watak utama novel azfa hanani

2
WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI A) AZFA HANANI Azfa Hanani berumur 19 tahun. Ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dia masih kecil. Sejak dari kecil dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya yang hanya bekerja sebagai seorang penoreh getah. Dia belajar di Sekolah Menengah Sri Dian bermula dari tingkatan empat. Semasa di tingkatan lima dia telah bertukar ke Sekolah Menengah Taman Sari setelah dia bersetuju dengan tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Dai mempunyai empat orang adik sepupu termasuk seorang yang lumpuh iaitu Zuraini. Di Sekolah Menengah Taman Sari dia telah bekawan dengan sepupu Tengku Murni iaitu Tengku Elliana. Dia diminta menyemar sebagai tengku Murni, anak kepada Datin Maziah yang terbunuh akibat kemalangan jalan raya. Setelah identitinya diketahui oleh Datin Maziah, dia dihalau dari rumah. Namun demikian dia diterima semula setelah dia mengetahui bahawa ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam kemalangan jalan raya akibat daripada kelalaian Datuk Tengku Makmur sendiri. Manakala Azfa Hanani pernah disusui seketika selepas kematian ibu bapanya. Antara perwatakan Amira ialah seorang yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dalam peperiksaan SRP dia hanya pendapat keputusan P7 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Semasa belajar di Sekolah Menengah Taman Sari, Azfa Hanani tidak dapat membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawan yang lain dapat bertutur dengan lancar. Namun semasa mata pelajaran Fizik pula Azfa Hanani dapat menjawab dengan lancar dan yakin. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa belajar Bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca semasa berada di rumah Datin Maziah. Azfa Hanani juga merupakan seorang yang prihatin terhadap tekanan hidup orang lain. Keprihatinannya dapat diperhatikan daripada tindakan Azfa Hanani apabila dia memahami keadaan pak longnya yang dibelenggu kemiskinan. Dia tahu pendapatan pak longnya sebagai penoreh getah tidak dapat menampung belanja persekolahannya. Oleh yang demikian dia bersedia untuk diberhentikan daripada persekolahannya. Azfa Hanani juga prihatin terhadap tekanan perasaan yang dialami oleh Datin Maziah setelah diceritakan oleh Tengku Mazran. Oleh yang demikian dia telah menerima permintaan Tengku Mazran untuk menolong ibunya dengan menyamar sebagai anak kesayangan Datin Maziah iaitu Tengku Murni. Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang tabah dalam menempuh cabaran hidup. Sikap ini terserlah sejak dari awal cerita. Azfa Hanani yang memahami keadaan pak longnya yang miskin sanggup berulang-alik ke sekolah setiap hari dengan menggunakan bas. Jarak antara rumahnya ke sekolah ialah lima belas kilometer. Dia tidak menginap di asrama kerana memerlukan perbelanjaan. Wang biasiswanya digunakan untuk membayar yuran dan langganan bulanan bas sekolah. Semasa tiba di rumah Datin Maziah, dia tabah menerima ejekan dan penghinaan daripada Tengku Muzaffar. Pengarang novel ini juga menggambarkan Azfa Hanani seorang yang penyayang terhadap keluarga. Apabila Azfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk pergi ke rumah Datin Maziah, dia

Upload: shira96

Post on 28-May-2015

824 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI

WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANIA)    AZFA HANANI

Azfa Hanani berumur 19 tahun. Ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dia masih kecil. Sejak dari kecil dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya yang hanya bekerja sebagai seorang penoreh getah. Dia belajar di Sekolah Menengah Sri Dian bermula dari tingkatan empat. Semasa di tingkatan lima dia telah bertukar ke Sekolah Menengah Taman Sari setelah dia bersetuju dengan tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Dai mempunyai empat orang adik sepupu termasuk seorang yang lumpuh iaitu Zuraini. Di Sekolah Menengah Taman Sari dia telah bekawan dengan sepupu Tengku Murni iaitu Tengku Elliana. Dia diminta menyemar sebagai tengku Murni, anak kepada Datin Maziah yang terbunuh akibat kemalangan jalan raya. Setelah identitinya diketahui oleh Datin Maziah, dia dihalau dari rumah. Namun demikian dia diterima semula setelah dia mengetahui bahawa ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam kemalangan jalan raya akibat daripada kelalaian Datuk Tengku Makmur sendiri. Manakala Azfa Hanani pernah disusui seketika selepas kematian ibu bapanya.

Antara perwatakan Amira ialah seorang yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dalam peperiksaan SRP dia hanya pendapat keputusan P7 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Semasa belajar di  Sekolah Menengah Taman Sari, Azfa Hanani tidak dapat membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawan yang lain dapat bertutur dengan lancar. Namun semasa mata pelajaran Fizik pula Azfa Hanani dapat menjawab dengan lancar dan yakin. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa belajar Bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca semasa berada di rumah Datin Maziah.

Azfa Hanani juga merupakan seorang yang prihatin terhadap tekanan hidup orang lain. Keprihatinannya dapat diperhatikan daripada tindakan Azfa Hanani apabila dia memahami keadaan pak longnya yang dibelenggu kemiskinan. Dia tahu pendapatan pak longnya sebagai penoreh getah tidak dapat menampung belanja persekolahannya. Oleh yang demikian dia bersedia untuk diberhentikan daripada persekolahannya. Azfa Hanani juga prihatin terhadap tekanan perasaan yang dialami oleh Datin Maziah setelah diceritakan oleh Tengku Mazran. Oleh yang demikian dia telah menerima permintaan Tengku Mazran untuk menolong ibunya dengan menyamar sebagai anak kesayangan Datin Maziah iaitu Tengku Murni.

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang tabah dalam menempuh cabaran hidup. Sikap ini terserlah sejak dari awal cerita. Azfa Hanani yang memahami keadaan pak longnya yang miskin sanggup berulang-alik ke sekolah setiap hari dengan menggunakan bas. Jarak antara rumahnya ke sekolah ialah lima belas kilometer. Dia tidak menginap di asrama kerana memerlukan perbelanjaan. Wang biasiswanya digunakan untuk membayar yuran dan

Page 2: WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI

langganan bulanan bas sekolah. Semasa tiba di rumah Datin Maziah, dia tabah menerima ejekan dan penghinaan daripada Tengku Muzaffar.

Pengarang novel ini juga menggambarkan Azfa Hanani seorang yang penyayang terhadap keluarga. Apabila Azfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk pergi ke rumah Datin Maziah, dia sayang untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana desakan hidup dia tetap pergi ke rumah tersebut. Semasa di rumah Datin Maziah, dia terasa rindu kepada pak longnya sekeluarga. Dia telah menulis surat kepada mereka untuk bertanya khabar. Azfa Hanani juga menyatakan perasaan rindu tersebut kepada Tengku Mazran dan Syafinaz. Dia diberikan telefon untuk menghubungi pak longnya di kampung. Semasa pak longnya bersama Zuraini pulang dari Jakarta, Azfa Hanani terlelu ingin ke lapangan terbang untuk menemui mereka.

Selain daripada itu Azfa Hanani merupakan seorang remaja yang pasrah dan reda dalam menerima ketentuan atau takdir terhadap dirinya. Semasa hidup di kampung bersama pak longnya, Azfa Hanani sudah membayangkan bahawa dia akan diberhentikan daripada persekolahan akibat daripada kesempitan hidup. Dia dapat menerima kenyataan itu kerana sifat prihatin dan faham akan keadaan pak longnya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah. Semasa di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani juga telah bersedia menerima apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi sekiranya Datin Maziah tahu bahawa dia menyamar sebagai Tengku Murni.

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang rajin berusaha untuk menuntut ilmu. Dia sedar bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli buku. Dia juga tidak sanggup untuk meminta daripada bapa saudaranya pak long mengenangkan kehidupan mereka yang dihimpit kemiskinan. Namun oleh kerana keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan semasa di Sekolah Menengah Sri Dian. Dia berjanji akakn memulangkan buku-buku berkenaan setelah dia habis menelaah. Ekoran daripada tindakannya, dia sanggup menanggung risiko tindakan disiplin ke atasnya setelah kehilangan buku di perpustakaan disedari oleh guru.

Perwatakan lain yang ada pada diri Azfa Hanani ialah sentiasa merendah diri. Dia selalu ingat bahawa dia adalah daripada keluarga yang miskin. Walaupun dia berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin. Kikap merendah dirinya pernah ditegur oleh Syafinaz. Selain daripada itu, ramai kawan-kawan sekelasnya memuji tentang suaranya yang lunak dan menggalakkan dia menjadi seorang juruhebah. Namun dia tidak berasa megah dengan pujian tersebut. Dia telah diumumkan sebagai pengerusi terbaik dalam pertandingan forum remaja peringkat negeri. Namun dia menganggap kejayaanitu adalah kejayaan kumpulannya.

Page 3: WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI