· web viewsyarat kelayakan semua artis yang giat berkarya dan terdiri daripada warganegara...

5
FERGANA Fergana Art Sdn. Bhd. (Co. No. 1071598-X), Unit E-09-08, Plaza Mont Kiara, Jalan Kiara, Kuala Lumpur 50480. PROGRAM GERAN FERGANA ART Geran Fergana Art (Seni Visual) merupakan geran tahunan yang diberikan kepada artis seni visual kontemporari Malaysia atau artist seni visual yang memegang taraf penduduk tetap Malaysia. Geran ini ditawarkan kepada artis- artis yang ingin meninggalkan buat sementara waktu atau mengubah amalan keseniannya agar dia dapat merenung, mengkaji dan meneroka idea-idea, media-media dan halatuju-halatuju baharu. Geran ini akan berjalan selama enam bulan, di mana akhirnya artis yang terpilih dikehendaki mengadakan sebuah pameran atau studio terbuka yang menampilkan karya-karya yang masih dalam proses penyiapan, dan beliau juga dikehendaki terlibat di dalam satu acara yang terbuka untuk masyarakat umum. Matlamat Mendokong dan mengangkat artis-artis visual yang berjaya dan terkedepan dalam bidang masing-masing, yang mana karya-karya mereka bakal memberi impak besar kepada landskap kebudayaan. Memberi sokongan dan peluang kepada artis-artis ini bagi membolehkan mereka membawa karya dan praktis seni mereka ke tahap lebih tinggi. Menghubungkan artis-artis ini dengan lain-lain tokoh profesional dan pemikir yang penting untuk tujuan berdialog dan bertukar-tukar fikiran. Tempoh Program Program ini mengambil masa selama enam bulan, dari 1 November hingga 30 April pada tahun berikutnya. Butiran Program: Artis yang terpilih akan menerima elaun bulanan sebanyak RM3,000.00 untuk selama enam bulan. Artis yang terpilih boleh mencadangkan satu atau lebih tempat untuk menjalankan program selama enam bulan ini di mana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Artis yang terpilih dikehendaki mengemukakan satu tema atau projek, dan meneroka dan merealisasikannya sepanjang tempoh program ini. Artis yang terpilih akan bekerjasama dengan seorang artis/kurator senior dan berpengalaman yang dilantik sebagai penasihat program ini. Artis yang terpilih boleh menamakan seramai dua orang tokoh profesional (artis, kurator, penulis, ahli akademik, dll.) dalam apa jua bidang untuk mengadakan perbincangan dan dialog yang boleh membantu melancarkan projek cadangannya serta menyumbang kepada perkembangan kreativiti dan intelektualnya. Sebarang perbelanjaan tambahan untuk menjayakan projek sepanjang tempoh program ini berjalan (selain daripada yang telah disebutkan di atas) boleh dibincangkan dengan panel penasihat program dan Fergana Art bergantung kepada kewajaran alasan yang dikemukakan.

Upload: trinhkhue

Post on 12-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewSyarat Kelayakan Semua artis yang giat berkarya dan terdiri daripada warganegara Malaysia atau artist yang memegang taraf penduduk tetap Malaysia. Para pemohon mestilah

FERGANAFergana Art Sdn. Bhd. (Co. No. 1071598-X),

Unit E-09-08, Plaza Mont Kiara,Jalan Kiara, Kuala Lumpur 50480.

PROGRAM GERAN FERGANA ART

Geran Fergana Art (Seni Visual) merupakan geran tahunan yang diberikan kepada artis seni visual kontemporari Malaysia atau artist seni visual yang memegang taraf penduduk tetap Malaysia. Geran ini ditawarkan kepada artis-artis yang ingin meninggalkan buat sementara waktu atau mengubah amalan keseniannya agar dia dapat merenung, mengkaji dan meneroka idea-idea, media-media dan halatuju-halatuju baharu. Geran ini akan berjalan selama enam bulan, di mana akhirnya artis yang terpilih dikehendaki mengadakan sebuah pameran atau studio terbuka yang menampilkan karya-karya yang masih dalam proses penyiapan, dan beliau juga dikehendaki terlibat di dalam satu acara yang terbuka untuk masyarakat umum.

Matlamat Mendokong dan mengangkat artis-artis visual yang berjaya dan terkedepan dalam bidang

masing-masing, yang mana karya-karya mereka bakal memberi impak besar kepada landskap kebudayaan.

Memberi sokongan dan peluang kepada artis-artis ini bagi membolehkan mereka membawa karya dan praktis seni mereka ke tahap lebih tinggi.

Menghubungkan artis-artis ini dengan lain-lain tokoh profesional dan pemikir yang penting untuk tujuan berdialog dan bertukar-tukar fikiran.

Tempoh Program Program ini mengambil masa selama enam bulan, dari 1 November hingga 30 April pada

tahun berikutnya.

Butiran Program: Artis yang terpilih akan menerima elaun bulanan sebanyak RM3,000.00 untuk selama enam

bulan. Artis yang terpilih boleh mencadangkan satu atau lebih tempat untuk menjalankan program

selama enam bulan ini di mana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

Artis yang terpilih dikehendaki mengemukakan satu tema atau projek, dan meneroka dan merealisasikannya sepanjang tempoh program ini.

Artis yang terpilih akan bekerjasama dengan seorang artis/kurator senior dan berpengalaman yang dilantik sebagai penasihat program ini.

Artis yang terpilih boleh menamakan seramai dua orang tokoh profesional (artis, kurator, penulis, ahli akademik, dll.) dalam apa jua bidang untuk mengadakan perbincangan dan dialog yang boleh membantu melancarkan projek cadangannya serta menyumbang kepada perkembangan kreativiti dan intelektualnya.

Sebarang perbelanjaan tambahan untuk menjayakan projek sepanjang tempoh program ini berjalan (selain daripada yang telah disebutkan di atas) boleh dibincangkan dengan panel penasihat program dan Fergana Art bergantung kepada kewajaran alasan yang dikemukakan.

Studio Terbuka / Pameran Karya dalam Proses Penyiapan Artis yang terpilih dikehendaki mengadakan satu acara studio terbuka atau pameran karya-

karya yang masih dalam proses penyiapan setelah menamatkan program ini, bertempat di Fergana Art Space, The Whiteaways Arcade, Georgetown, Pulau Pinang pada bulan Julai-Ogos.

Artis yang terpilih dikehendaki menjalankan sekurang-kurangnya satu acara untuk publik ketika pameran/studio terbuka itu berlangsung. Acara ini boleh berbentuk bicara seni, diskusi, atau bengkel.

Fergana Art akan menanggung segala kos perbelanjaan untuk penerbitan buku/katalog yang sederhana dan juga penganjuran pameran.

Syarat Kelayakan Semua artis yang giat berkarya dan terdiri daripada warganegara Malaysia atau artist yang

memegang taraf penduduk tetap Malaysia.

Page 2: · Web viewSyarat Kelayakan Semua artis yang giat berkarya dan terdiri daripada warganegara Malaysia atau artist yang memegang taraf penduduk tetap Malaysia. Para pemohon mestilah

FERGANA

Para pemohon mestilah lulusan dari mana-mana institusi seni dan/atau telah berkecimpung dalam seni visual untuk sekurang-kurangnya lima tahun.

Bentuk-bentuk seni visual yang dimaksudkan termasuklah catan, lukisan, arca, seni cetak, instalasi, fotografi, video, media baru, performans & genre-genre rentas bidang.

Permohonan Permohonan dibuka setiap tahun pada 1 Mei dan ditutup pada 31 Julai. Pemohon yang telah disenarai pendek mungkin akan dijemput untuk menghadiri sesi

perbincangan dan pembentangan pada bulan Ogos/September. Penganugerahan geran akan diumumkan pada bulan September/Oktober.

Hubungi Kami: Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat tambahan, sila e-mel ke:

[email protected].

Latar Belakang Fergana Art

Fergana Art menumpukan khusus pada seni visual Malaysia dengan fokus terhadap artis-artis kontemporari dan tema-tema yang memiliki kekuatan konteks sosiopolitik. Kami sebuah syarikat urusniaga seni serta pengurus artis yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha penjanaan nilai jangka panjang menerusi program-program pemupukan bakat serta projek-projek pengarkiban & pengurusan aset. Ibu pejabat Fergana Art terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

Untuk sebarang maklumat mengenai aktiviti-aktiviti terkini kami, sila lawati laman Facebook kami di:Facebook.com/fergana.art atau ikuti kami di Twitter @FerganaArt.

Anda boleh menghubungi kami di [email protected]

Page 2 of 4

Page 3: · Web viewSyarat Kelayakan Semua artis yang giat berkarya dan terdiri daripada warganegara Malaysia atau artist yang memegang taraf penduduk tetap Malaysia. Para pemohon mestilah

FERGANA

PROGRAM GERAN FERGANA ART– SENI VISUALBORANG PERMOHONAN(Permohonan boleh dibuat di dalam Bahasa Ingeris, Bahasa Malaysia atau Bahasa Cina.)

Butiran-butiran berikut perlu diisi oleh pemohon:

NamaTarikh lahirAlamat rumah terkini

Alamat Studio terkini

TelefonTelefon Mudah AlihAlamat E-melBidang yang diceburi

Jumlah tahun bergiat dalam bidang (selepas tamat pengajian di sekolah/kolej/universiti)

A. Cadangan Projek (Tidak melebihi 2 mukasurat A4)I. Sebab-sebab Permohonan ini Dibuat

II. Penerangan mengenai Projek ProgramIII. ObjektifIV. Cadangan Tempat untuk Pelaksanaan ProgramV. Cadangan Tokoh Professional sebagai Penasihat Pelawat dan Alasan Pemilihannya

(maksimum empat name).

B. Maklumat Diri (CV)

C. PortfolioI. 25 buah imej karya dalam bentuk ‘ jpeg’, dengan resolusi minima 150 dpi dan/atau

II. 3-5 buah video (sila berikan alamat URL untuk video-video tersebut).

D. Bahan-bahan Sokongan Yang Berkaitan (Penyelidikan/Penulisan oleh Pemohon, Ulasan, Rujukan, dsb.nya)

*********

Jadual Permohonan & Program untuk setiap tahun:

Proses Permohonan: 1Mei – 31 JulaiPemilihan Permohonan: Ogos / SeptemberPengumuman Penerima Geran: September / OktoberTempoh Program: 1 November – 30 JunPersiapan Pameran dan Katalog: Mei & JunStudio Terbuka / Pameran Karya dalam Proses Penyiapan di George Town: Julai - Ogos

Page 3 of 4

Page 4: · Web viewSyarat Kelayakan Semua artis yang giat berkarya dan terdiri daripada warganegara Malaysia atau artist yang memegang taraf penduduk tetap Malaysia. Para pemohon mestilah

FERGANA

Semua bahan yang berkait dengan permohonan ini hendaklah dihantar melalui e-mel atau diposkan ke:

Alamat: Fergana Art Fellowship

c/o Fergana Art SpaceLots 14A & 16A (1st Floor)The Whiteaways ArcadeLebuh Pantai10300 George Town, Penang.

Email: [email protected]

Page 4 of 4