web 1.0 4.0

5
WEB Web 1.0 Web 1.0 adalah peringat awal evolusi web (world wide web) yang menggunakan pendekatan secara antara muka ( interfaces). Pengguna hanya boleh melihat kandungan laman web. Menurut Cormode, G. dan Krishnamurthy kandungan dalam web 1.0 ada agak kurang berbanding dengan jumlah pengguna yang ramai. Secara teknikal, web 1.0 merupakan laman web yang lebih tertutup dan tidak melibatkan penambahbaikan dalaman. Oleh sebab itu, informasi web 1.0 ini tidak dinamik kerana hanya pemilik web itu sahaja yang boleh melakukan kemas kini serta penambahbaikan. Web 1.0 adalah bersifat ‘read-only’. Maksudnya pengguna hanya melakukan pencarian maklumat. Kekurangan atau keterbatasan web 1.0 ini adalah pengguna (pengunjung web) harus melayari website tersebut dan perlu melihat satu persatu kandungan yang ada. Ciri-Ciri Web 1.0 Bersifat statik dan tidak dinamik Penggunaan frameset Menggunakan HTML Menggunakan Online Guestbook Butang GIF bersaiz 88x31 pixel dalam ukuran web untuk mempromosikan produk Web 2.0 Web 2.0 adalah hasil cetusan idea O’Reilly dan MediaLive International. Ia juga dikenali sebagai web semantik. Kelebihan web 2.0 adalah ia membolehkan pengguna internet untuk terlibat bersama- sama untuk membangun web. Satu kriteria utama web ini ialah pengunjung atau pengguna boleh membuat membuat penyelenggaraan dan

Upload: ilyana-zulkefli

Post on 11-Jun-2015

496 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web 1.0 4.0

WEB

Web 1.0

Web 1.0 adalah peringat awal evolusi web (world wide web) yang menggunakan

pendekatan secara antara muka ( interfaces). Pengguna hanya boleh melihat

kandungan laman web. Menurut Cormode, G. dan Krishnamurthy kandungan

dalam web 1.0 ada agak kurang berbanding dengan jumlah pengguna yang

ramai. Secara teknikal, web 1.0 merupakan laman web yang lebih tertutup dan

tidak melibatkan penambahbaikan dalaman. Oleh sebab itu, informasi web 1.0

ini tidak dinamik kerana hanya pemilik web itu sahaja yang boleh melakukan

kemas kini serta penambahbaikan. Web 1.0 adalah bersifat ‘read-only’.

Maksudnya pengguna hanya melakukan pencarian maklumat. Kekurangan atau

keterbatasan web 1.0 ini adalah pengguna (pengunjung web) harus melayari

website tersebut dan perlu melihat satu persatu kandungan yang ada.

Ciri-Ciri Web 1.0

Bersifat statik dan tidak dinamik

Penggunaan frameset

Menggunakan HTML

Menggunakan Online Guestbook

Butang GIF bersaiz 88x31 pixel dalam ukuran web untuk mempromosikan

produk

Web 2.0

Web 2.0 adalah hasil cetusan idea O’Reilly dan MediaLive International. Ia juga

dikenali sebagai web semantik. Kelebihan web 2.0 adalah ia membolehkan

pengguna internet untuk terlibat bersama-sama untuk membangun web. Satu

kriteria utama web ini ialah pengunjung atau pengguna boleh membuat

membuat penyelenggaraan dan penambahbaikan web ini. Inovasi dalam dunia

web semakin hari semakin berkembang pesat dan hasilnya muncul web 2.0 yang

telah berkembang pada sejak tahun 2004 dan telah digunakan secara meluas

pada masa sekarang ini. Web ini merupakan teknologi yang menyatukan

teknologi yang sedia ada iaitu dari web 1.0. Penyatuan dan penggabungan ini

adalah terdiri dari HTML, CSS, JavaScript, XML dan AJAX. Perkembangan web 2.0

lebih menekankan kepada perubahan corak berfikir dalam menyampaikan

kandungan dan persembahan dalam sebuah laman web. Web ini lebih menjurus

Page 2: Web 1.0 4.0

kepada ‘read and write’. Hasil daripada inovasi dan penambahbaikan telah

menjadikan web 2.0 ini lebih baik daripada web sebelumnya. Web 2.0

mempunyai inovasi dan ciri khas yang terbaru iaitu pengguna (pengunjung web)

boleh melihat suatu kandungan laman web tanpa harus mengunjungi kesemua

halaman untuk melihat satu persatu kandungan yang ada. Perkembangan web

2.0 merupakan sebuah aplikasi yang menggunakan aplikasi dalaman seperti

Windows. Contoh web 2.0 adalah facebook, Twitter, Flickr, Dropbox, Evernote,

iTunes, Skype dan sebagainya.

Ciri-Ciri Web 2.0

Uquibitious teknologi: Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri

dan berfungsi komputer desktop. Ia boleh digunakan terus melalui web

browser dan tidak memerlukan muat turun pada komputer. Contoh seperti

aplikasi javascript, java applets, dan yang sebagainya.

User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung

memberi pandangan, komen, menulis artikel seperti yang boleh didapati

dalam blog, forum, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Dalam

web 2.0, penggunjung boleh menjadi pelanggan (subscriber) dan

penyumbang (contributor).

Membolehkan pengguna berhubung antara satu sama lain. Platform yang

digunakan termasuklah MyBlogLog, untuk blogs, atau menjemput rakan

(add-a-friend) seperti pada Friendster atau MySpace.

Penggunaan RSS feed : Boleh memberi maklumat secara cepat kepada

pengunjung apabila laman dikemas kini. Pengunjung tidak perlu menaip

URL dan memeriksa website setiap hari sekiranya penulis telah menulis

artikel baru.

Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya

atau hanya sebahagian OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla,

sourceforge dan sebagainya.

Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya

untuk memberi kategori kepada webpage, links dan gambar.

Page 3: Web 1.0 4.0

Web 3.0

Web ini boleh dikatakan sebagai sebuah web yang bersifat intelektual (Artificial

intelligence). Aplikasi dalam talian menerusi laman web saling berinteraksi

antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, web 3.0 seolah-olah seperti

pembantu peribadi. Web berupaya memahami keperluan manusia dan boleh

memberi cadangan atau nasihat untuk menyediakan keperluan yang diinginkan.

Dengan menggunakan teknologi animasi 3D, kita boleh membuat profil avatar

yang sesuai dan kemudian melakukan aktiviti di dalam dunia maya seperti yang

berlaku dalam dunia nyata. Sering disebut bahawa web 3.0 ialah semantic web.

Istilah semantic web sendiri merupakan perkembangan web yang mana

kandungannya bukan sahaja disampaikan dalam format bahasa manusia

(natural language), tetapi juga dalam format yang dapat dibaca dan digunakan

oleh mesin (software). Contohnya, ketika kita hendak mencari maklumat

mengenai sebuah buku maka kita boleh mencari pada search engine hingga

berjaya mendapatkan info tentang buku tersebut.

Ciri-ciri web 3.0

SOAP

Simple Object Access Protocol merupakan kaedah untuk bertukar-tukar idea

berdasarkan XML melalui jaringan komputer untuk ke program yang lain.

REST

Representational state transfer adalah satu cara pembangun web untuk

membahagikan hypermedia seperti WWW.

WSDL

Format XML yang diterbitkan untuk menerangkan perkhidmatan web.

WDDX

Web Distributed Data Exchange merupakan satu mekanisme pertukaran data

dari sumber yang berbeza.

Realisasi Semantic Web

Page 4: Web 1.0 4.0

Semantic web merupakan bentuk baru web 3.0. yang menggunakan kaedah

buatan, web 3.0 diharapkan akan merealisasikan konsep semantic web menjadi

generasi selanjutnya dari WWW.

Web Sebagai Database

Database menggabungkan informasi yang banyak dalam pelbagai laman web ,

yang kemudian di integrasikan antara satu dengan yang lain dengan cara RDF.

Kesannya ,data semakin banyak dan juga pengguna dapat menerima info

secara spesifik serta tepat daripada data pengguna dari web yang lain.

Dapat disimpulkan untuk mewujudkan web 3.0, haruslah disokong oleh

teknologi yang mengintegrasikan informasi. Ia juga memiliki kemampuan

interaksi antara web dalam menyimpan data. Interaksi tidak hanya terjadi

antara pengunjung web saja, tetapi juga diantara website itu sendiri.

Web 4.0

Web 4.0 dianggap sebagai generasi terbaru di mana web ini menggabungkan

format 3D dengan web 3.0 atau lebih dikenali sebagai pragmatic web untuk

mewujudkan dunia maya seperti yang boleh didapati dalam bentuk aplikasi

permainan. Satu faktor utama dalam web 4.0 ialah ia menggunakan hak digital

yang mana akan menghalang penyalinan kandungan dalam web tersebut. Ia

juga mempunyai nilai yang tinggi bagi semua maklumat seperti hak cipta pada

filem, imej dan banyak lagi. Ini bermaksud kesemua kandungan dan informasi

adalah dilindungi.

Web 4.0 juga dikenali sebagai simbiotik web. Ia merupakan metadata yang

mengurus manusia dan mesin untuk interaksi. Ini adalah untuk membina lebih

banyak komunikasi antara muka seperti kawalan minda. Walau bagaimanapun

web 4.0 masih lagi dalam proses pembinaan dan sehingga setakat ini belum ada

lagi definisi yang tepat untuk menggambarkan apakah sebenarnya web 4.0 ini.