wang dan perbankan

19
WANG DAN PERBANKAN (TY30203) BANK DAN PENGURUSAN INSTITUSI KEWANGAN AZIEYANA AZIZ BT 11110019

Upload: azieyana-aziz

Post on 30-May-2015

212 views

Category:

Economy & Finance


0 download

DESCRIPTION

Wang dan Perbankan

TRANSCRIPT

Page 1: Wang dan perbankan

WANG DAN PERBANKAN (TY30203)

BANK DAN PENGURUSAN INSTITUSI KEWANGAN

AZIEYANA AZIZ

BT 11110019

Page 2: Wang dan perbankan

PENGURUSAN INSTITUSI KEWANGAN

Selepas melihat bagaimana bank beroperasi, kita akan meneliti bagaimana pula pengurusan Institusi Kewangan dilakukan oleh bank-bank yang ada. Pengurusan dalam institusi kewangan sangat berkait rapat dengan pengurusan aset dan liabiliti bagi tujuan mencapai keuntungan yang maksimum.

Terdapat 4 perkara utama yang dititikberatkan dalam pengurusan institusi kewangan seperti yang berikut:

Page 3: Wang dan perbankan

i) Memastikan bank mempunyai tunai yang mencukupi untuk membayar pendeposit (depositers) andai terdapat pengeluran tunai(deposit outflow) yang dilakukan.

ii) Pihak bank perlu mempunyai keupayaan mengurangkan risiko aset dengan menyimpan aset yang mempunyai risiko kemungkaran* yang rendah dan mempelbagaikan pengangan aset*.

iii) Mempunyai keupayaan mendapatkan dana dengan kos yang rendah yang meibatkan pengurusan liabiliti.

iv) Pihak pengurusan perlu membuat perkiraan mengenai jumlah modal yang perlu dikekalkan da mendapatkan jumlah modal yang diperlukan

Page 4: Wang dan perbankan

Untuk memahami pengurusan bank dan institusi kewangan secara sepenuhnya, kita perlu menilai dengan lebih jauh mengenai prinsip asas pengurusan aset dan liabiliti oleh pihak bank mahupun institusi kewangan yang ada.

Pengurusan tersebut akan meliputi pengurusan risiko kredit yang disebabkan oleh kemungkaran peminjam dan pengurusan kadar faedah yang disebabkan oleh pendapatan dan pulangan aset bank.

Page 5: Wang dan perbankan

PENGURUSAN ASET DAN LIABILITI

Page 6: Wang dan perbankan

PENGURUSAN ASET

Tujuan utama pengurusan aset (Frederic, 2007).:

i) bank atau institusi kewangan mencapai keuntungan yang maksimum,

ii) mengurangkan kadar risiko iii) memastikan agihan yang cukup untuk aset

yang mempunyai tahap kecairan yang rendah

Page 7: Wang dan perbankan

4 tahap utama dalam pengurusan aset (Frederic, 2007)

i) pihak bank mencari peminjam yang boleh membayar pinjaman dengan kadar bunga yang tinggi dan peminjam tidak mempunyai risiko kemungkaran (default risk).

ii) pihak bank akan cuba membeli sekuriti yang menawarkan pulangan yang tinggi dengan risiko yang rendah.

iii) mengurangkan risiko mereka dengan memegang aset yang pelbagai (Frederic, 2007).

iv) mengurus kecairan aset yang ada supaya mereka boleh memenuhi keperluan mereka tanpa mengeluarkan kos yang besar.

Page 8: Wang dan perbankan

PENGURUSAN LIABILITI Sebelum tahun 1960, pengurusan liabiliti

dianggap sebagai pengurusan yang memerlukan ketenangan dan keseriusan.

Kebanyakan bank akan menetapkan jumlah liabiliti mereka kemudian cuba mencapai jumlah nilai aset campuran yang optimum.

Perkara ini disebabkan oleh sumber utama kewangan bank adalah melalui permintaan cek yang tidak mempunyai kadar faedah.

Selain itu, tahap perkembangan yang kurang memberansangkan oleh peminjam yang kurang mendatangkan keuntungan menyebabkan bank terpaksa meminjam dengan bank yang lain bagi menampung keperluan dan liabiliti mereka.

Page 9: Wang dan perbankan

Namun, selepas tahun 1960, bank-bank besar telah meneroka pelbagai cara untuk mengkaji bagaimana liabiliti mereka boleh menyumbang kepada rizab dan tahap kecairan mereka.

Bank-bank tidak lagi menjadikan deposit cek sebagai sumber utama mereka dan tidak lagi menjadikan liabiliti mereka sebagai sumber utama.

Sebaliknya, mereka boleh menggunakan aset yang ada untuk dijadikan sumber dengan memberi pegangan aset sebagai liabiliti kepada pihak lain bagi mendapatkan dana yang mereka perlukan.

Page 10: Wang dan perbankan

PENGURUSAN RISIKO KREDIT

Page 11: Wang dan perbankan

PENGURUSAN RISIKO KREDIT

Risiko merupakan sesuatu bahaya kehilangan (David, 2008). Andai seseorang dikatakan terdedah kepada risiko, ini bermakna mereka berada dalam keadaan kehilangan wang atau apa sahaja kemungkinan kehilangan barang yang dirasakan berharga pada masa hadapan atau lebih dikenali sebagai konsep penilaian (concept of valuation).

Risiko kredit pula merupakan risiko kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan pihak peminjam kredit untuk memenuhi kontrak obligasi mereka mungkin disebabkan oleh kegagalan mereka dalam transaksi yang dilakukan (David, 2008).

Page 12: Wang dan perbankan

CARA PENGURUSAN RISIKO KREDIT

i) Pemeriksaan dan Pemantauan- Pemeriksaan dilakukan disebabkan oleh pilihan buruk yang

dilakukan dalam pasaran pinjaman. Bank dan institusi kewangan yang bertindak sebagai pemberi pinjam perlu membuat pemeriksaan yang teliti terhadap keupayaan peminjam untuk membayar balik pinjaman agar mereka boleh mengenalpasti pinjaman ynag boleh menguntungkan mereka. Untuk mencapai pemeriksaan yang efektif, bank atau institusi kewangan perlu mengutip maklumat yang boleh dipercayai mengenai bakal peminjam

- Pemeriksaan dan pemantauan ini juga akan menggalakkan berlaku pengkhususan pinjaman. Dalam satu sudut, pengkhususan pinjaman ini dikatakan tidak memberi perkembangan yang baik terhadap bank atau institusi kewangan kerana pengkhususan pinjaman yang diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu akan menyebabkan bank dan institusi kewangan tidak mendapat faedah kepelbagaian. Namun begitu, kaedah ini dikatakan dapat mengawal risiko kredit kerana pihak pemberi pinjam sudah mengetahui dengan teliti latar belakang pihak peminjam dan keupayaan mereka untuk membayar balik pinjaman.

Page 13: Wang dan perbankan

ii)Membina hubungan jangka panjang bersama pelanggan

Andainya seseorang pelanggan mempunyai akaun simpanan atau pinjaman bersama sesebuah bank dalam satu tempoh ayng panjang, pihak bank atau institusi kewangan boleh menganalisis keupayaan membayar semula seorang peminjam.

Baki yang terdapat dalam akaun simpanan peminjam boleh dijadikan rujukan untuk menilai tahap kebolehupayaan peminjam untuk membayar semula pinjaman dan juga menilai tahap kecairan wang tunai yang dimiliki peminjam andai ia diperlukan untuk tujuan transaksi tunai. Hubungan jangka panjang yang wujud diantara institusi kewangan dan peminjam(pelanggan) akhirnya dapat dijadikan rujukan oleh pihak institusi kewangan dalam memberikan pinjaman bagi mengawal risiko pengurusan kredit.

Page 14: Wang dan perbankan

iii) Cagaran dan pampasan baki Sesuatu pinjaman perlu disertai dengan cagaran oleh

peminjam. Cagaran yang merupakan harta milik peminjam boleh dijadikan sebagai pampasan andai peminjam tidak dapat membayar pinjaman mereka.

Andai peminjam tidak berupaya membayar semula pinjaman yang dilakukan, maka pihak bank atau institusi kewangan boleh menjual cagaran yang diberikan oleh peminjam sebagai ganti rugi pinjaman yang gagal dibayar. Perkara ini akan membantu pihak bank dan institusi kewangan untuk mendapatkan semula dana yang telah dipinjam sekaligus mengurangkan risiko kredit.

Pampasan baki pula merupakan satu kaedah yang digunakan oleh pihak bank dan institusi kewangan untuk mengawal jumlah baki simpanan peminjam yang terdapat dalam akaun semasa atau simpanan. Contohnya, sesebuah syarikat yang membuat pinjaman RM 10 Juta perlu sekurang-kurangnya menyimpan RM 1 Juta dalam akau simpanan syarikat tersebut. Baki simpanan yang terdapat dalam akaun tersebut boleh diambil oleh pihak bank untuk membayar ganti rugi andai peminjam gagal membayar pinjaman.

Page 15: Wang dan perbankan

iv) Catuan Kredit Catuan kredit boleh terjadi disebabkan dua

perkara iaitu:a) apabila pemberi pinjam tidak ingin memberi

pinjaman walaupun dengan kadar faedah yang tinggi

b) memberi pinjaman tapi dengan jumlah pinjaman yang kecil.

Page 16: Wang dan perbankan

JARAK DAN TEMPOH ANALISIS (GAP AND DURATION ANALYSIS)

Jurang dan tempoh analisis merupakan salah satu cara dalam pengurusan risiko kadar faedah yang mana keuntungan sesuatu bank dan institusi kewangan berdasarkan kadar faedah boleh berubah dan diukur menggunakan jurang analisis, dimana jumlah kadar sensitif liabiliti ditolak dariapda kadar sensitif aset.

Contoh perkiraan mengikut kaedah “jarak” boleh dilihat melalui perkiraan berikut:

-$30 milion=($20 milion - $50 milon) Dengan mendarab jarak masa dan perubahan kadar

faedah, kita boleh mengira kesan kepada keuntungan bank. Contohnya apabila kadar faedah meningkat sebanyak 5 %, perubahan keuntungan adalah seperti berikut:

5 % X -$30 milion =-$1.5 milion

Page 17: Wang dan perbankan

AKTIVITI LUAR KUNCI KIRA-KIRA (OFF-BALANCE-SHEET ACTIVITIES)

Walaupun pengurusan aset dan liabiliti secara amnya menjadi aspek utama yang dititikberatkan dalam bank, persekitaran yang semakin kompetitif memerlukan bank melaksanakan aktiviti kewangan yang berada di luar kunci kira-kira.

Aktiviti luar kunci kira-kira ini terdiri perdagangan instrumen kewangan dan penjanaan pendapatan melalui pembayaran dan jualan pinjaman. Aktiviti-aktiviti ini merupakan aktiviti yang memberi kesan terhadap keuntungan bank tetapi tidak diperlihatkan pada kunci kira-kira bank.

Page 18: Wang dan perbankan

Contoh aktiviti di luar kunci kira-kirai) Jualan Pinjamanii) Penjanaan pendapatan melalui pembayaraniii) Aktiviti Perdagangan

Page 19: Wang dan perbankan

SOALAN

1) Apakah tujuan utama pengurusan aset 2) Terangkan bagaimanakah cara

pengurusan risiko kredit