visi dan misi

16
VISI DAN MISI KWSP Visi Kami Menjadi organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik bagi rakyat Malaysia. Misi Kami Menyediakan Skim Simpanan Persaraan yang terbaik. Tarikh Kemaskini: 17 Mei 2010

Upload: misz10scorpio

Post on 18-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Kwsp

TRANSCRIPT

VISI DAN MISI KWSP

Visi KamiMenjadi organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yangterbaikbagi rakyatMalaysia.

Misi KamiMenyediakan Skim Simpanan Persaraan yang terbaik.

Tarikh Kemaskini:17Mei 2010

CONTOH LAPORAN DENDA BAWAH AKTA KWSP 199170 Majikan Didakwa Di Bawah Akta KWSP 1991

Tujuh puluh majikan telah didenda oleh mahkamah sebanyak RM157,100 dari bulan Oktober hingga Disember 2002 kerana tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Denda tersebut berjumlah di antara RM1,000 hingga RM9,000 adalah atas kesalahan di bawah Seksyen 43(2), Akta KWSP 1991.Denda paling tinggi sebanyak RM9,000 dikenakan ke atas majikan Savana Industries Sdn Bhd, Johor Bahru dan diikuti denda sebanyak RM8,400 ke atas Spheretech Engineering Sdn Bhd juga dari Johor Bahru. Beetronics (M) Sdn Bhd dan Waler Precision Mfg. Sdn Bhd, kedua-dua dari Johor Bahru dan Petara Sdn Bhd, Kuantan, Pahang, masing-masing dikenakan denda sebanyak RM6,000. Sementara itu, tiga majikan didenda sebanyak RM4,500 iaitu PFT Industries (M) Sdn Bhd, Johor Bahru; Watabina Sdn Bhd dan MRK Resources Sdn Bhd, kedua-duanya dari Kuala Terengganu. Dua majikan di Johor Bahru iaitu Keppel Motor dan Sri Maju Food Supplies Sdn Bhd, masing-masing didenda sebanyak RM3,800. NDT Hi-Tech Inspection Services (M) Sdn. Bhd., Johor Bahru telah dikenakan denda sebanyak RM3,600; Kin Soon Wood Industry Sdn Bhd, Kulai, Johor didenda RM3,400; CK Electronics Sdn Bhd, Kuantan, Pahang didenda RM3,000; Geotechnique (EM) Sdn Bhd, Kuching, Sarawak didenda RM2,500 dan Aim Acoustics (M) Sdn Bhd, Melaka didenda RM2,400. Summerset Resort Sdn Bhd, Rompin, Pahang dan Sedap Food Industries Sdn Bhd, Melaka masing-masing didenda RM2,100.Sebelas majikan telah dikenakan denda sebanyak RM2,000 ialah Kamaja Sdn Bhd, Johor Bahru; The Reliance Omnibus Co Ltd, Ipoh, Perak; Sykt Pro-Utama Sdn Bhd, Sri Manjung, Perak; Astana Golf Resort Bhd, Kuantan; A T Bulk Trading Sdn Bhd, Klang, Selangor; Aboorvas (M) Sdn Bhd, Klang; Inson Air-con Engineering, Jitra, Kedah; Powertronic Sdn Bhd, Ipoh; Kolej Premier Yayasan Perak 2, Ipoh; Synergy Design & Engineering Sdn Bhd, Ipoh dan Golden Technology Sdn Bhd, Kuching. Seramai lima majikan dikenakan denda sebanyak RM1,800 ialah ACS Sales & Services Sdn Bhd, Alor Setar; Batang Bus Co. Ltd, Melaka; Golden Drinks Industries (M) Sdn Bhd, Melaka; Pelorus Services (M) Sdn Bhd, Melaka dan Tropikcal Foods & Beverages (KL) Sdn Bhd, Melaka. Hong Lin Construction & Development Sdn Bhd, Kuching pula didenda sebanyak RM1,700.Tujuh majikan dikenakan denda sebanyak RM1,600 iaitu Mahmood Security Sdn Bhd; Immediate Marvel Sdn Bhd; Azni Musa Construction Sdn Bhd; Golden Province Sdn Bhd dan Restu Motor Sdn Bhd, kesemuanya dari Seremban, Negeri Sembilan; Budaya Unggul Sdn Bhd, Johor Bahru dan Teras Plastic Precision Sdn Bhd, Alor Setar. Dua puluh lapan majikan lain yang didenda di antara RM1,000 hingga RM1,500 ialah Harta Usahawan Sdn Bhd, Alor Setar (RM1,500); Seal Services, Kuching (RM1,500); Metro Mercu Sdn Bhd, Kuching (RM1,500); BYM Maintenance Sdn Bhd, Melaka (RM1,500); Aktimas Sdn Bhd, Kuching (RM1,500); Teleshah Enterprise, Melaka (RM1,500); Soyatech (M) Sdn Bhd, Melaka (RM1,500); Roda Juara Sdn Bhd, Melaka (RM1,500); PITC Sdn Bhd, Ipoh (RM1,500); Md Zafir bin Md Ban, Ipoh (RM1,500); Norsham Industries Sdn Bhd, Kuala Terengganu (RM1,500); Keng Eng Manufacture Sdn Bhd, Johor Bahru (RM1,500); Recopile Sdn Bhd, Melaka (RM1,500); Kejuruteraan Teras Kencara Sdn Bhd, Jitra (RM1,400); Metro Arif Sdn Bhd, Alor Setar (RM1,400); Hiap Aik Construction Berhad, Melaka (RM1,400); Mahmood Security (M) Sdn Bhd, Kuala Terengganu (RM1,300); Murni Maintenance Sdn Bhd, Melaka (RM1,200); Henbal Sdn Bhd, Melaka (RM1,200); Pembinaan Damai Maju (Pantai Timur) Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan (RM1,200); Mahmood Security Sdn Bhd, Kuantan (RM1,000); Hong Kong Cake House, Kuching (RM1,000); Propacific Sdn Bhd, Kota Bharu (RM1,000); Ace Deco Sdn Bhd, Kuching (RM1,000); Mohd Ridza & Co, Johor Bahru (RM1,000); Syarikat Letrik Aziman, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (RM1,000); Hiap Chin Iron Works, Serian, Sarawak (RM1,000); Prototech Sdn Bhd, Kota Bharu (RM1,000) dan Abid Samudra Sdn Bhd, Pulau Pangkor, Perak (RM1,000).KWSP sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang tidak mencarum bagi pihak pekerja mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Akta KWSP 1991 telah menetapkan semua majikan membayar caruman bulanan KWSP sebelum atau pada 15hb setiap bulan. Majikan yang telah diberikan peringatan tetapi masih tidak membayar caruman bagi pihak pekerjanya akan dikenakan tindakan undang-undang. Ini adalah untuk menentukan majikan melaksanakan tanggungjawab membayar caruman pekerja mereka dengan teratur sebagai jaminan kewangan dan keselesaan hidup semasa bersara pekerja berkenaan.(NIK AFFENDI JAAFAR)Pengurus KananPerhubungan AwamKumpulan Wang Simpanan PekerjaTarikh: 3 Februari 2003

Latar Belakang KWSP KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991(Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Siapakah Ahli Kami?Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga 31 Disember 2009, KWSP mempunyai seramai12.35 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 5.79 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 453,716.

Caruman WajibCaruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 20% daripada gaji pekerja dimana 8% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Alokasi PelaburanCaruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

DividenKWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.

Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan. Dividen Tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Senarai Pindaan Akta 452AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991SENARAI PINDAANUndang-undangyang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 551/92-Perintah Kumpulan WangSimpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 19921-1-1993

Akta A914-Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 1995ss. 26(a)(1)(a)-(c), (2), (3) & (4), 26(b) & 27-1-11-1994P.U. (B) 478/95seksyen lainkecuali s. 24-1-8-1995, P.U. (B) 356/95

P.U. (A) 30/96-Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 19961-1-1996

Akta A958-Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 199631-10-1996P.U. (B) 447/96

P.U. (A) 290/98-Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Pertama dan Ketiga) 19981-8-1998

P.U. (A) 414/98-Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Pertama dan Ketiga) (No. 2) 19981-8-1998

Akta A1080-Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 20001-7-2000;kecuali Per 54(6)(g):1-4-2000

P.U. (A) 135/2001 -Perintah Kumpulan Wang Simpanan 1-4-2001 hingga Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 200131-3-2002

Akta A1123-Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2001Per 5(b) & ss. 8 dan 9-1-7-2000; Per 5(a) dan (e) & ss. 6 dan 7-1-1-2001

Akta 1190-Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 20031-8-2001 kecuali s. 2- 19-8-2002

P.U. (A) 171/2003-Perintah Kumpulan Wang Simpanan hingga Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 20031-6-2003 hingga 31-5-2004

P.U. (A) 227/2003-Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Kelima dan Keenam) 200326-11-2002

DEFINISI

AKTA 452AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991Suatu Akta untuk mengadakan peruntukanundang-undang yangberhubungan dengan suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan simpanan itu bagi maksud persaraan dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya. [1 Jun 1991; P.U. (B) 264/91, Pin. Akta A1300.]MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen,dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

SEKSYEN SEKSYEN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Seksyen 3. Penubuhan Lembaga BAHAGIAN II

LEMBAGA DAN PANEL PELABURAN3. Bagi maksud-maksud menguruskanKumpulan Wang dan bagi melaksanakan maksud-maksudAkta ini,suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Lembaga Wang Simpanan Pekerja" ditubuhkanyang kekal turun-temurun dan mempunyaisuatumeterai biasa, dan yang bolehmendakwa dan didakwaatas namaperbadanannyadan,tertakluk kepada danbagimaksud-maksud Aktaini, boleh membuat kontrakdanboleh memperolehi,membeli, mengambil,memegang danmenikmatiharta alih dan tak alih daripada tiap-tiap perihalandan boleh memindahhak,menyerahhak, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai-janji, mendemis, menyerahhak semula, memindahmilik atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Lembaga atas apa-apaterma sebagaimana yang difikirkannya patut.[Pin. Akta A1300.]

Seksyen 4. Keahlian Lembaga 4. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada (a) Pengerusi;

(b) Timbalan Pengerusi yang hendaklah dilantik dari kalangan orang-orang yang disebut dalam perenggan (d)(i);

(c) Ketua Pegawai Eksekutif yang hendaklah menjadi seorang ahli ex-officio; dan

(d) tidak lebih daripada lapan belas orang ahli lain yang mana-(i) Lima orang hendaklah merupakan orang-orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri;

(ii) Lima orang hendaklah merupakan majikan-majikan yang mencarum kepada Kumpulan Wang dan yang bukannya orang-orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri atau diambil bekerja oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

(iii) Lima orang hendaklah merupakan pekerja-pekerja yang mencarum kepada Kumpulan Wang; dan

(iv) Tiga orang hendaklah merupakan orang-orang yang mempunyai pengalaman dalam kewangan, perniagaan atau pengalaman lain yang relevan.(2) Jika Pengerusi itu bukanlah seorang wakil dari kementerian Kewangan,Menteri hendaklah melantik seorang wakil dari Kementerian Kewangan untuk menjadi seorang ahli Lembaga di bawah subseksyen 1(d)(i) yang hendaklah juga dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.(3) Ahli-ahli Lembaga, selain daripada Ketua Pegawai Eksekutif, hendaklah dilantik oleh Menteri dan, tertakluk kepada seksyen 6 dan 7 hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan bagi sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri.(4) Ahli-ahli Lembaga tidaklah berhak kepada apa-apa saraan tetapi bolehlah dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. [Pin. Akta A914, A958.]

Seksyen 6. Tempoh jawatan

6. Tertakluk kepada seksyen 7(2), 8 dan 22, seseorang ahli Lembaga selain daripada ketua pegawai eksekutif, hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.[Pin. Akta A958.]

Seksyen 9. Pengerusi dan enam orang ahli lain membentuk kuorum Lembaga 9. (1) Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan enam orang ahli lain adalah membentuk kuorum pada semua mesyuarat Lembaga. (2) Dalam masa ketakhadiran Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga dan bolehlah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.

(3) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.