universiti teknologi malaysiaassets.utm.my/wp-content/uploads/2019/07/arahan-kepada... · web...

22
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ARAHAN KEPADA PETENDER SENARAI KANDUNGAN 1.0 AM............................................................ 2 2.0 DOKUMEN TENDER................................................ 2 3.0 TEMPOH KONTRAK................................................ 2 4.0 LAWATAN TAPAK................................................. 2 5.0 DOKUMEN MEJA TENDER........................................... 3 6.0 SENARAI KUANTITI.............................................. 3 7.0 PENCANGGAHAN DOKUMEN TENDER................................... 4 8.0 ADDENDA....................................................... 4 9.0 INTERPRETASI SECARA LISAN..................................... 4 10.0 NOTIS KEPADA PETENDER......................................... 5 11.0 BANTAHAN OLEH PETENDER........................................ 5 12.0 TEMPOH SAH TENDER............................................. 5 13.0 MAKLUMAT LATAR BELAKANG KEWANGAN DAN PRESTASI PETENDER........5 14.0 KRITERIA PENILAIAN............................................ 8 15.0 KEPUTUSAN TENDER ADALAH MUKTAMAD..............................9 16.0 PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN TENDER..............................9 17.0 PELARASAN HARGA DAN KADAR HARGA...............................9 18.0 TARIKH MEMULAKAN KERJA........................................ 9 19.0 BAYARAN PENDAHULUAN........................................... 9 20.0 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994 (AKTA PUNGUTAN LEVI 1996).........................................10 i

Upload: others

Post on 06-Feb-2021

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ARAHAN KEPADA PETENDER

SENARAI KANDUNGAN

1.0AM2

2.0DOKUMEN TENDER2

3.0TEMPOH KONTRAK2

4.0LAWATAN TAPAK2

5.0DOKUMEN MEJA TENDER3

6.0SENARAI KUANTITI3

7.0PENCANGGAHAN DOKUMEN TENDER4

8.0ADDENDA4

9.0INTERPRETASI SECARA LISAN4

10.0NOTIS KEPADA PETENDER5

11.0BANTAHAN OLEH PETENDER5

12.0TEMPOH SAH TENDER5

13.0MAKLUMAT LATAR BELAKANG KEWANGAN DAN PRESTASI PETENDER5

14.0KRITERIA PENILAIAN8

15.0KEPUTUSAN TENDER ADALAH MUKTAMAD9

16.0PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN TENDER9

17.0PELARASAN HARGA DAN KADAR HARGA9

18.0TARIKH MEMULAKAN KERJA9

19.0BAYARAN PENDAHULUAN9

1020.0AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994 (AKTA PUNGUTAN LEVI 1996)

1121.0BON PELAKSANAAN

1122.0IKLAN

23.0 PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN………………………………………………………………………..13

1.0 Am

1.1 Arahan Kepada Petender ini, dalam mana mempengaruhi perlaksanaan kontrak, hendaklah menjadi sebahagian daripada Kontrak.

2.0 Dokumen Tender

2.1 Setiap petender akan menerima satu (1) set dokumen lengkap.

2.2 Petender adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap dokumen tender yang dibelinya adalah lengkap dan jika terdapat apa-apa ketidaksempurnaan pada dokumen atau muka surat di dalam dokumen tender berkenaan berdasarkan semakan oleh petender dengan Senarai Kandungan Dokumen Tender dan Naskah Meja Tender, adalah menjadi tanggungjawab petender untuk merujuk kepada Bahagian Kontrak, Pejabat Harta Bina supaya pembetulan kepada ketidaksempurnaan tersebut dapat dibuat.

2.3 Petender adalah dikehendaki mengisi sepenuhnya perkara-perkara berikut yang menjadi sebahagian daripada tender iaitu :

a) Senarai Semakan Tender

b) Borang Tender

c) Ringkasan Tender & Senarai Kuantiti / Pecahan Harga Tender

d) Borang Maklumat Latar Belakang Petender (Borang A-GA)

(Merujuk kepada Senarai Semakan Mengemukakan Tender)

2.4 Kegagalan pihak Petender untuk menyerahkan sebarang dokumen seperti yang dinyatakan di atas boleh menyebabkan Tendernya ditolak.

2.5 UTM tidak akan dipertanggungjawabkan untuk atau membayar apa-apa kos atau perbelanjaan atau kerugian yang dialami oleh Petender di dalam penyediaan atau penghantaran Tender ini.

3.0 Tempoh Kontrak

3.1 Petender hendaklah mengisi tempoh siap kerja di dalam Borang Tender.

4.0 Lawatan Tapak

4.1 Lawatan tapak adalah sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan tender.

4.2 Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai Wajib, petender adalah diwajibkan untuk menghadiri lawatan tapak tersebut pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Kegagalan petender untuk menghadiri lawatan tapak akan menyebabkan petender gagal kelayakan untuk memasuki tender tersebut.

4.3 Jika dinyatakan lawatan tapak sebagai digalakkan, petender hanyalah dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan tendernya bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak kerja untuk menghargakan tender. Kesilapan menghargakan tender oleh petender disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

5.0 Dokumen Meja Tender

Naskah lengkap Dokumen Meja Tender boleh di rujuk di :

Tempat: Pejabat Bendahari, UTM

81310 Johor Bahru, Johor

Tarikh

: Mengikut kenyataan iklan tender

Masa

: i) Ahad Hingga Rabu

8.15 pagi – 12.30 tengahari

2.15 petang – 4.30 petang

ii) Khamis

8.15 pagi – 2.15 petang

6.0 Senarai Kuantiti

6.1 Senarai Kuantiti/Pecahan Harga Tender hendaklah dihargakan dengan menggunakan DAKWAT yang tidak mudah luntur. Jumlah amaun yang dihargakan dalam Senarai Kuantiti oleh Petender hendaklah sama dengan amaun yang dinyatakan di dalam Ringkasan Tender dan Borang Tender.

6.2 Sekiranya Petender tidak menghargakan sebarang item di dalam Senarai Kerja bagi Kerja Awalan atau meletakkan tanda (-) terhadap mana-mana item-item di dalam Senarai Kuantiti, nilai tersebut adalah dianggap telah termasuk di dalam kadar-kadar harga bagi item-item lain di dalam dokumen tersebut.

6.3 Petender Berjaya hendaklah, dalam masa 7 hari apabila diminta oleh Pegawai Penguasa bagi pihaknya mengemukakan pecahan terperinci unit harga untuk sebarang item, kumpulan item atau semua item yang terkandung di dalam Senarai Kuantiti. Pecahan harga tersebut hendaklah mengandungi harga untuk buruh, bahan, loji, peralatan dan sebagainya.

6.4 Tiada sebarang perubahan, tambahan atau nota yang tidak dibenarkan, boleh dibuat kepada Senarai Kuantiti ini yang mengubah teks yang tercetak.

7.0 Pencanggahan Dokumen Tender

Sekiranya Petender mendapati ada percanggahan di antara Lukisan Tender, Senarai Kuantiti/Pecahan Harga Tender atau/dan Spesifikasi, Petender tersebut hendaklah dengan serta merta merujuk kepada :

Pengarah Kerja

Pejabat Harta Bina

Universiti Teknologi Malaysia

81310 Johor Bahru, Johor

(u.p: Sr Ahmad Zulkepli b. Md. Tamami)

Yang akan menyelesaikan atau/dan mengarahkan yang mana perlu diikuti. Penyelesaian atau arahan tersebut hanya sah jika dibuat dalam bentuk Addenda secara rasmi seperti yang dinyatakan di dalam para 8 di bawah.

8.0 Addenda

Sebelum tarikh akhir bagi penyerahan Tender, Pegawai Penguasa boleh mengeluarkan Addenda untuk menerangkan atau membetulkan sebahagian atau keseluruhan Dokumen Tender. Setiap Addenda yang dikeluarkan akan diedarkan kepada Petender dan menjadi sebahagian daripada Dokumen Tender. Penerimaan setiap Addenda mestilah diberitahu melalui borang bukti penerimaan yang disertakan bersama-sama Addenda. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Tender berkenaan ditolak.

9.0 Interpretasi Secara Lisan

Interpretasi secara lisan kepada mana-mana bahagian Dokumen Tender atas permintaan atau/dan diterima Petender hendaklah tidak diambil kira sebagai membetulkan sebarang peruntukan dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Dokumen Tender. Sebarang pemberitahuan atau pembetulan kepada mana-mana bahagian di dalam Dokumen Tender akan dibuat secara bertulis oleh Pegawai Penguasa di dalam bentuk Addenda seperti yang dinyatakan di para 7 dan 8 di atas.

10.0 Notis kepada Petender

Setiap notis yang hendak diberi kepada Petender akan diposkan ke alamat yang dinyatakan dalam Sijil Pendaftaran CIDB/ Kementerian Kewangan dan pengeposan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian Notis yang sempurna.

11.0 Bantahan Oleh Petender

Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan Dokumen Tender, Spesifikasi, Lukisan dan/atau Senarai Kuantiti/Pecahan Harga Tender yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Petender dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh dokumen tender mula dijual. Bantahan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bantahan hendaklah dialamatkan kepada :

Pengarah Kerja

Pejabat Harta Bina

Universiti Teknologi Malaysia

81310 Johor Bahru, Johor

(u.p: Sr Ahmad Zulkepli b. Md. Tamami)

12.0 Tempoh Sah Tender dan Tindakan Tatatertib

Tender-tender hendaklah terus sah dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan Tender dan Pentendar tidak dibenarkan sama sekali menarik diri dalam tempoh tersebut. Petender adalah diingatkan bahawa Deposit Tender tidak diperlukan untuk Tender ini. Seandainya Petender menarik diri di dalam Tempoh Sah Tender atau sebarang tempoh yang dilanjutkan atau enggan menerima sesuatu tender setelah ditawarkan kepadanya, tindakan disiplin akan diambil terhadapnya di mana pendaftaran Petender sebagai Kontraktor dengan pihak UTM:

a) Akan digantung selama satu (1) tahun bagi kesalahan menarik diri sebelum keputusan tender,

b) Akan digantung selama dua (2) tahun setelah kontrak ditawarkan.

13.0 Maklumat Latar Belakang Kewangan dan Prestasi Petender

13.1 Petender-petender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian Tender ini akan mengambilkira dan mementingkan keupayaan petender untuk melaksanakan projek yang ditender, disamping kemunasabahan harga tender. Justeru itu keupayaan petender-petender akan dinilai semasa penilaian Tender. Penilaian ini akan dibuat berasaskan kedudukan kewangan, pengalaman, keupayaan teknikal dan prestasi kerja semasa petender sebagaimana dijelaskan dalam perkara 14.0.

13.2 Untuk membolehkan Penilaian ini dibuat Petender-petender WAJIB mengemukakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama tendernya :

(i) Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah, bagi dua (2) tahun kewangan berakhir.

(ii) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan petender bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Tender.

(iii) Laporan bank/institusi kewangan mengenai kedudukan kewangan petender, atas format seperti di BORANG CA.

(iv) Salinan Perakuan / Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang telah disiap dan disenaraikan seperti di BORANG D.

(v) Salinan BORANG KWSP ‘A’ bagi bulan caruman terakhir bagi setiap kakitangan teknikal atau salinan perjanjian perkhidmatan profesional yang diambil khidmat secara kontrak yang disenaraikan di BORANG E.

(vi) Salinan sijil kelulusan / kelayakan setiap kakitangan teknikal kategori A dan B yang disenaraikan di BORANG E.

(vii) Salinan Kad Pendaftaran atau dokumen-dokumen lain yang membuktikan keupayaan petender atau salinan perjanjian sewabeli/sewapajak atas loji dan peralatan yang disenaraikan di BORANG F.

(viii) Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi semasa Petender, bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan di BORANG G, atas format seperti BORANG GA dalam satu sampul berlakri.

(ix) Surat Akuan Pembida.

(x) Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat Surat Akuan Pembida.

(xi) Quality Assurance Certification (Jika ada).

(xii) Carta organisasi & senarai pekerja untuk melaksanakan kerja/perkhidmatan ini.

13.3 Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk membolehkan penilaian keupayaan yang sewajarnya dibuat ke atas petender. Dokumen-dokumen (i), (ii), (iii), (iv), (v), (vi), (vii), (viii), (ix) dan (x) adalah merupakan dokumen wajib. Petender hendaklah mengemukakan semua dokumen-dokumen wajib ini di dalam satu sampul berasingan yang berlabel sebagai ‘DOKUMEN WAJIB’ dan berlakri. Sekiranya petender tidak atau gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen ini, tender petender akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

13.4 Sekiranya petender gagal untuk mengemukakan salah satu atau sebahagian daripada dokumen-dokumen (iii), (iv), (v), (vi), dan (vii) maklumat dan data-data yang tidak dapat disemak kerana ketiadaan atau ketidak-cukupan dokumen-dokumen tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira dalam penilaian keupayaan petender yang berkenaan melainkan maklumat atau data-data tersebut membawa kesan negatif terhadap nilai keupayaannya.

13.5 Disamping mengemukakan dokumen-dokumen yang tersebut di atas petender-petender dikehendaki melengkapkan borang-borang berikut yang disertakan bersama Dokumen Tender ini, dengan sempurna dan mengembalikannya bersama-sama dengan tender masing-masing.

(a) BORANG A - SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN KEESAHAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PETENDER

(b) BORANG B-MAKLUMAT AM DAN LATAR BELAKANG

PETENDER

(c) BORANG C-DATA-DATA KEWANGAN PETENDER

(d) BORANG D-REKOD PENGALAMAN KERJA

(e) BORANG E-KAKITANGAN TEKNIKAL

(f) BORANG F-KEEMPUNYAAN LOJI

(g) BORANG G-SENARAI KONTRAK SEMASA

(h) BORANG GA-LAPORAN JURUTERA PROJEK/ PENYELIA

PROJEK ATAS PRESTASI KERJA SEMASA

PETENDER

Borang-borang ini hendaklah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan data-data yang tepat. Semua butiran perlu diisi dan jawapan yang jelas hendaklah diberikan terhadap semua pertanyaan di dalam borang-borang di atas. Jika perlu helaian tambahan boleh dilampirkan. BORANG A dan setiap helaian tambahan yang dilampirkan kepada borang-borang lain hendaklah ditandatangani oleh petender.

13.6 Semua maklumat dan dokumen-dokumen yang tersebut di atas hendaklah dikemukakan oleh petender bersama-sama tendernya sebelum tarikh tutup Tender dan Petender tidak dibenarkan untuk mengemukan apa-apa maklumat selepas tarikh tutup Tender tersebut. Sebarang maklumat atau mana-mana dokumen tersebut yang diterima selepas Tender ditutup tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan petender.

13.7 Sekiranya petender didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyembunyikan atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, tendernya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.

13.8 Petender juga dikehendaki untuk melengkapkan Senarai Semakan Mengemukakan Dokumen Wajib. Dokumen ini akan menjadi panduan semakan semula dan bukti penerimaan dokumen-dokumen wajib.

14.0 Kriteria Penilaian

14.1 Penilaian tender akan dibuat dalam dua peringkat berdasarkan pra-syarat dan kriteria-kriteria penilaian yang ditetapkan.

14.2 Penilaian Peringkat Pertama

14.0 Tender-tender yang diterima mestilah mematuhi beberapa pra syarat sebelum boleh dinilai di peringkat kedua. Pra-pra syarat yang telah ditetapkan ialah:-

i. Tender mestilah sempurna di mana pentender telah mematuhi syarat-syarat tender.

ii. Tender telah disertai dengan dokumen-dokumen wajib yang telah ditetapkan di para 13.3 di atas.

iii. Petender mempunyai aset mudah cair tidak kurang daripada 3% dari Anggaran UTM (kerja pembina).

iv. Petender mestilah tidak mempunyai projek-projek yang mana prestasi semasanya tidak memuaskan iaitu peratus kemajuan sebenar melebihi 30% terkebelakang dari jadual atau sedang menghadapi tindakan penamatan pengambilan kerja.

14.0 Hanya tender-tender yang memenuhi pra-syarat di atas sahaja yang akan dinilai diperingkat kedua.

14.0 Penilaian Peringkat Kedua

14.0 Kriteria penilaian bagi projek RM10 juta ke bawah, yang digunakan di peringkat kedua ialah petender mestilah mempunyai Keupayaan Pembiayaan dan Keupayaan Teknikal melebihi nilai minimum yang ditetapkan.

14.0 Bagi projek RM10 juta ke atas, Keupayaan Pembiayaan petender dikira berasaskan faktor berikut:

i. Bagi petender Syarikat Sdn. Bhd. atau mana-mana pentender yang mengemukakan Lembaran Imbangan

KB = [(I 0 x MP) + 1(5 x (NW-MP) @ (9 x KK)} ] - (0. 5 x NTBK)

di mana @ = yang mana lebih tinggi

Atau

ii. Bagi pentender bukan Syarikat Sdn. Bhd. dan tidak mengemukakan Lembaran Imbangan

KB = [(l 0 x WDTS) + (9 x KK)] - (0. 5 x NTBK)

MP =Modal Pusingan, iaitu perbezaan antara Aset Semasa dan Liabiliti Semasa petender seperti yang dinyatakan di dalam Lembaran Imbangan dan dicampur nilai positif perbezaan antara Wang Dalam Tangan Semasa dengan Wang Dalarn Tangan Dalam Lembaran Imbangan.

NW = 'Net worth' iaitu perbezaan antara Jumlah Aset dan Jumlah Liabiliti petender seperti yang dinyatakan dalam Lembaran Imbangan.

WDTS =Wang Dalam Tangan Semasa iaitu nilai positif purata baki akhir bulan dalarn Penyata Bulanan Bank bagi tiga bulan terakhir.

KK =Nilai Baki Kemudahan Kredit yang diperolehi atau layak diperolehi seperti yang dinyatakan dalam Laporan Bank atau Institusi Kewangan lain atas Borang CA, atau jumlah kasar nilai kemudahan kredit seperti yang dinyatakan oleh Bank/Institusi Kewangan (dalam borang selain dari Borang CA) tolak nilai negatif baki purata akhir bulan dalam Penyata Bulanan Bank bagi tiga bulan terakhir syarikat Sdn. Bhd.

NTBK = Jumlah Nilai Tahunan Baki Kerja Dalam Tangan, iaitu jumlah baki nilai kerja dalam tangan (termasuk kontrak baru yang diketahui akan diawardkan kepadanya) tidak terrnasuk Wang Kos Prima dan jumlah Peruntukan Sementara, yang perlu disiapkan oleh petender dalam tempoh satu tahun dari tarikh tutup Tender.

14.0 Keupayaan Teknikal diasaskan kepada kriteria berikut:

i. Pengalaman Kerja

Projek-projek yang disiapkan oleh petender sebagai Kontraktor Utama ataupun Sub-kontraktor Dinamakan akan dikira berdasarkan jumlah nilai projek-projek yang telah disiapkan (termasuk bahagian kerja semasa yang telah siap) dan nilai terbesar projek yang disiapkan.

ii. Kakitangan Teknikal

Markah yang akan dikira berdasarkan bilangan dan pengalaman kakitangan teknikal petender.

iii. Keempunyaan Loji dan Peralatan Asas

Markah yang akan dikira sebagai kriteria bonus berdasarkan bilangan loji dan peralatan asas petender yang sesuai untuk perkhidmatan ini.

15.0 Keputusan Tender Adalah Muktamad

UTM tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari petender-petender. Keputusan mengenai tender yang dikeluarkan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat mengenai keputusan tender ini tidak akan dilayan.

16.0 Penerimaan atau Penolakan Tender

16.0 UTM berhak untuk menolak mana-mana atau keseluruhan Tender. Mana-mana Tender yang tidak lengkap, tidak jelas atau tidak mematuhi arahan, tidak akan dipertimbangkan.

16.0 Pihak UTM adalah tidak terikat untuk menyetujuterima Tender terendah atau sebarang Tender dan juga tidak perlu memberikan sebarang alasan terhadap mana-mana Tender yang ditolak.

17.0 Pelarasan Harga dan Kadar Harga

Ringkasan Tender dan/atau Jadual Kadar Harga atau Senarai Kuantiti akan diteliti dan diselaraskan oleh UTM untuk memastikan kemunasabahannya, sebelum tender disetujuterima. Harga dan kadar harga yang diselaraskan hendaklah tidak mengubah jumlah harga di Borang Tender.

18.0 Tarikh Memulakan Kerja

Petender hendaklah mengambil perhatian bahawa kerja-kerja hendaklah dimulakan daripada Tarikh Milik Tapak sebagaimana dinyatakan dalam Surat Setuju Terima Tender. Dalam tempoh tersebut sebelum Tarikh Milik Tapak, kontraktor yang dilantik dikehendaki membuat persediaan perkhidmatan termasuk menyediakan pejabat tapak, mendapatkan bilangan pekerja, mesin dan peralatan yang mencukupi, penyediaan perancangan kerja dan menyelaras dengan pengguna bangunan. Pada tarikh milik tapak, kontraktor dikehendaki bersedia sepenuhnya untuk memulakan kerja/perkhidmatan sebagaimana dalam kontrak. Sekiranya petender gagal memulakan perkhidmatan sepenuhnya dari Tarikh Milik Tapak, Pegawai Penguasa boleh mengambil tindakan penamatan sejajar dengan peruntukan Syarat-syarat Kontrak.

19.0 Bayaran Pendahuluan

Bayaran pendahuluan kepada kontraktor akan dibuat selaras dengan peruntukan semasa Kerajaan.

20.0 Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta Pungutan Levi 1996)

20.1 Undang-undang, Peraturan dan Keperluan

Kontraktor hendaklah mematuhi Bahagian VIII Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 dan Peruntukan Industri Pembinaan (Pungutan levi) 1996 dan hendaklah mengemukakan satu pemberitahuan atas BORANG CIDB L1/96 kepada lembaga tidak lewat dari 14 hari setelah pengeluaran Surat Setujuterima / Surat Award atau apa-apa dokumen yang ditakrif sebagai penerimaan kontrak kerja atau tidak kurang dari 14 hari sebelum bermulanya kerja yang mana tarikh yang terdahulu.

20.2 Untuk Makluman

“Semua tender yang bernilai RM500,000.00 ke atas akan dikenakan Levi sebanyak 0.25% daripada jumlah kontrak kepada LPIPM sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 34(2) Akta 520. Kegagalan penender yang berjaya untuk membuat pembayaran akan mengakibatkan denda boleh dikenakan tidak melebihi RM50,000.00 dan tindakan sewajarnya ke atas pendaftarannya akandiambil. Pihak kontraktor hendaklah memastikan semua arahan dari LPIPM yang dikeluarkan dipatuhi sepenuhnya

21.0 Bon Pelaksanaan

Sebagaimana yang dinyatakan dalam Peruntukan Khas Kepada Syarat-syarat Kontrak, pentender boleh memilih untuk mengambil Bon Pelaksanaan dalam bentuk berikut:-

i) Jaminan Bank

ii) Jaminan Insurans

iii) Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada setiap bayaran Interim sehingga mencapai jumlah lima peratus (5%) dari Harga Kontrak (Untuk Kontrak Kerja sahaja).

Petender adalah dikehendaki menyatakan bentuk Bon Perlaksanaan yang akan diambilnya dalam Borang Tender iaitu samada bentuk Jaminan Bank / Insurans atau Wang Jaminan Perlaksanaan.

22.0 Iklan

Petender tidak dibenarkan menyiarkan sebarang maklumat mengenai tender di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telahpun dihantar kepada dan diluluskan oleh UTM terlebih dahulu.

23.0 Pelaksanaan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Dalam Perolehan Kerajaan

23.1 Petender adalah dikehendaki melaksanakan program SL1M dalam perolehan Kerajaan mengikut had nilai ambang (threshold value) dan sektor seperti berikut:

Bil.

Sektor

Nilai Ambang

1

Pembinaan

RM10 juta

2

Perkhidmatan Penyelenggaraan Bangunan/Infrastruktur/Jalan

RM5 juta

3

Teknologi Informasi dan Komunikasi

RM10 juta

4

Perkhidmatan Perundingan

RM5 juta

5

Perubatan dan Farmasi

RM10 juta

6

Perkhidmatan Sokongan Kesihatan

RM10 juta

7

Perkhidmatan Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih

RM10 juta

8

Pengangkutan dan logistik

RM10 juta

9

Pertahanan Strategik

RM10 juta

10

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

RM4 juta

11

Sektor Lain

RM10 juta

1% X Kos keseluruhan projek/perolehan

RM24,000*

· Elaun SL1M sebanyak RM2,000 seorang X 12 bulan

2. Petender adalah wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Untuk Melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia seperti di Lampiran SL1M bersama dengan Dokumen Tawaran Tender.

3. Surat Akuan Pembida Untuk Melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian tender. Sekiranya pembida gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut yang telah ditandatangani oleh penama di sijil *MOF/CIDB, pembida tersebut akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian (gagal mengemukakan dokumen wajib) dan penilaian seterusnya tidak akan dilaksanakan.

4. Sekiranya sesuatu kontrak yang menggunakan Wang Kos Prima atau Wang Peruntukan Sementara melebihi nilai ambang yang ditetapkan, Kontraktor Utama wajib memastikan klausa berkenaan pelaksanaan Program Skim Latihan 1Malaysia dimasukkan di dalam kontrak dengan Sub-Kontraktor Yang Dinamakan (NSC) dan/atau Kontraktor Domestik.

LAMPIRAN SL1M

SURAT AKUAN PEMBIDA UNTUK MELAKSANAKAN

PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

Kepada (UTM)

.................................................................................

..................................................................................

Tender : (Tajuk)

.............................................................................................................................

.....................................................................................................................

Saya ............................................................................ nombor kad pengenalan ........................................................................ yang mewakili syarikat ............................................................................................................. nombor pendaftaran

........................................................ (*MOF/CIDB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya akan melaksanakan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) jika dipilih untuk tender ini mengikut had nilai ambang (threshold value) dan bilangan minimum peserta program SL1M seperti yang ditetapkan di dalam syarat tender.

2. Sekiranya saya tidak melaksanakan program SL1M mengikut had nilai ambang (threshold value) dan bilangan minimum peserta setelah dipilih untuk tender ini, maka Kerajaan boleh mengambil tindakan ke atas syarikat saya berdasarkan syarat/klausa kontrak dan syarikat saya mungkin tidak akan dipertimbangkan untuk tender perolehan kerajaan pada masa yang akan datang.

Yang Benar,

.......................................................

(Nama dan No. Kad Pengenalan)

Cop Syarikat:

Catatan :i) *Potong mana yang tidak berkaitan

ii) Surat Akuan ini hendaklah ditandatangani oleh hanya penama di sijil pendaftaran MOF/CIDB

i

2

1