wanita dan politik kepartian di sarawak, tahun 1959 … · wanita dan politik kepartian di sarawak,...

22
WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* PENDAHULUAN Selepas tarnatnya gerakan anti penyerahan pada tahun 1951, iaitu dalarn jangka rnasa tidak sarnpai 10 tahun, perubahan polisi British l berlaku apabila British bersedia rnenyediak!ln Sarawak untuk berkerajaan sendiri dan seterusnya rnernberi kernerdekaan. Perubahan yang dilakukan ialah rneluluskan perlernbagaan pada tahun 1956 bagi rnenyediakan rnajoriti ahli tidak rasrni dalarn Majlis Negri yang akan dipilih secara langsung daripada Majlis Daerah. Pilihan raya itu akan diadakan pada tahun 1959. Sebelurn itu, British telah rnengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuching. Pilihan raya ini rnerupakan pilihan ray a percubaan kepada pili han raya urn urn Majlis Negri. Pilihan raya yang diadakan in telah rnendorong anak-anak ternpatan rnenubuhkan parti politik untuk rnencari dan rnenaja calon yang akan bertanding di peringkat Majlis Daerah, Majlis Penasihat Bahagian dan Majlis Negri. Antara parti-parti yang ditubuhkan bagi rnenyahut cabaran era baru ini ialah Sarawak United Peoples Party (SUPP)2, Parti Negara Sarawak (PANAS),3 Sarawak National Parti (SNAP)4, Barisan Rakyat Jati Sarawak * Penulis ialah pengajar di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau merupakan pemenang Pingat Emas, Persatuan Sejarah Malaysia bagi Sesi 1997/1998. Untuk mengetahui lebih lanjut perubahan polisi British, sila rujuk; Suffian Mansor, 'Sejarah Pembentukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak 1959-1974'. 'Latihan Ilmiah, Sarjana Muda. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1994/1995 him. 18 - 19. Rujuk juga Abdul Rahman Sebeli Senusi. ' 'Sejarah Perkemangan Politik Berparti di Sarawak 1956-1963'. Latihan Ilmiah. Sarjana Muda, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987. 2 SUPP diasaskan pada 12 Jun 1959. Parti ini merupakan parti politik terawal ditubuhkan di Sarawak. Parti ini didominasikan oleh kaum Cina. Presidennya yang pertama ialah Ong Kee Hui, manakala Setiausaha Agung SUPP pertama ialah Stephen Yong. 3 PANAS diasaskan pda 9 April 1960 oleh Abang Mustapha Abang Mosaili. Parti ini didominasi oleh kaum Melayu. Kebanyakan ahlinya terdiri daripadagolongan proyerahan dan pimpinan parti didominasi oleh go long an aristokrat perabangan. 4 SNAP diasaskan pada 10 April 1961 oleh kaum Iban Bahagian Kedua. Presidennya yang pertama ialah J.P Thinker dan Setiausaha Agung SNAP yang pertama ialah Stephen Kalong Ningkan. SNAP didominasi oleh kaum Iban Bahagian Kedua. 122 Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: others

Post on 18-Jan-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996

Nordin Archie*

PENDAHULUAN

Selepas tarnatnya gerakan anti penyerahan pada tahun 1951, iaitu dalarn jangka rnasa tidak sarnpai 10 tahun, perubahan polisi British l berlaku apabila British bersedia rnenyediak!ln Sarawak untuk berkerajaan sendiri dan seterusnya rnernberi kernerdekaan. Perubahan yang dilakukan ialah rneluluskan perlernbagaan pada tahun 1956 bagi rnenyediakan rnajoriti ahli tidak rasrni dalarn Majlis Negri yang akan dipilih secara langsung daripada Majlis Daerah. Pilihan raya itu akan diadakan pada tahun 1959. Sebelurn itu, British telah rnengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuching. Pilihan raya ini rnerupakan pilihan ray a percubaan kepada pili han raya urn urn Majlis Negri.

Pilihan raya yang diadakan in telah rnendorong anak-anak ternpatan rnenubuhkan parti politik untuk rnencari dan rnenaja calon yang akan bertanding di peringkat Majlis Daerah, Majlis Penasihat Bahagian dan Majlis Negri. Antara parti-parti yang ditubuhkan bagi rnenyahut cabaran era baru ini ialah Sarawak United Peoples Party (SUPP)2, Parti Negara Sarawak (PANAS),3 Sarawak National Parti (SNAP)4, Barisan Rakyat Jati Sarawak

* Penulis ialah pengajar di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau merupakan pemenang Pingat Emas, Persatuan Sejarah Malaysia bagi Sesi 1997/1998. Untuk mengetahui lebih lanjut perubahan polisi British, sila rujuk; Suffian Mansor, 'Sejarah Pembentukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak 1959-1974' . 'Latihan Ilmiah, Sarjana Muda. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1994/1995 him. 18-19. Rujuk juga Abdul Rahman Sebeli Senusi. ' 'Sejarah Perkemangan Politik Berparti di Sarawak 1956-1963'. Latihan Ilmiah. Sarjana Muda, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987.

2 SUPP diasaskan pada 12 Jun 1959. Parti ini merupakan parti politik terawal ditubuhkan di Sarawak. Parti ini didominasikan oleh kaum Cina. Presidennya yang pertama ialah Ong Kee Hui, manakala Setiausaha Agung SUPP pertama ialah Stephen Yong.

3 PANAS diasaskan pda 9 April 1960 oleh Abang Mustapha Abang Mosaili. Parti ini didominasi oleh kaum Melayu. Kebanyakan ahlinya terdiri daripadagolongan proyerahan dan pimpinan parti didominasi oleh go long an aristokrat perabangan.

4 SNAP diasaskan pada 10 April 1961 oleh kaum Iban Bahagian Kedua. Presidennya yang pertama ialah J.P Thinker dan Setiausaha Agung SNAP yang pertama ialah Stephen Kalong Ningkan. SNAP didominasi oleh kaum Iban Bahagian Kedua.

122

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POLmK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-19%

(BERJASA)S, Parti Pesaka Anak Sarawak6 dan Sarawak Chinese Association (SCA).7 Dalam pada itu, kemunculan parti-parti ini juga merupakan reaksi dan tindak balas

idea penubuhan gagasan Malaysia yang meliputi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 27 Mei 1961 di Singapura. Gagasan ini diketengahkan disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah kebimbangan British terhadap kemaraan pengaruh komunis di Asia Tenggara sejak tahun 1950-an yang akan mengancam kedudukan dan kepentingan British di tanah jajahannya. Di samping itu, untuk mengimbangi komposisi etnik, membantu memajukan negeri-negeri di Borneo dan usaha untuk memberi "kemerdekaan" yang lebih cepat kepada Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dengan menyertai Persekutuan Malaysia.

Cadangan penubuhan Malaysia ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada parti-parti politik dan rakyat tempatan. SNAP bersetuju dengan syarat-syarat tertentu. PANAS, BERJASA, Pesaka, dan SeA menerima gagasan Malaysia sepenuhnya. Hanya SUPP yang menentang gagasan Malaysia. Bagi SUPP, Sarawak hendaklah dimerdekakan terlebih dahulu daripada penjajah British. Kemudiannya, barulah Sarawak akan menyertai Malaysia. Bagi SUPP,jika Sarawak tidak dimerdekakan terlebih dahulu, maka gagasan Malaysia merupakan satu neo-kolonialisme British di Asia Tenggara.

Bagi menyahut gagasan Malaysia dan hasrat British untuk menyediakan Sarawak ke arah berkerajaan sendiri, maka SNAP, PANAS, BERJASA, SCA dan Pesaka telah membentuk Barisan Bersatu Sarawak pada tahun 1962 dan menukarkannya kepada Perikatan pada bulan Januari 1963 sebagai persiapan menghadapi pilihan raya pada bulan Ogos berikutnya. Bagi mcngkaji pendapat penduduk berkenaan tentang gagasan Malaysia, dua badan bertindak ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (1961), dan Suruhanjaya Cobbold (1962). Hasillaporan Suruhanj~ya Cobbold di Sarawak menyata­kan bahawa satu pertiga rakyat menyokong kuat, satu pertiga menyokong bersyarat, dan satu pertiga lagi terbahagi dua; golongan yang mahukan kemerdekaan terlebih dahulu dan diteruskan pemerintahan British beberapa tahun lagi dan hanya kira-kira 20 peratus yang benar-benar menentang gagasan Malaysia. Pada bulan Ogos 1963, keputusan pilihan raya Majlis Daerah, Majlis Perbandaran Bahagian dan Majlis Negri memperlihatkan keputusan pengundi yang menyokong Malaysia sebanyak 6l.0 peratus, 22.2 peratus menentang dan 16.8 peratus berkecuali. Hasilnya, Sarawak menyertai persekutuan Malaysia secara rasmi pada 16 September 1963.

Dalam usaha mendapatkan kemerdekaan, diakui bahawa peranan wanita kurang atau tidak ditonjolkan kerana fokus biasanya diberikan kepada parti-parti politik. Ini disebabkan, perjuangan kemerdekaan biasanya dituntut atas nama parti-parti politik sebaliknya bukan atas nama individu-individu sarna ada lelaki ataupun wanita. Timbul juga kesukaran untuk mengupas dengan mendalam tentang peranan dan sumbangan wanita kerana tidak ada parti

5 BERJASA diasaskan oleh Tuanku Haji Bujang Tuanku Osman pada 21 Disember 1961 sebagai reaksi kepada PANAS. BERJASA dipelopori oleh pejuang antipenyerahan. Parti inijuga didominasi oleh kaum Melayu.

6 Pesaka diasaskan oleh Penghulu Masam anak Radin pada bulan Jun 1962. Kebanyakan daripada ahlinya terdiri daripada kaum Iban Bahagian Ketiga. Presidennya yang pertama ialah Temenggung Jugah. Selain Penghulu Masam, antara pengasas Pesaka ialah Francis Bujang, Pengarah Banyang dan Penghulu Chundi.

7 SCA ditubuhkan pada bulan lulai 1962 oleh William Tan. SCA mendapat sokongan daripada suku Teochew dan Foochow. Parti ini ditubuhkan kerana tidak bersetuju dengan dasar SUPP yang dikatakan berunsur sosialisme. SCAjuga mendapat sokongan MCA di Tanah MeJayu.

123

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

politik wanita diasaskan secara khusus dalarn era politik berparti. Mereka yang dimaksudkan ialah Ajibah Abol, Ibu Anah, Barbara Bay, dan lorkinah

Hashim8 (Mak Itom), Ajibah Abol dan Ibu Anah bergerak aktif dalarn Parti BERJASA, Barbara Bay bersarna SUPP dan Mak Itom dalarn Parti Negara Sarawak (PANAS). Ajibah Abol merupakan antara pengasas Parti BERJASA dan Pergerakan Wanita BERJASA pada tahun 1961. Ibu Anah pula menjadi salah seorang pengasas BERJASA dan Pergerakan Wanita BERJA~A di Sibu pada tahun yang sarna. Mak Itom pula menjadi antara barisan pelopor kepada Parti Negara Sarawak pada tahun 1960, sementara Barbara Bay pula ialah salah seorang pengasas SUPP pada tahun 1959.9 Di sini, keempat-empat tokoh berkenaan telah berperanan sarna-sarna mengasaskan parti politik sebagai pentas dan mekanisme memperjuangkan "kemerdekaan". Meskipun mereka bergerak melalui parti yang berbeza, tetapi mereka berusaha untuk matlamat yang sarna. Mereka telah bekerja keras selama lebih kurang tiga tahun untuk memperjuangkan "kemerdekaan". Selain mengasaskan parti-parti politik sebagai peranan dan usaha terawal, mereka bertindak melancarkan kempen-kempen kesedaran berpolitik dan "kemerdekaan" atas nania parti masing-masing. Mereka telah berkerja keras dengan usaha yang gigih siang dan malam, melawat dan rumah ke rumah, kampung ke karnpung, daerah ke daerah, bahagian ke bahagian, rumah panjang, kawasan bandar dan pedalaman di seluruh Sarawak untuk memastikan kemenangan parti dan kemerdekaan Sarawak. Kempen menyedarkan dan menarik sokongan politik daripada kaum ibu ini bukanlah sehari dua malah berminggu-minggu dan berbulan-bulan larnanya. Semua kos kempen pula, gerak kerja dan pengorganisasian serta hemat diri ditanggung sendiri oleh mereka. lO

Dalam usaha itu, kaum wanita terpaksa meredah dada laut dan sungai dengan kapal, bot panjang dan perahu, meredah paya dan lumpur, menuruni lurah dan bukit, menelusuri denai dan hutan, meniti titian kelapa, bertarung dengan onak dan duri, bersiram air telaga, bercahayakan api pelita semata-mata untuk memperjuangkan "kemerdekaan" dan kemenangan parti. Mereka sedar jika parti mereka kalah, matlamat parti akan tertangguh. Bagi mereka, alang-alang menyeluk pengkasarn, biar sampai ke pangkal lengan. lI Dalarn pada itu, mereka turut berperanan dan memberi sumbangan penting kepada usaha untuk menyertai Malaysia seperti Suruhanjaya Cobbold semasa mereka menjalankan pungutan suara di Sarawak. 12 Sesungguhnya, perjuangan mereka ini menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu dari segi harta, tenaga dan masa. Mereka merupakan barisan tokoh

8 Mak Itom atau Jorkinah Hashim melibatkan diri dengan aktif dan serius dalam usaha pengasasan Parti Negara Sarawak. Beliau dilahirkan di Sibu pada tahun 1913. Semasa berada dalam Parti PANAS, beliau telah terlibat secara langsung dalam usaha parti memperjuangkan kemerdekaan tennasuk membantu gerak kerja Suruhanjaya Cobbold. Selain itu, beliau juga an tara tokoh yang berjasa mencantumkan BERJASA dan NEGARA menjadi Parti Bumiputera pada tahun 1966 dan percantuman Pesaka dan Parti bumiputera pada tahun 1973 yang membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu. Kini Mak !tom dilantik sebagai penasihat Pergerakan Wanita PBB. Jasa yang besar terhadap politik dibalas dengan pingat Johan Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak dan Sijil Kehonnat Negeri. Rujuk Penyerlaan Kila , Diterbitkan sempena Menyambut Ualng Tahun ke-20, Sarawak Merdeka dalam Malaysia. Kuching: Summer Times Publishing, 1983, hIm. 14-15.

9 Ibid., hIm. 9-21. 10 Temu bual dengan Syarifah Raihanah Syed Razali pada 3 Mei 1997. Beliau bergiat aktif dalam politik sejak

tahun 1961 dan merupakan salah seorang pengasas serta pemah menjadi Pengerusi PW Parti Berjasa (Sibu) pada tahun 1961.

II Ibid 12 Penyertaan Kila, hIm. 14-15.

124

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK. TAHUN 1959-1996

politik wanita yang berada di barisan hadapan, merintis dan mempelopori gerakan kemerdekaan pada peringkat terawal dalam era politik berparti sebagai golongan peneroka. Usaha ini bukanlah semudah yang disangka kerana segala-segalanya berasaskan pengorbanan yang tinggi, komitmen perjuangan yang mantap dan konsisten sertajiwa yang tabah.

Antara tokoh pejuang kemerdekaan ini, hanya Barbara Bay yang mempunyai pendirian politik berbeza. Beliau tidak sekali-kali menolak kemerdekaan tetapi mahukan supaya Sarawak diberi kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai persekutuan Malaysia. Barbara Bay dan pucuk pimpinan SUPP melihat bahawa gagasan Malaysia sebagai neo­kolonialisme British di Asia Tenggara. Oleh yang demikian, bagi memastikan Malaysia tidak diperalatkan oleh British, Sarawak mesti dimerdekakan terlebih dahulu. Kemudian , rakyat Sarawak akan menentukan sendiri mas a depan Sarawak. Jika Sarawak dimerdekakan melalui Malaysia, rakyat belum tentu akan dapat menikmati ertian kemerdekaan yang sebenar. 13

Akhimya, berkat dokongan tokoh-tokoh berkenaan dan sokongan daripada kaum wanita, Sarawak diberi kemerdekaan pad a 16 September 1963 dengan menubuhkan kerajaan campuran perikatan dan SUPP. Kemenangan parti-parti perikatan yang menuntu t "kemerdekaan" melalui Malaysia membuktikan kejayaan, tokoh-tokoh politik wanita seperti Ajibah Abol, Ibu Anah, Barbara Bay dan mak Itom dan sokongan kaum ibu kepada SNAP. Pesaka, SeA, BERJASA dan PANAS dalam pilihan raya tahun 1963. Bagi AjibahAbol dan Ibu Anah, kemerdekaan pada tahun 1963 merupakan kesinambungan perjuangan gerakan antipenyerahan. Bagi Barbara Bay pula, walaupun SUPP terpaksa mengetepikan prinsip dan premis terhadap Malaysia, tetapi "kemerdekaan" ini merupakan hakikat yang menjadi milik mereka dan seluruh rakyat Sarawak umumnya.

PERGERAKAN WANITA DAN PARTI-PARTI POLITIK UTAMA

Dalam tempoh 1959-1996, banyak parti politik diasaskan di Sarawak sebagai menyahut cabaran era politik kepartian. Sehingga tahun 1996, hanya terdapat empat parti politik yang kekal berpengaruh iaitu Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Sarawak United Peoples' Party (SUPP), Sarawak National Party (SNAP) dan Part Bansa Dayak Sarawak (PBDS). Pada tahun 1996, muncul pula dua parti terbaru iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR). Di samping itu, Democratic Action Party (19-dijangka akan terus memberi saingan dalam arena politik Sarawak pasca 1990-an.

Dalam makalah ini, perbincangan hanya tertumpu pada Pergerakan Wan ita dalam .~

parti utama iaitu PBB, SNAP, SUPP, PBDS dan PAS. Pemilihan ini dibuat kerana keli~ -lima parti ini sahaja yang mantap, kukuh dan konsisten. STAR14 dan DAp15 walaupun te -

13 Temu bual dengan Haji Sarni Nor pada 71 Mei 1997. Beliau pemah menganggotai Barisan Pemu ~ -dalam gerakan antipenyerahan. Selain itu, beliau bergiat aktif dalam SUPP semasa era politik berp_ tahun 1960. Beliau pernah menjawat jawatan Penolong Setiausaha Agung SUPP sebelum mel ' " pada tahun 1989. Di samping itu, beliau juga adalah kenalan rap at Barbara Bay. Mereka pernah bee.:_;s:= dalam SUPP selama kira-kira 18 tahun.

14 Temu bual dengan Dr. Patau Rubis pada 2 Mei 1997. Beliau menyatakan PW STAR telah di belum dapat bergerak sepenuhnya kerana kekurangan tenaga. Parti Reformasi Rakyat Sarawak au== Dr. Patau Rubis pada 9 Oktober 1996 iaitu untuk memperjuangkan matlamat SNAP yang sebe=

125

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

mengasaskan Pergerakan Wanita masing-masing, namun tidak dapat digerakkan setakat ini kerana kekurangan tenaga yang komited.

Secara keseluruhannya, setiap parti politik terdiri daripada tiga komponen utama untuk merancang dan menggerakkan parti. Majlis Tertinggi Parti dianggap sebagai badan induk, Pergerakan Pemuda sebagai sayap kanan dan Pergerakan Wanita sebagai sayap kiri parti. Lazimnya, berasaskan pengalaman sejarah parti-parti politik di Sarawak, penubuhan Pergerakan Wanita biasanya mengambil sedikit masa kerana minat dan kesedaran wanita terhadap parti dan politik kurang memberangsangkan pada peringkat awal era politik berparti.

Penubuhan Pergerakan Wanita di Sarawak agak lewat. Namun begitu, Pergerakan Wanita mempunyai peranan dan kepentingan yang besar terhadap jatuh bangun dan masa depan sesebuah parti. Oleh sebab itu, didapati hanya parti yang membentuk Pergerakan Wanita yang akan kekal berpengaruh dalam kesinambungan politik tempatan.

PERGERAKAN WANITA PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PW PBB)

PW PBB ditubuhkan pada tahun 1974 iaitu kira-kira setahun selepas pendaftaran PBB (1973) oleh Ajibah Abol. l6 Selepas Ajibah Abol (1974-1976), Pengerusi PW PBB yang kedua ialah Hafsah Harun (1976-1986) dan Syarifah Mordiah Tuanku Fauzi (1986-1996). Pada dasarnya, keahlian PBB hanya untuk golongan Bumiputera. Majoriti daripadanya ialah orang Melayu. I7 Maka dengan itu, tidak harianlah kalau pucuk pimpinan terus dipegang oleh wanita Melayu.

Menurut PerJembagaan PW PBB, tujuan utama PW ialah;

1. Menggalakkan ahli-ahlinya mengambil bahagian aktif dalam lapangan siasah, agama, pendidikan, kerumahtanggaan, kekeluargaan, ekonomi, sukan, kebudayaan, kebajikan dan perundangan hak wanita.

11. Menganjurkan dan mengadakan pelbagai bentuk latihan kepimpinan, kursus kesedaran, seminar dan perhimpunan kefahaman untuk menyediakan barisan selapis kepimpinan dan menarik ramai kaum ibu berpolitik atau menyertai PBB.

Ill. Bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan mana-mana badan, organisasi dan parti yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi PBB.18

iv. Berjuang bersama-sama dengan kaum bapa untuk menerajui, menggerakkan dan memperkuatkan kedudukan, pengaruh dan jentera parti dari semasa ke semasa terutamanya semasa pilihan raya. 19

berkonsepkan multi-etnik yang berdiri untuk menegakkan keadilan, membela dan memakmurkan kehidupan rakyat melalui saluran politik.

15 Temu bual dengan Wong Sing Ai (Bintulu) pada 29 Mei 1997. Menurutnya, sejak tahun 1992, PW DAP telah diasaskan. Tetapi sehingga tahun 1996, ia tidak aktif kerana kekurangan tenaga. Mulai akhir tahun 1996, usaha diteruskan untuk menghidupkan PW DAP. Parti DAP diasaskan pada tahun 1978 oleh Chong Siew Cheng sebagai watch dog dan check and balance dalam politik Sarawak. DAP didominasi oleh kaum Cina dan berpengaruh di bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu, Sarekei. Miri dan Bintulu.

16 Temu bual dengan Hafsah Harun pada II November 1996. Beliau merupakan Pengerusi PW PBB pada tahun 1975 hingga tahun 1987.

17 Temu bual dengan Sukinam Domo pada 25 Mei 1997. Beliau merupakan Setiausaha Kehormat PW PBB dan Ahli Parlimen 153 (Batang Sadong) bermula pada pilihan raya tahun 1996.

18 Peraturan Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu. Kuching: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, 1997, him. 2.

19 Temu bual dengan Hafsah harun pada II November 1996.

126

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996

Dari segi struktur organisasi PW PBB, walaupun fungsi dan peranan tidak banyak perbezaannya, tetapi dari segi portfolio agak berbeza dengan PW parti yang lain. Ia terdiri daripada Ketua Wanita, Timbalan Ketua Wan ita, tiga Naib Ketua Wanita, Setiausaha Kehormat dan Penolongnya, Bendahari Kehormat dan Penolongnya, Pegawai Penerangan dan Penolongnya. Di samping itu, terdapat 22 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada tujuh orang yang dilantik oleh Ketua Wanita dan 15 orang dipilih melalui Perhimpunan Agung PW PBB.20 Jumlah keseluruhan Exco Pusat PW PBB ialah seramai 33 orang termasuk seorang Setiausaha Kerja. Selain itu, terdapat pula tujuh biro dalam PW PBB iaitu Biro Politik, Agama, Ekonomi, Pendidikan, Kebajikan, Kebudayaan dan Kesukanan.21 Mesyuarat PW PBB mesti diadakan sekurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan, manakala Perhimpunan Agung akan diadakan tiga tahun sekali.

Dengan mota 'Berjuang dan Terus Berjuang'22, PW PBB yang dikenali sebagai lapisan kedua parti dan tiang tuan parti,23 bergerak aktif sepanjang tahun menganjurkan pelbagai kegiatan dan tidak hanya hidup semata-mata semasa pilihan raya. Lazimnya, setiap biro akan mengadakan aktivitinya sendiri untuk semua ahli parti (PW) sarna ada di peringkat Pusat, Bahagian atau Cawangan?4 Biro Agama, Pendidikan dan Politik adalah tiga biro yang paling aktif sepanjang tahun. 25 Dengan aktiviti yang dijalankan, akan dapat menanamkan kesedaran, kefahaman dan menjalin hubungan rapat an tara pimpinan dengan orang bawahan.

PW PBB sedar bahawa usaha untuk memperkuatkan kedudukan dan pengaruh parti amat penting untuk menjamin masa depan parti. Oleh itu, PW PBB sentiasa prihatin dan peka untuk menambahkan bilangan ahli, jumlah Bahagian dan Cawangan di seluruh Sarawak. Pada tahun 1986, PW PBB mempunyai 48 Bahagian26 danjumlah ini terus bertambah dari semasa ke semasa. Pada tahun 1996, jumlah ini bertambah kepada 56 Bahagian di seluruh Sarawak.27 Jumlah Cawangan PW PBB sahaja dianggarkan melebihi 150 buah yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar term as uk di rumah panjang.

PW PBB sudah berusia lebih kurang 23 tahun. Struktur organisasinya sudah mantap dan matang. Jumlah ahlinya melebihi 160 ribu yang berdaftar. Ahli-ahlinya terdiri daripada Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh dan orang Hulu. Jumlah Bahagian PW PBB sarna dengan jumlah kawasan DUN Sarawak. Ini membuktikan PW PBB telah berjaya memperkukuhkan kekuatan dan pengaruh parti di peringkat akar umbi di seluruh Sarawak sehingga menjadikan PBB kekal sebagai tulang belakang Barisan Nasional Sarawak seperti UMNO di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, di sinilah lahirnya tokoh-tokoh politik wanita Sarawak seperti Ajibah, Hafsah, Syarifah Mordiah, Rohani, Dona dan Sukinam. Kemunculan mereka daripada rahim

20 Peraturan Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, him. 3-4. 21 Temu bual dengan Dayang Supiah Abang Yusof pada 2 November 1996. Beliau merupakan Setiausaha K~ja

PW PBB. 22 Temu bual dengan Sukinam Domo pada 25 Mei 1997. 23 Temu bual dengan Hafsah Harun pada II November 1966. 24 Temu bual dengan Sukinam Domo pada 25 Mei 1997. 25 Temu bual dengan Dayang Supiah Abang Yusofpada 2 November 1996. 26 Temu bual dengan Sukinam Domo pada 25 Mei 1997. 27 Temu bual dengan Hafsah Harun pada II November 1996.

127

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DARI SEGI SFJARAH

PW PBB sekaligus akan menjamin hak dan masa depan rakyat, wanita khasnya akan terus terbela di samping mengharumkan dan menaikkan imej wanita dalam arena politik.28

PERGERAKAN WANITA SARAWAK NATIONAL PARTY (PW SNAP)

PW SNAP hanya diasaskan pada tahun 1968 iaitu kira-kira tujuh tahun selepas penubuhan SNAP (1961). Pada tahap awalnya, PW tidak dapat diwujudkan kerana kekurangan tokoh wanita yang berkemampuan dan bilangan ahli yang masih kecil (wanita).29 Hanya dua tahun selepas Tra Zendher menyertai SNAP, barulah PW diasaskan.30

Pengerusi PW SNAP yang pertama ialah Tra Zendher (1968-1983), diikuti Datin Amar Rosalind Ningkan (1993-1996).31 SNAP merupakan parti multi-etnik tetapi parti ini didominasi oleh kaum Iban.32 lusteru, begitu juga dengan PW, keahlian dan kepimpinan didominasikan oleh wanita Iban.

Menurut Perlembagaan Pergerakan Wanita SNAP (1987), objektif penubuhan PW adalah seperti yang berikut:

I. Menggalakkan ahli-ahlinya menyertai kegiatan parti dalam apajua lapangan untuk faedah ahli seCara bersama.

ii. Mendorong ahli supaya mengambil bahagian dengan aktif dalam perkembangan masyarakat semasa untuk mendapatkan pendedahan yang lebih luas.

iii. Bekerjasama dan saling berganding bahu dengan mana-mana organisasi, parti atau pertubuhan yang dibenarkan oleh undang-undang negara demi mempertingkatkan kecemerlangan parti dan rakyat seluruhnyaY

Seperti juga parti-parti politik lain, PW SNAP mempunyai struktur organisasi yang tersusun dan teratur. Majlis tertinggi PW SNAP Pusat terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, tiga Naib Pengerusi, Setiausaha dan Penolongnya, Bendahari dan Penolongnya, Pegawai Penerangan dan 13 ahli lawatankuasa (tujuh orang daripadanya akan dipilih dan enam orang dilantik oleh Pengerusi). lumlah keseluruhan Majlis Tertinggi PW SNAP Pusat ialah 23 orang. Lazimnya, mesyuarat PW SNAP Pusat akan diadakan dua bulan sekali dan Mesyuarat Agung PW SNAP akan diadakan tiga tahun sekali.

PW SNAP bergerak aktif sepanjang mas a dan bukannya sewaktu pilihan raya semata­mata. Pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan yang meliputi aspek kepimpinan, organisasi, kemasyarakatan, kebudayaan dan kekeluargaan. Dengan program-program yang diadakan akan dapat memberi kesedaran, merapatkan ahli dan menarik sokongan wanita kepada SNAP. Cuma aktiviti keagamaan yang kurang menonjol dalam SNAP kerana

28 Temu bual dengan Sukiman Domo pada 25 Mei 1997. 29 Tmu bual dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996. Beliau merupakan pengasas dan Pengerusi PW SNAP

mulai tahun 1968 hingga tahun 1983. 30 Temu bual dengan Dayang Zahrah Abang Anuar pada 4 November 1996. Beliau menjadi Setiausaha PW

SNAP sejak tahun 1968. 31 Temu bua1 dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996. 32 Peraturan Seksyen PemudaIWanita SNAP. Kuching: Sarawak National Party. 33 Ibid., hIm. 22-25.

128

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POUTIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996

kepimpinan dipegang oleh orang Iban. Tidak seperti PW PBB, kepimpinan dan keahliannya didominasi oleh orang Melayu (Islam).34

PW SNAP j4ga memain peranan penting dalam menentukan kepimpinan, polisi dan dasar partP5 kerana demokrasi diamalkan secara sepenuhnya tanpa ada diskriminasi kepada mana-mana pihak dalam SNAP. PW akan turut serta berbincang dan memutuskan permasalahan parti. Suara PW diakui dominan dan berpengaruh dalam parti seperti juga Pergerakan Pemuda dan Majlis Tertinggi parti.36

Selain membantu berkempen semasa pili han raya, PW yang merupakan an tara penggerak utama jentera pili han raya tidak lalai tentang betapa pentingnya mempertingkatkan jumlah ahli, Bahagian dan Cawangan untuk memperkukuhkan keadaan dan pengaruh parti ekoran daripada saingan parti-parti lain yang sememangnya sengit. Sehingga tahun 1996, PW SNAP berjaya membuka 31 Bahagian dan sekitar 100 Cawangan di seluruh Sarawak. Menurut perancangan, selepas tahun 1996, sembilan Bahagian baru akan dibuka yang akan menjadikannya sebanyak 40 Bahagian.

Dari segi keahlian, tidak dinafikan PW SNAP sememangnya kukuh dan ini dengan sendirinya memperkuatkan SNAP dalam percaturan politik akan datang. Seperti yang disebutkan, wan ita Iban mendominasikan PW malah diakui bahawa mereka yang paling aktifberbanding wanita lain dalam PW SNAP. Hingga tahun 1996, PW SNAP mempunyai ahli berdaftar37 seramai 39381 orang iaitu dalam tempoh lebih kurang 35 tahun penubuhan~ . nya (1961-1996).

Menurut Tra Zendher, salah satu faktor yang meletakkan SNAP begitu berpengaruh dan kuat pada tahun 1970-an ialah adanya dokongan dan sokongan kuat daripada PW biarpun SNAP berada di pihak pembangkang pada tahun 1970-1974. PW jugalah yang memain peranan penting membawa SNAP menyertai Barisan Nasional Sarawak pada tahun 1974 kerana tidak mahu berlaku perpecahan rakyat dan ketidakstabilan politik di Sarawak.38

Dengan kejayaan mendapatkan ahli seramai 39 381 orang, menubuhkan 31 Bahagian dan sekitar 100 Cawangan, membuktikan PW SNAP sememangnya bergiat cergas dalam usaha menentukan mas a depan politik parti. Dengan adanya dokongan kuat daripada PW, SNAP mampu berdiri teguh sebagai parti yang kuat pengaruhnya di kalangan rakyat dan arena politik Sarawak sejak penubuhannya pada tahun 1961.

PERGERAKAN WANITA SARAWAK UNITED PEOPLES' PARTY (SUPP)

PW SUPP hanya diasaskan pada tahun 1974 iaitu selepas 15 tahun penubuhan SUPP (1959) oleh Barbara Bay. Dalam jangka masa 15 tahun itu, PW SUPP tidak dapat diasaskan disebabkan dua faktor utama iaitu; pada tahap awal tahun penubuhan SUPP, minat dan kesedaran wanita untuk berpolitik belum menyerlah dan wujudnya saingan daripada parti­parti politik lain, yang menyengitkan lagi persaingan untuk menarik sokongan.39 Selepas

34 Temu bual dengan Dayang Zahrah Abang Anuar pada 4 November 1996. 3S Temu bual dengan Boby Teo pada 1 S November 1996. Beliau merupakan Pegawai Pendaftaran SNAP (Pusat). 36 Temu bual dengan Dayang Zahrah Abang Anuar pada 4 November 1996, Tra Zendher pada 30 Oktober 1996

dan Joshua Mellin pada 17 November 1996. Mereka memberi kenyataan yang sarna. Joshua Mellin ialah Setiausaha Eksekutif SNAP (Pusat).

37 Temu bual dengan Dayang Zahrah Abang Anuar pad a 4 November 1996. 38 Temu bual dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996. 39 Temu bual dengan Haji Sami Nor 7 Mei 1997.

129

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH

se1ama kira-kira lima tahun, pueuk pimpinan diterajui oleh Barbara Bay (1974-1978) , kemudian jawatankuasa Pengerusi dipegang oleh Ji Mei See (1979-1983), Kho Hui Chin (1984-1987) dan Lily Yong Lee Lee (1987-1996). Wa1aupun SUPP pada dasamya merupakan parti mu1ti-etnik tetapi parti ini didominasi oleh kaum Cina. Begitu juga ha1nya dengan keah1ian dan barisan kepimpinan PW SUPP.40

Berdasarkan Perlembagaan Pergerakan Wanita SUPP (1992), an tara objektif utama penubuhan PW ia1ah:

1. Menggalakkan wanitauntuk sarna-sarna membantu pucuk pimpinan parti bagi meneapai mat1amat dan ha1a tuju serta me1aksanakan dasar dan polisi parti.

ii. Mengga1akkan wanita untuk bergiat aktif dan bergerak eergas da1am aktiviti yang dianjurkan oleh parti.

111. Mengga1akk~n peng1ibatan wanita Sarawak, SUPP terutamanya untuk berjuang mempertahankan hak-hak dan kehormatan wanita.41

Sebagai benteng utama di barisan hadapan parti, PW SUPP mempunyai struktur organisasi yang terbesar berbanding PW parti-parti yang lain. Exeo Pusat PW SUPP dibarisi oleh Pengerusi, Setiausaha Kehormat dan dua Penolongnya, Bendahari Kehormat dan Peno1ongnya, Setiausaha Organisasi dan Peno1ongnya, Setiausaha Publisiti dan Peno1ongnya, Setiausaha Kebajikan dan Peno1ongnya dan seramai 27 orang Ah1i Jawatankuasa termasuk juruaudit.42 Jum1ah Exeo Pusat PW SUPP ialah 43 orang. Selain itu, terdapat empat biro utama iaitu Biro Publisiti, Penerangan, Organisasi dan Kebajikan.43 Mesyuarat Exeo Pusat akan diadakan sekurang-kurangnya seka1i dalam tempoh tiga bulan. Pemilihan pueuk pimpinan pula akan diadakan tiga tahun seka1i.

Sebagai satu badan yang berdiri sendiri, PW diberi kuasa untuk meraneang dan me1aksanakan kegiatan terutamanya untuk merapatkan hubungan antara ahli dan mendapatkan sokongan daripada wanita supaya menyertai SUPP. Antara bentuk program yang menjadi fokus PW SUPP ialah hal ehwal rumah tangga, kekeluargaan, kewanitaan, perekonomian, pendidikan dan kepimpinan. Selaras dengan ini, pelbagai kursus, seminar dan diskusi diadakan dari semasa ke semasa. Hasilnya, hanya mulai lewat tahun 1980-an, penyertaan wanita sebagai ahli SUPP mula memberangsangkan daripada tahun-tahun sebelum itu. Tahun 1980-an bo1eh dianggap sebagai garis pemisah pengukuhan bagi PW SUPP.

Peranan PW SUPP bukan setakat itu sahaja, sebenarnya PW sentiasa menyediakan program khas untuk mengkader ahli-ahli PW yang berpotensi sebagai barisan pelapis kepimpinan.44 Mereka yang biasanya terdiri daripada tenaga mud a PW akan dilatih dan diasah mental dan fizikal sebagai bakal pemimpin masa depan. Semasa pilihan raya, PW

40 Temu bual dengan Alison Si pada 6 November! 996. 41 Rules and Regulations a/The Women Section a/the SUPP. Kuching: Sarawak United Peoples' Party, 1992,

hIm. I. 42 Ibid., hIm. 4-5. 43 Temu bual dengan Alison Si pada 18 November 1996. Beliau merupakan Penolong Organisasi SUPP dan AJK

PW SUPP (Pusat) . 44 Temu bual dengan Alison Si pada 6 November 1996.

130

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN Dl SARAWAK, TAHUN 1959-1996

rnemain peranan penting untuk rnernastikan kernenangan parti. Mereka bekerja keras dan gigih sernasa berkernpen iaitu di sepanjang tempoh tersebut. Kesungguhan dan kerajinan rnereka berkempen sentiasas rnendahului dan bergerak pantas rnengatasi rekod Pergerakan Pernuda sendiri.45

Selain itu, PW aktif dan sentiasa berusaha rnernperteguhkan kedudukan dan pengaruh parti dengan mencari lebih rarnai ahli dan rnenubuhkan lebih banyak Bahagian dan Cawangan parti. Sehingga tahun 1996, PW rnernpunyai serarnai 17 256 ahli berdaftar46 dan 19 buah Bahagian PW SUPP47 di seluruh Sarawak. Dengan ini PW SUPP dapat rnernbuktikan peranan dan surnbangan rnereka yang cukup penting kepada parti .

Daripada penelitian yang dibuat, walaupun keahlian PW SUPP cukup besar dalarn ternpoh 1974-1996, tetapi pencapaiannya dalam rnernbuka ranting Bahagian bel urn rnernadai lagi. Bagi rnernperkukuhkan pengaruh dan kedudukan parti di seluruh Sarawak,

PW SUPP periu bekerja kerjas untuk rnembuka sebanyak 37 Bahagian lagi ranting PW SUPP untuk rnernenuhi 56 jurnlah keseluruhan kawasan DUN Sarawak.

Mulai tahun 1990-an, PW SUPP rnernpunyai rnisi dan visi tersendiri. Pertarna, rnereka akan rnenuntut agar pucuk pirnpinan parti akan rnernberi kepercayaan dan peluang kepada pirnpinan PW sebagai calin pili han raya. 48 Kedua, PW akan rnenggunakan pula aktiviti bercorak kebudayaan dan kesukanan untuk rnernpopularkan SUPP dan rnenarik lebih banyak sokongan rakyat. Ketiga, PW akan berusaha rnernperbaiki peranan dan surnbanga.n rnereka terhadap parti dan rnasyarakat sekitar. Keernpat, PW akan terus menjadi nadi kekuatan parti dan kelima, rnernastikan suara dan status PW akan lebih rnasntap dan kukuh pada rnasa akan datang.49

PERGERAKAN WAN ITA PART! BANSA DAYAK SARAWAK (PW PBDS)

PW PBDS diasaskan oleh Tra Zendher pada 1 Mei 1987 iaitu kira-kira ernpat tahun selepas penubuhan PBDS (1983). Kelewatan ini disebabkan kekurangan tenaga pernirnpin dan ahli yang benar-benar berkelayakan dan berkernarnpuan untuk rnenggerakkan Pergerakan Wanita.50 Biarpun PW PBDS baru berusia lebih kurang 10 tahun, akan tetapi ia dapat berperanan dan berfungsi sebagai sayap parti. Ini disebabkan an tara lain wujudnya dokongan dan sokongan daripada ahli parti (wanita) dari semasa ke sernasa.

Selepas Tra Zendher (1987-1993), teraju PW PBDS dipegang oleh Agnes Lia Lugom (1993-1966). Walaupun parti ini berkonsepkan Dayak, tetapi keahliannya terbuka kepada sernua kaum. Seperti SNAP, PBDS juga didominasikan oleh kaurn Iban, tennasuk ahli wanitaY

45 Temu bual dengan Tionia Kon Shui Fah pada 15 November 1996. Beliau merupakan Pegawai Organisasi SUPP (Pusat).

46 Temu bual dengan Alison Si pada 6 November 1996. 47 Petikan ucapan Lily Yong Lee Lee dalam mesyuarat kedua sempena Perhimpunan ke-7 lawatankuasa Eksekutif

PW SUPP Pusat pada 14 November 1994. 48 Temu bual dengan Alison Si pada 18 November 1996. 49 SUPP Kuching Branch Women Section, 1994. Our Story-Past. Presellt alld Future. Kuching: Sarawak United

Peoples' Party (Kuching Branche Women Section) II th Aniversary Celebration, him. 30-31. 50 Temu bual dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996. 51 Temu bual dengan Nancy F. John pada 12 November 1996.

131

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH

Berdasarkan perlembagaan PW PBDS, antara tujuan penubuhannya ialah:

1. Memastikan penglibatan wanita dalam aktiviti yang dapat menyumbangkan ke arah kemajuan parti dan bangsa Dayak dalam lapangan politik, ekonomi, budaya, pendidikan dan sosial.

n. Menggalakkan ahli supaya bergiat aktif dalam kegiatan kebajikan dan khidmat masyarakat supaya dapat memasyarakatkan parti.

iii. Menyumbangkan tenaga, masa dan harta untuk kebaikan dan masa depan parti dan bangsa Dayak yang lebih gemilang secara kolektif.

iv. Membantu parti dalam usaha untuk memenuhi dan mencapai objektif dan matlamat parti secara keseluruhan.52

Struktur organisasi PW PBDS kelihatan cukup tersusun dan teratur serta mantap seperti juga parti-parti yang lain. Ia dibarisi oleh Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib Presiden, Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari, Pegawai Penerangan dan Publisiti dan Penolongnya serta 15 orang Ahli lawatankuasa53 iaitu 10 ahli dipilih dan lima dilantik oleh Presiden PW PBDS. Lazimnya, mesyuarat akan diadakan sekali sekurang-kurangnya dalam tiga bulan. Pemilihan pucuk pimpinan pula akan diadakan tiga tahun sekali .54

PW PBDS bergerak cergas di peringkat Bahagian dan Cawangan. Penyatuan ahli dan penambahan ahli dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan melalui kempen dan kegiatan yang dianjurkan oleh PW PBDS. PW PBDS mendapat tajaan kewangan daripada tokoh­tokoh korporat yang komi ted dengan parti di samping dana PW PBDS sendiri . PW PBDS menggunakan aktiviti kerumahtanggaan dan kekeluargaan sebagai mekanisme asas menarik sokongan kaum wan ita di samping kebudayaan dan ekonomi. Usaha pengkaderan ahli dan barisan pelapis untuk memperkuatkan kepimpinan dilaksanakan melalui penganjuran kursus dan seminar.

Dengan usaha yang berterusan, PW PBDS mempunyai ahli berdaftar sekitar 600 orang. Sebagai parti yang baru, memanglah amat sukar untuk mencari pengaruh kerana persaingan parti-parti lain yang lebih terkenal dan berpengaruh di kalangan rakyat sebelum itu.

Bagi memperkuatkan kedudukan dan pengaruh parti, PW PBDS berperanan membuka ranting parti di peringkat Bahagian dan Cawangan. Sehingga tahun 1996, PW PBDS mempunyai sebanyak 16 Bahagian55 di seluruh Sarawak. Ini bermaksud, PW PBDS berjaya memberi saingan dan mengukuhkan pengaruhnya sehingga hampir satu pertiga daripada jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam jangka masa tidak sampai 10 tahun. Oleh itu, PW PBDS memerlukan sekurang-kurangnya tiga dekad lagi secara idealnya untuk mengukuhkan pengaruhnya di seluruh 56 kawasan DUN Sarawak.

52 By Law, Wi!men Section of Parti Bansa Dayak Sarawak. Kuching : Parti Bansa Dayak Sarawak, 1987, hIm. 1-2.

53 Berita Parti Bansa Dayai Sarawak, Bil. 000111187, Februari 1987. 54 By Law, Women Section of Parti Bansa Dayak Sarawak, hIm. 3-4. 55 Temu bual dengan Nancy F. John pada 12 November 1996.

132

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 12: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POLmK KEPARTIAN Dl SARAWAK, TAHUN 1959-1996

Meskipun PW PBDS diakui memperlihatkan mutu kerja dan seman gat komitmen yang tinggi sepanjang masa, namun sebenarnya tenaga dan keringat PW PBDS belum lagi diperah semaksimum yang mungkin.56 Hubungan dan kerajsama belum benar-benar intim dan serasi kerana wujud masalah organisasi PW PBDS yang bel urn lagi selesai, terutamanya pucuk pimpinan PW sendiri.57

Tidak dapat dinafikan, PW PBDS akan menjadi lebih aktif terutamanya semasa pilihan raya berbanding Pergerakan Pemuda.58 Mereka turut berkempen siang dan malam tanpa mengira penat lelah secara beramai-ramai. Pada saat seperti ini, semangat kerjasama di kalangan PW PBDS akan lebih memberangsangkan demi memastikan kemenangan parti. Peranan utama PW PBDS sebagai jentera parti semasa pilihan raya akan menentukan nasib parti. Bagi mereka, jika PW tidak berfungsi sepenuhnya, parti akan kalah dan bangs a akan padah.59

Kendatipun, PW PBDS dilihat sebagai sayap60 atau tulang belakang parti seperti juga Pergerakan Pemuda, nampaknya peluang dan ruang kepada kaum wanita untuk bertanding masih terbatas dan tertutup berbanding pemuda.61 Namun, suara mereka pula cukup kuat di peringkat pusat seperti menentukan polisi dan keputusan kerana sememangnya diakui peranan dan pengaruh PW penting di peringkat akar umbi parti.62

DEWAN MUSLIMAT PAS (DM PAS) SARAWAK

Dewan Muslimat PAS Sarawak ditubuhkan dengan rasminya pada 21 Ogos 1996 iaitu serentak dengan tarikh pendaftaran PAS di Sarawak. Ini merupakan satu-satunya pengalaman sejarah yang paling menarik. Keupayaan DM PAS diasaskan serentak dengan penubuhan PAS disebabkan adanya persediaan lebih lima tahun63 sebelum itu dari sudut para pemimpin, pendokong dan penyokong DM sendiri yang sudah difikirkan cukup man tap. Ini bermakna bahawa penubuhan DM PAS bahkan PAS Sarawak itu sendiri bukan diasaskan seperti bidan terjun. Sebaliknya, ia diasaskan apabila barisan pendokongnya sudah bersedia daripada segala segi .

DM PAS diketuai oleh Wan Fatimah Wan Adini. DM PAS berperanan sebagai sayap parti sdain Dewan Pemuda. Lazimnya DM PAS dikaitkan dengan sayap kiri, manakala Dewan Pemuda pula bertindak sebagai sayap kanan. Sebagai parti yang berkonsepkan Is­lam, maka keahlian DM PAS hanya terdiri daripada kaum muslimat sahaja.

Antara objektif utama penubuhan Dewan Muslimat PAS ialah:

56 Temu bual dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996. 57 Temu bual dengan Nacy F. Johnpada 12 November 1996. Beliau merupakan Setiausaha PW PBDS. 58 Temu buaI dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996 dan Nancy F. John pada 12 November 1996. Mereka

memberi keterangan yang sarna. 59 Temu bual dengan Nancy F. John pada 12 November 1996. 60 Temu buaI dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996. 61 Temu bual dengan Nancy F. John pada 12 November 1916. 62 Temu buaI dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996 dan Nancy F. John pada 12 November 1996. 63 Pesuruhjaya Tinggi PAS Sarawak iaIah Ustaz Mohd. Shokri Ahmad Fauzi . Matlamat PAS adalah untuk membela

masyarakat Islam Sarawak dengan pembawaan berdasarkan aI-Quran dan as-Sunnah. Setakat ini, keahliannya dianggarkan antara 300-400 orang. Temu bual dengan Wan Kamri Wan Kamaluddin pada 20 November 1996. Beliau ialah TimbaIan Pesuruhjaya Tinggi PAS Sarawak.

133

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 13: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DAR! SEGI SFJARAH

1. Untuk memperkuatkan gerakan dan menghidupkan jentera parti. ii. Menganjurkan aktiviti yang bercorak Islam dengan kaedah dan pembawaan Islam

untuk menarik penyertaan kaum ibu. Ill. Mengkader ahli supaya berupaya menjadi pendukung jemaah Islam dan menjadi

barisan pt::lapis kepimpinan. IV. Mentarbiyah ahli supaya dapat memahami erti dan dimensi matlamat perjuangan

Islam dengan man tap. v. Sebagai landasan untuk ahli bergiat aktif dalam semua lapangan kehidupan seperti

politik, ekonomi dan sosial sebagai salah satu mekanisme dakwah.64

Struktur organisasi DM PAS adalah antara yang paling mudah dan ringkas berbanding parti-parti politik yang lain. Ini sesuai dengan usianya yang baru setahun jagung. DM PAS dibarisi oleh Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan 12 orang ahli.

lawatankuasa Kerja yang terdiri daripada sembilan orang yang dipilih dan tiga orang yang dilantik oleh ketua.65 Lazimnya, terdapat organisasi dalaman untuk memudahkan lagi perorganisasian dan pentarbiyahan.66 Mesyuarat DM akan diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh setahun, manakala Mesyuarat Agung akan diadakan dua tahun sekali untuk memilih pimpinan DM bagi sesi akan datang.67

DM, biarpun masih terlalu baru tetapi sudah sedia dengan barisan pimpinan yang mantap dan program-program yang tersusun dan terancang. Program-program yang akan dilaksanakan meliputi aspek siasah (politik), tarbiyah (pendidikan), iktisadiyah (ekonomi) dan lain-lain lagi dengan kaedah dan matlamat yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah. Dengan penganjuran program-program dalam pelbagai aspek akan dapat memasyarakatkan DM dan Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Di samping itu, program-program yang dianjurkan juga diharapkan agar dapat menonjolkan peranan PAS sebagai gerakan dan jemaah Islam dan bukannya sebagai sebuah parti politik semata­mata. 68

DM juga berperanan penting untuk mengeratkan dan menyatupadukan kaum muslimat atas semangat persaudaraan Islam termasuk mencari ahli Pas yang baru. Selain itu, DM akan bertanggungjawab memelihara dan membela hal-ehwal dan kebajikan muslim at, memperkukuhkan ekonomi parti dan kemenangan parti semasa pilihan raya.69

Setakat ini, walaupun belum ada daftar yang lengkap, ahli DM PAS dianggarkan seramai 150 oragn yang kebanyakannya dari ban dar Kuching dan Samarahan. Satu lagi perkara yang menarik dalam DM PAS ialah kebanyakan penyokongnya terdiri daripada golongan wanita dan beliawanis yang berpendidikan tinggi, lepasan institut pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Kelebihan ini akan memberi jaminan masa depan parti yang lebih cerah

64 Temu bual dengan Wan Kamri Wan Kamaluddin pada 20 November 1996. 65 Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia. Kuala Lumpur: Parti Islam Se-Malaysia, him. 100. 66 Temu bual dengan Wan Kamri Wan Kamaluddin pada 24 November 1996. 67 Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia, him. !OI. 68 Temu bual dengan Wan Kamri Wan Kamaluddin pada 24 November 1996. 69 Temu bual dengan Norsiah Haji Salleh pada 19 Disember 1997. Beliau giat mengikuti program DM PAS

Sarawak dan berminat dengan perjuangan PAS sejak menuntut di Pra Akademi Islam, Nilam Puri, Kelantan.

134

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 14: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WAN ITA DAN POLl11K KEPAR11AN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996

dalam jangka masa panjang kerana mereka telah ditarbiyah dengan ilmu dan kefahaman Islam.

Oleh sebab terlalu muda, DM belum mempunyai sebarang Bahagian atau Cawangan.70

DM PAS ini memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun hingga sepuluh 10 tahun untuk mencapai sasaran ini.71 Mereka perlukan lebih masa dan tenaga untuk mengukuhkan PAS Negeri terlebih dahulu.72

Pada dasarnya, setiap ahli DM PAS menganggap diri mereka sebagai para pejuang Islam.73 Mereka rela mengorbankan harta, tenaga dan mas a demi perjuangan Islam. Bagi mereka, Islam mesti diperjuang dan ditegakkan walau apa pun cabaran dan rintangan yang datang. Mereka juga yakin bahawa Allah S.W.t. akan memelihara perjuangan mereka sebagaimana Allah S.W.t. memelihara al-Quran hingga ke akhir zaman.74 Inilah kelebihan PW PAS berbanding PW parti-parti politik yang lain di Sarawak.

PENILAIAN

Secara keseluruhannya, lima perkara as as peri hal Pergerakan Wanita telah ditinjau iaitu dari segi pengasasan, struktur organisasi pus at, keahlian, Bahagian dan Cawangan, aktiviti , objektif dan peranan. Sebenarnya tidak dapat perbezaan ketara dari segi peranan, objektif, struktur organisasi dan bentuk program kerana pada dasarnya undang-undang tubuh Pergerakan Wanita di antara parti-parti politik tidak ban yak bezanya. Walau bagaimanapuri, terdapat perbezaan jelas dari segi pencapaian, ketokohan dan mas a depan parti. Kelemahan parti (PW) juga tidak banyak beza terutamanya masalah kekurangan penyertaan tenaga profesionaFs dan pemudj76 yang dihadapi oleh semua pihak secara umumnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa, berdasarkan jumlah keahlian dan Bahagian PW parti­parti, terbukti PW PBB mendahului PW parti-parti yang lain. PW PBB mempunyai ahli berdaftar seramai kira-kira 160 ribu orang, berbanding SNAP (39 381), SUPP (17 256), PBDS (600) dan PAS (150) orang. Dalam pada itu, PW PBB juga mendahului PW parti­parti lain dari segi jumlah Bahagian. PW PBB mempunyai Bahagian sebanyak 56, SNAP (31), SUPP (19), PBDS (16) manakala DM PAS belum ada sebarang Bahagian lagi .

Terdapat lima faktor utama yang menyebabkan PW PBB mempunyai kedudukan dan pengaruh yang paling kukuh berbanding PW parti-parti politik lain. Pertama, PBB merupakan gabungan tiga buah parti politik utama iaitu BERJASA, Parti Negara yang didominasi oleh kaum Melayu dan Melanau, dan parti Pesaka Anak Sarawak yang didominasi oleh orang Iban Bahagian Ketiga. Apabila Parti Bumiputera dan Pesaka bercantum pada tahun 1973,

70 Temu bual dengan Wan Kamri Wan Kamaluddin pada 20 November 1996. 71 Temu bual dengan Norsiah Haji Salleh pada 20 Disember 1997. 72 Temu bual dengan Wan Kamri Wan Kamaluddin pada 24 November 1996. 73 Temu bual dengan Salbiah Ahmad pada 21 Disember 1997. Beliau menyertai perjuangan PAS sejak menuntut

di Pra Akademi Islam, Nilam Puri, Kelantan, dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan DM PAS Sarawak.

74 Temu bual dengan Norsiah Salleh pada 19 Disember 1997. 75 Temu bual dengan Rohani Abdul Karim pada 18 Mei 1997 dan Sukinam Domo pada 25 Mei 1997. Mereka

memberi kenyataan yang sarna. Rohani ialah Naib Pengerusi PW PBB dan Ahli Parlimen 167 (Santubong). 76 Temu bual dengan Dayang Zahrah Abang Anuar pada 4 November 1996, Alison Si pada 6 November 1996,

Nancy F. John pada 12 November 1996 dan Sukinam Domo pada 25 Mei 1997. Mereka memberi keterangan yang sarna.

135

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 15: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

maka kekuatan pengaruh dan kedudukan ketiga-tiga parti yang bersatu. Lebih-Iebih lagi PW PBB sendiri merupakan penerusan PW BERJASA (1961) dan PW Parti Bumiputera (1967) yang diasaskan oleh Ajibah Abol. Ini membuktikan bahawa PW PBB telah mem­punyai as as kekuatan sejak tahun 1961. Berbanding dengan SUPP, SNAP, PBDS dan PAS yang hanya merupakan badan tersendiri. Lebih-Iebih lagi, PW parti-parti berkenaan juga agak lambat ditubuhkan.

Kedua, disebabkan senti men kebumiputeraan yang hanya dimiliki oleh PBB. Parti PBB merupakan satu-satunya parti berteraskan Bumiputera yang terawal. Dengan imej dan konsep kebumiputeraannya, PBB mudah mendapat kepercayaan dan simpati daripada penduduk Bumiputera yang meliputi lebih 60 peratus daripada penduduk Sarawak. Berbeza dengan SNAP, SUPP, PBDS dan PAS, PBB terpaksa bersaing dengan imej multi-etnik. Masalah mula timbul apabila akhirnya SNAP disifatkan oleh sebilangan rakyat sebagai parti Iban, SUPP parti Cina dan PBDS parti Dayak-Iban dan PAS sebagai parti Melayu. Akibatnya, parti-parti ini, termasuk Pergerakan Wanita bukan sahaja terpaksa bersaing dengan imej multi-etnik, bahkan tompokan dominasi satu-satu etnik.

Faktor ketiga ialah PBB dibarisi oleh para pemimpin yang popular dan disegani oleh rakyat seperti Tuanku Haji Bujang, Dato' Bandar Abang Mustapha, Abdul Rahman yaakub, Abdul Taib Mahmud, Temenggung Jugah, Tawi Sli, Ajibah Abol dan Hafsah Harun. Pengaruh mereka yang sedia ada dalam masyarakat mengukuhkan sokongan kepada parti PBB. Begitu juga halnya dengan kaum wanita. Dengan muka dan nama pemimpin yang dihormati oleh masyarakat, PW PBB dengan mudah mendapat sokongan daripada kaum wanita Bumiputera sehingga mengatasi PW yang lain.

Rekod dan reputasi PBB sebagai tulang belakang Barisan Nasional dan kerajaan memberi pulangan positif kepada PW PBB. Dengan pembangunan, kemajuan dan kemakmuran sosial yang dicapai oleh Sarawak sejak PBB menerajui kerajaan pada tahun 1974, mendorong kauIll wanita memberi kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada PBB. Walaupun tidak dinafikan bahawa tidak semua wanita Bumiputera menyertai PBB, tetapi mereka tetap mengakui kepimpinan dan reputasi PBB.

PW PBB juga sentiasa menjadi kebanggaan kaum wanita kerana ramai tokoh politik wanita datangnya daripada PW PBB. Misalnya, Ajibah, Hafsah, Sharifah Mordiah, Rohani, Dona dan Sukinam. Parti-parti lain seperti SNAP, SUPP dan PBDS bel urn lagi berjaya menampilkan tokoh politik wanita seperti PBB di peringkat DUN dan Parlimen. Ini dengan sendirinya memupuk sokongan kaum wanita kepada PBB kerana PBB telah berusaha menampilkan ketokohan wan ita dalam arena politik. Sokongan mereka kepada PW PBB adalah sebagai tanda penghargaan kepada wan ita sendiri.

Sebenarnya penonjolan dan ketokohan wanita dalam politik bukan sekadar satu faktor yang menyebabkan PW PBB paling kuat berpengaruh, malahan ia menjadi salah satu ciri keistimewaan dan kelebihan yang dimiliki oleh PW PBB sendiri. Dalam tempoh 1974-1996, PBB telah menampilkan enam orang tokoh politik wanita, berbeza dengan SNAP dan SUPP. Walaupun SNAP pemah mencalonkan wanita dalam pili han raya tahun 1974 (Batu Kawa) iaitu Kong Yu Siong dan SUPP pula mencalonkan Barbara Bay (Lingga/ Sebuyau) dalam pilihan raya pula tahun 1970, tetapi kedua-duanya tidak berjaya. Namun, sehingga tahun 1996, SNAP dan SUPP tidak lagi mencalonkan wanita dalam pilihan raya. Ini membuktikan bahawa pucuk pimpinan PBB memberi kepercayaan, peoluang dan ruang yang lebih luas kepada wanita secara berterusan berbanding SNAP dan SUPP.

136

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 16: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POLmK KEPARTIAN DI SARAWAK. TAHUN 1959-1996

Sikap PBB yang sedemikian tiga faktor utama disebabkan beberapa faktor. Pertama disebabkan faktor budaya politik dan kepimpinan. Oleh sebab PBB didominasi oleh orang Melayu-Melanau, maka pol a kepimpinan, pemikiran dan sikap juga ditentukan oleh kemelayuan dan kemelanauan. Dalam budaya Melayu-Melanau, hubungan wanita dan lelaki dianggap sebagai bilateral dan saling melengkapi antara satu sarna lain. Maka dengan itu, dalam pol a kepimpinan, mestilah ada wanita yang turut sarna dibariskan sebagai tokoh politik. Jika tidak, ini akan menimbulkan rasas tidak puas hati di kalangan kaum wanita. Pada asasnya, kaum ibu tentu mahukan tokoh wanita sebagai pemimpin politik bagi mewakili mereka dan ini menjadi bukti penghargaan kepada peranan dan sumbangan mereka kepada parti. Untuk menjaga hati dan sokongan kaum ibu, barang pasti pucuk pimpinan tidak mengetepikan pola kepimpinan yang dituntut oleh PW parti.

Berbeza sekali dengan SUPP. Parti ini didominasikan oleh orang Cina yuang mengamalkan konsep patriarki yang mengutamakan lelaki dalam segala aspek termasuk kepimpinan dan politik. Memandangkan budadya patriarki yang masih kuat dalam SUPP, maka tentunya peluang dan ruang kepada wanita untuk menjadi tokoh politik agak terbatas. Peluang dan kepercayaan akan diberi kepada wanita dalam dua situasi iaitu jika tidak ada lagi calon lelaki yang dilihat berpotensi untuk masuk bertanding atau mempunyai strategi politik tertentu yang kena pada tempat dan masanya. Contohnya, pencalonan Barbara Bay menentang Tawi Sli di DUN (Lingga/Sebuyau) pada tahun 1970. Oleh sebab majociti penduduk adalah daripada kalangan kaum Iban, maka SUPP memutuskan Barbara Bay mencabar Tawi Sli. Jika diletakkan calon Cina, sudah pasti awal-awal lagi akan ditolak oleh pengundi kaum Iban. Keadaan ini tentunya merugikan SUPP. Dalarn hal ini, narnpaknya strategi politik memberi peluang kepada wanita.

Selain SUPP, pada tahun 1970, SNAP buat pertama kalinya mencalonkan wanita bertanding di DUN (Batu Kawa) kerana strategi politik juga. Batu Kawa pula dihuni oleh kebanyakan penduduk Cina. Jika calon kaum lain diletakkan bertanding, pastinya potensi untuk menang amat tipis. Jadi disebabkan faktor perkauman, SNAP mencalonkan Kong Yu Siong untuk berhadapan dengan calon SUPP iaitu Chong Kiun Kong. Walaupun Kong Yu Siong kalah, tetapi strategi politik ini telah memberikannya peluang untuk bertanding.

Faktor kedua ialah tradisi dan warisan kepimpinan. Harus diteliti bahawa dalam PW PBB, mereka mempunyai satu aset warisan kepimpinan daripada era Ajibah Abol iaitu tempat sebagai tokoh politik dan calon pilihan raya. Bermula dengan Ajibah Abol (1974-1976), kemudian diambil ganti oleh Hafsah Harun (1978-1987) seterusnya diwarisi oleh Syarifah Mordiah (1987-1996). Pengalaman seperti ini, tidak dimiliki oleh SNAP, SUPP dan PBDS.

Faktor ketiga ialah tuntutan dan desakan PW terhadap pucuk pimpinan parti . Pencalonan tiga orang wanita untuk bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1990-an (1991-1996) disebabkan adanya desakan dan tuntutan yang berterusan daripada PW PBB sendiri untuk meletakkan calon wanita sebagai tambahan.17 Akhirnya, dengan permintaan yang kuat, Rohani Karim diletakkan sebagai calon P153 (Santubong) pada tahun 1991, Sukinam Domo sebagai calon P133 (Batang Sadong) dan Dona Babel N5 (Samariang) pada tahun 1996.

77 Temu bual dengan Rohani Abdul Karim pada 19 Mei 1997.

137

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 17: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Sebenarnya sudah pun ada suara tuntutan seperti ini dalam parti-parti yang lain seperti SNAP dan SUPP,78 euma masih belum mendapat perhatian dan simpati daripada pueuk pimpinan parti. Ini bermaksud, tuntutan dan desakan yang lebih serius dan padu mesti dibuat oleh PW parti-parti lain untuk membolehkan pueuk pimpinan memberi kepereayaan kepada wanita untuk bertanding.

Sekalipun PW PBB mempunyai kelebihan berbanding PW parti-parti lain, namun perlu diingat bahawa PW SNAP, SUPP dan PBDS serta PAS juga mempunyai kekuatan sendiri dalam arena politik semasa dan akan datang. Masa depan PW SUPP eerah memandangkan mereka mendapat sokongan sebahagian besar kaum Cina. Sebagai satu-satunya parti dominasi orang Cina, sudah tentu PW SUPP berada dalam keadaan selesa kerana tidak ada sebarang parti perkauman atau dorninasi Cina yang lain wujud di Sarawak. Biar pun DAP juga didorninasi oleh kaum Cina, namun parti itu belum lagi sampai ke peringkat menggugat kedudukan dan pengaruh SUPP yang telah lama bertapak dalam politik tempatan. Sokongan daripada kaum wanita Cina di samping kaum lain menjadi sumber kekuatan kepada PW SUPP untuk bertahan dalam persaingan politik akan datang.

PW SNAP pula didominasi oleh kaum wanita Iban. SNAP merupakan parti dominasi orang Iban yang pertama ditubuhkan dalam sejarah politik berparti(l961). Pengaruhnya di kalangan rakyat Sarawak seperti kaum Melayu, Melanau, Bidayuh dan orang Hulu serta Cina sudah lama berakar-umbi serta sukar digugat. Biar pun mendapat saingan daripada parti PBB dan PBDS khasnya, kedudukan dan pengaruh PW SNAP tetap utuh kerana keahlian akarnya eukup mantap dan besar.

Masa depan PW PBDS tentu sekali terletak atas sifat kedayakannya. PW PBDS sukar mendapat sokongan daripada kaum lain seperti Melayu, Melanau dan Cina walaupun keahliannya telah dibuka kepada semua kaum. Ini disebabkan sentimen Dayakisme. PW PBDS terpaksa berhadapan dengan SNAP dan PBB terutamanya dalam meraih sokongan kaum ibu Bumiputera lebih-Iebih lagi di kalangan kaum Iban. Kesukaran ini memaksa PBDS mengambillangkah menyertai Barisan Nasional pada tahun 1994 setelah menyedari pengaruh dan kedudukannya tergugat dalam pilihan raya tahun 1991. Nampaknya, sifat kedayakan PBDS tidak dapat bertahan atau bertambah kukuh dalam jangka masa panjang.

DM PAS Sarawak pula berada dalam kedudukan yang benar-benar terhimpit dan tersepit. Sebahagian besar daripada kaum ibu Melayu-Melanau, Iban dan Bidayuh yang beragama Islam menyertai PBB, SNAP dan SUPP. Orang Islam di Sarawak pula sekitar 25 peratus sahaja. Apakah PAS akan dapat memberi saingan seperti DAP sebagai pembangkang di Sarawak? Harapan ini terlalu tipis keranajumlah umat Islam yang terlalu keeil dan pengaruh PBB, SNAP dan SUPP terlalu sukar digugat buat masa ini.

Adakah PAS Sarawak akan terbubar? Perkara ini tidak mungkin PAS sukar bangkit sebagai parti politik tetapi kekuatan jati dirinya sebagai jemaah dan gerakan Islam akan memberi jaminan PAS Sarawak akan kekal dalam jangka masa panjang. Tambahan pula, rekod dan reputasi PAS di seluruh negara sangat dihormati kerana belum ada mana-mana PAS negeri setakat ini yang terbubar. Justeru itu, DM PAS memain tiga fungsi utamanya iaitu sarna ada sebagai "parti" atau "gerakan" atau "jemaah" Islamiah. Jika fungsi "parti"

78 Temu bual dengan Nancy F John pada 12 November 1996 dan Alison Si pada 18 November 1996. Mereka mengakui kenyataan di atas.

138

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 18: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POLmK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996

gagal sekalipun, PAS tetap akan kekal dalarn arena politik. Ini disebabkan PAS sebenarnya merup~an sebuah "gerakan" dan "jemaah" Islarn yang bercita-cita memperjuangkan Is­larn melalui semua saluran termasuk politik. Sebaliknya, fungsi PAS sebagai "parti" hanyalah sebagai cabang.

Terdapat tiga masalah utarna yang sarna-sarna dihadapi oleh PW parti-parti politik iaitu PBB, SNAP, SUPP, PBDS termasuk PAS. Masalah pertarna ialah PW parti-parti tersebut mengalarni masalah kekurangan tenaga wanita golongan profesional dan berpendidikan tinggi untuk bergiat aktif dalarn PW secara sepenuh masa. Ini disebabkan mereka lebih mengutarnakan keluarga dan kerjaya masing-masing.79 Biar pun mereka berminat mengikuti perkembangan politik tetapi tidak rarnai di kalangan wanita yang bercita-cita politik. Penulis mengarnbif contoh seperti Rohani Karim, Dona Babel dan Sukinarn Domo. Mereka merupa­kan golongan berpendidikan tinggi tetapi bukan datang daripada akar parti PBB. Mereka kelihatan dari jauh, orang luar yang dijemput secara terhormat sebagai tokoh politik wanita atas nama PBB. Begitujuga dengan SNAP, SUPP dan PBDS serta PAS. Masalah kekurangan penyertaan golongan profesional sememangnya menjadi keluhan pucuk pimpinan parti. Barangkali, ini juga dapat menjawab soalan mengapa SNAP, SUPP dan PBDS setakat ini, belum memberi kepercayaan dan peluang yang lebih luas kepada wanita untuk bertanding dalarn pilihan raya.

Masalah kedua ialah kurangnya penyertaan dan penglibatan daripada golongan muda­mudi sehingga menimbulkan kesukaran PW parti mengenal pasti bakal-bakal barisan pelapis kepimpinan. Ini disebabkan mreka juga lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran, kerjaya, keluarga atau memanfaatkan usia muda dengan aktiviti sosial dan kebajikan.80 Biar pun ada antara golongan muda-mudi yang berminat, akan tetapi jumlahnya arnat kecil sedangkan tenaga mereka diperlukan untuk mas a depan parti. Tarnbahan pula, bagi mereka, politik tidak menjarnin mas a depan berbanding pendidikan dan kerjaya. 81

Golongan wanita, lebih-Iebih lagi bagi yang sudah berumah tangga, bagi mereka politik merupakan perkara kedua dan sampingan. Bagi mereka cukup sekadar mereka menjadi penyokong setia dan pengundi yang komited terhadap seruan parti, rakyat dan negara.

Satu lagi masalah yang ketara dihadapi oleh parti-parti politik ialah masalah kelewatan penubuhan Pergerakan Wanita. Hal inijelas berlaku dalam SUPP, SNAP dan PBDS. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan masalah ini berlaku. Pertama, kerana sukarnya untuk menarik sokongan wanita menjadi ahli partiyang baru ditubuhkan terutamanya bagi wanita yang sudah menjadi ahli parti yang lain. Kesukaran untuk menarik sokongan dan mengubah pendirian mereka ini disebabkan pula oleh sikap wanita yang setia dan jujur kepaa parti mereka. Wanita tidak suka bertukar-tukar parti dan tindakan melompat parti di kalangan wanitajarang berlaku, kalau adapun, hanya sebilangan keci\. Selain itu, wanita sebenarnya berhati-hati dan teliti dalam membuat pili han dan keputussan. Bagi wanita, rekod dan reputasi parti asal mereka menjadi asas kepercayaan mereka terhadap parti. Tambahan pula, tidak semestinya parti baru itu lebih baik daripada parti asal mereka. Inilah pengalaman dan masalah yang dihadapi oleh parti-parti yang baru ditubuhkan PBDS dan PAS.

79 Temu bual dengan Rohani Abdul Karim pada 25 Mei 1997, Sukinam porno pada 25 Mei 1997 dan Dona Babel pada 5 November 1996. Mereka memberi keterangan yang sarna.

80 Temu bual dengan Alison Si pada 6 November 1996. 81 Temu bual dengan Rohani Abdul Karim pada 25 Mei 1997.

139

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 19: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

Faktor kedua ialah masalah kesukaran untuk mencari ahli parti yang sanggup berkhidmat sepenuh mas a dalam Pergerakan Wan ita dan kekurangan tenaga wan ita yang berpengalaman dan berkemampuan memimpin. Masalah ini pula timbul disebabkan keutamaan yang diberikan oleh ahli parti kepada tanggungjawab terhadap keluarga dan kepentingan kerjaya masing-masing sama ada bagi wanita yang masih bujang apatah lagi yang sudah berkeluarga. Ini menyebabkan, sekalipun ahli wanita ramai dalam parti tetapi jika tenaga yang diperlukan untuk memimpin sayap parti bel urn memadai, sudah pasti Pergerakan Wanita bel urn dapat ditubuhkan dan digerakkan. Inilah contoh pengalaman yang dihadapi oleh SUPP dan SNAP. Kedua-dua faktor di atas merupakan batasan semen tara yang menyebabkan Pergerakan Wan ita SUPP, SNAP dan PBDS agak lambat ditubuhkan.

Dalam analisis ini juga dapat disimpulkan beberapa perkara yang penting berkenaan dengan peranan PW parti-parti politik. Pertama, PW berperanan besar dalam usaha untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan pengaruh dan kedudukan parti dengan bergiat cergas menambahkan bilangan ahli (wanita) dan membuka Bahagian dan Cawangan PW parti dari semasa ke semasa.

Kedua, umumnya ahli-ahli PW sangat setia dan komi ted kepada partinya. Mereka tidak mudah berpaling tadah. Berbanding lelaki, pendirian mereka tidak setetap wanita dan sesetia wanita. Malah, berbanding lelaki biasanya kaum wanita lebih ramai pergi mengundi biar pun sudah lanjut usianya. Keadaan ini berlaku hampir di seluruh Sarawak.82 Ini kerana kesetiaan wan ita terhadap partinya tidak mudah berbelah bahagi dan komitmen mereka sebagai rakyat boleh dikatakan agak tinggi.

Ketiga, PW juga terbukti memain peranan penting sarna ada sebelum, semasa atau selepas pilihan raya. Pendek kata, PW aktif sepanjang mas a dan kemunculannya semakin dirasai semasa musim pili han raya. Mereka sanggup bekerja keras sepanjang hari, siang dan malam untuk parti. Keaktifan mereka menjalankan aktiviti parti di tengah-tengah masyarakat sangat berharga untuk menaikkan imej parti . Merekajuga rela berkorban harta, tenaga dan masa demi kepentingan parti .

Keempat, PW berperanan menentukan hal a tuju, cara perjuangan dan menyelesaikan masalah utama parti seperti pengalaman PW PBB pada tahun 1978. Hafsah Harun misalnya, merupakan salah seorang tokoh yang telah berjaya menghalang Tun Abdul Rahman yaakub daripada meletak jawatan sehingga dapat menstabilkan semula kedudukan PBB sendiri. PW SNAP pula di bawah pimpinan Tra Zendher telah mengubah haluan dan kaedah parti dengan menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974. Begitu juga dengan kemasukan PBDS ke dalam Barisan Nasional pada tahun 1994. Peranan dan sumbangan PW PBDS pimpinan Tra Zendher beroleh kejayaan sekali lagi .

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa PW sememangnya bertindak sebagai sayap atau tulang belakang atau lapisan kedua parti-parti politik kerana PW berperanan penting membantu parti mencapai matlamatnya dan PW juga berperanan menentukan masa depan parti. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan dikatakan bahawa PW merupakan nyawa atau nadi kepada parti-parti politik. Buktinya, hanya parti-parti yang mempunyai PW yang terus kekal dan kukuh dalam persaingan politik di Sarawak. Parti-parti yang tidak mempunyai

82 Temu bual dengan Wan Alwi Wan Hashim pada 11 November 1996. Beliau merupakan Pegawai Pilihanraya Negeri Sarawak.

140

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 20: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996

PW ataupun PW tidak dapat digerakkan biasanya parti terse but akan tenggelam atau terumbang-ambin$ dalam arena politik semasa dan akan datang.

Oleh sebab itulah, DAP dan STAR telah mengasaskan PW masing-masing. Biar pun PW mereka bel urn dapat digerakkan sepenuhnya, usaha dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan PW dapat berperanan sebagai nadi dan nyawa parti dalam tempohjangka panjang. Begitu juga dengan PAS Sarawak, menyedari hakikat ini, sejak awal lagi mreka sudah mempersiapkan diri dengan kekuatan tenaga para muslimat yang bertindak sebagai pendukung dan penggerak sayap parti.

Umumnya, wan ita Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Hulu dan Cina mempunyai sikap, pendirian dan tanggapan yang berbeza dalam aspek politik. Dalam hal-hal yang tertentu pula ada persamaan dan batasan tersendiri. Bagaimanapun, dalam perbincangan ini penulis akan menggunakan pendekatan generalisasi kerana skop kajian yang luas iaitu meliputi enam kaum yang utama di Sarawak.

Setiap wanita daripada kaum-kaum tertentu mempunyai minat yang berbeza terhadap parti-parti politik. Bagi kebanyakan wanita Melayu, Melanau, Bidayuh dan Orang Hulu, mereka menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kerana mereka yakin hak dan masa depan akan lebih terjamin di bawah PBB disebabkan dua faktor iaitu PBB menjadi tulang belakang Barisan Nasional Sarawak dan PBB satu-satunya parti yang bersifat Bumiputera.83 .

Wanita Iban pula kebanyakannya lebih berminat kepada SNAP kerana parti iadiasaskan oleh orang Iban dan majoriti ahlinya terdiri daripada kaum Iban. Malah SNAP merupakan parti dominasi kaum Iban yang pertama diasaskan di Sarawak.84 Bagi wanita Cina, tentunya SUPP yang menjadi parti pilihan utama kerana SUPP diasaskan oleh orang Cina, kepimpinan dan keahliannyajuga didominasi oleh kaum Cina. 85

Berkenaan dengan sumber-sumber informasi politik pula, ia tidak dapat dibahagikan berasaskan gplongan etnik kerana terlalu kompleks dan rumit. Penulis membahagikannya kepada dua iaitu wanita berpendidikan dan kurang pendidikan. Bagi wanita yang kurang berpendidikan, umumnya radio dan televisyen merupakan dua sumber informasi politik utama. Pembacaan amat kurang kerana kesibukan rumah tangga dan kurang daya tarikan membaca kerana bahan-bahan politik biasanya sukar difahami. Bagi wanita berpendidikan, pembacaan ringan seperti surat khabar dan majalan menjadi sumber politik utama khususnya ketika di pejabat atau temp at kerja. Di rumah pula, radio, televisyen dan buku menjadi sumber utama menggantikan surat khabar dan majalah.86

Dalam aspek pemilihan calon pilihan raya, wanita Melayu dan Melanau amat cenderung melihat reputasi parti daripada personaliti calon itu sendiri.87 Bagi wanita Iban, Bidayuh

83 Temu bual dengan Emilie Minah pad a 15 Mei 1997, Hafsah Harun pada II November 1996 dan Teresa Ngawan pada 12 November 1996. Emilie Minah merupakan wan ita Bidayuh yang menjadi AJK PW PBB (Pusat) dan aktifberpolitik sejak tahun I 970-an. Teresa Ngawan merupakan wanita Orang Hulu (Kenyah) dan merupakan Naib Pengerusi PW PBB (PUSAT). Mereka memberi keterangan yang sarna.

84 Temu bual dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996. 85 Temu bual dengan Alison Si pada 18 November 1996. 86 Temu bual dengan Sabariah Putih pad a 30 Oktober 1996. Beliau merupakan Pengerusi . Biro Wanita, Majlis

Pembangunan Sosial Sarawak. 87 Temu bual dengan Marry Hilda Nasron pada 18 November 1996 dan Sabariah Putih pada 30 Oktober 1996.

Marry Hilda Hasron merupakan wanita Melanau yang giat dalam PW PBB (Mukah) sejak tahun 1970-an. Mereka mengakui kenyataan yang sarna.

141

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 21: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

dan Cina, kedua-dua aspek diambil kira iaitu cal on dan parti. Namun, faktor parti tetap masih dominan berbanding calon.88 Berbeza dengan Orang Bulu, faktor status, pengaruh dan personaliti calon lebih dominan berbanding parti kerana Orang Bulu lebih mengutamakan semangat dan nilai bersama (satu komuniti) daripada yang lain.89

Berbeza dengan wanita kaum Bumiputera, wanita Cina lebih terikat kepada pendirian suami dalam politik.90 Jika suaminya penyokong parti A, maka biasanya isteri akan memilih parti yang sarna. Sekiranya isteri mempunyai pendirian yang berbeza, mereka lebih suka mendiamkan diri kerana pertentangan pendirian dengan suami boleh menyebabkan konflik dan krisis hubungan suami dan isteri.91 Sebaliknya, bagi wanita Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Bulu, mereka sendiri lebih berhak menentukan parti atau calon mana yang mereka sukai tanpa ada kongkongan keras daripada suami.92

Secara keseluruhannya, setiap parti mempunyai sikap yang berbeza terhadap peluang dan ruang yang hendak diberikan kepada wanita sebagai calon pilihan raya. Setakat ini, PBB, SNAP dan SUPP masing-masing pernah mengetengahkan calon wanita. Namun, terbukti PBB lebih memberi peluang dan ruang kepada wanita untuk bertanding dan menjadi tokoh politik wanita. Misalnya, PBB melahirkan enam calon wan ita sejak pili han raya tahun 1974 iaitu Ajibah Abol, Bafsah Barun, Syarifah Mordiah, Rohani Karim, Dona Babel, dan Sukinam Domo. SUPP pula hanya mencalonkan Barbara Bay pada tahun 197493 dan SNAP pernah menurunkan Kong Yu Siong sebagai calon pada tahun 1970 di peringkat DUN Sarawak.94

Tidak dapat dinafikan bahawa secara keseluruhannya, wanita walaupun berminat mengikuti perkembangan dan aktiviti politik, tetapi amat jarang wanita yang bercita-cita politik.95 Ini disebabkan wanita memandang sesungguhnya tanggungjawab sebagai isteri, ibu, masa depan keluarga dan kerjaya adalah lebih utama berbanding cita-cita politik. Bagi wanita, apalah gunanya cita-cita politik sekiranya rumah tangga porak-poranda dan anak­anak tidak terdidik dengan sempurna.96 Lagi pun untuk menjadi tokoh politik, peluang kepada mereka terbatas dan belum lagi benar-benar terbuka seperti kaum lelaki.97 Pun begitu, mereka tetap setia dan sentiasa bekerja keras untuk parti.

88 Temu bual dengan Tra Zendher pada 31 Oktober 1996, Kendy Edward pada 4 November 1996, Emilie Minah pad a 15 Mei 1997 dan Alison Si pada 18 November 1996. Kenddy Edward merupakan Pengerusi Biro Wanita Dayak Bidayuh Naitonal Association (DBNA).

89 Temu bual dengan Teresa Ngawan pada 12 November 1996. 90 Temu bual dengan Tan Yiang Hiok pada 2 November 1996 dan Alison Si pada 18 November 1996. Tan Yiang

Hiok ialah Pegawai Arkib Negeri Kuching dan meminati SUPP. Mereka mengakui kenyataan tersebut. 91 Temu bual dengan Tan Yiang Hiok pada 2 November 1996. 92 Temu bual dengan Sabariah Putih pada 30 Oktober 1996, Tra Zendher pada 31 Oktober 1996 Emilie Minah

pada 15 Mei 1997, Teresa Ngawan pada 12 November 1996 dan Marry Hilda Nasron pada 18 November 1996. Mereka memberi keterangan yang sarna.

93 Temu bual dengan Tra Zendher pada 31 Oktober 1996. Barbara Bay benanding di N15 (Lingga-Sebuyau) dan mendapat undi 1979. Dia dikalahkan oleh Tawi Sli yang mendapat undi 2134 calon daripada Parti Pesaka.

94 Penyertaan Kita. Diterbitkan Sempena Mellyambut Ulang Tahun ke-20 Sarawak Merdeka Dalam Malaysia, Summer Times. Kuching, 1983. hLm. 18.

95 Temu bual dengan Hagsah Harun pad a II November 1996, Rohani Abdul Karim pada 18 Mei 1997, Sukinam Domo pada 25 Mei 1997 dan Dona Babel pada 5 November 1996. Mereka memberi keterangan yang sarna.

96 Temu bual dengan Rohani Abdul Karim pada 18 Mei 1997 dan Dona Babel pada 5 November 1996. Mereka memberi keterangan yang sarna.

97 Temu bual dengan Alison Si pad a 18 November 1996.

142

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 22: WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959 … · WANITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996 Nordin Archie* ... Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 198611987

WAN ITA DAN POLITIK KEPARTIAN DI SARAWAK, TAHUN 1959-1996

Persoalan "politik untuk siapa" adalah antara persoalan yang amat menarik diketengah­kan. Bagi wanita kaum Dayak, Iban dan Bidayuh khasnya, politik adalah untuk semua orang tidak kira lelaki atau wanita.98 Bagi kaum Iban dan Bidayuh, pada asasnya kedua-dua pihak berhak menjadi pemimpin. Kriteria yang menentukan siapa yang layak ialah pendidikan, ekonomi, pengaruh, personaliti, kemampuan memimpin dan kredibiliti tetapi bukannya asas gender. Ini kerana kaum Iban dan Bidayuh adalah masyarakat egalitarian.99

Bagi Orang Hulu pula berbeza. Pada asasnya mereka berpendirian bahawa politik untuk lelaki, manakala ekonomi untuk wanita. 1OO

Wanita Melayu dan Melanau mempunyai prinsip hampir seperti orang Hulu tetapi lebih longgar kerana bagi mereka kedua-dua pihak sarna ada lelaki atau wanita tidak ada apa-apa halangan dan larangan untuk menjadi pemimpin politik. Cumanya, pada kebiasaannya lelaki lebih diutamakan tanpa mengetepikan hak, peluang dan ruang kepada wanita. 101 Bagi wanita Cina pulajauh sekali berbeza kerana sistem patriarki mengikat kedudukan lelaki lebih tinggi daripada wanita. Secara dasarnya, oleh sebab pengamalan sistem patriarki, politik akan dikuasai terus oleh kaum lelaki. 102 Ini berrnaksud, berbanding wanita kaum Bumiputera, ruang dan peluang kepada wanita Cina masih terbatas.

Secara umumnya, kesedaran berpolitik di kalangan wanita bertambah baik berbanding era I970-an dan sebelumnya lO3 di kalangan wanita yang kurang berpendidikan dan yang tinggal jauh di pedalaman dalam mana-mana komuniti sekalipun. Sebagai contoh, semasa mengundi, rata-rata mereka turun mengundi bukan kerana terikut-ikut atau suka-suka. Akan tetapi disebabkan kesedaran mengundi kerana mengundi merupakan hak dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.104 Mereka ada hak memilih pemimpin dan hak itu mestilah ditunaikan. Inilah yang menjadi faktor utama mengapa didapati biasanya wanita lebih komi ted untuk mengundi malah lebih ramai berbanding lelaki. 105

Pendirian begini tidak mengira wanita di bandar, luar bandar dan pedalaman. Rata­ratanya sedar bahawa politik itu penting untuk membantu rakyat dan menjamin masa depan generasi .10o Namun, masih ada di kalangan wanita terutamanya yang kurang berpendidikan dan kurang terdedah dengan politik yang masih menganggap politik ialah pilihan raya. Ada pili han raya, ada politik at au ada parti, ada politik. Begitu juga sebaliknya. Ini berrnakna bahawa kesedaran politik wanita di ban dar atau berpendidikan lebih baik berbanding dengan wanita yang tinggal di luar bandar dan kurang pendidikan kerana ruang pendedahan dan tahap pemikiran yang berbeza. Tetapi, mereka bukanlah buta politik. 107 Mereka memahami politik berasaskan ruang atau batasan persekitaran dan inforrnasi politik yang diterima.

98 Nancy F. John pada 12 November 1996, Tra Zendher pad a 31 Oktober 1996, Emilie Minah pad a 15 Mei 1997 dan Kenddy Edward pada 14 November 1996. Mereka mengakui kenyataan tersebut.

99 Temu bual dengan Tra Zendher pada 30 Oktober 1996. 100 Temu bual dengan Teresa Ngawan pada 12 November 1996. 101 Temu bual dengan Sabariah Putih pada 30 Oktober 1996 dan Marry Hilda Nasron pada 18 November 1996.

Mereka memberi keterangan yang sama. 102 Temu bual dengan Tan Yiang Hiok pada 2 November 1996. 103 Temu bual dengan Hasah Harun pad a II November 1996. 104 Temu bual dengan Sabariah Putih pada 30 Oktober 1996. 105 Temu bual dengan Wan Alwi Wan Hashim pada II November 1996. 106 Temu bual dengan Emilie Minah pad a 15 Mei 1997. 107 Temu bual dengan Sukinam Domo pada 15 Mei 1997.

143

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia