· web viewoleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis...

83
BAB 1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan prasekolah merupakan satu program yang tidak formal, iaitu boleh dijalankan dalam jangka masa satu tahun atau lebih. Di sinilah mereka akan diberi pendidikan asas sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar. Menurut Sharifah Nor Puteh (2012), pendidikan prasekolah berfokus kepada kurikulum berpusatkan murid melalui pelbagai aktiviti melibatkan murid secara aktif seperti belajar melalui bermain, meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan cuba jaya. Dalam pendidikan prasekolah telah menekankan kepada aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, pengukuhan koordinasi mata 1

Upload: others

Post on 02-Aug-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan prasekolah merupakan satu program yang tidak formal, iaitu boleh

dijalankan dalam jangka masa satu tahun atau lebih. Di sinilah mereka akan diberi

pendidikan asas sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar. Menurut

Sharifah Nor Puteh (2012), pendidikan prasekolah berfokus kepada kurikulum

berpusatkan murid melalui pelbagai aktiviti melibatkan murid secara aktif seperti

belajar melalui bermain, meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan cuba jaya.

Dalam pendidikan prasekolah telah menekankan kepada aktiviti yang boleh

merangsang naluri ingin tahu, pengukuhan koordinasi mata tangan, mengukuhkan

motor halus dan motor kasar dan lain-lain.

Dalam pelbagai jenis aktiviti, kemahiran motor halus memainkan peranan

penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian kanak-kanak. Hal ini demikian

kerana jika kemahiran motor halus seseorang kanak-kanak itu baik maka aktiviti

seharian juga mampu dilakukan tanpa bantuan orang lain. Kemahiran motor halus

memerlukan pergerakan otot-otot kecil, biasanya koordinasi dengan mata, tetapi juga

termasuk pergerakan pergelangan tangan dan sebagainya. Kemahiran motor halus

1

Page 2:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

biasanya juga digunakan untuk tujuan berkomunikasi, menulis atau memanipulasi

peralatan dan membuat kerja-kerja seni.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas bahasa untuk murid-murid

prasekolah agar dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Hal ini dapat dilihat dalam Tunjang Komunikasi yang disenaraikan dalam Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Melalui tunjang ini, murid didedahkan

dengan kemahiran berbahasa seperti membaca, mendengar, bertutur dan menulis.

Hal ini dapat mengesan bahawa setiap murid perlu menguasai kemahiran menulis

supaya dapat mengetahui pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, sebagai

seorang pendidik berperanan penting dalam mendidik murid supaya dapat menguasai

kemahiran menulis semasa berada di sekolah. Malahan, terdapat juga murid yang

menghadapi masalah dalam menulis. Masalah menulis merupakan masalah yang

umum bagi murid-murid.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menetapkan pencapaian

kemahiran bahasa dan komunikasi iaitu murid boleh menguasai kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menurut Piaget (1970) kecerdasan

kanak-kanak pada peringkat umur 5 dan 6 tahun menunjukkan aktiviti psikomotor

yang lebih tersusun dan menunjukkan minat terhadap aktiviti yang melibatkan

penerokaan sesuatu idea dan konsep yang baru. Pada tahap ini murid-murid

prasekolah menunjukkan kematangan kemahiran dalam bidang dan mempamerkan

kematangan pemikiran logik dalam memberikan pendapat.

Menurut Gardner (1998) pula, setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak

saling bergantung. Seseorang yang lemah dalam sesuatu bidang kemahiran boleh

cemerlang dalam domain yang lain. Setiap individu mempunyai semua jenis

2

Page 3:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan

kelemahan serta mampu membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya

pengayaan, bimbingan dan pengajaran yang sesuai. Hal ini jelas menunjukkan

bahawa bukan semua kanak-kanak dapat menguasai setiap bidang jika tidak diberi

tunjuk ajar yang sesuai kepada mereka sejak kecil dahulu. Kajian ini memfokuskan

penggunaan kaedah Buku Latih Tubi (LT5B) dengan mengaplikasikan teknik latih

tubi untuk memperbaiki kekemasan tulisan murid. Menurut Mok Soon Sang (2002),

latih tubi merupakan sejenis latihan yang memerlukan murid melakukan secara

berulang-ulang sesuatu aktiviti yang baru dipelajarinya dalam proses mengingati dan

seterusnya memahami sesuatu dengan jelas dan tepat.

Merujuk kepada Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KPM) 2003, setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada sari segi

pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh itu, sebagai seorang

guru prasekolah perlu memahami permasalahan murid dalam menguasai kemahiran

menulis dalam kalangan murid.

1.2 Latar Belakang Kajian

Berdasarkan kepada masalah tulisan kemas, pengkaji telah menjalankan

kajian terhadap murid-murid Prasekolah Cemerlang, SK Gong Bayor, Besut

Terengganu. Dari pemerhatian setelah 3 minggu mengajar kelas tersebut dan melalui

aktiviti yang dijalankan seperti menulis huruf atau nombor, pengkaji telah mengenal

pasti bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih gagal dalam menulis

mengikut garisan yang disediakan, menulis keluar dari garisan atau menulis tidak

3

Page 4:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

mengikut barisan. Hal ini demikian kerana mereka masih belum menguasai

sepenuhnya kemahiran pra tulis dan hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menulis

dengan betul.

4

Page 5:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

BAB 2

2.0 FOKUS KAJIAN

Dalam pemilihan fokus kajian tindakan ini, pengkaji telah merujuk kepada

maklumat-maklumat tertentu untuk membantu pengkaji mengenal pasti fokus kajian

yang berkaitan dengan pengalaman lalu serta kerelevennya kepada keperluan murid-

murid prasekolah. Berdasarkan kepada analisis masalah pengajaran dan

pembelajaran terdahulu, terdapat murid mempunyai tulisan tidak kemas. Masalah ini

berlaku dalam kalangan murid-murid kerana belum menguasai kemahiran motor

halus dengan baik dan lancar. Hal ini demikian kerana murid tidak didedahkan

dengan cara menulis yang betul pada peringkat awal lagi. Tambahan pula, masalah

ini berlaku disebabkan oleh sikap murid yang hendak cepat siap dan tidak memahami

apa yang mereka tulis. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru untuk membaca

dan membuat penilaian terhadap hasil kerja murid berkenaan.

Pengkaji meletakkan dua fokus masalah yang dihadapi oleh murid tertentu iaitu:

i. Masalah murid tidak menulis mengikut garisan atau ruang yang disediakan.

ii. Masalah koordinasi mata tangan murid semasa proses menulis.

Kajian ini dilakukan ke atas murid Prasekolah Cemerlang, Sekolah Kebangsaan

Gong Bayor, Besut, Terengganu. Kajian yang dijalankan ke atas dua orang murid

sahaja. Malahan, hubungan yang erat antara satu sama lain memudahkan pengkaji

5

Page 6:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

menjalankan kajian tindakan ini kerana murid yang terlibat adalah anak didik

pengkaji sepanjang praktikum fasa ketiga yang lalu.

Kajian ini memberikan asas kepada murid supaya dapat melatih mereka

menulis dalam garisan atau ruang yang disediakan. Selain itu, Buku LT5B ini dapat

dijadikan sebagai latih tubi kepada murid-murid supaya dapat menulis huruf kecil

secara berulang-ulang dan dapat melatih pergerakan tangan motor halus mereka

semasa menulis. Melalui kaedah ini dapat membantu murid meningkatkan

kekemasan tulisan murid prasekolah dengan cepat dan berkesan.

Pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan membuat

kolaborasi awal terlebih dahulu melalui perbincangan bersama dengan guru

pembimbing prasekolah sewaktu menjalani praktikum fasa ketiga yang lalu untuk

memberikan pandangan tentang masalah murid Prasekolah Cemerlang. Pengkaji juga

berkolaborasi bersama pensyarah penyelia dan guru pelatih yang lain untuk

memastikan pengkaji mengikuti kaedah dan proses yang betul, seterusnya dapat

memantapkan lagi kajian ini.

2.1 Pernyataan Masalah

Pengkaji menghadapi banyak masalah setiap kali pengajaran aktiviti menulis pada

Praktikum Fasa 3 dijalankan. Murid-murid sering menghadapi masalah apabila

diminta untuk mengingati cara menulis pada tempat yang disediakan. Keadaan

demikian juga berlaku pada praktikum sebelumnya ketika berada di prasekolah lain.

6

Page 7:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Walaupun guru prasekolah telah mendedahkan teknik menulis yang betul kepada

murid, namun masalah menulis masih lagi terjadi.

Dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah pengkaji

jalankan, pengkaji menyediakan satu latihan bertulis dalam lembaran kerja. Pengkaji

mendapati beberapa murid tidak dapat menulis dengan baik dan kemas. Tambahan

pula perkembangan motor halus tangan dan jari agak lemah dan hal ini menyukarkan

mereka untuk menulis dengan kemas. Walaupun pengkaji telah membuat teguran

terhadap beberapa orang murid agar menulis dengan betul dan kemas, tetapi masih

menemui masalah yang sama. Kejadian ini menyukarkan guru untuk menyemak dan

memberi penilaian terhadap lembaran kerja mereka. Perkara ini juga menjadikan

mereka menghadapi masalah hilang keyakinan dalam membuat lembaran kerja yang

diberi. Selain itu, murid juga tidak dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi

seperti tidak mengenal huruf yang ditulis dan kesukaran membaca huruf yang ditulis.

Hal ini menyebabkan pengkaji perlu memikirkan pelbagai idea atau cara

bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini penting kerana menulis dengan

kemas adalah salah satu perkara penting dan perlu dipupuk oleh murid sejak kecil

lagi. Jika tidak berbuat demikian akan menjejaskan pembelajaran mereka apabila

mereka dewasa. Oleh itu, pengkaji merasakan pengkaji perlu menggunakan kaedah

yang boleh membantu dalam memperbaiki cara menulis dengan bimbingan latihan

kemahiran menulis. Dengan cara ini, murid dapat menguasai cara menulis huruf kecil

dengan betul dan dapat menulis dengan cantik dan kemas. Segala masalah ini sebagai

satu cabaran di mana pengkaji perlu bertindak untuk mengurangkan masalah yang

berkaitan serta berusaha untuk membantu murid pengkaji supaya dapat menulis

dengan cantik dan kemas.

7

Page 8:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

2.2 Tinjauan Masalah

Dengan itu, pengkaji merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-

murid prasekolah untuk memperbaiki tulisan huruf kecil mereka. Pengkaji merangka

beberapa tindakan untuk murid-murid berkenaan berdasarkan pembacaan pengkaji

mengenai cara memperbaiki tulisan melalui kajian-kajian terdahulu. Objektif kajian

pengkaji adalah untuk memperbaiki tulisan murid-murid prasekolah supaya menjadi

lebih kemas dan boleh dibaca. Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989),

kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang

berhubung dengan persekitaran tertentu. Dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK), kerajaan telah mengaplikasikan konsep kemahiran motor untuk

membahagikan Tunjang Komunikasi; Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dari segi membuat latihan lembaran kerja atau

tugasan. Setiap slot pengajaran dan pembelajaran, murid-murid prasekolah akan

diberikan tugasan sebagai latih tubi terutamanya latihan menulis.

Selama tiga minggu pengkaji mengajar di Prasekolah Cemerlang, pengkaji

mendapati kebanyakan murid pengkaji mengalami masalah menulis dengan kemas

dan teratur. Perkara ini berdasarkan semakan hasil kerja dalam lembaran kerja

selepas proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Selain itu, pengkaji juga

mendapati murid pengkaji mengalami masalah fleksibiliti pergerakan tangan semasa

proses menulis. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid kerana belum

menguasai kemahiran motor halus dengan baik dan lancar. Hal ini demikian kerana.

Hal ini demikian kerana murid tidak didedahkan dengan cara menulis yang betul

8

Page 9:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

pada peringkat awal lagi. Tambahan pula, masalah ini berlaku disebabkan oleh sikap

murid yang hendak cepat siap dan tidak memahami apa yang mereka tulis. Tulisan

yang tidak kemas menyukarkan guru untuk membaca dan membuat penilaian

terhadap hasil kerja murid berkenaan.

Setelah memerhati hasil tulisan dalam buku latihan yang dihantar, pengkaji

mendapati bahawa peserta kajian pengkaji iaitu Responden 1 dan Responden 2

mempunyai tulisan yang agak besar daripada rakan-rakan lain. Tulisan huruf yang

besar menyebabkan tulisan Responden 1 dan Responden 2 menjadi tidak kemas

kerana huruf kecil yang ditulis oleh mereka keluar daripada garisan yang ditetapkan.

Penguasaan motor halus yang belum matang juga menyebabkan mereka tidak dapat

mengawal tulisannya kerana mereka kurang didedahkan teknik menguasai kemahiran

motor halus pada tahap perkembangan yang sepatutnya.

Data awal telah dikumpulkan pada 16 Februari 2014 untuk mengenalpasti

masalah kekemasan tulisan melalui hasil kerja Responden 1 dan Responden 2. Rajah

1 menunjukkan latihan menulis huruf kecil yang telah diberikan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang merangkumi Tunjang Komunikasi –

Bahasa Malaysia.

2.4 Analisis Tinjauan Masalah

Menurut Howard Gardner (1983), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan

profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang

minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Setelah memerhati masalah mereka, pengkaji

9

Page 10:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

dapat mengenal pasti bahawa terdapat dua orang murid prasekolah menghadapi

masalah kekemasan tulisan huruf kecil dalam lembaran kerja tersebut. Pengkaji juga

mendapati bahawa mereka menunjukkan tingkah laku yang positif di dalam kelas

semasa sesi PdP berlangsung. Malahan, apabila murid disuruh membuat lembaran

kerja bertulis, murid mula mnunjukkan kebosanan apabila mereka menulis. Mereka

tidak memberi keyakinan terutamanya semasa menulis huruf kecil.

Berdasarkan pemerhatian tersebut, pengkaji mengesan bahawa mereka tidak

dapat menguasai kemahiran menulis dengan kemas mengikut garisan seperti murid

yang lain. Untuk kajian ini, pengkaji mengambil tindakan dengan menggunakan

kaedah Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) untuk membantu mereka. Kaedah ini

merujuk kepada kaedah latih tubi dan ia dijadikan sebagai pilihan pengkaji kerana

pengkaji ingin melatih penguasaan motor halus mereka dan menegaskan penulisan

dalam keadaan yang kemas dan teratur. Bagi mengesankan kekemasan tulisan

mereka, pengkaji menggunakan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) untuk melatih

mereka menulis mengikut garisan dan seterusnya meniru huruf yang telah ditulis

oleh mereka.

2.5 Tinjauan Literatur (Literature Review)

Bagi kemahiran menulis, beberapa penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh para

pengkaji untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan kekemasan

tulisan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) yang telah dinyatakan

dalam kajian Mary Anak Langat yang bertajuk “Kesan Penggunaan Lembaran TGB

Dalam Membetulkan Teknik Menulis Huruf Kecil Murid Tahun Tiga”, kemahiran

10

Page 11:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dengan betul.

Hal ini bermakna tulisan yang kemas dan cantik bermula semenjak pertama kali

menjejak kaki ke alam persekolahan. Kegagalan seseorang menguasai peringkat

pratulisan merupakan punca seseorang mempunyai masalah dalam penulisan.

Peringkat pratulisan merupakan kemahiran asas kepada kemahiran tulisan mekanis.

Hal ini menjelaskan bahawa matlamat peringkat pratulisan adalah untuk

membolehkan murid bersedia untuk belajar menulis di samping dapat membantu

mereka menguasai motor halus mereka, menulis huruf dengan betul, cekap dan

pantas.

Kebanyakan murid tidak dapat mengawal tekanan mereka semasa menulis

dan lemah dalam penguasaan motor halus mereka. Levin (1987) dalam sebuah artikel

yang bertajuk “Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 Dalam Kelas

Pemulihan Khas Bahasa Melayu” oleh Noraini Binti Ombi (2009) menyatakan

bahawa cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan

oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi

kesukaran memegang pensel dan fleksibiliti pergerakan tangan juga akan menjadi

kesan bentuk tulisan yang tidak kemas. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafi (2008)

dalam jurnal Abdul Rasid Jamian yang bertajuk “Permasalahan Kemahiran Membaca

dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar”,

masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan

tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah punca daripada

ketidakcekapan menguasai motor halus mereka. Tulisan selalu mempunyai saiz yang

tidak sama mungkin disebabkan kelemahan motor halus dalam memegang pensel

selain postur badan yang kurang betul.

11

Page 12:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Oleh itu, murid haruslah dididik melatih motor halus mereka supaya

fleksibiliti pergerakan mereka dapat dikawal dengan baik dan lancar dengan

menjalankan aktiviti latih tubi. Kamarudin Husin (1988) dalam kajian “Kesan

Kaedah Latih Tubi Garis Tiga Dalam Mengurangkan Kesilapan Menulis Huruf Kecil

‘k’ dan ‘p’ Dalam Bahasa Melayu Murid Tahun Empat” oleh Shella anak Jamat

(2012) menyatakan bahawa tujuan latih tubi ialah untuk mencapai taraf penguasaan

kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin ketekalannya. Dalam kajian yang

sama juga menyatakan bahawa Lina Ping Madang (2010) turut menggunakan kaedah

latih tubi dalam membantu peserta kajian memantapkan kemahiran menulis.

Watson (1930) juga berpendapat bahawa untuk mengukuhkan perkara yang

dipelajari dalam ingatan, latihan hendaklah dijalankan berulang kali. Dengan ini,

pengkaji menerapkan salah satu prinsip pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh

Teori Thorndike (1911) iaitu Hukum Latihan. Hukum Latihan menegaskan bahawa

hubungan rangsangan dan gerak balak akan menjadi kukuh dengan adanya

pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Teori pedagogi ini adalah

selaras dengan prinsip kaedah Penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) yang

pengkaji terapkan terhadap Responden 1 dan Responden 2. Tambahan pula, Velillie

Entalai Juan (2010) yang dinyatakan dalam Kajian Tindakan Shella anak Jamat

(2012) juga turut menggunakan teknik garis tiga dalam membantu pesertanya

mengurangkan kesilapan menulis huruf besar di tengah perkataan Bahasa Melayu.

Dengan adanya rujukan, pengkaji berpendapat bahawa garis tiga dapat membantu

murid pengkaji meningkatkan kekemasan tulisan dan mengurangkan kesilapan

menulis huruf.

Dapatan kajian Zainora Mohd (2005) (dalam kajian Michael Saten 2010)

yang menggunakan kad suku kata dan latih tubi dalam membantu muridnya menulis

12

Page 13:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

dengan baik. Tambahan pula, Melmon Sanai (2009) dalam kajiannya yang bertajuk

“Celik Huruf: Lancar Baca” pun mengaplikasikan penggunaan latihan menulis di

atas garisan yang berkembar iaitu garisan kembar tiga. Beliau menuliskan perkataan-

perkataan yang mudah di atas garisan berkembar tiga dan murid beliau diminta

menyalin semula perkataan mengikut contoh yang telah ditulis oleh beliau. Pengkaji

akan melaksanakan bimbingan ini terhadap Syahmi dan Lia dalam proses pengajaran

dan pembelajaran pengkaji di dalam kelas secara individu. Bimbingan ini hampir

sama dilakukan oleh Dayang Nurnalisa (2010) dalam kajiannya yang bertajuk

“Kesan Pendekatan Bimbingan Secara Individu Dalam Membantu Murid Tahun Tiga

Memperbaiki Tulisan Bahasa Melayu”.

Di samping itu, menerusi pembacaan pengkaji terhadap artikel Ahamd

Durani Bin Suip (2010) dalam artikei yang bertajuk “Mmeperbaiki Kekemasan

Tulisan Murid Tahun 3 Melalui Kaedah Penulisan Berperingkat”, beliau juga

menghadapi masalah iaitu muridnya mempunyai tulisan yang kurang kemas dan

kedudukan postur yang salah semasa menulis. Pada akhirnya hasil daripada tindakan

yang dilakukan oleh muridnya berjaya menghasilkan tulisan yang cantik selepas

pelaksanaan kaedah penulisan berperingkat dan menunjukkan peningkatan yang baik

dari segi kekemasan tulisan. Hal ini menunjukkan bahawa kekemasan tulisan dapat

dilatih jika diberi tunjuk ajar.

13

Page 14:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

2.6 DEFINISI ISTILAH

Definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini ialah:

2.6.1 Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah merupakan satu program yang menyediakan pengalaman

pembelajaran kanak-kanak yang berumur empar hingga enam tahun dalam jangka

masa satu tahun atau lebih sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Dalam

Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan

Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan

Menengahm Pendidikan Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Hal ini telah

menjadi tangungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi

perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini.

Ianya bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam seua aspek perkembangan,

menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke

sekolah rendah.

2.6.2 Teknik Latih Tubi

Teknik bermaksud kaedah mencipta sesuatu hasil seni. Menurut Edward M.

Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang

14

Page 15:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu

mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti

Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa,

teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar

berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama

dengan pendekatan yang diaplikasikan. Teknik yang digunakan dalam kajian ini

adalah penggunaan Buku Latih 5 Baris dalam penyelesaian masalah tulisan murid-

murid prasekolah.

2.6.3 Memperbaiki

Sesuatu situasi dan keadaan atau masalah dari yang tidak baik kepada yang lebih

baik.

2.6.4 Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis bergantung kepada perkembangan motor halus tangan dan jari

agak lemah dan hal ini akan menyukarkan murid-murid untuk menulis dengan

kemas.

15

Page 16:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

2.7 Kepentingan Kajian

Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), pendidikan

prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat

hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,

menyuburkan serta aktiviti menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Hal ini adalah

untuk meningkatkan kemahiran, membina keyakinan dan membentuk konsep kendiri

yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada

dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah. Oleh

yang demikian, dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan garis panduan oleh

guru prasekolah dalam mengenal pasti kaedah-kaedah yang dapat digunakan di

dalam kelas untuk meningkatkan prestasi murid.

Hasil kajian juga sedikit sebanyak boleh menjadi pendorong kepada guru untuk

beralih kepada kaedah yang berpusatkan murid secara lebih berstruktur. Kaedah

Buku Latih Tubi Lima Baris yang digunakan dalam kajian ini dapat dijadikan

rujukan kepada guru untuk diaplikasikan di dalam kelas.

Dapatan kajian diharapkan dapat mengubah tulisan murid supaya tulisan mereka

berada dalam keadaan kemas dan dapat mengikut garisan yang diberikan. Melalui

kaedah ini juga adalah diharapkan dapat membantu murid menguasai pergerakan

tangan dalam motor halus mereka semasa menulis. Tambahan pula, melalui kaedah

ini pula diharapkan dapat membantu murid menghasilkan tulisan yang kemas, cantik

dan teratur.

16

Page 17:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, adalah diharapkan pihak-pihak tertentu seperti

Kementerian Pendidikan Malaysia, Institusi Pendidikan Guru dan pihak sekolah

mengambil kira pembelajaran menggunakan kaedah Buku Latih Tubi Lima Baris

(LT5B) untuk melahirkan indivdu yang berjaya.

2.8 Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan

Buku Latih Tubi 5 Baris dalam penyelesaian masalah kurang kekemasan dalam

penulisan pada murid-murid prasekolah.

17

Page 18:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

BAB 3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

3.1 Objektif Umum

Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk memperbaiki tulisan supaya menjadi

lebih kemas dan boleh dibaca melalui kaedah buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B).

3.2 Objektif Khusus

Antara objektif khusus yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah seperti berikut:

i. Membantu murid dapat menguasai koordinasi mata dan tangan dalam

motor halus mereka semasa menulis.

ii. Membantu murid menghasilkan tulisan yang kemas, cantik dan teratur

melalui penggunaan kaedah Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B).

18

Page 19:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

3.3 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggariskan persoalan-persoalan kajian seperti

berikut:

i. Adakah penguasaan koordinasi mata dan tangan dalam motor halus dapat

mempengaruhi kekemasan tulisan?

ii. Sejauhmanakah penggunaan kaedah Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B)

dapat membantu murid menghasilkan tulisan yang kemas, cantik dan

teratur?

19

Page 20:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

BAB 4

4.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai dua orang murid prasekolah menjadi peserta kajian pengkaji. Peserta kajian

terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan yang kedua-duanya berusia 6

tahun. Mereka merupakan murid Prasekolah Cemerlang di SK Gong Bayor, Besut

Terengganu. Walaupun mereka sudah pandai membaca, tetapi mempunyai masalah

dalam menulis mengikut garisan dan tulisan mereka tidak kemas dan teratur. Jadual 1

menunjukkan butiran berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam kajian penyelidikan

ini.

Peserta Kajian Responden 1 Responden 2

Jantina Lelaki Perempuan

Umur 6 Tahun 6 Tahun

20

Page 21:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Prestasi Akademik

Baik

Pandai Membaca

Pasif dalam PdP

Kelemahan dalam

menulis mengikut

garisan

Sederhana

Pandai bertutur

Aktif dalam PdP

Kelemahan dalam

menulis mengikut

garisan

Jadual 1: Kumpulan Sasaran Penyelidikan Tindakan

21

Page 22:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

BAB 5

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Model Kajian Tindakan

Pengkaji telah menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

dalam menjalankan kajian tindakan ini.

22

Mereflek

Merancang

Bertindak

Memerhati

Page 23:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

5.1.1 Mereflek

Proses kajian ini bermula dengan menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu

pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditandatangani. Proses pengenalpastian

kelemahan yang dihadapi oleh murid dalam aktiviti menulis telah dilakukan.

Pengkaji mula mengesan masalah murid-murid semasa menyemak latihan menulis

dalam buku latihan mereka. Selepas itu, pengkaji memberikan latihan menulis lain

untuk memastikan sama ada mereka betul-betul mempunyai masalah dalam menulis

huruf kecil.

5.1.2 Merancang

Pengkaji telah merancang pelan yang sesuai untuk memperbaiki masalah kekemasan

tulisan huruf kecil dalam kalangan murid yang menjadi fokus utama. Perancangan

ini dengan menyediakan kerangka kajian iaitu objektif kajian, soalan kajian, tinjauan

literatur, kumpulan sasaran, alat kajian dan merancang tindakan fokus kajian ini

adalah bagi memperbaiki tulisan supaya menjadi lebih kemas dan boleh dibaca

dalam kalangan murid prasekolah.

23

Page 24:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

5.1.3 Bertindak

Kaedah Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) dijadikan sebagai kaedah rawatan bagi

memperbaiki kekemasan tulisan murid-murid dan juga dapat mengembangkan

penguasaan motor halus mereka. LT5B mengandungi garis tiga untuk menulis huruf

kecil. Masa pelaksanaan tindakan ini berlaku pada masa luar pengajaran dan

pembelajaran. Sebelum melaksanakan tindakan, pengkaji memberikan penerangan

tentang cara membuat lembaran kerja dalam Buku LT5B. Setiap minggu responden

perlu menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditentukan. Jadual 2 menunjukkan prosedur

tindakan yang dijalankan dengan menggunakan Buku LT5B.

BIL LANGKAH MASA BERTINDAK

1 Langkah 1:

Latihan menconteng dan mewarn5– 9 Mac 2014

2 Langkah 2:

Latihan menyambung garisan putus-putus10– 12 Mac 2014

3 Langkah 3:

Latihan menulis perkataan mengikut

garisan putus-putus

13 – 18 Mac 2014

24

Page 25:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

4 Langkah 4:

Latihan menyalin semula huruf19 – 20 Mac 2014

Jadual 2: Perancangan Jadual Pelaksanaan Tindakan

5.1.4 Memerhati

Pengkaji telah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan. Pengkaji menjalankan

pemerhatian yang lebih terperinci untuk menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji

menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen

lembaran kerja. Nota lapangan digunakan untuk melihat adakah penggunaan kaedah

LT5B dapat meningkatkan tahap kekemasan tulisan murid. Selain itu, pengkaji turut

menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat daripada Responden

1 dan Responden 2. Temu bual dijalankan sebelum dan selepas rawatan dijalankan.

Tambahan pula, pengkaji juga mendapatkan data melalui dokumentasi bergambar

sebelum dan selepas rawatan dijalankan bagi menyokong kajian yang dijalankan.

5.2 Prosedur Tindakan

Pelaksanaan tindakan bagi mengatasi masalah kekemasan tulisan murid dengan

menggunakan kaedah Buku LT5B. Masa pelaksanaan tindakan ini berlaku pada masa

luar pengajaran dan pembelajaran. Sebelum melaksanakan tindakan, pengkaji

memberikan penerangan tentang cara membuat lembaran kerja dalam Buku LT5B.

25

Page 26:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Selepas intervensi dijalankan dapat berkesan bahawa penggunaan Buku LT5B dapat

memperbaiki tulisan supaya menjadi lebih kemas dan boleh dibaca.

5.2.1 Langkah 1: Latihan Menconteng dan Mewarna

i. Murid-murid diberi aktiviti menconteng mengikut lakaran garisan yang

berterusan.

ii. Kemudian, mereka mewarnakan gambar lakaran sama ada secara

mengikut gaarisan untuk menwarna, melintang atau menegak.

iii. Tahap contengan bermula dari mudah ke susah.

iv. Langkah ini dijalankan selama seminggu.

5.2.2 Langkah 2: Latihan Menyambung Garisan Putus-Putus

i. Murid diminta melukis garisan mengikut tanda putus-putus yang

disediakan dalam Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B).

ii. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah latihan mengikut garisan-garisan

rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus

dan latihan membentuk corak-corak gabungan.

26

Page 27:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

5.2.3 Langkah 3: Latihan Menulis Perkataan Mengikut Garisan Putus-Putus

i. Murid diminta menulis dengan berpandukan sampel huruf yang ada

dalam Buku LT5B.

ii. Murid menulis huruf dengan panduan garisan putus-putus.

5.2.4 Latihan Menyalin Semula Huruf

i. Murid diminta menyalin semula huruf tanpa panduan garisan putus-

putus.

5.3 Kaedah Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data dalam kajian tindakan memberi peluang kepada pengkaji

mendapat data yang menyokong kepada kajian tindakan. Pengumpulan data memberi

makna dan penting kepada peserta kajian. Tambahan pula, dengan adanya

pengumpulan data dapat memperoleh data yang tidak dijangka atau diandai oleh

penyelidik. . Tiga jenis instrumen digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data

kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

5.3.1 Pemerhatian

27

Page 28:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Menurut Sidek Mohd Noah (2002), pemerhatian merupakan satu kaedah

penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pembolehubahan penyelidikan.

Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau

pengumpulan data. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu

tingkah laku subjek berpandukan pembolehubah-pembolehubah yang telah

dikenalpasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-

perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari

jauh atau dari dekat. Dalam penggunaan kaedah ini, pengkaji telah menggunakan

nota lapangan sebagai instrumen kajian untuk mencatat segala peristiwa berlaku

sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Tambahan pula, pengkaji juga

menggnakan rakaman video merakam Responden-Responden semasa menjalankan

intervensi sebagai bahan bukti kajian tindakan ini.

5.3.2 Temu Bual

Temu bual adalah satu cara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian

tindakan. Temu bual melibatkan perbualan antara pengkaji dengan responden bagi

tujuan mendapatkan data atau maklumat yang relevan dengan kajian. Menurut Patton

(1980), temu bual ialah cara dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang

sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Mohd

Majid Bin Samad (2000), kaedah temu bual boleh digunakan untuk memperoleh

maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak mengikut keperluan

persoalan kajian. Hal ini adalah penting kerana ingin mengetahui perasaan dan

pendapat mereka tentang pengajaran yang diperkenalkan. Selepas melaksanakan

28

Page 29:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

5.3.3 Analisis Dokumen

Analisis dokumen juga merupakan salah satu cara pengumpulan data. Analisis

dokumen ini dijalankan terhadap hasil kerja kedua-dua responden sebelum rawatan

dan selepas rawatan dijalankan. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut

peringkat kajian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri tanpa bantuan mana-mana

pihak. Dokumen yang dikumpul akan mendapat kepastian daripada guru prasekolah

itu sendiri demi kesahihannya. Dalam menentukan masalah kekemasan tulisan

murid, pengkaji telah menggunakan instrumen kajian iaitu gambar sebagai bahan

bukti untuk memerhati perubahan tulisan mereka sebelum dan selepas intervensi

dijalankan.

29

Page 30:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

BAB 6

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, pengkaji

meninjau masalah yang dikenalpasti bagi tujuan mengesan kekemasan tulisan murid-

murid prasekolah.

Analisis data ini dilakukan secara kualitatif. Analisis data dilakukan dengan

cara mencatat segala peristiwa berlaku, mengatur secara sistematik transkrip wacana

dan bahan-bahan lain. Tiga jenis instrumen digunakan oleh pengkaji bagi

mendapatkan data kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

6.1 Pemerhatian

30

Page 31:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Pada masa yang sama, pemerhatian dijalankan dengan menggunakan nota lapangan.

Nota lapangan merupakan maklumat yang didengar, dilihat, pengalaman yang

dilalui dan apa yang difikirkan sertamenjadi imbasan ke atas data yang ada.

Maklumat yang diperolehi adalah seperti idea, strategi dan refleksi yang

mempelbagaikan corak maklumat berkenaan. Membuat nota lapangan adalah salah

satu cara melaporkan pemerhatian, refleksi dan tindak balas kepada masalah dalam

bilik darjah. Nota lapangan ditulis sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa

yang berlaku dalam bilik darjah masih segar dalam ingatan guru. Nota lapangan

terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang berpusatkan isu yang bermaksud

pemerhatian adalah fokuskepada isu-isu tertentu seperti mutu pengajaran,

tingkahlaku pelajar dan perkara yang sedang berlaku.

Pada minggu pertama, pengkaji telah membuat pemerhatian awal dengan

menggunakan nota lapangan untuk mengenalpasti tahap kebolehan murid menulis

huruf kecil dengan kemas. Setelah selesai membuat pemerhatian awal, pengkaji telah

memilih dua orang murid sebagai responden kajian ini. Seterusnya, pengkaji

membuat pemerhatian menggunakan borang penilaian hasil kerja murid untuk

menilai tahap kekemasan tulisan huruf kecil murid-murid prasekolah. Pemerhatian

dijalankan beberapa kali untuk mendapatkan data yang lengkap dan kukuh. Hasil

dari dapatan kajian ini dianalisis bagi melihat perubahan tulisan responden tersebut.

31

Page 32:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

6.1.1 Analisis dan Interpretasi Data Pemerhatian Terhadap Responden 1

Sebelum Intervensi

Rajah 2 : Nota Lapangan Responden 1

Rajah 2 menunjukkan situasi yang berlaku semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Pada masa itu, proses rawatan belum dijalankan lagi.

Responden-responden pula menunjukkan tingkah laku yang kurang memuaskan

ketika membuat lembaran kerja iaitu menulis huruf kecil. Walaupun mereka dapat

32

RESPONDEN 1Tarikh : 17 Februari 2014Masa : 9.10 pagiTempat : Bilik DarjahTunjang : Komunikasi – Bahasa MalaysiaAktiviti : Menulis huruf Catatan: Meletakkan kepala di atas meja semasa menulis Berbual dengan rakan. Sentiasa menulis sambil memadam kerana tidak tahu cara menulis dengan

kemas mengikut garis tiga yang diberikan.Cadangan Penambahbaikan: Beri tunjuk ajar. Rancangkan aktiviti latih tubi.

Page 33:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

menulis huruf dengan cara yang betul, tetapi mereka kurang dapat menulis mengikut

garis tiga yang disediakan. Hal ini menyebabkan mereka berasa kurang yakin

terhadap hasil kerja mereka jika melihat kerja rakan lain. Berdasarkan lembaran kerja

yang dibuat oleh Responden 1, pengkaji mendapati bahawa dia menulis perkataan

dengan saiz tulisan yang terlalu kecil dan tidak mengikut garisan yang diberikan.

Tambahan pula, Responden 1 selalu tidak memberi tumpuan apabila disuruh

membuat lembaran kerja. Responden 1 asyik berbual dengan rakannya dan selalu

tidak dapat menyempurnakan kerjanya. Semasa membuat kerja, Responden 1

membuat kerja lalu meletakkan kepala di atas meja. Hal ini menyebabkan dia kurang

dapat menguasai koordinasi mata tangan dengan baik semasa membuat lembaran

kerja.

Bagi membantu murid menulis dengan kemas, sebagai seorang guru perlulah

merancang bagi murid menguasai koordinasi mata tangan dalam motor halus mereka

dengan menyediakan pelbagai jenis latihan sebagai latih tubi. Guru juga perlu

sentiasa memberi tunjuk ajar supaya mereka dapat memberi tumpuan terhadap hasil

kerja mereka dan juga dapat mendengar arahan guru menulis mengikut garisan.

6.1.2 Analisis dan Interpretasi Data Pemerhatian Terhadap Responden 2

Sebelum Intervensi

33

RESPONDEN 2Tarikh : 17 Februari 2014Masa : 9.10 pagiTempat : Bilik DarjahTunjang : Komunikasi – Bahasa MalaysiaAktiviti : Menulis Catatan: Tidak memberi tumpuan. Mula menulis apabila ditegur oleh guru. Tidak mengikut garisan yang diberikan semasa menulis. Sentiasa menukarkan arah buku supaya selesa untuk menulis.Cadangan Penambahbaikan:

Page 34:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Rajah 3: Nota Lapangan Responden 2

Merujuk kepada nota lapangan di atas, semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid berkenaan selalu memandang rakan

membuat kerja lalu tidak membuat kerja dengan memberi penuh tumpuan.

Tambahan pula, Responden 2 juga kurang mahir dalam menggerakkan pergerakan

tangannya semasa menulis. Responden 2 tidak dapat mengikuti garisan menulis

dengan betul dan selalu menukarkan arah buku supaya dia senang untuk menulis. Hal

ini menyebabkan Responden 2 selalu mengalami masalah menulis dalam keadaan

yang kemas dan teratur.

Cadangan penambahbaikan adalah sebagai seorang guru perlu memberi

penerangan dan bimbingan. Guru perlu memberikan tunjuk ajar kepada murid cara

menulis mengikut garisan dengan betul. Pada masa yang sama, guru perlu

memgaplikasi latih tubi kepada murid supaya mereka selalu mengetahui tempat atau

garisan yang perlu ditulis.

Berdasarkan kedua-dua nota lapangan di atas, pengkaji telah mengambil

kesempatan untuk membaiki masalah kekemasan tulisan murid dengan memikitkan

pelbagai cara. Dengan adanya panduan kajian tindakan yang lepas, akhirnya pengkaji

menggunakan kaedah Penggunaan Buku LT5B dengan mengaplikasikan teknik latih

tubi. Hal ini membolehkan murid membiasakan diri dengan cara menulis mengikut

34

RESPONDEN 2Tarikh : 17 Februari 2014Masa : 9.10 pagiTempat : Bilik DarjahTunjang : Komunikasi – Bahasa MalaysiaAktiviti : Menulis Catatan: Tidak memberi tumpuan. Mula menulis apabila ditegur oleh guru. Tidak mengikut garisan yang diberikan semasa menulis. Sentiasa menukarkan arah buku supaya selesa untuk menulis.Cadangan Penambahbaikan:

Page 35:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

garisan dengan betul supaya dapat memperbaiki kekemasan tulisan mereka dalam

masa yang ditentukan.

6.1.3 Analisis dan Interpretasi Data Pemerhatian Terhadap Responden 1

Selepas Intervensi

Rajah 4 : Nota Lapangan Responden 1

Rajah 4 menunjukkan nota lapangan yang dicatat selepas intervensi yang

diperhatikan terhadap Responden 1. Selepas penggunaan Buku LT5B Responden 1

didapati telah menguasai cara menulis mengikut garisan dan juga dapat menulis

dalam keadaan yang kemas dan teratur. Tambahan pula, Responden 1 juga dapat

35

RESPONDEN 1Tarikh : 23 April 2014Masa : 9.10 pagiTempat : Bilik DarjahTunjang : Komunikasi – Bahasa MalaysiaAktiviti : Menulis huruf Catatan: Menumpukan perhatian semasa aktiviti menulis. Ingin menulis dengan cantik dan kemas kerana ingin mendapat hadiah. Dapat menulis mengikut garisan.Cadangan Penambahbaikan: Banyakkan aktiviti latih tubi untuk melatih koordinasi mata dan tangan

Page 36:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

memberi tumpuan semasa menulis kerana jika dia dapat menulis dengan kemas, dia

akan dapat ganjaran yang sedia ada. Hal ini dilatih secara berulangan dapat

memperbaiki kekemasan tulisannya dengan lebih berkesan. Dari segi cadangan

penambahbaikan, guru boleh memperbanyakkan aktiviti latih tubi menulis untuk

melatih koordinasi mata dan tangan.

6.1.4 Analisis dan Interpretasi Data Pemerhatian Terhadap Responden 2

Selepas Intervensi

Rajah 5 : Nota Lapangan Responden 2

Rajah 5 menunjukkan nota lapangan yang dicatat selepas intervensi yang

diperhatikan terhadap Responden 2. Selepas penggunaan Buku LT5B Responden 2

juga didapati ada peningkatan dari segi cara menulis mengikut garisan dan juga dapat

menulis dalam keadaan yang kemas dan teratur. Walaupun Responden 2 kadang kala

36

RESPONDEN 1Tarikh : 23 April 2014Masa : 9.10 pagiTempat : Bilik DarjahTunjang : Komunikasi – Bahasa MalaysiaAktiviti : Menulis huruf Catatan: Kadang kala kurang menumpukan perhatian semasa aktiviti menulis. Ingin menulis dengan cantik dan kemas kerana ingin mendapat hadiah. Dapat menulis mengikut garisan.Cadangan Penambahbaikan: Banyakkan aktiviti latih tubi untuk melatih koordinasi mata dan tangan

Page 37:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

kurang memberi tumpuan semasa menulis, tetapi secara keseluruhanya. Responden 2

dapat menulis mengikut garisan dengan kemas. Hal ini dilatih secara berulangan

dapat memperbaiki kekemasan tulisannya dengan lebih berkesan. Bagi cadangan

penambahbaikan, sama seperti Responden 1, mereka seharusnya diberikan pelbagai

aktiviti latih tubi untuk melatih koordinasi mata dan tangan mereka pada masa yang

akan datang.

6.2 Temu Bual

Bagi mendapatkan data dari temu bual, pengkaji menjalankan sesi temubual sebelum

dan selepas rawatan dijalankan. Sesi temu bual dijalankan ke atas responden untuk

memperoleh maklum balas terhadap perubahan tulisan mereka selepas intervensi

dijalankan, perasaan dan kefahaman responden tentang tulisan mereka.

6.2.1 Temu Bual Responden 1 Selepas Intervensi

37

Saya : Boleh bagitahu cikgu yang mana satu lebih cantik? (Menunjukkan dapatan awal tulisan dan dapatan akhir tulisan responden)

Responden : Ni. (Tunjuk hasil kerja dapatan akhir)

Saya : Huruf mana yang paling comel?

Responden : “m” dan “l”.

Saya : Lain kali nak tulis lagi supaya jadi lebih cantik?

Responden : Nak~

Page 38:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Rajah 6: Transkrip Temu Bual Responden 1

Rajah 6 menunjukkan transkrip temu bual Responden 1 selepas intervensi dijalankan.

Sebelum penggunaan Buku LT5B, tulisan Responden 1 tidak mengikut garisan yang

disediakan dan kelihatan kurang kemas dan teratur. Hal ini menyebabkan Responden

1 kurang yakin dan kurang berminat aktiviti menulis. Oleh itu, pengkaji telah

menggunakan Buku LT5B ini untuk memberikan peluang bagi dia melatih menulis

mengikut garisan. Tambahan pula, pengkaji juga menambahkan bahagian

menconteng dan mewarna dalam buku tersebut sebagai aktiviti menyeronokkan bagi

murid-murid mewarna dan melatih cara mewarna dalam ruang yang disediakan.

Selepas intervensi dijalankan, Responden 1 didapati ada peningkatan dari segi

menulis. Dalam transkrip yang ditunjukkan di atas, Responden 1 memilih hasil kerja

dapatan akhir sebagai hasil kerja yang kemas dan cantik berbanding kepada dapatan

awal hasil kerjanya. Responden 1 juga amat gembira terhadap hasil kerjanya dan

ingin membuat latihan lebih banyak lagi supaya dapat menulis dengan kemas.

6.2.2 Temu Bual Responden 2 Selepas Intervensi

38

Saya : Boleh bagitahu cikgu yang mana satu lebih cantik? (Menunjukkan dapatan awal tulisan dan dapatan akhir tulisan responden)

Responden : Yang ni. (Tunjuk hasil kerja dapatan akhir dengan penuh keyakinan)

Saya : Huruf mana yang paling comel?

Responden : Huruf “y”.

Saya : Lain kali nak tulis lagi supaya jadi lebih cantik?

Responden : Nak lagi, nak tulisan comel lagi.

Page 39:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Rajah 7: Transkrip Temu Bual Responden 2

Rajah 7 menunjukkan transkrip temu bual Responden 2 selepas intervensi dijalankan.

Sebelum penggunaan Buku LT5B, tulisan Responden tidak mengikut garisan yang

disediakan dan kelihatan kurang kemas dan teratur. Tambahan pula, tulisan saiz

huruf Responden juga terlalu kecil dan tidak sesuai dalam garis tiga yang disediakan.

Hal ini menyebabkan Responden 2 kurang berminat semasa aktiviti menulis.

Tambahan pula, Responden 2 juga selalu tidak menyiapkan kerjanya kerana tidak

tahu cara menulis mengikut garisan dengan betul. Oleh itu, pengkaji telah mengambil

kesempatan untuk memperbaiki tulisannya dengan penggunaan Buku LT5B supaya

dia dapat memahami dan mengetahui cara menulis dengan betul dan sentiasa

mengikuti garisan. Dengan latihan berulangan, Selepas intervensi Responden 2 juga

didapati ada peningkatan dari segi menulis. Sama seperti Responden 1, dalam

transkrip yang ditunjukkan di atas, Responden 2 memilih hasil kerja dapatan akhir

sebagai hasil kerja yang kemas dan cantik berbanding kepada dapatan awal hasil

kerjanya. Responden 2 juga amat gembira terhadap hasil kerjanya dan ingin

membuat latihan lebih banyak lagi supaya dapat menulis dengan kemas. Responden

2 juga meminta banyak latihan kerana dia ingin tulisannya kemas dan cantik lagi.

Dari transkrip temu bual yang telah direkod, Responden 1 dan Responden 2

amat berpuas hati dengan hasil mereka selepas menggunakan Buku Latih Tubi 5

Baris. Mereka dapat membanding beza tulisan mereka sebelum dan selepas

intervensi dijalankan. Mereka mahu menulis dengan lebih kemas lagi pada masa

39

Page 40:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

yang akan datang. Hal ini dapat menunjukkan bahawa penggunaan Buku Latih Tubi

5 Baris (LT5B) memberi kesan terhadap mereka dalam menulis dengan lebih kemas

dan teratur.

6.3 Analisis Dokumen

Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji memberikan latihan kepada Responden 1

dan Responden 2. Dalam kajian tindakan, dokumen adalah smber data yang paling

mudah, murah dan cepat untuk diperolehi kerana ia sebagai bahan yang ada dan

dapat dilihat dengan jelas. Contohnya adalah gambar, buku rancangan, diari, jurnal,

hasil kerja murid dan sebagainya. Dalam kajian ini, pengkaji akan membandingkan

hasil kerja sebelum dan selepas intervensi. Tambahan pula, pengkaji juga menilai

hasil kerja dari aspek tulisan kemas dan tersusun, menulis mengikut, jarak antara

perkataan adalah konsisten dan saiz huruf adalah konsisten. Hal ini dapat

memudahkan pengkaji memerhati perubahan tulisan Responden sebelum dan selepas

intervensi dijalankan.

Dalam menilai hasil kerja Responden 1 dan Responden 2, pengkaji telah

menyemak kesalahan mereka dengan menggunakan instrumen gambar sebagai bahan

bukti untuk melihat perubahan tulisan mereka sebelum dan selepas intervensi

dijalankan. Pengkaji telah menguji responden menulis perkataan-perkataan dalam

bentuk huruf kecil yang diberikan dan diminta menulis lembaran kerja yang

disediakan sebagai dapatan awal kajian. Selepas penggunaan Buku LT5B, pengkaji

pula meminta responden menulis semula perkataan-perkataan yang sama dalam

lembaran kerja yang sama sebagai dapatan akhir kajian. Hal ini membolehkan

40

Page 41:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

pengkaji membuat perbandingan antara hasil dapatan awal dan hasil dapatan akhir

murid-murid berkenaan.

6.3.1 Analisis Hasil Kerja Responden 1 Sebelum Intervensi Dijalankan dan

Selepas Intervensi Dijalankan

Rajah 8: Hasil Kerja Responden 1 Sebelum Intervensi

Rajah 8 menunjukkan hasil kerja Responden 1 sebelum intervensi dijalankan.

Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji telah menguji responden menulis perkataan-

perkataan yang diberikan dan diminta menulis lembaran kerja yang disediakan

sebagai dapatan awal kajian. Jika dilihat dari segi kekemasan, tulisan Responden 1

kebanyakan tidak mengikuti garisan yang disediakan dan adanya menulis di atas

garisan putus-putus.

Walaupun dari segi jarak antara perkataan adalah konsisten, tetapi saiz tulisan

huruf tidak sesuai dengan ruang yang disediakan. Perkataan dalam bentuk huruf kecil

ditulis tidak mempunyai saiz yang sesuai dan juga keluar dari tempat dan ruang yang

41

Keluar daripada ruang yang disediakan

Saiz huruf tidak konsisten

Page 42:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Saiz huruf konsisten dan sesuai dengan ruang yang disediakan

Tidak keluar daripada ruang yang disediakan

disediakan. Hal ini menyebabkan hasil kerjanya kelihatan tidak kemas dan tidak

teratur.

Rajah 9: Hasil Kerja Responden 1 Selepas Intervensi

Rajah 9 menunjukkan hasil kerja Responden 1 selepas intervensi dijalankan. Selepas

penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B), pengkaji memberi semula lembaran

kerja yang sama dengan dahulu dan meminta Responden 1 menulis semula perkataan

yang disediakan sebagai dapatan akhir kajian. Berdasarkan rajah 9 didapati ada

peningkatan dari segi kekemasan tulisan Responden 1 selepas penggunaan Buku

LT5B ini. Responden 1 tidak lagi menulis keluar daripada garisan dan ruang yang

disediakan.

Tambahan pula, saiz huruf adalah konsisten dan sesuai dengan ruang yang

disediakan. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan dari segi penguasaan

koordinasi mata dan tangan Responden 1 dalam aktiviti menulis ini. Hasil analisis ini

dapat dilihat berdasarkan Rajah 8 (sebelum intervensi dijalankan) dan Rajah 9

(selepas intervensi dijalankan) apabila terdapat perbezaan antara kedua-dua rajah

berkenaan.

42

Page 43:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Saiz huruf tidak konsisten dan kurang sesuai dengan ruang yang disediakan

Keluar daripada ruang yang disediakan (Contoh: huruf “p”)

6.3.2 Analisis Hasil Kerja Responden 2 Sebelum Intervensi Dijalankan dan

Selepas Intervensi Dijalankan

Rajah 10: Hasil Kerja Responden 2 Sebelum Intervensi

Rajah 10 menunjukkan hasil kerja Responden 2 sebelum intervensi dijalankan.

Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji telah menguji responden menulis perkataan-

perkataan yang diberikan dan diminta menulis lembaran kerja yang disediakan

sebagai dapatan awal kajian. Jika dilihat dari segi kekemasan, tulisan Responden 2

kebanyakan tidak mengikuti garisan yang disediakan dan adanya menulis di atas

garisan putus-putus. Walaubagaimanapun, keseluruhannya masih kelihatan agak

kemas berbanding dengan Responden 1.

Selain itu, sama seperti Responden 1 iaitu kemahiran menulis dari segi jarak

antara perkataan adalah konsisten, tetapi saiz tulisan huruf tidak sesuai dengan ruang

43

Page 44:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Tidak keluar daripada ruang yang disediakan

yang disediakan. Perkataan dalam bentuk huruf kecil ditulis tidak mempunyai saiz

yang sesuai dan terlalu kecil sehingga guru susah untuk membacanya. Hal ini

menyebabkan hasil kerjanya kelihatan tidak kemas dan tidak teratur.

Rajah 11: Hasil Kerja Responden 2 Selepas Intervensi

Rajah 11 menunjukkan hasil kerja Responden 2 selepas intervensi. Selepas

penggunaan Buku LT5B, pengkaji memberi semula lembaran kerja yang sama

dengan dahulu dan meminta Responden 2 menulis semula perkataan yang disediakan

sebagai dapatan akhir kajian. Berdasarkan rajah 11 didapati ada peningkatan dari

segi kekemasan tulisan Responden 2 selepas penggunaan Buku LT5B ini. Responden

2 tidak lagi menulis dalam saiz huruf yang terlalu kecil berbanding dengan hasil

kerja lalu yang ditunjukkan dalam Rajah 10.

Tambahan pula, Responden 2 juga telah menunjukkan tahap perkembangan

yang amat berkesan dari segi kekemasan tulisan. Responden 2 amat memberi

tumpuan yang lebih semasa membuat latihan menulis kerana ingin menulis dalam

keadaan yang kemas dan cantik. Hasil daripada Responden 2 dapat menunjukkan

44

Saiz huruf konsisten dan sesuai dengan ruang yang disediakan

Page 45:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

bahawa ada peningkatan dari segi saiz tulisan dan kekemasan tulisan. Dengan

bantuan aktiviti menulis dalam Buku LT5B, Responden 2 telah dapat menulis

dengan lebih kemas dan teratur dalam lembaran kerja yang lain.

6.4 Kesimpulan

Bab 6 ini memberikan penerangan bagaimana pengkaji memperoleh data daripada

kerja lapangan yang bermula dari peringkat perancangan hingga ke peringkat

pelaksanaannya. Perbincangan antara lain menyentuh bagaimana sesi pembelajaran

dijalankan dan aktiviti yang dilakukan oleh penyelidik dengan kanak-kanak

prasekolah dalam sesi pembelajaran tersebut. Tambahan pula, bab ini juga

menerangkan cara menganalisis data dan melihat perubahan dari segi kekemasan

tulisan Responden 1 dan Responden 2 selepas penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris

(LT5B).

45

Page 46:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

BAB 7

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Pendahuluan

Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian yang telah diperoleh

daripada penganalisaan data menerusi pemerhatian dan temu bual yang telah

dijalankan dengan menggunakan instrumen dan soalan-soalan yang tertentu. Data-

data yang dikumpul adalah untuk memastikan keberkesanan Buku Latih Tubi 5 Baris

terhadap kekemasan tulisan pada murid prasekolah di SK Gong Bayor.

Sebanyak dua orang murid prasekolah dari SK Gong Bayor telah dipilih

berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan selama 3 minggu. Seorang lelaki dan

seorang perempuan yang berumur 6 tahun telah dipilih sebagai responden kajian.

Mereka sudah pandai membaca tetapi menghadapi masalah penulisan yang kurang

kemas kerana tulisan mereka kebanyakannya tidak mengikut garisan yang telah

46

Page 47:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

ditentukan. Melalui pemerhatian, responden lelaki itu agak pasif semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Dia telah pandai membaca sukukata dan ayat-ayat

yang pendek. Melalui analisis dokumen, dia juga mempunyai pencapaian akademik

yang baik. Murid ini menghadapi masalah penulisan sepanjang 3 minggu selama

pengkaji menjalankan pratikum di sini. Sementara itu, responden perempuan

merupakan seorang murid yang pandai bertutur tetapi menghadapi masalah dalam

bacaan dan kemahiran menulis dengan kemas. Dia mempunyai pencapaian

akademik yang sederhana sahaja tetapi murid ini sangat aktif semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Setelah penyelidik menggunakan Buku

Latih Tubi 5 Baris (LT5B) untuk memimpin kedua-dua murid ini menulis, didapati

mereka telah dapat menulis dengan kemas dan teratur dengan menulis mengikut

garisan.

7.2 Pemerhatian

Pemerhatian yang dijalankan pada sepanjang kemajuan pelaksanaan kajian. Catatan

dan analisis tentang kemajuan murid menulis huruf telah dicatat. Sebelum kajian

diimplementasikan, didapati kedua-dua murid tersebut mempunyai masalah

penulisan yang kurang teratur. Hal ini sudah semestinya mereka akan menghadapi

masalah apabila mereka melangkah ke Tahun Satu nanti. Setelah penyelidik

menggunakan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) untuk membimbing mereka menulis

dengan betul dan teratur dan melatih mereka dalam satu jangka masa, sudah terbukti

terdapat perubahan kekemasan dalam penulisan mereka samada dalam penulisan

huruf ataupun angka. Mereka telah dapat menulis dalam garis yang telah ditentukan.

47

Page 48:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Dengan itu, tulisan yang dihasilkan nampaknya lebih kemas dan teratur.

Selama intervensi dijalankan, pengkaji mendapati bahawa ada perubahan dari segi

kekemasan penulisan murid-murid berkenaan. Dengan adanya bimbingan guru,

murid-murid mula mengetahui cara menulis mengikut garisan yang disediakan. Pada

masa yang sama, murid-murid juga dapat melatih koordinasi mata dan tangan

mereka secara berulangan semasa membuat latihan dalam buku LT5B ini. Dengan

bantuan Buku LT5B ini, murid-murid dapat menulis mengikut garisan yang

disediakan dalam lembaran kerja. Walaubagaimanapun, hasil daripada kajian telah

mencapai objektif kajian dan juga menjawab soalan kajian yang ditentukan.

7.3 Temu Bual

Melalui temu bual yang tidak berstruktur berdasarkan soalan-soalan yang telah

disediakan untuk menemu bual kedua-dua responden tersebut, didapati kedua-dua

murid tersebut juga ingin melihat tulisan sendirinya dengan kemas kerana boleh

mendapat pujian dari orang ramai. Hal ini termasuklah guru-guru dan ibu bapa

mereka. Mereka juga tidak mahu tulisan sendiri yang tidak teratur. Setelah tulisan

mereka sudah menjadi kemas dan teratur, mereka berpendapat bahawa mereka berasa

seronok untuk menulis dan mereka mempunyai keyakinan yang lebih tinggi

walaupun tulis apa sekalipun. Mereka yakin bahawa mereka mahu menggunakan

Buku LT5B untuk mereka menulis pada masa akan datang. Mereka menyatakan jika

sudah pandai menulis, mereka ingin membuat lebih banyak latihan menulis lagi dan

telah memupuk minat mereka dalam aktiviti menulis.

48

Page 49:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

7.4 Analisis Dokumen

Analisis ini adalah berlandaskan hasil lembaran kerja yang telah dihasilkan oleh

kedua-dua murid tersebut. Melalui analisis dokumen daripada catatan jadual

penilaian murid yang telah digunakan, didapati jumlah kesalahan yang dilakukan

oleh kedua-dua murid semakin hari semakin kurang setelah menggunakan Buku

Latih Tubi 5 Baris tersebut. Mereka telah dapat menulis dengan kemas dan menulis

mengikut ruang yang telah disediakan. Saiz tulisan yang dihasilkan juga adalah

sesuai dan huruf yang menyerupai huruf lain juga tidak ada lagi. Hasil daripada

kajian telah mencapai objektif kajian dan juga telah menjawab persoalan kajian.

Buku LT5B ini dapat memperbaiki kekemasan tulisan murid-murid dengan berkesan.

7.5 Kesimpulan

Melalui hasil kajian menunjukkan bahawa pada keseluruhannya Buku Latih Tubi 5

Baris adalah sesuai digunakan untuk membimbing murid prasekolah menulis dengan

lebih kemas dan teratur. Di samping itu, pengunaan Buku LT5B dapat meningkatkan

keyakinan murid dalam pelajaran serta menambahkan minat dan motivasi untuk

murid belajar.

49

Page 50:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

BAB 8

8.0 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini memberikan beberapa implikasi yang positif terhadap sistem

pendidikan di Malaysia. Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, pengkaji

berharap kajian ini dapat memberi implikasi yang positif kepada pelbagai pihak yang

berkenaan.

8.1 Murid

Kebanyakan murid-murid prasekolah bersetuju bahawa perlu menjalankan aktiviti

latih tubi untuk menulis supaya dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan teratur.

Hal ini dapat memberi kesan yang positif dalam meningkatkan pencapaian akademik

murid. Kajian yang dijalankan oleh Hapni Abang (2012), Mary Anak Lagat (2012)

dan Shella anak Jamat (2012) menunjukkan bahawa kaedah latih tubi garis tiga yang

ada dalam buku latihan dapat membantu membaiki kekemasan tulisan murid.

50

Page 51:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Menurut Maimon Sanai (2009), penggunaan latihan garis tiga sangat membantu

murid menulis huruf kecil dengan betul. Segelintir murid berpendapat bahawa

menulis secara latih tubi membolehkan mereka menulis dengan kemas dan teratur.

8.2 Guru Prasekolah

Menurut Jacabsen (1999), guru di sekolah masih lebih suka menguasai dan

mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru yang merancang dan menjalankan tugas

secara individu dan murid akan belajar ramai-ramai. Guru juga lebih mementingkan

pengelolaan kaedah keseluruhan kelas dan kurang memberi perhatian terhadap

kecenderungan minat dan potensi murid.

Guru biasanya menjadi tonggok utama untuk menentukan kejayaan proses

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Hizral Tazzif Hisham & M. Azlan Jaafar

(1997), strategi pengajaran yang paling kerap digunakan di sekolah adalah

berpusatkan guru dan hanya mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.

Manakala dalam kajian ini, penkaji berharap para pendidik terutamanya kepada guru

prasekolah menyedari kepentingan aktiviti pembelajaran dengan pengaplikasian

teknik latih tubi.

Guru prasekolah seharusnya mempunyai pengetahuan dan pengalaman

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi manfaat yang

maksimum kepada murid khususnya murid prasekolah yang memerlukan asas yang

paling kukuh sebelum mereka melangkah ke Tahun Satu.

Dengan menggunakan Buku Latih 5 Baris ini dan mendapatkan pendedahan

awal dalam bidang ini, bengkel dan kursus yang berkaitan dengan pembelajaran

51

Page 52:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

perlu diadakan untuk mengukuhkan kemahiran dan pengalaman guru. Latihan

pengajaran mikro juga boleh diadakan untuk menambahkan keyakinan guru dalam

mengendali aktiviti prasekolah di dalam bilik darjah.

Modul latihan yang mesra pengguna perlu dibangunkan bagi meningkatkan

minat dan komitmen guru terhadap program penggunaan pembelajaran aktiviti

prasekolah di sekolah. Oleh yang demikian, pihak-pihak berkenaan khasnya Pejabat

Pelajaran dengan kerjasama pihak sekolah disarankan agar merangka dasar,

membangun dan memantau perkembangan modul dan pelaksanaan program

pembelajaran ini di dalam bilik darjah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan ini dipercayai dapat melengkapkan generasi muda menjadi insan yang

serba boleh, mempunyai kemahiran sosial dan berinteraksi bagi menjalani hidup

yang penuh cabaran.

8.3 Sekolah

Pihak sekolah perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian

murid. Untuk itu pihak sekolah perlulah menyediakan kemudahan pembimbing

rakan sebaya dan budaya menggunakan Buku Latih Tubi 5 Baris untuk

memantapkan penulisan murid prasekolah. Pihak sekolah juga perlu mendedahkan

penggunaannya bagi murid-murid yang masih menghadapi masalah penulisan

walaupun di tahap mana sekalipun. Tambahan pula, pihak sekolah juga perlu

menyedari bahawa kemahiran menulis amat penting dan perlu mendidik anak

muridnya cara menulis dengan betul sejak kecil lagi.

52

Page 53:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

8.4 Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebarang program atau pendekatan baru tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada

pihak atasan. Pihak kementerian pelajaran memainkan peranan seperti berikut:-

(i) Menawarkan kursus yang sesuai untuk melatih guru menggunakan

pendekatan penggunaan Buku Latih 5 Baris untuk memantapkan

penulisan murid-murid.

(ii) Melonggarkan sukatan pelajaran yang perlu diliputi supaya guru

diberi lebih kebebasan dan masa untuk menggunakan pendekatan

penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris supaya mengukuhkan asas

murid-murid sebelum melangkah ke Tahun Satu.

53

Page 54:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

BAB 9

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid dapat

menguasai pergelangan tangan dalam motor halus mereka untuk menghasilkan

tulisan yang kemas dan teratur. Pengkaji berharap penyeldik-penyelidik akan datang

dapat menjalankan kajian seterusnya berkenaan penggunaan Buku Latih 5 Baris

dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara terperinci lagi.

Pertama, saiz sampel perlu diperbesarkan lagi supaya dapatan kajian dapat

digeneralisasikan di samping memperolehi dapatan yang lebih tepat dan

menambahkan kuasa ujian. Pengkaji berharap bahawa kajian-kajian yang akan

datang dijalankan dengan lebih luas dan melibatkan bilangan responden yang lebih

ramai memandangkan kajian ini hanya melibatkan sampel yang kecil sahaja.

Kedua, kajian ini hanya menumpu kepada keberkesanan satu kaedah dan juga

megaplikasikannya dalam satu tunjang sahaja iaitu Tunjang Komunikasi. Tambahan

pula, kajian ini hanya tertumpu kepada kekemasan tulisan huruf kecil sahaja. Adalah

lebih baik kajian diperluaskan kepada sekolah-sekolah lain di samping merangkumi

54

Page 55:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

pelbagai kaedah dan enam tunjang agar dapatan kajian yang diperolehi lebih

bermakna dan akan memberi gambaran sebenar terhadap keberkesanan penggunaan

kaedah Buku LT5B di dalam bilik darjah.

Kajian ini hanya melibatkan tiga jenis instrumen kajian untuk mengumpul

data dan menganalisis data berkenaan. Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang

akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik,

senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan penggunaan Buku LT5B

dalam memperbaiki kekemasan tulisan huruf kecil.

Penyelidikan lanjutan seharusnya mengambil kira aspek-aspek seperti

pembentukan sikap dan minat terhadap pembelajaran serta penerapan nilai murni

murid. Kajian seperti ini akan memberi manfaat yang besar dalam membantu pihak

yang bertanggungjawab melihat keberkesanan, masalah dan keperluan dalam usaha

meningkatkan minat belajar dan membentuk sahsiah dalam kalangan murid.

9.1 Rumusan

Penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) memberi kesan positif bagi

mengukuhkan cara penulisan murid-murid terutamanya murid-murid prasekolah.

Selain itu, pembelajaran jenis ini dikatakan merupakan satu daripada amalan

pengajaran dan pembelajaran yang sungguh berkesan dalam pengukuhan dan

pemantapan cara penulisan kanak-kanak. Akan tetapi, amalan ini haruslah juga

mengambil faktor-faktor yang lain seperti tahap kognitif murid, isi kandungan yang

ingin disampaikan, strategi persembahan dan lain-lain lagi agar ia sesuai dengan

55

Page 56:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

kumpulan sasaran dan seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini telah menjawab persoalan-persoalan yang dinyatakan.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan yang positif dengan

menggunakan Buku LT5B dalam memperbaiki kualiti penulisan murid-murid.

Penelitian ke atas hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan Buku LT5B juga

dapat menambahkan keyakinan dan motivasi serta minat murid terhadap pelajaran.

Selain itu, Kebanyakan aktiviti dan strategi yang dipraktikkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid memperbaiki sesuatu situasi

pembelajaran.

Kesimpulannya, guru merupakan pengubah diri murid, dari murid yang tidak

tahu kepada murid yang serba tahu dan dari murid yang bosan kepada murid yang

ceria dan sedar selalu.

56

Page 57:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

RUJUKAN

Arasoo, V.T. (1989). Pembelajaran Kemahiran Motor Dalam Pendidikan Jasmani

dan Sukan Malaysia. Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Dayang Nurmalisa binti Abang Mohd Selanie. (2010). Kesan Pendekatan Bimbingan

Secara Individu dalam membantu murd Tahun Tiga membaiki tulisan dalam

Bahasa Melayu. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar

Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah),

Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL/7 & 8 Oktober 2010/

IPG KBL ms 18-30.

Hapni Abang (2012). Kesan Penggunaan Latihan Garis Tiga Secara Latih Tubi

Terhadap Murid Tahun Empat Semasa Menulis Huruf Besar dan Huruf Kecil.

Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan

IPG KBL Tahun 2012,ms 139-151.

Hizral Tazzif Hisham & M. Azlan Jaafar (1997). Pembangunan Perisian Bakal

Kuasai Alaf Depan Komputer. Berita Harian, 6 November 2010.

Jacabsen, D.A. Eggen, P. & Kauchak, D. (1999). Method for Teaching: Promoting

Student Learnin. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

57

Page 58:  · Web viewOleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Buku Panduan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mary Anak Langat (2012). Kesan Penggunaan Lembaran TGB Dalam

Membentukkan Teknik Menulis Huruf Kecil Murid Tahun Tiga. Buku Koleksi

Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari

2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 165-178.

Mok Soon Sang (1995). Asas Pendidikan I: Pedagogi Sebagai Satu Proses. Kuala

Lumpur: Terbitan Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Patton, M. 0. (1980). Qualitative Evaluation Methods. Beverly Hills, CA: Sage.

Sharifah Nor Puteh (2012). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum

Berasaskan Bermain Bagi Aspek Perkembangan Bahasa Dan Literasi Murid

Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 2, Bill 1 (Mei 2012).

Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shella anak Jamat (2012). Kesan Kaedah Latih Tubi Garis Tiga Dalam

Mengurangkan Kesilapan Menulis Huruf Kecil ‘k’ dan ‘p’ Dalam Bahasa

Melayu Murid Tahun Empat. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 222-233.

Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang;

Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

58