(komsas tingkatan 4)

12
OLEH: SITI NUR IDARA BINTI ROSLI NUR FAQQIHAH BINTI MD SANI www.sibermerdeka.com.my

Upload: faqiha-sani

Post on 08-Jan-2017

298 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Komsas Tingkatan 4)

OLEH: SITI NUR IDARA BINTI ROSLI NUR FAQQIHAH BINTI MD SANI

www.sibermerdeka.com.my

Page 2: (Komsas Tingkatan 4)

Rangkap 1Dalam kebun diriku

aku tanam saujana rancanganuntuk memerdekakan warga

susahkuhidup menentang senja dan

malam.

Penyajak memulakan muhasabah (cermin diri) dengan suatu tekad membuat perancangan untuk membebaskan

diri daripada kesukaran dengan menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang..

Page 3: (Komsas Tingkatan 4)

Rangkap 2Dalam parlimen diriku

aku bahas isu onak dan enakuntukku memerdekakan warga

fikirkumengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam benak penyajak berlaku pertentangan antara cabaran dengan keselesaan.Beliau tidak mahu

dikongkong. Penyajak mahukan kebebasan berfikir supaya tidak mudah  diganggu oleh pengaruh luaran

dirinya seperti dipermain-mainkan.

Page 4: (Komsas Tingkatan 4)

Rangkap 3Dalam laut diriku

ombak gelora menampar pantai aman

untuk menguji amal dan iman.

Dalam jiwa penyajak, pelbagai dugaan datang untuk menggugat kekuatan, ketahanan dan keutuhan diri .

Kesemuanya untuk menguji amalan dan keimanannya.

Page 5: (Komsas Tingkatan 4)

Rangkap 4Dalam gergasi diriku

terpedaya jua oleh permainan si kancil

namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam keegoan dan  kemegahan diri, penyajak berasa tertipu juga dengan tipu muslihat yang licik dan

perangkap pihak yang disangka bijaksana. Akan tetapi, penyajak bernasib baik kerana cepat sedar dan masih

peka terhadap tipu muslihat itu.

Page 6: (Komsas Tingkatan 4)

Rangkap 5Dalam pentas diriku

aku berlatih menangkis anginaku berlatih memunggah awanmenghayati skrip demi skripyang tak diduga klimaksnya.

Di dalam hati, penyajak bersungguh-sungguh mahu menentang  sesuatu masalah, ketidakpastian,meneroka kebenaran, menelaah / menghayati setiap perkara yang

tidak diketahui kesudahannya.

Page 7: (Komsas Tingkatan 4)

Rangkap 6Dalam dewan diriku

aku tak cemas lagioleh kata yang mengekangaku tak lemas lagioleh kata yang menyerang.

Di dalam dada, penyajak sudah berasa tidak gentar dengan segala bisikan yang menghalang dan tidak

mudah mengalah oleh cakap-cakap berbentuk provokasi atau sebarang percubaan untuk menjatuhkannya dengan

cara memburuk-burukkannya.

Page 8: (Komsas Tingkatan 4)

Rangkap 7Apabila sibermerdeka sampai,

ke rumah cabarankuaku panggil diriku bermesyuarahmenyokong, berkecuali atau

menentangaku ambil keputusanwaktu ini aku kenal batas diriuntuk tidak mengulangi kekalahan.

Maka, ketika peranti internet berada di hadapan mata, penyajak membuat keputusan yang teguh supaya tidak sekali-kali berasa lemah untuk mudah dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan.Penyajak juga tidak akan

mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Page 9: (Komsas Tingkatan 4)

Rangkap 8Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia

aku turun darinya menghadapi hidup nyataperistiwa datang peristiwa pergibagai siang memanggil malamdan sibermerdeka terus berkacaterus mengalirkan arus ingatanelakkan dirimu menjadi sia-siahamparkan dirimu di persada Tuhan. Sekarang, penyajak menyedari bahawa dirinya telah

banyak menghabiskan waktu melayan media baharu itu. Penyajak pun kembali dengan kegiatan seharian seperti biasa. Pelbagai kejadian terus memenuhi ruang internet untuk menggamit perhatian penyajak. Namun, penyajak mengukuhkan keazaman  untuk tidak membuang waktu

tanpa faedah, sebaliknya mahu mendekatkan diri dengan beribadat di sisi Ilahi.

Page 10: (Komsas Tingkatan 4)

TEMA

 Ketabahan  seorang insan dalam

menghadapi dugaan hidup

Page 11: (Komsas Tingkatan 4)

PERSOALAN

1) Setiap insan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup.

2) Perlunya perancangan dan persediaan untuk menghadapi cabaran hidup.

3) Kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat.

4) Kekuatan diri dalam melawan musuh.

5) Keimanan yang teguh dalam  menghadapi dugaan hidup.

6) Keinsafan untuk membaiki sisa-sisa hidup.

7) Keinginan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Page 12: (Komsas Tingkatan 4)

SEKIANTERIMA KASIH