warga tua
TRANSCRIPT
WARGA TUA
SEJARAH PERKEMBANGAN KE ARAH PENUBUHAN RUMAH ORANG TUA
Kerajaan Tentera British amat sensitif dengan keperitan hidup rakyat yang menjadi
sasaran utama terutamanya rakyat Kelantan. Dengan objektif yang jelas Kerajaan Tentera British
menubuhkan Rumah Kebajikan di Kubang Kerian, Kota Bharu. Rumah Kebajikan ini memberi
pembelaan kepada warga tua dan kanak-kanak pada era sebelum tahun 1950. Pada tahun 1952,
tapak baru telah dikenalpasti.
Kawasan seluas 30 ekar di Kemumin, Pengkalan Chepa telah dipilih. Pada tahun 1952,
di tapak inilah sebanyak 20 blok bangunan didirikan dan rumah ini dibuka untuk penempatan
semula kumpulan sasar iaitu golongan orang tua dan miskin, cacat serta kanak-kanak khususnya
anak yatim piatu. Kumpulan sasar ditempatkan berasingan mengikut blok kawasan. Penghuni
cacat diberi latihan untuk berdikari manakala kanak-kanak diberi pendidikan secara formal.
Perasmian pembukaan rumah ini dimasyhurkan oleh DYTM Tengku Mahkota Kelantan iaitu
Tengku Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim pada Mei 1953.
Pada tahun 1960-an beberapa tragedi peperangan saudara berlaku di negara-negara jiran.
Akibatnya, ramai rakyat mereka telah lari untuk mendapat perlindungan di Malaysia. Sebahagian
pelarian ini di tempatkan di rumah ini sementara mereka dipindahkan ke negara ketiga atau
pulang semula ke negara masing-masing.
Menjelang tahun 70-an, satu lagi aspek masalah sosial telah dikenalpasti. Ada rakyat
telah kehilangan harta benda dan tidak berupaya berdikari. Selain itu, mereka juga tiada tempat
untuk mengadu nasib serta mendapat bantuan. Pihak berkuasa amat prihatin terhadap mereka.
1
Pada tahun 1977 Akta Orang Papa telah diperkenalkan. Melalui akta inilah orang papa yang
memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan diterima sebagai penghuni rumah ini. Untuk
memberi pembelaan yang sesuai kepada anak-anak yatim, pihak berkuasa telah membuat
keputusan untuk menempatkan mereka di Rumah Kebajikan yang boleh memberi keselesaan
mengikut keperluan mereka. Warga tua kekal tinggal di Rumah Orang tua Taman Kemumin,
warga cacat anggota ditempatkan di Bengkel Orang Cacat Jalan Bayam, Kota Bharu. Kanak-
kanak dihantar ke Rumah Kanak-Kanak Kuantan, Pahang pada akhir tahun 1970.
Pada tahun 1990, 16 bangunan yang didirikan pada tahun 1952 telah dirobohkan untuk
memberi laluan kepada bangunan baru. 4 blok yang masih kukuh dan selamat digunakan
dijadikan Pusat Harian untuk kanak-kanak spastik dan terencat akal.
Definisi warga tua.
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat warga tua dapatlah
didefinisikan sebagai ahli atau anggota yang sudah lanjut usia. Kebiasaannya warga tua dapat
dikesan melalui ciri-ciri fizikal seperti muka berkedut, badan lemah, penglihatan kabur dan
sebagainya. Selain itu, warga tua juga dapat dilihat daripada biologinya . Sebagai contoh
apabila wanita sampai ke tahap tua, mereka akan ‘menopause’ manakala lelaki iaitu pula
iaitu ‘andropaus’ . Pada usia ini mereka sentiasa mahukan perhatian dan kasih sayang kerana
tahap perkembangan usia mereka akan menurun ke tahap seperti kanak-kanak. Individu yang
terlibat dalam usia tua ini iaitu semua golongan lelaki dan perempuan. Keadaan umur bagi warga
tua antara 66 tahun ke atas.
2
Menurut pandangan barat John Shaw (1974), beliau telah membina ‘Model Putaran
Hidup’ 1yang membahagikan manusia kepada beberapa peringkat. Antara peringkat
pertama iaitu usia (0-15 tahun) yang dikategorikan sebagai bayi dan kanak-kanak.
Peringkat kedua pula, pada umur (16-25 tahun) iaitu dalam kategori remaja dan dewasa
awal. Pada peringkat ketiga, John menyatakan peringkat dewasa awal atau muda iaitu
dalam umur 26 hingga 40 tahun. Peringkat keempat pula ialah pertengahan umur (awal)
iaitu dalam lingkungan usia 41 hingga 55 tahun. Selain itu, peringkat kelima pula iaitu
pada umur 56 hingga 65 yang mewakili pertengahan umur (akhir) manakala peringkat
terakhir iaitu pada usia 66 hingga 70 tahun iaitu umur tua atau lanjut usia. Oleh itu, John Shaw
(1974) menyifatkan bahawa peringkat umur warga tua iaitu 66 tahun ke atas.
Menurut istilah warga tua dalam Islam, warga tua didefinisikan sebagai
pemanis dan pelengkap kepada kejayaan kehidupan manusia di dunia. Mereka perlu di hormati
serta dijaga dengan baik. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa' ayat 23
2tafsirnya:
“Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-
Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang
dari keduanya atau keduanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
pemeliharaan mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan
kasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang sopan-santun” .
1 John Shaw (1974), membina ‘Model Putaran Hidup’.2 Surah Al-Israa' ayat 23.
3
Selain itu, menurut tokoh Islam iaitu Ibnu Mansur (1990;2373) warga emas ditakrifkan
sebagai orang yang telah meningkat usia tua dan sudah tumbuh uban pada dirinya. Sesetengah
sarjana mengehadkan umur warga tua kepada 50tahun ke atas. Keadaan ini dibuktikan lagi
dengan definisi oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka yang menyatakan bahawa warga tua ialah
orang tua. Tua itu sendiri telah menerangkan tentang usia lanjut, sudah hidup lama, atau sudah
berumur. Peringkat umur warga tua ini merupakan satu fitrah kehidupan manusia yang tidak
boleh dielakkan oleh manusia. Hal ini demikian kerana, Allah S.W.T telah menentukan dalam
firman-Nya
“Dialah yang mencipta kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih,
kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging, kemudian dia
mengeluarkan kamu menjadi kanak-kanak; kemudian kamu dipelihara sehingga ke
peringkat dewasa; kemudian kamu dipanjangkan umur ke peringkat tua. Dan (dalam
pada itu) ada dalam kalangan kamu yang dimatikan sebelumnya. (Allah melakukan
kejadian yang sedemikian) supaya kamu sampai masa yang ditentukan (untuk menerima
balasan); dan supaya kamu memahami (hikmah-hikmah kejadian itu dan kekuasaan
Tuhan.”
(Surah Al Ghafir, 40;67)3
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T menjadikan manusia mempunyai peringkat
yang tertentu supaya hikmat, kebaikan, dan tanggungjawab dapat dikongsi dan dilaksanakan
secara kolektif untuk menyempurnakan kehidupan manusia di dunia, sebagai contoh Allah
S.W.T menjadikan golongan tua supaya dapat diberikan khidmat, layanan dan kehormatan
kepada golongan muda agar sumbangan ini dapat dibalas dengan ganjaran pahala dan syurga.
3 (Surah Al Ghafir, 40;67).
4
Menurut bahasa Inggeris warga tua dapatlah didefinisikan sebagai ‘old man’ atau
‘parents’ yang merujuk kepada warga tua atau ibu bapa. Orang Inggeris juga menyatakan
bahawa orang tua juga perlu diberikan perhatian dan menghormati mereka. Ramai dalam
kalangan tokoh barat yang menyatakan definisi warga tua secara menyeluruh. Mereka
berpendapat bahawa warga tua banyak menerima perubahan fizikal dan kecekapan mentaliti
mereka akan menurun pada usia ini. Menurut Riegel (1970), beliau menyatakan tentang ‘inner-
biological’, ‘individual-psychological’, ‘cultural-sociological’ dan ‘outer-physical’ 4yang
menunjukkan semua peringkat usia yang telah dinyatakan oleh John Shaw memberi kesan ke
atas badan seseorang untuk menerima perubahan.
Akhirnya, menurut pandangan analisis sosial dan falsafah pada masa lalu iaitu Plato
tentang cadangan peranan keluarga dalam isu warga tua . karya ‘ republik ’ karya Plato adalah
satu percubaan bagi menyelesaikan masalah sosial tradisional5. Selain itu ,wujud model ‘Utopia’
yang mencadangkan bahawa keluarga perlu memainkan peranan dalam hak dan tanggungjawab
anggota bagi menyelesaikan masalah warga tua. Komentar, analisis dan tindakan politik yang
beraneka pada sepanjang tempoh dua ribu lima ratus tahun ini, menyarankan bahawa dalam
sejarah sekurang-kurangnya kita telah sedar tentang pentingnya pola keluarga sebagai satu unsur
utama dalam masyarakat manusia.
4 Riegel (1970), inner-biological’, ‘individual-psychological’, ‘cultural-sociological’ dan ‘outer-physical’.5 Keluarga, William J. Goode, penterjemah Maso’od Abd. Rashid, muka surat 3.
5
Beberapa kes jenayah yang dilakukan oleh warga tua.
• Nibong Tebal - Tiga warga emas sanggup mengembara beratus-ratus kilometer dari tempat
asal mereka di Ipoh, Perak, ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melakukan kegiatan jenayah
termasuk pecah rumah. Penyamun yang ditahan berusia 51 hingga 55 tahun dan mempunyai
rekod jenayah lampau termasuk seorang daripadanya berada dalam senarai dikehendaki polis
Perak. Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek sudah melakukan 32 kes jenayah sejak dua tahun
lalu termasuk mengakui terbabit 18 kes pecah rumah di daerah Seberang Prai Selatan. (Harian
Metro, 24 Januari 2007)
• Kuala Lumpur - Mahkamah sedang mendengar perbicaraan terhadap Tan Sri Kasitah
Gaddam, 59 tahun, atas dakwaan melakukan rasuah dan penipuan pada 22 Oktober 1996 di Bilik
Mesyuarat Forum, Hotel Fairland di sini. Bagi tuduhan rasuah, tertuduh didakwa menggunakan
kedudukannya sebagai penjawat awam untuk faedah kewangan sendiri. Ia dilakukan dengan
mengambil bahagian dalam membuat keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham
LKTNS dalam SAPI Plantations Sdn. Bhd. kepada Briskmark Enterprise Sdn. Bhd. yang mana
dia telah dijanjikan oleh Pengarah Briskmark, Datuk Wasli Mohd. Said sejumlah 3.36 juta saham
dalam SAPI Plantations. Kasitah turut didakwa menipu ahli-ahli mesyuarat LKTNS dengan
menyembunyikan tawaran PPB Oil Palms Sdn. Bhd. yang diketahuinya pada 13 September 1996
sehingga mendorong ahli-ahli mesyuarat LKTNS meluluskan penjualan 16.8 juta saham LKTNS
(Utusan Malaysia, 11 Januari 2007)
6
• Pasir Mas, Kelantan – seorang wanita warga emas berusia 75 tahun memberi alasan kegiatan
menjual tuak masam di kedainya sudah mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa sejak 10
tahun dahulu (Harian Metro, 17 Disember 2006).
• Klang - Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun telah dikenakan perintah tahanan reman
atas kes kematian seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Siti Norazlina Azlan, tujuh
tahun. Mayat Kanak-kanak malang itu ditemui terapung di Sungai Pinang, 50 meter dari
rumahnya di Kampung Sungai Pinang di Kapar. (Harian Metro, 17 Disember 2006)
• Tampin - Seorang lelaki berusia 70 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang
penoreh getah yang membabitkan pergaduhan kerana mercun bola di Kampung Ulu Ladang,
Gemas. Mangsa kejadian itu, Mohd Khairil Mohd Nor, 26 tahun, mati di Hospital Muar, Johor
selepas lapan jam pergaduhan itu berlaku yang dipercayai ditikam dengan senjata tajam di
bahagian belakang badannya. Abangnya, Mohd Azli, 27 tahun turut cedera dalam pergaduhan itu
dan dimasukkan ke Hospital Segamat untuk rawatan. (Utusan Malaysia, 16 Oktober 2006)
• Kota Kinabalu – Mahkamah Koroner di sini mendapati bekas Menteri Kabinet Sabah, Datuk
Conrad Mojuntin (58 tahun) secara jenayah menembak mati dengan menggunakan senapang
patah, seorang penjual ikan, Anthony Chang Kim Fook (20 tahun) Kematian Kim Fook
disebabkan pendarahan yang berlebihan di bahagian arteri karotid leher kanannya selain turut
mengalami kecederaan di kedua-dua paru-paru dan dadanya akibat tembakan tersebut. (Utusan
Malaysia, 2 September 2006)
7
• Pulau Pinang - Tan Khoon Huat, seorang pemandu teksi yang berusia 50 tahun telah
dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atas pertuduhan merogol anak gadis teman
wanitanya yang ketika itu berusia 13 tahun (Utusan Malaysia, 18 Ogos 2005).
Kefahaman dan Pendapat tentang permasalahan warga tua serta golongan yang terlibat.
Saya berpendapat bahawa permasalahan warga tua dapat di nyatakan dalam tiga kategori
yang berbeza iaitu pandangan individu(mikro), masyarakat (mezzo) dan komuniti (makro).
Pendapat saya tentang warga tua dari segi individual(mikro) iaitu warga tua sebagai seorang
yang berusia dan mempunyai pengalaman yang luas dalam kehidupan seharian. Hal ini
disebabkan mereka telah hidup lama dan menurut John Shaw sendiri menyatakan bahawa warga
tua iaitu pada usia 66 tahun ke atas.
Kebiasaannya pada usia lanjut ini, warga tua sering dilanda dengan masalah yang
berkaitan dengan kesihatan seperti nyanyuk, sakit sendi dan lemah anggota badan. Faktor- faktor
inilah yang membawa kepada masalah dalam kalangan mereka untuk mencari kerja dan menyara
hidup seharian sendiri. Rentetan itu, apabila warga tua ini tidak mendapat perhatian daripada
anak atau cucu mereka. Mereka akan mencari jalan sendiri untuk mencari duit untuk
mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan mereka. Oleh itu, sebagai seorang anak kepada
warga tua, mereka perlu menjaga ibu bapa mereka dengan baik dan bukan rumah jagaan warga
tua menjadi pilihan untuk warga tua ini mendapat kasih sayang itu.
Selain itu, dari segi pandangan masyarakat(mezzo) pula warga tua ini selalunya
dipinggirkan kerana apabila anak-anak mereka mendapat pekerjaan sendiri. Mereka akan
meninggalkan keluarga untuk membina keluarga lain. Kadang kala, terdapat ibu bapa yang
8
ditinggalkan tanpa berita oleh anak-anak. Perkara ini yang menimbulkan permasalahan kepada
warga tua seperti merempat di tepi jalan, menjadi pengemis jalanan, kutu rayau dan lain-lain.
Oleh itu, anak-anak perlu memainkan peranan mereka sebagai seorang yang bertanggungjawab
dan mampu menjaga ibu bapa mereka sendiri sebagaimana ibu bapa mereka menjaga mereka
dahulu seperti ‘menatang minyak yang penuh’.
Pandangan saya yang terakhir iaitu bagi golongan sesebuah komuniti (makro).
Komuniti merupakan sesuatu yang besar (makro),komuniti terbentuk daripada keluarga yang
terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Menurut pandangan komuniti terhadap warga tua iaitu
seseorang yang lanjut usianya. Mereka percaya bahawa masyarakat akan kehilangan
kekuatannya sekiranya mengabaikan kewajipan terhadap keluarga.6 Confucius percaya bahawa
kebahagian dan kemakmuran akan tercapai apabila tiap-tiap orang berkelakuan yang sewajarnya
sebagai anggota masyarakat7. Oleh itu, apabila semua masyarakat mampu berkelakuan baik dan
menghormati ibu bapa atau orang tua mereka. Isu warga tua berpelesiran di jalanan tidak begitu
meruncingkan.
Faktor-faktor menyumbang masalah warga tua.
Warga tua sering dikaitkan dengan pelbagai masalah seperti nyanyuk dan kutu rayau.
Perkara ini pasti terdapat punca yang menyebabkan mereka menjadi seperti itu. Banyak faktor
yang mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan masyarakat dan
membiarkan ibu bapa mereka bersendirian di rumah jagaan itu. Mereka memberi alasan
tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan
6 ( Sumber; soal selidik terhadap Mahasiswa Universiti Sains Malaysia,USM) .
7 Keluarga, William J. Goode, penterjemah Maso’od Abd. Rashid, muka surat 2.
9
keselesaan ibu bapa.8 Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi
memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak
sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian. Tidak kurang anak yang menghantar
ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang
sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan
baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak
murni dan tidak boleh di ikuti.
Antara punca warga tua diabaikan iaitu Sifat individualisme dan mementingkan diri
masyarakat kita di Malaysia. Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan
kedudukan yang tinggi kepada orang yang lebih tua, terutamanya kedua ibu-bapa. Tamadun itu
semakin hari semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga
bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah warga tua di Malaysia
semakin meruncingkan sehingga negara dijangka akan mengalami fenomena negara tua pada
2035.9
Selain itu, faktor penyumbang yang kedua iaitu identifikasi iaitu menempatkan diri
dalam keadaan orang lain. 10Hal ini berlaku apabila warga tua ini mengalami masalah kewangan
dan mereka mencari jalan penyelesaian sendiri. Kebiasaannya mereka bersikap begini kerana
mereka tidak mahu anak-anak mereka susah menjaga mereka. Oleh itu, mereka mencari
pekerjaan sendiri seperti mengutip tin-tin kosong untuk di jualkan dan tidur di tepi-tepi jalan.
Apabila mereka di serbu pihak berkuasa dan perlu ditempatkan di sesuatu kawasan. Mereka
dikenali sebagai identifikasi dan mendiamkan diri di pusat jagaan tanpa diketahui oleh pihak
8 penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=400:warga-tua&catid=206:kategori-masyarakat.9 Dipetik daripada Utusan Malaysia, 10 Mac 201010 Cari –tau sendiri, diindonesaikan oleh G.M.A Naninggolan, cetakan ke tiga, muka surat 86.
10
Jabatan Kebajikan Masyarakat status sebenar mereka. Sesetengah daripada mereka yang masuk
ke pusat penjagaan warga tua berasa selesa untuk berada di sana.
Seterusnya, faktor masalah warga tua ini meningkat disebabkan oleh Pendekatan
'Constructionist'.11 Pendekatan ini ialah pembinaan sesebuah keluarga itu sendiri. Apabila
seseorang itu mengabaikan ibu bapa mereka, maka pendekatan pembinaan ini tidak tercapai dan
membolehkan manusia mengabaikan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, Masyarakat telah
mengabaikan norma moral dalam penyelesai masalah sosial seperti menghantar ibu bapa mereka
ke pusat jagaan warga tua walaupun mereka mampu menjaganya. Memandangkan pelbagai
masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang
sedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan
suatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moral
yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar
dan lain-lain.
Faktor keempat iaitu oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. kesan latar belakang keluarga
pada masa dahulu yang tidak praktikal dan baik seperti mendera anak-anak dan mementingkan
materialistik semata-mata. Kesan daripada ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka
dengan baik dan berkesan. Anak-anak mereka mengikut cara ibu bapa mereka melayan mereka.
Sesetengah warga tua di tempatkan di pusat warga tua kerana ibu bapa mereka dahulu tidak
pernah menunjukkan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka malah ibu bapa mereka
dahulu mendera mereka untuk mencari wang sendiri untuk hidup berdikari. Kesannya apabila
mereka berjaya, mereka tidak merasakan ibu bapa mereka berkorban untuk mereka dahulu dan
11 penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=400:warga-tua&catid=206:kategori-masyarakat.
11
mereka membalasnya dengan menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan warga tua seperti
Rumah kenangan di Taiping perak dan Rumah Sri kenangan di Tanjung Rambutan.
Faktor yang kelima yang menyumbang warga tua ke pusat penjagaan warga emas ini
disebabkan kepincangan keluarga. Apabila anak sudah berkahwin dan memiliki keluarga
sendiri, Kepentingan utama mereka iaitu menyuruh ibu bapa untuk tinggal bersama-sama
mereka. Tanggungjawab itu sangat murni dan perlu di contohi tetapi apabila berlakunya
kepincangan keluarga dan keluarga berkenaan bercerai. Mereka mula tidak mempunyai arah tuju
dan menyebabkan mereka menghantar ibu bapa mereka ke jabatan-jabatan kerajaan ataupun
badan-badan bukan kerajaan untuk mendapatkan penjagaan kepada ibu bapa mereka. Perkara ini
sepatutnya tidak berlaku kerana anak-anak perlu sedar diri dan mengetahui titik peluh ibu bapa
mereka menyara kehidupan mereka dahulu. Walaupun anak-anak mempunyai masalah janganlah
libatkan ibu bapa kerana mereka lebih risaukan kita. Akibatnya, apabila berlakunya penceraian
terhadap anak-anak, ibu bapa yang tinggal bersama dengan anak-anak akan berasa kurang selesa
dan ada dalam kalangan mereka sendiri yang mahu memasuki pusat penjagaan warga tua ini.
Kesimpulannya, banyak faktor yang menyumbang warga tua terlibat dalam
masalah sosial dan menjadi penghuni tetap rumah penjagaan orang-orang tua. Walau
bagaimanapun warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang banyak perkara kepada negara
seperti pengalaman yang mereka miliki. Masyarakat perlu mencontohi warga emas dapat
menjalankan kehidupan mereka dengan kudrat yang lemah. Tambahan pula, apa yang berlaku
apabila ia semakin tua? Daun-daun semakin mengering dan kontang sehingga mudah terlerai dari
ranting-rantingnya. Gugur satu persatu dan menjadi sampah yang berterbangan ke mana-mana.
Jika tidak melayang pun, daun-daun itu pasti mereput dan akhirnya hancur di atas bumi. Batang
12
dan rantingnya yang kering mungkin berguna untuk dijadikan kayu api. Bagaimanapun, ada juga
daun-daun kering yang masih boleh diguna semula untuk dijadikan perhiasan.
Isu-isu permasalahan bagi warga tua.
Kita jarang mendengar isu permasalahan bagi warga tua kerana terdapat sebahagian
sahaja daripada mereka yang melakukan masalah dalam kalangan masyarakat. Bak kata pepatah
‘lagikan lidah lagi tergigit inikan suami isteri’. Permasalahan ini berlaku disebabkan banyak
sebab antaranya iaitu kurang didikan agama. Antara permasalahan yang mereka lakukan seperti
kutu rayau, peminta sedekah, masalah kesihatan(nyanyuk, strok dan lain-lain), menghidapi
masalah mental, kaki judi dan ada antara mereka yang melakukan perkara-perkara jenayah
seperti mencuri, merogol dan membunuh.
Isu pertama iaitu mereka sering dikaitkan dengan kutu rayau. Kutu rayau bermaksud
berkeliaran. Warga tua dipercayai oleh individu ,masyarakat dan komuniti seorang yang lemah
dan tidak berupaya serta sudah lanjut usia. Kenapa warga tua dikatakan sebagai kutu rayau yang
berkeliaran di sekitar bandar malahan mereka lemah fizikal. Hal ini disebabkan mereka tidak
berupaya untuk menjalankan kehidupan sebenar yang semakin meningkat secara drastik.
13
Faktor menyumbang
kepada berlakunya permasalah warga
tua
Sikap individualist
ik dan mementingk
an diri.
identifikasi
pendekatan construction
ist tindakan ibu bapa
kepincangan keluarga
Kebiasaannya, warga tua yang berkeliaran di kawasan seperti bandar raya kerana mahu mencari
rezeki di jalanan. Walaupun kudrat mereka terbatas kerana sesuap nasi mereka terpaksa
melakukan perkara itu.
Selain itu, permasalahan yang sering berlaku pada orang-orang tua yang papa ialah
meminta sedekah. Walaupun keadaan seperti itu hina di sisi masyarakat tetapi mereka tidak
mampu untuk bekerja kerana tenaga fizikal mereka tidak mengizinkan. Apabila berlaku perkara
ini, pertolongan dari segi komuniti perlu diberikan perhatian secara serius. Mereka yang berada
pada tahap makro ini perlu saling memahami masalah yang dihadapi oleh golongan papa ini atau
dari tahap kelompok makro. Oleh itu, pergantungan antara pihak komuniti seperti Jabatan
Kebajikan Masyarakat dengan warga emas yang meminta sedekah ini perlu mengetahui cara
yang terbaik untuk menempatkan warga emas ini di pusat jagaan sementara. Supaya mereka
yang susah, tidak akan menjadi lebih susah.
Seterusnya , kebiasaannya warga tua akan mengalami masalah kesihatan yang serius. Hal
ini disebabkan oleh sistem saraf manusia dan kecekapan tubuh badan menjadi merosot akibat
usia yang lanjut. Rentetan itu, warga tua akan mengalami masalah kesihatan seperti strok. Hal
ini demikian kerana, punca epilepsi dalam kalangan tua. Arteri semakin menyempit atau menjadi
beku (clog) apabila usia meningkat, mengakibatkan kekurangan aliran darah dan oksigen dalam
sesetengah bahagian otak. Kadang-kala pendarahan berlaku dalam otak. Ini akan membawa
kepada kerosakan yang menyebabkan terjadinya Seizure.12 Seizure ialah masalah fizikal.
Masalah kesihatan warga tua ini dapatlah dikaitkan dengan makro iaitu melibatkan individu itu.
Tambahan pula, masalah kesihatan yang kerap berlaku pada warga tua iaitu bagi lelaki
Mati pucuk. Mati pucuk dapatlah ditakrifkan sebagai Ketidakupayaan dalam memperoleh dan
12 http://web.usm.my/sawan/professional/tua.htm.
14
mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks. Kajian
epidemiologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas
mengalami masalah mati pucuk.13 Antara sebab masalah mati pucuk ini berlaku disebabkan oleh;
Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan Kecederaan pada otak dan saraf tunjang Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah Kegagalan hati dan buah pinggang Penyakit Parkinson Angin ahmar Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku) Kesan sampingan ubat-ubatan
Oleh itu, isu mati pucuk ini sangat serius kepada warga tua. Peranan Kerajaan untuk mengkaji
masalah ini perlu disegerakan untuk mempertingkatkan kadar pertumbuhan negara dan menuju
negara maju 2020.
Seterusnya, isu masalah mental juga sering dikaitkan dengan warga tua. Antara punca
warga tua(mikro) menerima masalah mental ini disebabkan persekitaran(mezzo) mereka. Dalam
kata lain, persekitaran yang kurang selesa, keadaan mereka yang tertekan, keperluan mereka
tidak mencukupi dan lain-lain. Keadaan seumpama ini telah menyebabkan warga tua berasa
tertekan dan apabila masalah mereka sukar untuk diselesaikan sistem saraf otak mereka juga
akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental disebabkan imun saraf otak tidak
berfungsi dengan baik disebabkan usia yang lanjut. Masalah mental warga tua ini bukan sahaja
membahayakan dirinya sendiri malah membahayakan orang lain termasuk individu(mikro),
masyarakat(mezzo), dan komuniti(makro).
13 http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Wargatua/MatiPucukwargaemas.php.
15
Isu yang sukar ditemui oleh warga tua ini iaitu kes-kes yang berkaitan dengan jenayah
seperti mencolek, rasuah, menjual dadah, membunuh dan merogol. Kebiasaannya, golongan
yang terlibat dalam rasuah ini terjebak dalam aktiviti haram ketika mereka muda. Bak kata
pepatah ‘alah bisa tegar biasa’. Rasuah bermaksud penyogok. Penyogok dari segi wang rasuah,
merasuah untuk mendapatkan kerja dan lain-lain. Apabila mereka terbiasa dalam melakukan
rasuah kecil-kecilan semasa muda, mereka akan melakukan rasuah secara besar-besaran apabila
umur mereka lanjut. Tambahan pula, mereka pandai seluk belok untuk mengelirukan pihak
atasan kerana mereka sudah terbiasa dalam melakukan jenayah rasuah ini. Sebagai contoh ;
• Kuala Lumpur – Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas tuduhan menerima rasuah RM400 dari seorang
pengusaha tempat letak kereta, V.Pathmanathan, 46 tahun, sebagai dorongan agar tindakan tidak
diambil terhadap perniagaan tempat letak kereta yang di usaha tanpa lesen. Mohamed Nor Jantan
berusia 54 tahun, mengaku tidak bersalah. Dia didakwa di bawah Seksyen 11(a) Akta
Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama. (Utusan
Malaysia, 23 Disember 2006).
Seterusnya, ada dalam kalangan warga tua yang menjual dadah untuk menampung
kehidupan mereka. Ketika manusia dalam keadaan yang terdesak mereka tidak dapat berfikir
secara logik dan waras. Sebagai contoh ;
• Kangar - Seorang lelaki berusia 54 tahun menghadapi tuduhan mengedar 207 gram kanabis
pada 23 Jun lalu. Mat Desa Man dari Jalan Sungai Padang, Sanglang, didakwa mengedar dadah
tersebut pada kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 1, Jalan Sungai
Padang, Sanglang. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (Akta 234)
16
dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.( Utusan Malaysia, 5 Oktober
2006).
Mereka tidak takut dengan hukuman mati sekiranya mereka memiliki dadah. Dadah tidak
mengenal usia, sekiranya orang tua ini mengambil dadah mereka pasti tidak terlepas dengan
ketagihan. Sesetengah warga tua terpaksa untuk menggunakan dadah kerana mereka mahu
mengelakkan diri mereka daripada sebarang penyakit seperti penyakit sendi, penyakit goat,
penyakit kulit dan lain-lain. Jadi , dadah juga merupakan isu yang perlu dilihat secara mendalam
oleh pihak berkuasa supaya kesan dadah itu tidak menyebabkan warga tua ketagihan dadah serta
mengelakkan mereka daripada pengambilan dadah yang berbahaya.
Selain itu, terdapat juga sebilangan besar warga tua melakukan jenayah rogol.
Nafsu tidak mengenal usia. Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat
mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah
'highway' atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka
semakin luas lah 'highway' syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan
syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang
digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.
" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan "
(Yusuf: 53)14
Dan ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah; "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu
yang ada di antara dua lambung mu ".
14 http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Jihad%20Paling%20Besar%20Melawan%20Hawa%20Nafsu.htm.
17
Walau bagaimanapun, warga tidak terlepas untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebagai
contoh ;
• Kota Baharu – Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang sudah tidak bersekolah di dakwa
telah dirogol berkali-kali oleh bapa tirinya yang berusia 69 tahun15. Lebih malang, perbuatan hina
bapa tirinya itu turut dibantu oleh ibu kandung kanak-kanak tersebut. Kejadian berlaku sejak
bulan September tahun lepas hingga ke awal bulan Januari 2007. ibu bapa kanak-kanak tersebut
telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut seksyen 376B kanun
keseksaan kerana sumbang mahram. Jika sabit kesalahan hukuman penjara tidak kurang dari
enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan.( Harian Metro, 23 Januari 2007).
Kesimpulannya, isu-isu permasalahan yang melibatkan warga tua ini perlu diambil
perhatian yang serius oleh kerajaan supaya tidak ramai lagi yang terjebak dalam permasalahan
ini. Warga tua sepatutnya dijadikan contoh yang terbaik dalam kehidupan masyarakat seharian
bukan menjadi seorang penjenayah yang boleh mengemparkan negara.
Intervensi-intervensi bagi mengatasi masalah warga tua.
Intervensi-intervensi merupakan kaedah pertolongan yang dapat membantu
mengurangkan dan menyelesaikan masalah warga tua ini daripada tidak terlalu serius. Intervensi
ini kebiasaannya melibatkan aspek intervensi peringkat mikro, intervensi peringkat mezzo,
intervensi peringkat makro dan intervensi dengan profesion kerja sosial;
15 Harian Metro, 23 Januari 2007.
18
Setiap peringkat yang telah dibincangkan di atas telah dibahagikan kepada tiga fungsi utama
iaitu perundingan, pengurusan sumber, pendidikan.16
Intervensi yang perlu dilakukan untuk menangani masalah warga tua iaitu melalui
perundingan. Sebagai pekerja sosial, mereka perlu mengetahui apa punca yang dihadapi oleh
warga tua akibat daripada perbuatan jenayah mereka seperti merogol, mencuri, membunuh dan
lai-lain. Pekerja sosial juga perlu mengetahui tentang faktor sekeliling yang mungkin memberi
kesan kepada warga tua untuk mendorong mereka melakukan masalah sosial itu. Melalui
perundingan dengan warga tua, pekerja sosial dapat membantu warga tua untuk membentuk
pelan perubahan. Sebagai contoh, apabila seorang warga tua melakukan jenayah mengedar dadah
untuk tujuan menampung keperluan keluarga. Pekerja sosial perlu berunding dengannya untuk
memberi tahu maklumat yang sebenar untuk mengelakkan mereka daripada hukuman bunuh
kerana memiliki dadah. Pengetahuan itu yang perlu diterapkan oleh pekerja sosial melalui
intervensi perundingan itu tadi.
Intervensi yang kedua dalam menangani masalah yang dihadapi oleh warga tua iaitu
melalui pengurusan maklumat atau sumber. Warga tua akan mengalami masalah penyakit
16 Pengantar pekerja sosial, Samir Muhazzab amin dan winny abdul,muka surat 88.
19
profession kerja sosial
makro
mezzo
makro
seperti kanser, diabetes, goat, sakit sendi dan sebagainya. Ubat-ubatan untuk mengurangkan
penyakit ini terlalu mahal dan warga tua tidak mampu membayar kos perubatan ini. Sebagai
pekerja sosial, mereka perlu menjadi broker kepada warga tua untuk memberi mereka maklumat
dan sumber untuk mengatasi masalah mereka. Sumber ini boleh wujud sama ada melalui
individu itu sendiri (makro) atau dalam institusi sosial yang terdapat dalam persekitaran mereka
seperti ahli keluarga, institusi kerajaan atau institusi swasta yang dapat membantu mereka dari
aspek bantuan kewangan atau penjagaan.
Selain itu, pendidikan juga merupakan intervensi penting dalam menangani masalah
yang dihadapi oleh warga tua itu. Terdapat ramai warga tua yang tidak tahu membaca, menulis
dan mengeja. Perkara ini menyukarkan mereka untuk mengetahui maklumat serta meminta
bantuan daripada pihak bertanggungjawab supaya membantu mereka dalam menjalankan
kehidupan seharian mereka. Pekerja sosial dapat membantu warga tua untuk mengajar mereka
untuk mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan sekiranya perlu
pekerja sosial perlu membawa warga tua ini pergi melawat agensi-agensi yang boleh membantu
mereka dalam mendapatkan dana seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat mampu memberi
golongan miskin RM300 sebulan bagi menampung keperluan seharian mereka.
Seterusnya , Memberi kemahiran kepada warga tua juga merupakan satu proses
intervensi untuk membantu warga tua mengurangkan masalah mereka. Kebanyakan daripada
warga tua yang tinggal di rumah jagaan warga tua ini ialah golongan yang miskin dan papa.
Mereka tidak mempunyai kewangan bagi menjalankan kehidupan seharian mereka. Melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka akan diberikan RM300 sebulan untuk menampung
kemiskinan mereka. Sebagai pekerja sosial, mereka perlu memberi kemahiran kepada golongan
ini supaya mereka menggunakan wang itu dengan baik. Warga tua perlu mengetahui cara
20
pengurusan kewangan. Pekerja sosial perlu membantu warga tua ini untuk menggunakan duit itu
dengan baik untuk membeli sesuatu yang boleh membawa mereka keluar daripada peringkat
kemiskinan seperti membeli mesin jahit, meniaga kecil-kecilan dan lain-lain.
Tambahan pula, warga tua juga perlu diberikan kaunseling untuk memberikan mereka
pendedahan awal dalam menghadapi sesuatu perkara itu dengan lebih berkesan. Kebiasaannya,
perubahan pola interaksi dan ketidakfungsian sosial itu berlaku apabila terdapat kehilangan ahli
keluarga. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka sukar menyesuaikan diri dan boleh
menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Statistik menunjukkan banyak warga tua yang
mengalami sakit mental ;
“Laporan akhbar harian Kosmo! bertarikh 27 November 2008 menyebut bahawa Negeri
Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental di kalangan orang dewasa paling tinggi di
negara ini. Kes terbaru yang berlaku di negeri itu adalah di Kampung Batang Rokan,
Gemencheh”.17
Rentetan daripada itu sesi kaunseling perlu diadakan untuk membantu warga tua untuk
menghadapi masalah mereka secara bersama. Apabila terdapat banyak halangan dan masalah
yang dihadapi seseorang sukar untuk dibantu, perkara ini yang membolehkan seseorang itu
menghadapi penyakit mental. Cara kaunseling yang berkesan iaitu melalui kaedah terapi
psikologi, terapi muzik dan lain-lain.
INTERVENSI-INTERVENSI
17 http://sitik.wordpress.com/2010/01/09/kenapa-pesakit-mental-bertambah/
21
Institusi-institusi sosial yang menawarkan perkhidmatan sosial kepada warga tua.
Terdapat banyak institusi-institusi yang menawarkan perkhidmatan membantu warga tua
ini. Penawaran ini dijalankan oleh Jabatan-jabatan kerajaan iaitu jabatan kebajikan masyarakat ,
dan Institusi swasta seperti Hendington institution, Briged( kebajikan perdana), dan lain-lain.
Melalui pihak kerajaan, isu kemasyarakatan ditekankan untuk membantu masyarakat keluar
dari lingkungan kemiskinan. Kewujudan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berteras
utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi
kumpulan sasar seperti berikut:-
Kanak-kanak Orang Kurang Upaya Warga Tua Keluarga Orang Papa Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) Mangsa Bencana 18
Dapat membantu warga tua khususnya ke arah keseimbangan sosial-ekonomi mereka.
18 http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=432:kanak-kanak&catid=192:piagam-pelanggan
22
perundingan
Pengurusan maklumat dan sumber
Pendidikan
Kemahiran
Kaunseling
Selain itu, Jabatan pembangunan wanita (JPW) 19juga turut menyediakan
perkhidmatan yang sama iaitu membantu golongan sasaran seperti warga tua untuk
meningkatkan kefungsian sosial mereka. Institusi ini juga mengedaikan perkhidmatan kaunseling
kepada warga tua wanita, bengkel kepada mereka dan sebagainya.
Institusi Lembaga Pembangunan penduduk keluarga dan negara (LPPKN) 20juga
menyediakan perkhidmatan kaunseling, rawatan klinikal, program nur@ rumah, bantuan khas,
pusat keluarga dan lain-lain. Perkhidmatan ini perlu di lihat secara profesional oleh pekerja sosial
bagi membantu warga tua.
Selain daripada pihak kerajaan, institusi swasta juga ada menawarkan khidmat bantuan
kebajikan untuk warga tua dan golongan sasaran yang memerlukan. Hedington institution
merupakan satu badan swasta yang menawarkan khidmat bantuan . Visi Hedington institution,
semua pekerja kemanusiaan akan mempunyai kemahiran peribadi,sokongan sosial, sumber daya
organisasi, dan kepentingan umum yang diperlukan,untuk mempertahankan kesejahteraan merek
a dan berkembang dalam kalangan mereka.21
Pihak swasta iaitu briged institution yang menawarkan perkhidmatan kebajikan untuk
warga tua dan matlamat mereka untuk menuntut keadilan sosial, keamanan dan keharmonian
sejagat ;
‘The focus on educating in faith and building strong learning communities is seen as a powerful means of social transformation whereby the ideals of peace, freedom and social justice are promoted. Briged is a celebration of this vision for education’.22
19 http://www.jpw.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=339&Itemid=18220 http://www.lppkn.gov.my/lppkn/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=1&lang=ms21 http://www.facebook.com/home.php?sk=group_10678687605514922 http://www.briged.org.au/welcome/dsp-landing.cfm?loadref=17
23
Kesimpulannya terdapat berbagai-bagai bantuan yang diberikan oleh institusi-institusi
kerajaan serta swasta untuk membantu warga tua. Sebagai pekerja sosial, mereka perlu
mengetahui maklumat ini secara menyeluruh dan membantu warga tua keluar daripada masalah
sosial mereka. Statistik menunjukkan banyak warga tua yang meninggal dunia apabila usia 71-75
tahun. 23Statistik ini perlu di turunkan agar kadar pertumbuhan negara selari dengan kemajuan
negara.
(sumber : http://mes.selangor.gov.my/mes/lang/malay/article.php?article=132
POLISI-POLISI SOSIAL/ PERUNDANGAN SOSIAL/ AKTA-AKTA WARGA TUA
Di Malaysia, banyak polisi, perundangan dan akta-akta yang berkaitan dengan warga tua.
Akta ini bukan sahaja untuk melindungi mereka malah menjaga kepentingan mereka. Antara
akta-akta yang diperuntukkan oleh Malaysia mengenai Warga Tua seperti akta-akta orang papa
23 http://mes.selangor.gov.my/mes/lang/malay/article.php?article=132.
24
(akta 183), Akta pusat jagaan, dasar mangsa tua kebangsaan, dasar sosial negara, pelan tindakan
dasar warga tua negara dan lain-lain.
Kebiasaannya, akta-akta orang papa 1997 (akta183) untuk golongan yang perlu
dipulihkan daripada menjadi kutu rayau, mendapatkan perlindungan kepada mereka dan
sebagainya. Akta ini dikuatkuasakan untuk membanteras warga tua yang mengemis di
persekitaran bandar atau di sesuatu tempat. Menurut jabatan kebajikan masyarakat orang papa
bermaksud ;
“Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga
menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim
mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacau ganggu atau seseorang pelesir
yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak
mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat
menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.”
Orang papa dimasukkan ke Desa Bina Diri(DBD) mengikut peraturan-peraturan yang disahkan
oleh ;
perintah mahkamah mengikut Akta Orang-orang Papa 1977 secara sukarela dengan kelulusan Pengarah Kebajkan Masyarakat Negeri di mana orang
papa itu tinggal. Mereka yang ditempatkan di institusi ini akan diajar kemahiran-kemahiran yang
bersesuaian seperti menjahit, bertukang, berkebun dan sebagainya sebagai persediaan menempatkan kembali mereka ke dalam keluarga atau masyarakat serta boleh berdikari.24
24 http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=392&Itemid=74&lang=ms
25
Selain itu, kerajaan telah menubuhkan akta pusat jagaan 1993 untuk memberikan
perlindungan dan penjagaan kepada warga tua yang berumur 60 tahun ke atas. Akta ini
membantu warga tua yang berpelesiran di merata tempat, ditempatkan di sesuatu tempat iaitu
pusat penjagaan warga tua sebagai pelindung dan menjaga kehidupan mereka dengan lebih baik.
sesebuah Pusat Jagaan juga diberi berdasarkan kriteria-kriteria berikut:-
Had bilangan penghuni hendaklah tidak melebihi keluasan ruang yang dibenarkan.
Terdapat perbezaan keperluan bagi setiap kumpulan umur penghuni. Keluasan lantai
bagi kanak-kanak berumur di bawah sepuluh tahun dan orang kurang upaya ialah 3.5
meter persegi; manakala bagi remaja dan warga tua ialah 3.0 meter persegi.
Mempunyai menu dan aktiviti harian yang sesuai bagi setiap kumpulan umur penghuni.
Jadual-jadual ini perlu dipamerkan di papan tanda Pusat Jagaan berkenaan. Perakuan
Pendaftaran juga perlu dipamerkan.
Premis Pusat Jagaan Harian/Berkediaman perlu mematuhi syarat-syarat Majlis Tempatan,
panduan kesihatan Jabatan Kesihatan dan peraturan keselamatan kebakaran Jabatan
Bomba dan Penyelamat.
Setiap Pusat Jagaan mesti mempunyai alat pemadam api, Kotak Pertolongan Cemas dan
tatacara mengosongkan premis sekiranya berlaku kebakaran.
Rekod setiap penghuni hendaklah di senggara dengan baik25
Seterusnya, dasar warga tua negara juga merupakan dasar yang membantu warga tua
dalam kesejahteraan, keharmonian dan keselamatan warga tua. Dasar ini juga bermatlamat untuk
Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara.
25 http://gerbang.selangor.gov.my/kemudahan_daftar_pusat_jagaan.php
26
26Memajukan potensi warga tua agar mereka aktif dan produktif dalam pembangunan negara,
serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari. Menggalakkan
pewujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin
penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah kesejahteraan hidup mereka.
Terdapat banyak lagi perundangan, polisi dan akta-akta yang membantu warga tua
menjamin kesejahteraan mereka. Semua polisi sosial itu membantu meningkatkan ke fungsian
sosial warga tua.
PERANAN PEKERJA SOSIAL
Pekerja sosial merupakan satu bidang profesion yang membantu individu, masyarakat
dan komuniti menjalankan ke fungsian sosialnya dengan baik. Pekerja sosial boleh menjadi
seorang enabler, broker, peguam bela, aktivis, perantara, perunding, pendidik, insulator,
empower, penyelidik dan fasilitator.
26 http://kebajikan.perak.gov.my/jkm_stackakta.php?n=dasar2
27
pekerja sosial
enabler
broker
peguam bela
aktivis
perantara
perunding
pendidik
insulator
empower
kaunselor
Pekerja sosial seorang enabler. Pekerja sosial membantu individu atau masyarakat untuk
menyatakan keperluan, menjelaskan dan menyelesaikan masalah. Enabler juga ialah pekerja
sosial sebagai kaunseling yang membantu klien dalam melakukan perubahan mereka seperti
membantu warga tua meningkatkan potensi hidup, kesihatan mereka dan sebagainya.
Pekerja sosial juga seorang broker. Sebagai broker, pekerja sosial mampu
menghubungkan klien dengan bantuan terutama warga tua yang tidak mengetahui sumber
dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran klien. Oleh itu, Pekerja sosial
perlu mempunyai kemahiran, pengetahuan dan mengenal pasti sumber sekeliling klien supaya
sumber itu boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan.
Selain itu, pekerja sosial turut merupakan seorang perunding kepada klien. Sebagai
perunding, pekerja sosial perlu berusaha untuk mencapai kata sepakat dan membentuk
persetujuan. Dalam proses ini, pekerja sosial akan berusaha bagi memastikan semua pihak yang
terlibat akan mendapat faedah masing-masing.
Seterusnya, pekerja sosial juga ialah seorang pendidik. Pekerja sosial perlu berusaha
untuk membantu individu atau kumpulan dalam menyampaikan maklumat dan mengajar klien
untuk menggunakan pelbagai kemahiran. Ini bermakna untuk menjadi pendidik, pekerja sosial
itu perlulah bijak berkomunikasi agar mesej yang hendak disampaikan adalah jelas dan difahami
oleh klien.
Pekerja sosial juga merupakan fasilitator. Sebagai fasilitator, pekerja sosial memainkan
peranan sebagai ketua dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Pekerja sosial yang berperanan
sebagai fasilitator perlu berusaha untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada klien
28
dengan berkesan agar segala matlamat dapat di kecapi. Sebagai fasilitator juga, pekerja sosial
akan menghadapi dan menangani pelbagai jenis bentuk personaliti klien yang ada.
Kesimpulannya, pekerja sosial diberi amanah untuk melakukan peranan pekerja sosial ini
dengan bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab. Menurut Hepworth (1993), beliau
mengklasifikasikan peranan pekerja sosial kepada lima bahagian iaitu ;
Penyedia perkhidmatan secara langsung.
Penghubung sistem
Pemelihara sistem
Penyelidik dan penyelidikan pelanggan
Pemaju sistem
LAMPIRAN
SURAT KHABAR
29
Eksklusif: Ibu bapa bercerai punca anak abai warga emas
2010/05/23
ANTARA penghuni Rumah Nur Hasanah.
PENGHUNI Rumah Nur Hasanah diberi minuman.
IBU bapa bercerai sejak anak masih kecil dan sikap bapa yang tidak mahu bertanggungjawab selepas perceraian menjadi punca anak tidak mahu menjaga bapa dan lebih rela membiarkan mereka di rumah perlindungan warga tua.
Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohd Fazari Mohd Salleh, berkata sebahagian warga emas diabaikan kerana anak sudah biasa sejak kecil hidup tanpa bapa.“Kerap kali apabila berlaku perceraian, anak akan duduk dengan ibu dan sikap bapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak menyebabkan hubungan antara anak dan bapa renggang. Ada sesetengah waris menolak untuk menjaga bapa mereka atas alasan itu walaupun mampu dari segi kewangan untuk berbuat demikian,” katanya.Kata Fazari, ada juga waris yang ingin menjaga bapa atau ibu mereka, tetapi tidak berupaya dari segi kewangan. Bukan saja perlu menampung bayaran pengangkutan dan rawatan susulan di hospital, tetapi juga sara diri pesakit terutama mereka yang memerlukan makanan khas dan lampin pakai buang menyebabkan waris terpaksa menempatkan ibu atau bapa di Rumah Seri Kenangan.
“Begitu juga jika pesakit menghidap penyakit kronik, bermasalah mental dan tidak upaya menjaga diri sendiri,” katanya.
Dalam hal begini kata Fazari, pesakit biasanya tidak mahu menyusahkan anak dan memilih dengan sukarela untuk tinggal di Rumah Seri Kenangan.
“Dengan taraf kehidupan yang semakin meningkat, ramai suami isteri kini bekerja, manakala anak memiliki jadual persekolahan atau kelas tambahan. Justeru, mereka sukar untuk menjaga ibu atau bapa, apatah lagi jika ibu bapa itu uzur dan memerlukan perhatian penuh,” katanya.
Kajian Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital KUala Lumpur juga mendapati ada kes pesakit terdampar kerana halangan daripada menantu.
Dalam keadaan ini biasanya, menantu lelaki tidak membenarkan isteri menjaga ibu atau bapa mentua kerana menganggap mentua ‘pengacau’ dalam rumah tangga mereka.
30
orang tua dibuang anak
Eksklusif: Tahfiz dibuangOleh Hafizah [email protected]/05/23
PENGHUNI Pusat Jagaan Nur Hasanah merenung masa depan masih tak menentu.Anak dakwa diabai bapa sejak kecil balas dendam
KUALA LUMPUR: Mereka bukan calang-calang orang, tetapi tahfiz, bekas pegawai tentera, pegawai bank dan pesara kerajaan, kini tergolong sebagaipesakit terdampar selepas tiada waris termasuk anak-anak yang mahu mengambil mereka pulang walaupun sudah sembuh dirawat di hospital. Jumlahpesakit seperti mereka, kebanyakannya warga tua semakin meningkat di beberapa hospital kerajaan termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mencatatkan 489 kes tahun lalu meningkat 81 kes berbanding tahun sebelumnya.Sebahagian mereka kini ditempatkan di rumah transit yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi penempatan sementara sebelum dipindahkan ke rumah perlindungan lain.
Bagaimanapun jumlah itu kini sudah terlalu besar untuk ditampung rumah transit berkenaan.
Difahamkan, beberapa hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang seperti Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang menghadapi masalah sama.Pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL (JKSPHL), Mohd Kamaruzzaman Ali yang ditemui Berita Minggu berkata, sebahagian pesakit dihantar oleh anak ke hospital untuk rawatan, tetapi selepas sembuh, mereka tidak datang mengambil orang tua masing-masing.
Waris pesakit berkenaan bukan saja tidak datang menjenguk di hospital, malah sengaja memberikan alamat dan nombor telefon palsu kerana tidak mahu dikesan.
Ketika ini, hampir semua rumah transit di Lembah Klang dihuni sepenuhnya pesakit terdampar, sekali gus menambah lagi kesesakan di HKL kerana pengendali rumah transit tidak dapat menerima pesakit untuk sementara. Rumah transit hanya boleh menempatkan mereka untuk tempoh enam bulanke setahun saja sebelum dipindahkan.
Rumah transit yang dikendalikan NGO di HKL hanya boleh menampung kira-kira 20 penghuni, sedangkan masih ramai penghuni belum dipindahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama ada ke Rumah Seri Kenangan atau Rumah Ehsan di seluruh negara.
Mohd Kamaruzzaman berkata, daripada keseluruhan kes di HKL, 81.8 peratus membabitkan pesakit lelaki yang majoritinya berbangsa Melayu dalam lingkungan usia 18 ke 74 tahun.
Katanya, bagi pesakit terdampar yang langsung tiada waris atau waris gagal dikesan dan boleh menguruskan diri sendiri, mereka akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan milik JKM, manakala pesakit terlantar dan memerlukan penjagaan sepenuhnya, seboleh-bolehnya mereka akan ditempatkan diRumah Ehsan.
Sementara itu, Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Ampang dan Pengerusi Pusat Penjagaan Nur Hasanah (rumah transit) Mohiadin Bahado, berkata pihak hospital perlu mengeluarkan pesakit dari wad apabila sembuh atau hanya memerlukan rawatan susulan seminggu atau sebulan sekali bagi menempatkan pesakit lain.
“Untuk sesetengah kes, kita boleh berunding dengan doktor untuk menangguhkan proses mengeluarkan mereka dari wad, tetapi sampai bila? Kita perlu faham kapasiti wad, selain duduk lama di wad mendedahkan mereka kepada pelbagai jangkitan kuman.
“Dari segi psikologi, apabila mereka gagal ditempatkan di institusi penjagaan kekal dengan alasan masih ada waris, secara automatik semangat untuk hidup merosot,” katanya.
Beliau berkata, ada waris yang enggan mengambil pesakit berkenaan dengan alasan sibuk bekerja malah ada yang menolak dengan alasan, bapa atau ibu mereka tidak bertanggungjawab ketika mereka kecil.
Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Serdang, Rozida Ahmad Zaidi berkata, pesakit terdampar yang tidak berwaris kerana tidak pernah berkahwinatau berkahwin, tetapi tiada zuriat, akan ditempatkan ke penempatan sementara kelolaan JKM.
“Misi JKM untuk meletakkan mereka kembali ke dalam sistem keluarga. Namun apabila waris tidak mahu menerima, mereka akan menghuni Rumah Seri Kenangan, tetapi tempoh dilalui sebelum ditempatkan di sana panjang dan tentunya tempoh itu mengguris hati mereka,” katanya.
Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM, Mohd Fazari Mohd Salleh, berkata bagi kes pesakit terdampar, sejak 2006 hingga 2008, JKM sudah menempatkan 220 orang di dua Rumah Ehsan di Dungun, Terengganu dan sebuah lagi di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kedua-dua Rumah Ehsan itu hanya boleh menampung 220 pesakit pada satu-satu masa.
31
Warga Emas vs Daun Kering25 January 2007
Oleh ZALILA ISA
TUA merupakan suatu keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa jua. Ia mungkin dapat dilambatkan, misalnya, dengan menggunakan ubatan tertentu agar wajah dan tubuh kekal cantik dan sihat. Bagaimanapun, tua pasti akan mengambil tempat dalam kehidupan setiap manusia yang masih bernafas. Dalam proses penuaan yang semulajadi, sedikit demi sedikit wajah dan tubuh badan akan menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti kedut di tepi mata, kulit yang menggeleber di sana-sini, sendi yang sakit-sakit, badan berasa lenguh dan nafas yang mudah semput. Pada masa yang sama, cara berfikir seseorang juga boleh dan akan berubah dalam meniti usia yang semakin meningkat.
`Warga emas´, ‘veteran’ atau warga tua merupakan golongan yang berusia 60 tahun ke atas. Biasanya pada usia begini, mereka lebih cenderung ke arah aktiviti-aktiviti yang tidak banyak menggunakan tenaga. Inilah waktu ‘berehat’ bagi mereka. Bagi warga emas yang beragama islam pula, inilah waktu yang tepat untuk mereka mendekatkan diri dengan Allah s.w.t, bertaubat dan menqada semula segala apa yang telah tertinggal semasa mereka leka dan sibuk mengumpul kekayaan. Inilah juga masa yang dinantikan untuk bersama ahli keluarga yang dahulu diabaikan. Pendek kata, zaman tua harus di isi sebaiknya untuk menambah pahala dan menebus dosa-dosa lampau di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sebelum nafas terhenti.
Bagaimanapun, terdapat juga golongan tua yang masih beranggapan bahawa mereka mempunyai banyak waktu untuk dihabiskan. Memang benar, ‘ajal maut di tangan tuhan’, kerana itulah mereka berpendapat bahawa mereka masih mempunyai waktu yang panjang untuk bertaubat. Akibatnya, wujud segelintir warga tua yang ‘mensia-siakan’ usia singkat mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah malah mendatangkan dosa dan kecelakaan kepada orang lain. Dari sinilah wujud istilah-istilah seperti ‘orang tua tak sedar diri’, ‘kecil-kecil tak nak mati, dah tua menyusahkan orang’ dan sebagainya.
Media cetak dan eletronik juga berlumba-lumba memaparkan kejadian jenayah yang dilakukan oleh warga tua. Jenayah tersebut meliputi jenayah keganasan (membunuh, menyamun, merogol, dan mencederakan), jenayah perdagangan (penipuan, pecah amanah dan rasuah) serta jenayah kecil yang lain. Walaupun kes-kes sebegini dianggap ‘kes terpencil’, namun ia tetap menjadi persoalan kepada masyarakat. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa ‘warga tua’ yang dianggap sebagai golongan yang kurang berdaya masihterjerumus kepada perlakuan jenayah?
Mungkin kes-kes yang telah dilaporkan di media bakal membawa kita kepada jawapan yang tuntas punca penglibatan warga tua dengan jenayah. Berikut adalah beberapa kes jenayah yang melibatkan warga tua di negara kita.
• Nibong Tebal - Tiga warga emas sanggup mengembara beratus-ratus kilometer dari tempat asal mereka di Ipoh, Perak, ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melakukan kegiatan jenayah termasuk pecah rumah. Penyamun yang ditahan berusia 51 hingga 55 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk seorang daripadanya berada dalam senarai dikehendaki polis Perak. Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek sudah melakukan 32 kes jenayah sejak dua tahun lalu termasuk mengakui terbabit 18 kes pecah rumah di
32
Malaysia ‘negara tua’ pada 2035
Posted by Cikgu Awang on March 10, 2010
Dipetik daripada Utusan Malaysia, 10 Mac 2010. Oleh ROKIAH [email protected]
PULAU PINANG 9 Mac – Malaysia dijangka menjadi ‘negara tua’ dalam tempoh 25 tahun akan datang apabila penduduk berusia 60
tahun ke atas mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya.
Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , Mohd. Hafizal Mohd. Salleh berkata, statistik
Jabatan Perangkaan menunjukkan jumlah warga emas meningkat dua kali ganda antara 2010 hingga 2035.
Menurutnya, bilangan warga emas di Malaysia ketika ini adalah 1.8 juta orang atau tujuh peratus daripada jumlah penduduk tetapi
ia dijangka meningkat kepada 3.4 juta orang atau 10 peratus menjelang tahun 2020 dan terus meningkat 5.1 juta orang atau 15
peratus pada 2035.
“Pertambahan tersebut berlaku kesan kesedaran masyarakat berkaitan aspek penjagaan kesihatan sehingga berjaya meningkatkan
jangka hayat daripada 55 tahun selepas merdeka kepada 75 tahun pada masa kini.
“Peningkatan jumlah warga emas cabaran kepada kerajaan dalam menyediakan kemudahan terutama infrastruktur, perumahan,
perubatan dan kesihatan,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar Kasih Sayang Antara Generasi Membanteras Penganiayaan
Sesama Insan anjuran Persatuan Gerontologi Malaysia (GeM) di sini hari ini.
Persidangan sehari yang dihadiri kira-kira 280 peserta itu dianjurkan dengan kerjasama JKM, Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Mohd. Hafizal memberitahu, sehingga kini terdapat antara 300 hingga 400 orang daripada 2,000 warga emas yang berada di JKM
mempunyai waris dan anggota keluarga.
Namun apa yang menyedihkan, kata beliau, waris atau anggota keluarga warga emas berkenaan tidak mahu menjaga golongan
tersebut.
“Saya tidak tahu mengapa. Mungkin inilah kesannya jika kasih sayang antara ahli dalam keluarga dan generasi tidak dipupuk dalam
33
GAMBAR-GAMBAR WARGA TUA
34
BUKU
STATISTIK
35
36
KESIMPULAN
Warga tua dikenali sebagai seorang yang berada peringkat usai 60 tahun ke atas. Mereka
mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Apabila mencapai tahap ini mereka banyak menghadapi
masalah seperti penyakit kulit, lelah, gout, rabun, dan sebagainya. Ahli analisis sosiologi,
falsafah, tokoh Islam, tokoh barat dan sebagainya bersetuju bahawa warga tua adalah asas
kepada kehidupan manusia. Tanpa mereka golongan muda tidak mengetahui pengetahuan yang
mendalam tentang sesuatu perkara kerana mereka sudah hidup lebih lama berbanding orang
muda.
Warga tua juga merupakan salah satu persekitaran terdekat dengan individu manusia.
Praktis secara langsung ke atas individu dan keluarga merupakan kaedah tertua dan kadang kala
dirujuk sebagai kerja kes atau kerja sosial. Kes kerja merupakan ‘ ibu kepada kaedah’ yang
dipraktikkan dalam pelbagai bidang perkhidmatan sosial dan sebagai pendekatan yang general.
Oleh itu, mempelajari warga tua merupakan sesuatu kaedah yang baik untuk pengetahuan semua
manusia mengetahui kepentingan mereka dalam masyarakat dan negara.
Dengan berpandukan kepada model serta kaedah yang ada para pekerja sosial dapat
menjalankan tugas dengan tertib dan mengikut peraturan serta aliran yang betul tanpa
meninggalkan aspek-aspek yang diperlukan dalam kaedah rawatan atau pengendalian kes. Oleh
yang demikian, pekerja sosial peringkat makro merupakan satu kaedah yang cuba untuk
menyelesaikan masalah dengan melihat secara mendalam dan menyelesaikan secara menyeluruh.
37
RUJUKAN
SURAT KHABAR
Harian Metro, 24 Januari 2007, m/s 1.
Utusan Malaysia, 11 Januari 2007, m/s 3.
Harian Metro, 17 Disember 2006 m/s 3.
Harian Metro, 17 Disember 2006, m/s 6.
Utusan Malaysia, 16 Oktober 2006, m/s 2.
Utusan Malaysia, 2 September 2006, m/s 8.
Utusan Malaysia, 23 Disember 2006, m/s 3.
Harian Metro, 23 Januari 2007,m/s 1.
INTERNET@WEB
penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=400:warga-tua&catid=206:kategori-
masyarakat .
http://web.usm.my/sawan/professional/tua.htm .
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Wargatua/MatiPucukwargaemas.php .
http://sitik.wordpress.com/2010/01/09/kenapa-pesakit-mental-bertambah/
http://www.jkm.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=432:kanak-kanak&catid=192:piagam-
pelanggan
http://www.jpw.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=339&Itemid=182
38
http://www.lppkn.gov.my/lppkn/index.php?
option=com_content&view=frontpage&Itemid=1&lang=ms
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_106786876055149
http://www.briged.org.au/welcome/dsp-landing.cfm?loadref=17
http://mes.selangor.gov.my/mes/lang/malay/article.php?article=132 .
http://www.jkm.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=392&Itemid=74&lang=ms
http://gerbang.selangor.gov.my/kemudahan_daftar_pusat_jagaan.php
http://kebajikan.perak.gov.my/jkm_stackakta.php?n=dasar2
BUKU
John Shaw (1974), membina ‘Model Putaran Hidup’.
Surah Al-Israa' ayat 23.
Riegel (1970), inner-biological’, ‘individual-psychological’, ‘cultural-
sociological’ dan ‘outer-physical’.
Keluarga, William J. Goode, penterjemah Maso’od Abd. Rashid, muka surat 3.
Cari –tau sendiri, diindonesiakan oleh G.M.A Naninggolan, cetakan ke tiga,
muka surat 86.
OLD AND ALONE, ROUTLEDGE & KEGAN PAUL, muka surat 272.
UNDERSTANDING OLD MAN, Gail Wilson, muka surat 101 dan 145.
Sosial Policies and Programs on Aging, Louis Lowy, muka surat153.
AGING 6th Edition, Harry R Moody, muka surat 129.
Pengantar Kerja Sosial, Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, muka surat 88.
39
40