malaysia dewan negara aturan urusan mesyuarat … · gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain...

23
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.my TRANSLATION [Authoritative Copy - Bahasa Malaysia] HARI ISNIN, 30 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 15 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1322-L20048 Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa masalah penculikan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini di mana terdapat berita bahawa sesetengah kanak-kanak yang diculik, organ dalaman mereka dijual di dalam ataupun di luar negara dan beri maklumat sebenar keadaan tersebut serta perancangan Kerajaan untuk menangani masalah ini. 2. PN-1322-L19953 Tan Sri Dato' Abdul Rahim Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan untuk memulih prestasi Syarikat Penerbangan Malaysia yang terus mengalami kerugian. 3. PN-1322-L19909 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimana Kementerian ingin meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) di rumah mereka dan apakah ada insentif yang diberikan kepada pemaju untuk membina sistem ini di setiap projek perumahan yang bakal dibina. 4. PN-1322-L19570 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah pelajar Malaysia di Indonesia dan bagaimana tahap keselamatan pelajar Malaysia serta apakah tindakan Malaysia dalam kes seorang pelajar Malaysia di Universiti Padjadjaran, Jawa Barat yang telah diculik dan dirogol pada 17 Mei 2014. 5. PN-1322-L19682 Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta PERDANA MENTERI menyatakan sebelum ini pernah ada cadangan untuk mendaftarkan warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun sebagai pengundi secara automatik. Adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan perkara ini. Apakah pendirian Kerajaan berhubung dengan perkara ini.

Upload: nguyenduong

Post on 12-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.my

TRANSLATION [Authoritative Copy - Bahasa Malaysia]

HARI ISNIN, 30 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 15

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1322-L20048 Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa masalah penculikan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini di mana terdapat berita bahawa sesetengah kanak-kanak yang diculik, organ dalaman mereka dijual di dalam ataupun di luar negara dan beri maklumat sebenar keadaan tersebut serta perancangan Kerajaan untuk menangani masalah ini.

2. PN-1322-L19953

Tan Sri Dato' Abdul Rahim Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan untuk memulih prestasi Syarikat Penerbangan Malaysia yang terus mengalami kerugian.

3. PN-1322-L19909 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimana Kementerian ingin meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) di rumah mereka dan apakah ada insentif yang diberikan kepada pemaju untuk membina sistem ini di setiap projek perumahan yang bakal dibina.

4. PN-1322-L19570

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah pelajar Malaysia di Indonesia dan bagaimana tahap keselamatan pelajar Malaysia serta apakah tindakan Malaysia dalam kes seorang pelajar Malaysia di Universiti Padjadjaran, Jawa Barat yang telah diculik dan dirogol pada 17 Mei 2014.

5. PN-1322-L19682

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta PERDANA MENTERI menyatakan sebelum ini pernah ada cadangan untuk mendaftarkan warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun sebagai pengundi secara automatik. Adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan perkara ini. Apakah pendirian Kerajaan berhubung dengan perkara ini.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

2 AUM DN 30/6/2014

6. PN-1322-L19825

Datuk Seri Nalla K. S. minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak Yayasan IM4U ditubuhkan pada Julai 2012 dengan dana yang banyak, apakah pencapaian yang telah terlaksana dan dicapai selari dengan Gagasan 1Malaysia dan ke manakah dana-dana tersebut disalurkan.

7. PN-1322-L19813 Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kurikulum pendidikan Sains Pertanian di peringkat sekolah dilihat semakin ditinggalkan oleh Kementerian sedangkan bidang ini telah menyumbang kepakaran dalam bidang pertanian, seperti yang dilahirkan oleh guru Maktab Perguruan lepasan Sains Partanian dan juga graduan Universiti Pertanian Malaysia satu ketika dahulu. Apakah usaha Kementerian untuk memperkasakan semula bidang sains pertanian ini di sekolah, yang seharusnya bermula dari peringkat rendah lagi.

8. PN-1322-L19645 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bahawa harga getah telah banyak turun. Apakah yang membawa kepada kejatuhan harga getah. Apakah tindakan pihak Kementerian untuk meningkatkan semula harga getah.

9. PN-1322-L19550 Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa banyakkah pelajar yang tamat pelajaran dan menjadi graduan dari Universiti Awam dan Swasta pada tahun lalu. Apakah peratusan graduan ini yang telah mendapat kerja dalam masa 6 bulan selepas hari graduannya.

10. PN-1322-L20051 Puan Bathmavathi Krishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada dasar Kerajaan yang dibuat pada tahun 1988 untuk menawarkan kuota 1% pekerjaan di sektor Perkhidmatan Awam kepada OKU itu sudah tercapai.

11. PN-1322-L19336 Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk menambahkan bilangan dewan orang ramai/balai raya, baik secara bersendirian atau secara bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

12. PN-1322-L19328 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) langkah Kementerian dalam menghadapi isu kecukupan

makanan (food security) menjelang 2050; dan

(b) bagaimana Kementerian melihat di sebalik pelbagai usaha oleh pihak Kerajaan dan penyelidik, sikap dan peranan rakyat itu sendiri amat penting terutamanya dari segi penglibatan dan sokongan demi menjayakan agenda penting negara ini.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 3

13. PN-1322-L20023 Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan kewarganegaraan baru yang telah diluluskan mengikut kawasan Parlimen dari tahun 2012 hingga sekarang.

14. PN-1322-L19924

Tuan Chong Sin Woon minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mempergiatkan usaha anti-rasuah serta berapa tangkapan dan dakwaan telah diambil ke mahkamah.

15. PN-1322-L19273 Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) keberkesanan operasi besar-besaran pesalah trafik tegar yang

kerap di lancarkan; dan (b) sedarkah Kementerian selepas berlaku kemalangan maut yang

mendapat liputan luas pihak media, barulah latar-belakang syarikat pemandu di siasat dan di ambil tindakan segera.

16. PN-1322-L19896 Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta PERDANA MENTERI menyatakan supaya mewujudkan satu Akta supaya mana-mana pasukan atau individu yang membangkitkan soal agama, mana-mana kaum dan bercakap boleh menimbulkan tidak sefahaman, keharmonian kaum, mesti diambil tindakan undang-undang tanpa dibicara dan terus menjatuhkan hukuman berat.

17. PN-1322-L19295

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) langkah menggalakan lebih banyak koperasi menceburi bidang

pelaburan berimpak tinggi seperti bidang hartanah bagi meningkatkan perolehan mereka; dan

(b) bagaimana pencapaian terkini Dasar Koperasi Negara (2011-2020) terutama dalam 5 sektor ekonomi utama bertujuan memberi kelebihan kepada sektor koperasi di negara ini.

18. PN-1322-L19404

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) inisiatif-inisiatif bagi memperkasa kedudukan ekonomi golongan

bumiputra hari ini; dan

(b) disebalik menjadi golongan majoriti di negara ini, apakah halangan-halangan yang dikenal-pasti menjadi penyumbang kepada kemajuan golongan bumiputra berdasarkan corak dan rentak pembangunan negara terkini

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

4 AUM DN 30/6/2014

19. PN-1322-L19672

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mewujudkan satu skim khas untuk membantu ibu-ibu tunggal di negara kita melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi supaya ibu-ibu tunggal ini dapat mempertingkatkan tahap ekonomi keluarga setelah tamat pengajian.

20. PN-1322-L19642

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah masalah dan halangan yang menyebabkan syarikat milik peniaga berketurunan Siam sukar untuk mendapat status syarikat Bumiputera walaupun Kerajaan sudah mengiktiraf kedudukan Masyarakat Siam sebagai Bumiputera.

21. PN-1322-L19786

Datuk Lihan Jok minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapa dan di manakah menara telekomunikasi Celcom yang akan didirikan di kawasan luar bandar Sarawak dalam masa terdekat ini, jika ada apakah jenis teknologi yang akan digunapakai dalam sistem telekomunikasi ini, dan adakah teknologi itu akan bertahan lama.

22. PN-1322-L19303

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan maklumat penuh mengenai program pinjaman beruang panda gergasi dari Negara China di bawah program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi termasuk jumlah yang akan dibelanjakan dan pulangan yang dijangkakan, baik dari segi kewangan dan lain-lain.

23. PN-1322-L19831 Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk menjamin bahawa tindakan di luar batasan undang-undang tidak berlaku terhadap Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia.

24. PN-1322-L19743 Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah bantuan-bantuan yang diberikan kepada bekas askar-askar yang tidak berpencen bagi membantu pesara-pesara ini di dalam meneruskan kehidupan mereka dan berapakah bilangan pesara-pesara ini dan berapa banyakkah peruntukan kewangan yang diberikan sehingga kini.

25. PN-1322-L19978 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah dan tindakan yang akan diambil bagi mengelakkan kejadian rogol khususnya kepada remaja bawah umur yang semakin berleluasa dan membimbangkan.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 5

26. PN-1322-L19607 Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah Kerajaan akan bertindak lebih tegas dengan menggunakan undang-undang sedia ada yang sesuai dalam menghukum pihak tidak bertanggungjawab yang menulis dan menyiarkan berita palsu di Internet.

27. PN-1322-L19427

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kedudukan terkini negara dalam Indeks Kesaksamaan Gender di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan nyatakan langkah berterusan Kerajaan dalam memperjuangkan hak-hak wanita dari segi ekonomi, politik dan sosial serta nyatakan langkah Kerajaan dalam memperkasakan peranan dan hala tuju wanita di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) khususnya dalam memperkasakan wanita sebagai pembuat keputusan, usahawan wanita dan inisiatif memperkasakan ibu tunggal serta wanita pedalaman.

28. PN-1322-L19725

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kementerian akan memperkenalkan semula penggunaan pewarna khas pada minyak diesel bersubsidi sebagai satu bentuk kawalan yang pernah diperkenalkan pada suatu masa dahulu.

29. PN-1322-L19785

Dato' Muhammad Olian bin Abdullah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan inisiatif mengurangkan peranan orang tengah “Jihat Perangi Orang Tengah” . Apakah kejayaan yang diharapkan.

30. PN-1322-L19761

Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa kelewatan membentangkan saranan daripada Majlis Perundingan Perpaduan Nasional mengenai perlaksanaan Akta Keharmonian Nasional. Dalam suasana negara yang porak peranda dengan isu perkauman dan pertikaian keagamaan, akta ini perlulah di bentang dan digubal dengan kadar segera demi keamanan Negara.

31. PN-1322-L20033

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah pemantauan dan pengawasan yang diambil terhadap Pihak Berkuasa Tempat (PBT) dalam memastikan tiada berlaku kesalahan bahasa dalam paparan iklan di tempat-tempat awam. Adakah pihak Kementerian menyedari bahawa semakin banyak paparan-paparan iklan di tempat awam yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan yang betul atau mengabaikan sama sekali penggunaan bahasa kebangsaan.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

6 AUM DN 30/6/2014

32. PN-1322-L19790

Datuk Lihan Jok minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kerajaan akan membina loji air untuk penduduk Sarawak yang tinggal dalam kawasan Poyut-Lubok Nibong Marudi Baram yang selama telah memohon perkhidmatan tersebut.

33. PN-1322-L19426

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan pelatih yang telah dilahirkan di semua 90 Kolej Komuniti seluruh negara dan bidang yang diikuti serta nyatakan langkah Kerajaan bagi memantapkan latihan di Kolej Komuniti khususnya untuk melahirkan pelatih berkemahiran bagi keperluan negara sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

34. PN-1322-L19587

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah mekanisme baru yang sedang dan akan dikaji oleh Kementerian bagi menggantikan kaedah pemberian subsidi diesel sedia ada yang jelas merugikan negara akibat aktiviti penyeludupan, rasuah dan ketirisan yang berleluasa ketika ini.

35. PN-1322-L19699 Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah kes yang memudaratkan pesakit-pesakit akibat dari kecuaian oleh pihak hospital awam mahupun swasta berhubung dengan pemberian ubat yang salah dan dos ubat yang tidak betul sejak 5 tahun kebelakangan. Apakah langkah yang diambil dalam mengatasi masalah tersebut.

36. PN-1322-L19942

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan penilaian Kementerian mengenai keberkesanan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang telah dilaksanakan sekian lama. Apakah cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh Kementerian dalam pelaksanaan RIMUP setakat ini.

37. PN-1322-L19513

Datuk Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kejayaan Kementerian memerangi kejadian kemalangan jalan raya terutamanya selepas perlaksanaan kamera Automated Enforcement System (AES).

38. PN-1322-L19744 Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Felda Holdings Sdn Bhd yang mempunyai 9.8% saham di dalam Syarikat Cadbury Confectionary (Malaysia) Sdn Bhd akan diarah supaya meninggalkan syarikat tersebut oleh kerana terdapatnya DNA babi (porcine) di dalam produk keluaran mereka seperti mana penemuan oleh pihak JAKIM.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 7

39. PN-1322-L19681 Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota Polis DiRaja Malaysia mengikut kaum, serta apakah langkah-langkah untuk menarik minat masyarakat pelbagai kaum di negara ini menyertai pasukan Polis DiRaja Malaysia.

40. PN-1322-L19952

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah sistem pembentungan berpusat Melaka Tengah di Batu Berendam akan dibina.

41. PN-1322-L19888

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha dan langkah Kementerian dalam merekrut lebih ramai rakyat tempatan Sabah menyertai PDRM terutamanya untuk tugasan menjaga perairan di ESSZONE Sabah.

42. PN-1322-L19441

Datuk Chiew Lian Keng minta PERDANA MENTERI menyatakan jenis operasi dan aktiviti kawalan oleh ESSCOM yang sedang berjalan di kawasan ESSZONE serta bagaimana untuk memastikan persisiran pantai yang luas dapat dikawal selia dengan baik.

43. PN-1322-L19711

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tentang hasil kajian yang membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengiklan-pengiklan yang mempamerkan iklan mereka di tempat awam yang melakukan kesalahan penggunaan Bahasa Melayu.

44. PN-1322-L20017

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana keberkesanan perancangan Kerajaan dalam mempertingkatkan pengeluaran bagi aktiviti jualan buah-buahan & sayur-sayuran yang melibatkan petani-petani kecil.

45. PN-1322-L19599

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kerajaan berhasrat untuk mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate (UEC) dan apakah antara halangan utama Kementerian dalam mengiktiraf sijil ini.

46. PN-1322-L19516

Datuk Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk memastikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dapat mencapai objektif dan sasaran seperti dirancang.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

8 AUM DN 30/6/2014

47. PN-1322-L19484

Dato' Adam bin Abdul Hamid minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah rancangan untuk mengatur syarikat pengeluar makanan Halal Malaysia bergabung dengan pengeluar-pengeluar di China terutamanya di Xi’an dan mengeksport produk halal ke negara-negara Timur Tengah.

48. PN-1322-L20006

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah usaha-usaha di dalam memartabat dan melestarikan Bahasa Melayu di dalam bidang perundangan dan kehakiman dilaksanakan.

49. PN-1322-L19854

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian mengkaji punca kejadian pembunuhan di negara ini yang semakin serius tidak mengira bangsa dan agama dan apakah rancangan khas Kementerian untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meningkat ini.

50. PN-1322-L19959

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa banyakkah lesen yang telah dikeluarkan oleh PBT bagi bengkel - bengkel membaiki kenderaan seluruh negara serta nyatakan bilangan bengkel mengikut negeri serta berapakah jumlah milik bumiputera mengikut negeri.

51. PN-1322-L19502

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah SOSMA telah mencapai hasrat Kerajaan untuk mengganti ISA dan adakah Kerajaan bercadang untuk menambah undang-undang seperti ini.

52. PN-1322-L19922

Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah statistik dan kategori penangkapan yang telah dilakukan oleh pihak SPRM dalam usaha membanteras rasuah di negeri Sarawak bagi tempoh tahun 2011, 2012 dan 2013.

53. PN-1322-L20058

Puan Bathmavathi Krishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan terkini pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan atau National Human Rights Action Plan (NHRAP) yang mana Jawatan Kuasa Pemandu Pembangunan NHRAP telah pun ditubuhkan dan apakah hak asasi OKU juga diberi perhatian dalam Pelan Tindakan ini.

54. PN-1322-L19398

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Malaysia sering kali dijadikan pangkalan aktiviti militan dengan laporan terbaru kumpulan pengganas yang berpengkalan di Afrika Timur turut di syaki mewujudkan rangkaian mereka di negara ini yang jika tidak dibendung boleh mengancam keselamatan rakyat.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 9

55. PN-1322-L19937 Tuan Chong Sin Woon minta PERDANA MENTERI menyatakan jenis tindakan yang dilaksanakan dalam menangani masalah yang dibentangkan dalam Laporan Audit Negara setiap tahun.

56. PN-1322-L19708 Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai militan warga asing yang telah dapat ditangkap sehingga ke hari ini. Daripada jumlah tersebut berapa ramai militan yang ditangkap itu menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR).

57. PN-1322-L20003 Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian di dalam menangani keresahan masyarakat Islam berhubung dengan isu halal haram dalam makanan.

58. PN-1322-L19353 Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana Kementerian melihat penglibatan pelaburan swasta sebagai pemangkin memacu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan negara selaras dengan hala-tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP).

59. PN-1322-L19717

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah benar bahawa projek tenaga berskala besar seperti Track 4 diberi secara runding terus dan bukan secara tender terbuka.

60. PN-1322-L19897

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimana Kerajaan ingin mengatasi masalah kekurangan doktor di Sabah terutamanya doktor pakar dan apakah bentuk program yang disusun Kementerian untuk melahirkan lebih ramai doktor tempatan dari Sabah.

61. PN-1322-L19456

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah bilangan pekerjaan di kilang-kilang penapisan minyak sawit FELDA untuk rakyat tempatan dan pekerja asing. Apakah peluang pekerjaan di kilang-kilang ini tidak diberi kepada generasi kedua FELDA.

62. PN-1322-L19738

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian Kesihatan mempunyai pasukan melatih doktor pakar dalam bidang pemindahan organ setelah pemindahan organ pertama di Malaysia ialah pada tahun 1975 (HBKL-buah pinggang Augustin Sittin dan pemindahan jantung pertama terhadap En. Sathurugnam Ramakrisna oleh Dato' Dr Yahya Awang dari Institut Jantung Negara) dan berapa ramaikah PAKAR "transplant" mengikut bidang perubatan yang terdapat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

10 AUM DN 30/6/2014

63. PN-1322-L19635

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) timbulnya isu keputusan Kabinet mahu menggugurkan ruangan

kaum dalam borang rasmi Kerajaan yang akhirnya didapati tidak benar; dan

(b) mengapa boleh berlaku kekeliruan seperti ini seolah-olah

keputusan Kabinet yang sepatutnya badan tertinggi Kerajaan tidak mencerminkan ketegasan dan mudah di ubah atau pihak media yang menyalah-tafsirkan isu ini.

64. PN-1322-L19669

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Dasar Pandang ke Timur yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri yang kini memasuki Fasa Kedua (LEP 2.0) wajar diteruskan bagi tempoh jangka panjang memandangkan kemajuan konsisten yang ditunjukkan oleh negara Jepun dalam bidang ekonomi dan pelaburan malah ketinggian nilai budaya, disiplin dan dasar perpaduan yang erat boleh menjadi contoh terbaik bagi Malaysia.

65. PN-1322-L19774

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah perancangan untuk menswastakan Jabatan Kastam Diraja pada tahun hadapan .

66. PN-1322-L19551

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah lesen telco dan broadband yang telah dikeluarkan dan beroperasi dan apakah taraf servis yang perlu dipatuhi pembekal perkhidmatan ini. Berapakah jumlah keseluruhan pelanggan yang menggunakan servis broadband dan internet mudah alih.

67. PN-1322-L19317 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian sedar di sebalik langkah turun padang yang di ambil oleh Kerajaan, isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih lagi hangat di pertikaikan malah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu ini demi kepentingan peribadi.

68. PN-1322-L19535 Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta PERDANA MENTERI menyatakan di Negeri Perak, terutama di bandar-bandar yang pesat membangun, masalah pengangkutan awam selalu menjadi rungutan rakyat. Masalah ini tidak mampu diatasi sendiri oleh Kerajaan Negeri melainkan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan secara bersepadu. Apakah usaha menangani masalah ini.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 11

69. PN-1322-L19887 Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bolehkah dipertimbangkan semula kuasa PAAB berkaitan projek-projek kelas F hingga C, kuasa memutuskan tawaran sebut harga dan tender, diberi kuasa kepada negeri-negeri yang ada kaitan dengan PAAB, memutuskan tawaran tersebut.

70. PN-1322-L19916

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah Kementerian akan mengkaji semula peraturan yang membenarkan setiap individu mendaftar sehingga 10 talian prabayar kerana ia membuka ruang penyelewengan dan penyalahgunaan maklumat peribadi oleh pihak ketiga yang mungkin mendaftarkan baki sembilan lagi talian prabayar tanpa pengetahuan penama asal.

71. PN-1322-L19559

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) adakah setiap projek pembinaan rumah mampu milik di bawah

Skim Rumah Selangorku di bawah kawal selia dan pemantauan oleh Kementerian; dan

(b) berapa jumlah rumah kos rendah yang telah dibina dan akan

dibina mengikut negeri pada tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan enam bulan pertama 2014.

72. PN-1322-L19479

Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rasional pihak Malaysia Airports (MAHB) menyewakan ruang di tengah-tengah kawasan kawalan imegresen untuk penumpang transit di terminal domestik KLIA untuk kiosk-kiosk jualan coklat dan beg-beg sehingga hanya meninggalkan ruang yang sempit untuk laluan penumpang tiba dan berangkat di terminal tersebut.

73. PN-1322-L19800

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapakah masih wujud keluarga yang hidup di bawah jambatan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur ini dan sejauh manakah usaha Kerajaan dalam memastikan mereka di beri tempat berteduh yang sewajarnya. Apakah Kerajaan mengadakan kerjasama dengan agensi lain seperti jabatan agama, pusat zakat dan sebagainya bagi memastikan rakyat negara ini yang hidup gelandangan ini dibantu dengan sewajarnya.

74. PN-1322-L19361 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan terkini prestasi GLC Kerajaan Pusat iaitu Malaysia Airlines dan Proton Holdings Bhd. Apakah usaha dan langkah Kerajaan dalam menangani masalah kerugian yang terus- menerus meningkat.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

12 AUM DN 30/6/2014

75. PN-1322-L19732

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan penagih dadah dan pengguna dadah di Malaysia sehingga tahun 2013 dan apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan di dalam merealisasikan misi Malaysia Bebas Dadah 2015 dan apakah Kementerian atau agensi-agensi Kerajaan yang lain yang terlibat di dalam program tersebut.

76. PN-1322-L19375 Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan impak perlaksanaan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara analisis meta dalam usaha mengenalpasti kelemahan dan menambahbaik keberkesanannya.

77. PN-1322-L19692

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan pemohon-pemohon suaka politik yang ditahan oleh pihak berkuasa dan apakah alasan penahanan mereka.

78. PN-1322-L19984

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan perkembangan berhubung gesaan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia melalui cadangan YAB Perdana Menteri supaya semua anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan persidangan khas untuk membantu bagi mencari penyelesaiaan secara aman berhubung krisis berdarah yang melanda Mesir.

79. PN-1322-L19341

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berhubung masalah Pensyarah-Pensyarah Perubatan (terutama yang mengajar subjek klinikal) yang menamatkan perkhidmatan di IPTA dan IPTS tempatan kerana mendapat tawaran yang lebih baik di sektor Perubatan Swasta dan rasa ketidakpuasan hati terhadap skim perkhidmatan mereka.

80. PN-1322-L19576

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilangan pengambaran filem luar negara dan persembahan artis luar negara yang ditolak permohonan dan dibatalkan kelulusan oleh Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dan sebab-sebabnya.

81. PN-1322-L19347

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan bagaimanakah DBKL menjalankan penguatkuasaan terhadap pemilik restoran di Wilayah Persekutuan yang menggunakan lot-lot tempat letak kereta bagi meletakkan meja dan kerusi makan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas, kekurangan ruang letak kereta dan kekotoran tempat awam.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 13

82. PN-1322-L19657 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa MAS telah mengalami kerugian sebanyak RM433 juta dalam suku tahun pertama. Mengapakah MAS mengalami kerugian yang begitu besar. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membaiki keadaan ini.

83. PN-1322-L19447

Datuk Chiew Lian Keng minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan cara-cara untuk mengatasi impak insiden MH370 dan penculikan pelancong di Sabah di samping memenuhi sasaran 28 juta pelancong ke Malaysia sempena "Visit Malaysia Year 2014".

84. PN-1322-L20040

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah status terkini rundingan TPPA setelah mesyuarat peringkat Menteri di Singapura pada bulan Mei lalu.

85. PN-1322-L19385

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah bilangan-bilangan rumah yang telah dibina semenjak 3 Tahun kebelakangan ini memenuhi permintaan rakyat yang memerlukan rumah dapat dipenuhi menjelang 2020.

86. PN-1322-L19823

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kos penjanaan elektrik (dalam sen/kwh) Tenaga Nasional Berhad berbanding dengan IPP (Independent Power Producers). Menteri juga diminta menjelaskan kos pembelian kuasa dari IPP dalam unit sen/kwk yang ditanggung oleh TNB.

87. PN-1322-L19972 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil bagi memastikan harga pemilikan rumah di bawah program PR1MA dapat dikurangkan memandangkan harga yang dicadangkan tidak sesuai untuk kawasan luar bandar.

88. PN-1322-L19332

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap yang telah menyertai Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia sejak ianya dilancarkan dan apakah langkah-langkah yang sedang dirancangkan untuk meningkatkan lagi kadar penyertaan.

89. PN-1322-L19377

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-

(a) apakah usaha-usaha terbaru Kementerian untuk memajukan

bidang kepakaran aeroangkasa; dan

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

14 AUM DN 30/6/2014

(b) apakah usaha Kementerian bagi perkongsian keperluan

aeroangkasa dengan negara yang telah maju seperti Amerika, Rusia, China dan lain-lain dalam melahirkan angkasawan, alatan teknologi dan penemuan-penemuan baru.

90. PN-1322-L20063

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah definisi Kerajaan bagi penyakit jarang jumpa (rare diseases) dan sama ada terdapat rawatan bagi penyakit seperti ini di negara kita.

91. PN-1322-L19872

Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan supaya penggunaan cermin gelap untuk kenderaan dibenarkan dipakai kepada kenderaan awam, dengan cara mengenakan caj kepada pengguna pada setiap tahun seperti bayaran cukai jalan kenderaan sehingga 1.5 dibayar RM 30.00 setiap tahun, kenderaan 1.5 sehingga 3.0 dibayar RM 60.00 setiap tahun dan kenderaan umum bas-bas pelancong RM 100 setiap tahun.

92. PN-1322-L19304 Dato' Lee Chee Leong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang lebih mampan dalam memberikan bantuan kewangan kepada rakyat selain daripada pemberian BR1M kerana pendapatan negara sangat bergantung kepada sumber petroleum yang kian berkurangan.

93. PN-1322-L19549

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah persediaan awal yang diambil oleh Kementeriannya untuk memastikan tidak ada gangguan bekalan air bagi menghadapi musim kering El-Nino yang bakal landa Malaysia.

94. PN-1322-L19617

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah hasil kutipan levi asing pekerja asing mengikut sektor dari tahun 2011, 2012, 2013 dan 6 bulan pertama 2014.

95. PN-1322-L19621

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah jenayah dan rompakan yang melibatkan motokar bercermin gelap dan jenayah yang dilakukan olen penjenayah bermotosikal.

96. PN-1322-L19908

Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk menerbitkan versi yang baru berikutan dengan insiden buku teks sejarah darjah 4 yang banyak kesilapan dari segi penggunaan tema, ayat dan gambar yang diketengahkan oleh media tempatan. Apakah usaha yang akan diambil untuk mengelakkan kesilapan sebegini berulang di buku teks darjah 5 dan 6.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 15

97. PN-1322-L19462 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memberi penerangan berkenaan pelaksanaan GST di kalangan rakyat. Berapakah bajet oleh Kerajaan dalam menjalankan kempen ini kepada rakyat serta keberkesanannya.

98. PN-1322-L19987

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan untuk mengenakan tindakan terhadap pengendali laman-laman portal yang lalai atau sengaja melepaskan komen-komen pembaca yang boleh memudaratkan keselamatan dan keamanan negara seperti komen yang berkaitan isu-isu sensitiviti dan berbaur perkauman.

99. PN-1322-L19839 Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan yang sedia ada untuk mengurangkan pertelingkahan agama dan kaum di kalangan rakyat Malaysia supaya negara tidak menghadapi krisis sosial.

100. PN-1322-L19283

Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan trend mengadakan demonstrasi jalanan walaupun tiada mendapat permit yang akhirnya hanya terus menghimpit kehidupan majoriti rakyat serta menjejaskan pembangunan negara.

101. PN-1322-L19633

Dato' Lim Nget Yoon minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa bilangan orang yang menjadi muflis meningkat dari tahun ke tahun. Apakah yang menyebabkan peristiwa ini. Bagaimanakah orang ramai boleh mengelak daripada menjadi muflis.

102. PN-1322-L19279 Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) benarkah penyelesaian muflis menjadi salah satu cadangan ke

arah penyelesaian kewangan syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS); dan

(b) jika benar ianya bakal dilaksanakan, apakah jaminan

penyelesaian ini tidak akan menjejaskan kedudukan kewangan negara di samping kepentingan aset dan pekerja MAS di lindungi.

103. PN-1322-L19318 Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis dari keturunan India dan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan lagi penyertaan kaum India dan sama ada satu program pengambilan khas akan diadakan untuk mengatasi ketidakseimbangan ini.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

16 AUM DN 30/6/2014

104. PN-1322-L19512

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan kematian di hospital-hospital seluruh negara yang berpunca daripada kecuaian pihak hospital, atau kerosakan alat-alat hospital.

105. PN-1322-L19934

Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perkembangan kempen oleh Tenaga Nasional Berhad dalam memperjelaskan penukaran meter elektrik yang akan menyebabkan kenaikan bil elektrik.

106. PN-1322-L19378

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) status kadar pengangguran terkini graduan IPT-swasta dan

awam berasaskan etnik dan lokaliti graduan; dan (b) strategi menangani isu pengangguran serta impak

perlaksanaannya. 107. PN-1322-L19766

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan berkenaan rungutan orang ramai mengenai caj yang dikenakan oleh Jabatan Insolvensi yang agak tinggi yang menyukarkan lagi mereka yang berhutang sukar melunaskan pinjaman mereka.

108. PN-1322-L19801

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah menambah bekalan darah jenis ganjil (Bombay Type Blood) yang semakin kritikal ekoran hanya satu peratus dari populasi penduduk negara ini mempunyai darah jenis tersebut.

109. PN-1322-L19520

Datuk Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memperkembangkan program ini di peringkat lebih tinggi dan apakah langkah-langkah yang dapat diambil bagi menarik pelancong luar Program Volunteer Tourism merupakan satu program pelancongan yang dapat mendekati kehidupan rakyat sesuatu kawasan.

110. PN-1322-L19468 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah dasar Kerajaan dalam menyelaraskan pengunaan plat kenderaan serta pihak manakah yang diberi kuasa untuk meluluskan plat seperti 1M4U, Putrajaya, Bambee Sukom dan lain-lain. Apakah tujuan plat-plat ini dibenarkan.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 17

111. PN-1322-L19564 Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah usaha, perancangan dan tindakan Kementerian mewajahkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai jiwa dan sentuhan yang mencerminkan Keberadapan Melayu.

112. PN-1322-L19586

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan telah membuat kajian tahap keselamatan cermin gelap tampalan plastik berbanding cermin gelap asal gelap (bukan tampalan plastik) terutamanya daripada aspek tahap radiasi udara bertoksid.

113. PN-1322-L19613

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) dakwaan pemberian BR1M hanyalah sekadar menyasarkan ke

arah lebih memberangsangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), mewujudkan agihan jangka panjang tidak mampan atau sekadar hendak memastikan aliran perbelanjaan domestik; dan

(b) apakah langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan

pengagihan BR1M itu mencapai kumpulan sasaran dan mewujudkan persekitaran kondusif terhadap keperluan sasaran tersebut.

114. PN-1322-L19262

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status cadangan penubuhan dua buah sekolah di kawasan Senadin, Miri, Sarawak seperti mana yang diumumkan oleh Kerajaan semasa Pilihan Raya Umum ke-13.

115. PN-1322-L19811

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) sedarkah Kementerian fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang jelas terpesong dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) semakin menular; dan

(b) langkah Kementerian membendung fahaman ini dari terus

memesongkan akidah umat Islam yang majoritinya berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

116. PN-1322-L19364

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) sedarkah Kementerian beberapa portal dan media maya

berterusan menyiarkan cerita palsu yang mempunyai agenda tidak sihat terhadap kepimpinan negara. ; dan

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

18 AUM DN 30/6/2014

(b) apakah tindakan tegas yang boleh di ambil jika undang-undang

sedia ada di lihat terlalu ringan dan portal-portal ini seolah-olah kebal.

117. PN-1322-L19424

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah penagih dadah bagi tahun 2013 dan terkini 2014 mengikut kumpulan umur kanak-kanak, remaja dan dewasa serta nyatakan bilangan klien (pelanggan) yang mendapatkan perkhidmatan di 52 Cure & Care Service Center dan nyatakan langkah Kerajaan bagi mengurangkan bilangan penagih dadah dan seterusnya membebaskan negara daripada masalah dadah.

118. PN-1322-L19425

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah Dasar Automotif Negara (NAP) 2014 dapat memberikan nafas baharu dalam industri pemotoran tempatan untuk terus berkembang sejajar dengan mengambil kira cabaran dalam dan luar negara khususnya dalam aspek sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penyediaan peluang pekerjaan dalam industri automotif.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 19

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1.

(D.R. 24/2013)

Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan ( Pindaan ) 2013 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (26 Jun, 2014) [ Menteri Kewangan]

2. (D.R. 4/2014)

Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 [ Menteri Pendidikan ]

Bacaan

Kali Yang

Kedua

3.

(D.R. 7/2014)

Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

4.

(D.R. 5/2014)

Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

5. PN-1322-U19389

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Merakamkan dan menjunjung setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Ke bawah DYMM SPB YDPA Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah, Ke bawah DYMM SPB YDPA Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak kerana Duli-Duli Tuanku memberi perkenan melantik patik sebagai Senator pada 2008 pada penggal pertama dan 18.7.2011, 17.7.2014 bagi penggal kedua. Penghargaan ucapan terima kasih juga kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah bin Ahmad Badawi bagi penggal pertama dan disambung oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak bagi penggal kedua. Yang Di Pertua Dewan Negara Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, Tan Sri Wong Foon Meng dan Tan Sri Abu Zahar bin Ujang dan Timbalannya. Semua para Senator yang dulu dan sekarang dan semua kakitangan Dewan Negara serta Pihak Media yang terlibat dan orang perseorangan yang lain. Saya sangat terhutang budi dan menghargainya dengan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih. 3 rangkap pantun untuk semua;

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

20 AUM DN 30/6/2014

Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik Bercabang Tiga

Hancur Badan Dikandung Tanah Budi yang baik dikenang juga

Pisang emas dibawa belayar

Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang Budi dibawa mati

Kalau ada Sumur di ladang

Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi Salah dan silap saya mohon maaf yang baik dari Allah SWT apa yang buruk datang dari saya. Selamat tinggal dan jumpa lagi."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. PN-1322-U19390

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya membanteras segala bentuk penyelewengan subsidi diberikan kepada rakyat oleh Kerajaan. Penguatkuasaan hendaklah diperketatkan dan dibesarkan serta bersifat berterusan. Hukuman yang setimpal dan keras hendaklah dikenakan kepada mereka yang terlibat." [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

7. PN-1322-U19391 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Merakamkan tahniah dan syabas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana mampu menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya saing dan menduduki tempat ke 12 mengikut Laporan Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) (2014) penambahbaikan dengan kedudukan ke 15 pada tahun lalu. Pencapaian itu meletakkan Malaysia dalam kalangan 15 negara paling berdaya saing. Antara negara lain ialah Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Sweden, Jerman, Kanada, Denmark, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Norway, Luxembourg, Taiwan, Belanda, Ireland dan Malaysia serta lain-lain negara seperti United Kingdom, Australia, Finland, New Zealand, Jepun, Korea di peringkat Asean Daya Saing Malaysia mendahului tempat ke-2. Sementara itu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menduduki dalam kalangan 29 negara teratas dengan keluaran KDNKnya sebanyak 6.2% . Tahniah dan syabas Malaysia." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 21

8. PN-1322-U19392 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Merakamkan tahniah dan syabas kepada YAB Dato Seri Razif Abdul Rahman yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada 13.5.2014."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. PN-1322-U19393 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Mengingatkan bahawa gaji ahli-ahli Dewan Negara Malaysia adalah antara yang terendah dalam dunia maka saya menyarankan agar elaun/gaji mereka dinaikkan sesuai dengan peredaran masa dan keperluan keadaan serta sesuai dengan elaun/gaji para senator di negara-negara membangun. Saya mengesyorkan supaya Peruntukan Am Senator daripada RM200,000 sepenggal kepada RM200,000 setahun." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

22 AUM DN 30/6/2014

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN

2014 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

DN.1 Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara Menurut Peraturan Mesyuarat 70 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara

26 Jun 2014

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Gereja, kuil dan tempat sembahyang agama lain serta penganutnya tidak dicerobohi oleh ekstremis di negara Malaysia. 24. PN-1322-L19743

AUM DN 30/6/2014 23

UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri yang Bertanggungjawab

1.

30.6.2014 (Isnin)

1. YB. Sen. Tuan

Syed Shahir Bin Syed Mohamud

1. Hak untuk Pekerjaan

Tetap

1. Menteri Sumber

Manusia