lamanbahasa.files.wordpress.com …  · web viewwalaupun tidak mahir tentang hukum agama,...

4
Syair Nasihat Penghujung Thamarat Al-Muhimmah Rangkap 1 Ayahanda menyatakan usaha mengarang kitab telah selesai. Beliau merasakan dirinya kurang bijak dan ilmunya masih cetek. Ayahanda telah menghasilkan kitab ini daripada hatinya yang sering bimbang dan geram. Usaha mengarang telah dilaksanakan dengan bersungguh- sungguh. Rangkap 2 Ayahanda telah meluahkan perasaannya yang terpendam untuk dijadikan ikhtibar kepada anakandanya. Ayahanda juga berharap agar anakandanya dapat memperbaiki sikap dan mengamalkan nilai budi perketi mulia. Rangkap 3 Nasihat yang diberi oleh ayahanda perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas. Rangkap 4 Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan. Rangkap 5 Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan. Rangkap 6 Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah. Rangkap 7 Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib. Rangkap 8 Tindakan perlu berdasarkan pengetahuan supaya membawa kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan sesebuah kerajaan.

Upload: lamngoc

Post on 06-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewWalaupun tidak mahir tentang hukum agama, janganlah kita berdiam diri dan membiarkan sesuatu perkara itu begitu sahaja. Sebaliknya,

Syair NasihatPenghujung Thamarat Al-Muhimmah

Rangkap 1Ayahanda menyatakan usaha mengarang kitab telah selesai. Beliau merasakan dirinya kurang bijak dan ilmunya masih cetek. Ayahanda telah menghasilkan kitab ini daripada hatinya yang sering bimbang dan geram. Usaha mengarang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Rangkap 2Ayahanda telah meluahkan perasaannya yang terpendam untuk dijadikan ikhtibar kepada anakandanya. Ayahanda juga berharap agar anakandanya dapat memperbaiki sikap dan mengamalkan nilai budi perketi mulia.

Rangkap 3Nasihat yang diberi oleh ayahanda perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.

Rangkap 4Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.

Rangkap 5Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.

Rangkap 6Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.

Rangkap 7Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.

Rangkap 8Tindakan perlu berdasarkan pengetahuan supaya membawa kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan sesebuah kerajaan.

Rangkap 9Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan yang salah.

Rangkap 10Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah, ilmu tersebut akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.

Page 2: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewWalaupun tidak mahir tentang hukum agama, janganlah kita berdiam diri dan membiarkan sesuatu perkara itu begitu sahaja. Sebaliknya,

Rangkap 11Walaupun tidak mahir tentang hukum agama, janganlah kita berdiam diri dan membiarkan sesuatu perkara itu begitu sahaja. Sebaliknya, kita harus berusaha mempelajarinya dan memohon pertolongan dari Allah Maha Yang Esa.

Rangkap 12Ayahanda mengingatkan anakandanya, jika menjadi pemerintah janganlah hanya duduk tanpa melaksanakan tanggungjawab. Jangan hanya duduk berehat-rehat di dalam istana.

Rangkap 13Orang yang mengadu sesuatu masalah akan berasa sakit hati kerana sikap pemimpin yang tidak pandai membuat keputusan tentang perkara yang diadukan kepada pemimpin mereka.

Rangkap 14Ada kalanya kita bercakap tentang sesuatu perkara menggunakan cara yang mudah tanpa mengambil kira hukum agama yang sebenar. Kita digesa agar setiap perkara yang kita lakukan hendaklah berpandukan hukum agama supaya kita tidak tersesat dan merana kemudian hari.

Rangkap 15Jika sesuatu perkara dilakukan tanpa mengikut hukum agama pasti orang lain akan mengata di belakang kita walaupun di hadapan kita mereka tidak berkata apa-apa.

Rangkap 16Perkara yang benar perlulah kita tegakkan tanpa menghiraukan kara-kata pujian atau cacian orang lain kerana Allah sentiasa menjadi saksi atas segala perbuatan kita.

Tema

Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan sebaik-baiknya berpandukan hukum syarak.

Contoh: Ayahanda berpesan kepada anakandanya agar memerintah negara dengan berpandukan hukum syarak kerana setiap sesuatu yang dilakukan disaksikan oleh Allah.

Page 3: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewWalaupun tidak mahir tentang hukum agama, janganlah kita berdiam diri dan membiarkan sesuatu perkara itu begitu sahaja. Sebaliknya,

Persoalan:

1. Usaha membentuk sikap anak supaya mempunyai tingkah laku yang baikContoh: Ayahanda menasihati anaknya yang masih muda supaya membaiki sikap dan mengamalkan budi pekerti yang mulia.

2. Keperibadian tinggi yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpinContoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya jangan malas, perlu amanah dan adil dalam menjalankan hukuman.

3. Kepentingan ilmu dalam mentadbir urus negara.Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu termasuk ilmu agama supaya tidak dipandang serong.

4. Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan.Contoh: Ayahanda menasihati anaknya mendalami ilmu agama agar berada di landasan yang betul.

5. Sikap pemimpin yang bijak membuat keputusan.Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya berfikir dengan mendalam sebelum melakukan sesuatu tindakan.