vnimpsý - unimas institutional repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (sejarah seni...

24
AYSI < C C vNIMPSý I mi r sIIta si'i s. ANIMASI SUATU EKSPLORASI DALAM KONTEKS SENI HALUS DI MALAYSIA Muhammad Firdaus Bin Md Noor Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus) 2006

Upload: doannga

Post on 06-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

AYSI

< C

C

vNIMPSý

I mi r sIIta si'i s.

ANIMASI SUATU EKSPLORASI DALAM KONTEKS SENI HALUS DI MALAYSIA

Muhammad Firdaus Bin Md Noor

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus)

2006

Page 2: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Pusat Khidmat Maklumat Akademllc UNIVERSrrt MALAYSIA SARAWAK

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

UNIMAS

IIUNIIIIIIIIII 1090273427

ANIMASI SUATU EKSPLORASI DALAM KONTEKS SENI HALUS DI MALAYSIA

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MD NOOR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Seni Halus)

Fakulti seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

Page 3: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

UDUL : ANIMASI SUATU EKSPLORASI DALAM KONTEKS SENI HALUS

SESI PENGAJIAN : 2003 / 2006

Saya . MUHD FIRDAUS BIN MD NOOR

engaku membenarkan tesis / Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. * sila tandakan ®

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat Terhad yang telah

TERHAD ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh .

Alamat tetap: No. 1012 Km2, Jln Kaki Bukit 01000 Kangar, Perlis.

Tarikh .

Catatan :* Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 4: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Projek bertajuk 'Animasi Suatu Eksplorasi Dalam Konteks Seni Halus, telah disediakan oleh Muhammad Firdaus Bin Md Noor dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Seni Halus).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(En. Zulkalnain Zainal Abidin)

Tarikh:

Page 5: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Penehareaan

Syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah (S. W. T) dan setinggi-tinggi penghargaan serta

ucapan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi sokongan serta galakan,

secara langsung dan tidak langsung terutamanya En. Zulkalnain Zainal Abidin iaitu

penyelia bagi kursus GKH 3134 Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir Seni Halus serta

semua Pensyarah Program Seni Halus yang banyak membantu dalam mengkritik dan

memberi pandangan, idea, bimbingan dan galakan dalam penyelidikan ini. Setinggi-

tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa, serta rakan-

rakan Palapes Unimas, Program Seni Halus dan Sekretariat Rakan Muda yang banyak

membantu dalam menghasilkan projek ini, sekian.

Page 6: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

ISI KANDUNGAN

HALAMAN TAJUK

PENGESAHAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

ABSTRACT

PENULISAN ILMIAH

BAB 1 PENGENALAN

BAB 2 ANALISIS

BAB 3 PERBINCANGAN

BAB 4 RUMUSAN

PENYATAAN KARYA

RUJUKAN

1

15

26

37

43

LAMPIRAN

Page 7: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Abstrak

Animasi suatu eksplorasi dalam konteks seni halus merupakan satu kajian tentang

penggunaan animasi sebagai medium dalam pengucapan karya seni halus atau penyampai

idea dan konsep dalam bentuk seni video eksperimental. Kajian ini merupakan inspirasi

daripada teknologi multimedia yang sedang berkembang pesat seiring dengan

perkembangan teknologi moden terutamanya komputer secara globalisasi pada masa kini.

Penghasilan karya seni elektronik ini diharap mampu memberi perubahan dan kelainan

dalam penghasilan karya seni tampak di Malaysia.

Page 8: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Abstract

Animation an exploration in the Fine Art context is a research about the usage of

animation as a medium in presenting an idea or concept in creating an artwork in an

experimental video. This research was inspired from the multimedia technology

especially computer that was expanding rapidly together with the globalization. The

production of this electronic art work hopefully will provide changes and variety to the

work of visual arts in Malaysia.

Page 9: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

PENULISAN ILMIAH

BAB 1 PENDAHULUAN

Seni elektronik ialah satu istilah generik yang mewakili percantuman antara seni

halus, media elektronik dan teknologi komputer. Kehadirannya di ungkap dalam bentuk

seni cahaya, seni video dan yang terkini seni komputer. Seni komputer diistilahkan

sebagai penghasilan karya seni menggunakan komputer atau peralatan digital yang.

berkaitan antaranya penghasilan animasi menggunakan komputer.

Animasi suatu eksplorasi dalam konteks seni halus merupakan satu kajian tentang

penggunaan medium animasi dalam penghasilan sebuah karya seni halus berbentuk video

eksperimental sebagai salah satu cabang dalam seni elektronik Kajian ini dilakukan

kerana pada masa sekarang seni halus bukan sahaja melibatkan penggunaan catan,

lukisan, seramik, area dan sesuatu yang berbentuk estetik semata-mata.

Abad ke-20 adalah abad perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi.

Perkembangan ini juga telah banyak menyebabkan berlakunya penciptaan-penciptaan

baru. Modenisme atau Modernism, adalah sesuatu yang moden atau baru atau the

condition of modern. Ideologi ini menolak sesuatu yang sudah berlalu. Konsep moden

adalah, apa yang berlaku itu telah berlaku dan untuk hidup dengan dunia yang lalu adalah

ketinggalan, mundur, tidak matang dan tidak ada kemajuan. Sesuatu yang sudah berlalu

itu sudah tidak boleh diterima pakai atau obsolete. (Sejarah Seni Lukis, 2001)

1

Page 10: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Keadaan atau pemikiran seperti inilah yang telah banyak memberi pengaruh ke

atas perkembangan seni tampak. Ideologi atau pemikiran ini telah menolak pengkaryaan

seni berasaskan pemikiran yang lalu. Oleh itu idea seperti seni rupa tidak diterima pakai

lagi dalam keadaan dunia yang moden ini. Bagi mereka yang menghayati idea ini

berpendapat seni yang lalu harus diubah suai atau dibuang. Seni tampak yang

menggambarkan sesuatu yang rupa sebenamya adalah penipuan. Tidak ada gambaran

yang dapat menggambarkan sebenarnya sesuatu rupa itu. Realiti adalah sesuatu yang

mutlak. Perasaan adalah sesuatu yang subjektif dan hak peribadi dan ini tidak dapat.

digambarkan. (Sejarah Seni Lukis, 2001)

Sigmund Freud (1969), merupakan seorang ahli psikologi yang telah banyak

menyumbang dalam perkembangan seni lukis moden. Kepercayaan terhadap "the real

selves, the true selves dan the conscious experience", telah banyak mengubah pendirian

terhadap seni lukis tradisi. Istilah seni halus pada masa sekarang telah merangkumi

kesemua aspek dan bidang seperti seni fotografi, seni video dan penggunaan multimedia

interaktif. Mengikut aliran Konseptual isme apa-apa sahaja boleh dianggap seni jika

konsep dan idea yang ingin disampaikan dapat diterima dan boleh meyakinkan penonton.

2

Page 11: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Namun pada hari ini, terdapat sesetengah masyarakat yang masih lagi takut

menggunakan teknologi walaupun kita kini sudah mengakhiri abad 21. Ini kerana mereka

takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan golongan seperti ini boleh dikatakan sebagai

mereka yang ketinggalan zaman kerana tidak mengetahui apa-apa tentang teknologi.

Mereka ini boleh dianggap seperti katak di bawah tempurung kerana mereka tidak cuba

untuk keluar dari kotak pemikiran mereka yang sempit dan tidak berkembang dalam

mencuba sesuatu teknologi terutamanya komputer.

Ini berlainan pula bagi sesetengah masyarakat yang begitu taksub dengan

teknologi, di mana mereka ini berusaha untuk mencuba atau mereka cipta sesuatu yang

barn. Kini mereka telah mertjadi perintis, pembekal dan pemproses maklumat yang

mengenali akan potensi kognisi atau akalnya. Dengan itu, teknologi telah menjadi salah

satu faktor yang terbesar yang mendorong dalam proses pencepatan dan perubahan

struktur masyarakat. (Seni: Cabaran Alaf Baru, Shamsu Mohamed, E-Art ASEAN Online).

3

Page 12: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Kajian yang dibuat adalah berdasarkan ilham dan rujukan daripada hasil kerja

stop-motion animation. Stop-motion animation atau animasi main-henti merupakan salah

satu kaedah dalam menghasilkan animasi. Antara artis yang menjadi rujukan dalam

penghasilan karya ini adalah artis stop-motion dari Aardman Animation Studio. Antara

filem yang dihasilkan oleh Aardman Animation adalah mengisahkan tentang Wallace and

Gromit atau W&G.

Wallace&Gromit adalah hasil ilham Nick Park. Filem pendek Wallace&Gromit

yang pertama adalah bertajuk A Grand Day Out yang telah dihasilkan pada tahun 1991.

Filem ini sebenarnya adalah sebuah kerja yang telah dimulakan semasa beliau merupakan

pelajar di universiti lagi. Setelgh bekerja dengan syarikat produksi Aardman Animation,

Nick Park dan Bob Barker telah menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk The Wrong

Trouser pada tahun 1993 yang mana telah berj aya memenangi filem pendek terbaik

Oscar, filem animasi terbaik British Academy of Film & Television Art, hadiah utama

World Festivals of Animated Filems dan banyak lagi.

Dua tahun selepas itu, filem animasi W&G kembali dengan The Close Shave yang

turut memenangi Oscar & British Academy of Film Television Art. Ianya kemudian

menyusul dengan filem animasi bertajuk Cracking Contraption yang mana merupakan

himpunan sepuluh cerita mengenai basil-basil ciptaan unik Wallace pads tahun 2002.

Selain itu Aardman Animation studio juga merupakan studio produksi yang telah

menghasilkan filem Chiken Run.

4

Page 13: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Pusat Khidmat Maklumat Akademik [)NIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Antara artis lain yang menggunakan teknik stop-motion animation yang menjadi

rujukan dalam kajian ini ialah Ray Harryhausen yang merupakan salah seorang artis yang

terbaik pada abad ke 20-an dalam penggunaan teknik animasi main-henti. Ray

Harryhausen bersama dengan Willis O'Brien, Jim Danforth dan David Allen, merupakan

antara orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan filem-filem fantasi seperti

filem King Kong, Mighty Joe Young, The Golden Voyage of Sinbad, Jason serta The

Argonauts dan banyak lagi..

Antara watak cerita yang menarik dan mengagumkan yang dihasilkan merupakan

watak raksasa hinggalah kepada watak kerangka manusia berperisai dan bersenjata.

Makhluk-makhluk dalam filem ini diberi nyawa menerusi teknik animasi yang dikenali

sebagai animasi main-henti ataupun stop-motion animation. Model makhluk yang akan di

animasi biasanya dihasilkan dengan kerangka yang bersendi dan diletakan di tempat atau

set penggambaran khusus yang disediakan.

Apabila semuanya telah sedia, watak tadi akan digerakkan sedikit demi sedikit

dan setiap frame dirakam di antara setiap pergerakan dengan nYenggunakan kamera

fotografi. Apabila setiap frame tadi dimainkan mengikut masa yang ditentukan akan

menyebabkan model makhluk tadi kelihatan bergerak dan kelihatan seolah-olah hidup.

Meskipun berjaya dalam filem awal seperti King Kong, teknik yang digunakan masih

mempunyai kelemahannya. Antara kelemahannya ialah set penggambaran memakan

belanja yang besar untuk dibina dan ianya sukar untuk menggabungkan aksi sebenar

dengan aksi stop-motion dalamframe yang sama.

5

Page 14: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Dalam membuat kajian ini terdapat beberapa masalah yang perlu dihadapi. Di

antara masalah dalam membuat kajian ini ialah mengenai kajian yang dibuat terhadap

objek harian atau benda bukan seni yang berpotensi untuk dijadikan sebuah karya

seni yang menarik melalui penggunaan teknologi komputer dan teknik animasi dalam

bentuk seni video melalui pendekatan seni elektronik.

Selain itu sumber rujukan terhadap perkembangan seni elektronik di Malaysia

terutamanya seni video kurang serta terhad. Buku-buku rujukan tentang seni

kontemporari di Malaysia juga adalah terhad. Akhir sekali ialah masalah dalam

melihat pendekatan seni halus dengan penggunaan animasi dalam bentuk seni video

animasi sebagai salah satu cabang dalam konteks seni elektronik di Malaysia.

6

Page 15: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Dalam kajian ini pengkaji ingin membuat eksplorasi terhadap seni clan teknologi

serta mengetengahkan penggunaan teknologi komputer terutamanya multimedia dalam

penghasilan karya seni di mana idea dapat disampaikan bersama dengan gabungan video,

audio dan animasi. Ini kerana penggunaan multimedia pada masa kini merupakan suatu

pendekatan yang sangat berkesan dalam menyampaikan dan menyebarkan maklumat.

Penggunaan animasi dalam menyampaikan sesuatu idea dan konsep dilihat lebih

berkesan dan menarik. Kesan pemerhatian penonton terhadap gambar bergerak

mempunyai impak yang lebih besar dan menarik berbanding dengan penggunaan teks

atau gambar yang statik. Selain itu ianya juga sangat berkesan untuk menerangkan

sesuatu yang berkonsepkan abstract. Oleh itu dapat disimpulkan di sini bahawa melalui

penggunaan animasi dalam penghasilan karya seni halus, pengkarya akan dapat

menghasilkan ciptaan-ciptaan seni yang baru dan menarik dalam konteks yang lebih

besar dan luas.

Apabila kita menonton televisyen atau melayari internet, kita tidak dapat lari

daripada menemui atau melihat animasi. Sebenarnya animasi telah bertapak begitu lama

sejak beberapa abad yang lalu. Dengan kehadiran gambar animasi pengalaman penonton

akan lebih menyeronokkan jika dibandingkan dengan hanya paparan gambar statik.

7

Page 16: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Secara umum, animasi merujuk kepada proses menggerakkan sesuatu objek

supaya kelihatan seolah-olah hidup. Istilah animasi sebenamya berasal daripada

perkataan Latin yang bermaksud `dihidupkan'. Simulasi pergerakan objek terhasil

daripada gabungan gambar-gambar statik yang disusun secara berturutan dan digerakkan

dengan pantas dan lancar melalui penggunaan perisian komputer yang bersesuaian.

Sebagai contoh, penghasilan filem animasi menggabungkan turutan kesemua imej pada

bingkai frame mengikut kadar bilangan bingkai sesaat yang tertentu seperti 24 bingkai

frame sesaat.

Computer Animation Dictionary pula mendefinisikan animasi sebagai satu proses

membentuk ilusi pergerakan di dalam filem atau video menerusi gabungan gambar-

gambar atau pun gabungan pergerakan yang direkodkan daripada kerangka-kerangka

imej. Setiap bingkai atau kerangka imej tersebut pula mengandungi sedikit perbezaan di

antaranya dan apabila dipersembahkan dalam satu tempoh masa yang pantas akan

membentuk satu ilusi pergerakan. (Multimedia: Konsep dan Praktis, 2005)

Daripada definasi-definasi animasi yang dinyatakan dapatlah dikatakan bahawa

animasi secara ringkasnya merujuk kepada proses menambahkan pergerakan kepada imej

yang statik sifatnya bagi membolehkan ianya kelihatan lebih dinamik dan hidup. Proses

ini boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah, daripada yang paling asas

seperti menggunakan lukisan tangan, potongan kertas atau tanah Hat dan objek padat,

sehinggalah kepada penggunaan teknologi komputer tiga dimensi yang semakin popular

pada masa kini.

8

Page 17: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Sama ada disedari atau tidak teknologi animasi sebenarnya telah sedikit banyak

membawa perubahan dalam dunia kita hari ini. Daripada bidang hiburan, perfileman,

pengiklanan, perubatan, ketenteraan, kejuruteraan, kesenian sehinggalah kepada bidang

pendidikan dan latihan, animasi terus digunakan dan mendapat perhatian serta menjadi

salah satu media utama dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia, laman wab

dan juga persembahan elektronik yang lain. (Multimedia: konsep dan Praktis, 2005).

Animasi sebenarnya merupakan suatu seni dalam menghasilkan ilusi daripada

pergerakan set gambar-gambar yang di kumpul bersama untuk menghasilkan pergerakan

visual. Menerusi penggunaan animasi sesuatu objek yang statik sifatnya dapat dihidupkan.

Penjelasan kepada konsep yang sukar dijelaskan melalui teks juga dapat dipermudahkan

melalui penggunaan animasi selain penonton dapat menikmati suasana yang

menyeronokkan. Ini sudah tentu akan meningkatkan pemahaman penonton terhadap

sesuatu penghasilan karya seni. Selain itu sifat atau ciri animasi itu sendiri yang tidak

seperti kebanyakan media lain seperti gambar foto, lukisan yang bersifat statik atau kaku

turut menyebabkan penyampaian sesuatu konsep lebih berkesan.

9

Page 18: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Sesuatu filem atau video animasi yang dihasilkan juga boleh digabungkan dengan

penggunaan audio dan muzik supaya ianya menjadi lebih menarik. Gabungan antara

gambar bergerak dan audio dapat mempengaruhi pemikiran seseorang penonton dan

berkesan dalam menyampai sesuatu maklumat. Mengikut teori ingatan manusia, manusia

akan mengingati 20% daripada apa yang mereka lihat, 30% daripada apa yang mereka

dengar, 50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar, serta 80% daripada apa yang

mereka lihat, dengar dan buat. (Multimedia: konsep dan Praktis, 2005).

Teknologi multimedia dari perspektif pengguna bermaksud penggunaan informasi

atau aplikasi komputer yang boleh dibentangkan dalam bentuk gabungan beberapa jenis

media seperti audio, video, imej grafik , teks, gambar dan animasi. la juga bermaksud

mana-mana kombinasi teks, graft, audio, animasi dan video menggunakan komputer

atau peralatan elektronik. Multimedia merupakan bidang yang berkaitan dengan

penggunaan komputer di mana teks, graft, lukisan, gambar, video, animasi dan audio

serta media lain berintegrasi di mana setiap jenis informasi dapat dibentangkan, disimpan

dan dihantar serta diproses secara digital.

10

Page 19: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Penggunaan teknologi dalam pembikinan seni telah mengubah masyarakat dalam

mempengaruhi dan memperluaskan keperluan untuk seni dan mengubah bentuk seni.

Dalam penghasilan karya dengan menggunakan media elektronik telah terhasilnya

konteks baru yang dipanggil sebagai catan elektronik. Ini dapat dilihat dari imej yang

dihasilkan dari pancaran projektor dan pelbagai sumber cahaya yang dapat dibiaskan atau

dipancarkan terus ke dinding. Penghasilan karya seni elektronik dapat dikategorikan

kepada beberapa aspek, iaitu seni cahaya, seni video, seni video instalasi, seni video

dengan persembahan teater dan seni komputer.

Dahulunya, seseorang pelukis atau artis memerlukan berus dan juga kanvas bagi

mencurahkan idea dan kreativiti masing-masing. Dengan adanya perkembangan

teknologi moden, menerusi penggunaan komputer dan teknologi multimedia, seseorang

pelukis atau artis mampu melahirkan idea mereka dengan lebih bebas dan juga kreatif.

Menerusi teknologi elektronik juga fotografi jenis digital telah dapat menggantikan

fotografi jenis analog atau filem. Ini dapat dilihat di mana para artis pada masa dahulu

terpaksa mengambil gambar dengan menggunakan filem untuk merakam sesuatu tetapi

kini gambar-gambar boleh diambil secara digital dan dapat dimanipulasikan terus dengan

perisian komputer.

11

Page 20: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Dengan adanya percantuman antara teknologi dan seni, jelas menunjukkan

bahawa teknologi kini berpotensi untuk menghasilkan pelbagai jenis bentuk kesenian

dalam konteks baru. Ini dapat dilihat dengan penggunaan teknologi elektronik dalam

setiap penghasilan karya seni elektronik iaitu cantuman antara seni halus seperti catan

dan fotografi, dengan penggunaan teknologi seperti video yang dipersembahkan

menggunakan laser, projektor, komputer dan internet.

Namun begitu, penghasilan karya seni elektronik saling berkait di antara satu

sama lain kerana apa yang digunakan adalah penggunaan teknologi. Ini dapat merujuk

kepada `Bapa hiperteks (hypertext) `Ted Nelson', dalam menghuraikan pertautan yang 4

wujud dalam sistem interaktif multimedia, yang merujuk kepada ungkapan Leonardo da

Vinci iaitu `segalanya berkait'. (Cotton: 1993). Ianya telah dapat memberikan justifikasi

terhadap peranan pembangunan seni elektronik dalam konteks cabaran era maklumat.

Kesimpulannya, apa yang dapat dilihat di sini ialah teknologi elektronik yang

diguna pakai hari ini dapat menambahkan kecenderungan kepada penemuan-penemuan

baru oleh para artis, mempelbagaikan media dan proses seni, dan melihat kesan yang

boleh diperoleh daripada gabungan kedua-dua unsur tersebut iaitu seni dan teknologi. Ini

kerana seni itu sendiri merupakan ekspresi atau luahan perasaan, imaginasi, kreativiti dan

idea seseorang pengkarya terhadap persekitaran dan pengalaman hidupnya.

12

Page 21: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Di Malaysia penggunaan animasi dalam pengucapan berkarya masih belum

meluas penggunaannya. Jika adapun hanya segelintir sahaja artis yang menggunakan

medium ini untuk berkarya, malah kebanyakan animasi yang dihasilkan adalah dalam

bentuk animasi berkomputer dua dimensi dan tiga dimensi. Penggunaan kaedah animasi

main-henti dalam penghasilan video eksperimental merupakan satu pendekatan baru

dalam pengucapan berkarya melalui pendekatan seni video dalam konteks seni halus di

Malaysia. Selain itu kebanyakan karya seni elektronik yang menggunakan pengucapan

video dalam berkarya hanya menggabungkan rakaman video yang berbentuk

dokumentasi dan persembahan langsung dalam berkarya.

Objektif kajian adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mengembangkan

penggunaan animasi dalam bentuk seni video sebagai salah satu daripada cabang seni

elektronik di Malaysia. Penggunaan animasi main-henti dalam penghasilan video animasi

merupakan satu perkara yang baru di Malaysia. Justeru itu, tujuan utama kajian dibuat

adalah untuk menunjukkan ianya mampu diolah serta digubah menjadi sebuah karya seni

yang dapat digunakan sebagai medium baru dalam penghasilan karya seni selain daripada

penggunaan medium seni halus yang biasa digunakan seperti catan, gambar fotografi,

lukisan dan seramik.

13

Page 22: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Dalam kajian ini, video animasi yang dihasilkan adalah berbentuk eksperimental

di mana pengkaji ingin menghasilkan sesuatu yang berkonsepkan fantasi atau alam

mimpi mengikut aliran surealisme dalam menghasilkan sesuatu yang lain dari kebiasaan.

Ini kerana tujuan asal seni adalah keupayaan manusia untuk menghasilkan konsep dan

idea. Penggunaan animasi sebagai medium luahan imaginasi, kreativiti dan konsep atau

idea pastinya akan lebih menyeronokkan dan tidak membosankan.

Dalam kajian ini pengkaji berharap dapat mengetengahkan kepada umum

mengenai nilai-nilai estetika yang terdapat pada karya video animasi serta keupayaannya

dalam penghasilan sesebuah karya seni sebagai salah satu cabang dalam seni elektronik.

Selain itu juga pengkaji juga ingin memperkenalkan dan mengembangkan penggunaan

medium atau teknik animasi main-henti sebagai satu kaedah dalam penghasilan kesan

khas di dalam filem atau video di Malaysia. Menurut En. Sharul Nizam (Fakulti

Teknologi Maklumat, UNIMAS), penggunaan animasi dalam bidang perfileman dan

pengiklanan mampu memberi kelainan dan kelebihan dalam penghasilan filem atau iklan.

Di mana penghasilan kesan khas atau aksi yang sukar dilakonkan boleh dijana melalui

penggunaan animasi. (Dewan Kosmik, Julai 2005).

14

Page 23: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

BAB 2 ANALISIS

Dalam membuat kajian ini beberapa kaedah atau pendekatan telah digunakan

dalam menganalisis dan mengetengahkan bukti untuk menyokong setiap hipotesis yang

dibuat. Terdapat tiga pendekatan yang telah digunakan. Pendekatan yang pertama adalah

secara historical atau sejarah. Manakala pendekatan kedua yang digunakan adalah secara

praktikal dan Kaedah ketiga yang digunakan adalah melalui teori dan perbandingan.

Pendekatan secara historical yang digunakan dalam kajian ini dibuat melalui

rujukan ilmiah buku-buku yang berkaitan dengan kajian serta mendapatkan maklumat

melalui internet dalam melihat perkembangan seni elektronik di Malaysia. Berikut

merupakan sejarah awal dan pengenalan ringkas beberapa contoh praktis seni elektronik

di Malaysia dari tahun 1988 yang diperoleh dari sumber primer dan sekunder sebagai

rujukan kajian seni elektronik di Malaysia.

Penerokaan awal penggunaan medium elektronik dalam pengucapan karya seni

rupa telah berlaku di Universiti Sains Malaysia (USM). USM dikenali sebagai antara

pusat katalis awal karya-karya seni elektronik sekitar lewat 80an dan awal 90an. Di

bawah penyeliaan pensyarah jemputan dari Amerika Syarikat iaitu Ray Langenbach,

USM telah merintis pengucapan seni rupa dalam bentuk area robotik elektronik dan

pemasangan seni video melalui hasil kerja beberapa orang pelajar tahun akhimya.

15

Page 24: vNIMPSý - UNIMAS Institutional Repository suatu eksplorasi dalam konteks... · (Sejarah Seni Lukis, ... Kini mereka telah mertjadi perintis, ... serta mengetengahkan penggunaan teknologi

Ray Langenbach juga telah mengusahakan beberapa inisiatif penggunaan media

elektronik termasuk sebuah projek bersama dengan Latif Kamaluddin. Dengan

menggunakan sistem litar televisyen dalaman, mereka menyuarakan kritikan dan

komentar terhadap hubungan antara media massa elektronik dengan pemantauan politik

dan propaganda peperangan.

Selain itu Ray Langenbach juga telah menghasilkan karya seni video yang

berjudul Talking Heads. Karya ini dipersembahkan dengan pemasangan video yang

melibatkan tayangan dua sumber video (setiap satu menayangkan kepala manusia sedang

berbual) dalam dua buah monitor televisyen yang diletakkan di atas dua area model tubuh

manusia. Kedua-dua area ini dibuat dari rotan dan diletakkan berhadapan antara satu

sama lain, serta dipisahkan oleh ruang yang diisi oleh kitaran pancaran lampu neon.

Perbualan antara dua area ini umpama seorang lelaki dan seorang perempuan yang

ditayangkan dengan sesi pembelajaran dan berlanjutan kepada isu-isu budaya,

eksploitasi politik, seksual, konflik agama dan perkauman. (Saidon & Rajah: 1997).

Selain dari USM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) jugs merintis pengucapan

seni elektronik menerusi karya pensyarahnya, Kamarudzaman Mad Isa. Kamarudzaman

menggunakan komputer Amiga untuk menjana imejan-imejan elektronik pada era di

mana penyuntingan secara digital masih lagi di tahap primitif. Penerokaan

Kamarudzaman dilengkapkan secara teoretikal dan teknikal oleh Ismail Zain menerusi

sin kolaj digital beliau yang dipamerkan secara solo berjudul Digital Collage (1988).

16