zakat wajib ditaksir dengan tepatjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah zakat...

7
1 No. Tel : 04-7745400 No. Faks : 04-7338333 Zakat Wajib Ditaksir Dengan Tepat Oleh : Lembaga Zakat Negeri Kedah

Upload: lynhu

Post on 13-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

No. Tel : 04-7745400

No. Faks : 04-7338333

Zakat Wajib Ditaksir Dengan Tepat

Oleh :

Lembaga Zakat Negeri Kedah

2 Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

28 Disember 2018/20 Rabiul Akhir 1440

“ZAKAT WAJIB DITAKSIR DENGAN TEPAT”

(28 Disember 2018 / 20 Rabiul Akhir 1440H)

يو كه ولوو رسل رسول ةالهدى وديو احلق ، لظهره لع ادلي أ احلهد هلل الذ

ن لإل إلذ شهد أ

كون ، أ نذ سيدىوا اهلل و لره الهش

شهد أ

يك ل ، وأ حده ل ش

ود ولع ل دا عتده ورسول ، اللهمذ صل وسلم وبارك لع سيودىوا موهذ مهذ

يو صحاةه ونو حتعهم ةإحسان إل يوم ادل .وأ

ٹ ٹ ڃ ڃ ڃ چ چ

چٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ چ

ا بعد أ وصيكم ونفس ةخقوى اهلل فقد فاز الهخذقون …نذ

.فيا عتاد اهلل ، أ

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,

Khatib ingin berpesan kepada diri sendiri dan menyeru kepada sidang Jumaat yang di-

kasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-

benar taqwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-

Nya. Semoga ketaqwaan yang kita usahakan akan dapat meningkatkan tahap keimanan

kita, memperkasakan benteng ketahanan hati kita serta meninggikan darjat kita di sisi

Allah SWT. Mimbar pada hari ini akan membicarakan tajuk “ZAKAT WAJIB DITAKSIR

DENGAN TEPAT”.

3

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Salah satu perintah dan suruhan Allah SWT yang Maha Agung lagi Maha Besar dapat

dilihat menerusi kalamnya yang diabadikan di dalam al-Quran al-Karim, iaitu kewajipan

mengeluarkan zakat dari harta yang dimiliki meskipun ianya diperolehi hasil dari titik pe-

luh dan penat lelah kita sendiri. Mengeluarkan zakat, infak dan bersedekah merupakan

ibadah yang amat penting dalam ajaran Islam.

Islam telah menawarkan sistem zakat dalam syariatnya, yang mana setiap hasil penda-

patan, dan harta kekayaan yang dimiliki, dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang

perkara syubhah dan kekotoran sewaktu memperolehinya, iaitu dengan menyerahkan

hak tertentu dalam harta tersebut kepada golongan atau asnaf yang berhak menerima-

nya.

Allah SWT berfirman :

ڃ ڃ ڃ چ چ

گ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں چ

ھڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ڻں

٧٦٢: ابلقرة چھ ے ے ۓ ۓ ﮲

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) seba-

hagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluar-

kan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk dari-

padanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri

tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu(kalau diberikan kepada kamu), kecuali

dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya,

lagi Maha Terpuji."

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

28 Disember 2018/20 Rabiul Akhir 1440

4

Maka jelas di dalam ayat ini menyatakan bahawa kewajipan menunaikan zakat itu perlu-

lah ditunaikan menurut taksiran dan penilaian yang selari dengan perintah syarak iaitu

mengeluarkan zakat dari hasil yang dinilaikan sebagai hasil yang baik dan bukan dari ha-

sil-hasil yang kurang kualitinya. Dan kewajipan zakat tidak boleh sewenang-wenangnya

dilakukan menurut kiraan dan taksiran sendiri kerana dikhuatiri bakal berlaku kesilapan

dan ketirisan pada taksiran zakat tersebut. Ini kerana, proses taksiran dan kiraan zakat

itu hendaklah tepat dan sejajar dengan apa yang diajarkan oleh syarak dan bukannya

apa yang dirasakan sesuai menurut hati sendiri. Kerana bak kata peribahasa melayu,

‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’.

Antara syarat wajib zakat adalah mencukupi nisab dan untuk makluman, kadar nisab se-

masa pada ketika ini adalah RM 13,907.70. ertinya, sidang jemaah yang hartanya telah

mencapai jumlah tersebut maka wajib dihitung zakat hartanya.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Taksiran menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud anggaran, kiraan atau

nilaian ke atas sesuatu perkara. Dan taksiran atau kiraan ke atas zakat perlulah betul dan

tepat memandangkan ianya adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan.

Di antara akibat tidak menunaikan zakat dengan kiraan yang tepat ialah hilang keberka-

tan dalam hidup dan juga harta benda, sekalipun perolehannya nampak baik, namun ti-

dak kekal lama. Hidup pula tidak bahagia dan jiwa sentiasa gelisah tidak tenang, malah

hidup penuh dengan berbagai masalah, serta hati menjadi keras. Pada suatu masa,

Imam Ahmad pernah ditanya bagaimana cara untuk melembutkan hati yang telah keras.

Lalu beliau menjawab, dengan memakan makanan yang halal. Jadi perlu diingatkan ba-

hawa hati merupakan anggota dalaman yang paling penting dalam tubuh manusia, baik

atau rosaknya anggota zahir adalah berpunca dari hati, justeru Rasulullah SAW sangat

memberi penekanan terhadap hati, sebagaimana sabdanya:

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

28 Disember 2018/20 Rabiul Akhir 1440

5

سد كه سد كه وإذا فسدت فسد ال سد مضغث إذا صلحج صلح ال أل وإنذ ف الل وه القلب

أ

Mafhumnya : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan terdapat seketul daging yang

apabila baik, nescaya baiklah seluruh tubuh badan dan apabila ia rosak, nescaya rosak-

lah seluruh tubuh badan, ketahuilah, itulah hati.” (HR Bukhari dan Muslim, No.1599).

Selain itu, umat Islam di negeri Kedah umumnya telah mengetahui bahawa sebuah

badan khas telah dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dan mengagih zakat den-

gan telus dan amanah di negeri Jelapang Padi ini, iaitu Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Maka setiap umat Islam di Kedah perlulah menunaikan ibadat zakat melalui Lembaga

Zakat. Ini kerana, Lembaga Zakat Negeri Kedah tidak akan sewenang-wenangnya meng-

gunakan dana zakat terkumpul secara batil dan tidak adil bahkan zakat yang telah di-

bayar akan diagihkan dengan lebih berkesan dan menyeluruh kepada lapan golongan as-

naf yang memerlukan. Maka pembayar zakat tidak perlu mengagihkan sendiri sebaliknya

menyerahkan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskannya.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Di zaman era teknologi yang serba canggih dan berkembang pesat ini, segala urusan

menjadi semakin mudah untuk diselesaikan. Tambahan pula, pihak Lembaga Zakat telah

menyediakan satu perkhidmatan pembayaran secara online di jom.zakatkedah.com.my.

iainya adalah bagi memudahkan orang islam menunaikan kewajipan berzakat. Selain itu,

masjid-masjid di negeri Kedah juga telah dilantik sebagai agen kutipan zakat bagi memu-

dahkan ahli kariah untuk menunaikan kefardhuan zakat tanpa perlu bersusah payah ke

ibu pejabat Lembaga Zakat Negeri Kedah. Justeru, dengan kemudahan yang telah dis-

ediakan ini, para pembayar zakat tidak boleh menjadikan kekangan masa sebagai satu

alasan atau penyebab untuk mengelakkan diri daripada membayar zakat yang telah di-

wajibkan oleh Allah SWT ke atas kita.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

28 Disember 2018/20 Rabiul Akhir 1440

6

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

zakat dari segi syarak ialah mengeluarkan harta yang tertentu, kepada orang-orang

yang tertentu, mengikut kadar-kadar yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Sekiranya pembayar zakat tersebut mengetahui jumlah yang perlu dibayar maka wajib

keatasnya melaksanakan pembayaran tersebut dengan kadar yang tepat kerana ianya

dapat mengelakkan daripada berlakunya berbagai kejahatan seperti mencuri, merom-

pak dan sebagainya.

Dan orang yang tidak membayar zakat dengan betul dan memakan duit agihan zakat

walhal ia mampu untuk menyara seisi keluarganya adalah orang yang memakan

makanan dari sumber yang haram hal ini kerana ia telah mengambil hak penerima za-

kat. Oleh yang demikian, janganlah kita mengambil hak orang lain yang berhak untuk

menerima bantuan tersebut kerana kelak akan disiksa dalam neraka. Sesuai dengan

apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

ول ةه ل يربو حلم نتج نو سحج إلذ كىج انلذار أ

Bermaksud : “Tiap-tiap daging yang tumbuh dari benda yang haram, maka neraka lebih

utama untuknya.” (HR Tirmizi, No.614)

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Jika hutang sesama manusia dibuku, direkod, dihitung dan dikutip dengan penuh teliti,

mengapa kiraan ‘hutang’ kita dengan Allah SWT tidak ditaksir, dihitung dan dinilai den-

gan tepat sepertimana yang diperintahkan oleh syarak? Bukankah Allah SWT itulah yang

menciptakan segala makhluk yang berada di bumi dan di langit? Bukankah tubuh badan

dan akal fikiran yang kita miliki ini datangnya dari Allah? Dan bukankah rezeki dan harta

yang kita perolehi melalui keringat peluh tubuh badan dan penat lelah akal fikiran kita

ini datangnya juga dari Allah?

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

28 Disember 2018/20 Rabiul Akhir 1440

7

Jadi marilah sama-sama kita tunaikan kewajipan zakat dengan taksiran yang tepat se-

lari dengan ajaran syarak sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada Allah SWT

yang telah mengurniakan kepada kita pelbagai nikmat yang tidak terkira terutama

sekali nikmat Islam dan Iman dalam kehidupan kita.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڻچ ڻ ڻ ں ں ڱ ڱ ڱ ہ ڻڱ ۀ ۀ

چہ ھ ھ ھ ہہ

Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), su-

paya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka

(dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu

itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi

Maha Mengetahui.” (Surah at-Taubah: 103)

وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه ، ونفعن وإياكه بىا في

ىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذلال

ستغفر اهلل امعظيه ل ومكه ولسائر . امعنيه ذا وأ قول قول

أ

ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىسنىني والىسنىات والىؤو

.الىستغفريي ويا ناة اتلائبني

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

28 Disember 2018/20 Rabiul Akhir 1440