waqaf dan ibtida.pdf

5
Permulaan Ulama berbeza pendapat dalam menentukan bilangan dan nama waqaf, kerana tidak sependapat pada maksud ayat-ayat al-Quran tetapi apa yang telah mereka bahagikan tidak terkeluar dari jenis-jenis yang akan kemukakan nanti. Setiap pembaca al-Quran patut mengetahuinya kerana demikian secara tidak langsung ia menunjukkan seseorang pembaca itu mempunyai pengertian terhadap makna ayat suci al- Quran. Sebagaimana Saidina Ali ra pernah ditanya apakah maksud kalimah tartil yang terdapat pada ayat 4 surah al-Muzammil (( القرآن ترتيورتل)), maka beliau menjawab: "Mentajwidkan huruf dan mengetahui menghentikan bacaan pada rangkaikata yang sesuai". Begitu juga Imam Ibnu al-Jazari pernah berkata dalam Toiyyibah al-Nasyr: وبعد ما تحسن أن تجودا# وابتدا وقفا بدا أن تعرف Maksudnya: "Dan selepas engkau memperelokkan dalam pembacaan dengan bertajwid, semestinya pula kenal akan cara waqaf dan cara ibtida'. Definisi Waqaf (وقف) menurut: Bahasa : Berhenti atau menahan. Istilah : Menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula. Ibtida' (إبتداء) menurut: Bahasa : Bermula Istilah : Menyambung bacaan semula sesudah menghentikan bacaan sementara kerana bernafas. Pembahagian Waqaf terbahagi kepada empat jenis seperti berikut: 1. Waqaf Ikhtibari (ختبارىوقف ا) : Ialah waqaf pada sesuatu kalimah kerana ingin menerangkan hukum kalimah itu dari sudut resamnya pada Mashaf samada terputus atau bersambung, ditulis dengan Ta' Marbutoh atau Ta' Maftuhah, dan lain-lain lagi. Sebagai contoh: -Boleh waqaf pada kalimah فىdalam ayat (( ه يختلفونا هم في فى محكم بينكم ي إن)) surah al-Zumar ayat 3. -Tetapi tidak boleh waqaf pada kalimah فىyang bersambung dengan kalimah ماpada ayat (( ا كنتملوا فيمقا)) surah al-Nisa' ayat 97. Ini kerana tulisan Resam Usmani sebegitu rupa. Hukumnya : Harus, dengan cara mengulang kembali kalimah yang diwaqafkannya atau kalimah sebelumnya untuk menyempurnakan maksud dari ayat tersebut.

Upload: ariff

Post on 03-Sep-2015

860 views

Category:

Documents


233 download

TRANSCRIPT

  • Permulaan

    Ulama berbeza pendapat dalam menentukan bilangan dan nama waqaf, kerana tidak

    sependapat pada maksud ayat-ayat al-Quran tetapi apa yang telah mereka bahagikan tidak

    terkeluar dari jenis-jenis yang akan kemukakan nanti.

    Setiap pembaca al-Quran patut mengetahuinya kerana demikian secara tidak langsung ia

    menunjukkan seseorang pembaca itu mempunyai pengertian terhadap makna ayat suci al-

    Quran. Sebagaimana Saidina Ali ra pernah ditanya apakah maksud kalimah tartil yang

    terdapat pada ayat 4 surah al-Muzammil (( )), maka beliau menjawab: "Mentajwidkan huruf dan mengetahui menghentikan bacaan pada rangkaikata yang sesuai".

    Begitu juga Imam Ibnu al-Jazari pernah berkata dalam Toiyyibah al-Nasyr:

    #

    Maksudnya: "Dan selepas engkau memperelokkan dalam pembacaan dengan bertajwid,

    semestinya pula kenal akan cara waqaf dan cara ibtida'.

    Definisi

    Waqaf () menurut: Bahasa : Berhenti atau menahan.

    Istilah : Menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan

    sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula.

    Ibtida' () menurut: Bahasa : Bermula

    Istilah : Menyambung bacaan semula sesudah menghentikan bacaan sementara kerana

    bernafas.

    Pembahagian

    Waqaf terbahagi kepada empat jenis seperti berikut:

    1. Waqaf Ikhtibari ( ) : Ialah waqaf pada sesuatu kalimah kerana ingin menerangkan hukum kalimah itu dari sudut resamnya pada Mashaf samada terputus

    atau bersambung, ditulis dengan Ta' Marbutoh atau Ta' Maftuhah, dan lain-lain lagi.

    Sebagai contoh:

    -Boleh waqaf pada kalimah dalam ayat (( )) surah al-Zumar ayat 3.

    -Tetapi tidak boleh waqaf pada kalimah yang bersambung dengan kalimah pada

    ayat (( )) surah al-Nisa' ayat 97. Ini kerana tulisan Resam Usmani sebegitu rupa.

    Hukumnya : Harus, dengan cara mengulang kembali kalimah yang diwaqafkannya atau

    kalimah sebelumnya untuk menyempurnakan maksud dari ayat tersebut.

  • 2. Waqaf Idhtirari ( ) : Ialah waqaf ketika sebab terdesak seperti kurang nafas, bersin dan sebagainya.

    Hukumnya : Harus, bagi si pembaca yang waqaf kerana sebab terdesak lalu apabila

    hilang sebab terdesak itu mestilah mengulang kembali menyebut kalimah yang

    diwaqafkannya atau kalimah sebelumnya bagi menyempurnakan maksud ayat

    bacaannya itu.

    3. Waqaf Intizari ( ) : Ialah waqaf pada sesuatu kalimah dengan tujuan mencukupkan bentuk-bentuk qiraat yang ada dalam kalimah itu.

    Hukumnya : Harus, ini biasanya dilakukan oleh penuntut dalam bidang ilmu Qiraat.

    Mereka membaca satu ayat dengan pelbagai bentuk qiraat sehingga habis khilaf

    qiraat yang ada dalam ayat tersebut dengan pemerhatian dan tunjuk ajar dari guru

    mereka (talaqi dan musyafahah). Jika ayat itu terlalu panjang sudah tentulah

    memerlukan kemahiran untuk waqaf pada kalimah yang sesuai, kemudian diulang

    dengan bentuk qiraat yang lain sehingga selesai. Kemudian barulah disambung

    dengan potongan rangkaikata ayat yang berbaki itu.

    4. Waqaf Ikhtiyari ( ) : Ialah waqaf yang boleh dibuat pilihan dengan tanpa sebab-sebab yang telah disebut sebelum ini.

    Waqaf jenis ini mempunyai beberapa pembahagian yang sudah dikenali ramai sepertimana

    yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-Jazari dalam Toiyyibah al-Nasyr:

    # #

    #

    Maksudnya : "Maka lafaz yang sudah sempurna dan tidak mempunyai sangkutpaut

    (makna dengan selepasnya), ialah Waqaf Tam dan Waqaf Kaf jika mempunyai

    sangkutpaut makna (dengan selepasnya). Waqaflah dan mulakanlah (dengan kalimah

    seterusnya) dan jika mempunyai sangkutpaut dari sudut lafaz (ia adalah) Waqaf

    Hasan, boleh waqaf dan tidak boleh memulakan bacaan melainkan dimulakan dengan

    kalimah sebelumnya. Dan selain (yang telah disebut) ini adalah Waqaf Qobih dan

    bagi si pembaca, boleh waqaf secara terdesak (pada mana-mana kalimah) dan

    dimulakan kembali dengan kalimah sebelumnya".

    Seperti yang dapat difahami dari matan di atas tadi, Waqaf Ikhtiyari terbahagi kepada empat

    jenis seperti berikut:

    1. Waqaf Tam (Berhenti sempurna) : Iaitu waqaf yang sempurna maknanya, dan tidak terikat dengan selepasnya dari sudut lafaz dan makna.

    Seperti : (( )) surah al-An'am ayat 36. Waqaf pada adalah Waqaf Tam kerana sudah sempurna makna dari rangkaikata ayat tersebut dan rangkaikata selepasnya mempunyai makna yang

    lain pula.

  • Ia juga diberi nama Waqaf Lazim dan di dalam Mashaf ia diberi tanda ( ) untuk menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Tam. Menunjukkan semestinya

    waqaf pada kalimah itu.

    2. Waqaf Kaf (Berhenti Mencukupi) : Iaitu waqaf di satu kalimah yang sempurna maknanya tetapi masih mempunyai sangkutpaut dengan kalimah selepasnya

    dari sudut makna bukan dari sudut lafaz.

    Seperti : (( )) surah Maryam ayat 41. Waqaf pada adalah Waqaf Kaf, maknanya sudah cukup tetapi masih mempunyai kaitan dengan makna pada kalimah selepasnya.

    Dalam Mashaf ia diberi tanda ( ) (lebih kurang, ini kerana komputer saya tidak mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang ada dalam Mashaf). Menunjukkan

    waqaf pada satu kalimah itu lebih utama dari menyambungnya.

    3. Waqaf Hasan (Berhenti Elok) : Iaitu waqaf yang sempurna makna pada dirinya tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kalimah selepasnya.

    Contoh : (( )). Boleh waqaf di sini tetapi masih mempunyai kaitan makna dan lafaz selepasnya.

    Di dalam Mashaf diberi tanda () (lebih kurang macam tanda ini, ini kerana komputer saya tidak mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang ada dalam

    Mashaf). Menunjukkan menyambung bacaan adalah lebih utama dari mewaqafkannya

    tetapi boleh sahaja untuk waqaf di situ.

    4. Waqaf Qobih (Berhenti Tidak Elok) : Iaitu waqaf pada kalimah yang masih tidak sempurna maknanya dan mempunyai kaitan dengan kalimah selepasnya dari

    segi lafaz dan makna.

    Contoh: (( )) surah al-Maidah ayat 9. Waqaf pada adalah Waqaf Qobih kerana makna ayat masih tidak sempurna.

    Di dalam Mashaf ianya diberi tanda () menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Qobih. Maka dilarang waqaf di sesuatu kalimah yang terdapat tanda itu melainkan

    tidak cukup nafas atau bersin dan sebagainya. Apabila hendak memulakan bacaan

    semula hendaklah mengulang dari kalimah hingga akhir ayat.

  • Tambahan

    Di sana, ada tambahan waqaf yang selain dari empat Waqaf Ikhtiyari yang telah disebut

    seperti:

    1. Waqaf Jaiz (Berhenti Harus) : Ianya diberi tanda di dalam Mashaf () untuk menunjukkan seorang pembaca al-Quran harus waqaf pada sesuatu kalimah itu

    ataupun terus menyambungkan bacaannya kerana waqaf padanya tidak sampai

    merosakkan makna ayat tersebut.

    Contoh : (( )) surah al-Maidah ayat 54. Waqaf pada adalah Waqaf Jaiz kerana ianya tidak sampai merosakkan makna ayat tersebut.

    2. Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) : Sejenis waqaf yang perlu kita perhatikan terlebih dahulu di mana kita akan kita waqaf bacaan pada salah satu di

    antara dua tempat yang berdekatan. Jenis ini dalam Mashaf diberi tanda tiga titik

    seperti titik huruf Syin (Harap maaf kerana komputer saya tidak mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang ada dalam Mashaf).

    Contoh : (( )) surah al-Baqarah ayat 2. Terdapat dua tanda (tiga titik seperti yang dinyatakan di atas); satu tanda pada kalimah , dan satu lagi pada kalimah . Pembaca boleh waqaf pada salah satu tempat sahaja, dan tidak boleh pada kedua-dua tempat. Namun boleh juga memilih untuk tidak waqaf

    pada kedua-dua tempat tersebut.

    Ianya juga diberi nama Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian).

    Penutup

    Demikianlah jenis-jenis waqaf dan pembahagiannya yang terdapat di dalam al-Quran. Namun

    kini semua Mashaf yang dicetak telah mempunyai tanda-tanda waqaf seperti yang disebutkan

    tadi yang telah diletakkan oleh para ulama untuk memudahkan orang ramai membaca al-

    Quran. Semoga artikel ini dapat memantapkan ilmu dan mengenalkan kita lagi tentang

    perkara-perkara yang berkaitan dengan Kalamullah ini. Amin..

  • WAQAF JIBRIL

    Waqaf yang dilakukan oleh Jibril as semasa beliau membacakan kepada Rasulullah saw.

    Ia juga dikenali dengan waqaf nabawi - waqaf sunnah - waqaf itba

    Terdapat 10 tempat yang disepakati.

    1. al Baqarah : ayat 148

    2. Ali Imran : ayat 95

    3. al Maidah : ayat 48

    4. al Maidah : ayat 116

    5. Yusuf : ayat 108

    6. al Rad : ayat 17-18

    7. al Nahl : ayat 5

    8. al Sajdah : ayat 18

    9. al Naziat : ayat 23

    10. al Qadr : ayat 3-4

    Terdapat juga 10 tempat yang khilaf

    Tanda waqaf jibril adalah berbeza-beza samada ditanda dengan waqaf lazim, waqaf shilliy, waqaf

    qiliy, waqaf jaiz ataupun tidak ditandai dengan sebarang tanda waqaf.