akta buang negeri 1959

Upload: jaharudin-juhan

Post on 26-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    1/23

    UNDANG-UNDANGMALAYSIA

    CETAKAN SEMULA

    Akta 79

    AKTA BUANG NEGERI1959

    Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

    DITERBITKAN OLEH

    PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

    DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

    SECARA USAHA SAMA DENGAN

    PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD

    2006

    Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Banishment Act 1959.

    Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta BahasaKebangsaan 1963/67 (Akta 32), teks ini bukan perundangan.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    2/23

    2 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    Pertama kali diperbuat 1959 (Ordinan No. 11tahun 1959)

    Disemak 1972 (Akta 79 m.b.p.1 Jun 1972)

    CETAKANSEMULAYANGTERDAHULU

    Cetakan Semula Yang Pertama 1994

    Cetakan Semula Yang Kedua 2000

    AKTA BUANG NEGERI 1959

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    3/23

    Buang Negeri 3

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 79

    AKTA BUANG NEGERI 1959

    SUSUNAN SEKSYEN

    Seksyen

    1. Tajuk ringkas

    2. Tafsiran

    3. Waran tangkap dan tahan

    4. Pelaksanaan waran tangkap dan tahan

    5. Perintah buang negeri

    6. Pelaksanaan perintah buang negeri

    7. Penggantungan perintah buang negeri apabila bon disempurnakan

    8. Perintah pengusiran

    9. Pemindahan orang tahanan ke hospital mental

    10. Peruntukan khas berhubung dengan dakwaan menjadi warganegara

    11. Kuasa untuk membatalkan perintah buang negeri atau perintah pengusiran

    12. Kuasa untuk memberikan pengecualian

    13. Penangkapan dan penahanan

    14. Orang yang dibuang negeri atau diusir dilarang memasuki Malaysia

    15. Menyembunyikan atau melindungi orang buangan negeri atau orang

    usiran

    16. Kewajipan semua orang untuk memberikan maklumat mengenai orang

    buangan negeri atau orang usiran

    17. Beban membuktikan kewarganegaraan

    18. Anggapan berhubung dengan perintah buang negeri dan perintah

    pengusiran

    19. Anggapan mengenai pemastautinan

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    4/23

    4 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    20. Pembuktian surat cara

    21. Perlindungan bagi orang yang bertindak di bawah Akta ini

    22. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

    23. (Ditinggalkan)

    24. Pendakwaan dan prosiding di bawah Akta

    JADUAL

    Seksyen

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    5/23

    Buang Negeri 5

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 79

    AKTA BUANG NEGERI 1959

    Suatu Akta berhubung dengan pembuangan negeri dan pengusiran

    dari Malaysia orang selain warganegara.

    [Semenanjung Malaysia1 Mei 1959,

    L.N. 112/1959;

    Sabah dan Sarawak16 September 1963,

    L.N. 232/1963]

    Tajuk ringkas

    1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Buang Negeri 1959.

    Tafsiran

    2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna

    yang lain

    Ketua Pegawai Polis mempunyai erti yang diberikan kepadanyadalam Akta Polis 1967 [Akta 344], dan termasuk seseorang

    Pesuruhjaya Polis yang diberi kuasa untuk mengawal Polis Diraja

    Malaysia di Sabah dan Sarawak;

    orang terkecuali ertinya seseorang yang dikecualikan daripada

    seksyen 5 dan 8 melalui apa-apa perintah yang dibuat di bawah

    seksyen 12;

    pegawai kanan polis ertinya pegawai polis yang berpangkatInspektor atau lebih tinggi daripada Inspektor;

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    6/23

    6 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    perintah buang negeri ertinya perintah yang dibuat di bawah

    seksyen 5;

    perintah pengusiran ertinya perintah yang dibuat di bawahseksyen 8; dan diusir bererti bahawa perintah pengusiran telahdisampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuatdan dia telah meninggalkan Malaysia mengikut pengertiansubseksyen 18(3);

    waran tangkap dan tahan ertinya waran yang dikeluarkan dibawah seksyen 3.

    Waran tangkap dan tahan

    3. (1) Jika Menteri berpendapat, apabila menerima maklumat bertulisyang dikemukakan kepadanya oleh Ketua Polis Negara atau seseorangKetua Pegawai Polis, bahawa ada alasan yang munasabah bagimempercayai bahawa pembuangan negeri mana-mana orang yangMenteri berpuas hati bukan seorang warganegara atau orang terkecualiberfaedah kepada kebaikan Malaysia, Menteri boleh mengeluarkanwaran bagi penangkapan dan penahanan orang itu.

    (2) Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, dantertakluk kepada apa-apa syarat dan arahan sebagaimana yangditetapkan dalam pemberitahuan itu, mewakilkan penjalanankuasa yang diberikan oleh subseksyen (1)

    (a) mengenai Sabah dan Sarawak, kepada pihak berkuasapersekutuan tempatan atau kepada mana-mana orang laindalam Negeri itu sebagaimana yang difikirkan suai manfaatoleh Menteri; dan

    (b) mengenai mana-mana Negeri lain, kepada SetiausahaKerajaan Negeri itu.

    (3) Sesuatu waran tangkap dan tahan hendaklah mengikutBorang A dalam Jadual.

    Pelaksanaan waran tangkap dan tahan

    4. (1) Pegawai polis atau pegawai penjara yang melaksanakansesuatu waran tangkap dan tahan hendaklah memberitahu isi waranitu kepada orang yang ditangkap atau ditahan itu dan, jika dikehendaki

    sedemikian, hendaklah menunjukkan kepadanya waran itu atausalinannya yang di bawah tandatangan pihak berkuasa yang telahmengeluarkan waran itu.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    7/23

    Buang Negeri 7

    (2) Jika pada melaksanakan sesuatu waran tangkap dan tahanmana-mana orang ditangkap atau dikehendaki supaya ditahanselanjutnya dalam penjara selepas tamat apa-apa hukuman

    pemenjaraan yang dijatuhkan ke atasnya pegawai yang melaksanakanwaran itu hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, dan walaubagaimanapun dalam masa dua puluh empat jam (tidak termasukmasa bagi apa-apa perjalanan yang perlu) dari penangkapan ataudari tamatnya hukuman itu mengemukakan orang yang ditangkapitu, atau yang ditahan sedemikian itu di hadapan Majistret yanghendaklah, apabila dikemukakan waran itu yang ditandatanganidengan sewajarnya dan apabila dibuktikan kesamaan identiti orangyang ditangkap atau ditahan itu dengan orang yang dinamakandalam waran itu, dengan perintah yang diendors pada waran itu,

    mengkomitkan orang itu ke penjara, untuk ditahan di situ mengikutmaksud waran itu:

    Dengan syarat bahawa jika orang itu membuktikan bahawa diaialah warganegara atau orang terkecuali Majistret hendaklahmemerintahkan supaya orang itu dilepaskan dengan serta-merta.

    Perintah buang negeri

    5. (1) Jika Menteri berpuas hati selepas apa-apa siasatan atauberdasarkan apa-apa maklumat bertulis sebagaimana yangdifikirkannya perlu atau mencukupi bahawa pembuangan negeridari Malaysia mana-mana orang yang bukan warganegara atauorang terkecuali akan berfaedah kepada kebaikan Malaysia, Menteriboleh membuat perintah supaya orang itu dibuang negeri dariMalaysia sama ada seumur hidupnya atau selama apa-apa tempohlain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

    (2) Sesuatu perintah buang negeri hendaklah mengikut

    Borang B dalam Jadual dan hendaklah ditandatangani oleh Menteri.

    (3) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas sesuatu perintahbuang negeri dibuat terhadap mana-mana orang suatu salinan perintahitu hendaklah disampaikan kepada orang itu oleh pegawai penjagapenjara tempat orang itu dikurung atau oleh seseorang pegawaikanan polis; dan pegawai yang menyampaikan salinan itu hendaklahmemberitahu orang yang terhadapnya perintah itu dibuat bahawadia boleh pada bila-bila masa dalam masa empat belas hari daripenyampaian itu memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk

    mendapatkan suatu perintah supaya perintah buang negeri itudiketepikan atas alasan bahawa dia ialah warganegara atau orangterkecuali.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    8/23

    8 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    Pelaksanaan perintah buang negeri

    6. (1) Tertakluk kepada Akta ini suatu perintah buang negeri boleh

    dilaksanakan pada bila-bila masa selepas tamat empat belas haridari tarikh penyampaian suatu salinan perintah itu di bawahsubseksyen 5(3), apabila dikeluarkan oleh Menteri suatu waranpelaksanaan yang hendaklah mengikut Borang C dalam Jadual danhendaklah ditandatangani oleh Menteri.

    (2) Apabila menerima waran pelaksanaan sesuatu perintah buangnegeri yang dibuat terhadap mana-mana orang, pegawai penjagapenjara tempat orang itu dikurung hendaklah memberitahu orangitu tempoh dia dibuang negeri dan memberinya amaran bahawa dia

    dilarang oleh undang-undang kembali ke Malaysia atau memasukiatau bermastautin di Malaysia, kecuali sebagaimana yang khasdiperuntukkan dalam perintah buang negeri itu.

    (3) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas menerimawaran pelaksanaan sesuatu perintah buang negeri yang dibuat terhadapmana-mana orang, pegawai penjaga penjara tempat orang itu dikurungatau seseorang pegawai penjara yang dilantik oleh pegawai itubagi maksud itu hendaklah menyerahkan orang yang diperintahkansupaya dibuang negeri itu kepada seorang pegawai kanan polisyang dilantik oleh Ketua Polis Negara untuk menerimanya, danorang itu hendaklah sesudah itu dibawa dalam jagaan pegawaikanan polis itu atau seseorang pegawai kanan polis lain dan diletakkandalam apa-apa alat pengangkutan yang suai manfaat untuk dibawake negara yang dia menjadi warganegaranya atau ke mana-manatempat lain sebagaimana yang dinyatakan dalam waran itu.

    (4) Mana-mana orang buangan negeri yang berada dalam jagaanseseorang pegawai kanan polis di bawah subseksyen (3) boleh

    diterima masuk dan ditahan dalam mana-mana penjara atau tempatlain yang sesuai di Malaysia sehingga dia dapat diletakkan dalamsuatu alat pengangkutan untuk dibawa mengikut subseksyen itu.

    Penggantungan perintah buang negeri apabila bondisempurnakan

    7. (1) Menteri boleh mengikut budi bicaranya pada masa membuatsesuatu perintah buang negeri atau pada bila-bila masa selepas itu

    mengarahkan supaya perintah itu digantung dan supaya orang yangdiperintahkan supaya dibuang negeri itu menyempurnakan suatubon untuk kelakuan baiknya dengan penjamin yang memuaskan

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    9/23

    Buang Negeri 9

    hati Menteri bagi apa-apa amaun dan apa-apa tempoh (yang tidakmelebihi lima tahun) dan tertakluk kepada apa-apa syarat tentangkemastautinan atau selainnya sebagaimana yang dinyatakan dalam

    arahan itu.

    (2) Jika Menteri berpuas hati bahawa seseorang yang tertaklukkepada perintah buang negeri yang diarahkan supaya digantung dibawah subseksyen (1) telah tidak mematuhi mana-mana syaratyang dinyatakan dalam bon yang disempurnakan olehnya di bawahsubseksyen itu atau bahawa tidaklah berfaedah kepada kebaikanMalaysia jika orang itu terus berada di Malaysia, Menteri bolehpada bila-bila masa membatalkan penggantungan perintah buangnegeri itu dan apabila penggantungan itu dibatalkan orang itu

    boleh ditangkap dan ditahan tanpa waran, dan perintah buangnegeri yang asal itu hendaklah sesudah itu dilaksanakan mengikutAkta ini.

    (3) Jika sesuatu perintah buang negeri telah digantung di bawahsubseksyen (1) dan penggantungan itu tidak dibatalkan sebelumtamat tempoh yang baginya jaminan untuk kelakuan baik telahdiberikan di bawah subseksyen itu, apabila tamat tempoh itu perintahitu hendaklah luput dan terhenti berkuat kuasa, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang pembuatan suatuperintah buang negeri yang baharu terhadap orang itu.

    Perintah pengusiran

    8. (1) Menteri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai gantipengeluaran waran tangkap dan tahan atau sebagai ganti pembuatanperintah buang negeri membuat suatu perintah menghendaki mana-mana orang yang dia berpuas hati bukan warganegara atau orangterkecuali supaya meninggalkan Malaysia sebelum tamat tempoh

    empat belas hari dari tarikh penyampaian satu salinan perintah itudi bawah subseksyen (4).

    (2) Sesuatu perintah pengusiran hendaklah mengikut Borang Ddalam Jadual.

    (3) Menteri boleh dengan suatu perintah pengusiran mengenakanapa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut tentangkemastautinan, pekerjaan atau kelakuan atau pengawasan polis

    atau selainnya orang yang terhadapnya perintah itu dibuat dansyarat itu hendaklah dipatuhi oleh orang itu selagi dia berada diMalaysia.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    10/23

    10 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    (4) Satu salinan perintah pengusiran itu hendaklah disampaikankepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat oleh seorangpegawai kanan polis, atau oleh mana-mana orang lain yang diberi

    kuasa oleh Menteri untuk menyampaikan perintah itu dan salinanperintah itu hendaklah disampaikan kepada orang itu sendiri mengikutcara yang sama sebagaimana saman dikehendaki disampaikan dibawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]; dan pegawai atauorang yang menyampaikan salinan itu hendaklah memberitahuorang yang terhadapnya perintah itu dibuat bahawa dia boleh padabila-bila masa dalam masa empat belas hari dari penyampaian itumemohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatuperintah supaya perintah pengusiran itu diketepikan atas alasanbahawa dia ialah warganegara atau orang terkecuali.

    (5) Seseorang yang terhadapnya suatu perintah pengusiran telahdibuat hendaklah pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan olehMenteri dalam perintah itu menyempurnakan suatu bon bagipematuhan wajar terma perintah pengusiran itu, dengan penjaminyang memuaskan hati Menteri dan bagi apa-apa amaun dan tertaklukkepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Menteripatut ditentukannya.

    (6) Jika seseorang yang terhadapnya suatu perintah pengusirantelah dibuat melarikan diri atau menyembunyikan dirinya supayaperintah itu tidak dapat disampaikan atau jika dia tidak sebelumtarikh yang ditentukan menyempurnakan bon yang dikehendaki dibawah subseksyen (5) dengan memuaskan hati Menteri atau jikaorang itu tidak mematuhi mana-mana syarat bon itu atau tidakmeninggalkan negara mengikut perintah itu orang itu boleh ditangkaptanpa waran oleh mana-mana pegawai polis dan hendaklah tanpakelengahan yang tidak perlu dan walau bagaimanapun dalam masa

    dua puluh empat jam (tidak termasuk masa bagi apa-apa perjalananyang perlu) dari penangkapan itu, dibawa ke hadapan Majistretyang hendaklah, apabila dikemukakan kepadanya perintah pengusiranitu dan apabila dibuktikan kesamaan identiti orang yang ditangkapitu dengan orang yang dinamakan dalam perintah itu, mengkomitkanorang itu ke penjara untuk ditahan di situ sementara menunggukeputusan sama ada suatu perintah buang negeri patut dibuat terhadaporang itu:

    Dengan syarat bahawa jika orang itu membuktikan bahawa diawarganegara atau orang terkecuali Majistret hendaklahmemerintahkan supaya orang itu dilepaskan dengan serta-merta.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    11/23

    Buang Negeri 11

    (7) Jika mana-mana orang telah ditangkap dan ditahan di bawahsubseksyen (6) Menteri boleh sesudah itu mengkensel perintahpengusiran itu dan membuat suatu perintah buang negeri terhadap

    orang itu mengikut seksyen 5.

    (8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Menteripada bila-bila masa mengkensel mana-mana perintah pengusiranyang dibuat olehnya terhadap mana-mana orang dan mengambiltindakan terhadap orang itu mengikut seksyen 3, 4 atau 5.

    (9) Jika suatu perintah pengusiran telah dibuat terhadap mana-mana orang yang ditahan mengikut suatu waran tangkap dan tahanorang itu hendaklah apabila dia menyempurnakan bon yang

    dikehendaki di bawah subseksyen (5) dilepaskan dari tahanan dibawah waran tersebut.

    (10) Jika seseorang yang terhadapnya suatu perintah pengusirantelah dibuat membuat suatu permohonan kepada Mahkamah Tinggidi bawah seksyen 10 supaya perintah pengusiran itu diketepikandan permohonan itu ditolak, tempoh empat belas hari yang dinyatakandalam subseksyen (1) hendaklah bermula dari tarikh penolakanpermohonan itu.

    Pemindahan orang tahanan ke hospital mental

    9. (1) Bilamana seseorang yang ditahan di bawah Akta ini ternyatakepada Menteri, berdasarkan perakuan seorang pengamal perubatanberdaftar, tidak sempurna akal, Menteri boleh, dengan perintahbertulis yang menyatakan alasan bagi mempercayai bahawa orangitu tidak sempurna akal, mengarahkan supaya orang itu dipindahkanke mana-mana hospital mental atau tempat jagaan selamat lainyang sesuai dalam Malaysia, untuk ditahan dan dirawat di situ

    sebagaimana diarahkan oleh Menteri sehingga ternyata kepadaMenteri, berdasarkan perakuan seorang pengamal perubatan berdaftar,bahawa orang itu telah sempurna akalnya semula; dan sesuatuperintah yang dibuat di bawah subseksyen ini hendaklah, walauapa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan,menjadi kuasa yang memadai bagi penerimaan orang itu masuk kehospital mental itu atau tempat lain yang tersebut dalam perintahitu.

    (2) Dalam seksyen ini pengamal perubatan berdaftar ertinya

    seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungdengan pendaftaran pengamal perubatan.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    12/23

    12 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    Peruntukan khas berhubung dengan dakwaan menjadiwarganegara

    10. Mana-mana orang yang berkenaan dengannya suatu perintahbuang negeri atau perintah pengusiran telah dibuat boleh dalammasa empat belas hari dari penyampaian suatu salinan perintahbuang negeri itu di bawah subseksyen 5(3), atau dari penyampaiansuatu salinan perintah pengusiran itu di bawah subseksyen 8(4),mengikut mana-mana yang berkenaan, memohon kepada MahkamahTinggi untuk mendapatkan suatu perintah supaya perintah buangnegeri atau perintah pengusiran itu diketepikan atas alasan bahawadia ialah warganegara atau orang terkecuali; dan jika dibuktikanatas permohonan itu bahawa orang itu ialah warganegara atau

    orang terkecuali, Mahkamah Tinggi hendaklah mengetepikan perintahbuang negeri atau perintah pengusiran itu, dan mengarahkan supayapemohon itu dibebaskan.

    Kuasa untuk membatalkan perintah buang negeri atau perintahpengusiran

    11. Sesuatu perintah buang negeri atau perintah pengusiran bolehpada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.

    Kuasa untuk memberikan pengecualian

    12. Menteri boleh dengan perintah mengarahkan bahawa mana-mana orang tertentu, atau orang daripada mana-mana golongantertentu, hendaklah terkecuali daripada seksyen 5 dan 8, sama adatanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakanoleh Menteri.

    Penangkapan dan penahanan

    13. (1) Mana-mana orang yang telah melakukan atau yangsemunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadapAkta ini boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawaipolis.

    (2) Jika seseorang telah ditangkap atau ditahan di bawah Aktaini mana-mana pegawai polis, atau mana-mana orang lain yangdiberi kuasa oleh Menteri bagi maksud itu, boleh mengambil segala

    langkah yang semunasabahnya perlu bagi mengambil gambar foto,mengukur, mengambil cap jari dan selainnya mengenal pasti orangitu.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    13/23

    Buang Negeri 13

    Orang yang dibuang negeri atau diusir dilarang memasukiMalaysia

    14. (1) Tiap-tiap orang, yang bukan warganegara atau orangterkecuali

    (a) yang dibuang negeri atau diusir dengan sah dari Malaysiaatau dari mana-mana wilayah yang terkandung dalamMalaysia; atau

    (b) yang dibuang negeri, dideportasi atau diusir dengan sahdari Singapura,

    dilarang memasuki atau tinggal di Malaysia selagi tempoh dia

    dibuang negeri, dideportasi atau diusir belum tamat atau selagiperintah buang negeri, deportasi atau pengusiran itu belum dikenselatau dibatalkan dan sama ada perintah itu telah dilaksanakan atautidak:

    Dengan syarat bahawa Menteri boleh menurut budi bicaranyamengecualikan mana-mana orang yang dibuang negeri, dideportasiatau diusir dari Singapura daripada larangan yang terkandung dalamsubseksyen ini.

    (2) Mana-mana orang yang memasuki atau tinggal di mana-mana bahagian Malaysia berlawanan dengan larangan yangterkandung dalam subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahanterhadap Akta ini dan, apabila disabitkan, boleh

    (a) jika tempoh orang itu dibuang negeri, dideportasi ataudiusir adalah kurang daripada lima tahun, dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi pembuangan negeri, deportasiatau pengusiran itu;

    (b) jika tempoh orang itu dibuang negeri, dideportasi ataudiusir adalah untuk seumur hidup atau selama lima tahunatau lebih, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihilima tahun; dan

    (c) jika orang itu telah dahulunya disabitkan di bawah Aktaini atau mana-mana undang-undang yang digantikan olehAkta ini kerana secara tidak sah memasuki atau tinggaldi Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau di mana-mana wilayah yang sekarang ini terkandung di dalam

    Malaysia setelah dibuang negeri, dideportasi atau diusirdengan sah dari Malaysia atau dari Singapura, dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi lima belas tahun.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    14/23

    14 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    (3) Walaupun suatu pendakwaan terhadap mana-mana orang dibawah seksyen ini belum selesai Menteri boleh membuat suatuperintah buang negeri terhadap orang itu mengikut Akta ini danberdasarkan itu mahkamah hendaklah memerintahkan supaya orangitu dilepaskan tetapi tidak terjumlah kepada pembebasan daripadapertuduhan di bawah seksyen ini untuk membolehkan perintahbuang negeri itu dilaksanakan.

    (4) Jika pada masa tamat apa-apa hukuman yang dijatuhkan keatas mana-mana orang di bawah seksyen ini tempoh orang itudibuang negeri, dideportasi atau diusir belum lagi tamat, orang ituhendaklah, melainkan jika Menteri memerintahkan selainnya, dibawakeluar dari Malaysia, dan subseksyen 6(3) dan (4) hendaklah terpakai

    mutatis mutandisbagi orang itu seolah-olah perintah buang negeritelah dibuat dalam halnya di bawah seksyen 5.

    Menyembunyikan atau melindungi orang buangan negeri atauorang usiran

    15. Mana-mana orang yang dengan disedarinya menyembunyikanatau melindungi mana-mana orang lain

    (a) yang terhadapnya suatu waran tangkap dan tahan telah

    dikeluarkan tetapi belum lagi dilaksanakan;

    (b) yang terhadapnya suatu perintah pengusiran telahdikeluarkan tetapi belum lagi disampaikan; atau

    (c) yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah Akta ini,

    melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh di dendatidak melebihi lima ratus ringgit dan dipenjarakan selama tempohtidak melebihi enam bulan:

    Dengan syarat bahawa seksyen ini tidaklah terpakai bagi seseorangisteri yang melindungi atau menyembunyikan suaminya atauseseorang suami yang melindungi atau menyembunyikan isterinya.

    Kewajipan semua orang untuk memberikan maklumat mengenaiorang buangan negeri atau orang usiran

    16. (1) Mana-mana orang yang tahu tentang adanya di Malaysiamana-mana orang yang diperihalkan dalam perenggan 15(a) , (b)

    atau (c)hendaklah dengan serta-merta memberikan maklumat yangpenuh dan tepat mengenainya kepada Majistret atau pegawai polisyang paling dekat.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    15/23

    Buang Negeri 15

    (2) Mana-mana orang yang, tanpa alasan munasabah (yang

    pembuktiannya terletak pada orang itu), tidak memberikan maklumat

    yang tersebut terdahulu adalah melakukan suatu kesalahan dan,

    apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus limapuluh ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga

    bulan:

    Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi

    seseorang isteri yang tidak memberikan maklumat berhubung dengan

    suaminya atau seseorang suami yang tidak memberikan maklumat

    berhubung dengan isterinya.

    Beban membuktikan kewarganegaraan

    17. Jika dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau

    berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau dicadangkan

    hendak dilakukan di bawah Akta ini, apa-apa soal timbul sama ada

    mana-mana orang ialah warganegara atau orang terkecuali, maka

    beban membuktikan bahawa dia ialah warganegara atau orang

    terkecuali terletak pada orang itu.

    Anggapan berhubung dengan perintah buang negeri dan perintah

    pengusiran

    18. (1) Tertakluk kepada seksyen 10, sesuatu perintah buang negeri

    atau perintah pengusiran hendaklah, sehingga perintah itu diketepikan

    atau dibatalkan di bawah Akta ini, atau sehingga perintah itu tamat

    tempohnya, menjadi keterangan konklusif dalam semua mahkamah

    dan bagi segala maksud bahawa orang yang diperintahkan supayadibuang negeri atau diusir melalui perintah itu bukanlah warganegara

    atau orang terkecuali.

    (2) Sesuatu endorsan atas sesuatu perintah buang negeri bahawa

    perintah itu telah dilaksanakan dengan meletakkan orang yang

    dinamakan dalamnya di dalam suatu alat pengangkutan yang

    menghala ke suatu destinasi di luar Malaysia tanpa singgah di

    mana-mana tempat lain di dalam Malaysia hendaklah menjadi

    keterangan konklusif, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orangyang diperintahkan supaya dibuang negeri itu telah dihantar keluar

    dari Malaysia.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    16/23

    16 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    (3) Sesuatu endorsan pada sesuatu perintah pengusiran bahawaperintah itu telah dilaksanakan dengan menyampaikannya kepadaorang yang dinamakan dalamnya mengikut cara yang dinyatakan

    dalam subseksyen 8(4) hendaklah, selepas tamatnya tempoh empatbelas hari yang disebut dalam subseksyen 8(1) atau (10), menjadiketerangan konklusif, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orangyang diperintahkan supaya diusir itu telah meninggalkan Malaysia.

    Anggapan mengenai pemastautinan

    19. Jika dibuktikan dalam mana-mana pendakwaan di bawah Aktaini bahawa mana-mana orang telah berada di Malaysia selamalebih daripada dua puluh empat jam mahkamah hendaklahmenganggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa orang itutelah tinggal secara sukarela di Malaysia.

    Pembuktian surat cara

    20. Tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu waran, perintah,arahan atau surat cara lain yang dibuat atau dikeluarkan oleh Menteri

    atau mana-mana orang lain menurut mana-mana peruntukan yangterkandung dalam Akta ini atau yang berkuat kuasa di bawah Aktaini dan berupa sebagai ditandatangani olehnya atau bagi pihaknyabolehlah diterima sebagai keterangan dan hendaklah, sehinggadibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai suatu surat cara yangdibuat atau dikeluarkan olehnya.

    Perlindungan bagi orang yang bertindak di bawah Akta ini

    21. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini tiadaguaman, pendakwaan atau lain-lain prosiding undang-undang bolehdibawa terhadap mana-mana orang kerana apa-apa jua yang dilakukan,atau dimaksudkan hendak dilakukan, dengan suci hati di bawahAkta ini.

    Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

    22. (1) Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan Akta ini.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    17/23

    Buang Negeri 17

    (2) Dalam membuat apa-apa peraturan-peraturan di bawahsubseksyen (1) Menteri boleh menambah, mengubah ataumembatalkan semua atau mana-mana borang yang dinyatakan dalam

    Jadual.

    23. (Ditinggalkan).

    Pendakwaan dan prosiding di bawah Akta

    24. (1) Apa-apa perintah yang dibuat atau waran yang dikeluarkan

    atau bon yang disempurnakan di bawah mana-mana undang-undang

    yang digantikan oleh Akta ini dan apa-apa prosiding yang diambildi bawah mana-mana undang-undang sedemikian sebelum mula

    Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah berkuat kuasa dari segala

    segi seolah-olah perintah, waran, bon atau prosiding itu telah dibuat,

    dikeluarkan, disempurnakan atau diambil dengan sah di bawah

    Akta ini.

    (2) Bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawahAkta ini apa-apa perintah buang negeri, deportasi atau pengusiranyang berupa sebagai dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang diberi

    kuasa bagi maksud itu di bawah mana-mana undang-undang yangberkuat kuasa pada tarikh perintah itu di Malaysia atau di mana-mana wilayah yang sekarang ini terkandung dalam Malaysia ataudi Singapura hendaklah menjadi bukti yang memadai tentang hakikatdan tarikh pembuangan negeri, deportasi atau pengusiran itu danterma dan syarat.

    (3) Subseksyen 18(2) dan (3) terpakai bagi mana-mana perintahyang disebut dalam subseksyen (2) seolah-olah perintah itu ialah

    suatu perintah buang negeri atau perintah pengusiran.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    18/23

    18 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    JADUAL

    [Subseksyen 22(2)]

    BORANG A

    (Subseksyen 3)

    WARAN TANGKAP DAN TAHAN

    Kepada:

    Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis lain dan kepada*

    Penguasa Penjara di......................................................................................

    BAHAWASANYA saya dapati mengikut seksyen 3 Akta Buang Negeri 1959,adalah berfaedah kepada kebaikan awam supaya .................................................yang beralamat di.............................................................dibuang negeri dariMalaysia:

    Oleh yang demikian kamu pegawai polis yang tersebut adalah dengan inidiarahkan supaya menangkap .............................................. yang tersebut dimana-mana jua dia dijumpai dalam Malaysia dan menyerahkannya ke Penjaradi..................................................... dan*

    Kamu Penguasa Penjara yang tersebut adalah dengan ini diarahkan supayamenahan .................................................................yang tersebut dalam jagaanselamat dalam penjara di........................................................... sehingga kamumenerima perintah selanjutnya daripada saya/Menteri.

    Bertarikh pada........... haribulan....................... 20.........

    .........................................Menteri

    .............................................(Menurut kuasa perwakilan di bawah

    subseksyen 3(2))

    ENDORSAN

    ADALAH DENGAN INI DIPERINTAHKAN menurut subseksyen 4(2) Akta BuangNegeri 1959 supaya..................................................................yang dinamakandalam ini yang beralamat di .................................................................................................................................................................................................. dikomitkanke penjara, untuk ditahan di situ mengikut maksud waran ini.

    Bertarikh pada ............... haribulan.......................... 20..........

    ................................

    Majistret

    *Potong dalam hal seseorang yang sedang ditahan dalam penjara.Potong sebagaimana yang sesuai.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    19/23

    Buang Negeri 19

    BORANG B

    (Seksyen 5)

    PERINTAH BUANG NEGERI

    Saya, ..........................................................................................................., Menteriyang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembuangan negeridengan ini memerintahkan mengikut seksyen 5 Akta Buang Negeri 1959, supaya............................................................................................................. dibuang

    negeri dari Malaysia selama *

    Diberikan di bawah tandatangan saya pada......... haribulan........................20...........

    .................................Menteri

    ENDORSAN

    Saya, ....................................................... dengan ini memperakui bahawa sayapada hari ini telah menyampaikan satu salinan perintah di atas kepada orang

    yang dinamakan dalamnya dan telah menerangkan kepadanya natijah perintahitu.

    Bertarikh pada ............ haribulan ....................... 20.......

    ................................................(Pegawai Penjaga Penjara di........................ atau PegawaiKanan Polis)

    BORANG C

    (Seksyen 6)

    WARAN PELAKSANAAN PERINTAH BUANG NEGERI

    Kepada Penguasa Penjara di...............................................................................dan kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis lain:

    Bahawasanya menurut suatu perintah pembuangan negeri yang dibuat mengikutseksyen 5 Akta Buang Negeri 1959 ...........................................................................

    seumur hidupnya

    ...... tahun dari tarikh Perintah ini.

    * Potong mana-mana alternatif yang tidak berkenaan.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    20/23

    20 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    ........................................................................(kemudian daripada ini disebut

    orang buangan negeri tersebut) telah diperintahkan supaya dibuang

    negeri dari Malaysia selama *

    Oleh yang demikian saya dengan ini mengarahkan kamu Penguasa Penjaratersebut supaya menyerahkan orang buangan negeri tersebut ke dalam jagaanmana-mana pegawai kanan polis yang dilantik oleh Ketua Polis Negara bagimaksud itu bersama-sama dengan Waran ini:

    DAN selanjutnya saya mengarahkan kamu Ketua Polis Negara atau pegawaikanan polis lain yang kamu lantik bagi maksud itu supaya menerima orangbuangan negeri tersebut ke dalam jagaan kamu dan menyebabkannya dibawake.......................................................... dan di sana diletakkan dalam suatu alatpengangkutan yang sesuai untuk dipindahkan ke....................................................

    ...............................................................................................................................

    DAN selanjutnya saya mengarahkan kamu Ketua Polis Negara supayamengembalikan Waran ini kepada saya dalam masa .....................................hari dari pelaksanaannya dengan menunjukkan pelaksanaan wajarnya dengansuatu endorsan yang dibuat padanya.

    Diberikan di bawah tandatangan saya pada.............. haribulan .........................20.........

    ....................................Menteri

    ENDORSAN

    Saya, ................................................................................................. dengan inimemperakui bahawa Waran di atas telah dilaksanakan dengan sewajarnya denganmembawa orang buangan negeri yang dinamakan dalam Waran ituke .......................................................... dan di sana meletakkannya ke dalam...................................................... untuk dipindahkan ke .......................................

    DAN selanjutnya saya memperakui bahawa saya telah menyerahkan satusalinan perintah buang negeri yang disebut dalam Waran tersebut kepada orangbuangan negeri tersebut pada masa dia dipindahkan dari Malaysia dan telahmenerangkan kepadanya natijah perintah itu dan memberi amaran kepadanyabahawa dia dilarang oleh undang-undang kembali ke atau memasuki atau tinggaldi Malaysia sepanjang tempoh dia dibuang negeri.

    Bertarikh pada............... haribulan.................. 20.........

    .......................................(Pegawai Kanan Polis)

    seumur hidupnya

    ...... tahun dari tarikh Perintah ini.

    *Potong mana-mana alternatif yang tidak berkenaan.

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    21/23

    Buang Negeri 21

    BORANG D

    (Seksyen 8)

    PERINTAH PENGUSIRAN

    Saya, .........................................................................................., Menteri yangpada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembuangan negeridengan ini mengikut seksyen 8 Akta Buang Negeri 1959, memerintahkan,supaya ............................................... meninggalkan Malaysia sebelum tamattempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian satu salinan perintah ini, danselepas itu terus tinggal di luar Malaysia:

    Dan dengan ini saya menetapkan ...................... haribulan ................... 20.......sebagai tarikh yang pada atau sebelumnya ................................. tersebut hendaklahmenyempurnakan bon yang dinyatakan dalam subseksyen (5) seksyen tersebut

    dengan jumlah wang sebanyak RM ............................ dengan

    [Masukkan di sini apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 8 AktaBuang Negeri 1959.]

    Diberikan di bawah tandatangan saya pada ............. haribulan ............. 20...........

    ...................................Menteri

    ENDORSAN

    Saya, ................................................................................... dengan ini memperakuibahawa saya pada hari ini telah melaksanakan perintah di atas denganmenyampaikan satu salinannya kepada orang yang dinamakan dalamnya danmenerangkan kepadanya natijah perintah itu dan memberikan amaran kepadanya

    bahawa apabila perintah itu mula berkuat kuasa dia adalah dilarang oleh undang-undang kembali ke atau memasuki atau tingggal di Malaysia.

    Bertarikh pada............ haribulan .... ................ 20..........

    .......................................................(Pegawai Kanan Polis atau orang

    lain yang diberi kuasa oleh

    penjamin-penjamin

    penjamin

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    22/23

    22 Undang-Undang Malaysia AKTA 79

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    AKTA 79

    AKTA BUANG NEGERI 1959

    SENARAI PINDAAN

    Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

    L.N. 231/1963 Perintah Pengubahsuaian Undang- 16-09-1963Undang (Keselamatan Dalam Negeri

    dan Ketenteraman Awam) (Singapura)1963

    L.N. 232/1963 Perintah Pengubahsuaian Undang- 16-09-1963Undang (Keselamatan Dalam Negeridan Ketenteraman Awam) (Negeri-Negeri Borneo) 1963

    L.N. 239/1963 Pembetulan P.U. 231/1963dan 232/1963

    L.N. 359/1964 Perintah Pengubahsuaian Undang- 16-09-1963Undang (Peruntukan-Peruntukan Am)(Sabah) 1964

    L.N. 360/1964 Perintah Pengubahsuaian Undang- 16-09-1963Undang (Peruntukan-Peruntukan Am)(Sarawak) 1964

    L.N. 361/1964 Perintah Pengubahsuaian Undang- 16-09-1963Undang (Peruntukan-Peruntukan Am)(Singapura) 1964

    L.N. 406/1964 Perintah Pengubahsuaian Undang- 26-11-1964Undang (Keselamatan Dalam Negeri

    dan Ketenteraman Awam) (Negeri-Negeri Borneo) (Pindaan) 1964

    L.N. 407/1964 Perintah Pengubahsuaian Undang- 26-11-1964Undang (Keselamatan Dalam Negeridan Ketenteraman Awam) (Singapura)(Pindaan) 1964

    Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 29-08-19751975

    Akta A324 Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan 10-01-1976dan Peluasan) 1976

  • 7/25/2019 Akta Buang Negeri 1959

    23/23

    Buang Negeri 23

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 79

    AKTA BUANG NEGERI 1959

    SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

    Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

    15 Akta 160 29-08-1975

    16 Akta 160 29-08-1975

    Jadual Akta 160 29-08-1975