syababmusafir92.weebly.com · web viewmalaysia merupakan sebuah negara yang unik dan sentiasa...

21
1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan sentiasa dikagumi dan dicontohi oleh semua negara-negara luar di dunia. Kepelbagaian masyarakat yang pelbagai rumpun dan etnik budaya yang pelbagai berjaya mewujudkan sebuah negara yang dikongsi bersama. Itulah uniknya negara kita Malaysia yang bukan sahaja menjadi contoh, malah disegani dan dihormati oleh dunia luar. Kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia berjaya diterapkan dalam kehidupan kita bersama dengan wujudnya persefahaman, toleransi serta semangat muhibah yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Kerajaan kita dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak sentiasa menggesa rakyat Malaysia supaya bersama-sama menjaga keharmonian Negara yang telah kita nikmati hampir 5 dekad lamanya. Kepayahan dan kerahan tenaga orang-orang dahulu seharusnya dikenang kerana semangat perpaduan mereka padu dan jitu membolehkan kita berdiri di bawah satu bumbung, membina sebuah negara bangsa kita mengikut acuan kita, budaya kita serta memelihara adat-adat ketimuran kita. Gagasan Semangat Satu Malaysia yang diuar-diuarkan oleh Perdana Menteri kita sewajarnya kita hayati dan amalkan bersama kerana elemen-elemen yang terdapat di dalamnya mampu mengimplimentasikan impian dan hasrat negara bagi mencapai wawasan 2020. Tanpa persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat kita, sudah semestinya kita belum mampu untuk meletakkan Malaysia ke suatu peringkat yang kita boleh banggakan di peringkat global bersama negara-negara membangun yang lain. Perpaduan dalam kalangan masyarakat semestinya dipelihara dan dikukuhkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang membabitkan semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sudah pasti kita semua kenangkan kembali sejarah hitam negara kita bagaimana 1

Upload: doandat

Post on 04-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan sentiasa dikagumi dan dicontohi

oleh semua negara-negara luar di dunia. Kepelbagaian masyarakat yang pelbagai

rumpun dan etnik budaya yang pelbagai berjaya mewujudkan sebuah negara yang

dikongsi bersama. Itulah uniknya negara kita Malaysia yang bukan sahaja menjadi

contoh, malah disegani dan dihormati oleh dunia luar. Kepelbagaian etnik dan budaya di

Malaysia berjaya diterapkan dalam kehidupan kita bersama dengan wujudnya

persefahaman, toleransi serta semangat muhibah yang tinggi dalam kalangan

masyarakat. Kerajaan kita dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib bin

Tun Abdul Razak sentiasa menggesa rakyat Malaysia supaya bersama-sama menjaga

keharmonian Negara yang telah kita nikmati hampir 5 dekad lamanya. Kepayahan dan

kerahan tenaga orang-orang dahulu seharusnya dikenang kerana semangat perpaduan

mereka padu dan jitu membolehkan kita berdiri di bawah satu bumbung, membina

sebuah negara bangsa kita mengikut acuan kita, budaya kita serta memelihara adat-

adat ketimuran kita.

Gagasan Semangat Satu Malaysia yang diuar-diuarkan oleh Perdana Menteri kita

sewajarnya kita hayati dan amalkan bersama kerana elemen-elemen yang terdapat di

dalamnya mampu mengimplimentasikan impian dan hasrat negara bagi mencapai

wawasan 2020. Tanpa persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat kita,

sudah semestinya kita belum mampu untuk meletakkan Malaysia ke suatu peringkat

yang kita boleh banggakan di peringkat global bersama negara-negara membangun

yang lain. Perpaduan dalam kalangan masyarakat semestinya dipelihara dan

dikukuhkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang membabitkan semua masyarakat

berbilang kaum di Malaysia. Sudah pasti kita semua kenangkan kembali sejarah hitam

negara kita bagaimana terjadinya peristiwa malang 13 Mei 1969 yang berpunca

daripada bibit-bibit sensitiviti kaum dibangkitkan.

Justeru itu, perpaduan dan persefahaman harus disemai dan dipupuk semenjak usia

anak-anak kecil lagi terutamanya di peringkat sekolah rendah supaya dapat mewujudkan

perasaan harmoni dan diterima oleh rakan-rakan yang lain di samping menghakis sifat

prejudis, berperasangka buruk serta rasis terhadap kaum-kaum lain di dalam kelas.

Penubuhan sekolah-sekolah kebangsaan dilihat sebagai suatu usaha murni pihak

kerajaan yang berhasrat mahu melahirkan anak bangsa Malaysia yang cintakan bangsa,

nagara dan tanah airnya. Pelbagai program telah disusun dan dirangka di peringkat

sekolah seperti Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Festival

Budaya Malaysia, Pameran dan Lawatan oleh agensi-agensi bukan kerajaan sedikit

1

sebanyak memberi sumbangan terhadap pemupukan persefahaman dan perpaduan

dalam kalangan murid yang berbilang kaum di sekolah.

1.1 PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA1.1.1 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Sejajar dengan pelbagai usaha dan langkah-langkah yang

dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam membina dan memupuk

perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum, guru-

guru juga turut sama menjayakan usaha murni tersebut. Pengurusan

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru tidak lagi

hanya menekankan domain kognitif serta pengetahuan tentang

sesuatu pelajaran yang dipelajari, malah pembinaan sahsiah dan jati

diri seiring diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah secara holistik dan terarah, terutamanya dalam kurikulum

baru yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini (KSSR)

Dalam KSSR, pembinaan sahsiah dan jati diri menjadi antara

elemen-elemen utama dalam usaha memperkembangkan potensi dan

kebolehan murid-murid serta kemahiran insaniah selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan terangkum kesemua elemen

tersebut dalam dasar pelaksanaan KSSR. Justeru itu, guru-guru perlu

bijak dan mahir dalam mengendalikan pengurusan pembelajaran dan

pengajaran, terutamanya dalam mempelbagaikan aktiviti

pembelajaran dan pengajaran dengan penerapan mesra budaya.

Menyentuh dari segi perspektif mesra budaya sudah semestinya

menjadi suatu cabaran kepada guru-guru di sekolah kerana murid-

murid di sekolah terdiri daripada pelbagai kaum yang terdapat di

Malaysia. Oleh hal yang demikian, elemen mesra budaya dilihat

sebagai suatu keperluan yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru

kepada semua anak muridnya. Perbezaan ini perlu dicari titik

persamaan oleh guru-guru supaya mereka dapat bergaul dengan

mesra antara satu sama lain.

2

Pada hemat saya, molek kiranya jikalau sesuatu aktivti berkumpulan

itu dilaksanakan perlunya penglibatan semua murid daripada pelbagai

kaum dalam sesuatu kumpulan. Contohnya, dalam sesuatu kumpulan

itu terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Sikh, serta kaum-kaum

lain. Selain itu, guru-guru juga perlu bersikap terbuka serta

membuang sifat-sifat prejudis, berperasangka buruk serta sifat rasis

terhadap sesuatu kaum dengan memberi layanan yang adil, sama

rata serta tidak hanya memberatkan sesuatu kaum tanpa

mempedulikan kaum-kaum lain yang terlibat dalam sesi pembelajaran

dan pengajaran.

Guru yang afektif adalah guru yang memiliki tiga ciri utama yang

sentiasa menjaga kualiti peribadi, berkompitensi dalam amalan

pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai penghayatan dan

amalan nilai yang tinggi (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel).

Justeru itu, sebagai seorang guru yang afektif perlu memiliki sikap dan

sahsiah yang mulia dalam menerapkan elemen mesra budaya dan

peningkatan sahsiah diri dalam proses pdp.

Selain itu, guru-guru perlu menghargai amalan budaya etnik-etnik

lain menerusi aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas.

Contohnya, dalam subjek Bahasa Arab guru boleh menerapkan

elemen tersebut menerusi topik ‘Makanan’ yang terdapat di dalam

buku teks. Guru boleh meminta murid-murid secara berkumpulan

dalam kalangan kaum Melayu menyatakan sekurang-kurangnya 2

jenis makanan yang terdapat di Malaysia yang terdiri daripada

pelbagai kaum di Malaysia seperti roti canai bagi makanan kaum India

serta kuih pau bagi kaum Cina. Dalam pada masa yang sama,

penghargaan tersebut diberikan secara tidak langsung dalam aktiviti

berkumpulan.

Di samping itu, guru-guru juga boleh memberi aktiviti gerak kerja

berkumpulan dalam subjek seni visual dengan membuat kad ucapan

perayaan yang terdapat di Malaysia. Kemudiannya, guru-guru

memaparkan kad-kad ucapan tersebut di dalam kelas dengan

melekatkannya di sudut ruangan khas. Aktiviti ini sudah semestinya

mampu mewujudkan elemen mesra budaya dalam satu-satu kelas.

3

1.1.2 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Guru dan bahan pengajaran merupakan suatu jalinan yang utuh

serta tidak dapat dipisahkan kerana bahan tersebut memberi

sumbangan dalam menterjemahkan isi pelajaran dalam satu-satu

masa. Justeru itu, pemilihan sumber dan bahan pengajaran perlu

bersesuaian dengan perbezaan individu serta mengambil kira minat

dan pengetahuan murid supaya dapat diselaraskan penggunaannya

kepada semua murid.

Aspek ini bukan sahaja melihat dari sudut perbezaan individu secara

lahiriah, malahan guru perlu melihat dari sudut perbezaan budaya,

amalan dan cara hidup kepelbagaian kaum yang terdapat dalam

sesuatu kelas. Contohnya, kita boleh ambil dalam situasi seorang

guru yang mengajar di kawasan pedalaman orang asli. Guru tersebut

perlu bijak memilih bahan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat

menarik perhatian murid-murid.

Guru boleh memanipulasikan sumber-sumber alam semulajadi yang

terdapat di kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran seperti batu kerikil sungai, daun nipah

yang dianyam, hasil-hasil hutan dan sebagainya. Penggunaan

komputer seperti perisian persembahan multimedia dilihat sebagai

bahan pengajaran yang kurang sesuai dengan persekitaran dan

budaya masyarakat orang asli kerana kehidupan mereka lebih

tertumpu kepada hasil-hasil hutan.

Selain itu, guru-guru perlu bijak mengintegrasikan bahan-bahan

pengajaran yang digunakan untuk pemupukan amalan mesra budaya

dalam kalangan murid-murid yang berbilang kaum di dalam kelas.

Penggunaan bahan multimedia yang mengandungi kesan grafik yang

menarik boleh dimasukkan elemen seni budaya sesuatu kaum dan

mesra budaya. Guru-guru juga boleh menggunakan lagu-lagu rakyat

yang terdapat dalam pelbagai kaum untuk dinyanyikan di dalam kelas

dengan menggunakan lirik asal lagu tersebut.

4

Guru yang bijak memainkan peranannya sebagai pendidik bukan

sahaja mampu melahirkan murid-murid yang celik kognitifnya, malah

seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani,intelek serta emosinya bagi

melahirkan warganegara Malaysia yang mampu bersaing dengan

negara luar dan berjaya di masa hadapan. Pemupukan mesra budaya

dengan apresiasi budaya yang dilaksanakan oleh guru-guru

terutamanya dengan menggunakan bahan pengajaran sebagai

medium perantaraan dengan isi pengajaran dilihat sebagai langkah

bijak bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid-

murid di sekolah rendah.

1.1.3 Pengurusan Bilik Darjah Dalam membicarakan aspek ini, guru bertindak sebagai pengurus

besar dalam mengurus, mengelola serta menyusun atur bilik darjah.

Berdasarkan Hierarki Kerperluan Maslow, antara keperluan asas yang

perlu dititikberatkan dalam membicarakan aspek ini ialah struktur

fizikal, keadaan dan suasana bilik darjah yang selesa menjadi suatu

keutamaan bagi menjamin sesuatu aktiviti pdp dapat berjalan dengan

lancar. Justeru, keselesaan bilik darjah perlulah dititikberatkan oleh

seseorang guru kerana kelas diibaratkan sebagai sebuah ‘rumah’ bagi

murid-murid tinggal dan menjalani aktiviti pdp hampir separuh hari

lamanya.

Amalan mesra budaya yang diterapkan dalam pengurusan bilik

darjah boleh dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah, terutamanya

bagi murid-murid sekolah rendah. Contohnya, guru boleh memilih

hiasan kertas warna dinding menggunakan corak-corak mewakili tiga

kaum utama, Melayu, Cina dan India sebagai apresiasi budaya kaum-

kaum di Malaysia. Selain itu, penggunaan ton warna yang

mengimbangi mood yang ceria dan harmoni boleh digunakan sebagai

apresiasi budaya. Contohnya, warna hijau lembut mewakili orang

Melayu sementara warna jingga lembut pula bagi mewakili orang

India.

5

Di samping itu, susun atur meja dan kerusi merupakan salah satu

perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh guru-guru. Penglibatan

semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh diterapkan

menerusi susun atur meja dan kerusi di dalam kelas. Penggunaan

kertas warna pembalut meja boleh diterapkan elemen mesra budaya

dengan memilih warna-warna mewakili 3 kaum terbesar di Malaysia.

Guru-guru yang kreatif boleh meletakkan sudut ruangan tambahan di

meja murid-murid dengan melampirkan di plastik pembalut meja

mereka dengan nota-nota berkaitan sejarah Malaysia, Gagasan Satu

Malaysia, Sejarah Negara serba ringkas dengan menggunakan grafik

karikatur kepelbagaian kaum di Malaysia. Guru-guru juga boleh

menyusun tempat duduk murid-murid di dalam kelas dengan

mempelbagaikan kaum dalam kedudukan sebelah-menyebelah.

Contohnya, Ibrahim duduk bersebelahan dengan Kelvin Choo,

sementara Qistina pula duduk bersebelahan dengan Sita Dewi.

Dalam menetapkan tempat duduk tersebut, guru perlu bijak

memainkan peranan sebagai pemudah cara supaya semua murid-

murid dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Justeru, amalan

apresiasi budaya yang berjaya diterapkan di dalam kelas sedikit

sebanyak dapat mengurangkan jurang perbezaan dan ras kaum

antara sesame murid. Guru perlu bijak memainkan peranan dengan

mengambil hati semua murid-murid dengan memberikan kasih saying

tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Tingkah laku guru-

guru juga sering diperhatikan oleh semua murid.

Oleh yang demikian, guru yang afektif bukan sahaja cemerlang

dalam pedagogi dan pengajaran di dalamkelas, malah kemahiran

komunikasi yang berkesan sesama guru di sekolah yang pelbagai

bangsa wajar diambil perhatian dengan mewujudkan rasa

persefahaman dan harmoni antara satu sama lain di samping

hubungan dengan pihak sekolah, pihak pentadbir serta hubungan

guru dengan ibu bapa murid-murid.

6

1.1.4 Pentaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar Pentaksiran dan penilaian merupakan salah satu tugas guru-guru

dalam menentukan sejauh mana tahap pencapaian murid-murid.

Pelaksanaan kedua-dua aktiviti ini biasanya dijalankan oleh guru-guru

dengan menggunakan pelbagai kaedah dan instrument bagi menilai

dan menaksir murid-murid. Rubrik pemarkahan akan disediakan bagi

melihat prsetasi pencapaian murid-murid untuk mencapai objektif

pembelajaran yang digariskan.

Lazimnya, aktiviti ini berbentuk formatif dan sumatif. Kaedah yang

dilihat sangat praktikal, mudah dan bersifat segera adalah berbentuk

formatif. Hal ini demikian kerana seseorang guru itu boleh menaksir

dan menilai murid-muridnya seusai sudah mengahabiskan satu-satu

topik pembelajaran di dalam kelas. Kaedah projek boleh dilaksanakan

dengan memberikan tugasan kepada murid-murid secara

berkumpulan untuk dilaksanakan bagi menaksir dan menilai mereka.

Setelah selesai tugasan tersebut, guru boleh menilai dan sekali gus

memberi komen dan langkah selanjutnya dengan memberi aktiviti

peneguhan, penggayaan atau pemulihan yang bersesuaian dengan

tahap dan kebolehan murid-murid.

Pelaksanaan kaedah ini dilihat sebagai satu cara alternatif terkini

buat guru-guru dalam memperbaharui dan melicinkan aktiviti pdp di

dalam kelas. Murid-murid dapat memanipulasikan perbezaan pelbagai

yang mereka peroleh bagi menyediakan tugasan tersebut mengikut

kreativiti dan kecerdasan mereka. Secara tidak langsung, guru

memberi luang dan peluang kepada mereka untuk meluahkan bakat

terpendam mereka dengan memilih satu-satu tugasan yang mereka

rasakan sesuai untuk dilaksanakan secara berkumpulan mengikut

gaya dan stail pembelajaran yang mereka ingini.

Kaedah ini bukan sahaja dilihat mampu memupuk semangat bekerja

dalam satu pasukan, malah murid-murid dilatih semenjak dari kecil

bekerja dalam sebuah pasukan yang mana kumpulannya terdiri

daripada pelbagai kaum bersatu untuk menyelesaikan tugasan yang

diberi.

7

Secara tidak langsung, sifat kepimpinan dan rasa kekitaan berjaya

ditonjolkan yang mana sedikit sebanyak memberi peluang kepada

mereka untuk memperoleh markah yang terbaik untuk dinilai dan

ditaksir dengan penghasilan kerja projek mereka. Dalam hal ini, guru

perlulah bersikap realistik dan bersifat rasa terbuka dalam menerima

perbezaan murid-murid sebagai suatu keistimewaan kerana tidak

semua murid-murid yang dikatakan cemerlang kognitifnya belum tentu

kreatif dari aspek pemikirannya apabila diberi sesuatu tugas untuk

diselesaikan.

Justeru, penghargaan dan peneguhan yang positif perlu diberikan

atas hasil kerja mereka yang bersungguh-sungguh dan menunjukkan

komitmen yang berterusan di samping mampu mewujudkan semangat

perpaduan bekerja dalam satu pasukan yang terdiri daripada pelbagai

kaum di dalam kelas. Guru juga boleh mengkonkritkan hasil kerja

murid-murid dengan memaparkan hasil kerja mereka di dalam kelas

dan mengambil hasil kerja yang terbaik dalam kalangan murid-murid

untuk dijadikan sebagai contoh untuk murid-murid yang lemah

sebagai suatu motivasi dan usaha kepada mereka untuk memperbaiki

kelemahan yang ada.

Guru yang bijak bermain dengan elemen mesra budaya bukan

sahaja mampu mewujudkan sebuah persekitaran bilik darjah yang

selesa untuk murid-muridnya, malah mampu membentuk peribadi dan

sahsiah mereka dengan nilai-nilai insaniah dan mempunyai semangat

patriotik yang tinggi, menghormati bangsa lain serta berpegang teguh

dengan prinsip rukun negara sebagai teras perpaduan dalam

kalangan rakyat Malaysia.

8

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA ARAB TAHUN 1

9

3.0 LAPORAN RINGKAS SELEPAS MELAKSANAKAN PENGAJARAN Dalam tugasan kedua ini, kami diarahkan oleh pensyarah kami untuk

melaksanakannya di dalam kumpulan yang telah ditentukan. Justeru, kami telah

bersepakat untuk mengajar subjek major kami, Bahasa Arab Tahun 1 di bawah tajuk

‘Keluarga Saya’. Pengajaran Bahasa Arab lazimnya menekankan 4 kemahiran

berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca serta

kemahiran menulis. Oleh itu, kami telah memilih 2 daripada 4 kemahiran tersebut, iaitu

kemahiran mendengar dan bertutur.

Pemilihan kaedah yang bersesuaian dalam pengajaran ini mengetengahkan kaedah

bersoal jawab bersama murid ketika set induksi dijalankan. Pada peringkat ini, guru cuba

menimbulkan kepada murid-murid dengan paparan slaid gambar foto keluarga berbilang

kaum di layar skrin. Kemudiannya, guru bersoal jawab dengan murid-murid

menggunakan stimuli gambar tersebut sebagai rangsangan kepada murid-murid

sebelum memulakan pengajaran. Selain itu, kami juga menggunakan kaedah dengar

dan sebut. Kaedah ini merupakan elemen yang paling penting dalam pengajaran

bahasa, terutamanya pengajaran Bahasa Arab kerana murid-murid perlu mendengar

dengan teliti terlebih dahulu sebelum menyebut sesuatu perkataan yang didengari

dengan sebutan yang betul, tepat serta menepati sistem fonem Bahasa Arab sebagai

bahasa Al-Quran.

Justeru itu, guru akan memperkenalkan kepada murid-murid ahli keluarga dalam

Bahasa Arab dengan meminta murid-murid untuk mendengar kalimah-kalimah

(perkataan-perkataan) tersebut terlebih dahulu sebelum mereka menyebutnya secara

beramai-ramai. Setelah itu, guru akan meminta murid-murid untuk menyebut perkataan-

perkataan tersebut secara berkumpulan dan secara individu bagi memastikan

perkataan-perkataan tersebut dapat dituturkan dengan betul tanpa berlaku kesalahan

dalam sebutan.

Seterusnya, kami juga memilih untuk menggunakan kaedah suai dan padan. Kaedah

ini memerlukan murid-murid untuk melabelkan perkataan-perkataan yang telah dipelajari

tadi dengan melekatkan kad-kad perkataan pada gambar yang sesuai di hadapan kelas.

kaedah ini memerlukan penilitian murid-murid untuk mengintegrasikan perolehan ilmu

yang diperoleh sebentar tadi untuk diterjemahkan kepada kaedah suai padan dengan

melabelkan gambar-gambar keluarga dengan perkataan-perkataan yang betul.

Seterusnya, murid diminta untuk menyebut perkataan yang dilekatkan tadi dengan

sebutan yang betul di hadapan kelas.

10

Di samping itu, kami juga memilih untuk menggunakan kaedah nyanyian dalam

pengajaran kami dengan mengambil kira perbezaan individu yang ketara kami lihat, iaitu

sasaran muridnya adalah murid tahun 1 sekolah rendah. Kaedah nyanyian dilihat

sebagai suatu langkah yang bijak bagi menarik perhatian mereka kerana secara

kasarnya, murid-murid tahun 1 cepat merasa bosan ketika sesi pdp berlangsung,

walaupun masa yang diambil hanya memakan masa setengah jam sahaja. Kaedah

nyanyian ini menggabungkan 2 kemahiran dalam satu kaedah, iaitu kemahiran

mendengar dan kemahiran bertutur secara berturutan.

Keadah ini dimulakan dengan memperdengarkan kepada murid-murid lagu yang ingin

dinyanyikan dengan menggunakan ayat-ayat pendek yang menggunakan perkataan-

perkataan yang telah dipelajari sebentar tadi. Seterusnya, murid-murid akan

menyanyikan lagu tersebut menggunakan perkataan-perkataan yang dipelajari tadi

secara beramai-ramai di dalam kelas dan kemudiannya secara berkumpulan.

Sementara itu, strategi yang kami ingin ketengahkan lebih berpusatkan murid dengan

menekankan aspek kemahiran berbahasa yang memerlukan respons dan tindak balas

daripada murid untuk menjayakan proses pdp dengan lancar. Strategi berpusatkan

murid ini kami cuba terapkan dalam pelbagai situasi tertentu seperti permainan suai dan

padan gambar, aktiviti nyanyian, bersoal jawab serta aktiviti membaca. Strategi ini lebih

bersifat holistik dan menyeluruh serta tidak mengenepikan mana-mana murid yang

kepelbagaian budaya, latar belakang mahupun murid yang pintar cerdas hingga murid

yang lemah. Penglibatan semua murid perlu dibabitkan bersama supaya mereka dapat

memperoleh suatu pengalaman belajar yang menyeronokkan.

Seperti yang diketahui sebelumnya, kumpulan kami telah melaksanakan tiga buah

aktiviti yang berbentuk aktiviti dengar dan sebut, aktiviti suai dan padan serta aktiviti

nyanyian. Melihat secara kasarnya, ketiga-tiga aktiviti tersebut tampak ringkas dan

mudah, namun begitu aktiviti ini bukan suatu perkara yang boleh dianggap remeh

kerana murid-murid yang menjadi sasaran kita ialah murid tahun 1. Justeru, sebagai

seorang guru, kami cuba belajar dengan menurunkan tahap tingkatan ilmu kami untuk

diselaraskan dengan murid-murid tahun 1 supaya aktiviti ini dapat berjalan dengan

jayanya.

11

Pengintegrasian amalan mesra budaya berjaya kami terapkan menerusi bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran yang kami gunakan. Sebagai contoh, dalam set induksi

kami cuba memaparkan 3 buah keluarga dari 3 buah kaum besar yang terdapat di

Malaysia, iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Elemen mesra budaya yang cuba kami

terjemahkan di sini lebih merujuk kepada apresiasi budaya dengan menghargai dan

menghormati bangsa lain yang terdapat di Malaysia. Selain itu, kami juga turut

menerapkan elemen-elemen budaya tersebut dalam fasa imaginasi dengan

menayangkan paparan slaid yang menunjukkan gambar keluarga yang terdiri daripada

pelbagai bangsa yang memakai pakaian kebudayaan masyarakat kaum masing-masing.

Di samping itu, kami juga turut menyediakan sebuah bahan pengajaran yang

berbentuk aktiviti suai dan padan yang menggunakan gambar-gambar keluarga yang

mengenakan busana tradisional kaum masing-masing sebagai apresiasi budaya di

Malaysia. Malah, setiap kad-kad perkataan yang digunakan oleh murid-murid untuk

melabelkan perkatan-perkataan yang sesuai dengan gambar tersebut mempunyai

perlambangan tertentu bagi mewakili 3 buah kaum terbesar di Malaysia, iaitu kaum

Merah diwakili dengan warna merah, sementara kaum India pula diwakili dengan warna

oren. Kaum Melayu diwakili dengan warna hijau.

Pengintegrasian budaya yang dapat dilihat dengan ketara adalah menerusi aktiviti

nyanyian yang dilaksanakan menggunakan elemen mesra budaya dengan

menggunakan melodi lagu ‘Sayang Kinabalu’ sebagai ‘hidangan utama’ untuk

menyanyikan ayat-ayat pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah

dipelajari tadi. Secara konklusi, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa elemen-elemen

mesra budaya berjaya kami terapkan dengan jayanya apabila murid-murid memberi

respon positif dengan permulaan set induksi yang berkesan dan diikuti pula oleh

kemuncak sesi pengajaran dan pembelajaran dengan nyanyian menggunakan melodi

lagu ‘Sayang Kinabalu’ sedikit sebanyak memberi suatu penghargaan dan apresiasi

kepada kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak tanpa mengenepikan etnik-etnik lain di

Malaysia.

Pengalaman yang mereka peroleh menerusi pembelajaran kali ini bukan sahaja

mencapai objektif domain kognitif yang digarisakan dalam objektif kita, tetapi besar

harapan kita yang mahu melahirkan sebuah masyarakat yang berjati diri serta

menghargai dan menghormati amalan budaya kaum-kaum lain yang terdapat di

Malaysia di samping mengamalkan semangat perpaduan dan rasa muhibah antara satu

sama lain.

12

4.0 REFLEKSI

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. “Asal Ditugal

Adalah Hasilnya”, saya mulakan ruangan tinta refleksi saya dengan kata-kata keramat yang

madang kali bermain-main dibibir orang-orang tua dahulu. Peribahasa itu amat bertepatan

dengan prakarsa-prakarsa yang istiqamah saya sisipkan bagi menghasilkan mutu tugasan

yang berkualiti, bahkan menjadi fokus santapan minda dan motivasi kepada saya dalam

memikirkan pendekatan yang terbaik dalam menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, segala

penat lelah yang telah saya gembleng bersama rakan saya untuk diimplimentasikan dalam

tugasan ini akhirnya dapat jua disiapkan tugasan ini dengan begitu jayanya.

Dalam ruangan ini juga, saya ingin berkongsi input-input yang sempat saya gali

sepanjang penglibatan saya dalam memurnikan tugasan saya kali ini. Dalam kerja kursus

ini, saya telah diarahkan oleh pensyarah kami bagi subjek EDU 3106, Puan Siti Romlah Binti

Yahya untuk melaksanakan tugasan projek yang melibatkan tiga tugasan besar yang perlu

diberi perhatian serius bagi menghidangkan santapan kognitif yang jitu, tepat serta koheran

pengisiannya. Tugasan pertama menuntut kami untuk membuat satu penulisan esei tentang

pembinaan persekitarann bilik darjah yang mesra budaya serta berfokus dengan menyentuh

empat elemen utama, iaitu kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan

pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, serta penaksiran dan penilaian

prestasi pelajar.

Sementara itu, tugasan kedua pula lebih bersifat penglibatan kerja berkumpulan. Dalam

kumpulan yang ditetapkan, kami bekerjasama untuk menyiapkan sebuah rancangan

pengajaran harian selama 30 minit mengikut subjek major kami, iaitu Bahasa Arab Sekolah

Rendah. Justeru, kami bersepakat untuk memilih topik ‘Keluargaku Bahagia’ di Tahun 1

sebagai isi pengajaran kami bagi merancang sebuah rancangan pengajaran harian.

Perancangan tersebut merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta

penerapan elemen mesra budaya perlu diimplementasikan bersama dala sesi pengajaran

dan pembelajaran tersebut. Seterusnya, menerusi perancangan tersebut kami perlu

melaksanakan pengajaran yang telah dirancang secara main peranan dalam kumpulan yang

sama dalam sesi tutorial. Tugasan terakhir pula berbentuk laporan sekitar perjalanan

pelaksanaan pengajaran di dalam kelas secara tersusun dan berstruktur.

13

Sepanjang saya melayari bahtera ilmu gelombang ombak badai dalam

menyempurnakan tugasan ini, saya memperoleh banyak manfaat dan mutiara pengajaran

yang dapat saya sisipkan bersama didalam ruangan tinta refleksi saya pada kali ini.

Antaranya ialah saya dapat mempelajari budaya kerja yang teratur, bersifat realistik serta

memupuk rasa persefahaman dalam bekerja didalam sebuah pasukan. Rasa

bertanggungjawab dan semangat komitmen yang diberikan sedikit sebanyak memberi impak

kelangsungan terhasilnya tugasan projek ini dengan jayanya.

Selain itu, saya juga berkesempatan untuk memperbaiki kemahiran komunikasi yang

dijalankan antara hubungan dua hala antara guru-murid dengan melaksanakan ‘lughatul

fasli’ (bahasa kelas) ketika sesi pengajaran berlangsung yang lalu. Saya juga mampu

mempersiapkan diri dengan beberapa ilmu, tips dan cara-cara untuk menarik perhatian

murid-murid dengan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang ingin

dirancang serta berpeluang menulis dan merangka sebuah rancangan pengajaran yang

lengkap bersama ahli-ahli kumpulan saya. Kesemua titipan hikmah yang berjaya peroleh ini

bakal melengkapkan diri saya sebelum turun padang ke pentas sebenar berpraktikum

selama sebulan tidak lama lagi.

Secara konklusinya, pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat saya terokai dalam

menyiapkan tugasan ini . Segala ilmu yang saya garapkan ini tidak akan saya persiakan

begitu sahaja kerana ilmu-ilmu yang diperolehi akan saya jadikan sumber terpenting dalam

menghadiri praktikum, Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS), amalan Praktikum,

mahupun bergelar sebagai seorang guru kelak, Insya Allah. Pepatah melayu ada

mengatakan, “Hendak Seribu Daya Tidak Hendak Seribu Dalih”.

14

5.0 RUJUKAN

Buku

Ahmad Mohd Salleh, (2011) Siri Pendidikan Guru: Kurikulum, Metodologi & Pedagogi Pendidikan Islam. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2012). Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2014). Siri Pendidikan Guru: Budaya & Pembelajaran. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

15