masalah komuniti cina dan proses ......kemungkinan jerman akan campurtangan di selangor dan british...

14
MALAYSIA dar; "g; SEJARAH MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES DEKOLONIALISASI DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU, 1942-1957 DONG HAl( CHlNG* Kehadiran golongan perantau Cina di Tanah Melayu (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) menimbulkan apa yang dipanggiJ sebagai masalah orang Cina atau "Chinese problems". Kehadiran golongan ini menimbulkan masalah kepada kerajaan kolonial British dan masyarakat Melayu atau bumiputera. mereka membawa warisan kebudayaan dan tradisi yang tidat cocok dengan apa yang telah wujud dalam masyarakat tempatan. Mereka lebih suka menyendiri daripada menjalinkan interaksi yang rapat dengau peribumi. Mereka. kecuali golongan Peranakan. juga keberatan untuk memberikan kesetiaan kepada institusi-institusi tempatan dan sebaliknya memperkuatkan ikatan dengan negara leluhur. Keadaan yang demikian menyebabkan kehadiran mereka menimbulkan kebimbangan kerajaan dan masyarakat bumiputera. Komuniti Cina dilihat mempunyai potensi menjadi alat negara asing bagi mengancam keselamatan atau mengambil kuasa pemerintahan di Tanah Melayu. Kerajaan kolonial British cuba meiaksana berbagai dasar bagi mengatasi proses dekoionialisasi dan akhimya menamatkaD pemerintahannya di Tanah Melayu. Kerajaan Inggeris atau British telah memperluaskan pengaruh dan menegakkan kawalan politik ke atas Semenanjung Tanah Melayu daIam jangkamasa 1786 hingga 1914. British mula-mula bertapak di Pulau Pinang, sebuah wilayah negeri Kedah. diikuti dengan Singapura dan Melaka yana kemudiannya dicantumkan menjadi Negeri-negeri Selat. Pada mulanya BritiSll berpuas hati dengan menguasai tiga pengkalan perdagangan ini keraDl kepentingannya pada masa itu terbatas kepada menjaga keselamatan • Penulis adalab Pensyarah di Jabatan Sejarab, Universiti Kebangsaan Malaysia. 56

Upload: others

Post on 13-Nov-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MALAYSIA dar; "g; SEJARAH

MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES DEKOLONIALISASI DI SEMENANJUNG

TANAH MELAYU, 1942-1957

DONG HAl( CHlNG*

Kehadiran golongan perantau Cina di Tanah Melayu (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) menimbulkan apa yang dipanggiJ sebagai masalah orang Cina atau "Chinese problems". Kehadiran golongan ini menimbulkan masalah kepada kerajaan kolonial British dan masyarakat Melayu atau bumiputera. mereka membawa warisan kebudayaan dan tradisi yang tidat cocok dengan apa yang telah wujud dalam masyarakat tempatan. Mereka lebih suka menyendiri daripada menjalinkan interaksi yang rapat dengau peribumi. Mereka. kecuali golongan Peranakan. juga keberatan untuk memberikan kesetiaan kepada institusi-institusi tempatan dan sebaliknya memperkuatkan ikatan dengan negara leluhur. Keadaan yang demikian menyebabkan kehadiran mereka menimbulkan kebimbangan kerajaan dan masyarakat bumiputera. Komuniti Cina dilihat mempunyai potensi menjadi alat negara asing bagi mengancam keselamatan atau mengambil kuasa pemerintahan di Tanah Melayu. Kerajaan kolonial British cuba meiaksana berbagai dasar bagi mengatasi proses dekoionialisasi dan akhimya menamatkaD pemerintahannya di Tanah Melayu.

Kerajaan Inggeris atau British telah memperluaskan pengaruh dan menegakkan kawalan politik ke atas Semenanjung Tanah Melayu daIam jangkamasa 1786 hingga 1914. British mula-mula bertapak di Pulau Pinang, sebuah wilayah negeri Kedah. diikuti dengan Singapura dan Melaka yana kemudiannya dicantumkan menjadi Negeri-negeri Selat. Pada mulanya BritiSll berpuas hati dengan menguasai tiga pengkalan perdagangan ini keraDl kepentingannya pada masa itu terbatas kepada menjaga keselamatan ~

• Penulis adalab Pensyarah di Jabatan Sejarab, Universiti Kebangsaan Malaysia.

56

Page 2: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MASAlAH KOMUNrrI CINA DAN PROSES DEKOLONIAUSASI DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU. 1942-1957

pertahanan India dan menguasai jalan laul ke China. Pada suku terakhir kurun ke- I 9 kerajaan British lelah didesak oleh

olongan saudagar swasla dan pegawai-pegawai kolonial di Negeri-negeri ;Ial unluk menegakkan kawalan ke atas beberapa negeri Melayu yang dipercayai mempunyai kekayaan hasil bumi seperti bijih timah dan emas. Sejak lahun-lahun 1850-an golongan saudagar British dan Cina telah mula melabur secara kecil-kecilan di beberapa negeri Melayu terulama Perak dan Selangor. Mereka berminat untuk melabur secara besar-besaran letapi keAdaan politik yang tidak manlap menimbulkan risiko yang tinggi.

Menjelang 1870-an semangal imperialisme dan perlumbaan mencari lanah jajahan telah meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Lord Kimberley. Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan British membayangkan kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung Tanah Melayu (Thio. 1969: xviii). la lelah mengarahkan Sir Andrew Clarke, bakal Gabenor Negeri-negeri Selat, untuk membuallaporan mengenai langkah­langkah yang boleh diambil oleh Pejabat Tanah Jajahan untuk memulihkan keamanan dan ketenteraman di negeri-negeri Melayu bagi kepentingan perdagangan dan perniagaan British.

Clarke bertindak mengadakan satu pertemuan di Pulau Pangkor pada II Januari 1874 untuk menyelesai krisis politik di Perak. Pihak-pihak yang menuntul lakhla Perak kecuaIi Raja Ismail dan pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina yang bertikai turut hadir dalam pertemuan tersebut. Satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor telah ditandatangani yang mengiktiraf Raja Muda Abdullah sebagai Sultan Perak (Emerson, 1966: 121). Pihak istana bersetuju menerima seorang pegawai alau Residen British yang mana nasihalnya dalam semua hal mesti diminla dan dijalankan kecuaIi yang menyenluh agama dan adal istiadal Melayu.

Perluasan kawalan British selerusnya dilanjulkan ke Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang pada lahun 1880-an. Pada lahun 1895 keempal-empat negeri ini disatukan dalam sebuah Persekutuan yang berpusal di Kuala Lumpur. Pada lahun-lahun 1909 hingga 1914 negeri-negeri Kelantan, Kedah. Perlis. Terengganu dan Johor dimasukkan ke dalam kawalan British. British cuba menyatukan negeri-negeri berkenaan ke dalam Negeri-negeri Melayu Bersekulu lctapi gagal, dan ditadbir dalam unil-unil yang berasingan. Dengan itu "British Malaya" alau Tanah Melayu British yang muncul pada lahun 1914 bukanlah satu unil poIitik yang seragam lelapi berpecah kepada tiga

57

Page 3: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

kategori: Negeri-negeri Selat yang diperintah secara langsung scbagai TaQah Jajahan Mahkota British; Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang diperintah sebagai satu unit dan Negeri-negeri Melayu lidak Bersekutu yang diladbk secara berasingan.

Apabila British menegakkan kawalan politik di negeri-negeti Semenanjung adalah menjadi matlamat British untuk memupuk kemanlapan politik ranLau ini dengan pengenalan sebuah pentadbiran ala Bara! yang akan dapat menggalakkan perkembangan ekonomi (Sidhu. 1980). lni akan dapa[ dicapai melalui galakan pelaburan dari luar terutama Britain ; penggunaan tenaga buruh asing yang murah dan penimbaan hasil-hasil kekayaan bUIIli Tanah Melayu . . Dengan demildan British menggalakkan kemasukan blll11h-, buruh asing terutama daripada China dan India. Orang asing diberi kebebasan seluas-Iuasnya untuk turut sarna menimba dan mengumpul kekayaan di Tanali Melayu. Walaupun kedatangan orang-orang Cina memberikan kesan yang positif dalam mempercepatkan perkembangan ekonomi Tanah Melayu, kehadiran merekajuga menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan kOloniaJ British dan masyarakat Melayu atau peribumi. )

( Kedatangan orang Cina dalam bilangan yang besar telah menimbulkan kebimbangan masyarakat Melayu mengenai kemungldnan tanah air mereka akan dibanjiri atau ditenggelami oleh masyarakat perantau tersebul. Masyarakal Cina kecuali golongan Peranakan memperlihatkan keengganan untuk diintergrasi dengan masyarakat tempatan. Mcreka masih mengekalkan daD memelihara bahasa dan ciri-ciri kebudayan yang mirip kepada kebudayaan nenek moyang mereka di China Selatan. Mereka juga membentuk organisasi­organisasi sosial mereka sendiri dan menghantar anak-anak ke sckolah-sekolah Cina yang menggunakan bahasa Cina atau HU(1 Yin sebagai bahasa pengantar. Melalui sekolah-sekolah ini anak-anak Cina dididik untuk memelihara ciD­ciri kecinaan dan memperkukuhkan perasaan etnosenteris.

( Jurang pemisahan di anatra masyarakat Cina dengan pcribumi menjadi lebih besar menjelang tahun 1895 apabila arus nasionalisme China !elah melanda Tanah Melayu akibat daripada peristiwa kekalahan China dalaD1 Peperangan China-Jepun (l894-1895)YNegara China yang menganggap diriny" sebagai satu kuasa besar telah dikalahkan oleh Jepun yang dianggap o~ kerdil (Yen. 1976: 49-50). Kekalahan tersebut telah menimhulkan perasaar malu dan kecewa di kalangan orang Cina termasuk di Thnah Melayu. GerakaD gerakan politik dan pemerintahan Mancu di China telah menjalinkan hubung~ yang lebih rapat dengan orang Cina seberang laut atau Hua Chi'io. Aldbamy

58

Page 4: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MASALAH KOMUNrn C1NA DAN PROSES DEKOWN1AUSASI Dl SEMENANJUNG TANAH MELAYU. 1942·1957

orang Cina di Tanah Melayu mengalami satu kesedaran baru dan rnernperlrukuhkan sifat-sifat kecinaan dan nasionaliti China. Ikatan masyarakat China dengan negara leluhur diperkuatkan dengan penubuhan cawangan­cawangan parti-parti politik Cina terutarna Kuomintang dan Parti KomuniS Malaya yang juga dipengaruhi oleh gerakan komunis di China. Sementara itu saUl golongan orang Cina yang lrurang dipengaruhi oleh negara leluhur juga rnelibatkan diri dalarn gerakan politik. Mereka terdiri daripada golongan Cina Peranakan yang mengalarni proses alrultrasi dengan masyarakat tempatan dan membentuk satu kelompok sosial tersendiri. Cina menubuhkan Straits Chinese British Association (SCBA) dan menerbitkan akhbar-akhbar bagi rnemperjuangkan kepentingan-kepentingan masyarakat mereka (Oong, 1995:

51). Kegiatan-kcgiatan politik orang Cina telah menimbulkan banyak masalah

dan elilihat sebagai ancarnan kepada kuasa British dan konsep pertuanan Melayu di Tanah Melayu. Kegiatan-kegiatan Kuomintang dianggap sebagai campur tangan asing dalarn hal ehwal penduduk Cina di Tanah Melayu. Kegiatan-kegiatan Parti Komunis Malaya pula telah menimbulkan kegelisahan dan permogokan buruh. Kegiatan-kegiatan politik Cina Peranakan seperti tuntutan-tuntutan untuk penyertaan masyarakat Cina Peranakan dalarn bidang pentadbiran dan pemerintahan dianggap sebagai usaha-usaha untuk menceroboh hak-hak politik masyarakat periburni dan konsep Tanah Melayu sebagai tanah air orang Melayu.

Kerajaan kolonial British mula mengarnbil langkah-Iangkah untuk mengawal kegiatan politik komuniti Cina selepas berlalru peristiwa 14 Mei 1919 eli China (Oong, 1990: 129-130). Peristiwa 14 Mei terjarli berpunca daripada tindakan Perdana Menteri China di Peking yang membuat perjanjian sulit dengan Jepun yang memberi keizinan kcpada kerajaan Jepun untuk membina jalan keretapi dan menempatkan pasukan tenteranya di Shantung. Sebagai ganjaran kerajaan Jepun akan memberi pinjaman 20 juta Yen kepada Peking. Persidangan Danlai Paris yang diadakan selepas tarnat Peperangan Dunia Pertama pula memberi hak-hak dan keistimewaan yang dahulu dipegang oleh Jerman di Shantung kepada Jepun. Kejadian-kejadian tersebut membangkitkan kemarahan golongan pelajar dan pekerja di Beijing yang kemudiannya mengadakan tunjuk perasaan anti-Jepun dan mencetuskan rusuhan.

Perasaan anti-Jepun juga dirasakan di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu dan Singapura. Sebuah organisasi yang dipanggil Liga Perwira

59

Page 5: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

(Patriotic) mempengaruhi orang Cina mengadakan tunjuk perasaan anti-Jepun yang mengakibatkan kacau bilau eli Singapura. Kerajaan kolonial British terpaksa mengisytiharkan undang-undang tentera bagi memulihkan ketenteraman awam. Di bawah Ordinan Persatuan-persatuan yang wujud sebelum Perang Dunia Kedua parti-parti politik Cina atau yang didominasikan olch komuniti Cina diharamkan. Ini termasuklah cawangan-cawangan Kuomintang dan Parti Komunis Malaya.

Kerajaan kolonial British merasa tidak senang dengan kegiatan-kegiatan politik orang Cina Peranakan yang menuntut hak-hak politik dan peranan yang lebih besar bagi komuniti ini dalarn bidang-bidang pentadbiran dan badan-badan penggubal dasar. lindakan Cina Peranakan telah menimbulkan kebimbangan eli kalangan orang Melayu dan mencabar prinsip ketuanan Melayu di Tanah Melayu. Kerajaan kolonial British yang mendapat kuasa· melalui perjanjian dengan Raja-raja Melayu merasa perlu memperlihatkan peranan mereka sebagai "pelindung" kepada orang Melayu. Dengan demikian kerajaan kolonial British mcnjalankan da~ar yang e1isehut sebagai "pro-Melayu" dan "anti-Cina" dengan menganggap orang Cina sebagai orang asing tidak mempunyai apa-apa hak politik di negeri-negeri Melayu. Pintu bagi perkhidmatan awam dan badan-badan pengubal dasar pemerintahan ditutup datipada dimasuki oleh orang Cina (Kbasnor, 1984: 111-112). Seterusnya kerajaan kolonial menjaiankan dasar discntralisasi atau nyahpusat yang benujuan memulihkan kua~a raja-raja dan kerajaan-kerajaan negeri.

PENGGUBALAN DASAR BARU TERHADAP KOMUNITI CINA DAN RANCANGAN MALAYAN UNION

Peperangan Dunia Kedua telah memberi kesan besar terhadap sikap dan dasar British terhadap komuniti Cina. Pendekatan bagi menyelesaikan masalah komuniti Cina juga mengalami perubahan. Kerajaan kolonial British memerlukan kerjasanla dan sokongan dati komuniti Cina dalam perjuangan untuk menyingkirkan kuasa Jepun di Tanah Melayu . British telah mengadakan kerjasarna dengan penubuhan-pertubuhan politik komuniti Cina terutama Kuomintang dan Parti Komunis Malaya yang dahulunya menjadi musuh utarnanya. Sehuah unit khas Tentera Berikat yang dipanggil Special Opera­

tion Executive (S.O.E.) atau juga dikenali sebagai Force 136 telah dibentuk melalui kerjasama pegawai-pegawai Cina dan British eli India (Oong, 1990: 132-134). Satu perjanjian telah diadakan di mana kerajaan Cina bersetuju

60 /

I

Page 6: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MASALAH KOMUNrrI CINA OAN PROSES OEKOWNIAUSASI 01 SEMENANJUNG TANAH MELAYU, 1942·1957

ruengadakan agen·agen yang akan dihantar dan dilatih sebagai intelegen tentera dan kakitangan telekomunikasi. British bertanggungjawab mellanggung pembiayaan projek ini dan akan mengadakan pusat-pusat latihan. Perlu juga ke atas Singapura, Bntlsh telah menubuhkan pasukan DALFORCE yang anggota-anggotanya terdiri danpada penyokong-penyokong Parti Komunis Malaya dan Kuomintang. DALFORCE ini kemudian menjadi teras kepada pasukan gerila Rakyat Malaya Anti-Tentera Jepun atau Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dikontrol oleh Parti Komunis Malaya. Force 136 ditugaskan mcmberi latihan, senjata dan bantuan-bantuan lain kepada MPAJA sehingga organisasi ini menjadi satu pasukan bersenjata yang kuat yang diharapkan akan membantu British apabila mereka melancarkan serangan untuk menawan semula Tanah Melayu dan Jepun. British menyedari bahawa tindakan mereka memperkuatkan pasukan bersenjata yang dikawal oleh komunis boleh juga menimbulkan bahaya dan ancaman kepada cita­citanya untuk mengambil semula kuasa dan menegakkan pentadbirannya di Tanah Melayu. Dengan demikian British perlu menggubalkan satu dasar baru yang mengambil kira kekuatan komunis dan kekuatan politik orang-orang Cina secara umumnya. Victor Purcell seorang penggubal dasar British dan Ketua Penasihat Dalam Hal Ehwal Orang Ci na memainkan peranan penting mempengaruhi Pejabat Kolonial British di London bagi menggubal satu dasar baru untuk mengambil hati komuniti Cina dan parti-parti politik Cina termasuk Parti Komunis Malaya. Dasar baru ini dikenali sebagai Malayan Union atau dasar liberal terhadap komuniti Cina. Orang-orang Cina diberi dua pilihan. Pertama, mereka boleh menjadi warganegara Malayan Union (Kesatuan Tanah Melayu) dengan syarat-syarat yang longgar atau berasaskan prinsip dermawan. Dalarn ern kata yang lain mereka tidak disyaratkan memberikan kesetiaan kepada kerajaan Malayan Union sebelum memperolehi taraJ kewarganegaraan tempatan. Walau bagaimanapun British mengharapkan orang Cina akan mencurahkan kesetiaan kepada Malayan Union apabila mereka mendapatkan kewarganegaraan. Orang Cina juga boleh terus kekal sebagai warganegara China dan diberikan kebebasan bergiat dalam politik berhaluan China dan menyertai Parti Komunis Malaya dan Kuomintang yang akan disahkan dan segi undang-undang.

Apabila tamat Perang Dunia Kedua British telah memperkenalkan skim Malayan Union. Tetapi skim ini menghadapi tentangan yang hebat dan bangsa Melayu di bawah pimpinan Dato Onn JaaJar, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan juga bekas-bekas pegawai British yang pernah

61

Page 7: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MALWSIA dari ugi SEJARAH

berkhidmat di Tanah Melayu (Stockwell, 1979). Mereka menentang penghapusan kedaulatan dan hak-hak istimewa Melayu dan konsep Tanah Melayu untuk semua penduduk di ncgeri-negeri Melayu dan juga Negert_ negeri Selat (Mel aka dan Pulau Pinang). British mendapati dasar-dasar baru mereka lidak mendapat sambutan dari ko~uniti Cina. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada masyarakat Melayu Brilish menghadapi kcsulitan besar bagi mengendalikan pemerinlahan dan pentadhiran Tanah Melayu. British menyedari bahawa kedudukan mereka di Tanah Melayu lebih tcrjamin dengan memenangi sokongan dan kerjasama daripada golongan nasionatis Melayu yang bersikap sederhana seperti yang diwakili olch UMNO dan juga dengan kerjasama daripada raja-raja Melayu. Tambahan lagi Briti sh melihat bahawa kakuatan Parti Komunis Malaya akan hcrtamhah jika keadaan politik Tanah Melayu tidak mantap atau kepimpinan Melayu diambil alih oleh golongan sayap kiri yang bersekutu dengan PKM. Sementara itu pengaruh Kuontintang telah menurun berikutan dcngan kelemahan kerajaan Kuomintang di China dan tercctusnya perang saudara di nega.ra tersebut. Masyarakat Melayu di bawah kepimpinan golongan aristokrat tidak menimbulkan ancaman yang besar terhadap kedudukan British di Tanah Melayu (Oong, 1993 163-169). Bahkan sebaliknya jika kepimpinan golongan ini dipupuk dan dikekalkan kepentingan British di rantau ini akan terpelihara.

DASAR PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN OARURAT 1948

Bagi mendapalkan kembali kerjasama daripada masyarakal Mclayu British mengadakan rundingan dengan wakil-wakil UMNO dan raja-raja Melayu untuk menyelesaikan krisis Malayan Union atau isu pcrl embagaan dan hak­hak orang Melayu. Sebuah lawatankuasa Kerja atau Workillg Committee

telah dibentuk dianggotai oleh wakil-wakil raja, UMNO dan pcgawai-pegawai British. Hasil daripada rundingan melalui jawatankuasa ini dasar Persekuruan telah diperkcnalkan (Lau, 1991: 151-182). Oasar ini mcrupakan pemulihan semula dasar "pro-Melayu" yang diamalkan scbclum zaman Pcrang Dunia Kedua. Kedaulatan dalaman raja-raja Melayu dan kedudukan istimcwa bangsa Melayu dipulihkan. Syaral-syarat yang sangat ketal dikenakan kepada orang­

orang Cina dan bukan Mclayu yang ingin menjadi wargancgara Persekuruan. Cadangan untuk membuka pintu Perkhidmatan Awam Tanall Melayu (MCS) kepada bukan Mclayu ditangguhkan.

Dasar-dasar Persekuluan terutama cadangan-cadangan kewarganegaraan

/, 62

Page 8: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MASAlAH KOMUNrrJ CINA VAN PROSES VEKOLONIAUSASI VI SEMENANJUNG TANAH MELAYU. 1942-1957

telah ditentang dengan hebat oleh orang-orang bukan Melayu terutama yang radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu atau Malay Nationalist Party (MNP) yang berhaluan radikal dan dipengaruhi oleh gerakan komunis turut menentang dasar Persekutuan. Mereka di bawah pimpinan Tan Cheng Lock, tokoh Cina Peranakan, menubuhkan Majlis TIndakan Bersama (Iebih dikenali sebagai AJA, PMCJA atau AMCJA). Golongan kiri Melayu juga menyertai kumpuIan ini kerana mereka menentang gagasan Persekutuan dan mempertahankan prinsip negara kesatuan untuk Tanah Melayu dan juga kerana isu-isu lain. Perlu dinyatakan di sini bahawa PMCJA atau AMCJA disokong kuat oleh organisasi-organisasi komunis dan kes~tuan-kesatuan pekerja yang dipengaruhi oleh komunis. Walau bagaimanapun PKM tidak menyertai PMCJA atau AMCJA.

AMCJA telah melancarkan gerakan penentangan terhadap dasar Persekutuan secara aman dan berasaskan prinsip tidak bekerjasama dengan kerajaan. Walau bagaimanapun penentangan ini gagal dan telah menyebabkan Pani Komunis Malaya mengubah haluan perjuangan dengan menggunakan kekerasan atau melancarkan revolusi bersenjata (Oong, 1993: 202). Perlu juga disebutkan bahawa falctor-faktor luar seperti pengaruh dari komunis Russia dan Parti Komunis China dan lain-lain juga mempunyai peranan mempengaruhi Parti Komunis Malaya untuk menggunakan senjata dan politk keganasan menentang British. Sebagai tindak balas British menyisytiharkan keadaan darurat dan memikirkan semula dasar-dasarnya bagi memenangi sokongan dan mengawal minda komuniti Cina dan mengadakan reformasi politik yang mempercepatkan proses dekolonialisasi.

PEMBINAAN SEBUAH KESATUAN NEGARA BANGSA TANAH MELAYU

Menjelang akhir tahun 1948 Henry Gurney, Pesuruhjaya TInggi British yang menggantikan Sir Edward Gent telah menggubal satu dasar politik serampang dua mata (Oong, 1993: 248-300). Pertama, British memerangi unsur-unsur luar yang mempengaruhi sikap dan pandangan-pandangan politik komuniti Cina dan juga mengambil langkah-Iangkah bagi menghapuskan darurat serta menghancurkan Parti Komunis Malaya. Orang-orang Cina yang terlibat atau menyokong perjuangan komunis akan dikenakan tindakan-tilldakan yang berat seperti pembakaran kampung-kampung Cina yang bersimpati dengan komunis. Kedua, British memupuk pertumbuhan kesedaran nasional di kalangan

63

Page 9: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MALAYSIA dari segi SEJARAH

komuniti Cina. Oi bawah dasar ini orang-orang Cina yang memperlihatlcan kesetiaan kepada Tanah Melayu dan mempunyai kesanggupan mengalanu tahap atau tingkat asimilasi yang terbatas akan diterima sebagai warganegara Persekutuan. Untuk tujuan ini kerajaan kolonial perlu meminda Ordinan Persekutuan yang berkaitan dengan peruntukan-peruntukan kewarganegaraan. Oasar pelajaran juga dikaji dengan tujuan untuk memupuk cintakan Tanah Melayu dan mengubahkan pandangan orang-orang Cina ke arah Tanah Melayu. Orang-orang Cina juga digalakkan melibatkan diri dalam angkatan bersenjata Tanah Melayu dan juga menyertai Perkhidmalan Awam Tanah Melayu. Perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan di bawah dasar ini tertakJuk kepada persetujuan daripada komuniti Melayu. Bagi mendapatkan persetujuan mereka British menekankan tentang keperluan komuniti Cina memberikan kerjasama bagi membaiki kedudukan bangs a Melayu dalam bidang ekonorni. British juga membentuk gerakan-gerakan kerjasama antara komuniti seperti Jawatankuasa Pcrhubungan Kaum (CLC) dan menggalakkan pertumbuhan gerakan politik tidak perkauman atau menekankan kerjasama antara kaum seperti Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan perikatan United National Malaya Organization (UMNO) - Malayan Chinese Association (MCA). Langkah-Iangkah juga diambil untuk membawa Thnah Melayu ke arah bertaraf • kcrajaan sendiri. Antaranya langkah-Iangkah tersebut termasuk pengcnalan pilihanraya-pilihanraya di peringkat bandaran, tempatan, negeri dan akhirnya peringkat Persekutuan. Henry Gurney juga membentuk "sistem ahIi" (Mem­ber System) ala kementerian atau kabinet bagi membolehkan pemimpin­pemimpin politik tempatan memperolehi pengalaman dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan.

Usaha-usaha Henry Gurney untuk menimbulkan kesedaran nasional atau perasaan cintakan Tanah Melayu di kalangan komuniti Cina tidak begitu berhasil (Oong, 1993: 312-315). Misalnya komuniti Cina tidak memberikan sokongan yang besar ke atas usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan keganasan komunis. Gurney cuba merekruit pemuda-pemuda Cina untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan separa tentera tctapi rancangan ini lidak mendapat sambutan. Kebanyakan pemuda yang boleh dikerah untuk berkhidmallelah melarikan diri ke Singapura, Hong Kong dan negara China. Komunili Cina juga memandang serong terhadap usaha-usaha Gurney unluk mengkaji semula dasar pendidikan Cina. Orang-orang Cina membantah dengan keras langkah-Iangkah yang dianggap akan memalayanisasikan pendidikan Cina. Banyak program-program politik Gurney seperli cadangan meminda

64

Page 10: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MASAUVi KOMUNrrl CINA DAN PROSES DEKOLONIAUSASI DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU. 1942-1957

peruntukan-peruntukan dalam syarat-syarat kewarganegaraan Persekutuan menimbulkan bantahan daripada bangsa Melayu. Sementara itu orang-orang Cina pula menganggap cadangan-cadangan kerajaan masih tidale begitu lib­eral dan kerana itu Gurney terpaksa menunda pelaksanaan cadangan-cadangan

itu. Dalam bulan Oktober 1951, Gurney telah terbunuh dalam satu serangan

hendap gerila-gerila komunis. Dalam bulan ini juga sebuah kerajaan baru di bawah Parti Konservatif dibentuk di Britain. lni memberi kesempatan bagi kerajaan Konservatif untuk menilai semula dasar-dasar British terhadap komuniti Cina. Setiausaha Tanah Jajahan yang baru, Oliver Lyttleton yang menilai situasi di sini begitu gawat telah memilih dan melantik seorang jeneral sebagai Pesuruhjaya TInggi British di Tanah Melayu (Oong, 1993: 319-320). Beliau ialah Sir Gerald Templer. Templer telah diberi kuasa yang luas, di samping menjadi Pesuruhjaya TInggi, ia juga menjadi Pengarah Operasi dan mengetuai angkatan bersenjata di Tanah Melayu. la mengambil peranan secara langsung dalam operasi mcnentang keganasan komunis.

Templer telah menerima satu arahan baru (directive) untuk Pesuruhjaya TInggi. Arahan ini di samping menjelaskan bidang tugas Pesuruhjaya TInggi juga menyarankan langkah-Iangkah diambil untuk memupuk pembinaan satu kesatuan negara bangsa untuk Tanah Melayu. Antara lain Pesuruhjaya TInggi diarahkan umuk memperluaskan hale-hale kewarganegaraan kepada semua penduduk yang menganggap Tanah Melayu scbagai tanah air dan mencurahkan kesetiaan kepada rantau ini. Pesuruhjaya Tinggi juga diarahkan untuk menggalakkan dan membantu perkembangan geralean kerjasama di antara penduduk pelbagai kaum. LytteIton sendiri menekankan keperluan mencari jaian bagi memperluaskan hale politik kepada komuniti Cina di sam ping memperbesarkan bahagian orang-orang Melayu dalam kehidupan ekonorrti di Tanah Melayu.

Templer memperkenalkan beberapa perubahan termasuk dalam bidang pentadbiran bagi memperkuat jentera kerajaan dalam usaha memenangi peperangan melawan komunis. Berbagai langkah telah diambil bagi memberi kesedaran dan keyakinan kepada komuniti Cina bahawa mereka adalah sebahagian daripada negeri ini. Misalnya ia memujuk raja-raja Melayu supaya membenarkan orang-orang Cina menyertai Perkhidmatan Awam, menambahkan bilangan orang-orang dalam pasukan polis dan temera. Ia membentuk Regimen Persekutuan untuk menarik minat orang-orang Cina menyenai angkatan tentera.

65

Page 11: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MAurSIA tinr; seg; SEJARAH

Templer juga melancarkan kempen memenangi 'hati dan minda' komuniti Cina dan menjauhkan mereka daripada PKM (~tubbs, 1898: 159-191). Antara program Templer ialah memperkenalkan Piagam Kampung Baru yang membcrikan latihan dalam pemerintahan sendiri di peringkat tempatan kepada komuniti Cina. Program sebenamya telah dirangka pada masa Gurney masih menjadi Pesuruhjaya TInggi Tanah Mclayu.

Bagi mendapat kerjasama dan sokongan daripada penduduk Kampung Baru dalam kempen-kempen menentang keganasan komunis , berbagai kemudahan diadakan untuk mereka seperti menyediakan bekalan elektrik, air dan jalan-jalan raya. Langkah-Iangkah ini mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan orang-orang Melayu kerana kemudahan-kemudahan yang sama tidak disalurkan ke kampung-kampung mereka. Tambahan lagi janji­janji kerajaan untuk membaiid keadaan ekonomi bangsa Melayu tidak ditunaikan. Kerajaan kolonial cuma menyalurkan sebanyak dua juta ringgit (daripada pendapatan kerajaan yang berjumlah RM800 juta) bagi Lembaga Pembangunan Luar Bandar (RIDA) untuk membaiid taraf ekonomi bangsa Melayu sepanjang tahun 1952. Sebahagian besar daripada pendapatan kerajaan digunakan untuk perbelanjaan awam dan usaha-usaha menentang komunis. Nampaknya masyarakat Melayu menerima haldkat bahawa usaha-usaha tersebut penting untuk menyelamatkan lanah air mereka daripada terjatuh ke tangan komunis yang dalam jangka panjangnya akan memberi manfaat kepada mereka.

Usaha-usaha Templer untuk menghapuskan Darurat mendapat kejayaan yang agak besar menjelang 1953. Keadaan ini menyebabkan beliau merasakan sudah sampai masa untuk memperkenalkan perubahan-perubahan perlembagaan dan politik terutama pengenalan pilihanraya di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat Perseketuan. Langkah-Iangkah ini diambil juga sebagai respon kepada tuntutan-tuntutan Perikatan UMNO-MCA dan badan­badan politik lain . Walau bagamainapun, British tidak bersedia untuk memberikan terlalu banyak kuasa kepada penduduk tempatan dan tidak mempunyai jadual yang jelas bila mereka akan berundur dan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. British memberi alasan bahawa mereka tidak dapat memberikan kemerdekaan selagi Darurat tidak dapat ditamatkan. Dengan ini Perikatan terpaksa mencari jalan bagi menghapuskan Darurat dan menamatkan pemberontakan komunis.

66

Page 12: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MASAlAH KOMUNrrI CINA DAN PROSES DEKOLONIAUSASI DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU. 1942-1957

OFENSIF DAM AI KOMUNIS DAN BERAKHIRNYA rEMERlNTAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU

Tahun 1955 merupakan tahun yang sangat penting dalarn sejarah Tahah Melayu kerana pada tahun inilah British terpaksa membuat pilihan sarna ada untuk teros menjajah atau melepaskan Tanah Melayu. Pemberontakan bersenjata pKM telah dapat dibendung dan PKM terpaksa memindahkan pusat pergerakan mereka ke selatan negeri Thai. PKM merasakan bahawa perjuangan bersenjata mereka tidak akan dapat berjaya dan mereka telah mengubah taktik dan strategi perjuangan dengan melancarkan of ens if darnai sebagai langkah menamatkan Darurat dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Pada bulan Jun 1955 pemimpin-pemimpin Perikatan telah menerima surat daripada MCP menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan rundingan damai bagi menamatkan perang. Menurut MCP tujuan Malayan Race Libera­tion Anny (MRLA), badan gerila MCP, ialah "to achieve a peacefuL, demo­cratic and independem Malaya" (Shorts, 1975: 460). Bagi mencapai matlarnat ini haruslah dihapuskan " ... the Emergency Regulations, hold national elections in a peaceful and democratic atmosphere so that all political par­ties, organisations, and individuals who genuinely strove for peace could hold a round table conference to reach an unanimous agreement in confor­mity with actual conditions in Malaya" (Ibid.). Tawaran PKM menarik perhatian pemimpin-pemimpin Perikatan seperti Thnku Abdul Rahman dan tan Cheng Lock. Thnku selaku Ketua Menteri Persekutuan sangat ghairah untuk berunding dengan Chin Peng bagi menarnatkan Darurat. Penduduk­penduduk Tanah Melayu juga menarnpakkan sokongan dengan idea men­jalankan perundingan dengan MCP bagi menarnatkan perang gerilal Usaha­usaha untuk menamatkan pemberontakan komunis dengan menggunakan ke­kuatan senjata dilihat sebagai kurang berkesan kerana.komunis telah memin­dahkan pengkalan gerakan mereka ke negeri Thai. Perikatan juga melihat bahawa British tidak begitu berhasrat memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu secepat mungkin. British menggunakan Darurat sebagai a1asan bagi mengekalkan pemerintahan di Tanah Melayu (Oong, 1993: 368-413)"

British melihat perkembangan politik semasa dan langkah Perikatan untuk berunding dengan komunis boleh membawa padah yang arnat buruk kepada kedudukan British di Tanah Melayu (Ibid.) Besar kemungkinan Thnku Abdul Rahman, Presiden UMNO akan diperdayakan oleh Chin Peng, Setiausaha Agung PKM dan akan membuka peluang kepada komurlls memperkuatkan semula kedudukan mereka dan meningkatkan imej organisasi

67

Page 13: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MALAYSIA dari uRi SEJARAH

ini pada kaca mata rakyat Tanah Melayu. Menurut MacGilivray, PCSuruhjaYa TInggi British di Tanah Melayu bahaya yang paling besar kcpada BritiSh ialah kcmungkinan Chin Peng mcncadangkan satu tarikh yang awal bagi mcncapai kemerdekaan. TIdak mustahil akan menerima cadangan ini. Tetapi kcsan sangat besar, yakni Chin Peng yang menentukan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Mcnurut MacGilivray " ... the Chief Minister may emerge from the meeting feeling that he has a closer identity of view with the Communists . .. thaI! he was with British" (Fa 3711 116941. MacGilivray kepada Setiausaha Tanah Jajahan, 24 Oktober 1955).

Mengikul anal isis pcgawai-pegawai British adalah tidak mustahil bagi kedua-dua golongan sederhana dan radikal ilu bekerjasarna atau bcrcantum kerana kedua-duanya mempunyai matlarnat yang sarna yakni memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Adalah tidak mustahil bagi pemimpin-pcmimpin Perikalan untuk menerima cadangan PKM dan sebaliknya mengcnepikan pandangan-pandnagan pcgawai kolonial British. Jika kejadian ini berlaku akan timbul konflik di antara British dengan Perikatan dan komunis akan mengambil kescmpatan menyokong golongan nasionalis. Seterusnya imej MCP sebagai organisasi pcngganas bcrubah menjadi organisasi nasionalis pada kaca mata masyarakat Tanah Melayu.

Setelah mcmbuat kajian yang mendalarn terhadap of ens if damai komunis, British memutuskan bahawa langkah yang sebaik-baiknya bagi menjaga kcpcntingan British terutarna pelaburannya adalah memberikan kemcrdekaan dan menyerahkan kuasa kepada Perikatan. lni bererti Perikatan tidak pcrlukan apa-apa bantuan atau sumbangan daripada PKM dalarn pcrjuangan merebut kemerdekaan . Sebaliknya dengan teraju pcmerintahan di bawah Perikatan UMNO-MCA yang bersifat sederhana British masih mempunyai peranan dan tempat dalarn kehidupan politik dan ekonorni Tanah Melayu merdeka. British membuat keputusan ini sebe1um Thnku mengadakan rundingan damai dengan Chin Peng di Baling, Kedah. Berikutan dengan tindakan tcrsebut, Thnku tidak perlu bergantung kepada sokongan Chin Peng bagi mcmperolehi kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Sebaliknya British telah pun memutuskan untuk memberi kemerdekaan kcpada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dua tahun lebih awal daripada apa yang dirancangkan oleh Perikatan.

Kejayaan British untuk menyelesaikan "masalah komuniti Cina" dapat dilihat dengan penurunan pcrasaan nasionalismc China dan kemerosotan pengaruh komunisme di kalangan komuniti Cina selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Orang Cina memberi sokongan kepada MCA alau

68

Page 14: MASALAH KOMUNITI CINA DAN PROSES ......kemungkinan Jerman akan campurtangan di Selangor dan British tidak akan membiarkan negara-negara Eropah lain mendirikan tapak di Semenanjung

MASAUlH KOMUNrrI CINA DAN PROSES DEKOLONIAUSASI Dl SEMENANJUNG TANAH MEUlYU, 1942·1957

badan-badan politik Cina di Tanah Melayu yang berhaluan lempatan. Walau

bagaimanapun kebimbangan pihak kerajaan tentang campur langan China

aLau asing dalam hal ehwal kaum Cina di Tanah Melayu masih dirasakan. lnilah sebabnya kerajaan Tanah Melayu di bawah Perikatan UMNO-MCA­

MIC tidak tergesa-gesa untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara China alau blok komunis. Tambahan lagi keadaan Darural berterusan sehingga

1960-an.

RUJUKAN

Emerson, R. , 1964. Malaysia, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu, Reprinted 1966.

FO 371/116941 (1955) Fail Foreign Office, PRO, London. Kbasnor Johan , 1984. The Emergence of The Modern Malay Administralive Elite,

Singapore: Oxford University Press.

Oong Hak Ching, 1955. "The Development of Peranakan Chinese Politics in Pre­war Malaysia and Singapore" daJarn Malaysia dari Segi Sejarah, Bit. 23 .'

_______ , 1993. "British Policy and Chinese Politics in Malaya, 1942-

1955," Tesis PhD. The University of Hull. ________ , 1990. "KeIjasama British dengan Parti Komunis Malaya

dan Kuomintang: Kesan-kesan terhadap Dasar-dasar British di Tanah Melayu,

daJarn lebat, Journal Jabatan Sejarab, Universiti Kebangsaan Malaysia, No.

18. Sidhu, Jagjit Singh, 1980. Administration in The Federated Malay States, 1896·

1920, Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Stockwell, AJ., 1979. British Policy and Malay Politics during the Malayan Union

Experiment, 1942-1948, Kuala Lumpur: Malayan Branch of the Royal Asiatic

Society. (Monograph No.8). Stubbs, R., 1989. Heans and Minds in Guerilla Warfare, Singapore: Oxford Uni­

versity Press.

Purcell, Y, 1954. Malaya, Communists or Free, London: Victor GoUancz Ltd. Thio, E. , 1969. British Policy in The Malay Peninsula, 1880·1910, Kuala Lumpur:

University Malaya Press.

Yen Chin Hwang, 1976. The Overseas Chinese and the 191I Revolution, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

69