yb dato’ sri rohani abdul karim menteri … yb...strategik untuk kita berkumpul dan sama-sama ......

6
1 UCAPAN PERASMIAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MERANGKAP AHLI PARLIMEN (P.201) BATANG LUPAR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 4 FEBRUARI 2018 DEWAN SUARAH SRI AMAN, SARAWAK

Upload: trananh

Post on 28-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1

UCAPAN PERASMIAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN

MASYARAKAT

MERANGKAP AHLI PARLIMEN (P.201) BATANG LUPAR

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN

KARNIVAL SUKAN RAKYAT

4 FEBRUARI 2018

DEWAN SUARAH SRI AMAN, SARAWAK

2

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam Kekeluargaan, dan

Salam NegaraKu Keluarga Bahagia.

(SALUTASI)

Terima Kasih kepada Saudara/Saudari Pengacara Majlis

PENDAHULUAN Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Di hormati Sekalian,

1. Alhamdulillah, bersyukur ke-hadrat Allah S.W.T. kerana dengan

limpah kurnia dan inayahNya dapat kita bersama-sama berkumpul

dalam PROGRAM KARNIVAL SUKAN RAKYAT pada hari ini.

Terlebih dahulu saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

tuan-tuan dan puan-puan, ahli keluarga dan masyarakat setempat

kerana dapat meluangkan masa hadir bersama-sama

memeriahkan majlis kita pada pagi ini.

2. Terima kasih khusus kepada penganjur bersama program ini iaitu

Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Jabatan Pembangunan Wanita

(JPW) kerana sudi menjemput saya hadir untuk merasmikan

program yang cukup meriah pada hari ini.

3. Dalam usaha untuk mencapai objektif seperti yang dinyatakan

melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah

merangka pelbagai inisiatif melalui program-program turun

padang yang disediakan sebagai platform untuk Kementerian

3

saya serta agensi di bawahnya untuk bertemu dan berinteraksi

serta menawarkan penyampaian perkhidmatan KPWKM dengan

lebih bersepadu bagi memenuhi keperluan dan ekspektasi

kumpulan sasar.

4. Sesuatu yang menarik untuk tahun 2018, saya telah

memperkenalkan Program Touch Points (Titik Sentuhan)

antaranya melalui Karnival Sukan Rakyat seperti hari ini. Karnival

yang berkonsepkan sukan rakyat beserta pameran oleh jabatan

atau agensi merupakan usaha tambahan bagi menyebar luas

perkhidmatan, peranan, fungsi dan inisiatif yang sedang

dilaksanakan oleh KPWKM di samping merapatkan jurang antara

agensi kerajaan dengan penduduk tempatan.

KARNIVAL SUKAN RAKYAT Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Di hormati Sekalian,

5. Idea Karnival Sukan Rakyat ini sebenarnya datangnya dari saya

sendiri. Saya telah memohon jabatan dan agensi di bawah

kementerian saya untuk mengenalpasti beberapa kawasan dan

kampung-kampung yang sesuai untuk diadakan aktiviti ini. Syukur

kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tahniah kepada penduduk

di Sri Aman kerana terpilih sebagai salah satu lokasi yang paling

strategik untuk kita berkumpul dan sama-sama menjayakan

karnival ini.

6. Saya turut dimaklumkan bahawa selaku penganjur, pihak ISM dan

JPW telah memperkenalkan beberapa jenis permainan rakyat yang

4

mencabar untuk dipertandingkan sejak awal pagi tadi seperti

Membawa Bola Ping-Pong Dalam Sudu, Boling Kelapa,

Pertandingan Makan Pisang Terpantas (antara keluarga),

Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Baling Selipar,

Pertandingan Sumpit, Pertandingan Batu Seremban, Pertandingan

Kerusi Beracun dan juga Pertandingan Melukis kategori kanak-

kanak. Pendek kata, pertandingan-pertandingan yang diadakan

mencakupi semua golongan sama ada wanita, lelaki, kanak-kanak,

remaja, dan juga seisi keluarga.

7. Sudah pastinya tuan-tuan dan puan-puan telah melalui saat saat

indah untuk bergembira bersama anak-anak dan jiran tetangga

dengan permainan-permainan sukan rakyat yang telah

berlangsung pagi tadi. Saya juga berharap ini adalah sebagai titik

mula untuk kita kembalikan sukan rakyat yang pastinya dapat

mengeratkan silaturrahim serta secara tidak langsung memberi

kesan positif kepada kesihatan dan kecerdasan tubuh badan kita.

8. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi saya

peluang untuk sama-sama mengimbau dan mengembalikan

semula kenangan zaman kanak-kanak saya.

PROGRAM NO GADGET HOUR: SANTAI BERSAMA KELUARGA

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Di hormati Sekalian,

9. Saya masih teringat pada 21 Januari yang lalu, di Dewan Suarah Sri

Aman ini jugalah, telah melancarkan Program No Gadget Hour:

Santai Bersama Keluarga. Cumanya saya memohon maaf di atas

5

ketidak hadiran saya kerana kekangan tugas yang memerlukan saya

berada di tempat lain. Walaubagaimanapun saya telah pastikan

program dapat diteruskan bersama KSU serta pengurusan tertinggi

Kementerian saya.

10. Antara pengisiannya adalah untuk menerapkan konsep memberi

perhatian kepada keluarga serta masa tanpa gajet. Jadi besarlah

harapan saya bahawa tuan-tuan dan puan-puan telah pun

mengamalkan amalan yang diwar-warkan melalui Kempen No

Gadget Hour yang telah berlangsung bulan lepas.

11. Karnival Sukan Rakyat yang dianjurkan oleh ISM dan JPW pada hari

ini juga membawa maksud yang sama iaitu untuk merapatkan

hubungan antara ahli keluarga serta komuniti melalui aktiviti sukan

tanpa sebarang gajet.

12. Semoga aktiviti yang dijalankan pada hari ini bukan sahaja dapat

memahat memori indah pada anak-anak kita, sama seperti zaman

kita kanak-kanak dahulu yang sering bermain dengan pelbagai

permainan tradisional tetapi juga meluangkan masa yang lebih

berkualiti bersama ahli-ahli keluarga. Tahniah sekali lagi kepada

anda semua terutamanya pemenang-pemenang bagi kategori

yang berbeza. Anda semua memang sporting! Nang Hebat!

13. Saya juga berharap program sebegini dapat diteruskan pada

masa- masa akan datang sama ada di peringkat kampung,

komuniti, negeri dan negara demi mengekalkan kehidupan kita

yang terkenal dengan tradisi dan budaya orang timur.

Kesejahteraan dan hubungan yang dipupuk mampu membawa

6

kepada keharmonian sejagat khasnya dalam kalangan

masyarakat umum.

PENUTUP

14. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

ISM dan JPW selaku penganjur bersama program pada hari ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pejabat Residen

Bahagian Sri Aman, Angkatan Tentera Malaysia, Markas 1

Divisyen, Kompleks Kem Muara Tuang, semua agensi di bawah

kementerian saya serta semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

saya merasmikan KARNIVAL SUKAN RAKYAT di Dewan Suarah, Sri

Aman, Sarawak.

Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalammualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.