ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim yb … … · laporan standard chartered ... pengkhususan...

7
1 UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA SESI ENGAGEMENT DENGAN PENGERUSI / KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT TERSENARAI AWAM DI BURSA MALAYSIA JAM 10.30 PAGI HARI RABU 9 OGOS 2017 DI SALOMA BISTRO DAN RESTAURANT THEATRE PUSAT PELANCUNGAN MALAYSIA (MATIC) JALAN AMPANG KUALA LUMPUR

Upload: phamnguyet

Post on 06-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1

UCAPAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT

SEMPENA

SESI ENGAGEMENT DENGAN PENGERUSI / KETUA PEGAWAI

EKSEKUTIF / AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT TERSENARAI AWAM DI BURSA MALAYSIA

JAM 10.30 PAGI HARI RABU 9 OGOS 2017

DI SALOMA BISTRO DAN RESTAURANT THEATRE

PUSAT PELANCUNGAN MALAYSIA (MATIC) JALAN AMPANG KUALA LUMPUR

2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

PENDAHULUAN 1. Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurnianya kita dapat berkumpul disini pagi ini pada Sesi Engagement

dengan Pengerusi / Ketua Pegawai Eksekutif / Ahli Lembaga

Pengarah Syarikat Tersenarai Awam (PLC) di Bursa Malaysia.

Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama

dengan saya dan pengurusan tertinggi Kementerian Pembangunan

Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) demi kepentingan

agenda pemerkasaan wanita Malaysia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

2. Dasar untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus

wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat telah

diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada Jun 2011. Dasar

tersebut bertujuan untuk meningkatkan bilangan wanita yang

kompeten untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah

dalam syarikat PLC di Bursa Malaysia. Usaha tersebut pastinya

dapat meningkatkan sumbangan mereka kepada pembangunan

ekonomi negara.

3. Bagi mencapai matlamat ini, Kerajaan telah mengambil pendekatan

persuasive berbanding dengan negara lain seperti Norway, Spain

dan Australia yang mempunyai legislated targets serta quotas.

Laporan Standard Chartered Bank pada tahun 2012 iaitu Women On

Boards: Hang Seng Index menunjukkan bahawa syarikat yang

3

mempunyai bilangan ahli lembaga wanita mempunyai prestasi yang

lebih baik berbanding dengan syarikat yang tidak mempunyai ahli

lembaga pengarah wanita.

4. Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

menggunakan peletakan wanita sebagai ahli lembaga pengarah

dalam PLC sebagai salah satu indikator untuk mengukur pencapaian

wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor korporat.

Berdasarkan statistik daripada Bursa Malaysia sehingga 31 Mac

2017, terdapat 12.3 peratus peletakan wanita sebagai ahli lembaga

pengarah dalam PLCs di Bursa Malaysia berbanding 7.7 peratus

pada tahun 2011. Statistik Bursa Malaysia tersebut juga

menunjukkan bahawa sejumlah 385 dari 924 PLCs di Bursa Malaysia

tidak mempunyai seorang pun ahli lembaga pengarah wanita.

5. Bagi Top 100 PLCs berdasarkan modal pasaran di Bursa Malaysia

pula, peletakan wanita sebagai ahli lembaga pengarah telah pun

mencapai 17.7 peratus iaitu hampir dengan sasaran 18.0 peratus

yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi tahun 2017.

Walaubagaimana pun, statistik Bursa Malaysia juga menunjukkan

bahawa masih terdapat 22 dari 100 Top PLCs tersebut tidak

mempunyai seorang pun wanita sebagai ahli lembaga pengarah

syarikat. Adalah jelas bahawa jumlah peratusan tersebut masih

rendah dan belum mencapai sasaran 30 peratus seperti yang telah

ditetapkan oleh Kerajaan pada tahun 2011.

STATUS TERKINI

4

6. Pada 26 April 2017, pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah pun

mengumumkan Malaysian Code Of Corporate Governance (MCCG)

2017. Usaha ini adalah bertujuan antara lain bagi memastikan Top

100 PLCs berdasarakan modal pasaran di Bursa Malaysia melantik

lebih ramai wanita serta meningkatkan wanita sebagai ahli lembaga

pengarah syarikat menjelang 2020. Antara lain MCCG tersebut

menyatakan bahawa :-

a. Lembaga Pengarah Syarikat perlu menyatakan dengan jelas

dalam laporan tahunannya mengenai polisi diversity gender ,

sasaran syarikat serta langkah-langkah untuk mencapai

sasaran tersebut. Untuk Syarikat Besar, Lembaga Pengarah

Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya 30 %

wanita.

b. Definisi Syarikat Besar :

i. Syarikat - syarikat dalam Senarai 100 Teratas Indeks

FTSE Bursa Malaysia ; atau

ii. Syarikat yang mempunyai modal pasaran (market

capitalization) berjumlah RM 2.0 bilion dan ke atas, pada

permulaan tahun kewangan syarikat tersebut.

PERKEMBANGAN TERKINI 7. Memandangkan masih terdapat sebilangan besar PLCs di Bursa

Malaysia yang masih belum mencapai sasaran 30% wanita sebagai

ahli lembaga pengarah seperti yang dihasratkan, Kerajaan telah

membuat keputusan pada Julai 2017 agar semua PLCs diberi

5

tempoh sehingga 2020 bagi berbuat demikian. Pada masa yang

sama, YAB Perdana Menteri telah juga mengumumkan bahawa

menjelang 2018 Kerajaan akan “name and shame“ mana-mana Top

100 PLCs berdasarkan modal pasaran di Bursa Malaysia

berdasarkan modal pasaran di Bursa Malaysia yang masih belum

mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30% wanita sebagai ahli

lembaga pengarah dalam syarikat masing - masing.

CABARAN MASA KINI Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Terdapat beberapa cabaran dalam usaha untuk mencapai sasaran

sekurang-kurangnya 30% wanita sebagai ahli lembaga pengarah

syarikat di Bursa Malaysia. Antaranya :

a. memastikan 106 wanita sebagai ahli lembaga pengarah

syarikat dalam Top 100 PLCs berdasarkan modal pasaran di

Bursa Malaysia menjelang 2020;

b. peranan dan pengaruh media dalam meningkatkan

marketability dan visibility calon wanita sebagai ahli lembaga

pengarah syarikat ; dan

c. penyelarasan dan perkongsian maklumat di kalangan

stakeholders berkenaan mengenai dasar untuk mencapai

sasaran sekurang-kurangnya 30 % wanita diperingkat

pembuat keputusan dalam sektor korporat.

CADANGAN

6

9. Saya amat berbesar hati jika dapat dilaksanakan program mentoring

yang merupakan sesi knowledge sharing di antara mentor dan

mentee yang selalunya mempunyai bidang kerjaya dan

pengkhususan yang sama akan dibuat dimana mentor akan

membantu mentee untuk mengembangkan potensi.

10. Ia juga diharapkan akan menjadi sesi networking antara calon wanita

yang berkelayakan bersama dengan pengerusi / ahli lembaga

pengarah syarikat tersenarai awam dan atau tokoh korporat lain.

11. Program ini merupakan ‘pipeline’ bagi menyediakan calon wanita

yang berkelayakan untuk dilantik sebagai jawatan C-Suite seperti

CEO, COO dan CFO.

PENUTUP Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Saya amat berharap bahawa kita dapat meningkatkan kerjasama

dikalangan semua stakeholders bagi menjayakan semua dasar

program dan aktiviti yang dirancangkan supaya dapat mencapai

aspirasi Kerajaan ini.

13. Dalam hal yang sama, saya berharap semua pihak yang hadir pada

hari ini dapat memberikan pandangan, ulasan dan komen dalam sesi

engagement sebentar lagi dalam usaha merealisasikan dasar untuk

mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30% wanita dalam PLC

menjelang 2020 seperti yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri

pada Julai 2017. Sesi engagement hari ini juga adalah bertujuan

untuk mengalakkan PLCs supaya melantik lebih ramai serta

7

seterusnya meningkatkan peletakan wanita sebagai ahli lembaga

pengarah syarikat masing - masing bagi mencapai dasar tersebut.

14. Di samping itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua

pihak di atas penganjuran sesi engagement pada hari ini .

Sekian , terima kasih.