ydp pibg

5
YDP PIBG Terima kasih pengacara majlis. Bismilla hirrahma nirahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Yang Berhormat Tn Hj Mohammad Pehemi bin Yusof ADUN Kota Putera Yang Berbahagia, Tn. Hj Ab Halim bin Hj Hassan, Pegawai PPD Besut Yang Berbahagia Tn. Hj Wan Zahari bin Wan Ali, Pengetua SMKPNZ. Yang berusaha Haji Amlin, Timbalan Pengerusi PIBG, Ahli –ahli Jawatankuasa PIBG Guru-guru, para ibu bapa dan para pelajar yang saya hormati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Allah swt di atas limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 26 2013. Pertama sekali, saya merakam ribuan terima kasih kepada YB kerana sudi hadir dalam majlis kita pada hari ini walaupun kita tahu YB amat sibuk dengan tugasan . Saya juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas kehadiran tuan/puan, para ibu bapa yang menggambarkan kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan. YB / hadirin dan hadirat sekalian. Bunga selasih di tapak tangan, Dipetik orang harum mewangi, Segunung kasih kami taburkan. Keprihatinan tuan dijunjungi tinggi. Alhamdulillah. Masa terus berlalu, tanpa kita sedar tahun ini, sekolah ini telah mencecah usia 10 tahun. Walaupun begitu, banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha guru- guru di sekolah kita yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kita. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah swt. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Umpamanya, Program Temu Murni Pelajar PMR / SPM dan Program Motivasi dan Kemahiran Belajar. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam

Upload: king-gilgamesh

Post on 17-Jan-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UCAPAN YDP PIBG YANG DI SEDIAKAN UNTUK SEKOLAH RENDAH.

TRANSCRIPT

Page 1: YDP PIBG

YDP PIBG Terima kasih pengacara majlis. Bismilla hirrahma nirahim. Assalamualaikum

warahmatullah hiwabarakatuh. Yang Berhormat Tn Hj Mohammad Pehemi bin Yusof

ADUN Kota Putera Yang Berbahagia, Tn. Hj Ab Halim bin Hj Hassan, Pegawai PPD

Besut Yang Berbahagia Tn. Hj Wan Zahari bin Wan Ali, Pengetua SMKPNZ. Yang

berusaha Haji Amlin, Timbalan Pengerusi PIBG, Ahli –ahli Jawatankuasa PIBG Guru-

guru, para ibu bapa dan para pelajar yang saya hormati sekalian. Bersyukur kita ke

hadrat Allah swt di atas limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi

melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 26

2013. Pertama sekali, saya merakam ribuan terima kasih kepada YB kerana sudi hadir

dalam majlis kita pada hari ini walaupun kita tahu YB amat sibuk dengan tugasan . Saya

juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas kehadiran tuan/puan, para ibu bapa

yang menggambarkan kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan

kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan. 

YB / hadirin dan hadirat sekalian. 

Bunga selasih di tapak tangan, 

Dipetik orang harum mewangi, 

Segunung kasih kami taburkan.

Keprihatinan tuan dijunjungi tinggi. 

Alhamdulillah. Masa terus berlalu, tanpa kita sedar tahun ini, sekolah ini telah mencecah

usia 10 tahun. Walaupun begitu, banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak

sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha guru-guru di sekolah

kita yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kita. Kejayaan ini

juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara

guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah swt. Dalam usaha kita untuk menjana

kecemerlangan ini, pihak PIBG menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan

pelbagai aktiviti. Umpamanya, Program Temu Murni Pelajar PMR / SPM dan Program

Motivasi dan Kemahiran Belajar. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam

bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah seperti Kem

PMR dan SPM serta hadiah kecemerlangan untuk pelajar-pelajar yang berjaya. Pada

hari ini juga kita berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang telah

mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR 2012 yang lalu, di samping sumbangan yang

diberikan oleh pihak sekolah sendiri. Penghargaan seumpama ini diharapkan akan

menjadi titik tolak, membakar semangat para pelajar untuk berusaha lebih gigih

mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Walau

Page 2: YDP PIBG

bagaimanapun, anak-anak sekalian janganlah kita berusaha belajar untuk Berjaya

dengan cemerlang kerana mengharapkan penghargaan dan hadiah semata-mata.

Belajarlah untuk mencapai kecemerlangan bagi mengubah hidup anak-anak pelajar dan

juga keluarga pada masa hadapan kelak. 

YB / hadirin hadirat yang dimuliakan, 

Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah sebahagian

besarnya daripada hasil sumbangan yang kita sumbangkan dalam tabung PIBG

SMKPNZ. Untuk itu, maka saya menyeru kepada para ibu bapa agar tidak mengambil

mudah atau sambil lewa dalam membuat bayaran tambahan (yang tuan-puan kenali

sebagai yuran) supaya tabungan PIBG semakin bertambah untuk kita sama-sama terus

menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan

anak-anak kita juga. Tabungan PIBG tiada mempunyai sumber lain kecuali melalui

sumbangan daripada pihak tuan-puan juga. Begitu juga, saya ingin menyeru kepada

semua yang hadir hari ini agar kita sama-sama memberi sumbangan atau tuan-puan

juga boleh berusaha berganding bahu bersama jawatankuasa pembinaan surau

sekolah, untuk kita sama-sama mengumpul dana demi impian kita melihat sebuah surau

atau yang dinamakan MASJID AL-ZAHIRIAH ini menjadi kenyataan. Supaya memberi

keselesaan kepada anak-anak kita juga untuk menjalani ibadat solat. Malahan pada

hemat saya, sekiranya surau ini sudah boleh digunakan, sudah tentu pihak sekolah

boleh memperhebatkan lagi aktiviti kerohanian anak-anak kita supaya cahaya mata kita

ini akan terus dalam limpah hidayahNYA. Malahan pada pandangan saya, aktiviti

kerohanian akan lebih diperluaskan bukan sahaja melibatkan warga sekolah, malahan

komuniti luar atau masyarakat setempat boleh turut terlibat dalam majlis-majlis ilmu

yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini menggambarkan bahawa keikhlasan, kerjasama

kita semua untuk melihat anak-anak kita dan sekolah ini akan menempa kejayaan bukan

sahaja di dunia malahan di akhirat kelak. Ibu bapa sekalian patut sedar dewasa ini

pelbagai masalah gejala sosial semakin menular dalam kalangan anak-anak muda kita.

Tanpa benteng kerohanian yang utuh, tidak mustahil anak-anak kita juga turut tergelincir

dalam menongkah arus negatif ini. Pelbagai gaya dan pelbagai aksi sudah kita tontoni di

kaca-kaca Televisyen. Mampukah kita berdepan dengan masalah ini jika anak-anak kita

sebahagian daripadanya? Saya juga menyeru kepada para ibu bapa agar mengambil

kesempatan dan juga ruang, malahan jangan sesekali melepaskan peluang sekiranya

dihubungi oleh pihak sekolah untuk hadir ke sekolah bagi berbincang permasalahan

anak-anak tuan-puan. Tutur kata dan tingkah laku anak-anak tuan-puan mungkin tidak

sama semasa di rumah dan juga di sekolah, jadi amatlah wajar sekali seandainya kita

memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah yang ternyata berusaha

Page 3: YDP PIBG

keras malah tulus ikhlas mahu membentuk anak-anak tuan-puan menjadi insan yang

terbilang dari segi akademik jua sahsiah. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan

sahaja bergantung kepada kepada hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak

pentadbir mengurus sekolah, malahan perlu seiringan dengan kecemerlangan murid

dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan

komuniti setempat. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan

mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah semata-mata. Amat molek kiranya kita

boleh duduk berbincang tanpa ada rasa sangsi antara kita. Jika pihak sekolah

mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak tuan-puan dari sekecil-kecil laku

umpama tidak menyiapkan kerja sekolah, membawa kepada masalah ponteng kelas

atau ponteng sekolah kepada sebesar-besar masalah, umpama gejala vandalisme atau

merosakkan harta benda sekolah, pergaduhan sesama mereka malahan juga kes buli,

serta cabul, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap

anak-anak kita. Sewajarnya lah kita memberi kerjasama kepada guru-guru ini dan juga

pihak sekolah. Kita juga harus mengelakkan sikap menunding jari sesama kita, tetapi

patut mengambil jalan tengah penyelesaian secara bersama untuk kebaikan kita

bersama juga.

YB / hadirin dan hadirat sekalian,

 Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan

musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Kita jadikan

diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling lengkap-

melengkapi. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu kita tanganinya bersama.

Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan segera.

Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Saya

merasakan para guru akan merasakan bangga jika kita sebagai ibu bapa sentiasa

mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar,

kecemerlangan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka

dalam menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama Islam. Mereka

juga mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan

selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan

melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-mata. Mungkin sikap

mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika di sekolah. Akhir kata,

sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi

melihat kejayaan anak-anak pelajar semua. Terima kasih yang tidak terhingga saya

kepada Yang Berhormat Tuan Hj Mohammad Pehimi bin Yusoff kerana sudi singgah

Page 4: YDP PIBG

kemari untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah kali ke-

10 tahun 2013. Saya tinggalkan tuan-puan dengan serangkap pantun buat renungan

semua, semoga menjadi panduan dalam kita berusaha mendidik anak-anak kita menuju

kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Sampan kotak hilir mudik,

Dayung patah galah sebatang;

Ikhtiar tidak datang menggolek,

Akal tidak datang melayang