-eksperimen amilase

6
Nama :………………………………………………… K/P:………………………………… Amali 4 Nutrisi haiwan. Tajuk Enzim dan Pencernaan Pengenalan Haiwan memerlukan makanan untuk ditukarkan menjadi tenaga dan membekalkan segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.Kelas-kelas makanan terdiri daripada protein,kanji,karbohidrat dan lemak.Karbohidrat terdiri daripada polisakarida,disakarida dan monosakarida.Contoh polisakarida ialah kanji.Kanji dicernakan didalam badan menjadi gula penurun(maltose).Enzim merupakan protein yang bertindak sebagai pemangkin organic yang mengawal serta mempercepatkan tindakbalas biokimia dalam sel.Tindakan setiap enzim ialah spesifik,iaitu sejenis enzim hanya bertindakbalas dengan substrat tertentu sahaja.Setiap tindakbalas enzim boleh berbalik kerana arah tindakbalas bergantung kepada jumlah substrat dan hasil yang ada. Enzim hanya bertindakbalas pada suhu tertentu dan suhu yang optimum bagi tindakbalas berlaku ialah pada suhu badan iaitu 37 darjah celcius.Nilai ph juga turut mempengaruhi tindakbalas enzim pada substrat tertentu.Setiap enzim bertindakbalas paling cekap pada nilai ph yang optimum.Nilai ph yang optimum bagi tindakbalas tersebut adalah pada ph 7.Enzim pepsin misalnya bertindak paling efektif pada ph2 manakala enzim tripsin pula paling cekap pada ph8. System pencernaan berfungsi untuk menerima makanan,memecah makanan menjadi zat-zat tertentu yang diperlukan badan dan menyerap zat-zat tersebut ke dalam darah.Ia turut berfungsi untuk membuang makanan yang tidak tercerna daripada tubuh.Saluran proses ini berlaku disepanjang mulut,kerongkong,usus kecil,usus besar,rectum dan anus. Objektif / Hipotesis Mengkaji tindakan enzim amylase ke atas kanji. Bahan dan Alat Radas Bikar Kertas litmus merah dan biru Silinder penyukat 1

Upload: mohd-jefri-sharif

Post on 11-Aug-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: -eksperimen amilase

Nama :………………………………………………… K/P:…………………………………

Amali 4 Nutrisi haiwan.

Tajuk Enzim dan Pencernaan

Pengenalan Haiwan memerlukan makanan untuk ditukarkan menjadi tenaga dan membekalkan segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.Kelas-kelas makanan terdiri daripada protein,kanji,karbohidrat dan lemak.Karbohidrat terdiri daripada polisakarida,disakarida dan monosakarida.Contoh polisakarida ialah kanji.Kanji dicernakan didalam badan menjadi gula penurun(maltose).Enzim merupakan protein yang bertindak sebagai pemangkin organic yang mengawal serta mempercepatkan tindakbalas biokimia dalam sel.Tindakan setiap enzim ialah spesifik,iaitu sejenis enzim hanya bertindakbalas dengan substrat tertentu sahaja.Setiap tindakbalas enzim boleh berbalik kerana arah tindakbalas bergantung kepada jumlah substrat dan hasil yang ada. Enzim hanya bertindakbalas pada suhu tertentu dan suhu yang optimum bagi tindakbalas berlaku ialah pada suhu badan iaitu 37 darjah celcius.Nilai ph juga turut mempengaruhi tindakbalas enzim pada substrat tertentu.Setiap enzim bertindakbalas paling cekap pada nilai ph yang optimum.Nilai ph yang optimum bagi tindakbalas tersebut adalah pada ph 7.Enzim pepsin misalnya bertindak paling efektif pada ph2 manakala enzim tripsin pula paling cekap pada ph8. System pencernaan berfungsi untuk menerima makanan,memecah makanan menjadi zat-zat tertentu yang diperlukan badan dan menyerap zat-zat tersebut ke dalam darah.Ia turut berfungsi untuk membuang makanan yang tidak tercerna daripada tubuh.Saluran proses ini berlaku disepanjang mulut,kerongkong,usus kecil,usus besar,rectum dan anus.

Objektif / Hipotesis

Mengkaji tindakan enzim amylase ke atas kanji.

Bahan dan Alat Radas

Bikar

Kertas litmus merah dan biru

Silinder penyukat

Termometer

Tabung uji

Penitis

1% larutan kanji

Asid hidroklorik cair

Natrium hidroksida cair

Larutan Benedict

Larutan Iodine

Prosedur 1. Mulut dikumur-kumur.2. Perbuatan mengunyah dilakukan.3. Air liur dikumpulkan ke dalam tabung uji.

1

Page 2: -eksperimen amilase

Nama :………………………………………………… K/P:…………………………………

4. Air liur diuji dengan menggunakan kertas litmus.5. Air liur dicairkan menggunakan air suling yang sama banyak.6. Campuran air liur dibahagikan kepada tiga bahagian yang sama

banyak ke dalam tabung uji berlabel B,C dan D.Setiap tabung uji diisi seperti berikut:

A – 3 cm³ air suling(eksperimen kawalan)B – 3 cm³ air liur campuranC – 3 cm³ air liur campuran dan 3 cm³ asid hidroklorik cairD – 3 cm³ air liur campuran dan larutan natrium hidroksida

7. 5 cm³ larutan kanji dimasukkan ke dalam tabung uji dan dikacau.

8. Selepas 30 minit,setengah daripada kandungan setiap tabung uji diuji dengan larutan iodine dan setengah lagi diuji dengan larutan Benedict yang sama banyak.

9. Keputusan dicatatkan seperti dalam jadual dibawah.

Keputusan:

Tabung uji

Kandungan Ujian Iodin Ujian Benedict

Inferen

AKanji + air suling

Menjadi biru kehitaman

Tiada perubahan

Iodine berubah menjadi biru kehitaman menunjukkan kehadiran kanji.Ujian Benedict tiada perubahan menunjukkan tiada gula penurun

B Kanji + air liur

Tiada perubahan

Biru bertukar kuning dan mendakan merah bata terhasil

Iodine tiada perubahan kerana tiada kanji.Ujian Benedict pula menunjukkan kehadiran gula penurun.enzim

2

Page 3: -eksperimen amilase

Nama :………………………………………………… K/P:…………………………………

amylase menukar kanji kepada maltose pada ph optimum.

CKanji + air liur + HCl cair

Coklat kekuningan bertukar biru kehitaman

Tiada perubahan Iodine

berubah menjadi biru kehitaman kerana kehadiran kanji.Tiada perubahan pada ujian Benedict kerana ketiadaan gula penurun

DKanji + air liur + NAOH cair

Tiada perubahan berlaku

Biru bertukar kuning.ada mendakan merah bata.

Ujian iodine menunjukkan ketiadaan kanji.Warna biru Benedict berubah menjadi kuning kerana kehadiran gula penurun.Enzim amylase dapat menghidrolis kanji kepada maltose kerana penambahan NaOH menyebabkan larutan beralkali.

3

Page 4: -eksperimen amilase

Nama :………………………………………………… K/P:…………………………………

Analisis Data Tabung uji A,B dan D mengandungi kanji diakhir ujian kecuali tabung uji C.Ini kerana tabung uji C berada dalam medium yang berasid.Tabung uji A dan B berada dalam medium yang neutral manakala tabung uji D berada dalam medium beralkali.

Perbincangan Melalui eksperimen yang dijalankan keatas keempat-empat tabung uji membuktikan tindakan amylase keatas kanji.Dalam tabung uji A,ujian iodine menunjukkan berlaku perubahan kepada warna larutan yang menunjukkan kehadiran kanji.Manakala ujian Benedict pula tidak menunjukkan sebarang perubahan disebabkan tiada gula penurun.Kanji tidak dapat terhidrolisis kepada maltose kerana ketiadaan enzim amylase. Dalam tabung uji B,tiada perubahan dicatatkan semasa ujian iodine.Ini menunjukkan ketiadaan kanji dalam larutan selepas eksperimen dijalankan.Manakala semasa ujian Benedict,warna biru berubah menjadi kuning dan mendakan terhasil menunjukkan kehadiran gula penurun.Kanji telah terhidrolisis menjadi maltose dengan bantuan enzim maltose yang terdapat dalam air liur.Nilai ph yang optimum iaitu pada ph6.5-7.5membolehkan tindakan enzim berlaku secara aktif. Didalam tabung uji C,warna iodine berubah menjadi biru kehitaman menunjukkan kehadiran kanji dalal larutan.Ujian Benedict tiada sebarang perubahan kerana ketiadaan gula penurun.Walaupun enzim amylase hadir dalam larutan C,tindakbalas tidak berlaku kerna kehadiran asid hidroklorik.Ini menyebabkan larutan menjadi berasid dan menghalang tindakan amylase keatas kanji. Bagi tabung uji D pula,tiada perubahan dicatatkan semasa ujian iodine kerana .Ujian Benedict menunjukkan perubahan warna biru menjadi kuning dan mendakan merah bata terhasil.Ini menunjukkan kanji telah terhidrolisis menjadi gula penurun,maltose.Penambahan NaOH telah menyebabkan larutan menjadi beralkali.

Kesimpulan Enzim amylase bertindakbalas terhadap kanji dengan menghidrolisis kanji menjadi gula penurun iaitu maltose.Julat ph untuk enzim ini bertindakbalas

4

Page 5: -eksperimen amilase

Nama :………………………………………………… K/P:…………………………………

ialah ph6.5-7.5

Rujukan Nalini T Balachandran,Sia Chwee Khim,Kee Bee Suan(2011).Biology Referens Ekspress.Penerbitan Pelangi Sdn,Bhd.Lee S.C,Liew S.L,Choong N.M(2004)Success in Biology for STPM vol.2,Kuala Lumpur,Fajar Bakti Sdn.Bhd.Lam Hon Kee(2000)Biology The Living science,Singapore Pearson.Mader,Sylvia S(2007)Biology (9th eds)New York McGraw Hill.

5