zaman kegemilangan dan kejatuhan bani uthmaniyyah

9
ZAMAN KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN BANI UTHMANIYYAH PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN Semasa era ini, perkembangan kerajaan Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua kategori: 1. Kejayaan penaklukan Kota Constantinople (1453) sehinggalah Sultan Sulaiman Al-Qanuni meninggal pada 1566. 2. Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah kegagalan menguasai Vienna pada tahun 1683. Kota Constantinople menjadi jambatan penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah. Sebelum ianya ditakluk, pihak Uthmaniyyah telah menguasai beberapa wilayah penting di rantau Balkan. Antaranya ialah kejayaan dalam peperangan Kosove (1389). Kejayaan tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah satu dari kuasa Eropah yang ada. ia merupakan kemenangan yang strategik bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota Constantinople. Pada Peperangan Nicopolis (1396), yang dianggap sebagai peperangan berskala besar, pihak tentera salib menentang Uthaminyya, tidak dapat menyekat kemaraan Uthamniyyah menguasai wilayah-wilayah yang berada di bawah Byzantine. Pihak Byzantine agak lega sedikit kerana Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di mana Timur (Juga dikenali sebagai Tamerlane, sebuah kuasa dari sebelah Timur yang wujud pada abad ke-14 di Asia Tengah. Mereka mempunyai

Upload: wan-muhamad-faiz

Post on 02-Jan-2016

171 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Zaman Kegemilangan Dan Kejatuhan Bani Uthmaniyyah

ZAMAN KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN BANI UTHMANIYYAH

PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN

Semasa era ini, perkembangan kerajaan Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua

kategori:

1. Kejayaan penaklukan Kota Constantinople (1453) sehinggalah Sultan Sulaiman Al-

Qanuni meninggal pada 1566.

2. Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah kegagalan menguasai Vienna

pada tahun 1683.

Kota Constantinople menjadi jambatan penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan

Eropah. Sebelum ianya ditakluk, pihak Uthmaniyyah telah menguasai beberapa wilayah

penting di rantau Balkan. Antaranya ialah kejayaan dalam peperangan Kosove (1389).

Kejayaan tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah satu dari

kuasa Eropah yang ada. ia merupakan kemenangan yang strategik bagi membuka jalan ke

atas pembukaan Kota Constantinople.

Pada Peperangan Nicopolis (1396), yang dianggap sebagai peperangan berskala besar, pihak

tentera salib menentang Uthaminyya, tidak dapat menyekat kemaraan Uthamniyyah

menguasai wilayah-wilayah yang berada di bawah Byzantine. Pihak Byzantine agak lega

sedikit kerana Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di

mana Timur (Juga dikenali sebagai Tamerlane, sebuah kuasa dari sebelah Timur yang wujud

pada abad ke-14 di Asia Tengah. Mereka mempunyai kaitan jalur yang panjang dengan

Dinasti Mughal) telah menjajah Anatolia dalam peperangan Ankara (1402), menyaksikan

Sultan Beyazid I telah dipenjara. Ini menyebabkan sebahagian wilayah yang dikuasai

Uthmaniyyah jatuh buat sementara, antaranya Macedonia dan Kosovo. Pergolakan itu

menyebabkan perancangan penguasaan ke atas Constantinople mengalami gangguan.

Pasukan tentera Uthamniyyah turut bersaing dengan kuasa Eropah lain di Lautan Hindi.

Mereka pernah menghantar pasukannya melalui jalan laut Afrika dan juga ke Aceh di

Indonesia untuk mempertahankan wilayah tersebut dari serangan pihak yang tidak

bertanggungjawab.

Page 2: Zaman Kegemilangan Dan Kejatuhan Bani Uthmaniyyah

Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I dalah sultan Uthmaniyyah pertama yang

menggunakan gelaran 'sultan' , manakala mulai tahun 1517, sultan di kalangan pemerintah

Uthmaniyyah turut menjadi khalifah kepada umat Islam dengan pelbagai gelaran yang

digunakan bagi menunjukkan kekuasaan mereka dalam pentadbiran.

Zaman kegemilangan Utmaniyyah berterusan di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Al-

Qanuni (1520-1566), beliau merupakan :

1. Pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan Uthmaniyyah. Beliau banyak

melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-

Qanuni,pembuat undang-undang.

2. Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah menguasai wilayah Byzantine

seperti Hungary, Balgrade dan Rhodes.

3. Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut Mediterranian, Laut

Merah dan teluk Parsi.

Perkembangan pada zaman kedua iaitu zaman kemunduran bermula apabila pihak

Uthmaniyyah tidak berjaya menawan Vienna (1683) di Zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni

yang menyebabkan mereka terpaksa berundur dari sebahagian wilayah di Eropah tersebut.

Kekalahan itu juga membuka jalan kepada Kristian untuk merencana tindakan baru bagi

berdepan dengan Uthmaniyyah. Antaranya Paus yang memimpin kelompok Kristian Katolik

di Rome dalam usaha membentuk pasukan tentera salib baru bagi tujuan menentang tentera

Uthmaniyyah. Beliau mencetuskan kebangkitan semangat anti Islam agar golongan salib

bengun menentang penguasaan islam dan Kerajaan Uthmaniyyah tersebut.

Page 3: Zaman Kegemilangan Dan Kejatuhan Bani Uthmaniyyah

Kawasan Taklukan Kerajaan Uthmaniyyah

Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Antara

faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik,

ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-

kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

1. Politik

Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah

mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan

pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong

ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.

Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan

dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian

serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap

sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan

Page 4: Zaman Kegemilangan Dan Kejatuhan Bani Uthmaniyyah

kerosakkan moral. Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang

pemerintahan sehingga mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim

membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000 orang daripadanya.

Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak

bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti. Namun,

tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah

kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura

tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan.

Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang

menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan

ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu

dalam istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam

pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan

empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi

oleh Bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk

menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki

Uthmaniyah.

2. Ekonomi

Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan

dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang

bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan

kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada

perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi

dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki

Uthmaniyah.

Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan

perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah.

Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam

bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing

Page 5: Zaman Kegemilangan Dan Kejatuhan Bani Uthmaniyyah

dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem

kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan

menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu, kemunduran dalam

ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang

semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk

perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya,

kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan.

3. Sosial

Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah

menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor

terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara

golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan

dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan

Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera

empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah

dalaman yang teruk sehingga membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada

kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai

atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba.

Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang

hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada

peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah menimbulkan

kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa

pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan

individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang

membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang

mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Page 6: Zaman Kegemilangan Dan Kejatuhan Bani Uthmaniyyah

4. Pengaruh Luar

Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong

perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan

perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan

kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki

Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.

Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan

kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar

tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan

bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah

Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah.

Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan.

Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam

Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki

Uthmaniyah.