borang pengesahan status tesis - fp.utm.my binti abdul... · allah s.w.t dan selawat ke atas nabi...

31
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN PENDEKATAN NILAI-NILAI POSITIF GURU BESAR TERHADAP SAHSIAH GURU DI SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya HUSNA BINTI ABD WAHAB Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) / TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) HUSNA BINTI ABD WAHAB DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR SK BANDAR EASTER 81907 KOTA TINGGI JOHOR. Tarikh: 30 MEI 2013 Tarikh: 30 MEI 2013 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: phamlien

Post on 06-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS�

JUDUL : HUBUNGAN PENDEKATAN NILAI-NILAI POSITIF GURU BESAR TERHADAP SAHSIAH GURU DI SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya HUSNA BINTI ABD WAHAB

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) HUSNA BINTI ABD WAHAB DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR SK BANDAR EASTER 81907 KOTA TINGGI JOHOR.

Tarikh: 30 MEI 2013 Tarikh: 30 MEI 2013

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

��

HUBUNGAN PENDEKATAN NILAI-NILAI POSITIF GURU BESAR

TERHADAP SAHSIAH GURU DI SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR

HUSNA BINTI ABDUL WAHAB�

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2013

��

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Pelajar : HUSNA BINTI ABDUL WAHAB

Tarikh : 12 OGOS 2013

��

DEDIKASI

Didedikasikan untuk insan-insan yang bermakna dalam hidup,

Untuk penyelia yang bersedia memberi bimbingan dan teguran yang membina

Dr. Lokman bin Mohd Tahir

Semoga Allah s.w.t memberi ganjaran yang besar…

Kepada suami dikasihi yang setia di sisi saat getir dan gembira

Memberi sokongan dan bantuan

Terima kasih atas izin dan restu…

Kepada anak-anak tersayang Hasyir, Khayra, ‘Ulma dan Madihah yang memahami,

kalian sumber inspirasi dan pembakar semangat bonda.

Semoga segalanya ini dapat dijadikan iktibar…

Teristimewa buat bonda dan ayahanda

Sentiasa merisik khabar dan meniup semangat dari kejauhan

Juga kepada adik-beradik yang menghulur bantuan tatkala diperlukan

Ribuan terima kasih atas sokongan dan galakan kalian

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan MPA Penawar

Yang memberi kerjasama dan berkongsi saat suka dan duka

Semoga kita memberikan sumbangan yang berkesan kepada pendidikan negara…

��

PENGHARGAAN

AlhamdulilLahi Rabbil ‘Alamin…Setinggi-tinggi pujian dan syukur kehadrat

Allah s.w.t dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan izinNya serta

inspirasi dari semangat perjuangan baginda maka terhasillah laporan penyelidikan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Dr. Lokman bin Mohd. Tahir selaku penyelia Projek Sarjana ini. Segala panduan dan

tunjuk ajar yang diberikan amatlah berguna dan saya hargai.

Sekalung penghargaan khas dirakamkan kepada guru besar dan dan guru-guru

dari Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2, Kota Tinggi, Johor yang member kerjasama

yang amat baik sekali kepada saya dalam menjalankan kajian ini.

Ribuan terima kasih juga kepada guru besar dan warga Sekolah Kebangsaan

Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi

sejak saya mula melanjutkan pengajian sehingga terhasilnya laporan kajian ini.

Seterusnya penghargaan paling istimewa ditujukan khas kepada suami, anak-anak

ayahanda, bonda, adik-beradik dan rakan-rakan seperjuangan atas segala bentuk

sokongan yang diberikan. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara lansung dan tidak lansung membantu saya dalam menjayakan Projek

Sarjana ini.

��

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran )”

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penyelia : DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR

Tarikh : 12 OGOS 2013

��

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A SURAT PENGESAHAN STATUS PELAJAR

B SURAT KEBENARAN MENEMUBUAL

C SURAT TAWARAN DITEMU BUAL

D SURAT TAWARAN DITEMUBUAL II

E SURAT KEBENARAN KELUAR

F SOALAN TEMU BUAL

G BORANG PESERTA

H TRANSKRIPSI TEMU BUAL

��

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xi

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Permasalahan Kajian

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Skop dan Batasan Kajian 10

ix

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Definisi Kajian 13

1.8 Pembinaan Akhlak dan Sahsiah Guru 16

1.9 Rumusan 17

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 18

2.2 Definisi Pengurusan dalam Islam 18

2.3 Peranan Guru Besar dalam Pengurusan 20

2.4 Definisi Kepimpinan 21

2.5 Konsep Kepimpinan Menurut Islam 22

2.6 Pendekatan Kepimpinan Etika dalam Pengurusan Sekolah 23

2.7 Pendekatan Kepimpinan Rabbani dalam Pengurusan Sekolah 24

2.8 Kepimpinan Guru Besar di Sekolah 25

2.10 Definisi Nilai 29

2.11 Rumusan 34

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Alat Kajian 36

ix

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38

3.5 Kajian Rintis 39

3.6 Kesahan 40

3.7 Subjek Kajian 41

3.8 Prosedur Menjalankan Kajian 41

3.9 Prosedur Pengumpulan Data 42

3.10 Kaedah Analisis Data 43

3.11 Rumusan 43

4 HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan 44

4.2 Latar Belakang Peserta Kajian 44

4.3 Dapatan Kajian 45

4.4 Rumusan 54

5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan 56

5.3 Cadangan 64

5.4 Kesimpulan 65

RUJUKAN 66

ix

v�

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian kes yang bertujuan untuk mengkaji pendekatan nilai-

nilai positif Guru Besar dan hubungannya dengan sahsiah guru. Selain itu, kajian ini

bertujuan dilakukan untuk melihat kesan nilai-nilai positif Guru Besar kepada guru dan

pengurusan sekolah. Kajian ini ialah berbentuk kualitatif menggunakan kaedah temu

bual bersemuka separa struktur. Pengambilan data dijalankan di sebuah sekolah rendah di

negeri Johor. Peserta kajian yang terlibat dalam temu bual bersemuka ialah sepuluh orang

dan temu bual peserta kajian adalah dirakam dan ditranskripsi. Hasil kajian mendapati

nilai-nilai positif yang diamalkan oleh Guru Besar sangat memberi impak yang positif

kepada sahsiah guru dan berjaya mewujudkan suasana organisasi kondusif di sekolah.

Cadangan untuk kajian akan datang ialah data dianalisis dengan menggabungkan

metodologi kualitatif dan kuantitif. Kaedah pengumpulan data juga boleh ditambah atau

ditukar kepada kaedah soal selidik dengan menggunakan saiz sampel yang lebih besar.

vi��

ABSTRACT

This research is a case study that explores the correlation between a Headmaster’s core

principles (positive values) and teachers’ mannerism. Besides that, this case study also

investigates the effects of the Headmaster’s core principles on the school management

and the teachers. This research is qualitative with a semi-structuredinterview. Raw data

collection was conducted in one of the primary schools in the state of Johor. A total of 10

participants participated in the face-to-face interview and the interviews were recorded

and transcribed. The research shows that the core values that a Headmaster practices

leave a positive impact on the mannerism of the teachers and creates an ideal

organizational environment in the school. For future researches and case studies, I

suggest that raw data could be analyzed by combining qualitative and quantitative

methods. The methodology in collecting the raw data could also be varied by adding or

switching to the survey method with a larger participants pool.

1��

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pengetua atau Guru Besar mempunyai tanggungjawab yang besar dalam urusan

melahirkan corak sesebuah sekolah, sama ada untuk kebaikan ataupun sebaliknya. Justeru

itu, pengurus sekolah adalah golongan bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar

pendidikan negara. Tetapi tanggungjawab tersebut juga haruslah bersesuaian dengan

keperluan serta kehendak masyarakat daerah tersebut. Oleh itu, Guru Besar mesti

berikhtiar dengan sedaya upaya untuk mencapai tujuan itu tersebut. Guru Besar

hendaklah melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan mempunyai

pandangan menyeluruh tentang tugasan. Selain itu, selaku pengurus sekolah juga harus

mempunyai sikap positif dan sentiasa bersedia menerima teguran yang membina dari

mana-mana pihak. Guru Besar yang berfikiran terbuka juga merupakan tunjang kekuatan

seseorang pentadbiran sekolah. Segala idea dan saranan yang dikemukakan perlu

dibincangkan dan dilihat dari pelbagai sudut dan aspek (Azizi, Yusof & Shahrin, 2008).

Pengetua atau Guru Besar sebagai ketua eksekutif di institusi sekolah mempunyai kuasa

autoriti untuk melaksanakan segala keputusan yang diarahkan oleh Jabatan Pelajaran

Negeri dan Kementerian Pelajaran khususnya. Justeru, menurut Azizi, Yusof & Shahrin

2��

(2008) hubungan sesama manusia amat penting bagi menjamin kestabilan dan

keharmonian sesuatu sistem pendidikan. Guru besar adalah individu yang

bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang harmonis antara dirinya dengan

orang bawahan. Oleh itu, Guru besar yang tidak mahir dalam hubungan interpersonal

akan menghadapi masalah untuk mendapatkan kerjasama para guru (Azizi, Yusof dan

Shahrin, 2008.

Menurut Islam, pemimpin harus menjadi contoh dan teladan kepada yang dipimpin.

Contoh dan teladan yang perlu ditunjukkan bukan sahaja stail, kaedah dan strategi

berkomunikasi tetapi juga tentang akhlak dan amal ibadat. Menurut Islam lagi, seseorang

yang baik dalam komunikasi tetapi kurang dalam bidang akhlak dan beramal soleh,

belum boleh dianggap sebagai pemimpin yang baik. Malah Islam meragui kebolehan

seseorang menjadi pemimpin yang baik, jika akhlaknya buruk dan amalnya kurang

(Shahrin dan Noordin, 2008).

Rasulullah S.A.W dalam kepimpinan baginda juga sentiasa meminta pandangan dan

nasihat daripada para sahabat dalam semua situasi yang mempengaruhi kepentingan

umat. Baginda menerima pandangan para sahabat biarpun pandangan tersebut

bertentangan dengan pandangan baginda seperti yang berlaku dalam peperangan Uhud.

Baginda berpendapat umat Islam perlu berada di Madinah tetapi majoriti sahabat

berpendapat mereka harus keluar dari kota Madinah (Osman, 1985). Seorang pemimpin

juga merupakan agen perubahan dan dipenuhi dengan sifat berkorban, tidak

3��

mementingkan diri sendiri. Segala kelebihan yang ada pada Rasulullah s.a.w peribadi dan

personalitinya menjadi panduan yang berharga dalam kepimpinan pada masa itu (Ismail,

1999).

Kebebasan memberi pandangan, menyediakan ruang untuk ahli memberikan teguran dan

nasihat merupakan intipati yang lahir daripada kesatuan matlamat organisasi yang

dipimpin Rasulullah s.aw. Pada kaca mata barat mereka turut bersetuju bahawa keperluan

ahli organisasi melakukan perbincangan tentang perjalanan orgaanisasi. Justeru itu

melalui amalan syura, organisasi dan masyarakat akan menikmati keharmonian atas

kebijaksanaan kepimpinan membuat keputusan.

Pemimpin pendidikan merupakan ‘role model’ kepada warga sekolahnya. Guru Besarlah

yang menunjukkan kepentingan pembelajaran dalam organisasi sekolah melalui konteks

amalan dan budaya kerjanya. Hal ini kerana warga sekolah sentiasa memerhati setiap

komitmen yang diberikan oleh guru besar mereka ( Zuraidah, 2010).

Selain itu, Guru Besar merupakan ketua eksekutif di institusi sekolah dan mempunyai

kuasa autoriti untuk melaksanakan segala keputusan yang diarahkan oleh pihak Jabatan

Pendidikan Negeri dan Kementarian Pendidikan khususnya (Azizi, Yusof dan Shahrin,

2008). Oleh itu, mereka haruslah memastikan bahawa kepercayaan serta tanggungjawab

yang diamanahkan itu dilaksanakan dengan jujur dan amanah. Sebenarnya, penekanan

yang lebih kepada etika dalam perkhidmatan kerajaan ialah dengan memastikan konsep

tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion itu dilaksanakan sejujur

mungkin dan setiap anggota kerajaan yang memikul tanggungjawab itu perlu memastikan

4��

setiap perjalanan dan pengurusan dijalankan dengan lancar dan berkesan (Mohd Tap et.

al, 1999).

Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang yang sempurna ciri akhlaknya. Ini ditegaskan

oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan

yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan

baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (

ketika susah dan senang)”.

(al-Ahzab 33: 21; al-Qalam 4:1546)

Berdasarkan firman Allah SWT di atas, dapat dirumuskan Nabi Muhammad SAW penuh

dengan sifat diri yang baik dan terpuji. Antara contoh akhlak baginda yang mulia ialah

meliputi integriti, kejujuran dan amanah. Sifat jujur dan integriti sebati dalam hidup

baginda dan akan diakui ramai sehingga diberi gelaran al-Amin (Muh. Alwy, 2002).

Dalam konteks tingkah laku, baginda selalu bersikap terbuka dan mendengar buah fikiran

pengikut dengan mengamalkan prinsip syura dalam pengurusan dan pembuatan

keputusan. Di samping itu, baginda juga didapati seorang lemah-lembut terhadap orang

lain. Ini bermakna baginda sentiasa bersikap ramah terhadap orang lain sama ada dalam

perkataan atau perbuatan, peka dan menjaga emosi orang lain dan tidak suka

5��

menyusahkan pengikutnya. Dalam konteks membuat keputusan baginda adalah seorang

manusia yang sangat adil (Fu’ad, 2006).

Tingkahlaku Guru Besar dapat diukur hasil daripada interaksi dengan staf iaitu guru dan

staf sokongan yang lain. Aspek yang ditinjau adalah : (a) sejauhmana Guru Besar

konsisten ketika berinteraksi dengan staf iaitu tidak marah-marah mahupun mengikut

emosi atau ‘mood’; (b) sejauhmana Guru Besar melayan stafnya iaitu guru seperti

seorang professional yang mampu mempercepatkan tugasnya. (c) Sejauhmana Guru

Besar memberi pertolongan kepada guru bagi memudahkan mereka untuk mendapat

kenaikan pangkat (e) sejauhmana Guru Besar mampu membina kepercayaan guru

terhadapnya sebagai pemimpin sekolah; (f) sejauhmana Guru Besar mampu membina

keyakinan guru sebagai individu yang dapat membantu guru apabila mereka memerlukan

bantuan. (g) sejauhmana Guru Besar membina kepercayaan guru agar mereka

menghormati rakan sebaya atau rakan sejawat; (h) sejauhmana Guru Besar dapat

menetapkan jangkaan dan piawaian yang tinggi kepada hasilan kerja yang mampu

dicapai oleh guru dan stafnya (Polnick et al, 2003).

Dalam menjayakan kajian ini, pengkaji akan mengkaji sejauhmana hubungan pendekatan

nilai-nilai positif Guru Besar terhadap sahsiah guru di sekolah rendah. Kajian ini akan

mengkaji tentang pendekatan dan amalan Guru Besar mengurus dan mentadbir sesebuah

sekolah sama ada mempunyai wibawa dan daya motivasi yang tinggi untuk diteladani

oleh anggota organisasi yang lain. Dalam strukutur organisasi, kewibawaan menjadi asas

6��

yang penting dan merupakan alat yang membolehkan pengurus dapat menggunakan

kebijaksanaannya untuk mewujudkan suasana yang dapat meningkatkan prestasi

seseorang pekerja (Hackman & Johnson, 2004).

Seterusnya pengkaji akan meneliti pendekatan nilai-nilai positif Guru Besar terhadap

sahsiah guru dalam melaksanakan tugas dalam organisasi. Selain itu juga, pengkaji akan

melihat cara pemimpin berkomunikasi sama ada terang, tepat atau jitu. Ini oleh kerana ia

akan memberi kesan kepada tingkah laku dan prestasi pengikut. Tingkah laku dan gaya

kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin itu akan mempengaruhi suasana

dan semangat kerja pekerja-pekerja bawahannya. Jika dilihat daripada perspektif Islam,

menerusi pendapat beberapa orang tokoh sarjana Islam seperti al-Farabi (870-920M),

Ibnu Sina (980-1037M) dan al-Mawardi, seseorang pemimpin merupakan individu yang

mempunyai keperibadian yang unggul dan akhlak yang mulia.

Hasil dari dapatan kajian ini akan dapat menjadi contoh kepada semua Guru Besar

sekolah untuk mengamalkan pendekatan nilai-nilai positif dalam berinteraksi dengan

guru dalam kerana ia memberi kesan yang baik terhadap sahsiah guru.

7��

1.2 Permasalahan Kajian

Agama merupakan asas dalam pembentukan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama,

sesuatu proses pendidikan akhlak itu tidak akan mantap dan kekal malah hanya bersifat

sementara. Akhirnya membawa kepada kegagalan pendidikan akhlak. Malah boleh

dikatakan bahawa orang yang berpendidikan agama lebih terarah untuk mengamalkan

nilai akhlak Islam dan mengelakkan diri daripada perbuatan buruk. Oleh itu, selain

mempunyai ketahanan diri (mental dan fizikal) dan nilai atau harga diri, individu

hendaklah mmemiliki pegangan agama yang kukuh dalam menghadapi cabaran hidup.

Sejarah telah menyaksikan bahawa antara sebab yang membawa kemusnahan dan

kehancuran sesuatu bangsa ialah akibat daripada kerakusan sesuatu bangsa dan hilangnya

nilai-nilai kemanusiaan serta akhlak dalam kehidupan (Asmawati, 2009).

Sebagai pemimpin kemanusiaan pula Guru Besar membimbing, memberi motivasi,

membuat rundingan, menasihatkan dan mengarah ahli-ahli dalam organisasi. Peranan ini

penting kerana dapat memupuk hubungan baik serta mengelakkan rasa tidak puas hati

dan kurang dihargai dalam kalangan warga sekolah (Sergiovanni, 1992). Kajian

mendapati, masih terdapat Guru Besar yang mendukung fahaman teori pengurusan klasik

dan berpegang kuat pada konsep ganjaran ekstrinsik, peraturan-peraturan formal dan

konsep hierarki. Pegangan begini menyebabkan Guru Besar berkenaan mengamalkan

pengurusan secara autokratik dalam memastikan pelaksanaan program sekolah. Mereka

juga kurang bertolak ansur dan sangat kuat berpegang kepada idea dan kehendak mereka.

Keadaan ini menyebabkan guru menghasilkan kerja yang berbentuk rutin tanpa

8��

melibatkan kreativiti dan inisiatif peribadi ( Hill dan Crevola, 1997). Guru juga berasa

tidak puas hati, terutama guru yang berpengalaman dan berkebolehan (Seyfarth, 1999).

Keadaan ini tidak menggambarkan bahawa sekolah sebagai organisasi sosial.

Kajian lain pula mendapati guru besar juga menjadi kurang bersedia kerana mereka tidak

mempunyai kepercayaan yang tepat tentang tugas hakiki mereka. Sebagai pengurus

pendidikan, guru besar harus jelas dan percaya bahawa mereka adalah ketua pendidik

yang memainkan peranan utama untuk mengurus dan memimpin guru dan murid di

sekolah masing-masing (Wan Zahid, 2004). Oleh itu kajian ini dijalankan bagi mengkaji,

meneliti dan menganalisis pendekatan nilai-nilai positif guru besar dalam kepimpinan

sekolah kesannya terhadap sahsiah guru.

1.3 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang telah dikenalpasti oleh pengkaji untuk tujuan

kajian ini. Objektif-objektif tersebut ialah:

i. Mengenalpasti pendekatan nilai-nilai positif yang dilaksanakan oleh Guru Besar

terhadap sahsiah guru.

ii. Meninjau nilai-nilai positif yang menjadi amalan guru besar di sekolah rendah.

iii. Mengukur kesesuaian nilai-nilai positif yang dilaksanakan guru besar terhadap

sahsiah guru.

9��

iv. Menilai kesan dan impak pendekatan nilai-nilai positif guru besar terhadap sahsiah

guru.

v. Meninjau pendekatan nilai-nilai positif dalam budaya kerja guru besar sekolah rendah.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah berdasarkan daripada pernyataan masalah. Persoalan-

persoalan kajian yang dibangkitkan dalam kajian ini adalah:

i. Apakah nilai-nilai positif yang sering diamalkan oleh Guru Besar dalam kepada

sahsiah guru?

ii. Apakah pendekatan nilai-nilai positif yang diamalkan Guru Besar ?

iii. Apakah pendekatan nilai-nilai positif ini sesuai diamalkan oleh guru besar?

v. Apakah pendekatan nilai-nilai positif Guru Besar memberi kesan kepada sahsiah

guru?

vi. Apakah nilai-nilai positif yang diamalkan guru besar dalam budaya kerjanya?

10��

1.5 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan 10 orang guru di sebuah sekolah rendah tanpa melibatkan semua

guru sekolah rendah tersebut. Guru tersebut terdiri daripada guru yang telah berada di

bawah seorang Guru Besar yang dipilih. Pendekatan kualitatif telah dipilih untuk proses

pengumpulan data. Pengkaji akan menggunakan kaedah temubual semi-struktur.

Ketepatan jawapan yang diberikan bergantung kepada tempoh pengalaman, tahap

kejujuran dan kebenaran responden menjawab soalan yang diajukan. Ruang lingkup

dimensi pendekatan positif Guru Besar yang akan dikaji meliputi a) pembangunan

personaliti Guru Besar, b) pembinaan nilai-nilai guru, c) pembudayaan kerja berpasukan

dan d) pembudayaan ilmu. Pengkaji akan mengenalpasti tahap pendekatan nilai positif

manusia Guru Besar daripada aspek kepimpinan dan pendekatan nilai positif terhadap

sahsiah guru sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam di sekolah itu sahaja. Guru

Besar adalah pemimpin utama di sekolah rendah. Tanggungjawab serta kepimpinan

pengajaran mereka adalah sama seperti pengetua di sekolah menengah (Mohd Nor,

2004). Dalam kajian ini, istilah Guru Besar digunakan secara menyeluruh kerana fokus

kajian ini ialah di sekolah rendah.

Aspek sahsiah guru yang dilihat oleh pengkaji ialah seperti yang dinyatakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2003 iaitu tentang etika kerja yang perlu

dipatuhi oleh semua warga pendidik dalam negara. Etika kerja berkenaan menjadi

panduan tingkah laku setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlandaskan

nilai-nilai akhlak mulia dan objektif etika kerja, iaitu untuk menanamkan sikap positif

11��

dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan

bagi meningkatkan kualiti kerja; meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan

perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi; dan memberikan

sumbangan positif yang berterusan kepada negara (Akhiar, Shamsina, Muhammad

Kushairi, 2012).

Pembentukan nilai dan etika ini juga menjadi dasar dalam perkhidmatan awam di negara

ini sejak tahun 1980-an lagi. Ini selaras dengan tuntutan pembangunan semasa

termasuklah isu globalisasi yang melibatkan persaingan antarabangsa dalam pelbagai

bidang termasuk ekonomi dan perkhidmatan selain kesedaran dalaman pemimpin sendiri

untuk menggalakkan penjawat awam berkhidmat dengan lebih berkualiti. Antara dasar

tersebut ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Bersih,

Cekap dan Amanah, Dasar Kepimpinan Melalui Teladan dan Dasar Pensyarikatan

(Sharifah Hayaati, 2010).

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting supaya dapat memberi kesedaran kepada Guru Besar supaya mesti

berwibawa agar dapat mewujudkan suasana kerja kondusif serta memupuk motivasi ahli-

ahli organisasi dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Pengkaji akan dapat

mengenalpasti sejauhmana pendekatan nilai-nilai positif yang diamalkan Guru Besar

dalam budaya kerjanya. Seterusnya ia penting supaya ia akan dapat membantu pengurus

sekolah memahami tentang kepentingan pendekatan nilai-nilai positif terhadap sahsiah

12��

guru. Ia dapat mengurangkan tekanan kerja, pelanggaran etika, burn-out dan penurunan

motivasi di kalangan guru-guru.

Kajian ini penting sebagai peringatan kepada Guru Besar bahawa jawatan yang dipegang

adalah amanah dari tuhan. Guru Besar harus melihat ke dalam dirinya sama ada dia

mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dikaitkan dengan jawatannya.

Kesedaran diri yang positif bagi menilai kemampuan diri diperlukan. Orang yang

mempunyai kesedaran positif juga tahu mengenal siapa diri mereka, peranan yang

dipegang dan potensi dirinya.

Kajian yang banyak disandarkan kepada akidah dan akhlak ini penting untuk melahirkan

Guru Besar yang bertaqwa kepada tuhan. Guru Besar yang bertaqwa dan mempunyai

kesedaran rohani akan sensitif kepada perkara yang menjadi keredhaan dan kemurkaan

Allah. Mereka akan melaksanakan tugas atas dasar ibadah dan bermotivasi tanpa terikat

dengan sistem ganjaran dunia tetapi kerana menyedari bahawa adanya balasan baik dan

buruk di akhirat.

Selain itu penting bagi Guru Besar menyedari bahawa mereka berperanan sebagai

pendakwah iaitu penyeru kepada kebaikan dan penasihat kepada perkara keburukan. Diri

mereka perlu menjadi contoh, inspirasi dan disegani oleh guru lain. Apabila menjadi

inspirasi, segala perkara yang berkaitan dengan diri Guru Besar akan turut dilaksanakan

13��

oleh guru dan staf di bawahnya. Sebagaimana Rasulullah s.a.w, segala perbuatan dan

perkataan beliau menjadi contoh kepada umatnya. Oleh yang demikian, kita juga perlulah

mencontohi sifat-sifat Rasulullah s.a.w seperti melaksanakan sesuatu tanggungjawab

yang diberikan dengan tekun dan penuh minat supaya kualiti dan kuantiti kerja yang

dihasilkan adalah sesuai dengan ganjaran yang diterima (Mohd. Rais,1992).

1.7 Definisi Kajian

Beberapa istilah yang berkaitan ini dinyatakan definisinya dalam bahagian ini. Istilah-

istilah ini diberikan definisi bertujuan supaya mengelakkan kekeliruan kepada pembaca.

Istilah-istilah tersebut ialah:

1.7.1 Pengurusan

Dalam kajian ini pengurusan ialah merujuk kepada pendekatan Guru Besar

mengamalkan nilai-nilai positif dalam proses memimpin dan mengurus guru di sekolah

daripada persepsi guru-guru.

1.7.2 Kepimpinan

Kepimpinan dalam kajian ini ialah peranan kepimpinan yang dimainkan Guru Besar

sebagai pemimpin yang berperanan menerapkan nilai-nilai positif kepada guru-guru

14��

sekolah. Kepimpinan Guru Besar dalam menerapkan nilai-nilai positif kepada guru-guru

akan dinilai berdasarkan pandangan guru-guru.

1.7.3 Nilai Positif

Menurut Mok Soon Sang (2005) nilai merupakan kriteria bagi kita mengukur dan

mempertimbangkan harga atau pengakuan tentang mutunya sesuatu benda. Dalam

konteks manusia, nilai membawa maksud kebolehan dan kebaikan seseorang. Maka nilai-

nilai diri merangkumi unsur-unsur pertimbangan seseorang individu seperti kebolehan,

kebaikan, pengetahuan, potensi, bakat, kepercayaan, kecekapan, sikap, emosi, jasmani

dan tingkah lakunya. Dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, nilai-nilai yang

dimaksudkan ialah nilai-nilai luhur dan murni.

Nilai-nilai individu adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia

menentukan hampir segala corak kehidupan, sama ada pada masa kini atau masa depan.

Hampir segala keputusan dan tindakan seseorang individu diambil berdasarkan kepada

nilai-nilai yang dipunyai olehnya. Sebarang keputusan dan tindakan yang diambil oleh

seseorang individu adalah berlandaskan pertimbangan ke atas kebolehan, potensi,

pengetahuan, bakat kepercayaan, kecekapan dan sikapnya. Pertimbangan ini adalah

unsur-unsur persepsi ke atas nilai diri sendiri. Justeru, pendekatan nilai dalam kajian ini

ialah pendekatan Guru Besar menanamkan sesuatu yang positif dan baik ke dalam jiwa

dan diri seseorang untuk diamalkan dalam kehidupan dan melakukannya secara

berterusan di dalam aktiviti seharian dan ketika bekerja.

15��

Nilai positif Guru Besar di dalam kajian memfokuskan kepada a) pembangunan

personaliti Guru Besar b) pembudayaan nilai-nilai positif guru, c) pembudayaan kerja

berpasukan dan pembudayaan ilmu yang dipraktikkan Guru Besar ketika beliau

merancang, mengelola, memimpin, mengawal dalam pengurusannya.

(a) Pembangunan Personaliti Guru Besar

Ketinggian peribadi Guru Besar yang sentiasa ditonjolkan ialah seperti bersifat ikhlas,

bersimpati terhadap masalah stafnya, pemaaf dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.

Selain itu berusaha menghargai masa, tekun dalam pekerjaan dan akauntibiliti yang

tinggi.

(b) Penghayatan Nilai-nilai Positif Guru

Penghayatan nilai positif seperti solat, ziarah, pembacaan al-Quran dan mengamalkan

salam. Menerapkan nilai ilmu dan amal serta meletakkan ‘target date’ agar dapat

membantu memastikan ahli-ahli dalam organisasi menghargai masa.

16��

(c) Pembudayaan Kerja Berpasukan

Mengagihkan tugas kepada ahli-ahli dalam organisasi, menurunkan ‘empowerment’

kepada guru-guru kanan dalam organisasi, mewujudkan hubungan interpersonal dan

bekerja secara kolaborasi di kalangan guru-guru.

(d) Pembudayaan Ilmu

Usaha membangunkan dan meningkatkan budaya pembelajaran sepanjang hayat di

kalangan ahli organisasi agar mereka lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas

dan usaha peningkatan perkongsian ilmu profesionalisme di sekolah.

1.8 Pembinaan Sahsiah dan Akhlak Guru

Dalam Islam, kewibawaan seseorang dilihat dari perspektif keperibadian (sakhsiyyah),

kemahiran pencapaian, kelayakan dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang.

Pembinaan sahsiah guru di dalam kajian ini ialah perkembangan guru dari aspek sahsiah

dan akhlak kesan daripada nilai-nilai positif yang diamalkan oleh Guru Besar selaku

pemimpin dan pengurus sekolah. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1994) menegaskan

bahawa elemen terpenting yang terdapat dalam konsep pendidikan menurut perspektif

Islam ialah penyemaian nilai akhlak dan adab yang merangkumi spiritual dan material.

17��

1.9 Rumusan

Bab ini secara amnya telah menerangkan latar belakang, permasalahan kajian, objektif,

persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi yang berkaitan. Latar

belakang kajian memperincikan kajian awal kepimpinan, keupayaan dan tingkah laku

pemimpin dalam mengurus organisasi. Permasalahan kajian pula menjelaskan

kepentingan amalan nilai positif pemimpin dalam membentuk sahsiah guru untuk

melahirkan insan yang seimbang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif kajian lebih memfokuskan kepada kesedaran Guru Besar dalam menerapkan

nilai-nilai positif, strategi-strategi yang digunakan dari persepsi guru dan perhubungan

antara pendekatan nilai-nilai positif dengan pengurusan sumber manusia di sekolah.

Kepentingan kajian pula menerangkan sumbangan kajian kepada bidang pendidikan.

Skop dan batasan kajian memperincikan fokus kajian yang dibuat. Akhir sekali tentang

definisi yang memberi maksud secara mendalam terhadap fokus kajian.