ybhg. dato’ hj abdul fattah hjangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/ekspo-hartanah... ·...
TRANSCRIPT
1
UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO’ HJ ABDUL FATTAH HJ
ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA
2
MAJLIS PENUTUP
PROGRAM PENGUKUHAN,
JARINGAN PERNIAGAAN DAN MINI
EXPO HARTANAH DAN INDUSTRI
BINAAN KOPERASI 2017, PERINGKAT
ZON PANTAI TIMUR
3
ANJURAN
SEKTOR PENERAJU PEMBANGUNAN
HARTANAH DAN INDUSTRI BINAAN
ANGKASA
20 MAC 2017, JAM 12.00
TENGAHARI,
4
HOTEL RENAISSANCE, KOTA BHARU,
KELANTAN
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
5
Terima Kasih Pengacara Majlis
YBhg. Prof. Madya Datuk Hj.
Mohamad Ali Hasan, Naib Presiden
ANGKASA Merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Sektor Hartanah
dan Industri Binaan ANGKASA
6
YBhg. Dato’ Che Mohd Shukree
Che Isa, Pengerusi JPAN Kelantan
Merangkap Ahli Jawatankuasa
Sektor Hartanah dan Industri Binaan
ANGKASA
7
YBrs. Pengarah Suruhanjaya
Koperasi Negeri Kelantan
Ketua-Ketua Jabatan
8
YBrs. Barisan Ahli Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Kelantan
Datuk-Datuk, Datin-Datin, Para
Peserta Bengkel, Pemamer dan
9
Perunding Yang Saya Hormati
Sekalian.
1. Alhamdulilah berkat dengan
kesungguhan semua, kita telah
berjaya menganjurkan Program
10
Pengukuhan, Jaringan Perniagaan
dan Mini Expo Hartanah dan Industri
Binaan Koperasi 2017, Peringkat Zon
Pantai Timur selama 3 hari. Saya
mengucapkan terima kasih kepada
11
peserta yang hadir dan terlibat
dalam program ini.
2. ANGKASA berharap program ini
mencapai objektif yang
diharapkan dan memberi impak
12
positif dalam memperkasakan
hartanah gerakan koperasi kita.
3. Saya mengharapkan program ini
telah memberi manfaat secara
langsung atau tidak langsung
13
kepada koperasi dalam mendalami
ilmu pembangunan hartanah dan
industri binaan.
4. Program ini diharapkan juga
dapat membolehkan koperasi
14
mempromosi dan memperkenalkan
produk dan perkhidmatan mereka
dalam industri hartanah dan bahan
binaan kepada koperasi lain,
seterusnya membantu koperasi
membina kerjasama strategik
15
dengan koperasi lain dan bukan
koperasi. Selain membolehkan
ANGKASA mengumpul koperasi
yang terlibat dalam pembangunan
hartanah dan industri binaan bagi
16
membentuk jaringan perniagaan di
antara koperasi.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
5. Bidang hartanah sangat
berpotensi untuk diterokai koperasi
17
disebabkan permintaan yang tidak
pernah surut, malah menaik
walaupun dalam krisis ekonomi.
Namun tidak banyak koperasi yang
berminat menceburi perniagaan
ini. Di negara kita, hanya 508
18
koperasi terlibat sepenuhnya dalam
sektor hartanah dan pembinaan
dengan sumbangan perolehan
sebanyak RM185.5 juta dan aset
berjumlah RM730.37 juta.
19
6. Salah satu punca utama
koperasi tidak berminat menceburi
bidang ini disebabkan oleh modal
besar yang diperlukan. Oleh sebab
itu, melalui Sektor Hartanah dan
Industri Binaan, ANGKASA telah
20
berjaya membantu menubuhkan
Konsortium Koperasi Hartanah
Berhad yang menggabungkan
koperasi-koperasi yang aktif dalam
pembangunan hartanah supaya
kepakaran, pengalaman dan
21
modal dapat digembelingkan
untuk menjalankan aktiviti
pembangunan hartanah dalam
skala yang lebih besar. Melalui
konsortium ini, diharapkan dapat
22
merangsang pembangunan
hartanah milik koperasi.
7. Ke arah memperkasakan lagi
gerakan koperasi perumahan dan
pembinaan di negara ini, satu
23
Jawatankuasa dibentuk yang
dianggotai oleh koperasi-koperasi
aktif dalam pembangunan
hartanah, badan-badan kerajaan
dan agensi berkaitan seperti
Jabatan Perumahan Negara,
24
Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya
Koperasi Malaysia, Maktab Koperasi
Malaysia, Perumahan Penjawat
Awam 1 dan lain-lain. Antara
peranan yang dimainkan –
25
memperkasakan tanah-tanah milik
koperasi, tanah wakaf yang
diuruskan koperasi serta tanah
koperasi yang telah dicagarkan
kepada SKM untuk dipulihkan dan
26
diperkasakan (ada 9 peranan yang
perlu dimainkan Jawatankuasa ini).
8. Kita mahu bangkitkan koperasi
menjadi antara penyedia utama
perumahan mampu milik yang
27
bukan sahaja terbaik untuk ahli-ahli
tetapi juga menjadi pilihan
masyarakat. Sekarang ini,
perumahan mampu milik kurang
berbanding rumah kos
tinggi/mewah yang memberi
28
keuntungan yang lebih tinggi
kepada pemaju. Kita mahu
gerakan koperasi mengisi
kekosongan ini seperti yang
dilakukan oleh Persatuan Koperasi
Perumahan (HSB Riksforbund) yang
29
bukan sahaja mampu
menyediakan perumahan kos
rendah berkualiti tinggi tetapi juga
mesra alam. Kepakaran utama
koperasi ini dalam pengurusan
30
pembinaan baru dan pembinaan
semula rumah-rumah lama.
9. Untuk makluman semua,
koperasi HSB juga menggunakan
konsep kerjasama dalam
31
mengembangkan perniagaan
mereka dengan bekerjsama
dengan Koperasi Pusat Sweden.
Koperasi ini juga, mengambil
bahagian dalam projek-projek
perumahan di negara-negara
32
membangun contohnya di Afrika
Selatan dan Vietnam.
10. Akhir kata, sebagai koperasi
yang dibina atas dasar kerjasama,
pihak ANGKASA mahu melihat
33
kejayaan koperasi didokong oleh
kesepaduan dan tindakan
kerjasama pada peringkat gerakan
koperasi dan agensi- agensi yang
menyumbang kepada kejayaan
yang cemerlang dan mampan.
34
11. Dengan ini, saya dengan
lafaz Bismillahirrahmanirahim
merasmikan penutupan PROGRAM
PENGUKUHAN, JARINGAN
PERNIAGAAN DAN MINI EXPO
HARTANAH DAN INDUSTRI BINAAN
35
KOPERASI 2017 PERINGKAT ZON
PANTAI TIMUR.
Sekian. Wabillahi Taufik
Walhidayah. Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.