web viewauthor: yefrizal nadzir created date: 01/06/2012 08:10:00 last modified by: yefrizal nadzir...

67
Tajuk 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Sinopsis Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid. Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan 2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.

Upload: doannguyet

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Tajuk 5Kemahiran Mendengar dan Bertutur Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian

Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Sinopsis

Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian

dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian

terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai

mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan

murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan

beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai

instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur

salam kalangan murid.

Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan

bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran

kemahiran mendengar dan bertutur; dan

2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan

bertutur.

Kerangka Konsep

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Page 2: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Pengenalan

Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran

memperoleh, membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan

maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang

tepat, betul dan berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga

bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang

dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian

mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan

suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks

pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik

muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang

murid menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai

sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik

kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.

Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang

menguasai perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya

bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas

dan tepat. Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang

betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan

sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza

berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti

pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Page 3: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan

berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya,

bahasa Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan

tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan

berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem

panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi

lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam

suatu interaksi yang kita hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa Melayu

perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul, iaitu tepat dari segi

tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks

tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadap

kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan

tahu berbahasa ini.

Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur

Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:

Pertama: penilaian kemahiran menyebut

Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-

murid pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang

belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam

kalangan murid-murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan

pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu

yang mereka gunakan itu mengalami gangguan.

Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada

dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam

kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau

bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f.

Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan

fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula

unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi.

Page 4: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Penilaian kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan

dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat,

kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir

dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud

yang hendak disampaikan.

Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam

kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus

kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang

itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat

menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang

sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri

paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang

itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata

yang cukup. Dengan itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan

kata yang luas. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat

melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan

maksud yang hendak disampaikan.

Teknik menguji kemahiran bertutur

Page 5: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Bertutur dengan gerak balas terhad

Bertutur mengikut arahan

Page 6: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi

gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,

Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke

rumahnya esok.

Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.

Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.

Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan

seorang tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan

bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada

orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan

dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi

dengan orang tua itu.

Bertutur berdasarkan gambar

Page 7: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu

digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu

memberi gerak balas kepada soalan-soalan itu.

Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambar

di atas.

Misalnya:

(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?

(b) Apa yang sedang mereka lakukan?

(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang

bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid

berfikir dengan lebih kritis).

Membaca Kuat

(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.

Page 8: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid

dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang

sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.

Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid

tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti

kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan

mengikut unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan

nada, intonasi, dan tekanan yang betul. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-

ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya

membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata

hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.

Bertutur Secara Berpandu

Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid

bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai.

Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-

bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan

dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih

ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah

ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian

jenis ini ialah:

Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.

(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;

(b) Murid membaca senyap;

(c) Guru membaca kuat petikan;

(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;

(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan

dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan

Page 9: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat

dengan gaya bercerita yang betul.

Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:

Main peranan

Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu

memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan

tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan

murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan

secara individu ataupun secara berpasangan. Misalnya:

Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan

peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai

seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes

ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu.

Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing

secaara spontan.

Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang

sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai

berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan

sebelum ini.

Temu bual dan Temu duga

Murid diminta mengingat atau

mengimaginasikan sesuatu dan

menjelaskan sesuatu

mengenainya. Misalnya: percutian

semasa cuti sekolah.

Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru

Page 10: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan

cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan

menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan

situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan

penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid.

Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid

menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.

Pemarkatan Ujian Bertutur

Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji

kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara

holistik.

Pemarkatan Secara Objektif

Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat

rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan

belum boleh bertutur dengan lancar. Soalan yang dikemukakan pula

berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan

bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar;

menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat

yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan

dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi

setiap gerak balas yang mereka berikan.

Bahagian A

Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betuli. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolahii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.iii. Dengan siapa adik bermain bola tadiiv. Wah, besarnya rumah awak!

Page 11: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian BJawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.i. Apakah cita-cita kamu?ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?

Bahagian CTeliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan

berikut:

(a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan

tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan

pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.

(b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-

buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.

(c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz,

warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan

menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.

(d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke

destinasi tertentu dengan selamat;

(e) berinteraksi – melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll

(f) simulasi – main peranan dalam lakonan, forum dll

(g) projek – perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos,

pelaporan dll.

Senarai Semak untuk Pemarkatan.

Soalan:

i. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu?

ii. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka?

iii. Bagaimanakah cara mereka melakukannya?

Page 12: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Nama Murid: .....................................................................................................

Bahagian No: Gambar Nombor Soalan

Markat

2 1 0

J =

J =

A

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

Nilai Markat (cadangan)

2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa.

1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa.

0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian

dengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan

semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.

Page 13: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Pemarkatan Secara Holistik

Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau

keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu

diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana

yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu

dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap

pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang

dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara

keseluruhan.

Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh

dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu:

i. sebutan

ii. kefahaman

iii. ketatabahasan

iv. keluasan perbendaharaan kata, dan

v. kelancaran pertuturan.

Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat

dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.

Rumusan

Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan

bertutur), penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan

bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan

kemahiran yang penting, awal diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka

guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-

muridnya. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan,

kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan

berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran

dan pembelajaran itu, guru harus pula menguji kecekapan murid dengan

menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. Diharap modul ini

Page 14: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda

menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.

(a) Huraikan tentang lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik.

(b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu?

Tajuk 6 Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan Peringkat Pengajaran Bacaan Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming dan

Scanning

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca.

Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan

teknik bacaan. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik

bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning.

Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling

melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar

mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan

satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada

yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai

Page 15: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam

konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan

menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan

berkesan.

Hasil Pembelajaran1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan

peringkat pengajaran bacaan

1.2 Menghuraikan teknik bacaan.

Kerangka konsep

Fikirkan:

Matlamat dan Jenis Bacaan: Mekanis Mentalis Intensif Ekstensif

Peringkat Pengajaran Bacaan: Kesediaan membaca Prabacaan Mekanis Bacaan dan Kefahaman

Teknik bacaan: Intensif Ekstensif Skimming ScanningPeng

ajaran

Kemahiran MembacaBAHASA MELAYU

Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan

Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning

Page 16: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di

sekolah rendah?

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran

membaca di sekolah.

Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca,

sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham

tentang teori ini.

Matlamat

Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya

mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam

bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan

pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

Jenis Bacaan

Bacaan mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan

tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan

Anda perlu tahu matlamat anda

mengajar kemahiran membaca

kepada pelajar-pelajar ! Kini,

fahami pula jenis-jenis bacaan.

Page 17: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada

dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang

mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini

dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan

bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea

atau buah fikiran.

Bacaan Intensif

Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan

dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan

mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri

tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks

dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk

memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang

struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji

ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan

pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik

darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah

kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui

pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting.

Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas;

bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid

mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan

Page 18: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

Peringkat Kesediaan Membaca

Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat

perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia

yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini

dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan

bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja

meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga

merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus

dan berterusan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-

kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan

motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal,

kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya

menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam

bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi

emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-

bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan

cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi

keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya

menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat

kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-

kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka

mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.

Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.

Page 19: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Prabacaan

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat

prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran

pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan

daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi

kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid

didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh

dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan

untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan,

frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan

yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan

konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan

ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa

kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna.

Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai

keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang

dibaca dan  mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa

yang dibaca.

Page 20: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.

Teknik Bacaan

Bacaan Intensif 

Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan

dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci

sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang

pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi

umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang

digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil

kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini

adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca

telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan

membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa,

aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan. 

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan

memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa

sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian

terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan

perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang

Banyak bahan yang perlu kita baca !

Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita.

Page 21: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan

dan bantuan penuh daripada guru-guru. 

Konsep-konsep bacaan intensif

(a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi

perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru;

(b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang

struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata;

(c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan

kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh

pelajar dalam bacaannya;

(d) Memperkembang usaha mengawal penggunaan bahasa dalam

pertuturan dan tulisan; dan

(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting. 

Tujuan:

(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari

segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda

bacaan dengan baik;

(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam

bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian

dalam kamus;

(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;

(d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang

dibaca;

(e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam

bahasa;

(f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan

Page 22: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.

 

Bacaan Ekstensif 

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi

sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah

untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti

membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-

perkara berikut:

(a) membaca tinjauan

(b) membaca sekilas

(c) membaca dangkal 

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca

akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa,

meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul,

bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan

seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya

tinjauan dapat dilakukan.

Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan

pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis

bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan

utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan

umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu

daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan

daripada perpustakaan.

Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang

bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca.

Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti

keadaan membaca karya-karya ilmiah.

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti

membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek

Page 23: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul

isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh

minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini,

pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping

berpeluang menimba ilmu pengetahuan. 

KONSEP BACAAN EKSTENSIF 

(a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;

(b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;

(c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan

(d) Bahan-bahan yang berbeza.

Tujuan

Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:

(a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung

daripada orang lain;

(b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;

(c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur;

(d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat

dan sebagainya;

(e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan

bacaan dan membina daya kreatif;

(f) Menambah minat membaca;

(g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik;

(h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;

(i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa;

(j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan

menggunakan perpustakaan;

Page 24: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

(k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;

SKIMMING

Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip

maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi

skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan

dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting

sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu

perenggan untuk mendapatkan idea utama.

Prosedur Skimming

Langkah-langkah skimming:

(a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan.

Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan

tajuk;

(b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis

penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya;

(c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan

ini menjadi asas untuk ‘skim’;

(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan

konteks petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea

dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan

mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara

yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan

signifikannya;

(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan

dapati idea yang penting dan fakta; dan

(f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur

penyimpulan dan rumusan.

Page 25: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang

dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan.

Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan

seorang yang lain.

SCANNING Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat

secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau

maklumat secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana

kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan

bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan

mental.

Prosedur

Langkah-langkah untuk scanning:

(a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak

dicari.

(b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian

kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau

angka yang lain.

(c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan

gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.

(d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil,

perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.

(e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian

anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke

bawah.

Page 26: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda.

Tajuk 7 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan

Pengalaman Bahasa Kaedah Pandang Sebut Kaedah Abjad Kaedah Fonik

SinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan

kaedah pengajaran bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan,

cerakinan, komunikatif dan pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang

akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik

Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling

melengkapi. Walau bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut

pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah

tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. Kemahiran membaca

mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya

memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam konteks ini

bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi,

kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai

hasil pembelajaran kemahiran membaca

Hasil Pembelajaran

Page 27: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

1.1 Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa

Kerangka konsep

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Pendekatan Binaan

Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut

pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan

unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-

unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang

lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid

diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan

menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa :

Binaan Cerakinan Komunikatif Pengalaman

bahasa

Kaedah Bacaan

Pandang Sebut Abjad Fonik

Pengajaran

Kemahiran

BAHASA

MELAYU:

Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas

Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa.

Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik

Page 28: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah

abjad.

Pendekatan Cerakinan

Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang

mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu

dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang

besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini

dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada

perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan

seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-

huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi,

murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam

komunikasi. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan

bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk

melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus

merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar

boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada

penguasaan struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk

kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti

bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.

Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita,

teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.

Prinsip pendekatan komunikatif:

(a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;

(b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;

(c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;

Page 29: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

(d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman

atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan

mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam

tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan

yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan

mengenai bidang yang dibincangkan.

Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu

lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat,

murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada

untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai

contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan

sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras

bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang

dibacanya.

Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai

laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali

tulisan tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau

pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej)

yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna

sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang

diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau

pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami

teks yang membincangkan soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini

memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan.

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;

(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk

membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh

terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain;

Page 30: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

(b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid

perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka;

(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan

maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai

konsep;

(d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan

perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan

(e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam

pengajaran pembelajaran membaca.

Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.

Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran

kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan

tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:

Kaedah Pandang Sebut

latihan

Membaca ayat

Membina dan membaca ayat

Mencerakinkan perkataan dan

kata

Menyebut Perkataan

KAEDAHPANDANG SEBUT

M

Page 31: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan

dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.

Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti

utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994)

perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad

perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-

perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek

yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan

pada bahan yang ditunjukkan.

Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal

huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada

seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada

permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara

keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan.

Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali

banyak lambang.

Kaedah Abjad

latihan

Membaca ayat

Mengeja suku kata, perkataan

dan frasa

Menyebut suku kata V dan KV

Menyebut nama huruf abjad a – z; huruf besar dan kecil

KAEDAHABJAD

M

latihanM

Page 32: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad,

pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan

membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja

perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah

ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut

dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan. Seterusnya diikuti

dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung

dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz

Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu

sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan

Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar

didedahkan serentak.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula

pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf

yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama

semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua

huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan

pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk

perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan

dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti

dengan penyebutan suku kata itu.

Kaedah Fonik

Membaca frasa dan

Membatang suku

Membunyikan huruf l

KAEDAH FONETIK

M

Page 33: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap

hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan

murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.

Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid,

diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan

pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran

sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta

faham apa-apa yang dibaca.

Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!

Tajuk 8TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA(a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read,

Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain(b) Teknik Bercerita(c) Teater Pembaca

Membaca frasa dan

Membatang suku

Membunyikan huruf l

Page 34: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

SinopsisTajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik

yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater

pembaca. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik

yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justeru dapat

meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran

bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan

menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif.

Hasil Pembelajaran

1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran

kemahiran-kemahiran bahasa.

Kerangka konsep

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA(a) Survey, Question, Read,

Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R);

(b) Know,What,Learn,How,(c) (KWLH); dan lain-lain

(a) Lingkaran Soalan, (b) Tatacerita(c) Bimbingan

Menjangka, Teater Pembaca

Bimbingan Menjangka,

Teater Pembaca TeknikPengajar

an Kemahir

an Membac

a BAHAS

A MELAY

U

Page 35: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)

1. SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal

kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan

tugasan yang perlu diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi;S (survey) - TinjauQ (question) - Soal/tanyaR (read) - BacaR (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisanR (review) - Baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran

keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini

dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau

ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan

terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya

menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar

menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati

teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan

tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin

diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca

kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks

tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada

soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca,

TeknikPengajar

an Kemahir

an Membac

a BAHAS

A MELAY

U

Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R, KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan

Menjangka dan Teater Pembaca

Page 36: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan,

berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang

melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau

maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai

membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan

meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai

dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab

soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota

atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca

bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan

jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar

juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.

Knowledge, What, Learn, How (KWLH)

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:

K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang

berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa

yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui,

melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah

diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi

yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan

sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh

dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca

sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran,

pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.

Page 37: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)

RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:

R (Read) - Membaca A (Analogize) - MenganalogiD(Discuss) - BerbincangA( Apply) - MengaplikasiR(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan

pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.

Lima langkah RADAR ialah:

R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat

yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada

teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.

A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat

berhubungkait dan mempunyai persamaan.

D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea

atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta

menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea

atau tempat.

A – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau

merumus semula apa yang telah dibincangkan.

RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya

dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar

berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan

pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

Teater Pembaca

Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip

cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi

Page 38: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang

pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang

betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana

cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling

diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati

cerita tersebut.

Langkah pelaksanaan

(a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;

(b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;

(c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi

mengikut dialog;

(d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang

sesuai;

(e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa

persembahan;

(f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;

(g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan

(h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

TEKNIK BERCERITA

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan

untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang

dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan

pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita

ialah:

Page 39: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

(a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat

permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita;

(b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku

dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus

dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;

Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:

(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-

murid;

(b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;

(c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;

(d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting;

(e) Lakukan latihan;

(f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk

menguatkan penceritaan; dan

(g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan

dengan bahasa yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut.

Page 40: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Tajuk 9Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca

Objektif Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar.

Tajuk 10Penilaian Kemahiran Membaca

Mengenal Pasti Idea Keseluruhan Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan Membuat Ramalan/Kesimpulan Pembinaan Instrumen Penilaian.

Penialaian ialah suatu kaedah bagaimana seseorang guru boleh

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajarannya . Dalam konteks

pengajaran kemahiran membaca,penilaian akan menjadi landasan terhadap

kaedah,pendekatan dan teknik pengajaran yang digunakan. Dalam hal ini,

perbincangan meliputi persoalan tentang tujuan, aspek dan pentadbiran

dalam penilaian, bentuk-bentuk penilaian, dan criteria soalan-soalan

kefahaman.

Tujuan ,Aspek dan pentadbiran penilaian

Page 41: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Penilaian ialah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu suatu kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan

sesuatu kemahiran yang diajarkan itu dikenal pasti. Dalam konteks kemahiran

membaca, penilaian bertujuan untuk menguji sejauh mana pembaca

memahami bahan yang dibaca. Diperingkat rendah, penilaian juga dibuat

untuk intonasi dan sebutan dalam bacaan. Dalam hal ini terdapat beberapa

bentuk penilaian dan instrument yang boleh diguna pakai dalam pengujian

kemahiran membaca.

Bentuk PenilaianBentuk penilaian adalah seperti berikut :

a)Penilaian kendiri

Penilaian kendiri ialah bentuk penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau

pembaca itu sendiri,berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru.

b) Penilaian rakan sebaya

Penilaian rakan sebaya dinamakan juga penilaian berpasangan. Dalam

penilaian ini,pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan

sesame sendiri.

c) Pemerhatian

Pemerhatian dibuat untuk melihat sikap,kefahaman dan intonasi dalam

bacaan. Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai

semak yang mengandung criteria atau perkara-perkara yang akan

diperhatikan.

d)Pengujian

Pengujian boleh dibuat untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap

bahan bacaan. Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadankan perkataan

dan ayat, ujian bacaan, penyoalan terbuka, menyusun semula petikan,ujian

kloz dan ujian aneka pilihan.

Instrumen UjianInstrumen ujian kemahiran membaca boleh terdiri daripada petikan atau

bahan yang akan dibaca dan difahamkan oleh pelajar. Pada masa yang sama

Page 42: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

dokumen seperti senarai semak dan skala kadar juga digunakan sebagai

instrument ujian, terutama yang melibatkan aspek afektif dan perlakuan

dalam kemahiran membaca seperti intonasi,nada, tekanan suara dan

sebagainya. Tujuan utama instrument adalah untuk mendapatkan ukuran

atau data berkaitan dengan apa yang diuji.

a)Senarai semak

Dalam ujian berbentuk pemerhatian, senarai semak yang mengandung

perkara dan criteria pemarkahan perlu disediakan. Senarai semak yang

mengandung criteria tertentu juga akan menjadi panduan kepada guru atau

penilai untuk menilai dan menentukan tahap kefahaman seseorang pembaca.

b) Skala Kadar

Skala kadar ialah dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan

tahap pencapaian dalam kemahiran membaca. Skala kadar kebiasaannya

menetapkan markah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan

dan kefahaman yang ditetapkan.

Tajuk 11 Kemahiran Menulis Matlamat dan Peringkat Tujuan Penulisan Jenis Penulisan Karangan

Matlamat Menulis.Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan

apa sahaja perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik

iaitu tulisan. Dalam masa yang sama, pelajar juga dapat menggunakan

kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan

minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang

sistematik.

Matlamat mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah

untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat

Page 43: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk

karangan tertentu. Kemahiran ini juga dapat melatih para pelajar melahirkan

idea dan mengembangkan idea mereka sendiri. Kemahiran menulis juga

melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk

pemerengganan yang betul.

Kemahiran menulis ini turut melatih para pelajar untuk menggunakan bentuk

penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

Kemahiran ini juga, melatih pelajar menggunakan format karangan yang

betul. Selain itu, pelajar boleh menggunakan pengalaman menulis karangan

ke dalam situasi sebenar sehari-hari. Kemahiran ini juga menyiapkan murid-

murid untuk menghadapi peperiksaan di masa akan datang.

Selain itu, kemahiran ini menyuburkan minat pelajar. Disamping itu, pelajar

berpeluang untuk meluaskan kosa kata mereka apabila mereka berinteraksi

dengan orang lain. Selain itu, Kemahiran menulis memberikan kepuasan jiwa

kepada semua penulis kerana mampu melahirkan perasaan mereka menerusi

tulisan.

Peringkat Menulis.

Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis, iaitu:

a)Peringkat pramenulis.

Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk

membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa

dan tepat. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-aktiviti

pergerakkan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasikan

kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang boleh

dilaku untuk membentuk kemahiran ini ialah:

i.Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-

putus.

ii.Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.

iii.Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya.

Page 44: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

iv.Latihan membentuk garisan lurus.

b)Peringkat mekanis

Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah

peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih

membentuk lambing-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk

huruf. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk

perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan-latihan yang boleh

digunakan pada peringkat ini ialah:

i.Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.

ii.Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.

iii.Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.

c.Peringkat pelahiran

Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk

huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan

sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir

peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis

terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan

yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah:

i. Mengisi silang kata

ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat

iii. Melengkapkan ayat

iv. Melengkapkan petikan atau cerita

v. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar.

vi. Menulis jawapan kefahaman.

Jenis Penulisan.

Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh diekspoitasi

untuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuat

berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran

dan pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis

Page 45: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

penulisan ini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri.

Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu,

separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif. Jenis penulisan

tersebut dijelaskan seperti berikut:

a)Penulisan terkawal

Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuh oleh guru, sama

ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan

terkawal, pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara

meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat atau karangan yang dianggap

baik. Penulisan terkawal ialah tahap pertama kea rah penulisan bebas,

kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai

bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik.

Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah:

i. Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar

ii. Menulis surat

iii. Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.

b) Penulisan Separa Terkawal.

Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal

sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran

sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi.

Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar

dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan

tersebut. Bentuk-bentuk penulisan separa terkawal adalah:

i. Mengisi tempat kosong

ii. Menuliskan cerita daripada gambar

iii. Membuat ayat daripada perkataan

iv. Menjawab soalan berdasarkan tajuk.

c) Penulisan Berpandu.

Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh

guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau

Page 46: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal

itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-

aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah:

i. Menukarkan dialog kepada bentuk naratif

ii. Menukarkan bentuk puisi kepada prosa.

d)Penulisan Separa Berpandu.

Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan

kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan

daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk

membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan.

Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus

kapada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh

dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah:

i. Menyudahkan cerita

ii. Menulis karangan yang isinya disediakan guru.

e)Penulisan Bebas

Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan

tatabahasa yang baik, Penulisan jenis ini dijalankan setelah pelajar diminta

memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya pelajar

sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan

suatu tulisan yang baik dan bermakna.Dalam penulisan jenis ini,penglibatan

guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campurtangan jika

terdapat kesalahan-kesalahan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya

terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakaukan dalam penulisan

bebas; iaitu:

Penulisan naratif

Penulisan deskriptif

Penulisan imaginatif

Penulisan argumentative

f) Penulisan Kreatif

Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam

Page 47: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

penulisan bebas. Dalam penulisan ini,pelajar bukan sahaja telah mahir dalam

pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau

imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai

keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas

yang lain kerana jenis penulisan ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi

yang akan ditulis.tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan

mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik.

Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah :

Cerpen

Puisi

Drama

Novel

Tajuk 12 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis Proses LEA (Pengalaman Bahasa)

Menulis ialah sesuatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang

disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk

ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan

bermaksud penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat.

Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan

menyusun symbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja.

Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang

memerlukan penggembelengan aspek psikologi dan kognitif. Oleh itu

kemahiran mengarang ini boleh di capai melalui beberapa pendekatan iaitu:

1.Pendekatan Proses.

Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah

karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini

penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan

Page 48: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari

aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan

tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan

dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran

bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau

model penulisan penulisan yang baik.

2.Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa

kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang

berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan

penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan

dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang

bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam

proses penulisan karangan.

Tajuk 13 Kemahiran Mengarang. Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan Mengaitkan isi dengan Tajuk, kohesi, koheren, dan

pemerengganan Kemahiran kosa kata, gaya persembahan, mengedit dan

mengembangkan idea- peta minda

Objektif MengarangObjektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:

Melatih murid-murid melahirkan idea

Page 49: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Melatih murid-murid menghujah danmengembangkan idea

Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul

Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharian

Mencari isi menggunakan bahan rangsanganPenggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengan kemahiran penulisan berpandu. Bahan rangsangan dapat membantu murid untuk menulis karangan. Pada tahap ini berkemungkinan murid telah boleh menulis ayat-ayat mudah. Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiri ataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.

Mengaitkan isi dengan tajuk, kohensi, koheren dan pemerenggananTerdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatian iaitu tajuk,kohensi ,koheren dan pemerengganan. Keempat-empat ini saling berkait antara satu sama lain. Ia merupakan tunjang utama dalam menghasilkan sesebuah karangan yang baik.

Dalam sesebuah penulisan, perenggan pertama merupakan pengenalan kepada tajuk. Isi yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi karangan yang hendak disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca membaca isi-isi yang seterusnya. Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan yang berasingan supaya pembaca dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis.

Setiap perenggan isi mempunyai kohensi dan koheren nya yang tersendiri. Kohensi bermaksud tautan, manakala koheren pula bermaksud rentetan. Kedua-dua aspek ini boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut. Bagi sebuah karangan yang baik setiap isi dalam sesuatu perenggan yang diasingkan tersebut mestilah mempunyai kohensi serta koheran antara isi-isi tersebut. Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah mengikut keutamaan dan kepentingannya.

Kemahiran kosa kata, Gaya persembahan, mengedit dan mengembangkan idea- peta mindaPeta Minda dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan proses penulisan itu sendiri.

Page 50: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Teknik peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kea rah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini. Guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.Contoh Peta Minda

Tajuk 14 Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Ejaan Imlak Karangan

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsip-prinsip

pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yang

dimaksudkan itu ialah :

Ketepatan maklumat kandungan

Ketepatan bahasa dan gaya

Sesuai dengan umur,tahap dan keupayaan pelajar

Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya

Sesuai dengan objektif pengajaran

Sesuai dengan masa pengajaran

Mudah diguna dan dikendalikan

Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar,petikan,rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),rakaman video,dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.

Ejaan

Page 51: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Imlak Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau

diperdengarkan Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja,

menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa,

kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan jelas

Cara-cara pengajaran Imlak

Berikan petikan teks dan minta murid baca

Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan

Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis

Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca

Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

Karangan

Tajuk 15 Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis Mengenalpasti idea keseluruhan Mengesan idea utama dan idea sokongan Membuat ramalan/kesimpulan

Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam

kemahiran menulis adalah seperti berikut:

Penggunaan bahasa-aspek tatabahasa

Aspek mekanikal- pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya

Page 52: Web viewAuthor: Yefrizal Nadzir Created Date: 01/06/2012 08:10:00 Last modified by: Yefrizal Nadzir Company: Kementerian Pelajaran Malaysia

Ketepatan dan kesinambungan isi – kesesuaian dan huraian isi

Gaya penulisan-penggunaan ungkapan/kosa kata menarik

Kemahiran mengolah- menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.

Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat melalui aktiviti-aktiviti

seperti mencatat nota,mengembangkan maklumat, mengisi borang. Menulis

surat,menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan.