web viewsyabas, awak berjaya dalam temu duga! cis, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya!...

3
20 20 BAB 4 AYAT SERUAN Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seruan. 4.1 Kesalahan Lazim (i) Amboi, bisanya gigitan lipan ini! (ii) Ewah! bergayanya awak hari ini. (iii) Siapa nama kamu! (iv) Wah, sakitnya tanganku ini! (v) Cis! Manisnya buah jambu ini. 4.2 Rumus Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seruan yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, syabas, nah dan sebagainya. Kata Seru Penggunaan Ayat Contoh Aduh Untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum (a) Aduh, sakitnya gigiku! (b) Aduh, cantiknya rumahmu! Aduhai Untuk menyatakan perasaan sedih (a) Aduhai, malangnya nasib diriku! Ah Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu (a) Ah, saya tak mahu ikut kamu! Amboi / wah Untuk menyatakan perasaan hairan (a) Amboi, mahal betul jam ini! (b) Wah, berani betul Bahagian Dua: Ayat

Upload: lymien

Post on 06-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewSyabas, awak berjaya dalam temu duga! Cis, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya! Ah, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya! Aduh!

2020

BAB 4AYAT SERUAN

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk

tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan

sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seruan.

4.1 Kesalahan Lazim(i) Amboi, bisanya gigitan lipan ini!

(ii) Ewah! bergayanya awak hari ini.

(iii) Siapa nama kamu!

(iv) Wah, sakitnya tanganku ini!

(v) Cis! Manisnya buah jambu ini.

4.2 RumusIntonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak

pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seruan yang

sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, syabas, nah dan sebagainya.

Kata Seru

Penggunaan Ayat Contoh

Aduh Untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum

(a) Aduh, sakitnya gigiku!(b) Aduh, cantiknya rumahmu!

Aduhai Untuk menyatakan perasaan sedih

(a) Aduhai, malangnya nasib diriku!

Ah Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

(a) Ah, saya tak mahu ikut kamu!

Amboi / wah

Untuk menyatakan perasaan hairan

(a) Amboi, mahal betul jam ini!(b) Wah, berani betul budak ini!

Cis Untuk menyatakan perasaan marah dan benci

(a) Cis, berani dia melawan kataku!(b) Cis, kurang ajar betul budak ni!

Eh Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

(a) Eh, bila kamu sampai!(b) Eh, duit tu ada di sini tadi!

Nah Menyatakan perasaan marah (a) Nah, terimalah habuanmu!Wahai Untuk menyatakan perasaan

sayang dan merayu(a) Wahai adikku sayang!(b) Wahai putera dan puteriku!

Hai Untuk menegur seseorang atau menarik perhatian

(a) Hai, diamlah sikit!(b) Hai, sudah lama kita tidak bertemu

Bedebah Menyatakan perasaan marah (a) Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku!

Alahai Perasaan menghina atau memperkecilkan seseorang

(a) Alahai, itupun awak tak boleh buat!

Alamak Menyatakan perasaan terkejut (a) Alamak, banyaknya kerja belum dapat disiapkan!

Bahagian Dua: Ayat

Page 2: Web viewSyabas, awak berjaya dalam temu duga! Cis, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya! Ah, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya! Aduh!

2121

4.3 Latihan Pengukuhan4.3.1 Mengenal Pasti Kesalahan(i) Cis, tingginya bangunan Menara Kuala Lumpur ini!

(Penggunaan kata seru yang tidak sesuai)

(ii) Amboi, kamu dilarang melalui kawasan ini!

(Penggunaan kata seru yang tidak sesuai)

(iii) Syabas!, awak berjaya dalam temu duga.

(Penggunaan tanda seru sepatutnya pada hujung ayat)

(iv) Nah, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya!

(Penggunaan kata seru yang tidak tepat)

(v) Aduh! ke mana kamu hendak pergi.

(Penggunaan kata seru yang tidak tepat)

4.3.2 Membetulkan Kesalahan dalam Ayat(i) Cis, tingginya bangunan Menara Kuala Lumpur ini!

Amboi, tingginya menara Kuala Lumpur ini!

(ii) Amboi, kamu dilarang melalui kawasan ini!

Eh, kamu dilarang melalui kawasan ini.

(iii) Syabas!, awak berjaya dalam temu duga.

Syabas, awak berjaya dalam temu duga!

(iv) Cis, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya!

Ah, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya!

(v) Aduh! ke mana kamu hendak pergi.

Eh, ke mana kamu hendak pergi!

4.3.3 Menentukan Ayat yang Betul dan SalahBIL AYAT Betul /

Salah(i) Amboi, garangnya awak!(ii) Nah, ambillah wang ini!(iii) Rumahku terbakar!(iv) Eh! Nasri rupanya yang datang.(v) Aduhai, malangnya nasib diriku ini!(vi) Cis! penderhaka rupanya lelaki itu.(vii) Aduhai, malangnya nasib diriku ini!(viii) Ya Allah, mengapa perkara itu boleh berlaku!

Bahagian Dua: Ayat