Kenapa ilmu tersebut susah dahulu dan ia menjadi senang selepas saya menangis? Semuanya disebabkan niat kita. Rakan-rakan sekalian, apakah yang menghalang kita sebenarnya? Niat kita. Jika diri kita berasa susah, ia akan menjadi susah. Akan tetapi, bila kita berjaya menghapuskan halangan tersebut, ia menjadi mudah. Apabila kita benar-benar telah menyesal, menjalankan kewajipan kita seakan menjadi mudah. Rakan-rakan sekalian, jika saya dapat belajar dan memahami prosa-prosa tersebut, anda juga boleh melakukannya dengan baik.

Cara belajar prosa tradisional senang sebenarnya. Cikgu Lee Bing Nan pernah menggambarkannya: jika kita dapat menghafal 50 karya, kita akan memahami prosa tradisional; jika kita dapat menghafal 100 karya, kita dapat menulis prosa sendiri. Susahkah untuk menghafal 50 karya? Tidak. Di Zi Gui mempunyai enam bab, ketaatan, mengubah sikap, berwaspada, kepercayaan/kredibiliti, kasih sayang dan belajar ilmu pengetahuan. Adakah susah untuk belajar 50 karya? 100 karya pun tidak susah sekiranya kita tabah hati. Luangkan masa yang cukup dan kita harus tekun apabila

Page 464: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

464

belajar. Setiap minggu kita hanya menghafal 300 patah perkataan, 300 patah perkataan tidak banyak, Di Zi Gui mempunyai 1080 patah perkataan. Jika seminggu kita dapat menghafal 300 patah perkataan, satu tahun berapa? Lebih daripada 10000 patah perkataan. Oleh itu, ketabahan memainkan peranan yang penting. Jika kita boleh meneruskannya dalam masa dua bulan, pasti kita akan mula menyukainya. Hal ini demikian kerana perkataan yang digunakan kebanyakannya perkataan banyak makna, setiap kali kita membacanya, ertinya berbeza. Ilmu kita akan bertambah dan kita berupaya untuk memahaminya dengan lebih mendalam.

Sebagai generasi muda Cina, kita mempunyai kewajipan untuk mewarisi ilmu pengetahuan. Untuk mewariskan kepada anak kita, kita perlu memahaminya terlebih dahulu. Kalau tidak, kesalahan mudah berlaku kerana diri kita pun gagal memahaminya. Banyak kawan saya berpendapat bahawa hanya orang seperti saya boleh mewarisinya, inilah perbezaannya.

Dalam karya Da Xue, terdapat ayat yang mengatakan, “Untuk mewarisi kebaikan kepada dunia ini, tadbir negara dahulu. Ingin mentadbir negara, uruslah keluarga dulu. Ingin mengurus keluarga dengan baik, mestilah kita sendiri yang belajar. Ingin belajar, tegakkan hati. Ingin tegakkan hati, mesti ada hati yang ikhlas. Dengan hati yang ikhlas, mestilah memahami. Ingin memahami, mesti elakkan segala benda, termasuk fikiran yang tidak baik”.

Nenek moyang kita telah mengajar cara kita mengubah sikap, mengurus keluarga dan seterusnya mengurus sebuah negara. Adakah cara ini menghadkan bidang mana dan siapa yang boleh mengaplikasikannya? Tiada. Sesiapa dan bidang mana-mana pun boleh dipraktikkan. Akan tetapi, kita harus bermula dari belakang iaitu, “Ingin memahami, mesti elakkan segala benda, termasuk fikiran yang tidak baik”. Ini bermakna kita kena menghapuskan tabiat buruk diri sendiri terlebih dahulu. Apabila kita boleh memandang ringan nafsu kita, kita akan menjadi orang yang lebih telus. Apabila segala yang buruk dalam diri kita telah dihapuskan, keluarga kita akan berubah. Begitu juga dengan kerjaya kita. Oleh itu, sebagai cucu-cicit, kita mempunyai kewajipan tersebut untuk mempraktikkan ajaran yang diwariskan secara turun-temurun ini.

Page 465: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

465

Kita bermula dari hubungan antara kita dengan orang lain, kemudian peranan yang perlu kita mainkan. Dengan ini, kita akan dapat mengadakan kehidupan yang bermakna di samping berguna kepada masyarakat. Marilah kita teruskan dengan ayat yang seterusnya, “sewaktu berbual, penting bagi kita bercakap dengan ikhlas tanpa mengguna sebarang perkataan yang kurang sopan dan berunsur penipuan”.

Apa yang pernah kita katakan perlu kita ingati dan laksanakannya. Pada zaman Chun Qiu, terdapat seorang bernama Ji Zha yang berasal dari Negara Wu. Pada suatu hari, Maharaja Negara Wu telah menghantarnya ke Negara Lu sebagai duta. Dalam perjalanannya ke Negara Lu, dia melalui Negara Xu dan Maharaja Negara Xu telah menyambut kedatangannya dengan penuh majlis. Ketika Ji Zha menghadiri majlis tersebut, Maharaja Xu ternampak pedang yang dibawanya dan baginda amat suka akan pedang tersebut. Ji Zha berniat untuk menghadiahkan pedangnya kepada Maharaja Xu, akan tetapi pedang pada zaman dahulu melambangkan kekuasaan seseorang dan dia tidak boleh memalukan Negara Wu dengan melawati Negara Lu tanpa pedang. Oleh itu, dia telah membuat keputusan dalam hatinya untuk menghadiahkan pedang tersebut selepas dia balik nanti.

Namun, Maharaja Xu telah meninggal dunia tidak lama selepas Ji Zha bertolak ke Negara Lu. Apabila Ji Zha menerima berita tersebut, dia telah meninggalkan pedang tersebut pada sebatang pokok di sebelah kubur baginda. Orang suruhannya bertanya kepadanya, “Kenapa tuan berbuat demikian? Tuan tidak pernah pun berjanji untuk menghadiahkan pedang tersebut kepada baginda. Lagipun, baginda telah meninggal dunia.” Ji Zha menjawab, “Hati saya telah pun membuat keputusan untuk menghadiahkan pedang tersebut kepada baginda dari dulu, saya tidak boleh memungkiri janji tersebut walaupun baginda telah meninggal dunia.” Ini telah membuktikan bahawa orang dahulu bukan sahaja memegang janji yang pernah dijanjikan dengan perkataan, mereka juga memegang janji dan hasrat yang telah dibuat dalam hati.

Saya pernah tinggal di rumah Cikgu Yang selama setengah tahun. Pada satu pagi, Cikgu Yang memberitahu saya bahawa dia telah bermimpi tentang dirinya telah memasuki sebuah bilik bawah tanah dan dia menjumpai banyak

Page 466: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

466

almari buku di dalamnya. Akan tetapi, buku yang ada pada almari tersebut telah dilitupi dengan debu dan kabur dan apabila dia membersihkan lapisan debu itu, buku-buku tersebut sebanarnya prosa-prosa tradisional. Selepas dia terjaga, dia telah membuat keputusan bahawa dia ingin mempromosikan budaya Cina buat seumur hidupnya. Disebabkan hasratnya tersebut, apabila dia berpeluang untuk pergi ke Hai Kou, dia membawa saya sekali. Sebab budaya Cina di Shandong mulai luntur, dia telah menghasilkan laman webnya. Oleh itu, Cikgu Yang bukan mentaati hasratnya melalui tulisan, bukan janji yang dibuat kepada orang melalui percakapan, dia mentaati hasratnya yang dibuat dalam hatinya.

Buku tersebut telah bersalut dengan debu dan ini bergantung kepada kita untuk membersihkannya. Bukan sahaja membersihkan, kita harus membacanya dengan teliti. Selepas itu, kita perlu melaksanakannya. Kenapa kebanyakan prosa tradisional telah dimansuhkan? Adakah dimansuhkan kerana tiada orang yang sudi membacanya? Bukan. Ia dimansuhkan kerana orang yang membacanya tidak mampu melaksanakannya dan ini telah membuktikan bahawa orang yang banyak membaca tidak semestinya orang yang berguna. Di Zi Gui mengatakan bahawa “belajar tetapi tidak laksana, sikap angkuh akan berkembang”. Kebanyakan professor dan sarjana muda telah menggunakan ilmunya untuk mendapatkan kemasyhuran dan kekayaan. Mereka tidak melaksanakan apa yang pernah belajar dan pemahaman mereka terhadap ilmu tersebut adalah kosong. Apabila mereka mengajar orang lain, apakah perasaan pelajarnya? Pengajaran dan tindakannya berbeza. Ini bukan mempromosikan budaya, ini menfitnah budaya.

Sememangnya prosa tradisional kita mengalami bencana seperti ini, masalahnya bukan pada orang yang memansuhkan prosa tradisional. Apakah masalah yang sebenarnya? Kita harus mencarinya dan jangan asyik menolak tanggungjawab kita. Masalahnya adalah orang yang belajar tetapi tidak melaksanakannya. Jikalau orang yang belajar “Da Xue”, “Zhong Yong” dan “Di Zi Gui” bertindak seperti yang telah belajar, mungkinkah budaya tersebut dimansuhkan? Tidak, masyarakat mungkin akan mencontohinya. Selama 1000 tahun yang lalu ini, orang yang melaksanakan ajaran nenek moyang ini semuanya disukai orang ramai. Sebagai contoh, di Hai Kou

Page 467: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

467

pernah mempunyai seorang menteri yang terkenal iaitu Hai Rui dari Dinasti Ming dan kita semua pernah mendengar sejarahnya. Setiap kali saya tiba di suatu tempat baru, saya suka melawat tempat-tempat bersejarah untuk melihat peninggalan sejarahnya. Apabila saya melawati kubur Hai Rui, saya berasa amat terkejut melihat dua baris ayat yang terpahat di kuburnya iaitu “Saya sanggup berkorban demi meninggalkan kesucian di dunia ini”. Rakan-rakan sekalian, apakah yang anda dapat rasai dari ayat-ayat yang ditinggalkan ini? Orangnya amat telus.

Saya berasa amat terharu apabila membaca bibliografinya. Setibanya Hai Rui di sebuah kawasan untuk menjadi menteri, semua menteri lain yang menerima rasuah dan pembuli akan melarikan diri sebab mereka takut akan ketelusannya. Sekiranya tempat tersebut dijaga olehnya, rakyat dapat hidup dengan selesa. Oleh itu, seseorang yang melaksanakan ajaran nenek moyang adakah akan ditentang oleh orang ramai? Tidak. Hai Rui berkhidmat di Nanjing ketika dia meninggal dunia. Apabila kerandanya dihantar balik ke Hainan dari Nanjing, seluruh rakyat berkabung dan berasa sedih seperti ibu bapa mereka meninggal dunia. Ini membuktikan bahawa seseorang yang adil dan saksama mesti akan dapat sokongan ramai.

Jangan menyalahkan orang lain tentang pemansuhan prosa tradisional kita, yang perlu disalahkan ialah mereka yang belajar tetapi tidak mempraktikkannya. Sekiranya kita dapat melaksanakan apa yang telah dipelajari, pastinya orang lain akan mengubah fikiran negatif mereka terhadap prosa tradisional kita dan seterusnya mencontohi kita juga. Sekiranya kita telah membuat keputusan untuk berkorban demi keluarga, masyarakat dan nenek moyang kita, kita harus berpegang pada janji kita setiap masa.

Kita juga tidak boleh memilih orang untuk memegang janji kita, ini perlu dipraktikkan terhadap sesiapa sahaja. “Janganlah bersetuju apabila diarahkan membuat sesuatu yang kurang baik ataupun tidak betul. Ingatlah apa jua cara yang dibuat pasti disalahkan.” Ayat ini bermaksud kita harus berfikir terlebih dahulu sebelum kita menjanjikan sesuatu dan sekiranya kita telah berjanji, kita tidak boleh menyesal. Pada zaman Dinasti Han terdapat seorang menteri yang bernama Guo Ji. Suatu hari apabila dia melalui kawasan

Page 468: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

468

pemerintahannya, dia disambut oleh ramai kanak-kanak. Dia telah ditanya oleh kanak-kanak tersebut tarikh dia akan melawat kawasan ini lagi pada bulan hadapan. Dia telah menjawab pertanyaan kanak-kanak itu dengan ikhlas walaupun tarikh tersebut hanya anggaran.

Pada bulan hadapannya, dia telah sampai sehari awal dari tarikh anggaran tersebut. Orang suruhannya ingin membawanya memasuki bandar tersebut tetapi dia enggan sebaliknya menyuruh orang suruhannya untuk berehat di pondok di luar bandar kerana dia telah berjanji dengan kanak-kanak tersebut. Pada keesokan harinya, dia memasuki bandar pada awal pagi dan kanak-kanak itu terlebih dahulu sedang menunggu ketibaannya. Oleh hal yang demikian, Maharaja Guang Wu Di amat menghormatinya dan memujinya “kredibilitinya telah sampai pada tahap maksimum, tiada kecacatan”. Guo Ji hidup sehingga berumur 86 tahun dan meninggal dunia tanpa penyakit. Oleh itu, kita harus berpegang pada janji dengan sesiapa sahaja, jangan membezakan umur, jantina, status dan kaum.

“Sewaktu berbual, penting bagi kita bercakap dengan ikhlas tanpa mengguna sebarang perkataan yang kurang sopan dan berunsur penipuan.” Jika kita tidak berpegang kepada janji keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya kita mencari alasan, akhirnya imej kita akan menjadi buruk melainkan apabila berlaku kemalangan. Jika kita ingin melaksanakan perjanjian kita tetapi tetapi terdapat aral yang melintang, kita harus memberi penjelasan dengan ikhlas. Jika orang tersebut memahami situasi anda dan dapat merasai keikhlasan anda, dia akan simpati dan berpendapat tiada gunanya untuk memaksa anda melakukannya serta-merta. Akan tetapi, sekiranya anda cuba untuk menutupnya, orang lain akan berasa marah dan ia akan terbongkar juga pada suatu hari nanti. Pada masa itu, tiada penjelasan yang boleh anda berikan.

Seorang kawan saya mempunyai saudara-mara yang telah berhutang dengan banyak pihak. Dia berasa dirinya bertanggungjawab untuk membantu saudara-maranya. Pada masa yang sama, dia juga risau bahawa pemiutang tersebut bersikap buruk. Dengan cadangan kawannya, dia telah pergi berbincang dengan pemiutang tersebut. Dia memberitahu pemiutang tersebut bahawa pendapatannya bukannya banyak setiap bulan tetapi dia

Page 469: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

469

sanggup membayar balik sedikit demi sedikit dan jika mereka ingin membalas dendam, kedua-dua pihak pun akan mengalami kerugian. Keikhlasannya telah menjayakan perbincangan tersebut. Oleh itu, janganlah kita menganggap semua perkara rumit kerana segala masalah boleh diselesaikan sekiranya kita berbuat sesuatu penuh dengan keikhlasan. Marilah kita lihat ayat seterusnya, “Adalah lebih baik kita kurang bercakap daripada bercakap berlebih-lebihan.” Jangan kita bercakap banyak tanpa henti, kerana kita mudah melakukan kesalahan tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Apa yang akan berlaku sekiranya kita telah tercakap? Apa yang telah diucap tidak boleh ditarik balik. Oleh itu, kita harus berfikir dengan teliti terlebih dahulu sebelum bercakap sesuatu. Dalam karya “Yi Jing” pernah mengatakan bahawa orang yang bijaksana jarang bercakap manakala orang yang tidak sabar banyak bercakap. Seseorang yang banyak bercakap, adakah hatinya tenang? Tidak. Kita mudah salah cakap dan menyinggung perasaan orang lain ketika berada dalam keadaan seperti ini. Apabila kita jarang bercakap, hati dan minda kita tenang. Apabila hati dan minda kita tenang, kita boleh melihat situasi yang berlaku dan suasananya dengan lebih teliti. Ini akan mengelakkan kita daripada melakukan kesalahan.

Rakan-rakan sekalian, jangan kita tidak bercakap selepas kelas ini. Kita perlu bercakap juga apabila sesuai pada waktunya. Sejak kecil, saya amat suka membantu orang. Sekiranya saya nampak orang lain tidak belajar dengan bersungguh-sungguh, saya akan memberi nasihat kepadanya tanpa berhenti, dia rasa pening kepala selepas mendengar. Oleh itu, kita harus menjadi lebih sensitif dan berhenti apabila masanya sudah sampai.

Apabila orang lain memerlukan bantuan kita, kita perlu cuba sedaya upaya kita untuk memberi nasihat. Walau bagaimanapun, jika masanya tidak sesuai, janganlah kita bercakap terlalu banyak kerana ini amat merunsingkan. Bila masa yang sesuai dan bila masa yang tidak sesuai serta berapa banyak yang harus diberitahu, kemahiran ini tidak boleh diajar, boleh dipelajari dari pengalaman sendiri. Akan tetapi, saya ingin mengesyorkan satu cara daripada Meng Zi iaitu melihat pada matanya. Sebagai contoh, jika anda sedang berbincang tentang kepentingan Di Zi Gui kepada anaknya, anda cuba memberi beberapa contoh dengan ayat dalam Di Zi Gui. Jika matanya terang apabila mendengarnya, anda boleh teruskan penerangan dengan

Page 470: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

470

lebih lanjut. Janganlah anda berhentikan perbincangan ini dalam masa lima minit. Jika matanya mulai gelap dan konsentrasinya semakin kurang, perlukah anda bercakap selama dua jam? Ini seperti paksaan. Oleh, itu kita perlu sentiasa meneliti keadaan dengan baik.

Sekiranya kita banyak bercakap, apa yang kita kongsikan haruslah ilmu yang berguna atau maklumat yang berfaedah. Jika kita memberitahu perkara yang berfaedah dengan suara yang lembut, orang lain akan berasa selesa mendengarnya; jika kita berkongsi ilmu dengan orang lain, fikiran orang akan menjadi lebih luas, ini dapat membantu orang tersebut secara tidak langsung. Pernah sekali saya menjawab panggilan telefon kawan saya, dia menangis dan telah menyenaraikan kesalahan yang dilakukan oleh suaminya. Selepas dia mengadu dan bertenang, saya memberitahunya, “Anda telah melahirkan anak bersamanya, ini bermakna anda juga bertanggungjawab untuk menguruskan keluarga ini dengan baik. Dalam kehidupan kekeluargaan, prinsip yang paling penting ialah jangan peduli kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarga yang lain, fikirkan kesalahan sendiri dahulu. Apabila masalah berlaku, kita harus bertanya kepada diri sendiri, adakah saya isteri yang baik? Adakah saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik? Jika diri kita tidak memainkan peranan kita dengan baik, layakkah kita menyalahkan orang lain? Sedangkan kita juga melakukan kesalahan seperti dia. Kita berasa marah dengannya kerana dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, tetapi sebenarnya kita juga tidak menjalankan tanggungjawab kita dengan baik. Apabila seseorang dapat insaf akan kesalahan diri terlebih dahulu, hatinya akan lebih tenang. Mungkin perubahan yang kita lakukan dapat membuatkan suami kita kesal akan kesalahannya. Kebanyakan keluarga pada zaman sekarang suka membuat keputusan secara melulu, membalas dendam antara satu sama lain. Akhirnya, keluarga tersebut musnah dan masa depan anak-anak turut terganggu”.

Selepas saya bercakap, kawan saya memberitahu saya bahawa kawannya yang lain memberi nasihat yang berbeza kepadanya. Mereka turut mengajarnya cara yang biasa digunakan oleh orang lain. Mereka tidak memahami situasi yang sebenarnya. Seperti kata pepatah “Lebih baik merosakkan sepuluh buah jambatan daripada meruntuhkan sebuah

Page 471: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

471

perkahwinan”, jambatan yang telah rosak boleh dibina lagi, tetapi perkahwinan yang telah musnah tidak mungkin boleh dibaiki lagi. Jika kita menasihatinya untuk meninggalkan suaminya, pada suatu hari nanti dia menyesal dan menyalahkan kita, kita akan berasa serba salah buat seumur hidup kita kerana kita telah memusnahkan kebahagiaan kawan kita. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika anaknya juga menyalahkan kita, mungkin pada masa itu kita langsung tidak boleh tidur dengan lena.

Oleh itu, apabila kita bercakap, kita mesti sentiasa memegang pada satu prinsip. Apakah prinsipnya? Apabila kita menghadapi masalah tidak kira dalam kerjaya atau keluarga, kita mesti memikirkan kesalahan diri sendiri terlebih dahulu. Biasanya dalam proses tersebut, kita akan dapat menenangkan fikiran diri sendiri. Jika kita dapat membawa kawan kita untuk memikirkan kesalahan dirinya, walaupun dia tidak mengikut kata kita pada masa itu, dia akan berterima kasih kepada kita juga pada suatu hari nanti. Mungkin yang datang untuk mengucapkan terima kasih ialah isterinya.

Kita perlu mengingati bahawa jangan mempercayai hanya kepada satu pihak. Percayakah anda bahawa jika sepasang suami isteri bertengkar, cerita yang dicakap akan berbeza? Siapa yang memberitahu kebenaran? Pastinya mempunyai satu kebenaran. Jangan kita hanya mempercayai salah satu pihak kerana nasihat yang kita berikan akan menjadi kurang adil kepada pihak yang lain. Kita perlu menganalisis masalah orang lain dari aspek yang betul. Jika dia dimarahi oleh isterinya, kita perlu membawanya dan bertanya kepadanya tentang sebab yang sebenarnya. Dengan itu, dia akan memikirkan dan memahami perasaan isterinya dengan baik.

“Apabila bercakap sesuatu cakaplah dengan benar, jangan ditokok tambah yang tiada”, kita haruslah memberitahu kebenaran, tidak boleh mencari alasan dan menutup apa yang berlaku sebenarnya. Sebagai contoh, apabila ibu bapa kita bertanya kepada kita tentang kicap yang harus kita beli tetapi kita telah lupa, kita harus mengakui kesalahan kita serta-merta. “Saya yang salah”, adakah ayat ini susah untuk dicakap? Tidak, tetapi ia akan menjadi susah sekiranya kita lama tidak menggunakannya. Apabila kita melakukan kesalahan dan kita mengakuinya serta-merta, orang lain

Page 472: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

472

pasti dapat menerimanya. Jika kita mencari alasan dan memberi penjelasan yang banyak, sudah tentu ahli keluarga kita berasa susah hati.

“Perkataan-perkataan kiasan yang kurang sopan dan juga kelakuan yang tidak baik semestinya diketepikan dan tidak patut digunakan langsung”. Bahasa ialah alat komunikasi yang paling penting. Jika kita dapat berbahasa dengan elok, pastinya akan meningkatkan imej seseorang. Rakan-rakan sekalian, adakah anda merasai imej anda telah banyak ditingkatkan dalam beberapa hari ini? Oleh itu, suasana juga memainkan peranan yang penting. Kita semua mengetahui dengan jelas tentang suasana keluarga yang kita ingin bina. Jika kita sentiasa menjaga cara kita bertutur, bercakap dengan lembut, berkongsi benda yang berfaedah dengan orang lain, banyak memberi pujian kepada orang lain, pastinya kita dapat menjadi teladan yang baik kepada ahli keluarga dan pekerja kita. Oleh itu, usah kita risau tentang pengaruh luar sekiranya kita dapat memainkan peranan diri dengan baik.

Baiklah, setakat sahaja untuk hari ini. Terima kasih.

Page 473: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

473

Sesi 30Sifat Sederhana Dan Jujur Lebih Baik

Daripada Bijak Pandai

Rakan-rakan sekalian, salam sejahtera! Dalam kelas yang lepas kita telah berbincang tentang ayat “Perkataan-perkataan kiasan yang kurang sopan dan juga kelakuan yang tidak baik semestinya diketepikan dan tidak patut digunakan langsung”. Sekiranya kita dapat membina satu suasana pertuturan yang baik, suasana keluarga juga akan menjadi baik. Sekiranya dalam satu pasukan atau syarikat, cara pertuturan yang betul membolehkan pekerjanya saling memuji dan memberi sokongan kepada yang lain. Jikalau pihak pemimpin hanya memarahi dan mengutuk orang, walaupun hatinya berasa lega selepas itu, tetapi sikap seperti ini akan mempengaruhi banyak aspek yang lain. Kebiasaan ini akan mempengaruhi terutamanya kanak-kanak kerana mereka tidak berkemampuan untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk, kesannya amat besar jika kanak-kanak mengikut jejak dan mencontohi sikap tersebut. Oleh itu, para pemimpin mesti berwaspada pada pertuturannya dan sentiasa membuat pertimbangan sebelum bercakap sesuatu. Dengan ini akan menggalakkan suasana yang positif dalam kalangan masyarakat.

Perkataan “kiasan”, bermaksud menipu dan mengambil kesempatan. Kenapa perlukan penipuan dalam pertuturan? Kerana ingin menutup kesalahan diri dan janji yang tidak dipegang. Jika anak-anak mempraktikkannya, ini bermakna dia berbohong. Adakah budak yang berbohong budak yang bijaksana? Tentulah, budak yang kurang pandai tidak tahu cara berbohong. Terdapat seorang pelajar sekolah menengah yang suka bertanding dengan kawan-kawannya. Disebabkan itu, dia sering membeli barang berjenama. Pada suatu hari, dia ingin membeli cermin mata berjenama tetapi ibunya tidak membenarkan kerana dia telah ada sepasang. Namun begitu, dia tetap pergi membeli juga tetapi selepas dia mengambil cermin mata tersebut, dia meminta ibunya yang membayar. Adakah dia pandai? Dia tidak memerlukan apa-apa alat dan pekedai tersebut mempercayai bahawa ibunya akan datang menjelaskan bayaran. Ibu bapa suka memuji anak-anak mereka jika anak-anak dapat memberi tindak balas yang cepat, “pandainya”. Saya amat takut mendengar pujian sedemikian

Page 474: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

474

kerana apa yang penting untuk kanak-kanak ialah kejujuran. Bagaimana kanak-kanak pada zaman kini menggunakan kebijaksanaan mereka? Mereka menggunakannya untuk berbohong, untuk mencapai tujuan mereka.

Sebagai contoh, terdapat seorang budak perempuan berjalan balik ke rumah dengan ayahnya dan mereka melalui beberapa buah kedai menjual makanan sejuk. Apabila mereka sampai di kedai pertama, budak tersebut berkata, “Panasnya cuaca hari ini!” Ayahnya tidak memberi respon. Apabila sampai di kedai kedua, budak tersebut berkata, “Bagusnya jika saya dapat makan sebatang aiskrim!” Apabila sampai pada kedai terakhir, dia berkata, “Inilah kedai terakhir!” Jika pemikiran anak hanya tertumpu pada kepentingan dan kehendak diri sendiri, budi yang ada padanya akan hilang sedikit demi sedikit. Oleh itu, kebijaksanaan kanak-kanak harus digunakan untuk mentaati ibu bapa, menjadi pelajar dan rakyat yang bertanggubgjawab dan berguna. Inilah perkara yang memerlukan kebijaksanaan mereka. Banyak ibu bapa akan ketawa ketika anak menunjukkan kebijaksanaannya di depan orang ramai. Adakah sikap seperti ini betul? Tidak.

Terdapat beberapa kemungkinan anak berbohong dan kita harus tahu menelitinya. Pada asalnya, kita perlu berwaspada kerana anak-anak mungkin berbohong demi kepentingannya. Pada suatu hari seorang budak meminta dua Renminbi daripada ayahnya. Ayahnya pun memberi sehelai wang kertas bernilai dua Renminbi kepada anaknya. Akan tetapi, anaknya memulangkannya kerana dia hendak dua helai wang kertas yang bernilai satu Renminbi. Ayahnya berasa pelik dan bertanya kepada anaknya tentang sebab dia berbuat demikian. Anaknya memberi penjelasan bahawa sehelai wang kertas yang dikutip akan diberi 10 markah. Walaupun nilainya sama, tetapi jika dia memberi sehelai wang kertas, dia hanya dapat 10 markah. Jika dia memberi kedua-dua helai wang kertas tadi, dia akan dapat 20 markah. Selepas ayahnya mendengar penjelasan anaknya, dia berasa gembira dengan kebijaksanaan anaknya dan menceritakannya kepada seorang pegawai pendidikan. Pegawai pendidikan tersebut berasa terkejut mendengarnya. Ayah sebegitu merupakan ayah yang tidak mempunyai sensitiviti terhadap pendidikan anaknya. Ia akan menjadi masalah yang besar sekiranya ibu bapa berasa bercakap bohong merupakan salah satu keupayaan anaknya.

Page 475: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

475

Aktiviti mengutip derma merupakan aktiviti yang sentiasa dijalankan di sekolah sekarang. Namun begitu, kita perlu mengajar anak-anak konsep yang betul. Seorang budak ingin menderma duit dalam aktiviti tersebut. Ibunya bertanyakan jumlah duit yang ingin didermakan olehnya, anaknya menjawab 7 Ringgit 2 Sen. Adakah 7 Ringgit 2 Sen banyak? Tidak, tetapi ini adalah semua yang ada pada tabung budak tersebut dan dia mendermakan kesemuanya. Ibu bapa yang lain telah menderma 300 dan 500. Apakah perasaan budak tersebut? Saya hanya menderma 7 Ringgit 2 Sen, tiada orang yang megetahui keikhlasannya. Jika menderma 300 akan mendapat sekuntum bunga dan jika menderma 500 akan berpeluang untuk menyalakan sebatang lilin. Ini sebenarnya adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk menderma tetapi apa yang telah kita ajar kepada kanak-kanak? Kesombongan.

Seorang penjaga telah menderma beberapa ribu dan sekolah telah memberi sekuntum bunga yang besar kepadanya tetapi penjaga tersebut tidak memakainya. Dia berpendapat bahawa dia datang adalah untuk melakukan kerja amal dan ini tidak perlu ditunjuk-tunjukkan. Jika dia memakai bunga tersebut, bolehkah dia mendidik anaknya bahawa melakukan kerja amal perlu dilakukan dari hati dan tidak perlu ditunjuk-tunjukkan? Tidak. Jika kita berbuat demikian disebabkan kemasyhuran, kerja amal tersebut tidak akan dilakukan dengan baik.

Anak berbohong mungkin juga disebabkan oleh kenakalannya. Dia berbohong dan anda ketawa oleh gelagatnya, dia akan berasa seronok berbuat demikian. Kini, banyak rancangan televisyen yang suka mempermainkan orang lain dan kita ketawa terbahak-bahak apabila kita lihat orang lain dipermainkan. Kanak-kanak akan salah faham. Terdapat satu cerita yang dikenali ramai dan cerita ini amat berguna apabila dikongsi kepada kanak-kanak di tadika. Terdapat seorang budak yang bertanggungjawab untuk menjaga bebiri. Pada suatu hari, dia berasa bosan dan menjerit “Serigala! Serigala!” Semua penduduk kampung datang untuk membantunya dengan serta-merta tetapi ketika mereka tiba, tiada serigala yang muncul tetapi budak tersebut ketawa terbahak-bahak. Penduduk kampung pun balik ke rumah masing-masing. Budak tersebut melakukannya pada kali kedua tetapi kali ini tidak banyak yang datang. Mereka balik ke rumah masing-

Page 476: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

476

masing selepas mereka mengetahui mereka ditipu lagi. Pada kali ketiga, serigala datang dan budak tersebut menjerit meminta bantuan. Adakah penduduk kampung datang lagi? Tidak. Apa yang akan berlaku kepadanya? Apa yang akan berlaku pada bebirinya? Jangan beritahu kepada kanak-kanak jawapannya, biar mereka fikir sendiri, mereka akan rasa takut dan mengingatinya selama-lama. Oleh itu, jika anak kita berbohong sebab kenakalannya, kita perlu berhati-hati dan membetulkannya.

Selain itu, ada juga kanak-kanak yang berbohong kerana ingin menunjukkan kemampuannya, menutup kesalahannya dan ada pula yang dipengaruhi oleh ibu bapanya. Kita sebagai guru, harus menelitinya. Kebanyakan kanak-kanak suka menunjukkan kemampuannya dan mereka akan membesar-besarkan kebolehannya. Jika kita mendengar perbualan mereka dengan lebih teliti, kanak-kanak suka membanding-banding dan mereka akan mula membesar-besarkan seperti rumah saya ada komputer, ada kamera digital dan berbagai-bagai lagi. Pada masa ini, cikgu harus menghentikan perbuatan membesarkan diri.

Dalam zaman Dinasti Song terdapat seorang menteri yang terkenal bernama Sima Guang. Ada sekali dia bertanding mengopek kacang dengan kakaknya. Pada pertengahan pertandingan, kakaknya meninggalkan tempatnya. Orang gaji Sima Guang mengajarnya bahawa mengopek kacang akan menjadi mudah jika merendamnya dalam air panas. Sima Guang serta-merta menuangkan air panas dan sememangnya kacang boleh dikopek dengan mudah. Apabila kakaknya balik, dia bertanyakan kepada Sima Guang jika ada sesiapa yang mengajarnya cara mudah mengopek kacang. Sima Guang memberitahu kakaknya bahawa dia memikirkan caranya sendiri. Pada masa itu, ayahnya melalui tempat tersebut. Jika anda ayah tersebut, apakah yang akan anda lakukan? Ayahnya telah memberitahunya bahawa jangan membesar-besarkan kebolehan diri sendiri. Ayahnya telah membetulkan fikirannya pada kali pertama dia melakukan kesalahan, inilah cara pengajaran yang betul. Kemudian, Sima Guang telah menjadi seorang yang jujur seumur hidupnya. Dia pernah mengatakan bahawa “Tiada apa-apa perkara yang tidak boleh diberitahu pada orang lain”. Inilah hasilnya, apakah sebabnya? Ajaran ibu bapa yang betul dan tepat pada masanya.

Page 477: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

477

Seterusnya, ingin menutup kesalahan. Kebanyakan kanak-kanak akan berasa takut apabila melakukan kesalahan, mereka takut dilihat oleh orang dewasa. Seorang budak telah merosakkan sebatang penyangkut baju dan dia takut dimarahi oleh gurunya. Adakah susah untuk membaiki penyangkut baju yang rosak? Tidak, tetapi budak itu tidak mengetahui caranya. Oleh itu, dia meminta kawannya untuk menyimpan rahsia ini. Akan tetapi, diam-diam gurunya berada di sisinya pada masa itu dan budak itu terkejut melihat gurunya. Kanak-kanak masih kecil, sekiranya kita mengajarnya pada masa yang betul, mereka akan mengubah sikapnya. Guru itu memberitahunya bahawa merosakkan penyangkut baju bukannya kes serius tetapi ingin merahsiakan daripada guru merupakan kes yang amat serius kerana lain kali guru tidak akan mempercayainya lagi. Oleh itu, kita harus mengakui kesalahan kita, dengan cara ini kita bukan sahaja dapat membetulkan kesalahan, malah dapat belajar cara membaiki sesuatu. Selepas itu, guru yang baik ini dengan sabar telah membaiki penyangkut baju itu bersama-sama dengannya. Oleh hal yang demikian, jika kita dapat menggenggam peluang tersebut dengan baik, kita dapat memupuk sikap yang betul dalam diri kanak-kanak.

Yang terakhir ialah pengaruh ibu bapa. Terdapat sebuah wayang yang bertajuk “Telefon Bimbit”. Dalam wayang tersebut, mereka pernah mengira tentang bilangan bohong yang boleh dicakap oleh seorang dewasa dalam satu hari. 25 kali. Apabila orang dewasa biasa dengan bercakap bohong, anaknya akan terpengaruh. Sebagai contoh, seorang ibu menjawab panggilan telefon dan pada masa itu kedua-dua anaknya dan suaminya turut berada di sisinya. Ibunya menjawab, “Suami saya tiada di rumah.” Anaknya pula bertanya, “Kenapa kata bapa tidak berada di rumah?”, kanak-kanak sebenarnya memahaminya. Oleh itu, jangan kita berbohong apabila kita berada bersama-sama dengan kanak-kanak, juga usah berbohong walaupun tanpa kanak-kanak.

Marilah kita lihat pada ayat yang seterusnya, “Perkara yang kita tidak nampak dengan mata kita sendiri janganlah kita sewenang-wenangnya memberitahu kepada orang lain.” Jika tidak ternampak apa yang sebenarnya telah berlaku dan hanya mendengar daripada orang lain, janganlah kita menyebarkannya. Jika kita tidak pasti dengan kebenaran sesuatu perkara,

Page 478: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

478

ia merupakan khabar angin, sekiranya kita menyebarkan, ini bermakna kita bersubahat dengan orang yang menyebarkannya. Dalam sesebuah pasukan, keharmonian merupakan inti pati yang paling penting dan kita memerlukan kata sepakat semua ahli untuk mencapainya. Kita perlu saling bermaafan antara satu sama lain dan bukan saling memarahi. Orang zaman dahulu amat mementingkan pertuturan diri sendiri kerana bahasa yang kita gunakan ibarat tangga, satu umpatan demi satu umpatan akan mencetuskan pergolakan.

Kata pepatah “Jika raja mempercayai umpatan, menterinya akan mengalami kesusahan”. Jika seseorang bapa mempercayai umpatan, anaknya akan mengalami kesusahan; jika kawan kita mempercayai umpatan, dia akan menjauhi kita dan pasangan suami isteri pula akan berpisah. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan umpatan dan kita perlu mengetahui bahawa orang yang datang menyebarkan sesuatu umpatan merupakan orang yang suka mengumpat. Sekiranya seseorang itu berbudi bahasa, adakah dia mengumpat? Apa yang diharapkan olehnya ialah keharmonian antara manusia apabila kita bergaul sesama sendiri. Apabila kita berasa marah dan tidak berpuas hati dengan seseorang, orang yang berbudi bahasa akan datang memberitahu kita bahawa kita pernah dipuji oleh orang tersebut. Dengan ini, kita dapat menenangkan diri. Jika kita dapat saling memahami situasi antara satu sama lain dan saling bertimbang rasa, persengketaan dapat dielakkan. Apa yang paling menakutkan ialah batu api.

Dari zaman dahulu ada peringatan-peringatan yang menyuruh kita supaya sentiasa berwaspada dengan umpatan. Jika sebuah rumah atau satu pasukan termasuk sebuah negara ingin mencapai keharmonian, kita mestilah tahu membezakan umpatan. Jika kita terdengar umpatan tentang kawan kita dari pihak yang lain, usahlah kita menyebarkannya. Apa yang sepatutnya kita lakukan? Kita boleh memberitahunya dengan hati yang ikhlas sekiranya khabar angin tersebut merupakan kebenaran. Jika tidak, kita hanya dengar dan jangan mempedulikan umpatan tersebut. Kita perlu menasihati kawan kita itu supaya mengubah sikapnya kerana imej seseorang adalah amat penting.

Pendek kata, janganlah kita menyebarkan apa-apa khabar angin atau

Page 479: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

479

umpatan. Walaupun apa yang diberitahu merupakan kebenaran tetapi ia akan merosakkan keharmonian dalam sesebuah pasukan atau imej seseorang, kita juga harus menyimpannya dalam hati dan jangan menyebarkannya. Jika kita menyimpan keburukan seseorang sebaliknya memujinya apabila dia melakukan kebaikan, lama-kelamaan dia akan mengetahuinya dan ini akan mendorongnya mengikut arah kebaikan.

Kita perlu sentiasa meningkatkan keupayaan diri untuk membezakan situasi. Jika kita gagal untuk membezakannya, kita akan melakukan kejahatan dengan hati yang ingin menolong. Jika anda tidak memahami latar belakang sesebuah pasukan dan anda membawa kawan untuk membantu serta menderma duit, rupanya pasukan tersebut hanyalah merupakan pasukan yang menipu, anda akan mengalami kesusahan apabila ingin memberi penjelasan kepada kawan. Oleh itu, kita harus melakukan semua perkara dengan berwaspada dan memahaminya terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan. Banyak orang mengatakan bahawa mereka juga mempromosikan budaya tradisional tetapi sebenarnya mereka hanya ingin mengaut keuntungan. Dalam ceramahnya yang mengambil masa satu hingga dua jam, mereka mungkin akan memberitahu sedikit maklumat tentang budaya tradisional dan seterusnya apa yang ingin disampaikan sebenarnya. Sekiranya orang yang mendengar memberi respon yang baik, mereka akan salah faham bahawa apa yang disampaikan oleh mereka adalah bagus.

Kita perlu mengetahui cara untuk membezakannya. Jika mereka ingin mempromosikan budaya tradisional, mereka mesti tahu inti pati ajaran nenek moyang. Apakah inti patinya? Bagaimanakah cara untuk melaksanakannya? Jika dalam ceramahnya yang mengambil masa selama dua jam itu kita tidak diajar tentang mentaati ibu bapa dan budi bahasa diri sendiri, usahlah kita memujinya. Ini akan mengelirukan orang lain. Kita perlu tahu membezakan dengan rasional untuk mengelakkan diri kita daripada melakukan kejahatan dengan hati yang batil serta dapat mengelakkan diri kita daripada diambil kesempatan oleh orang lain. Ayat seterusnya, “Perkara yang kita tidak tahu-menahu atau pun tidak pasti janganlah kita sampaikan kepada orang lain”. Jika kita tidak dapat memahami sesuatu dengan sepenuhnya atau kita tidak pasti sesuatu kebenaran, kita tidak boleh memberitahu kepada orang lain

Page 480: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

480

dengan sesuka hati. Jika kita salah memberi maklumat dan menunjukkan arah yang salah kepada orang lain, ini merupakan tindakan yang jahat. Jika orang lain bertanya kepada kita, “Prosa klasik mana yang harus kita mulakan?” Anda menjawab “Di Zi Gui”. Bagaimana anda pasti jawapan yang anda berikan itu betul? 10 orang yang berbeza akan memberikan 10 jawapan yang tidak sama. Dalam bahasa Cina, prosa klasik dipanggil Kitab. Perkataan “kitab” bermaksud piawaiannya tidak akan diubah. Oleh itu, prosa klasik ialah ajaran yang betul dan tidak akan diubah buat selama-lamanya. Anda perlu mencari jawapan daripada prosa-prosa klasik. Apabila seseorang memberitahu anda bahawa sikap yang paling asas yang perlu ada pada seseorang bukannya mentaati ibu bapa, anda boleh pasti bahawa jawapan itu adalah salah.

Oleh hal yang demikian, kita perlu mengikuti ajaran dari buku dan bukan ajaran daripada seseorang kerana kebanyakannya amat mengelirukan. Sebagai contoh, karya “San Zi Jing” mengatakan bahawa semua orang dilahirkan dengan sikap yang murni dan hati yang baik, mereka hanya akan menjadi jahat melalui sistem pendidikan yang tidak baik. Piawaiaannya mudah didapati. Kanak-kanak pada zaman sekarang akan mengikuti berbagai-bagai kelas kemahiran, adakah mereka akan dapat belajar kesemuanya dengan baik? Orang pada zaman sekarang sememangnya tidak suka mengikuti ajaran nenek moyang. Oleh itu, orang pada zaman sekarang suka pujian yang palsu daripada nasihat yang benar. Saya berasa amat sedih.

Sebagai contoh, terdapat seorang penjaga yang datang berbincang dengan saya cara mendidik anak dengan baik. Setelah dia memberitahu saya situasi yang dihadapinya, saya memberitahunya bahawa mendidik anak memerlukan ketabahan dan kasih sayang yang sepenuhnya serta kerjasama dengan cikgu sekolahnya, dia memerlukan setengah hingga setahun untuk mendidik anaknya ke arah kebaikan semula. Apabila penjaga itu diberitahu bahawa mereka perlu mengambil masa selama itu, mereka akan mengedutkan kening mata mereka dan lepas itu berterima kasih dengan saya serta meninggalkan tempat tersebut dan tidak kembali semula. Apabila mereka ternampak iklan di surat khabar yang mengiklankan kursus untuk membina anak menjadi genius dalam masa tiga hari, mereka pun pergi mendaftar dengan segera. Apabila kita mengajar mereka cara yang

Page 481: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

481

sepatutnya, adakah mereka percaya? Tidak. Sikap ingin mencapai kejayaan dalam masa yang singkat merupakan sikap orang zaman ini dan sikap demikian rupa bertentangan dengan sikap yang sepatutnya mereka ada.

Dalam karya “San Zi Jing” mengatakan bahawa jika kita ingin belajar prosa klasik, kita perlu mula daripada karya “Xiao Xue”. “Di Zi Gui” merupakan edisi yang telah diperkemaskan daripada karya “Xiao Xue”. Selepas kita telah memahami karya “Xiao Xue”, barulah kita belajar karya “Xiao Jing” dan kemudian karya “Si Shu”. Apabila anak kita belajar ayat yang ada pada karya “Xiao Jing”, mereka akan dapat menghubungkannya dengan apa yang telah dipelajari dalam karya “Di Zi Gui”. Dengan cara ini, apa yang mereka belajar daripada buku dapat dikaitkan dan kemudiannya dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sekiranya cara belajarnya betul, pasti akan membawa ke arah kebaikan.

“Janganlah bersetuju apabila diarah membuat sesuatu yang kurang baik.” Adakah sikap suka memungkir janji telah meningkat pada zaman sekarang? Oleh itu, janganlah kita membuat perjanjian dengan orang lain sesuka hati. Kesalahan yang paling lazim dilakukan oleh ibu bapa ialah apabila mereka berasa gembira, mereka akan menjanjikan sesuatu kepada anak-anak mereka dengan senang. Bilakah masanya? Jawapan: apabila anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jawapan ini adalah benar. Apabila anak mendapat keputusan yang baik, mereka boleh meminta apa-apa sahaja daripada ibu bapa. Oleh itu, apakah tujuan sebenar anak-anak belajar bersungguh-sungguh? Apabila kita berjanji untuk memberi sesuatu kepada anak-anak, secara tidak langsung cara ini telah memupuk sikap mementingkan kebendaan. Tujuan asal mereka untuk belajar bersungguh-sungguh telah berubah.

Kini, jika anak memperoleh keputusan yang cemerlang ketika sekolah rendah, mereka dapat makan aiskrim, jika dapat keputusan yang cemerlang ketika sekolah menengah rendah, mereka dapat basikal. Jika mereka dapat keputusan yang baik ketika sekolah menengah tinggi, mereka diberi pilihan sama ada ingin dapat sebuah MP3 atau yang lain. Inisiatif mereka untuk belajar dibina atas hadiah-hadiah yang bakal dimiliki oleh mereka. Kenapa banyak ibu bapa dihalau keluar dari rumah oleh anak? Sebab anak-anak

Page 482: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

482

berasa ibu bapa perlu memberi apa sahaja yang mereka ingin dapat kepada mereka. Apabila sikap seperti ini telah dijadikan tabiat, nafsu anak untuk memiliki sesuatu meningkat sedikit demi sedikit setiap hari. Bolehkah tabiat tersebut diubah semula? Kata pepatah “Jika ingin mengubah sikap daripada jimat kepada boros amat senang, akan tetapi jika ingin mengubah sikap daripada boros kepada jimat susah”. Sekiranya pada suatu hari nanti, ibu bapa tidak mampu memenuhi permintaannya, apa yang akan berlaku? Kita sering mendengar berita di mana anak memukul ibunya kerana ibunya tidak memberikannya duit. Pada masa itu, ibu bapa tidak boleh lagi berbuat apa-apa untuk mengubah sikap anak. Oleh itu, sikap ibu bapa yang suka menjanjikan sesuatu kepada anak-anak mereka dengan senang telah memanjakan anak-anak mereka.

Terdapat sebuah kes jenayah. Seorang pemuda sentiasa mendapat duit perbelanjaan yang banyak daripada ayahnya sewaktu kecil. Oleh itu, dia telah membiasakan dirinya dengan kehidupan yang boros. Apabila besar nanti, dia memerlukan beberapa ribu untuk berbelanja setiap bulan. Pada suatu hari, ayahnya tidak tertahan dengan sikapnya seperti ini dan telah membuat keputusan bahawa dia tidak akan memberi duit perbelanjaan kepadanya lagi. Selepas itu, ayahnya telah menghantarnya ke kem ketenteraan untuk berlatih selama dua tahun. Apabila dia balik selepas dua tahun, adakah tabiat borosnya dapat diubah? Sukar. Apabila anak telah membiasakan diri dengan tabiat dan kehidupan yang boros, tabiat seperti ini sangat susah untuk diubah. Selepas dia balik, tiada apa-apa pun yang berubah dan ayahnya tidak lagi memberi duit perbelanjaan kepadanya. Akhirnya, anak tersebut telah mengupah pembunuh untuk membunuh ayahnya. Dia membawa pembunuh tersebut ke rumahnya dan memberitahu wajah serta ketinggian ayahnya untuk dicam oleh pembunuh. Pembunuh bertanyakan hubungannya dengan orang yang bakal dibunuhnya, anak tersebut menjawab, “ayah saya”. Selepas itu, dia membunuh ibunya sekali kerana kunci peti keselamatan berada pada ibunya. Oleh itu, peristiwa anak membunuh ibu bapa sendiri tidak lagi mengejutkan masyarakat. Apakah sebabnya? Sikap yang mementingkan kebendaan daripada budi. Apabila sikap yang mementingkan kebendaan telah dijadikan nafsu, ini akan mengawal sikapnya dan tidak mungkin jika anak ingin menjauhi diri mereka daripada tabiat tersebut lagi. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati, jangan memupuk sikap boros tersebut

Page 483: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

483

kepada anak-anak.

Seorang budak berasa tidak gembira ketika lauk-pauk yang tidak digemarinya, dia akan mengamuk dan enggan makan. Apakah tindakan ibu seterusnya? Ibu akan datang pujuk, “makanlah, ibu akan bawa anak pergi makan McDonald jika anak habiskan”. Apabila ibu bercakap sedemikian, anak menghabiskan lauk-pauknya dengan segera. Jika kita tidak berpegang teguh kepada prinsip diri, anak akan mengetahui batasan kita dan mereka akan tahu juga cara yang boleh digunakan agar kita menjanjikannya sesuatu yang mereka ingin dapat. Apabila ayah anak tersebut nampak, dia seorang yang amat sensitif dengan cara pendidikan anak dan suruh isterinya dengan isyarat mata, “biar saya uruskan”.

Cara mendidik anak mestilah sama. Kalau tidak, anak akan sentiasa menyusahkan pihak yang tidak berpegang teguh pada prinsip. Apabila semua orang telah selesai makan, ayahnya pun menyuruh isterinya menyimpan semua pinggan mangkuk. Anak tersebut masih marah lagi dan enggan makan tetapi ayahnya biarkan sahaja. Akhirnya, pada malam nanti, anak tersebut tidak dapat tidur dengan nyenyak disebabkan kelaparan. Dia bangun dan cari makanan dari peti ais serta menghabiskan segala-galanya biarpun sejuk. Adakah anak tersebut mengugut ibu bapanya lagi? Adakah dia meminta sesuatu daripada ibu bapanya? Tidak. Oleh itu, pendidikan asas di rumah amat penting dan semua ibu bapa harus berhati-hati. Bukan sahaja penting kepada anak-anak, orang dewasa juga perlu mengetahui prinsip yang perlu dipegang agar mereka bersikap adil terhadap anak-anak. Begitu juga dengan isteri yang baru dikahwini. Dia juga perlu memahami situasi rumah terlebih dahulu supaya semua orang dapat bergaul dengan rapat.

Sikap ibu bapa yang suka menjanjikan sesuatu kepada anak-anak mereka dengan senang adalah disebabkan oleh sikap yang suka memanjakan anak dan tidak berpegang teguh dengan prinsip. Ibu bapa menjanjikan sesuatu berdasarkan baik dan buruk anak, memberi apa sahaja bila ibu bapa digembirakan oleh anak. Ada juga yang berubah sikapnya walaupun perjanjian telah dibuat. Anak akan kehilangan kepercayaannya terhadap ibu bapa. Apabila anda sedang bermain mahjong dan berjanji dengan anak, jika dia tidak membuat bising, anda akan menghadiahkan dia sesuatu. Kelak

Page 484: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

484

nanti, apabila dia ingin mendapatkan sesuatu, dia akan tahu bahawa jika dia memintanya ketika anda bermain mahjong, dia pasti akan mendapatnya.

Ibu bapa tidak boleh menjanjikan sesuatu dengan sesuka hati, anak juga perlu diajar prinsip ini. Ada seorang budak telah menghadiahkan penselnya kepada kawannya. Kawannya berasa amat gembira, dengan segeranya mengasah pensel tersebut dan menggunakannya. Pada keesokan hari, kawannya enggan bermain dengannya dan dia meminta balik pensel tersebut. Pemikiran kanak-kanak amat naif. Apabila dia minta balik pensel tersebut, kawannya pun memulangkan. Akan tetapi, dia ingin meminta balik pensel asal yang belum diasah. Cikgunya ternampak situasi ini lalu berkata: “apa yang dikata mesti beramanah”. Apabila kita telah memberi sesuatu kepada orang lain, benda tersebut tidak lagi dimiliki oleh kita, kita tidak boleh memintanya balik. Oleh hal yang demikian, kita perlu membuat pertimbangan terlebih dahulu sebelum memberi sesuatu kepada orang lain. Apabila kita ingin menjanjikan sesuatu, kita juga perlu mempertimbangkan terlebih dahulu, mampukah kita melaksanakannya. Jika kita telah berjanji kepada orang lain tetapi kita gagal melakukannya, orang lain akan hilang kepercayaan mereka terhadap kita. Selain mempertimbangkan kemampuan diri, kita juga perlu berfikir tentang peraturan sekolah. Jika peraturan sekolah melarang muridnya berbuat demikian dan kita pula berjanji bahawa kita akan melakukannya, perbuatan sedemikian adalah perbuatan yang salah. Perjanjian yang harus kita buat ialah perjanjian yang tidak melanggar peraturan sekolah dan kita berkemampuan untuk melakukannya.

Baiklah, setakat sahaja untuk hari ini. Terima kasih.

Page 485: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

485

Sesi 31Kebijaksanaan Untuk Membezakan

Kebaikan Dan Kejahatan

Salam sejahtera, rakan-rakan sekalian! Kelas kita telah memasuki bab yang keempat iaitu “bersifat amanah.” Kita pernah berbincang tentang kepercayaan dan budi yang perlu dipraktikkan dan hubungan dengan orang lain. Kita juga perlu mengingati budi antara satu sama lain dan saling membantu. Dengan ini, pergaulan kita dengan orang lain akan menjadi gembira dan harmoni.

Apabila kita berbincang tentang kepercayaan, kita akan terfikir bahawa kita juga memerlukannya dalam bidang perniagaan. Akan tetapi, terdapat juga pemikiran yang lain iaitu “kalau tidak kejam bukanlah peniaga”. Ini telah membuktikan bahawa pada zaman sekarang terdapat terlalu banyak konsep dan pemikiran yang salah, kita sememangnya perlu membezakannya dengan baik. Sebagai contoh, terdapat pepatah “kalau manusia tidak mementingkan kepentingan diri sendiri, dunia akan musnah”, pepatah ini berasal daripada siapa? Tidak dapat dicari. Kenapa dia berkata sedemikian? Dia seorang yang amat mementingkan kepentingan diri sendiri. Sikap seperti ini amat jahat! Oleh itu, kita perlu mempertimbangkan bahawa apa yang kita sampaikan berkemungkinan akan mengelirukan orang lain, kita perlu berhati-hati sebelum kita menyampaikan sesuatu. Jika kita tidak pasti akan kebenaran sesuatu yang ingin kita sampaikan, kita tidak boleh menyebarkan sewenang-wenangnya.

Apabila kita berbincang tentang bidang perniagaan, terdapat juga ibu bapa yang bertanya, “bagaimanakah anak kita dapat menjadi peniaga sekiranya mereka telah mengamalkan sikap kepercayaan yang diajar?” Kita akan menjawab bahawa anaknya akan menjadi peniaga yang baik. Jika peniaga yang lain tidak memegang pada perjanjian yang dibuat melainkan anak anda, orang lain akan berniaga dengan siapa? Mestilah orang yang memegang pada perjanjian dan boleh dipercayai. Ini dapat membuktikan bahawa konsep yang dibincang tadi adalah salah kerana dia dapat menipu pada kali petama, kali kedua tetapi bukan selama-lamanya. Terutamanya dia menggunakan taktik untuk menipu, biarpun dia mendapat perniagaan, dia

Page 486: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

486

akan kehilangan nikmatnya. Oleh itu, kita perlu mementingkan kredibiliti diri tidak kira dalam kalangan penjawat awam, bidang perniagaan mahupun dalam sesebuah pasukan. Kita juga perlu mempercayai kawan sepasukan kita. Inilah sikap yang sepatutnya ada pada kita semua.

Kita juga berbincang tentang permintaan anak-anak terhadap kita. Kita hanya boleh bersetuju dengan apa yang patut sahaja, apa yang tidak patut, kita perlu menolak permintaan mereka. Hal ini akan menjadi lebih teruk sekiranya kita memberi apa sahaja yang mereka minta kerana ini akan menyebabkan mereka memupuk sikap yang tamak. Apabila kita ternampak anak-anak suka membuat perjanjian dengan orang lain sesuka hati, kita perlu mengajarnya. Sebelum mereka berjanji tentang sesuatu, mereka perlu memikirkan kebolehan diri sendiri terlebih dahulu; kemudian, mereka perlu mempertimbangkan apa yang dijanji mereka adakah melanggar peraturan sekolah. Dengan pengajaran yang betul dan tepat pada masanya, anak-anak tidak akan memupuk sikap yang suka menjanjikan sesuatu tanpa berfikir.

Kita sebagai orang dewasa juga tidak boleh membuat perjanjian dengan sewenang-wenangnya. Apabila orang lain meminta bantuan kita semasa mengalami kecemasan, kita perlu menenangkan fikiran terlebih dahulu sebelum kita menjanjikan apa-apa. Kadang-kala, apabila orang lain berada dalam keadaan yang terdesak, kita juga berasa terdesak dan apabila kita telah berjanji dengannya, barulah kita perasan apa yang dijanjikan itu bukan seperti yang kita fikir. Kita akan mengalami masalah apabila melakukannya nanti. Walaupun kawan kita berjanji bahawa dia akan melakukannya dengan kita, kita juga perlu mempertimbangkan dua perkara, iaitu pertama, adakah dia berkemampuan untuk melakukannya; kedua, adakah diri kita sendiri berkemampuan untuk melakukannya. Jika kita berjanji dengan mudah tanpa berfikir terlebih dahulu, kita akan berada dalam komplikasi pada masa itu dan mungkin salah faham antara dua pihak akan berlaku. Anda sebenarnya ingin membantu dengan niat yang baik tetapi situasi pula menjadi semakin gawat. Oleh itu, kita juga memerlukan minda yang rasional untuk membezakan apa yang patut dan apa yang tidak.

Ayat yang seterusnya, “apabila kita berkata tentang sesuatu, janganlah bertutur terlalu cepat atau mengulum kata tetapi berkatalah dengan terang

Page 487: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

487

dan terus ke sasarannya supaya mudah difahami.”

Kita sentiasa berkomunikasi dan bercakap dengan orang lain. Perlukah kita belajar caranya? Perlu! Kita perlu berlatih cara yang betul untuk bercakap dengan orang lain sejak kecil. Saya tidak berlatih sejak kecil kerana saya kurang berbakat. Oleh itu, saya tidak pernah mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan atau mendeklamasi sajak. Pertandingan seperti ini seakan tiada jodoh dengan saya. Semasa saya menyambung pelajaran di universiti, kemahuan saya untuk belajar telah berubah. Pada masa itu, saya telah belajar serba-sedikit tentang kesihatan manusia. Oleh itu, saya berasa kesihatan amatlah penting kepada kita semua. Terdapat sebuah kedai berdekatan dengan universiti di mana saya sentiasa mengajak kawan-kawan ke sana untuk mendengar perkongsian saya tentang “Kepentingan Khasiat kepada Manusia”. Kemudian saya juga berkongsi tentang “Kepentingan Hubungan antara Manusia” dan berbagai-bagai lagi. Saya mula berlatih dengan dua hingga tiga orang sahaja. Apabila saya berada di Hai Kou, Cikgu Yang memberitahu saya bahawa biarpun hanya dua hingga tiga orang sahaja yang hendak mendengar, saya perlu pergi juga. Saya telah mengikuti arahan cikgu dan saya telah memberi ceramah lebih seratus kali. Selepas itu, saya pergi pula memberi ceramah lebih seratus kali di Shenzhen dan akhirnya saya telah memberi ceramah sebanyak 200 hingga 300 kali dalam masa setengah tahun. Dengan ini, saya telah berjaya berlatih cara yang betul untuk berkomunikasi dengan orang lain. Lantaran itu, janganlah berasa takut apabila ingin bercakap dengan orang lain kerana kita akan menjadi lebih berkemahiran jika banyak kali bercakap. Akan tetapi, niat hati kita juga amat penting kerana apa yang kita sampaikan atau kongsikan kepada orang lain haruslah maklumat yang berfaedah. Jika tidak, usahlah kita banyak bercakap.

Apabila kita memberi ceramah, guru-guru sentiasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bercakap di atas pentas. Ini bukan sahaja dapat melatih kemahiran bercakap, bahkan juga dapat membina keyakinan dirinya. Mereka perlu mempraktikkan “Berjalan dengan mantap dan tenang, berdirilah dengan tegak dan teguh.”

Apabila mereka berada di atas pentas, mereka dikehendaki

Page 488: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

488

memperkenalkan diri sendiri dan berkongsi perbuatan mentaati ibu bapa yang telah dibuat minggu lepas. Hal ini demikian kerana apabila mereka saling berkongsi maklumat, mereka dapat membaiki diri sendiri.

Kata orang bijaksana “Ikutilah tabiat orang yang selalu membuat kebajikan.” Rakan-rakan sekalian, di manakah Di Zi Gui diterapkan? Dalam kehidupan kita pada bila-bila masa. Apabila kanak-kanak berada di atas pentas, apakah yang boleh lihat? Kadang-kala, tangan mereka akan bergerak ke sini ke sana. Ada juga yang tidak dapat bercakap dengan jelas. Apakah yang perlu kita lakukan jika budak tersebut gagal untuk bercakap dengan jelas? Kita perlu memberikannya peluang kedua. Kita perlu memberi peluang kepadanya untuk melatih diri sendiri sehingga dia dapat bercakap dengan lantang. Secara tidak langsung, budak tersebut akan menjadi lebih berani dan yakin untuk bercakap di depan khayalak ramai.

Nada yang harus kita gunakan apabila kita bercakap dengan orang lain mestilah jelas dan lembut, jangan kita bercakap terlalu cepat dan kurang jelas. Dalam Di Zi Gui, terdapat banyak ayat yang membincangkan tentang cara bercakap yang betul dan kebanyakannya telah dijelaskan, seperti “Tidak sesuai jika kita bercakap terlalu perlahan sehingga tidak dapat didengari”. Ada juga ayat “Apabila berbual atau menjawab soalan, pandanglah muka orang itu” yang bermaksud apabila kita bercakap, kita perlu melihat kepada pendengar kerana ini adalah suatu penghormatan. Perkara-perkara kecil seperti ini perlu dititikberatkan dan diberi perhatian. Jika kita dapat berlatih mengikut panduan-panduan yang telah dibincangkan, pasti kita dapat mempelajarinya dalam masa yang pendek. Terdapat seorang budak perempuan yang pendiam dan pemalu. Akan tetapi, kita juga melatih budak perempuan tersebut. Setelah beberapa bulan, budak perempuan ini telah mendapat hadiah dalam pertandingan syarahan dan ibunya berasa amat gembira. Jika anda mempunyai anak yang pendiam, anda juga boleh melatihnya di rumah. Bermula dengan ibu bapa terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan anak, pastinya dia boleh mengikuti dan belajar.

Selain melatih anak-anak kita untuk bercakap, kita juga perlu memerhati kelajuan bercakap diri sendiri. Jika kita asyik bercakap dengan laju, apakah perasaan orang yang mendengarnya? Sukar. Jika dia seorang

Page 489: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

489

yang menghidapi penyakit jantung, ini akan membahayakan nyawanya. Banyak kawan yang mengatakan saya bercakap lambat. Adakah ini betul? Kita tidak boleh mengambil piawaian diri sendiri. Kita perlu mengambil standard yang boleh diterima oleh semua orang. Apakah tujuan kita bercakap sebenarnya? Mestilah memberitahu orang lain sesuatu, bukannya memberitahu diri sendiri. Sebagai contoh, apabila kita bercakap dengan rakan sekerja atau pengurus kita melalui telefon tetapi mereka bercakap terlalu cepat, apakah yang boleh dilakukan kita lakukan? Janganlah kita memberitahunya secara terus-terang, kita boleh bertanya, “Adakah ini yang anda maksudkan tadi?”. Jika apa yang kita beritahu bukan apa yang dia sampaikan tadi, pasti akan diulangnya sekali lagi. Jika anda enggan bertanya sekali lagi dan menganggap apa yang anda dengar itu adalah betul, kemudian anda melakukan kesalahan, pasti majikan anda akan berasa kemampuan anda amat rendah dan bukannya dia bercakap terlalu laju. Oleh itu, kita perlu mempunyai tabiat di mana kita harus mengulangi apa yang disuruh sebelum kita menutup telefon. Dengan cara ini, kesalahan boleh dielakkan. Jika tidak, kerana salah satu ayat, kita perlu melaksanakan perkara tersebut kali kedua. Masa dalam kehidupan ini amat singkat dan perlu kita hargai, janganlah kita membazirkan masa semua orang disebabkan pesanan yang kita sampaikan itu.

Ayat yang seterusnya “Sesetengah orang suka bercakap tentang kebaikan orang lain dan ada juga yang sebaliknya.” Sebentar tadi, kita telah berbincang bahawa kita haruslah mengulangi pesanan kita sekali lagi, ini juga harus diajar kepada anak-anak. Jika anak-anak kita telah dipupuk tabiat ini sejak kecil dan setiap kali cikgu memberi tugasan kepadanya, pasti dia akan meminta cikgunya mengulangi sekali lagi untuk memastikan apa yang didengarnya adalah betul. Anak ini mesti disukai ramai dan guru-guru mesti mempercayainya.

“Sesetengah orang suka bercakap tentang kebaikan orang lain dan ada juga yang sebaliknya”. Hal ini bermaksud kita sentiasa mengumpat kelemahan orang lain. Kenapa ini berlaku? Apakah tujuannya? Orang yang datang menyebarkan umpatan mengenai orang lain mestilah merupakan orang yang suka mengumpat. Kebiasaanya, orang seperti ini akan memaksa kita untuk berpihak kepada salah satu pihak. Adakah anda akan berpihak

Page 490: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

490

kepadanya? Apa yang perlu kita buat ialah jangan menyebelahi kepada mana-mana pihak, sesuailah dengan peringatan yang mengatakan, “Jangan suka mengambil tahu tentang perkara yang tidak bersangkutan”.

Kita perlu menjauhkan diri daripada situasi seperti ini. Hal ini demikian kerana orang yang datang mengumpat dengan kita itu mesti mempunyai motif yang tertentu, yang pertama, mungkin dia ingin berbaik-baik dengan kita; kedua, mungkin dia ingin menfitnah orang tersebut. Sebarang umpatan mesti merosakkan keharmonian sesebuah pasukan dan kita tidak boleh membiarkan perkara seperti ini berlaku. Oleh itu, janganlah kita berpihak kepada orang yang suka mengumpat, kita perlu berpegang kepada prinsip keadilan diri sendiri dan saling bermaafan antara satu sama lain supaya pergaulan menjadi rapat dan harmoni.

Apabila kita berada di tengah antara dua pihak, posisi kita adalah sangat penting, kenapa? Ini kerana orang yang telah berpihak mestilah berat sebelah. Apabila seseorang berat sebelah, hatinya akan berasa serba salah. Lama-kelamaan dia memerlukan seseorang untuk berbincang dan mendengar pandangannya. Sebagai contoh, pada hari ini, pengurus telah melakukan kesalahan, mesti ada orang yang mengkritik di samping orang yang berpihak padanya. Kedua-dua pihak akan saling bertelagah. Pada masa ini, orang yang berada di tengah akan berfungsi. Bagaimana? Pekerja yang memihak kepada pengurus, adakah mereka suka pada pengurus ini atau bertindak mengikut emosi? Jika anda memihak kepadanya, dia tidak dapat melihat kesalahannya dan pengurus tersebut mungkin juga akan bermusuhan dengan orang yang mengkritiknya. Lama-kelamaan, dia akan hilang kepercayaan daripada pekerjanya. Pada asalnya, anda ingin membantunya tetapi tindakan anda yang memihak kepadanya telah menganiayanya.

Oleh itu, pekerja yang memihak kepada pengurus lama-kelamaan akan berfikir juga. Pada masa ini, kita boleh menasihatinya apa yang baik dan boleh membantu pengurus bukanlah memihak padanya. Selepas mereka berbincang dengan kita, mereka juga akan berasa terdapat sesetengah perkara yang pengurus membuat keputusan sendiri tanpa mendengar nasihat daripada pekerjanya. Lepas itu, kita boleh menjelaskan bahawa jika kita dapat mengkritik kesalahannya dan memberi nasihat yang berguna

Page 491: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

491

kepadanya, lama-kelamaan dia akan mempercayai dan menerima nasihat dari kita. Oleh itu, kita harus menasihati pengurus secara berterusan dan bukannya berputus asa selepas pengurus tidak menerimanya pada kali pertama dan kedua. Sikapnya akan berubah setelah dicuba beberapa kali.

Di samping itu, “Jangan kita bercakap tentang keburukan orang lain, mesti menjaga perasaannya”. Apabila orang lain telah melakukan kesalahan, janganlah kita mengkritiknya dengan terlalu pedas. Kita juga perlu memikirkan perasaan orang lain. Kebanyakan masa kita bukan bersama pihak yang melakukan kesalahan dan kita tidak dapat memahami perasaannya sepenuhnya. Berkemungkinan besar kita juga akan melakukan kesalahan yang sama sepertinya jika kita menghadapi situasi yang sama. Oleh itu, kita perlu memaafkannya dengan hati yang terbuka. Janganlah kita memarahinya secara keterlaluan kerana dia akan berasa amat pelik dalam hatinya. Apabila kita dapat mengelakkan pertelingkahan dengannya, ini dapat mengawalnya dan mereka mungkin akan berasa, “Kamu ialah seorang yang berbudi bahasa, saya harus memikirkan kesalahan diri saya”. Oleh itu, sekiranya kita tidak menyebarkan umpatan dalam sesebuah pasukan dan tidak saling memarahi disebabkan emosi, kita akan dijadikan teladan dalam pasukan tersebut. Janganlah kita memandang rendah terhadap keupayaan seseorang dalam satu pasukan.

“Jangan suka mengambil tahu tentang perkara yang tidak bersangkutan”, bermaksud janganlah kita melibatkan diri dalam aktiviti mengumpat orang lain. Akan tetapi, perkongsian yang mendatangkan manfaat kepada syarikat perlu dipergiatkan. Kita perlu sentiasa berharap agar semua perkara dapat dijalankan dengan lancar dan apa yang perlu kita sampaikan perlu dicakapkan juga. Janganlah kita memberi kritikan atau cadangan selepas perkara yang dijalankan itu telah gagal. Oleh itu, apabila kita berada dalam mesyuarat yang membincangkan perkara-perkara yang bakal dijalankan, kita perlu memberi cadangan yang bermanfaat dan mengkritik idea yang tidak membantu. Apa yang dimaksudkan dengan kritik di sini bukanlah bertentangan dengan seseorang tetapi ialah cadangan yang diberi. Setelah keputusannya muktamad dalam mesyuarat, kita tetap menjadi rakan sekerja yang baik dan berkongsi makanan. Jika kita berasa pelik dalam hati, dia juga akan merasainya. Ini akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, kita perlu

Page 492: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

492

sentiasa ikhlas apabila bergaul dengan orang lain.

Seterusnya, “Ikuti tabiat orang yang selalu membuat kebajikan”. Iaitu mengambil inisiatif untuk mencontohi perbuatan dan tindakan yang baik atau pun memberi bantuan kepada orang tersebut. Apakah perbuatan yang baik? Kita perlu menganalisis sendiri. Rakan-rakan sekalian, perbuatan apakah yang boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan yang baik? Jawapannya ialah apa sahaja yang memberi manfaat kepada orang lain. Jawapan ini amat bagus. Oleh itu, kita perlu mempunyai suatu piawaian untuk memudahkan analisis kita. Dalam beberapa hari ini, kita juga telah belajar satu piawaian perbuatan baik iaitu “Di Zi Gui”. Dengan ini, dapat kita buktikan bahawa betapa pentingnya prinsip “Di Zi Gui” dalam kehidupan kita.

Prosa Klasik Encik Liao Fan telah menerangkan konsep perbuatan baik dengan amat jelas. Jika kita mempunyai masa, kita boleh membaca buku ini. Dalam buku ini, ada dibincangkan adakah memarahi atau memukul seseorang dianggap tidak baik? Jawapan: tidak semestinya. Betul! Kita perlu melihatnya dari sebab asalnya. Di dalamnya terkandung yang benar dan yang palsu, yang baik dan yang buruk, yang betul dan yang salah, yang separuh dan yang penuh, yang besar dan yang kecil, yang susah dan yang mudah, yang bengkok dan yang lurus, terlalu banyak yang hendak dibelajari. Sikap yang terpenting apabila kita menuntut ilmu ialah sanggup mengambil inisiatif, tidak perlu disuruh oleh orang lain. Oleh itu, apabila kita balik nanti, kita juga mempunyai kerja rumah iaitu membaca karya “Empat Ajaran Liao Fan”. Ini akan memberi manfaat yang besar kepada diri anda dan keluarga anda. Lagipun, Maharaja Jepun menganggap buku ini sebagai buku rujukan untuk mentadbir negaranya, oleh itu, buku ini juga membantu dalam pentadbiran negara.

Saya sentiasa membuat metafora, iaitu saya mengatakan bahawa kehidupan kita ini seperti permainan catur, dan cara untuk menang dalam permainan ini terkandung dalam karya “Empat Ajaran Liao Fan”. Dalam karya tersebut, ia mengajar kita cara bagaimana membina kehidupan diri sendiri dan teorinya kerana terdapat banyak contoh di dalamnya. Sekiranya anda memahami peraturan dengan baik, biarpun anda tidak boleh bermain catur dengan baik, kehidupan anda kelak juga akan menjadi menarik.

Page 493: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

493

Inilah ilmu dan teknik kehidupan. Janganlah kita asyik berdoa catur yang diberikan kepada kita adalah yang mudah kerana biasanya catur yang mudah pada permulaannya akan menyebabkan seseorang terlalu relaks. Oleh itu, kesimpulan kehidupan kita semasa keranda ditutup adalah berdasarkan bakat kita bermain catur, berdasarkan ilmu kita menjalankan kehidupan.

Berbincang tentang yang benar dan yang palsu, banyak pelajar bertanya kepada pendeta Zhong Feng, “Memukul orang dan marah orang ialah perkara buruk?” Zhong Feng menjawab, “Tidak semestinya.” Zhong Feng bertanya kepada mereka lagi, “Jika seseorang yang melayan orang dengan sopan dan penuh hormat, adakah dia baik?” Dia menjawab, “Tidak semestinya.” Mereka berasa semakin keliru dan meminta penjelasannya lagi. Zhong Feng menjelaskan bahawa jika dia memukul dan menampar orang tersebut dengan tujuan untuk meyedarkannya, niatnya baik, itu dikira perkara baik. Rakan-rakan sekalian, anda mestilah memastikan bahawa tamparan anda tersebut dapat menyedarkan orang tersebut, kalau tidak, perbuatan anda menimbulkan perasaan dendam. Oleh itu, kita perlu fleksibel dengan ilmu yang kita pelajari, bertindak mengikut masa dan peluang. Akan tetapi, anda baru sahaja mempelajarinya selama sebulan, mungkin anda akan berdepan dengan halangan dan berasa apa yang Cikgu Tsai dan Konfusius ajar tidak tepat.

Seorang kawan karib saya telah beberapa kali ditimpa kemalangan dan musibah, emosinya menjadi tidak stabil dan gelisah. Dia cuba membuat kerja-kerja kebajikan dengan sepenuh hati dalam suatu tempoh masa yang panjang, namun, kehidupannya masih dirundung malang. Semasa kami berbual, dia mencurahkan perasaan kecewanya selama beberapa jam. Selepas dia berhenti bercakap, apa yang saya lakukan? Saya bertanya beberapa soalannya kepadanya. Sebenarnya, apabila kita mengharapkan balasan semasa membuat kebajikan, hati kita tidak suci, tentulah balasannya terhad. Selepas itu, saya mengajak dia mengingati semula semua kerja yang dilakukannya dan akibatnya, segala yang berlaku padanya sekarang merupakan balasan kepada kesalahan yang pernah dilakukannya dahulu. Akhirnya, saya telah bercakap dengannya selama setengah jam sahaja. Dia tidak menjawab apa-apa, hanya menundukkan kepalanya.

Page 494: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

494

Pada keesokan harinya, dia telah menelefon saya pada awal pagi. Dia mengatakan bahawa dia telah hidup lebih daripada 30 tahun dan semalam dia telah menerima hadiah hari jadi yang terbaik. Saya berasa amat kesal mendengarnya. Semalam merupakan hari jadinya dan saya telah memarahinya dengan teruk. Semasa dia mengucapkan terima kasih kepada saya, saya berasa amat kagum padanya. Tidak mudah! Walaupun dia telah menerima kritikan yang begitu pedas tetapi dia masih boleh memikirkan kesalahan diri sendiri. Saya percaya dengan sikapnya yang boleh dinasihati ini, pastinya dia dapat melalui segala kesulitan dan onak duri kehidupannya dengan baik. Selepas itu, kawan saya ini telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam banyak peperiksaan dan kini, dia merupakan seorang guru yang mengajar dengan baik di sebuah sekolah. Dia juga berkongsi maklumat dan pengalaman yang didapatinya dari kelas tuisyen dengan kawan-kawannya. Disebabkan bantuan yang ditawarkan kepada semua orang, dia dibalas dengan cepat. Kita perlu memastikan bahawa tamparan kita boleh menyedarkannya. Saya mengetahui bahawa dia amat percaya kepada saya dan dia juga pasti bahawa saya tidak akan menganiayanya. Jika kita telah menampar seseorang tetapi dia tidak sedar diri, ini akan menjadi dendam, kita perlu mengetahui cara untuk membezakannya.

Pelajar-pelajar yang bertanya menyambung perbincangan, mereka mengatakan bahawa orang yang melayan orang lain dengan sopan dan penuh hormat ialah orang yang baik, Zhong Feng pula menjawab, “Jika tujuannya berbuat demikian adalah untuk mendapatkan kekayaan dan demi kepentingan diri sendiri, sopan-santunnya untuk menunjukkan kepada orang lain, ini adalah baik yang palsu.” Daripada ajaran Zhong Feng, kita boleh mengetahui bahawa terdapat baik yang benar dan baik yang palsu. Bagaimana kita dapat membezakannya? Daripada niatnya. Jika niatnya adalah demi kepentingan diri sendiri, betapa sopan-santunnya pun dia tidak dianggap baik; jika niatnya adalah demi manfaat orang lain, betapa kasar tamparan dan makinya pun dikira baik. Kita perlu membezakannya daripada niat hatinya.

Yang kedua, kita boleh membezakan kebaikan daripada yang baik dan yang buruk. Semasa zaman Konfusius, beliau mempunyai dua orang pelajar yang bernama Zi Gong dan Zi Lu. Zi Gong merupakan seorang peniaga

Page 495: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

495

dan dia selalu pergi merata-rata bandar dan kampung untuk berniaga. Pada masa itu, Negara Lu melaksanakan satu peraturan iaitu sekiranya sesiapa ternampak rakyat Negara Lu yang menjadi hamba di negara lain boleh ditebus rakyatnya dan dibawa balik ke Negara Lu, Negara Lu akan membayar balik wang tebusan tersebut. Adakah peraturan ini baik? Baik kerana peraturan ini menggalakkan kasih sayang antara rakyatnya. Zi Gong telah menebus balik rakyatnya. Apabila kerajaan Negara Lu menawarkannya wang tebusan, dia enggan menerimanya kerana dia terlalu kaya. Khabar ini telah disebarkan dan semua orang berkata, “alimnya Zi Gong!”

Akan tetapi, apabila khabar ini disampaikan kepada Konfusius, Konfusius pula membantah tindakan Zi Gong. Kenapa pandangan Konfusius berbeza dengan yang lain? Konfusius menjelaskan kepada Zi Gong bahawa kebanyakan rakyat Negara Lu merupakan golongan yang miskin. Jika Zi Gong tidak mengambil wang tebusan pada hari ini, lain kali jika orang lain ternampak rakyat Negara Lu yang menjadi hamba di negara lain, mereka tidak akan menebusnya. Hal ini demikian kerana jika mereka menebus hamba tersebut dan meminta wang tebusan balik daripada kerajaan Negara Lu, mereka seakan tidak alim. Namun, jika wang tebusan tidak diambil balik, ini akan membebankan kehidupannya yang telah miskin. Oleh itu, sebelum dia menebus balik hamba tersebut, banyak perkara yang akan dipertimbangkan olehnya. Walaupun hanya seorang daripada seratus orang tidak ditebus balik hamba tersebut, dia juga mempunyai rumah tangganya dan kita akan bersalah terhadapnya. Tindakan Zi Gong akan mempengaruhi sikap rakyat Negara Lu yang lain dan ini merupakan pengaruh yang tidak baik, hamba-hamba yang lain turut tidak berpeluang untuk balik ke negara asal sendiri disebabkan tidak ada orang datang menebus.

Terdapat seorang lagi pelajar Konfusius yang bernama Zi Lu. Pada suatu hari, dia ternampak seorang yang hampir lemas. Dengan pantas dia terjun ke dalam air dan menyelamatkan orang tersebut. Orang tersebut amat berterima kasih kepada Zi Lu dan telah menghadiahkan lembunya kepada Zi Lu. Zi Lu telah menerima hadiah tersebut dengan hati yang terbuka. Pada pandangan orang, Zi Lu tidak setanding Zi Gong kerana dia telah menerima hadiah tersebut setelah membantu, seperti rasuah dan sikap seperti ini seakan menerima pampasan. Akan tetapi, Konfusius bersetuju dengan tindakan Zi

Page 496: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

496

Lu kerana dia berpendapat bahawa tindakannya ini akan mempengaruhi orang lain untuk membantu orang. Perbuatannya menjadi contoh dan menggalakkan orang lain untuk mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada orang lain disebabkan mereka juga akan menerima balasan yang baik. Ini telah membuktikan bahawa orang dahulu akan memikirkan kepentingan sesuatu daripada aspek yang besar dan bukan hanya kepentingan pada masa itu sahaja. Jadi sama ada kebaikan yang kita lakukan itu adalah kebaikan yang betul atau yang salah, kita perlu mempertimbangkan pengaruhnya pada masa yang akan datang. Jika perkara tersebut baik hanya pada masa itu sahaja dan ia akan menyebabkan pengaruh yang tidak baik pada masa akan datang, janganlah kita melakukannya. Di sebaliknya, jika tindakan tersebut tidak disetujui ramai apabila dilakukan tetapi ia akan mendatangkan manfaat kepada banyak orang pada masa akan datang, kita harus melakukannya.

Yang betul dan yang salah. Dalam zaman Dinasti Ming, terdapat seorang perdana menteri yang bernama Lv Wen Yi Gong. Walaupun dia telah meletakkan jawatannya, namun dia masih dihormati ramai dan namanya baik di seluruh negara. Dalam perjalanannya balik ke kampung, dia terserempak dengan seorang kaki botol yang terbaring di tengah jalan. Dia seorang yang baik hati, walaupun orang bawahannya ingin menghalaunya ke tepi jalan, dia hanya menyuruh mereka menggunakan jalan alternatif. Tidak lama kemudian, dia menerima berita bahawa kaki botol tersebut telah dihukum mati. Pada masa itu, dia berasa serba salah kerana dia membiarkan kaki botol tersebut menghalang perjalanannya. Kaki botol tersebut tahu bahawa perdana menteri telah sampai dan dia sanggup menghalangnya, beranikah dia? Berani! Lagipun,perdana menteri telah menggunakan jalan alternatif. Apa yang akan dia beritahu kepada orang lain? Perdana menteri juga takut pada saya. Dengan ini, dia semakin angkuh dan akhirnya melakukan jenayah yang membawa kepada hukuman mati. Jika Lv Wen Yi Gong menghantarnya ke kerajaan tempatan dan mendendanya pada masa itu, tentu dia diberi amaran dan tidak akan melakukan kesalahan lagi. Baik hatinya adalah betul, tetapi oleh sebab dia telah memaafkan kaki botol tersebut akhirnya sikap baiknya itu memberi kesan yang tidak diingini.

Terdapat sebuah tempat yang mengalami kemarau, akibatnya tempat itu kekurangan bekalan makanan. Apabila orang ramai kelaparan

Page 497: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

497

secara berterusan, penduduk di kawasan tersebut mula merampas bekalan makanan pegawai tempatan. Seorang pegawai tempatan telah melaporkan kes ini kepada kerajaan tetapi kerajaan tidak mengambil tindakan. Dia berasa bimbang makanan di rumahnya akan habis dirampas, lalu mengumpulkan orang suruhan di rumahnya dan mendenda sesiapa yang merampas makanan dengan batang kayu. Akhirnya, tiada orang yang datang ke rumahnya untuk merampas makanan lagi kerana takut dipukul dengan kayu. Pada asalnya, pegawai tempatan tersebut hanya memikirkan bekalan makanan diri sendiri. Akan tetapi, tindakannya ini telah mengelakkan pemberontakan penduduk tempatan. Niatnya bukan demi masyarakat tetapi tindakannya telah mempengaruhi seluruh masyarakat, oleh itu, dia telah melakukan kebaikan juga dengan niat yang salah.

Kebaikan yang dilakukan juga boleh membezakannya dengan yang separuh dan yang penuh. Kita pernah membincangkannya sebelum ini. Seorang wanita telah menderma dua sen dan mohon kepada seseorang untuk mendoakan. Kemudian, wanita tersebut telah berjaya memasuki istana dan menjadi mewah. Hatinya masih belum puas, dia menderma pula dua ribu tetapi ketua tempat ibadat itu hanya menyuruh anak muridnya membantunya berdoa. Hal ini demikian kerana dua sen yang pertama diderma dengan hati yang ikhlas, inilah kebaikan yang penuh; tetapi dua ribu yang diderma kemudian hanya sedikit daripada kemewahannya, hatinya tidak seikhlas kali pertama, ini hanya kebaikan yang separuh. Saya pernah membaca satu berita, satu pasangan suami isteri yang bekerja sebagai petani telah menderma kesemua wang simpanan mereka untuk membeli sebuah ambulans agar dapat menyelamatkan orang. Oleh itu, pasangan suami isteri itu telah melakukan kebaikan yang penuh dengan sepenuh sehati.

Kebaikan juga dibahagi kepada yang besar dan yang kecil. Terdapat sekali apabila Wei Zhongda sedang tidur, dia bermimpi telah dibawa ke neraka. Rekod kebaikan dan kejahatannya telah dipamerkan untuk ditimbang mana yang ringan dan mana yang berat. Apabila kejahatannya dikeluarkan, kejahatannya hampir boleh mengisi ruang sebuah rumah; kebaikannya hanya segelung kertas sekecil penyepit. Wei Zhongda amat terkejut lalu bertanya, “Saya baru berumur 40 tahun, kenapa banyak rekod kejahatan?” Dia menerima penjelasan bahawa sekiranya dia berniat jahat,

Page 498: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

498

kejahatan tersebut akan direkodkan juga walaupun dia tidak melakukannya. Pastinya Wei Zhongda akan berhati-hati dengan niatnya selepas ini.

Apabila ditimbang, kebaikannya yang sedikit itu jauh lebih berat daripada kejahatannya. Wei Zhongda berasa lagi terkejut lalu bertanya, “Apakah itu?” Apabila kertas dibuka, rupa-rupanya pada masa itu, kerajaan ingin melakukan kerja pembinaan jambatan secara besar-besaran. Bagaimanakah dengan kehidupan rakyat? Amat derita, pasti pada masa itu rakyat yang sangat susah dan kerajaan melakukan pembaziran duit negeri, serta memusnahkan banyak keluarga. Jikalau suami sentiasa tidak berada di rumah, pastinya keluarga tersebut tiada yang menanggung. Kemudian, Wei Zhongda pula berkata, “Cadangan saya itu tidak diterima oleh maharaja, bagaimanakah ia dikira kebaikan?” Dia diberitahu bahawa kebaikannya itu amat besar kerana dia mempertimbangkan kepentingan beribu-ribu rakyat. Oleh itu, kebaikan yang besar atau kebaikan yang kecil bergantung kepada niat hati kita. Apabila kita tahu untuk membezakan kebaikan dengan betul, kita bolehlah mempraktikkan “Ikuti tabiat orang yang selalu membuat kebajikan. Walaupun kita masih jauh ketinggalan kalau tekun mencuba, kita akan sampai ke tahap itu juga.”

Karya “Empat Ajaran Liao Fan” telah membahagikan kebaikan kepada 10 perkara. Yang pertama, sentiasa menyayangi dan menghormati orang lain. Bagaimanakah ini dapat dilaksanakan? Siapakah yang perlu kita sayangi terlebih dahulu? Siapakah yang perlu kita hormati terlebih dahulu? Kita akan mengetahui caranya melalui Di Zi Gui. Kedua, menghormati orang yang lebih tua daripada kita, menghormati ibu bapa di rumah, menghormati pengurus di syarikat. Sebagai contoh, kita menghormati pengetua di sekolah, menghormati pegawai kementerian pendidikan, kita juga perlu menghormati pemimpin kerajaan kita, jangan mengkritik sewenang-wenangnya kerana itu sikap yang tidak menghormati pemimpin kerajaan kita. Selain itu, kita juga perlu sentiasa melakukan atau memberi bantuan kepada mereka yang melakukan kebaikan. Sebenarnya kita boleh melakukannya pada bila-bila masa, sebagai contoh, apabila anda berada di pintu sekolah dan nampak seorang penjaga sedang mengutip sampah, kita boleh pergi mengutip bersama-samanya.

Page 499: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

499

Menasihati orang lain untuk melakukan kebaikan, bagaimanakah caranya? Semasa saya belajar di universiti, saya pernah mendengar satu ayat di mana saya berasa ayat tersebut amat bermakna. Ayatnya seperti ini “Dalam dunia dewasa, mereka tidak akan mendengar apa yang anda cakapkan, mereka hanya akan melihat apa yang dilakukan oleh anda”. Ini disebabkan orang dewasa lebih degil, anda tidak boleh menasihati mereka kerana mereka enggan mendengarnya, mereka ingin melihat buktinya. Jika anda hanya menasihati, mereka akan mengatakan, “Kamu tidak banyak beza dengan saya juga, kamu tidak berkelayakan untuk menasihati saya”. Oleh itu, kebanyakannya kita perlu menasihati dengan tindakan. Pada zaman San Guo terdapat seorang pembesar yang terkenal bernama Guan Ning, beliau mentadbir kawasannya dengan baik. Sebagai contoh, beliau telah ternampak seekor lembu yang telah memusnahkan sawah padi orang lain. Dengan segera, dia pergi menarik lembu itu dan membawanya untuk menunggu tuannya di bawah sepohon pokok. Apabila tuan lembu tersebut tiba dan dia melihat pegawai berada di sana dengan lembunya serta mengetahui bahawa lembunya bersalah, apakah yang akan dia rasakan? Dia berasa amat kesal dan serba salah. Adakah Guan Ning memarahinya? Tidak! Pastinya tuan tersebut berasa serba salah pada masa itu, inilah cara menasihati seseorang dengan tindakan. Pada masa itu, terdapat hanya satu perigi di kawasan pentadbirannya. Penduduknya saling bertelingkah dan bergaduh apabila ingin mengambil air. Guan Ning juga tidak memarahi mereka. Di sebaliknya, dia telah membeli banyak baldi dan pergi mengambil air di situ pada awal-awal pagi. Apabila orang ramai datang ingin mengambil air dan ternampak Guan Ning telah mengambilkan air untuk mereka, mereka berasa serba salah. Inilah cara untuk menasihati orang, dengan menyedarkan mereka. Oleh itu, memang perlu ilmu juga apabila ingin menasihati orang lain.

Baiklah, setakat sahaja untuk hari ini. Terima kasih.

Page 500: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

500

Sesi 32Sepuluh Kebaikan Dalam Empat Ajaran Liao Fan

Salam sejahtera, rakan-rakan sekalian! “Menasihati Orang Lain Berbuat Baik”, apabila kita berbuat sedemikian, keluarganya juga akan mengalami perubahan positif akibat daripada perubahan sifat individu berkenaan. Kita turut berasa gembira apabila kawan-kawan sebegini semakin ramai. Kita terasa kehidupan ini memang bermakna kerana tanggungjawab sebagai seorang kawan ditunaikan dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Sementara itu, kita juga harus mempertimbangkan sejauh manakah seseorang individu sanggup menerima nasihat kita untuk berbuat baik. Janganlah terus menetapkan matlamat yang terlalu tinggi sehingga mereka terasa sukar untuk melaksanakannya. Biarlah cara itu selesa baginya untuk dipelajari dan seterusnya dilakukannya. Jika anda terus memberitahunya harus belajar menjadi orang yang beriman dan suci, matlamat yang begitu tinggi akan menakutkannya kerana terasa matlamat itu begitu jauh sekali. Anda boleh mengajarnya bermula dari membantu adik-beradik, membantu ibu, menjadi seorang abang yang baik dan anak yang soleh.

Di bawah bangunan kami ada sebuah taman yang agak lapang dan pernah sekali saya ternampak banyak sampah yang bersepah di sana. Justeru, saya pun turun ke sana mengutip sampah bersama dengan beberapa orang budak kecil. Pada masa itu memang ada sebilangan budak di sana, manakala salah seorang budak perempuan berdiri sambil memerhatikan saya mengutip sampah. Seandainya kita seorang guru berkata kepadanya, “Adik, mari cepat kutipkan sampah ini.” Bagaimanakah perasaannya semasa mengutip? Mengutip dengan tidak rela hati. Oleh itu, saya pun terus kutip dan apabila berhampiran dengannya, saya pun berkata, “Adik, bolehkah anda tolong cikgu? Tolong cikgu kutip yang itu.” Budak ini memandang pada saya dan mengutip sampah yang pertama dan kemudiannya sampah yang kedua.

Oleh sebab di sisi saya juga ada seorang budak yang lain, semua orang mengutip dengan bersungguh-sungguh dan budak perempuan tersebut turut menyertai kami dengan rela hati. Apabila kami kehabisan beg plastik, dia berlari ke rumahnya dengan membawa satu lagi beg plastik untuk

Page 501: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

501

mengisi sampah, budak perempuan ini mengutip sampah dengan gembira sekali. Pada masa itu saya tengah berfikir, “Entah sampai bila hendak kutip, sebab saya masih ada urusan yang perlu diselesaikan sekejap nanti.” Budak tersebut sudah mengambil beg plastik yang ketiga dari rumahnya, apabila saya sedar dia teringin ambil yang keempat, saya pun berkata dengannya, “Adik, untuk hari ini, kita kutip sampai sini sahaja, cikgu sangat berterima kasih kepada anda.” Jadi, asalkan kita membimbing dan memberi galakan kepada anak untuk berbuat baik, mereka pasti dapat merasai kegembiraan hasil daripada bantuan yang dihulurkan dan pencapaian yang diperolehnya.

Jika orang lain berbuat baik, sememangnya kita patut memberi pujian dan galakan pada masa yang bersesuaian. Kemudiannya saya pun beredar pulang ke pusat kami dan kebetulan ada seorang rakan dari Xinjiang telah menghantar sebungkus kismis untuk kami. Sambil itu saya pun menyuruh seorang budak dari pusat kami membawa bungkusan kismis kepada budak perempuan itu untuk berterima kasih kepadanya dan mereka boleh berkongsi makan. Akhirnya, budak perempuan itu kemudiannya datang ke pusat kami dan bermain bersama di sana. Ini merupakan satu pertemuan yang sangat baik, sebab suatu hari nanti dia akan datang belajar di pusat kami. Ini contoh menasihati orang lain berbuat baik dengan cara yang baik. Jadi, semasa menasihat orang lain supaya berbuat baik, kita juga boleh memandang dari sudut hatinya dan sambil itu membimbing dengan sabar.

Kelima ialah “Membantu Orang Lain mengecapi apa yang disukai”. Memang tidak mudah pada zaman ini jika teringin menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik. Rakan sekalian nampak saya sudah pergi ke banyak tempat di negeri China, namun itu adalah cerita setelah sembilan bulan berada di situ, bagaimanakah keadaan sembilan bulan sebelumnya? Adakah segalanya berjalan lancar? Bolehkah kalian nampak kesukaran yang dihadapi di sebalik senyuman saya? Pada masa itu saya seorang diri dan tiada seorang pun sanak-saudara, setiap hari keluar pada awal pagi dan balik lewat ditemani sinaran bintang dan bulan. Itulah pengalaman pertama kali saya menghayati balik lewat dengan bertemankan sinaran bintang dan bulan. Bila sampai rumah sudah pukul 10 lebih dan setelah habis mengemas rumah dan menggosok baju, apabila melihat jam, baru sedar sudah pukul 12 tengah malam. Lepas itu terus baring dan tidur dengan lena sekali. Jika

Page 502: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

502

anda sekalian ada masalah tidur, satu cara yang baik ialah buat kerja secara bermatian-matian, inilah ubat yang paling mujarab.

Sepanjang tempoh berkenaan, pusat pembelajaran kami sering dikunjungi orang ramai, kemudiannya tengok kiri kanan saya berbisik dalam hati: Mana mungkin pada zaman ini buku diberi percuma, pembelajaran percuma, ini mesti ada motifnya. Mereka memang tidak percaya dan memang tidak pernah jumpa perkara macam ini. Jadi ramai yang meragui tentang kami, namun begitu kami tetap mengalu-alukan kunjungan dan pemerhatian yang dibuat oleh orang ramai.

Kami tidak takut kalau mereka tidak datang, sekali datang mereka akan memahami dan berdamping dengan apa yang kami buat. Pada zaman sekarang memang tidak mudah untuk berbuat baik. Jadi, apabila kita nampak orang lain berbuat baik, kita harus menghulurkan tangan untuk membantu dengan sedaya-upaya. Biarpun hanya sepatah dua kata-kata pujian, saya percaya ia mampu memberi dorongan kepada mereka. Jadi, janganlah kedekut dengan kata-kata pujian dan dorongan. Ini juga satu cara membantu orang lain yang sedang membuat sesuatu perkara baik.

Encik Han Yu pernah berkata, “Nasihat kepada orang lain dari semasa ke semasa boleh dibuat secara lisan dari mulut ke mulut; Nasihat untuk generasi ratusan tahun kemudian harus dicatatkan dalam buku.” Dengan cara begini, nasihat boleh diturunkan untuk dimanfaatkan kepada generasi kemudian melalui buku yang merekodkan segala pengalaman dan kebijaksanaan diri kita.

Encik Yuan Liao Fan telah menulis buku “Empat Ajaran Liao Fan”, buku ini bukan hanya memanfaatkan anak-cucu dan generasi barunya, bahkan insan yang kebetulan membaca buku tersebut turut menerima manfaat daripadanya. Sungguhpun demikian, apabila kita berhajat “Memberi nasihat kepada generasi kemudian melalui buku”, buku tersebut tidak boleh ditulis dengan sesuka hati.

Falsafah tradisi Cina mementingkan tiga perkara yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, dan harus dilakukan mengikut urutan yang

Page 503: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

503

betul, iaitu beriman dan bertatasusila, menabur bakti dan meninggalkan nasihat serta pengalaman. Seandainya seseorang itu meninggalkan nasihat dan pengalaman sebelum membangunkan tatasusila diri, semua yang disampaikan itu angin sahaja dan tanpa pengalaman yang sebenar.

Apabila seseorang beriman dan bertatasusila, dia perlu mempraktiskan keimanan yang dia ada supaya lebih tahu bersosial dan berkomunikasi dengan orang lain, seterusnya berbakti untuk masyarakat. Kemudian dia berkongsi pengalamannya dengan orang ramai tentang caranya mempelajari ilmu sehingga menjadi insan yang beriman dan membangunkan kerjayanya. Inilah yang dimaksudkan dengan perkongsian pengalaman secara nasihat. Misalnya pada zaman Dinasti Qing, seorang menterinya Encik Zheng Guofan merupakan tokoh yang benar-benar menjadi teladan untuk generasi kemudian dari segi sifat murni dan etika yang dimiliki. Penulisan peninggalan beliau turut dimanfaatkan oleh pembaca-pembacanya melalui nasihat-nasihatnya yang membina dan positif.

Bantuan kecemasan tidak boleh dilengahkan, memanggil bantuan daripada 110 atau 119 mesti dilakukan apabila kita nampak mangsa cedera teruk di jalanraya, ini tindakan penting untuk mangsa kritikal biarpun dalam masa satu saat. Kami pernah menerima mesej daripada seorang insan yang telah membaca esei guru kita, dia berkongsi pengalaman bahawa pada asalnya dia berniat membunuh diri. Namun niat buruk tersebut berjaya dipatahkan dan emosinya menjadi tenang setelah membaca esei guru kita.

Pada zaman sekarang, penyakit apakah yang paling memudaratkan mental dan fizikal manusia? Ya, penyakit kemurungan. Khabarnya profesyen perguruan antara yang tinggi kadarnya menghidapi penyakit ini. Saya boleh faham kerana profesyen perguruan amat tinggi tekanannya kerana perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan dan pelbagai segi di kalangan anak-anak muridnya. Justeru, guru juga harus banyak belajar dan rajin mengejar ilmu, barulah mereka jelas dan faham prinsip dan kebenaran hidup. Jika tidak, mereka mudah cepat marah, tidak berpuas hati dan murung. Oleh itu, seandainya kata-kata nasihat kita mampu membantu mereka yang berpenyakit kemurungan membuka hati mereka dan faham tentang kebenaran hidup, ini juga satu cara bantuan kecemasan.

Page 504: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

504

Saya masih ingat, pernah sekali pada hari ke-lima, hari terakhir saya berceramah di Pulau Qin Huang, China, ketika kami akan beredar dari situ, seorang wanita dengan emosi yang agak tidak menentu menghentikan kereta kami, sambil berkata, “Cikgu Tsai, sebenarnya saya sudah mengambil keputusan hendak membunuh diri, namun setelah menghadiri kursus anda selama lima hari………” Sebenarnya, semasa dia meluahkan kata-kata tersebut air matanya berlinangan. Saya juga menangis kerana kami benar-benar terharu dengan keihklasannya. Wanita itu berkata, “Setelah kursus lima hari, saya sudah menemui matlamat kehidupan, saya akan melalui kehidupan dengan ini dengan baik pada hari-hari yang akan datang.” Apabila kita menyedari bahawa kepentingan tentang falsafah tradisi untuk orang zaman sekarang tidak boleh dilengahkan lagi, dan melalui kesedaran dan kefahaman ini, maka kita pun tidak akan berlengah atas daya penggerak tersebut.

Oleh itu, ramai kawan dan guru bertanyakan kepada saya, “Cikgu Tsai, anda tidak terasa penat? Tidak terasa teringin berhenti dari misi ini? Bagaimana cikgu lakukannya?” Saya pun memberitahunya, “Mudah sahaja, jika seorang tua berumur 80 tahun membongkok pada anda, maka anda tidak terasa hendak berhenti dari misi ini”. Beliau tidak faham, saya memberitahunya lagi, “Semasa kursus di Gunung Tian Mu, di Hang Zhou, pada hari ketiga, semasa kami beredar dari dewan makan, ada seorang tua berumur 80 tahun yang mungkin sudah lama menunggu di sana terus membongkok di hadapan kami. Apabila melihat perbuatan beliau, saya pun pantas-pantas menahannya dari menghormati kami demikian rupa dan memberitahunya jangan berbuat begitu.

Orang tua itu pun bangun dan berkata, “Cikgu Tsai, ada dua perkara yang anda mesti berjanji dengan saya, pertama kami di Xinjiang tidak berpeluang mempelajari falsafah tradisi orang-orang bijaksana zaman dahulu, jadi anda mesti mengadakan kursus sedemikian di Xinjiang.” Orang tua ini sudah berumur 80-an dan anak-anaknya mengajar di universiti, jadi, demi siapakah beliau menyuarakan permintaan tersebut? Untuk generasi akan datang dan penduduk-penduduk setempat itu. Tindakan orang tua ini telah mendidik kami semua guru yang menyertai kursus tersebut, kemuliaannya untuk kepentingan orang ramai menjadi teladan baik untuk

Page 505: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

505

kami.

Ramai antara guru dan sukarelawan yang berkhidmat di Gunung Tian Mu menangis terharu pada hari terakhir kursus diadakan. Memang amat menyentuh perasaan sekali dan kami menyedari misi yang ditanggung semakin berat. Biarpun berat, namun bila dipikul, tidak terasa berat pula, kerana kami semakin kuat dan gagah. Sebab kami sentiasa di rahmati dan mendapat sokongan. Kami yakin bahawa “Sifat asal setiap insan itu sememangnya baik dan suci.” Mereka pasti akan sedar diri. Orang tua itu pun memberitahu kami perkara kedua iaitu kami mesti mengirim kepadanya satu set DVD yang merekodkan kursus di Gunung Tian Mu. Sifat rajin mengejar ilmu orang tua tersebut amat mengharukan dan merupakan contoh yang baik untuk kami pelajari. Oleh itu saya pun memberitahu rakan-rakan bahawa keikhlasan yang suci daripada orang tua itu harus dikenang dan dipahat dalam jiwa.

Dengan cara begini, saya yakin anda tidak akan malas ataupun kehilangan semangat pada misi yang dipikul. Semua yang kita usahakan merupakan tanggungjawab kita dan pengakuan serta penghormatan daripada orang ramai harus diingati, malahan terus memajukan diri dari segi tatasusila dan budi pekerti serta berbakti untuk orang ramai merupakan cara terbaik bagi membalas kasih sayang dan doa mereka yang menyayangi kita.

Keenam-enam perkara tadi berkaitan dengan orang. Perkara ketujuh ialah “Pembangunan untuk kepentingan umum”, kelapan ialah “Bersedekah dan beramal untuk membuat pahala”, kesembilan ialah “Membantu dan menyokong segala perkara yang baik” dan akhir sekali ialah “Menyayangi setiap benda dan makhluk yang bernyawa”.

Mari kita lihat perkara ke-7, “Pembangunan untuk kepentingan umum”. Pada zaman dahulu, mereka yang berhati mulia banyak membuat jambatan dan memperbaiki jalan untuk kepentingan orang lain. Zaman sekarang pula kita kurang berpeluang membuat jambatan dan membaiki jalan, sebab semua kerja ini sudah ditanggung oleh pihak kerajaan. Sebenarnya masih ada banyak ruang untuk kita berbakti, misalnya bagi jalan raya yang sudah

Page 506: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

506

berlubang dengan teruk, kita boleh mengambil inisiatif menghubungi pihak berkuasa untuk membaikinya. Apakah yang bakal berlaku apabila jalan raya berlubang besar? Ya, jika kebetulan seorang tengah mabuk teruk dan memandu laju lalu menempuh lubang besar itu, pemandu itu mungkin tercampak jauh.

Dari sini kita mungkin terfikir orang lain yang kurang bernasib baik mungkin ditimpa kemalangan jika tidak ada sesiapa yang mengambil tindakan. Hati yang baik sebegini memang patut dihargai. Selain itu, jika pada hari ini anda sedang memandu dan ternampak satu batu besar menghalang di tengah jalan raya, apakah yang akan anda lakukan? Mengalihkannya dengan segera. Tindakan anda mungkin telah menyelamatkan sebuah keluarga, memang ada kemungkinannya. Jadi, memang penting sekali berhati baik yang sentiasa bertimbang rasa untuk kepentingan orang lain. Oleh itu “Pembangunan untuk kepentingan umum” khususnya merupakan perkara yang memberi manfaat kepada orang lain, kita boleh berusaha melakukannya di mana jua mengikut keadaan semasa. Andai kata semasa anda berada di lebuh raya dan ternampak ketulan batu besar di sana, adakah anda akan berhenti kereta untuk mengalihkannya? Seharusnya menghubungi pihak berkenaan dengan segera. Sebab terlalu berbahaya memberhentikan kereta untuk mengalihkan batu itu. Kita harus cekap bertindak bersesuaian dengan keadaan semasa. Semasa di Hai Kou, Hainan, saya selalu nampak banyak batu besar di atas jalanraya, ini disebabkan ramai pekerja sambilan menunggu diupah untuk bekerja, kadang-kadang mereka berkumpul sambil berbual di tepi jalan. Batu-batu ini senang dilihat pada waktu siang berbanding waktu malam.

Kadang-kadang kita melalui tapak pembinaan, tiba-tiba sebatang kayu buluh yang menonjol keluar dan amat berbahaya sekali. Apabila kita bertemu dengan keadaan sedemikian, cuba cari kain merah dan ikat pada kayu buluh itu. Cara berbuat baik mengikut keadaan semasa dan peluang yang ada memang merupakan suatu perkara yang sangat menggembirakan.

“Bersedekah dan beramal untuk membuat pahala”, bersedekah bukan sekadar dari segi wang ringgit dan harta-benda, kita juga boleh menggunakan tenaga ataupun pengalaman diri untuk membantu mereka yang perlu. Memang sekarang ini, ramai sukarelawan berbakti dan memberi sumbangan

Page 507: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

507

dengan tulang empat kerat mereka. Sebenarnya bersedekah dengan wang ringgit lebih mudah, jadi memang lebih mudah jika kita menyuruh orang bersedekah 100, 200 ringgit, sebaliknya jika disuruh meluangkan masa tiga jam untuk berkhidmat untuk orang lain, ini mungkin sukar untuk dilakukan. Jadi, perkara baik yang dilakukan ada yang sukar dan ada yang mudah untuk dilaksanakan, namun ia tetap dilaksanakan biarpun sudah mengetahui ia satu perkara yang sukar, maka pahala yang bakal diperolehi jauh lebih besar.

Akhir sekali, “Membantu dan menyokong perkara yang baik.” Rakan-rakan sekalian, apa yang anda sekalian lakukan di sini sekarang ialah “Membantu dan menyokong perkara yang baik.” Cara anda sekalian memandang pada saya memang baik dan membolehkan saya penuh dengan inspirasi, jika tidak ia akan merosakkan keadaan sebab hati saya juga mudah tersentuh. Selain itu, ada juga rakan yang pernah menghadiri kursus ini serta bermanfaat kepadanya, kemudiannya dia pun membawa rakan-rakannya hadir bersama, tindakan sedemikian juga boleh disifatkan sebagai “Membantu dan menyokong perkara yang baik.” Ada juga ibu-ibu yang membawa anaknya menghadiri kelas kami kerana dia percaya bahawa suaminya juga akan senang hati tentang keputusannya, kerana anaknya berpeluang mempelajari perkara yang baik. Berapa generasi keluarga ini akan berkembang maju? Beberapa generasi! Inilah semuanya “Membantu dan menyokong perkara yang baik.” Ramai pemuda-pemudi di Tainan, Taiwan telah mengambil keputusan untuk membantu menyebarkan falsafah tradisi dan memang perlu kita menyokong dan membantu mereka dengan sebaik-baiknya. Maka mereka akan mengendalikan kelas pembelajaran falsafah tradisi dengan bertambah baik, tidak terkira banyaknya pahala yang mereka terima.

Akhir sekali ialah “Menyayangi setiap benda dan makhluk yang bernyawa.” Kita patut menghargai setiap benda, janganlah membazir makanan dan sentiasa beringat bahawa setiap bubur dan nasi merupakan hasil titik peluh dan bukan mudah untuk memperolehnya. Kita juga harus menghargai setiap ciptaan Tuhan yang bernyawa. Di Australia, semasa pembukaan jalan raya dan sebelum menebang pokok, mereka terlebih dahulu akan mempastikan tiada sarang burung atas pokok. Seandainya sudah ada burung bersarang di sana, projek pembinaan akan diberhentikan sehingga

Page 508: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

508

musim pembiakan burung berlalu dan mereka hanya akan mulakan kerja selepas burung beredar dari sarangnya.

Mampukah kita berbuat sedemikian? Orang Australia sangat baik dan mesra, semasa kami berada di Australia, kami saling bertegur-sapa dan bersalam-salaman, mereka sangat baik hati. Oleh sebab kebaikan hati orangnya, keadaan sekitar aman dan damai tanpa bencana alam. Jadi sayur-sayuran yang ditanam di Australia begitu subur sekali. Memang benar bahawa apabila kita sebagai manusia menghormati setiap nyawa dan benda, kita pasti akan diberi ganjaran yang amat lumayan.

Bai Juyi, seorang penyajak terkenal zaman dahulu telah meninggalkan satu sajak yang menyampaikan mesej nasihat kepada kita agar menyayangi binatang dan menghargai setiap nyawa. Sajak tersebut menyampaikan pesanan jangan sesekali menganggap nyawa binatang itu tidak berharga, mereka juga berdarah daging dan berkulit, janganlah mencederakan burung-burung di atas pokok, sebab anak-anak burung sedang menunggu kepulangan ibunya. Kita harus prihatin dan menyayangi binatang kecil dengan empati kita. Namun, sekarang ada orang yang sengaja menangkap burung liar untuk dijual kepada kanak-kanak. Patutkah kita membeli daripadanya? Lebih baik jangan beli, semakin banyak yang kita beli semakin banyak yang dia akan tangkap. Apa akan berlaku apabila kita tidak melangganinya, apakah tujuan sebenarnya? Mencari wang. Apabila jualannya tidak laku maka dia pun tidak akan pergi menangkap burung lagi.

Senangkah untuk kita memelihara burung liar itu? Sukar sebenarnya untuk pelihara mereka hidup dengan baik. Jadi kita harus mendidik anak kita sejak kecil lagi supaya tidak membeli binatang sebegini dan kesannya akan mengurangkan pemburuan dan penangkapan binatang liar. Anak-anak binatang liar ini tidak akan dipisahkan daripada peliharaan ibu bapa mereka. Secara tidak langsung kebaikan hati anak pun terdidik dan terpelihara sejak kecil lagi. Kesemua inilah 10 kebaikan utama.

Dengan itu kita pun tahu bagaimana untuk menjustifikasi apa yang baik dan kebajikan yang boleh dilakukan. Kita harus sentiasa beringat bahawa “Ikutilah tabiat orang yang selalu membuat kebajikan. Walaupun

Page 509: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

509

kita masih jauh ketinggalan, kalau bertekun mencuba, kita akan sampai ke tahap itu juga.” Dalam proses membuat kebajikan, suatu perkara penting yang harus diingati ialah “Apabila berhadapan dengan kebajikan yang perlu dilaksanakan, rebutlah peluang tersebut biarpun guru kita juga teringin melaksanakannya.” Janganlah ketinggalan sebarang peluang untuk membuat kebajikan yang ada. Kita patut meneladani orang-orang zaman dahulu yang beriman malahan bercita-cita melangkaui pencapaian mereka. Keazaman sedemikian bukan bersifat angkuh, sebab kalau kita pertimbangkan secara halus, andai kata anda bergelar ibu bapa pada masa ini dan anak berkata, “Ayah, saya tidak mungkin melangkaui pencapaian anda sepanjang umur saya ini.” Adakah anda gembira setelah mendengar ucapan sedemikian? Anda mungkin menjawab, “Ayah sudah berkongsi dengan kamu segala pengalaman yang ayah tahu, ketika ayah pada umur kamu, ayah serba tidak tahu dan kamu pula pada usia ini sudah tahu segala pengalaman ayah, tapi kamu masih berkata tidak teringin melangkaui pencapaian ayah!”

Bagaimanakah perasaan si ayah tersebut? Sangat dukacita. Andai kata setiap orang yang mempelajari falsafah tradisi orang bijaksana ini mengatakan bahawa mereka tidak mampu melakukan semua ajaran daripada falsafah tradisi tidak seperti mereka orang yang suci dan beriman, maka sia-sialah ilmu yang mereka terima. Oleh yang demikian, bagi kita semua yang mengejar ilmu harus bercita-cita tinggi, sama seperti kita yang mendidik di sekolah, apabila kita menyaksikan pelajar yang cemerlang makin hari bertambah maju, kita juga menyimpan harapan agar pencapaian mereka kelak jauh lebih cemerlang daripada kita dan turut bergembira dengan kejayaan mereka.

Rakan-rakan sekalian, anda semua telah dipertemukan dengan guru-guru yang baik-baik belaka, maka hargailah didikan falsafah tradisi. Oleh itu tatasusila dan kebajikan yang kita lakukan seharusnya melangkaui pencapaian guru dan barulah guru akan tumpang gembira atas pencapaian kita.

Jadi, “Penetapan matlamat dan cita-cita penting semasa mengejar ilmu.” Matlamat dan cita-cita yang ditetapkan sejak permulaan janganlah terlalu rendah. Didikan dan bimbingan guru untuk kita merupakan semua

Page 510: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

510

intipati terbaik dari pengalamannya dan saya mempunyai penghayatan yang mendalam tentang perkara ini. Asalkan kita berpegang teguh pada prinsip dengar dan patuhi segala yang diajar guru dengan sejujur-jujurnya, maka “walaupun kita masih jauh ketinggalan kalau bertekun mencuba, kita akan sampai ke tahap itu juga.” Ayat seterusnya, “Ambil iktibar daripada kesalahan orang lain, sekiranya kita telah membuat kesalahan yang sama, insaflah. Jika tidak, berhati-hatilah supaya kita tidak terjerumus sama ”.

Apabila kita ternampak kesalahan orang lain, janganlah kita terus mengkritik sebaliknya kita harus menginsafi terlebih dahulu sama ada kita juga membuat kesalahan yang sama. Jika ada, sedarlah dan tidak mengulangi kesalahan itu lagi; Kalau tidak, bagus sekali dan terus berhati-hati supaya tidak terjerumus. Cikgu Li Bing Nan pernah berkata, “Apabila nampak orang lain membuat kebajikan, jangan dengki malahan turut bergembira dan syukur atas amalannya; Apabila nampak kesalahan dan kejahatan orang lain, jangan mengkritik, sebaliknya harus nasihatinya atau berdiam diri sementara waktu sebelum masa yang sesuai untuk memberi nasihat. Apabila nampak orang salah laku dan kesalahan itu berlaku kebetulan, janganlah marah sebaliknya hulurkan bantuan”. Kata-kata Cikgu Li penuh dengan kebijaksanaan dan kita akan semakin maju apabila kata-kata hikmah beliau digunakan untuk memperbetulkan diri pada setiap hari. Jadi, janganlah kita rasa dengki apabila nampak orang lain membuat kebajikan malahan harus membantunya.

Kritikan yang disuarakan semasa kita nampak orang lain membuat salah akan mengeruhkan suasana keharmonian sesama manusia, jadi apa yang harus dilakukan ialah memberi nasihat atau berdiam diri sementara waktu sebelum masa yang sesuai untuk memberi nasihat. Mengapa begitu caranya? Sebab selagi masa itu tidak sesuai untuk memberi nasihat, kepercayaannya terhadap kita memang kurang, jika kita berkeras untuk memberi nasihat, dia mungkin terasa kita mencari masalah dengannya ataupun memfitnahnya, memang tidak baik kalau salah faham sebegini berlaku.

Sebelum ini kita pernah menyentuh bahawa sebelum memberi nasihat kepada orang lain, kepercayaan harus dibina terlebih dahulu. Buku Lun

Page 511: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

511

Yu menyatakan bahawa “Budiman memberi nasihat selepas memperoleh kepercayaan daripada orang lain.” Sebelum kepercayaan dibina, pihak berkenaan akan ingat kita ingin memfitnahnya. Memang tidak baik jika perkara sebegini berlaku kerana ia akan mencetuskan salah faham daripadanya. “Nampak orang lain berbuat salah.” Kesilapan sudah berlaku pada ketika itu, bagaimanakah respon orang pada kebiasaannya? Apa awak ini? Anak menjatuhkan piring secara tidak sengaja, anda pun melenting macam senapang M16 tanpa berhenti, bagaimanakah perasaan anak ketika itu? Bertambah menyesal. Kalau anda masih mampu tenangkan hati, maka si anak pasti boleh merasai sifat baik dan budi pekerti ibu bapanya. Apabila si anak dan ibu bapa bersama-sama membersihkan keadaan yang bersepah, hati kecil anak pasti terharu sekali.

Jika dilihat secara mendalam lagi, mengapakah kesalahan sebegini boleh berlaku pada hari ini? Mari kita bersama-sama mempertimbangkannya. Suatu kesilapan mampu menolong meningkatkan keupayaan seseorang dari segi menangani tugasan yang diberikan dan menjadi seorang yang lebih baik. Jika inilah niat dalam hati kita, maka pergaulan kita dengan orang lain bertambah harmoni. Janganlah membiarkan hati kita menyimpan segala sifat buruk dan kesalahan orang lain, ia umpama menyimpan sampah dalam hati kita yang suci murni. Pernah ada seorang rakan menyatakan bahawa memang sukar untuk membuat tidak endah pada sifat buruk dan kesalahan orang lain.

Justeru ,beliau pun meminta nasihat daripada Master Chin Kung dan beliau diberi satu petua yang sangat baik sekali, Master Chin Kung berkata, “Lain kali apabila anda nampak kesalahan orang lain, maka anda harus berkata semuanya salah daripada diri saya.” Mengapakah begitu caranya? Andaikata anda nampak anak anda nakal, anda pun berkata, “Ini salah saya sebab dia tidak dididik dengan baik.” Maka anda akan mendidik anak secara baik dengan serta-merta! Apabila nampak isteri tidak baik, anda pun berkata, “Semua salah saya, saya tidak mempengaruhi isteri dengan tatasusila dan budi pekerti diri.” Jika nampak orang lain tidak menjaga kebersihan di tempat awam, anda berkata, “Salah saya ini sebab saya tidak menjadi teladan baik untuknya.” Apabila setiap orang menyedari tanggungjawab masing-masing pada setiap masa, maka dia tidak akan membuang masa untuk mengkritik

Page 512: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

512

orang lain. Jadi saya juga dapati cara tersebut amat unik dan bermanfaat.

Jadi, dari sudut “Ambil iktibar daripada kesalahan orang lain” boleh membantu kita “Insaf, sekiranya kita membuat kesalahan yang sama. Jika tidak, berhati-hati supaya diri kita tidak terjerumus sama”. Maka, memperbetulkan kesalahan diri juga merupakan satu ilmu yang sangat penting. Oleh itu, dalam buku Encik Liao Fan (Empat Ajaran Liao Fan) menyatakan bahawa “Sebelum membuat kebajikan, perbetulkan kesalahan diri terlebih dahulu”. Seandainya kita enggan memperbetulkan kesalahan sendiri, biarpun anda telah membuat kebajikan pada hari ini dan kebajikan tersebut diibaratkan sebagai air. Air dituang ke dalam tong besar, namun disebabkan kesalahan yang dibuat masih belum diperbetulkan, dan kesalahan tersebut umpama lubang-lubang bocor di bawah tong itu, biarpun anda terus mengisikan tong dengan air, apakah yang berlaku? Air itu terbazir begitu sahaja kerana kebocoran. Jadi, setelah lubang-lubang tersebut ditampal dan diperbaiki, maka semakin banyaklah pahala yang terkumpul daripada kebajikan yang dibuat.

Untuk memperbetulkan kesalahan diri, terlebih dahulu kita harus mengambil iktibar dan berazam dengan tiga keazaman, pertama keazaman mempunyai perasaan malu, kedua keazaman mempunyai perasaan takut dan ketiga mempunyai perasaan berani. Mengapakah kita harus mempunyai perasaan malu? Kerana setiap orang sangat berpotensi tinggi dan berpeluang menjadi orang yang suci dan beriman melalui membangunkan keimanan yang tinggi pada diri. Justeru itu, Meng Zi turut memberi galakan kepada kita semua bahawa semua orang yang berpeluang menjadi orang yang suci dan beriman asalkan berazam dan tekun meningkatkan keimanan diri.

Memang tidak mudah untuk dilahirkan sebagai seorang insan, dan atas kesukaran ini kita seharusnya mengambil iktibar menjadi seorang insan yang sebaik-baiknya. Oleh yang demikian kita harus mempamerkan keimanan dengan tatasusila dan perilaku yang sebaik-baiknya dengan meneladani kebesaran hati bumi pertiwi yang menanggung, memelihara dan menerima secara adil segala hidupan dan mahluk bernyawa yang hidup di atas muka bumi ini. Sungguhpun kita melepaskan sisa pembuangan yang paling jijik di atas muka bumi, namun pada akhirnya bumi mampu mentransformasikan

Page 513: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

513

menjadi zat yang berguna untuk kita; Sama seperti ibu kita, biarpun ibu membersihkan segala berak dan kencing kita semasa kita kecil, namun ibu tetap memberi pengorbanannya terhadap anak tanpa berbelah bahagi. Jadi “Bumi ibarat ibu, manakala langit ibarat ayah.” Kita harus meneladani sifat kesucian dan kemulian bumi dan langit dengan mempamerkan keimanan diri yang tinggi.

Rakan-rakan sekalian, berapakah kadar bilangan hidupan yang lain berbanding dengan manusia? Dengan bilangan satu spesis semut yang tertentu di sesebuah hutan asli, adakah anda percaya bahawa jumlah bilangannya jauh lebih banyak daripada manusia di atas muka bumi ini? Cuba anda lihat pada satu sarang semut, berapa ekor semut yang menghuni di dalamnya? Apatah lagi jumlah semut yang berhabitat di dalam seluruh hutan asli. Janganlah mensia-siakan hidup dengan badan bergelar manusia ini.

Oleh yang demikian, mereka mampu menjadi orang suci yang tinggi imannya. Kita jangan mensia-siakan kehidupan tanpa sebarang sumbangan dan bakti, lebih-lebih lagi menjadi beban dan tanggungan kepada masyarakat dan keluarga, ini sangat memalukan. Meng Zi juga mengatakan memang penting sekali untuk seseorang itu mempunyai perasaan malu, kerana tanpa perasaan malu, seseorang itu mungkin bersikap dan berperangai seperti haiwan. Jadi tahu malu sangat penting untuk menentukan sama seseorang itu mencapai kemajuan dari segi kemuliaan atau tidak.

Kedua ialah “Mempunyai perasaan takut”. Tuhan itu Maha Tahu, janganlah ingat kita boleh menutup atau bersembunyi di tempat paling selamat, sebaliknya ini satu tindakan yang cuba membohongi diri sendiri. Semakin lama kita mengenali seseorang, lama-kelamaan tembelang kita akan dilihat orang dan segala yang dilakukan memang tidak berbaloi sama sekali. Namun, memang tidak terlambat untuk seseorang yang sanggup mengakui kesalahan, insaf dan bertaubat. Jika seseorang itu pernah berbuat jahat dan insaf serta bertaubat kepada Tuhan terhadap segala kejahatan sepanjang hayatnya, ia tetap boleh menghembuskan nafas yang terakhir secara baik sebab Tuhan itu Maha Pengampun dan Penyayang. Jadi memang penting sekali untuk seseorang itu menyesal dan insaf akan segala dosanya. Asalkan

Page 514: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

514

kita mengambil iktibar, bermula saat ini berusaha menjadi anak murid yang baik dalam mempelajari falsafah tradisi orang bijaksana zaman dahulu, biar apapun jenis dosa yang dilakukan pada masa yang lepas, kesemuanya boleh diperbetulkan semula dan memenangi penghormatan daripada orang lain. “Kehidupan ini satu kefanaan”, kita tidak mampu meramalkan berapa lamakah tubuh badan ini akan bersama kita. Oleh itu membaiki kesalahan diri tidak boleh dilengah-lengahkan. Apabila riwayat hidup kita tamat, memang tiada peluang lagi untuk memperbetulkan kesalahan diri malahan meninggalkan nama buruk yang menyebabkan anak cucu terpaksa menanggung malu atas kejahatan kita. Akhir sekali “mempunyai sifat berani”, kita harus ada keberanian menangani tabiat jahat diri sendiri. Saya masih ingat dengan jelas pada kali pertama perbualan saya dengan Pak Cik Lu, dalam perbualan selama lebih kurang dua jam tersebut, salah satu ayat yang meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa saya, beliau berkata, “Kita jangan sesekali berlembut hati terhadap diri sendiri, sebaliknya kita harus baik hati terhadap orang lain”. Madah indah yang dijelaskan oleh Pak Cik Lu sama ertinya dengan ajaran orang-orang bijaksana dan beriman pada zaman dahulu iaitu “Tegas untuk mendisplinkan diri sendiri, bertoleransi terhadap orang lain”. Namun kata-kata Pak Cik Lu memberi ingatan mendalam kepada saya. Jadi, bagaimanakah caranya anda menangani tabiat buruk pada masa hadapan kelak? Maksudnya beliau mengajar kita jangan sesekali berundur dan mengalah pada tabiat buruk diri sendiri.

Ayat tersebut mengingatkan saya tentang satu cerita sejarah. Iaitu semasa Zaman Tiga Negara, semasa Jeneral Zhao Zilong menyelamatkan Raja Ah Dou, beliau mengikat Ah Dou pada dadanya dan pada masa itu dia dikepong oleh beribu musuh, apakah niat yang dia ada pada masa itu? Dia merempuh keluar dan melindungi Ah Dou dengan baik. Jadi, pada masa ini kita harus mempertingkatkan pengetahuan dan ilmu, malah berjiwa seperti Zhao Zilong.

Banyakkah kerisauan dan tabiat buruk yang ada dalam diri sejak dulu lagi. Memang banyak sekali seperti ratusan ribu angkatan musuh yang ingin merempuh masuk. Pada masa ini jangan sesekali rasa gentar dan ingin berundur, sebab biarpun sedikit keraguan muncul, pada asalnya anda sudah melangkah keluar lima langkah, apa pula yang berlaku kemudiannya?

Page 515: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

515

Berundur puluhan langkah pula, ini akan menyebabkan anda kecewa dan tertekan! Jadi, jangan sesekali terfikir untuk berundur dan seharusnya percaya bahawa anda juga mampu menyelamatkan Ah Dou.

Rakan-rakan sekalian, siapakah itu Ah Dou? Pernah sekali saya bertanya soalan yang sama semasa kursus? Ada yang memberi jawapan Ah Dou ialah anak lelaki Liu Bei. Ini hanya satu perumpamaan, kita harus memelihara kesucian dan kebaikan hati kita agar ia boleh dimaju dan diperkembangkan. Kesemua ini memerlukan keberanian dan tidak boleh menjadi penakut.

Buku “Empat Nasihat Daripada Liao Fan”, ada menyatakan bahawa apabila kita ingin menangani tabiat buruk, kita harus bertindak pantas sama seperti apabila jari kita digigit ular berbisa, adakah anda teragak-agak ketika jari anda dipatuk ular? Adakah anda ragu-ragu sama ada hendak memperbaiki tabiat buruk diri atau tidak? Jika asyik tidak tentu hala ke sana ke sini, anda mungkin kehilangan nyawa kerana sudah terlambat untuk diselamatkan, sebaliknya harus keluarkan pisau untuk memotong jari anda dengan serta-merta. Itulah ibarat dan perumpamaan yang digunakan untuk menangani segala tabiat buruk kita, langsung tidak diberi sedikit peluang pun untuknya menjalar.

Bagaimana pula apabila muncul niat untuk melakukan tabiat buruk? Perbetulkannya. Bagaimana untuk membetulkannya? Saya tahu anda semua sudah ada jawapannya, gunakan kata-kata suci dalam ajaran kitab untuk mengingatkan diri kita. Apabila kita terasa naik darah, dengan serta-merta kita harus teringat dengan ayat “Kemarahan menggagalkan kewarasan berfikir”, ataupun “Sekiranya tutur kata dan bahasa sewaktu bersama dijaga dengan rapi, nescaya masalah tidak akan timbul”. Tahukah anda petua yang saya gunakan? Bagus, bagus anda semua tahu.

Kita telah menyentuh tentang “Ambil iktibar daripada kesalahan orang lain, sekiranya kita telah membuat kesalahan yang sama, insaflah. Jika tidak, berhati-hatilah supaya kita tidak sama terjerumus.” Jadi kita harus mempunyai keberanian untuk membaiki diri dan tahu cara-cara untuk memperbetulkan kesalahan. Memperbetulkan kesalahan diri boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu memperbetulkan kesalahan diri

Page 516: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

516

melalui perkara yang disalahlakukan, memperbetulkan kesalahan diri dari segi kebenaran sesuatu hal dan memperbetulkan kesalahan diri melalui hati sendiri.

Katakan ada sepohon pokok berbisa, untuk memperbetulkan dari hati, pokok berbisa itu harus dibuang dari akar umbinya iaitu kesalahan itu diperbetulkan dari pangkal akar umbinya. Jadi, bagi seseorang yang benar-benar ingin mencapai kemajuan keimanan diri, dia akan sentiasa berwaspada dengan setiap niat dan fikiran yang bermain di hati. Apabila dia menyedari niat dan fikiran itu sudah berpesong dari halu tuju kemajuan keimanannya, dia akan memperbetulkannya dengan serta-merta dan tidak membenarkan diri berbahasa dan berperilaku yang jauh terpesong dari keimanan, inilah orang yang pandai memperbaiki kesalahan diri. Mari kita lihat ayat yang seterusnya. Mari kita sama-sama membacakannya: “Sekiranya keperibadian, tingkah laku, budi pekerti, kepintaran dan kecekapan kita tidak sebaik orang lain atau belum sampai ke tahap yang baik, bertekunlah untuk mencapainya. Sekiranya pakaian, makanan dan minuman kita tidak sebaik orang lain, janganlah berasa malu atau segan.”

Sekiranya keperibadian, tingkah laku, budi pekerti, kepintaran dan kecekapan kita tidak sebaik orang lain atau belum sampai ke tahap yang baik, bertekunlah untuk mencapainya. Oleh yang demikian, apabila didikan ibu bapa memberi prioriti kepada keperibadian dan tatasusila anaknya, maka mereka akan membangunkan nilai kehidupan yang betul untuk anak.

“Sekiranya pakaian, makanan dan minuman kita tidak sebaik orang lain, janganlah berasa malu atau segan.” Hal ini mengajar kita sedar bahawa kehidupan ini bukan semata-mata asyik mengejar kebendaan dan nikmat hidup dan keseronokan. Seandainya seseorang ibu bapa meletakkan “wang ringgit” di tempat paling utama, bagaimana pula anak yang dididiknya? Mengutamakan wang ringgit! Menitikberatkan keuntungan dan memandang ringan terhadap perkara-perkara baik yang wajib dan perlu dilakukan. Maka dengan siapakah si anak ini akan berebut wang ringgit kelak? Memang benar! Manusia yang merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.

Mari kita sama-sama fikirkan secara mendalam, adakah kehidupan

Page 517: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

517

itu dikira baik apabila sudah memperoleh segala nikmat kebendaan, makan minum, pakaian malah tempat tinggal diri kita? Andai kata seseorang itu mengejar nikmat kebendaan sepanjang kehidupannya dan kemudiannya dia sememangnya rasa gembira, maka saya tiada sebarang komen tentangnya dan saya akan menyetujuinya dan memberi dorongan kepadanya.

Namun, persoalannya ini bukan jawapannya. Orang yang mengejar kebendaan dengan sepenuhnya akan terasa kekosongan jiwa dan asyik membuat perbandingan dan pertandingan dengan orang lain. Dia akan terasa tidak sedap hati sekali apabila nampak orang berkereta baru lagi, inilah yang dikatakan mencari masalah untuk sendiri.

Oleh itu saya akan memberitahu mereka, saya bertanya, “Berapa lamakah kegembiraan itu akan bertahan setelah membeli sehelai baju yang sangat mahal?”satu minit, tidaklah seteruk itu! Kegembiraan itu bertahan tiga hari. Tetapi kad kredit yang digunakan sudah menghabiskan separuh daripada gaji untuk bulan berkenaan. Oleh yang demikian, bergembira tiga hari dan kemudiannya berapa lama pula terpaksa menanggung keperitan? Keperitan selama satu bulan. Setelah membeli baju tersebut, keesokan hari memakainya untuk ke pejabat dan sambil itu bertanya kepada rakan sekerja, “Adakah anda perasan saya nampak lain pada hari ini?” Kalau rakan sekerja itu agak keliru sambil berkata, “Adakah, tidak perasanlah!” Anda pasti rasa geram sekali kerana anda sudah berbelanja besar tetapi rakan sekerja pula tidak perasan perubahan pada diri anda, maka hilanglah kegembiraan asal anda! Malah ditambah dengan keperitan, keperitan itu wujud kerana orang lain tidak perasan dengan perubahan anda. Kegembiraan yang dikejari orang ramai sebenarnya merupakan sesuatu yang ilusi dan tidak nyata.

Kegembiraan yang bagaimanakah membuat seseorang itu sangat riang dan penuh bermakna, kegembiraan ini dilahirkan dari batin dan jiwanya, apakah jenis kegembiraan tersebut? Perkara yang paling menggembirakan ialah membuat kebajikan, “Belajar dan selalu mempraktiskannya, kegembiraan itu tidak terkata”, kegembiraaan dari segi kemajuan dan pencapaian diri, inilah kegembiraan yang akan mendampingi anda sepanjang hayat untuk selama-lamanya. Kelas kita sampai di sini untuk hari ini, terima kasih!

Page 518: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

518

Sesi 33Dengan Beriman Dan Berakhlak, Barulah Seseorang

Tahu Menghargai Bakat Orang Lain

Rakan-rakan sekalian, salam sejahtera. Kebelakangan ini, kita telah banyak membincangkan mengenai perkataan dan kelakuan. Perkataan digunakan dalam interaksi dengan orang di sekeliling kita. Kita harus sentiasa berhati-hati dengan perkataan dan kelakuan semasa berkomunikasi dengan orang lain di samping menghormati mereka.

Sebab itulah, China mempunyai kata-kata hikmat iaitu “Kegelapan membawa integriti yang tinggi manakala kitab dan analek yang baik dihasilkan setitik-setitik”. Kata-kata ini membuat kita bertanya dari manakah integriti seseorang yang tinggi dilatih. Jika seseorang mempunyai integriti yang tinggi, beliau akan sentiasa mengekalkan integritinya walaupun tanpa sesiapa di sekelilingnya. Sebab itu, dalam kehidupan seharian seseorang yang mempunyai ilmu tinggi yang tersembunyi, dia dapat mengubah sesuatu keadaan. Bagaimana asas keupayaan ini dapat dilatih? “Berhati-hati tanpa sedikit masalah” bermaksud seseorang yang sentiasa bersopan-santun dan berhati-hati semasa melaksanakan sesuatu ataupun berkomunikasi dengan orang lain dapat mencapai kejayaan yang besar dalam hidup.

Sikap yang sentiasa berhati-hati terhadap semua perkara mengatakan seseorang yang sentiasa berhati-hati dalam butir-butir kecil barulah seseorang itu dapat mencapai kejayaan yang tinggi dalam hidupnya. Jikalau seseorang tidak berhati-hati semasa melaksanakan tugas yang kecil, kemungkinannya beliau akan menghadapi banyak masalah semasa melaksanakan sesuatu tugas yang besar sehingga tugas tersebut menjadi huru-hara. Sebagai ibu bapa, kita harus sentiasa mengingati anak-anak supaya memberi perhatian atas butir-butir kecil sejak muda. Kita juga perlu memerhatikan fikiran sendiri terhadap hal yang kecil barulah kita dapat membetulkan kesalahan kita dengan segera.

Masyarakat kini amat tidak praktikal disebabkan ramai yang terdiri daripada peguambela yang materialistik. Kebanyakan yang tidak berkemampuan masih mengejar kemewahan seperti membeli baju yang

Page 519: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

519

mahal supaya dapat menunjukkan kepada orang lain walaupun keluarganya dalam kelaparan. Seseorang yang berkelakuan seperti itu sebenarnya terlalu mementingkan kemegahan diri.

Penghormatan kepada seseorang bukan diperoleh daripada kekayaannya. Orang lain akan bersopan-santun disebabkan kekayaan seseorang tetapi bukan pemilik kakayaan tersebut. Jikalau seseorang berjaya memiliki kekayaan daripada anda, kemungkinan sopan-santun yang sentiasa ditunjukkan akan hilang sekelip mata. Persahabatan antara orang mulia tawar seperti air, persahabatan antara penjahat manis seperti madu. Mengapakah persahabatan yang tidak ikhlas manis seperti madu? Ini disebabkan mereka yang mulut manis ada udang sebalik batu. Kebanyakan orang berfikir seseorang yang sentiasa memuji dan menghormatinya adalah sahabat baik. Malangnya, penghormatan dan pujian tersebut mungkin merupakan perangkap manis mereka yang ingin memperoleh faedah daripada seseorang. Sebaliknya, mengapakah persahabatan antara orang mulia tawar seperti air? Ini disebabkan orang mulia menjaga faedah sahabatnya. Sebab itulah sahabat yang mulia tidak bermulut manis dan tidak akan sentiasa bersamamu. Mereka memahami tanggungjawab seseorang sebagai anak, pegawai, suami ataupun isteri. Oleh itu, orang mulia tidak akan membazirkan masa sahabatnya disebabkan beliau faham tentang tanggungjawab sahabatnya. Sahabat mulia yang bertimbang rasa berkata: “Dah pukul lapan lebih, awak sepatutnya balik rumah dan bercerita tentang budi bahasa kepada anak, cepatlah balik rumah.” Oleh itu, sahabat yang mulia akan sentiasa mengambil berat dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

Kekayaan tidak dapat membawa penghormatan yang ikhlas, lagipun orang yang materialistik akan menyusahkan diri sendiri dengan keinginan materialistik yang tidak dapat dihentikan bagaikan lembah yang tiada bahagian bawah. Seperti yang telah disebut, mereka yang tidak berkemampuan sanggup membeli baju cantik yang amat mahal tetapi kegembiraan tersebut tidak tahan lama. Demi kegembiraan selama tiga hari, dia harus makan mi segera selama satu bulan kemudian merosakkan badan disebabkan pemilikan baju mahal itu. Jikalau seseorang tertarik pada kereta mewah dan terus membeli kereta tersebut, kegembiraannya mungkin boleh tahan selama sebulan

Page 520: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

520

atau dua bulan. Tetapi pada masa yang sama, kesayangannya kepada isteri terus hilang dan kereta mewah pula menjadi ‘isteri pertama’. Suami yang sentiasa menjaga kereta tersebut akan menyakitkan hati isterinya. Selain itu, pembayaran pinjaman kereta tersebut kemungkinan besar mengambil masa bertahun lamanya. Keseronokan satu hingga dua bulan membawa penderitaan bertahun-tahun. Sebenarnya, mereka yang mengejar jenama tidak akan berpuas hati dengan apa-apa yang telah mereka miliki. Jikalau mereka ternampak kawan mereka memiliki kereta model yang lebih canggih dan mewah, hatinya tidak selesa dan sakit. Walau bagaimanapun, pinjaman bagi kereta pertama masih belum habis dibayar. Pinjaman bagi kereta baru akan memberatkan dan menjadi beban pula. Dari semasa ke semasa, dia akan menjadi materialistik kemudian menyusahkan keluarganya.

Kebanyakan orang berfikiran pemilikan villa menunjukkan status yang tinggi. Ada sesiapa yang berfikiran begitu? Ada. Nenek moyang mengingatkan kita bahawa kemewahan tidak semestinya penting asalkan kita dapat makan tiga kali sehari, tidak perlu mengejar sesuatu yang tidak praktikal. Walaupun anda memiliki banyak rumah, berapa kaki ruang yang anda baring pada malam hari? Hanya enam kaki untuk tidur. Oleh itu, keperluan manusia sebenarnya tidak banyak. Apa yang dipanggil kepuasan membawa kegembiraan? Kepuasan boleh memudahkan hidup dan berfaedah kepada badan dan minda. Kita perlu memahami faedah tersebut, contohnya, anda merupakan seorang yang sangat khuatir terhadap makanan dan hanya makan makanan yang berkualiti. Cuba fikir, kita selalu menerima jemputan majlis perkahwinan tidak kisah miskin ataupun kaya. Sebab itu, saya sentiasa dapat banyak jemputan majlis perkahwinan. Saya pernah menghadiri tiga majlis perkahwinan dalam satu minggu. Apakah perasaan anda selepas makan dalam majlis yang berkualiti pada kali ketiga? Saya rasa tidak berselera untuk makan. Rasanya makanan dalam majlis-majlis perkahwinan sentiasa mengandungi ayam dan daging yang berminyak tidak setanding dengan taufu dan kubis yang biasa dan enak.

Kebanyakan orang ingin memiliki rumah yang mewah. Contohnya, seseorang yang mengetahui orang lain memiliki sebuah villa akan rasa cemburu dengannya. Oleh itu, orang tersebut bekerja dengan bersungguh-sungguh dari awal pagi hingga lewat malam dan akhirnya berjaya memiliki

Page 521: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

521

sebuah villa seperti orang lain. Bagus! Tetapi berapa lama beliau dapat tinggal dalam villa tersebut dalam setahun? Mungkin tiga hingga lima kali setahun, itu pun setiap kali cuma selama dua atau tiga hari. Dalam masa yang sama harus mengupah satu atau dua orang untuk menjaga villa tersebut. Berapa lama orang gaji boleh tinggal dalam villa tersebut? Hampir setiap hari. Jadi kita telah memberi gaji kepada orang lain untuk menikmati villa tersebut. Oleh itu, kawan-kawan cuba fikirkan siapa yang bertuah dalam situasi itu? Orang gaji yang bertuah untuk menikmati villa tersebut dan tuan rumah pula harus bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membayar pinjaman villa. Sebab itulah kita harus menimbang dengan teliti apakah kehidupan yang akan membawa manfaat kepada kita, bukan hanya mementingkan materialistik yang penuh dengan khayalan.

Sekiranya keperibadian, tingkah laku, budi pekerti, kepintaran dan kecekapan kita tidak sebaik orang lain atau belum sampai ke tahap yang baik bertekunlah untuk mencapainya.

Moral lebih penting daripada bakat. Baru-baru ini, terdapat seorang ahli kaligrafi terkenal bernama Lin Shan Zhi. Orang-orang Jepun memuji kaligrafinya, ahli kaligrafi Jepun yang mengunjungi China akan berkunjung ke rumah beliau disebabkan mereka mengagumi kaligrafi dan personaliti beliau. Encik Lin Shan Zhi berkata: “Seseorang yang bermoral dan berbakat akan menghargai bakat, seseorang yang tidak bermoral tetapi berbakat akan cemburu atas bakat orang lain, seseorang yang bermoral tetapi tidak berbakat akan memanfaatkan bakat orang lain, seseorang yang tidak bermoral dan tidak berbakat akan memusnahkan bakat orang lain.” Macam mana kita harus memilih seseorang yang sesuai semasa mengupah pekerja? Kita kena memilih seseorang yang bermoral dan berbakat, ataupun sekurang-kurangnya seseorang yang bermoral tetapi tidak berbakat. Ini disebabkan orang yang bermoral biasanya seseorang yang inklusif dan tahu menghargai bakat orang lain, dia tahu mengikuti tabiat orang yang selalu membuat kebajikan dan menghargai bakat orang lain.

Walau bagaimanapun, jikalau seseorang hanya mempunyai bakat tanpa moral, tentulah dia akan rasa iri hati atas kejayaan orang lain; sebaliknya jikalau dia tiada bakat juga, dia akan memusnahkan bakat orang lain. Dalam

Page 522: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

522

satu kisah, pada Zaman Peperangan Chun Qiu, Negara Qing mempunyai seorang perdana menteri bernama Li Si, beliau seorang yang berbakat tanpa moral. Oleh itu, beliau amat cemburu pada orang yang berbakat termasuk adik segurunya Han Feizi. Beliau bukan sahaja mengancam Han Feizi malah menganiayai ramai orang berilmu. Beliau memberi cadangan kepada Maharaja Qing untuk membakar buku-buku dan menanam cendekiawan yang dianggap sebagai musuh secara hidup-hidup. Tindakannya ini sekali gus menghancurkan ilmu tawarikh yang amat berharga dan ini adalah satu kesilapan yang amat besar. Akhirnya, Li Si yang khianat ini menerima padahnya dan beliau serta anaknya telah dipancung di Dong Shi. Kisah ini menceritakan orang yang berbakat tanpa moral akan cemburu pada bakat orang lain.

Semasa mendidik anak-anak, kita harus mendahulukan pendidikan moral disebabkan mereka yang amat berbakat tanpa moral tidak akan hidup dengan bahagia. Cemburu pada orang lain membawa derita kepada orang tersebut. Selain itu, cemburu menyebabkan kemunculan banyak halangan dalam kehidupan seseorang, orang lain akan cemburu atas orang tersebut pada masa yang sama. Oleh itu, kita harus berhati-hati semasa memberi pendidikan moral kepada anak-anak kita.

Saya mengenali seorang ahli kaligrafi yang bernama Li Chuanjun. Beliau pernah menjadi juri kaligrafi dan beliau mendapati kebanyakan kerja daripada peserta-peserta bukan kerja peserta tetapi guru mereka. Jikalau kita sebagai ibu bapa dan guru melakukan perkara tersebut, kita sebenarnya bukan mendidik anak-anak tetapi mengelirukan mereka. Kelakuan tersebut akan menyebabkan anak-anak salah faham bahawa mereka boleh melakukan apa-apa sahaja demi tujuan mereka tanpa mematuhi peraturan. Perkara seperti ini akan menjejaskan minda anak-anak dan mempengaruhi mereka menjadi orang yang melanggar peraturan dan undang-undang akhirnya memusnahkan kehidupan mereka. Oleh itu, moral merupakan asas yang penting bagi kerjaya seseorang. Seperti sebatang pokok, jikalau akarnya tidak stabil, pohon dan rantingnya yang semakin membesar akan tumbang begitu sahaja dengan tiupan angin. Perkara seperti ini kerap berlaku. Justeru, seseorang mungkin melakukan dosa yang berat pada puncak kerjayanya. Pada masa orang tersebut menjadi kaya, tanpa moral, orang tersebut boleh

Page 523: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

523

melakukan banyak kesalahan. Oleh itu, cikgu Li berkeras untuk membatalkan kelayakan peserta-peserta yang meminta tolong daripada guru mereka untuk memberi kemenangan kepada peserta lain yang menghasilkan kerja kaligrafi dengan usaha sendiri.

Cikgu Li memberitahu saya bahawa beliau telah melawat banyak guru kaligrafi dan membelanjakan wang yang banyak untuk meminta tunjuk ajar daripada mereka tetapi beliau tidak dapat memperoleh kemahiran kaligrafi yang benar pada masa yang sama telah menghabiskan hartanya. Akhirnya, beliau yang bertekad untuk mewariskan seni budaya China telah berjaya menemui guru kaligrafinya. Gurunya bukan saja tidak menerima bayaran, malah memberi penginapan kepada cikgu Li supaya beliau dapat belajar dengan lebih mudah. Kawan-kawan sekalian, tidak semestinya kita harus mengeluarkan wang yang banyak supaya anak-anak kita dapat mempelajari kemahiran yang benar. Cuba fikirkan jikalau sesetengah artis meminta bayaran yang tinggi, adakah ini membuktikan mereka merupakan artis yang berbakat tanpa moral? Bagi seseorang yang berbakat tanpa moral, bakat dan alam seninya tidak akan berkembang maju disebabkan seni mencerminkan hati manusia. Mengapakah banyak kerja seni dapat mengharukan orang lain? Ini berkaitan dengan hati, prihatin dan pencapaian artis tersebut.

Guru Li telah mengajar beliau tentang kaligrafi berdasarkan teknik hati dan memberitahu cikgu Li jikalau beliau hanya belajar kemahiran tersebut tanpa moral, buruk padahnya. Ini disebabkan bakat yang telah diajar akan membawa kemewahan dan kejayaan kepadanya dalam masa yang singkat, pada masa itulah muncul masalah dalam kehidupannya. Jikalau beliau tidak tahu merendah diri, orang lain akan cemburu padanya. Lagipun, jikalau beliau tidak berjimat, beliau akan menjadi seorang yang berbelanja besar. Oleh itu, kita selalu nampak artis yang terkenal dalam masa yang pendek akan menjadi miskin pada usia tua disebabkan tabiat berbelanja besar mereka. Cikgu Li sentiasa ingat perkataan tok gurunya dan menjadi seorang yang bersopan dan tahu merendah diri. Beliau yang baru berumur 33 tahun telah mendapat beberapa anugerah dan selalu menunjuk ajar secara percuma.

Saya pernah menjemput Cikgu Li ke Haikou untuk mengajar kami atas kemahiran kaligrafinya selama seminggu. Beliau telah mengajar secara

Page 524: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

524

percuma dan menghadiahi kami pen kaligrafi dalam jumlah yang besar. Oleh itu, moral amat penting dan ia merupakan yayasan kepada berjuta kebahagiaan yang terus membawa kehidupan yang stabil.

Lagenda dua ribu tahun dahulu, semasa Lao Zi ingin tinggalkan Dong Zhou, beliau berjumpa dengan seorang pegawai. Pegawai itu bertanya kepada Lao Zi: “Saya mempunyai dua orang anak tetapi saya tidak tahu boleh bergantung pada siapa.” Lao Zi mengeluarkan sejumlah wang dan diletakkannya di atas sebuah meja dan berkata pada anak sulung: “Jikalau kamu memukul ayah kamu sekali, wang yang di atas meja ini akan jadi milik kamu.” Anak sulung pegawai itu seorang yang jujur, dia menundukkan kepalanya lalu berkata: “Tak boleh! Saya tidak boleh memukul ayah.” Dia rela mati tetapi tidak sanggup memukul ayahnya. Seterusnya, Lao Zi meminta anak bongsu orang itu memukul ayahnya untuk dapatkan wang tersebut. Anak bongsunya seorang yang bijak dan pintar. Biasanya ibu bapa akan rasa anak yang bijak lebih baik. Mungkin ibu bapa akan memuji anak mereka atas kepintarannya. Lao Zi berkata kepada yang bongsu: “kamu hanya perlu memukul ayah kamu dengan ringan sahaja untuk mendapatkan wang ini.” Anak bongsu pegawai terus memukul ayahnya dan menyimpan wang tersebut ke dalam poketnya. Lao Zi berkata: “Sekarang kamu tahu kamu harus bergantung kepada siapa pada usia tua.”

Pegawai ini telah meninggal dunia dan memang anak sulungnya yang menjaganya pada usia tuanya manakala anak bongsunya telah pergi ke tempat lain untuk berniaga. Semasa anak bongsunya mengetahui kematian ayahnya, dia berkata: “Memang ambil masa jika saya berulang-alik dan ini akan menyebabkan kerugian bagi perniagaan saya.” Anak bongsu tersebut tidak hadir sewaktu majlis pengkebumian ayahnya. Oleh itu, Lao Zi amat berilmu sebab beliau dapat tahu tujuan seseorang daripada pemerhatian kelakuan orang tersebut sejak kecil. Ini disebabkan orang yang mementingkan faedah mesti meringankan keadilan, jikalau terdapat sesuatu yang berkonflik dengan faedahnya, dia tidak akan mengambil berat tentang orang lain sebab dia hanya mementingkan faedahnya. Biasanya, kita akan lebih menyukai anak yang lebih bijak dan pintar. Walau bagaimanapun, anak yang akan menjaga kita pada usia tua adalah anak yang kurang bijak tetapi lebih jujur.

Page 525: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

525

Kita pernah mendengar cerita tentang seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak, anak sulung dan anak kedua merupakan graduan universiti manakala anak bongsunya hanya lepasan sekolah menengah. Dia selalu berfikir mana satu anaknya yang akan menjaganya. Didapatinya anak yang berpendidikan tinggi hanya mementingkan diri dan hanya berfikir berdasarkan faedah diri sendiri. Kita nampak banyak ibu bapa yang menghantar anak mereka ke luar negara tetapi kebanyakan anak tidak mahu balik dan menjaga ibu bapa mereka. Ada yang berkahwin di luar negara dan ibu bapa harus pergi melawati anak-anak mereka di sana. Selain itu, menantu mereka mungkin tidak suka mereka tinggal bersama anak lalu menantunya menggunakan kata-kata yang melukakan hati mereka. Pada masa itu, ibu bapa terasa muntah darah dan jika mereka tahulah anak mereka akan menjadi begitu, lebih baik mereka tidak pernah melahirkan anak tersebut. Anak yang tidak bermoral akan menjengkelkan ibu bapa, memalukan keluarganya dan menyusahkan masyarakat. Oleh itu, kita harus mementingkan moral semasa mendidik anak kita. Seterusnya, kita akan membincang tentang, “Sekiranya teguran dibenci dan kepujian dihargai, kawan yang jujur akan menjauh dan kawan yang jahat akan mendekati; Sekiranya teguran dihargai dan kepujian tidak disenangi, kawan yang betul-betul jujur dan ikhlas akan mendampingi kita.”

Semasa kita membincangkan tentang sifat amanah, cuba fikirkan “bercakap dengan ikhlas”. “Perkataan-perkataan kiasan yang kurang sopan dan juga kelakuan yang tidak baik semestinya diketepikan dan tidak patut digunakan langsung.” Kita tidak akan memperoleh kepercayaan orang lain dengan perkataan yang kasar. “Amanah” menyatakan semasa anda dapat menunaikan apa yang telah diucapkan, anda akan memperoleh kepercayaan dan menyakinkan orang lain. Contohnya, “perkara yang kita tidak nampak dengan mata kita sendiri janganlah kita sewenang-wenangnya memberitahu kepada orang lain.” Kawan anda akan memikirkan anda sebagai seorang yang bermoral dan ini terus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap anda.

Berdasarkan ayat yang telah kita baca tadi, jika kita rasa marah apabila mendengar kekurangan kita disebut orang dan rasa gembira mendengar pujian, bolehkah kawan kita mempercayai kita? Susah kita ingin mendapatkan

Page 526: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

526

kepercayaan daripada kawan. Ini menyebabkan kawan yang jahat akan mendekati. Mengapakah kawan yang tidak ikhlas akan datang? Sebab kawan yang tidak ikhlas tahu mereka yang mulut manis boleh mengambil kesempatan daripada anda yang suka mendengar perkataan yang baik. Dengan itu, kawan yang ikhlas akan meninggalkan kita dan kawan yang tidak ikhlas akan datang. Mengapakah kawan yang ikhlas akan meninggalkan anda? Sebab orang yang bermoral amat jelas sebagai kawan yang ikhlas, mereka harus sentiasa jujur untuk mengatakan apa-apa yang benar. Kalau anda mempunyai kelemahan, kawan yang ikhlas akan memberitahu anda secara jujur. Jikalau anda tidak boleh menerima kejujurannya, kawan ikhlas akan mengelakkan diri daripada anda supaya anda tidak akan sentiasa bertemu dengannya dan terganggu olehnya. Sehingga anda dapat menerima perkataan jujur dan nasihatnya, barulah dia akan kembali ke sisi anda.

Manusia patut mendengar kata-kata yang sedap didengar atau yang jujur? Kata-kata yang jujur jawapannya. Sejak bilakah tabiat ini patut diamalkan? Sikap yang “pujian tidak disenangi” patut diamalkan sejak dari kecil lagi. Oleh itu, guru-guru kami akan mengingatkan murid-murid semasa mengajar ayat ini bahawa menunjukkan kekurangan anda pada hari ini seumpama orang lain memberitahu kamu bahawa terdapat kekotoran di muka kamu agar kamu boleh membersihkannya. Adakah anda patut berterima kasih kepada orang tersebut? Memang patut. Jadi apabila orang lain menunjukkan kekurangan kamu, seperti membersihkan kekotoran muka anda, kamu patut mengucapkan terima kasih kepadanya. Oleh itu, antara budak-budak kecil, sekiranya rakannya menunjukkan kekurangannya, dia akan tunduk hormat dan mengucap: “terima kasih kerana menunjukkan kekurangan saya.”Apabila murid itu mampu mengubah kekurangannya, guru kami akan memberi galakan kepadanya pada masa yang sesuai dan kesalahan dibetulkan dan tidak diulangi dianggap tidak bersalah. Melalui cara ini, murid tersebut akan lebih rela untuk membetulkan kekurangannya. Oleh itu, sikap yang telah wujud sejak dari kecil ini mampu memanfaatkannya sepanjang hidup.

“Seronok mendengar pujian, teguran tidak dihargai”, ini mengingatkan kita tentang satu cerita yang berlaku pada Dinasti Song. Dalam zaman Dinasti Song, terdapat seorang cendekiawan Su Dongpo. Beliau merupakan kawan

Page 527: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

527

baik kepada seorang guru Zen yang bernama Fo Ying. Mereka sentiasa bertukar-tukar pengetahuan.

Pada suatu hari, Su Dongpo menulis sebuah puisi: “Dia berada di alam yang sangat baik, betapa kuat pun angin tidak mengerakkannya.” Dia berasa sangat bangga sebab lapan angin pun tidak akan merosakkan angin baik beliau itu.

Kawan sekalian, apakah “lapan angin” tersebut? Lapan angin itu ialah faedah, kejatuhan, derita, gembira, puji, ejek, fitnah dan penghormatan.

Apabila kita derita, kita akan merungut. Manakala apabila kita gembira, perkara yang buruk mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Oleh itu, semua ini merupakan dugaan hidup. Seterusnya ialah pujian. Kita mungkin akan berlagak lepas dipuji. Kita akan berasa marah dan tidak senang hati apabila dikritik. Apabila kita terkenal, kita akan berasa angkuh. Su Dongpo berasa lapan angin ini tidak dapat merosakkan angin dia yang baik ini, oleh itu, dia pun menulis puisi ini kepada guru Zen.

Setelah guru Zen habis membaca puisi tersebut, beliau pun membalas surat itu dengan satu tulisan sahaja, iaitu perkataan “kentut” (buang angin), dan menyuruh orang lain untuk menghantar kepada Su Dongpo. Su Dongpo mungkin mengharapkan pujian daripada guru Zen. Adakah pada masa ini lapan angin beliau telah bergerak? Sudah bergerak. Beliau mengharapkan pujian, kata-kata manis, tetapi setelah membaca balasan surat tersebut, dia berasa amat marah. Beliau terus pergi ke tempat tinggal guru Zen. Setelah sampai di situ, pintu rumah guru tertutup dan terdapat dua patah kata yang ditulis oleh guru Zen tertampal di situ yang berkata: “Katakan tidak bergerak, tetapi sekarang sudah datang melawat.”

Su Dongpo berasa amat kesal lalu terus balik. Oleh itu, kita haruslah sentiasa memerhatikan diri kita, adakah kita juga digerakkan oleh lapan angin. Kita haruslah berusaha untuk membuangkan tabiat yang buruk ini agar tidak akan melakukan kesilapan.

Ayat seterusnya, “Sekiranya teguran dihargai dan kepujian tidak

Page 528: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

528

disenangi, kawan yang betul-betul jujur dan ikhlas akan mendampingi kita”. Seperti yang kita lihat, seseorang raja yang berjiwa besar semestinya boleh menerima nasihat-nasihat yang diberi oleh para pembesar baginda, kemampuan baginda ini pastinya akan membolehkan baginda membuat keputusan-keputusan yang betul. Sikap ini juga boleh diaplikasikan oleh para guru dan juga ibu bapa. Apabila anak murid atau anak kita sendiri membisikkan kekurangan yang ada pada kita, kita haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka. Apabila kita mengaku salah kepada orang yang lebih muda daripada kita, kebanyakan daripada kita semestinya akan berfikir sebegini: “Adakah saya ini muda lagi dan kurang matang?” Pemikiran ini adalah salah, apabila seorang guru telah melakukan sesuatu kesalahan, guru itu haruslah mengaku salah dan membetulkan kesalahan tersebut agar anak murid terus memberi kepercayaan kepadanya.

Apabila seseorang guru mengaku salah, apakah yang akan diperlihatkan oleh muridnya? Anak murid akan lebih menghormati gurunya yang ingin memberikan ilmu yang benar kepadanya. Oleh itu, apabila seseorang itu mengaku salah, itu adalah suatu perbuatan yang mulia. Tegasnya, apabila seseorang orang tua berani membetulkan kesalahannya, nescaya orang-orang muda juga akan berani mengaku salah.

Apabila kita mempunyai kawan-kawan yang memberi nasihat kepada kita, maka anda seakan-akan mempunyai beberapa pasang mata untuk membantu memperhatikan perjalanan kehidupan anda. Hal ini demikian kerana kita hanya mempunyai sepasang mata sahaja, kita tidak akan dapat fokus kepada semua arah. Apabila kamu mempunyai sikap rendah diri untuk menerima nasihat orang lain, percayalah ramai orang pasti akan menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Oleh itu, kita mengatakan bahawa empat jenis tumbuhan iaitu bunga plum, bunga orkid, buluh dan bunga kekwa mewakili seorang lelaki yang sejati. Mengapakah buluh digunakan untuk mengumpamakan seorang lelaki sejati? Ini kerana buluh tidak mempunyai xilem atau dengan kata erti lain bahagian dalaman buluh adalah kosong, dan ini menerangkan ayat-ayat yang mencuit hati sering digunakan terhadap seseorang. Justeru, kita bukan sahaja harus ikuti tabiat orang berbuat baik malah juga perlu nampak benda yang baik.

Page 529: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

529

Ini membuktikan bahawa moyang kita bukan saja mempelajari sesuatu daripada manusia sahaja, malah mereka mendapat pengajaran daripada segala benda yang ada di atas muka bumi. Dengan ini, kita dapat bertanya kepada diri secara mendalam melalui pengajaran yang didapati.

Saya juga pernah bertanya seorang pelajar: “apakah kebaikan buluh yang membolehkan anda mempelajari sesuatu daripadanya?” Pelajar tidak mengetahui jawapannya lalu meminta saya untuk memberikan jawapan tersebut, namun saya tidak memberi jawapan tersebut kerana saya ingin mereka mendapatkan jawapan tersebut melalui pemerhatian mereka sendiri. Rakan sekalian, apakah yang dapat anda pelajari daripada buluh? Kita haruslah bijak untuk belajar, terdapat sesuatu perkara yang penting dalam pembelajaran, seorang manusia seharusnya cekap, dengan ini kita akan mempelajari pelbagai perkara melalui sesuatu perkara, kita juga mampu memerhatikan perkara-perkara sekeliling kita untuk menaik taraf diri kita sendiri. Kecuali sikap rendah diri, apakah lagi yang boleh dipelajari daripada buluh? Pernahkah anda melihat buluh tumbuh sebatang kara sahaja? Tidak, buluh tumbuh secara berkumpulan. Oleh demikian, setiap buluh dapat tumbuh secara lurus. Hal ini serupa dengan orang-orang di sekeliling anda yang bersikap lurus, nescaya anda juga akan mempunyai sikap yang lurus. Oleh itu, persekitaran kita adalah amat penting. Ibu Meng Zi sentiasa berpesan kepada Meng Zi, meskipun Meng Zi seorang cendekiawan yang bijaksana, beliau juga memerlukan persekitaran yang konduktif untuk perkembangannya kelak. Ibu bapa haruslah memberikan persekitaran belajar yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Seterusnya, kita dapat memperhatikan bahawa buluh tumbuh secara berkerat. Ini bermakna kehidupan kita tidak semestinya sentiasa lancar tanpa dugaan, pada sesuatu masa kita pasti akan menghadapi suatu cabaran. Apabila menghadapi cabaran, apakah yang harus dibuat kita? Kita haruslah berani untuk terus mara ke hadapan. Buluh hanya dapat tumbuh setelah ia berjaya menempuh keratan demi keratan, oleh itu, kita haruslah mempunyai sikap yang teguh untuk menghadapi kehidupan. Pada banyak masa, seorang pelajar mampu mengeluarkan sesuatu jawapan yang amat menakjubkan, terdapat seorang pelajar berkata sedemikian: “cikgu, buluh mempunyai semangat untuk berkhidmat kepada rakyat.” Saya bertanya: “kenapa berkata

Page 530: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

530

sedemikian?” Dia membalas: “rebung buluh boleh dimakan, buluh boleh digunakan untuk membina rumah, daun buluh boleh digunakan untuk membalut ladu. Buluh mengorbankan seluruh bahagiannya untuk pelbagai kegunaan.” Kami berasa kesal apabila mendengarnya. Adakah kami mampu setanding dengan semangat buluh ini? Oleh itu, kita mestilah berasa rendah hati kepada semua orang, benda dan perkara yang terdapat di sekeliling kita serta menerima segala perkara yang baik dan belajar daripada mereka. Melalui ini, kita akan mempunyai kuasa dorongan untuk kehidupan kita.

Oleh itu, “teguran dihargai dan pujian tidak disenangi” apabila anda mempunyai sikap sedemikian, kemungkinan pokok dan rumput yang berada di sekeliling anda juga akan mempunyai perasaan dan senyum terhadap anda.

Mengapakah kita akan berasa gementar apabila kita mendengar pujian orang lain? Ini kerana bakat kita, mahupun kejayaan kita bukan sesuatu yang dapat diperolehi melalui usaha sendiri sahaja. Contohnya perkembangan kita mestilah berkaitan dengan pendidikan oleh ibu bapa kita, serta didikan orang tua lain, kasih sayang mereka yang membolehkan kita mempunyai kebolehan sedemikian. Oleh itu, apabila kita mencapai sesuatu kejayaan nanti, kita mestilah mengenang jasa mereka terlebih dahulu. Dengan ini kita tidak menjadi seorang yang angkuh. Contohnya apabila kita mencapai sesuatu kejayaan dalam sesuatu kursus, kejayaan ini tidak dapat dipisahkan dengan bantuan orang lain. Dalam kursus kita beberapa hari ini, ada rakan kita mungkin tidak tidur atau terpaksa bangun awal pada keesokan harinya untuk membuat kerja rumah dan menyediakan sarapan. Suatu perkara yang pasti ialah kejayaan adalah hasil daripada pengorbanan ramai orang. Oleh itu, kita juga haruslah berterima kasih kepada mereka. Apabila kita mempunyai niat sebegini, maka kita tidak akan berasa gembira dengan kemasyhuran, malah berasa gementar dan ingin memainkan peranan diri sendiri dengan sedaya upaya kita agar dapat membalas balik pengorbanan orang lain.

Seterusnya, “kesilapan yang dibuat dengan tidak sengaja dianggap sebagai satu kesalahan”. Apabila orang lain melakukan kesilapan, dia tidak sengaja melakukannya, kita haruslah memaafkan dia agar dia tidak

Page 531: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

531

berasa susah hati. Kita juga haruslah sentiasa memerhatikan bahawa adakah pertuturan kita mempunyai kesilapan. Contohnya, apabila dua, tiga orang berjalan sebaris, orang yang berada di belakang tidak senang untuk melepasi mereka. Hal ini demikian kerana apabila berjumpa dengan kawan-kawan yang lama tidak bersua pasti perbualan akan menyebabkan kita lupa dunia. Ini adalah kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja. Apabila kita menelefon kawan, dia mungkin sedang hendak keluar rumah, tetapi kita terus berborak panjang, dia pula tidak ingin mematahkan perbualan dan akhirnya tidak dapat keluar kerana kita. Bagaimana denyutan jantung pada masa itu? Amat laju! Ini juga salah satu kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja. Oleh itu, semasa kita menelefon kepada seseorang kawan, kita haruslah bertanya dahulu: “Adakah kamu lapang sekarang?” Kita haruslah sentiasa berfikir bagi pihak orang lain.

Ada cerita yang mengatakan jika Konfusius pergi ke sesuatu tempat beliau akan menanya setiap perkara kepada pekerja-pekerja di situ. Orang sekeliling tertanya-tanya, mengapakah beliau bertanya begitu banyak soalan sedangkan beliau berpengetahuan tinggi? Beliau menjawab: “Bertanya tentang sesuatu perkara ialah penghormatan terhadap sesuatu perkara tersebut. Tambahan pula, apabila kita berada di suatu persekitaran yang baru, mungkin persekitaran ini mempunyai peraturannya. Oleh itu, kita tidak boleh bertindak sesuka hati agar tidak melakukan sesuatu yang tidak sopan.” Lantaran itu, apabila kita berada di suatu persekitaran yang baru, kita haruslah memahami setiap perincian tempat tersebut, daripada perlakuan orang di situ hingga kepada setiap barang di situ. Kita tidak boleh melakukan perubahan sesuka hati sahaja. Mungkin kita ingin berbuat baik, tetapi setiap perubahan mungkin akan menyebabkan kesusahan kepada orang lain dan menyebabkan kita melakukan kesilapan secara tidak sengaja.

Ayat seterusnya adalah “kesalahan yang sengaja dibuat adalah satu kelakuan yang buruk.” Seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan walaupun dia sedar bahawa perbuatannya adalah salah. Adakah keadaan kes ini banyak berlaku? Ya. Mengapa jadi begitu? Dengan mengambil satu keadaan sebagai contoh, di sesuatu tempat larangan merokok, seseorang itu masih merokok seperti biasa. Kenapa dia boleh berkelakuan sebegini? Kerana dia tidak membaca Di Zi Gui. Ia berpunca dari tidak menghayati

Page 532: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

532

ajaran yang murni, ibu bapa dan guru-guru tidak mengajar dengan baik menyebabkan mereka tidak mempelajari kebenaran dan cara melakukan perkara dengan betul. Dengan itu, kita tidak patut menyalahkan orang yang belum belajar.

Setakat ini sahaja waktu yang kita ada, sekian terima kasih.

Page 533: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

533

Sesi 34Menyedari Kesalahan Diri Dan Berani MemperbetulkanKesalahan Diri, Membawa Kehidupan Berjiwa Lapang

Salam sejahtera, rakan-rakan sekalian! Kita sambung perbincangan pagi tadi yang menyentuh mengenai “Kesilapan yang dibuat dengan tidak sengaja dianggap sebagai satu kesalahan.” Kita harus sentiasa mencermin diri dari segi pertuturan dan perilaku diri. Adakah kita ada salah laku tanpa disedari. Andai kata semasa menunggang basikal di jalan raya, jangan berbasikal berkepit kiri-kanan dengan kawan-kawan, perbuatan sedemikian sangat berbahaya malahan mengganggu pengguna yang lain di belakang. Ada peringatan yang mengatakan bahawa apabila seseorang itu terlalu bergembira sering terlupa menjaga pembawaan dirinya. Jadi kita harus selalu merenung dan menginsafi salah-laku diri.

“Kesalahan yang sengaja dibuat adalah satu kelakuan yang buruk.” Sekiranya kita sudah tahu sesuatu itu salah dan tidak betul, namun kita tetap melakukannya, maka perbuatan sedemikian adalah satu kelakuan yang buruk. Kita tahu banyak perkara yang dilarang dan tidak boleh dilakukan, namun ada juga orang tidak mengendahkan larangan tersebut, misalnya di tempat larangan merokok dan memancing, sesungguhpun papan tanda “Dilarang Memancing” terpampang di sana, tetapi masih ada juga orang memancing di situ, begitu juga dengan tempat yang sudah dipapar dengan “Dilarang Membuang Sampah”, masih ada orang akan membuang sampah di situ juga. Kesemua ini merupakan tabiat buruk masyarakat. Siapakah yang harus bertanggungjawab di atas perbuatan begitu? Setiap individu dalam masyarakat harus bertanggungjawab. Seandainya tiada lagi keadilan dan kebenaran, kita tidak boleh membetulkannya apabila nampak kesalahan orang lain, malahan memberi ruang dan membiarkan mereka yang berbuat jahat ini semakin bermaharajalela.

Apabila anda nampak orang lain potong barisan, kita harus “menasihati mereka dengan penampilan muka yang baik dan suara yang lembut”. Dalam Di Zi Gui menyatakan “Jikalau ibu bapa melakukan kesalahan”, dalam konteks ini, jika ditafsir secara halus tentang penggunaan perkataan “ibu bapa”, ia bukan sekadar mengaitkan ibu bapa mahupun sanak-saudara yang

Page 534: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

534

mempunyai pertalian darah, malahan setiap individu dalam masyarakat yang merupakan satu entiti. Pepatah mengatakan bahawa “Setiap insan tidak kira dari mana asal-usulnya, semuanya bagai sanak-saudara kita.” Jadi, memandangkan setiap individu dalam masyarakat merupakan saudara diri kita, jadi kita wajib menasihati mereka dengan cara yang bersesuaian dan baik untuk mengelakkan pergaduhan.

Mengapakah kebanyakan orang sengaja melakukan perkara yang memang disedarinya itu satu kesalahan sejak awal lagi? Kebanyakannya berpendapat bahawa orang lain juga buat juga. Kesemuanya cuma alasan untuk perbuatan buruk mereka dan kebenarannya ialah kita kekurangan teladan yang baik untuk dicontohi, ini memberi peluang untuk mereka berpendapat bahawa perbuatan buruk mereka satu perkara yang lumrah. Oleh itu, misi kita ialah menjadikan diri sebagai teladan untuk memperbetulkan kelakuan buruk masyarakat. Misalnya melalui sifat perwatakan kita yang sentiasa bersyukur dan mengenang budi, bersifat sopan-santun, apabila berhadapan dengan mereka yang tidak mengenang budi dan biadab dalam masyarakat, teladan dari kita boleh menaikkan perasaan malu mereka.

Pada zaman sekarang, ramai orang suka membawa pulang barang dari syarikat untuk kegunaan diri. Sebenarnya mereka juga tidak sedar bahawa perbuatan sedemikian amat merugikan mereka walaupun benda yang disalahgunakan begitu kecil, berapa ramaikah pemiutangnya? Dia dikira berhutang dengan semua orang di organisasi berkenaan dan hutang itu sukar untuk dibayar balik. Oleh itu, kita harus bersimpati dengan mereka yang tidak sedar akan akibat salah laku. “Sekiranya sesuatu perkara itu dianggap remeh tetapi perkara itu salah dan tidak adil bagi orang lain, janganlah terus dibuat tanpa mengambil kira akibatnya.” Jadi diri kita harus menjadi teladan, bersih dan amanah, tidak kira di mana organisasi kita berada, janganlah ambil barang pihak syarikat biarpun sekecil mana nilai barang berkenaan. Sifat amanah dan bersih anda akan memberi kesan kepada orang lain, mereka tidak akan bertindak sewenang-sewenangnya.

Kita boleh menyimpulkan bahawa janganlah memandang rendah akan pengaruh daripada teladan baik diri kita, tidak kira semasa berada di rumah mahupun di tempat kerja. Asalkan ada orang yang memberi contoh teladan

Page 535: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

535

yang baik, orang lain di sisi tidak akan berani melakukan kesalahan. Justeru, teladan harus dibuat dengan sebaik-baiknya. “Kesalahan yang sengaja dibuat adalah satu kelakuan yang buruk.” Memang ramai orang sedar akan sesuatu perkara merupakan kesalahan besar, namun mereka terus melakukannya kerana mereka tidak mampu mengawal perasaan panas baran. Kita memang sedar adalah tidak betul berkonflik dengan orang lain, tapi apa yang berlaku apabila naik darah? Gagal menahannya! Jadi, kita harus mencari taktik yang berkesan untuk menanganinya. Ada pasangan suami-isteri, si isteri terasa amat merajuk hati apabila suami berkelakuan buruk, lalu dia pun terfikir untuk berbuat jahat juga kerana suaminya memberi contoh sedemikian. Kelakuan begini disifatkan sebagai bertindak mengikut perasaan, ia bukan sahaja tidak membantu diri malah memburukkan keadaan. Saya pernah dengar ada suami selalu balik lewat dan kemudiannya si isteri menjadi tidak senang hati dan dia pun lepak di luar sehingga lewat malam baru pulang, maka si anak menjadi mangsa akibat perbuatan ibu bapa yang sebegini. Kita seharusnya sentiasa mengingatkan diri supaya sentiasa berbuat betul tidak kira sama ada orang lain berbuat salah atau tidak.

Apabila kita sudah mengamalkan yang betul barulah kita layak menasihati orang lain, sementara itu teladan daripada kita juga meningkatkan tahap kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Justeru, bagi menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna, kita harus tahu bersabar dengan menahan naik darah dan mempertingkatkan tatasusila, keimanan serta teladan diri.

Rakan-rakan sekalian, apabila anda pulang ke rumah selepas menghadiri kursus di sini, janganlah meminta orang lain berbuat baik, apakah yang paling penting? Segalanya dimulakan daripada diri kita. Saya pernah berhubung dengan ramai kawan dan selepas kursus pada hari pertama, mereka akan berkata, “Kawan yang satu itu harus menghadiri kursus ini, anak saya paling perlu menghadiri kursus ini”. Langsung tidak menyatakan bahawa diri sendiri paling perlu menghadiri kursus. Apabila seseorang asyik meneliti kesalahan orang lain dan apa yang perlu dipelajari, mereka tidak fokus kepada keperluan sendiri, maka kemajuan diri turut tidak memberangsangkan. Justeru, untuk perubahan kehidupan, langkah pertama harus dimulakan dari diri.

Page 536: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

536

Ayat yang seterusnya ialah: “Jikalau kesalahan dibetulkan dan tidak diulangi, ini adalah satu kebaikan. Jikalau kesalahan itu cuba dilindungi atau disembunyikan, ini adalah satu perkara yang tidak dapat dimaafkan”. Memperbetulkan kesalahan amat penting untuk kehidupan seseorang. Pepatah mengatakan bahawa “Kita bukan orang-orang suci dan hanyalah insan biasa, mustahil tidak pernah melakukan kesalahan.” Dalam sejarah beribu tahun ini, mungkinkah wujud seorang insan biasa yang tidak pernah berlaku salah sejak dilahirkan? Memang tidak. Mungkinkah ada seorang insan yang melakukan segala kejahatan sejak dilahirkan? Tidak mungkin juga. Baik atau buruk memang ada pada setiap orang dan di antara kelakuan buruk berkaitan, jika kita tahu menasihati atau memperbetulkan diri, maka “akhlak kita akan berkembang setiap hari dan keburukan kita akan beransur hilang.”

Oleh itu Konfusius telah meninggalkan tiga cara yang sangat baik untuk meningkatkan akhlak dan kewibawaan diri kita. Pertama, “Kerajinan mengejar ilmu mendekatkan kita dengan kebijaksanaan.”

Oleh itu pembelajaran harus dimajukan tanpa leka sebab mengejar ilmu umpama mendayung perahu mengharung arus yang bertentangan, jika tidak dicurahkan sebarang usaha gigih, pembelajaran akan berundur atau sebaliknya.

Oleh itu semasa kursus selama lima hari yang diadakan di China, selepas itu ada kawan yang menghubungi kami dan memberitahu, “Cikgu Tsai, keadaan kami secara keseluruhannya sangat baik sekali sepanjang kursus lima hari itu, jiwa kami terasa begitu suci dan baik sekali”. Ada juga seorang kawan memberitahu bahawa suasana kursus ini memang lain daripada yang lain, saya sudah biasa merokok pada setiap hari, namun begitu tiada sebatang rokok pun saya hisap sepanjang lima hari tersebut. Ini disebabkan beliau berpendapat di dalam suasana belajar begitu, terasa tidak patut mempunyai sebarang niat yang tidak baik. Jadi, memang penting sekali pembelajaran secara berkumpulan.

Oleh itu, rakan-rakan sekalian, selepas tamatnya pembelajaran di sini, jangan lupa mencari beberapa orang rakan sekelas yang baik untuk teruskan

Page 537: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

537

pembelajaran dan berkongsi pendapat dan pengalaman. Sebagaimana yang disebut oleh kawan tersebut, mereka berkeadaan baik selama lima hari tetapi mungkin penghayatan tersebut kian berkurang selepas pulang ke rumah, ini membuktikan bahawa “Mengejar ilmu umpama mendayung perahu mengharung arus yang bertentangan, jika tidak dicurahkan sebarang usaha gigih, pembelajaran akan berundur dan sebaliknya.”

Maka, bolehkah kita bergantung kepada orang lain semasa mengejar ilmu? Wajib bergantung kepada inisiatif diri dan ketekunan diri, barulah kita semakin mendekati kebijaksanaan.

Kedua, “Amalkan ilmu yang dipelajari, nescaya mendekatkan kita dengan sifat baik hati, penyayang dan berakhlak tinggi.” Falsafah tradisi yang dipelajari harus digunakan dan dijadikan amalan, barulah kebaikan hati dan akhlak diri akan dipertingkatkan secara beransur-ansur, barulah kita semakin hari semakin faham tentang keperluan anak, faham tentang keperluan keluarga, faham tentang keperluan masyarakat dan faham tentang tanggungjawab diri.

Ketiga, “Orang yang tahu rasa malu semakin mendekatkan diri dengan sifat gagah”. Jadi, adakah seseorang yang mampu menjulang keberatan ratusan kilogram didefinisikan sebagai seorang yang gagah? Tidak, Ini hanya kegagahan secara fizikal, dari segi tenaga dan bukan kegagahan kebijaksanaan yang dimiliki dari segi perilaku individu berkenaan. Orang yang betul-betul gagah ialah mereka yang mempunyai “Kegagahan” untuk menumpaskan tabiat dan sifat buruk diri sendiri.

Siapakah perwira yang sebenar? Orang bijak pandai mengatakan bahawa kehebatan menewaskan orang lain beribu kali tidak sehebat mereka yang menewaskan diri sendiri satu kali. Kegagahan yang tulen ialah mereka yang mampu menumpaskan tabiat-tabiat buruk diri dan seterusnya memperbetulkannya!

Apabila kegagahan tersebut dikekalkan dua hingga tiga tahun, maka tabiat dan sifat buruk anda akan diperbetulkan secara beransur-ansur dan kehidupan pada kemudian harinya dengan izin Tuhan penuh dengan

Page 538: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

538

kegembiraan.

Pada Zaman Chun Qiu, Negara Qi, ada seorang Perdana Menteri yang berhati mulia bernama Yen Ying. Beliau mempunyai akhlak yang tinggi dan sangat dihormati oleh Konfusius. Yen Ying hanya berpakaian dengan sehelai baju selama 30 tahun dan tidak ditukar dengan yang lain. Bagaimana keadaan pakaian tersebut yang sudah dipakai sekian lama? Masih kemas dan baik, sebab “Apabila seseorang itu menjaga dan menyayangi barangannya, maka beliau akan menerima balasan dan layanan yang sama daripada barangannya”. Barangan itu membolehkan anda menggunakannya untuk jangka masa yang sangat lama.

Apabila seseorang Perdana Menteri berpakaian sehelai sahaja selama 30 tahun, selain daripada pengaruh terhadap keluarganya, pengaruh yang macam mana akan berlaku? Benar, beliau turut mempengaruhi seluruh kabinet kerajaan dan para rakyat. Justeru, teladan daripada seorang menteri yang bersikap bersih dan amanah akan membangkitkan semangat dan suasana bersih dan amanah dalam organisasi yang berkaitan.

Yen Ying mempunyai seorang pemandu kereta kuda yang bertanggungjawab menghantar beliau untuk tugasan hariannya. Beberapa lama kemudian, pemandu kereta kuda tersebut berubah menjadi angkuh dan sombong setiap kali berjumpa dengan orang lain. Mengapakah dia menjadi sombong? Sebab dia megah dapat menjadi pemandu kereta kuda seorang Perdana Menteri. Pada suatu hari, isteri pemandu kereta kuda ini sudah mengesan sifat buruk suaminya, lalu berkata: “Saya hendak pergi dari sini.” Si pemandu kereta kuda sangat cemas sambil bertanya, “Kenapa? Kenapa anda hendak tinggalkan saya?”

Si isteri pun menjawab, “Semua orang menghormati akhlak dan budi bahasa Yen Ying, manakala anda tidak berakhlak baik seperti beliau, sedangkan beliau seorang Perdana Menteri tetap begitu rendah diri, anda pula tidak berakhlak malah bersikap sombong, saya akan pergi dari sini dan tidak ingin hidup bersama anda lagi.”

Setelah mendengar penjelasan isterinya, pemandu kereta kuda itu rasa

Page 539: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

539

amat cemas dan malu, sambil tunduk dia memberitahu isterinya, “Janganlah anda tinggalkan saya, saya akan memperbetulkan kesalahan saya.”

Ternyata isteri tadi memang tajam pandangannya, sedar dan tahu menasihati suaminya, sementara itu si suami ini pula berlapang dada kerana sanggup menerima nasihat isterinya. Kata orang bahawa seseorang yang sudi mendengar cakap isteri akan kaya-raya, adakah ini betul? Perlu dengar cakap yang betul barulah boleh kaya. Akhirnya pemandu kereta kuda tersebut berikrar memperbetulkan sifat buruknya dan mula belajar dengan bersungguh-sungguh.

Perdana Menteri Yen Ying turut sedar akan kemajuan pantas dan peningkatan akhlak pemandu kereta kuda ini, justeru itu beliau pun mengesyorkannya menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan Qi. Asalkan seseorang itu sanggup memperbetulkan kesalahan diri, mereka pasti akan mempunyai masa depan yang cerah. Pepatah ada mengatakan bahawa “Kesanggupan seseorang yang sesat dalam kehidupan untuk berubah menjadi baik, sememangnya suatu perkara yang tidak ternilai harganya.”

Kami ada seorang kawan yang dikenali sebagai “Jin Buhuan”, maksudnya tidak akan ditukar dengan emas yang ditawarkan. Mengapakah dia diberi gelaran tersebut? Sebab semasa kami mengadakan kursus di Shanghai, kawan ini bergegas dari Shandong demi menghadiri kelas kami. Kakaknya setelah menghadiri kursus kami di Anhui, Lujiang sebelum kursus kami berlangsung di Shanghai telah menelefonnya dan berkata, “Biarpun sebanyak mana wang yang anda bakal peroleh untuk beberapa hari yang akan datang, anda mesti lepaskannya dan datang ke Shanghai untuk menghadiri kursus.”

Lelaki ini pun mengambil cuti setelah mendengar nasihat kakaknya, tetapi isterinya sangat marah dan berkata, “Mengapa anda boleh tinggalkan kerja dengan tiba-tiba? Bagaimana dengan urusan di pejabat?” Namun begitu, “Jin Buhuan” bertegas dengan pendiriannya untuk menghadiri kursus kami di Shanghai. Sepanjang kelas, dia begitu khusyuk mendengar ceramah kami dan semua guru sedar akan kehadirannya di kelas tetapi kami tidak tahu-menahu tentang latar belakangnya.

Page 540: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

540

Setelah menghadiri kelas beberapa hari dan sebelum pulang, beliau bertemu dengan kakitangan di sana, “Bolehkah saya diberi masa 10 minit untuk bercakap dengan Cikgu Tsai?” Atas keikhlasan beliau, pertemuan kami diaturkan pada suatu malam dan saya pun berbual dengannya beberapa ketika.

Beliau begitu teruja semasa bertemu dengan saya, katanya, “Cikgu Tsai, sepanjang kursus ini saya bukan menggunakan telinga untuk mendengar ceramah anda, saya membuktikan kebenaran yang disampaikan anda melalui kehidupan saya.” Beliau berkata lagi, “Kita memang harus dan patut mengetahui, menyedari dan mengamalkan sesuatu kebenaran, barulah kita akan memperolehnya. Jadi adalah tidak mencukupi sekadar mengetahui sesuatu kebenaran, ia sepatutnya dihayati dan diaplikasikan dengan sebaik-baiknya dalam kehidupan.” Beliau memberitahu lagi bahawa semasa kursus saya mengungkapkan ayat dari Kitab Yi Jing yang menyatakan bahawa “keluarga yang banyak membuat kebajikan pasti banyak pahalanya.”

Tanpa disedari lelaki ini bercerita kisah silam hidupnya. Suatu hari dia pernah membawa sebilah pisau berjalan di luar, agaknya bagaimanakah air mukanya? Sangat ganas sekali. Mujurlah kawan baik ayahnya ternampak perilakunya dan terus menariknya balik ke rumah. Ketika itu dia sedang sangat berang dan kemarahannya membara sedangkan tangannya menggenggam pisau yang tajam. Namun kawan ayahnya tetap menariknya balik secara keras, mujurlah dia tidak berkesempatan melakukan kesalahan yang mungkin menimbulkan kekesalan untuk sepanjang hayatnya.

Mengapakah kawan baik ayahnya sanggup membahayakan diri berbuat demikian? Sebenarnya ayahnya bertugas di pejabat telekomunikasi dan sangat taat berkhidmat, tidak kira ketika larut malam atau pun waktu hujan lebat tanpa sepatah rungutan darinya. Begitulah imej baik ayahnya tersebar di seluruh perkampungan mereka dan sangat dihormati ramai. Dia memberitahu bahawa dia berjaya diselamatkan daripada melakukan perbuatan buruk dan berulangkali terselamat daripada situasi bahaya kerana ketinggian akhlak ayahnya.

Lelaki ini menyambung lagi kisah dirinya. Dia pernah menjadi penagih

Page 541: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

541

dadah. Kita yang tidak pernah bertabiat buruk ini tidak tahu kesukaran untuk membuang ketagihan tersebut, memang sangat susah. Disebabkan dia seorang anak yang sangat mentaati dan menyayangi ibunya, perasaan menyesal dan malu terhadap ibu merupakan semangat yang menyokongnya sepanjang perjalanan untuk membuang tabiat ketagihan dadah tersebut. Tidak tahu berapa lama ibunya terpaksa menanggung kesedihan seandainya dia tidak membuang tabiat buruk tersebut.

Rakan-rakan sekalian, untuk memperbetulkan kesalahan, seseorang itu memerlukan semangat dan sokongan. Jadi dari manakah datangnya semangat ini? Ketaatan terhadap ibu bapa, ikatan persaudaraan dan kasih-sayang. Dia boleh menghadiri kursus ini, atas faktor layanan yang macam mana diberikan kepada kakaknya? Menghormati kakaknya. Dia memberitahu bahawa kakakya tidak pernah bercakap dengan nada suara yang sebegitu tegas. Kebiasaannya kakak selalu berbincang dan menasihatinya dengan penampilan muka yang baik. Apabila terdengar kakaknya berkata, “Anda mesti …dengan segera.” Dia boleh pasti bahawa kakak berkata dengan nada sedemikian semestinya untuk kebaikannya dan menyedari bahawa perkara tersebut sangat penting sekali.

Kemudian dia memberitahu lagi bahawa dia sudah mula berniaga sejak belasan tahun dan memperolehi keuntungan yang banyak. Pencapaian perniagaan membolehkan dia memiliki telefon siri generasi terawal semasa dia berumur 19 tahun. Apabila balik kampung, semua orang begitu kagum dan iri hati dengan pencapaiannya dan membodeknya sehingga dia terasa diri memang hebat sekali.

Rakan-rakan sekalian, adakah perbuatan tersebut betul? Adakah patut seseorang dihormati semata-mata kerana dia mencari wang yang banyak? Kita memerlukan peluang untuk mencari wang; manakala kita memerlukan kebijaksanaan untuk berbelanja menggunakan wang. Jikalau dia tidak bijaksana dan tidak berakhlak, krisis akan hadir dalam kehidupannya apabila berjaya mencari wang ringgit yang banyak.

Begitu juga dengan kawan ini, dia berpendapat bahawa dia mampu melakukan apa jua perkara yang diingini dengan kekayaan yang dimiliki,

Page 542: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

542

akibatnya dia mula memupuk tabiat buruk malahan membuat perkara-perkara yang berbahaya. Oleh yang demikian, balasan yang perlu dibayar juga sangat besar.

Dia mengeluh panjang setelah menghadiri kursus kami, dia memberitahu bahawa alangkah baiknya jika berpeluang mempelajari falsafah tradisi ini semasa belasan tahun, barulah perjalanan kehidupannya tidak berliku-liku. Melalui pertuturannya, kita faham bahawa dia bukan seorang yang sukar diajar tetapi cuma tidak berpeluang. Melalui pemerhatian kami tentang sifatnya sepanjang kursus beberapa hari yang lepas, dia memang tekun dan bersungguh-sungguh.

Tidak lama kemudian kami telah mengadakan kursus di kampung halamannya dan dia telah membawa isterinya bergegas sama menghadiri kelas kami. Ini satu tindakan yang betul kerana sesebuah keluarga tidak boleh bergantung kepada perkembangan seseorang sahaja. Apa yang patut ialah semua orang berkembang ilmunya dan maju bersama-sama. Kawan ini juga berkata: “Cikgu Tsai, anda tidak boleh hanya membuka kelas untuk golongan orang ini, mereka insan yang baik, mereka yang sama seperti saya lebih memerlukan didikan ini.” Saya pun memberitahunya bahawa setelah urusan syarikatnya diatur dengan baik, dia boleh mengikuti kami memberi ceramah di penjara dan tempat-tempat yang kekurangan peluang untuk menerima pendidikan yang baik. Sebab jalan-jalan yang dilaluinya sama seperti mereka, jadi perkongsian pengalamannya akan memberi penghayatan yang sama dan diterima baik kerana kesemuanya begitu sinonim dengan perjalanan kehidupan mereka. Inilah pedoman yang kami berikan kepadanya, namun pekara paling penting ialah membantunya menetapkan matlamat dan cita-cita untuk pembelajaran falsafah tradisi, barulah dapat menggerakkan dan memotivasikannya memajukan diri dengan lebih tekun.

Membetulkan kesalahan diri bukan setakat mempengaruhi seseorang individu, malah boleh meluas kepada seluruh keluarga ataupun negara. Pada zaman peperangan Chun Qiu, ada seorang Perdana Menteri terkenal bernama Ning Xiangru. Beliau terkenal kerana kebijaksanaannya yang pernah meleraikan krisis perhubungan negaranya dengan negara pesaing, malahan beliau berjaya membawa pulang batu jed milik negaranya iaitu negara Zhao

Page 543: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

543

yang dipinjamkan kepada negara pesaing itu. Prestasi cemerlangnya juga membawa kepada penganugerahan jawatan tertinggi dalam kabinet kerajaan Zhao. Sementara itu kerajaan Zhao juga mempunyai panglima senior yang amat berpengalaman dalam medan perang, beliau bernama Lian Po, beliau banyak berbakti dengan kemenangan cemerlang dalam medan peperangan untuk mempertahankan keselamatan negara.

Oleh yang demikian, beliau amat tidak berpuas hati terhadap Ning Xiangru kerana berpendapat Ning hanya pandai berhujah dan tidak sehebatnya yang mempertaruhkan nyawa untuk negara. Lian Po sering sengaja mengarahkan kereta kudanya dibawa untuk bertembung dengan Ning Xiangru supaya dapat menjeling mata untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Ning. Sementara itu, Ning Xiangru pula menyuruh pemandu kereta kudanya mengikut jalan lain bagi mengelak bertembung dengan panglima tentera tersebut apabila disedarinya keadaan itu bakal berlaku. Sedaya upaya Ning cuba mengelak dari berkonflik dengannya. Kadang-kadang Ning Xiangru akan menolak lawatan Lian Po ke rumah dengan alasan badannya kurang selesa dan tidak mahir mengendalikan segala urusan dirinya.

Akibatnya, ahli keluarga dan orang suruhannya Ning Xiangru rasa tidak gembira dan tidak sedap hati dengan cara beliau. Mereka bertanya Ning mengapa begitu penakut dan berkompromi dengan Lian Po. Ning Xiangru memberitahu ahli keluarganya, “Mengapakah negara besar seperti negara Qin sehingga hari ini tidak berani menyerang negara Zhao kita? Negara Qin tidak berani bertindak sewenang-wenang disebabkan negara Zhao mempunyai Panglima Lian Po dan saya. Menanggung malu dan air muka sendiri itu perkara yang remeh, memang sukar untuk saya berhadapan dengan negara dan sejarah seandainya saya berkonflik dengan Panglima Lian Po sehingga membawa kepada ancaman keselamatan negara, itu adalah perbuatan yang memalukan negara. Saya juga malu untuk berhadapan dengan negara dan nenek moyang kita. Justeru, memang patut saya bersabar dengan segala penghinaan demi tanggungjawab yang berat.

Kata-kata Ning Xiangru tersebut akhirnya sampai ke telinga Lian Po, walaupun panglima tentera ini agak panas baran, namum beliau tetap

Page 544: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

544

seorang insan yang bertatasusila dengan ajaran murni dan falsafah tradisi. Beliau amat malu setelah mendengar kata-kata yang disampaikan. Beliau berkata, “Saya menunjukkan kemarahan kerana perasaan tidak puas hati, sebaliknya Perdana Menteri Ning Xiangru pula begitu bertimbang rasa semata-mata untuk kepentingan Negara”.

Umur Panglima tentera Lian Po semasa itu sudah agak banyak, namun dia telah menanggalkan bajunya lalu memikul pokok berduri dengan belakang badannya untuk meminta maaf daripada Perdana Menteri Ning Xiangru. Pokok berduri dipikul bersama untuk menunjukkan keikhlasannya meminta maaf. Sebaik sahaja beliau sampai di tempat kediaman Ning, Perdana Menteri Ning segera keluar dari rumah untuk menyambut dan memimpin Panglima Lian Po bangun berdiri supaya tidak sujud untuk meminta maaf lagi. Semenjak itu, mereka menjadi kawan yang sangat baik. Sifat sedar akan kesilapan diri dan sanggup membetulkan kesalahan daripada Panglima Lian Po patut disegani dan diteladani, sementara itu Perdana Menteri Ning Xiangru yang berlapang dada dan berpandangan jauh sangat disanjungi.

Apabila kita sudah sedar akan kesalahan diri, jangan cuba melindungi atau menyembunyikan kesalahan itu, perbuatan sedemikian merupakan satu perkara yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus bertanggungjawab terhadap kehidupan diri yang berpuluh tahun ini, sejarah untuk diri kita tidak boleh ditulis semula sebaliknya harus diperbetulkan apabila menyedari kesalahan diri supaya meninggalkan teladan yang baik untuk anak-cucu.

Pada musim sejuk, kursus kami di Haikou tidak berhenti malah telah dianjurkan satu Kursus Pembelajaran Kebudayaan China untuk golongan remaja. Kami tidak pernah mengadakan kursus sedemikian dan hanya bercadang mengambil 20 orang pelajar, tetapi seramai 80 orang sudah mendaftar nama untuk mengikuti kursus ini. Melalui bilangan pendaftaran tersebut, kita menyedari bahawa senangkah untuk menjadi ibu bapa pada zaman sekarang? Tidak. Semuanya rungsing tentang pendidikan anak. Begitu ramai orang datang mendaftar sebaik sahaja kami mengumumkan berita tersebut. Kami kagum dengan remaja yang sudi menghadiri kursus kami dan sepanjang kursus selama lima hari itu, mereka telah berkongsi

Page 545: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

545

pengalaman diri dengan rakan-rakan sekelas. Salah seorang daripadanya seorang gadis berumur dalam lingkungan 20 tahun, semasa perkongsian di pentas, dia memberitahu pada asalnya dia sangat membenci ibunya. Setelah menghadiri kursus beberapa hari ini, dia mula menyedari kesukaran seorang ibu semasa berbadan-dua, menjaga dan mendidik anak-anak. Gadis ini juga memberitahu kami bahawa dia akan mentaati dan menyayangi ibunya dan membantu menyebar pembelajaran falsafah tradisi. Sebenarnya setiap insan memiliki kebaikan hatinya dan ia akan dibangkitkan kerana jodoh yang ada, kami yakin dia akan menemui kehidupan yang baik kelak.

Untuk membetulkan kesalahan diri, bertaubatlah terlebih dahulu dan harus menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan. Justeru, dengan memahami sebab dan akibat barulah kita arif membezakan baik atau buruk, betul atau salah. Pemuda-pemudi zaman sekarang amat kekurangan pengetahuan tentang standard membezakan antara yang betul dengan yang salah.

Buku “Di Zi Gui”, falsafah tradisi ini harus dijadikan peraturan keluarga, peraturan kelas dan peraturan umum sesebuah syarikat. Perkara ini memang penting. Rakan-rakan sekalian, anda yang pernah atau sudah mewarisi peraturan keluarga anda, sila angkat tangan! Keluarga-keluarga zaman dahulu mempunyai peraturan keluarga masing-masing, tetapi budaya ini gagal diwarisi dalam keluarga zaman sekarang. Peraturan yang macam mana diikuti oleh keluarga sekarang?

Jika masing-masing dalam keluarga mempunyai peraturan sendiri, keluarga ini menjadi huru-hara. Oleh yang demikian, peraturan untuk seluruh keluarga harus didirikan telebih dahulu, barulah masing-masing mempunyai pedoman untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Barulah kita menyedari kesalahan diri, kemudiannya bertaubat dan membaiki kesalahan. Tanpa memperbaiki kesalahan, kita tidak boleh maju. Sekiranya tidak ingin membetulkan kesalahan diri, orang seperti ini akan takut kesalahannya dibongkar orang dan hidupnya dalam kebimbangan pada setiap hari. Apabila rahsia kesalahan diri dibongkar oleh orang lain, akibatnya kita akan dipandang rendah dan tidak akan dipercayai untuk selamanya.

Page 546: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

546

Seterusnya kita akan masuk Bab ke-5, “Sayang dan mesra sesama manusia dengan saksama.” Di sini perasaan sayang itu bukan terhad pada orang sahaja, malahan harus sayang segala benda dan makhluk bernyawa. Maksud “sayang” itu harus berlandaskan penghayatan dengan hati kita terhadap keperluan orang lain, bukan mengawal pihak berkenaan dengan mematuhi segala cakap anda dan melakukan sesuatu mengikut kehendak anda. Seandainya anda memaksa orang lain supaya mendengar cakap anda, itu satu bentuk kawalan dan bukan sayang malahan satu bentuk nafsu diri kita. Jadi, kita harus berfikir dari sudut pihak lain dan bertimbang rasa terhadap mereka.

Oleh itu, sangat perlu kita mendidik anak supaya bersifat penyayang. Jadi siapakah yang mereka harus sayangi terlebih dahulu? Pertama sekali semestinya menyayangi ibu bapa mereka. Apabila anak sudah tahu menyayangi ibu bapa, barulah dia tahu bersifat penyayang terhadap yang lain di sekelilingnya. Kata ilmuan silam “Sifat penyayang setiap insan bermula daripada kasih sayang terhadap ibu bapa sendiri, kemudian barulah dilanjutkan kepada ibu bapa orang lain dan anak-anak orang lain.”

Seterusnya sifat penyayang ini dilanjutkan kepada segala benda, termasuk binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Asalkan anak-anak disemaikan dengan didikan penyayang yang berlandaskan urutan tersebut, sifat penyayang mereka akan berkembang lebar dan meluas.

Bagaimana caranya untuk mendidik anak taat dan menyayangi ibu bapa? Apakah caranya? Bermula daripada “Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa semasa di rumah”, di samping itu perkara paling penting ialah ibu bapa harus bekerjasama dengan guru-guru anak. Cara pembelajaran anak-anak yang mengikut kelas kami belajar secara membuat pemerhatian terhadap teladan yang baik mengikuti sifat baik mereka.

Semasa kami mengikuti kursus di maktab perguruan, banyak teori pendidikan dipelajari dan kebanyakannya berlandaskan pendapat pakar pendidik yang lahir antara seratus hingga dua ratus tahun yang lepas. Selepas mengkaji kitab-kitab suci falsafah tradisi China, sudah berapa lama nenek-moyang kita berbincang tentang pendidikan? Beribu-ribu tahun yang lepas.

Page 547: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

547

Namun begitu, adakah nenek-moyang kita menetapkan hak milik “Hak cetak terpelihara, cetak rompak akan didakwa mengikut undang-undang”? Tiada. Sebab apa yang mereka bincangkan merupakan kebenaran hidup dan kebenaran ini merupakan milik semua orang. Tujuan mereka meninggalkan hasil penulisan tentang pendapat mereka semata-mata untuk kepentingan umum dan generasi akan datang, dan bukan untuk melabelkan diri tentang kehebatan diri. Jadi, kita dapat merasai bahawa penulisan peninggalan orang-orang pada zaman dahulu ini sememangnya demi tujuan kepentingan generasi kemudiannya.

Dalam kelas pembelajaran falsafah tradisi dalam kalangan anak-anak, kami akan mengajar mereka “Berjalan dengan penuh mantap dan ketenangan, berdiri dengan tegak dan teguh.” dan kemudian diberi peluang untuk berlatih di dalam kelas. Kemudiannya mereka dilatih untuk belajar dan mempraktikkan cara bertutur iaitu “Apabila berkata tentang sesuatu, jangan bertutur terlalu cepat atau mengulum kata tetapi berkatalah dengan jelas dan terus ke sasarannya supaya mudah difahami”.

Selepas perkongsian hasil pembelajaran dari kalangan anak-anak, kalau ada anak yang baru hari pertama menghadiri kelas kami, setelah mendengar perkongsian nilai murni yang diamalkan oleh abang-abang dan kakak-kakak yang sekelas dengannya, dalam jiwanya juga berputik kehendaknya untuk membuat sesuatu untuk mentaati ibu bapanya.

Oleh itu, sebaik sahaja sampai ke rumah selepas kelas, si kecil ini terus masuk bilik air, kerana setelah mendengar perkongsian pengalaman abang-abang sekelas yang mengatakan mereka membawa air untuk ibu mencuci kaki, dia juga ingin meneladani sifat murni mereka. Pada masa itu dia begitu yakin terhadap kemampuan dirinya, walaupun waktu itu sudah lewat malam, si anak ini tetap begitu berinisiatif untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Atas sebab sifat semula jadi sehati sejiwa antara ibu dengan anak, ibu terus dapat membaca perbuatan anak itu dan berlari untuk menyembunyikan baldi supaya tidak diambil oleh anaknya. Mengapa begitu? Sebab anak itu baru tiga tahun, terlalu kecil dan ibunya takut dia menumpahkan air. Beginilah apa yang diperkongsikan oleh si ibu dengan saya tentang anaknya. Lalu saya

Page 548: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

548

menjawab, “Lebih baik kalau air itu tumpah.” Ibu tersebut rasa hairan dan terbeliak mata mendengar jawapan saya. Lalu saya pun menjelaskan, “Jika air telah tertumpah, menunjukkan anda tidak menghalang perbuatannya menunaikan tanggungjawab sebagai anak yang taat dan sayang kepada ibu bapa. Sebaliknya bagaimana dia boleh berbuat demikian jika anda tidak memberi peluang kepadanya. Sementara itu, melalui air yang ditumpahkan, barulah dia berpeluang mempelajari menatang air dengan baik, bukankah ini satu peluang pembelajaran?

Jika bukan melalui cara sedemikian, bilakah mereka berpeluang untuk mempraktikkan keupayaan kerja mereka? Sampai bila kita manjakan anak ini? Adakah si anak ini dimanja sehingga dia berumahtangga? Sampai dia beranak-pinak anda masih hendak membantu dia menjaga anak? Melalui penjelasan tersebut, ibu tersebut boleh menerima penerangan yang diberikan.

Kemudian ada seorang anak juga mengambil air untuk ibunya merendamkan kaki. Dia tidak menolak niat baik anaknya untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Anak itu melakukannya dengan gembira sejak hari pertama. Anak itu dihargai atas kebaikan sifatnya menyebabkan dia berpuas hati dengan pencapaiannya. Seminggu kemudian, ibu ini datang berjumpa dengan saya dan memberitahu bahawa dia sudah seminggu merendam kaki dengan air sejuk. Saya pun bertanya, “Kenapa?” Rupa-rupanya si ibu menyimpan air yang kurang panas kerana takut anaknya tertumpah air itu. Kemudiannya ibu tadi menambah air panas setelah memerhatikan bahawa anaknya semakin pandai menatang mangkuk. Inilah kebijaksanaan seorang ibu yang mendidik anak mengikut keperluan keadaan, dia bukan sahaja membantu anak menunaikan tanggungjawabnya malahan cara yang selamat untuk anaknya. Inilah yang dikatakan sebagai kerjasama antara guru dengan ibu bapa. Apa yang diajar oleh guru di sekolah dan kursus kelas falsafah tradisi, ibu bapa harus memberi peluang kepada anak untuk mengamalkannya. Jangan sesekali menyerahkan sepenuh tanggungjawab mendidik anak kepada guru mereka, ini satu perbuatan yang tidak wajar.

Apakah cara lain untuk mendidik anak menunaikan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa semasa di rumah? Ada kawan kita memberitahu jawapannya, iaitu teladan daripada ibu bapa. Satu cara lagi ialah kerjasama

Page 549: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

549

antara suami isteri. Isteri harus memberitahu anak tentang pengorbanan suaminya, sementara itu suami pula mesti memberitahu anak tentang kesusahan isterinya. Dengan cara ini, barulah anak boleh menghayati tentang kesukaran tanggungjawab ibu bapa mereka. Selepas anak sudah pandai melaksanakan tanggungjawabnya menjaga kedua orang tuanya, ibu bapa seterusnya mendidik anak “Menganggap ibu atau bapa saudaranya sebagai ibu bapa kandung sendiri.” “Melayani saudara-maranya seperti mana dia melayani saudaranya sendiri.”

Didikan tersebut kemudiannya dilanjutkan bahawa kita harus menghormati semua orang yang lebih tua daripada dirinya dalam apa pun bidang yang diceburinya, ini disebabkan masyarakat dan sesesebuah negara merupakan entiti yang saling membantu. Ini merupakan satu pandangan hidup yang sangat penting, sebab pada zaman yang utilitarianisme ini, pandangan seseorang mungkin sudah terpesong kerana mengukur nilai sesuatu dengan berasaskan wang ringgit dan bukan atas pertimbangan dari segi sumbangan yang dicurahkan kepada masyarakat dan negara.

Oleh itu, anak kita harus dididik sejak kecil lagi bahawa semua jenis pekerjaan tiada perbezaannya sama ada pekerjaan itu mulia atau hina, kita harus menghormati perkhidmatan yang diberikan daripada beraneka bidang. Sewaktu saya mengajar di sekolah, setiap pagi lebih kurang pukul 6 pagi keluar dari rumah, saya dapati jalan raya di hadapan dan sekitar sangat bersih, ke mana perginya semua daun-daun pokok itu? Ini semua hasil kerja rakan-rakan pencinta alam yang mulakan kerja membersih dan menyapu jalan raya sejak awal pukul empat hingga lima pagi. Justeru, saya pun memberitahu anak murid saya, “Kita mempunyai keadaan sekeliling yang bersih pada hari ini. Ini semuanya hasil sumbangan dan bakti daripada ramai orang yang membolehkan kita memulakan pekerjaan dan persekolahan harian dengan hati penuh keriangan. Oleh itu, kita harus bersyukur dan menghargai khidmat dan sumbangan daripada mereka yang bekerja dalam pelbagai bidang ini. Apabila anak menerima didikan yang demikian rupa, dia akan bersalaman dan mengucapkan terima kasih dengan mesra kepada pekerja-pekerja yang ditemuinya sama ada di kedai-kedai ataupun kedai buku.

Page 550: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

550

Pada suatu hari, ada seorang pelajar dari kelas Darjah Empat telah berkata dengan gurunya, “Cikgu, pak cik itu telah menukar air untuk kami setiap hari.” Pak cik itulah yang akan membawa setimba air ke kelas mereka untuk ditukar dengan air lama yang sedia ada, kerja ini dibuat pada setiap hari. Kerja yang dibuat oleh pak cik tersebut ialah kerja buruh dan sering bermandikan peluh. Oleh kerana kerja ini sudah menjadi rutin hariannya, jadi pak cik ini seperti robot kerana raut wajahnya begitu kaku sekali semasa bekerja. Budak itu memberi cadangan kepada gurunya, “Cikgu, kerja pak cik ini sangat susah, bukankah patut kita berterima kasih kepadanya dengan sebaik-baiknya?” Guru itu turut gembira setelah mendengar cadangan tersebut dan mendapati inilah ketelitian hati dan perasaan hormatnya terhadap orang lain. Di samping itu, semua murid kelas tersebut juga setuju dengan cadangannya dengan gembira dan mereka akan bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik itu pada keesokan harinya.

Pada hari berkenaan, pak cik tersebut datang seperti biasa menukar air. Sebaik sahaja dia mengangkat baldi, budak-budak seluruh kelas pun berkata, “Apa khabar Pak cik?” Pak cik itu begitu terkejut, kemudian anak murid itu berkata lagi, “Terima kasih pak cik kerana telah menyusahkan anda.” Dari mimik muka terkejut tiba-tiba Pak cik tersenyum lebar dengan penuh keriangan. Semenjak hari itu, setiap kali menjalankan kerja rutin di kelas tersebut, beliau menunjukkan muka penuh kegembiraan dan ceria. Memang benar bahawa apabila kita menghormati orang lain, layanan yang sama akan diberikan oleh pihak berkenaan kepada kita. Semua orang umpama cermin di hadapan kita, apabila kita bersenyum lebar kepadanya, sudah pasti kita akan dibalas dengan senyuman lebar. Jadi, apabila kita menghormati khidmat sumbangan orang lain dalam setiap bidang, maka suasana aman dan harmoni akan dirasai. Oleh sebab itu, setiap bidang dan industri patut kita hargai.

Seterusnya, kita harus lebih prihatin dan memberi bantuan kepada golongan mana yang paling kurang mendapat penjagaan dan keprihatinan umum? Golongan kutu rayau, anak yatim piatu, semuanya golongan yang kurang berkemampuan dan lemah. Oleh itu Konfusius telah menyatakan dalam buku Li Ji, Bab Zaman Keharmonian Unggul, “Apabila ideologi pentadbiran yang paling ideal dilaksanakan, semua orang akan berkongsikan

Page 551: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

551

dunia secara saksama.” memang sangat baik dengan berlapang dada sebegini. Semua orang tidak hanya menyayangi ahli keluarga sendiri, malahan kasih sayang, penjagaan dan pemeliharaan yang sama diberi kepada semua orang lain yang tidak mempunyai pertalian darah dengannya, sama ada orang itu ibu bapa ataupun pun anak-anak orang lain.

“Golongan orang tua mendapat penjagaan yang baik dan menikmati sisa-sisa hidup dengan selesa, manakala golongan pemuda dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan budak-budak membesar dengan sihat.” Akhir sekali ialah “Membolehkan kesemua orang golongan tua dari kalangan duda atau balu atau bujang, anak-anak yatim atau piatu, golongan cacat dan berpenyakit, keprihatinan dan penjagaan daripada masyarakat keseluruhannya sangat diperlukan.”

Pada zaman sekarang, banyak juga badan kebajikan dalam masyarakat berusaha memberi penjagaan kepada golongan tersebut. Jadi, apabila ada masa lapang, kita boleh menyertai pasukan sukarelawan untuk memberi khidmat dan bantuan. Seandainya sibuk tanpa masa lapang kita juga boleh menghulurkan derma wang ringgit sebagai sumbangan.

Perbincangan untuk bab ini dihentikan di sini. Terima kasih.

Page 552: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

552

Sesi 35Menyayangi Segala Benda Bersamaan Melaksanakan Tanggungjawab

Sebagai Seorang Anak Yang Taat Kepada Ibu Bapa Dan Berkasih Sayang Kepada

Sesama Adik-Beradik

Rakan-rakan sekalian, mari kita pelajari “Sayang Dan Mesra Sesama Manusia Dengan Saksama”. Hati penyayang anak asasnya daripada rasa taat pada ibu bapa dan taat kepada ahli keluarga lain. Selain itu, hormat pada semua lapisan masyarakat, hormat pada kerja keras dan kesusahan mereka, membantu dan sayang pada persatuan yang lebih lemah. Jika perbuatan sebegini semakin dilaksanakan, maka masyarakat akan lebih makmur. Jika kita berbuat baik, pertama, ini akan meningkatkan belas kasihan kita kepada orang lain. Yang kedua, mendalami dan memahami banyak perkara yang kita tidak tahu dalam lapisan masyarakat. Membawa anak berbuat baik bersama akan meningkatkan hati penyayang anak. Sebelum ingin berbuat baik pada masyarakat, keluarga mesti dijaga dengan baik terlebih dahulu. Adalah cara yang tidak tepat jika dibiarkan keluarga sendiri berada dalam keadaan huru-hara, dan asyik menolong orang lain. Kita mesti menjaga diri dengan baik yang tentunya memberi kesan yang baik juga kepada keluarga. Keluarga yang baik, akan membawa kesan yang positif kepada masyarakat dan negara.

Selain menjaga persatuan yang lebih lemah, adakah individu yang bermasalah juga perlu diberi perhatian.? Ya. Perlu. Kita pernah menceritakan dahulu tentang seorang murid yang sangat serius bernama Ma Jiajue. Murid-murid di sekeliling selalu mengejek dan memandang rendah kepadanya kerana kehidupannya yang sangat miskin. Lama-kelamaan telah tertanam benih kebencian dan ingin membunuh di dalam hatinya. Akhirnya dia telah membunuh beberapa orang murid yang kerap menghinanya. Dalam kes ini, seorang murid terselamat dan tidak dibunuh kerana sebelum ini dia pernah menolong Ma mengambil dulang sayur dan mengisi nasi untuknya. Kita mesti mempunyai perasaan belas kasihan. Tidak mengira sama ada seseorang itu jahat atau tidak, yang penting kita sepatutnya berhati murni serta bermoral. Nescaya kita mampu menyedarkan hati nuraninya secara perlahan-lahan. Jika kita menentangnya, kedua-dua pihak akan menerima

Page 553: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

553

kesan negatif. Kita tidak patut menyebarkan keburukan orang lain dan tidak bersikap keterlaluan. Jika kita berbuat begitu, mereka akan berasa marah. Kenapa mereka menjadi jahat? Rakan-rakan sekalian, kenapa? Hal ini terjadi adalah kerana individu sedemikian tidak ada didikan daripada keluarga, dan tidak mendapat didikan yang sempurna dari sekolah. Dalam hidupnya tiada seorang pun yang menyayanginya, kita mesti mempunyai perasaan belas kasihan kepadanya.

Saya telah bertemu dengan seorang pegawai penjara secara kebetulan ketika berada beberapa hari di Haikou. Pegawai itu makan bersama-sama dengan kami. Beliau memberitahu hasratnya agar penjara tersebut boleh diubah menjadi sebuah sekolah. Selepas mendengar cadangan beliau itu, saya rasa sangat terharu. Jika seorang pegawai bertekad untuk membuat kebaikan, tentu ramai orang boleh mendapat manfaatnya.

Saya masih ingat ketika kali pertama kami mengadakan kursus selama lima hari di Haikou. Pegawai pendidikan Haikou juga hadir. Oleh sebab Pengawai Pendidikan mendengar kami berceramah, kami pun berasa sangat tertekan. Selepas pengawai itu beredar, saya sangat terharu sehingga mengalirkan air mata. Kita selalu membaca cerita tentang pegawai yang baik akan memberi manfaat kepada masyarakat dan rakyat secara keseluruhan. Selain itu keadaan ini akan membantu kehidupan dan fikiran rakyat berkembang lalu membentuk masyarakat yang aman.

Kami dapati pegawai penjara yang disebutkan tadi sangat berhati mulia dan sewajarnya kami bantu. Pusat pendidikan kami menghantar guru untuk memberi ceramah dan mengedar buku secara percuma. Kata bijak pandai, “Jika berbuat baik, Tuhan akan membantu kita”. Oleh itu, jika berdepan dengan orang yang jahat, kita patut mengajar anak kita agar menjadi model yang baik supaya dapat mempengaruhi mereka. Anak-anak mestilah diajar berbuat baik dan mempunyai rasa belas kasihan dan tidak bermusuhan dengan orang lain.

Selain daripada rasa sayang sesama manusia kita juga harus menyayangi haiwan. Haiwan juga mempunyai perasaan, dan kesakitan apabila dilukai. Pada suatu pagi, seorang pemburu Tibet ternampak seekor kambing Tibet

Page 554: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

554

dari jauh. Dia pun mengambil senapang lalu membedek kambing tersebut. Tiba-tiba adegan ini mengejutkannya. Kambing Tibet itu memandang pemburu lalu berlutut. Dia berasa aneh, tetapi ditembaknya juga kambing itu.

Selepas ditembak, dia membelah perut kambing itu dan didapatinya ada seekor anak kambing di dalam perut ibu kambing tersebut. Dia sangat terkejut dan baru menyedari mengapa kambing itu melutut seolah-olah meminta menyelamatkan nyawa anaknya. Pemburu itu juga sebagai bapa kepada anak-anaknya. Apabila dia teringat kelakuan kambing itu, hatinya berasa malu dan terharu. Dia mengetahui binatang juga ada perasaan kasih dan sayang kepada anak. Sejak hari itu, dia tidak mahu menjadi pemburu lagi.

Ada juga seorang pemburu, dia suka menangkap musang berkulit kuning dengan perangkap. Pada suatu hari perangkapnya mengena, tetapi hanya kulit sahaja, badan musang telah hilang. Pemburu itu pun mengikut jejak darah sampai ke tempat musang itu dan mendapati musang itu sedang menyusukan anaknya. Rupa-rupanya musang itu telah mati, tetapi anaknya sedang menghisap susunya. Tengoklah sebagai seorang ibu, dalam keadaan yang bahaya dan kesakitan, dia hanya mengingati anaknya sahaja. Kasih sayang haiwan sama dengan manusia. Apabila pemburu itu melihat senario begini, dia tidak ingin memburu lagi. Mari kita mengingati puisi Bai Juyi: “Jangan anggap nyawa binatang itu ringan, mereka juga bertulang dan berkulit, harap kita tidak mencederakan burung yang berada di atas pokok, anak-anak burung berharap ibunya balik.” Oleh itu, kita mesti bersimpati kepada binatang dan jangan memisahkan keluarga haiwan itu sesuka hati.

Selain sayang kepada haiwan, tumbuh-tumbuhan juga perlu dipelihara, kerana semuanya ialah kehidupan di muka bumi ini. Kita pernah nampak kanak-kanak memanjat pokok lalu menggoyang-goyangkan pokok itu dengan kuat kerana berasa perbuatannya menyeronokkan. Tetapi dari sudut lain, dia mungkin akan mencederakan tumbuhan dan haiwan yang lain. Sebagai ibu bapa kita mesti berwaspada dan selalu mengingatkan anak-anak supaya memupuk rasa hormat kepada segala benda. Jika tidak ada rasa hormat kepada benda-benda, adakah seseorang akan menghormati

Page 555: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

555

insan yang lain? Sebagai contohnya, tidak hormat pada makanan, tidak menghabiskan makanan dan membuangnya sahaja, perbuatan begini menunjukkan kesukaran untuk memupuk sikap hormat kepada orang. Hal ini demikian kerana jika hati seseorang itu ikhlas dan baik sikap hormat kepada apa yang berada di sekelilingnya akan dihayati. Seseorang yang tidak ada rasa hormat dan keikhlasan serta berbuat apa sahaja sesuka hati akan sukar menghargai pengorbanan dan pemberian daripada ibu bapa.

Ketika saya terlihat seorang kanak-kanak merosakkan tumbuh-tumbuhan, saya tidak memarahinya dengan serta-merta, tetapi menunggu saat di dalam kelas untuk bertanya “Murid-murid sekalian, apakah perkara yang jika dalam masa lima minit sahaja tidak kita peroleh boleh mengakibatkan kematian? Oksigen. Jika kita kekurangan makanan, mungkin boleh hidup dalam tempoh lapan hingga sepuluh hari. Jika kita kekurang air selama dua hingga tiga hari mungkin kita boleh hidup juga. Tetapi jika kita kekurangan oksigen dalam lima minit, kita akan mati kesan daripada otak yang mati. Oksigen datang daripada mana? Murid-murid menjawab dengan segera, kerana mereka pernah belajar sains. Oksigen adalah dari proses fotosintesis, iaitu daripada tumbuh-tumbuhan dan matahari. Maka, tumbuh-tumbuhan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan kita. Lima minit sahaja kita tidak menerima oksigen, kita akan mati. Oleh itu tumbuhan ialah penyelamat kita. Tumbuhan membekalkan sesuatu yang terpenting kepada kita. Oleh sebab itulah kita mesti sayang kepada tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan bukan sahaja memberi kita oksigen, malah kebaikan dalam banyak aspek. Tumbuhan memberi banyak kebaikan dan berkorban tanpa meminta apa-apa balasan pun.

Oleh sebab manusia tidak hormat kepada tumbuh-tumbuhan, banyak masalah telah timbul. Contohnya kes tanah runtuh. Anehnya, 30 hingga 50 tahun dahulu jarang kita mendengar kes tanah runtuh. Ironinya mengapa banyak berlaku pada masa ini? Mestilah manusia yang melakukan perbuatan tidak baik yang mengakibatkan fenomena begini. Penebangan pokok yang tidak terkawal mengakibatkan bencana tersebut. Pokok yang ditanam memegang tanah dengan kuat, jika ditebang tanah akan longgar, maka terjadilah bencana tanah runtuh. Bila kita fikir dengan teliti, tanah runtuh dikatakan bencana tetapi sebenarnya berpunca daripada perbuatan

Page 556: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

556

manusia yang tidak menghormati alam. Bandar yang besar dengan pokok yang banyak akan membantu menyederhanakan suhu bandar tersebut. Jika semua pokok ditebang, suhu akan naik dan keadaan cuaca semakin panas. Lama-kelamaan kesihatan kita akan terjejas. Selain itu, pokok berperanan mencegah pancaran matahari daripada terus ke permukaan tanah dan keadaan ini mengelakkan peningkatan suhu bumi. Pelepasan monoksida, karbon dioksida atau udara kotor yang lain, akan ditukar oleh tumbuhan menjadi oksigen. Jika semua pokok-pokok ditebang, maka akan terbentuk kesan rumah hijau yang meningkatkan suhu bumi dan akhirnya mengakibatkan bencana alam. Maka kita sepatutnya menyayangi dan menjaga alam sekitar demi generasi yang akan datang.

Dunia dan segala makhluknya adalah ciptaan Tuhan. Nenek moyang kita yang terdahulu menaruh harapan agar kita boleh menghayati jasa mereka. Saya pernah mendengar kata-kata begini, sepuluh ribu tahun yang lalu, terdapat satu spesies akan pupus setiap seratus tahun. Seribu tahun yang lalu, terdapat satu spesies akan pupus setiap sepuluh tahun. Dua puluh tahun yang lalu, terdapat lima ratus spesies akan pupus setiap tahun. Lima tahun yang lalu, terdapat seratus ribu spesies akan pupus setiap tahun. Setelah mengetahui statistik ini, saya amat terkejut. Dalam masa sepuluh tahun sahaja, spesis dalam dunia ini hampir pupus. Siapakah yang menyebabkan perkara begini berlaku? Manusia. Ada satu jenis spesis jika ia pupus, spesis lain akan sangat gembira dan mereka akan meraikannya. Tahukah anda nama spesis tersebut? Manusia. Manusia mesti berasa malu dan berfikir sebaik-baiknya.

Sebagai contoh kanser. Manusia dianggap sebagai sel-sel kanser di bumi. Sel-sel kanser akan tersebar pada organ lain dengan cepat. Ia menyebar luas dan cepat, dan akan musnah satu hari nanti. Apakah nasib sel-sel kanser? Mati. Walaupun ia tersebar dengan cepat, tubuh kita mati kanser akan mati juga. Konsepnya sama, nampaknya manusia memperoleh banyak kebaikan dari alam semulajadi ini, tetapi perlahan-lahan bumi ini dimusnahkan, tidak boleh terus hidup lagi, tetapi dalam masa yang sama manusia akan turut binasa akhirnya. Maka manusia mesti berpandangan jauh. Bermulalah dari sayang kepada orang, dan hormat pada segala benda. Kita jadi teladan kepada anak, memupuk hati hormat dan belas kasihan

Page 557: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

557

pada anak. Jika anak berbuat baik dan hormat, keluarga kitalah yang akan menerima manfaatnya. Seterusnya, kita belajar, “Kita tinggal di dunia ini di bawah lindungan langit yang biru bersama, semua manusia mesti disayangi sama rata.

Seorang guru memberitahu saya, kita tinggal di bumi yang sama, di antara langit dan tanah, mesti wujud bersama. Jika seseorang itu boleh sayang semua benda di dunia, maka dia akan taat pada ibu bapa dan sayang pada adik-beradik. Seterusnya dia berkata, bapa bagaikan langit, ibu bagaikan tanah, semua orang adalah anak dari tanah. Jika tiada langit dan tanah, kita makan apa? Kita mesti bersyukur kerana tanah yang menyara kita. Ibu bagaikan tanah, tumbuhan di tanah menyara kita, semua benda dalam alam ini seperti adik-beradik kita. Kita tidak patut mencederakan binatang, ini adalah sama dengan sikap menyayangi adik beradik. Hati guru tersebut luas dan lapang. Betul sungguh ibu bagaikan tanah. Jika kita tidak hormat pada binatang, suasana akan jadi huru-hara. Banyak binatang diancam kepupusan, ketika binatang nampak manusia, mereka akan lari dengan pantas terutamanya apabila nampak orang China. Kita mesti insaf, binatang yang terbang di langit, merangkak di tanah, berenang di air, orang China semuanya makan. Kita mesti menghentikan nafsu kita, banyak binatang yang dimakan akhirnya menjadi pupus. Oleh itu, kita mesti sayang dan mesra sesama manusia dengan saksama.

Dalam tempoh peperangan 2,492 tahun yang lalu, seorang perdana menteri bernama Sun Shuao, dia seorang yang mulia. Pada masa dia muda, kebetulan dia bekerja di luar, dia ternampak seekor ular berkepala dua. Kononnya dipercayai sesiapa yang terlihat ular berkepala dua itu akan mati atau ditimpa nasib malang. Sun Shuao membunuh ular itu lalu menanamnya sambil menangis teresak-esak. Setibanya di rumah, emak menanya mengapa menangis? Sun Shuao menjawab , “Saya tidak boleh menyara ibu lagi kerana saya ternampak ular berkepala dua, mungkin saya akan mati tidak lama lagi”. Usia Sun Shuao masih muda, dia tidak fikir tentang hidupnya, dia menguburkan ular itu dengan baik dengan niat jangan biarkan orang lain ternampak ular tersebut.

Kenapa dia menangis dan sedih? Takut tidak boleh menyara ibunya

Page 558: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

558

lagi. Ibunya amat gembira kerana anaknya tidak mementingkan diri. Ibunya berkata, “Jangan risau, hati yang baik mendatangkan berkat”. Setelah dia cukup dewasa, dia menjadi perdana menteri Negara Chu. Terbuktilah hati yang baik mendatangkan rahmat.

Seterusnya, kita belajar, “Seseorang yang mempunyai akhlak yang tinggi dan mempunyai tatasusila yang baik akan dihormati dan disanjung mulia”. Orang yang mulia, nama baiknya akan tersebar. Konfusius pernah berkata, “Pegawai yang bermoral seperti angin, tingkah laku rakyat seperti rumput, jika angin bertiup rumput akan ikut arah angin”. Jika angin bertiup, rumput akan merendahkan badannya. Ini bermakna ajaran yang baik rakyat akan ikut, belajar dan laksana. Maka yang terpenting orang itu bermoral dan berpengetahuan dan berdisiplin, secara tidak langsung orang akan ikut dan patuh. Pada masa Konfusius mengajar, ramai yang ingin belajar daripadanya. Apa yang kita fikir akan terpapar pada air muka kita dan juga dalam kehidupan kita. Memang tidak boleh dinafikan, fikiran ilmuan silam jauh berbeza dengan kita. Rakan-rakan sekalian, apakah yang kita fikir seharian? Fikir saham naik atau turun? Risau tentang keputusan peperiksaan? Dalam buku Lun Yu, Konfusius hanya risau tentang empat perkara. Pertama, tidak melaksanakan ajaran yang baik; Kedua, tidak menyampaikan ajaran yang baik; Ketiga, tidak melakukan perkara yang memenuhi kebenaran dan keempat, tidak membetulkan kesilapan.

Pada setiap hari, Konfusius melaksanakan ajaran yang baik dan bermoral, beliau takut masa berlalu sia-sia sahaja. Apa yang beliau fikir, beliau akan sampaikan supaya orang lain menerima manfaatnya. Perkara-perkara yang baik dan dalam keadilan, mesti dibuat serta-merta tanpa berlengah-lengah. Selalulah memikirkan tentang apakah kelemahan yang belum diubah. Inilah hati Konfusius. Sumbangan beliau amat besar, rakyat jelata sangat hormat dan sayang pada beliau. Maka, seorang yang mempunyai akhlak yang tinggi dan mempunyai tatasusila yang baik akan dihormati dan disanjungi masyarakat. Orang yang disegani ialah orang yang berkebolehan, bukanlah kerana paras rupanya. Seterusnya, kita belajar, “Pencapaian tinggi seseorang pasti akan dikagumi dan dihormati ramai”. “Seseorang yang suka bercakap besar dan takbur tidak akan dihormati”.

Page 559: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

559

Orang akan mengagumi bakat kita, jika kita betul-betul bermoral dan bukan membesar-besarkan kehebatan diri sahaja. Apakah asas “bakat”? Moral. Jika berbakat tapi tidak bermoral, adakah dikagumi? Tidak. Orang yang berakhlak tinggi pasti memanfaatkan keluarga dan masyarakat. Jika bakat yang diperolehinya hanya untuk mementingkan diri, maka orang ramai tidak akan hormat padanya. Kebanyakan kita iri hati pada orang yang berbakat, mungkin anak kita juga begitu. Orang akan cakap begini: hebatnya kamu, cantiknya tulisan kamu, merdunya nyanyi kamu dan lain-lain lagi. Apakah sebabnya tulisannya cantik? Kita mesti memberi panduan kepada anak supaya tidak iri hati pada orang yang hebat, kehebatan mereka bukan kejayaan dalam masa yang singkat. Pepatah mengatakan “Besi akan menjadi jarum yang halus setelah berusaha sangat lama”. Kejayaan seseorang bukan tiba-tiba, mesti dipupuk dengan segala sifat tabah.

Tulisan kaligrafi Cikgu Yang sangat cantik, kita amat iri hati, tetapi berapa lama Cikgu Yang berlatih? Empat puluh satu tahun. Beliau belajar dari umur lima tahun. Cikgu Yang memberitahu kami, beliau menulis timbunan kertas setiap hari akhirnya beliau berjaya. Kita mesti ada hati yang kukuh, tabah dan memberi. Tambahan pula, Cikgu Yang berkhidmat dengan orang ramai maka bakatnya semakin meningkat dan maju. Banyak tulisan Cikgu Yang telah diimbas dan diletak dalam internet secara percuma. Bapa Cikgu Yang ialah seorang kaligrafi. Bapa beliau belajar kaligrafi sejak dua puluh tujuh tahun dahulu. Bapanya telah menjadi teladan yang baik padanya. Selepas mendengar cerita ini, adakah anda ingin belajar juga? Teladan dan keluarga yang baik telah menjayakan bakatnya. Jika kita ingin belajar tidak akan terlambat. Apa yang kita peroleh dari masyarakat, kita mesti menyumbang kembali kepada masyarakat dan sosial. Seterusnya kita belajar, “Sekiranya kita seorang yang bijak dan pandai, gunakanlah kebolehan itu untuk memanfaatkan orang ramai.”

Saya mempunyai perasaan yang kuat tentang ayat di atas semasa saya berada dalam kelas tuisyen. Kawan yang lemah dalam pelajaran saya mesti tolong dengan sepenuh hati. Apabila seseorang mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain, dia mempunyai tiga jenis pemberian. Tiga jenis pemberian itu ialah wang, ilmu dan menghapuskan kebimbangan orang lain. Kita tahu kalau kita meminta sesuatu pada Tuhan dengan hati

Page 560: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

560

yang ikhlas, atau sembahyang dengan khusyuk, Tuhan pasti merealisasikan. Semua orang suka wang, tetapi mereka tidak tahu cara untuk mendapatkan kekayaan, apakah caranya? Sedekah. Semua orang hendak jadi bijak dan pandai, apakah caranya? Berkongsi ilmu dengan orang lain. Semua orang hendak tubuh badan yang sihat, apakah caranya? Sentiasa menolong orang, menghilangkan kebimbangan orang dan penderitaan orang. Jika kita sentiasa mengajar orang, berkongsi pengalaman kita, kita telah melaksanakan berkongsian ilmu. Lama-kelamaan kita akan menjadi bijak pandai. Oleh kerana ilmu yang diperoleh, dia boleh gunakan dalam hidupannya dan keluarganya. Dia tidak akan menjadi kelam-kabut dalam kehidupannya. Hasilnya keluarganya menjadi stabil, tidak risau akan keupayaan dan gaji yang tidak cukup.

Satu konsep yang sangat penting iaitu menolong orang yang dalam kecemasan tetapi tidak kerap menolong orang yang dalam kemiskinan kerana ini bukan asas penyelesaian masalah. Dalam pemberian wang, kita boleh menolong seketika kawan yang miskin, tetapi jika fikirannya tidak bertukar, maka kemungkinan besar dia akan bergantung kepada kita, ini mungkin mempunyai kesan sampingan. Cara yang paling asas untuk menolong seseorang ialah memberi pendidikan yang betul, tukar fikirannya dan membetulkan kehidupannya. Kawan saya seorang guru, dia membantu ibu bapa menguruskan kerja rumah sejak kecil. Dia juga bersusah payah menjaga adik-beradik yang kecil. Dia belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi dan sampai ke universiti. Akhirnya dia bekerja sebagai pemimpin dalam sebuah syarikat, dan banyak peluang yang baik datang padanya. Ketika belajar di universiti, dia dilantik sebagai pengerusi persatuan pelajar. Dia dilantik kerana kecekapannya dalam kerja. Tidak berasal dari orang kenamaan tetapi kenamaan datang juga padanya. Apabila anak-anak mampu membuat kerja rumah sejak kecil, kesusahannya tidak sia-sia sebaliknya dia akan jadi semakin berkebolehan.

Pada suatu hari, beberapa orang guru membalut ladu bersama-sama. Seorang guru amat hairan kerana dia baru membalut sebiji ladu, guru Chui di sebelahnya telah siap lima biji ladu. Begitu cekap cikgu Chui. Cikgu Chui membuat kerja rumah sejak kecil, tahan lasak dan menyumbang

Page 561: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

561

banyak kerja. Siapakah yang bermanfaat? Diri sendiri. Oleh itu, gunalah kebijaksanaan dan kebolehan kita untuk memanfaatkan orang ramai. “Kebijaksanaan orang lain tidak semestinya dipertikaikan”. Kita tidak boleh memandang rendah pada orang yang memburukkan nama orang yang berbakat dan orang yang berkebolehan. Jika menyimpan rasa iri hati akan menjejaskan akhlaknya dan kehilangan belas kasihan. Kita tidak akan gembira terhadap perasaan begitu. Ulama dahulu mereka amat menghargai orang yang menyumbang kepada masyarakat. Menjayakan sesuatu perkara tidak senang, melaksanakan perkara baik senang tak? Tidak senang. Kita mesti sentiasa memenuhi hasrat orang lain, kita menolong menjayakan perkara baik dengan sedaya upaya. Ketika kita bergaul atau berdepan dengan orang ramai, jika kita tidak melakukan sesuatu perkara dengan baik, bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri dan keluarga, pada siapa lagi? Kalangan masyarakat. Jika kita berpeluang berkhidmat untuk orang ramai, sudah tentu kita tidak boleh cemburu dan iri hati. Cemburu ini akan menjadi halangan pada diri sendiri, malah kita tidak akan berjaya. Maka kita mesti memupuk sikap tidak mengira jasa, hanya berharap tiada kesilapan. Dalam persatuan pula, kita patut bergembira tentang perbuatan baik orang lain dan menolongnya, maka pahala kita sama dengan apa yang dibuatnya.

Seterusnya, kita belajar “Jangan sekali-kali kita menyanjungi orang yang kaya dan menghina orang yang miskin”. Bagi yang kaya, kita tidak perlu memuji-muji, bagi yang miskin, kita tidak harus berbangga dan pandang rendah. Murid Konfusius Zi Lu bertanya kepada beliau, orang miskin tidak memuji-muji orang kaya, yang kaya tidak bangga, adakah ini dianggap berakhlak? Konfusius membalas seberhana sahaja tetapi mesti ke tahap yang seterusnya iaitu walaupun miskin tetapi gembira, yang kaya mesti bersopan santun. Maknanya walaupun miskin tidak memuji-muji. Dia faham kenapa dia miskin kerana tidak bersedekah, lama-kelamaan nasib akan berubah dan juga boleh menguasai nasib. Ilmuan dahulu faham konsep ini, walaupun mereka miskin tapi mereka sangat gembira sebagai seorang yang budiman. Orang yang kaya mesti bersopan santun. Walaupun dia sangat kaya, tetapi masih bersopan, tidak kerana dia kaya menjadi punca sifatnya

Page 562: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

562

bertukar. Dia tahu menolong orang miskin juga. Tidak kira kaya atau miskin, kehidupan kita mesti tenang. Dalam buku “Ajaran Pendidikan Keluarga Zhu” juga menyatakan bahawa “jika memuji-muji orang kaya, nampak kekayaan orang lalu menunjukkan air muka yang manis, orang begini paling keji”. Apakah perasaan anda? Tidak selesa dan amat memalukan. Seterusnya, apabila nampak orang miskin orang kaya pula menunjukkan muka yang bangga, orang begini juga keji. Walaupun dia kaya tetapi kelakuannya tidak mulia. Aneh sekali ketika murid-murid dalam kelas membaca Ajaran En Zhu, sesampai kepada kedua-dua ayat ini, mereka membacanya dengan kuat sekali. Pastinya ayat-ayat ini melekat di hati mereka dan mereka mendapat gambaran yang mendalam. Pada masa depan, mestilah mereka akan sentiasa mengikut ajaran ini, tidak memuji-muji orang kaya dan tidak memandang rendah pada yang miskin. Sememangnya jika memuji-muji orang kaya, mereka belum tentu akan menerimanya. Jika dia mempunyai fikiran sendiri, pujian yang kita sampaikan itu menjadi punca dia memandang rendah pada kita. Ceramah sampai sini sahaja, sekian terima kasih.

Page 563: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

563

Sesi 36Prihatin Dan Berfikir Dari Sudut Orang Lain

Merupakan Satu Kemurahan Hati

Rakan-rakan sekalian, selamat malam. Mari kita belajar “Sayang dan mesra sesama manusia dengan saksama”. Menyayangi orang lain, sayang kepada benda dan segala makhluk. Perkataan “sayang”(愛Ai) adalah perkataan bersekutu. Ia bermakna merasai keperluan (受Shou) dan perasaan orang lain dengan hati (心Xin). Pergaulan berdasarkan hati yang luhur, akan membawa keharmonian dalam kalangan masyarakat dan mengelakkan berlakunya pergeseran.

Meng Zi pernah berkata, “peluang yang bagus dan suasana yang sesuai masih tidak sebaik kawasan muka bumi yang baik, kawasan muka bumi yang baik tidak sebaik suasana yang harmoni antara sesama manusia”. Maka,manakah yang paling penting antara peluang yang bagus, muka bumi yang baik, usaha bersepadu dan suasana yang harmoni antara manusia? Tentulah keharmonian antara manusia. Jadi, apabila kita bergaul dengan baik sesama manusia, suasana akan menjadi harmoni, dan wujudlah kuasa penyatuan yang besar.

Bagaimana mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan keluarga, saudara mara, adik beradik, masyarakat dan negara? Laksanakan ajaran Di Zi Gui dan tidak mementingkan diri. Meng Zi juga berkata, “jika seseorang menguruskan dirinya dengan mengikut cara yang betul, dia akan mendapat bantuan orang ramai, jika tidak sebaliknya akan berlaku. Rakan-rakan sekalian, apakah yang dimaksudkan dengan “Cara yang betul”? Cara yang betul dinyatakan dalam buku Zhong Yong iaitu menjaga tingkah laku dan memupuk sikap murah hati. Jadi, cara yang betul ialah menjadi orang yang pemurah. Orang yang murah hati akan sentiasa bertimbang rasa. Orang yang tidak murah hati akan mementingkan diri. Tidak peka kepada emosi dan keperluan orang lain, dan hanya nampak keperluan sendiri sahaja. Apabila hati tidak bersatu maka keputusan yang diambil pasti berbeza dan tiada kesepakatan.

Seterusnya Meng Zi berkata, “jika kita tidak berakhlak mulia dan

Page 564: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

564

tidak memiliki sifat pemurah, orang yang terdekat atau saudara mara akan meninggalkan kita. Sebaliknya jika kita seorang yang pemurah, orang di sekeliling kita tentu gembira dan sentiasa ingin bersama-sama kita.Tentulah kehidupan akan lebih indah.”

Dalam Dinasti Zhou, Zhou Wenwang adalah seorang maharaja yang pemurah dan memikat hati rakyat jelata. Satu ketika dalam projek pembangunan, pekerja pembinaan tergali tulang manusia dan membiarkan sahaja tulang itu di tepi. Apabila Zhou Wenwang ternampak tulang tersebut, beliau amat terkejut, lalu mengkebumikan tulang itu dengan baik. Pekerja pembinaan itu semuanya terharu atas perbuatan maharaja mereka. Mereka berkata, melayan tulang orang mati dengan begitu hormat, samalah dengan melayan orang yang masih hidup, ini menunjukkan maharaja sangat sayang pada rakyat jelata. Jadi Dinasti Zhou menyatukan rakyat seluruh negara dengan sikap murah hati, malah dinasti ini merupakan pemerintahan yang terlama, iaitu lapan ratus tahun.

Apakah cara untuk mendapatkan pertolongan orang ramai? Sayang dan mesra sesama manusia dengan saksama.Sayang dan mesra sebenarnya merangkumi “murah hati”. Seterusnya kita belajar, “sekiranya kita seorang yang bijak pandai, gunakanlah kebolehan itu untuk memberi manfaat kepada orang ramai.” Kita mesti berkhidmat kepada masyarakat dengan sepenuh hati.

Semasa zaman Dinasti Song, perdana menterinya bernama Fan Zhongyan. Semasa beliau kecil, beliau bertemu dengan seorang penitik nasib lalu bertanya, “Bolehkah encik menilik nasib saya sama ada boleh menjadi perdana menteri apabila dewasa nanti?” Penilik nasib tersebut terkejut dan berkata, “Awak budak yang kecil tetapi berjiwa besar”. Fan Zhongyan berasa malu dan menundukkan kepalanya, dia bertanya lagi, “Jika tidak menjadi perdana menteri bolehkah saya menjadi doktor?” Penilik nasib mengesyaki sesuatu dan berasa pelik!

Mula-mula berkata hendak jadi perdana menteri, sekarang hendak jadi doktor pula. Penilik nasib bertanya, “Mengapa kedua-dua hasrat anda jauh berbeza?” Fan Zhongyan pun berkata, “Hanya perdana menteri yang mulia

Page 565: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

565

dan doktor yang berakhlak boleh membantu orang. Perdana menteri yang bagus akan menguruskan negara dengan baik, boleh membantu rakyat jelata.Seorang doktor yang bertanggungjawab boleh membantu pesakit sembuh dari kesakitan”. Penilik nasib berasa sangat terharu kerana budak sekecil itu bercita-cita untuk membantu orang dan tidak mementingkan diri sendiri. Dia berkata, “Kamu pasti boleh menjadi perdana menteri kerana hati anda adalah hati perdana menteri”. Rakan-rakan sekalian, adakah Fan Zhongyan menjadi perdana menteri kemudiannya? Ya. Ini tidak menghairankan kerana dia bercita-cita ingin menjadi perdana menteri. Ketika dia membaca buku, apakah yang dia baca? Cara memerintah negara dan menjadikan negara aman damai. Bagi orang lain, apakah yang mereka baca? Cara mengaut keuntungan atau cara mencapai pangkat yang tinggi dalam pekerjaannya. Adakah pandangan kedua-dua ini sama? Rakan-rakan sekalian, anak kita mestilah bercita-cita tinggi. Selepas sasaran ditentukan laksanakanlah dengan sedaya upaya. Jika anak kita bercita-cita untuk memberi manfaat kepada masyarakat, hati yang baik ini akan memperoleh sokongan daripada orang ramai seumur hidupnya. Ketika Fan Zhongyan menjadi pegawai, dia membeli banyak sawah yang dipanggil Sawah Wakaf. Beliau menjaga sanak saudara seramai tiga ratus orang dan Sawah Wakaf itu diurus oleh saudara-saudara dalam tanggungannya. Sistem tersebut telah membangkitkan pertanian berkelompok yang hebat dan membantu mereka hidup dengan lebih baik. Beliau juga prihatin membantu saudara mara dan sahabat handai dalam urusan perkahwinan dan kematian.

Fan Zhongyan juga banyak bersedekah.Apakah yang beliau peroleh? Pencapaian Fan Zhongyan adalah selepas Konfusius. Pencapaian mereka lebih besar daripada maharaja purba. Suku kaum Fan Zhongyan tidak menyusut selama lapan ratus tahun, di samping suku Konfusius tidak menyusut selama dua ribu tahun. Kedua-dua mereka menyumbang dengan hati yang ikhlas. Selain membantu saudara mara dan kawan yang miskin, beliau juga mendirikan sekolah untuk meningkatkan taraf pendidikan. Pelajar-pelajar diasuh dengan nilai-nilai mulia mulia dan bijaksana dan

Page 566: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

566

mereka inilah juga yang kemudian berkhidmat untuk negara.

Sekolah Fan Zhongyan dari Dinasti Song hingga ke Dinasti Qing (lebih kurang lapan ratus tahun) menghasilkan ratusan para ilmuan yang memperoleh ijazah, dan puluhan pelajar yang mendapat ijazah yang tertinggi. Sehingga sekarang sekolah tinggi ini masih terkenal. Sifat baik Fan Zhongyan telah membawa pengaruh sehingga sekarang.

Bagi orang yang bijak pandai, gunakanlah kebolehan itu untuk memberi manfaat kepada orang ramai agar rakyat jelata turut menjejaki sifat baik ini. Kemuliaan Fan Zhongyan akan menjadi perlindungan kepada keturunan generasinya. Dalam kitab Yi Jing berkata, perbuatan yang baik akan memberkati keturunan generasi demi generasi.

Seterusnya, kita pelajari “Kebijaksanaan orang lain tidak semestinya dipertikaikan”. Kita tidak boleh mengkritik dan mengejek orang yang berkebolehan kerana ini akan menyebabkan suasana kumpulan menjadi tidak baik dan berkemungkinan akan menjadi penghalang kepada perkara-perkara baik. Jika perkara baik mendatangkan manfaat kepada orang ramai dan kita menjadi penghalangnya, ini amat berdosa. Oleh itu, kita perlu meluaskan minda, bergembira dengan orang yang berbakat dan berkebolehan, dan bersama-samalah menjayakan kerja-kerja yang baik.

Seterusnya, kita pelajari “Jangan sekali-kali kita menyanjungi orang yang kaya dan menghina orang yang miskin”. Orang yang mempunyai perasaan belas kasihan tidak akan menghina orang lain, dan sudah tentu tidak memuji-muji orang kaya. Dalam Majlis Pelaburan Telekomunikasi antara wilayah yang diadakan di Shanghai, bagaimanakah taraf ekonomi orang Shanghai? Sangat kaya. Kebetulan orang Shanghai yang menjadi penganjur. Mereka membuat perbandingan antara wilayah. Bagi peserta dari wilayah yang kaya, makanan dan tempat tinggal mereka lebih baik dan bagi peserta dari wilayah yang miskin, mereka diberi yang layanan kurang baik.

Mereka yang tidak berhati mulia akan memberi layanan yang tidak sama rata serta tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang

Page 567: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

567

miskin. Oleh sebab dihina atau dipandang rendah, hati orang-orang miskin tentulah marah. Orang Guangdong sangat cerdik dan pandai berniaga. Mereka mengambil berat keadaan orang yang emosinya tidak baik lalu menempatkan mereka di hotel yang lebih baik. Akhirnya, siapakah yang mendapat faedah? Kita mestilah bersikap sama rata,dan janganlah menghina orang yang miskin.

Apabila kita menggunakan wang untuk berinteraksi dengan orang lain, adakah ikatan persahabatan itu akan kukuh dan berkekalan? Tidak. Kebanyakan syarikat menggunakan wang untuk membeli pekerja, apakah yang akan terjadi jika satu hari nanti apabila pekerja ini akan dibeli oleh syarikat lain pula. Oleh itu, apa yang paling penting seseorang itu mesti bermoral dan beretika.

Pada zaman dahulu, kita mendapati bahawa timbalan perdana menteri, menteri-menteri atau anggota kabinet lain tidak akan dapat dibeli dengan wang. Revolusi yang paling awal ialah antara Shang Tang dan Xia Jie. Di zaman Shang Tang ada seorang yang sangat berperibadi mulia, namanya Yi Yin. Oleh itu, Shang Tang telah membawa emas dan baju yang mahal untuk menjemput Yi Yin. Yi Yin bersikap tenang lalu berkata, “Saya tidak perlu dijemput dengan harta yang banyak”. Shang Tang pun melawatinya beberapa kali dengan hati yang ikhlas dan berharap Yi Yin akan membantunya satu hari nanti. Akhirnya Yi Yin sangat terkesan dengan keikhlasan Shang Tang dan memahami ShangTang betul-betul hendak menyelamatkan negaranya.

Pada masa itu, Shang Tang bukan hendak menyerang Xia Jie. Yi Yin dijemput untuk membantu Xia Jie. Shang Tang telah sembilan kali memperkenalkan Yi Yin pada Xia Jie tetapi tidak diendahkannya, malahan beliau asyik gilakan wanita. Rakyat jelata pada masa itu hidup dalam sengsara, Shang Tang bersumpah untuk mengamankan seluruh negara dan menenangkan rakyat jelata. Dia menyerang Xia Jie dan akhirnya Xia Jie kalah. Selepas peperangan, saudara-mara Xia Jie ditetapkan tinggal di suatu tempat. Pada zaman dahulu, maharaja yang berperibadi mulia tidak akan membunuh jika tidak terpaksa dan tidak akan menyakiti orang yang tidak bersalah.

Page 568: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

568

Kisah di atas menunjukkan keikhlasan dimiliki oleh orang yang mulia dan berakhlak. Apakah tujuan YiYin? Adakah tujuannya untuk membantu ShangTang sahaja? Tujuannya ialah membantu rakyat. Oleh itu kita mesti bermoral dan tidak tergoda dengan wang ringgit. Kejatuhan seseorang itu janganlah kita hina dan tidak bersikap sombong terhadap orang yang miskin. Kita sepatutnya berasa kesal jika kita berkelakuan begitu kerana saudara-mara akan meninggalkan kita. Kita perlu membantu dengan hati yang rela dan tidak menunggu hingga orang lain merayu memohon pertolongan.

Seterusnya, “Janganlah kita mengenepikan kawan lama dan berdamping dengan kawan baru sahaja”. Apakah perasaan anda jika bertemu dengan orang yang mengenepikan kawan lama? Mungkin anda akan menggelengkan kepala. Sikap yang buruk dalam kalangan masyarakat ialah ketidakjujuran terhadap sahabat yang selama ini mengharungi suka duka dalam kehidupan dan setia bersama-sama kita.

Seterusnya ialah kisah mengenai Song Hong. Dia berpeluang menjadi abang ipar kepada Maharaja Guang Wu Di yang berkahwin dengan adiknya tetapi beliau tidak mengambil peluang tersebut. Song Hong berkata, “Kawan lama tidak patut dilupa” dan dia tidak melupakan isterinya walaupun dia telah meninggal dunia. Orang pada zaman dahulu betul-betul bermoral. Moral ini lebih penting daripada nyawanya. Walaupun pisau diacu ke lehernya, mereka tetap tidak akan tunduk. Kisah Wen Tianxiang juga boleh menjadi contoh. Walaupun beliau dipenjara tetapi dia seperti biasa sahaja. Di dalam penjara, dia menulis “Penyeksaan seperti makan gula”. Dia langsung tidak takut pada alat seksaan. Falsafah beliau telah mempengaruhi masyarakat beratus-ratus tahun lamanya sehinggalah sekarang. Kata-kata orang dahulu , “Tiada sesiapa yang takkan mati, tetapi apa yang kamu tinggal untuk generasi seterusnya”.

Pada zaman Dinasti Han, seorang ilmuan bernama Xun Jubo melawat kawannya yang sakit. Adakah orang dahulu menaiki motor untuk melawat kawannya? Tidak. Mereka berjalan kaki melalui sungai dan gunung barulah sampai. Apabila dia tiba dan sedang menjaga kawannya itu, perompak menyerang daerah tersebut dan seluruh daerah menjadi huru-hara. Rumah

Page 569: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

569

dibakar, penduduk dibunuh dan semua orang melarikan diri. Kawannya yang sakit tenat tidak dapat bergerak lalu kawannya berkata, “Xun cepatlah lari, saya tidak berdaya hendak lari, nanti perompak akan mencederakan kamu.” Xun Jubo lalu berkata, “Jika saya lari sekarang, saya seorang yang tidak setia terhadap kawan. Walaupun mati saya tidak akan lari”. Tiba-tiba perompak menyerbu masuk, Xun berkata, “Kawan saya sakit, janganlah cederakannya, saya yang boleh menggantikannya.” Hati perompak itu tersentuh dan ketua mereka berkata, “Kitalah orang yang tidak bermoral, patutkah kita merompak di tempat yang mulia ini?” Dengan serta merta, semua perompak tersebut beredar dari tempat itu. Kemuliaan dan keikhlasan akan menyedarkan hati seseorang. Kelakuan Xun telah menyelamatkan banyak nyawa di daerah tersebut.

Dalam sejarah, memanglah perkara baik seperti di atas banyak berlaku, tetapi adakah masih wujud seperti itu dalam dekad kebelakangan ini? Ada juga tetapi sangat jarang. Sebabnya kita belum belajar dan ajaran baik ini hampir pupus. Masyarakat dahulu sentiasa mengingati orang lain, sebaliknya apakah keutamaan masyarakat kini? Hanya kepentingan diri sendiri. Orang yang mementingkan diri sendiri, perjalanan hidupnya akan semakin sempit. Tetapi orang yang bermurah hati akan mendapat bantuan daripada orang ramai. Jika kita memupuk hati budi anak kita supaya mempunyai hati yang mulia,perjalanan kehidupannya akan menjadi semakin luas. Saya masih ingat beberapa tahun dahulu, saya pernah meminjam wang daripada seorang kawan yang saya kenal sejak sekolah menengah. Dia menyerahkan duit itu tanpa bercakap apa-apa. Saya pun bertanya, “Kenapa tidak tanya apa kegunaannya?” Kawan saya menjawab: “Tak payah tanyalah, kita telah lama bersahabat.”

Kisah saya di atas menjadi bukti kawan lama sebenarnya amat memahami sifat kita. Mereka sangat mempercayai kita, dan tidak perlu banyak berkata-kata tetapi boleh memahami antara satu sama lain. Apakah faktor seseorang mengenepikan kawan lama dan hanya berdamping dengan kawan baru? Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan punca masalah ini?

Rakan-rakan sekalian, kenapa kadar perceraian begitu tinggi? Adakah

Page 570: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

570

anda masih ingat kisah yang telah disebutkan dalam ceramah terdahulu. Seorang lelaki memikat seorang wanita selama tiga tahun dan sentiasa memenuhi semua permintaan wanita tersebut. Pada waktu malam, jika wanita itu lapar, dia akan membeli tahini bijan atau tahini badam lalu menghantar ke rumahnya dan sentiasa memastikan pemberiannya itu cukup. Pada hari cuti pula, dia akan menempah meja untuk bersama-sama menikmati hidangan yang lazat di hotel.Kebiasaanya pula pada pagi hari Ahad , dia akan tidur hingga pukul lapan atau Sembilan.Tetapi selepas berkenalan dengan wanita itu, seawal pukul lima atau enam dia sudah bangun dan menemaninya mendaki bukit. Lelaki ini tidak pernah menemani ibu bapanya mendaki bukit, tidak pernah menempah meja dan mengajak makan bersama ibu bapa. Lelaki itu begitu baik kepadanya. Selepas tiga tahun, lelaki tersebut ingin mengahwininya. Kebetulan seorang pak cik yang merupakan jiran lelaki itu, mengetahui bahawa lelaki itu tidak taat kepada ibu bapanya. Dengan segera, dia memberitahu perempuan tersebut agar berfikir dengan baik sebelum mengahwininya.

Rakan-rakan sekalian, adakah mereka berkahwin? Tidak ! Dari sini kita memahami, seseorang yang melupai asal-usulnya dia tidak akan taat kepada ibu bapa, tidak akan berterima kasih dan tidak bermoral. Ibu bapa merupakan insan yang banyak berkorban dan berjasa, mengapakah dia begitu baik terhadap wanita lain dan mengabaikan ibu bapa sendiri? Adakah dia berakhlak mulia? Jika seseorang itu tidak mempunyai sikap berterima kasih, lama-kelamaan dia akan menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Rakan-rakan sekalian, sudahkah anda menemui jawapan? Kenapa hubungan seseorang itu tidak kekal? Hubungan yang dibina dengan sikap mementingkan diri tidak akan mewujudkan pertalian persahabatan. Mengapakah banyak orang yang bertahun-tahun bercinta tetapi takut untuk berkahwin? Wanita mempunyai deria keenam yang sensitif dan selalu dianggap macam tidak kukuh. Orang yang mementingkan diri akan mengikuti panduan ini. Kalau ternampak perempuan yang muda dan cantik, guru sekolah pula dan mempunyai pekerjaan yang stabil, dia akan memikatnya dengan sedaya upaya dan berkahwin. Tiga tahun kemudian wanita itu mempunyai seorang anak lelaki yang sihat dan comel. Ibu itu

Page 571: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

571

bersusah payah menjaga anak siang dan malam. Wajahnya mula berkedut dan tidak secantik seperti dahulu. Tiba-tiba suaminya bertemu dengan seorang perempuan yang masih muda dan cantik. Pada masa ini, perasaan mementingkan diri akan membolehkan suami tersebut melakukan apa sahaja. Lelaki yang tidak bermoral ini akan mengkhianati isterinya dan tragedi keluarga akan berlaku mengakibatkan kadar penceraian meningkat.

Perceraian di dalam perkahwinan akan menyebabkan anak-anak terabai dan kurang perhatian. Kehidupan menjadi tidak stabil. Lambat laun akan mengakibatkan berlakunya kejadian jenayah. Struktur masyarakat adalah satu rangkaian, jika banyak hubungan perkahwinan tidak stabil, masyarakat akan dalam keadaan huru-hara kerana ia merupakan sel yang terpenting.

Apakah punca kadar jenayah kini semakin meningkat? Faktor utamanya ialah kurang pendidikan. Orang dewasa dan kanak-kanak mesti diajar tetapi dengan cara yang berlainan. Bagi kanak-kanak kita boleh menegur, tetapi bagaimana dengan orang dewasa? Laksanakan ajaran orang dahulu untuk menginsafkan mereka. Seseorang yang bermoral akan sentiasa mengingati jasa orang dan sayang pada benda. Contohnya baju ini ditenun oleh ibunya, dia sangat suka dan menjaga baju ini dengan baik. Berapa lamakah dia akan pakai? Berpuluh-puluh tahun. Dia memahami kerja keras orang lain, sesiapa yang membeli hadiah untuknya dia akan menjaga dengan baik. Ketaatan dan sikap hormat sentiasa tersemat di dalam hatinya.Orang yang sayang dan hormat kepada apa yang dimiliki tentulah akan menghormati orang lain. Asasnya ialah kita mesti mendidik anak-anak agar sentiasa mengingati jasa dan sayang kepada harta benda.

Seterusnya, “Apabila seseorang itu dalam kesibukan, janganlah kita mengganggunya dengan perkara yang remeh.” Orang yang baik dan mempunyai perasaan belas kasihan boleh dilihat dari percakapannya atau semasa dia bersama dengan kawan-kawannya. Ini bukan dari kata-katanya sendiri yang mengatakan dia seorang yang baik atau dia seorang yang tinggi rasa belas kasihan. Kita mestilah muhasabah diri dan mencari puncanya jika

Page 572: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

572

kawan-kawan yang bersama-sama dengan kita tidak gembira. Mengapa saya berkata begitu? Sebelum tamat pembelajaran di sekolah rendah, setiap orang mendapat sekeping kertas untuk menulis mesej atau komen antara satu sama lain. Saya mendapat komen “terlalu baik hati”, “terlalu bersemangat”, kebanyakan komen ada perkataan “terlalu”. Kemungkinan besar pujian itu telah menyebabkan tekanan kepada orang lain. Maka janganlah kita mengganggu kawan dalam perkara remeh. Sebelum menyerahkan sesuatu benda kepada kawan, pastikan orang itu tidak sibuk.

Jika kita menelefon kawan, janganlah terus bercakap, patut bertanya, adakah anda sibuk atau tidak, bolehkah bercakap sekejap? Kawan kita akan berasa selesa.Jika kebetulan dia sibuk dia akan jawab begini, saya sibuk, bolehkah telefon pada waktu petang. Sikap sopan santun boleh dilihat dalam kehidupan. Sopan santun merupakan jarak yang paling indah antara sesama manusia. Orang yang bersopan tidak mudah menimbulkan rasa malu dan pergeseran antara satu sama lain.

Selain bertanya sebelum menelefon,janganlah kita menelefon pada waktu malam. Jika kita menelefon pada waktu makan, kebetulan dia mengalami gastrik, terdengar bunyi dering, kawan itu akan dalam keadaan tegang atau dia sedang makan, kita asyik bercakap, adakah dia patut menolak atau sambung makan? Kita mestilah sentiasa berfikir tentang keadaan orang lain. Ketika waktu makan pagi, tengah hari dan malam juga kita tidak patut membuat panggilan kerana dibimbangi akan mengganggu waktu tidur ahli keluarga.

Selain menelefon, jika kita hendak berbincang sesuatu dengan kawan kita, kita mesti memerhatikan sama ada dia sibuk atau tidak. Tunggulah sampai dia tidak sibuk barulah berbincang. Hati mesti halus dan pandai memerhati. Kita sering melihat banyak kanak-kanak, terus bercakap apa yang difikirkan sambil memegang baju emaknya. Ataupun emak sedang memasak, anak di sebelah bercakap tanpa henti. Inilah peluang kita menegur dengan serta merta dan mengingatkan mereka supaya tidak mengganggu dengan perkara yang remeh.

Page 573: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

573

Kita sentiasa kehilangan kepekaan terhadap perkara remeh kerana tiada sesiapa yang mengingatkan kita. Jika kawan-kawan boleh saling mengingatkan antara satu sama lain, lama-kelamaan kita boleh mempertingkat kecekapan ini. Kita haruslah bercakap dengan nada yang lembut sambil tersenyum semasa menasihat orang yang lebih tua daripada kita. Jika kita menasihati seseorang supaya tidak merokok, kita berkata, “Maaf encik, saya ada asma, tolong berhenti merokok ya”. Kata-kata begini tidak akan menimbulkan apa-apa masalah yang tidak perlu. Jadi, ajaran Di Zi Gui patutlah dilaksanakan dalam kehidupan kita. Jika seseorang dalam keadaan runsing, apakah yang dia perlukan? Ketenangan. Janganlah kita mengganggunya. Biasanya dialog di dalam drama telivisyen berkata begini, “Tolong keluar, biarkan saya bersendirian mencari ketenangan.” Maka kita mestilah bijak memerhati riak wajah orang lain.

Jika ada antara saudara-mara kita sedang dalam kesusahan atau kesedihan, dan berputus asa dalam kehidupan, kita tidak boleh membiarkan mereka begitu sahaja. Kita mesti mencegah perkara sebegini berlaku. Mereka mungkin hilang pertimbangan yang waras ketika itu sahaja.Oleh itu, kita sepatutnya bertindak membantu mereka. Contohnya, jika adik-beradik kita dalam kesusahan atau kesedihan, sediakanlah secawan teh panas, masuk ke dalam biliknya tanpa memandang mukanya, letak teh di atas meja dan bergerak keluar dengan senyap. Biarlah dia merasakan bahawa ada orang mengambil berat tentangnya. Sehingga suatu ketika dia mungkin akan mencari seseorang untuk meluahkan perasaan, siapakah yang dia akan cari? Kita. Selagi dia ada perasaan kasih dan sayang, dia tidak akan menamatkan nyawanya. Kita mesti sentiasa mempelajari cara bertindak untuk memahami perasaan seseorang barulah kita boleh bergaul dengan baik. Inilah yang dikatakan “Apabila pemikiran seseorang itu kusut, janganlah ditambah kekusutannya dengan perbualan atau kemusykilan.”

Seterusnya, “Kelemahan seseorang janganlah kita sebarkan”; Rahsia seseorang tidak harus diberitahu kepada orang lain; Menyebarkan keburukan orang lain adalah satu kesalahan; Apabila kita saling menasihati antara satu dengan yang lain, akhlak kedua-duanya akan meningkat; Sekiranya kita

Page 574: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

574

tidak menegur kesalahan seseorang, kita dianggap sama bersalah.”

Rakan-rakan sekalian,banyak ajaran di dalam Di Zi Gui yang berkaitan dengan pertuturan. Hati yang belas kasihan mestilah kita laksanakan dalam pertuturan. Dalam ajaran Konfusius, empat mata pelajaran yang utama mengikut turutan ialah berakhlak (bermoral), pertuturan, urusan pemerintahan dan sastera. Mata pelajaran pertuturan di tempat yang kedua, ini menunjukkan pertuturan sangat penting, maka kanak-kanak patutlah belajar tentang pertuturan. Kata bijak pandai “Apa yang kita ingini, janganlah kita lakukan kepada orang lain.” Adakah anda suka kelemahan atau perkara peribadi anda tersebar? Tidak. Kalau tidak janganlah kita buat kesalahan. Walaupun orang buat salah, kitalah yang patut insaf. Pernah dinyatakan sebelum ini, seorang kawan asyik nampak kelemahan orang lain dan cikgu telah mengajarnya begini:

Jika melihat kelemahan isteri, ingatlah saya tidak cukup baik, perkara yang saya buat isteri saya tidak tersentuh pun, insaflah. Jika lihat kelemahan anak, katakanlah , ini kerana saya tidak mengajarnya dengan bersungguh-sungguh, insaflah. Jika melihat perkara negatif atau sikap tidak bermoral dalam masyarakat hal ini berlaku kerana saya tidak mengutip sampah atau tidak memapah orang tua melintas jalan raya, insaflah. Maka kelemahan orang lain merupakan kelemahan diri saya dan tanggungjawab saya. Dengan itu, kita akan membetulkan kelemahan kita dengan bersungguh-sungguh. Dengan sikap yang begini, kelemahan akan dibetulkan, keluarga akan mesra, negara akan aman dan dunia ini akan damai.

Di pusat pendidikan kita cikgu telah menulis satu artikel bertajuk “Memungut Sampah”. Banyak cerita tentang memungut sampah dan janganlah kita memandang rendah tindakan ini. Semasa kami mendaki Tembok Besar Negeri China, guru dari pusat pendidikan berjalan sambil mengutip sampah dan perbuatannya dirakam oleh pelancong asing. Kenapa mereka mengambil gambar? Hal ini adalah kerana sikap ini sukar dilihat di negara China.

Suatu hari ketika bersama dengan tiga orang guru, saya dan Cikgu Lee berjalan sambil mengutip sampah. Banyak murid sekolah menengah

Page 575: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

575

berjalan melalui kami dan mereka makan sambil membuang sampah. Salah seorang daripada mereka pun berkata: “sukar didapati”. Seorang guru menyampuk: “Marilah pungut bersama-sama, supaya tidak jadi jarang dilihat dan sukar didapati”. Murid itu berkata: “Memang benar”, dan dia pun memungut bersama-sama. Daripada peristiwa ini, kitalah yang sentiasa menjadi “teladan”, membangunkan hati dan rasa bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

Jadi, lupakan kelemahan orang dan sentiasa ingatkan diri supaya menjadi teladan agar dapat mempengaruhi orang ramai. Jangan sebar kelemahan orang, ini merupakan perbuatan yang amat buruk. Kesalahan orang lain adalah benar, apa yang saya buat itu benar adalah salah juga. Janganlah kita asyik berkata: “saya betul, kamu salah”. Jika kita selalu berkata begitu, kerana kawan mesti menjauhkan diri. Janganlah kita menyakiti hati orang lain dengan perkataan. Bercakaplah dengan lemah-lembut dan bergaullah dengan mesra.

Sejujurnya, kelemahan kita sendiri sangat banyak. Kelemahan kita yang lama pun tidak dibetulkan, kelemahan yang baru pula terjadi lagi. Kata bijak pandai, “Orang yang baik amalannya tidak akan nampak kelemahan orang lain”. Hari ini sampai di sini sahaja, sekian terima kasih.

Page 576: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

576

Sesi 37Ibu Bapa Mertua Menyayangi Menantu Perempuan,

Si Anak Mematuhi Ibu bapa

Salam sejahtera, rakan-rakan sekalian! Mari kita lihat ajaran falsafah tradisi yang seterusnya, “Menghargai kebaikan seseorang adalah sesuatu kebaktian; Apabila disanjung dan dipuji, seharusnya ini menjadi satu dorongan untuk kita lebih tekun lagi.”

“Menghargai kebaikan seseorang adalah sesuatu kebaktian.” Atas sebab, “Sifat baik hati merupakan sifat semula jadi manusia”, apabila mereka terdengar akan pujian terhadap perbuatan baik dan sifat baik seseorang, nurani mereka akan bangkit agar diri juga meneladan sifat yang baik itu. Saya percaya sepanjang beberapa hari ini, pasti sudah ada individu yang telah terdorong dan tekun untuk meneladan sifat baik orang lain. Keserian aura sekalian menjelaskan segalanya dan kegembiraan itu hasil amalan ajaran falsafah tradisi dalam kehidupan harian. Memang baik memberi kepujian atas kebaikan sesuatu perbuatan orang lain kerana ia boleh memanfaatkan lebih ramai orang. Kini, nama Pak cik Lu sudah tersebar luas di China dan ini juga sebagai hasil saya mengamalkan ajaran falsafah tradisi dalam kehidupan, iaitu “Menghargai kebaikan seseorang adalah sesuatu kebaktian; Apabila disanjung dan dipuji, seharusnya ini menjadi satu dorongan untuk kita lebih tekun lagi.” Kita juga harus berusaha mengingati teladan baik tersebut supaya boleh dikongsikan dengan orang pada bila-bila masa, agar mereka turut mempunyai prospek untuk diteladani malahan berjaya menemui cara yang sangat baik untuk meneladan sifat baik itu. Seterusnya, “Menyebarkan kesalahan orang lain adalah satu kesalahan juga; Apabila keganasan sudah sampai ke tahap keterlaluan bencana akan menyusul.”

Apabila kita menyebarkan kesalahan orang lain, dia akan tidak sedap hati jikalau dia mengetahui itu perbuatan kita. Sebab kritikan kita akan terpahat dalam hatinya malahan membangkitkan perasaan membalas dendam dengan kita pada bila-bila masa. Semua ini perbuatan yang dibuat mengikut perasaan dan tidak patut diteladani. Janganlah kita menyebarkan kesalahan orang lain kerana orang lain mungkin akan berdendam dengan kita. Biarlah banyak berkawan daripada bermusuh sebab walaupun dengan

Page 577: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

577

bermusuh seorang sahaja pun cukup merimaskan kita. Jadi, biarlah kita bersifat pemurah dan tidak berkonflik dengan orang lain. Sebaliknya jikalau kita hanya berdiam diri apabila nampak kebaikan hati orang lain, sementara itu cepat menyebarkan kesalahan kecil orang lain, ini satu kesalahan yang lebih besar dan akan mengurangkan rezeki daripada-Nya. Perbuatan sedemikian akan mempengaruhi suasana sesebuah organisasi dan masyarakat. Cuba anda bayangkan sekiranya semua orang asyik menyebarkan kejahatan orang lain dan menyembunyikan perkara baik yang dibuat oleh orang lain, perkara ini akan mencetuskan masalah sosial dan persengketan sesama orang semakin yang tidak terhenti. Jadi kita harus mempertimbangkan bahawa tutur kata dan perilaku seseorang akan memberi pengaruh kepada seluruh masyarakat. Kesalahan tersebut bukan sahaja membawa diri bermusuhan dengan individu tertentu malahan dengan masyarakat keseluruhannya. Maka, kata-kata yang diucapkan harus dijaga dan lebih berhati-hati.

“Apabila kita saling menggalakkan membuat kebajikan antara satu dengan yang lain, kebaikan kedua-duanya akan meningkat. Sekiranya kita tidak menegur kesalahan seseorang, kita dianggap sama bersalah.”

Sebelum ini kita pernah membincangkan bahawa apa jua kebaikan dan kebajikan yang dibuat, kita harus mengenalpasti sama ada itu benar atau salah. Dalam buku “Empat Ajaran Liao Fan”, ia memberi penafsiran yang terperinci. Nasihat hanya boleh diberikan kepada pihak berkenaan apabila anda mempunyai tafsiran yang tepat, jika tidak, nasihat yang diberi tidak mampu memberi manfaat kerana diri kita sendiri kurang jelas tentang apa yang betul dan apa yang salah. Bagaimanakah sikap orang zaman dahulu apabila berhadapan dengan nasihat yang baik daripada orang lain, ataupun terdengar tentang kata-kata dan perbuatan yang baik? Konfusius memuji Yan Hui, seorang anak murid yang akan menyimpan setiap kebaikan orang lain yang didengarinya dan pasti akan meneladani dan mengamalkan sifat baik tersebut. Setiap kali menyentuh tentang keluhuran budi dan akhlak, Konfusius pasti terus menyatakan “Yan Hui seorang yang bijak belajar.” Konfusius sangat menyukai anak murid ini kerana sikap kesungguhannya, dia tidak pernah lupa mengamalkan setiap ajaran daripada guru dan kebaikan yang diberitahu oleh guru. Dengan sikap pembelajaran yang sedemikian, sudah pasti nilai akhlak dan moralnya semakin meningkat.

Page 578: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

578

Pada zaman dahulu, pegawai majlis tempatan kawasan kerajaan China digelar sebagai ibu bapa penduduk setempat. Mengapa begitu? Contohnya seorang Ketua Pentadbir Daerah/Majistret, beliau berhubung rapat dengan para penduduk di kawasan pentadbirannya. Beliau bertanggungjawab terhadap ke atas segala polisi dan kandungan pendidikan kawasan setempat, sifatnya yang mesra rakyat diibaratkan sebagai ibu bapa kepada penduduk setempat. Bagi pemimpin-pemimpin setempat, mereka juga harus mengamalkan ajaran “Apabila kita saling menggalakkan untuk membuat kebajikan antara satu sama lain, kebaikan kedua-duanya akan meningkat. Sekiranya kita tidak menegur kesalahan seseorang, kita juga turut bersalah”, barulah keadaan sosial masyarakat menjadi semakin baik. Adakah mereka yang berjawatan dalam birokrasi kerajaan zaman sekarang mempunyai sikap sedemikian? Masih ada, kita harus menyebar luas perkara baik ataupun kebajikan orang dan menyembunyikan kesalahannya, mengapakah perbuatan ini semakin kurang dilakukan pada zaman sekarang berbanding dengan masa dahulu? Kita juga tidak boleh menyalahkan mereka kerana salah kita tidak memperkenalkan “Di Zi Gui” kepada mereka. Manusia pada zaman sekarang sangat mementingkan diri berbanding dengan kepentingan awam sebagai pegawai kerajaan .Sekiranya buku “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” diperkenalkan, pegawai-pegawai kerajaan ini mungkin akan lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Semasa zaman Dinasti Sui, ada seorang bernama Xin Gongyi. Semasa beliau ditempatkan untuk bertugas di Min Zhou (kini di Ganshu, China), beliau mendapati penduduk setempat mengamalkan satu adat yang mana ahli keluarga yang menghidap wabak penyakit mesti dibuang ke tempat lain. Beliau menyedari perbuatan tersebut terlalu serius dan sudah hilang nilai ketaatan dan kasih sayang sesama ahli keluarga. Oleh yang demikian, beliau pun membawa pulang semua pesakit yang dijumpai di tepi jalan dan kemudian diberi rawatan yang sewajarnya. Beliau akan meminta ahli keluarga berkenaan menjemput pulang pesakit yang sudah sembuh dengan sepenuhnya. Beliau akan memberitahu anak-anak pesakit dengan berkata, “Sudah sekian lama saya tinggal bersama ayah anda, tetapi saya masih sihat dan tidak berpenyakit.” Kata-kata dan akhlak mulia beliau tersebut menyebabkan anak-anak pesakit terasa malu dengan perbuatan mereka lalu masing-masing membawa pulang ibu bapa untuk dijaga dengan baik. Dari

Page 579: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

579

sinilah beliau berjaya memupuk semula nilai taat dan kasih sayang terhadap ibu bapa di Min Zhou dan penduduk setempat menggelar beliau sebagai “Ibu Penyayang” dan melayannya umpama ibu sendiri.

Apakah yang diselamatkan oleh ibu tersebut selain kesihatan ahli keluarganya? Hati nurani setiap orang. Seseorang itu umpama mayat hidup sekiranya sudah tidak berhati nurani. Oleh itu orang zaman dahulu enggan membuat perkara yang bertentangan dengan akhlak dan etika biarpun terpaksa mengorbankan nyawa. Kita juga membincangkan banyak contoh pada beberapa hari yang lepas. Misalnya cerita tentang seorang budak bernama Yu Gun yang enggan meninggalkan abangnya dan sudi menjaga abang yang menghidap penyakit. Semua penduduk kampung telah meninggalkan kawasan itu dan hanya tinggal mereka adik-beradik di sana. Akhirnya abangnya telah sembuh dari wabak dan inilah hasil keikhlasan yang optimum daripada seorang adik. Jadi kita harus saling menggalakkan untuk berbuat kebajikan untuk memperoleh kebaikan bersama.

“Sekiranya kita tidak menegur kesalahan seseorang kita dianggap turut bersalah.” Apabila seseorang patut ditegur tetapi kita tidak berbuat demikian, ini bermakna satu kehilangan kerana kita tidak memainkan peranan diri sama ada sebagai seorang kawan, suami ataupun anak dengan baik. Kita harus menegur kesalahan seseorang pada masa yang sesuai dengan cara yang betul. Kita telah membincangkan topik tersebut secara mendalam sebelum ini. “Kelemahan seseorang janganlah kita hebohkan; Rahsia seseorang tidak harus diberitahu kepada orang lain.” Maka wujudlah suasana yang aman dan harmoni, di samping itu “Menghargai kebaikan seseorang adalah sesuatu kebaktian; Apabila disanjung dan dipuji, seharusnya ini menjadi satu dorongan untuk kita lebih tekun lagi. Sesebuah organisasi yang sangat harmoni dan aman pasti akan berkembang pesat. Justeru, perhubungan sosial amat menitikberatkan keamanan dan keharmonian. Carilah peluang yang bersesuaian apabila teguran diperlukan kerana kita juga harus menjaga air muka dan maruah individu berkenaan, sama seperti falsafah tradisi yang mengajar kita bahawa “Kebaikan seseorang harus di disanjung dan dipuji di tempat umum; Kesalahan seseorang harus ditegur di bilik atau tempat yang berselindung.”

Page 580: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

580

Untuk ayat ajaran falsafah tradisi yang seterusnya, mari kita baca bersama-sama, “Sama ada kita menerima atau memberi, kita seharusnya memahami kedudukan sebenar penerimaan dan pemberian itu; Adalah lebih baik kita banyak memberi dari menerima; Bertanyalah kesanggupan diri sendiri sebelum menyuruh orang lain membuat sesuatu; Sekiranya kita tidak sanggup membuatnya janganlah mengarah orang lain berbuat sedemikian; Kita sewajarnya mencuba untuk membalas segala budi dan memaafkan persengketaan yang ada; Kurangkan masa membenci dan luangkan masa untuk berbudi.”

Ayat seterusnya, “Adalah lebih baik kita banyak memberi dari menerima” Dari segi “Memberi dan menerima”, misalnya dalam pemberian ataupun pembahagian barang di rumah ataupun kaum keluarga, ia harus ditentukan mengikut keadaan, jika pihak yang satu lagi kurang berkemampuan, kita harus memberi lebih kepadanya dan diri kita menerima kurang sedikit. Apabila masing-masing mempamerkan sikap bertolak-ansur, maka wujudlah suasana yang harmoni tanpa berlaku pertelagahan yang seterusnya membawa kepada keharmonian dalam kalangan kaum keluarga tersebut. Sebaliknya jikalau berlaku persengketan kerana pembahagian tidak sama rata sehingga kes dibawa ke mahkamah, kebanyakannya tidak ada kesudahan yang baik malahan memberi teladan buruk kepada anak cucu, kekayaan dan harta benda pula dibinasakan akhirnya. Jadi kita harus bertolak-ansur memberi apa sahaja dengan sedaya upaya. Tai Bo dan Zhong Yong pada zaman Dinasti Zhou telah berundur diri dengan memberi takhta pemerintahan kepada adik dan anak saudaranya. Pemberian takhta tersebut melahirkan kegemilangan Dinasti Zhou selama 800 tahun serta membolehkan rakyat jelata meneladani semangat taat kepada ibu bapa dan kasih sayang sesama adik-beradik yang ada pada pemerintah mereka.

Pada hakikatnya, kebanyakan orang sangat takut bertolak-ansur dan memberi barang mereka, mereka berpendapat mereka akan kehilangan barang itu setelah diberi kepada orang lain. Kita tidak harus berpandangan singkat, apabila kita sudi memberi dan bertolak-ansur, sifat sedemikian akan melahirkan kebaikan akhlak dan keharmonian keluarga, malahan membantu meningkatkan pahala diri, apabila semakin banyak pahala yang dibuat kelak pasti menerima balasan yang baik. Dari segi menangani perkara seharian, ia

Page 581: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

581

tidak harus diuruskan secara beremosi dan tabiat diri, sebaliknya ditangani mengikut peraturan sejagat dan mengambil kira hati orang lain.

“Bertanyalah kesanggupan diri sendiri sebelum menyuruh orang lain membuat sesuatu, sekiranya kita tidak sanggup membuatnya janganlah mengarah orang lain berbuat sedemikian.” Untuk ajaran ini, kalau kita tidak ingin dikritik dan diaibkan ataupun dicederakan oleh orang lain, jadi kita juga tidak sepatutnya memperlakukan kepada orang lain. Apabila kita faham dengan perasaan dan hati orang lain, maka kita tidak patut mencederakan, mengkritik ataupun memarahi orang lain..

Maharaja Qian Long telah menghasilkan satu pepatah yang menyatakan bahawa “Semoga semua ibu bapa mertua di dunia ini menyayangi menantu mereka sebagaimana mereka menyayangi anak perempuan sendiri; Semoga semua anak atas bumi ini mematuhi kata ibu bapa sebagaimana mereka mengikuti kata-kata isteri.” Pepatah ini kaya dengan falsafah kehidupan dan memberi kita satu keinsafan yang besar. Dari ayat pertama daripada pepatah tersebut, konflik antara mertua dan menantu memang sukar dileraikan sejak zaman dahulu. Ini disebabkan mereka tidak pernah membaca “Di Zi Gui”. Disebabkan menantu itu anak perempuan orang lain dan jika dicurahkan dengan kasih sayang sebagaimana kita menyayangi anak perempuan sendiri, pasti tidak wujud persengketaan antara mertua dengan menantu. Sebenarnya manusia ini memang sangat luar biasa, misalan seorang ibu sangat marah suaminya yang pemalas kerana tidak membantu membuat kerja rumah. Adakah dia sangat marah dan geram? Rasa geram dan marah sekali. Tetapi bila berkata dengan anak lelakinya, si ibu ini berkata, “Sudah cukuplah asalkan anda rajin belajar, yang lain anda usah pedulikannya.” Tapi dia pula membela dan mendidik seorang lelaki yang lain dan bakal membuat satu perempuan lain geram terhadapnya. Betul tak? Mengapakah kebanyakan orang bersikap lebih tegas terhadap menantu perempuannya? Sebab dirinya sudah mengalami segalanya, jadi dia juga tidak akan melayan menantunya secara baik. “Jangan diberikan kepada orang lain benda yang tidak diingini oleh diri kita.” Kita yang pernah hidup susah seharusnya lebih prihatin terhadap mereka yang serba kekurangan.

Bagi ayat kedua, bagi kebanyakkan lelaki setelah beristeri, kata-kata

Page 582: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

582

siapakah menjadi keputusan mutlak? Sikap sedemikian boleh dipertikaikan. Sebab suami isteri yang terlalu mesra akan menyebabkan si suami bertindak mengikut perasaan. Mungkin dia juga tidak sedar bahawa perbuatannya mempunyai kesan buruk yang tidak kelihatan. Jika semakin berjauhan dengan ibu bapa setelah mendengar kata-kata isteri, ini merupakan satu petanda yang buruk kerana anak-anaknya tidak dapat mempelajari cara-cara mentaati dan menyayangi ibu bapa. Oleh itu, tidak kira betapa banyak usaha dicurahkan untuk didikan anak, akhirnya semua usaha itu disia-siakan sahaja. Janganlah kita hidup terlalu mengikut perasaan kerana ia akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam perhubungan.Sebaik-baiknya kita harus bersikap rasional. Sekarang pula ramai orang mengatakan apa itu IQ, EQ, CQ dan HQ. Semua ini hasil benda orang barat, apa yang mereka buat dengan benda yang sebenarnya ringkas dan mudah? Hal ini kerana mereka tidak akan mendapat hak royalti jika mereka tidak merumitkan perkara tersebut, sebenarnya kebenaran itu hanya satu tetapi dipelbagaikan oleh mereka, sehingga kita pun tidak tahu hujung dan pangkalnya. Apakah itu EQ? Karya daripada Daniel Goleman. Pengertian tentang EQ (Emotiobal Quotient) itu Kecerdasan Emosi. IQ? (Intellengence Quotient). Bagaimana hendak menbezakan kedua-dua perkara ini? Adakah mereka yang pandai bermulut manis dikatakan mempunyai EQ? Apakah pula IQ? Mempunyai minda yang sangat baik? Adakah kedua-dua perkara ini berasingan? Katakan ada seorang lelaki berkata, “Saya sangat rasional, saya hendak berusaha mencari wang, jadi saya tidak mempunyai masa untuk menemankan anak, saya terpaksa bermalam di pejabat. Adakah ini dikatakan sikap rasional? Bertepuk dada sambil mengatakan diri berusaha demi keluarga. Kata-katanya kedengaran sangat rasional. Mana rasionalnya? Sifat yang rasional sepatutnya sifat yang membolehkan kehidupannya berkembang secara menyeluruh. Anda mengatakan orang ini kaya dengan perasaan dan begitu sayang anaknya dan banyak perkara yang tidak dibenarkan untuk anaknya buat, Adakah ini dikatakan EQ? Rasa sayang terhadap seseorang mampu membinasakan pihak yang disayangi apabila perasaan kasih sayang yang dicurahkan tidak secara bijaksana. Ini merupakan penyalahgunaan kasih sayang. Bagaimana pula dengan kebijaksanaan tanpa perasaan kasih? Kurang berhati perut. Ramai tokoh korporat mempunyai pencapaian yang sangat baik tetapi ke

Page 583: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

583

manakah perginya anak dan isteri mereka . Mereka sendiri tidak menyedari bahawa wujudnya jurang komunikasi dalam kalangan ahli keluarga.

Apakah itu kasih sayang? Apakah itu kebijaksanaan? Orang yang berkasih sayang sejati pasti mempunyai kebijaksanaan sejati. Kedua-duanya tidak boleh diasingkan. Pada hal semua hanya satu hati sejati tetapi diasing-asingkan dengan begitu banyak sehingga kita keliru. Misalnya Pak cik Lu, tidak kira betapa sibuknya beliau dengan kerjayanya pada setiap minggu, beliau tetap meluangkan masa untuk makan bersama keluarganya pada setiap hari minggu. Ini merupakan EQ atau IQ? Sebab kasih sayang sejati terhadap isteri dan anak-anak, maka lahirlah kebijaksanaan sejati, beginilah cara beliau mengendalikan keluarganya. Inilah ajaran-ajaran falsafah tradisi daripada orang-orang suci dahulu yang kita pelajari dan sikap betul sebagai seorang insan, barulah kehidupan sepanjang hayat ini dilalui dengan kasih sayang, kejujuran dan kebijaksanaan sejati. Rakan-rakan sekalian, lebih baik kita mengikuti ajaran dalam buku “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” ini, janganlah kita terperangkap dalam terma-terma khas tersebut yang akan mengelirukan kita. “Bertanyalah kesanggupan diri sendiri sebelum menyuruh orang lain membuat sesuatu, sekiranya kita tidak sanggup melakukannya janganlah mengarahkan orang lain berbuat sedemikian.” Dalam buku “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” ini mengajar kita harus mempunyai kewarasan sebegini bagi bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain, agar kita tidak akan melayani orang lain dengan sikap yang juga tidak disenangi oleh diri kita.

Ajaran seterusnya ialah “Kita sewajarnya cuba untuk membalas segala budi dan memaafkan persengketaan yang ada.” Seseorang yang sentiasa mengenang budi ibu bapa dan guru serta orang ramai akan mempunyai kehidupan spiritual yang sangat kukuh. Asas kebahagiaan ialah kasih sayang dan kesyukuran. Apabila seseorang tahu untuk berkasih sayang, berbakti, maka dia akan mengenali tentang nilai diri dan menyedari yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Kami menyaksikan bahawa kebanyakan sukarelawan atau sukarelawati bersenyum lebar sepanjang hari. Begitu juga dengan Mother Teresa Hsu Chih yang sudah berumur 106 tahun, saya pernah berjumpa dengan beliau semasa di Kaoshiung, Taiwan, Raut wajahnya bak bayi apabila ketawa dan bersenyum. Beliau sentiasa

Page 584: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

584

berfikir untuk membantu orang lain. Kehidupan dan jiwa seseorang akan menjadi sangat murni apabila dia sentiasa bersikap mengenang budi dan membalas budi orang lain. Saya sudah pergi ke banyak tempat setahun dua ini dan amat bersyukur kerana dipertemukan dengan Cikgu Yang, Pak cik Lu dan belajar daripada Master Chin Kung serta orang-orang suci dahulu. Jadi saya amat berharap untuk berbakti bagi menyenangkan hati mereka. Walaupun saya sibuk setahun dua ini tetapi semangat saya bertambah baik, inilah kelainan yang dinikmati dengan kehidupan yang sentiasa bersyukur.

Saya masih teringat pernah sekali Cikgu Yang memberi satu angpau kecil kepada saya dan di atas sampul tersebut tertulis dengan, “Cikgu Tsai, anda sudah banyak bekerja keras.” Air mata saya terus menitis setelah membaca tulisan itu. Sebab saya begitu bernasib baik sepanjang kehidupan ini dan menjejak perjalanan mengembangkan kebudayaan murni tradisi China, semuanya hasil bantuan Cikgu Yang. Walaupun Cikgu Yang tiada di sisi sepanjang perjalanan ini, tetapi beliau banyak memberi penjagaan dan bimbingan, jika bukan Cikgu Yang berkeras hati menempatkan saya di Haikou, Pulau Hainan, saya memang tidak berpeluang belajar dan terlatih. Oleh kerana Cikgu Yang telah menjadikan misi untuk mengembangkan kebudayaan murni tradisi China sebagai tanggungjawab diri, banyak pelan tentang misi perkembangan awal sudah dirancang dan diatur oleh beliau dan saya hanya membantu dalam kerja mengajar sahaja, Cikgu Yang banyak bertimbang rasa terhadap kami yang lebih muda. Budi berpeluang belajar daripada orang-orang baik ini sentiasa dikenang. Jadi apakah cara yang terbaik untuk membalas budi mereka? Mengamalkan segala ajaran falsafah tradisi dalam kehidupan harian. Begitu juga dengan budi Pak cik Lu, balasan yang terbaik dan menyenangkan hatinya ialah kita generasi muda dapat mematuhi dan mengamalkan segala ajarannya dalam kehidupan. Jadi, kita harus sentiasa mengenang budi ibu bapa, budi guru-guru dan budi orang-orang suci zaman dahulu.

Setiap kali saya membaca cerita “Koleksi Cerita Moral”, air mata akan berlinang tidak terputus-putus kerana ia seolah-olah menyinari jiwa dan batin saya melalui cerita orang suci itu. Hari itu saya telah membaca tentang kisah tentang Zu Ti yang membawa semua orang bawahannya untuk mengelak daripada bencana. Ratusan orang dijaganya dengan sedaya

Page 585: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

585

upaya. Manakala kereta kuda dinaiki oleh orangnya beliau sendiri berjalan kaki. Sifat baiknya mengharukan semua orang tua dari kampungnya sambil berkata, “Memang tiada kekesalan lagi biarpun nyawa harus dikorbankan kerana pada usia tua ini kami masih berpeluang dipertemukan dengan beliau yang seolah-olah ibu bapa diri.” Saya amat terharu apabila terbacakannya? Apakah yang kita paling kekurangan dalam masyarakat zaman sekarang? Kasih sayang dan keprihatinan. Jikalau kita sudi belajar daripada orang suci dan beriman zaman dahulu, saya yakin kita juga boleh berbuat baik seperti Zu Ti.

Maka kita seharusnya meneladani orang-orang suci dan beriman kerana mereka telah menyinari jiwa dan batin kita, “Kita sewajarnya mencuba untuk membalas segala budi dan memaafkan persengketaan yang ada.” Konflik sesama orang memang sukar untuk dielakkan, namun begitu, sebelum ini kita pernah berbincang bahawa “Orang terkutuk pasti ada sesuatu yang kita bersimpati terhadapnya.” Dia boleh berkonflik dengan kita kerana dia juga tidak pernah belajar bagaimana menjadi insan baik. Maka kita harus mencerminkan diri, bertoleransilah jikalau diri kita tidak bersalah. Janganlah kita menyimpan kesalahan orang lain dalam hati kita, ia umpama menyimpan sampah orang lain dalam hati yang suci yang murni. Ini satu perbuatan yang paling bodoh. Apabila kita sudi memaafkan orang lain, sebenarnya kita sudah memaafkan diri. Kita memang sangat tidak sedap hati jikalau hati kita asyik disimpan dengan kesalahan orang lain. Maka kita harus mampu “Melupakan segala kesalahan yang lepas dan tidak berdengki pada orang berkelakuan terkutuk.” Janganlah menyimpan segala persengketaan yang sudah lalu, bolehkah pihak berkenaan dapat merasai perasaan berdendam daripada anda? Memang boleh. Adakah perasaan berdendam itu akan dipamerkan melalui jelingan mata? Mimik muka? Pasti boleh. Jalinan perhubungan kedua-dua pihak pasti semakin berjauhan jikalau masing-masing enggan memaafkan segala persengketaan, keadaan ini memang tidak baik, kerana masih perlu hidup bersama ataupun setiap hari akan bersua muka di pejabat. Apabila kedua pihak saling tidak menerima antara satu yang lain, ia mungkin mempengaruhi keharmonian sesebuah keluarga ataupun sesebuah organisasi, kenapa hendak menyeksa diri?

Page 586: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

586

Saya mempunyai seorang bapa saudara, kerana beliau sangat berbakat, beliau pun diamanahkan dengan banyak tugasan daripada pihak majikannya. Beliau turut menerima banyak ganjaran kerana prestasi cemerlangnya, pencapaian sedemikian akan menyebabkan rakan-rakan sekerja berdengki dan beriri hati terhadapnya. Beliau pun berkata, “Oleh kerana kita berkemampuan barulah orang lain akan berdengki terhadap kita, dan ini adalah satu kebanggaan, jadi kita tidak perlu naik darah.” Kemudian beliau memberitahu lagi, “Pernah ada seorang kawan saya mengkritik dengan kritis tetapi saya tidak simpan dalam hati.” Kemudiannya kawan ini menghadapi masalah dan tiada seorang yang hendak membantunya, kebetulan bapa saudara saya ini mempunyai kemampuan berkenaan pun menawarkan diri untuk membantunya. Bagaimanakah reaksi kawan tersebut dengan tangan yang dihulurkan oleh bapa saudara saya? Sangat malu, malu dengan perbuatannya yang lepas. Semenjak itu mereka berdua pula menjadi kawan baik.

Selepas itu, barulah dia menyedari bahawa apabila hati seseorang terasa tidak adil, maka orang itu cenderung untuk mengkritik orang lain. Mengapa kawan itu terasa tidak adil? Mungkin kerana peristiwa sepanjang perkembangan usia dan keluarga sekarang yang menyebabkan hatinya tidak tenteram dan kepahitan jiwa tidak dibuang dengan sebaiknya. Oleh kerana bapa saudara saya tidak berkira dengannya dan berinitiatif memberi bantuan, barulah persahabatan tersebut berjaya meleraikan kebuntuan itu, malahan turut memberinya bantuan serta bimbingan tentang pemikiran dan pandangan hidup.

Jodoh itu suatu yang ditakdirkan, tidak kira yang baik atau yang buruk, asalkan kita bersikap adil dan penyayang, nescaya jodoh yang seburuk mana akan bertukar menjadi positif. Justeru itu, kita harus bersikap adil terhadap mereka yang bersengketaan atau yang berbudi dengan kita. Jikalau kita mampu bersikap adil, pihak berkenaan pasti akan kagum dengan kebesaran hati kita. Setiap orang harus pandai bertukar minda pemikiran kerana apabila berhadapan dengan masalah dan kerunsingan, dengan cara ini ia membantu melahirkan kebijaksanaan. Kita harus berterima kasih kepada mereka yang melukai kita kerana mereka telah mengasah minda kita; Berterima kasih kepada orang yang menipu kita kerana mereka telah

Page 587: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

587

meningkatkan pengetahuan kita.

Mari kita fikirkan, masa bilakah seseorang itu mencapai kemajuan paling banyak? Apabila menghadapi kesukaran. Bak pepatah yang mengatakan bahawa setiap pengalaman akan meningkatkan akal dan minda kita. Terima kasih orang yang menjatuhkan kita kerana mereka telah meningkatkan keupayaan kita; Terima kasih orang yang meninggalkan kita kerana mereka mengajar kita harus berdikari. Bolehkah kita bergantung hidup pada seseorang sehingga tua? Tidak. “Bergantung” di sini bukan bermaksud bergantung secara fizikal, untuk mendapat peningkatan minda, sepanjang kehidupan anda yang paling penting bergantung kepada kebijaksanaan sebenar yang dimiliki diri. Terima kasih orang yang menegur dan memarahi kita kerana mereka meningkatkan kebijaksanaan dan inspirasi kita. Ajaran falsafah tradisi penting untuk kejayaan hidup “Sekiranya diberi arahan, dengar arahan itu dengan teliti; Jikalau ditegur tentang sesuatu kesalahan, terimalah dengan baik dan cuba membetulkannya.” Ajaran ini bukan sekadar merujuk kepada ibu bapa sahaja, teguran daripada siapa jua harus didengar dan terima dengan baik kemudian membetulkannya, dengan sikap begini akhlak dan moral anda akan meningkat pada masa itu juga.

Apabila seseorang dapat menukar minda dan pemikiran, ia akan menjadikan semua kerunsingan menjadi kebijaksanaan. Oleh itu, bagaimana respon daripada mereka yang melukai anda, mengaibkan anda ataupun mereka yang menjatuhkan anda? Terasa terkejut dan seterusnya mengkagumi personaliti anda serta teringin tahu bagaimana anda mampu melakukannya? Maka, masa inilah anda boleh memperkenalkannya ajaran “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup”. Dengan cara ini juga kita menjadi teladan yang baik sebagai seorang penuntut ajaran orang-orang suci dan beriman masa dahulu. Jangan pula kita sependapat dengannya kerana gagal menahan sikap buruknya sehingga menyebabkan dia berkata, “Inikah sifat seorang yang mengatakan dirinya pelajar Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup?” Bermasalah nanti kalau kata-kata tersebut diucapkannya.

“Kurangkan Masa Membenci”. Di sini bukan menyuruh kita membenci tetapi harus menukarkan minda dan pemikiran membenci dengan secepat mungkin kepada yang positif. “Luangkan masa untuk berbudi.” Di sini,

Page 588: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

588

masa yang diluangkan merujuk kepada untuk tempoh berpanjangan dan tidak terputus-putus, Mana ada budi ibu bapa dan guru yang boleh habis dibalas? Justeru itu kita harus berusaha membalas budi mereka dengan sedaya-upaya biarpun sehingga nafas terakhir. Adakah anda tiba-tiba terasa umpama ada sinaran yang terang semasa saya menyatakan kata-kata tadi? Saya mempunyai pengalaman begitu sebanyak dua kali semasa persekolahan menengah tinggi. Kali pertama berlaku semasa saya terdengar karya Fan Zhongyan dalam “Yue Yang Lou Ji” yang menyatakan bahawa “Selesaikan masalah-masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka. Kegembiraan rakyat didahulukan dan diutamakan sebelum diri sendiri dapat menikmatinya.” Sinaran yang menerang secara tiba-tiba itu bertahan lebih kurang 5-10 saat dan kemudiannya saya mula mengantuk kerana pada masa itu saya langsung tidak faham tentang Bahasa Klasik Cina. Pengalaman kali kedua ialah semasa membaca karya Kong Ming, iaitu “Chu Shi Biao”, sepucuk surat daripada Kong Ming untuk pemerintahnya. Salah satu ayat dalam surat tersebut “Berusaha dengan sedaya-upaya biarpun sehingga nafas terakir.” Telah menyinari dan menerangi minda saya secara tiba-tiba. Sepatutnya sinar terang itu harus berkekalan, dan jangan terlepas peluang lagi untuk mempelajari falsafah tradisi ajaran orang-orang suci dan beriman zaman dahulu. Sekali terlepas peluang sudah belasan tahun dan saya tidak akan melepaskan peluang ini kerana pengalaman tersebut kurang menyenangkan hati. Walaupun pada masa itu saya masih remaja dan banyak masa dibazirkan, tidak tahu kebenaran hidup dan tidak dapat bimbingan yang betul.

Setiap orang mempunyai jodohnya dan begitu juga jodohnya dengan orang-orang suci dan beriman zaman dahulu. Begitu juga jodoh saya dengan mereka kerana saya pernah menangis kerana terlalu sedih apabila membaca Karya “Kisah Tiga Negara” dalam bab yang mengisahkan bahawa Kong Ming yang terlalu lemah sehingga tangannya tidak mampu memegang berus tulis tetap enggan makan nasi yang dihidangkan oleh askar bawahannya. Keikhlasan orang-orang suci dan beriman seharusnya kita meneladani dengan sebaik yang mungkin. Tanpa mereka siapalah kita. Dan dengan sikap begini, kita akan berusaha dengan sedaya-upaya bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing agar mereka yang berbudi dengan kita boleh

Page 589: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

589

menyaksikan kemajuan kita dengan hati yang gembira.

Ayat ajaran yang seterusnya ialah “Sekiranya memberi arahan kepada pembantu atau pekerja itu harus diberikan dengan baik dan beradab; Walaupun kita bertauliah tinggi, pembantu dan pekerja kita itu harus dilayan dengan baik; Sekiranya kita mempengaruhi mereka dengan cara mengkhianati, keikhlasan mereka akan terjejas; Jikalau kita tulus menghargai mereka, kemesraan akan terjalin.”

“Pembantu dan pekerja” di sini kita harus definasikannya secara meluas dan pembantu di rumah juga dikategorikan dalam definasi ini. Mereka juga harus dihormati atas sumbangan yang diberikan melalui tulang empat kerat mereka. Bagi keluarga yang mempunyai pembantu rumah, didiklah anak melayani mereka umpama ibu atau bapa saudara supaya si anak bersikap adil melayani setiap orang tanpa membelah bahagi dari segi status mereka. Ketelitian ini harus dijaga kerana ia bakal menentukan sikap hormat si anak terhadap mereka yang lebih tua. Bagaimana harus si anak menggelar seseorang pemandu kereta? Tidak kurang hormatnya jika bergelar mereka sebagai Pak cik.

Lagi sukar bagi jodoh untuk menjadi ahli keluarga, jadi kita harus saling bertoleransi dan prihatin. Contohnya apabila hari raya bakal menjelang dan kebanyakan anak, menantu dan cucu akan pulang dan disebabkan kebanyakan menantu perempuan zaman sekarang berkarier dan kesibukan serta keletihan pada setiap hari. Bersusah payah dapat peluang cuti tahun baru, tetapi bagaimana pula keadaannya apabila sampai rumah? Mungkin lagi letihnya dan beban kerja mungkin lebih berat daripada kerja di pejabat. Walaupun kita yang bergelar ibu mertua juga harus bertoleransi akan kesushan menantu perempuan kita, janganlah disebabkan dia menantu kita jadi dia memang patut buat kerja itu. Semuanya harus diaturkan mengikut keadaan. Misalnya masa sekarang ada tempahan makanan untuk makan malam tahun baru yang sangat menyenangkan. Jikalau menantu perempuan pada masa itu sudah sangat keletihan, dan dengan adanya tempahan tersebut dapatlah ahli sekeluarga menikmati makan malam dengan penuh keriangan. Dari sini, si menantu dapat merasai sifat timbang rasa ibu mertua, kasih sayang daripada ibu mertua pasti akan dibalas dengan cara yang sama

Page 590: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

590

daripada menantu.

Sebenarnya adakah susah untuk pergaulan mesra sesama orang? Ia tidaklah komplikasi kerana hanya diri kita kebuntuan jalan. Apabila ibu mertua begitu bertoleransi, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang menantu? Biarlah bermulut manis. Misal kata anda ada di luar rumah dan kebetulan ibu mertua juga ada di situ, maka anda boleh berkata dengan sanak-saudara, “Ibu saya paling baik! Dia sentiasa membantu saya buat ini, buat itu.” Bagaimana perasaan ibu mertua setelah mendengar kata-kata tersebut? Sangat gembira. Inilah kata-kata yang baik yang boleh membantu menarik perasaan suka sesama lain dan saling membantu. Sesi perbincangan hari ini ditamatkan di sini sahaja. Terima kasih.

Page 591: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

591

Sesi 38Hormat Itu Sifat Asas Tatasusila

Salam sejahtera, rakan-rakan sekalian. Kita sambung perbincangan semalam yang menyentuh tentang “Sesungguhnya memberi arahan kepada pembantu atau pekerja itu harus diberikan dengan baik dan beradab.” “Walaupun kita bertauliah tinggi, pembantu atau pekerja kita itu harus dilayan dengan baik.” “Sekiranya kita mempengaruhi mereka dengan cara yang khianat, keikhlasan mereka akan terjejas.” “Jikalau kita tulus menghargai mereka, kemesraan akan terjalin.”

Kita telah berbincang tentang keserasian dan pertemuan antara pekerja, mereka yang boleh bekerja sebumbung merupakan kesesuaian yang sukar diperoleh. Jadi, seharusnya kita melayani pekerja atau pembantu kita dengan penjagaan dan keprihatinan yang baik. Anak-anak kita pula harus diajar menghormati pembantu atau pekerja kita sejak kecil dengan memanggil mereka sebagai “Pak cik ataupun mak cik”. Ini bertujuan agar mereka disemaikan dengan nilai menghormati orang yang lebih tua.

Liu Kuan (“Kuan”(寬) bermakna lapang, luas), seorang cendekiawan pada zaman Dinasti Han. Namanya begitu sinonim dengan karakternya yang sentiasa berlapang dada dan sifat ini juga merupakan harapan daripada ayahnya. Beliau mempunyai perilaku yang sangat baik dan penyabar.

Untuk menguji kesabarannya, orang rumahnya menyuruh orang suruhan menghidangkannya teh panas dan sengaja ditumpahkan semasa teh itu dihulurkan kepadanya. Pada masa itu Liu Kuan sudah berpakaian kemas dan bersedia ke istana untuk mesyuarat pagi bersama maharaja dan para menteri yang lain. Tindak balas pertama daripada Liu Kuan adalah dengan bertanya, “Adakah tangan anda melecur?” Apabila seseorang itu berbudi dan beretika pada tahap ini, agaknya bagaimana keadaan keluarganya? Sangat harmoni dan semua orang akan meneladani perilakunya yang baik. Sementara itu, beliau berjawatan tinggi di istana, teladan yang baik tersebut akan mempengaruhi seluruh kabinet kerajaan dan rakyat jelata.

Dari segi “walaupun kita bertauliah tinggi, pembantu atau pekerja

Page 592: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

592

kita itu harus dilayan dengan baik.” Kita harus faham bahawa “Bertauliah tinggi” tidak semata-mata merujuk kepada berkedudukan tinggi tetapi nilai sebenar yang lebih penting di sebaliknya, iaitu sikap bertanggungjawab dan tugas diri kita.

Semakin tinggi kedudukan kita semakin berat tanggungjawab sosial yang dipikul. Oleh itu kita seharusnya berwaspada pada setiap masa dan memerhatikan keperluan orang bawahan dan masyarakat umum, barulah kita tidak mensia-siakan kedudukan yang dimiliki. Seandainya kita sentiasa mengingatkan diri dengan niat baik tersebut, barulah kita dapat dipadankan dengan erti sebenar mulia dan “bertauliah tinggi”.

Sebelum ini kita juga pernah membincangkan tentang apakah itu “gui” (貴). Gui bermaksud kemuliaan, bertauliah tinggi. Dihormati orang satu kemuliaan, apabila semua orang menghormati anda dengan penuh keikhlasan dari hati mereka, inilah kemuliaan yang sebenar. Pembantu rumah yang bekerja di rumah kita berasal dari keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan, bimbinglah mereka dengan sebaik-baiknya di samping keprihatinan yang sewajarnya.

Sesetengah pembantu rumah baru berumur 13 hingga 14 belas tahun dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, kita harus memberinya buku-buku falsafah tradisi untuk dipelajari dengan secepat mungkin memandangkan mereka juga akan bergelar ibu bapa kelak. Bagaimana kehidupannya kelak apabila dia disemai dengan persepsi dan pandangan tentang kehidupan yang betul? Sudah pasti akan mengalami perubahan dan keluarganya pada masa depan akan maju dan berkembang dengan baik.

Pada hakikatnya, asalkan kita sanggup berikhtiar, keikhlasan kita pasti boleh menyinari kehidupan mereka yang berada di sisi. Apabila suatu hari mereka meninggalkan keluarga kita kerana sudah menemui jodoh , saya yakin mereka pasti amat bersyukur dan terasa gembira apabila mengenang sepanjang kehidupannya dalam keluarga kita. Memang penting untuk satu jodoh pertemuan dimulakan secara baik dan ditamatkan dengan cara sempurna yang dipenuhi dengan kenangan-kenangan manis.

Page 593: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

593

Bagaimana pula jika seseorang itu penyewa bilik di rumah kita, apakah yang menjalinkan perhubungan kita dengan mereka? Wang ringgit. Namun begitu, ia mentakdirkan kita untuk hidup sebumbung dan perhubungan serumah harus dijalin dengan baik dan mesra.

Seandainya perhubungan itu dijalin berlandaskan wang ringgit dan saling tidak bertegur-sapa apabila bersua muka, adakah cara ini baik? Dengan cara perhubungan sedemikian, dia mungkin jatuh sakit dan begitu juga dengan anda, jadi kita harus menghargai kebetulan pertemuan ini.

Sebaliknya kita boleh berlapang dada menghadiahkannya makanan atau pakaian apabila kita mempunyai makanan yang enak ataupun pakaian yang selesa dipakai, saya yakin penyewa bilik ini akan terasa kemesraan anda. Apa sekalipun mereka ini kebanyakannya meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki. Apabila kita sanggup prihatin terhadap orang lain bermaksud kita sudah mempraktiskan ajaran falsafah tradisi yang mengajar kita melayani setiap insan yang berada di sisi kita tidak kira di mana jua kita berada, mereka umpama adik-beradik kita. Dengan sifat murah hati anda, saya yakin anda mempunyai ramai kawan yang melayan anda seperti adik-beradik dan ahli keluarga mereka pada masa depan tidak kira di mana jua anda berada.

Ayat seterusnya, “Sekiranya kita mempengaruhi mereka dengan cara mengkhianati, keikhlasan mereka akan terjejas.” “Jikalau kita tulus menghargai mereka, kemesraan akan terjalin.” Jikalau kita menindas orang dengan kuasa dan kedudukan, mereka mungkin menunjukkan tanda penuh hormat terhadap anda secara luaran, namun dalam hati mereka penuh dengan perasaan tidak puas hati, malah mungkin berubah muka dengan terus marah kita selepas memberi salam hormat. Jikalau penghormatan yang kita berikan kepada orang lain sekadar luaran sahaja, maka kita harus insaf sebab cara hormat tersebut terlalu pura-pura dan tidak ikhlas, kehidupan yang lebih jujur mesti dijadikan amalan.

Seorang budak memberitahu saya bahawa ibunya telah memukulnya, ini proses pembesarannya. Saya sudah lupa bila ibu pernah memukul saya, sebaliknya dipukul oleh ayah saya masih ingat dengan jelas. Kedua-duanya

Page 594: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

594

merupakan hukuman, mengapakah begitu besar bezanya? Kenapa? Apakah sebab ibu memukulnya? Sebab menyayanginya, sebab mendidiknya, dia juga insaf akan kesalahan diri selepas dipukul dan mungkin bertaubat untuk membetulkan kesalahan diri; sebaliknya ayah yang memukul tidak semestinya atas sebab untuk mendidiknya, apa pula alasannya?

Mungkin kerana ayah kehilangan kesabaran pada ketika itu dan terus membelasah anaknya. Maka hati kecilnya pasti terasa tidak puas hati dan mengingati setiap pengalaman dibelasah ayahnya dengan begitu jelas sekali. Sebenarnya budak juga boleh faham dengan jelas cara layanan kita terhadapnya. “Jikalau kita tulus menghargai mereka, kemesraan akan terjalin.”

Sifat baik dan tulus bukan sahaja amalan semasa di rumah, malahan dibawa ke tempat kerja dan dalam korporat. Jadi, para pemimpin harus berpegang kepada peraturan yang ditetapkan. Janganlah kita memberi peluang pada seseorang kerana kita suka padanya hari ini, tetapi apabila terasa tidak suka, betapa pun berkaliber orang ini, anda tindas sesuka hati. Akibatnya anda gagal memenangi hati orang ramai. Sepatutnya tindakan kita berlandaskan ketulusan hati. Bersikap adil akan menenangkan hati orang; keprihatinan dan saling menghormati serta menyayangi pula membantu membina suasana harmoni dan aman.

Mari kita lihat pada sejarah China yang beribu-ribu tahun, berapa lamakah sesebuah dinasti akan bertahan kalau pembentukan dinasti melalui kekuasaan ataupun peperangan? Tidak lama; sebaliknya dinasti yang mempunyai sejarah ratusan tahun, di samping memberi pengaruh mendalam kepada generasi kemudiannya terdiri daripada dinasti yang berlandaskan moral dan etika, mempengaruhi rakyat jelata melalui teladan pemerintah sendiri yang mentaati, mengasihi dan menyayangi ibu bapa dan adik-beradik.

Dinasti apakah yang mempunyai sejarah paling lama dalam sejarah China? Dinasti Zhou, Pemerintahannya berpandukan moral dan tatasusila. Dinasti Qin, sebuah dinasti yang didirikan melalui peperangan, bagaimana nasibnya selepas puluhan tahun? Kerajaan Qin telah digulingkan.

Page 595: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

595

Oleh sebab itu, kita boleh belajar dari sejarah bahawa bagi mencapai kestabilan berpanjangan sesebuah keluarga ataupun korporat, pentadbiran harus berasaskan moral dan etika serta kewarasan, barulah pemimpin itu akan mendapat sokongan ramai. Sejarah membolehkan kita meramal sesuatu dengan tidak mengikut jejak langkah kesalahan seperti generasi sebelum kita, barulah kita tidak mengecewakan nenek moyang yang telah meninggalkan “Sejarah 25” (dua puluh lima buah buku sejarah biografi) yang amat membantu dalam kehidupan kita.

“Sayang dan mesra sesama manusia dengan saksama.” Jika ditafsirkan dengan erti kata zaman sekarang, ia merupakan ilmu perhubungan sosial, bagaimanakah menjalin perhubungan sosial dengan baik? Ajaran Falsafah Tradisi: “Sayang dan mesra sesama manusia dengan saksama” dijadikan amalan dalam kehidupan harian, yang semestinya bermula dengan pendidikan asas melalui mentaati dan menyayangi ibu bapa dan adik-beradik. Adakah seseorang itu boleh menyayangi dan mengasihi setiap manusia dalam sekelip mata?

Semestinya sifat keprihatinan terhadap orang lain dan berkhidmat untuk orang lain ini dipelajari bermula dari rumah. Oleh sebab itu, Konfusius dalam “Lunyu” menyatakan bahawa “Orang yang mentaati dan menyayangi ibu bapa serta sayang menyayangi sesama adik-beradik merupakan asas sifat penyayang seseorang itu.” Justeru, kebolehan seseorang dalam perhubungan sosialnya semestinya bermula dari rumah dan faktor utama pembentukan karakter seseorang juga bermula dari rumahnya. Jadi ibu bapa seharusnya sangat berwaspada kerana pendidikan di rumah merupakan hasil dan kesan serta pengaruh yang berlaku secara tanpa disedari pada setiap hari.

Kami merumuskan perhubungan sesama manusia dalam satu ungkapan “bertolak ansur dengan bersopan-santun.” Perhubungan sesama manusia seharusnya berlandaskan sifat tolak-ansur yang sedemikian, dengan sifat inilah yang akan membuahkan perhubungan yang paling indah sesama insan.

Bagaimanakah perasaan anda apabila bertemu dengan seorang kawan yang sangat bersopan-santun dan berbudi bahasa? Sangat selesa dan

Page 596: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

596

gembira, sopan-santun inilah yang menjalinkan perhubungan yang paling indah sesama manusia.

Biarpun perhubungan antara ahli keluarga paling dekat, umpamanya pasangan suami isteri, bapa dengan anak, jalinan perhubungan ini seharusnya diikat dengan cara sopan-santun. Kita tidak boleh sesekali mengabaikan rasa hormat sesama kita oleh kerana perhubungan terlalu dekat. Contohnya masuk bilik pihak berkenaan tanpa mengetuk pintu, dia boleh menerima sekali dua perlakuan begitu, bagaimana pula jikalau perbuatan itu asyik berlarutan. Dia akan merungut.

Sesungguhnya hormat-menghormati dan sopan-santun juga amat diperlukan sesama ahli keluarga terdekat dan terus mengekalkan pehubungan yang paling indah sesama rakan dan taulan. Jikalau seseorang anak dibimbing dengan sifat sopan-santun dan bertolak-ansur sejak kecil, maka dewasa kelak ia akan menjadi seorang insan yang berbudi-pekerti dan tahu batasan dalam perhubungan sesama sanak saudara dan ahli masyarakat seluruhnya. Sopan-santun, sangat penting untuk kita pelajari.

Sebenarnya ajaran falsafah tradisi dalam Di Zi Gui secara keseluruhannya berlandaskan nilai sopan-santun. Dalam bab “Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa semasa di rumah” menekankan perasaan hormat terhadap ibu bapa, inilah satu sifat sopan-santun, lagi dalam bab “Etika orang muda dalam kalangan orang yang lebih tua.” Kasih-sayang sesama adik-beradik, menghormati orang yang lebih tua juga merupakan sifat sopan-santun.

Manakala dalam bab “Peraturan pada setiap hari” menyatakan bahawa kita harus menyayangi barang kepunyaan sendiri dan setiap barang harus diletak balik di tempat yang disediakan; tidak membazir makanan, “Tidak memilih dalam soal pemakanan dan minuman”, ini satu sikap melayani makanan dengan sopan-santun.

Seterusnya ialah “Dalam masa perbualan, penting bagi kita bercakap dengan ikhlas tanpa menggunakan sebarang perkataan yang kurang sopan dan berunsur penipuan.” Ajaran di sini menitikberatkan sopan-santun dalam

Page 597: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

597

pertuturan, kata-kata yang telah diluahkan mesti yang boleh ditunaikan, jika sebaliknya ia akan menjadi sifat tidak amanah dan tidak bersopan-santun terhadap pertuturan diri.

Dalam buku “Yue Jing”(Muzik Klasik) juga menyebutkan bahawa “Adab itu adalah peraturan yang wujud di alam semesta ini.” Pepatah Cina mengatakan bahawa “Iman seseorang menentukan sejauh mana dia boleh pergi, jikalau dia tidak mempunyai iman maka dia tidak mampu pergi jauh.”

Ajaran falsafah tradisi yang seterusnya ialah “Belajar daripada orang yang berwibawa dan berakhlak mulia, Lanjutkan pelajaran dalam bidang sastera dan agama untuk mempertingkatkan kebudayaan dan semangat kehidupan.” Apabila berhadapan dengan integriti moral dan kebaikan hati ataupun guru, layan dengan beradab dan sopan-santun, hormat pada ilmu yang kita pelajari.

Dari segi mengejar ilmu, manfaat dan hasil yang diperolehi sejajar dengan keikhlasan dan perasaan hormat yang diberikan, semakin tinggi keikhlasan dan perasaan hormat diberi terhadap ilmu yang dipelajari, maka semakin banyak manfaat dan hasil yang bakal diperolehi. Perasaan hormat merupakan ciri asas untuk nilai adab dan sopan-santun, malah perasaan hormat merupakan kebaikan hati dan keikhlasan yang ada pada setiap orang, jadi memang perlu untuk kita mempelajari adab,sopan-santun dan sanggup bersabar, dan bertolak-ansur.

Dalam perhubungan sesama manusia, kita harus bersabar dan bertoleransi. Dalam tulisan Cina, “Bersabar”(忍)merupakan gabungan perkataan “pisau”(刀) di atas dengan “hati”(心) di bawah, maksud simbolik perkataan ini ialah tahap kesabaran itu dicapai dengan kecekalan yang tidak goyah walaupun hati sudah ditusuk pisau.

Pisau yang ditikam pada hati sekadar simbolik sahaja dan bukan menikam secara betul. Pisau tajam itu ibarat kata-kata yang tajam, sinis, ejekan, sindiran, tohmahan daripada orang lain, masa inilah anda harus boleh bersabar. Sebab kita harus faham bahawa reaksi emosi tersebut hanya sementara, kita tidak berkira dengannya malah bertoleransi terhadapnya.

Page 598: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

598

Ada satu motto yang menyatakan bahawa “Maafkanlah orang lain sebagaimana anda memaafkan diri anda, maka ramailah kawan anda; Tegurlah diri anda sebagaimana anda menegurkan orang lain, maka berkuranglah kesalahan anda.” Sebenarnya kebanyakan sikap kita boleh diubah dengan satu perubahan pemikiran, semua orang mempunyai perasaan yang sama. Berapa kalikah kita memaafkan diri setiap hari? Banyak kali, namun begitu apabila orang lain melakukan kesalahan emosi kita pula menjadi tidak terkawal. Sepatutnya biarkanlah diri kita memaafkan orang lain sebagaimana kita memaafkan diri sendiri, maka orang lain rasa selesa dan tidak ada tekanan apabila bersama kita, maka kita boleh berkawan dengan ramai orang.

Setiap hari kita mungkin nampak banyak kesalahan orang lain, gunakan sikap sebagaimana kita menegur orang lain untuk insaf dan memperbetulkan kesalahan diri sendiri, maka akhlak kita akan bertambah baik kerana semakin kurang melakukan kesilapan. Oleh sebab itu, memiliki hati yang pemaaf merupakan perkara paling penting dalam bersabar dan bertoleransi.

Zi Gong pernah bertanyakan kepada Konfusius, “Perkataan apakah yang boleh dijadikan pegangan untuk sepanjang hayat?” Konfusius pun menyatakan perkataan “Memaafkan”. Sebenarnya maksud maaf dengan penyayang begitu serasi. Apabila kesalahan telah dilakukan, maka banyak kemarahan dan persengketaan yang mungkin berlaku tetapi dapat diredakan dengan cara yang tidak disedari dengan adanya kemaafan. Perhubungan sesama manusia sangat biasa dan jikalau kita sanggup bersabar dan bertoleransi, banyak konflik boleh diredakan dengan begitu sahaja tanpa pertempuran.

Pepatah Cina menyatakan bahawa berkompromi memudahkan konflik diselesaikan. Sebenarnya dalam situasi bersabar dan bertolak-ansur, kita sudah melapangkan dada sendiri dan dengan ketulusan hati menghargai orang lain, ia bukan sekadar menjalinkan kemesraan perhubungan malah membangkitkan perasaan malu.

Page 599: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

599

Apabila seseorang itu sedang sangat marah dan hilang kesabaran, seluruh emosinya tidak terkawal dan selepas perasaannya reda, barulah dia terasa malu dengan perbuatannya. Jadi, kesanggupan bersabar akan memupuk akhlak yang mulia, malahan membangkitkan perasaan malu pihak berkenaan malahan mengekalkan perhubungan antara kedua pihak. Memang tidak mudah menjalin keserasian dengan ahli keluarga dan kawan-kawan, janganlah kemesraan dan pertalian rapat itu diputuskan kerana kata-kata yang membakar hati.

Sekarang kita harus ingat dengan ajaran falsafah tradisi yang mengatakan bahawa “Sekiranya tutur kata dan bahasa sewaktu bersama dijaga dengan rapi, nescaya masalah tidak akan timbul.” “Pemikiran waras akan terganggu semasa kemarahan.” Jadi bersabarlah dan bertolak-ansur untuk menahan emosi daripada memuncak dan tidak terkawal.

Dalam perhubungan sesama manusia, selain daripada bertolak-ansur dengan bersopan-santun, bersabar dengan bertolenrasi, ia juga memerlukan sifat rendah hati. Sifat ini membolehkan orang di sisi kita terasa selesa semasa bersama dengan kita. Sebaliknya, jika kita berperangai sombong setelah menjadi kaya dan berbakat, sifat angkuh sedemikian menyebabkan sanak-saudara rasa tertekan dan tidak selesa apabila bersama dengan anda.

Cuba lihat sewaktu zaman kanak-kanak kita, selepas peperiksaan ada yang memperoleh markah yang tinggi dan kemudiannya bercakap depan kita dengan mengatakan bahawa dia tidak membuat ulangkaji di rumah pun boleh mendapat markah baik, sebaliknya diri kita yang penat menelaah pula memperolehi markah yang lebih rendah daripadanya.

Kemudian dia berkata dengan anda lagi, “Saya bermain sahaja selepas balik ke rumah, langsung tidak menelaah pelajaran.” Adakah baik sikap begini? Tidak.

Semasa orang lain rasa kecewa dan anda pula asyik bercerita tentang perkara yang menggembirakan anda, sehingga mereka menjadi begitu malu sekali, sikap angkuh tersebut bukan sahaja memberi tekanan kepada orang lain malahan merosakkan perhubungan dan tanggapan baik dari orang lain.

Page 600: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

600

Jadi, memang penting sekali bersifat rendah hati.

Sikap rendah hati bukan sahaja memberi ruang kepada orang lain, malah rasa selesa apabila bersama-sama kita, di samping itu kita mudah mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar daripada mereka yang lebih tua, sifat murni“rendah hati”ada banyak kebaikannya.

Apabila seseorang itu bersikap rendah hati di mana jua dia berada dan sentiasa memberi peluang kepada orang lain, lama-kelamaan terpupuklah sifat bertimbang rasa untuk orang lain.

Jikalau kita mengajar anak-anak bertolak-ansur dan bersopan-santun semenjak dia masih kecil, maka dewasa kelak ia akan menjadi seorang anak yang tahu batasan; jikalau diajar bersabar dan bertoleransi, dia mudah bergaul dengan semua orang dan tiada konflik dalam pergaulannya; jikalau diajar rendah hati, anak akan menjadi seorang yang sangat bertimbang rasa.

Jadi, janganlah bersaing, bagaimanakah situasinya apabila persaingan itu mencapai tahap maksimum? Pertempuran, seterusnya peperangan. Justeru, bertoleransi dan bertolak ansur membantu memenangi persahabatan, manakala persaingan pasti mewujudkan musuh dan pihak lawan, akibatnya ke mana perginya kebanyakan usaha dicurahkan sepanjang hayatnya? Usaha dicurahkan untuk menghalang serangan daripada orang lain, usaha sedemikian memang sangat meletihkan.

Seterusnya kita masuk ke Bab 6, “Belajar daripada orang yang berwibawa dan berakhlak mulia.” Jikalau seseorang ingin memperoleh pencapaian dari segi ilmu yang dipelajarinya, dua prasyarat utamanya ialah mempunyai guru yang baik dan rakan sekelas yang baik. Guru yang baik akan memberi pedoman dan menyampaikan ajaran yang sangat penting.

Rakan sekelas yang baik akan saling membantu dan memberi ingatan. “Apabila kita saling menggalakkan membuat kebajikan antara satu dengan yang lain, kebaikan kedua-duanya akan meningkat.” Saling bersikap “Sekiranya teguran dihargai dan kepujian tidak disenangi.” maka masing-masing berjaya menarik “kawan yang betul-betul jujur dan ikhlas akan

Page 601: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

601

mendampingi kita.”

Cuba anda lihat, adakah ajaran falsafah tradisi membantu menyelesaikan masalah kehidupan kita? Jangan rasa cemas, percayakah anda bahawa melalui buku kecil “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” ini akan menjamin kehidupan anda tanpa sebarang kebimbangan? Kalian harus mempunyai keyakinan sepenuh.

Hari itu ada orang bertanya bagaimana kalau perhubungan suami isteri bermasalah? Sekarang kalian ingin membantunya, apa yang harus dilakukan kalau perhubungan suami isteri bermasalah? Jikalau anda memberitahu sesuatu ayat falsafah yang tidak pernah didengarinya, bagaimana untuk membimbing pasangan berkenaan bagi meleraikan konflik mereka? “Kita sewajarnya mencuba untuk membalas segala budi dan memaafkan persengketaan yang ada.”, jika seseorang itu sangat emosi dan kerap merungut ajarlah supaya memikirkan jasa dan bakti sumbangan satu pihak yang lain sepanjang tempoh berkenaan, pasti kemarahannya akan turun separuh.

Apabila masing-masing bersikap “Bertanyalah kesanggupan diri sendiri sebelum menyuruh orang lain membuat sesuatu.”, tidak asyik meminta orang buat sebaliknya bertanya pada diri berapa banyak yang diri sendiri telah lakukan?

Ajaran falsafah tradisi juga menyatakan bahawa “sekiranya tutur kata dan bahasa sewaktu bersama dijaga dengan rapi, nescaya masalah tidak akan timbul. Jikalau mereka melakukan kesalahan, nasihati mereka dengan penampilan muka yang baik dan suara yang lembut”, jadi siapa yang boleh tahan dengan sikap semasa bercakap bermasam muka, nescaya konfliklah yang berlaku.

Apabila ajaran falsafah tradisi berkenaan dikongsikan dan dia pula boleh mencermin diri dan insaf akan kesalahannya, maka masalah tersebut akan dapat dileraikan; sekiranya tidak, bagaimana dengan masalah tersebut? Tidak dapat diselesaikan. Oleh itu dalam prinsip dan kebenaran kehidupan,

Page 602: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

602

semuanya termaktub dalam “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” dengan syarat pedoman tersebut menjadi pegangan hidup, necaya pemahaman dan amalan daripada anda adalah sejajar dengan nilai falsafah tersebut. Dalam perhubungan antara guru dengan anak murid dan perhubungan antara rakan sekelas, kita juga harus berpegang kepada ajaran falsafah tradisi “Apabila kita saling menggalakkan agar membuat kebajikan antara satu dengan lain, kebaikan kedua-duanya akan meningkat”. Bagaimanakah sikap semasa berhadapan dengan guru dan bagaimana hendak belajar daripada guru?

“Apabila dipanggil oleh ibu bapa, jawablah dengan segera; Apabila disuruh membuat sesuatu, buat secepat yang boleh.” Bolehkah kita meminta guru mengurangkan buku untuk kita baca? Mestilah tidak boleh. Asalkan itu pesanan guru, buat secepat yang boleh dan tidak boleh dilengahkan. Zaman sekarang memang susah untuk mereka yang bergelar guru kerana terpaksa berusaha mengelak anak murid berdendam dengannya. Jika guru menyedari anda kurang berminat, dia akan hormati anda, apakah tujuannya? Untuk tidak menyinggung perasaan anda. Sebaliknya jikalau anda seorang murid yang mengamalkan ilmu yang dipelajari, nescaya guru akan memberi didikan dengan bersungguh-sungguh. Asalkan kita melayan guru sama seperti kita menunaikan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa semasa di rumah, maka kebaikan semula jadi kita semakin menonjol dan akal serta kebijaksanaan turut dilahirkan dengan pantas kerana ketaatan dan hormat paling ikhlas diberi kepada guru.

Ketaatan dan hormat kepada ibu bapa dan guru merupakan dua semangat yang paling penting di China. Profesyen perguruan didirikan atas dasar ketaatan terhadap ibu bapa. Ketaatan terhadap ibu bapa merupakan asas akhlak dan moral seseorang. Mereka yang mentaati ibu sesungguhnya sangat mengharapkan pencapaian yang baik untuk memberi nama baik kepada ibu bapa, justeru mereka melayan guru dengan baik dan penuh hormat.

Sebelum ini kita telah membincangkan tentang kerjasama yang rapat

Page 603: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

603

antara guru dengan ibu bapa akan mendidik anak dengan baik. Namun, adakah baik perhubungan tersebut pada zaman ini? Sesetengah ibu bapa kurang sedar akan kepentingan pendidikan di rumah, pada pendapat mereka tanggungjawab siapakah dalam hal mendidik anak? Tanggungjawab guru, tetapi sifat mereka yang terlalu manjakan anak, apabila anaknya melakukan kesalahan di sekolah, contohnya anak itu dimarah oleh guru semasa di sekolah, sementara itu kita pun tidak tahu bagaimana si anak menyampaikan peristiwa yang berlaku.

Banyak peristiwa ibu bapa terus naik angin setelah mendengar cakap anak, kemudian mereka akan pergi cari siapa? Adalah baik sedikit jikalau mereka pergi cari guru, sekurang-kurangnya boleh mengetahui perkara sebenar daripada guru. Jika terus mencari pengetua sekolah, dia akan merumitkan situasi itu sebab pengetua tidak ada semasa insiden berlaku, dan guru menegur anak atas niat yang baik kerana semata-mata untuk membetulkan kesalahan. Perbuatan anda terus mengadu kepada pengetua sekolah mungkin menyebabkan guru berkenaan dipanggil untuk memberi penjelasan yang seterusnya memadamkan semangat guru dalam pendidikan, malahan mempengaruhi semangat mengajar guru, yang paling mudarat ialah ia mempengaruhi sikap anak melayan guru pada masa depan.

Dalam proses pembelajaran, tahap keikhlasan dan hormat yang diberikan akan menentukan hasil pencapaian yang diperoleh. Apabila si anak menyaksikan sikap ibu bapa yang suka mengadu tentang guru, adakah dia akan menghormati guru lagi? Tidak mungkin. Apabila guru takut memberi bimbingan kepada anak itu, adakah dia akan bermoral dan berakhlak serta mentaati ibu bapa?

Ini satu kitaran buruk. Sementara itu, guru juga harus bermuhasabah akan tindakan diri dan jangan meminta anak murid dan ibu bapa hormat kepada guru. Hormat kepada guru sudah tidak boleh diminta pada zaman sekarang, sebab profesyen guru semakin kurang mendapat sambutan, mengapa dikatakan sedemikian? Misalnya semasa saya berjaya menerima tawaran kursus di maktab perguruan, tahukan anda apakah yang pertama sekali ditanya oleh kebanyakan orang kepada saya?

Page 604: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

604

Berapakah gaji sebulan anda? Di manakah perasaan hormat terhadap profesyen guru? Mengapa tiada seorang pun yang berkata dengan saya, “Anda sudah berjaya menjadi guru!” Kata Hanyu: “Guru, tokoh yang bertanggungjawab menyampaikan kebenaran hidup, menyampaikan ilmu dan memberi jawapan kepada kemusykilan anak muridnya.” Seandainya inilah yang mereka ucapkan, saya pasti penuh kegembiraan setelah mendengarnya, mereka juga tidak memberitahu bahawa kita perlu cari jawapan untuk kemusykilan diri sebelum membantu kemusykilan orang lain.

Oleh yang demikian, mereka yang bergelar guru harus terus belajar dan memang penting untuk mereka membuka minda dan kebijaksanaan, barulah kehidupan mengajar di sekolah menjadi lebih bermotivasi, malahan tidak berani lalai semasa mengajar. Oleh itu sanjungan dan hormat kepada profesyen guru harus ditunjangi melalui usaha guru itu sendiri dan janganlah kita minta daripada orang lain.

Semasa di Haikou, Pulau Hainan, ramai guru mengajar “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayan Hidup” dengan kesungguhan yang sepenuhnya dan menjadikan ajaran falsafah tersebut menjadi amalan kehidupan harian. Ada seorang ibu telah menulis “Berbanyak-banyak terima kasih, berbanyak-banyak terima kasih, berbanyak-banyak terima kasih” di dalam buku latihan yang diserah kepada guru. Beliau telah menggunakan ucapan “berbanyak-banyak terima kasih” sebanyak tiga kali untuk disampaikan kepada guru berkenaan.

Ada lagi seorang ibu yang berasal dari Tanah Besar China, semasa beliau berada di lapangan terbang untuk pulang ke kampung pada malam sebelum tahun baru Cina, beliau telah menelefon guru anaknya dengan berkata, “Cikgu Liu, kami sekeluarga sekarang akan pulang ke kampung untuk tahun baru, jadi kami menelefon untuk mengucapkan selamat tinggal dengan cikgu.”

Bagaimanakah layanan ibu bapa tersebut terhadap guru itu? Sangat hormat, ini adalah hasilnya, apakah sebabnya? Ibu bapa dapat merasai sumbangan ikhlas daripada gurunya.

Page 605: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

605

Maruah profesyen guru bergantung kepada bimbingan ibu bapa kepada anak dan juga bergantung kepada guru yang memainkan peranannya dengan teladan yang baik dan kemudiannya dihormati ramai.

Guru pada zaman dahulu biarpun kehidupannya kurang memuaskan tetapi mereka hidup gembira dengan profesyennya, mereka juga menerima sanjungan dan penghormatan daripada masyarakat umum.

Sementara itu pihak ibu bapa juga tidak melepaskan peluang untuk mengajar anak hormat kepada guru. Oleh itu pada zaman dahulu wujudnya Adat Berguru, bapa akan membawa anak sekitar umur lima hingga lapan tahun ke sekolah. Apabila sampai di bilik darjah, bapa akan berdiri di hadapan dan anak di belakang bapa.

Terlebih dahulu bapa akan memberi tanda hormat melalui tiga kali melutut dan sembilan kali tunduk hormat, satu protokol tertinggi diberikan kepada Konfusius kerana atas usaha beliau, semua ajaran tokoh-tokoh suci dan ilmuan pada zaman dahulu telah dikumpul dan dikemas dengan sempurnanya. Justeru, atas penghormatan terhadap Konfusius, beliau digelar sebagai “The Best Teacher; The Most Sage Venerated Late Teacher”.

Sebenarnya, siapakah yang paling dihormati oleh si anak sewaktu berumur lima hingga enam tahun? Ibu bapa, khususnya bapa. Bapa yang serius dan ibu yang penyayang, mereka sangat takut dan hormat pada bapa. Oleh kerana bapa begitu hormat pada guru, maka dalam jiwa kecilnya juga sangat menghormati guru dan tidak berani bersifat leka dan nakal terhadap guru.

Walaupun itu hanya satu adat dengan tiga kali berlutut dan sembilan kali tunduk hormat, namun apakah yang berjaya disemaikan dalam pembelajaran anak itu? Sifat hormat, adakah adat ini masih dipraktiskan pada zaman sekarang? Sudah tiada lagi.

Pada tahun pertama saya mengajar di sebuah sekolah, saya telah ditugaskan menjadi guru darjah enam. Seorang murid tertinggal buku latihan.Oleh itu, neneknya yang berumur 60-an pun pergi menghantar

Page 606: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

606

buku tersebut ke sekolah.Untuk sampai ke kelas cucu, beliau sudah mendaki tangga sebanyak empat tingkat bangunan sekolah dan tercungap-cungap apabila sampai ke kelas. Namun, adakah betul apa yang dibuat oleh nenek ini? Tidak betul. Cucu ini sudah besar panjang dan dia harus bertanggungjawab ke atas kesalahan diri, jika tidak dia mungkin tidak tahu bertanggungjawab sepanjang hayatnya.

Apabila saya nampak orang tua ini dan kebetulan beliau mengangkat kepala lalu terlihat saya, dengan serta-merta beliau membongkokkan badan sambil memberi tunduk hormat kepada saya sambil berkata, “Apa khabar Cikgu Tsai.”

Tahukah anda bagaimana perasaan saya setelah menerima tunduk hormat tersebut? Adakah gelaran “guru” senang dipikul? Tahukah kalian mengapakan saya agak bongkok sikit?” Dengan tunduk hormat daripada orang tua, beban tanggungjawab itu sangat besar, jika kita tidak mendidik anak orang dengan bersungguh-sungguh, bagaimana saya hendak berhadapan dengan tunduk hormat yang penuh keikhlasan? Peristiwa ini juga menyedarkan saya bahawa semasa bapa anak murid memberi tanda hormat sebanyak tiga kali melutut dan sebanyak sembilan kali tunduk hormat kepada guru berkenaan semasa Adat Berguru pada zaman dulu, apakah perasaan guru ketika itu? Tanggungjawab. Orang lain melayan kita dengan baik, adakah patut jikalau saya tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik? Ia umpama batu yang dipikul di bahu, guru hanya akan berasa lega hati setelah anak-anak muridnya mengecapi kejayaan.

Bagaimanakah perasaan guru yang berada dalam situasi ini. Sangat berwaspada seperti telur di hujung tanduk. Guru bukan sahaja berfikir untuk kepentingan anak-anak dan keluarga orang lain, malah mereka sentiasa berfikir tentang tanggungjawab dan tugasnya untuk membantu dalam perkembangan ajaran nilai-nilai murni nenek-moyang agar ajaran tersebut tidak terputus di tangannya.

Ortodoks China amat menitikberatkan pewaris ilmu daripada guru, mari kita tengok bagaimana keadaan tersebut. Guru saya, Master Chin Kung,

Page 607: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

607

semasa beliau berguru dengan Cikgu Li Bingnan di Taichung, Taiwan, pada kali pertama semasa beliau di sana, Cikgu Li telah berkata dengan guru saya, “Untuk berguru dengan saya ada tiga syarat, anda mesti mematuhinya, saya hanya akan mengajar sekiranya anda telah mematuhi kesemua syarat ini.

Pertama, anda hanya boleh dengar kata guru seorang sahaja.

Kedua, semua buku yang ingin dibaca, benda yang hendak disentuh, mesti dapatkan kebenaran guru terlebih dahulu.

Ketiga, saya tidak mengakui segala ilmu yang anda pelajari sebelum ini. Sebab guru saya sudah memberi ceramah untuk umum, bagaimana perasaan hatinya setelah mendengar syarat ketiga yang diwajibkan oleh Cikgu Li.

Mari kita meneliti ketiga-tiga syarat yang diwajibkan, janganlah kita hanya nampak syarat-syarat tersebut terlalu ketat, sebaliknya kita harus sedar akan pengaruh dan manfaatnya pada masa hadapan, maka barulah kita boleh mematuhinya dengan senang hati.

Mengapa hanya boleh dengar cakap guru seorang sahaja? Sebab sebelum kita masuk ke dalam ilmu sebenarnya yang akan dipelajari, mungkin yang dipelajari tidak mendalam dan semakin banyak yang disentuh, akhirnya ia mengelirukan diri anda. Dengan berguru seorang sahaja umpama berada di sebatang jalan sahaja, berguru dua orang umpama berada di dua jalan, jika berguru tiga orang, umpama berada di simpang tiga, jikalau mendengar cakap empat orang guru, seperti berada di simpang empat.

Rakan-rakan sekalian, cuba anda teliti, kawan-kawan kita ada juga yang sangat minat membaca, namun setelah tiga hingga lima tahun membaca, adakah anda perasan bahawa pemikirannya semakin keliru. Misalannya, beliau akan memberitahu bahawa ada seorang pengarang luar negara yang menulis sebegitu dalam karyanya, kemudian mengatakan dia telah membaca buku yang lain pula, dia tidak mengetahui inti pati etika dalam pemikiran dan ideanya. Pengkhususan amat penting dalam pengajaran dan begitu juga

Page 608: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

608

dalam pembelajaran.

Jikalau empat orang guru, menjadikan anda seperti berdiri di persimpangan jalan, malahan berlaku kekeliruan tentang ilmu yang dipelajari tiga hingga lima tahun lamanya, adakah senang untuk belajar semula? Memang tidak mudah malahan bertahun diperlukan untuk membuang pemikiran yang salah. Justeru, kita harus berhati-hati semasa memilih guru. Dalam perbincangan kita beberapa hari ini, adakah kalian perasan tentang kepentingan “Berhati-hati di setiap peringkat permulaan”? Kebijaksanaan anda akan membantu anak “Berhati-hati di setiap peringkat permulaan”, dengan kebijaksanaan yang anda miliki, barulah keputusan yang anda buat tidak akan berat sebelah semenjak permulaannya.

Apakah sebabnya guru menetapkan syarat pertama yang tidak membenarkan muridnya mendengar kata orang lain selain daripada kata seorang guru sahaja. Atas tujuan melindungi persepsi anak murid. Dengan tujuan prihatin dan mengasihi anak murid, justeru guru mengenakan syarat kedua di mana tidak boleh membaca buku yang belum mendapat kebenaran guru. Syarat tersebut untuk mengelakkan anak murid kehilangan daya fokus dan kusut fikiran, ini disebabkan daya fokus akan menghasilkan ketenangan hati, dan ketenangan hati akan membantu membuka minda dan kebijaksanaan.

Syarat kedua ialah semua buku yang hendak dibaca mesti mendapat kebenaran daripada guru, bertujuan untuk melindungi anak muridnya. Syarat ketiga, semua yang dipelajari sebelum ini tidak akan diperakui oleh guru, apakah tujuannya?

Pepatah mengatakan tin kosong paling kuat berbunyi, begitu juga dengan orang yang begitu sifatnya paling sukar menimba ilmu.Tujuan syarat itu adalah untuk membuang semua ilmu yang ada dan mula belajar dengan sifat rendah diri barulah ilmu yang bakal ditimba boleh dipelajari dengan baik. Jadi, ketiga-tiga syarat tersebut mempunyai erti tersirat yang sangat mendalam.

Guru saya pun bersetuju dengan syarat yang dikenakan dan setelah

Page 609: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

609

tiga bulan mematuhi peraturan-peraturan tersebut, beliau terasa keriangan pada jiwa dan kemudiannya memberitahu gurunya, “Cikgu, dalam tempoh tiga bulan ini, saya sudah dapat merasakan, sebab mematuhi tiga syarat itu, hati semakin tenang dan suci, ketenangan dan kesucian hati ini boleh melahirkan kebijaksanaan dan melahirkan kesedaran rohani.

Justeru, beliau pun memberitahu gurunya bahawa beliau bukan hanya akan mematuhi syarat itu selama lima tahun, malahan akan menggandakan tempoh tersebut, berapa lama tempoh itu? 10 tahun.

Apabila kita ingin mengikuti jejak tokoh-tokoh ilmuan dan suci terdahulu, kita juga harus dapat mematuhi ketiga-tiga peraturan tersebut, jangan lagi membaca buku-buku yang tidak berkenaan malah mengikuti jalan orang dulu, sebab kita yang rugi jika bertelinga tempayan.

Jika kita hendak mencari guru, belajarlah dengan baik daripada guru dengan mengikuti segala ajaran dengan hati yang tulus. Setiap ayat yang dipelajari harus dijadikan amalan diri. Misalnya Mengzi yang tidak pernah bertemu dengan Konfusius, namun begitu beliau tetap berguru dengan Konfusius secara ikhlas dan tulus. Ketulusan dan keikhlasan beliau melangkaui zaman, oleh itu beliau belajar dengan baik malah mengecapai pancapaian cemerlang di mana tokoh suci ini menerima sanjungan tinggi selepas Konfusius.

Sima Qian, seorang lagi tokoh suci telah berguru dengan Zuo Qiuming, setiap kali membaca buku “Zuo Zhuan” dengan penuh hormat, sambil itu Sima Qian telah mendalami kemahiran penulisan Zuo Qiuming dan kemudian beliau telah menghasilkan “Shi Ji”/Rekod-rekod Sejarah Agung, salah sebuah karya yang agung. Oleh itu, rakan-rakan sekalian, sama ada kita boleh belajar dengan baik daripada tokoh-tokoh suci zaman dahulu, faktor terpenting ialah meningkatkan hati yang rajin mengejar ilmu dan sikap hormat terhadap kitab-kitab suci, rakan-rakan yang baik dan insan yang memberi tunjuk-ajar dan nasihat kepada kita.

Sampai sini sahaja untuk perbincangan kelas hari ini.

Page 610: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

610

Sesi 39Tiga Intipati Utama Untuk Mengamalkan

Ajaran Falsafah Tradisi

Mari kita tengok bab seterusnya. “Belajar daripada Orang Yang Berwibawa Dan Berakhlak Mulia.” Orang yang bersikap di mana “Dia menerapkan peraturan bagi orang lain yang juga berlaku bagi dirinya sendiri. Dia membimbing orang lain untuk berprestasi seperti prestasi yang diraihnya. Orang yang berwibawa dan berakhlak mulia sentiasa bersikap bahawa “Apa yang tidak diharapkan terkena pada diri sendiri, maka janganlah diberikan kepada orang lain.”

Secara ringkas, dia seorang yang bertimbang rasa dan sentiasa berfikir dari sudut orang lain. Kita boleh menilai daripada berbagai sudut tentang seseorang yang berakhlak mulia dan berwibawa. Pertama berjiwa penyayang dan pemurah hati, merendah diri dan menunjukkan teladan yang baik.

Semasa kursus kami di Beijing, China, kebetulan guru kami ada urusan penting di Shandong, China dan setelah bergegas ke sana dengan perjalanan berjam lamanya, apabila pulang ke Beijing selepas urusan diselesaikan sudah pukul 8.00 atau 9.00 malam. Masa itu kursus yang dianjurkan selama lima hari dan Cikgu Yang terus datang ke tempat kursus di hotel tanpa berehat seketika.

Kebetulan sesetengah peserta kursus telah bertembung dengan Cikgu Yang yang baru pulang dari Shandong, Cikgu Yang pun berpesan kepada mereka supaya memberitahu kepada pihak kami tentang kekurangan yang timbul semasa kursus.

Perkara kedua ialah maklum balas daripada peserta kursus tentang kekurangan dari segi makanan dan tempat penginapan yang disediakan, ini bertujuan mengelakkan ketidaksempurnaan dari segi layanan yang disediakan untuk para peserta kursus.

Ketiga, Cikgu Yang juga berpesan kepada mereka harus banyak

Page 611: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

611

berehat kerana menghadiri kelas sangat meletihkan. Adakah anda semua terasa letih? Letih, jadi hari ini anda semua mesti banyak berehat.

Bagaimanakah sifat Cikgu Yang? Bertimbang rasa dan berfikir dari sudut orang lain. Pernah sekali semasa berada di jalanan Haikou, Pulau Hainan, kami ternampak seorang nenek tua menjaja buah-buahan, Cikgu Yang pun membawa saya membeli pisang daripada nenek tersebut dan pisang yang dipilihnya kurang segar dan sudah hampir rosak, maka timbullah “kemusykilan dalam hati”, apa patut saya buat? Saya pun bertanya, “Cikgu, kenapa cikgu pilih yang kurang baik?” Cikgu Yang pun menjawab, “Kalau tiada orang membeli yang kurang cantik ini, pisang ini akan rosak akhirnya. Sebab balik nanti kita akan makan, jadi kita harus membelinya dengan secepat mungkin.”

Pada asalnya beliau tidak berniat hendak membeli buah, tetapi atas sebab yang menjaja itu seorang nenek tua, jadi dibelinya buah itu. Satu lagi Cikgu Yang sangat menghargai makanan ini dan tidak mahu membazirkannya. Jadi, kita dapat memerhatikan sifat pengasih dan pemurah hatinya.

Seterusnya ialah tentang sifat merendah diri. Semakin bernas padi berisi semakin merunduk tangkainya. Begitu juga dengan sifat bertoleransi kepada kepelbagaian sama seperti lautan yang menerima semua aliran air sungai. Dari segi kedudukan, lautan berada di tempat paling rendah berbanding dengan sungai-sungai yang lain. Begitu juga dengan Konfusius yang telah mendidik begitu ramai anak murid sepanjang hayatnya, beliau memberitahu bahawa hujah-hujah yang disampaikannya bukan hasil ciptaannya tetapi mengulangi kata-kata orang-orang suci zaman dahulu. Dari sini kita dapat lihat betapa rendah diri sifat Konfusius.

Beliau berkata, “Kebenaran yang saya sampaikan kesemuanya peninggalan orang-orang suci seperti Maharaja Yao, Shun,Yu,Tang,Wen,Wu dan Zhou Gong. Sifat merendah diri sepadan dengan moral dan etika.

Tentang sifat merendah diri ini, saya juga menimba ilmu tentangnya semasa pengajian di Australia. Pada masa itu Pakcik Lu duduk bersebelahan dengan saya, setelah satu atau dua minggu kami duduk bersama saya

Page 612: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

612

masih tidak mengenali latar belakang beliau. Nasib baik dengan adanya pembelajaran falsafah tradisi “Anggaplah ibu atau bapa saudara kamu sebagai ibu bapa kandung kamu sendiri”, baru saya sedar kebaikan memberi salam tunduk hormat kepada Pakcik Lu. Jika tidak, terlepaslah peluang saya dan banyaklah beza kesudahannya.

Peristiwa tersebut juga memberi saya satu penghayatan yang mendalam, bagaimanakah sifat orang yang benar-benar berakhlak tinggi dan berwibawa? Sangat senang didampingi dan sangat merendahkan diri. Oleh yang demikian, setelah saya menyertai organisasi lain pada kemudian harinya, yang pasti saya tidak akan tertipu. Ini disebabkan kebanyakan pemuda seperti kami setelah mendengar seseorang berhujah dengan hebat dengan menghebohkan tentang kenalannya dari kalangan pegawai tinggi kerajaan, harta dan kekayaan yang dimiliki dan kehebatan kerjayanya. Bagaimana reaksi kebanyakan pemuda setelah mendengar hujah-hujah tersebut? Mereka pasti kagum dengan pencapaian orang itu! Maka besar kemungkinan mereka akan dibimbing ke arah yang salah.

Sifat murni ketiga ialah keteladanan diri. Mereka akan menunaikan segala yang diucapkan malahan hanya akan memberitahu orang selepas melakukannya, inilah sifat orang suci dan ilmuan, manakala budiman pula menunaikan apa yang telah dikatakannya, sementara itu orang yang bersifat penipu selalunya gagal menunaikan apa yang telah dikatakan.

Berazamlah untuk menjadi seorang yang suci dan beriman ataupun budiman dan jangan sesekali menjadi penipu, seperti kata ajaran dalam falsafah tradisi yang menyatakan bahawa “Untuk menjadi seorang yang arif dan berakhlak tinggi, ianya memerlukan masa dan lambat laun akan berjaya juga.”

Maka adalah perlu untuk kita sentiasa beringat dan mula membaiki akhlak dan moral diri. Saya pernah mengunjungi Memorial Cikgu Li Bingnan dan lawatan tersebut memberi kesan yang mendalam kerana sifat kemuliaan dirinya dapat dihayati dari pelbagai segi. Baju yang dipakai berpuluh-puluh tahun lamanya tidak pernah ditukar baru, walaupun demikian pakaian tersebut kelihatan masih bersih dan kemas, dari sini kita dapat lihat sifat

Page 613: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

613

beliau yang menyayangi benda yang dipakainya. Pakaian dalam dan sarung kaki beliau pula sudah ditampal berulang kali, sungguhpun demikian bahagian luarnya masih kelihatan sangat kemas, inilah satu sifat hormat pada barang kepunyaan sendiri. Bahagian dalam yang sudah koyak dibaiki dengan sebaiknya menunjukkan sifat menghargai barangan yang dipakai.

Ramaikah pelajar bimbingan Cikgu Li? Ramai! Banyakkah pakaian yang dihadiahkan oleh mereka? Memang banyak! Namun, semua barang tersebut diberi kepada orang lain, beliau sentiasa beringat dengan keperluan orang lain.

Cikgu Li meninggal dunia pada umur 97 tahun dan sebelum itu beliau tetap memberi ceramah pada setiap hari. Anak muridnya pun berkata dengannya, “Cikgu, anda sudah mempunyai sekian ramai anak murid, biarlah kami membantu cikgu, cikgu tidak perlu berpenat lagi.” Sebab setiap hari Cikgu Li memerlukan bantuan beberapa orang anak murid mengangkatnya ke pentas untuk memberi ceramah. Namun, Cikgu Li tetap bertegas sambil berkata, “Selagi saya masih hidup dan selagi orang ramai ingin mendengar ceramah saya, saya akan berusaha menunaikan tanggungjawab ini untuk setiap hari”.

Beginilah sifat teladan diri yang sebenar daripada Cikgu Li. Hasil karya sebuah sajak Cikgu Li menyatakan “Bara semangat tidak pernah dipendam, simpati melihat insan dalam kegelapan; semoga sinar cahaya jauh menerang, badan ini sanggup kukorbankan.”

Hati beliau sentiasa beringat untuk membantu orang ramai, kerana bersimpati melihat insan yang gagal mencari jalan keluar dari masalah kehidupan dan tiada kebijaksanaan; beliau sanggup mengorban diri untuk menerangi orang lain. Inilah semangat kesanggupan berkorban daripada Cikgu Li.

Anak muridnya, Master Chin Kung turut mewarisi cita-cita gurunya sebagai cita-cita dirinya. Walaupun guru saya, Master Chin Kung dengan usia lanjut 80 tahun, namun begitu tidak menghalang beliau untuk meneruskan usaha demi keharmonian antara agama merata tempat dan keamanan dunia.

Page 614: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

614

Pernah sekali Master Chin Kung menyebut semasa berceramah, kata beliau, “Anda semua dari kalangan muda-mudi harus bercita-cita untuk membantu orang ramai. Usia saya sudah lanjut dan masih meneruskan usaha di merata dunia. Jikalau ada sesiapa dalam kalangan muda-mudi yang sudi memberi sumbangan, berbakti untuk masyarakat, negara dan dunia ini, saya sanggup sujud dan menyembah kepadanya.” Kami sebagai anak murid beliau terasa amat malu apabila mendengar guru menyuarakan kata-kata sedemikian. Jadi kita patut menghargai kerana berpeluang menerima bimbingan daripada guru yang begitu baik.

“Cita-cita guru”, anak murid harus menjadikan cita-cita gurunya sebagai cita-cita dirinya. Sungguhpun kemampuan diri kurang baik, tetapi kita perlu juga berusaha menjadikan segala ajaran guru sebagai amalan kehidupan dan berusaha untuk membantu guru. Tidak lama kemudian, saya pun dijemput untuk memberi ceramah di Shenzhen, China. Niat baik kita akan dimakbulkan dalam kehidupan dan ia juga bergantung kepada keikhlasan diri kita untuk menjadi kenyataan. Semenjak itu selepas bulan Mac, saya telah menjelajah ke merata tempat dan sememangnya dalam masyarakat dan dunia sekarang, ada banyak perkara yang memerlukan sumbangan ikhlas daripada kita semua.

Dalam setiap keluarga, organisasi dan negara, terdapat banyak perkara harus dibuat dan tidak boleh dilengahkan lagi. Namun, apa yang perlu ada bagi menyempurnakan misi tersebut? Niat harus ada, Tuhan pasti akan makbulkan segala niat suci dan baik. Saya menikmati kegembiraan dalam batin kerana berpeluang belajar daripada mereka yang lebih tua yang menunjukkan teladan yang baik, namun saya tetap amat berwaspada kerana takut diri tidak berupaya melakukannya dengan baik dan mengecewakan semua guru dan mereka yang lebih senior.

Saya pernah tinggal selama enam bulan di Taichung, Taiwan dua tahun lepas. Pada masa itu juga Cikgu Yang telah membawa saya melawat Cikgu Xu Xingmin yang sudah hampir berumur 80 tahun. Kebetulan hari itu menjelang tahun baru dan jalan raya penuh sesak khususnya ketika kami

Page 615: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

615

melepasi pasar-pasar, oleh yang demikian kami terlewat hampir 20 minit sampai di rumah Cikgu Xu.

Baru saja kereta kami masuk ke lorang menuju ke rumah Cikgu Xu dan masih belum sampai ke hadapan rumah beliau, Cikgu Xu sudah menunggu di lorong masuk ke rumahnya sejak awal lagi, mengapa Cikgu berbuat begitu? Sebab beliau bimbang kami tidak dapat mencari rumahnya. Satu peringatan yang mendalam pada saya adalah apabila ternampak orang tua yang menunggu di sana dengan penuh hormat. Dari sini kita boleh lihat bahawa ilmu yang ada pada seseorang bukanlah apa yang diucapnya, sebaliknya apa yang dipamerkannya melalui perilakunya. Jadi, teladan harus kita amalkan .

Cikgu Yang pula sibuk dengan urusan di merata tempat di China, kadang-kadang bila turun dari kapal terbang sudah pukul 11.00 malam, tanpa berehat beliau terus ke pejabat untuk tugasan sehingga pukul 3.00 pagi. Pernah sekali beliau sudah demam panas tetapi terus bekerja tanpa berehat pun, akibatnya setelah kerja sampai pukul 4 pagi, demamnya sudah hilang? Apakah yang mengubatinya? Semangat dan keikhlasan untuk mengembangkan ajaran murni orang-orang suci dan beriman membantu menyembuhkannya dari demam. Teladan-teladan daripada guru-guru telah saya dipelajari dan ingati.

Saya juga amat menghargai peluang untuk berdampingan dengan mereka yang berakhlak mulia dan berwibawa. Kebelakangan ini peluang bertemu dengan Pakcik Lu agak kurang, oleh itu setiap kali saya pulang ke Taiwan, saya pasti merebut peluang untuk menziarahi beliau dan saya dapati bahawa tidak kurang juga tempoh bercakap Pakcik Lu berbanding dengan saya. Kadang-kadang sudah lewat malam.

Pakcik Lu masih berbual dengan beberapa orang muda-mudi, biarpun suaranya sudah serak, beliau tetap bersemangat memberi bimbingan dan nasihat tanpa mengenal penat-lelah. Memang benar bahawa orang yang berakhlak mulia dan berwibawa, insan yang sentiasa mempamerkan teladan diri.

Page 616: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

616

Dari sini kita boleh mentafsirkan bahawa orang sedemikian merupakan contoh yang baik untuk kita pelajari. Mari kita baca bersama ayat falsafah tradisi yang seterusnya :

“Walaupun kita semua sesama manusia tetapi tidak sama di antara kita. Kebanyakan kita ialah manusia biasa, hanya segelintir antara kita sahaja yang mempunyai kewibawaan dan berakhlak tinggi. Seseorang yang berwibawa amatlah disegani, ia tidak takut untuk berkata benar dan ia tidak akan memperkecilkan orang lain. Sekiranya kita mendampingi dan mempelajari daripada orang yang sebegini, kita akan banyak mendapat manfaatnya. Kebijaksanaan kita akan berkembang setiap hari dan keburukan kita akan beransur hilang. Sekiranya kita menjauhi diri daripada mereka kita akan kerugian, orang yang buruk kelakuan akan mendampingi kita dan tidaklah kita dapat mencapai keuntungan dalam apa-apa bidang sekali pun.”

Mari kita tengok ayat pertama dalam bab ini, “Walaupun kita semua sesama manusia tetapi tidak sama di antara kita. Kebanyakan kita ialah manusia biasa, hanya segelintir antara kita sahaja yang mempunyai kewibawaan dan berakhlak tinggi.”

Rakan-rakan sekalian, bolehkah anda merasai kata-kata ini pada masa ini? Memang! Apakah puncanya hanya segelintir antara kita sahaja yang mempunyai kewibawaan dan berakhlak tinggi? Sebab pendidikan dan ajaran daripada orang-orang suci dan beriman sudah diketepikan sehingga menyebabkan orang tidak tahu membezakan antara yang betul dengan yang salah, apa yang baik dan apa yang jahat. Jadi, siapakah yang patut dipersalahkah? Usah cari siapa yang bersalah lagi, sebab generasi sebelum kita juga tidak mempelajarinya dan tidak patut kita mempersalahkan mereka. Walaupun mereka juga ada membuat salah dan tidak tahu-menahu tentang akhlak.

Jadi, pembelajaran ajaran murni dan suci falsafah tradisi ini harus dikembangkan bermula dari diri kita, maka sinarnya akan terus menerangi dunia ini. Ditambah pula dengan pengaruh negatif dari luar yang semakin serius, akibatnya semuanya dihanyutkan oleh arus budaya yang tidak baik kerana masing-masing langsung tidak mempunyai asas pendidikan moral.

Page 617: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

617

Apa yang patut dilakukan sekarang ialah jangan kita tengok siapa manusia biasa, sebaliknya diri sendiri harus berdiri tegap bagi mempastikan diri tidak terpengaruh dan dibawa oleh arus yang merosakkan.

Lepas itu barulah kita boleh menarik balik dan memegang orang lain. Setelah kemampuan diri kita semakin meningkat, maka bolehlah kita mempengaruhi orang lain dan seterusnya berkembang dan digunakan untuk pentadbiran keluarga, negara ataupun dunia. Kita harus berkeyakinan bahawa setelah falsafah tradisi berjaya disemaikan dalam jiwa dan diamalkan dengan baik, orang ini tidak akan dihanyutkan arus, malah akhlak dirinya akan berkembang dan diikuti dari seorang dalam sesebuah keluarga, kemudian dibawa kepada sesebuah organisasi malahan sesebuah syarikat. Keyakinan sedemikian memang perlu.

Apabila kami mengajar sampai ke bab ini, kami akan memberitahu anak murid bahawa walaupun anda tidak membuang sampah merata tempat sekarang, namun tetap ada orang lain yang akan membuang sampah sesuka hati, jadi kita harus memberitahu, mereka harus menjadi contoh setelah mempelajari falsafah tradisi, kita boleh menjadi “role model” untuk dipelajari dan diikuti oleh orang lain.

Di samping itu, anak-anak murid ini juga diberitahu bahawa jangan 5+2 = 0. Mengapa menjadi kosong? Ini soalan matematik yang sangat biasa, adakah jawapan anda betul? 5+2 = 0 malahan kadang-kadang jawapannya kurang daripada kosong. Maksudnya setelah lima hari menerima bimbingan dari sekolah, Sabtu dan Ahad pula pulang ke rumah, dan semasa di rumah puas menonton televisyen sampai larut malam, keesokan hari bangun waktu tengah hari, jadi adakah kemajuan pada masa dua hari itu? Kebanyakannya sudah mundur, malah kurang daripada kosong.

Bagaimanakah reaksi mereka setelah mendengar kata kami? Ketawa terbahak-bahak. Selepas habis ketawa, kami memberitahu mereka tidak akan bersikap sedemikian, apabila pulang ke rumah nanti kita harus menjadi contoh teladan untuk budak yang lain, malahan menjadi teladan untuk ibu bapa.

Page 618: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

618

Anak-anak murid ini tidak mengecewakan kami, mereka tetap bangun pada pukul 6:30 pagi semasa pulang ke rumah, 7:30 pagi mula membaca buku “Dizigui”,Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup. Pernah sekali sebab ibunya takut dia tidak cukup tidur, jadi ibu tidak membangunkannya. Apabila dia bangun sendiri dan tengok jam sudah lepas 7 pagi, dia terus menangis dengan kuat.

Ini semua disebabkan sudah menjadi amalannya , tangisan itu bukan semata-mata atas sebab tidak sempat membaca “Di Zi Gui” , apakah sebabnya? Sebab dia tidak mendengar kata guru, sebab mereka sangat menghormati guru. Jadi kita menyedari bahawa memang sukar untuk mencari orang yang berwibawa dan berakhlak tinggi pada zaman sekarang. Oleh yang demikian kita harus sentiasa memberi galakan kepada diri sendiri untuk meningkatkan pencapaian diri.

“Seseorang yang berwibawa amatlah disegani, ia tidak takut untuk berkata benar dan ia tidak akan memperkecilkan orang lain.” Dalam buku “Lunyu”, anak murid Konfusius menyatakan bahawa Konfusius seorang insan yang orang lain akan terasa martabat dan keagungan beliau walaupun dipandang dari jauh, dan akan lahir perasaan hormat terhadapnya.

Namun begitu, apabila betul-betul mendekati guru untuk berbincang ilmu bersamanya, terasa pula guru begitu ramah mesra dan baik sekali. Sebab Konfusius seorang insan yang berakhlak tinggi dan bersifat penyayang, beliau sentiasa berfikir untuk orang lain dan kata-kata yang disampaikan juga bertujuan membantu membuka minda orang lain, “Seseorang yang berwibawa amatlah disegani, ia tidak takut untuk berkata benar dan ia tidak akan memperkecilkan orang lain.” Orang yang berwibawa dan berakhlak tinggi tidak mengejar kemasyhuran dan keuntungan, mereka berani bercakap benar demi membantu dan membimbing orang lain. Mereka juga tidak akan bersikap mengampu dan mencari untung.

Seterusnya “Sekiranya kita mendampingi dan mempelajari daipada orang yang sebegini, kita akan banyak mendapat manfaatnya. Kebijaksanaan kita akan berkembang setiap hari dan keburukan kita akan beransur hilang.” Berapa lama kita mendampingi orang yang berwibawa dan berakhlak? Satu

Page 619: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

619

bulan atau pun dua bulan sekali? Seharusnya setiap minit dan setiap saat.

Bagaimana untuk mendampingi mereka pada setiap minit dan setiap saat? Bolehkah buku “Di Zi Gui”/ “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” dibawa sambil berjalan? Bagaimana caranya? Mengamalkan ajaran falsafah tradisi dalam kehidupan harian, semua ajaran akan disimpan dalam hati setelah dibaca dengan masak. “Pemimpin dan pemerintah, ibu bapa dan guru ialah rumusan intipati petua kebudayaan China yang memudahkan kita sentiasa ingat kepada ajaran falsafah tradisi orang-orang suci dahulu. Akhlak mulia sejagat ketiga-tiga peranan tersebut diamalkan untuk meningkatkan amalan tatasusila diri, mentadbir keluarga dan khidmat bakti untuk masyarakat.

Orang China amat menghormati pemimpin, ibu bapa dan guru mereka. Selain peranan tersebut, ia juga mempunyai maksud hakikinya yang sentiasa mengingati diri agar ketiga-tiga peranan tersebut harus dilaksanakan dengan baik, barulah diri kita tidak terpesong daripada ajaran suci falsafah tradisi. Mungkin ada orang akan berkata, “Saya bukan taukeh besar korporat, macam mana hendak memainkan peranan pemimpin? Peranan pemimpin di sini merujuk kepada sifat teladan daripada ketua-ketua bahagian, kepimpinan melalui teladan, inilah bimbingan dan pengajaran melalui teladan. Seterusnya ialah peranan ibu bapa, di sini merujuk kepada layanan yang diberi, kasih sayang dan keprihatinan yang diberikan umpama ahli keluarga sendiri.

Akhir sekali peranan guru, di sini merujuk kepada pengajaran dan bimbingan diberi berlandaskan karakter dan perangai seseorang, pengajaran di sini berasaskan tutur kata dan guru harus pandai mencari dan merebut peluang yang bersesuaian untuk memberi bimbingan. Ketiga-tiga peranan tersebut pasti boleh menyelesaikan semua masalah yang wujud antara ahli dalam keluarga dan masyarakat.

Apabila masalah antara individu boleh diselesaikan, maka bolehkah masalah antara perseorangan dengan masyarakat diselesaikan? Sesebuah masyarakat merupakan gabungan kelompok individu, jadi apabila anda sudah menguasai sikap betul untuk melayani orang lain, nescaya masalah

Page 620: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

620

antara individu dengan masyarakat boleh diselesaikan.

Sepatutnya manusia dan alam semula jadi dapat hidup bersama secara aman dan harmoni. Mengzi memberitahu kita bahawa “Orang yang menyayangi ibu bapa juga akan bersifat penyayang dan prihatin terhadap orang lain.”

“Seterusnya sifat penyayang dan keprihatinan itu akan dilanjutkan dengan sifat menghormati semua benda di alam ini. Apabila perhubungan sesama manusia diurus dengan baik, nescaya dunia ini akan aman dan damai. Jika kita sentiasa mengingatkan diri kita tentang pembawaan dan peranan pemimpin, ibu bapa dan guru dalam perhubungan harian dengan orang lain, yang pasti ia membantu kita mengecapi peningkatan akhlak dan moral serta tatasusila diri dengan pantas.

Namun, kita sering mendengar ibu bapa mengadu bahawa sukar untuk mendidik anak, guru pula mengatakan bahawa sukar hendak mengajar anak murid sekarang, taukeh pula mengadu pekerja sukar dibimbing. Kesemua ini merupakan kesan.Apakah faktornya? Satu petua untuk pembelajaran ajaran Konfusius, iaitu “Sentiasa mencermin diri dan insaf apabila berhadapan dengan segala perkara yang tidak baik ataupun salah laku.”

Dalam Buku “Zhong Yong”, Konfusius menyatakan bahawa memanah umpama keimanan seseorang budiman. Apabila anak panah dilepaskan tetapi tidak terkena sasarannya, siapakah yang patut dipersalahkan? Salahkan kemahiran diri yang lemah. Tetapi lain pula orang zaman sekarang, jika anak panah tersasar, dengan serta-merta dia akan mengadu kualiti anak panah kurang baik dan mempersoalkan keluaran kilang anak panah itu. Masing-masing mengadu sebelum menjumpai punca masalah, kemudian terus mengadu anak murid sukar diajar, pekerja susah dibimbing. Tiada seorang pun yang mencermin kesalahan diri.

Mengapakah ibu bapa terasa anak-anak mereka sukar diajar? Ya, peranan sebagai pemimpin, ibu bapa dan guru tidak diamal dalam kehidupan. Adakah ibu bapa sekarang memberi teladan yang baik kepada anak? Mungkin mereka mengajar anak harus mengamalkan ajaran“Di Zi

Page 621: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

621

Gui”, mesti taat dan sayang ibu bapa. Tetapi sikap diri pula kurang baik semasa bercakap dengan ibu bapa, jadi apakah yang diteladani oleh anak-anaknya. Saya masih ingat tentang satu kisah benar di mana ada suatu tempat mempunyai satu adat yang tidak baik, iaitu apabila ibu bapa sudah tua pada satu tahap yang tertentu, si anak akan menggendong ibu bapa ke atas bukit dan kemudiannya pulang ke rumah sendiri begitu sahaja.

Si cucu asyik menasihati ayahnya agar jangan membawa datuknya ke bukit kerana tidak sampai hati. Tetapi nasihat itu tidak diterima oleh ayahnya dan semasa mereka bersedia untuk pulang setelah meninggalkan orang tua di atas bukit, cucu tadi ambil balik bakul rotan yang digunakan untuk menggendong datuknya. Ayahnya pun berkata, “Bakul itu biarkan di situ sahaja, kenapa dikutip balik?”

Si anak pun memberitahu ayahnya, “Saya hendak bawa pulang, ada gunanya bila hendak menggengdong ayah ke bukit kelak.” Adakah anak ini bijaksana? Ya. Dia telah menyedarkan ayahnya akan ketaatan dengan cara yang bersesuaian, dia juga mempertimbangkan apa yang bakal berlaku pada anaknya jikalau dirinya juga derhaka kepada ibu bapa? Anak belajar dari apa yang dibuat oleh bapa.

Oleh yang demikian, sekiranya ibu bapa tidak memberi teladan yang baik, maka bapa borek anak rintik. Setelah sekian ramai orang yang saya dipertemukan, semakin terasa akan benarnya pendidikan keluarga dan ia bukan sesuatu yang boleh direka-reka.

Lantaran itu, terlebih dahulu ibu bapa harus mempertimbangkan sama ada peranan sebagai pemimpin yang dimainkannya dilakukan dengan baik atau tidak? Seterusnya, ibu bapa pasti akan memberitahu bahawa peranan sebagai ibu bapa memang ada dilaksanakan, peranan ini merujuk kepada kasih sayang kepada anak, jadi setiap hari mereka yang bergelar ibu bapa berusaha dan rajin bekerja untuk memberi wang perbelanjaan kepada anak, adakah ini namanya sayang kepada anak?

Jikalau kasih sayang yang diberi tidak dengan kebijaksanaan, sayang itu cukup untuk membinasakan anak, apa jadinya jika anak menjadi jahat

Page 622: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

622

kerana terlalu dimanjakan! Kata pepatah loghat Hokkien yang menyatakan “Binatang yang dimanjakan tuannya akan menyelongkar dapur dengan sesuka hati; Anak yang dimanjakan ibu bapa akan menjadi tidak taat kepada orang tuanya; Si isteri yang dimanjakan suami akan menghuru-harakan keluarga; Si suami yang dimanjakan isteri, si isteri akan menangis tersedu di tengah malam; Anak perempuan yang dimanja akan sukar masuk pintu orang.” Inilah intipati ajaran peninggalan nenek moyang yang penuh dengan hikmah dan memberi peringatan yang sangat membina untuk kehidupan kita.

Mari kita lihat “Binatang yang dimanjakan tuannya akan menyelongkarkan dapur sesuka hati.” Memang munasabah kata-kata ini, misalnya orang zaman sekarang yang memelihara anjing, binatang peliharaan ini tidak diajar dengan baik dan mereka berani naik ke katil tuannya. Anjing itu buat tidak endah apabila disuruh turun dari katil. Sebab dia tahu had garis tuannya, anjing pun sudah pandai mengetahui had garis anda, bagaimana dengan orang? Justeru itu, ibu bapa harus berprinsip tegas dalam pendidikan anak, seandainya tidak, anak akan tahu reaksi anda yang seterusnya. Jadi, janganlah manjakan binatang peliharaan, lebih-lebih lagi jangan manjakan anak-anak . Anak yang terlalu dimanja akan menjadi anak yang derhaka dan tidak taat kepada ibu bapa.

Pernah ada seorang kawan menceritakan kepada saya bahawa ada sepasang suami isteri, mereka mempunyai enam orang anak lelaki? Gembira bukan dengan kesemuanya anak lelaki? Mereka membeli enam buah rumah dan diberi kepada setiap anak sebuah rumah dan masing-masing pun berkeluarga.

Adakah ibu bapa sebegini baik dan hebat dengan mengaturkan segala-galanya untuk anak-anaknya? Bagaimanakah kesudahan kedua-dua orang tua ini? Tiada tempat menginap. Adakah ini yang dikatakan sayang akan anak? Itu cara membinasakan anak. Semua dirancang dan dibuat untuk mereka sejak kecil hingga dewasa, justeru itu mereka akan menunjukkan satu sikap bahawa memang patut ibu bapa membuat untuk saya dan membantu saya. Akhirnya, anak sulungnya dikira masih ada sedikit hati nurani pun membina sebuah rumah papan kecil bersebelahan kandang binatang untuk

Page 623: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

623

tempat tinggal pasangan suami isteri tersebut. Jiran-jiran bersebelahan sudah tidak tahan dengan sikap anak-anak mereka lalu memberitahu ibu bapa tadi agar membuat dakwaan terhadap anak di mahkamah. Mahukah hal keluarga dibawa ke mahkamah ? Apabila hal keluarga dibawa ke mahkamah, persengketaan yang tercetus tidak menguntungkan kedua-dua belah pihak akhirnya.” Jikalau ibu bapa itu sudah memenangi kes dan keenam-enam anak diwajibkan membela mereka secara purata dua bulan bagi setiap anak, bagaimana pula kesudahannya cara pembelaan yang begini. Mungkin nasi yang diberi oleh menantu dengan cara membuang kepadanya sambil menggesanya cepat makan sedangkan mereka masih boleh hidup 10-20 tahun selepas bersara.

Akibatnya setelah dibela bergilir-gilir oleh enam orang anak itu, mereka hanya mampu hidup tiga tahun sahaja kemudian didapati menghidap penyakit kanser pula. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya! Jadi, pendidikan anak harus berlandaskan nilai akhlak dan moral, inilah cara kasih sayang terhadap mereka yang sebenar-benarnya.

Seterusnya, mari kita lihat “Anak yang dimanjakan ibu bapa akan menjadi tidak taat orang tuanya; Si isteri yang dimanjakan suami akan menghuru-harakan keluarga.” Isteri juga tidak boleh dimanja, sebab isteri yang biasa dimanja suami, akan pandai meragam dan menggunakan cara yang tidak munasabah untuk memaksa suami mengikut kehendaknya misalnya menangis, bising dan mengugut akan gantung diri.

Mungkin anda sedang bekerja di pejabat, tiba-tiba telefon berdering dan anda mula bimbang apa sudah terjadi dengan isteri? Akibatnya semua menjadi kelam-kabut tidak kira kerjaya mahupun rumahtangga anda.

Oleh yang demikian, wanita yang macam mana sesuai diperisterikan? Yang bertatasusila, berbudi-bahasa dan beretika. Adakah lelaki zaman sekarang tahu tentang ini? Tidak. Jangan mempersalahkan mereka sebab mereka tidak pernah mempelajari “Kitab Sajak”, salah sebuah buku yang amat penting dari China, di mana bab pertama buku ini membincangkan topik tentang burung “Guanju” dan gadis yang lembut dan anggun.

Page 624: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

624

Mengapakah topik tersebut diletakkan dalam bab pertama? Sebab dalam 5 jenis perhubungan utama dalam ajaran Konfusius, perhubungan suami isteri paling penting . Mengapa pula digunakan burung sebagai kiasannya?

Semuanya mengandungi ilmu yang mendalam. Saya pernah bertanyakan anak murid perempuan tentang definisi gadis lembut dan anggun. Jawapan diberinya ialah wanita dengan potongan badan yang baik dan langsing. Saya memberitahu bahawa jawapan yang diberikan jauh daripada tafsiran orang-orang suci dahulu. Kita juga tidak boleh menyalahkannya kerana sekarang ini di luar sana luas terpampang dengan iklan untuk melangsingkan badan dengan memberi gambaran yang salah bahawa gadis yang lembut dan anggun merujuk kepada gadis yang berbadan langsing. Sebenarnya gadis yang lembut dan anggun merujuk kepada gadis baik yang bersopan-santun, bertatasusila, berbudi-bahasa dan beretika serta hati baik.

Mengapa pula burung “Guanju” dimasukkan dalam bab pertama? Ini disebabkan setelah dipertemukan dengan pasangan hidupnya, spesis burung ini tidak akan menukar pasangan hidup sepanjang hayatnya. Manusia ini sangat pentingkan air muka dan jika anda menegurnya kenapa isterinya diketepikan, mungkin kita dimarahinya kerana sibuk jaga tepi kainnya. Betul tak? Lain pula halnya apabila kita memberitahunya tentang sajak yang menggunakan burung Guanju sebagai kiasan yang enggan menukar pasangan hidupnya, adakah patut kita tidak bersifat baik seperti burung itu sedangkan kita ini bergelar manusia?

Dengan cara ini, jikalau dia tahu rasa malu, dia tidak berani bertindak melampau; sebaliknya jikalau tiada rasa segan , dia akan bermusuhan dengan anda. Jadi, nama-nama binatang yang digunakan dalam buku “Shi Jing” adalah sebagai kiasan, untuk menyedarkan nurani dan sifat baik seseorang.

Dalam sajak juga menyatakan sayur Nymphoides Peltatum yang dimasak untuk upacara sembahyang nenek-moyang. Jadi, siapakah akan yang pergi memetik sayur itu? Menantu perempuan. Ini amat bermakna sekali, ia menandakan menantu yang memetik sayur tersebut dan masak untuk jamuan dan pastinya roh-roh mereka akan tenang kerana keluarga berkenaan mempunyai menantu yang baik, sebab dengan adanya menantu

Page 625: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

625

yang baik keluarga tersebut akan maju berkembang tiga generasi lamanya.

Beristeri atau bersuami amat penting sekali dan oleh sebab ini, protokol dalam majlis perkahwinan sangat dititikberatkan dalam masyarakat China. Janganlah manjakan suami atau isteri, jika suami sudah dimanjakan, dia akan suka merayau di luar, anda pula menunggu dan menangis seorang diri di rumah, keadaan begini memang tidak baik.

Bagaimana pula dengan anak perempuan? Juga tidak boleh dimanja. Anak perempuan yang biasa dimanja, apabila dia sudah berumahtangga nanti, keluarga suaminya akan menjadi huru-hara akibat sifat manjanya. Oleh itu, didikan dan bimbingan terhadap anak perempuan ialah satu perkara yang serius.

Ramai pemudi zaman sekarang bersifat panas baran selepas berkahwin, kerap naik angin dan kemudiannya merajuk dan balik ke rumah ibunya. Apabila sampai di rumah ibunya, ibu bapa pula berkata dengannya, “Balik sini, ibu dan ayah sokong awak.”

Adakah perkara begini berlaku? Adakah ini perbuatan menyayangi anak? Tidak. Dalam hidup ini, anak perempuan akan menjadi isteri dan menantu orang serta bergelar ibu, mereka harus belajar dan tahu bersabar. Jikalau setiap kali berhadapan dengan dugaan kehidupan, dia memilih untuk mengelak diri, maka yang pasti dia tidak mungkin dapat mempelajari semua ilmu tersebut.

Saya masih ingat semasa kecil, datuk dan nenek (sebelah ibu) datang ke rumah kami dan mereka memang jarang datang sehingga boleh dikira dengan 10 jari berapa kali mereka datang berkunjung ke rumah kami.

Setiap kali nenek datang ke rumah kami, saya nampak dia memegang tangan opah sambil berjalan dan berbual-bual. “Anak perempuan saya ini tidak pandai bermulut manis, agak lembap sikit, anak perempuan saya ini banyak kelemahannya.” Nenek pun memberitahu opah satu demi satu tentang semua kelemahan ibu.

Page 626: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

626

Apabila kedua orang tua itu sudah duduk, opah pun berkata, “Menantu ini sangat baik!” sambil itu menyatakan kelebihan ibu. Saya yang berada di sisi terasa hairan dibuatnya kerana tidak faham maksud mereka. Sekarang saya sudah faham. Biar kita sendiri yang menyatakan kelemahan ahli keluarga sendiri dan biar ibu mertua yang menyuarakan tentang kebaikan anak menantu perempuannya. Segala ilmu boleh diperoleh melalui pengalaman yang dilalui dan semuanya boleh dipelajari daripada orang tua yang sudah banyak berpengalaman dalam kehidupan. Oleh itu, generasi muda harus menitikberatkan etika, mesti menghormati orang tua-tua agar tidak rugi dalam kehidupan kita.

Selain itu, cara ibu bapa menyayangi anak juga harus betul, barulah itu dikatakan peranan ibu bapa dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Seterusnya ialah peranan sebagai guru. Kita mesti menghargai setiap peluang yang ada apabila bimbingan dan didikan mesti diberikan kepada anak.

Sesetengah ibu bapa kurang sensitivitinya dari segi pendidikan untuk anak, anak tidak diasuh dan tidak dibimbing dengan betul, lama-kelamaan kekallah tabiat buruk si anak itu dan ia sudah terlewat apabila ingin membetulkannya.

Mengapakah ibu bapa gagal mendidik anak dengan baik? Kerana mereka jarang sekali mencerminkan diri dari segi peranan pemimpin, sebagai ibu bapa dan sebagai guru. Mengapa pula pemimpin gagal membimbing orang bawahannya? Mungkin apa yang ada pada dirinya sekadar gelaran sebagai Pengurus, Pengurus Besar sahaja, sebaliknya tidak memberi teladan yang baik, justeru adakah orang di bawahnya akan berpuashati dan kagum terhadapnya? Memang sukar sekali.

Lagi, selain daripada peranan sebagai pengurus, adakah dia melayan pekerjanya seperti sanak-saudaranya? Bagaimanakah suasana tempat kerja jikalau pekerja tidak dilayan baik seperti sanak-saudara sendiri? Suasana tempat kerja tidak baik, sebab setiap hari mereka pergi bekerja seperti robot sahaja. Jadi, bagi mereka yang menjadi pemimpin atau ketua bahagian. Bawalah serba sedikit buah tangan barangan tempatan untuk diperkongsikan dengan pekerja selepas pulang dari melancong. Dari sini mereka akan terasa

Page 627: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

627

keprihatinan ketua bahagian terhadap mereka.

Peranan sebagai ibu bapa dilaksana dengan baik apabila suasana pejabat diuruskan seperti keluarga sendiri. Dari segi peranan guru pula, bagi pekerja yang baru masuk kerja kebiasaanya banyak yang dia tidak tahu, jadi mereka memerlukan bimbingan dan didikan yang serba-serbi daripada pemimpin atau ketua bahagiannya. Saya yakin pasti lahir perasaan kagum dan percaya serta hormatnya terhadap anda.

Akhir sekali, guru yang mendidik anak murid juga harus memberi teladan yang baik, inilah peranan sebagai pemimpin yang harus dilakukan; Melayani anak murid seperti anak sendiri, ini peranan sebagai “ibu bapa”. Dari segi bimbingan dan didikan kepada anak murid diberikan dengan sepenuh hati, dengan ini peranan “guru” dilaksanakan.

Apabila peranan pemimpin, ibu bapa dan guru sudah dilaksanakan, sudah pasti anak murid dapat diajar dengan baik, pekerja boleh dipimpin dengan baik dan anak sendiri dapat diasuh dengan baik. Semakin kerap kita mencermin diri dengan ketiga-tiga peranan tersebut, semakin meningkatlah tahap moral dan akhlak diri kita.

Baiklah, perbincangan kita untuk sesi kelas ini ditamatkan di sini. Terima kasih!

Page 628: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

628

Sesi 40Untuk Menjadi Teladan Baik Di Kalangan Umum,

Fahamilah Ajaran Falsafah Tradisi Dan Amalkannya Dalam Kehidupan.

Apa khabar rakan-rakan sekalian? Kita telah mempelajari “Sekiranya kita mendampingi dan belajar daripada orang yang berilmu, kita akan memperoleh banyak manfaat. Kebijaksanaan kita akan bertambah pada setiap hari dan keburukan kita akan beransur hilang”.

Perkataan “mendampingi dan mempelajari” bermakna pada bila-bila masa, pada setiap detik dan saat, apa yang terpenting ialah mengingati ajaran orang tua, walaupun ketika tidur.

Sentiasa meingatkan diri, sebagai seorang pemimpin, ibu bapa atau guru, kebijaksanaan kita akan berkembang setiap hari dan keburukan kita akan beransur hilang. Akhirnya, hubungan antara satu dengan yang lain akan menjadi mesra dan harmoni.

Kita pernah mengatakan bahawa, sebagai seorang pemimpin, ibu bapa atau guru kita boleh memainkan peranan masing-masing, supaya pekerja, anak atau murid akan diladeni (dilayan) dengan baik.

Bolehkah antara pekerja di sebuah syarikat memainkan peranan sebagai seorang pemimpin, ibu bapa atau guru? Boleh. Dalam kalangan rakan sekerja, kita mematuhi undang-undang syarikat dan menjadi teladan kepada semua orang. Itulah ciri-ciri seorang pemimpin.

Seterusnya rakan sekerja akan mengambil berat dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Kita juga tidak kedekut berkongsi makanan yang enak kerana semuanya dianggap sebagai ibu bapa dan ahli keluarga sendiri.

Bagi kita sebagai seorang guru yang berpengalaman, kita akan mengajar anak-anak dengan hati yang ikhlas.

Sehubungan dengan itu, jalinan hubungan yang mesra dan rapat

Page 629: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

629

dengan rakan sekerja wajar diamalkan oleh seorang pemimpin, ibu bapa atau guru. Ibu bapa juga boleh bertindak sebagai seorang pemimpin atau guru. Kata bijak pandai, perkara dalam hidup ini tidak terhad kepada satu aspek sahaja. Oleh itu, Konfusius telah memberi amaran supaya berhati-hati apabila mendapat sesuatu pada usia tua. Orang tua yang tidak mempelajari ajaran orang bijaksana, kadang-kadang mereka berasa tamak dan takut kehilangan apa yang mereka miliki.

Jadi, anaklah yang patut menunjukkan cara yang betul kepada ibu bapa, menasihati ibu bapa supaya melepaskan kedegilan agar hati ibu bapa menjadi lega. Kehidupan yang baik untuk orang tua bergantung kepada hatinya yang mulia.

Jika kita sebagai ibu bapa hendak menjadi guru, bertindaklah sebagai pemimpin dan menjadi teladan yang baik. Jika tidak, orang lain akan sukar menerima nasihat.

Kita mesti menaruh taat setia kepada ibu bapa dengan sepenuh hati. Kesannya tahap kepercayaan terhadap kita pun semakin meningkat. Oleh itu, apabila ibu bapa sudah mempercayai anda, kata-kata siapakah yang akan mereka dengar?

Jadi, sebagai seorang guru anda boleh memberikan mereka bimbingan dan kesedaran yang tepat pada masanya. Penggunaan konsep sebagai pemimpin, ibu bapa dan guru untuk membetulkan sikap,tutur kata dan hati, adalah sangat dekat dengan ajaran orang bijaksana. Tegasnya kebijaksanaan akan berkembang setiap hari dan keburukan kita akan beransur hilang.

Seterusnya kita telah mempelajari “Sekiranya kita menjauhi diri daripada mereka yang budiman kita akan kerugian, orang yang buruk kelakuan akan mendampingi kita dan tidaklah kita dapat mencapai keuntungan dalam apa-apa bidang sekali pun”.

Kata orang mendekati warna merah akan menjadi merah, mendekati warna hitam akan jadi hitam, jika kita tidak mendekati orang budiman, sebaliknya kita mendekati orang yang jahat, kita senang dipengaruhi oleh

Page 630: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

630

mereka.Maka suasana amatlah penting.

Rakan-rakan sekalian, adakah anak anda tahu memilih kawan-kawan? Kita pernah bercerita pada pelajar sekolah menengah, tentang tiga orang kawan yang pergi belayar, menghadapi ombak besar lalu kapal itu tenggelam. Mujurlah ketiga-tiga sahabat itu tidak mati lemas. Dengan kuasa Tuhan, mereka hanyut hingga terdampar di sebuah pulau berpadang pasir bersama-sama. Kononnya mereka mendapat lampu ajaib. Sejurus mereka menggosok lampu tersebut lalu keluarlah jin suruhan. Dia berkata; “Tuan, saya boleh menunaikan tiga permintaan, tetapi kerana tuan bertiga, seorang hanya mendapat satu impian sahaja”.

Kebetulan orang yang pertama, seorang pemandu teksi, sebelum hanyut dulu dia bekerja keras dari pagi sampai malam. Hasratnya ialah ingin memiliki beberapa buah teksi untuk disewa kepada orang lain, dia yang jadi bos. Jin suruhan berkata: Setuju, perkara mudah.

Orang yang kedua pula, dulu seorang pekerja di pasar raya, bekerja keras ikut syif sampai tengah malam. Hasratnya adalah ingin menjadi bos dan memiliki sebuah kedai serbaneka. Jin suruhan juga berkata: Setuju, perkara senang.

Sampai pada orang yang ketiga, seorang yang tidak bercita-cita tinggi, cukuplah kalau dapat markah 60%. Dia berfikir: pulau ini menarik juga, jika tinggal keseorangan tentu terasa sangat sepi. Dia meminta pada jin suruhan supaya kedua-dua orang kawannya tidak meninggalkannya di pulau itu. Dengar atau tidak dua suara tangisan yang sangat kecewa kerana tidak berjaya keluar dari pulau tersebut?

Kanak-kanak pun boleh ketawa dengan kuat apabila mendengar cerita itu. Lalu saya pun bertanya: Adakah kamu mempunyai kawan yang seperti itu yang melibatkan anda dalam perkara-perkara yang tidak baik. Murid-murid itu dengan perasaan tanda tanya memandang ke kiri dan ke kanan. Adakah anda mempunyai keupayaan untuk menentukan kawan buruk atau kawan yang baik? Mereka semua diam sahaja. Jika anda ingin memiliki keupayaan ini, patutlah belajar “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan

Page 631: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

631

Hidup”.

Falsafah ini seperti cermin ajaib, mengandungi ajaran yang mulia. Jika kita boleh melaksanakan sebanyak 30-40% ajaran falsafah ini kita boleh meneliti dan memilih sama ada kawan yang baik atau yang buruk. Dalam buku Moto Hidup Cikgu Zhu Bolu menyatakan bahawa “Kita akan terjejas menurut kelakuan buruk kawan”.

Jika kita masih belum punya kekuatan untuk konsisten berkelakuan baik, tetapi mempunyai rakan yang bersikap negatif kita tidak boleh memarahinya, malahan kita masih perlu menghormati mereka walaupun terpaksa menjauhkan diri. Kita pernah belajar, “Menyebarkan keburukan orang lain adalah satu kesalahan” dan “Apabila keganasan sudah sampai ke tahap keterlaluan, bencana akan menyusul”. Sebelum pencapaian dalam kelakuan baik kita belum mencukupi atau belum pada tahap tinggi, hormat pada kawan yang buruk tetapi jauhi mereka. Penjahat luaran senang dihalang, bagaimana dengan penjahat dalam hati? Sangat sukar dihalang. Oleh itu, kita mesti berazam untuk meningkatkan kelakuan baik kerana “Kita tidak menganggap musuh kita sebagai bapa”.

Siapakah musuh kita? Adakah ia mempunyai pengaruh yang kuat? Kita tidak mahu menjadi seorang yang pemarah, kita tidak mahu menjadi orang yang tamak, tapi perasaan itu datang juga. Saya selalu bercakap dengan kawan-kawan, kita ini membawa satu beg sampah yang sangat busuk melebihi 10 tahun. Tiba-tiba ada seorang yang baru kita temui bercakap dengan kita mengatakan sampah itu tidak berguna pada kita, betulkah? Nampaknya, kita yang membawa sampah. Maka, “Apa yang paling penting ialah awasi hati kita”. Perhatikan sama ada kita menghormati orang lain atau tidak, kita tamak atau tidak, kita malas atau tidak dan sama ada kita mempunyai perasaan belas kasihan atau tidak. Kalau semua perasaan itu masih ada di hati kita, kita mesti membetulkannya dengan serta-merta.

Seterusnya, kita mempelajari: 1.Belajar tanpa amal, sikap angkuh akan berkembang. 2. Beramal sahaja tanpa belajar, tiada pengetahuan dan hanya berdasarkan kefahaman sendiri, mungkin tidak begitu tepat sasarannya.

Page 632: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

632

Dari ayat di atas, menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan seseorang jika ingin meningkatkan pencapaian akhlak, dia mesti melaksanakan apa yang telah dipelajarinya. “Belajar” dan “Amal” adalah perkara yang seiring. Perkara ini sangat penting. “Belajar” dan “Amal” sebagai dua roda, jikalau kereta itu tinggal sebuah roda sahaja, ia tidak akan bergerak, mesti kedua-dua roda bergerak bersama-sama.

“Belajar tanpa mengamalkannya, nescaya sikap angkuh akan berkembang”. Cuba kita lihat sikap kanak-kanak berumur 6-7 tahun, sewaktu saya mengajar mereka Di Zi Gui, mereka membalas dengan serta merta, “Kami telah belajar dan telah menghafal”. Kepala melayang ke atas, rasa sombong tidak payah belajar lagi sebab sudah hafal, maka riak datang dengan sendiri. Ibu bapa mesti mengingatkan anak-anak supaya apa yang dipelajari mesti diamalkan, agar kita tidak menjadi orang yang sombong. Kita kerap melihat laporan di dada-dada akhbar “Pelajar cemerlang tetapi kemahiran hidup teruk sekali”. Mengapa walapun telah berpendidikan tinggi dan banyak membaca buku, seseorang itu tidak menjadi orang yang mulia dan berakhlak? Apakah kegunaan ilmu yang diperoleh? Adakah untuk peperiksaan sahaja tanpa sentuhan dalam kehidupan. Cuba lihat, kadar perceraian dalam kalangan siapa yang paling tinggi? Mungkin orang yang memperoleh ijazah sarjana atau kedoktoran. Mengapa sebagai seorang yang berilmu, kita tidak tahu memaafkan orang, tidak ada toleransi dan tiada kasih sayang? Di manakah masalahnya? Ilmu yang diperoleh telah membangkitkan keangkuhannya.

Bukankah ada orang yang mempunyai tanggapan “Saya mempunyai pendidikan tinggi, kamu mesti dengar apa sahaja kata saya”. Jika dia seorang yang memiliki kedoktoran dalam bidang komputer, komputer senang di kawal tekan sahaja butang semua ikut sahaja. Cara ini boleh dilaksanakan pada orang atau tidak? Pasti rakan akan menjauh dari kita. Jadi, apa yang kita pelajari mestilah dilaksanakan, kalau tidak sikap angkuh akan berkembang. Jadi laksanakan ilmu dengan bersungguh-sungguh, tetapi jika tidak terus belajar, mungkin kefahaman sendiri tidak betul.

Sebagai contoh, seseorang itu belajar tentang “Taat”, dia anak yang

Page 633: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

633

taat kepada ibu bapa, pesanan ibu bapa dia lakukan dengan serta-merta. Tetapi pada suatu hari, bapanya berkata: “Ceraikan isteri anda”. Dia pun bersetuju, dan mematuhi arahan bapanya. Ini satu tindakan yang tidak betul. Isteri yang tidak melakukan kesalahan besar, hanya tidak bergaul rapat dengan ibu bapa mertua, tidak patut diceraikan. Kalau menceraikan isteri, ini akan menghitamkan nama ibu bapa, jiran tetangga akan berbisik kerana ibu bapa tidak tahu mendidik. Tidak mahu mengajar malah enggan membantu, sikap ini sangat kejam terhadap rumahtangga.

Kita mesti menuntut ilmu, baru tahu “Taat”. Jika ibu bapa buat salah, kita patut “Menasihati mereka dengan penampilan muka yang baik dan suara yang lembut”. Maka “Taat”, bukan ikut cakap sahaja tanpa berfikir. Kita mesti belajar dengan mendalam dan mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh. Pelaksanaan itu penting. Semakin kita beramal, kita semakin sedar akan kesan baiknya. Belajar satu ayat, kita laksanakan satu perkara.

Rakan-rakan sekalian, percaya atau tidak, apabila kita memilih 10 ayat daripada Falsafah ini dan mengamalkannya dalam setengah tahun kita akan dapati tiada kesukaran untuk mengaplikasikan ajaran-ajaran yang lain. Setelah kita melakukannya, satu hari nanti kita akan tersedar indahnya hidup ini.

Apabila kita mempelajari “ketepikan tirai perlahan-lahan jangan ditarik dengan kasar”, perbuatan yang kecil yang kita buat itu, menunjukkan kita sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Kalau kita laksana dengan sepenuhnya, perbuatan ini akan sebati di hati kita. Contohnya seterusnya adalah, “Apabila seseorang itu kesibukan, janganlah kita mengganggunya dengan perkara yang remeh”. Jika kamu betul-betul laksanakan, sikap saling menghormati antara ahli keluarga, sahabat, dan rakan sekerja, hati kita akan menjadi halus, saling faham memahami, dan hubungan baik akan meningkat. Janganlah kita berkata, banyaknya yang saya tidak dapat laksanakan. Apa yang kamu faham, laksanakan sahaja. Lama-kelamaan kita akan sedar akhlak kita semakin meningkat.

Seterusnya, 1. Untuk mencapai tahap pembelajaran yang berkesan, kita seharusnya

Page 634: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

634

memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu hati (memahami), mata (fokus) dan mulut (baca dengan betul). 2. Apabila kita membaca sesuatu tajuk jangan pula kita memikir tentang tajuk yang lain. 3. Habiskan membaca sesuatu buku sebelum bermula dengan buku yang lain. 4. Luangkan masa yang cukup dan kita harus tekun apabila belajar, lama kelamaan keraguan dan masalah kita dapat diselesaikan. 5. Catatkan perkara yang memerlukan keterangan dan rujuklah kepada orang yang berpengetahuan atau orang bijak pandai.

“Untuk mencapai tahap pembelajaran yang berkesan, kita seharusnya memberi tumpuan kepada tiga bahagian iaitu hati (memahami), mata (fokus) dan mulut (baca dengan betul)”. Ayat ini sangat penting, semasa membaca fikiran mesti fokus barulah berhasil.

Oleh itu, semasa di dalam kelas, sesi pagi adalah waktu paling penting, saya akan meminta murid-murid duduk dengan tegak, buku letak tegak, dengan hati yang hormat barulah mula membaca. Adab yang baik ini setelah dipupuk akan bermanfaat seumur hidup. Jikalau kali pertama masuk kelas, murid senget kiri senget kanan, duduk sambil pandang kiri pandang kanan, maka belajar pada hari itu tidak bermanfaat.

Saya akan memberitahu murid-murid latar belakang buku Di Zi Gui ini. Buku ini ditulis oleh En. Li Yuxiu dalam zaman Dinasti Qing. Buku ini ditulis mengikut ajaran Konfusius. En Li mengambil masa yang sangat lama, memilih ayat-ayat yang berkaitan dengan kehidupan. Buku ini adalah hasil titik peluhnya.

Contohnya, sebuah buku Di Zi Gui terjatuh di atas lantai, murid tersebut mengambil sambil menyapu habuk atas buku dengan hormat. Jika kita tidak beritahu murid tentang latar belakang buku ini, maka mereka tidak akan begitu hormat pada buku tersebut. Sebagai guru pula, mesti tahu mengajar dan menjadi teladan yang baik kepada murid-murid.

Selepas duduk baik-baik, buku diletak tegak, kita memberitahu murid-murid bahawa pengumpulan ilmu pengetahuan pada setiap hari amat penting. Peribahasa mengatakan “Batu berlubang melalui titisan air”, batu

Page 635: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

635

keras atau air yang keras? Batu. Kenapa batu yang begitu keras, air masih menitis melaluinya? Sebab setitik setitik, mungkin seratus ribu titik, seratus juta titik, mungkin lebih banyak, akhirnya air menitis melaluinya. Inilah yang dikatakan bahawa yang lembut bertentangan dengan yang keras.Semasa kita belajar, kita mesti membaca, menulis dengan bersungguh-sungguh seperti air menitik.

Saya memberitahu kanak-kanak, tangan saya dipanggil “Tangan yang boleh menitiskan air melalui batu”, saya akan menggunakan tangan saya untuk menunjuk setiap perkataan yang saya baca, saya hafal dan meresap dalam hati. Lama-kelamaan tangan saya menyebabkan batu berlubang kerana menitiskan air tidak berhenti-henti.

Apabila mengajar kanak-kanak, mata mesti tengok buku, tangan tunjuk pada buku, mulut ikut bacaan. Hati, mata dan mulut mesti fokus sepenuhnya.

“Apabila kita membaca sesuatu tajuk jangan pula kita memikir tentang tajuk yang lain”. Habiskan membaca sesuatu buku sebelum bermula dengan buku yang lain”.

Menimba ilmu mempunyai satu pantang larang yang besar iaitu jangan bersikap tamak suka belajar banyak. Belajar banyak tetapi tidak boleh fokus.

Dalam buku Liji berkata, “Belajar dengan tidak mengikut turutan asas, mengakibatkan keliruan pemikiran dan tidak teratur”. Belajar banyak pada masa yang sama, akhirnya mengakibatkan semuanya tidak dipelajari dengan baik dan akan mengurangkan minat terhadap pelajaran tersebut.

Kita melihat kanak-kanak sekarang, sekali belajar 3-4 jenis kemahiran, apa terjadi akhirnya? Tidak berminat belajar. Menimba ilmu atau kemahiran mestilah fokus, tidak boleh berbagai-bagai.

Cikgu Yang telah belajar Kaligrafi selama empat puluh satu tahun. Cikgu Yang mengajar teknik Kaligrafi, tulisan setitik kanak-kanak telah ditulis seribu kali. Selepas itu barulah belajar teknik lain.

Page 636: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

636

Adakah guru Kaligrafi mengajar cara seperti itu? Kebanyakan berkata, jika kamu datang tiga bulan, dijamin berjaya dan hebat. Hendak pergi atau tidak? Kita mesti bersabar! Kita gunakan hati untuk belajar kemahiran ini. Tidak boleh tergesa-gesa untuk mendapat pencapaian cemerlang.

Belajar Kaligrafi boleh membaiki perangai kita, sebab seni ini berasas dari hati. Bukan lagi seni jika mengajar kanak-kanak tergesa-gesa untuk mendapat pencapaian. Sikap sabar dan tabah akan dipupuk jika diajar dengan betul. Setelah asas kukuh barulah kemahiran akan berkembang dan tidak mudah runtuh. Jika asas tidak kuat apa yang akan terjadi? Keadaan makin bahaya.

Cikgu Yang belajar Kaligrafi hampir setengah abad, dia memahami setiap struktur kata, menulis dengan begitu kemas. Melalui tingkah lakunya, kebolehannya akan meningkat, dan dia menguruskan urusan dengan baik. Semasa menulis Kaligrafi, hatinya tenang. Akhir kata, tujuan belajar seni ialah meningkatkan moral dan taraf ketenangan dalam hati.

Konfusius berkata: “Bercita-cita tinggi berbuat baik, tingkah laku mulia, moral yang tinggi, cinta pada semua perkara, mahir dalam enam seni ” (Enam seni merupakan enam subjek yang diajar dahulu: etika, muzik, memanah, menunggang, membaca, matematik).

Oleh kerana Cikgu Yang mahir dalam Kaligrafi, jika dia belajar kemahiran lain, contohnya melukis, mengukir, dia akan sangat sensitif dengan kemahiran itu. Dia akan belajar dengan cepat, termasuklah belajar komputer sebab hati Cikgu Yang sangat tenang dan sabar. Jika hari ini tidak siap dia tidak akan tidur. Orang muda yang belajar daripadanya semuanya belajar bersungguh-sungguh dan fokus sebab Cikgu Yang menyelia mereka.

Pada zaman Dinasti Song, Zhao Pu berkata dengan Zhao Kuangying, jika hendak memperoleh dunia ini, hanya menggunakan separuh buku Lun Yu. Adakah kita memerlukan banyak buku? Yang pentingnya kita memahami rangka kandungannya dan laksanakannya. Zhao Pu pun berkata: “Saya hanya menggunakan separuh daripada buku Lun Yu untuk memerintah negara ini.” Dari sini kita tahu, belajar tidak boleh tamak, tidak

Page 637: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

637

boleh tergesa-gesa.

Buku Klasik Lun Yu adalah bahan bacaan yang mencatat prinsip moral dan sifat manusia untuk orang Cina pada zaman kuno. Di Cina. “Lun Yu” dikenal sebagai buku yang mencerminkan dasar moralitas dan tingkah laku yang baik. Karya ini berisi kumpulan kata-kata Konfusius, pengamal falsafah dan ahli pendidikan yang terkenal pada zaman kuno di Cina.

En. Zen Guofan pernah berkata: “Buku dalam hati, bukan semuanya terletak atas meja”. Janganlah selepas mendengar ceramah ini, kamu balik mengumpul semua buku dan baca semuanya, sampai sangat letih dan habis tenaga. Belajar mesti berdasarkan rangka kandungannya, lepas baca satu baru diikuti dengan buku yang lain.

Ada pendengar bertanya, anak saya hanya hafal Di Zi Gui, adakah buku lain tidak payah hafal? Bukan begitu. Di Zi Gui bukannya untuk dihafal, tetapi mesti diingatkan berulang-ulang sebab ini ajaran moral. Buku lain seperti “Xiao Jing” “Lun Yu”, boleh terus hafal. Membacanya melatih hati menjadi tenang. Di Zi Gui membantu membetulkan akhlak harian, jika anak berakhlak, apa yang dia hafal akan tergabung akhirnya.

Luangkan masa yang cukup dan kita harus tekun apabila belajar. Sampai suatu tahap, apa yang kita pelajari semuanya akan difahami. Membaca mesti ada jadualnya. Jangan terlalu padat, jangan terlalu banyak tekanan, sentiasa mengingati diri supaya tetap rajin.

Bagaimana jika kita mengantuk? Dalam kitab ‘San Zhi Jing’ menyatakan bahawa “Kepala (rambut panjang) tergantung di bumbung, cucuk paha dengan penusuk.” Ini cara orang dahulu. Orang dahulu tidak kira perempuan atau lelaki, rambut mereka panjang. Mereka mengikat rambut ke bumbung, jika mengantuk, rambutnya akan menariknya. Kesakitan akan menghilangkan rasa mengantuk. Cara lain pula, orang itu memegang benda yang tajam, jika mengantuk cucuk pahanya. Jangan pula kita mengajar anak kita cara begini, nanti cakap Cikgu Tsai yang ajar.

Orang dahulu bertekad berbuat demikian. Kita perlu mencontohi

Page 638: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

638

keazaman mereka mereka sahaja. Kita tidak boleh membiarkan anak kita mencederakan anggota badan. Jika mengantuk, cucilah muka dengan air sejuk, ada banyak cara menghilangkan rasa letih dan mengantuk. Atau sesiapa yang boleh bangun awal, minta mereka mengejutkan kita.

Seterusnya, kita belajar “Catatkan perkara yang memerlukan keterangan dan rujuklah kepada orang yang berpengetahuan atau bijak pandai”.

Semasa belajar mestilah rajin bertanya. Tanya kepada orang yang belajar lebih awal daripada kita.

Ketika di Haikou, saya tinggal seorang diri, kerja-kerja seperti menyapu lantai, mencuci baju, memasak dan sebagainya, semuanya saya lakukan sendirian. Masa itu saya teringat siapa? Emak saya. Dengan melakukan kerja rumah baru saya tahu bersyukur.

Masa itu sangat sibuk, saya hanya boleh masak mi sahaja. Panaskan air, potong sayur, semuanya dimasukkan ke dalam periuk selama 20-30 minit, semuanya siap dan saya pun rasa berpuas hati. Kemudian,apabila kerja semakin banyak saya tidak lagi memasak lagi dan dibantu pula oleh sahabat yang datang.

Kita mesti bertanya kepada orang yang betul. Tetapi biasanya kita akan bertanya kepada orang yang hampir sama fikiran dengan kita. Mungkin bertanya pada orang yang hampir sama fikiran dengan kita boleh membuktikan kita tidak bersalah. Kita takut bertanya kepada orang yang berterus terang, takut dilukai, tapi itulah yang betul-betul bermanfaat pada kita. Maka “Rujuklah kepada orang yang berpengetahuan atau bijak pandai”. Orang yang berilmu, orang yang berpengalaman akan mengajar kita, dan keraguan kita akan hilang.

Seterusnya, “Keadaan persekitaran pembacaan mestilah sentiasa bersih, kemas dan teratur”.

Dalam ayat di atas, keadaan persekitaran pembacaan sangat penting.

Page 639: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

639

Jika keadaan tempat membaca lintang pukang, bolehkah hati kita menjadi tenang? Tidak boleh. Bilik yang bersih dan kemas akan menyebabkan kita berasa selesa.

Meja untuk bekerja atau belajar seharusnya tersusun dan kemas. Hati kita senang dipengaruh oleh keadaan luar, keadaan yang bersih menyebabkan hati kita akan menjadi tenang. Alat tulis juga diletak di tempat yang tetap supaya dapat dicari pada bila-bila masa.

Ayat seterusnya, “Mengisar dakwat dengan senget, hati dikata tidak tegak.” Sebagai contohnya, jika kita berdiri dengan tegak, adakah fikiran kita terganggu? Tidak mudah terganggu. Jika berdiri senget, berpusing kiri dan kanan, apakah yang ada dalam hati atau fikirannnya? Mungkin sedang terganggu atau fikiran yang tidak baik.

Oleh itu, berdiri atau duduk mestilah tegak. Senget kiri atau senget kanan akan menjejaskan hati dan perasaan, dan lama-kelamaan akan jadi malas dan tidak bersemangat.

Seterusnya, “Tulisan cakar ayam menandakan pemikiran yang cetek dan kusut.” Ilmu pengetahuan dari hati, dari kumpulan detik -detik masa. Tulisan cakar ayam menunjukkan hati penulis itu kelam kabut dan tidak hormat. Kebanyakan kanak-kanak, semasa menulis, bukunya pun senget, mata pun senget juga. Sebagai guru, mesti mengajar mereka menggunakan pensel dan buku mesti tegak.

Seterusnya “Buku-buku harus disusun dengan baik di atas rak mengikut perkara dan turutan.” Saya pernah melawat bilik bacaan Cikgu Li Bingnan, bukunya banyak tetapi semuanya disusun dengan rapi.

“Walau dalam kesuntukan masa sekali pun, buku yang dibaca mestilah dikemas dengan baik”. Kita mesti sentiasa sayang pada buku, lepas baca letak pada tempat asalnya.

“Sekiranya ada kerosakan ataupun kehilangan muka surat seharusnya dibetulkan dengan segera”. Pada zaman dahulu, buku sukar diperoleh. Pada

Page 640: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

640

zaman ini, teknik percetakan maju, buku diperoleh dengan senang, oleh itu kita mesti lebih hormat pada buku. Buku patut dibalut supaya tahan lama, inilah caranya sayang pada buku.

“Jikalau terdapat buku-buku yang berunsur tidak sihat, ia harus diketepikan dan dibuang.” Kata pepatah: “Sanggup tidak belajar seumur hidup, tapi tidak sehari berdekatan dengan penjahat”. “Penjahat” ini bermaksud buku yang berunsur negatif. Contohnya air yang jernih, jika dititis setitik dakwat, tidak sampai sesaat air menjadi kotor. Berapa lama kita mengeluarkan dakwat tersebut? Mungkin masa yang berpuluh ganda atau ratus ganda atau masa yang sangat-sangat lama. Oleh itu, mencegah diri dari dipengaruhi adalah terpenting. Untuk pencegahan, buku yang tidak baik jangan sekali-kali dibaca dan kita mesti berkebolehan memilih buku yang baik. Membaca buku klasik lebih selamat kerana ia menggunakan masa yang lama dan terbukti isi kandungannya tidak bermasalah.

Sama dengan menonton program televisyen. Banyak program televisyen sangat tercemar, kebanyakan mengenai membunuh, merompak, seks, pembohongan dan sebagainya. Kita mesti menjaga dengan baik diri, anak-anak dan keluarga.

Seterusnya, “Dalam masa pembelajaran, janganlah keterlaluan dengan diri kita atau mudah berputus asa.” Kita mesti berkeyakinan pada diri sendiri dan mesti rajin. Asasnya ialah keyakinan, berkeyakinan pada siapa? Yakin pada ajaran orang-orang bijaksana, yakin pada guru, yakin pada anak, yakin pada kawan-kawan.

Tahun ini kita telah mendirikan Sekolah Internet, buku seperti “Cerita Ba De”(Cerita Lapan Akhlak Baik), “Wu Zhong Yi Gui” (Bahan Pendidikan Sosial Qinasti Qing), Empat buah buku “Lun Yu”, “MengZi”, “DaXue”dan “ZhongYong”, semuanya telah dimasukkan dalam internet untuk kita belajar bersama-sama secara meluas.

Rakan-rakan sekalian, kita belajar dahulu dan selepas itu menjadi teladan yang baik, berjasa untuk keluarga dan komuniti kita. Adakah susah bagi kita mengajar kanak-kanak seminggu sekali? Tidak susah kerana kita

Page 641: WordPress.com...ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Sesi 1 Membuat Pilihan Tepat Untuk Perkara Benar-benar Penting Dalam Kehidupan Sesi 2 Kebijaksanaan Perlu Untuk Membuat Pilihan Tepat Sesi

641

mempunyai banyak buku rujukan,

Selain itu, terdapat ibu bapa yang sanggup belajar bersama kanak-kanak, kita kumpulkan mereka. Kita berkomunikasi selalu supaya hubungan menjadi erat, seminggu sekali kita bersama-sama. Lama-kelamaan kita akan maju bersama dan tidak boleh tergesa-gesa.

Akhirnya, kita belajar ajaran orang bijaksana, mesti memahami kenapa kita belajar? Tujuannya ialah menginsafi diri dan menginsafkan orang lain. Menginsafi diri dan menunjukkan sifat yang baik, barulah dapat membantu diri, keluarga, negara dan dunia, akhirnya kita bergaul mesra dengan orang lain.

Bagi pemimpin “Bergaul mesra” bermakna sayang kepada rakyat. Maksudnya yang lain ialah, meningkatkan moral kita secara berterusan sampai kita mati.

Meng Zi pernah berkata: “Orang yang bijaksana tidak seperti orang lain kerana hatinya penuh dengan rasa belas kasihan, sopan santun dan menyayangi semua orang”. Lama-kelamaan kita akan maju dan akhirnya akan dihormati dan disayangi oleh orang lain.

Kita patut menggunakan “hati” yang jujur bila berhadapan dengan orang di sekeliling kita. Suasana di tempat kerja dan suasana bermasyarakat akan semakin mesra, maju dan berpadu.

Ceramah sampai sini, sekian terima kasih.