web viewmereka terus bergelut seperti dua orang atlet judo yang sedang berhempas di gelanggang...

5
Sanggar Kreatif: Audi Alteram Partem Oleh Aidil Khalid 2011/01/09 KATA pujangga, ada dua perkara yang boleh mengubah pandangan hidup seseorang sampai seratus delapan puluh darjah. Pertama, buku yang dibaca dan kedua, individu yang ditemui. Dengan izin, aku mohon menambah yang ketiga: prejudis yang dihadapi. Dari jendela kamar tidur utama aku melihat ke luar. Suara kanak-kanak yang riuh pada waktu-waktu petang memanglah lazim, tapi tarunya kali ini ternyata lebih daripada biasa. Justeru sebaik sahaja meletakkan tas kerja atas katil (yang berselerak dengan buku), memicit menyalakan pendingin hawa, dan kemudian melonggarkan tali leher yang serasa menyesakkan, aku lantas menyelak langsir dan benarlah, di bawah, di jalan berhadapan rumah, kelihatan Soleman, satu-satunya anakku, sedang bergaduh dengan Azhar, anak jiran hadapan. Soleman mengayunkan tumbukan padu tepat ke muka Azhar dan kemudian, apabila Azhar masih sedang dalam terhuyung dengan air liur bersemburan keluar, terjangan keras pula Soleman halakan ke perutnya. Lantas Azhar pun jatuh terlentang. Soleman belum puas. Diterkamnya Azhar yang sedang terbaring atas jalan turap itu. Soleman baru genap usianya sembilan tahun seminggu lalu. Sedangkan Azhar pula, lebih tua dua tahun daripadanya. Mereka terus bergelut seperti dua orang atlet judo yang sedang berhempas di gelanggang Olimpik. Dan kanak-kanak yang lain pula berkerumun mengelilingi. Antara sela-sela sorak mereka, aku menangkap suara Soleman yang tercungap-cungap: Tarik balik apa yang kau cakap tadi, tarik balik, Azhar. Kalau tidak aku belasah kau. Tarik balik! Tak mau, aku tak mau tarik balik. Apa yang aku kata ”“ memang betul. Ayah kau ... ayah kau memang .... Aku menghela nafas panjang. Kalau saja Soleman sudah sedikit besar, barangkali dia akan lebih mudah mengerti. Terkadang ada juga rasa kasihan kepadanya kerana pada waktu- waktu kecil begini sudah harus menghadapi prasangka sedemikian. Andai saja usianya tiga atau empat tahun lebih dewasa, barangkali aku sudah boleh memberikannya buku To Kill a Mockingbird untuk dibaca. Dan mungkin novel tulisan Harper Lee itu akan membantunya memahami malah barangkali juga menerima segala-galanya dengan hati lebih terbuka. Pernah hal ini aku suarakan kepada Inah, pengasuh Soleman semenjak ibunya, yakni isteri tercintaku, meninggal dunia. Inah, orang gaji yang telah kuberikan kepadanya mandat kuasa sepenuhnya dalam hal mengasuh Soleman. Tapi dibalasnya begini: Mau dibikin apa tuan memberinya baca roman? Itu cuma untuk orang- orang bercinta, bukan untuk diberi mengerti tentang hakikat kehidupan! Anak itu perlukan yang sebenar-benar keadaan, bukan lamunan perasaan.Soleman sedang duduk di atas perut Azhar yang masih terbaring. Dengan

Upload: nguyendiep

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewMereka terus bergelut seperti dua orang atlet judo yang sedang berhempas di gelanggang Olimpik. Dan kanak-kanak yang lain pula berkerumun mengelilingi

Sanggar Kreatif: Audi Alteram PartemOleh Aidil Khalid

2011/01/09KATA pujangga, ada dua perkara yang boleh mengubah pandangan hidup seseorang sampai seratus delapan puluh darjah. Pertama, buku yang dibaca dan kedua, individu yang ditemui. Dengan izin, aku mohon menambah yang ketiga: prejudis yang dihadapi.

Dari jendela kamar tidur utama aku melihat ke luar. Suara kanak-kanak yang riuh pada waktu-waktu petang memanglah lazim, tapi tarunya kali ini ternyata lebih daripada biasa. Justeru sebaik sahaja meletakkan tas kerja atas katil (yang berselerak dengan buku), memicit menyalakan pendingin hawa, dan kemudian melonggarkan tali leher yang serasa menyesakkan, aku lantas menyelak langsir – dan benarlah, di bawah, di jalan berhadapan rumah, kelihatan Soleman, satu-satunya anakku, sedang bergaduh dengan Azhar, anak jiran hadapan. Soleman mengayunkan tumbukan padu tepat ke muka Azhar dan kemudian, apabila Azhar masih sedang dalam terhuyung dengan air liur bersemburan keluar, terjangan keras pula Soleman halakan ke perutnya. Lantas Azhar pun jatuh terlentang. Soleman belum puas. Diterkamnya Azhar yang sedang terbaring atas jalan turap itu. Soleman baru genap usianya sembilan tahun seminggu lalu. Sedangkan Azhar pula, lebih tua dua tahun daripadanya. Mereka terus bergelut seperti dua orang atlet judo yang sedang berhempas di gelanggang Olimpik. Dan kanak-kanak yang lain pula berkerumun mengelilingi. Antara sela-sela sorak mereka, aku menangkap suara Soleman yang tercungap-cungap: “Tarik balik apa yang kau cakap tadi, tarik balik, Azhar. Kalau tidak aku belasah kau. Tarik balik!” “Tak mau, aku tak mau tarik balik. Apa yang aku kata memang betul. Ayah kau ... ayah kau memang ....” Aku menghela nafas panjang.

Kalau saja Soleman sudah sedikit besar, barangkali dia akan lebih mudah mengerti. Terkadang ada juga rasa kasihan kepadanya kerana pada waktu-waktu kecil begini sudah harus menghadapi prasangka sedemikian. Andai saja usianya tiga atau empat tahun lebih dewasa, barangkali aku sudah boleh memberikannya buku To Kill a Mockingbird untuk dibaca. Dan mungkin novel tulisan Harper Lee itu akan membantunya memahami – malah barangkali juga menerima – segala-galanya dengan hati lebih terbuka.

Pernah hal ini aku suarakan kepada Inah, pengasuh Soleman semenjak ibunya, yakni isteri tercintaku, meninggal dunia. Inah, orang gaji yang telah kuberikan kepadanya mandat kuasa sepenuhnya dalam hal mengasuh Soleman. Tapi dibalasnya begini:

“Mau dibikin apa tuan memberinya baca roman? Itu cuma untuk orang-orang bercinta, bukan untuk diberi mengerti tentang hakikat kehidupan! Anak itu perlukan yang sebenar-benar keadaan, bukan lamunan perasaan.” Soleman sedang duduk di atas perut Azhar yang masih terbaring. Dengan kedua-dua tangannya, dia menghentak-hentak bahu Azhar. “Kau nak tarik balik ke tidak? Kau nak tarik balik ke tidak?” Anak-anak sekeliling masih bersorak dan dari kejauhan, hon motor mamak penjual roti

Page 2: Web viewMereka terus bergelut seperti dua orang atlet judo yang sedang berhempas di gelanggang Olimpik. Dan kanak-kanak yang lain pula berkerumun mengelilingi

berbunyi bertali-temali. Riuh burung juga semakin rancak pulang ke sarang pada waktu-waktu remang petang begini.

Jiran hadapan akhirnya keluar setelah suasana riuh menjadi semakin kecoh. Haji Jaafar, bapa Azhar – wajahnya bengis, rautnya berang, dengusnya merampang. Dia keluar dan terus meluru ke arah kerumunan yang bersorak itu, menolak ke tepi semua untuk ke tengah-tengah sekali dan setelah sampai, menarik lengan Soleman yang duduk di atas anaknya itu dengan kasar. Garau suaranya sengaja digaraukan marah-marah: “Heh, kau ini memang selalu bikin pasal. Tak habis-habis buat masalah,” sergahnya dengan mata terbeliak, “sama saja saling tak tumpah, dua kali lima dengan ayah kau!”

Aku melihat Soleman cuba untuk melepaskan tangannya daripada genggaman kejap tangan kasar Haji Jaafar yang besar dan berbulu-bulu. Tapi ternyata Pak Haji berusia awal 50-an itu menjadi semakin berang. Dibeliakkan matanya, kemudian dijerkahnya, “Anak tak tahu adab! Aku bercakap kau tak dengar!”

Soleman, tubuhnya memang mungil, tapi semangatnya jangan diperkecil. Aku tahu benar, kerana dia ‘kan anakku, satu-satunya anakku. Dan aku ajari dia dengan adat leluhurnya seboleh dapat. Aku didiki adab juga santun dan sopan bila berhadapan orang yang darjatnya lebih tinggi. Tapi aku juga ajari anakku itu dengan semangat kuat. Dia dilatih seni berpencak, lantas apabila aku melihat dia melepaskan tangannya dengan sepenuh licik-cekatan daripada gengaman Haji Jaafar dan kemudian membalikkannya sehingga tangan Haji Jaafar pula yang terpulas, aku memang sudah menduganya sedari awal.

Haji Jaafar mengerang kesakitan dikilas sawa berendam oleh anak berusia sembilan tahun itu. Dan ketika itulah Soleman mendongak, lalu matanya menangkap mataku yang sedari tadi memerhati dari jendela kamar. Aku terus memandang tanpa memberikan sebarang reaksi. Untuk lima saat itu pandangan kami bertatapan dan aku perasan, dari sinar matanya, Soleman menjadi gugup.

Mungkin baru tersedar akan kesilapannya melayani Haji Jaafar sedemikian, Soleman segera melepaskan pulasan tangannya. Soleman yang kecil. Soleman yang cilik. Haji Jaafar semakin meradang jadinya – dengus hidungnya kembang kempis seperti mengeluarkan asap – lantas dia mengayunkan tangannya yang baru saja lepas itu, menempeleng wajah Soleman.

Malamnya, kami solat Maghrib berjemaah. Inah juga turut sama menjadi makmum di belakang. Selesai berwirid dan berdoa, seperti biasa, Soleman menyalamiku bercium tangan, sebelum menyalami Inah pula. Pada pipi Soleman masih berbekas sisa kemerahan. Dan tangannya juga ada kesan-kesan luka dan lebam. Makan malam disediakan setelah itu, dan aku, dan Soleman pun makan bersama. Inah berdiri tegak membelakangkan dinding di dekat pintu ke dapur, siaga menambah apa-apa yang kurang.

“Pipinya, kenapa merah?” tanyaku sekadar ingin memecah sepi. Yang kedengaran ketika itu hanyalah laga sudu yang digunakan Soleman mencedok lauk. Juga rengek kipas yang berputar perlahan di siling, betul-betul di atas meja makan.

Page 3: Web viewMereka terus bergelut seperti dua orang atlet judo yang sedang berhempas di gelanggang Olimpik. Dan kanak-kanak yang lain pula berkerumun mengelilingi

“Soleman,” Inah bersuara setelah beberapa jemang berlalu dan Soleman ternyata masih hanya diam, “bapakmu tanya itu, kenapa tidak dijawab?” “Hmmh,” jawab Soleman sambil mulai mengunyah makanan.

“Bapak tanya, pipinya kenapa merah?” soalku lagi. “Tadi ditempeleng,” jawabnya ringkas. “Kamu ditempeleng siapa?” Inah bertanya lagi sebelum sempatku bertanya lanjut. “Haji Jaafar,” jawab Soleman.

“Kau ada berbuat salah?” soal Inah terus menginterogasi. “Tidak.” “Habis kalau tidak berbuat salah kenapa ditempeleng?” “Hmmh.”

“Aku bertanya, kenapa tidak kaujawab?” Inah terus menyoal tanpa mengangkat wajah. Dan sepanjang-panjang ini, aku hanya mengunyah makanan. “Aku menumbuk anaknya Haji Jaafar,” kata Soleman. “Kau bergaduh lagi?”

“Dia yang mulakan.” “Tidak timbul siapa yang mulakan,” ujar Inah, “soalnya kau tak seharusnya berkelahi.”

“Azhar menuduh, katanya bapak berkawan sama orang jahat.” Aku berhenti mengunyah. Mencapai cawan lalu meneguk air. “Dan kau marah dia katakan begitu?” soalku, akhirnya. “Iya, kerana itu tidak betul,” jawab Soleman – dahinya berkerut –, “benarkah bapak? Benarkah bapak berkawan sama orang jahat?”

Mata Soleman aku renungi. Anak ini masih terlalu muda untuk mengerti. Tapi aku juga tidak mahu berbohong. Lantas aku katakan ya. “Jadi bapak memang berkawan sama orang jahat? Tapi kenapa, bapak? Sedangkan bapak selalu mengajar Soleman tentang hal dosa-pahala.”

“Sebab itu kan kerja bapak,” jawabku, “bapak kan memang selalu harus membela orang-orang jahat.”

Soleman semakin mengerutkan dahinya. Pipinya turut sama mengerekot – petanda dia sedang lagi pusing tidak mengerti sepenuh hati.

Aku kembali teringatkan To Kill a Mockingbird. Lantas Inah segera aku pandang, yang masih tercegat di sebelah pintu ke dapur. Dia segera menunduk memandang lantai. Buku yang telah diiktiraf sebagai klasik moden itu, alangkah indahnya kalau dapat dibaca semua – walaupun hakikatnya buku itu pernah diharamkan di sekolah-sekolah dan perpustakaan di Amerika Syarikat. Inah tidak mengerti, bahawa membaca roman tidak semestinya tentang hal buai perasaan cuma, sebaliknya boleh juga jadi tentang hakikat kehidupan.

Page 4: Web viewMereka terus bergelut seperti dua orang atlet judo yang sedang berhempas di gelanggang Olimpik. Dan kanak-kanak yang lain pula berkerumun mengelilingi

Kisahnya roman itu memangnya tentang hal biasa-biasa sahaja, tentang sebuah keluarga di sebuah pekan kecil, tetapi ternyata sarat sekali nilai-nilai kemanusiaannya. Tentang bagaimana keluarga tersebut menghadapi prejudis masyarakat sekeliling hanya semata-mata kerana ayahnya sebagai seorang peguam, telah membela seorang kulit hitam. Masyarakat di pekan itu pada waktu itu menganggap ia sebuah tabu – bagi seorang berkulit putih untuk membela seorang berkulit hitam melawan dakwaan seorang berkulit putih. Kerana orang berkulit hitam – begitulah prejudis mereka – tidak layak diberi keadilan.

Dan sekarang, aku hadapi hal yang sama, cuma barangkali lebih ruwet lagi. Kerana yang aku sebagai seorang peguam harus bela bukanlah seorang manusia berkulit hitam, sebaliknya aku sememangnya membela seseorang yang sebenar-benarnya pesalah.

“Kata Haji Jaafar, bapak berkawan sama pembunuh. Benarkah bapak?” “Benar,” jawabku, “memang benar bapak berkawan sama pembunuh.” “Tapi kenapa bapak?”

“Kerana bapak ingin menegakkan keadilan.” Mata Soleman mengecil.

“Memanglah,” lanjutku setelah pasti bahawa Soleman tidak mengerti, “orang akan katakan bahawa membela orang-orang bersalah itu bukanlah menegakkan keadilan. Tapi yang sebenarnya setiap pesalah juga punya hak untuk membela diri. Atas imbangan inilah bapak membela mereka.”

“Tapi kalau sudah memang bersalah, tidak harus dibela lagi, bapak,” kata Soleman, “sebaliknya harusnya dihukum, bapak.”

“Ya, memang benar,” kataku, “tapi bagaimana boleh dihukum kalau belum dibuktikan di muka pengadilan. Pesalah itu harusnya dibawa ke mahkamah terlebih dahulu, diberikan peluang sepenuhnya membela diri dan setelah itu, kalau tuan hakim yang mendengar bicara merasakan harus dihukum, nah, maka hukumlah. Inilah yang dikatakan audi alteram partem. Hak untuk didengar sebelum dijatuhi hukuman.”

Soleman mengulangi perlahan-lahan patah-patah ungkapan Latin itu, “Au-di-al-te-ram-par-tem.” Sambil-sambil itu kepalanya mengangguk-angguk perlahan. Tapi di dahinya masih bersisa kerutan.

“Betapa pun seseorang itu memang benar-benar bersalah,” lanjutku lagi, “tapi kalau sudah jaksa tidak punya cukup bukti, maka pesalah itu tidak harus dihukum. Itu bererti hukuman pesalah itu nanti di akhirat kelak, bukan di dunia, mahkamah di dunia malah tak punya hak untuk mensabitkan.” “Di akhirat?”

“Ya, di akhirat, hari pengadilan yang maha agung.” “Tapi tidak berdosakah kalau memang dia bersalah, sedangkan bapak membelanya mengatakan dia tidak bersalah? Itukan membohong namanya, bapak. Membohong itu kan berdosa, bapak.”

Page 5: Web viewMereka terus bergelut seperti dua orang atlet judo yang sedang berhempas di gelanggang Olimpik. Dan kanak-kanak yang lain pula berkerumun mengelilingi

“Ini rahsia yang bapak harus beri tahu kamu,” balasku dalam nada berbisik seolah-olah benar-benar rahsia. “Untuk membela seseorang, tidak semestinya harus berbohong mengatakan dia tidak bersalah, sebaliknya sekadar mempersoal dan mencari kelemahan bukti-bukti yang dikemukakan jaksa juga sudah memadai.”

Soleman entah mengerti entah tidak. Tapi aku tidak melanjutkan, kerana ketika itu ada yang memberi salam di muka pintu hadapan. Inah segera berlalu bagi menyambut siapa-siapa sahaja yang bertandang itu. Sebentar kemudian Inah kembali lagi. “Haji Jaafar yang datang, tuan,” tuturnya kepadaku, tetapi matanya ternyata melihat Soleman sebelum kemudiannya menunduk lagi.

Aku juga sama turut memandang Soleman. Tentu Haji Jaafar mahu menyelesaikan hal tadi petang. Aku segera ke dapur, membasuh tangan, sebelum kemudiannya ke hadapan menyambutnya.

“Di luar saja,” kata Haji Jaafar yang ternyata menolak untuk masuk, “aku perlukan bantuan kau, kalau boleh.”

“Bantuan apa?” soalku sedikit ragu.

“Anak aku yang sulung, Saiful,” katanya, “dia ditangkap reman. Di balai, sekarang.”

Aku mengenakan selipar, kemudian mengajak Haji Jaafar duduk di buaian di ruang hadapan halaman untuk berbincang. Dari situ, aku nampak, Soleman sedang mengintip di balik pintu rumah yang memang kubiarkan sedikit terbuka tadi. Apabila dia perasan aku melihatnya, segera dia bersembunyi.

“Anak aku,” kata Haji Jaafar setelah menolak untuk duduk di buaian, “polis menjumpai ganja dalam simpanannya. Melebihi 200 gram.” “Jadi disiasat di bawah 39B?”

Haji Jaafar memandang menginginkan penerangan.

“Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya – kesalahan mengedar dan bukan untuk kegunaan sendiri, jadi jika sabit, hukumannya mandatori gantung sampai mati.”

“Boleh kau tolong anak aku?” Wajah Haji Jaafar mengerut seribu. Ketika itulah Soleman keluar. Dan dengan sangat lancar, juga dengan pandangan mata yang tajam, dia bersuara mengatakan: “Boleh, Haji Jaafar. Bapak tentu boleh bantu. Benar kan, bapak? Sebab kata bapak, orang-orang yang bersalah pun masih punya hak untuk didengar dan mendapatkan pengadilan. Kata bapak, au-di-al-te-ram-par-tem! Benar, kan bapak?” Senyuman lebar menghiasi wajah anak sembilan tahun itu.

Maka dengan izin juga, aku mohon menambah yang keempat: balasan kebaikan yang diterima setelah prasangka-prasangka jahat dilemparkan.

Page 6: Web viewMereka terus bergelut seperti dua orang atlet judo yang sedang berhempas di gelanggang Olimpik. Dan kanak-kanak yang lain pula berkerumun mengelilingi