ya allah

3
Ya Allah, rahmatilah aku dengan al-Quran. Jadikan ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yang aku lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-apa yang belum aku ketahui mengenainya. Anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya pada waktu tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai Tuhan seru sekalian alam. Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup. Perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku. jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku daripada segala kejahatan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik- baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik

Upload: fadhil-uzuan-idris

Post on 03-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

doa

TRANSCRIPT

Page 1: Ya Allah

Ya Allah, rahmatilah aku dengan al-Quran.

Jadikan ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah,

ingatkanlah apa-apa yang aku lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-apa yang belum

aku ketahui mengenainya. Anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya pada waktu

tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai Tuhan

seru sekalian alam. 

Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku.

Perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup. Perbaikilah bagiku akhiratku,

kerana ia tempat kembaliku. jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan

bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku daripada segala kejahatan. 

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku

adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya

Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan

tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-

baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik

kehidupan, sebaik-baik kematian,. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan

kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku. Terimalah sembahyangku,

ampunilah segala kesalahanku. Aku memohon ketinggian syurga.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan

keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada

semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka. 

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah kami

daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.

Page 2: Ya Allah

Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan

kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami

kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa

kami. Berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan

kekuatan kami selama hidup kami. Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah

pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi

orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami

yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau berikan

kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami. 

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah

mengampuninya. Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan

Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang

kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau

tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah

menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani.