· web viewoleh sebab itu terdapat antara mereka mencadangkan agar menjalankan satu sambutan...

9
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT INDIVIDUAL REPORT NAME : NURHIDAYAH BINTI MAT SARIT MATRIX NO. : A144710 PROGRAM : PESTA ANG POW (PAP) KE-16 KTSN UKM LECTURER : Dr. NOR AZLIN BINTI MOHD NORDIN

Upload: lyquynh

Post on 15-Mar-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewOleh sebab itu terdapat antara mereka mencadangkan agar menjalankan satu sambutan bersama-sama antara mereka dan sambutan Pesta Ang Pow dijalankan yang mana program ini

HHHC9301

KEMAHIRAN PENGURUSAN

MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

INDIVIDUAL REPORT

NAME : NURHIDAYAH BINTI MAT SARIT

MATRIX NO. : A144710

PROGRAM : PESTA ANG POW (PAP) KE-16 KTSN

UKM

LECTURER : Dr. NOR AZLIN BINTI MOHD

NORDIN

Page 2: · Web viewOleh sebab itu terdapat antara mereka mencadangkan agar menjalankan satu sambutan bersama-sama antara mereka dan sambutan Pesta Ang Pow dijalankan yang mana program ini

Pesta Ang Pow (PAP) KTSN UKM merupakan pesta atau program yang disambut setiap

tahun oleh pelajar di Kolej Tun Syed Nasir UKM khususnya pelajar berbangsa Cina.

Menurut beberapa kenalan berbangsa Cina, mereka mengatakan sejarah program ini

diadakan di UKM KKL bermula pada tahun 2000 yang mana ketika itu tidak ramai pelajar

berbangsa Cina yang berkemampuan untuk pulang ke kampung halaman bagi merayakan

sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga. Oleh sebab itu terdapat antara mereka

mencadangkan agar menjalankan satu sambutan bersama-sama antara mereka dan sambutan

Pesta Ang Pow dijalankan yang mana program ini diadakan supaya pelajar berbangsa Cina di

UKM Kampus Kuala Lumpur dapat meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama. Sejak itu,

program ini terus dilaksanakan setiap tahun sehingga sekarang.

Walaupun program ini mengkhususkan sambutan budaya Cina, ia bersifat terbuka dan

mengalu-alukan pelajar etnik berlainan untuk bersama-sama memeriahkan program. Ini adalah

kerana sambutan pesta ini juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya Cina kepada pelajar-

pelajar etnik berlainan di UKM KKL.

Memetik daripada kertas kerja Pesta Ang Pow UKM Ke-21, 6 Mac 2015:

“Selama ini, Pesta Ang Pow telah mengadakan pelbagai jenis aktiviti demi mewarisi budaya

Tiong Hua dan mempertingkatkan lagi persefahaman mahasiswa/i UKM terhadap budaya Tiong

Hua”

Kebiasaannya program ini dipenuhi dengan persembahan seperti gendang 24 musim,

persembahan mini teater, menari, dan beberapa lagi aturcara yang mana secara tidak langsung

menjadi platform kepada pelajar untuk mengasah bakat mereka dan kebolehan mereka dalam

persembahan seni budaya.

Pada 28 Mac 2015 yang lepas Kolej Tun Syed Nasir telah mengadakan Pesta Ang Pow

(PAP) yang mana saya telah melibatkan diri sebagai salah seorang pelakon drama pada malam

tersebut sekaligus menjadikan saya satu-satunya pelajar berbangsa Melayu yang melibatkan diri

dengan sambutan tersebut.

Page 3: · Web viewOleh sebab itu terdapat antara mereka mencadangkan agar menjalankan satu sambutan bersama-sama antara mereka dan sambutan Pesta Ang Pow dijalankan yang mana program ini

Menceritakan pengalaman interaksi sesama berlainan kaum, sudah pastinya terdapat

beberapa kekangan seperti dari segi bahasa dan budaya akan tetapi hanya dengan pengalaman

akan membantu seseorang lebih mengenali etnik atau budaya lain.

“Sesungguhnya dengan adanya pengetahuan antara budaya ini, interaksi kita khususnya

dengan kaum lain, bukan saja akan menjadi lebih mudah, tetapi yang penting lagi ialah ia akan

menjadi lebih ikhlas. Dengan mengenali budaya kaum lain dengan lebih dekat, kita sebetulnya

menemui lebih banyak persamaan daripada perbezaan antara kita.”

(Teo Kok Seong, ISU SOSIAL : Memahami perbezaan demi perpaduan, 2011)

Meskipun merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang menyertai pesta tersebut

(menyertai lakonan pentas) ia tidak menghalang saya daripada berinteraksi dengan selesa

bersama pelajar etnik Cina lain kerana ini merupakan kali kedua saya menyertai program ini.

Kali pertama saya menyertainya adalah pada sambutan Pesta Ang Pow tahun lepas (21 Mac

2014) juga sebagai salah seorang ahli jawatankuasa persembahan.

Sebagai pelajar berbangsa Melayu yang tidak fasih berbahasa mandarin, saya mengambil

inisiatif untuk berkomunikasi dengan baik bersama-sama ahli jawatankuasa PAP terutamanya

yang terlibat secara langsung dengan persembahan drama dan pengurusan pentas. Saya akan

mencuba sedaya upaya dalam memahami kehendak mereka dan menepati segala arahan serta

masa latihan yang telah ditetapkan. Kebanyakan masanya saya akan berbincang dan

mendapatkan maklum balas daripada pengarah, penolong pengarah, rakan-rakan lakonan yang

lain serta ahli majlis tertinggi PAP tentang prestasi lakonan saya sepanjang sesi latihan.

Memandangkan saya pelajar beragama Islam, adakalanya masa latihan atau rehersal yang

ditetapkan bertembung dengan waktu sembahyang. Oleh sebab itu saya sentiasa berbincang

secara baik dengan ahli jawatankuasa drama dan mendapati mereka sangat memahami situasi

dan menghormati masa sembahyang bagi pelajar Islam.

Page 4: · Web viewOleh sebab itu terdapat antara mereka mencadangkan agar menjalankan satu sambutan bersama-sama antara mereka dan sambutan Pesta Ang Pow dijalankan yang mana program ini

Secara keseluruhannya, walaupun terdapat sedikit kekangan daripada segi bahasa, akan

tetapi masih ramai yang membantu saya untuk memahami pertuturan mereka, malah mengajar

saya beberapa perkataan lazim yang digunakan mereka agar lebih mudah saya fahami.

Saya juga mendapat pengalaman yang sangat bermakna selama menyertai program

tersebut. bukan sahaja lebih ramai kenalan berbangsa Cina, malah banyak budaya dan tradisi

mereka yang dapat saya pelajari.

Saya mendapati perbezaan kaum, budaya, bahasa dan agama tidak menjadi penghalang

kepada mewujudkan kesefahaman dan sifat hormat-menghormati sekiranya masing-masing dapat

berkomunikasi secara baik dan efektif.

“Untuk mencipta keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang agama seperti di negara

kita ini, kita perlulah ada sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun

berbeza dari segi agama dan kepercayaan.”

(Ming Abdullah, Islam Dan Keharmonian Dalam Masyarakat Berbilang Agama, 2015)

Pengalaman menyertai kumpulan sosial yang berlainan banyak membantu dalam

membentuk seseorang itu untuk menjadi lebih berani dan berusaha untuk kehadapan. Bagi saya,

menyertai program ini meningkatkan keyakinan saya bukan sahaja daripada segi

mempersembahkan bakat di atas pentas, malah dalam berinteraksi dengan masyarakat

terutamanya yang berlainan etnik. Ini kerana pengajaran yang saya dapati daripada pengalaman

ini adalah sangat besar. Saya bukan sahaja mempelajari akan budaya Cina, akan tetapi saya juga

memahami dan menyertai mereka. Ilmu ini akan begitu membantu saya apabila berhadapan

dengan masyarakat luar pada masa akan datang terutamanya apabila bekerjasama dengan mereka

yang beretnik Cina. Selain itu, sebagai pembelajaran sepanjang hayat, pengalaman ini membuka

peluang kepada saya untuk sentiasa berusaha untuk menonjol dan tidak lokek untuk belajar.

Page 5: · Web viewOleh sebab itu terdapat antara mereka mencadangkan agar menjalankan satu sambutan bersama-sama antara mereka dan sambutan Pesta Ang Pow dijalankan yang mana program ini

Saya berasa begitu beruntung dapat menyertai dan diterima dengan baik oleh ahli

jawatankuasa Pseta Ang Pau UKM KKL. Saya akhiri laporan saya dengan petikan daripada Al

Quran yang menyatakan kewajipan umat Islam dalam menghormati penganut agama lain:

“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak

akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami

memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada

Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka

telah lakukan.”

(Al-An’aam, ayat 108)

FOTO 1: bersama rakan-rakan lakonan lain

Page 6: · Web viewOleh sebab itu terdapat antara mereka mencadangkan agar menjalankan satu sambutan bersama-sama antara mereka dan sambutan Pesta Ang Pow dijalankan yang mana program ini

FOTO 3: semasa persembahan lakonan (sebagai doktor)

FOTO 4: bersama ahli-ahli jawatankuasa

FOTO 2: sesi latihan persembahan

Page 7: · Web viewOleh sebab itu terdapat antara mereka mencadangkan agar menjalankan satu sambutan bersama-sama antara mereka dan sambutan Pesta Ang Pow dijalankan yang mana program ini

RUJUKAN:

1) Sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21, Kertas Kerja Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow Universiti Kebangsaan Malaysia;http://ifolio.ukm.my/Scripts/tinymce/plugins/filemanager/files/29337/Kertas_Kerja_PestaAngPow_UKM_Ke-21.pdf

2) Teo Kok Seong, (2011). ISU SOSIAL : Memahami perbezaan demi perpaduan;http://abihulwa.blogspot.com/2011/06/isu-sosial-memahami-perbezaan-demi.html

3) Ming Abdullah, (2015). Islam Dan Keharmonian Dalam Masyarakat Berbilang Agama;http://www.projekdialog.com/featured/islam-dan-keharmonian-dalam-masyarakat-yang-berbilang-agama/