visi, misi uni & iklan pekerjaan

5
A. VISI DAN MISI UNIVERSITI 1. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MOTO Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa FALSAFAH Paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu. VISI Mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli untuk mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat. MISI Bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat. TEMA Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan OBJEKTIF a. Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara. b. Membina kesepaduan antara teori dan amali dalam diri setiap siswazah yang dikeluarkan.

Upload: fraadawiyah

Post on 11-Feb-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hrm

TRANSCRIPT

Page 1: Visi, Misi Uni & Iklan Pekerjaan

A. VISI DAN MISI UNIVERSITI

1. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

MOTO

Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa

FALSAFAH

Paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama

membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu.

VISI

Mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli untuk mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada

negara, ummah dan manusia sejagat.

MISI

Bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan

menjadi peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi

yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat.

TEMA

Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan

OBJEKTIF

a. Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan

negara.

b. Membina kesepaduan antara teori dan amali dalam diri setiap siswazah yang dikeluarkan.

c. Melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan sepadu, mampu memimpin masyarakat

majmuk serta mempunyai potensi yang tinggi menerajui pembangunan negara.

d. Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul bersesuaian dengan

persekitaran dan teknologi terkini.

e. Membekalkan modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu

berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat.

Page 2: Visi, Misi Uni & Iklan Pekerjaan

2. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

VISI

"Mentransformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok"

MISI

USM ialah universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan

bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi

kesejahteraan sosioekonomi mereka.

NILAI

Kualiti, kesetaraan, ketersediaan, ketercapaian, ketersanggupan dan kesesuaian   

WAWASAN

Masa hadapan, Keunikan (kelainan), Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan,

Pengorbanan

B. IKLAN PEKERJAAN

1. Dari Pelita Brunei

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAMNEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(A) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN

(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT) AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM

PERKHIDMATAN AWAMTARIKH IKLAN: 12 NOVEMBER 2014. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 26

NOVEMBER 2014 BILANGAN IKLAN:46/11/14 (SPA/BIKL)PERATURAN 7 (a)Syarat-Syarat Am :PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian Ugama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.

Page 3: Visi, Misi Uni & Iklan Pekerjaan

Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di negara ini.

Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

4. GURU (BAHASA ARAB)INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAHKEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMAG.8 ($1,600 - $3,260 SEBULAN)KEKOSONGAN = 1KELAYAKAN MINIMUM: 1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Bahasa Arab / Usuluddin / Syariah atau bidang bersesuaian.ATAU

2. Mempunyai kelulusan Diploma Tertinggi Perguruan Ugama / Pendidikan Ugama dari mana-mana Universiti atau Institut Pengajian Tinggi yang diakui dan diiktiraf.

Calon-calon yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang Bahasa Arab / Usuluddin / Syariah adalah kelebihan.

3. Pegawai yang belum mempunyai Sijil Latihan Perguruan atau Diploma Pendidikan dikehendaki lulus Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (PGCE) / Diploma Pendidikan / Sijil Latihan Perguruan dari Institusi yang diiktiraf sebelum ditetapkan dalam jawatan.

4. Boleh mengajar mata pelajaran lain dan bertutur dalam Bahasa Arab dengan baik adalah kelebihan.

5. Berumur di antara 23 hingga 50 tahun.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU (BAHASA ARAB):

1. Mengajar mata pelajaran Bahasa Arab termasuk cabang-cabang Bahasa Arab yang lain bagi peringkat menengah.

2. Boleh mempraktikkan Bahasa Arab tersebut di dalam dan luar kelas pengajian bersama pelajar.

3. Mempunyai kewibawaan sebagai seorang guru dan memahami suasana pengajaran dan pembelajaran di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

4. Mendidik kerohanian dan memotivasikan pelajar.

Page 4: Visi, Misi Uni & Iklan Pekerjaan

5. Aktif dalam kegiatan-kegiatan sekolah.

6. Memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada pihak-pihak yang memerlukan jika diarahkan oleh pengetua.

7. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Ketua dari semasa ke semasa.

8. Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa diperlukan terutama dalam memberikan kelas-kelas tambahan pada luar waktu mengajar bagi meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan pelajar-pelajar.

2. Dari Website Sekolah Yayasan

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan di SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH (YSHHB): 

GURU 

Kelayakan:1. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan dalam mata pelajaran yang berkenaan.

ATAUMempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam mata pelajaran yang berkenaan dan mempunyai Sijil Diploma Lepas Ijazah dalam pendidikan (PGCE).

2. Calon yang mempunyai kelulusan Sijil atau Diploma dalam Pendidikan boleh dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman mengajar di peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya 3 tahun.

3. Calon yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 5 tahun akan diberi keutamaan.