kertas model spm 1 - lamanbahasa.files.wordpress.com  · web viewbersempena dengan persaraan...

9
KERTAS MODEL SPM 1 KERTAS 1 Dua jam lima belas minit 1. Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [Masa yang dicadangkan: 45 minit] [30 markah] Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang pentingnya tempat rekreasi kepada masyarakat dan keadaan di tempat-tempat rekreasi tersebut di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata. TEMPAT REKREASI 1

Upload: trinhxuyen

Post on 10-Apr-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERTAS MODEL SPM 1KERTAS 1 Dua jam lima belas minit

1. Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

Bahagian A[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

[30 markah]

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang pentingnya tempat rekreasi kepada masyarakat dan keadaan di tempat-tempat rekreasi tersebut di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.

TEMPAT REKREASI

1

Bahagian B[Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya melebihi 350 patah kata.

1 Anda dan keluarga telah berkunjung ke sebuah pantai peranginan pada hujung minggu. Orang ramai turut berkunjung ke pantai tersebut. Secara tiba-tiba, ribut kencang beserta dengan hujan lebat melanda kawasan tersebut. Keadaan menjadi kelam-kabut.

Gambarkan keadaan pada masa itu dan peristiwa yang berlaku selanjutnya.

2 Bersempena dengan persaraan Pengetua sekolah anda, pihak sekolah telah mengadakan suatu majlis perpisahan. Selaku ketua pelajar, anda dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Tulis teks ucapan anda selengkapnya.

3 Anda berminat untuk tinggal di asrama sekolah. Oleh sebab tempat di asrama sekolah anda amat terhad, anda dikehendaki menulis surat rayuan kepada Pengetua. Dalam surat rayuan itu anda menyatakan beberapa alasan untuk tinggal di asrama.

Tulis surat anda itu selengkapnya.

4 Baru-baru ini semua ahli badan beruniform di sekolah anda telah bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Sebagai setiausaha program itu anda dikehendaki menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Pengetua sekolah.

Tulis laporan itu selengkapnya.

5 Seorang penulis yang terkenal telah mengemukakan pendapat bahawa media massa mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengembangkan sastera di negara ini. Anda berminat untuk mengulas pendapat tersebut.

Tulis ulasan tersebut.

2

KERTAS MODEL SPM 1KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit1. Kertas soalan ini mempunyai empat soalan. 2. Jawab semua soalan.3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen

Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Soalan 1: Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat suatu rumusan tentang sebab-sebab negara kita bergantung pada pekerja asing dan langkah-langkah membendung kemasukan mereka ke negara ini. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

3

Kecenderungan negara kita bergantung pada pekerja asing sememangnya memberikan kesan baik dan kesan buruk pada masa depan negara. Ada pihak yang menganggap bahawa aliran pergantungan ini mencerminkan kelemahan perancangan sumber manusia di negara ini yang tidak bersifat futuristik. Kemasukan pekerja asing ke negara ini secara haram telah banyak menimbulkan masalah kepada kita. Hal ini secara langsung menunjukkan bahawa banyak kawasan perairan negara ini yang begitu mudah dibolosi dan wujud kegiatan haram penyeludupan pekerja asing.

Walaupun pekerja asing masuk ke negara ini menerusi saluran yang tidak sah, tetapi majikan terpaksa menggaji mereka disebabkan kekurangan guna tenaga yang kritikal dalam sektor perkhidmatan dan pembinaan. Pekerja asing yang masuk ke negara ini bukan saja terdiri daripada golongan lelaki, malah melibatkan golongan wanita juga. Kehadiran mereka sukar dibendung apabila pekerja tempatan tidak berminat bekerja dalam beberapa sektor yang dianggap rendah pendapatannya. Penduduk tempatan juga tidak menyukai pekerjaan dalam bidang pertanian dan perindustrian kerana masa bekerjanya lama, kebajikan mereka pula terabai, dan sektor berkenaan dianggap kurang mempunyai prospek. Tambahan pula, majikan lebih cenderung mengambil pekerja asing kerana mereka sedia bekerja lebih masa tanpa meminta cuti dan mereka lebih mementingkan pendapatan yang banyak untuk dibawa balik ke negara asal.

Walaupun Malaysia mempunyai penduduk sekitar 25 juta orang tetapi hanya dua pertiga daripada jumlah itu yang merupakan tenaga kerja produktif. Oleh sebab itulah kita mendapati majikan menggunakan pelbagai alasan untuk mengambil pekerja asing dan mengabaikan pekerja tempatan. Hal ini ditambah pula dengan perkembangan pesat pembangunan negara hingga menarik minat pekerja asing untuk merebut peluang pekerjaan di sini. Perkembangan ini akan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan dan hal ini memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara. Perkara seumpama ini tidak pernah termasuk dalam perhitungan pekerja asing yang meraih rezeki di negara ini. Perkara yang berlegar dalam pemikiran mereka ialah masalah kepadatan penduduk dan kemunduran di negara asal yang mendorong mereka terus mengaut rezeki di negara ini.

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a): Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Jelaskan maksud menerusi saluran yang tidak sah dalam petikan tersebut. [2 markah]

(ii) Nyatakan faktro-faktor yang mendorong kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

[3 markah](iii) Pada pandangan anda, mengapakah pekerja asing sentiasa mengintip peluang

untuk datang ke Malaysia? [4 markah]

Soalan 2(b): Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri.

4

Dalam hal kemasukan pekerja asing, Malaysia perlu mengkaji faktor lain juga seperti pengaruh globalisasi, politik serantau, dan agenda pembangunan negara yang drastik. Dalam menangani krisis tenaga, kita tidak wajar bergantung pada tenaga kerja asing secara berterusan. Oleh sebab itu, reformasi intelek wajar dilakukan untuk menyerapkan dan melibatkan guna tenaga manusia yang berpendidikan tinggi ke dalam sektor yang kritikal. Kita yakin langkah itu dapat mengurangkan pergantungan pada pekerja asing jika tidak dapat diatasi secara langsung sekalipun.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Malaysia Terlalu Bergantung pada Pekerja Asing oleh Abdul Rahim Abdul Rashid, Dewan Masyarakat, Julai 2005.)

Aku penuh harap, itulah permintaan terakhirku kepada cikgu. Aku pasti, cikgu tahu kejayaanku – ijazah harapannya dan impianku. Aku mahu cikgu mengucapkan hanya sepatah bicara – tahniah! Cikgu, inilah balasanku pada segala curahan kasih pengorbananmu. Terimalah seadanya!

Penyampaian anugerah selesai. Tiba-tiba Riani datang menghampiriku bersama sekeping poskad.

“Kenapa Riani?” tanyaku tidak sabar. Kalut.“Poskad untukmu!”“Tahniah, Muliati. Cikgu kagum dengan ketabahan dan kejayaanmu. Cikgu dan

keluarga kini berada di London untuk rawatan penyakit ganjil yang sudah bertahun-tahun cikgu hadapi. Doakan moga cikgu selamat dalam pembedahan dan dipanjangkan umur. Tahniah! – Cikgu Balkis.

Aku membaca penuh kesayuan. Badanku menggeletar. Rahangku ketat tiba-tiba. Ayatku mati dan meruap dalam ketakjuban. Aku hampir tidak percaya, tetapi memang benar pengirimnya ialah cikgu.

Sakit? Apa sebenarnya yang menimpa dirimu cikgu? Adakah yang berlaku selama ini suatu helah. Air mataku berguguran.

(Dipetik daripada cerpen Mariah dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Terangkan maksud meruap dalam ketakjuban seperti yang digunakan dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ucapan “tahniah” sangat bermakna kepada seseorang pelajar? [4 markah]

(iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua lagi pengajaran daripada keseluruhan cerpen ini. [3 markah]

Soalan 2(c): Petikan Prosa KlasikBaca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Terangkan maksud ketika seperti yang digunakan dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii) Apakah reaksi orang Melaka terhadap kedatangan Laksamana untuk membunuh Hang Jebat? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kita sekarang tidak suka bergaduh untuk menyelesaikan sesuatu masalah? [3 markah]

5

Setelah dilihatnya hampir tengah hari, maka didengar oleh Laksamana bunyi rebana dan redap itu berhenti, hingga bunyi rebana kecil juga lagi bunyinya mengulit Si Jebat tidur. Maka Laksamana pun tahulah akan Si Jebat tidur itu. Maka Laksamana pun melihat ketika dan edaran. Setelah sudah sampai ketikanya maka Laksamana pun turun dari balai gendang itu lalu berjalan masuk ke dalam pagar lalu berdiri di tengah halaman istana itu. Maka segala orangnya empat puluh itu pun berdiri di belakang Laksamana. Maka segala orang banyak pun berdiri dari jauh melihat temasya: ada yang naik pohon kayu, ada yang naik bumbungan, ada naik ke halang jambatan raja; maka sekalian yang berani masuk berdiri di belakang Laksamana.

Maka gemparlah segala perempuan isi istana itu mendengar bunyi lembing perisai dan tempik sorak orang banyak mengepung istana itu. Maka Hang Jebat pun terkejut daripada tidurnya lalu bangun. Maka Laksamana pun berseru-seru, katanya, “Hai, Si Jebat derhaka! Tiadakah setiamu pun tuanmu? Jika engkau berani, marilah engkau turun bertikam dengan aku sama seorang, kerana aku pun lamalah tiada bertikam.”

(Dipetik daripada cerita Pertarungan Tuah dengan Jebat, dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Soalan 2(d): Petikan PuisiBaca puisi di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri.

(i) Terangkan maksud rangkap keempat sajak di atas. [3 markah]

6

KEINDAHAN YANG HILANG

ISayup-sayup undan tua berlagu hibaterbang beriring di rembang petangrenik-renik mengirai bulu carikmelayang satu-satu berbaur debulesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segarkemilau danau disinar mentarikali tenang betapa lembut mengalir ke muarakedamaian melingkar rimbalalu tumpah kasih nan jerniherat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu lukapungguk tersedu pilu di atas batubulan tiada lagi mendandan wajahbintang malam pudar sinarnya.

IIOrang bicara bulan bintang di makmalpada buku, data dan komputerlalu bulan dan cakerawala bisa diterokabisa kembara di planet dan angkasa.Undan patah sayap gugur bulunya bertaburansuara siapa parau mendera di malam larakali tenang tiba-tiba airnya bengis melandakepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

IIIBulan kini bukan lagi menara kasih jernihbintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.

SHAMSUDDIN JAAFAR

(ii) Pada pendapat anda, antara pembangunan dengan pengekalan keindahan alam semula jadi, manakah yang penting dalam kehidupan kita? [3 markah]

(iii) Huraikan tema sajak ini. [3 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.(i) mengehakmilikkan (ii) menghuru-harakan (iii) keibubapaan (iv) keirihatian (v) keporak-perandaan(vi) keramahtamahan

[6 markah]

(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asalnya.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Sistem pengkalan data yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri bukan saja dapat mengesan laba yang diperoleh golongan pendapatan besar bahkan juga dapat mengsan pihak yang mengelak daripada membayar cukai.

(ii) Keujudan IPTS sejajar dengan dasar kerajaan melengkapkan sistem pendidikan negara dan mengrealisasikan konsep pendemokrasian pendidikan.

(iii) Remaja yang mudah mempengaruhi oleh pelbagai cabaran dan dugaan merupakan remaja yang tidak kukuh pendirian dan guyah imannya.

[6 markah]

7

Persatuan pengguna di negara ini sangat aktif. Persatuan pengguna bertanggungjawab membantu pengguna. Pengguna dianiaya oleh peniaga yang tamak. Persatuan pengguna mempunyai pegawai seranta. Pegawai ini bertanggungjawab menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna. Maklumat disebarkan melalui media massa dan risalah berkala. Persatuan pengguna berperanan untuk mendedahkan penyelewengan kepada pihak berkuasa. Tindakan itu dapat membantu kerajaan membanteras penyelewengan. Tindakan persatuan pengguna dapat menjamin keadilan. Tindakan persatuan pengguna membuatkan pihak yang tidak bertanggungjawab lebih berhati-hati. Tindakan persatuan pengguna mengelakkan pengguna daripada terus menjadi mangsa penipuan.

(d) Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pemerintah wajar menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai alternatif sumber kegunaan negara ekoran kenaikan harga minyak malah sukar dibendung.

(ii) Pengusaha bahagian pembuatan tempatan harus serius memberikan tumpuan untuk membangun akan jenama dan pembungkusan barangan buatan Malaysia.

(iii) Wanita yang cemerlang tidak saja berjaya dalam kerjayanya tetapi juga menjadi sumber konspirasi keluarga dan kebanggaan mereka.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Orang yang kerap berpindah-randah sukar hendak mengumpulkan harta kekayaan sepanjang hidupnya.

(ii) Lelaki itu sangat kasih akan isterinya tetapi dia tidak menyukai sikap kedua-dua mentuanya.

(iii) Kalau kita mahu beliau menunaikan hajat kita, bertindaklah secara bijak dengan mengipasnya.

[6 markah]

Soalan 4: Novel[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah ini. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel-novel yang berikut:

(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, terangkan tiga kepentingan peranan yang dimainkan oleh watak utama dalam sesebuah novel. [7 markah]

8

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah(vii) Julia karya Abu Hassan Morad(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan saspens? Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, nyatakan peristiwa yang menimbulkan saspens kepada anda. [8 markah]

9