10 wang dan dasar kewangan

28
BAB 10 WANG & DASAR KEWANGAN

Upload: nur-az

Post on 21-Jun-2015

8.453 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10  wang dan dasar kewangan

BAB 10

WANG &

DASAR KEWANGAN

Page 2: 10  wang dan dasar kewangan

KANDUNGAN BAB10.1 WANG

10.1.1 FUNGSI WANG10.1.2 JENIS-JENIS WANG10.2.3 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN

KESEIMBANGAN PASARAN WANG10.2 BANK PUSAT DAN INSTITUSI KEWANGAN

10.2.1 BANK PUSAT10.2.2 BANK PERDAGANGAN

10.3 DASAR KEWANGAN10.3.1 KEGUNAAN DASAR KEWANGAN10.3.2 LIMITASI

Page 3: 10  wang dan dasar kewangan

10.1 WANG• Wang didefinasikan sebagai suatu barang yang diterima

umum sebagai alat pengantaraan dalam kegiatan jual beli dan urusniaga lain.

• Suatu barang yang dipersetujui untuk digunakan sebagai wang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berikut; – Nilainya stabil dari masa ke masa. – Mudah untuk dibawa, dipindahkan dan disimpan. – Tahan lama dan tidak ubah bentuk atau kualitinya dalam

jangka masa panjang. – Penawarannya terhad dan tidak mudah ditambah dalam

jangka panjang. – Sukar ditiru. – Mudah dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil.

Page 4: 10  wang dan dasar kewangan

10.1.1 FUNGSI WANG(i) Alat perantaraan pertukaran• Dengan menggunakan wang, individu yang

inginkan sesuatu barang tidak lagi memerlukan dua kehendak serentak.

• Ia hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan.

• Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yan diperlukannya.

Page 5: 10  wang dan dasar kewangan

(ii) Alat ukuran nilai• Dengan menggunakan wang, individu akan

menilai sesuatu barang dalam unit wang iaitu ringgit dan sen.

• Misalnya, barang X bernilai RM10 dan barang Y bernilai RM50.

• Dengan ini pembeli boleh membandingkan nilai suatu barang dengan barang yang lain dalam unit ukuran yang sama.

Page 6: 10  wang dan dasar kewangan

(iii) Menyelesaikan bayaran tertunda• Wang boleh digunakan dalam urusniaga

kredit kerana nilainya yang stabil.• Dalam ekonomi yang stabil tanpa inflasi,

peniaga sanggup menjual barang secara kredit kerana nilai benar wang semasa penerimaan adalah sama dengan nilai benar wang semasa penjualan barang.

• Oleh itu masalah untuk memikirkan sesuatu barang yang diperlukan untuk menyelesaikan bayaran tertunda dapat diatasi.

Page 7: 10  wang dan dasar kewangan

(iv) Alat penyimpan nilai• Wang boleh dijadikan sebagai alat

penyimpanan nilai yang baik kerana nilainya yang stabil dan sifatnya yang tahan lama.

• Dalam ekonomi yang stabil, masyarakat cenderung menyimpan kekayaan dalam bentuk wang di institusi kewangan untuk memenuhi perbelanjaan pada masa akan datang.

• Dengan menyimpan kekayaan dalam bentuk wang, maka penabung akan dibayar faedah atas tabungan yang mereka lakukan.

Page 8: 10  wang dan dasar kewangan

10.1.2 JENIS-JENIS WANG(i) Wang Dalam Edaran• Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam

negara seperti wang syiling dan wang kertas.

(ii) Wang Fiat/Sah• Wang yang diperakui sah oleh kerajaan melalui undang-undang sebagai alat perantaraan pertukaran dalam sesebuah negara.• Misalnya, Ringit dan Sen Malaysia adalah wang sah di Malaysia.

(iii) Wang Tanda• Wang yang mempunyai nilai kurang daripada nilai mukanya

(iv) Deposit semasa• Deposit semasa boleh ditunaikan dengan cek untuk membuat

pembayaran.• Jenis wang yang paling banyak digunakan di Malaysia.

Page 9: 10  wang dan dasar kewangan

10.1.3 • PERMINTAAN WANG• PENAWARAN WANG

• KESEIMBANGAN PASARAN WANG

Page 10: 10  wang dan dasar kewangan

PERMINTAAN WANG (Md): Tujuan Permintaan Wang

(i) Transaksi:• Bagi tujuan urusniaga atau untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan.• Semakin tinggi perbelanjaan yang ingin dilakukan, semakin banyak wang yang

diperlukan/diminta.• Berhubungan positif dengan tingkat pendapatan.

(ii) Awasan:• Wang diperlukan untuk perbelanjaan di luar jangkaan, seperti tujuan perubatan.• Berhubungan positif dengan tingkat pendapatan.

(iii) Spekulasi:• Lebihan wang dari tujuan (i) dan (ii) digunakan untuk spekulasi.• Proses membeli saham@pelaburan yang dijangka memberi keuntungan kepada individu tersebut.

Page 11: 10  wang dan dasar kewangan

Faktor Mempengaruhi Permintaan Wang:

(i) Kadar bunga: • Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah pegangan wang dalam

bentuk tunai.• Tidak menyebabkan peralihan keluk permintaan wang, tetapi

melibatkan pergerakan di sepanjang keluk sahaja.

(ii) Tingkat pendapatan:• Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi permintaan terhadap

wang.• Keluk permintaan wang beralih ke kanan.

(iii) Tingkat harga:• Dengan andaian kadar bunga dan tingkat pendapatan tetap,

peningkatan harga akan meningkatkan permintaan terhadap wang.• Keluk permintaan wang beralih ke kanan.

Page 12: 10  wang dan dasar kewangan

PENAWARAN WANG (Ms)

• Penawaran wang dalam sesebuah ekonomi dikawal oleh Bank Pusat.

• Oleh itu, keluk penawaran wang menegak atau tidak anjal sempurna.

• BNM menggunakan pendekatan urusniaga dan kecairan mentakrif empat jenis penawaran wang iaitu, M1, M2, M3 dan M4.

Page 13: 10  wang dan dasar kewangan

• M1 = Wang dalam edaran (+) deposit semasa di bank perdagangan

• M2 = M1 (+) deposit tabungan dan tetap di bank perdagangan (+) sijil deposit boleh niaga (+) sijil BNM

• M3 = M2 (+) deposit tetap dan tabungan di institusi kewangan lain

seperti Bank Saudagar, Bank Islam, Gedung diskaun dan syarikat kewangan.

• M4 = M3(+) aset mudah tunai di institusi kewangan seperti Bank

Perdagangan, Bank Saudagar, Bank Islam, Gedung diskaun dan syarikat kewangan.

Page 14: 10  wang dan dasar kewangan

KESEIMBANGAN PASARAN WANG

• Keseimbangan pasaran wang tercapai apabila Md = Ms, iaitu apabila keluk Md bersilang dengan keluk Ms.

• Pada tingkat keseimbangan, jumlah wang yang diminta dan yang ditawarkan dalam ekonomi adalah sama banyak.

Page 15: 10  wang dan dasar kewangan

KESEIMBANGAN PASARAN WANG

Kadar bunga,r

Kuantiti wang,M

Ms

Md

0 M*

r*

-Keluk Md bercerun negatif, menerangkan hubungan negatif antara Md dan kadar bunga (r).-Keluk Ms menegak (tidak anjal sempurna) kerana Ms sepenuhnya di kawal oleh Bank Pusat.-Keseimbangan berlaku apabila Md=MS, iaitu apabila keluk Md bersilang dengan keluk Ms.-M* kuantiti keseimbangan, manakala r* ialah kadar bunga keseimbangan.

Page 16: 10  wang dan dasar kewangan

10.2 BANK PUSAT DAN INSTITUSI KEWANGAN

• Institusi kewangan adalah syarikat-syarikat kewangan yang kegiatan utamanya adalah mengumpulkan wang dari masyarakat dan perusahaan dan meminjamkan semula wang tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukannya.

• Wang yang disimpan oleh masyarakat dan perusahaan ini akan dibayar faedah atas tabungan yang dilakukan.

• Terdapat beberapa jenis institusi kewangan utama di Malaysia, iaitu bank pusat dan bank perdagangan.

Page 17: 10  wang dan dasar kewangan

10.2.1 BANK PUSAT

• Bank pusat Malaysia adalah Bank Negara Malaysia, ia merupakan bank milik kerajaan.

• Fungsi bank pusat:(i) Pengeluar matawang negara(ii) Penasihat kewangan dan jurubank kepada kerajaan. Menguruskan hutang negara Menguruskan akaun kerajaan Sumber dana kepada kerajaan Mengawal dan menguruskan pertukaran asing

(iii) Jurubank kepada bank perdagangan Mengawal rizab dan penyelesaian hutang antara bank Sumber pinjaman

(iv) Menggalakkan kestabilan kewangan dan mewujudkan sistem kewangan yang stabil.

Page 18: 10  wang dan dasar kewangan

10.2.2 BANK PERDAGANGAN• Bank perdagangan merupakan institusi

kewangan yang terpenting dalam ekonomi. • Fungsi bank perdagangan:

Menerima simpanan/deposit Memberi pinjaman Membuat dan menerima bayaran Menguruskan pertukaran asing Menawarkan perkhidmatan lain

Page 19: 10  wang dan dasar kewangan

10.3 DASAR KEWANGAN

10.3.1 KEGUNAAN DASAR KEWANGAN• Bank Pusat memainkan peranan dalam mengawal kestabilan

ekonomi dengan mengenakan dasar kewangan untuk mempengaruhi bekalan wang (Ms) dan kadar bunga (r).

• Terbahagi kepada 2; (i) Dasar Kewangan Kuantitatif (pengaruhi Ms dan r) dan (ii) Dasar Kewangan Kualitatif (pengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank perdagangan).

• Semasa inflasi, kerajaan akan menjalankan dasar kewangan menguncup, manakala dasar kewangan mengembang di gunakan semasa deflasi.

Page 20: 10  wang dan dasar kewangan

Dasar Kewangan Kuantitatif:

(i) Mengubah kadar bank • Kadar bank ialah kadar faedah pinjaman yang dikenakan bank pusat terhadap bank

perdagangan.• Inflasi: kadar bank ↑– kos pinjaman ↑ - I↓ - AD↓ - P↓ • Deflasi (Pengangguran): r↓- kos pinjaman↑ - I↑ - AD↑- P↑

(ii) Operasi dalam pasaran terbuka• Inflasi: BNM jual bil perbendaharaan @ bon kerajaan kepada bank perdagangan dan orang ramai – wang

yang dipegang ↓ – perbelanjaan ↓ - P↓• Deflasi: ??

(iii) Mengubah nisbah rizab berkanun (RRR) dan nisbah harta cair• Inflasi: RRR↑ - jumlah wang untuk pinjaman ↓ – Ms↓ - AD↓ - P↓• Deflasi: ??

(iv) Funding• Inflasi: Mengurangkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka pendek dan menambahkan

pengeluaran sekuriti jangka panjang – Ms↓ - AD↓ - P↓• Funding melambatkan penjualan sekuriti oleh bank perdagangan dan orang ramai kerana

tindakan ini memanjangkan tempoh matang sekuriti kerajaan.• Deflasi: ??

Page 21: 10  wang dan dasar kewangan

Dasar Kewangan Kualitatif:

(i) Kawalan kredit terpilih– Usaha BNM menggalakkan @ menghalang orang ramai

membuat ansuran kredit, gadai janji dan keperluan margin.– Inflasi: Menghalang/mengurangkan (a)pembelian aset secara

ansuran melalui;menaikkan kadar bayaran pendahuluan, mengurangkan jumlah kredit pinjaman, memendekkan tempoh bayaran balik; (b) menyekat pembelian harta tetap secara gadai janji; (c) menghalang pembelian saham untuk tujuan spekulasi.

– Deflasi: ??

(ii) Pembujukan moral– Inflasi: Memujuk bank perdagangan untuk mengurangkan

jumlah pinjamanbagi tujuan spekulasi.– Deflasi: ??

Page 22: 10  wang dan dasar kewangan

10.3.2 LIMITASI DASAR KEWANGAN

• Terdapat beberapa mekanisma ekonomi yang dapat menerangkan kesan pelaksanaan dasar kewangan.

• Antaranya meliputi tabungan dan pelaburan, aliran tunai, wang dan kredit, harga aset dan kadar pertukaran.

Page 23: 10  wang dan dasar kewangan

(i) Tabungan dan Pelaburan:

• Kadar bunga yang terlalu tinggi akan meningkatkan kos pinjaman untuk perbelanjaan kewangan, maka individu cenderung untuk menabung atau menangguhkan perbelanjaan.

• Kenaikan kadar pinjaman gadai janji cenderung untuk memberi kesan kepada isi rumah untuk menangguhkan pembelian rumah atau mengurangkan kuantiti perbelanjaan untuk pembelian sebuah rumah.

Page 24: 10  wang dan dasar kewangan

(ii) Aliran Tunai:• Bahagian ini merujuk kepada kesan kadar bunga dalam

mempengaruhi jumlah tunai yang diperlukan untuk berbelanja.

• Kebanyakkan isi rumah pada satu masa, mengambil kelebihan dalam penyusunan kewangan yang membenarkan mereka meminjam.

• Pembayaran faedah bersih ke atas hutang menunjukkan arah aliran yang meningkat secara berkadar ke atas pendapatan boleh guna.

• Aliran kewangan ini memberi kesan kepada sektor perniagaan kerana hampir kebanyakkan perniagaan dipengaruhi oleh peminjam- peminjam ini.

• Perubahan dalam kadar bunga memberi kesan kepada aliran tunai secara keseluruhan.

Page 25: 10  wang dan dasar kewangan

(iii) Wang dan Kredit:• Jenis mekanisme polisi kewangan sangat penting dalam

operasi pasaran terbuka untuk membuat pelarasan dalam sistem kewangan.

• Kadar bunga yang dikenakan oleh bank telah diselaraskan, dan bahagian penting dalam mekanisme ini ialah polisi kewangan yang memberi kesan kepada ekonomi melalui pinjaman bernisbah.

• Polisi yang terlalu ketat akan mengurangkan penawaran dana kepada bank-bank dan ini akan memaksa mereka mengurangkan pinjaman bank masing-masing.

• Walaupun harga pinjaman tidak banyak berubah, potensi peminjam untuk mendapatkan pinjaman bank dalam situasi polisi yang ketat adalah agak kurang.

Page 26: 10  wang dan dasar kewangan

(iv) Harga Aset :

• Kadar bunga juga didapati memberi kesan kepada nilai aset, yang seterusnya mempengaruhi kekayaan dan keputusan perbelanjaan individu.

• Berdasarkan teori, kadar bunga yang terlalu tinggi dijangka akan meningkatkan kos melepas untuk memegang aset.

• Secara umumnya, kejatuhan dalam harga aset didapati mengurangkan perbelanjaan dan kapasiti meminjam individu juga berkurang.

Page 27: 10  wang dan dasar kewangan

(v) Kadar Pertukaran:• Turun naik dalam kadar pertukaran

mempengaruhi ekonomi melalui perubahan dalam harga relatif barang dan perkhidmatan tempatan dan import.

• Harga import behubung secara lansung dengan kadar pertukaran, semakin tinggi harga import, semakin tinggi kadar pertukaran.

Page 28: 10  wang dan dasar kewangan

28