ifolio.ukm.my · web viewsemester 2, sesi 2013-2014 ambilan januari mei 2013 kebajikan di rumah...

23
KEPIMPINAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN PNAP 0293 SEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA BT YUSOF LAPORAN DISEDIAKAN OLEH: AJK KEBAJIKAN

Upload: ngonhi

Post on 15-May-2018

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

KEPIMPINAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

PNAP 0293

SEMESTER 2, SESI 2013-2014

AMBILAN JANUARI MEI 2013

KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH

PENSYARAH:

PM DR FAZILAH BT IDRIS

DR RORLINDA BT YUSOF

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:

AJK KEBAJIKAN

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

LAPORAN MINGGU #1 – ORIENTASI DAN GOTONG ROYONG

Bagi semester kedua ASASIpintar, para pelajar dikehendaki untuk merancang dan

melaksanakan sebuah projek khidmat masyarakat dan memberikan impak yang besar

sepanjang semester tersebut. Para pelajar telah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan

projek tersebut di rumah anak-anak yatim dan ibu tunggal Nur Hikmah yang bertempat di

Kajang. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merancangan kelesuruhan projek ini,

manakala pelajar yang lain dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai

tanggungjawab masing-masing. Oleh kerana pelaksanaan projek ini memakan masa selama 5

minggu, minggu pertama telah dirancang oleh kumpulan ahli jawatankuasa, manakala

kumpulan-kumpulan yang lain pula ditugaskan untuk merancang program bagi setiap minggu

yang akan datang. Hal ini demikan supaya sifat kepimpinan dan keterampilan setiap pelajar

ASASipintar akan terserlah dengan melibatkan diri dalam usaha perancangan itu. Peluang

yang sama telah diberikan kepada setiap pelajar untuk memainkan peranan sebagai seorang

pemimpin dalam projek ini.

Minggu ini merupakan minggu pertama pelaksanaan projek ini. Sebelum ini, kumpulan

jawatankuasa telah membuat beberapa sesi perjumpaan untuk bermesyuarat tentang aktiviti

pertama yang akan dilaksanakan di rumah Nur Hikmah. Kumpulan jawatankuasa telah

mengambil kata putus untuk memulakan projek ini dengan aktiviti orientasi, suai kenal dan

gotong royong. Oleh sebab anak-anak yatim di Rumah Nur Hikmah rata-ratanya terdiri

daripada golongan budak kecil, beberapa permainan yang menarik telah diaturkan bagi sesi

orientasi yang bersifat lebih santai. Bagi aktiviti gotong-royong pula,segala peralatan yang

perlu turut disenaraikan. Satu lawatan khas telah diadakan dengan Dr. Fadzilah dan Dr.

Rorlinda untuk mengenal pasti keadaan di rumah Nur Hikmah, lalu rancangan lanjut untuk

aktiviti gotong-royong turut dibincang selepas lawatan itu. Berkat bantuan Dr. Fadzilah, ahli-

ahli jawatankuasa dapat membeli alat-alat yang diperlukan di sebuah kedai perkakas yang

berdekatan. Kumpulan jawatankuasa amat bersyukur kerana walaupun adanya persiapan beli-

belah yang dilakukan pada saat terakhir, segala persiapan dapat disiapkan sebelum minggu

perlaksanaan projek khidmat masyarakat.

Pada awal pagi 9 Februari 2014, para pelajar telah berkumpul di Kolej Keris Mas UKM

dengan berbekalkan peralatan-peralatan yang perlu. Bas bertolak pada pukul 7.50 pagi dan

sampai ke destinasi pada pukul 8.20 pagi. Sebaik sahaja para pelajar tiba di rumah Nur

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

Hikmah, terlihat anak-anak yatim telah menanti-nantikan ketibaan kami. Selepas bersalam-

salaman dengan anak-anak yatim di situ, bermulalah sesi orientasi yang dilaksanakan di

halaman rumah anak-anak yatim. Permainan yang disediakan telah membolehkan para

pelajar berkenalan dengan anak-anak yatim di situ. Anak-anak yatim juga kelihatan

berseronok semasa permainan dijalankan.

Sesi orientasi diikuti dengan sesi bacaan Yassin pada pukul 9.30 pagi. Aktiviti gotong-royong

pula bermula tepat pada pukul 10.00 pagi. Para pelajar dan anak-anak yatim dibahagikan

kepada beberapa kumpulan gotong-royong seperti bahagian luar rumah, bahagian dalam

rumah, bahagian dapur dan tandas, dan kumpulan bertukang. Pembahagian tugas mengikut

umur dan keupayaan individu. Sebelum rumah dibersihkan, keadaan di dalam rumah

berhabuk, terdapat banyak barang yang berselerak. Bahagian dapur tidak tersusun: banyak

peralatan makan yang tidak dicuci dan ada juga makanan yang telah rosak. Tandasnya pula

kotor, dan sebahagian daripada kemudahan tandas pula tidak berfungsi. Semasa kerja

pembersihan dijalankan, kawasan yang berselerak dan kotor menjadi semakin bersih dan

tersusun, manakala kebanyakan benda yang rosak turut dibaiki oleh kumpulan yang

bertukang. Menurut pemerhatian, anak-anak yatim lebih seronok membantu di tandas dan di

luar rumah. Hal ini demikian kerana mereka suka bermain dengan air. Apabila dinding dan

lantai dicuci, banyak daripada mereka akan membasahkan diri sendiri. Bagi kerja rumah yang

lain, ada pelajar yang mengubahsuai proses tersebut sebagai satu permainan supaya kanak-

kanak lebih suka membuat kerja rumah pada masa yang akan dating. Ada juga yang memberi

ganjaran dan pujian kepada mereka untuk meningkatkan inisiatif mereka untuk bekerja.

Gotong-royong dihentikan sementara pada waktu makan tengah hari dan berakhir pada pukul

5.50 petang. Sebagai penutup yang ringkas, anak-anak yati telah dinasihati supaya sentiasa

menjaga kebersihan tempat sendiri dan selalu memastikan kawasan rumah tersusun. Budak

yang lebih matang turut digalakkan untuk memantau dan memimpin budak yang lebih kecil

supaya mewujudkan sesuatu suasana yang mementingkan kebersihan.

Sebagai kesimpulan, aktiviti yang pertama dilaksanakan dengan amat lancar dan berjaya.

Hubungan antara para pelajar dan golongan anak yatim jelas bertambah erat. Apabila ditanya

tentang perasaan mereka, anak-anak yatim mengatakan bahawa mereka telah berseronok

sepanjang hari dan amat berterima kasih kepada para abang dan kakak. Sama juga bagi para

pelajar ASASipintar, walaupun letih secara fizikal, mereka berasa amat gembira dan

bersyukur kerana dapat menambah baik keadaan rumah Nur Hikmah untuk menjadi tempat

tinggal yang lebih kondusif dan selesa.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

LAMPIRAN

Sesi orientasi dan kenal-mengenal

antara pelajar ASASIpintar dan

anak-anak yatim.

Bacaan Yassin bersama-sama anak

yatim.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

LAPORAN MINGGU #2 – MURAL

Pada 16 Februari 2014, seramai 41 pelajar ASASIpintar telah melawat ke Rumah Anak

Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikmah yang terletak di Kajang demi menyempurnakan minggu

kedua aktiviti kebajikan di rumah tersebut bersama-sama anak-anak yatim. Aktiviti yang

dipilih bagi minggu kedua dengan persetujuan ramai ialah aktiviti melukis mural. Tujuan

aktiviti ini dipilih adalah untuk menceriakan dan mencantikkan rumah anak yatim tersebut.

Sebelum menjalankan aktiviti tersebut pada 16 Februari, pelbagai persediaan awal telah

dibuat. Pertama sekali, sebuah kumpulan telah dipilih untuk memimpin pelajar lain pada

minggu tersebut. Ketua projek pada minggu tersebut iaitu saudara Tan Ze Song, telah

membahagikan tugas secara sistematik sesama pelajar-pelajar ASASIpintar. Perbincangan

telah dilakukan untuk menentukan gambar yang akan dilukis dan warna-warna yang

diperlukan juga telah ditentukan. Barang-barang keperluan seperti cat mural, berus dan alat

tulis juga telah dibeli. Satu kumpulan khas bagi menjaga budak-budak kecil di rumah anak

yatim itu juga telah dibentuk di mana ahlinya akan bertukar-tukar mengikut waktu yang telah

ditetapkan.

Pada hari Ahad, kesemua pelajar ASASIpintar telah bertolak seawal pukul 8 pagi melalui bas

ke rumah anak yatim tersebut. Setelah sampai di destinasi, anak-anak yatim tersebut telah

dikumpulkan dan bacaan yasin telah dijalankan seperti biasa bersama-sama budak tersebut.

Setelah habisnya bacaan yasin, kesemua pelajar telah pergi ke tempat yang ditugaskan dan

mula menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Anak-anak yatim yang berumur 12 tahun ke

atas telah disertakan untuk membantu dalam melaksanakan aktiviti mural ini.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

Kesemua pelajar beganding bahu melakar lakaran di atas dinding dan mula mewarnakan

mural tersebut. Segala aktiviti berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Aktiviti

dihentikan seketika pada pukul 12 tengah hari untuk mengambil rehat dan telah disambung

semula pada pukul 2. Mural tersebut berjaya disempurnakan pada hasil kerjasama kesemua

pelajar. Dr. Fazilah juga telah tiba untuk memantau perkembangan aktiviti kami.

Pada pukul 5.30, barang-barang mural telah dikemaskan dan sebuah ucapan ringkas telah

diberikan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan anak-anak yatim yang

telah membantu melaksanakan aktiviti mural ini dengan berjayanya.

Apa yang dipelajari daripada aktiviti mural pada minggu ini ialah bak kata peribahasa ‘berat

sama dipikul, ringan sama dijinjing’, kesemua pelajar telah menggembleng tenaga dengan

penuh semangat untuk melaksanakan mural ini. Kerja yang makan masa yang lama

mengambil masa yang singkat sahaja hasil kerjasama antara semua pelajar dan anak-anak

yatim. Selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kami, kami juga mempelajai betapa

pentingnya perancangan awal dalam memastikan sesuatu aktiviti berjalan dengan lancar.

Aktiviti mural ini juga membolehkan pelajar-pelajar berfikir secara kreatif dan meneroka

daya imaginasi mereka untuk menyempurnakan mural-mural tersebut. Kata-kata hikmat juga

telah dilukis agar menjadi pedoman kepada anak-anak yatim tersebut. Aktiviti ini telah

memberikan banyak pengalaman yang berharga kepada kami dan kami berharap bahawa

anak-anak yatim di Rumah Nur Hikmah akan menghargai mural tersebut dan akan menjaga

mural tersebut dengan penuh kasih sayang.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

LAMPIRAN

Sebelum mural dilukis

Dinding kiri rumah perempuan

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

Dinding kanan rumah perempuan

Semasa mural dilukis

Dinding kanan rumah perempuan

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

Dinding rumah lelaki

Selepas mural dilukis

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

Dinding kanan rumah perempuan

Dinding kiri rumah perempuan

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

Dinding rumah lelaki

LAPORAN MINGGU #3 – COOKING WORKSHOP

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah dapat melaksanakan “Cooking Workshop”

dengan jayanya pada 23/2/2014. Berkat usaha dan kerjasama AJK Cooking Workshop yang

diketuai oleh Syawi bin Rafaee dan Wee Soo Yeen, di bawah pengawasan Mardiana bt.

Mardan dan Ariff bin Rizal serta para pelajar ASASIpintar telah membuahkan hasilnya pada

hari tersebut. Aktiviti berjalan dengan lancar dan menepati tentatif program.

Seminggu sebelum tarikh tersebut, kami telah melakukan persiapan rapi. Pada malam

16/2/2014, kami telah mengadakan perbincangan antara ahli untuk membahagikan tugas

masing-masing agar menjadi lebih efisien dan efektif. Hasil perbincangan telah saya

lampirkan dalam laporan ini. Dalam minggu itu juga, beberapa perjumpaan secara tidak rasmi

telah diadakan bagi memastikan keberkesanan program dan menyelesaikan masalah yang

berbangkit. Syukur Alhamdulillah kerana segala masalah dan kekeliruan dapat diatasi dengan

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

kerjasama ahli. Sehari sebelum Cooking Workshop iaitu pada hari Sabtu bersamaan dengan

22/2/2014, ahli-ahli telah berkumpul di kafe Pusat PERMATApintar, Universiti Kebangsaan

Malaysia untuk menjalankan proses gotong-royong agar kafe tersebut dapat digunakan pada

keesokan harinya. Pada malam hari tersebut, satu perjumpaan rasmi telah diadakan antara

pelajar ASASIpintar bagi memberikan maklumat tentang tentatif program. Perjumpaan ini

diadakan pada pukul 9.00 p.m. di Kelas Vektor Kalkulus, Kolej Keris Mas. Kami telah

membincangkan tentatif program, pembahagian kumpulan, aktiviti, barang-barang, hal-hal

yang berbangkit (tiada), resipi (kumpulan). Pada minit akhir perjumpaan tersebut, Syawi

telah memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada kami untuk menjadi contoh yang baik

terhadap anak-anak yatim tersebut.

Pada hari tersebut, kami telah mulakan aktiviti kami dengan bacaan Yassin yang diketuai

oleh saudara Muhammad Alif bin Omar dan sesi tazkirah yang disampaikan dengan penuh

hikmah oleh saudara Zaid Zikri bin Jantan. Aktiviti kami diteruskan dengan sarapan pagi

sebelum ke Dewan Serbaguna untuk sesi ceramah “Pemakanan Seimbang” dan “Cara-cara

Menjaga Kebersihan Diri”. Selepas itu, slot Baking dan Dessert dijalankan di kafe. Sesi

Makan Beradab dilaksanakan dengan rapi yang diketuai oleh Saudari Nurasikin bt. Asad.

Terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi dalam memikul tanggungjawab yang telah

diamanahkan kepada kami. Pertama sekali, kami telah menghadapi masalah kewangan dalam

menyediakan bahan-bahan mentah. Masalah itu dapat diselesaikan dengan membatalkan

hidangan utama tetapi mengekalkan acara “dessert” dan “baking” dan mendapat bantuan dari

segi bahan-bahan mentah dan peralatan memasak daripada rakan-rakan kami. Seterusnya,

kami menghadapi masalah dalam mengawal anak-anak yatim yang sememangnya aktif pada

hari tersebut. Ada yang hilang daripada kafe tetapi telah dapat dicari, dikesan dan dibawa

balik ke kafe. Ada juga yang mengalami kecederaan ringan tetapi telah mendapat rawatan

secara pantas. Pada hari tersebut juga, kami terpaksa menghadapi krisis air, namun kami

dapat mengatasi masalah tersebut dengan menyiapkan air kecemasan yang telah kami bawa

pada hari kami membersihkan kafe tersebut. Kami telah menyediakan satu pelan kecemasan

bagi mengisi masa jika krisis air berlaku dalam acara “dessert” atau “baking”.

Daripada aktiviti ini, apa yang dapat saya simpulkan ialah kami telah belajar untuk

bekerjasama dalam satu kumpulan dan mengenepikan perbezaan masing-masing dalam

menjayakan program ini. Kami telah belajar untuk tolong-menolong antara satu sama lain

bagai “aur dengan tebing” dan tidak bersikap seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

masing-masing”. Kami telah melatih kemahiran membuat keputusan dengan menggabungkan

idea-idea yang bernas yang kami terima, tidak kira dalam perjumpaan antara ahli mahupun

luahan fikiran rakan-rakan kami, sekali gus, merealisasikan matlamat utama kelas

Kepimpinan dan Membuat Keputusan iaitu melahirkan pelajar yang mempunyai daya

kepimpinan, bersikap keterbukaan dan bijak membuat keputusan yang mengambil kira aspek-

aspek secara holistik. Aktiviti ini dapat mencungkil bakat dan mengasah kreativiti kami dan

anak-anak yatim dalam mendekorasikan “cakepop” dan “triffles”. Kami, pelajar

ASASIpintar, yang semakin meningkat dewasa, belajar untuk bersikap matang, berlembut

tetapi tegas dan menanam sifat-sifat keprihatinan, simpati serta kemanusiaan dalam melayan

kerenah anak-anak yatim tersebut. Kami juga belajar untuk mengawal tahap kemaharan dan

bersabar dalam menghadapi kerenah mereka.

Konklusinya, sekali lagi, kami amat bersyukur kerana aktiviti ini berjalan dengan lancar,

menepati tentatif program dan mencapai matlamat program. Setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kelas Kepimpinan dan Membuat Keputusan,

Dr. Rorinda dan Dr. Fazilah serta rakan-rakan kami yang telah membantu dalam menjayakan

program ini yang sememangnya “sudah terang lagi bersuluh” membawa kebaikan kepada

semua.

LAMPIRAN

Penyelia : Mardiana bt. Mardan, Ariff bin Rizal

Ketua : Syazwi Rafaee, Wee Soo Yen

AJK : Khizreen Rothman, Nur Syakirah Rabihah bt. Rosman, Ana Nasuha, Areen

Natasha, Arif Izzani, Thirumuniswari, Asikin, Farah Diyana

Aktiviti : Khizreen Rothman, Nur Syakirah Rabiha bt. Rosman, Ana Nasuha

Logistik : Syazwi Rafaee, Wee Soo Yen, Areen Natasha, Arif Izzani

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

Kewangan : Thirumuniswari, Asikin, Farah Diyana

Menu : Hidangan utama – Nasi tomato, ABC soup, Ayam sambal (Tidak

dilaksanakan kerana masalah kewangan).

Pencuci mulut – Triffles, Cakepops

Baking – Muffin, Kek Batik

Kewangan : Diperoleh melalui kutipan derma

Persiapan di kafe Pendaftaran

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

Bacaan Yassin Tazkirah

Sarapan Pagi Slot Baking dan Dessert

Makan Beradab

LAPORAN MINGGU #4 – MINGGU KEROHANIAN

Pada 2 Mac 2014, telah berlangsungnya minggu kerohanian bersama anak-anak yatim

Rumah Nur Hikmah, bertempat di Pusat Permata Pintar Negara, UKM. Pelbagai aktiviti

berunsur kerohanian telah dijalankan bermula 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Anak-anak

yatim dari Rumah Nur Hikmah telah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu 10 tahun ke

bawah dan 11 tahun ke atas. Pembahagian ini dilakukan bertujuan untuk memudahkan proses

pengajaran, memandangkan masing-masing mempunyai tahap pemahaman yang berbeza.

Sebaik tiba di PPpn, bacaan Yaasin diadakan di surau lelaki. Seterusnya, anak-anak

dibahagikan kepada dua kumpulan tersebut. Bagi anak-anak yang berumur 10 tahun dan ke

bawah, mereka telah ditempatkan di kelas 2 manakala anak-anak yang berumur 11 tahun dan

ke atas telah ditempatkan di kelas 3. Di kelas 2, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah

mengenali rukun-rukun dalam solat, mempelajari azan, kuiz and beberapa permainan kecil.

Amali solat diadakan dan mereka didedahkan dengan cara-cara yang betul ketika menunaikan

solat. Mereka begitu lincah dan keadaan agak sukar untuk dikawal memandangkan mereka

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

lebih suka bermain dan berkejaran berbanding duduk dan mendengar secara teori. Oleh itu,

pihak yang terlibat dalam mengendalikan anak-anak ini telah mengubah pendekatan iaitu

dengan mengadakan permainan yang membolehkan mereka berkejaran dan dalam masa yang

sama dapat mengambil bahagian dalam pembelajaran. Mereka mengadakan permainan kotak

beracun, di mana anak-anak perlu mengelilingi beberapa buah kerusi sepanjang muzik

dimainkan. Setiap seorang daripada mereka berpeluang menjawab soalan berkaitan solat dan

ibadat-ibadat lain apabila muzik berhenti. Selepas makan tengahari, mereka dikumpulkan di

surau untuk aktiviti seterusnya iaitu amali wuduk. Mereka diajar satu-persatu cara-cara untuk

mengambil wuduk. Sesetengah daripada mereka kurang memberi perhatian dan lebih leka

bermain.

Di kelas 3, anak-anak berumur 11 tahun telah diberikan sedikit tunjuk ajar dan nasihat dalam

batas pergaulan antara lelaki dan wanita oleh saudara Darwiis bin Mahadzir, yang telah

menggunakan analogi jarum dan penukul bagi menggariskan peri pentingnya adab pergaulan

dalam Islam. Ini adalah berlandaskan hadis Rasullulah s.a.w, “Sesungguhnya kepala

seseorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi lebih baik daripada menyentuh tangan

perempuan yang tidak halal baginya.” Peringatan ini dianggap penting kerana anak-anak Nur

Hikmah dikhuatiri terjebak dengan pergaulan kurang sihat oleh kerana pengawasan yang

terbatas. Seterusnya, video “The Meaning of Life” telah ditayangkan kepada mereka bagi

menanamkan nawaitu ingin berjaya dalam kehidupan di dunia serta tidak leka dengan hiburan

semata-mata. Ulasan video ini telah disampaikan saudari Maisarah binti Zulkifli, yang

menekankan pada anak-anak kenapa Al-Quran ialah manual kehidupan individu yang

bergelar Muslim di samping menggalakkan mereka untuk sentiasa mencari ilmu dalam

kehidupan kerana melalui ini, mereka dapat berkenalan dengan lebih dekat Si Pencipta.

Namun, tayangan video ini dilihat kurang impaknya dari diharapkan, kerana audionya dalam

bahasa Inggeris dan isu-isu yang cuba diketengahkan dilihat terlalu matang untuk diterima

buat anak-anak Nur Hikmah yang masih berada di ambang kedewasaan. Sejurus selepas itu,

sesi perkongsian masalah antara anak-anak Nur Hikmah dan pelajar-pelajar ASASIpintar

dijalankan, diikuti penceritaan pengalaman hidup oleh pelajar Asasi tentang bagaimana

mereka menghadapai cabaran ketika berada di sekolah dahulu. Sesi ini dilihat paling efektif

kerana berupaya merungkai segala masalah yang terpendam dalam hati anak-anak di samping

meringankan beban mereka walaupun sekadar bercerita. Ikatan mesra juga dilihat kian

terjalin antara pelajar Asasi dan anak-anak Nur Hikmah, oleh itu misi menanamkan rasa

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA

tanggungjawab dalam kalangan mereka lebih mudah akan tugas mendidik dan menjaga adik-

adik lain yang masih kecil.

LAMPIRAN

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewSEMESTER 2, SESI 2013-2014 AMBILAN JANUARI MEI 2013 KEBAJIKAN DI RUMAH ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL NUR HIKMAH PENSYARAH: PM DR FAZILAH BT IDRIS DR RORLINDA