wasatiyyah

Upload: mohd-anuar

Post on 16-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    1/18

    1

    Pendekatan Wasatiyyah(Sederhana) dalam Pembinaan

    Fiqh Kontemporari

    *Noor Naemah Abdul Rahman, **Mohammad Aizat Jamaludin & ***Mohd Anuar

    Ramli*

    *Prof Madya Datin, Pensyarah, (PhD), Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti

    Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. E-mel: [email protected].** Pegawai Penyelidik Sosial, Msh. Laboratori Polisi dan Pengurusan, Institut Penyelidikan Produk

    Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia.***Pensyarah, (PhD), Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603

    Kuala Lumpur, Malaysia. E-mel: [email protected].

    Pengenalan

    Keperluan kepada fiqh kontemporari bagi masyarakat Islam sekarang ini berada

    pada tahap yang mendesak. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh

    menyebabkan banyak agenda kemajuan masyarakat menjadi terbengkalai atau

    sebaliknya pengaruh fiqh dalam masyarakat akan bertambah pudar. Bagi

    memenuhi keperluan ini pelbagai pihak perlu memikul tanggungjawab bagi

    menjamin reformasi dan transformasi fiqh Islam berlaku dengan lancar dan

    sistematik.

    Era kemajuan sains dan teknologi yang dialami oleh masyarakat Islam kini

    telah menimbulkan banyak persoalan baharu dalam pelbagai aspek dan bidang

    kehidupan. Ia bukan sahaja mencabar warisan tradisi masyarakat dan agama,

    tetapi juga nilai hidup kontemporari. Kemajuan ini telah mengakibatkan

    perubahan yang ketara dalam banyak perkara sama ada dari segi fizikal atau

    material dan juga dari segi moral dan spiritual, malah mencabar nilai intelektual.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    2/18

    2

    Secara umumnya persoalan baharu ini tidak pernah ada pada waktu hukum Islam

    disimpulkan dalam kitab-kitab fiqh klasik. Ia benar-benar bersifat semasa dan

    juga tidak pernah diketahui oleh para fuqaha terdahulu, malah sesetengahnya

    mungkin tidak pernah terfikir oleh mereka akan berlaku pada zaman mendatang.

    Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruhnya, terutama

    para ulama dan intelektual untuk mencari jawapan hukum yang kontemporari ini

    berasaskan nilai-nilai yang semasa selagi tidak bercanggah atau keluar dari

    kehendak nas atau objektif syarak. Transformasi yang akan dilakukan bukan

    sekadar melibatkan penjenamaan semula terhadap produk ijtihad silam, bahkan

    ia merupakan hasil istinbat baharu berasaskan manhaj dan garis panduan yang

    disusun serta ditetapkan oleh ulama silam. Dengan kata lain, ia bukanlah sebuah

    perubahan secara kosmetik.1

    Konsep Fiqh Kontemporari

    Perkataanfiqh berasal dari bahasa Arab, iaitu bentuk masdar (verbal noun) dari akar

    kata bentuk madi (past tense) faquha yang secara etimologi bererti memahami,

    mengerti, mengetahui, dan menuntut ilmu.2 Kata fiqh juga dianggap sinonim

    dengan kata ilmu. Dalam pengertian istilah, perkataan fiqh mengalami beberapa

    peringkat pemaknaan. Dari satu istilah yang bersifat inklusif yang merangkumi

    1 Mahmood Zuhdi Hj Ab. Majid. 1997. Hukum Islam Semasa Di Malaysia: Prospek Dan

    Cabaran, Syarahan Perdana.Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h. 7.

    2

    Muhammad b. Abi Bakr Abd al-Qadir al-Razi (1997), Mukhtar al-Sihhah, Beirut: Dar al-Fikr al-Arabi, h. 225.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    3/18

    3

    semua ilmu Islam bertukar secara evolusi menjadi istilah yang eksklusif. Ia hanya

    menjurus ke arah aspek praktikal perbuatan manusia sahaja. Dalam huraian

    ulama usul (Usul al-Fiqh) ia difahami sebagai : memahami hukum-hukum amali

    Syarak berasaskan dalil-dalil yang terperinci.3 Sedangkan menurut ulama furu

    (Fiqh), ia dijelaskan sebagai hukum-hukum Syarak yang berbentuk praktikal

    (amali) yang berhubungkait dengan perbuatan mukallaf sama ada hukum itu

    diketahui secara langsung dari nas Syarak atau melalui ijtihad.4Sejajar dengan itu,

    fiqh hanya terbatas kepada hukum-hukum amali sahaja iaitu hukum yang

    berkaitan dengan perbuatan manusia baik secara fizikal seperti makan minum

    dan seumpamanya ataupun secara moral seperti niat.

    Dengan mengambilkira hubungan konsep fiqh dan hukum ini, maka

    dapatlah dirumuskan fiqh adalah memahami khitab (Misi) Allah yang

    didatangkan secara langsung atau tidak langsung oleh Allah SWT melalui Rasul-

    Nya berbentuk wahyu yang berkaitan dengan perbuatan orang-orang mukallaf

    yang terkandung sepenuhnya dalam al-Quran dan al-Sunnah.

    Wahyu ini bersifat muqaddas, mutlaq, komprehensif, alami dan abadi.

    Namun begitu, misi yang terkandung dalam wahyu itu sendiri tidak boleh

    diketahui dengan jelas kecuali melalui kefahaman manusia. Kerana itulah ia

    hanya merupakan satu tanggungjawab yang eksklusif yang hanya menjadi

    tanggungjawab seorang mukallaf berkelayakan yang mempunyai pemikiran

    3

    Al-Syawkani (1937), Irsyad al-Fuhul, Kaherah: Matbaah al-Halabi, h. 3.4 Lihat al-Ghazali (t.t.), Ihya Ulum al-Din, Kaherah, j. 1, h. 32.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    4/18

    4

    matang dan sempurna. Lantaran dari kepelbagaian pemahaman para ulama

    tersebut, lahirlah berbagai-bagai huraian dan pandangan fiqh yang mana

    akhirnya membentuk mazhab fiqh.

    Manakala istilah kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa

    atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu), pada masa kini.5Ia merujuk kepada

    suatu batasan masa tertentu yang bersifat kesemasaan. Nilai kesemasaan ini

    bersifat nisbi. Tiada waktu atau tahun tertentu. Hari ini bersifat semasa, tetapi

    dalam masa akan datang mungkin akan dikategorikan sebagai lapuk. Dalam

    penulisan ini, konotosi kontemporari bermakna tempoh waktu dalam abad ke 21,

    iaitu pada ketika ini.

    Dalam abad ke-21, kemajuan manusia semakin kompleks, yang mana

    timbul isu-isu baharu dalam masyarakat dan ia mencabar kerelevanan fiqh Islam

    sebagai solusi yang progresif. Ia melibatkan penemuan-penemuan baharu

    dalam kehidupan manusia merentasi kemajuan teknologi pemprosesan makanan,

    farmaseutikal dan perubatan, kejuruteraan genetik, genom, stem sel dan

    sebagainya. Perkara ini tiada perbincangan atau huraian khusus dalam kalangan

    ulama silam.

    Selaras dengan dengan penemuan baharu, ada beberapa pandangan dalam

    hukum fiqh yang tidak lagi sesuai dan ijtihad baharu bagi membina fiqh kontemporari

    5

    Noresah Baharom et al. (eds.) (2005), Kamus Dewan. e. 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, h. 818.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    5/18

    5

    perlu dilakukan. Dalam isu haiwan belangkas, pada asalnya kebanyakan sarjana

    hukum Islam-Melayu klasik telah memutuskan hukum memakannya adalah

    haram kerana ia digolongkan dalam kategori haiwan dua alam, darat dan air.

    Namun begitu, berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

    Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21

    Februari 2011 telah membincangkan masalah tersebut dengan terperinci dan telah

    memutuskan seperti berikut: (www.e-fatwa.gov.my)

    1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang

    dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qatie yang

    mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air

    menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam

    dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu

    alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak

    boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

    2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama yang

    menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan

    tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah

    bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur

    belangkas adalah diharuskan.

    Hal ini menunjukkan perubahan hukum yang pada asalnya tidak boleh

    dimakan kepada harus adalah berasaskan kajian saintifik yang membuktikan

    haiwan ini bukan dikategorikan sebagai haiwan dua alam. Belangkas adalah

    haiwan Arthropoda di bawah kumpulan primitif, Chelicerata. Ia adalah haiwan

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    6/18

    6

    invertebrat yang mempunyai rangka luar, badan bersegmen, dan anggota

    bersendi.

    Begitu juga dengan isu penggunaan new water bersumberkan sisa

    kumbahan yang diproses kembali. Isu ini timbul apabila masyarakat keliru

    terhadap status air tersebut yang dipercayai dikategorikan sebagai najis dan

    menjijikkan. Walaupun begitu, dengan bantuan sains dan teknologi, persepsi

    tersebut disangkal apabila kajian saintifik membuktikan penggunaan new water

    tersebut adalah harus untuk digunakan setelah ia melalui beberapa proses

    pembersihan dan penyucian serta berubah menjadi bersih.

    Dengan erti kata lain, fiqh kontemporari boleh dikatakan sebagai

    pemahaman daripada khitab(misi) Allah yang berlandaskan pentafsiran semasa di

    samping mengambilkira realiti semasa dan setempat. Ini dilakukan dengan

    menggunakan kaedah dan metodologi yang berkaitan sepertimana yang digaris

    dan dihuraikan oleh para ulama terdahulu dalam kitab-kitab usul al-fiqh. Ia

    bukanlah suatu metode atau manhaj ijtihad baharu yang berbeza dengan

    kerangka ulama usulsilam, sebaliknya penilaian terhadap hukum berasaskan nilai

    dapatan baharu.

    Penilaian semula kefahaman atau pandangan ulama terdahulu dengan

    mengambilkira segala keilmuan yang tidak terbatas kepada bidang agama sahaja

    tetapi juga mengambilkira nilai keilmuan semasa dalam bidang sains dan

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    7/18

    7

    teknologi khususnya dalam bidang biologi, kimia, fizik, dan lain-lain berserta nilai

    intelektual seperti nilai-nilai psikologi, sejarah, politik, ideologi dan lain-lain.

    Dalam masa yang sama turut mengambil kira realiti hidup masyarakat sama ada

    dalam masalah sosioekonomi, kebudayaan, interaksi sosial dan sebagainya. Ini

    kerana adalah penting menentukan hukum berasaskan kepada world view

    semasa.6 Selain menilai isu yang lama, isu baharu turut menjadi fokus

    perbincangan fiqh kontemporari.

    Apabila dikaitkan manhaj wasatiyyah dengan Fiqh Kontemporari, ia

    merujuk kepada pendekatan yang sederhana, iaitu di antara dua aliran, iaitu yang

    terlalu ketat dan terlalu longgar dalam berinteraksi dengan fiqh Islam. Kelompok

    pertama bersifat melindungi turath dan tidak terbuka dengan ijtihad semasa

    dan menerima koleksi fiqh silam sepenuhnya sebagai sumber rujukan dalam

    meniti arus perubahan sosio budaya masyarakat dan perkembangan zaman.

    Kelompok kedua pula, ghairah meninggalkan semua koleksi fiqh silam dan obsesi

    terhadap ijtihad baharu walaupun tidak mempunyai keahlian yang mencukupi.

    Dua situasi yang bertentangan ini merupakan ancaman besar terhadap fiqh Islam,

    iaitu antaranya ekstremisme dan liberalisme.7 Justeru, dengan pendekatan

    sederhana, ancaman negatif pihak yang pertama dan kedua dapat dihindari. Fiqh

    Islam akan terus kekal relevan dengan perubahan zaman dan makan.

    6 Mohamad Kamil Abd Majid, (2000), Tajdid : Perspektif Sejarah dan Masa Kini, Kuala Lumpur :

    Penerbitan UM, h. 98.7

    Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid. Wasatiyyah Sebagai Strategi Menangkal Ekstremisme diMalaysia dalam http://www.wasatiyyah.my/?p=825/ diakses pada 9 September 2013.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    8/18

    8

    Lapisan Arkeologi Bangunan Hukum Islam

    Untuk meneliti khazanah perbendaharaan fiqh Islam, ia boleh dilihat dalam

    lapisan arkeologi bangunan fiqh Islam. Istilah Arkeologi Ilmu diperkenalkan oleh

    Michael Foucault8 dan diperkembangkan oleh Arkoun melalui metode

    dekonstruksi-rekonstruksi dalam karya-karyanya.9 Pengkaji hanya meminjam

    istilah sahaja tidak pemikiran dan pendekatan mereka. Pinjaman ini dilakukan

    untuk melihat realiti wacana keilmuan Islam khususnya fiqh dan disiplin ilmu

    Islam yang lain seperti Tafsir, Hadis dalam khazanah perbendaharaan silam.

    Dalam bahagian ini, pengkaji hanya menfokuskan kepada ilmu fiqh sahaja. Ia

    dapat dilihat dalam lapisan arkeologi ilmu fiqh seperti rajah 1 di bawah.

    Rajah 1: Lapisan Arkeologi Ilmu Fiqh

    8 Michael Foucault (1972), The Archeology of Knowledge. (terj.) A.M. Sheridan Smith, London:

    Tavistock Publications, hh. 138-140.

    9 Muhammad Arkun (1985), al-Fikr al-Arabi. (terj.) Adil al-Awwa, c. 3, Mansyurat Uwaydat;

    Muhammad Arkun (t.t.), al-Fikr al-Islami: Naqdun wa Ijtihadun. (terj.) Hasyim Salih, c. 2, London:Dar al-Saqi.

    LAPISAN ORTODOKSI

    LAPISAN SKHOLASTIK

    LAPISAN PURISTIK

    Taqlid

    Ijtihad

    Al-Quran & al-Sunnah

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    9/18

    9

    Meneliti lapisan arkeologi ilmu fiqh dalam khazanah perbendaharaan umat

    Islam seperti mana ilustrasi dalam rajah 1, ia dapat dibahagikan kepada tiga

    lapisan yang utama, iaitu:10

    a. Lapisan Puristik (murni), iaitu pada zaman Rasulullah SAW yang mana

    sumber utama penyelesaian hukum Islam adalah berasaskan wahyu

    Ilahi, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Hukum yang diturunkan adalah

    dalam bentuk praktikal dan penyelesaian masalah semasa. Jadi, zaman

    ini merupakan lapisan yang murni dan menjadi asas kepada sumber

    hukum zaman kemudian. Campur tangan Sahabat adalah minimum

    kerana wahyu menjadi pemutus dalam ijtihad yang berlangsung.

    Koleksi hukum pada zaman ini amat minimum dan terbatas. Ia boleh

    dirujuk dalam ayat-ayat hukum dan hadis hukum kerana sumbernya

    adalah terbatas al-Quran dan al-Sunnah.

    b. Lapisan Skholastik (kesarjanaan), iaitu zaman kegemilangan hukum

    Islam yang mana dirintis oleh pelajar Baginda SAW iaitu para Sahabat,

    kemudiannya diperturunkan kepada para Tabiin, seterusnya

    dikaderkan golongan Tabi al-Tabiin dan generasi berikutnya. Dalam

    lapisan ini, khazanah hukum Islam berkembang dengan pesat. Ini

    disebabkan tertutupnya pintu wahyu dan terbukanya pintu ijtihad.

    Ijtihad menjadi medium penetapan hukum utama. Pelbagai sumber

    10

    Ilyas Supena & M. Pauzi (2002), Dekonstruksi dan Rekonstruksi Hukum Islam. Yogyakarta: GamaMedia, hh. 80-96.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    10/18

    10

    hukum yang disepakati dan tidak disepakati muncul pada fasa ini.

    Begitu juga dengan penyeragaman resam Uthmani bagi al-Quran,

    pembukuan al-Sunnah, kemudiannya kelahiran mazhab-mazhab fiqh,

    penulisan kitab-kitab tafsir, syarah hadis dan fiqh klasik. Fasa ini

    digelar sebagai zaman keemasan umat Islam. Zaman ini juga bermula

    munculnya kecenderungan awal aliran al-raky dan al-athar dan

    kemuncaknya zaman kelahiran mazhab. Berbagai aliran dan mazhab

    yang lahir dengan manhaj istinbat yang bervariasi.

    c.

    Lapisan Ortodoksi, iaitu zaman kemunduran hukum Islam yang mana

    ia diwarnai dengan gejala taqlid. Dalam fasa ini tiada lagi mazhab baru

    dilahirkan dan ulama yang terkemudian menisbahkan diri mereka

    dengan mazhab-mazhab imam terdahulu. Wacana fiqh dalam lapisan

    ini berbentuk tradisi; i) syarhiaitu huraian kepada matan yang ringkas;

    ii) hasyiyahiaitu huraian tambahan dipinggiran teks; iii) mukhtasar iaitu

    ringkasan bagi teks yang panjang, dan iv) tahqiq dan taliq iaitu

    komentar terhadap teks. Selain keilmuan fiqh yang malap, zaman ini

    juga menandakan permulaan gerakan orientalis untuk mengkaji

    keislaman dan ketimuran dalam rangka menimbulkan kekeliruan

    terhadap umat Islam dengan cara yang licik lagi halus melalui

    penawaran doktrin sekular dan liberal dalam masyarakat Islam.

    Penyusupan pemikiran golongan ini memberi kesan negatif terhadap

    fiqh Islam.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    11/18

    11

    Sehubungan dengan itu, dalam proses menggali lapisan khazanah

    pemikiran hukum Islam ini, tidak wajar bangunan ini diruntuhkan (destruksi atau

    dekonstruksi) kerana ia belum menjadi lapisan fosil yang membatu, sebaliknya

    sentiasa dinamis bagi memenuhi keperluan semasa kehidupan manusia.

    Justeru, dalam konteks ini, pendekatan deconstruction a contrario boleh

    digunapakai. Kebiasaannya pendekatan destruksi dan dekonstruksi-rekonstruksi

    (penghancuran dan pembongkaran-pemasangan) ini diaplikasi untuk meroboh

    khazanah hukum Islam dan pandangan ulama. Tetapi dengan menggunakan

    pendekatan deconstruction a contrario, pembongkaran bertentangan dilakukan. Ia

    bukan terhadap karya dan pandangan fiqh sama ada dalam lapisan skholastik

    mahupun ortodoksi sebaliknya ia dilakukan terhadap karya-karya dan pemikiran

    orientalis yang merangkumi aspek pensejarahan umat Islam, pengajian al-Quran,

    hadis dan fiqh. Karya orientalis tidak wajar dijadikan sebagai rujukan utama

    tentang gambaran umat dan hukum Islam, sebaliknya perlu berhati-hati dalam

    penerimaannya. Pengetahuan yang bersifat pseudo-knowledge mesti dimansuhkan

    dan dilupuskan daripada lapisan arkeologi ilmu fiqh.

    Dalam masa yang sama, pandangan golongan tekstualis dan kontekstualis

    perlu diimbangi dengan pandangan wasatiyyahagar masyarakat Islam tidak terus

    jumud dan kaku dalam menghadapi arus kemajuan kerana takut dengan

    perubahan di samping tidak terus terlerai ikatan dan bebas jauh dari nilai syariat

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    12/18

    12

    kerana tunduk kepada tuntutan perubahan zaman. Sewajarnya perubahan itu

    ditangani dengan baik bagi mendatangkan manfaat dan menghindari

    kemudaratan kepada masyarakat Islam.

    Dalam hal ini, Islam bertujuan membimbing perubahan itu supaya selaras

    dengan ajarannya. Yang penting ialah untuk memahami bahawa intipati dan

    intisari dari ajaran al-Quran dan al-Sunnah itu adalah bersifat kekal. Manakala

    aplikasi dari ajaran itu mungkin berubah oleh perubahan kaedah dan suasana. 11

    Wasatiyyah: Antara Pendekatan Tekstualis dan Kontekstualis

    Dari segi etimologi, perkataan wasatiyyah berasal dari akar kata wa-sa-ta, yang

    bermaksud bersederhana dalam tiap suatu.12

    Di dalam al-Quran terdapat pelbagai

    seruan yang berasaskan pendekatan wasatiyyah, iaitu adil; wasatiyyah dalam

    memberi makan orang miskin dalam kes kafarah; wasatiyyah dalam berinfaq;

    wasatiyyahdalam memenuhi tuntutan dunia dan akhirat; wasatiyyahdalam bacaan

    solat dan seumpamanya.13 Dalam penggunaan Syarak, ia juga merujuk kepada

    kesederhanaan atau pertengahan iaitu keadilan dan kebaikan, bukan gabungan

    antara dua perkara yang saling bertentangan. Ayat yang jelas menyebut tentang

    wasatiyyahadalah firman Allah SWT dalam al-Baqarah ayat 143:

    11 Mohd Daud Bakar Ilmu Agama dalam Islamiyyat.Bangi UKM, edisi 7, h. 46.

    12 Mujamma al-Lughah al-Arabiyyah. (2004). Mujam al-Wasit. Kaherah: Matabah al-Syuruq al-

    Duwaliyyah,c. 4, h. 1031.

    13

    Al-Hasan b. Khalawi al-Mukili. al-Wasat wa Mazahir al-Wasatiyyah fi al-Quran al-Karim,Majalah al-Jami ah al-Islamiyyah Madinah al-Munawwarah, bil. 140, hh. 54-102.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    13/18

    13

    143. dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke

    jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu

    umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang

    memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan

    yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang

    yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

    Berdasarkan ayat tersebut, wasatan bermaksud umat yang adil, iaitu

    pertengahan di antara dua keadaan. Ia juga bermaksud kesederhanaan, iaitu

    berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah tanpa terlalu ifrat dan tidak

    tafrit dan ghulu.14 Wasatiyyah juga bermaksud adil, iaitu kata lawan kepada

    perkataan zalim.15

    Secara umumnya, dalam sejarah perundangan Islam, telah wujud berbagai-

    bagai aliran dan pendekatan fiqh. Ia muncul sejak dari zaman Sahabat ra lagi,

    antaranya Fiqh Abu Bakr, Fiqh Abd Allah Ibn Masud, Fiqh Umar dan sebagainya.

    Perbezaan ini telah melahirkan kecenderungan fiqh yang berbeza. Perbezaan yang

    jelas adalah kecenderungan maqasidi yang diwarnai oleh ijtihad Umar, manakala

    kecenderungan syakli(formalisme) lebih jelas pada fiqh Abd Allah Ibn Umar.16

    14 Abd Allah b. Muhammad b. Sad al Khanin.Athar al-Fatwa fi Takid Wasatiyyah al-Ummah, h. 7.

    15 Fahd b. Saad al-Juhani. Al-Fatwa wa Atharuha fi Himayah al-Mutaqid wa Tahqiq al-Wasatiyyah,

    Dar Ibn al-Jawzi, h. 55.

    16

    Mahmood Zuhdi Ab Majid. Fiqh Malaysia: onsep dan Cabaran, dlm. Paizah Hj Ismail &Ridzwan Ahmad. (eds.). Fiqh Malaysia. Kuala Lumpur: APIUM, h. 7.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    14/18

    14

    Selaras dengan itu, dalam tempoh yang lama, pelbagai aliran fiqh telah

    lahir dan ia dapat dikategorikan dalam berbagai-bagai pembahagian sama ada

    yang masih diamalkan ataupun telah pupus. Dalam konteks perbincangan ini,

    pengkaji hanya membahagikan kepada tiga aliran, iaitu tekstual, kontekstual dan

    wasatiyyah. Aliran wasatiyyahmerujuk kepada pendekatan pertengahan antara dua

    golongan yang saling bertentangan, sama ada yang terlalu cenderung tekstual,

    atau yang cenderung kepada kontekstual.

    Aliran tekstual berpandangan hukum Islam telah sempurna dan tidak

    perlu kepada fiqh kontemporari lantaran wujud khazanah perbendaharaan yang

    telah ditinggalkan ulama silam dalam korpus kitab kuning. Semua jawapan telah

    tersedia, dan boleh dirujuk bila-bila masa sahaja. Mereka memandang tinggi hasil

    ijtihad ulama silam hingga mensakralkan kitab-kitab kuning, dan tiada perubahan

    yang boleh dilakukan terhadap ijtihad ulama silam tersebut. Mempersoalkan

    pemikiran fiqh kuning seolah-olah mempertikaikan autoriti hukum Islam. Aliran

    ini didokong kuat oleh kelompok tradisionalis dan institusi pengajian tradisional.

    Manakala aliran kedua, kontekstualis, berpandangan hukum Islam telah

    lapuk dan tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Hasil ijtihad ulama klasik

    perlu dirombak dan dekonstruk bagi mewujudkan fiqh kontemporari yang

    relevan dengan masyarakat masa kini. Pandangan fiqh kurun awal hanya sesuai

    dengan realiti masyarakat Arab. Mereka cenderung kepada pemikiran maqasidi

    yang melampau hingga menafikan autoriti nass Syarak. Mereka ditunjangi oleh

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    15/18

    15

    kelompok liberal dan menawarkan fiqh kontemporari yang mesra-gender, mesra-

    golongan bukan Islam dan mesra-golongan minoriti.

    Sedangkan aliran ketiga, wasatiyyah yang tidak cenderung kepada

    tekstualis yang berlebihan dan tidak juga kepada kontekstualis melampau,

    berpandangan, hukum Islam sebahagiannya adalah produk ijtihad ulama hasil

    kefahaman dan suasana zaman silam, ada pandangan yang masih relevan dan ada

    yang perlu ditafsirkan dari perspektif semasa tanpa membatalkan ijtihad ulama

    terdahulu. Mereka menggunakan pendekatan tanpa ifratdan tafrit,17iaitu dengan

    menggunakan prinsip:18

    Memelihara perbendaharaan lama yang baik (masih relevan) dan

    dalam masa yang sama mengambil sesuatu yang baru lebih baik

    Pendekatan wasatiyyah mengimbangi antara pandangan literalis

    dan kontekstualis dan menawarkan pendekatan kesederhanaan terhadap

    kedua aliran tersebut dalam menetapkan hukum Islam. Penilaian ke atas

    turath silam bukan bermakna nilai-nilai legasi peninggalan ulama terdahulu

    dipandang remeh dan tiada nilai intelektual. Namun ia adalah satu usaha untuk

    menyegarkan dan menghidupkan kembali peranan mereka dalam tradisi yang

    17 Yusuf al-Qaradawi (2004), Kayfa Nataamal Maa al-Turath wa al-Tamadhhab wa al-Ikhtilaf. c. 2,

    Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 30.

    18 Akh. Minhaji (2005), Otoritas, Kontinyuitas, dan Perubahan dalam Sejarah Pemikiran Ushul al-

    Fiqh, dalam Amir Muallim & Yusdani, Ijtihad dan Legislasi Muslim Kontemporer. Yogyakarta:UII Press, h. xi.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    16/18

    16

    sama tetapi berlainan zaman. Ini adalah kerana kehidupan sebahagian besar

    umat Islam pada abad kini telah jauh berubah dan berbeza daripada kehidupan

    masyarakat Islam dan suasana umat Islam pada masa ribuan jilid kitab fiqh itu

    ditulis dan dibukukan.

    Sehubungan dengan itu, al-Qaradawi telah menetapkan empat prinsip asas

    ketika berinteraksi dengan turath; iaitu, i) tidak semua yang dihubungkan dengan

    turath adalah sabit kesahannya dan kadangkala wujud ciptaan dan sandaran

    palsu; ii) kritikan perlu dalam landasan syarak walaupun manusia selain Nabi

    SAW tidak bersifat masum; iii) wajib adil dan bersederhana dalam menilai turath

    agama dan pemikiran; dan iv) penilaian terhadap pandangan ulama tidak

    melibatkan kritikan pada dirinya.19

    Begitu juga dalam penerimaan nilai baharu. Ia bukan bermakna

    pandangan lama sudah tidak sesuai langsung dengan realiti masa kini

    dan perlu dilupuskan terus. Namun kedua-dua sumber turath dan jadid

    ini perlu digabungjalinkan untuk membina fiqh kontemporari yang selari

    dengan koridor ilmu usul al-fiqh.

    Justeru adalah menjadi satu keperluan kepada sarjana hari ini

    memperbaharui apa yang telah dianggap lapuk dan tidak bersesuaian

    19 Yusuf al-Qaradawi (2004), op.cit., h. 41.

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    17/18

    17

    dengan zaman di samping mengekalkan pandangan-pandangan yang

    masih relevan dengan masyarakat kini melalui mekanisme ijtihad20 sama

    ada bersifatfardimahupunjamai.

    Kesimpulan

    Dalam menghadapi arus perkembangan semasa, sarjana hukum Islam

    perlu bersifat progresif dalam membangunkan fiqh kontemporari (fiqh

    muasarah) dengan memberi solusi yang tepat terhadap isu-isu terkini.

    Kegagalan memberi penyelesaian yang bersifat konstruktif akan

    menyebabkan masyarakat beralih kepada pandangan yang mengambil

    mudah terhadap istinbat hukum. Dengan kata lain, pandangan-

    pandangan golongan pseudo-mujtahid akan mendapat tempat dalam

    kalangan masyarakat kerana solusi hukumnya yang menarik.

    Selain itu, kita juga perlu bersikap realistik dan adil dalam menghadapi fiqh

    al-turath. Yang lama tidak bermakna semuanya lapuk dan tidak relevan dengan

    masa kini. Namun terdapat juga sisi-sisi dalam pandangan fiqh klasik yang perlu

    diberi nuansa kontemporari agar relevansinya dengan perkembangan semasa

    dapat dipertautkan terutama apabila berlaku perubahan sosio-budaya dan

    perkembangan sains dan teknologi.

    20

    Noor Naemah Abd Rahman. Ruang Ijtihad dalam Amalan Fatwa di Malaysia, Jurnal Syariah,10:2 [2002] 19-30

  • 7/23/2019 Wasatiyyah

    18/18

    18

    Justeru dengan pendekatan wasatiyyah dalam membangunkan fiqh

    kontemporari, pendekatan golongan tekstualis dan kontekstualis akan

    diimbangi untuk mencari keputusan hukum yang tepat. Dengan itu,

    rujukan terhadap teks klasik dan pengambil kiraan konteks (realiti

    semasa dan setempat) akan memberikan solusi yang berkesan dalam

    mendepani kemajuan sains dan teknologi.