yangamatberhormat perdanamenterimalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di...

28
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Pejabat Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62512 PUTRAJAYA Yang Amat Berhormat, Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah 2012 Selaras dengan peruntukan seksyen 14(5) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dengan ini mengemukakan laporan tahunan mengenai penunaian fungsi Jawatankuasa Khas ini kepada Yang Amat Berhormat untuk dibentangkan di setiap Majlis Parlimen. YB Senator Tan Sri Abu Zahar Bin Ujang Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Tarikh : 2 Disember 2013 JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH ARAS 7, KOMPLEKS D, BLOK D6 Tel : 603-8886 7018 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faks : 603-8888 9568 PETI SURAT 6000 62007 PUTRAJAYA

Upload: others

Post on 01-Jul-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

Yang Amat BerhormatDato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakPerdana Menteri MalaysiaPejabat Perdana MenteriBangunan Perdana PutraPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62512 PUTRAJAYA

Yang Amat Berhormat,

Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah 2012

Selaras dengan peruntukan seksyen 14(5) Akta Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia 2009 (Akta 694), saya selaku Pengerusi Jawatankuasa KhasMengenai Rasuah dengan ini mengemukakan laporan tahunan mengenaipenunaian fungsi Jawatankuasa Khas ini kepada Yang Amat Berhormat untukdibentangkan di setiap Majlis Parlimen.

YB Senator Tan Sri Abu Zahar Bin UjangPengerusiJawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

Tarikh : 2 Disember 2013

JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAHARAS 7, KOMPLEKS D, BLOK D6 Tel : 603-8886 7018PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faks : 603-8888 9568PETI SURAT 600062007 PUTRAJAYA

Page 2: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

“I Want ToMake Corruption

Part OfMalaysia’s Past,Not Its Future.”

YAB DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAKPERDANA MENTERI MALAYSIA

Page 3: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

3

LAPORAN TAHUNANJAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH 2012

1. LATARBELAKANG

1.1 PENGENALAN

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dibentuk melaluiseksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009(Akta 694). Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh tujuh (7) orangyang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri dari kalanganAhli Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perlantikan Ahli-Ahli JKMRini adalah untuk tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 24 Mei2013 hingga 23 Mei 2016. Keanggotaan JKMR adalah sepertiberikut:

BIL. NAMA AHLI AHLI DEWAN

1. YB SENATOR TAN SRI ABU ZAHARBIN UJANG (Pengerusi) YDP Dewan Negara

2. YB SENATOR DATUK DORIS SOPHIA Timb. YDPAK BRODI Dewan Negara

3. YB DR. TAN SENG GIAW Ahli Dewan Rakyat

4. YB DATO’ IRMOHIZAM BIN IBRAHIM Ahli Dewan Rakyat

5. YB DATO’ FAUZI BIN ABD RAHMAN Ahli Dewan Rakyat

6. YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN Ahli Dewan Rakyat

7. YB SENATOR TUAN MOHAMAD EZAMBIN MOHD NOR Ahli Dewan Negara

Page 4: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

YBSenatorTanSriA

buZaharbinUjang

Pen

ge

rusiJKM

R

YBSenatorDatuk

DorisSophiaAk

Brodi

AHLI-AHLIJKM

R

YBDato’Irm

ohiza

mbinIbrahim

YBDato’Fauzib

inAbdRahman

YBSenatorTua

nMohamadEzam

binMohdNor

YBDr.Ta

nSeng

Giaw

YBDato’Takiyud

din

binHassan

Page 5: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

5

Penyampaian watikah perlantikan ahli-ahli JKMR oleh DYMM Yang diPertuan Agong di Istana Negara

1.2 FUNGSI DAN BIDANG KUASA

Fungsi dan bidang kuasa JKMR diperuntukkan di bawah seksyen14(a) hingga 14(d) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia2009 (Akta 694) seperti berikut:

(a) untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apaaspek masalah rasuah di Malaysia;

(b) untuk memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya;

(c) untuk memeriksa ulasan Lembaga Penasihat PencegahanRasuah tentang penjalanan oleh Suruhanjaya akanfungsinya di bawah Akta ini; dan

(d) untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenailaporan tahunan Suruhanjaya dan ulasan LembagaPenasihat Pencegahan Rasuah.

Page 6: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

6

Selaras dengan peruntukan seksyen 14(5) Akta SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), JKMR jugabertanggungjawab untuk menyediakan laporan tahunan mengenaipenunaian fungsinya kepada Perdana Menteri yang akankemudiannya membentangkan laporan tahunan tersebut di DewanRakyat dan Dewan Negara.

Penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2012 dan Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) 2012oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah pada 6 November 2013

di Parlimen.

Page 7: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

7

2. ULASAN

2.1 LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012

2.1.1. JKMRmemberi perhatian yang amat serius mengenai ketirisandan salahlaku berhubung pendedahan Laporan Ketua AuditNegara 2012. Walaupun pelbagai inisiatif dan penambahbaikantelah dilaksanakan oleh Kerajaan, namunmasih ada segelintirindividu yang meminggirkan nilai-nilai integriti lantaran sifattamak dan mementingkan diri sendiri yang telah menjejaskanimej kerajaan dan perkhidmatan awam keseluruhannya. Inijuga menyebabkan ketidakpercayaan rakyat danmenimbulkanpersepsi-persepsi negatif kepada agensi-agensi awam.Pada masa kini mengikut undang-undang yang sedia ada,ketidakpatuhan dan kecuaian tidak boleh di bawa kemahkamah kerana ia bukan bersifat jenayah dan hanyamelibatkan tindakan tatatertib atau surcaj semata-mata.

2.2 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Sungguhpun Laporan JKMR 2011 telah mencadangkan supayabeberapa peruntukan undang-undang dipinda dan diwujudkandemi menambah keberkesanan usaha mencegah rasuah, namunJKMR mendapati masih tiada perlaksanaan dibuat berhubungsaranan-saranan ini. Antara saranan-saranan yang telah dikemukakanadalah melibatkan pindaan terhadap peruntukan undang-undangseperti Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

2.2.1 Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009

Seksyen ini telah memperuntukkan kesalahanmenggunakanjawatan atau kedudukan untuk memperolehi apa-apasuapan sama ada untuk dirinya, saudaranya atausekutunya. Takrifan suapan ini melibatkan pemberiantender, projek, kontrak atau apa-apa perolehan termasuktanah oleh seseorang penjawat awam termasuk anggotapentadbiran bagi faedah dirinya.

Senario yang berlaku pada hari ini, seseorang penjawatawam atau anggota pentadbiran sesebuah pentadbiran

Page 8: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

8

pusat atau negeri telah dapat mengeksploitasi kelomponganundang-undang ini yang mana menyebabkan SPRM sukarmembuktikan kesalahan rasuah di bawah peruntukan ini. Inikerana keputusan pemberian sebarang projek, tender atauperolehan yang memihak kepada diri sendiri atau sekutunyadianggap sah dengan hanya seseorang itumengisytiharkankepentingannya dan keluar dari mesyuarat. Perbuatan yangbersifat legally right but morally wrong ini menyebabkantindakan tidak dapat diambil walaupun seseorang anggotapentadbiran atau penjawat awam itu menganugerahkanprojek kepada sekutu mereka dengan nilai projek atau hartayang berskala besar. Ini telah menimbulkan stigma danpersepsi negatif di kalangan rakyat bahawa Kerajaan telahmengamalkan selective prosecution sedangkan hakikatnyaadalah peruntukan undang-undang ini sudah dapat di kesankelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi olehpihak-pihak atau individu-individu yang berkuasa.

2.2.2 Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009

Seksyen ini merupakan satu peruntukan untuk memperolehimaklumat berkaitan pemilikan harta seseorang individuberdasarkan penyiasatan yang telah dibuat oleh SPRM dankemudiannya mempunyai alasan munasabah bahawa apa-apa jumlah wang atau harta benda yang dipegang olehseseorang itu adalah merupakan kesalahan rasuah, makabarulah notis pengisytiharan harta boleh dikeluarkan. Inibermaksud bahawa SPRM tidak boleh secara terus memintaseseorang individu itu untuk mengisytiharkan kewangan atauharta benda mereka tanpa ada siasatan awal dibuat terlebihdahulu.

JKMR dan juga masyarakat melihat isu ini sebagai satukekangan kepada kerajaan dan SPRM untuk membanterasrasuah dengan berkesan kerana didapati terdapat sesetengahanggota pentadbiran ataupun penjawat awam mempunyaiharta kekayaan yang berlebihan dan tidak sepadan denganpendapatan yang diperolehi.

Page 9: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

9

Ini berbeza di Hong Kong yang mana Seksyen 10, Preventionof Bribery Ordinance (PBO), Hong Kong, yang mempunyaipersamaan dengan Seksyen 36 Akta SPRM 2009, yangmana seseorang yang disyaki memiliki harta kekayaan yangberlebihan dikehendaki memberi keterangan di mahkamahtentang pemilikan harta kekayaan tersebut tanpa perlunyasiasatan awal.

2.3 PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENCEGAHANRASUAH

2.3.1. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuahyang bertanggungjawab bagi urusan perlantikan, pengesahan,kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan PegawaiSPRMmerupakan satu keperluan yang penting dan mustahak.JKMR berpandangan bahawa isu ini memerlukan tindakanyang segera daripada pihak Kerajaan kerana SPRMmemerlukan tenaga kerja yang profesional dan berkepakarantinggi dalam pelbagai bidang bagi menangani pola jenayahrasuah yang semakin rumit dan merentasi batasanantarabangsa. Namun JKMR dimaklumkan bahawa isu initelah dipersetujui pada dasarnya oleh YAB Perdana Menteri.Oleh kerana objektif ini melibatkan pindaan PerlembagaanPersekutuan, maka ianya hanya akan dapat dicapai sekiranyamajoriti 2/3 Ahli-Ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini.

Justeru, Ahli-Ahli JKMR yang mewakili semua Parti Politik diDewan Rakyat komited menyokong objektif ini. Ahli-AhliJKMR akan berusaha memastikan terlebih dahulu bahawapindaan ini disokong tidak kurang daripada 2/3 jumlahAhli-Ahli Dewan tersebut, apabila pindaan yang berkenaandibentangkan untuk kelulusan.

2.4 PERLANTIKAN KETUA PESURUHJAYA DI BAWAH PERLEMBAGAANPERSEKUTUAN

2.4.1. Pada masa kini, perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalahterletak dibawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia 2009, iaitu perlantikannya dibuat olehYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Ini

Page 10: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

10

bermaksud Ketua Pesuruhjaya boleh diambil tindakantatatertib termasuk penamatan perkhidmatan sepertimanapenjawat awam yang lain dan ini tidak mencerminkanketelusan dan kebebasan jawatan Ketua Pesuruhjaya itusendiri.

2.4.2. Sehubungan itu, perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perludiperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan danwajar dinaikkan tarafnya setanding dengan jawatan-jawatanpenting Negara seperti Peguam Negara dan Ketua AuditNegara bagi menjamin ketelusan dan kebebasan SPRM.Dengan cara ini, perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM tidakdipengaruhi mana-mana parti politik yang memegangtampok pemerintahan negara. JKMR yang terdiri daripadapelbagai keahlian parti politik, yang menyokong sepenuhnyaperkara ini hendaklah terlebih dahulu menentukan supayapindaan yang dicadangkan, akan mendapat sokongan tidakkurang daripada 2/3 jumlah Ahli-Ahli Dewan Rakyat apabilaianya dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan.

2.5 DANA POLITIK

2.5.1. JKMR menyedari wujudnya persepsi kurang baik olehsesetengah masyarakat terhadap ahli-ahli politik. Ahli-ahlipolitik sering dikaitkan dengan politik wang, rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan. Faktor utama yang menyumbangkepada ketidakpercayaan ini adalah disebabkan, antaranyasumbangan dana politik yang diterima tidak diuruskan secarasistematik, tidak telus, tidak direkod, dan dimasukkan kedalam akaun peribadi individu-individu atau sebagainya olehpihak-pihak yang berkepentingan.

2.5.2. JKMR difahamkan bahawa, isu ini telah dicadangkan dansepatutnya diimplimentasikan dalam program NKRA dibawah Government Transformation Program (GTP) 1.0pada tahun 2009 dan diteruskan di bawah GovernmentTransformation Program (GTP) 2.0 untuk diimplementasikankepada parti-parti politik. Antara saranan yang dibuat adalahparti-parti politik dikehendaki mengisytiharkan apa jua punca

Page 11: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

11

atau bentuk sumbangan kewangan sesebuah parti itu danhendaklah dimasukkan ke dalam akaun parti serta ianyaboleh diaudit pada bila-bila masa bagi tujuan akauntabilitidan pemantauan rapi oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan.Sumbangan kepada parti-parti politik juga hendaklahdirekodkan. JKMR juga dimaklumkan bahawa perlaksanaanini mungkin melibatkan pindaan terhadap beberapaperuntukan undang-undang seperti Akta PendaftaranPertubuhan 1966, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah2009 dan Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957. Namunsehingga kini, isu ini masih tidak jelas tentang perlaksanaannya.

2.6 KEBEBASAN SPRM

2.6.1. JKMR mengakui bahawa SPRM adalah suruhanjaya yangbebas dalam melaksanakan tugas dan operasi membanterasrasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan tanpa adacampurtangan mana-mana pihak. Namun oleh keranaanggota pentadbiran masih menjawab soalan-soalan yangditimbulkan oleh Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat danDewan Negara, maka wujudlah persepsi rakyat bahawaSPRM masih tidak bebas dan masih di bawah kawalan kuasaJabatan Perdana Menteri.

2.6.2. Justeru, JKMR berpendapat bahawa Kerajaan wajarmemikirkan secara serius untuk mewujudkan suatumekanisme yang sewajarnya bagi mengatasi persepsi negatifini.

2.7 LATIHAN

2.7.1. Bagi melahirkan seseorang pegawai penyiasat yangberkemahiran tinggi dan berpengetahuan, maka sudahsemestinya latihan yang khusus, terkini dan berterusandiperlukan. Oleh itu, memandangkan jenayah rasuahmerupakan satu jenayah yang bersifat rumit dan terancang,maka pegawai-pegawai penyiasat SPRM mestilah dilengkapidengan ilmu pengetahuan yang tinggi mengikut keadaansemasa.

Page 12: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

12

2.7.2. Justeru, JKMR amat prihatin tentang peruntukan dana yangsecukupnya kepada SPRM untuk melaksanakan semua bentuklatihan yang sepatutnya samaada dari dalam atau luarNegara. Ini penting bagi meningkatkan kepakaran dan ilmudalam semua bidang yang berkaitan untuk membanterasgejala jenayah rasuah.

2.8 ISU NATIONAL FEEDLOT CORPORATION (NFC)

2.8.1. Kerajaan telah memberi mandat kepada NFC bagimenjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektifutama untuk meningkatkan populasi ternakan lembu danpengeluaran daging negara. Namun isu ketirisan danpenyelewengan berkaitan Projek NFC ini telah dilihatmemberi tamparan yang besar kepada negara dalam usahamentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektifdalam penyampaian perkhidmatan dan menangani ketirisan.Penyalahgunaan Pinjaman Mudah (Soft Loan) oleh NFCdalam melaksanakan Projek NFC adalah merupakan redflags kepada kelemahan amalan, sistem dan tatacara kerjaprojek besar di bawah kendalian Kementerian Pertanian danIndustri Asas Tani.

2.8.2. SPRM telah menjalankan pemeriksaan berkaitan projek NFCdimana SPRM telah mengenalpasti beberapa kelemahanyang melibatkan undang-undang, dasar serta sistem danprosedur kerja. Justeru, JKMR menerima, meneliti danmenyokong cadangan penambahbaikan oleh SPRM bagimengelakkan kes seperti ini tidak berulang di masa akandatang. Antara kelemahan-kelemahan berserta cadanganpenambahbaikan yang dikenalpasti oleh SPRM adalah:

(a) Proses pinjaman mudah (soft loan)

KelemahanSPRM mendapati tidak ada sebarang tatacara yangkhusus berhubung keseluruhan proses pinjamanmudah.

Page 13: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

13

Cadangan SPRMMencadangkan kepada Kementerian Kewangan untukmenyediakan satu garis panduan yang standard, jelasserta telus berhubung dengan pinjaman mudah untukmemastikan perkara ini jelas dan mudah difahami bagimengelakkan persepsi negatif atau keraguan.

(b) Garis Panduan Penetapan Jumlah dan FaedahPinjaman Mudah

KelemahanSPRMmendapati tiada garis panduan tentang penetapanjumlah pinjaman dan faedah yang dikenakan yangmana jumlah pinjaman dan faedah adalah berdasarkankuasa Menteri dengan syor daripada KementerianKewangan.

Cadangan SPRMMenyediakan kriteria yang jelas untuk menentukanjumlah sesuatu pinjaman mudah serta memastikanpermohonan tersebut dibentangkan di kabinet terlebihdahulu untuk kelulusan.

(c) Peranan Authorized Technical Officer (ATO)

KelemahanSPRM mendapati pada awalnya dibentuk jawatankuasateknikal iaitu Authorized Technical Commitee (ATC) yangdianggotai oleh empat agensi. Namun status telahditukar daripada ATC kepada Authorized TechnicalOfficer (ATO) yang hanya melibatkan satu agensi iaituJabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Peranan ATO jugatidak dinyatakan dengan jelas yang hanya menyemakpernohonan pengeluaran wang dari Special LoanAccount (SLA) untuk kerja-kerja teknikal sahaja. Cadanganperlantikan ATO yang dinamakan oleh peminjam(borrower) membolehkan syarikat mempunyai ruangdan peluang untuk memanipulasi.

Page 14: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

14

Cadangan SPRMSPRM mencadangkan pembentukan ATC adalah lebihsesuai untuk tugas-tugas verifikasi berbanding memberikuasa hanya kepada individu (ATO). Peranan dantanggungjawab ATO/ATC juga perlu dibuat sebelumperlaksanaan projek. ATO perlu membuat verifikasiterhadap semua pengeluaran dari akaun SLA. PenamaanATC dan ATO hendaklah dibuat oleh pihak Kerajaan.

(d) Pemilihan Syarikat (Due Diligence)

KelemahanSPRM mendapati Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani gagal untuk memilih syarikat yang benar-benarkompeten bagi menjalankan projek Pusat Fidlot Nasionalkerana pemilihan syarikat ini dikategorikan sebagaiPerolehan Perkhidmatan. Tatacara yang digunakan jugaadalah tender terhad tetapi syarikat syarikat yangdiberikan peluang untuk mengemukakan kertas kerjatidak mempunyai latar belakang teknikal dan kewanganyang kukuh.

Cadangan SPRMKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlumembuat kajian secara mendalam untuk memilihsyarikat yang benar-benar kompeten bagi menjalankanprojek Pusat Fidlot Nasional sama ada aspek kewanganatau pengalaman. Untuk itu proses due diligence perludilaksanakan terhadap syarikat yang berkenaan.

(e) Peranan Ahli Lembaga Pengarah

KelemahanKerajaan memiliki one golden share dalam NFC yangmelibatkan dasar atau keputusan yang berkaitankepentingan nasional/rakyat. Walau bagaimanapunperanan Ahli Lembaga Pengarah kurang dimainkan.Agensi yang terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarahadalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,

Page 15: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

15

Kementerian Kewangan dan Menteri Besar NegeriSembilan Incorporated (MBI).

Cadangan SPRMSPRM mencadangkan supaya disediakan garis panduanmengenai peranan dan tanggungjawab Ahli LembagaPengarah yang mewakili kerajaan di dalam SyarikatBerkaitan Kerajaan (GLC)/Syarikat Milik Kerajaan/SyarikatMenteri Diperbadankan (MKD) bagi memastikanmereka mengamalkan profesionalisme dalam menjagakepentingan kerajaan.

(f) Kod Etika Anggota-Anggota Pentadbiran

KelemahanSPRM mendapati tidak terdapat sebarang peruntukandi dalam Kod Etika atau Peraturan-Peraturan bagi AnggotaPentadbiran yang menghendaki mereka mengisytiharkankepentingan sekiranya ahli keluarga mereka yang terdekatmendapat kemudahan pinjaman daripada mereka.

Cadangan SPRMSPRM mencadangkan supaya semua anggotapentadbiran mengisytiharkan kepentingan sekiranyaada ahli keluarga terdekat yang mendapat kemudahanpinjaman daripada kerajaan yang boleh memberipersepsi negatif kepadaKerajaan.

(g) Pengisytiharan Kepentingan Kepada Kabinet

KelemahanProjek NFC tidak dibentangkan di Kabinet dan MenteriKewangan ketika itu meluluskan peruntukan sebanyakRM 250 juta kepada NFC dengan bayaran balik padakeuntungan 2% dan RM 13 juta geran bantuanmenggunakan kuasa yang termaktub dalam AktaTatacara Kewangan 1957, seksyen 6 Akta PinjamanPembangunan 1966 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil4 Tahun 1989.

Page 16: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

16

Cadangan SPRMSPRM mencadangkan supaya setiap projek kerajaandimandatorikan iaitu yang melibatkan rundingan terus,Pinjaman Mudah, Grant dan kemudahan-kemudahanlain kewangan. Ia juga hendaklah dibentangkan kekabinet terutama projek yang melibatkan AnggotaPentadbiran dan keluarga atau sekutunya mempunyaikepentingan.

Anggota pentadbiran juga hendaklah mengisytiharkankepentingan mereka sekiranya dalam melaksanakantugas rasmi, mereka berhadapan dengan kepentinganperibadi yang bercanggah dengan kepentingan awam.Contohnya permohonan daripada keluarga/sekutu ataukeistimewaan yang diberikan kepada keluarga/sekutu.

(h) Penyelarasan daripada Agensi yangdipertanggungjawabkan (care taker)

KelemahanSPRM mendapati projek ini melibatkan empat agensiseperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pertaniandan Industri Asas Tani, Menteri Besar Negeri SembilanIncorporated (MBI) dan Unit Perancangan Ekonomi,namun tidak ada dinyatakan secara jelas dan rasmiagensi manakah yang menjadi care taker. Peranan inimenyebabkan setiap agensi memainkan perananberdasarkan bidang kuasa masing-masing dan kurangbekerja sama dalammenjayakan projek ini menyebabkansyarikat membuat keputusan tanpa berbincang denganagensi yang terlibat.

Cadangan SPRMSPRM mencadangkan supaya diwujudkan Care Takersebagai Agensi Penyelaras bagi semua agensi yangterlibat terutama projek yang berimpak tinggi. CareTaker ini berperanan memantau keseluruhan projek.

Page 17: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

17

(i) Kelulusan Dasar

KelemahanKelulusan dasar mengenai projek ini tidak didokumenkansecara teratur.

Cadangan SPRMSPRM mencadangkan satu standard dokumentasidisediakan apabila satu kelulusan dasar dibuat terutamamelibatkan kepentingan Negara.

(j) Kajian Awal Projek

KelemahanSPRM mendapati tidak ada sebarang kajian yangdijalankan sebelum projek ini dilaksnakan sama adakajian kemungkinan atau kajian pasaran menyebabkanpihak syarikat gagal untuk mrncapai objektif yangditetapkan.

Cadangan SPRMSPRM mencadangkan supaya kajian terperinci terhadapprojek dibuat sebelum ianya dijalankan bagi mengelakkansebarang kesulitan semasa perlaksanaan termasukmengadakan risk assessment and management.

(k) Perjanjian Pinjaman

KelemahanSPRM mendapati tiada sebarang klausa di dalamperjanjian yang melarang sebarang penubuhan anaksyarikat dan pengeluaran wang daripada Special LoanAccount (SLA) disalurkan ke akaun anak syarikat atausyarikat lain. Perjanjian juga membenarkan wangpinjaman dikeluarkan untuk disimpan dana SimpananTetap (Fixed Deposit).

Page 18: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

Cadangan SPRMPerjanjian pinjaman perlu dibuat perincian dan perlumenyebelahi pihak kerajaan dan menjaga kepentingankerajaan kerana dana yang dikeluarkan adalah daripadaduit rakyat. SPRM juga mencadangkan wang pinjamanhanya boleh dikeluarkan untuk tujuan asal pinjaman itudiberikan sebagaimana dalam Kertas Cadangan yangasal.

(l) Perjanjian Perlaksanaan

KelemahanKementerian Industri Asas Tani gagal untuk menyediakankeperluan ladang ternakan iaitu menyediakan rumahsembelihan seperti yang termaktub dalam perjanjianperlaksanaan. Kementerian juga lewat menandatanganiPerjanjian Perlaksanaan yang implikasinya menyebabkantindakan yang dilaksanakan sebelum perjanjian sukardiambil tindakan sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran.

Cadangan SPRMKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlumengadakan satu perjanjian induk yang merangkumiperjanjian pinjaman dan perjanjian perlaksanaan supayamemudahkan penyelarasan pemantauan projek dibuat.

2.8.3. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan oleh SPRMterhadap kes NFC ini yang telah merugikan negara, JKMRmenggesa Kerajaan memastikan projek-projek atau pinjamanmudah yang berskala besar seperti yang berlaku padaNational Feedlot Coporation (NFC) tidak akan berulang lagipada masa hadapan. JKMR juga menggesa supayacadangan-cadangan yang dikemukakan oleh SPRMkepada pihak Kerajaan terutamanya KementerianKewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani hendaklah diberi perhatian dan diambil tindakanserius dan efektif.

18

Page 19: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

2.9 ISU SIASATAN DAN PENDAKWAAN KES MELIBATKAN TUN LINGLIONG SIK

2.9.1. JKMR dimaklumkan bahawa kes ini disiasat oleh Polis Di RajaMalaysia (PDRM), namun JKMR memandang serius sebarangisu yang melibatkan kerugian kepada negara. Kesalahan inijuga termasuk dalam ‘prescribed offence’ atau kesalahanditetapkan di bawah Akta SPRM 2009. Sesetengah rakyatjuga mula mempersoalkan perjalanan kes ini keranamenampakkan kelemahan-kelemahan proses siasatan danpendakwaan. JKMR menggesa supaya siasatan kes-kesyang berprofil tinggi termasuklah kes ini dapat dilaksanakandengan teliti, terperinci dan menyeluruh dari segipengumpulan bukti-bukti dan keterangan saksi-saksi pentingsupaya terdapat kes prima facie sebelum pendakwaandibuat di mahkamah. Pegawai-pegawai Penyiasat yangmenyiasat kes berprofil tinggi seperti ini juga hendaklahterdiri dari Pegawai Penyiasat yang berpengalaman danbenar-benar berkemahiran supaya shoddy investigationtidak berulang.

2.10 ISU-ISU PENDIDIKAN MASYARAKAT

2.10.1. Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) telah menyusunkemas strategi komunikasi yang bertujuan untukmeningkatkan keyakinan masyarakat terhadap usahapencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh kerajaan danSPRM. Pembentukan strategi dibuat berdasarkan kepada 4fokus utama iaitu; program, kumpulan sasaran, mesejdan rakan strategik. Strategi komunikasi merangkumikomunikasi bersemuka, media massa dan media sosial.Medium komunikasi ini merangkumi portal rasmi SPRM,Blog rasmi www.ourdifferentview.com, Facebook SPRM,Laman twitter SPRM, Galeri Flickr SPRM, MACCTube –YouTube, FoMACC SPRM dan E-newsletter.

2.10.2. Dalam usaha untuk mendapatkan dan memelihara sokon-gan masyarakat, perlu ada rakan strategik yang turutmembantu usaha SPRM. Rakan Strategik ini bukan sahajamembantu untuk meningkatkan lagi impak program dengan

19

Page 20: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

kos yang rendah, tetapi juga dapat meluaskan lagi wadahuntuk SPRM serta turut menjadi key communicator. Rakanstrategik adalah individu atau organisasi yang telah menun-jukkan kesungguhan untuk turut sama membantu usahaSPRM dalam usaha memerangi rasuah. Program sepertiSekretariat Pencegahan Rasuah di Institut PengajianTinggi (IPT), Perjanjian Persefahaman (MOU) denganbeberapa organisasi lain, syarikat yang menandatanganiIntegriti Ikrar Korporat (CIP), perkongsian pintar dansebagainya turut dilaksanakan sebagai salah satu strategipendidikan masyarakat.

2.10.3. Bagi tahun 2012 Bahagian PenMas telah diperuntukkansejumlah RM3,189,000.00 bagi Gaji, Upah, Elaun-Elaun danPelbagai Faedah Kewangan dan sebanyak RM2,371,500.00diperuntukan bagi pelaksanaan program dan aktiviti.Sekiranya dilihat di negara luar seperti Hong Kong yangmemperuntukkan sejumlah wang yang agak besar bagimenyebarkan maklumat dan mendidik rakyat membencirasuah, seharusnya program mendekatkan masyarakat diMalaysia juga hendaklah dipergiatkan. Setelah dimaklumkanbahawa SPRM mengalami kekurangan peruntukanterutama melibatkan promosi-promosi pencegahan rasuahmelalui media elektronik kerana melibatkan kos yangmahal, maka JKMR berpendapat supaya Kerajaan memberitambahan peruntukan kewangan yang secukupnya bagitujuan mempertingkatkan tanggungjawab tersebut di atas.

2.11 TRANSFORMASI PENCEGAHAN

2.11.1 JKMR menyambut baik langkah SPRM yang telahmelancarkan Program Transformasi Pencegahan yang dikolaborasi bersama PMOModal Insan untuk melaksanakanpenambahbaikan sektor pencegahan SPRM. Antara aspekyang dikenalpasti adalah:

(a) Task Force Based Inspection

(b) Corruption Prevention In Private Sector

(c) Curriculum Development

20

Page 21: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

(d) Political Engagement

(e) Civil Society Engagement

(f) Media and Communication

(g) Human Capital

2.11.2 Salah satu peranan service lines ini ialah untukmengumpul maklumat melalui dapatan (findings) kajian didalam dan luar negara berkaitan kepentingan service linesmasing-masing dengan mengenalpasti dan menilai bestpractices yang terdapat di agensi dalam dan luar negaraserta melakukan kajian benchmarking supaya dapatmencadangkan penambahbaikan sektor pencegahan kepadaJawatankuasa Ekeskutif Transformasi PencegahanSPRM. Seterusnya, setiap service lines ini juga perlumelalui proses merekabentuk, melaksanakan, menilai danmenyemak tindakan pembaikan sektor pencegahan tersebutsupaya dapat dilaksanakan dengan impak yang tinggi.

2.11.3. JKMR menyambut baik perlaksanaan transformasipencegahan yang bertujuan menambahbaikan aktivitipencegahan,pendidikan masyarakat serta modal insanSPRM. Namun perlaksanaan transformasi ini memerlukandana yang mencukupi kerana melibatkan benchmarkingdan kajian dengan agensi-agensi luar negara yang telahberjaya.

2.12 PERUNTUKAN DAN BAJET SPRM

2.12.1. JKMR mendapati peruntukan dan bajet yang diperuntukkankepada SPRM telah meningkat iaitu RM 297.5 juta padatahun 2014 jika dibandingkan dengan tahun 2013 iaitusebanyak RM 251 juta. Ini menunjukkan keprihatinankerajaan dalam usaha membanteras rasuah. Namun usahapencegahan rasuah memerlukan perbelanjaan yangmencukupi merangkumi keperluan operasi siasatan,perisikan, pencegahan, latihan dan pendidikan masyarakatkerana jenayah rasuah merupakan satu jenayah yangkompleks dan unik.

21

Page 22: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

2.13 UNSUR-UNSUR RASUAH DALAM JENAYAH BERAT

2.13.1. JKMR sebagai sebahagian daripada masyarakat yangprihatin berkaitan dengan keamanan dan keselamatanNegara, melahirkan kebimbangan yang amat sangat diatas kejadian-kejadian jenayah berat yang melibatkanpembunuhan menggunakan senjatapi, kemasukan dadah,pemerdagangan manusia dan kebanjiran PendatangAsing Tanpa Izin (PATI) yang berleluasa hingga bolehmengancam keselamatan dan sosio ekonomi Negara.Walaupun belum ada bukti yang kukuh untuk mengaitkanjenayah-jenayah berat ini dengan perbuatan rasuah olehpihak-pihak yang berkaitan, namun tidak boleh dinafikanbahawa kemungkinan perbuatan jenayah-jenayah terancangtersebut dilakukan oleh sindiket-sindiket yang jugamelibatkan jenayah rasuah.

2.13.2. JKMR menggesa Kerajaan dan SPRM mengambil tindakantegas terhadap gejala-gejala jenayah terancang berbentuksindiket ini. Sekiranya jenayah ini melibatkan elemenrasuah, ia perlu dibanteras dengan bersungguh-sungguh.

22

Sessi penyelarasan maklumbalas oleh SPRM terhadap isu-isu yang dikemukakan oleh JKMRpada 14 November 2013 di Parlimen.

Page 23: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

3. CADANGAN

3.1. JKMR menyeru pihak kerajaan supaya bertindak tegas dan tidakberkrompomi dalam menangani masalah rasuah yang berbentukketirisan dan ketidakpatuhan sistem dan prosedur oleh penjawatawam sepertimana pendedahan dalam Laporan Ketua AuditNegara (LKAN) 2012. Saban tahun LKAN mendedahkan kelemahan,kepincangan dan penyelewengan yang berlaku di pelbagai Kementeriandan Agensi Kerajaan. Walaupun pelbagai penambahbaikan telahdilaksanakan oleh pihak kerajaan, masih terdapat kes-kes berkaitanketidakpatuhan sistem dan prosedur dalaman agensi. Apabilaseseorang itu didapati terlibat dengan salahlaku awam, tindakanyang dikenakan biasanya hanya bersifat tindakan tatatertib. Inikerana salahlaku ini tidak bersifat jenayah. Selaras denganperuntukan ASPRM 2009, SPRM hanya akan mengambil tindakanke atas kes-kes yang ada unsur rasuah, penyelewengan dansalahguna kuasa serta pemalsuan.

3.1.1 Justeru itu, JKMRmenekankan bahawa perlunya satu undang-undang iaitu misconduct in public office diwujudkan segerabagi mendakwa individu-individu yang terlibat dalamsalahlaku awam dan ketidakpatuhan sistem dan prosedurke mahkamah kerana melibatkan kerugian yang besarkepada negara dan memberi imej yang buruk kepadaperkhidmatan awam.

3.1.2 Oleh kerana untuk mewujudkan sesuatu undang-undangbaru biasanya mengambil masa yang lama, sebagai langkahawal, peruntukan kesalahan Akta SPRM 2009 atau KanunKeseksaan dipinda dengan memasukkan kesalahanmisconduct in public office dalam Akta yang berkenaan.Dengan adanya pindaan peruntukan ini, tindakan salahlakudan kecuaian yang mengakibatkan kerugian kepada negaraboleh didakwa di mahkamah dan seterusnya dapatmenghindari isu ketirisan dan salahlaku di kalanganpenjawat awam.

23

Page 24: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

3.2. JKMR dengan sesungguhnya menggesa pindaan terhadapSeksyen 23 Akta SPRM 2009 disegerakan bagi memastikananggota pentadbiran dan penjawat awam di peringkat nasional dannegeri tidak memanipulasi sebarang kelemahan yang terdapatdalam peruntukan undang-undang, terutama melibatkan pemberiantender, kontrak, tanah dan projek-projek kerajaan. Ini keranaperuntukan seksyen ini telah menampakkan kelemahan yang manaseseorang anggota pentadbiran hanya perlu mengisytiharkankepentingan dan seterusnya tidak mengambil bahagian dalammembuat keputusan. Sehubungan itu, JKMR juga mencadangkanmewujudkan mekanisme-mekanisme yang sesuai seperti membuatbeberapa pindaan penambahbaikan peruntukan undang-undangyang sedia ada.

3.3. Seksyen 36 Akta SPRM 2009 juga menjadi salah satu kekangankepada SPRM untuk terus menyiasat pemilikan kewangan dan hartaseseorang individu yang memiliki harta kekayaan berlebihan yangdisyaki terlibat dalam rasuah. JKMR mencadangkan supaya seksyenini dipinda iaitu dengan membolehkan SPRM terus menyiasatpemilikan kewangan dan harta seseorang yang disyaki terlibatdengan rasuah tanpa perlu adanya siasatan awal sebagaimanaperuntukan undang-undang di Hong Kong.

3.4. JKMR memohon YAB Perdana Menteri dan pihak Jabatan PeguamNegara untuk mempercepatkan proses penubuhan SuruhanjayaPerkhidmatan Pencegahan Rasuah. Ini bagi memastikan SPRMdapat memilih pegawai-pegawai yang benar-benar kompeten danmempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang sejajar dengan polajenayah rasuah kini yang bersifat terancang dan bersindiket. JKMRjuga mencadangkan supaya perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRMtertakluk di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, bagimenjamin kebebasan dan ketelusan.

3.5. JKMR juga mencadangkan supaya Kerajaan dapat menyegerakanperuntukan undang-undang yang melibatkan political fundingkerana YAB Perdana Menteri sendiri secara dasarnya telahbersetuju dengan peruntukan ini. Dengan adanya peruntukan ini,tentu sekali akan dapat memastikan parti-parti politik benar-benartelus dan bersih dari tohmahan-tohmahan dan anasir-anasir yang

24

Page 25: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

tidak baik seperti penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa. Inisecara tidak langsung akan dapat meningkatkan kepercayaan rakyatkepada parti-parti politik. JKMR akan menyokong sekiranya perludibuat pindaan kepada peruntukan undang-undang yang terlibatseperti Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966, Akta SuruhanjayaPilihanraya 1957 dan Akta SPRM 2009.

3.6. JKMR mahu memastikan bahawa SPRM betul-betul bebas danberkecuali, maka JKMR berpandangan bahawa sudah tiba masanyaKetua Pesuruhjaya SPRM atau wakil yang diberi kuasa secarabertulis olehnya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan olehAhli-Ahli Parlimen samada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.JKMR difahamkan bahawa ia mungkin memerlukan pindaanperuntukan undang-undang namun atas prinsip kebebasan danketelusan, pihak JKMR akan menyokong penuh usaha ini sekiranyadi bawa ke Parlimen untuk kelulusan.

3.7. JKMR berpandangan bahawa program pendidikan dan pencegahanrasuahmerupakan perkara yang amat penting dalam usahamencegahrasuah. SPRM seharusnya memperkemaskan strategi dalampendidikan masyarakat supaya dapat meningkatkan keyakinanmasyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah oleh SPRM. JKMRturut mencadangkan mesej-mesej mengenai pencegahan rasuahdiperluaskan kepada kumpulan sasar iaitu kepada Ahli-Ahli Parlimendan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Penerangan harusmerangkumi semua aspek termasuk fungsi, peranan dan SPRMsecara keseluruhannya semenjak penubuhannya pada tahun 2009.Selain itu, Bahagian Pendidikan Masyarakat harus meningkatkanpenyertaan NGO-NGO dalam usaha memerangi rasuah. Kesemuaini memerlukan dana yang secukupnya untuk memastikan program-program pendidikan masyarakat ini dapat dilaksanakan denganberkesan. Ini kerana SPRM memerlukan sokongan dan dokonganyang padu daripada seluruh masyarakat bagi memastikan jenayahrasuah dapat dibanteras.

3.8. JKMR juga menekankan supaya elemen membenci rasuah harusditerapkan bermula zaman persekolahan. Ini kerana pelajar-pelajarini merupakan pemimpin di masa akan datang. Oleh itu JKMRmencadangkan sabjek pendidikan rasuah dimasukkan ke dalamkurikulum sekolah.

25

Page 26: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

3.9. JKMR tidak menolak kemungkinan wujudnya elemen-elemen rasuahdalam kes-kes yang melibatkan ancaman terhadap keselamatandan ketenteraman dalam negara terutamanya melibatkan ke-kesjenayah berat seperti dadah, penyeludupan manusia, kebanjiranPendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seperti yang didedahkan olehmedia massa dan media elektronik. Justeru itu, pihak kerajaan digesameningkatkan kapasiti dan kapabiliti SPRM bagi membendungjenayah rasuah yang boleh menyumbang berlakunya jenayah-jenayah berat melalui pembangunan peralatan, latihan danperjawatan yang melibatkan SPRM. Ini kerana pegawai SPRMmemerlukan peralatan, latihan dan kepakaran dalam membendungkegiatan jenayah bersindiket ini.

26

Page 27: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

4. RUMUSAN

4.1 JKMR memperakui kesungguhan SPRM dalam mempertingkatkanusaha membanteras rasuah di negara ini yang dipamerkan melaluikesungguhan dan kegigihan pimpinan dan anggota SPRM hari ini.Realitinya, negara ini telah banyak mencapai kemajuan dan pelbagaipengiktirafan antarabangsa melalui peningkatan usaha dankeberkesanan strategi di dalam menangani kes- kes rasuah dinegara ini.

4.2 JKMR berpendapat bahawa salah satu cabaran utama dalammemerangi rasuah di negara in adalah berkaitan masalah persepsi.Fakta jelas menunjukkan ada negara lain yang kadar keberkesanannyajauh lebih rendah berbanding SPRM namun mendapat dokongandan persepsi yang jauh lebih baik daripada masyarakat. Seluruhinstitusi raja, agama, masyarakat, politik dan NGO harus bersamaSPRM dalam membina persepsi yang positif terhadap SPRM. Tanpapenjernihan persepsi ini semangat anggota yang terpaksa berdepandengan pelbagai cabaran getir menghadapi penjenayah rasuah akanluntur dan akhirnya akan membantutkan perjuangan membanterasrasuah untuk negara kita. Langkah ini juga diharap mampumenangkis serangan sekelompok individu yang berkepentingansempit dalam menimbulkan persepsi negatif untuk kepentinganperibadi dan bukannya kepentingan negara.

4.3 Pada hemat JKMR, sudah sampai masanya kita melihat rasuahsebagai isu besar negara dan bebanannya tidak diletakkan dibahuSPRM semata-mata. Justeru JKMR menggesa kerajaan memberisepenuh dokongan dan mempersiapkan segala keperluan kepadaSPRM untuk menghadapi serangan persepsi yang tidak adil kepadamereka. Dalam masa yang sama SPRM juga diharap terus kreatifdan proaktif mencari dan membina ruang serta fokus baru di dalammedia dan pelbagai medium/wahana untuk mengimbangi persepsinegatif yang bersifat tidak adil dan berkepentingan sempit.Masyarakat juga harus terus didekati dan dididik agar mereka dapatbetul-betul memahami dan menerima realiti sebenar daripadabergantung pada sumber yang tidak berasas.

27

Page 28: YangAmatBerhormat PerdanaMenteriMalaysia … · 2021. 2. 1. · kelemahan-kelemahannya dan mudah di eksploitasi oleh ... menjalankan projek ladang lembu selaras dengan objektif utama

4.4 JKMR bersepakat bahawa isu rasuah tidak seharusnya dipolitikkankerana rasuah bukanlah mengenai seseorang tetapi menyebabkankemudaratan kepada masyarakat. SPRM tidak boleh melaksanakantugas membanteras rasuah bersendirian dan memerlukan sokonganseluruh masyarakat. Sehubungan itu JKMR mengajak seluruhmasyarakat tanpa mengira fahaman anutan dan politik bersama-sama mendokong perjuangan membanteras rasuah bagi mewarisibumi Malaysia yang bersih daripada perbuatan rasuah kepada anakcucu kita di masa akan datang.

28