web viewsebelum september tahun lalu, boleh dikatakan amat jarang sekali rakyat malaysia berpeluang...

5
Keunikan alam semula jadi di Guilin Oleh ABD. AZIZ ITAR (Yang berkunjung ke Guilin, China, baru-baru ini) SEBELUM September tahun lalu, boleh dikatakan amat jarang sekali rakyat Malaysia berpeluang berkunjung ke Guilin iaitu sebuah kawasan pedalaman bergunung- ganang yang terletak di bahagian selatan China. Walau bagaimanapun, selepas syarikat tambang murah AirAsia memulakan penerbangannya ke Guilin sebanyak empat kali seminggu mulai September tahun lalu, semakin ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke destinasi tersebut. Malah, ekoran sambutan yang menggalakkan itu juga, AirAsia mulai beberapa bulan lalu telah menyediakan penerbangan terus setiap hari dari Kuala Lumpur ke Guilin pada pukul 6.40 pagi yang mengambil masa empat jam perjalanan. Guilin yang mempunyai penduduk sekitar 5 juta orang memiliki banyak tarikan terutama gunung-ganangnya yang bertaburan di seluruh wilayah tersebut selain Sungai Li dan gua-gua yang banyak terdapat di sekitarnya. Uniknya gunung-ganang yang terdapat di wilayah yang berdekatan dengan wilayah Guangdong itu kebanyakannya berbentuk kon dan di dalamnya terdapat gua-gua yang mempunyai banyak stalagmit dalam pelbagai bentuk. Ramai pengunjung akan berasa takjub, misalnya apabila berada di dalam gua seperti di Crown Cave dan Silver Cave yang menyaksikan stalagmit membentuk pelbagai objek seperti manusia, binatang, sayur-sayuran dan bangunan. Disebabkan kedudukannya yang jauh dari bandar besar seperti Beijing dan Shanghai, maka terdapat juga banyak elemen kebudayaan seperti penempatan suku kaum orang asli Miao yang tinggal di Shangri-La Yangshuo. Suku kaum asli yang berkulit sawo matang dan raut wajah seperti orang Melayu itu ramai yang mendiami kawasan seperti di tasik, kaki gunung dan sungai yang terdapat di Yangshuo bersama cara hidup mereka yang masih primitif. Selain penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Guilin, wilayah itu juga semakin ramai dikunjungi oleh para pelancong Malaysia apabila terdapatnya agen-agen pelancongan yang menyediakan pakej pelancongan Islam buat para pelanggan mereka. Pearl Holiday (M) Travel & Tour Sdn. Bhd. contohnya melalui anak syarikatnya, Ummah Holidays menyediakan banyak kemudahan untuk GUNUNG-ganang yang kebanyakannya berbentuk seperti kon banyak terdapat di Guilin yang menjadi identiti kawasan itu.

Upload: duongtuyen

Post on 06-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Keunikan alam semula jadi di Guilin

Oleh ABD. AZIZ ITAR(Yang berkunjung ke Guilin, China, baru-baru ini)

GUNUNG-ganang yang kebanyakannya berbentuk seperti kon banyak terdapat di Guilin yang menjadi identiti kawasan itu.

SEBELUM September tahun lalu, boleh dikatakan amat jarang sekali rakyat Malaysia berpeluang berkunjung ke Guilin iaitu sebuah kawasan pedalaman bergunung-ganang yang terletak di bahagian selatan China.

Walau bagaimanapun, selepas syarikat tambang murah AirAsia memulakan penerbangannya ke Guilin sebanyak empat kali seminggu mulai September tahun lalu, semakin ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke destinasi tersebut.

Malah, ekoran sambutan yang menggalakkan itu juga, AirAsia mulai beberapa bulan lalu telah menyediakan penerbangan terus setiap hari dari Kuala Lumpur ke Guilin pada pukul 6.40 pagi yang mengambil masa empat jam perjalanan.

Guilin yang mempunyai penduduk sekitar 5 juta orang memiliki banyak tarikan terutama gunung-ganangnya yang bertaburan di seluruh wilayah tersebut selain Sungai Li dan gua-gua yang banyak terdapat di sekitarnya.

Uniknya gunung-ganang yang terdapat di wilayah yang berdekatan dengan wilayah Guangdong itu kebanyakannya berbentuk kon dan di dalamnya terdapat gua-gua yang mempunyai banyak stalagmit dalam pelbagai bentuk.

Ramai pengunjung akan berasa takjub, misalnya apabila berada di dalam gua seperti di Crown Cave dan Silver Cave yang menyaksikan stalagmit membentuk pelbagai objek seperti manusia, binatang, sayur-sayuran dan bangunan.

Disebabkan kedudukannya yang jauh dari bandar besar seperti Beijing dan Shanghai, maka terdapat juga banyak elemen kebudayaan seperti penempatan suku kaum orang asli Miao yang tinggal di Shangri-La Yangshuo.

Suku kaum asli yang berkulit sawo matang dan raut wajah seperti orang Melayu itu ramai yang mendiami kawasan seperti di tasik, kaki gunung dan sungai yang terdapat di Yangshuo bersama cara hidup mereka yang masih primitif.

Selain penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Guilin, wilayah itu juga semakin ramai dikunjungi oleh para pelancong Malaysia apabila terdapatnya agen-agen pelancongan yang menyediakan pakej pelancongan Islam buat para pelanggan mereka.

Pearl Holiday (M) Travel & Tour Sdn. Bhd. contohnya melalui anak syarikatnya, Ummah Holidays menyediakan banyak kemudahan untuk para pelancong beragama Islam seperti pakej makanan halal yang sukar diperolehi di sana.

Pengurus Besarnya, Hamid Masdar berkata, dengan adanya jalinan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Guilin dan Biro Pelancongannya, jumlah pelancong Malaysia ke Guilin juga dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa.

"Ummah Holidays merupakan ejen pelancongan pertama yang mengadakan pakej pelancongan makanan halal ke Guilin sejak setahun lalu. Sebelum ini, jangankan makanan halal, sudu dan garfu pun sukar diperolehi di sana," katanya.

Sebagai seorang yang fasih berbahasa Tionghua, Hamid banyak membantu para pelancong di bawah kendaliannya sebagai penterjemah dalam memberi penerangan lebih terperinci pada sesi-sesi lawatan yang dianjurkannya.

Antaranya ketika lawatan ke pusat pembuatan pelbagai teh Cina di Guang Xi yang menjadi tarikan ramai pengunjung dari seluruh dunia yang mahu mengetahui sendiri khasiat dan cara-cara menikmati minuman popular rakyat negara itu.

Menurut Hamid, teh merupakan minuman yang popular di sana sejak 5,000 tahun lalu mempunyai pelbagai bentuk, warna, rasa dan khasiat yang tersendiri di mana teh bergred tinggi dijual sehingga RM500 untuk setiap 100 gram.

Tambahnya lagi, Guilin bukanlah destinasi untuk membeli-belah, sebaliknya ia paling sesuai untuk aktiviti beriadah sambil menikmati alam semula jadi yang berteraskan keindahan kaki-kaki gunung, sungai dan gua yang menjadi tarikan utamanya.

"Pengalaman paling sukar dilupakan oleh para pengunjung ialah apabila mereka dibawa menelusuri Sungai Li dengan menaiki kapal kecil. Sepanjang sejam perjalanan mereka akan melihat gunung-ganang di sepanjang sungai itu.

"Pemandangannya bukan sahaja indah tetapi ia sebagai salah satu pelengkap untuk melihat keindahan gunung-ganang berbentuk kon dari dekat. Ini kerana itu adalah tarikan dan identiti Guilin yang tidak ada di tempat lain," ujarnya lagi.

Mengembali nostalgia sejarah warisan dunia

Oleh mariatul qatiah zakaria(Mengikuti Program Meneroka Melaka Bandar Raya Warisan Dunia UNESCO 2009 di Melaka, baru-baru ini)

Eye On Melaka serta bangunan yang dilimpahi cahaya lampu merupakan salah satu senario yang dapat dilihat sepanjang perjalanan menaiki River Cruise Melaka.

SEPERTI yang diketahui umum, sejarah Kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424.

Melaka memperoleh namanya sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh.

Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja.

Melihatkan kejadian itu, Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai negeri Melaka.

Kini Melaka digelar sebagai bandar raya bersejarah kerana ia sememangnya merupakan sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan sejarah.

Boleh dikatakan segenap cerok pastinya mempunyai sejarahnya tersendiri dan salah satu tempat yang mempunyai nilai-nilai sejarah ialah Sungai Melaka.

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai itu merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan banyak lagi sejak ratusan tahun yang lalu.

Lantaran itu keputusan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah satu keputusan yang tepat dan ia pernah mendapat gelaran 'Venice of the East' daripada orang Eropah pada satu ketika dahulu.

Sungai yang muaranya terletak di Bandar Hilir itu menyimpan pelbagai kisah dan cerita bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga peralihan masa kepada zaman penjajahan Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun.

Satu ketika dulu, Sungai Melaka pernah dilabel antara sungai paling tercemar di negara ini dan kini kerajaan negeri bangun mengembalikan kegemilangan Sungai Melaka.

kegemilangan

Pelbagai usaha serta pendekatan dilakukan dalam usaha memulih dan mengembalikan kegemilangan sungai itu yang satu ketika dulu merupakan pusat dagangan utama di Asia Tenggara.

Sedikit demi sedikit, wajah Sungai Melaka pada hari ini berjaya ditransformasi melalui peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan Pusat sebanyak RM320 juta.

Usaha tersebut ternyata tidak sia-sia apabila hari ini lebih banyak produk pelancongan baru ditambah seperti hotel bertaraf lima bintang, restoran eksklusif dan kedai cenderamata yang banyak dibina di sepanjang sungai.

Menurut Pemandu Pelancong Melaka, Shaukani Abbas, transformasi tersebut turut meliputi usaha mengindahkan dengan konsep pencahayaan kawasan antara Jambatan Hang Jebat hingga ke Jambatan Hang Tuah.

''Dalam masa yang sama Jambatan Hang Tuah dan Jambatan Hang Jebat turut dinaik taraf, pembaikan jambatan pejalan kaki di Kampung Morten dan jambatan pejalan kaki berhampiran stesyen bas ekspres lama serta pembaikan Jambatan Tan Khoon Cheng selain beberapa projek pembangunan di kawasan muara Sungai Melaka.

''Sekitar perkampungan tradisional Melayu Kampung Morten, disediakan laluan pejalan kaki di sepanjang Sungai Melaka yang dikenali sebagai River Boardwalk,'' katanya.

Tidak cukup dengan itu, dalam usaha merancakkan lagi kemasukan pelancong asing dan tempatan, perkhidmatan River Cruise Melaka telah diperkenalkan.

River Cruise Melaka membolehkan pengunjung menyusuri Sungai Melaka dan kini ia muncul antara aktiviti pelancongan popular di negeri Melaka terutama di waktu malam.

Dengan menaiki River Cruise Melaka, anda dapat mengalami pelayaran menakjubkan sejauh enam kilometer menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit.

Menurut Ali Rustam, perkhidmatan River Cruise Melaka akan dikembangkan lagi dan kini kerajaan negeri telah menempah teksi air dalam usaha menjadikan pengangkutan air sebagai salah satu kemudahan selain jalan raya.

''Kita telah menempah teksi air yang bermuatan 15 penumpang dari United Kingdom dan akan sampai dalam tempoh sebulan.

''Hari ini kita mempunyai River Cruise Melaka yang membawa pelancong menyelusuri Sungai Melaka dan selepas ini kita akan menyediakan perkhidmatan makan malam atas bot pula.

''Ini akan dipromosikan di hotel-hotel dan saya menjangkakan hujung November ini makan malam atas bot boleh dimulakan,'' ujarnya ketika ditemui di Melaka, baru-baru ini.

Ketika anda menaiki River Cruise Melaka, anda akan dapat menikmati pemandangan bangunan dan rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai tarikan baru turut diwujudkan di sepanjang sungai antaranya kincir air, Eye On Melaka, air pancut muzikal dan banyak lagi untuk mempopularkan lagi Sungai Melaka di pentas antarabangsa.

Yang paling menarik kincir air yang dibina pada tahun 2007 dan siap dibina pada tahun 2008 berstrukturkan teknologi Islam yang boleh diperoleh di Syria dan Lijiang, China.

Jelas Shaukani lagi, sepanjang perjalanan selama 45 minit itu, pelancong akan melalui tujuh jambatan iaitu jambatan Kampong Morten, jambatan stesyen bas espress lama, jambatan Hang Tuah, jambatan Pasar, jambatan Kampong Jawa, jambatan Chan Koon Cheng dan jambatan Tan Kim Seng.

''Pelayaran dengan River Cruise Melaka akan be