wong chen editorial kelana jaya {insert company …€¦ · perayaan tahunan kuil 2013 500.00 ......

17
Wong Chen Kelana Jaya E-surat #2: Januari 2014 Editor: Wong Chen Contributors: Jane Lazar, Sweeny, Deborah Augustin, Timothy Kang ____________________ Enquiries Email: xxxxx Telephone: xxxx Wong Chen Kelana Jaya Constituency e-newsletter is published by Pusat Khidmat P104 Wong Chen Kelana Jaya Constituency e-newsletter, Ahli Parlimen Kelana Jaya xxxxxxxx Selangor xxxxx Malaysia Khor Reports’ Palm Oil and Khor Reports are owned by Segi Enam Advisors Pte Ltd © Khor Reports 2013 Wong Chen Kelana Jaya Constituency e-newsletter is an unregulated product. Information in the newsletter is for general information only and is not intended to be relied upon by individual readers in making or not making specific personal, business and/or investment decisions. You should seek appropriate independent advice before making any such decision. Khor Reports has prepared this newsletter based on primary and secondary sources of information. Although every effort has been made to ensure that the information is accurate, Segi Enam Advisors Pte Ltd and its staff assume no liability for any actions taken based on the information contained herein. Should you wish to cite, reproduce, or adapt our content in any manner, please seek our prior written permission. Kepada Penduduk-penduduk Kelana Jaya , Selamat tahun baru kepada semua. Ini adalah surat berita kedua saya kepada penduduk Kelana Jaya. Saya bersama pasukan saya akan berusaha untuk mengeluarkan satu surat berita setiap enam bulan untuk melaporkan kerja dan perkembangan kami. Ini adalah terbitan akhir tahun / tahun baru khas di mana saya akan mendedahkan akaun pejabat 2013 saya. Saya juga akan memberi ringkasan projek-projek yang pasukan saya dan saya, akan menjalankan pada bulan-bulan yang akan datang. Sejak dilantik sebagai Ahli Parlimen anda, saya gembira untuk melaporkan bahawa saya telah menghadiri setiap sesi-sesi Parlimen yang baru lepas ini. Dalam 6 bulan yang singkat, saya telah mendapat kefahaman yang baik terhadap mekanisme dalaman dan "keberkesanan" Parlimen. Terdapat baik dan buruknya di Parlimen. Dalam tempoh ini, saya berasa yakin dengan keakraban ahli-ahli Parlimen, dan terutamanya kagum dengan kerjasama ahli-ahli parlimen yang menyertai Kaukus Wanita. Saya berterima kasih kerana menjadi sebahagian daripada Kaukus Perjanjian Trans Pacific Pasifik / TPPA di mana kedua-dua pihak sekurang-kurangnya, cuba untuk bekerja bersama-sama. Kadang-kadang saya juga rasa sedih dengan sifat toksik Parlimen; keputusan yang berat sebelah (termasuk penggantungan beberapa Ahli Parlimen yang tidak adil) dan kekurangan rasa hormat terhadap penyelidikan dasar dan perbahasaan.Tanpa perbahasan yang berwibawa, Parlimen hanya merupakan satu badan “cap getah ". Ekonomi Negara Pada November 2013, saya memainkan peranan dalam penggubalan Bajet Pakatan Rakyat. Saya juga diberi tugas untuk menyediakan kertas, memberi taklimat kepada ahli Parlimen dan juga memberi khidmat nasihat kepada pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Perbahasan Bajet 2014 di Parlimen mendedahkan keadaan suram ekonomi kita. Semasa perbahasan Bajet, saya berhujah bahawa pemotongan subsidi mendalam kepada minyak masak, beras, gula dan petrol menindas rakyat dan tidak dilaksanakan pada masa yang sesuai. Dari sudut ekonomi, saya menghargai keperluan untuk bergerak kepada sistem subsidi yang disasarkan tetapi potongan ini terlalu mendalam dan terlalu cepat dan mungkin akan mencetuskan inflasi. Terdapat juga kekurangan rancangan memperkasakan ekonomi bagi mengimbang semula potongan tersebut. Tindakan ini mencerminkan penujuan ekonomi yang tidak berhati perut kerajaan BN. Sebaliknya, kerajaan harus membendung amalan rasuah dan pembaziran. Mengenai ekonomi global, 2014 diramalkan menjadi tahun yang sukar untuk rantau Asia. Saya telah bercakap dengan pakar-pakar ekonomi dan industri dari pelbagai sektor. Satu pakar penyelidikan pasaran menegaskan kepada saya bahawa tinjauan jualan bagi bahan kimia industri tidak memuaskan. Oleh kerana itu, bahan kimia industri adalah dasar dalam pengeluaran pelbagai industri, kemerosotan dalam tuntutan bahan kimia industri adalah satu tanda utama yang tidak menyenangkan kerana menunjukkan bahawa banyak aktiviti ekonomi akan berkurangan pada 2014. Issue #2 Januari 2014 Wong Chen Kelana Jaya Constituency e-newsletter

Upload: hamien

Post on 27-May-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

This page is supported by

{INSERT COMPANY LOGO}editorial_______________________________________________________________________________________________

Wong ChenKelana JayaE-surat #2: Januari 2014

Editor: Wong ChenContributors:

Jane Lazar, Sweeny, Deborah Augustin, Timothy Kang____________________

EnquiriesEmail: xxxxx

Telephone: xxxx

Wong Chen Kelana Jaya Constituency e-newsletter is

published by Pusat Khidmat P104 Wong Chen Kelana Jaya

Constituency e-newsletter, Ahli Parlimen Kelana Jaya

xxxxxxxxSelangor xxxxx

Malaysia

Khor Reports’ Palm Oil and Khor Reports are owned by Segi Enam Advisors Pte Ltd © Khor Reports

2013

Wong Chen Kelana JayaConstituency e-newsletter is an

unregulated product. Information in the newsletter is for general

information only and is not intended to be relied upon by individual

readers in making or not making specific personal, business and/or investment decisions. You should

seek appropriate independent advice before making any such

decision. Khor Reports has prepared this newsletter based on primary and secondary sources of information. Although every effort has been made to ensure that the information is accurate, Segi Enam

Advisors Pte Ltd and its staff assume no liability for any actions

taken based on the informationcontained herein. Should you wish

to cite, reproduce, or adapt our content in any manner, please seek

our prior written permission.

Kepada Penduduk-penduduk Kelana Jaya ,

Selamat tahun baru kepada semua. Ini adalah surat berita kedua saya kepada penduduk Kelana Jaya. Saya bersama pasukan saya akan berusaha untuk mengeluarkan satu surat berita setiap enam bulan untuk melaporkan kerja dan perkembangan kami. Ini adalah terbitan akhir tahun / tahun baru khas di mana saya akan mendedahkan akaun pejabat 2013 saya. Saya juga akan memberi ringkasan projek-projek yang pasukan saya dan saya, akan menjalankan pada bulan-bulan yang akan datang.

Sejak dilantik sebagai Ahli Parlimen anda, saya gembira untuk melaporkan bahawa saya telah menghadiri setiap sesi-sesi Parlimen yang baru lepas ini. Dalam 6 bulan yang singkat, saya telah mendapat kefahaman yang baik terhadap mekanisme dalaman dan "keberkesanan" Parlimen. Terdapat baik dan buruknya di Parlimen. Dalam tempoh ini, saya berasa yakin dengan keakraban ahli-ahli Parlimen, dan terutamanya kagum dengan kerjasama ahli-ahli parlimen yang menyertai Kaukus Wanita. Saya berterima kasih kerana menjadi sebahagian daripada Kaukus Perjanjian Trans Pacific Pasifik / TPPA di mana kedua-dua pihak sekurang-kurangnya, cuba untuk bekerja bersama-sama. Kadang-kadang saya juga rasa sedih dengan sifat toksik Parlimen; keputusan yang berat sebelah (termasuk penggantungan beberapa Ahli Parlimen yang tidak adil) dan kekurangan rasa hormat terhadap penyelidikan dasar dan perbahasaan.Tanpa perbahasan yang berwibawa, Parlimen hanya merupakan satu badan “cap getah ".

Ekonomi Negara

Pada November 2013, saya memainkan peranan dalam penggubalan Bajet Pakatan Rakyat. Saya juga diberi tugas untuk menyediakan kertas, memberi taklimat kepada ahli Parlimen dan juga memberi khidmat nasihat kepada pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Perbahasan Bajet 2014 di Parlimen mendedahkan keadaan suram ekonomi kita. Semasa perbahasan Bajet, saya berhujah bahawa pemotongan subsidi mendalam kepada minyak masak, beras, gula dan petrol menindas rakyat dan tidak dilaksanakan pada masa yang sesuai. Dari sudut ekonomi, saya menghargai keperluan untuk bergerak kepada sistem subsidi yang disasarkan tetapi potongan ini terlalu mendalam dan terlalu cepat dan mungkin akan mencetuskan inflasi. Terdapat juga kekurangan rancangan memperkasakan ekonomi bagi mengimbang semula potongan tersebut. Tindakan ini mencerminkan penujuan ekonomi yang tidak berhati perut kerajaan BN. Sebaliknya, kerajaan harus membendung amalan rasuah dan pembaziran.

Mengenai ekonomi global, 2014 diramalkan menjadi tahun yang sukar untuk rantau Asia. Saya telah bercakap dengan pakar-pakar ekonomi dan industri dari pelbagai sektor. Satu pakar penyelidikan pasaran menegaskan kepada saya bahawa tinjauan jualan bagi bahan kimia industri tidak memuaskan. Oleh kerana itu, bahan kimia industri adalah dasar dalam pengeluaran pelbagai industri, kemerosotan dalam tuntutan bahan kimia industri adalah satu tanda utama yang tidak menyenangkan kerana menunjukkan bahawa banyak aktiviti ekonomi akan berkurangan pada 2014.

Issue #2 Januari 2014

Wong Chen Kelana Jaya Constituency e-newsletter

Page 2: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

Kami berharap untuk satu kenaikan tetapi mari kita memerhatikan ini.Bagi Malaysia, cabaran ekonomi yang paling besar yang dihadapi oleh kerajaan pada jangka panjang adalah risiko bahawa harga minyak akan dibetulkan dari masa ke masa dan beberapa ramalan Brent Crude menyatakna bahawa ia akan hanyut kepada tahap yang lebih rendah, iaitu USD80 setong. Kematangan industri fracking dan rizab minyak yang besar Amerika Syarikat merupakan pemacu yang mungkin untuk menolak harga minyak yang lebih rendah. Walaupun minyak yang lebih murah adalah baik untuk pengguna dan industri secara am, mana-mana penurunan akan menjadi berita buruk bagi kewangan kerajaan Malaysia. Sebanyak 40% daripada Bajet kerajaan bergantung kepada minyak dan gas, dan penurunan USD20 harga minyak boleh mewujudkan pengurangan pendapatan kerajaan sebanyak RM25 bilion.

Nasihat saya kepada semua adalah untuk berharap untuk yang terbaik dan bersedia untuk yang paling teruk. Saya akan terus memerangi rasuah dan pembaziran dan melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa sumber-sumber negara dikongsi dengan saksama untuk faedah dan mengikut keperluan semua rakyat Malaysia.

Komuniti

Saya bertuah untuk mempunyai dua ADUN yang hebat dan berpengalaman di Kelana Jaya. Di Subang Jaya, Hannah Yeoh telah memandu pasukan saya melalui semua proses untuk mentadbir satu pejabat masyarakat. Beliau juga telah menyokong kami dalam mewujudkan hubungan kami dengan masyarakat Subang Jaya. Bagi Nik Nazmi, saya juga menghargai semua usaha kerja kemasyarakatannya dan saya juga peka terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh beliau. Saya sedar bahawa Seri Setia mempunyai banyak kawasan-kawasan miskin. Oleh itu, pejabat saya telah memulakanl dua projek utama di Desa Mentari dan Desa Ria untuk melengkapkan kerjanya. Dengan sumber-sumber yang agak terhad yang diperuntukkan kepada saya, projek-projek ini memerlukan sokongan luar untuk berjalan. Saya telah berbual dengan dan berjaya mendapat sedikit sokongan daripada beberapa syarikat. Setakat ini saya telah menerima bantuan jurutera, arkitek dan juruukur bahan untuk membantu saya menyediakan perbelanjaan dan kertas projek. Langkah seterusnya adalah untuk meningkatkan dana yang diperlukan untuk melaksanakan projek-projek tersebut. Termasuk dalam surat berita ini adalah petikan kertas projek saya dalam untuk semakan anda.

Sebahagian daripada rasional untuk meneruskan projek-projek ini adalah kepercayaan saya bahawa jenayah, hanya boleh ditangani pada peringkat puncanya iaitu kemiskinan; mobiliti sosial, peluang pekerjaan serta ruang hidup yang menimbulkan rasa hormat. Pasukan saya bertujuan untuk mendapatkan penglibatan sosio -ekonomi yang bermakna di kawasan miskin Seri Setia untuk tidak menggalakkan budaya jenayah. Oleh itu aktiviti yang berpangkalan di sana, terutamanya yang melibatkan belia, perlu menjadi barisan hadapan dalam membanteras jenayah.

Akhir sekali, kami sentiasa memerlukan bantuan. Sila menyertai kami sebagai sukarelawan atau pelatih. Anda boleh membantu kami dalam hal-hal dasar negara dan juga dalam kerja-kerja kemasyarakatan.Yang ikhlas

Wong ChenIn this issue1 surat penyunting Salam dari Ahli Parlimen Kelana Jaya2 fakta-fakta menarik Fakta menarik daripada Facebook Wong Chen3 akaun Penyata pendapatan 2013

5 pelatih Kenali pelatih-pelatih kami6 projek-projek 2014 Projek-projek khas pejabat kami

Page 3: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00
Page 4: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

Fakta-fakta Facebook menarik

6,867 adalah nombor “likes” yang

diterima sejak di facebook.com/wongchen sejak

9 Januari 2014

2,618 adalah nombor purata pandangan setiap post

65,664 adalah jumlah pandangan yang paling tinggi

yang diterima oleh satu post saya tentang bajet dan keputusan MACC.

27,072 adalah nombor pandangan yang diterima

oleh posting saya tentang pembedahan gigi bongsu saya!

34,528 adalah jumlah pandangan yang diterima oleh

post saya tentang laporan polis yang telah dibuat di atas keputusan PRU ke-13.

282 adalah jumlah post yang dibuat tentang isu-isu Parlimen.

Page 5: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

Penyata Pendapatan Pejabat P104 31 Disember 2014

RM RMPendapatanFaedah Bank yang diterima 34.69 Sumbangan daripada Orang Ramai 30,845.00

Peruntukan Kerajaan Negeri untuk Pejabat Ahli Parlimen 26,388.05 Bayaran Balik Deposit Dewan MPSJ 100.00

Jumlah Pendapatan 57,367.74PerbelanjaanDuti Setem Buku Cek 15.00 Sewa @ RM1300/bulan 14,300.00 Gaji 26,678.65 Kelengkapan Pejabat 1,200.00 Utiliti-utiliti 2,499.60 Kerja Pembaikan Semula Kontraktor 200.00 SOCSO 351.20 Sumbangan KWSP 4,800.00 Papan Tanda Pejabat 1,825.00 Gaji Pencuci 200.00 Perbelanjaan Tunai Runcit 7,274.70 Kos Pencentakan 521.30

Kos Pengubahsuaian 18,430.00

Jumlah Perbelanjaan 78,295.45

Defisit Bersih(20,927.71

)

Kunci Kira-kira 31 Disember 2013

Page 6: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

RM RMAset - AsetKabinet Besi 960.00 Lekapan & lengkapan 5,597.10

Tunai di Bank 1,954.89Tunai di Tangan 434.20

Jumlah Aset-aset 8,946.19

Liabiliti-liabilitiJumlah yang dihutang kepada Wong Chen 29,873.90Jumlah Liabiliti 29,873.90

(20,927.71)EkuitiDefisit Bersih (20,927.71)Jumlah Ekuiti (20,927.71)

Peruntukan Kerajaan Negeri yang berakhir pada 31 Disember 2013

Page 7: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

RM RM

Peruntukan58,274.0

4

PengagihanPenerima Sebab Jumlah

Persatuan Penduduk Taman Mesra Batu Tiga Shah AlamMajlis Rumah Terbuka Deepavali 2013

2,500.00

Surau Al Muhajirin Program Majlis Qurban 500.00

Persatuan Pemilik dan Penduduk Blok 5, Desa MentariProgram Sambutan Deepavali 500.00

Telugu Association of Malaysia Selangor/Wilayah Branch Hari Keluarga 2013 500.00

Persatuan Penduduk USJ 5/1 dan USJ 5/2 Subang Jaya USJ 5 Gala Night 500.00

Surau Al-MustaqimPermohonan Lembu Korban 500.00

PIBG SMK Kelana JayaPembinaan Dewan SMK Kelana Jaya 500.00

Persatuan Penganut Dewa Sri Kumaravel AlayamSumbangan Hamper Deepavali 500.00

Persatuan Penduduk Subang Jaya, Selangor Hari Sukan Dan Karnival 500.00

Persatuan Penduduk SS9, Sungai Way Program Santai Belia 500.00

PIBG Sek. Keb. Bandar SunwayLampu Untuk Gelanggang Terbuka Futsal 500.00

Persatuan Sukarelawan Subang Jaya, Selangor Majlis Minum Petang 500.00

Persatuan Penganut Sri Gengai AmmanPerayaan Tahunan Kuil 2013 500.00

KRT USJ 13

Majlis Hari Keluarga Bersama Perayaan Tang Lung 500.00

Masjid Al-Falah USJ 9 Jamuan Hari Raya Aidilfitri 500.00 Masjid An-Nur USJ 4 Sambutan Aidilfitri 500.00

Persatuan Penduduk USJ 6 Subang JayaRumah Terbuka Deepavali 2013 500.00

Persatuan Keturunan Lim Subang Jaya Majlis Ulang Tahun Ke 12 500.00

Tamil Gospel SanctuarySumbangan Sambutan Krismas 2013 500.00

Kuil Sri Maha MariammanPengubahsuaian Tandas Awam 500.00

Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community Night 500.00

Persatuan Penduduk PJS 10 Taman Sri SubangPertandingan Karaoke Dan Malam Deepavali 500.00

Stingray Swimming ClubMBPJ Stingray Swimming Club Swim Gala 500.00

Page 8: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

Persatuan Penduduk USJ 11/3 Subang Jaya SelangorMajlis Sambutan Hari Keluarga 500.00

Masjid Al-Irsyad Jamuan Aidilfitri 500.00

Persatuan Kemajuan Taman GlenmariePeruntukan tahunan persatuan 500.00

Persatuan Penduduk Blok 3 Desa MentariSumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

Kelab Bell Tamil Malaysia Cawangan Glenmarie Shah AlamHari Deepavali Bersama Anak-Anak Yatim 500.00

Persatuan Penduduk Blok 9, Desa Mentari 2 Gotong Royong 500.00

Pusat Komuniti Wanita DUN Seri SetiaJamuan Hari Raya Bersama Anak-Anak Yatim 500.00

Persatuan Penduduk Blok 10, Desa Mentari 2, Petaling JayaMajlis Sambutan Hari Raya 500.00

Pembayaran kepada IndividuC.S. Supramaniam Bantuan Kewangan 300.00 S.Retnam Bantuan Kewangan 100.00 K.Ratnam Bantuan Kewangan 100.00

S. Ponnusamy Bantuan Kewangan 100.00 C. Muthan Bantuan Kewangan 100.00 S. Murugayah Bantuan Kewangan 100.00 E. Battumali Bantuan Kewangan 300.00 N. Nagappan Bantuan Kewangan 300.00 M.Arunasalam Bantuan Kewangan 100.00 S. Osman Bantuan Kewangan 100.00

Jumlah Pengagihan19,100.0

0

Baki Peruntukan 39,174.0

4

Nota tentang Akaun Pejabat

Saya dilantik pada Mei 2013 dan untuk 3 bulan pertama, pejabat saya berfungsi kebanyakannya dengan wang saya sendiri. Saya menggunakan sejumlah RM30, 000 wang sendiri saya untuk memulakan pejabat ini.

Setiap tahun, Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan RM50, 000 kepada seorang Ahli Parlimen untuk menjalankan jawatannya. Kami tidak dapat menggunakan peruntukan negeri Selangor ini untuk Kelana Jaya sehingga akaun Ahli Parlimen lalu telah diselesaikan. Kami akhirnya mendapat pendedahan akaun tersebut pada bulan September 2013. Kami

Page 9: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

mendapati bahawa kami mempunyai baki selebihnya sebanyak RM26, 388 untuk perbelanjaan pejabat.

Dari pelbagai aktiviti pengumpulan dana, kami mengumpulkan sejumlah RM 31,000.

Pejabat saya mengalami kekurangan kakitangan. Pada masa ini semua perbelanjaan kami dengan 2 kakitangan sepenuh masa berjumlah kira-kira RM100, 000 setahun. Dengan RM50, 000 daripada kerajaan Selangor, kami perlu mengutip derma sebanyak RM 50,000 setahun. Di samping itu, kami amat memerlukan seorang pegawai sepenuh masa, yang akan menambah lagi RM30, 000 untuk perbelanjaan tahunan kami.

Akaun untuk Akaun Peruntukan Kemasyarakatan

Setiap tahun, Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan RM100, 000 kepada seorang Ahli Parlimen untuk menyediakan geran dan bantuan kepada masyarakat. Sebagai perbandingan, ahli majlis mendapat jumlah RM100, 000 yang sama untuk satu zon kejiranan kecil. Seorang ADUN mendapat sehingga RM700, 000 setahun.

Bagi 2013, peruntukan ini telah meningkat kepada RM200, 000. Pada 2014 peruntukan kembali semula kepada RM100, 000 setahun. Ahli Parlimen sebelum ini membelanjakan RM142, 000 sehingga pilihan raya. Oleh itu, apabila saya mengambil alih sebagai Ahli Parlimen, saya mempunyai jumlah baki sebanyak RM58, 000 untuk kawasan saya.

Pasukan saya dan saya telah membangunkan satu dasar perbelanjaan yang berhemat untuk peruntukan ini. Sebagai contoh, kita dibenarkan untuk menggunakan sehingga RM10 , 000 untuk setiap musim perayaan,

tetapi saya percaya jamuan makanan seperti ini adalah satu pembaziran dana awam . Kami hanya perlu meraikan perayaan sederhana dan oleh itu memberitahu kakitangan saya untuk membelanjakan tidak lebih daripada RM2, 500 bagi setiap jamuan musim perayaan.

Berhubung dengan geran dan sumbangan kepada persatuan dan badan-badan, kami memperuntukkan sejumlah wang yang tetap, iaitu RM500 untuk setiap persatuan, setahun. Bagi individu yang ingin bantuan kewangan, kami menemubual mereka dengan berhati-hati dan memberi hanya RM100 seorang dan RM300 untuk situasi perubatan yang sangat serius. Sebagai respons kepada ini, kami membangunkan satu program untuk menolong orang miskin mencari pekerjaan; kami lebih suka mencari seseorang pekerjaan daripada memberi mereka wang tunai.

Untuk 2014, kami membawa ke hadapan kira-kira RM40, 000 daripada peruntukan 2013. Daripada pengalaman kami dalam tempoh enam bulan lepas, kami bercadang untuk melonggarkan tali dompet sedikit dan menyemak semula dasar perbelanjaan baru. Dalam masa yang sewajarnya kami akan menerbitkan akaun yang sama.

Page 10: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

Pelatih – pelatih

Kami telah bernasib baik untuk menerima aliran pelbagai pelatih sejak pejabat kami dibuka pada bulan Jun, oleh sebab kami menghadapi kekurangan kakitangan dengan hanya dua kakitangan tetap. Pelatih kami datang dari pelbagai latar belakang, dan mampu membantu kami dengan tugas pentadbiran yang mudah, kerja-kerja kemasyarakatan, kajian, dan juga menghasilkan cadangan program.

Lisha Rajendran (paling kiri) kini seorang pelajar di ATC, di mana dia belajar undang-undang. Bagi tempoh satu setengah bulan sebagai pelatih di pejabat kami, Lisha membantu dengan tugas-tugas pentadbiran dan susulan ke atas pelbagai kes. Beliau juga telah diberikan kes imigresen

tertentu yang datang ke pejabat kami, dan dikaji undang-undang imigresen yang diperlukan dan akhirnya menulis surat sokongan untuk juzuk yang berkenaan. Lisha menunjukkan banyak semangat untuk memerhati dan belajar tentang prosiding Parlimen.

Koh Wyhow adalah graduan baru-baru ini dari NUS, di mana beliau belajar Matematik. Wyhow telah menggunakan pengetahuan matematiknya untuk membentuk “Special

Purpose Vehicle” ( SPV) kami untuk projek-projek kami di rumah pangsa kos rendah Desa Ria. Beliau juga telah membantu dalam menyusun dan menganalisis data yang dikumpul di rumah pangsa kos rendah Desa Mentari untuk membantu kami lebih memahami keperluan penduduk-penduduk di sana. Wyhow adalah seorang pekerja yang sangat cepat dan cekap dan bercita-cita. Wyhow memimpin usaha kami bersama pasukan saya

dalam projek Desa Ria.

Denise Arul baru sahaja menamatkan pengajiannya di University of Auckland dengan ijazah dalam

Perdagangan, dengan jurusan Ekonomi dan Pemasaran. Denise telah menyusun satu direktori semua program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dikendalikan oleh pelbagai perniagaan tempatan di Subang Jaya dan kawasan Kelana Jaya. Direktori ini adalah sebahagian daripada projek Kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat ( CCSR ) kami untuk memaksimumkan keupayaan kami untuk membantu organisasi dan individu yang memerlukan bantuan di kawasan kami. Denise telah berjaya membentangkan projek CCSR kami kepada Holiday Villa dan Kumpulan Sunway, dan telah mendapat maklum balas positif daripada mereka.

Wong Weng Wai telah memulakan latihannya dengan kami baru-baru ini, dan sedang belajar perakaunan dan kewangan di Sunway University. Beliau memutuskan untuk pelatih dengan kami semasa cuti semesternya. Setakat ini, beliau telah membantu membuat menyusul semula dan membantu dalam beberapa kes-kes bantuan kebajikan sosial kita. Weng Wai juga membantu untuk menyediakan penyata akaun yang terdapat di surat berita ini.

Page 11: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

Pencergasan dan Pemulihan Semula Kawasan Bandar Desa Ria & Desa Mentari

OBJEKTIF

• Untuk membuat pembaikan infrastruktur kritikal di setiap kompleks rumah pangsa.

• Untuk membina semangat komuniti di setiap kompleks.

• Untuk meningkatkan taraf hidup keseluruhan di Kelana Jaya, terutamanya di kawasan berpendapatan rendah.

ISU-ISU

• Kekurangan Ruang Fizikal: Setiap isi rumah terdiri daripada 4-5 orang yang dimuatkan dalam satu unit berukuran 500 kaki persegi (dua bilik).

• Pendapatan Rendah: Purata pendapatan bulanan setiap isi rumah adalah kira-kira RM1, 500. Lebih ¾ daripada pendapatan ini digunakan untuk perbelanjaan isi rumah (contohnya makanan & barangan runcit, pendidikan, pengangkutan, sewa / gadai janji dan lain-lain), baki yang tinggal tidak mencukupi untuk menabung atau belanjaan untuk perkara-perkara lain

Kekurangan Semangat Komuniti: Di Desa Mentari, 75 % daripada pangsapuri yang dimiliki, manakala di Desa Ria, hanya 40% dimiliki. Oleh kerana bilangan besar pangsapuri disewa, terdapat kekurangan rasa pemilikan terhadap kompleks kerana kebanyakan orang tidak menjaga keadaan atau penyenggaraan unit dan blok mereka

• Infrastruktur Miskin: Di Desa Ria dan Desa Mentari, ruang tangga adalah sangat berbahaya - terutama bagi kanak-kanak. Susur tangan tangga yang longgar atau hilang sama sekali (akibat karat ataupun dicuri oleh penagih dadah). Di Desa

Mentari, hanya satu dalam setiap tiga lif berfungsi dan kebanyakan kotak kawalan lif pun telah dicuri.

Tambahan pula, bumbung dalam kebanyakan blok adalah lusuh, atau telah runtuh sepenuhnya. Selain itu, satu blok di Desa Ria adalah kosong secara keseluruhan (dinding pun tiada).

Tiada Lampu: Ruang tangga tidak menerima banyak cahaya semulajadi dan tiada lampu elektrik di dalamnya, sekali gus menambah kepada bahaya.

Selain itu, semua pendawaian dari lampu koridor dan lampu jalan telah dicuri (oleh penagih dadah), membuatkan apa-apa perjalanan di luar pada waktu petang sangat sukar. Walaupun pada siang hari, ruang tangga dan koridor

adalah sangat gelap

Kumbahan Disekat (Desa Ria): Kebanyakan sistem kumbahan di Desa Ria adalah tersumbat, menyebabkan limpahan kumbahan ke dalam pangsapuri di tingkat bawah. Sambungan haram unit-unit di tingkat bawah telah memburukkan keadaan tersebut, menyebabkan kumbahan melimpah keluar ke jalan-jalan dan rumah-rumah yang berada di belakang unit tingkat bawah. Selain itu, akibat daripada sumbatan ini, beberapa penduduk di tingkat-tingkat atas telah membina secara haram paip untuk memintas kesekatan paip, walaupun kebanyakan paip-paip ini kini juga tersekat.

Kelimpahan Sampah: Oleh kerana kekurangan dewan sisa dan tong sampah , dan kekerapan pengumpulan sampah yang rendah, sampah berselerak secara terbuka,

KAMI PERLU PELATIH!

Pernah ingin belajar dengan lebih mendalam tentang prosiding Parlimen Malaysia? Ingin tahu tugas harian Ahli Parlimen anda? Sertai kami sebagai seorang pelatih! Bergantung kepada keupayaan anda, anda boleh menolong kami dalam kerja kemasyarakatan, kajian dasar, ataupun kedua-dua.

Anda akan menerima satu elaun yang kecil sebanyak RM 10 sehari, dan beberapa makan tengah hari yang percuma. Sila hantar CV dan surat pengiring anda kepada [email protected]

Page 12: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

menyebabkan persekitaran yang sangat kotor.

• Laman-laman Dalam yang Kotor: Oleh kerana laman-laman terdiri daripada tanah, ia adalah hampir sentiasa berlumpur, dan dengan itu mengekalkan sampah dengan lebih

mudah. Ia juga menjadikannya sukar untuk melintas laman-laman tersebut.

PENYELESAIAN YANG DICADANGKAN

• Infrastruktur Miskin: Gunakan bata untuk susur tangan dan / atau gunakan simen dan plaster (keutamaan kami)

• Tiada lampu: Meningkatkan akses kepada cahaya semula jadi dengan merobohkan bahagian terowong dan memasang panel LED solar dengan polycarbonates pada tahap yang tidak boleh diakses kepada pencuri.

• Kumbahan Disekat: Membersihkan sekatan semua paip kumbahan dan longkang menggunakan sama ada vakum atau penyepit (keutamaan kami), dan kemudian selepas dua bulan, menilai semula di mana terdapat sumbatan (paip bawah tanah atau paip dalam unit kediaman sendiri).

• Kelimpahan Sampah: Double bilangan dewan sisa dan tong,

meningkatkan saiz tong digunakan, dan melobi untuk meningkatkan pengumpulan sampah.

Pusat Tuisyen Sister Stella – (Bukan Untuk Untung) Desa Mentari

OBJEK TIF

• Untuk menggalakkan dan memberikan sokongan akademik tambahan dan membangunkan motivasi di kalanga pelajar untuk berusaha untuk peluang ekonomi dan pekerjaan di masa hadapan mereka.

• Untuk memudahkan pembangunan kemahiran insaniah penting seperti pengurusan masa, keyakinan, dan etika kerja yang baik untuk berjaya melengkapkan pelajar untuk pasaran kerja dan mengelakkan mereka daripada terlibat dalam kehidupan jenayah.

ISU

• Kekurangan Ruang Fizikal: Terdapat hanya satu pusat dalam satu blok yang mempunyai lebih daripada 6,000 unit. Ini menunjukkan bahawa terdapat beribu-ribu pelajar yang berpotensi untuk terlepas semata-mata peluang ini kerana ruang tidak mencukupi.

• Keselamatan kanak-kanak: Kelas diadakan pada waktu malam 20:30-

22:30. Lampu jalan yang tidak berfungsi di persekitaran bermakna keselamatan kanak-kanak terjejas apabila mereka bergerak dari blok ke blok

• Kecenderungan tinggi untuk Terlibat Dalam Jenayah: Keluarga yang berpendapatan rendah biasanya bermakna sokongan akademik yang lemah untuk kanak-kanak. Sokongan akademik yang lemah biasanya menyebabkan kekurangan peluang untuk mengelakkan aktiviti jenayah. Apabila digabungkan dengan pengaruh sosial yang tidak menguntungkan di dalam kompleks ini bermakna kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terlibat dalam jenayah.

PENYELESAIAN YANG CADANGAN

Tahun Pertama – Projek Perintis:

• Mengembangkan pusat yang sedia ada di Blok Dua Desa Mentari untuk mengajar sejumlah 80 pelajar

• Mengaji dan merekod secara terperinci semua prosedur operasi semasa Sister Stella dalam usaha untuk mereka bentuk garis panduan yang boleh digunakan dengan mudah untuk menubuhkan dan mengendalikan pusat-pusat baru

• Melatih dan menggalakkan tutor semasa, Bathma, untuk menjadi Penyelaras unit kedua di Blok 2

• Mengenal pasti dan melatih mereka yang berpotensi untuk menjadi penyelaras seperti "Sister Stella" di pusat-pusat baru

Page 13: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

Tahun Kedua:

• Mewujudkan tiga lagi pusat di tiga blok yang lain, masing-masing mengajar 40 pelajar dalam setiap pusat

• Menggalakkan tutor baru untuk mencari idea-idea yang kreatif mengenai prosedur operasi yang cekap dan berkesan

Tahun ketiga:

• Mewujudkan pusat-pusat dalam tiga blok Desa Mentari yang tinggal, masing-masing mewakili 40 pelajar dalam setiap pusat

Page 14: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

KOS PROJEK PENGEMBAGAN DALAM TAHUN PERTAMA

Keseluruhan Kos yang Diunjurkan

Berikutan perkembangan pusat semasa, projek ini akan mengalami kerugian bersih sebanyak RM9, 316 selepas tahun pertama operasinya.

LAWATI KAMI!

Anda boleh datang ke pejabat kami di:

113B (Tingkat 2), Jalan SS 14/1

47500 Subang Jaya dari

Isnin – Jumaat (10 am – 5 pm)

atau setiap malam Selasa (8 pm – 10 pm)

Hubungi kami melalui:

Tel: 03 – 5613 7918

Fax: 03 – 5613 7919

Page 15: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

This page is supported by

{INSERT COMPANY LOGO}useful info_______________________________________________________________________________________________

Pertama, terdapat kos pembesaran yang diunjurkan

berjumlah RM10, 000 dalam kos

pengubahsuaian dan penubuhan, kami berharap untuk mengurangkan jumlah ini melalui sumbangan perabot dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan bahawa pusat ini tidak boleh bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan oleh Sister Stella sahaja. Sumbangan masyarakat yang besar diperlukan.

Seperti yang ditunjukkan dalam jadual, kos bersih mendaftarkan seorang pelajar ke pusat untuk tahun pertama ialah RM116, atau RM10 sebulan.

Ataupun, boleh dikira sebagai RM2.50 seminggu untuk menyediakan seorang pelajar dengan pendidikan yang berkualiti dan peluang masa depan yang lebih baik, untuk satu tahun. Pada

tahun-tahun berikutnya, jumlah ini dijangka akan jatuh kerana kami tidak akan mempunyai

Particulars

RM/month

RM/year

Total Income 5,500 66,000Total Expenses 6,651 75,316

Deficit (1,1

51) (9,3

16)

Cost/Child 10 116

TOLONG KAMI TOLONG ANDA!

Akaun: Maybank

Nombor Akaun: 564892109110

Cawangan: 648928000; Mont Kiara, Kuala Lumpur

Anda boleh hantar sumbangan melalui perbankan Internet, ATM, ataupun cek. Sila hantar emel kepada [email protected] supaya kami boleh mengesahkan sumbangan anda. Kami menghormati privasi anda.

TOLONG KAMI TOLONG ANDA!

Akaun: Maybank

Nombor Akaun: 564892109110

Cawangan: 648928000; Mont Kiara, Kuala Lumpur

Anda boleh hantar sumbangan melalui perbankan Internet, ATM, ataupun cek. Sila hantar emel kepada [email protected] supaya kami boleh mengesahkan sumbangan anda. Kami menghormati privasi anda.

Page 16: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

This page is supported by

{INSERT COMPANY LOGO}useful info_______________________________________________________________________________________________kos perluasan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kami.

KERJA DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PEJABAT YB WONG CHEN

Siapa yang layak menerima perkhidmatan kami?Semua penduduk kawasan Parlimen Kelana Jaya

Subang Jaya, USJ, PJS5 to 10 (Desa Mentari), Taman Glenmarie, Kelana Jaya SS3,SS5, SS7, SS8, SS9

Apakah perkhidmatan kami?

Parlimen

Membangkitkan isu-isu nasional di atas pihak anda di Parlimen.Mewakili kawasan Kelana Jaya berhubung dengan dasar dan undang-undang dan melaporkan kepada para penduduk tentang semua isu nasional.

Kebajikan & Perubatan

Memohon untuk bantuan kebajikan dan meningkatkan bayaran kebajikan

Memohon untuk pengecualian yuran perubatan

Menghubungkan bersama badan bukan kerajaan kebajikan dan perubatan

Isu Kewarganegaraan

Memohon untuk IC biru dan menulis surat sokongan

Membuat susulan dengan JPN dan Imigrasi

Polis & Jenayah

Membuat susulan di atas laporan polis

Page 17: Wong Chen editorial Kelana Jaya {INSERT COMPANY …€¦ · Perayaan Tahunan Kuil 2013 500.00 ... Kawasan Rukun Tetangga PJS 9 PJS 9 Community ... Sumbangan Aktiviti Persatuan 500.00

This page is supported by

{INSERT COMPANY LOGO}useful info_______________________________________________________________________________________________

Mengumpul data jenayah dan menyediakan maklum balas orang ramai

Pendidikan

Pendaftaran dan pertukaran sekolah

Permohonan universiti